2. Pengenalan
Menurut Suppiah Nachiappan (2008), perbezaan
individu memberikan kesan yang besar terhadap
kepelbagaian tingkah laku dalam bilik darjah.
Perbezaan yang wujud akan beransur-ansur
merenggangkan hubungan antara rakan dengan
rakan sekiranya tidak dibendung dari peringkat
awal.
Perbezaan individu merupakan cabaran terbesar
kepada guru dalam mewujudkan proses pengajaran
dan pembelajaran yang baik dan kondusif.
3. Perbezaan gaya berfikir
Perbezaan gaya berfikir merujuk kepada gaya kognitif dan
gaya murid belajar.
Kedua-dua gaya terhasil daripada perbezaan individu.
Kedua-dua gaya ditunjukkan oleh murid dalam kelas
seperti ada yang lebih selesa belajar menggunakan
kemudahan audio dan ada pula yang selesa dengan
menggunakan alat visual.
Murid-murid yang cepat bertindak akan cepat menyiapkan
kerja-kerja rumah.
Bagi murid-murid yang tidak berminat dengan kerja rumah
akan menghantar lewat tugasannya kepada guru.
4. Kesediaan belajar
Murid-murid yang mendapat pendidikan asas di rumah
dan pernah memasuki kelas tadika dan pra sekolah akan
kelihatan cukup bersedia semasa guru memulakan sesuatu
pengajaran.
Keadaaanya adalah berbeza dengan murid-murid yang
tidak dapat menikmati kemudahan dan keperluan tersebut.
Murid-murid yang pintar selalunya bersedia awal untuk
belajar berbanding dengan murid lembam yang
memerlukan ransangan yang lebih untuk menggerakkan
mereka belajar.
5. Gangguan pengajaran dan pembelajaran
Murid-murid yang bersedia belajar selalunya akan memudahkan guru
memulakan pengajaran dan saling bekerjasama dengan rakan-rakan
dalam sebarang aktiviti pembelajaran yang dijalankan.
Sebaliknya bagi murid yang bermasalah seperti malas belajar, meminta
perhatian yang berlebihan, nakal dan berkelakuan tidak senonoh,
mereka akan menggangu pembelajaran.
Kesannya , murid-murid ini akan menggangu rakan, membuat bising
dan tidak mengendahkan arahan guru.
Kesediaan belajar
6. Kadar kecerdasan mengikut jantina
Manusia memang jelas berbeza dalam kadar dan kebolehan. Darjah
kecerdasan biasanya berubah-ubah mengikut umur, sikap, kematangan
dan faktor persekitaran.
Keupayaan intelek dan penguasaan bahasa pelajar perempuan di
peringkat sekolah rendah adalah lebih baik daripada pelajar lelaki.
Sebaliknya, tahap kecerdasan pelajar lelaki adalah sederhana dan akan
meningkat mencapai kematangan apabila sampai ke peringkat
pengajian tinggi.
Kesediaan belajar
7. Perbezaan sosial
Murid-murid yang bersifat ekstrovert biasanya aktif mengambil
bahagian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Mereka juga tidak teragak-agak menyoal guru tentang aspek-aspek
pengajaran dan pembelajaran yang mereka kurang memahami.
Sebaliknya, murid-murid yeng bersifat introvert, iaitu yang gemar
berseorangan biasanya akan menarik diri daripada penyertaan dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Di samping itu, mereka akan berasa malu dan takut untuk
mengemukakan soalan-soalan sekiranya menghadapi pelbagai
kesulitan atau keraguan.
Kesediaan belajar