2. Perbezaan gaya berfikir merujuk kepada gaya
kognitif dan gaya murid belajar. Kedua-dua gaya
terhasil daripada perbezaan individu. Kedua-dua
gaya ditunjukkan oleh murid dalam kelas seperti
ada yang lebih selesa belajar menggunakan
kemudahan audio dan ada pula yang selesa dengan
menggunakan alat visual. Murid-murid yang cepat
bertindak akan cepat menyiapkan kerja-kerja
rumah. Bagi murid-murid yang tidak berminat
dengan kerja rumah akan menghantar lewat
tugasannya kepada guru.
3. Objektif pembelajaran perlu ditentukan
mengikut kemampuan murid. Bagi murid yang
pintar, objektif pembelajaran perlu lebih tinggi
daripada murid yang lemah. Objektif
pembelajaran perlu mengikut aras yang
dicadangkan oleh taksonomi Bloom, iaitu aras
pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis dan
sintesis. Aras kesukaran pada objek atau
penilaian perlu berubah mengikut prestasi
murid. Bagi murid-murid yang pintar cerdas
tentu memerlukan objektif yang lebih luas jika
dibandingkan dengan kumpulan yang lemah.
4. Sememangnya diketahui bahawa umur
merupakan faktor yang sangat penting dalam
menentukan kesediaan kanak-kanak untuk
belajar. Namun demikian, kanak-kanak yang
sama umurnya tidak semestinya berada di
peringkat kesediaan belajar yang sama. Murid-
murid yang mendapat pendidikan asas di
rumah dan pernah memasuki kelas tadika dan
pra sekolah akan kelihatan cukup bersedia
semasa guru memulakan sesuatu pengajaran.
Keadaaanya adalah berbeza dengan murid-
murid yang tidak dapat menikmati kemudahan
dan keperluan tersebut.
5. Murid-murid yang bermasalah dalam
pembelajaran sering mempamerkan tingkahlaku
yang akan mengganggu perhatian orang lain
semasa P&P. Contohnya bising,
agresif,vandalisme dan lain-lain. Ada juga murid
yang proaktif seperti ingin membuat sesuatu
yang belum disuruh, suka bertanya mengenai
sesuatu yang belum diajar dan lain-lain.Ini
dipanggil mengganggu yang positif.