SlideShare a Scribd company logo
1 of 39
Bab 3 :
Pemasaran
3.2.1 Model Gelagat Pengguna
~ RAMZILA ~ NADIA ~ MOCK ~ IZZUL ~ ANIM
Rancangan Pemasaran dan Persekitaran
1. Persekitaran pemasaran merujuk faktor -
faktor dan tekanan - tekanan yang akan
memberi kesan kepada kemampuan firma
berurusan dengan pasaran sasaran
2. Persekitaran pemasaran terdiri daripada :
• persekitaran mikro
• persekitaran makro
Faktor Persekitaran Mikro
1. Persekitaran mikro merupakan pihak yang terlibat
yang boleh memberi kesan langsung kepada firma.
2. Antara pihak yang terlibat dalam persekitaran
mikro adalah seperti yang berikut :
• firma
• pesaing
• pelanggan
• orang awam
• saluran pengagihan
Faktor Persekitaran Mikro
a) Firma
(i) Pengurusan atasan bertanggungjawab menentukan misi,
objektif, strategi dan polisi organisasi.
(ii) Penyelarasan antara jabatan seperti jabatan kewangan
dan pemasaran amat penting untuk mencapai matlamat dengan
mengamalkan konsep "kerjasama" dan "dahulukan pelanggan".
b) Pesaing
(i) Konsep pemasaran menekankan firma perlu memuaskan
pengguna lebih daripada keuntungan.
(ii) Strategi yang berkesan bergantung pada
peletakan produk dalam pasaran sasaran
yang berkesan, bukan bergantung kepada
saiz firma semata-mata.
Faktor Persekitaran Mikro
c) Pelanggan
(i) Pasaran pengguna ialah individu atau isi rumah yang
membeli produk untuk kegunaan sendiri.
(ii) Pasaran industri ialah pihak yang membeli produk
bertujuan mengeluarkan produk selanjutnya.
(iii) Pasaran kerajaan membeli produk untuk kegunaan
awam dan menyerahkan kepada pihak lain.
(iv) Pasaran penjualan semula ialah pihak yang membeli
produk dan menjual semula untuk mendapatkan keuntungan.
(v) Pasaran antarabangsa ialah pembeli
dari luar negara termasuklah pengguna
akhir, pengeluar, penjual semula dan
kerajaan.
Faktor Persekitaran Mikro
(d) Orang awam
(i) Orang awam merujuk kumpulan yang boleh memberi
pengaruh untuk memberi kesan kepada pencapaian objektif
firma.
Golongan Huraian
Kewangan
Kemampuan organisasi memperoleh sumber kewangan
seperti bank dan pemegang saham.
Media
Pihak yang menyampaikan berita dan pendapat editor media
massa.
Kerajaan
Perniagaan memantau perkembangan dan membuat sesuatu
pertimbangan berkaitan dengan isu-isu keselamatan produk
dan kejujuran dalam membuat iklan.
Tindakan
masyarakat
Keputusan yang dibuat oleh pemasar boleh dipertikaikan oleh
organisasi pengguna, kumpulan persekitaran dan kumpulan
minoriti.
Faktor Persekitaran Mikro (Orang Awam)
Golongan Huraian
Perhubungan awam
Pihak yang perlu mengurus yang melibatkan pengguna dan
kumpulan masyarakat.
Penduduk tempatan Penduduk jiran dan komuniti yang berada di sekeliling firma.
Pihak perhubungan awam
Pihak yang mewujudkan interaksi, mengadakan majlis
perjumpaan dan sesi soal jawab dengan penduduk
tempatan.
Orang awam umum
Pihak awam yang berada di sekeliling perniagaan yang boleh
menjejaskan imej organisasi. Imej organisasi boleh memberi
kesan kepada tingkah laku pembeli.
Orang awam dalam
Pihak yang terlibat secara langsung dalam operasi
perniagaan seperti pekerja, pengurus, sukarelawan dan ahli
lembaga pengarah.
Firma
Pihak yang boleh mencetak berita-berita terkini tentang
pemasaran supaya orang awam dalam bersikap positif
terhadap firma.
Faktor Persekitaran Mikro
(e) Saluran pengagihan
(i) Saluran pengagihan ialah pihak yang membantu firma
bagi memperkenal, menjual dan mengedar barang dan
perkhidmatan kepada pengguna akhir.
(ii) Firma pengeluar fizikal menyediakan perkhidmatan
kemudahan pergudangan dan mengedar produk dari pusat
pengeluaran ke lokasi lain.
(iii) Agensi perkhidmatan pemasaran menyediakan
perkhidmatan penyelidikan pemasaran, pengiklanan dan
media.
(iv) Saluran kewangan termasuklah bank dan
firma kredit yang menyediakan kemudahan
urus niaga kewangan dan perlindungan
risiko.
Faktor Persekitaran Makro
1. Persekitaran makro merupakan tekanan faktor
sosial yang luas terhadap firma.
2. Antara pihak yang terlibat dalam persekitaran
makro adalah seperti yang berikut :
• Demografi
• Ekonomi
• Sumber alam semula jadi
• Teknologi
• Politik
• Kebudayaan
Faktor Persekitaran Makro
(a) Demografi
(i) Faktor demografi merujuk kajian berkaitan dengan
populasi/manusia.
(ii) Antara contoh faktor demografi adalah seperti yang
berikut:
• Saiz penduduk
• Kepadatan
• Tempat
• Umur
• Kelahiran
• Jantina
• Perkahwinan
• Tingkat kematian
• Pekerjaan
• Bangsa
• Suku
• Faktor statistik yang lain
(iii) Perubahan populasi dunia yang
meningkat menyebabkan keperluan makanan
melebihi daripada bekalan.
Faktor Persekitaran Makro (Demografi)
(iv) Perubahan struktur umur menyebabkan peratus
golongan tua melebihi daripada golongan muda.
(v) Perpindahan penduduk dari kawasan luar bandar ke
bandar telah menyebabkan jumlah penduduk bertambah
dengan drastik.
(vi) Kecenderungan mendapatkan taraf pendidikan yang
tinggi menyebabkan tuntutan kepada institusi pengajian
tinggi semakin meningkat.
(vii) Peningkatan kepelbagaian etnik di
dalam sebuah negara memberi kesan kepada
strategi pemasaran.
Faktor Persekitaran Makro
(b) Ekonomi
(i) Faktor ekonomi ialah elemen-elemen yang boleh
memberi kesan kepada kuasa beli dan corak
perbelanjaan pengguna.
(ii) Perubahan pendapatan berlaku ekoran daripada
kadar inflasi dan polisi agihan pendapatan.
(iii) Perubahan dalam corak perbelanjaan pengguna
bergantung pada tingkat pendapatan.
(iv) Tingkat pemasaran turut mempengaruhi
strategi pemasaran.
Faktor Persekitaran Makro
(c) Sumber alam semula jadi
(i) Faktor alam semula jadi merujuk bahan yang diperlukan
oleh pemasar sebagai input dan boleh memberi kesan terhadap
aktiviti pemasaran.
(ii) Ketandusan bahan mentah seperti bekalan air yang tidak
mencukupi boleh menimbulkan masalah dalam operasi
perkilangan dan sumber bahan semula jadi yang tidak boleh
diganti seperti minyak dan arang batu.
(d) Teknologi
(i) Persekitaran teknologi merujuk aktiviti mencipta
teknologi baharu, mencipta prosuk baharu dan wujud peluang-
peluang pekerjaan.
ii) Peningkatan perubahan teknologi yang
pantas memberi kesan dengan cepat terhadap
penyelidikan dan kitaran hayat produk.
Faktor Persekitaran Makro
(e) Politik
(i) Persekitaran politik merujuk undang-undang, kerajaan,
agensi kerajaan dan kumpulan pendesak yang boleh mempengaruhi
kebebasan sesebuah organisasi dan individu memberi kesan kepada
masyarakat.
(ii) Kumpulan-kumpulan perniagaan berusaha melobi pihak
kerajaan untuk menjaga kepentingan perniagaan masing-masing.
(f) Kebudayaan
(i) Persekitaran kebudayaan ialah institusi dan lain kuasa yang
memberi kesan terhadap masyarakat terhadap nilai, persepsi dan
kesukaan tingkah laku.
(ii) Sub budaya merujuk sekumpulan manusia yang
berkongsi sistem budaya yang sama berdasarkan
pengalaman hidup yang serupa, dengan itu
pemasar perlu melihat kehendak dan tabiat
membeli yang berbeza.
Kaitan Antara Persekitaran Mikro dan Persekitaran Makro
Firma
Perniagaan
Demografi
Ekonomi
Alam
Sekitar
Teknologi
Politik
Budaya
Firma
Pembekal
Pelanggan
Pesaing
Orang
Kotak Hitam Pembeli dan Respons Pembeli
1. Model gelagat pengguna mengkaji faktor yang
mempengaruhi pengguna semasa membuat keputusan untuk
membeli, mengguna dan melupuskan produk yang dibeli.
2. Oleh itu, organisasi harus berusaha untuk
memahami secara mendalam bagaimana pengguna akan
memberikan maklum balas terhadap ciri produk yang
pelbagai, harga produk dan aktiviti pengiklanan yang
dijalankan.
Kotak Hitam Pembeli dan Respons Pembeli
3. Model gelagat pengguna terdiri daripada tiga(3)
komponen penting seperti yang berikut :
Rancangan Pemasaran
dan Persekitaran
Pemasaran
• Produk
• Harga
• Pengedaran
• Promosi
Rangsangan
lain
• Ekonomi
• Teknologi
• Politik
• Budaya
Kotak Hitam Pembeli
Karakter
pengguna/
pembeli
Proses
keputusan
pembelian
Respons Pembeli
• Sikap dan
keutamaan
pembelian
• Gelagat pembelian
• Gelagat berkaitan
jenama dan syarikat
Kotak Hitam Pembeli dan Respons Pembeli
(a) Model gelagat pengguna dapat membantu pemasar menjawab
persoalan mengenai pengguna seperti yang berikut:
(i) Apakah jenis produk yang dibeli?
(ii) Di manakah produk tersebut dibeli?
(iii) Bagaimanakah membeli produk tersebut?
(iv) Bilakah membeli produk tersebut? dan
(v) Mengapakah pengguna membeli produk tersebut?
(b) Model terbut dikenali sebagai model rangsangan dan tindak
balas pengguna terhadap faktor rangsangan.
(i) Rangsangan pemasaran dan persekitaran
Rangsangan tersebut membentuk Kotak Hitam
Pembeli yang akhirnya akan mewujudkan tindak
balas pembelian.
• Rangsangan dibahagi kepada dua(2), iaitu:
- Rangsangan pemasaran
Rangsangan pemasaran terdiri daripada konsep 4P, iaitu produk,
harga, pengedaran dan promosi.
- Rangsangan persekitaran
Rangsangan persekitaran meliputi faktor persekitaran ekonomi,
teknologi, politik dan budaya.
• Rangsangan - rangsangan yang wjud akan membentuk konsep Kotak Hitam
Pembeli yang menggambarkan ciri-ciri pengguna dan proses keputusan
pembelian.
(ii) Kotak Hitam Pembeli
• Konsep Kotak Hitam memerlukan pemasar memahami kotak hitam pembeli.
• Ciri-ciri pengguna akan menentukan bagaimana pengguna bertindak balas
terhadap rangsangan.
(iii) Respons Pembeli
Kotak Hitam Pembeli akan menghasilkan tindak balas
pembelian seperti pemilihan produk, pemilihan
jenama, pemilihan jurujual, waktu pengguna membuat
keputusan untuk membeli serta jumlah pembelian.
Kotak Hitam Pembeli dan Respons Pembeli
Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna
 Terdapat lima(5) faktor yang mempengaruhi
gelagat pengguna dalam membuat keputusan
pembelian, iaitu:
• faktor budaya
• faktor sosial
• faktor individu
• faktor psikologi
• faktor situasi
Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna (Faktor Budaya)
1. Budaya
(a) Budaya ialah nilai asas kehidupan berasaskan kepada
perkongsian makna, adat dan tradisi dalam kalangan
masyarakat.
(b) Faktor budaya akan mempengaruhi sikap, kepercayaan,
kehendak dan keutamaan terhadap sesuatu idea, aktiviti dan
produk.
(c) Secara khusus, budaya mempengaruhi nilai, norma,
keutamaan, kebiasaan dan kepercayaan sesuatu kumpulan
pengguna. Budaya yang diamalkan boleh diwariskan daripada
satu generasi kepada satu generasi yang lain.
(d) Latar belakang budaya akan mempengaruhi
keputusan pengguna dalam memilih dan membeli
produk.
Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna (Faktor Budaya)
2. Subbudaya
(a) Subbudaya merujuk sesuatu kumpulan dalam masyarakat
yang mempunyai kelainan yang dikongsi bersama berasaskan
pengalaman hidup yang sama.
(b) Subbudaya wujud dalam masyarakat majmuk seperti di
Malaysia dan boleh mempengaruhi keputusan pembelian
pengguna.
(c) Subbudaya merangkumi aspek kewarganegaraan, keagamaan,
kaum dan kawasan geografi yang membentuk segmen pasaran.
(d) Sebagai contoh, remaja di bandar gemar
berpakaian mengikut perkembangan fesyen
terkini berbanding remaja di luar bandar
yang gemar berpakaian secara ringkas sahaja.
Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna (Faktor Sosial)
1. Faktor sosial merujuk taraf sosial yang menentukan bagaimana individu atau
kumpulan diiktiraf dalam sesuatu masyarakat.
2. Faktor sosial terdiri daripada elemen penting seperti yang berikut:
(a) Taraf sosial atau kelas sosial
(i) Taraf sosial merujuk strata kedudukan pengguna dalam hierarki masyarakat berdasarkan
tingkat pendapatan, jenis pekerjaan, latar belakang pendidikan dan kekayaan.
(ii) Faktor penentu taraf sosial ialah jumlah pendapatan, pekerjaan, pendidikan, harta dan
keturunan.
(iii) Anggota masyarakat boleh dibahagikan kepada kumpulan pekerja kolar putih dan kolar
biru berdasarkan jawatan dan kuasa yang dipegang.
(iv) Strategi pemasaran menggunakan taraf sosial untuk menentukan kumpulan manusia
yang besar dengan persamaan yang jelas dalam menentukan jumlah, gaya dan bagaimana
berbelanja.
(v) Sebagai contoh, kelas atasan memilih pemakaian, perabot dan
kenderaan mewah manakala golongan berpendapatan rendah lebih
gemar mengunjungi kedai yang murah dan berpatutan.
Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna (Faktor Sosial)
(b) Kumpulan rujukan, keahlian dan aspirasi
(i) Kumpulan rujukan, keahlian dan aspirasi merupakan satu lagi
faktor sosial yang boleh mempengaruhi gelagat dan keputusan
pembelian pengguna.
(ii) Hal ini disebabkan oleh pengguna cenderung terpengaruh dengan
kumpulan rujukan dan aspirasi yang menjadi ikutan.
• Kumpulan rujukan
- Kumpulan rujukan ialah kumpulan yang dijadikan sebagai sumber
rujukan oleh pengguna dalam membentuk sikapnya.
- Sesetengah pengguna gemar mengikut cara pemakaian idola mereka
yang terdiri daripada pemimpin dan artis terkenal, ahli sukan
ternama ataupun teman rapat.
- Sebagai contoh. pengguna wanita yang meminati
penyanyi tertentu mungkin akan terdorong untuk
memilih tudung yang mempunyai rekaan yang sama.
Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna (Faktor Sosial)
• Kumpulan keahlian
- Merujuk individu yang mempunyai perhubungan rapat dengan pengguna
disebabkan minat yang sama, misalnya rakan sekerja dan rakan
sepersatuan.
- Golongan ini boleh mempengaruhi keputusan pembelian pengguna
melalui dorongan dan desakan yang diberikan.
- Sebagai contoh, pelajar yang berkawan dengan pelajar yang memakai
kasut berjenama mungkin akan terpengaruh untuk membeli kasut
jenama tersebut.
• Kumpulan aspirasi
- Kumpulan aspirasi merupakan individu yang dikenali ramai.
- Sebagai contoh, David Beckham dan Christiano Ronaldo telah menjadi
sumber aspirasi golongan remaja dan peminat yang mengagumi
kecekapannya dalam sukan bola sepak.
- Pemasar boleh menggunakan kumpulan aspirasi dalam iklannya atau
menjemput mereka untuk menghadiri sesi promosi jualan
barangan sebagai salah satu strategi untuk
meningkatknan sambutan terhadap prosuk keluaran
mereka.
Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna (Faktor Sosial)
(c) Anggota keluarga
(i) Anggota keluarga ialah individu yang
sentiasa mendampingi dan menemani kita.
(ii) Keputusan pembelian antara anak yang telah
berkahwin mungkin berbeza daripada anak yang
belum berkahwin.
(iii) Pasangan suami isteri yang baru menjadi ibu
bapa akan menggunakan sebahagian besar daripada
pendapatan untuk menyara keluarga baharu mereka
seperti membeli makanan dan kelengkapan rumah
serta kemudahan kesihatan dan pengangkutan.
Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna (Faktor Individu)
Keputusan pembelian pegguna dipengaruhi oleh ciri-ciri peribadi
seperti yang berikut:
1. Umur dan tahap kitaran hidup
(a) Umur dan tahap kitaran hidup mempengaruhi perubahan membeli
barang dan perkhidmatan oleh pembeli.
(b) Dengan itu, pemasar perlu membangunkan produk yang sesuai
mengikut tahap kitaran hidup pengguna.
2. Pekerjaan
(a) Pekerjaan seseorang boleh mempengaruhi seseorang membeli barang
dan perkhidmatan.
(b) Pekerja kolar biru lebih cenderung membeli pakaian yang lasak
berbanding kolar putih yang lebih cenderung membeli pakaian
eksklusif.
3. Gaya hidup
(a) Gaya hidup ialah corak kehidupan seseorang melalui
aktiviti, minat dan pandangan.
(b) Gaya hidup pengguna dilihat secara lebih menyeluruh
berbanding dengan taraf hidup dan personaliti lain.
Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna (Faktor Individu)
4. Personaliti
(a) Personaliti merujuk keunikan ciri-ciri psikologikal yang
menguasai kehidupan dan tindak balas yang berkekalan
dalam persekitaran kehidupan seseorang.
(b) Personaliti dapat dijelaskan melalui keyakinan diri,
dominan, kebolehan bergaul, autonomi, kebolehan
menyesuaikan diri dan agresif.
(c) Personaliti digunakan untuk menganalisis gelagat pengguna
dalam pemilihan sesuatu produk dan jenama.
5. Konsep kendiri
(a) Konsep kendiri (imej kendiri) menggambarkan asas premis
konsep kendiri dengan pemilikan seseorang yang
menyumbangkan dan refleksi identiti seseorang.
(b) Pemasar perlu memahami terlebih dahulu
kaitan antara tingkah laku pengguna dan
pemilikan seseorang.
Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna (Faktor Psikologi)
1. Persepsi atau tanggapan pengguna
(a) Persepi merupakan proses manusia memilih, menyusun dan menterjemahkan maklumat
untuk mendapat gambaran keseluruhan.
(b) Terdapat tiga (3) proses persepsi, iaitu:
(i) Penumpuan terpilih
Manusia akan memilih maklumat tertentu untuk diberi tumpuan.
(ii) Gangguan terpilih
Manusia akan memberi makna kepada sesuatu maklumat mengikut kepercayaan masing-
masing.
(iii) Simpanan terpilih
Manusia akan memilih untuk menyimpan atau mengingati sebahagian daripada maklumat.
(c) Pengguna menggunakan pancaindera mereka untuk membuat persepsi atau tanggapan
melaui deria bau, rasa, dengar dan lihat untuk membuat keputusan pembelian.
(d) Sebagai contoh, Pizza Hut sering memperkenalkan piza dengan inti
baharu untuk menarik pelanggannya. Hal ini akan membantu
memenuhi keperluan pengguna yang mempunyai cita rasa yang
berlainan.
(e) Secara rasionalnya, pengguna yang rasional akan membuat pilihan
yang terbaik.
Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna (Faktor Psikologi)
(f) Teknik yang lazimnya digunakan oleh pengguna semasa membuat pilihan adalah seperti
yang berikut:
(i) Perhatian terpilih
• Pengguna terdedah kepada pelbagai jenis rangsangan melalui iklan di media massa.
• Pengguna mudah memberikan perhatian terhdap iklan tertentu yang mempunyai daya
tarikan tersendiri.
• Keputusan pembelian yang akan dibuat bergantung pada persepsi pengguna terhadap
kebenaran iklan tersebut berbanding produk yang sama yang pernah digunakan sebelumnya.
(ii) Rekaan terpilih
• Rekaan terpilih merujuk persepsi pengguna terhadap produk yang sama yang mungkin
pernah atau sedang digunakan tetapi dengan rekaan terbaharu.
• Oleh itu, pengguna akan cuba mempertahankan rekaan terdahulu berbanding rekaan
terbaharu kerana produk tersebut telah dimilikinya.
- Pengguna mungkin menokok tambah keistimewaan produk lama
berbanding produk baharu seperti kereta Perdana dianggap lebih baik
daripada kereta Perdana V6 disebabkan kos servis dan alat ganti yang
lebih murah.
Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna (Faktor Psikologi)
(iii) Pengekalan terpilih
• Pengekalan terpilih merujuk pada persepsi atau tanggapan pengguna
semasa membuat pemerhatian terhadap keluaran pemasar.
• Jika sesuatu keluaran telah menjadi pilihan, pengguna akan cuba
mengekalkan penggunaan keluaran tersebut.
2. Pembelajaran
(a) Pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku pengguna berdasarkan
pengalaman seseorang.
(b) Pembelajaran terdiri daripada gabungan kemahuan, motif dan
rangsangan yang menentukan bila, di mana dan bagaimana.
(c) Pembelajaran diperoleh pengguna melalui proses pemerhatian dan
pengalaman lalu.
(d) Pengguna cenderung membaiki kemahirannya dalam
membuat keputusan pembelian, iaitu dari segi
menentukan keperluan, mencari alternatif, menilai
alternatif dan memilih alternatif terbaik yang dapat
memenuhi keperluan dan kehendaknya.
Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna (Faktor Psikologi)
3. Personaliti
(a) Personaliti ialah sifat peribadi yang dilihat dan diukur dengan jelas dan mampu
mempengaruhi gelagat pengguna dalam membuat keputusan pembelian.
(b) Personaliti pengguna amat dipengaruhi oleh cara atau gaya kehidupannya.
(c) Sebagai contoh, seorang pengguna yang pemalu tidak akan membeli pakaian yang seksi
atau berwarna cerah.
(d) Malah, pengaruh personaliti menyebabkan pengguna yang hidup mewah memilih produk
berjenama dan berkualiti.
4. Sikap
(a) Sikap merujuk tingkah laku dan tindak balas pengguna berasaskan perasaan dan
kemahuan apabila berhadapan dengan produk di pasaran.
(b) Sebagai contoh, produk import biasanya menjadi rebutan dalam kalangan pengguna
kerana mereka menganggap kualiti produk import adalah jauh lebih baik berbanding produk
buatan tempatan.
(c) Anggapan ini timbul disebabkan oleh sikap pengguna yang suka
memilih, membanding dan mengkritik sesuatu produk dengan
produk yang lain walaupun menyedari bahawa setiap produk yang
berada dalam pasaran mempunyai kualiti yang berlainan.
Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna (Faktor Psikologi)
5. Motivasi
(a) Motivasi ialah penggerak yang boleh menyebabkan seseorang individu
berusaha untuk memenuhi kemahuan atau kehendaknya bagi mencapai
kepuasan.
(b) Teori Maslow membahagikan keperluan manusia kepada lima(5)
bahagian, iaitu bermula dripada keperluan paling bawah kepada keperluan
atasan, iaitu
(i) keperluan fisiologi,
(i) keperluan keselamatan,
(iii) keperluan sosial,
(iv) keperluan penghargaan dan
(v) keperluan pencapaian diri
6. Kepercayaan
(a) Kepercayaan merujuk penghuraian tentang pemikiran seseorang
terhadap tentang sesuatu berasaskan pengetahuan sebenar, pandangan,
keyakinan dan memberi kesan kepada faktor emosi.
(b) Pemasar perlu mengetahui produk dan perkhidmatan
yang spesifik kerana kepercayaan boleh membentuk
imej produk dan jenama, seterusnya memberi kesan
kepada gelagat pembelian.
Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna (Faktor Situasi)
1. Faktor situasi boleh mewujudkan perasaan umum
terhadap tanggapan pengguna semasa membeli seperti
masa membeli, tempat membeli dan musim atau cuaca.
2. Sebagai contoh, pasar raya jarang dikunjungi
pengguna semasa cuaca buruk dan hari bekerja,
tetapi pada hujung minggu, cuti umum, dan musim
perayaan, pasar raya akan dibanjiri pengguna
daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna (Faktor-Faktor Lain)
[Faktor Demografi]
Faktor demografi yang boleh mempengaruhi keputusan pembelian
pengguna ialah umur, jantina, bangsa, agama dan latar belakang
pendidikan.
1. Umur
(a) Kategori umur terbahagi kepada empat(4) jenis golongan, iaitu
kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua.
(b) Setiap kategori umur boleh membentuk keputusan pembelian yang
berbeza antara satu sama lain.
(c) Sebagai contoh, kanak-kanak lebih berminat membeli permainan,
tetapi keputusan pembelian dibuat oleh ibu bapa kanak-kanak tersebut.
2. Jantina
(a) Jantina merujuk faktor pengguna lelaki dan perempuan, corak
pembelian golongan lelaki tidak sama dengan golongan wanita.
(b) Golongan lelaki lebih cenderung membeli produk
sukan berbanding golongan wanita tertumpu kepada
barangan perhiasan diri.
Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna (Faktor-Faktor Lain)
[Faktor Demografi]
3. Bangsa
(a) Bangsa merujuk kaum yang mendiami sesuatu kawasan atau tempat.
(b) Sebagai contoh, di Malaysia kaum utama ialah Melayu, Cina,India,
Kadazandan dan Iban.
(c) Setiap kaum mempunyai kepercayaan tersendiri yang boleh
mempengaruhi pembelian.
4. Agama
(a) Setiap agama yang dianuti mempunyai pegangan kehidupan masing-
masing.
(b) Sebagi contoh, penganut Islam akan membeli pakaian yang menutup
aurat kerana merupakan tuntutan kewajipan penganut agama Islam.
5. Latar belakang pendidikan
(a) Latar belakang pendidikan terbahagi kepada pendidikan sekolah
rendah, pendidikan lepasan sekolah menengah dan pendidikan lepasan
universiti.
(b) Tahap pendidikan melambangkan taraf sosial dalam
masyarakat.
(c) Keputusan pembelian pengguna berpendapatan tinggi
lebih cenderung membeli produk yang berkualti tinggi.
Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna (Faktor-Faktor Lain)
[Faktor Campuran Pemasaran]
1. Faktor campuran pemasaran memberikan tumpuan
kepada teknik dan strategi yang digunakan oleh
pemasar untuk memasarkan produk mereka.
2. Pemasar akan menggunakan pelbagai strategi untuk
meningkatkan hasil seperti menggunakan reka bentuk
yang unik, warna yang menarik, memperbaik ciri-ciri
produk dan membuat tawaran harga yang menarik.
3. Setiap strategi yang digunakan boleh mempengaruhi
gelagat pengguna dalam membuat keputusan pembelian.
Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna
Faktor Unsur
Faktor budaya • Budaya • Subbudaya
Faktor sosial • Kelas sosial
• Kumpulan rujukan
• Anggota keluarga
Faktor individu
• Umur dan tahap kitaran
hidup
• Pekerjaan
• Personaliti
• Konsep kendiri
• Gaya hidup
Faktor psikologi
• Persepsi
• Pembelajaran
• Personaliti
• Sikap
• Motivasi
• Kepercayaan
Faktor situasi
• Tempat membeli
• Masa membeli
• Tujuan membeli
• Musim atau cuaca
• Faedah penggunaan
produk
• Kaedah pembayaran
Faktor demografi
• Umur
• Jantina
• Bangsa
• Agama
• Pendidikan
• Pendapatan
Faktor campuran
pemasaran
• Produk
• Harga
• Promosi
• Pengedaran
Sekian
Terima Kasih

More Related Content

What's hot

Bab 3 pemasaran STPM Penggal 1
Bab 3 pemasaran STPM Penggal 1Bab 3 pemasaran STPM Penggal 1
Bab 3 pemasaran STPM Penggal 1
Ashraf Azim
 
Penentuan harga.
Penentuan harga.Penentuan harga.
Penentuan harga.
liltraxx
 
Pengajian Perniagaan-Cabaran syarikat multinasional
Pengajian Perniagaan-Cabaran syarikat multinasionalPengajian Perniagaan-Cabaran syarikat multinasional
Pengajian Perniagaan-Cabaran syarikat multinasional
umishahirah
 

What's hot (20)

6. Segmentasi pasaran, sasaran & pemposisian pasaran
6. Segmentasi pasaran, sasaran & pemposisian pasaran6. Segmentasi pasaran, sasaran & pemposisian pasaran
6. Segmentasi pasaran, sasaran & pemposisian pasaran
 
Bab 3 pemasaran STPM Penggal 1
Bab 3 pemasaran STPM Penggal 1Bab 3 pemasaran STPM Penggal 1
Bab 3 pemasaran STPM Penggal 1
 
Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk
Bab 2 Campuran Pemasaran - ProdukBab 2 Campuran Pemasaran - Produk
Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk
 
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
 
Ful kk pp
Ful kk ppFul kk pp
Ful kk pp
 
Penentuan harga.
Penentuan harga.Penentuan harga.
Penentuan harga.
 
9. pembangunan produk baharu & kitaran hayat produk
9. pembangunan produk baharu & kitaran hayat produk9. pembangunan produk baharu & kitaran hayat produk
9. pembangunan produk baharu & kitaran hayat produk
 
Topik 3 campuran pemasaran
Topik 3  campuran pemasaranTopik 3  campuran pemasaran
Topik 3 campuran pemasaran
 
REKABENTUK PENGORGANISASIAN
REKABENTUK PENGORGANISASIANREKABENTUK PENGORGANISASIAN
REKABENTUK PENGORGANISASIAN
 
bab 2: inflasi dan kos sara hidup stpm 2017
bab 2: inflasi dan kos sara hidup stpm 2017bab 2: inflasi dan kos sara hidup stpm 2017
bab 2: inflasi dan kos sara hidup stpm 2017
 
Proses pembuatan keputusan
Proses pembuatan keputusanProses pembuatan keputusan
Proses pembuatan keputusan
 
Syarikat multinasional
Syarikat multinasionalSyarikat multinasional
Syarikat multinasional
 
Pengajian perniagaan BAB 3 segmentasi
Pengajian perniagaan  BAB 3 segmentasiPengajian perniagaan  BAB 3 segmentasi
Pengajian perniagaan BAB 3 segmentasi
 
Pengajian Perniagaan SEM 1(BAB 1)
Pengajian Perniagaan SEM 1(BAB 1)Pengajian Perniagaan SEM 1(BAB 1)
Pengajian Perniagaan SEM 1(BAB 1)
 
Pengajian perniagaan Bab 2 Pengeluaran
Pengajian perniagaan Bab 2 PengeluaranPengajian perniagaan Bab 2 Pengeluaran
Pengajian perniagaan Bab 2 Pengeluaran
 
Pengajian Perniagaan-Cabaran syarikat multinasional
Pengajian Perniagaan-Cabaran syarikat multinasionalPengajian Perniagaan-Cabaran syarikat multinasional
Pengajian Perniagaan-Cabaran syarikat multinasional
 
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 PengorganisasianPengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
 
Pemasaran perniagaan
Pemasaran perniagaanPemasaran perniagaan
Pemasaran perniagaan
 
makroekonomi kdnk
makroekonomi kdnkmakroekonomi kdnk
makroekonomi kdnk
 
Nota pengajian-perniagaan-stpm-semester-2
Nota pengajian-perniagaan-stpm-semester-2Nota pengajian-perniagaan-stpm-semester-2
Nota pengajian-perniagaan-stpm-semester-2
 

Similar to Pemasaran - Model gelagat pengguna

2. persekitaran pemasaran
2. persekitaran pemasaran2. persekitaran pemasaran
2. persekitaran pemasaran
yunnach
 
Pp p1 perniagaan
Pp  p1 perniagaanPp  p1 perniagaan
Pp p1 perniagaan
dabneyluang
 
Pp p1 perniagaan
Pp  p1 perniagaanPp  p1 perniagaan
Pp p1 perniagaan
dabneyluang
 
Bab 1 memahami pasaran
Bab 1 memahami pasaranBab 1 memahami pasaran
Bab 1 memahami pasaran
Zariff Rafael
 
Bab 1 memahami pasaran
Bab 1 memahami pasaranBab 1 memahami pasaran
Bab 1 memahami pasaran
Zariff Rafael
 
Bab 1 memahami pasaran
Bab 1 memahami pasaranBab 1 memahami pasaran
Bab 1 memahami pasaran
Zariff Rafael
 
BAB 1 PERSEKITARAN PERNIAGAAN sem1.pdf
BAB 1 PERSEKITARAN PERNIAGAAN sem1.pdfBAB 1 PERSEKITARAN PERNIAGAAN sem1.pdf
BAB 1 PERSEKITARAN PERNIAGAAN sem1.pdf
atikah460648
 

Similar to Pemasaran - Model gelagat pengguna (20)

Bab 4
Bab 4Bab 4
Bab 4
 
2. persekitaran pemasaran
2. persekitaran pemasaran2. persekitaran pemasaran
2. persekitaran pemasaran
 
Pp p1 perniagaan
Pp  p1 perniagaanPp  p1 perniagaan
Pp p1 perniagaan
 
Pp p1 perniagaan
Pp  p1 perniagaanPp  p1 perniagaan
Pp p1 perniagaan
 
Asas Pemasaran
Asas PemasaranAsas Pemasaran
Asas Pemasaran
 
trend persekitaran perniagaan
trend persekitaran perniagaantrend persekitaran perniagaan
trend persekitaran perniagaan
 
Pengenalankepadapemasaran 110106083630-phpapp02
Pengenalankepadapemasaran 110106083630-phpapp02Pengenalankepadapemasaran 110106083630-phpapp02
Pengenalankepadapemasaran 110106083630-phpapp02
 
Perniagaan Dan Persekitaran
Perniagaan Dan Persekitaran Perniagaan Dan Persekitaran
Perniagaan Dan Persekitaran
 
5. pengguna organisasi
5. pengguna organisasi5. pengguna organisasi
5. pengguna organisasi
 
Analisis faktor yang membawa perubahan kepada persekitaran perniagaan
Analisis faktor yang membawa perubahan kepada persekitaran perniagaanAnalisis faktor yang membawa perubahan kepada persekitaran perniagaan
Analisis faktor yang membawa perubahan kepada persekitaran perniagaan
 
Bab 1 memahami pasaran
Bab 1 memahami pasaranBab 1 memahami pasaran
Bab 1 memahami pasaran
 
Bab 1 memahami pasaran
Bab 1 memahami pasaranBab 1 memahami pasaran
Bab 1 memahami pasaran
 
Bab 1 memahami pasaran
Bab 1 memahami pasaranBab 1 memahami pasaran
Bab 1 memahami pasaran
 
15680581-Bab-3-perniagaan-antarabangsa.ppt
15680581-Bab-3-perniagaan-antarabangsa.ppt15680581-Bab-3-perniagaan-antarabangsa.ppt
15680581-Bab-3-perniagaan-antarabangsa.ppt
 
1. identify sales & marketing requirement
1. identify sales & marketing requirement1. identify sales & marketing requirement
1. identify sales & marketing requirement
 
Bab 1 Pengenalan Kepada Pemasaran
Bab 1 Pengenalan Kepada PemasaranBab 1 Pengenalan Kepada Pemasaran
Bab 1 Pengenalan Kepada Pemasaran
 
Analisis peluang perniagaan
Analisis peluang perniagaanAnalisis peluang perniagaan
Analisis peluang perniagaan
 
BAB 1 PERSEKITARAN PERNIAGAAN sem1.pdf
BAB 1 PERSEKITARAN PERNIAGAAN sem1.pdfBAB 1 PERSEKITARAN PERNIAGAAN sem1.pdf
BAB 1 PERSEKITARAN PERNIAGAAN sem1.pdf
 
Bab 2 persekitaran
Bab 2   persekitaranBab 2   persekitaran
Bab 2 persekitaran
 
13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL
13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL
13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL
 

More from Izzuliani Yassim (8)

Taman didikan kanak – kanak kurang upaya Sri Stella
Taman didikan kanak – kanak kurang upaya Sri StellaTaman didikan kanak – kanak kurang upaya Sri Stella
Taman didikan kanak – kanak kurang upaya Sri Stella
 
Sejarah Proses pembentukan malaysia
Sejarah Proses pembentukan malaysiaSejarah Proses pembentukan malaysia
Sejarah Proses pembentukan malaysia
 
kemahiran permainan bola keranjang
kemahiran permainan bola keranjangkemahiran permainan bola keranjang
kemahiran permainan bola keranjang
 
Contoh viva sejarah stpm
Contoh viva sejarah stpm Contoh viva sejarah stpm
Contoh viva sejarah stpm
 
Contoh viva pengajian am
Contoh viva pengajian am Contoh viva pengajian am
Contoh viva pengajian am
 
Konsep Ekonomi Feudalisme di China dan Jepun
Konsep Ekonomi Feudalisme di China dan JepunKonsep Ekonomi Feudalisme di China dan Jepun
Konsep Ekonomi Feudalisme di China dan Jepun
 
Proses perancangan
Proses perancanganProses perancangan
Proses perancangan
 
Takaful
TakafulTakaful
Takaful
 

Pemasaran - Model gelagat pengguna

  • 1. Bab 3 : Pemasaran 3.2.1 Model Gelagat Pengguna ~ RAMZILA ~ NADIA ~ MOCK ~ IZZUL ~ ANIM
  • 2. Rancangan Pemasaran dan Persekitaran 1. Persekitaran pemasaran merujuk faktor - faktor dan tekanan - tekanan yang akan memberi kesan kepada kemampuan firma berurusan dengan pasaran sasaran 2. Persekitaran pemasaran terdiri daripada : • persekitaran mikro • persekitaran makro
  • 3. Faktor Persekitaran Mikro 1. Persekitaran mikro merupakan pihak yang terlibat yang boleh memberi kesan langsung kepada firma. 2. Antara pihak yang terlibat dalam persekitaran mikro adalah seperti yang berikut : • firma • pesaing • pelanggan • orang awam • saluran pengagihan
  • 4. Faktor Persekitaran Mikro a) Firma (i) Pengurusan atasan bertanggungjawab menentukan misi, objektif, strategi dan polisi organisasi. (ii) Penyelarasan antara jabatan seperti jabatan kewangan dan pemasaran amat penting untuk mencapai matlamat dengan mengamalkan konsep "kerjasama" dan "dahulukan pelanggan". b) Pesaing (i) Konsep pemasaran menekankan firma perlu memuaskan pengguna lebih daripada keuntungan. (ii) Strategi yang berkesan bergantung pada peletakan produk dalam pasaran sasaran yang berkesan, bukan bergantung kepada saiz firma semata-mata.
  • 5. Faktor Persekitaran Mikro c) Pelanggan (i) Pasaran pengguna ialah individu atau isi rumah yang membeli produk untuk kegunaan sendiri. (ii) Pasaran industri ialah pihak yang membeli produk bertujuan mengeluarkan produk selanjutnya. (iii) Pasaran kerajaan membeli produk untuk kegunaan awam dan menyerahkan kepada pihak lain. (iv) Pasaran penjualan semula ialah pihak yang membeli produk dan menjual semula untuk mendapatkan keuntungan. (v) Pasaran antarabangsa ialah pembeli dari luar negara termasuklah pengguna akhir, pengeluar, penjual semula dan kerajaan.
  • 6. Faktor Persekitaran Mikro (d) Orang awam (i) Orang awam merujuk kumpulan yang boleh memberi pengaruh untuk memberi kesan kepada pencapaian objektif firma. Golongan Huraian Kewangan Kemampuan organisasi memperoleh sumber kewangan seperti bank dan pemegang saham. Media Pihak yang menyampaikan berita dan pendapat editor media massa. Kerajaan Perniagaan memantau perkembangan dan membuat sesuatu pertimbangan berkaitan dengan isu-isu keselamatan produk dan kejujuran dalam membuat iklan. Tindakan masyarakat Keputusan yang dibuat oleh pemasar boleh dipertikaikan oleh organisasi pengguna, kumpulan persekitaran dan kumpulan minoriti.
  • 7. Faktor Persekitaran Mikro (Orang Awam) Golongan Huraian Perhubungan awam Pihak yang perlu mengurus yang melibatkan pengguna dan kumpulan masyarakat. Penduduk tempatan Penduduk jiran dan komuniti yang berada di sekeliling firma. Pihak perhubungan awam Pihak yang mewujudkan interaksi, mengadakan majlis perjumpaan dan sesi soal jawab dengan penduduk tempatan. Orang awam umum Pihak awam yang berada di sekeliling perniagaan yang boleh menjejaskan imej organisasi. Imej organisasi boleh memberi kesan kepada tingkah laku pembeli. Orang awam dalam Pihak yang terlibat secara langsung dalam operasi perniagaan seperti pekerja, pengurus, sukarelawan dan ahli lembaga pengarah. Firma Pihak yang boleh mencetak berita-berita terkini tentang pemasaran supaya orang awam dalam bersikap positif terhadap firma.
  • 8. Faktor Persekitaran Mikro (e) Saluran pengagihan (i) Saluran pengagihan ialah pihak yang membantu firma bagi memperkenal, menjual dan mengedar barang dan perkhidmatan kepada pengguna akhir. (ii) Firma pengeluar fizikal menyediakan perkhidmatan kemudahan pergudangan dan mengedar produk dari pusat pengeluaran ke lokasi lain. (iii) Agensi perkhidmatan pemasaran menyediakan perkhidmatan penyelidikan pemasaran, pengiklanan dan media. (iv) Saluran kewangan termasuklah bank dan firma kredit yang menyediakan kemudahan urus niaga kewangan dan perlindungan risiko.
  • 9. Faktor Persekitaran Makro 1. Persekitaran makro merupakan tekanan faktor sosial yang luas terhadap firma. 2. Antara pihak yang terlibat dalam persekitaran makro adalah seperti yang berikut : • Demografi • Ekonomi • Sumber alam semula jadi • Teknologi • Politik • Kebudayaan
  • 10. Faktor Persekitaran Makro (a) Demografi (i) Faktor demografi merujuk kajian berkaitan dengan populasi/manusia. (ii) Antara contoh faktor demografi adalah seperti yang berikut: • Saiz penduduk • Kepadatan • Tempat • Umur • Kelahiran • Jantina • Perkahwinan • Tingkat kematian • Pekerjaan • Bangsa • Suku • Faktor statistik yang lain (iii) Perubahan populasi dunia yang meningkat menyebabkan keperluan makanan melebihi daripada bekalan.
  • 11. Faktor Persekitaran Makro (Demografi) (iv) Perubahan struktur umur menyebabkan peratus golongan tua melebihi daripada golongan muda. (v) Perpindahan penduduk dari kawasan luar bandar ke bandar telah menyebabkan jumlah penduduk bertambah dengan drastik. (vi) Kecenderungan mendapatkan taraf pendidikan yang tinggi menyebabkan tuntutan kepada institusi pengajian tinggi semakin meningkat. (vii) Peningkatan kepelbagaian etnik di dalam sebuah negara memberi kesan kepada strategi pemasaran.
  • 12. Faktor Persekitaran Makro (b) Ekonomi (i) Faktor ekonomi ialah elemen-elemen yang boleh memberi kesan kepada kuasa beli dan corak perbelanjaan pengguna. (ii) Perubahan pendapatan berlaku ekoran daripada kadar inflasi dan polisi agihan pendapatan. (iii) Perubahan dalam corak perbelanjaan pengguna bergantung pada tingkat pendapatan. (iv) Tingkat pemasaran turut mempengaruhi strategi pemasaran.
  • 13. Faktor Persekitaran Makro (c) Sumber alam semula jadi (i) Faktor alam semula jadi merujuk bahan yang diperlukan oleh pemasar sebagai input dan boleh memberi kesan terhadap aktiviti pemasaran. (ii) Ketandusan bahan mentah seperti bekalan air yang tidak mencukupi boleh menimbulkan masalah dalam operasi perkilangan dan sumber bahan semula jadi yang tidak boleh diganti seperti minyak dan arang batu. (d) Teknologi (i) Persekitaran teknologi merujuk aktiviti mencipta teknologi baharu, mencipta prosuk baharu dan wujud peluang- peluang pekerjaan. ii) Peningkatan perubahan teknologi yang pantas memberi kesan dengan cepat terhadap penyelidikan dan kitaran hayat produk.
  • 14. Faktor Persekitaran Makro (e) Politik (i) Persekitaran politik merujuk undang-undang, kerajaan, agensi kerajaan dan kumpulan pendesak yang boleh mempengaruhi kebebasan sesebuah organisasi dan individu memberi kesan kepada masyarakat. (ii) Kumpulan-kumpulan perniagaan berusaha melobi pihak kerajaan untuk menjaga kepentingan perniagaan masing-masing. (f) Kebudayaan (i) Persekitaran kebudayaan ialah institusi dan lain kuasa yang memberi kesan terhadap masyarakat terhadap nilai, persepsi dan kesukaan tingkah laku. (ii) Sub budaya merujuk sekumpulan manusia yang berkongsi sistem budaya yang sama berdasarkan pengalaman hidup yang serupa, dengan itu pemasar perlu melihat kehendak dan tabiat membeli yang berbeza.
  • 15. Kaitan Antara Persekitaran Mikro dan Persekitaran Makro Firma Perniagaan Demografi Ekonomi Alam Sekitar Teknologi Politik Budaya Firma Pembekal Pelanggan Pesaing Orang
  • 16. Kotak Hitam Pembeli dan Respons Pembeli 1. Model gelagat pengguna mengkaji faktor yang mempengaruhi pengguna semasa membuat keputusan untuk membeli, mengguna dan melupuskan produk yang dibeli. 2. Oleh itu, organisasi harus berusaha untuk memahami secara mendalam bagaimana pengguna akan memberikan maklum balas terhadap ciri produk yang pelbagai, harga produk dan aktiviti pengiklanan yang dijalankan.
  • 17. Kotak Hitam Pembeli dan Respons Pembeli 3. Model gelagat pengguna terdiri daripada tiga(3) komponen penting seperti yang berikut : Rancangan Pemasaran dan Persekitaran Pemasaran • Produk • Harga • Pengedaran • Promosi Rangsangan lain • Ekonomi • Teknologi • Politik • Budaya Kotak Hitam Pembeli Karakter pengguna/ pembeli Proses keputusan pembelian Respons Pembeli • Sikap dan keutamaan pembelian • Gelagat pembelian • Gelagat berkaitan jenama dan syarikat
  • 18. Kotak Hitam Pembeli dan Respons Pembeli (a) Model gelagat pengguna dapat membantu pemasar menjawab persoalan mengenai pengguna seperti yang berikut: (i) Apakah jenis produk yang dibeli? (ii) Di manakah produk tersebut dibeli? (iii) Bagaimanakah membeli produk tersebut? (iv) Bilakah membeli produk tersebut? dan (v) Mengapakah pengguna membeli produk tersebut? (b) Model terbut dikenali sebagai model rangsangan dan tindak balas pengguna terhadap faktor rangsangan. (i) Rangsangan pemasaran dan persekitaran Rangsangan tersebut membentuk Kotak Hitam Pembeli yang akhirnya akan mewujudkan tindak balas pembelian.
  • 19. • Rangsangan dibahagi kepada dua(2), iaitu: - Rangsangan pemasaran Rangsangan pemasaran terdiri daripada konsep 4P, iaitu produk, harga, pengedaran dan promosi. - Rangsangan persekitaran Rangsangan persekitaran meliputi faktor persekitaran ekonomi, teknologi, politik dan budaya. • Rangsangan - rangsangan yang wjud akan membentuk konsep Kotak Hitam Pembeli yang menggambarkan ciri-ciri pengguna dan proses keputusan pembelian. (ii) Kotak Hitam Pembeli • Konsep Kotak Hitam memerlukan pemasar memahami kotak hitam pembeli. • Ciri-ciri pengguna akan menentukan bagaimana pengguna bertindak balas terhadap rangsangan. (iii) Respons Pembeli Kotak Hitam Pembeli akan menghasilkan tindak balas pembelian seperti pemilihan produk, pemilihan jenama, pemilihan jurujual, waktu pengguna membuat keputusan untuk membeli serta jumlah pembelian. Kotak Hitam Pembeli dan Respons Pembeli
  • 20. Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna  Terdapat lima(5) faktor yang mempengaruhi gelagat pengguna dalam membuat keputusan pembelian, iaitu: • faktor budaya • faktor sosial • faktor individu • faktor psikologi • faktor situasi
  • 21. Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna (Faktor Budaya) 1. Budaya (a) Budaya ialah nilai asas kehidupan berasaskan kepada perkongsian makna, adat dan tradisi dalam kalangan masyarakat. (b) Faktor budaya akan mempengaruhi sikap, kepercayaan, kehendak dan keutamaan terhadap sesuatu idea, aktiviti dan produk. (c) Secara khusus, budaya mempengaruhi nilai, norma, keutamaan, kebiasaan dan kepercayaan sesuatu kumpulan pengguna. Budaya yang diamalkan boleh diwariskan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain. (d) Latar belakang budaya akan mempengaruhi keputusan pengguna dalam memilih dan membeli produk.
  • 22. Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna (Faktor Budaya) 2. Subbudaya (a) Subbudaya merujuk sesuatu kumpulan dalam masyarakat yang mempunyai kelainan yang dikongsi bersama berasaskan pengalaman hidup yang sama. (b) Subbudaya wujud dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia dan boleh mempengaruhi keputusan pembelian pengguna. (c) Subbudaya merangkumi aspek kewarganegaraan, keagamaan, kaum dan kawasan geografi yang membentuk segmen pasaran. (d) Sebagai contoh, remaja di bandar gemar berpakaian mengikut perkembangan fesyen terkini berbanding remaja di luar bandar yang gemar berpakaian secara ringkas sahaja.
  • 23. Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna (Faktor Sosial) 1. Faktor sosial merujuk taraf sosial yang menentukan bagaimana individu atau kumpulan diiktiraf dalam sesuatu masyarakat. 2. Faktor sosial terdiri daripada elemen penting seperti yang berikut: (a) Taraf sosial atau kelas sosial (i) Taraf sosial merujuk strata kedudukan pengguna dalam hierarki masyarakat berdasarkan tingkat pendapatan, jenis pekerjaan, latar belakang pendidikan dan kekayaan. (ii) Faktor penentu taraf sosial ialah jumlah pendapatan, pekerjaan, pendidikan, harta dan keturunan. (iii) Anggota masyarakat boleh dibahagikan kepada kumpulan pekerja kolar putih dan kolar biru berdasarkan jawatan dan kuasa yang dipegang. (iv) Strategi pemasaran menggunakan taraf sosial untuk menentukan kumpulan manusia yang besar dengan persamaan yang jelas dalam menentukan jumlah, gaya dan bagaimana berbelanja. (v) Sebagai contoh, kelas atasan memilih pemakaian, perabot dan kenderaan mewah manakala golongan berpendapatan rendah lebih gemar mengunjungi kedai yang murah dan berpatutan.
  • 24. Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna (Faktor Sosial) (b) Kumpulan rujukan, keahlian dan aspirasi (i) Kumpulan rujukan, keahlian dan aspirasi merupakan satu lagi faktor sosial yang boleh mempengaruhi gelagat dan keputusan pembelian pengguna. (ii) Hal ini disebabkan oleh pengguna cenderung terpengaruh dengan kumpulan rujukan dan aspirasi yang menjadi ikutan. • Kumpulan rujukan - Kumpulan rujukan ialah kumpulan yang dijadikan sebagai sumber rujukan oleh pengguna dalam membentuk sikapnya. - Sesetengah pengguna gemar mengikut cara pemakaian idola mereka yang terdiri daripada pemimpin dan artis terkenal, ahli sukan ternama ataupun teman rapat. - Sebagai contoh. pengguna wanita yang meminati penyanyi tertentu mungkin akan terdorong untuk memilih tudung yang mempunyai rekaan yang sama.
  • 25. Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna (Faktor Sosial) • Kumpulan keahlian - Merujuk individu yang mempunyai perhubungan rapat dengan pengguna disebabkan minat yang sama, misalnya rakan sekerja dan rakan sepersatuan. - Golongan ini boleh mempengaruhi keputusan pembelian pengguna melalui dorongan dan desakan yang diberikan. - Sebagai contoh, pelajar yang berkawan dengan pelajar yang memakai kasut berjenama mungkin akan terpengaruh untuk membeli kasut jenama tersebut. • Kumpulan aspirasi - Kumpulan aspirasi merupakan individu yang dikenali ramai. - Sebagai contoh, David Beckham dan Christiano Ronaldo telah menjadi sumber aspirasi golongan remaja dan peminat yang mengagumi kecekapannya dalam sukan bola sepak. - Pemasar boleh menggunakan kumpulan aspirasi dalam iklannya atau menjemput mereka untuk menghadiri sesi promosi jualan barangan sebagai salah satu strategi untuk meningkatknan sambutan terhadap prosuk keluaran mereka.
  • 26. Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna (Faktor Sosial) (c) Anggota keluarga (i) Anggota keluarga ialah individu yang sentiasa mendampingi dan menemani kita. (ii) Keputusan pembelian antara anak yang telah berkahwin mungkin berbeza daripada anak yang belum berkahwin. (iii) Pasangan suami isteri yang baru menjadi ibu bapa akan menggunakan sebahagian besar daripada pendapatan untuk menyara keluarga baharu mereka seperti membeli makanan dan kelengkapan rumah serta kemudahan kesihatan dan pengangkutan.
  • 27. Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna (Faktor Individu) Keputusan pembelian pegguna dipengaruhi oleh ciri-ciri peribadi seperti yang berikut: 1. Umur dan tahap kitaran hidup (a) Umur dan tahap kitaran hidup mempengaruhi perubahan membeli barang dan perkhidmatan oleh pembeli. (b) Dengan itu, pemasar perlu membangunkan produk yang sesuai mengikut tahap kitaran hidup pengguna. 2. Pekerjaan (a) Pekerjaan seseorang boleh mempengaruhi seseorang membeli barang dan perkhidmatan. (b) Pekerja kolar biru lebih cenderung membeli pakaian yang lasak berbanding kolar putih yang lebih cenderung membeli pakaian eksklusif. 3. Gaya hidup (a) Gaya hidup ialah corak kehidupan seseorang melalui aktiviti, minat dan pandangan. (b) Gaya hidup pengguna dilihat secara lebih menyeluruh berbanding dengan taraf hidup dan personaliti lain.
  • 28. Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna (Faktor Individu) 4. Personaliti (a) Personaliti merujuk keunikan ciri-ciri psikologikal yang menguasai kehidupan dan tindak balas yang berkekalan dalam persekitaran kehidupan seseorang. (b) Personaliti dapat dijelaskan melalui keyakinan diri, dominan, kebolehan bergaul, autonomi, kebolehan menyesuaikan diri dan agresif. (c) Personaliti digunakan untuk menganalisis gelagat pengguna dalam pemilihan sesuatu produk dan jenama. 5. Konsep kendiri (a) Konsep kendiri (imej kendiri) menggambarkan asas premis konsep kendiri dengan pemilikan seseorang yang menyumbangkan dan refleksi identiti seseorang. (b) Pemasar perlu memahami terlebih dahulu kaitan antara tingkah laku pengguna dan pemilikan seseorang.
  • 29. Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna (Faktor Psikologi) 1. Persepsi atau tanggapan pengguna (a) Persepi merupakan proses manusia memilih, menyusun dan menterjemahkan maklumat untuk mendapat gambaran keseluruhan. (b) Terdapat tiga (3) proses persepsi, iaitu: (i) Penumpuan terpilih Manusia akan memilih maklumat tertentu untuk diberi tumpuan. (ii) Gangguan terpilih Manusia akan memberi makna kepada sesuatu maklumat mengikut kepercayaan masing- masing. (iii) Simpanan terpilih Manusia akan memilih untuk menyimpan atau mengingati sebahagian daripada maklumat. (c) Pengguna menggunakan pancaindera mereka untuk membuat persepsi atau tanggapan melaui deria bau, rasa, dengar dan lihat untuk membuat keputusan pembelian. (d) Sebagai contoh, Pizza Hut sering memperkenalkan piza dengan inti baharu untuk menarik pelanggannya. Hal ini akan membantu memenuhi keperluan pengguna yang mempunyai cita rasa yang berlainan. (e) Secara rasionalnya, pengguna yang rasional akan membuat pilihan yang terbaik.
  • 30. Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna (Faktor Psikologi) (f) Teknik yang lazimnya digunakan oleh pengguna semasa membuat pilihan adalah seperti yang berikut: (i) Perhatian terpilih • Pengguna terdedah kepada pelbagai jenis rangsangan melalui iklan di media massa. • Pengguna mudah memberikan perhatian terhdap iklan tertentu yang mempunyai daya tarikan tersendiri. • Keputusan pembelian yang akan dibuat bergantung pada persepsi pengguna terhadap kebenaran iklan tersebut berbanding produk yang sama yang pernah digunakan sebelumnya. (ii) Rekaan terpilih • Rekaan terpilih merujuk persepsi pengguna terhadap produk yang sama yang mungkin pernah atau sedang digunakan tetapi dengan rekaan terbaharu. • Oleh itu, pengguna akan cuba mempertahankan rekaan terdahulu berbanding rekaan terbaharu kerana produk tersebut telah dimilikinya. - Pengguna mungkin menokok tambah keistimewaan produk lama berbanding produk baharu seperti kereta Perdana dianggap lebih baik daripada kereta Perdana V6 disebabkan kos servis dan alat ganti yang lebih murah.
  • 31. Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna (Faktor Psikologi) (iii) Pengekalan terpilih • Pengekalan terpilih merujuk pada persepsi atau tanggapan pengguna semasa membuat pemerhatian terhadap keluaran pemasar. • Jika sesuatu keluaran telah menjadi pilihan, pengguna akan cuba mengekalkan penggunaan keluaran tersebut. 2. Pembelajaran (a) Pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku pengguna berdasarkan pengalaman seseorang. (b) Pembelajaran terdiri daripada gabungan kemahuan, motif dan rangsangan yang menentukan bila, di mana dan bagaimana. (c) Pembelajaran diperoleh pengguna melalui proses pemerhatian dan pengalaman lalu. (d) Pengguna cenderung membaiki kemahirannya dalam membuat keputusan pembelian, iaitu dari segi menentukan keperluan, mencari alternatif, menilai alternatif dan memilih alternatif terbaik yang dapat memenuhi keperluan dan kehendaknya.
  • 32. Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna (Faktor Psikologi) 3. Personaliti (a) Personaliti ialah sifat peribadi yang dilihat dan diukur dengan jelas dan mampu mempengaruhi gelagat pengguna dalam membuat keputusan pembelian. (b) Personaliti pengguna amat dipengaruhi oleh cara atau gaya kehidupannya. (c) Sebagai contoh, seorang pengguna yang pemalu tidak akan membeli pakaian yang seksi atau berwarna cerah. (d) Malah, pengaruh personaliti menyebabkan pengguna yang hidup mewah memilih produk berjenama dan berkualiti. 4. Sikap (a) Sikap merujuk tingkah laku dan tindak balas pengguna berasaskan perasaan dan kemahuan apabila berhadapan dengan produk di pasaran. (b) Sebagai contoh, produk import biasanya menjadi rebutan dalam kalangan pengguna kerana mereka menganggap kualiti produk import adalah jauh lebih baik berbanding produk buatan tempatan. (c) Anggapan ini timbul disebabkan oleh sikap pengguna yang suka memilih, membanding dan mengkritik sesuatu produk dengan produk yang lain walaupun menyedari bahawa setiap produk yang berada dalam pasaran mempunyai kualiti yang berlainan.
  • 33. Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna (Faktor Psikologi) 5. Motivasi (a) Motivasi ialah penggerak yang boleh menyebabkan seseorang individu berusaha untuk memenuhi kemahuan atau kehendaknya bagi mencapai kepuasan. (b) Teori Maslow membahagikan keperluan manusia kepada lima(5) bahagian, iaitu bermula dripada keperluan paling bawah kepada keperluan atasan, iaitu (i) keperluan fisiologi, (i) keperluan keselamatan, (iii) keperluan sosial, (iv) keperluan penghargaan dan (v) keperluan pencapaian diri 6. Kepercayaan (a) Kepercayaan merujuk penghuraian tentang pemikiran seseorang terhadap tentang sesuatu berasaskan pengetahuan sebenar, pandangan, keyakinan dan memberi kesan kepada faktor emosi. (b) Pemasar perlu mengetahui produk dan perkhidmatan yang spesifik kerana kepercayaan boleh membentuk imej produk dan jenama, seterusnya memberi kesan kepada gelagat pembelian.
  • 34. Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna (Faktor Situasi) 1. Faktor situasi boleh mewujudkan perasaan umum terhadap tanggapan pengguna semasa membeli seperti masa membeli, tempat membeli dan musim atau cuaca. 2. Sebagai contoh, pasar raya jarang dikunjungi pengguna semasa cuaca buruk dan hari bekerja, tetapi pada hujung minggu, cuti umum, dan musim perayaan, pasar raya akan dibanjiri pengguna daripada pelbagai lapisan masyarakat.
  • 35. Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna (Faktor-Faktor Lain) [Faktor Demografi] Faktor demografi yang boleh mempengaruhi keputusan pembelian pengguna ialah umur, jantina, bangsa, agama dan latar belakang pendidikan. 1. Umur (a) Kategori umur terbahagi kepada empat(4) jenis golongan, iaitu kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua. (b) Setiap kategori umur boleh membentuk keputusan pembelian yang berbeza antara satu sama lain. (c) Sebagai contoh, kanak-kanak lebih berminat membeli permainan, tetapi keputusan pembelian dibuat oleh ibu bapa kanak-kanak tersebut. 2. Jantina (a) Jantina merujuk faktor pengguna lelaki dan perempuan, corak pembelian golongan lelaki tidak sama dengan golongan wanita. (b) Golongan lelaki lebih cenderung membeli produk sukan berbanding golongan wanita tertumpu kepada barangan perhiasan diri.
  • 36. Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna (Faktor-Faktor Lain) [Faktor Demografi] 3. Bangsa (a) Bangsa merujuk kaum yang mendiami sesuatu kawasan atau tempat. (b) Sebagai contoh, di Malaysia kaum utama ialah Melayu, Cina,India, Kadazandan dan Iban. (c) Setiap kaum mempunyai kepercayaan tersendiri yang boleh mempengaruhi pembelian. 4. Agama (a) Setiap agama yang dianuti mempunyai pegangan kehidupan masing- masing. (b) Sebagi contoh, penganut Islam akan membeli pakaian yang menutup aurat kerana merupakan tuntutan kewajipan penganut agama Islam. 5. Latar belakang pendidikan (a) Latar belakang pendidikan terbahagi kepada pendidikan sekolah rendah, pendidikan lepasan sekolah menengah dan pendidikan lepasan universiti. (b) Tahap pendidikan melambangkan taraf sosial dalam masyarakat. (c) Keputusan pembelian pengguna berpendapatan tinggi lebih cenderung membeli produk yang berkualti tinggi.
  • 37. Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna (Faktor-Faktor Lain) [Faktor Campuran Pemasaran] 1. Faktor campuran pemasaran memberikan tumpuan kepada teknik dan strategi yang digunakan oleh pemasar untuk memasarkan produk mereka. 2. Pemasar akan menggunakan pelbagai strategi untuk meningkatkan hasil seperti menggunakan reka bentuk yang unik, warna yang menarik, memperbaik ciri-ciri produk dan membuat tawaran harga yang menarik. 3. Setiap strategi yang digunakan boleh mempengaruhi gelagat pengguna dalam membuat keputusan pembelian.
  • 38. Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna Faktor Unsur Faktor budaya • Budaya • Subbudaya Faktor sosial • Kelas sosial • Kumpulan rujukan • Anggota keluarga Faktor individu • Umur dan tahap kitaran hidup • Pekerjaan • Personaliti • Konsep kendiri • Gaya hidup Faktor psikologi • Persepsi • Pembelajaran • Personaliti • Sikap • Motivasi • Kepercayaan Faktor situasi • Tempat membeli • Masa membeli • Tujuan membeli • Musim atau cuaca • Faedah penggunaan produk • Kaedah pembayaran Faktor demografi • Umur • Jantina • Bangsa • Agama • Pendidikan • Pendapatan Faktor campuran pemasaran • Produk • Harga • Promosi • Pengedaran