SlideShare a Scribd company logo
1 of 32
PENGENALAN PEMASARAN
1. PENGENALAN PEMASARAN
a. Definisi Pemasaran:
Persatuan Pemasaran Amerika (AAM): Satu proses perancangan dan pelaksanaan ke atas
harga, promosi dan pengedaran terhadap barangan atau perkhidmatan supaya proses
pertukaran dapat dilakukan yang mana akan memenuhi kepuasan individu dan mencapai
objektif organisasi.
Kotler (1996): Pemasaran ialah satu proses social ataupun pengurusan dimana individu
ataupun kumpulan memperolehi apa yang dikehendaki dan diperlukan samada dengan
menciptakannya sendiri ataupun melalui pertukaran produk atau nilai dengan atau pihak
yang lain.
1. b. Konsep Asas Dalam Pemasaran:
Keperluan
Manusia mempunyai keperluan yang sangat kompleks, termasuk keperluan yang asas seperti
makanan, pakaian, keselamatan dan kasih sayang. Jika keperluan tidak dapat dipenuhi,
seseorang itu akan berusaha untuk mencari mendapatkan keperluan tersebut atau
mengurangkannya.
Kehendak
Kehendak manusia terbentuk dari persekitaran budaya dan personality seseorang, dan ini
adalah terhasil dari keperluan asasnya.
Permintaan
Bilamana kehendak dapat disokong oleh kemampuan untuk memiliki, kehendak ini dapat
ditukarkan kepada permintaan.
Pertukaran
Pertukaran merupakan satu aktiviti dimana satu produk atau perkhidmatan yang diperlukan
oleh satu pihak akan ditawarkan untuk penukaran oleh satu pihak yang lain dengan menepati
syarat-syarat berikut:
1. Dua pihak yang terlibat mempunyai barangan yang berbeza.
ii. Pihak yang terbabit mempunyai kebebasan untuk membuat pertukaran.
iii.Setiap pihak mampu untuk berkomunikasi antara satu sama lain.
Urusniaga
Apabila wujudnya pertukaran dua barangan antara dua pihak, satu urusniaga telah berlaku.
Evolusi Konsep Pemasaran
Konsep Pengeluaran
Di bawah konsep ini, pengguna dianggap sebagai mempunyai kecenderungan untuk memilih
keluaran-keluaran yang tersedia dan berharga murah. Bertolak dari itu pengurusan
menekankan usahanya untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran dan agihan. Konsep ini
merupakan falsafah tertua yang diperkenalkan oleh pemasar. Konsep ini bersesuaian apabila
permintaan sesuatu keluaran melebihi penawaran yang memberi alas an kepada pihak
pengurusan untuk meningkatkan pengeluaran. Satu lagi dimana konsep pengeluaran ini
sesuai ialah apabila kos pengeluaran tinggi dan keluaran tersebut memerlukan peningkatan
produktiviti untuk menurunkan kos. Konsep pengeluaran tidak begitu sesuai dalam
pemasaran moden kerana falsafah ini terlalu menekankan kepada aspek-aspek pengeluaran
dan agihan dan bukannya kepada keperluan pengguna.
Konsep Keluaran
Konsep keluaran beranggapan bahawa pengguna lebih gemar kepada keluaran-keluaran yang
berkualiti tinggi, mempunyai banyak ciri rupa dan berprestasi tinggi. Oleh sebab kepentingan
utama diberikan kepada penghasilan keluaran bermutu tinggi, penekanan usaha pengurusan
mengarah kepada pembetulan dan pembaikan keluaran yang berterusan. Falsafah ini
bukannya bersesuaian dengan setiap segmen pasaran yang ada. Sebagai contoh,kebanyakan
pemilik kereta tidak mencari kenderaan terbaik di pasaran tetapi memadai dengan kenderaan
yang boleh dipercayai. Konsep keluaran boleh menghasilkan myopia pemasaran kerana
terlalu menekankan kepada keluaran dan bukannya penyelesaian masalah yang dicari
pengguna.
Konsep Jualan
Teras utama di bawah konsep jualan ialah pengguna tidak akan membeli jumlah keluaran
yang mencukupi jika organisasi tidak menyalurkan usaha untuk menjual dan
mempromosinya. Oleh itu organisasi yang berpegang kepada konsep jualan mempunyai
kecenderungan untuk melibatkan diri dengan teknik penjualan keras (hard selling). Sebagai
contoh, individu yang menunjukkan kegemaran terhadap sesuatu model kenderaan akan
digesa untuk membuat keputusan pada masa itu juga untuk mengelakkan daripada model itu
dijual kepada orang lain. Organisasi akan menggunakan banyak wang untuk
mempromosikan keluaran melalui media elektronik, cetak dan lain-lain lagi kerana
pengurusan mempercayai bahawa pelaburan ini akan menghasilkan jualan. Segala
kelemahan keluaran disorok bagi menghasilkan jualan dan kepuasan pengguna selepas jualan
diabaikan.
Konsep Pemasaran Moden
Falsafah ini menerangkan bahawa pencapaian matlamat sesebuah organisasi bergantung
kepada penentuan keperluan dan kehendak pasaran sasaran dan penyampaian kepuasan
tersebut dengan lebih cekap dan berkesan daripada saingan. Konsep pemasaran berbeza
daripada konsep jualan dari beberapa aspek:
Titik
permulaan
Penekanan Kaedah Matlamat
Konsep Jualan Kilang Keluaran kini Jualan dan
promosi
Keuntungan
melalui jumlah
jualan
Konsep
pemasaran
Pasaran Keperluan
pengguna
Pemasaran
bersepadu
Keuntungan
melalui
kepuasan
pengguna
Konsep jualan menekankan kepada keperluan penjual manakala konsep pemasaran
menekankan kepada keperluan pembeli. Penjual yang berpegang kepada falsafah jualan
menitikberatkan penukaran kepada wang ringgit. Konsep pemasaran memberi penekanan
kepada kepuasan pengguna melalui keluaran dan faedah-faedah lain yang ditawarkan.
Melalui konsep pemasaran, organisasi menghasilkan keluaran yang dikehendaki oleh
pengguna dan dengan itu berjaya menghasilkan keuntungan dengan memuaskan kehendak
pengguna.
Konsep Pemasaran Kemasyarakatan
Di samping memberi kepuasan kepada pengguna sasaran dengan lebih cekap dan berkesan
dari saingan, konsep ini memerlukan pemasar untuk mengambil berat tentang hal-ehwal dan
kebajikan pengguna dan masyarakat. Pemasar tidak boleh mengambil tindakan sembarangan
dalam mencapai objektif organisasinya tetapi perlu mempertimbangkan tentang persekitaran,
sumber yang terhad dan masalah kemiskinan dan kelaparan. Falsafah pemasaran
kemasyarakatan ini memerlukan organisasi untuk memahami dan memuaskan kehendak
pengguna melalui cara yang terbaik bagi pengguna dan masyarakat dalam jangka masa
panjang. Tidak seperti konsep pemasaran, konsep ini memerlukan pemasar mengimbangi
antara kehendak jangka masa pendek dengan kebajikan pengguna dalam jangka masa
panjang. Syarikat yang mengeluarkan system airm panas bertenaga suria sebenarnya
menawarkan pilihan kepada pengguna untuk mengurangkan pergantungan kepada bekalan
elektrik pusat yang memerlukan pembinaan empangan dan kerosakan pada persekitaran.
c) Fungsi dan Peranan Pemasaran dalam Organisasi.
Mempercepatkan Proses Pertukaran
Aktiviti pemasaran mempercepatkan proses pertukaran produk atau perkhidmatan dengan
wang atau sebarang faedah. Proses pertukaran yang cepat akan meningkatkan pulangan dan
keuntungan perniagaan.
Memantapkan dan Memanjangkan Usia Perniagaan
Perniagaan yang mengamalkan konsep pemasaran tidak akan menjual produk atau
perkhidmatan yang tidak sesuai kepada pasaran sasar. Pengeluar akan menghentikan
pengeluaran dan penjualan produk atau mengubahsuai sedaya upaya untuk memenuhi
kehendak pelanggan. Perniagaan yang mengamalkan konsep pemasaran yang baik akan
melihat kepada kejayaan syarikat untuk jangka masa panjang berbanding yang tidak
mengamalkannya.
Peluang Perniagaan Dalam Industri Berkaitan.
Disamping kerjaya terus dengan aktiviti pemasaran, terdapat banyak peluang kerjaya serta
perniagaan dalam aktiviti serta industri yang berkaitan dengan pemasaran seperti papan iklan,
industri percetakan dan industri lukisan dan karya kreatif. Industri tambahan ini dapat
menambahkan lagi peluang pekerjaan dan seterusnya menjana aktiviti serta kegiatan ekonomi
negara.
d) Konsep Utiliti
Definisi Utiliti
Utiliti ialah kuasa pemuasan kehendak terhadap produk atau perkhidmatan.Utiliti terdiri
daripada 2 pihak iaitu, pihak pengeluar dan pihak penjual. Utiliti dari pengeluar menukarkan
input (bahan mentah) kepada output (produk) yang diperlukan oleh pelanggan. Manakala
utility daripada pihak penjual, pengedar dan pemasar ialah menentukan tempat, bentuk, masa,
dan pemilikan kepada pelanggan.
Utiliti tempat
Produk yang dikehendaki, boleh diperolehi ditempat yang dikehendaki oleh pengguna.
Contohnya buku rujukan ada di jual di koperasi.
Utiliti bentuk
Pengguna boleh memperoleh produk yang dikehendaki dalam cirri-ciri (bentuk, warna, saiz)
yang mereka kehendaki. Contohnya baju yang berwarna biru dan bersaiz M boleh didapati di
pasaran.
Utiliti Masa
Pengguna boleh memperolehi produk yang dikehendaki pada masa ia diperlukan. Contohnya
pengguna yang memerlukan payung kerana secara tiba-tiba hujan turun. Pengguna amat
memerlukan produk tersebut pada masa berkenaan, dimana ianya ada dijual dan mudah
didapati..
Utiliti pemilikan.
Pengguna boleh memiliki produk yang dikehendaki sama ada secara bayaran tunai atau
ansuran terhadap sesuatu produk. Dengan ini pengguna dapat memiliki produk tersebut.
1. 2. PADUAN PEMASARAN (MARKETING MIX-4P’S)
Dalam perancangan dan pelaksanaan strategi pemasaran, pengurus pemasaran akan
memberikan penejanan kepada 4 komponen asas. Empat komponen asas ini dipanggil 4P’s
ataupun dipanggil paduan pemasaran. Ianya merangkumi Produk, Harga, Promosi dan
Saluran Pengedaran.
a) Produk
Produk ialah satu barangan, perkhidmatan atau idea yang akan dapat memenuhi keperluan
pengguna. Membentuk dan mendapatkan idea untuk satu produk baru adalah satu cabaran
besar kepada pemasar yang seharusnya juga mengambilkira persekitaran yang sentiasa
berubah. Contohnya perubahan teknologi, keperluan dan kehendak pengguna dan
persekitaran ekonomi. Memenuhi kehendak pengguna selalunya menyebabkan berlakunya
perubahan kepada produk sedia ada.
b) Harga
Ianya berkaitan dengan pemilihan harga yang bersesuaian bagi sesuatu produk. Perletakan
harga mestilah mengambilkira kesemua kos yang terlibatseperti kos operasi pengeluaran,
pentadbiran, perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan, kos pemasaran, iklan dan gaji
pekerja. Dalam masa yang sama harga produk tidak boleh terlalu tinggi dimana ini akan
menyebabkan pengguna memilih produk saingan. Harga produk yang tinggi selalunya tidak
dapat meningkatkan jumlah jualan yang tinggi tetapi cukup untuk mendapatkan untung yang
besar. Bagi sesetengah produk, harga yang tinggi akan dikaitkan dengan produk yang
berkualiti tinggi. Syarikat juga boleh mengenakan harga yang rendah dan ini akan
meningkatkan jumlah jualan dan seterusnya meningkatkan keuntungan.
c) Promosi
Promosi merupakan teknik untuk menyampaikan maklumat mengenai sesuatu produk dan ia
merupakan aspek yang paling menonjol dalam paduan pemasaran. Alat-alat promosi yang
paling pentinga ialah:
Iklan
Iaitu satu bentuk komunikasi bukan personal yang digunakan oleh penaja untuk
memaklumkan kepada bakal pembeli mengenai sesuatu produk.
Jualan Peribadi/terus
Jualan dari pintu ke pintu dimana penjual akan menerangkan kepada bakal pembeli mengenai
produk. Banyak barangan industri menggunakan kaedah ini untuk meningkatkan jualan
disamping memberikan perkhidmatan tambahan. Wakil jualan akan menunjukkan kaedah
penggunaan kepada pelanggan terutama untuk alatan/produk yang teknikal dan canggih.
Promosi Jualan
Kaedah ini selalu digunakan untuk produk yang tidak begitu mahal, dimana ia melibatkan
satu tarikan kepada bakal pembeli. Hadiah percuma, kupon dan potongan harga ditawarkan
kepada pembeli untuk menarik minat mereka membeli produk tersebut.
Publisiti/Perhubungan Awam
Melibatkan semua bentuk komunikasi untuk membina imej baik syarikat serta produk
keluarannya.
d) Saluran Pemasaran (PENGEDARAN)
Ia berkaitan bagaimana produk diagihkan kepada kumpulan sasaran. Contohnya seperti
penggunaan lori, kapalterbang, kargo atau saluran paip. Syarikat juga harus mengambilkira
kadar inventori dan kos penyimpanannya.
1. 3. AKTIVITI-AKTIVITI PEMASARAN
a) Aktiviti Umum
Aktiviti-aktiviti umum dalam bidang pemasaran meliputi perkara-perkara berikut:
Pembelian
Syarikat turut terlibat dalam aktiviti membeli, iaitu bagi mendapatkan bahan yang diperlukan
bagi pengeluaran produk atau perkhidmatan syarikat.
Penjualan
Aktiviti dimana syarikat akan menjual produk mereka kepada pengedar ataupun pembeli
akhir.
Kewangan
Untuk tujuan penjualan, pembelian serta aktiviti lain dalam pemasaran ia semestinya akan
melibatkan pengurusan kewangan.
Pengangkutan
Diperlukan untuk mengangkut serta menghantar produk ke tempat pengeluaran serta juga
kepada pengguna.
b) Aktiviti Khas
Aktiviti-aktiviti khas dalam bidang pemasaran meliputi perkara-perkara berikut:
Penyelidikan
Diperlukan untuk mengenalpasti pengguna dan pasaran, corak permintaan serta strategi
dalam penentuan paduan pemasaran.
Pergudangan
Melibatkan penyimpanan barangan yang akan digunakan dalam pengeluaran dan juga
barangan yang telah siap.
Khidmat Selepas Jualan
Pemasar perlu memastikan pelanggan mendapat khidmat selepas jualan. Contohnya
penghantaran dan pemasangan terutamanya produk yang berbentuk teknikal yang
memerlukan pemasangan yang teliti. Contohnya komputer. Ini adalah untuk menjamin
kepuasan pengguna dan jualan berbentuk jangka panjang.
Risiko
Syarikat perlu menyediakan pelan tindakan kerana risiko sentiasa wujud dalam bidang
perniagaan.
Keseragaman/Piawaian
Proses serta produk yang dikeluarkan haruslah sentiasa menepati cirri atau piawaian yang
ditetapkan oleh syarikat.
1. 4. PERSEKITARAN PEMASARAN
Untuk berjaya syarikat perlu menyesuaikan serta mengadaptasikan paduan pemasaran dengan
pola dan perkembangan dalam persekitarannya. Persekitaran ini boleh berubah secara
perlahan atau secara mendadak dan ini akan memberikan kesan terhadap syarikat.
Persekitaran boleh dibahagikan kepada dua; Persekitaran Dalaman dan Persekitaran Luaran.
a) Persekitaran Dalaman.
Persekitaran Dalaman adalah elemen kawalan dari dalam syarikat serta kakitangannya.
Terdapat 5 pengaruh utama persekitaran dalaman bagi sesebuah syarikat perniagaan.
Pemilik Perniagaan
Dasar, polisi dan halatuju syarikat akan ditentukan oleh pemilik syarikat. Pemasar akan
menyediakan pelan pemasaran sebagaimana yang dikehendaki syarikat.
Pelabor
Para pelabor mempunyai kepentingan terus terhadap prestasi dan pencapaian syarikat. Oleh
itu dasar perjalanan syarikat banyak ditentukan oleh para pelabor terlebih dahulu dan pemasar
akan menentukan pelan pemasaran mengikut dasar yang ditentukan.
Pekerja
Pekerja terlibat secara terus dalam operasi atau perkhidmatan syarikat. Pekerja akan diberi
gaji dan lain-lain faedah sampingan seperti cuti tahunan, kemudahan perubatan, bonus,
peluang melanjutkan pelajaran dan sebagainya. Pekerja pada asasnya memerlukan perhatian
dan dihargai oleh syarikat.
Pengguna
Pelanggan merupakan pengguna kepada produk atau perkhidmatan syarikat. Kejayaan
sesebuah syarikat bergantung kepada sejauh mana syarikat berjaya memenuhi kehendak
pelanggan.
Pembekal
Pembekal terdiri dari firma dan individu yang menyediakan sumber bagi membolehkan
syarikat membuat produk atau perkhidmatan kepada sasaran pasaran. Sebarang perubahan
yang mendadak akan mempengaruhi pengagihan sumber. Contohnya perubahan harga
disebabkan sumber yang terhad, kelewatan, mogok atau peristiwa luar jangkaan pasti akan
menjejaskan operasi syarikat.
b) Persekitaran Luaran
Persekitaran luaran adalah elemen di luar kawalan syarikat yang akan memberikan kesan
terhadap aktiviti pemasaran. Ada 5 faktor utama:
Persekitaran Politik dan Undang-Undang
Contohnya peraturan dan kawalan terhadap penggunaan sesuatu barangan akan memberikan
kesan terhadap arah dan halatuju perniagaan bagi barangan serta industri tersebut. Akta dan
perundangan yang berkuatkuasa bertujuan untuk melindungi pengguna dan pelanggan
daripada amalan perniagaan yang tidak adil. Ia juga adalah untuk memastikan aktiviti
perniagaan disempurnakan dengan sebaik mungkin Dari semasa kesemasa perundangan
sentiasa diperbaharui dan ini akan memberikan kesan terhadap aktiviti syarikat. Pemasar
harus mengambilkira perubahan yang berlaku supaya aktiviti yang bersangkutan dengannya
dapat dilaksanakan dengan baik.
Persekitaran Sosial dan Budaya
Budaya ialah satu set corak gelagat dan tingkah laku yang membezakan antara satu
masyarakat dengan masyarakat yang lain. Budaya meliputi cara berfikir, percakapan dan
perbuatan yang dimanifestasikan dalam tradisi, bahasa, kebendaan dan system sikap yang
dikongsi bersama. Tren, gaya dan kaedah pemikiran sesuatu masyarakat serta tindakan
mereka mempunyai kesan yang besar terhadap pengurusan dan pemasaran. Contohnya, trend
wanita bekerja, penjagaan kecantikan dan kesihatan dsb. Kesedaran terhadap cara pemikiran,
gaya hidup, nilai serta budaya sesuatu masyarakat akan memberikan cabaran kepada
pemasar agar dapat memenuhi kehendak dan keperluan pengguna.
Persekitaran Teknologi
Perubahan teknologi sentiasa berlaku dari semasa ke semasa. Perubahan ini akan memberi
kesan langsung kepada syarikat. Perubahan teknologi yang terlalu cepat akan menyebabkan
syarikat ketinggalan berbanding dengan pesaing. Perubahan teknologi akan menggalakkan
pembentukan produk serta perkhidmatan yang baru.
Persekitaran Ekonomi
Keadaan ekonomi akan menentukan trend permintaan dan perbelanjaan pengguna, peniaga
dan kerajaan. Ini akan mempengaruhi setiap pelan pemasaran. Antara factor yang perlu
diberi pemerhatian oleh pemasar ialah kadar inflasi, kegawatan dan kadar faedah. Pada
kebiasaannya, perbelanjaan pengguna akan meningkat bilamana mereka merasa yakin
terhadap jangkaan situasi ekonomi yang baik pada masa hadapan dan akan menurun bilamana
kadar pengangguran meningkat dan jangkaan ekonomi mengalami kegawatan. Dengan
penubuhan gagasan kerjasama ekonomi serantau seperti NAFTA, AFTA dan EC, pemasar
harus memikirkan apakah kesan kemasukan produk dari negara lain ke dalam pasaran
tempatanserta juga sekatan yang dikenakan oleh sesebuah negara lain untuk produk yang
dikeluarkan oleh syarikat tempatan. Kewujudan GATT memberi pengaruh terhadap corak
perdagangan antara negara di dunia. Ini sudah pastinya memberi cabaran hebat kepada
syarikat dalam mengambil kira persekitaran ekonomi dalaman dan luaran yang tidak menentu
untuk melaksanakan pelan pemasaran mereka.
Persekitaran Persaingan
Pemasar harus meyakinkan pembeli untuk membeli produk keluaran mereka daripada yang
ditawarkan oleh syarikat lain. Persaingan antara pengeluar semakin bertambah bilamana
pengguna terdedah kepada berbagai saluran maklumat. Pengeluar juga harus mengambilkira
perkembangan yang berlaku di luar negara kerana ianya turut memberikan saingan terhadap
barangan syarikat.
1. 5. KEPENTINGAN DAN FUNGI PEMASARAN
a) Kepentingan kepada Individu
Pemenuhan Utiliti
Untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Aktiviti pemasaran dapat
mengurangkan masalah yang dihadapi oleh individu untuk menyediakan segala keperluan
yang tidak boleh diusahakan sendiri.
Kehidupan yang lebih baik
Aktiviti pemasaran sentiasa mengkaji keperluan, kehendak dan kemampuan pengguna
menurut aliran semasa.
Memperbanyakkan pilihan produk di pasaran
Pelbagaian alternatif memberikan persaingan yang sihat. Pengguna mempunyai banyak
pilihan dan boleh memilih yang terbaik. Ini menjadikan sesuatu produk dan perkhidmatan
kompetitif dari segi mutu dan harga. Apabila wujud persaingan organisasi perniagaan akan
berusaha menyediakan produk atau perkhidmatan yang sebaik mungkin dengan harga yang
paling optimum supaya pengguna terus memilih produk yang dikeluarkan.
Memperbanyakkan Peluang Pekerjaan
Pemasaran menyediakan pelbagai aktiviti professional, separa professional dan tidak
professional dengan peluang pekerjaan kepada anggota masyarakat. Peluang pekerjaan dan
peluang perniagaan boleh dijalankan oleh anggota masyarakat secara tidak langsung
menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
b) Kepentingan kepada Organisasi
Mempercepatkan Proses Pertukaran
Aktiviti pemasaran mempercepatkan proses pertukaran produk atau perkhimatan dengan
wang atau sebarang faedah. Proses pertukaran yang cepat akan meningkatkan pulangan dan
keuntungan perniagaan.
Memantapkan dan memanjangkan usia perniagaan
Perniagaan yang mengamalkan konsep pemasaran tidak akan menjual produk yang tidak
sesuai kepada sasaran sasar. Pengeluar akan menghentikan pengeluaran dan penjualan
produk atau mengubahsuai untuk memenuhi kehendak pelanggan. Perniagaan yang
mengamalkan konsep pemasaran yang baik akan melihat kepada kejayaan syarikat untuk
jangkamasa panjang.
Peluang perniagaan dalam industri berkaitan
Kerjaya berkaitan terus dengan aktiviti pemasaran. Terdapat banyak peluang kerjaya serta
perniagaan dalam aktiviti serta industri yang berkaitan dengan pemasaran seperti industri
papan iklan, industri percetakan dan industri lukisan dan karya kreatif. Industri tambahan ini
dapat menambahkan lagi peluang pekerjaan dan seterusnya menjana aktiviti serta kegiatan
ekonomi negara.
Pp  p1 perniagaan
Pp  p1 perniagaan
Pp  p1 perniagaan
Pp  p1 perniagaan
Pp  p1 perniagaan
Pp  p1 perniagaan
Pp  p1 perniagaan
Pp  p1 perniagaan
Pp  p1 perniagaan
Pp  p1 perniagaan
Pp  p1 perniagaan
Pp  p1 perniagaan
Pp  p1 perniagaan
Pp  p1 perniagaan
Pp  p1 perniagaan
Pp  p1 perniagaan
Pp  p1 perniagaan
Pp  p1 perniagaan
Pp  p1 perniagaan
Pp  p1 perniagaan
Pp  p1 perniagaan
Pp  p1 perniagaan

More Related Content

What's hot

Tajuk 6 perlaksanaan program latihan
Tajuk 6 perlaksanaan program latihanTajuk 6 perlaksanaan program latihan
Tajuk 6 perlaksanaan program latihanZilafeeq Shafilla
 
2 komunikasi berkesan
2 komunikasi berkesan2 komunikasi berkesan
2 komunikasi berkesanIsmail Hashim
 
Pengumpulan data kualitatif
Pengumpulan data kualitatifPengumpulan data kualitatif
Pengumpulan data kualitatifwmkfirdaus
 
Contoh Dapatan Kajian PBS PA
Contoh Dapatan Kajian PBS PAContoh Dapatan Kajian PBS PA
Contoh Dapatan Kajian PBS PAAthirah Amalina
 
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. KamarulReka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarulwmkfirdaus
 
Pengenalan Kursus CTU552 Falsafah dan Isu Semasa
Pengenalan Kursus CTU552 Falsafah dan Isu SemasaPengenalan Kursus CTU552 Falsafah dan Isu Semasa
Pengenalan Kursus CTU552 Falsafah dan Isu SemasaMahyuddin Khalid
 
Bab 1 keusahawanan
Bab 1 keusahawananBab 1 keusahawanan
Bab 1 keusahawananfana fauzi
 
strategi pemasaran
strategi pemasaranstrategi pemasaran
strategi pemasaranZara Lumina
 
FALSAFAH ETIKA ARISTOTLE
FALSAFAH ETIKA ARISTOTLEFALSAFAH ETIKA ARISTOTLE
FALSAFAH ETIKA ARISTOTLEHusna M
 
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaranPeranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaranJenry Saiparudin
 
Format APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan MudahFormat APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan MudahKee-Man Chuah
 
Kemahiran Memberi Perhatian | Guru Bimbingan Kaunseling
Kemahiran Memberi Perhatian  | Guru Bimbingan KaunselingKemahiran Memberi Perhatian  | Guru Bimbingan Kaunseling
Kemahiran Memberi Perhatian | Guru Bimbingan KaunselingUstat Penang
 
Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)
Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)
Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)Afifah Nabilah
 
faktor-faktor memulakan perniagaan
faktor-faktor memulakan perniagaanfaktor-faktor memulakan perniagaan
faktor-faktor memulakan perniagaanZAFANA
 

What's hot (20)

Pengurusan produksi
Pengurusan produksiPengurusan produksi
Pengurusan produksi
 
Unit5 : pengorganisasian
Unit5 : pengorganisasianUnit5 : pengorganisasian
Unit5 : pengorganisasian
 
Tajuk 6 perlaksanaan program latihan
Tajuk 6 perlaksanaan program latihanTajuk 6 perlaksanaan program latihan
Tajuk 6 perlaksanaan program latihan
 
2 komunikasi berkesan
2 komunikasi berkesan2 komunikasi berkesan
2 komunikasi berkesan
 
Pengumpulan data kualitatif
Pengumpulan data kualitatifPengumpulan data kualitatif
Pengumpulan data kualitatif
 
Contoh Dapatan Kajian PBS PA
Contoh Dapatan Kajian PBS PAContoh Dapatan Kajian PBS PA
Contoh Dapatan Kajian PBS PA
 
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. KamarulReka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarul
 
Pengenalan Kursus CTU552 Falsafah dan Isu Semasa
Pengenalan Kursus CTU552 Falsafah dan Isu SemasaPengenalan Kursus CTU552 Falsafah dan Isu Semasa
Pengenalan Kursus CTU552 Falsafah dan Isu Semasa
 
13 mei 1969
13 mei 196913 mei 1969
13 mei 1969
 
Promosi & publisiti
Promosi & publisitiPromosi & publisiti
Promosi & publisiti
 
Promosi
PromosiPromosi
Promosi
 
Bab 1 keusahawanan
Bab 1 keusahawananBab 1 keusahawanan
Bab 1 keusahawanan
 
strategi pemasaran
strategi pemasaranstrategi pemasaran
strategi pemasaran
 
FALSAFAH ETIKA ARISTOTLE
FALSAFAH ETIKA ARISTOTLEFALSAFAH ETIKA ARISTOTLE
FALSAFAH ETIKA ARISTOTLE
 
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaranPeranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
 
Unit12 : pembuat keputusan
Unit12 : pembuat keputusanUnit12 : pembuat keputusan
Unit12 : pembuat keputusan
 
Format APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan MudahFormat APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan Mudah
 
Kemahiran Memberi Perhatian | Guru Bimbingan Kaunseling
Kemahiran Memberi Perhatian  | Guru Bimbingan KaunselingKemahiran Memberi Perhatian  | Guru Bimbingan Kaunseling
Kemahiran Memberi Perhatian | Guru Bimbingan Kaunseling
 
Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)
Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)
Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)
 
faktor-faktor memulakan perniagaan
faktor-faktor memulakan perniagaanfaktor-faktor memulakan perniagaan
faktor-faktor memulakan perniagaan
 

Viewers also liked

slide laporan perniagaan
slide laporan perniagaanslide laporan perniagaan
slide laporan perniagaanHafizzah Kudus
 
Profil perniagaan
Profil perniagaanProfil perniagaan
Profil perniagaaniqhaniya
 
Rancangan perniagaan frozen food fazil&hayrold
Rancangan perniagaan frozen food fazil&hayroldRancangan perniagaan frozen food fazil&hayrold
Rancangan perniagaan frozen food fazil&hayroldwani5
 
CONTOH PROFILE SYARIKAT
CONTOH PROFILE SYARIKATCONTOH PROFILE SYARIKAT
CONTOH PROFILE SYARIKATRahsia Anggun
 
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)Rizalshah Zulkifli
 

Viewers also liked (6)

Laporan minyak wangi
Laporan minyak wangiLaporan minyak wangi
Laporan minyak wangi
 
slide laporan perniagaan
slide laporan perniagaanslide laporan perniagaan
slide laporan perniagaan
 
Profil perniagaan
Profil perniagaanProfil perniagaan
Profil perniagaan
 
Rancangan perniagaan frozen food fazil&hayrold
Rancangan perniagaan frozen food fazil&hayroldRancangan perniagaan frozen food fazil&hayrold
Rancangan perniagaan frozen food fazil&hayrold
 
CONTOH PROFILE SYARIKAT
CONTOH PROFILE SYARIKATCONTOH PROFILE SYARIKAT
CONTOH PROFILE SYARIKAT
 
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
 

Similar to Pp p1 perniagaan

Bab 1 memahami pasaran
Bab 1 memahami pasaranBab 1 memahami pasaran
Bab 1 memahami pasaranZariff Rafael
 
Bab 1 memahami pasaran
Bab 1 memahami pasaranBab 1 memahami pasaran
Bab 1 memahami pasaranZariff Rafael
 
Bab 1 memahami pasaran
Bab 1 memahami pasaranBab 1 memahami pasaran
Bab 1 memahami pasaranZariff Rafael
 
Bab 1 Pengenalan Kepada Pemasaran
Bab 1 Pengenalan Kepada PemasaranBab 1 Pengenalan Kepada Pemasaran
Bab 1 Pengenalan Kepada PemasaranSyahira Md Desa
 
Bab 2 rancangan_pemasaran
Bab 2 rancangan_pemasaranBab 2 rancangan_pemasaran
Bab 2 rancangan_pemasaranAenhamdan_
 
Kertas penerangan pemasaran m1 k1.2
Kertas penerangan pemasaran m1 k1.2Kertas penerangan pemasaran m1 k1.2
Kertas penerangan pemasaran m1 k1.2zXQxd6ru
 
Pengenalankepadapemasaran 110106083630-phpapp02
Pengenalankepadapemasaran 110106083630-phpapp02Pengenalankepadapemasaran 110106083630-phpapp02
Pengenalankepadapemasaran 110106083630-phpapp02Siti Fadzilah
 
1. identify sales & marketing requirement
1. identify sales & marketing requirement1. identify sales & marketing requirement
1. identify sales & marketing requirementKOLEJ VOKASIONAL TAWAU
 
Manajemen pemasaran
Manajemen pemasaranManajemen pemasaran
Manajemen pemasaranFajar Sandy
 
Pemasaran 120905213837-phpapp02
Pemasaran 120905213837-phpapp02Pemasaran 120905213837-phpapp02
Pemasaran 120905213837-phpapp02Putra Meunafa
 
KOLEJ KOMUNITI - Pengajian Am
KOLEJ KOMUNITI - Pengajian AmKOLEJ KOMUNITI - Pengajian Am
KOLEJ KOMUNITI - Pengajian AmAiman Hud
 
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...Thanushah Soniyasee
 
KOLEJ KOMUNITI - Pengajian Am
KOLEJ KOMUNITI - Pengajian AmKOLEJ KOMUNITI - Pengajian Am
KOLEJ KOMUNITI - Pengajian AmAiman Hud
 
Pemasaran - Model gelagat pengguna
Pemasaran - Model gelagat penggunaPemasaran - Model gelagat pengguna
Pemasaran - Model gelagat penggunaIzzuliani Yassim
 
Topik 3 campuran pemasaran
Topik 3  campuran pemasaranTopik 3  campuran pemasaran
Topik 3 campuran pemasaranAyubkhan Kks
 
2. persekitaran pemasaran
2. persekitaran pemasaran2. persekitaran pemasaran
2. persekitaran pemasaranyunnach
 
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM  - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM  - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)saadiah alidrus
 
Campuran pemasaran promosi
Campuran pemasaran promosiCampuran pemasaran promosi
Campuran pemasaran promosiJagathiswary Jga
 

Similar to Pp p1 perniagaan (20)

Bab 1 memahami pasaran
Bab 1 memahami pasaranBab 1 memahami pasaran
Bab 1 memahami pasaran
 
Bab 1 memahami pasaran
Bab 1 memahami pasaranBab 1 memahami pasaran
Bab 1 memahami pasaran
 
Bab 1 memahami pasaran
Bab 1 memahami pasaranBab 1 memahami pasaran
Bab 1 memahami pasaran
 
Bab 1 Pengenalan Kepada Pemasaran
Bab 1 Pengenalan Kepada PemasaranBab 1 Pengenalan Kepada Pemasaran
Bab 1 Pengenalan Kepada Pemasaran
 
Bab 2 rancangan_pemasaran
Bab 2 rancangan_pemasaranBab 2 rancangan_pemasaran
Bab 2 rancangan_pemasaran
 
Kertas penerangan pemasaran m1 k1.2
Kertas penerangan pemasaran m1 k1.2Kertas penerangan pemasaran m1 k1.2
Kertas penerangan pemasaran m1 k1.2
 
Pengenalankepadapemasaran 110106083630-phpapp02
Pengenalankepadapemasaran 110106083630-phpapp02Pengenalankepadapemasaran 110106083630-phpapp02
Pengenalankepadapemasaran 110106083630-phpapp02
 
1. identify sales & marketing requirement
1. identify sales & marketing requirement1. identify sales & marketing requirement
1. identify sales & marketing requirement
 
Manajemen pemasaran
Manajemen pemasaranManajemen pemasaran
Manajemen pemasaran
 
Pemasaran 120905213837-phpapp02
Pemasaran 120905213837-phpapp02Pemasaran 120905213837-phpapp02
Pemasaran 120905213837-phpapp02
 
Asas Pemasaran
Asas PemasaranAsas Pemasaran
Asas Pemasaran
 
Pemasaran
PemasaranPemasaran
Pemasaran
 
KOLEJ KOMUNITI - Pengajian Am
KOLEJ KOMUNITI - Pengajian AmKOLEJ KOMUNITI - Pengajian Am
KOLEJ KOMUNITI - Pengajian Am
 
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
 
KOLEJ KOMUNITI - Pengajian Am
KOLEJ KOMUNITI - Pengajian AmKOLEJ KOMUNITI - Pengajian Am
KOLEJ KOMUNITI - Pengajian Am
 
Pemasaran - Model gelagat pengguna
Pemasaran - Model gelagat penggunaPemasaran - Model gelagat pengguna
Pemasaran - Model gelagat pengguna
 
Topik 3 campuran pemasaran
Topik 3  campuran pemasaranTopik 3  campuran pemasaran
Topik 3 campuran pemasaran
 
2. persekitaran pemasaran
2. persekitaran pemasaran2. persekitaran pemasaran
2. persekitaran pemasaran
 
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM  - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM  - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)
 
Campuran pemasaran promosi
Campuran pemasaran promosiCampuran pemasaran promosi
Campuran pemasaran promosi
 

More from dabneyluang

Dabney Luang Anak Pengehan Doctorate (PhD) .pdf
Dabney Luang Anak Pengehan Doctorate (PhD) .pdfDabney Luang Anak Pengehan Doctorate (PhD) .pdf
Dabney Luang Anak Pengehan Doctorate (PhD) .pdfdabneyluang
 
Research proposal research baru 27 june
Research proposal research baru 27 juneResearch proposal research baru 27 june
Research proposal research baru 27 junedabneyluang
 
Research proposal research
Research proposal researchResearch proposal research
Research proposal researchdabneyluang
 
Online Questionnaire
Online QuestionnaireOnline Questionnaire
Online Questionnairedabneyluang
 
Online Questionnaire
Online QuestionnaireOnline Questionnaire
Online Questionnairedabneyluang
 
References research
References researchReferences research
References researchdabneyluang
 
References research
References researchReferences research
References researchdabneyluang
 
Questionnaire research method p1
Questionnaire research method p1Questionnaire research method p1
Questionnaire research method p1dabneyluang
 
Chapter 3 research method p1
Chapter 3 research method p1Chapter 3 research method p1
Chapter 3 research method p1dabneyluang
 
Research proposal chapter 2
Research proposal chapter 2Research proposal chapter 2
Research proposal chapter 2dabneyluang
 
Research proposal research
Research proposal researchResearch proposal research
Research proposal researchdabneyluang
 
Action research edu702
Action research edu702Action research edu702
Action research edu702dabneyluang
 
Research proposal research (Dabney Luang)
Research proposal research (Dabney Luang)Research proposal research (Dabney Luang)
Research proposal research (Dabney Luang)dabneyluang
 
Experimental research
Experimental researchExperimental research
Experimental researchdabneyluang
 
Writing the review research(My Research Review ) Dabney Luang
Writing the review research(My Research Review ) Dabney LuangWriting the review research(My Research Review ) Dabney Luang
Writing the review research(My Research Review ) Dabney Luangdabneyluang
 
Imp discipline-osher
Imp discipline-osherImp discipline-osher
Imp discipline-osherdabneyluang
 
Combined spring 10
Combined spring 10Combined spring 10
Combined spring 10dabneyluang
 
Published. spillane, healey. conceptualizing school leadership
Published. spillane, healey. conceptualizing school leadershipPublished. spillane, healey. conceptualizing school leadership
Published. spillane, healey. conceptualizing school leadershipdabneyluang
 

More from dabneyluang (20)

Dabney Luang Anak Pengehan Doctorate (PhD) .pdf
Dabney Luang Anak Pengehan Doctorate (PhD) .pdfDabney Luang Anak Pengehan Doctorate (PhD) .pdf
Dabney Luang Anak Pengehan Doctorate (PhD) .pdf
 
Research proposal research baru 27 june
Research proposal research baru 27 juneResearch proposal research baru 27 june
Research proposal research baru 27 june
 
Research proposal research
Research proposal researchResearch proposal research
Research proposal research
 
Online Questionnaire
Online QuestionnaireOnline Questionnaire
Online Questionnaire
 
Online Questionnaire
Online QuestionnaireOnline Questionnaire
Online Questionnaire
 
References research
References researchReferences research
References research
 
References research
References researchReferences research
References research
 
Questionnaire research method p1
Questionnaire research method p1Questionnaire research method p1
Questionnaire research method p1
 
Chapter 3 research method p1
Chapter 3 research method p1Chapter 3 research method p1
Chapter 3 research method p1
 
Research proposal chapter 2
Research proposal chapter 2Research proposal chapter 2
Research proposal chapter 2
 
Research proposal research
Research proposal researchResearch proposal research
Research proposal research
 
Action research edu702
Action research edu702Action research edu702
Action research edu702
 
Research proposal research (Dabney Luang)
Research proposal research (Dabney Luang)Research proposal research (Dabney Luang)
Research proposal research (Dabney Luang)
 
For all
For all For all
For all
 
Experimental research
Experimental researchExperimental research
Experimental research
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Writing the review research(My Research Review ) Dabney Luang
Writing the review research(My Research Review ) Dabney LuangWriting the review research(My Research Review ) Dabney Luang
Writing the review research(My Research Review ) Dabney Luang
 
Imp discipline-osher
Imp discipline-osherImp discipline-osher
Imp discipline-osher
 
Combined spring 10
Combined spring 10Combined spring 10
Combined spring 10
 
Published. spillane, healey. conceptualizing school leadership
Published. spillane, healey. conceptualizing school leadershipPublished. spillane, healey. conceptualizing school leadership
Published. spillane, healey. conceptualizing school leadership
 

Pp p1 perniagaan

  • 1. PENGENALAN PEMASARAN 1. PENGENALAN PEMASARAN a. Definisi Pemasaran: Persatuan Pemasaran Amerika (AAM): Satu proses perancangan dan pelaksanaan ke atas harga, promosi dan pengedaran terhadap barangan atau perkhidmatan supaya proses pertukaran dapat dilakukan yang mana akan memenuhi kepuasan individu dan mencapai objektif organisasi. Kotler (1996): Pemasaran ialah satu proses social ataupun pengurusan dimana individu ataupun kumpulan memperolehi apa yang dikehendaki dan diperlukan samada dengan menciptakannya sendiri ataupun melalui pertukaran produk atau nilai dengan atau pihak yang lain. 1. b. Konsep Asas Dalam Pemasaran: Keperluan Manusia mempunyai keperluan yang sangat kompleks, termasuk keperluan yang asas seperti makanan, pakaian, keselamatan dan kasih sayang. Jika keperluan tidak dapat dipenuhi, seseorang itu akan berusaha untuk mencari mendapatkan keperluan tersebut atau mengurangkannya. Kehendak Kehendak manusia terbentuk dari persekitaran budaya dan personality seseorang, dan ini adalah terhasil dari keperluan asasnya. Permintaan Bilamana kehendak dapat disokong oleh kemampuan untuk memiliki, kehendak ini dapat ditukarkan kepada permintaan. Pertukaran Pertukaran merupakan satu aktiviti dimana satu produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh satu pihak akan ditawarkan untuk penukaran oleh satu pihak yang lain dengan menepati syarat-syarat berikut: 1. Dua pihak yang terlibat mempunyai barangan yang berbeza. ii. Pihak yang terbabit mempunyai kebebasan untuk membuat pertukaran. iii.Setiap pihak mampu untuk berkomunikasi antara satu sama lain.
  • 2. Urusniaga Apabila wujudnya pertukaran dua barangan antara dua pihak, satu urusniaga telah berlaku. Evolusi Konsep Pemasaran Konsep Pengeluaran Di bawah konsep ini, pengguna dianggap sebagai mempunyai kecenderungan untuk memilih keluaran-keluaran yang tersedia dan berharga murah. Bertolak dari itu pengurusan menekankan usahanya untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran dan agihan. Konsep ini merupakan falsafah tertua yang diperkenalkan oleh pemasar. Konsep ini bersesuaian apabila permintaan sesuatu keluaran melebihi penawaran yang memberi alas an kepada pihak pengurusan untuk meningkatkan pengeluaran. Satu lagi dimana konsep pengeluaran ini sesuai ialah apabila kos pengeluaran tinggi dan keluaran tersebut memerlukan peningkatan produktiviti untuk menurunkan kos. Konsep pengeluaran tidak begitu sesuai dalam pemasaran moden kerana falsafah ini terlalu menekankan kepada aspek-aspek pengeluaran dan agihan dan bukannya kepada keperluan pengguna. Konsep Keluaran Konsep keluaran beranggapan bahawa pengguna lebih gemar kepada keluaran-keluaran yang berkualiti tinggi, mempunyai banyak ciri rupa dan berprestasi tinggi. Oleh sebab kepentingan utama diberikan kepada penghasilan keluaran bermutu tinggi, penekanan usaha pengurusan mengarah kepada pembetulan dan pembaikan keluaran yang berterusan. Falsafah ini bukannya bersesuaian dengan setiap segmen pasaran yang ada. Sebagai contoh,kebanyakan pemilik kereta tidak mencari kenderaan terbaik di pasaran tetapi memadai dengan kenderaan yang boleh dipercayai. Konsep keluaran boleh menghasilkan myopia pemasaran kerana terlalu menekankan kepada keluaran dan bukannya penyelesaian masalah yang dicari pengguna. Konsep Jualan Teras utama di bawah konsep jualan ialah pengguna tidak akan membeli jumlah keluaran yang mencukupi jika organisasi tidak menyalurkan usaha untuk menjual dan mempromosinya. Oleh itu organisasi yang berpegang kepada konsep jualan mempunyai kecenderungan untuk melibatkan diri dengan teknik penjualan keras (hard selling). Sebagai contoh, individu yang menunjukkan kegemaran terhadap sesuatu model kenderaan akan digesa untuk membuat keputusan pada masa itu juga untuk mengelakkan daripada model itu dijual kepada orang lain. Organisasi akan menggunakan banyak wang untuk mempromosikan keluaran melalui media elektronik, cetak dan lain-lain lagi kerana pengurusan mempercayai bahawa pelaburan ini akan menghasilkan jualan. Segala kelemahan keluaran disorok bagi menghasilkan jualan dan kepuasan pengguna selepas jualan diabaikan. Konsep Pemasaran Moden Falsafah ini menerangkan bahawa pencapaian matlamat sesebuah organisasi bergantung kepada penentuan keperluan dan kehendak pasaran sasaran dan penyampaian kepuasan
  • 3. tersebut dengan lebih cekap dan berkesan daripada saingan. Konsep pemasaran berbeza daripada konsep jualan dari beberapa aspek: Titik permulaan Penekanan Kaedah Matlamat Konsep Jualan Kilang Keluaran kini Jualan dan promosi Keuntungan melalui jumlah jualan Konsep pemasaran Pasaran Keperluan pengguna Pemasaran bersepadu Keuntungan melalui kepuasan pengguna Konsep jualan menekankan kepada keperluan penjual manakala konsep pemasaran menekankan kepada keperluan pembeli. Penjual yang berpegang kepada falsafah jualan menitikberatkan penukaran kepada wang ringgit. Konsep pemasaran memberi penekanan kepada kepuasan pengguna melalui keluaran dan faedah-faedah lain yang ditawarkan. Melalui konsep pemasaran, organisasi menghasilkan keluaran yang dikehendaki oleh pengguna dan dengan itu berjaya menghasilkan keuntungan dengan memuaskan kehendak pengguna. Konsep Pemasaran Kemasyarakatan Di samping memberi kepuasan kepada pengguna sasaran dengan lebih cekap dan berkesan dari saingan, konsep ini memerlukan pemasar untuk mengambil berat tentang hal-ehwal dan kebajikan pengguna dan masyarakat. Pemasar tidak boleh mengambil tindakan sembarangan dalam mencapai objektif organisasinya tetapi perlu mempertimbangkan tentang persekitaran, sumber yang terhad dan masalah kemiskinan dan kelaparan. Falsafah pemasaran kemasyarakatan ini memerlukan organisasi untuk memahami dan memuaskan kehendak pengguna melalui cara yang terbaik bagi pengguna dan masyarakat dalam jangka masa panjang. Tidak seperti konsep pemasaran, konsep ini memerlukan pemasar mengimbangi antara kehendak jangka masa pendek dengan kebajikan pengguna dalam jangka masa panjang. Syarikat yang mengeluarkan system airm panas bertenaga suria sebenarnya menawarkan pilihan kepada pengguna untuk mengurangkan pergantungan kepada bekalan elektrik pusat yang memerlukan pembinaan empangan dan kerosakan pada persekitaran. c) Fungsi dan Peranan Pemasaran dalam Organisasi. Mempercepatkan Proses Pertukaran Aktiviti pemasaran mempercepatkan proses pertukaran produk atau perkhidmatan dengan wang atau sebarang faedah. Proses pertukaran yang cepat akan meningkatkan pulangan dan keuntungan perniagaan. Memantapkan dan Memanjangkan Usia Perniagaan
  • 4. Perniagaan yang mengamalkan konsep pemasaran tidak akan menjual produk atau perkhidmatan yang tidak sesuai kepada pasaran sasar. Pengeluar akan menghentikan pengeluaran dan penjualan produk atau mengubahsuai sedaya upaya untuk memenuhi kehendak pelanggan. Perniagaan yang mengamalkan konsep pemasaran yang baik akan melihat kepada kejayaan syarikat untuk jangka masa panjang berbanding yang tidak mengamalkannya. Peluang Perniagaan Dalam Industri Berkaitan. Disamping kerjaya terus dengan aktiviti pemasaran, terdapat banyak peluang kerjaya serta perniagaan dalam aktiviti serta industri yang berkaitan dengan pemasaran seperti papan iklan, industri percetakan dan industri lukisan dan karya kreatif. Industri tambahan ini dapat menambahkan lagi peluang pekerjaan dan seterusnya menjana aktiviti serta kegiatan ekonomi negara. d) Konsep Utiliti Definisi Utiliti Utiliti ialah kuasa pemuasan kehendak terhadap produk atau perkhidmatan.Utiliti terdiri daripada 2 pihak iaitu, pihak pengeluar dan pihak penjual. Utiliti dari pengeluar menukarkan input (bahan mentah) kepada output (produk) yang diperlukan oleh pelanggan. Manakala utility daripada pihak penjual, pengedar dan pemasar ialah menentukan tempat, bentuk, masa, dan pemilikan kepada pelanggan. Utiliti tempat Produk yang dikehendaki, boleh diperolehi ditempat yang dikehendaki oleh pengguna. Contohnya buku rujukan ada di jual di koperasi. Utiliti bentuk Pengguna boleh memperoleh produk yang dikehendaki dalam cirri-ciri (bentuk, warna, saiz) yang mereka kehendaki. Contohnya baju yang berwarna biru dan bersaiz M boleh didapati di pasaran. Utiliti Masa Pengguna boleh memperolehi produk yang dikehendaki pada masa ia diperlukan. Contohnya pengguna yang memerlukan payung kerana secara tiba-tiba hujan turun. Pengguna amat memerlukan produk tersebut pada masa berkenaan, dimana ianya ada dijual dan mudah didapati.. Utiliti pemilikan. Pengguna boleh memiliki produk yang dikehendaki sama ada secara bayaran tunai atau ansuran terhadap sesuatu produk. Dengan ini pengguna dapat memiliki produk tersebut. 1. 2. PADUAN PEMASARAN (MARKETING MIX-4P’S)
  • 5. Dalam perancangan dan pelaksanaan strategi pemasaran, pengurus pemasaran akan memberikan penejanan kepada 4 komponen asas. Empat komponen asas ini dipanggil 4P’s ataupun dipanggil paduan pemasaran. Ianya merangkumi Produk, Harga, Promosi dan Saluran Pengedaran. a) Produk Produk ialah satu barangan, perkhidmatan atau idea yang akan dapat memenuhi keperluan pengguna. Membentuk dan mendapatkan idea untuk satu produk baru adalah satu cabaran besar kepada pemasar yang seharusnya juga mengambilkira persekitaran yang sentiasa berubah. Contohnya perubahan teknologi, keperluan dan kehendak pengguna dan persekitaran ekonomi. Memenuhi kehendak pengguna selalunya menyebabkan berlakunya perubahan kepada produk sedia ada. b) Harga Ianya berkaitan dengan pemilihan harga yang bersesuaian bagi sesuatu produk. Perletakan harga mestilah mengambilkira kesemua kos yang terlibatseperti kos operasi pengeluaran, pentadbiran, perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan, kos pemasaran, iklan dan gaji pekerja. Dalam masa yang sama harga produk tidak boleh terlalu tinggi dimana ini akan menyebabkan pengguna memilih produk saingan. Harga produk yang tinggi selalunya tidak dapat meningkatkan jumlah jualan yang tinggi tetapi cukup untuk mendapatkan untung yang besar. Bagi sesetengah produk, harga yang tinggi akan dikaitkan dengan produk yang berkualiti tinggi. Syarikat juga boleh mengenakan harga yang rendah dan ini akan meningkatkan jumlah jualan dan seterusnya meningkatkan keuntungan. c) Promosi Promosi merupakan teknik untuk menyampaikan maklumat mengenai sesuatu produk dan ia merupakan aspek yang paling menonjol dalam paduan pemasaran. Alat-alat promosi yang paling pentinga ialah: Iklan Iaitu satu bentuk komunikasi bukan personal yang digunakan oleh penaja untuk memaklumkan kepada bakal pembeli mengenai sesuatu produk. Jualan Peribadi/terus Jualan dari pintu ke pintu dimana penjual akan menerangkan kepada bakal pembeli mengenai produk. Banyak barangan industri menggunakan kaedah ini untuk meningkatkan jualan disamping memberikan perkhidmatan tambahan. Wakil jualan akan menunjukkan kaedah penggunaan kepada pelanggan terutama untuk alatan/produk yang teknikal dan canggih. Promosi Jualan Kaedah ini selalu digunakan untuk produk yang tidak begitu mahal, dimana ia melibatkan satu tarikan kepada bakal pembeli. Hadiah percuma, kupon dan potongan harga ditawarkan kepada pembeli untuk menarik minat mereka membeli produk tersebut.
  • 6. Publisiti/Perhubungan Awam Melibatkan semua bentuk komunikasi untuk membina imej baik syarikat serta produk keluarannya. d) Saluran Pemasaran (PENGEDARAN) Ia berkaitan bagaimana produk diagihkan kepada kumpulan sasaran. Contohnya seperti penggunaan lori, kapalterbang, kargo atau saluran paip. Syarikat juga harus mengambilkira kadar inventori dan kos penyimpanannya. 1. 3. AKTIVITI-AKTIVITI PEMASARAN a) Aktiviti Umum Aktiviti-aktiviti umum dalam bidang pemasaran meliputi perkara-perkara berikut: Pembelian Syarikat turut terlibat dalam aktiviti membeli, iaitu bagi mendapatkan bahan yang diperlukan bagi pengeluaran produk atau perkhidmatan syarikat. Penjualan Aktiviti dimana syarikat akan menjual produk mereka kepada pengedar ataupun pembeli akhir. Kewangan Untuk tujuan penjualan, pembelian serta aktiviti lain dalam pemasaran ia semestinya akan melibatkan pengurusan kewangan. Pengangkutan Diperlukan untuk mengangkut serta menghantar produk ke tempat pengeluaran serta juga kepada pengguna. b) Aktiviti Khas Aktiviti-aktiviti khas dalam bidang pemasaran meliputi perkara-perkara berikut: Penyelidikan Diperlukan untuk mengenalpasti pengguna dan pasaran, corak permintaan serta strategi dalam penentuan paduan pemasaran. Pergudangan Melibatkan penyimpanan barangan yang akan digunakan dalam pengeluaran dan juga barangan yang telah siap.
  • 7. Khidmat Selepas Jualan Pemasar perlu memastikan pelanggan mendapat khidmat selepas jualan. Contohnya penghantaran dan pemasangan terutamanya produk yang berbentuk teknikal yang memerlukan pemasangan yang teliti. Contohnya komputer. Ini adalah untuk menjamin kepuasan pengguna dan jualan berbentuk jangka panjang. Risiko Syarikat perlu menyediakan pelan tindakan kerana risiko sentiasa wujud dalam bidang perniagaan. Keseragaman/Piawaian Proses serta produk yang dikeluarkan haruslah sentiasa menepati cirri atau piawaian yang ditetapkan oleh syarikat. 1. 4. PERSEKITARAN PEMASARAN Untuk berjaya syarikat perlu menyesuaikan serta mengadaptasikan paduan pemasaran dengan pola dan perkembangan dalam persekitarannya. Persekitaran ini boleh berubah secara perlahan atau secara mendadak dan ini akan memberikan kesan terhadap syarikat. Persekitaran boleh dibahagikan kepada dua; Persekitaran Dalaman dan Persekitaran Luaran. a) Persekitaran Dalaman. Persekitaran Dalaman adalah elemen kawalan dari dalam syarikat serta kakitangannya. Terdapat 5 pengaruh utama persekitaran dalaman bagi sesebuah syarikat perniagaan. Pemilik Perniagaan Dasar, polisi dan halatuju syarikat akan ditentukan oleh pemilik syarikat. Pemasar akan menyediakan pelan pemasaran sebagaimana yang dikehendaki syarikat. Pelabor Para pelabor mempunyai kepentingan terus terhadap prestasi dan pencapaian syarikat. Oleh itu dasar perjalanan syarikat banyak ditentukan oleh para pelabor terlebih dahulu dan pemasar akan menentukan pelan pemasaran mengikut dasar yang ditentukan. Pekerja Pekerja terlibat secara terus dalam operasi atau perkhidmatan syarikat. Pekerja akan diberi gaji dan lain-lain faedah sampingan seperti cuti tahunan, kemudahan perubatan, bonus, peluang melanjutkan pelajaran dan sebagainya. Pekerja pada asasnya memerlukan perhatian dan dihargai oleh syarikat. Pengguna
  • 8. Pelanggan merupakan pengguna kepada produk atau perkhidmatan syarikat. Kejayaan sesebuah syarikat bergantung kepada sejauh mana syarikat berjaya memenuhi kehendak pelanggan. Pembekal Pembekal terdiri dari firma dan individu yang menyediakan sumber bagi membolehkan syarikat membuat produk atau perkhidmatan kepada sasaran pasaran. Sebarang perubahan yang mendadak akan mempengaruhi pengagihan sumber. Contohnya perubahan harga disebabkan sumber yang terhad, kelewatan, mogok atau peristiwa luar jangkaan pasti akan menjejaskan operasi syarikat. b) Persekitaran Luaran Persekitaran luaran adalah elemen di luar kawalan syarikat yang akan memberikan kesan terhadap aktiviti pemasaran. Ada 5 faktor utama: Persekitaran Politik dan Undang-Undang Contohnya peraturan dan kawalan terhadap penggunaan sesuatu barangan akan memberikan kesan terhadap arah dan halatuju perniagaan bagi barangan serta industri tersebut. Akta dan perundangan yang berkuatkuasa bertujuan untuk melindungi pengguna dan pelanggan daripada amalan perniagaan yang tidak adil. Ia juga adalah untuk memastikan aktiviti perniagaan disempurnakan dengan sebaik mungkin Dari semasa kesemasa perundangan sentiasa diperbaharui dan ini akan memberikan kesan terhadap aktiviti syarikat. Pemasar harus mengambilkira perubahan yang berlaku supaya aktiviti yang bersangkutan dengannya dapat dilaksanakan dengan baik. Persekitaran Sosial dan Budaya Budaya ialah satu set corak gelagat dan tingkah laku yang membezakan antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Budaya meliputi cara berfikir, percakapan dan perbuatan yang dimanifestasikan dalam tradisi, bahasa, kebendaan dan system sikap yang dikongsi bersama. Tren, gaya dan kaedah pemikiran sesuatu masyarakat serta tindakan mereka mempunyai kesan yang besar terhadap pengurusan dan pemasaran. Contohnya, trend wanita bekerja, penjagaan kecantikan dan kesihatan dsb. Kesedaran terhadap cara pemikiran, gaya hidup, nilai serta budaya sesuatu masyarakat akan memberikan cabaran kepada pemasar agar dapat memenuhi kehendak dan keperluan pengguna. Persekitaran Teknologi Perubahan teknologi sentiasa berlaku dari semasa ke semasa. Perubahan ini akan memberi kesan langsung kepada syarikat. Perubahan teknologi yang terlalu cepat akan menyebabkan syarikat ketinggalan berbanding dengan pesaing. Perubahan teknologi akan menggalakkan pembentukan produk serta perkhidmatan yang baru. Persekitaran Ekonomi Keadaan ekonomi akan menentukan trend permintaan dan perbelanjaan pengguna, peniaga dan kerajaan. Ini akan mempengaruhi setiap pelan pemasaran. Antara factor yang perlu
  • 9. diberi pemerhatian oleh pemasar ialah kadar inflasi, kegawatan dan kadar faedah. Pada kebiasaannya, perbelanjaan pengguna akan meningkat bilamana mereka merasa yakin terhadap jangkaan situasi ekonomi yang baik pada masa hadapan dan akan menurun bilamana kadar pengangguran meningkat dan jangkaan ekonomi mengalami kegawatan. Dengan penubuhan gagasan kerjasama ekonomi serantau seperti NAFTA, AFTA dan EC, pemasar harus memikirkan apakah kesan kemasukan produk dari negara lain ke dalam pasaran tempatanserta juga sekatan yang dikenakan oleh sesebuah negara lain untuk produk yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan. Kewujudan GATT memberi pengaruh terhadap corak perdagangan antara negara di dunia. Ini sudah pastinya memberi cabaran hebat kepada syarikat dalam mengambil kira persekitaran ekonomi dalaman dan luaran yang tidak menentu untuk melaksanakan pelan pemasaran mereka. Persekitaran Persaingan Pemasar harus meyakinkan pembeli untuk membeli produk keluaran mereka daripada yang ditawarkan oleh syarikat lain. Persaingan antara pengeluar semakin bertambah bilamana pengguna terdedah kepada berbagai saluran maklumat. Pengeluar juga harus mengambilkira perkembangan yang berlaku di luar negara kerana ianya turut memberikan saingan terhadap barangan syarikat. 1. 5. KEPENTINGAN DAN FUNGI PEMASARAN a) Kepentingan kepada Individu Pemenuhan Utiliti Untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Aktiviti pemasaran dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh individu untuk menyediakan segala keperluan yang tidak boleh diusahakan sendiri. Kehidupan yang lebih baik Aktiviti pemasaran sentiasa mengkaji keperluan, kehendak dan kemampuan pengguna menurut aliran semasa. Memperbanyakkan pilihan produk di pasaran Pelbagaian alternatif memberikan persaingan yang sihat. Pengguna mempunyai banyak pilihan dan boleh memilih yang terbaik. Ini menjadikan sesuatu produk dan perkhidmatan kompetitif dari segi mutu dan harga. Apabila wujud persaingan organisasi perniagaan akan berusaha menyediakan produk atau perkhidmatan yang sebaik mungkin dengan harga yang paling optimum supaya pengguna terus memilih produk yang dikeluarkan. Memperbanyakkan Peluang Pekerjaan Pemasaran menyediakan pelbagai aktiviti professional, separa professional dan tidak professional dengan peluang pekerjaan kepada anggota masyarakat. Peluang pekerjaan dan peluang perniagaan boleh dijalankan oleh anggota masyarakat secara tidak langsung menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
  • 10. b) Kepentingan kepada Organisasi Mempercepatkan Proses Pertukaran Aktiviti pemasaran mempercepatkan proses pertukaran produk atau perkhimatan dengan wang atau sebarang faedah. Proses pertukaran yang cepat akan meningkatkan pulangan dan keuntungan perniagaan. Memantapkan dan memanjangkan usia perniagaan Perniagaan yang mengamalkan konsep pemasaran tidak akan menjual produk yang tidak sesuai kepada sasaran sasar. Pengeluar akan menghentikan pengeluaran dan penjualan produk atau mengubahsuai untuk memenuhi kehendak pelanggan. Perniagaan yang mengamalkan konsep pemasaran yang baik akan melihat kepada kejayaan syarikat untuk jangkamasa panjang. Peluang perniagaan dalam industri berkaitan Kerjaya berkaitan terus dengan aktiviti pemasaran. Terdapat banyak peluang kerjaya serta perniagaan dalam aktiviti serta industri yang berkaitan dengan pemasaran seperti industri papan iklan, industri percetakan dan industri lukisan dan karya kreatif. Industri tambahan ini dapat menambahkan lagi peluang pekerjaan dan seterusnya menjana aktiviti serta kegiatan ekonomi negara.