2. HASIL PEMBELAJARAN:
Menerangkan definisi latihan dan pembangunan pekerja.
Menerangkan kelebihan latihan dan pembangunan pekerja.
Menerangkan proses mengelolakan program latihan.
Mengenalpasti trend dalam latihan dan pembangunan.
3. LATIHAN
Latihan adalah penting untuk membuat sesuatu perubahan yang positif, iaitu untuk
meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan perubahan sikap serta
memperkenalkan kaedah baru bagi melakukan pembaharuan untuk kemajuan
sesuatu organisasi.
Latihan adalah aktiviti organisasi yang dirangka secara sistematik untuk membawa
perubahan kepada pekerja-pekerja melalui proses pembelajaran dan
pembangunan.
Ia merupakan suatu bentuk pelaburan yang mempunyai kaitan dengan nilai-nilai
produktif seseorang individu yang dilatih.
4. PEMBANGUNAN
Pembangunan staf merujuk kepada proses-proses, program-program dan pelbagai
aktiviti yang dijalankan oleh sesebuah organisasi untuk membangun,
meningkatkan dan menambahbaik kemahiran, kompetensi dan prestasi
keseluruhan pekerja / kakitangan.
Pembangunan pekerja merujuk kepada pendidikan formal, pengalaman kerja,
perhubungan dan penilaian personaliti dan kebolehan yang dapat membantu para
pekerja berprestasi dengan lebih cemerlang dalam pekerjaan semasa dan akan
datang.
5. KELEBIHAN LATIHAN DAN PEMBANGUNAN PEKERJA
Meningkatkan produktiviti pekerja
Meningkatkan kepuasan pekerja
Meningkatkan motivasi pekerja
Menghargai sumbangan pekerja
Mendedahkan pekerja kepada kemahiran dan pengetahuan baru
7. 1. Mengenalpasti keperluan Latihan
Pengurusan sumber manusia perlu mengenal pasti siapa yang memerlukan latihan
dan jenis latihan yang sesuai diberikan bagi mencapai matlamat organisasi.
Latihan diperlukan apabila prestasi kerja dan kualiti produk semakin merosot,
berlaku perubahan teknlogi atau kesilapan dan kemalangan sering berlaku di
tempat kerja.
8. Analisis keperluan latihan (TNA) ialah satu tugas yang perlu dilaksanakan selalu.
TNA adalah satu proses mengenalpasti kakitangan yang memerlukan latihan serta
bidang latihan yang diperlukannya.
Sebaik sahaja TNA habis dijalankan, anda boleh tahu sama ada wujudnya
perbezaan antara kemahiran, sikap dan ilmu pengetahuan yang diperolehi pekerja
anda sekarang berbanding dengan kemahiran, sikap dan ilmu pengetahuan yang
diperlukan oleh syarikat anda sekarang dan pada masa depan yang terdekat.
9. Analisis keperluan latihan dibuat untuk mengenalpasti apakah kewujudan jurang
prestasi berada pada tahap memerlukan program latihan.
Jurang prestasi adalah perbezaan yang wujud antara tahap prestasi kerja semasa
yang ditunjukkan pekerja dengan tahap prestasi yang ditetapkan atau dikehendaki
oleh organisasi.
10. Analisis keperluan latihan ini perlu dikaji terhadap organisasi, tugas dan individu.
1. Analisis Organisasi – mengkaji keperluan keseluruhan organisasi dengan
melihat kelemahan struktur, objektif dan strategi
organisasi
2. Analisis tugas – mengkaji spesifikasi dan penghuraian kerja, kemahiran
serta pengetahuan yang diperlukan untuk menjalankan
sesuatu pekerjaan.
3. Analisis Individu – mengenal pasti pekerja yang memerlukan latihan
dengan memerhatikan prestasi kerja dan gelagat
pekerja tersebut
11. 2. Menetapkan Objektif Pembelajaran
Objektif latihan adalah asas kepada latihan yang efektif
Objektif adalah pernyataan tentang apa yang pelatih dapat lakukan di akhir sesi
latihan
Pembentukkan objektif latihan bertujuan untuk memastikan pihak pelatih dan
fasilotator mengetahui matlamat yang diharapkan melalui aktiviti latihan.
Objektif latihan yang ditetapkan mestilah jelas dan khusus. Ia juga mesti boleh
dikuantiti sebagai objektif yang boleh diukur untuk membantu penilaian latihan.
Objektif juga berperanan untuk pelatih faham apa yang dijangka darinya.
12. Objektif latihan berfokuskan kepada pencapaian penghasilan yang spesifik :
Objektif membantu fasilitator membentuk dan mengendalikan latihan dalam
penyampaian pengetahuan dan kemahiran kepada pelatih.
Objektif menjelaskan kepada pelatih apa yang diharapkan mereka dapat lakukan
selepas tamat latihan.
Objektif membantu fasilitator dan pelatih menilai pembelajaran yang berlaku hasil
daripada proses pengajaran – pembelajaran
13. 3. Mereka bentuk program latihan
Untuk menganjurkan program latihan yang berkesan, perkara-perkara berikut perlu
dipertimbangkan antaranya :
Fasilitator (jurulatih)
Jadual latihan
Bilangan peserta
Belanjawan
Pembelian program latihan
(khidmat yang ditawarkan oleh vendor luar, Kriteria pemilihan vendor,
Pemilihan kaedah dan media latihan, Penyediaan bahan latihan)
14. 4. Melaksanakan program latihan
Sebelum program dilaksanakan, majikan perlu melakukan perancangan yang teliti.
Kaedah latihan, penyediaan dan pemilihan tempat latihan, Sumber dan kemudahan
perlu ditempah, para pelatih perlu dimaklumkan mengenai program ini, dan bahan
kursus perlu dipantau dan bersedia untuk diedarkan pada masa yang sesuai.
manakala perkara seperti makanan yang ditawarkan dan suhu ruang latihan
mungkin kelihatan sangat biasa, namun mereka memainkan peranan penting
dalam kejayaan sesuatu program
15. i. Kaedah Latihan
Pemilihan kaedah latihan adalah bergantung kepada beberapa faktor antaranya ialah :
Kesesuaian budget
Kemahiran jurulatih
Objektif program
Sasaran Pembelajaran
Keberkesanan kaedah latihan
17. ii. Penyediaan dan pemilihan tempat latihan
Tempat latihan merujuk kepada bilik di mana latihan akan diadakan
Ciri-ciri tempat latihan yang baik:
Selesa dan mudah didatangi orang
Senyap, persendirian dan bebas daripada gangguan
Ruang yang mencukupi untuk pelatih bergerak, darjah penglihatan yang baik
22. 5. Menilai Program Latihan
Selepas latihan dilaksanakan, program mesti dinilai keberkesanannya untuk
menentukan sama ada mencapai objektifnya atau tidak.
Sediakan soalselidik untuk dilengkapkan pada akhir sesi latihan oleh pelatih.
Soalselidik akan meminta pelatih menilai setiap aspek mengenai jurulatih, tempat
dan kandungan program.
Rancangkan kaedah menguji sama ada pelatih telah mendapat ilmu pengetahuan
dan kemahiran yang program direka untuk mencapainya.
23. Kirkpatrick (1959) mencadangakan penilaian mesti dibuat pada empat peringkat
dengan empat soalan yang perlu diajukan:
Apa tindakbalas pelatih kepada latihan tersebut?
Apa yang pelatih telah pelajari?
Dalam cara apa gelagat pelatih telah berubah selepas latihan?
Bagaimana organisasi mendapat manfaat dari program latihan tersebut?
24. Trend Dalam Latihan Dan Pembangunan
Perkembangan Teknologi
Faktor Ekonomi
Faktor Politik
Globalisasi
Peningkatan Penyertaan Wanita Dalam Pekerjaan
Sistem Perundangan