SlideShare a Scribd company logo
1 of 6
Download to read offline
N A Z I R A H R A M L I E T A L .
1 3 7
Hubungan Ujian Diagnostik dan Tahap Pencapaian Subjek Matematik di
kalangan Pelajar Diploma Sains Komputer UiTM Pahang
Nazirah Ramli
Salimah Ahmad
Zakiyah Omar
Nor Azizah M. Yacob
Hajar Mohamed
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara ujian diagnostik dan tahap pencapaian pelajar di Universiti
Teknologi MARA (UiTM) Pahang dalam subjek matematik. Seramai 43 orang pelajar baru dari kursus Diploma
Sains Komputer telah menduduki ujian diagnostik subjek matematik semasa Minggu Suaikenal pada bulan Jun 2004.
Keputusan ujian diagnostik dibandingkan dengan tahap pencapaian pelajar dalam subjek matematik dari semester
satu hingga semester empat.
Kata Kunci : Ujian diagnostik, subjek matematik, tahap pencapaian
Pengenalan
Matematik merupakan suatu cabang ilmu yang luas meliputi pengajian berkaitan dengan nombor, bentuk, susunan,
kuantiti, koordinat, ruang, struktur, rangkaian, corak, model, set, fungsi, sukatan, pengukuran, perbandingan,
persamaan, penyelesaian masalah dan pelbagai konsep yang berkaitan dengannya dan berhubung antaranya (Rokiah
2005). Matematik juga merupakan suatu bidang ilmu yang bersifat dinamik dan berperanan sebagai pemangkin
dalam perkembangan ilmu sains dan teknologi. Justeru itu, pelbagai tanggapan tentang matematik telah diberikan
oleh sarjana Islam dan Barat.
Al-Farabi (870-950) menganggap matematik sebagai satu bidang ilmu yang penting dan merangkumi tujuh
subbidang iaitu aritmetik, astronomi, geometri, optik, muzik, mekanik dan kejuruteraan. Al-Kindi (801-873) dan ibn-
Sina (980-1038) menganggap matematik sebagai ilmu ‘perantaraan’ untuk membantu manusia memahami ilmu tabii
dan ilmu ketuhanan. Al-Ghazali (1058-1111) pula menganggap ilmu hisab sebagai satu bidang ilmu yang terpuji.
Ahli sarjana Barat, Friedrich Gauss menganggap matematik sebagai raja sains, Tobias Dantzig menganggapnya
sebagai bahasa sains dan George Cantor pula menganggap bahawa intisari matematik ialah kebebasan. Terdapat
pelbagai tanggapan lain yang diberikan oleh sarjana Islam dan Barat kepada matematik yang membuktikan bahawa
para sarjana Islam dan Barat telah meletakkan matematik sebagai suatu khazanah yang amat bernilai sejak dahulu
sehingga sekarang. Namun begitu, khazanah yang amat bernilai ini seringkali dianggap sukar oleh ramai pihak.
Di Universiti Teknologi MARA (UiTM), matematik merupakan matapelajaran teras bagi program di Fakulti
Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif. Kegagalan dalam kursus matematik merupakan salah satu sebab utama
pelajar tidak dapat menamatkan pengajian dalam tempoh minima yang ditetapkan. Terdapat juga kes pelajar yang
tidak dapat meneruskan pengajian kerana gagal matapelajaran matematik sebanyak tiga kali. Lantaran itu, adalah
penting untuk mengetahui tahap kefahaman asas matematik yang ada pada pelajar baru agar tindakan susulan dapat
diambil.
Ujian diagnostik
Ujian diagnostik merupakan ujian yang diberi kepada sekumpulan pelajar pada peringkat awal sebelum mereka
memulakan sesuatu kursus. Keputusan ujian diagnostik boleh digunakan untuk meramal pencapaian pelajar-pelajar
tersebut selepas mereka menjalani kursus selama satu atau beberapa semester. Selain daripada itu, ujian diagnostik
juga merupakan satu alat untuk mengenalpasti topik yang sukar difahami oleh pelajar dan maklumat ini boleh
digunakan oleh pelajar dan juga pengajar terlibat. Dengan memberi masa dan tumpuan yang lebih, kelemahan pelajar
lebih mudah untuk diatasi. Maklumat-maklumat lain yang diperolehi daripada ujian ini juga boleh digunakan sebagai
panduan untuk merangka modul yang berkaitan.
Siti Rahayu et al. (2004) telah menjalankan ujian diagnostik kepada 156 orang responden tahun pertama untuk
program Matematik dan Ekonomi dan program Pendidikan Matematik di Universiti Malaysia Sabah. Hasil kajiannya
mendapati bahawa responden dari program Matematik dan Ekonomi mendapat purata markah ujian yang lebih tinggi
berbanding program Pendidikan Matematik. Pencapaian ujian diagnostik antara jantina tidak menunjukkan perbezaan
markah yang bererti. Namun begitu, terdapat perbezaan markah yang bererti antara kaum. Kaum Melayu dan lain-
N A Z I R A H R A M L I E T A L .
1 3 8
lain kaum terdiri dari kumpulan yang sama, manakala kaum Cina dan India adalah dalam kumpulan kedua dengan
purata markah kumpulan kedua lebih tinggi daripada kumpulan pertama.
Hamidah et al. (2005) pula telah menjalankan Ujian Kemahiran Asas Matematik (UKAM) untuk menilai
keupayaan asas matematik kepada pelajar Diploma Sains Kuantitatif di UiTM Shah Alam. Hasil kajiannya
menunjukkan bahawa hubungan UKAM dengan gred untuk Matematik Moden dan Matematik Tambahan adalah
lemah. Walau bagaimanapun, kajiannya menunjukkan korelasi antara gred Matematik Tambahan dengan UKAM
adalah lebih kuat berbanding korelasi antara gred Matematik Moden dan UKAM. Selain daripada itu, kajiannya juga
mendapati bahawa pencapaian dalam Matematik Tambahan memberi jangkaan yang lebih tepat di dalam UKAM.
Abal Abas dan Abd Rahman (2006) membincangkan tentang hubungan pencapaian Matematik dengan mata
pelajaran pemprograman di kalangan pelajar tahun pertama bidang ICT di Kolej Universiti Teknologi Kejuruteraan
Malaysia (KUTKM). Kajian mereka terhadap 220 pelajar mendapati bahawa purata pencapaian pelajar untuk kedua-
dua matapelajaran hampir sama dan terdapat hubungan linear antara kedua-dua mata pelajaran tersebut.
Hudson dan Liberman (1982) dalam kajiannya menyatakan bahawa ujian pra kursus bagi kemahiran aljabar
mempunyai korelasi dengan prestasi dalam kursus pengenalan fizik yang berasaskan aljabar. Kajian mereka juga
mendapati bahawa kombinasi antara kemahiran matematik sebelum kursus dan kemahiran berfikir secara abstrak
menerangkan 25% dari varians pencapaian fizik dalam peperiksaan akhir. Meltzer (2002)pula menyatakan kemahiran
aljabar pelajar mempunyai hubungkait dengan kebolehan memahami konsep fizik dan seterusnya meningkatkan
pencapaian dalam subjek tersebut. Selain daripada itu, dalam kajian Hudson dan McIntire (1977) dan Griffith (1985)
didapati bahawa taakulan secara formal dan pengetahuan matematik mempunyai korelasi dengan ukuran prestasi
kursus pengenalan fizik.
Kajian ini dijalankan ke atas 43 orang pelajar baru kursus Diploma Sains Komputer kemasukan semester Jun
2004. Tujuan kajian ini ialah untuk melihat hubungan antara ujian diagnostik dengan prestasi pencapaian pelajar
dalam kursus matematik pada semester satu, dua, tiga dan empat.
Bahan dan Kaedah
Kajian ini menggunakan dua kaedah soal selidik iaitu borang soal selidik latar belakang responden dan ujian
diagnostik. Borang soal selidik mengandungi 9 soalan yang perlu diisi oleh responden iaitu jantina, umur, bangsa,
nombor kad pelajar, program yang diambil di UiTM, negeri dan tempat pendidikan menengah, keputusan
peperiksaan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) bagi matapelajaran
Matematik Moden dan Matematik Tambahan serta program atau institusi terakhir yang diikuti.
Ujian diagnostik mengandungi dua bahagian A dan B. Bahagian A terdiri daripada 20 soalan objektif yang
merangkumi topik algebra, trigonometri, geometri dan kalkulus manakala bahagian B terdiri daripada tiga soalan
subjektif yang dibentuk untuk menguji pemikiran logik dan analitik pelajar. Kesemua topik dalam kedua-dua
bahagian soalan ini adalah berdasarkan sukatan mata pelajaran Matematik Moden dan Matematik Tambahan di
peringkat SPM. Keputusan mata pelajaran matematik dari semester satu hingga empat setiap responden diperolehi
daripada Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Pahang. Seterusnya data dianalisa menggunakan perisian SPSS.
Jadual 1: Kod Matematik mengikut Semester
Keputusan
Analisis Borang Soal Selidik
Daripada 43 orang pelajar yang menduduki ujian diagnostik, hampir 49% merupakan pelajar lelaki dan 51%
merupakan pelajar perempuan. Berdasarkan taburan mengikut tempat pendidikan sekolah menengah, hampir 60%
responden mendapat pendidikan sekolah menengah dari kawasan bandar dan bakinya 40% dari kawasan luar bandar.
Semester Kod Matematik
1 MAT 210
2 MAT 105
3 MAT 149
4 MAT 199
Semester Kod Matematik
1 MAT 210
2 MAT 105
3 MAT 149
4 MAT 199
N A Z I R A H R A M L I E T A L .
1 3 9
Jadual 2: Pecahan Responden Mengikut Jantina dan Tempat Pendidikan
Jadual 3: Peratus Pencapaian Matematik SPM Mengikut Kategori
Pencapaian Matematik Moden menunjukkan majoriti pelajar (98%) berada pada tahap cemerlang. Seramai 42
pelajar mendapat A1 dan A2 manakala hanya satu pelajar (2%) dalam kategori B3 – C5. Tiada pelajar dalam kategori
lemah. Bagi matapelajaran Matematik Tambahan, purata keseluruhan pencapaian pelajar berada dalam kategori
sederhana (C5). Walau bagaimanapun, terdapat lima pelajar (12%) dalam kategori cemerlang. Majoriti pelajar (74%)
berada pada tahap sederhana dan terdapat enam pelajar (14%) dalam kategori lemah yang kesemuanya adalah pelajar
lelaki. Hasil analisis ujian t juga membuktikan tidak terdapat perbezaan signifikan antara pelajar perempuan dan
lelaki dalam matapelajaran Matematik Moden dan Matematik Tambahan.
Analisis Ujian Diagnostik.
Markah purata bagi sampel 43 orang pelajar yang menduduki ujian diagnostik ialah 48.41 dengan purata markah
44.13 bagi pelajar lelaki dan 52.5 bagi pelajar perempuan. Hasil dari ujian t yang dijalankan, terdapat perbezaan
purata markah yang signifikan di antara pelajar lelaki dan perempuan pada aras keertian 0.05 (Jadual 4). Namun
begitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara purata markah pelajar bandar dan luar bandar pada aras
keertian yang sama dengan purata markah 46.15 bagi pelajar dari kawasan bandar dan 51.86 bagi pelajar luarbandar
(Jadual 4).
Latar belakang
Jantina
Lelaki Perempuan
48.8% (21) 51.2% (22)
Tempat Pendidikan Menengah
Bandar Luar Bandar
60.5% (26) 39.5% (17)
Kategori
Subjek Kumpulan Gred
Purata
Kategori
Cemerlang Sederhana Lemah
Matematik Moden
Keseluruhan A1 (1A-2A)
97.7% (42)
(3B-5C)
2.3% (1)
(6C-9F)
0% (0)
Lelaki A1 20 1 0
Perempuan A1 22 0 0
Keseluruhan C5 (1A-3B)
11.6% (5)
(4B-6C)
74.4% (32)
(7D-9F)
14% (6)
Lelaki C5 2 13 6
Perempuan C5 3 19 0
Matematik Tambahan
Latar belakang
Jantina
Lelaki Perempuan
48.8% (21) 51.2% (22)
Tempat Pendidikan Menengah
Bandar Luar Bandar
60.5% (26) 39.5% (17)
Kategori
N A Z I R A H R A M L I E T A L .
1 4 0
Jadual 4: Ujian t terhadap Faktor Jantina dan Kawasan
Darjah kebebasan = 41; Aras keertian = 0.05
Analisis Keputusan Peperiksaan Subjek Matematik di UiTM
Berdasarkan purata gred yang diperolehi pelajar di dalam Jadual 5, untuk kod MAT 210, MAT 105 dan MAT 149
didapati bahawa prestasi pelajar perempuan lebih cenderung untuk mendapat keputusan yang lebih baik berbanding
pelajar lelaki. Namun begitu, untuk kod MAT 199 prestasi pelajar perempuan dan lelaki adalah sama.
Jadual 5: Ujian t terhadap Faktor Jantina dan Keputusan Peperiksaan Matematik Peringkat UiTM
Aras keertian = 0.05
Ujian t telah dijalankan terhadap faktor jantina dan setiap keputusan matematik secara khusus. Hasil ujian ini
menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan antara prestasi pelajar lelaki dan perempuan untuk setiap kod yang
ditawarkan pada aras keertian 0.05 (Jadual 5).
Analisis Korelasi antara Ujian Diagnostik dan Subjek Matematik
Ujian korelasi seterusnya telah dijalankan bagi menentukan hubungkait antara markah ujian diagnostik dan
keputusan matematik peringkat sekolah dan peringkat UiTM.
Jadual 6: Nilai Pekali Korelasi Pearson di antara Markah Ujian Diagnostik dan Keputusan Peperiksaan Peringkat
Sekolah
**Aras keertian = 0.01
Hasil dari ujian ini, hanya terdapat hubungan yang signifikan di antara markah ujian diagnostik dan keputusan
Faktor Bil. pelajar Purata Markah (100%) Sisihan piawai Nilai t Sig
Lelaki 21 44.13 16.04
-2.022 0.0497
Perempuan 22 52.50 10.70
Bandar 26 46.15 13.37
-1.313
Luarbandar 17 51.86 14.79
0.1966
Faktor Bil. pelajar Purata / Gred Ang-
garan
Sisihan
piawai
Nilai t Sig
MAT210
Lelaki 21 4.86 / B 2.15
1.652
0.106
Perempuan 22 3.95 / B+ 1.36
MAT105
Lelaki 21 6.10 / B- 3.11
1.264
0.213
Perempuan 21 5.14 / B 1.49
MAT149
Lelaki 19 6.53 / C+ 3.53
1.407
0.168
Perempuan 20 5.25 / B 1.94
MAT199
Lelaki 18 6.30 / B- 2.59
-0.024
Perempuan 18 6.33 / B- 3.09
0.981
Matematik Moden Matematik Tambahan
Markah Ujian Diagnostik 0.435** 0.283
Faktor Bil. pelajar Purata / Gred Ang-
garan
Sisihan
piawai
Nilai t Sig
MAT210
Lelaki 21 4.86 / B 2.15
1.652
0.106
Perempuan 22 3.95 / B+ 1.36
MAT105
Lelaki 21 6.10 / B- 3.11
1.264
0.213
Perempuan 21 5.14 / B 1.49
MAT149
Lelaki 19 6.53 / C+ 3.53
1.407
0.168
Perempuan 20 5.25 / B 1.94
MAT199
Lelaki 18 6.30 / B- 2.59
-0.024
Perempuan 18 6.33 / B- 3.09
0.981
Faktor Bil. pelajar Purata Markah (100%) Sisihan piawai Nilai t Sig
Lelaki 21 44.13 16.04
-2.022 0.0497
Perempuan 22 52.50 10.70
Bandar 26 46.15 13.37
-1.313
Luarbandar 17 51.86 14.79
0.1966
N A Z I R A H R A M L I E T A L .
1 4 1
peperiksaan Matematik Moden pada aras keertian 0.01 (Jadual 6).
Jadual 7: Nilai Pekali Korelasi Pearson di antara Markah Ujian Diagnostik dan Keputusan Peperiksaan Matematik
Peringkat UiTM
**Aras keertian = 0.01; *Aras keertian = 0.05
Secara khusus hubungan antara markah ujian diagnostik dan keputusan matematik di peringkat UiTM
ditunjukkan di dalam Jadual 7. Terdapat hubungan yang signifikan antara markah ujian diagnostik dengan kod-kod
yang matematik yang ditawarkan bermula semester pertama hingga ketiga.
Jadual 8 pula menunjukkan hasil analisis terhadap keputusan peperiksaan matematik peringkat sekolah dan
keputusan peperiksaan matematik peringkat UiTM. Hasil dari ujian korelasi ini, hanya terdapat hubungan yang
signifikan antara keputusan Matematik Moden dengan kod-kod MAT105 dan MAT149.
Jadual 8: Nilai Pekali Korelasi Spearman di antara Keputusan Peperiksaan Matematik Peringkat Sekolah dan
Keputusan Peperiksaan Matematik Peringkat UiTM
*Aras keertian = 0.01; *Aras keertian = 0.05
Perbincangan dan Kesimpulan
Hasil analisis dalam kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan purata markah ujian diagnostik yang signifikan di
antara pelajar lelaki dan perempuan. Pelajar perempuan didapati menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam ujian
diagnostik tersebut. Namun begitu, untuk keputusan peperiksaan matematik di peringkat UiTM, tiada perbezaan yang
ketara antara pencapaian pelajar lelaki dan perempuan.
Kajian ini juga mendapati bahawa, tiada perbezaan yang signifikan di antara purata markah ujian diagnostik
pelajar bandar dan luar bandar. Ini bermaksud pelajar yang bersekolah di bandar atau di luar bandar tidak
menunjukkan perbezaan prestasi. Dapatan ini merupakan suatu perkembangan yang baik dalam usaha Kementerian
Pendidikan untuk mengurangkan jurang pendidikan antara pelajar bandar dan luar bandar.
Dalam kajian ini juga didapati wujud hubungan yang signifikan di antara markah ujian diagnostik dengan kod-
kod matematik yang ditawarkan pada semester pertama, kedua dan ketiga, tetapi tiada hubungan yang signifikan
antara markah ujian diagnostik dan kod matematik pada semester empat. Berdasarkan keputusan ini penyelidik
berpendapat bahawa terdapat jurang antara kod kursus yang ditawarkan pada semester 1,2,3 dan semester 4. Analisa
keputusan peperiksaan akhir juga mendapati pelajar-pelajar semester 4, Diploma Sains Komputer kurang
menunjukkan prestasi cemerlang dalam kod MAT 199. Bagi merapatkan jurang perbezaan ini, penyelidik
mencadangkan agar diwujudkan satu kod matematik yang lebih rendah darjah kesukarannya berbanding MAT199.
Pihak fakulti yang bertanggungjawab dalam penggubalan silibus perlu mengambilkira pelbagai aspek dalam
menangani masalah ini.
Selain daripada itu, didapati wujud hubungan yang signifikan di antara markah ujian diagnostik dengan
keputusan peperiksaan di peringkat UiTM. Ini menunjukkan pelajar yang menunjukkan prestasi yang baik dalam
ujian dignostik juga menunjukkan prestasi yang baik dalam subjek-subjek lain seterusnya menyumbang dalam
pengiraan CGPA. Terdapat dua orang pelajar yang mendapat markah terendah (kurang dari 20%) dalam ujian
diagnostik dan mereka ini gagal lebih daripada satu kali dalam subjek MAT 105 (algebra). Bagi tiga pelajar yang
mendapat markah rendah (kurang dari 30%), seorang daripadanya gagal MAT 210 dan MAT 105, seorang gagal
MAT 105 dan seorang gagal MAT 149. Adalah dijangkakan kesemua lima pelajar yang dalam kedua-dua kategori ini
(rendah dan terendah) akan mengalami masalah dalam MAT 199 apabila kelak mereka mengambil subjek tersebut.
MAT 210 MAT 105 MAT 149 MAT 199
Markah Ujian
Diagnostik
0.423** 0.521** 0.394* 0.160
MAT210 MAT105 MAT149 MAT199
Matematik Moden 0.121 0.419** 0.384* 0.284
Matematik Tambahan 0.266 0.298 0.215 0.030
MAT 210 MAT 105 MAT 149 MAT 199
Markah Ujian
Diagnostik
0.423** 0.521** 0.394* 0.160
N A Z I R A H R A M L I E T A L .
1 4 2
Oleh itu, berdasarkan keputusan kajian ini, adalah perlu ujian diagnostik diadakan pada awal semester agar
pemantauan pelajar lemah dapat dilakukan. Selain daripada itu, juga dicadangkan bagi pelajar yang telah dikenalpasti
lemah dan sederhana melalui ujian diagnostik, mereka ini ditempatkan dalam satu kumpulan yang berasingan dengan
pelajar yang mendapat pencapaian cemerlang. Ini bagi membolehkan para pensyarah menggunakan pendekatan yang
berbeza dalam pengajaran berdasarkan tahap prestasi pelajar. Melalui keputusan ujian diagnostik ini juga, para
pembimbing mahasiswa boleh memantau dan mengambil inisiatif untuk memperbaiki pelajar di bawah jagaan
mereka. Sesi ceramah atau bengkel ke arah kecemerlangan matematik juga perlu diadakan kepada pelajar yang telah
dikenalpasti lemah. Jika usaha-usaha murni dapat dilakukan lebih awal terhadap pelajar yang lemah ini, adalah
dijangkakan kadar kegagalan dalam subjek matematik akan berkurangan dan sekaligus kebarangkalian mereka akan
tamat dalam jangka waktu yang ditetapkan adalah tinggi.
Rujukan
Abal Abas, Z. & Abd Rahman, A.F.N. (2006). The Importance of Mathematics in Computer Science. Proceedings of
The National Seminar on Science, Technology and Social Sciences (STSS), 1:143-149. Kuantan, Pahang.
Griffith, W.T. (1985). Factors Affecting Performance in Introduction Physics Courses. American Journal of
Physics , 53: 839-842.
Hamidah M., Nor Maizan A.A & Nadzrah Y. (2005). Pencapaian Pelajar Diploma dalam Ujian Kemahiran Asas
Matematik dan Hubungannya dengan Gred Matematik SPM. Prosiding Seminar Matematik. Pusat Pengajian
Matematik, UiTM Shah Alam.
Hudson, H.T. & McIntire, W. R. (1977).Correlation between Mathematical Skills and Success in Physics. American
Journal of Physics, 45: 470-471.
Hudson, H.T. & Liberman, D. (1982). The Combined Effect of Mathematics Skills and Formal Operational
Reasoning on Student Performance in the General Physics Course. American Journal of Physics, 50: 1117-
1119.
Lee, S. & Robinson, C.L. (2004). Diagnostic Testing in Mathematics: Paired Questions. Oxford Journal , 24: 154-
166.
Meltzer, D. E. (2002). The Relationship between Mathematics Preparation and Conceptual Learning Gains in
Physics: A possible “Hidden Variable” in Diagnostic Pretest Scores. American Journal of Physics , 70: 1259-
1268.
Rokiah, E. (2005). Matematik, Milik Siapa?. Prosiding Seminar Matematik. Pusat Pengajian Matematik, UiTM Shah
Alam.
Siti Rahayu, M.H., Mun, H.C., Amran, A., Rozaini, R., Gabda, D. & Aini, J. (2004). Kajian Diagnostik Tahap
Kefahaman Matematik di kalangan Pelajar Tahun Pertama Program Matematik UMS: Satu Kajian Kes.
Prosiding Seminar Kebangsaan Sains Teknologi dan Sains Sosial (STSS),II: 61–67. Kuantan, Pahang.
______________________________________________________________________________________________
NAZIRAH RAMLI, SALIMAH AHMAD, ZAKIYAH OMAR, NOR AZIZAH M. YACOB & HAJAR
MOHAMED, Unit Matematik Statistik, Universiti Teknologi MARA Pahang. nazirahr@pahang.uitm.edu.my,
salimah@pahang.uitm.edu.my, zakiyah2000@pahang.uitm.edu.my, norazizah872@pahang.uitm.edu.my,
hajarmd@pahang.uitm.edu.my

More Related Content

What's hot

Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...Arifah Nur Zul
 
Maheswary rasalingam m20131001105
Maheswary rasalingam m20131001105Maheswary rasalingam m20131001105
Maheswary rasalingam m20131001105gokulmahes
 
Tugasan 1 jurnal
Tugasan 1 jurnal Tugasan 1 jurnal
Tugasan 1 jurnal shila siti
 
8 kamarul-1-psp-full edit
8 kamarul-1-psp-full edit8 kamarul-1-psp-full edit
8 kamarul-1-psp-full editEx Mave
 
Pengaruh Asas Ilmu Fizik Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Bagi Kursus Sai...
Pengaruh Asas Ilmu Fizik Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Bagi Kursus Sai...Pengaruh Asas Ilmu Fizik Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Bagi Kursus Sai...
Pengaruh Asas Ilmu Fizik Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Bagi Kursus Sai...Noormala Abdullah
 
Tugasan 1 ulasan jurnal (mohd harman md rodzi)
Tugasan 1 ulasan jurnal (mohd harman md rodzi)Tugasan 1 ulasan jurnal (mohd harman md rodzi)
Tugasan 1 ulasan jurnal (mohd harman md rodzi)mohdharmanmdrodzi
 
Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105
Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105
Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105maheswary2402
 
Seminar 1 penulisan latest
Seminar 1 penulisan latestSeminar 1 penulisan latest
Seminar 1 penulisan latestHairul Lokman
 
Keberkesanan Penggunaan Komputer
Keberkesanan Penggunaan Komputer Keberkesanan Penggunaan Komputer
Keberkesanan Penggunaan Komputer Zakaria Mohamed
 
Power point ulasan jurnal
Power point ulasan jurnalPower point ulasan jurnal
Power point ulasan jurnalAzyzah Tahrim
 
Amalan pentaksiran bilik darjah.
Amalan pentaksiran bilik darjah.Amalan pentaksiran bilik darjah.
Amalan pentaksiran bilik darjah.EytaYusak77
 
Tugasan3.kpt6044
Tugasan3.kpt6044Tugasan3.kpt6044
Tugasan3.kpt6044Wana Irwana
 
Kesediaan pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learning
Kesediaan  pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learningKesediaan  pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learning
Kesediaan pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learningcombi07
 
Pwrpoint kpt 6044(M20132001817)
Pwrpoint kpt 6044(M20132001817)Pwrpoint kpt 6044(M20132001817)
Pwrpoint kpt 6044(M20132001817)Wan Mas
 

What's hot (20)

Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
 
Bab 4
Bab 4Bab 4
Bab 4
 
Maheswary rasalingam m20131001105
Maheswary rasalingam m20131001105Maheswary rasalingam m20131001105
Maheswary rasalingam m20131001105
 
Tugasan 1 jurnal
Tugasan 1 jurnal Tugasan 1 jurnal
Tugasan 1 jurnal
 
Proceeding Seminar Pedagogik ke 6
Proceeding Seminar Pedagogik ke 6Proceeding Seminar Pedagogik ke 6
Proceeding Seminar Pedagogik ke 6
 
8 kamarul-1-psp-full edit
8 kamarul-1-psp-full edit8 kamarul-1-psp-full edit
8 kamarul-1-psp-full edit
 
Pengaruh Asas Ilmu Fizik Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Bagi Kursus Sai...
Pengaruh Asas Ilmu Fizik Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Bagi Kursus Sai...Pengaruh Asas Ilmu Fizik Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Bagi Kursus Sai...
Pengaruh Asas Ilmu Fizik Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Bagi Kursus Sai...
 
Tugasan 1 ulasan jurnal (mohd harman md rodzi)
Tugasan 1 ulasan jurnal (mohd harman md rodzi)Tugasan 1 ulasan jurnal (mohd harman md rodzi)
Tugasan 1 ulasan jurnal (mohd harman md rodzi)
 
Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105
Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105
Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105
 
2 perubahan kurikulum 2
2 perubahan kurikulum 22 perubahan kurikulum 2
2 perubahan kurikulum 2
 
691 1344-1-sm (2)
691 1344-1-sm (2)691 1344-1-sm (2)
691 1344-1-sm (2)
 
Seminar 1 penulisan latest
Seminar 1 penulisan latestSeminar 1 penulisan latest
Seminar 1 penulisan latest
 
Keberkesanan Penggunaan Komputer
Keberkesanan Penggunaan Komputer Keberkesanan Penggunaan Komputer
Keberkesanan Penggunaan Komputer
 
Power point ulasan jurnal
Power point ulasan jurnalPower point ulasan jurnal
Power point ulasan jurnal
 
Amalan pentaksiran bilik darjah.
Amalan pentaksiran bilik darjah.Amalan pentaksiran bilik darjah.
Amalan pentaksiran bilik darjah.
 
TUGASAN 1 KRITIK JURNAL
TUGASAN 1 KRITIK JURNALTUGASAN 1 KRITIK JURNAL
TUGASAN 1 KRITIK JURNAL
 
Tugasan3.kpt6044
Tugasan3.kpt6044Tugasan3.kpt6044
Tugasan3.kpt6044
 
Kesediaan pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learning
Kesediaan  pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learningKesediaan  pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learning
Kesediaan pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learning
 
Pwrpoint kpt 6044(M20132001817)
Pwrpoint kpt 6044(M20132001817)Pwrpoint kpt 6044(M20132001817)
Pwrpoint kpt 6044(M20132001817)
 

Viewers also liked

Perbezaan Individu
Perbezaan IndividuPerbezaan Individu
Perbezaan IndividuAzizi Ahmad
 
Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantina
Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantinaJurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantina
Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantinaMuhammad Affrini Azim Zahari
 
Teknik analisis data kuantitatif dan kualitatif
Teknik analisis data kuantitatif dan kualitatifTeknik analisis data kuantitatif dan kualitatif
Teknik analisis data kuantitatif dan kualitatifNastiti Rahajeng
 
Designing Teams for Emerging Challenges
Designing Teams for Emerging ChallengesDesigning Teams for Emerging Challenges
Designing Teams for Emerging ChallengesAaron Irizarry
 
Visual Design with Data
Visual Design with DataVisual Design with Data
Visual Design with DataSeth Familian
 
3 Things Every Sales Team Needs to Be Thinking About in 2017
3 Things Every Sales Team Needs to Be Thinking About in 20173 Things Every Sales Team Needs to Be Thinking About in 2017
3 Things Every Sales Team Needs to Be Thinking About in 2017Drift
 
How to Become a Thought Leader in Your Niche
How to Become a Thought Leader in Your NicheHow to Become a Thought Leader in Your Niche
How to Become a Thought Leader in Your NicheLeslie Samuel
 

Viewers also liked (9)

Perbezaan pencapaian matematik lelaki dan perempuan
Perbezaan pencapaian matematik lelaki dan perempuanPerbezaan pencapaian matematik lelaki dan perempuan
Perbezaan pencapaian matematik lelaki dan perempuan
 
Perbezaan Individu
Perbezaan IndividuPerbezaan Individu
Perbezaan Individu
 
10 analisis data dengan statistik
10 analisis data dengan statistik10 analisis data dengan statistik
10 analisis data dengan statistik
 
Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantina
Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantinaJurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantina
Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantina
 
Teknik analisis data kuantitatif dan kualitatif
Teknik analisis data kuantitatif dan kualitatifTeknik analisis data kuantitatif dan kualitatif
Teknik analisis data kuantitatif dan kualitatif
 
Designing Teams for Emerging Challenges
Designing Teams for Emerging ChallengesDesigning Teams for Emerging Challenges
Designing Teams for Emerging Challenges
 
Visual Design with Data
Visual Design with DataVisual Design with Data
Visual Design with Data
 
3 Things Every Sales Team Needs to Be Thinking About in 2017
3 Things Every Sales Team Needs to Be Thinking About in 20173 Things Every Sales Team Needs to Be Thinking About in 2017
3 Things Every Sales Team Needs to Be Thinking About in 2017
 
How to Become a Thought Leader in Your Niche
How to Become a Thought Leader in Your NicheHow to Become a Thought Leader in Your Niche
How to Become a Thought Leader in Your Niche
 

Similar to Analisis kuantitatif

Kajian tindakan maths darab silang
Kajian tindakan maths darab silangKajian tindakan maths darab silang
Kajian tindakan maths darab silangNurul Syuhada
 
Tugasan 1 Ulasan Jurnal M20132001995
Tugasan  1 Ulasan Jurnal M20132001995Tugasan  1 Ulasan Jurnal M20132001995
Tugasan 1 Ulasan Jurnal M20132001995Sandhrigah Krishnan
 
Tugasan 1 Ulasan Jurnal M20132001995
Tugasan  1 Ulasan Jurnal M20132001995Tugasan  1 Ulasan Jurnal M20132001995
Tugasan 1 Ulasan Jurnal M20132001995Sandhrigah Krishnan
 
Tugasan 1 Ulasan Jurnal M20132001995
Tugasan  1 Ulasan Jurnal M20132001995Tugasan  1 Ulasan Jurnal M20132001995
Tugasan 1 Ulasan Jurnal M20132001995Sandhrigah Krishnan
 
Tugasan 1 Ulasan Jurnal M20132001995
Tugasan  1 Ulasan Jurnal M20132001995Tugasan  1 Ulasan Jurnal M20132001995
Tugasan 1 Ulasan Jurnal M20132001995Sandhrigah Krishnan
 
Tugasan 1
Tugasan 1Tugasan 1
Tugasan 1byin85
 
Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010byin85
 
Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil Teknologi Elektrik : Dari...
Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil  Teknologi Elektrik : Dari...Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil  Teknologi Elektrik : Dari...
Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil Teknologi Elektrik : Dari...Zaharah Alang Ahmad
 
Kemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yi
Kemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yiKemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yi
Kemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yiZarah Ahmad
 
TUGASAN 1 (KPT6044) : Ulasan Jurnal
TUGASAN 1 (KPT6044) : Ulasan JurnalTUGASAN 1 (KPT6044) : Ulasan Jurnal
TUGASAN 1 (KPT6044) : Ulasan Jurnalzulizarohayu
 
Ulasan jurnal kpt 6044 (tugasan 1)
Ulasan jurnal kpt 6044 (tugasan 1)Ulasan jurnal kpt 6044 (tugasan 1)
Ulasan jurnal kpt 6044 (tugasan 1)Shangeetha385
 
Pembelajaran berasaskan elektronik dan web final
Pembelajaran berasaskan elektronik dan web finalPembelajaran berasaskan elektronik dan web final
Pembelajaran berasaskan elektronik dan web finalhelidzia
 
Ulasan jurnal m20132001996-roslyza md salleh
Ulasan jurnal m20132001996-roslyza md sallehUlasan jurnal m20132001996-roslyza md salleh
Ulasan jurnal m20132001996-roslyza md sallehlyza_ms
 
Cth komen jurnal e pembelajaran
Cth komen jurnal e pembelajaranCth komen jurnal e pembelajaran
Cth komen jurnal e pembelajaranShamsuri Sham
 
Tugasan 1 ULASAN JURNAL M20132001995
Tugasan 1 ULASAN JURNAL M20132001995Tugasan 1 ULASAN JURNAL M20132001995
Tugasan 1 ULASAN JURNAL M20132001995Sandhrigah Krishnan
 

Similar to Analisis kuantitatif (20)

Contoh abstrak
Contoh abstrakContoh abstrak
Contoh abstrak
 
Ppt web 27032015
Ppt web  27032015Ppt web  27032015
Ppt web 27032015
 
Kajian tindakan maths darab silang
Kajian tindakan maths darab silangKajian tindakan maths darab silang
Kajian tindakan maths darab silang
 
Kajian 1
Kajian 1Kajian 1
Kajian 1
 
Tugasan 1 Ulasan Jurnal M20132001995
Tugasan  1 Ulasan Jurnal M20132001995Tugasan  1 Ulasan Jurnal M20132001995
Tugasan 1 Ulasan Jurnal M20132001995
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Tugasan 1 Ulasan Jurnal M20132001995
Tugasan  1 Ulasan Jurnal M20132001995Tugasan  1 Ulasan Jurnal M20132001995
Tugasan 1 Ulasan Jurnal M20132001995
 
Tugasan 1 Ulasan Jurnal M20132001995
Tugasan  1 Ulasan Jurnal M20132001995Tugasan  1 Ulasan Jurnal M20132001995
Tugasan 1 Ulasan Jurnal M20132001995
 
Tugasan 1 Ulasan Jurnal M20132001995
Tugasan  1 Ulasan Jurnal M20132001995Tugasan  1 Ulasan Jurnal M20132001995
Tugasan 1 Ulasan Jurnal M20132001995
 
Tugasan 1
Tugasan 1Tugasan 1
Tugasan 1
 
Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010
 
Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil Teknologi Elektrik : Dari...
Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil  Teknologi Elektrik : Dari...Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil  Teknologi Elektrik : Dari...
Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil Teknologi Elektrik : Dari...
 
Kemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yi
Kemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yiKemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yi
Kemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yi
 
TUGASAN 1 (KPT6044) : Ulasan Jurnal
TUGASAN 1 (KPT6044) : Ulasan JurnalTUGASAN 1 (KPT6044) : Ulasan Jurnal
TUGASAN 1 (KPT6044) : Ulasan Jurnal
 
Ulasan jurnal kpt 6044 (tugasan 1)
Ulasan jurnal kpt 6044 (tugasan 1)Ulasan jurnal kpt 6044 (tugasan 1)
Ulasan jurnal kpt 6044 (tugasan 1)
 
Pembelajaran berasaskan elektronik dan web final
Pembelajaran berasaskan elektronik dan web finalPembelajaran berasaskan elektronik dan web final
Pembelajaran berasaskan elektronik dan web final
 
Analisis Jurnal
Analisis JurnalAnalisis Jurnal
Analisis Jurnal
 
Ulasan jurnal m20132001996-roslyza md salleh
Ulasan jurnal m20132001996-roslyza md sallehUlasan jurnal m20132001996-roslyza md salleh
Ulasan jurnal m20132001996-roslyza md salleh
 
Cth komen jurnal e pembelajaran
Cth komen jurnal e pembelajaranCth komen jurnal e pembelajaran
Cth komen jurnal e pembelajaran
 
Tugasan 1 ULASAN JURNAL M20132001995
Tugasan 1 ULASAN JURNAL M20132001995Tugasan 1 ULASAN JURNAL M20132001995
Tugasan 1 ULASAN JURNAL M20132001995
 

Analisis kuantitatif

  • 1. N A Z I R A H R A M L I E T A L . 1 3 7 Hubungan Ujian Diagnostik dan Tahap Pencapaian Subjek Matematik di kalangan Pelajar Diploma Sains Komputer UiTM Pahang Nazirah Ramli Salimah Ahmad Zakiyah Omar Nor Azizah M. Yacob Hajar Mohamed ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara ujian diagnostik dan tahap pencapaian pelajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang dalam subjek matematik. Seramai 43 orang pelajar baru dari kursus Diploma Sains Komputer telah menduduki ujian diagnostik subjek matematik semasa Minggu Suaikenal pada bulan Jun 2004. Keputusan ujian diagnostik dibandingkan dengan tahap pencapaian pelajar dalam subjek matematik dari semester satu hingga semester empat. Kata Kunci : Ujian diagnostik, subjek matematik, tahap pencapaian Pengenalan Matematik merupakan suatu cabang ilmu yang luas meliputi pengajian berkaitan dengan nombor, bentuk, susunan, kuantiti, koordinat, ruang, struktur, rangkaian, corak, model, set, fungsi, sukatan, pengukuran, perbandingan, persamaan, penyelesaian masalah dan pelbagai konsep yang berkaitan dengannya dan berhubung antaranya (Rokiah 2005). Matematik juga merupakan suatu bidang ilmu yang bersifat dinamik dan berperanan sebagai pemangkin dalam perkembangan ilmu sains dan teknologi. Justeru itu, pelbagai tanggapan tentang matematik telah diberikan oleh sarjana Islam dan Barat. Al-Farabi (870-950) menganggap matematik sebagai satu bidang ilmu yang penting dan merangkumi tujuh subbidang iaitu aritmetik, astronomi, geometri, optik, muzik, mekanik dan kejuruteraan. Al-Kindi (801-873) dan ibn- Sina (980-1038) menganggap matematik sebagai ilmu ‘perantaraan’ untuk membantu manusia memahami ilmu tabii dan ilmu ketuhanan. Al-Ghazali (1058-1111) pula menganggap ilmu hisab sebagai satu bidang ilmu yang terpuji. Ahli sarjana Barat, Friedrich Gauss menganggap matematik sebagai raja sains, Tobias Dantzig menganggapnya sebagai bahasa sains dan George Cantor pula menganggap bahawa intisari matematik ialah kebebasan. Terdapat pelbagai tanggapan lain yang diberikan oleh sarjana Islam dan Barat kepada matematik yang membuktikan bahawa para sarjana Islam dan Barat telah meletakkan matematik sebagai suatu khazanah yang amat bernilai sejak dahulu sehingga sekarang. Namun begitu, khazanah yang amat bernilai ini seringkali dianggap sukar oleh ramai pihak. Di Universiti Teknologi MARA (UiTM), matematik merupakan matapelajaran teras bagi program di Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif. Kegagalan dalam kursus matematik merupakan salah satu sebab utama pelajar tidak dapat menamatkan pengajian dalam tempoh minima yang ditetapkan. Terdapat juga kes pelajar yang tidak dapat meneruskan pengajian kerana gagal matapelajaran matematik sebanyak tiga kali. Lantaran itu, adalah penting untuk mengetahui tahap kefahaman asas matematik yang ada pada pelajar baru agar tindakan susulan dapat diambil. Ujian diagnostik Ujian diagnostik merupakan ujian yang diberi kepada sekumpulan pelajar pada peringkat awal sebelum mereka memulakan sesuatu kursus. Keputusan ujian diagnostik boleh digunakan untuk meramal pencapaian pelajar-pelajar tersebut selepas mereka menjalani kursus selama satu atau beberapa semester. Selain daripada itu, ujian diagnostik juga merupakan satu alat untuk mengenalpasti topik yang sukar difahami oleh pelajar dan maklumat ini boleh digunakan oleh pelajar dan juga pengajar terlibat. Dengan memberi masa dan tumpuan yang lebih, kelemahan pelajar lebih mudah untuk diatasi. Maklumat-maklumat lain yang diperolehi daripada ujian ini juga boleh digunakan sebagai panduan untuk merangka modul yang berkaitan. Siti Rahayu et al. (2004) telah menjalankan ujian diagnostik kepada 156 orang responden tahun pertama untuk program Matematik dan Ekonomi dan program Pendidikan Matematik di Universiti Malaysia Sabah. Hasil kajiannya mendapati bahawa responden dari program Matematik dan Ekonomi mendapat purata markah ujian yang lebih tinggi berbanding program Pendidikan Matematik. Pencapaian ujian diagnostik antara jantina tidak menunjukkan perbezaan markah yang bererti. Namun begitu, terdapat perbezaan markah yang bererti antara kaum. Kaum Melayu dan lain-
  • 2. N A Z I R A H R A M L I E T A L . 1 3 8 lain kaum terdiri dari kumpulan yang sama, manakala kaum Cina dan India adalah dalam kumpulan kedua dengan purata markah kumpulan kedua lebih tinggi daripada kumpulan pertama. Hamidah et al. (2005) pula telah menjalankan Ujian Kemahiran Asas Matematik (UKAM) untuk menilai keupayaan asas matematik kepada pelajar Diploma Sains Kuantitatif di UiTM Shah Alam. Hasil kajiannya menunjukkan bahawa hubungan UKAM dengan gred untuk Matematik Moden dan Matematik Tambahan adalah lemah. Walau bagaimanapun, kajiannya menunjukkan korelasi antara gred Matematik Tambahan dengan UKAM adalah lebih kuat berbanding korelasi antara gred Matematik Moden dan UKAM. Selain daripada itu, kajiannya juga mendapati bahawa pencapaian dalam Matematik Tambahan memberi jangkaan yang lebih tepat di dalam UKAM. Abal Abas dan Abd Rahman (2006) membincangkan tentang hubungan pencapaian Matematik dengan mata pelajaran pemprograman di kalangan pelajar tahun pertama bidang ICT di Kolej Universiti Teknologi Kejuruteraan Malaysia (KUTKM). Kajian mereka terhadap 220 pelajar mendapati bahawa purata pencapaian pelajar untuk kedua- dua matapelajaran hampir sama dan terdapat hubungan linear antara kedua-dua mata pelajaran tersebut. Hudson dan Liberman (1982) dalam kajiannya menyatakan bahawa ujian pra kursus bagi kemahiran aljabar mempunyai korelasi dengan prestasi dalam kursus pengenalan fizik yang berasaskan aljabar. Kajian mereka juga mendapati bahawa kombinasi antara kemahiran matematik sebelum kursus dan kemahiran berfikir secara abstrak menerangkan 25% dari varians pencapaian fizik dalam peperiksaan akhir. Meltzer (2002)pula menyatakan kemahiran aljabar pelajar mempunyai hubungkait dengan kebolehan memahami konsep fizik dan seterusnya meningkatkan pencapaian dalam subjek tersebut. Selain daripada itu, dalam kajian Hudson dan McIntire (1977) dan Griffith (1985) didapati bahawa taakulan secara formal dan pengetahuan matematik mempunyai korelasi dengan ukuran prestasi kursus pengenalan fizik. Kajian ini dijalankan ke atas 43 orang pelajar baru kursus Diploma Sains Komputer kemasukan semester Jun 2004. Tujuan kajian ini ialah untuk melihat hubungan antara ujian diagnostik dengan prestasi pencapaian pelajar dalam kursus matematik pada semester satu, dua, tiga dan empat. Bahan dan Kaedah Kajian ini menggunakan dua kaedah soal selidik iaitu borang soal selidik latar belakang responden dan ujian diagnostik. Borang soal selidik mengandungi 9 soalan yang perlu diisi oleh responden iaitu jantina, umur, bangsa, nombor kad pelajar, program yang diambil di UiTM, negeri dan tempat pendidikan menengah, keputusan peperiksaan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) bagi matapelajaran Matematik Moden dan Matematik Tambahan serta program atau institusi terakhir yang diikuti. Ujian diagnostik mengandungi dua bahagian A dan B. Bahagian A terdiri daripada 20 soalan objektif yang merangkumi topik algebra, trigonometri, geometri dan kalkulus manakala bahagian B terdiri daripada tiga soalan subjektif yang dibentuk untuk menguji pemikiran logik dan analitik pelajar. Kesemua topik dalam kedua-dua bahagian soalan ini adalah berdasarkan sukatan mata pelajaran Matematik Moden dan Matematik Tambahan di peringkat SPM. Keputusan mata pelajaran matematik dari semester satu hingga empat setiap responden diperolehi daripada Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Pahang. Seterusnya data dianalisa menggunakan perisian SPSS. Jadual 1: Kod Matematik mengikut Semester Keputusan Analisis Borang Soal Selidik Daripada 43 orang pelajar yang menduduki ujian diagnostik, hampir 49% merupakan pelajar lelaki dan 51% merupakan pelajar perempuan. Berdasarkan taburan mengikut tempat pendidikan sekolah menengah, hampir 60% responden mendapat pendidikan sekolah menengah dari kawasan bandar dan bakinya 40% dari kawasan luar bandar. Semester Kod Matematik 1 MAT 210 2 MAT 105 3 MAT 149 4 MAT 199 Semester Kod Matematik 1 MAT 210 2 MAT 105 3 MAT 149 4 MAT 199
  • 3. N A Z I R A H R A M L I E T A L . 1 3 9 Jadual 2: Pecahan Responden Mengikut Jantina dan Tempat Pendidikan Jadual 3: Peratus Pencapaian Matematik SPM Mengikut Kategori Pencapaian Matematik Moden menunjukkan majoriti pelajar (98%) berada pada tahap cemerlang. Seramai 42 pelajar mendapat A1 dan A2 manakala hanya satu pelajar (2%) dalam kategori B3 – C5. Tiada pelajar dalam kategori lemah. Bagi matapelajaran Matematik Tambahan, purata keseluruhan pencapaian pelajar berada dalam kategori sederhana (C5). Walau bagaimanapun, terdapat lima pelajar (12%) dalam kategori cemerlang. Majoriti pelajar (74%) berada pada tahap sederhana dan terdapat enam pelajar (14%) dalam kategori lemah yang kesemuanya adalah pelajar lelaki. Hasil analisis ujian t juga membuktikan tidak terdapat perbezaan signifikan antara pelajar perempuan dan lelaki dalam matapelajaran Matematik Moden dan Matematik Tambahan. Analisis Ujian Diagnostik. Markah purata bagi sampel 43 orang pelajar yang menduduki ujian diagnostik ialah 48.41 dengan purata markah 44.13 bagi pelajar lelaki dan 52.5 bagi pelajar perempuan. Hasil dari ujian t yang dijalankan, terdapat perbezaan purata markah yang signifikan di antara pelajar lelaki dan perempuan pada aras keertian 0.05 (Jadual 4). Namun begitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara purata markah pelajar bandar dan luar bandar pada aras keertian yang sama dengan purata markah 46.15 bagi pelajar dari kawasan bandar dan 51.86 bagi pelajar luarbandar (Jadual 4). Latar belakang Jantina Lelaki Perempuan 48.8% (21) 51.2% (22) Tempat Pendidikan Menengah Bandar Luar Bandar 60.5% (26) 39.5% (17) Kategori Subjek Kumpulan Gred Purata Kategori Cemerlang Sederhana Lemah Matematik Moden Keseluruhan A1 (1A-2A) 97.7% (42) (3B-5C) 2.3% (1) (6C-9F) 0% (0) Lelaki A1 20 1 0 Perempuan A1 22 0 0 Keseluruhan C5 (1A-3B) 11.6% (5) (4B-6C) 74.4% (32) (7D-9F) 14% (6) Lelaki C5 2 13 6 Perempuan C5 3 19 0 Matematik Tambahan Latar belakang Jantina Lelaki Perempuan 48.8% (21) 51.2% (22) Tempat Pendidikan Menengah Bandar Luar Bandar 60.5% (26) 39.5% (17) Kategori
  • 4. N A Z I R A H R A M L I E T A L . 1 4 0 Jadual 4: Ujian t terhadap Faktor Jantina dan Kawasan Darjah kebebasan = 41; Aras keertian = 0.05 Analisis Keputusan Peperiksaan Subjek Matematik di UiTM Berdasarkan purata gred yang diperolehi pelajar di dalam Jadual 5, untuk kod MAT 210, MAT 105 dan MAT 149 didapati bahawa prestasi pelajar perempuan lebih cenderung untuk mendapat keputusan yang lebih baik berbanding pelajar lelaki. Namun begitu, untuk kod MAT 199 prestasi pelajar perempuan dan lelaki adalah sama. Jadual 5: Ujian t terhadap Faktor Jantina dan Keputusan Peperiksaan Matematik Peringkat UiTM Aras keertian = 0.05 Ujian t telah dijalankan terhadap faktor jantina dan setiap keputusan matematik secara khusus. Hasil ujian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan antara prestasi pelajar lelaki dan perempuan untuk setiap kod yang ditawarkan pada aras keertian 0.05 (Jadual 5). Analisis Korelasi antara Ujian Diagnostik dan Subjek Matematik Ujian korelasi seterusnya telah dijalankan bagi menentukan hubungkait antara markah ujian diagnostik dan keputusan matematik peringkat sekolah dan peringkat UiTM. Jadual 6: Nilai Pekali Korelasi Pearson di antara Markah Ujian Diagnostik dan Keputusan Peperiksaan Peringkat Sekolah **Aras keertian = 0.01 Hasil dari ujian ini, hanya terdapat hubungan yang signifikan di antara markah ujian diagnostik dan keputusan Faktor Bil. pelajar Purata Markah (100%) Sisihan piawai Nilai t Sig Lelaki 21 44.13 16.04 -2.022 0.0497 Perempuan 22 52.50 10.70 Bandar 26 46.15 13.37 -1.313 Luarbandar 17 51.86 14.79 0.1966 Faktor Bil. pelajar Purata / Gred Ang- garan Sisihan piawai Nilai t Sig MAT210 Lelaki 21 4.86 / B 2.15 1.652 0.106 Perempuan 22 3.95 / B+ 1.36 MAT105 Lelaki 21 6.10 / B- 3.11 1.264 0.213 Perempuan 21 5.14 / B 1.49 MAT149 Lelaki 19 6.53 / C+ 3.53 1.407 0.168 Perempuan 20 5.25 / B 1.94 MAT199 Lelaki 18 6.30 / B- 2.59 -0.024 Perempuan 18 6.33 / B- 3.09 0.981 Matematik Moden Matematik Tambahan Markah Ujian Diagnostik 0.435** 0.283 Faktor Bil. pelajar Purata / Gred Ang- garan Sisihan piawai Nilai t Sig MAT210 Lelaki 21 4.86 / B 2.15 1.652 0.106 Perempuan 22 3.95 / B+ 1.36 MAT105 Lelaki 21 6.10 / B- 3.11 1.264 0.213 Perempuan 21 5.14 / B 1.49 MAT149 Lelaki 19 6.53 / C+ 3.53 1.407 0.168 Perempuan 20 5.25 / B 1.94 MAT199 Lelaki 18 6.30 / B- 2.59 -0.024 Perempuan 18 6.33 / B- 3.09 0.981 Faktor Bil. pelajar Purata Markah (100%) Sisihan piawai Nilai t Sig Lelaki 21 44.13 16.04 -2.022 0.0497 Perempuan 22 52.50 10.70 Bandar 26 46.15 13.37 -1.313 Luarbandar 17 51.86 14.79 0.1966
  • 5. N A Z I R A H R A M L I E T A L . 1 4 1 peperiksaan Matematik Moden pada aras keertian 0.01 (Jadual 6). Jadual 7: Nilai Pekali Korelasi Pearson di antara Markah Ujian Diagnostik dan Keputusan Peperiksaan Matematik Peringkat UiTM **Aras keertian = 0.01; *Aras keertian = 0.05 Secara khusus hubungan antara markah ujian diagnostik dan keputusan matematik di peringkat UiTM ditunjukkan di dalam Jadual 7. Terdapat hubungan yang signifikan antara markah ujian diagnostik dengan kod-kod yang matematik yang ditawarkan bermula semester pertama hingga ketiga. Jadual 8 pula menunjukkan hasil analisis terhadap keputusan peperiksaan matematik peringkat sekolah dan keputusan peperiksaan matematik peringkat UiTM. Hasil dari ujian korelasi ini, hanya terdapat hubungan yang signifikan antara keputusan Matematik Moden dengan kod-kod MAT105 dan MAT149. Jadual 8: Nilai Pekali Korelasi Spearman di antara Keputusan Peperiksaan Matematik Peringkat Sekolah dan Keputusan Peperiksaan Matematik Peringkat UiTM *Aras keertian = 0.01; *Aras keertian = 0.05 Perbincangan dan Kesimpulan Hasil analisis dalam kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan purata markah ujian diagnostik yang signifikan di antara pelajar lelaki dan perempuan. Pelajar perempuan didapati menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam ujian diagnostik tersebut. Namun begitu, untuk keputusan peperiksaan matematik di peringkat UiTM, tiada perbezaan yang ketara antara pencapaian pelajar lelaki dan perempuan. Kajian ini juga mendapati bahawa, tiada perbezaan yang signifikan di antara purata markah ujian diagnostik pelajar bandar dan luar bandar. Ini bermaksud pelajar yang bersekolah di bandar atau di luar bandar tidak menunjukkan perbezaan prestasi. Dapatan ini merupakan suatu perkembangan yang baik dalam usaha Kementerian Pendidikan untuk mengurangkan jurang pendidikan antara pelajar bandar dan luar bandar. Dalam kajian ini juga didapati wujud hubungan yang signifikan di antara markah ujian diagnostik dengan kod- kod matematik yang ditawarkan pada semester pertama, kedua dan ketiga, tetapi tiada hubungan yang signifikan antara markah ujian diagnostik dan kod matematik pada semester empat. Berdasarkan keputusan ini penyelidik berpendapat bahawa terdapat jurang antara kod kursus yang ditawarkan pada semester 1,2,3 dan semester 4. Analisa keputusan peperiksaan akhir juga mendapati pelajar-pelajar semester 4, Diploma Sains Komputer kurang menunjukkan prestasi cemerlang dalam kod MAT 199. Bagi merapatkan jurang perbezaan ini, penyelidik mencadangkan agar diwujudkan satu kod matematik yang lebih rendah darjah kesukarannya berbanding MAT199. Pihak fakulti yang bertanggungjawab dalam penggubalan silibus perlu mengambilkira pelbagai aspek dalam menangani masalah ini. Selain daripada itu, didapati wujud hubungan yang signifikan di antara markah ujian diagnostik dengan keputusan peperiksaan di peringkat UiTM. Ini menunjukkan pelajar yang menunjukkan prestasi yang baik dalam ujian dignostik juga menunjukkan prestasi yang baik dalam subjek-subjek lain seterusnya menyumbang dalam pengiraan CGPA. Terdapat dua orang pelajar yang mendapat markah terendah (kurang dari 20%) dalam ujian diagnostik dan mereka ini gagal lebih daripada satu kali dalam subjek MAT 105 (algebra). Bagi tiga pelajar yang mendapat markah rendah (kurang dari 30%), seorang daripadanya gagal MAT 210 dan MAT 105, seorang gagal MAT 105 dan seorang gagal MAT 149. Adalah dijangkakan kesemua lima pelajar yang dalam kedua-dua kategori ini (rendah dan terendah) akan mengalami masalah dalam MAT 199 apabila kelak mereka mengambil subjek tersebut. MAT 210 MAT 105 MAT 149 MAT 199 Markah Ujian Diagnostik 0.423** 0.521** 0.394* 0.160 MAT210 MAT105 MAT149 MAT199 Matematik Moden 0.121 0.419** 0.384* 0.284 Matematik Tambahan 0.266 0.298 0.215 0.030 MAT 210 MAT 105 MAT 149 MAT 199 Markah Ujian Diagnostik 0.423** 0.521** 0.394* 0.160
  • 6. N A Z I R A H R A M L I E T A L . 1 4 2 Oleh itu, berdasarkan keputusan kajian ini, adalah perlu ujian diagnostik diadakan pada awal semester agar pemantauan pelajar lemah dapat dilakukan. Selain daripada itu, juga dicadangkan bagi pelajar yang telah dikenalpasti lemah dan sederhana melalui ujian diagnostik, mereka ini ditempatkan dalam satu kumpulan yang berasingan dengan pelajar yang mendapat pencapaian cemerlang. Ini bagi membolehkan para pensyarah menggunakan pendekatan yang berbeza dalam pengajaran berdasarkan tahap prestasi pelajar. Melalui keputusan ujian diagnostik ini juga, para pembimbing mahasiswa boleh memantau dan mengambil inisiatif untuk memperbaiki pelajar di bawah jagaan mereka. Sesi ceramah atau bengkel ke arah kecemerlangan matematik juga perlu diadakan kepada pelajar yang telah dikenalpasti lemah. Jika usaha-usaha murni dapat dilakukan lebih awal terhadap pelajar yang lemah ini, adalah dijangkakan kadar kegagalan dalam subjek matematik akan berkurangan dan sekaligus kebarangkalian mereka akan tamat dalam jangka waktu yang ditetapkan adalah tinggi. Rujukan Abal Abas, Z. & Abd Rahman, A.F.N. (2006). The Importance of Mathematics in Computer Science. Proceedings of The National Seminar on Science, Technology and Social Sciences (STSS), 1:143-149. Kuantan, Pahang. Griffith, W.T. (1985). Factors Affecting Performance in Introduction Physics Courses. American Journal of Physics , 53: 839-842. Hamidah M., Nor Maizan A.A & Nadzrah Y. (2005). Pencapaian Pelajar Diploma dalam Ujian Kemahiran Asas Matematik dan Hubungannya dengan Gred Matematik SPM. Prosiding Seminar Matematik. Pusat Pengajian Matematik, UiTM Shah Alam. Hudson, H.T. & McIntire, W. R. (1977).Correlation between Mathematical Skills and Success in Physics. American Journal of Physics, 45: 470-471. Hudson, H.T. & Liberman, D. (1982). The Combined Effect of Mathematics Skills and Formal Operational Reasoning on Student Performance in the General Physics Course. American Journal of Physics, 50: 1117- 1119. Lee, S. & Robinson, C.L. (2004). Diagnostic Testing in Mathematics: Paired Questions. Oxford Journal , 24: 154- 166. Meltzer, D. E. (2002). The Relationship between Mathematics Preparation and Conceptual Learning Gains in Physics: A possible “Hidden Variable” in Diagnostic Pretest Scores. American Journal of Physics , 70: 1259- 1268. Rokiah, E. (2005). Matematik, Milik Siapa?. Prosiding Seminar Matematik. Pusat Pengajian Matematik, UiTM Shah Alam. Siti Rahayu, M.H., Mun, H.C., Amran, A., Rozaini, R., Gabda, D. & Aini, J. (2004). Kajian Diagnostik Tahap Kefahaman Matematik di kalangan Pelajar Tahun Pertama Program Matematik UMS: Satu Kajian Kes. Prosiding Seminar Kebangsaan Sains Teknologi dan Sains Sosial (STSS),II: 61–67. Kuantan, Pahang. ______________________________________________________________________________________________ NAZIRAH RAMLI, SALIMAH AHMAD, ZAKIYAH OMAR, NOR AZIZAH M. YACOB & HAJAR MOHAMED, Unit Matematik Statistik, Universiti Teknologi MARA Pahang. nazirahr@pahang.uitm.edu.my, salimah@pahang.uitm.edu.my, zakiyah2000@pahang.uitm.edu.my, norazizah872@pahang.uitm.edu.my, hajarmd@pahang.uitm.edu.my