SlideShare a Scribd company logo
Tuntunan Karangan B KSSM 2021 Mohamad Nasir bin Ibrahim
1
TUNTUNAN PENULISAN KARANGAN BAHAGIAN B
1. Masa yang diperuntukkan ialah selama 90 minit ( 1 jam 30 minit)
2. Terdapat 4 soalan yang dikemukakan dan pelajar diminta memilih satu soalan sahaja.
3. Markah yang diperuntukkan sebanyak 70 markah.
4. IDEA KARANGAN BERDASARKAN SETIAP DOMAIN.
a. Domain Peribadi :
diri, remaja, belia, wanita, lelaki.
b. Domain Awam:
kerajaan, kementerian, pihak berkuasa, dasar-dasar kerajaan,media massa, undang-
undang.
c. Domain Pendidikan :
sekolah, kolej,universiti, guru, murid
d. Domain Kerjaya :
perniagaan dan usahawan,pertanian dan penternakan, perkhidmatan awam dan
swasta,seni ,saintis ,cef
5. Analisis Soalan .Setiap soalan akan ada satu stimulus atau penyataan bagi soalan.
Kemudian ada arahan soalan yang harus difahami dengan memberikan tumpuan pada 4
aspek utama (TeTuSaF) iaitu:
i. Tema (Te)
ii. Tugasan /Fokus soalan(Tu)
iii. Sasaran.(Sa)
iv. Format.(F)
6. Jumlah perenggan :
i. 4 perenggan untuk 2 Idea ( Pendahuluan, Idea, Penutup)
ii. 5 perenggan untuk 3 Idea ( Pendahuluan, Idea, Penutup)
Tuntunan Karangan B KSSM 2021 Mohamad Nasir bin Ibrahim
2
7. CADANGAN PENULISAN KARANGAN BAHAGIAN B
i. PILIHAN KARANGAN 2 IDEA
Nota :
i. Karangan menjawab tugasan.
ii. Cukup kehendak jumlah perkataan.(500 patah kata)
iii. Idea relevan mengikut tugasan atau fokus soalan. Contoh sesuai dan tepat serta
terkini.
iv. Pelbagai jenis ayat, kosa kata luas dan tepat, ejaan dan tanda baca betul, unsur bahasa
variasi dan ungkapan menarik.
v. Pengolahan sangat menarik dan berkesan , pemerengganan sesuai, Wacana lengkap
dan ada kesinambungan idea yang jelas antara perenggan, Laras bahasa sesuai
mengikut tugasan.( Kebolehan mengembangkan ayat sangat penting)
vi. Ada penegasan bagi setiap idea yang ditulis.
Kriteria minimum maksimum Agihan Masa
Analisis Soalan 5 minit
Pendahuluan 70 70 12 minit
Idea 1 175 180 30 minit
Idea 2 175 180 30 minit
Kesimpulan 70 70 13 minit
Jumlah patah kata 490 patah kata 500 patah kata 90 minit
Tuntunan Karangan B KSSM 2021 Mohamad Nasir bin Ibrahim
3
ii. PILIHAN KARANGAN 3 IDEA
KRITERIA MINIMUM
PATAH KATA
MAKSIMUM
PATAH KATA
AGIHAN
MASA
Analisis Soalan 5 minit
Pendahuluan 65 70 12 minit
Idea 1 115 120 20 minit
Idea 2 115 120 20 minit
Idea 3 115 120 20 minit
Kesimpulan 65 70 13 minit
Jumlah perkataan 475 patah kata 500 patah kata 90 minit
8. CADANGAN FOKUS atau TUGASAN SOALAN
(SeKeCaMTOCiP)
1. Se : sebab/ faktor / punca /
Kata fokus : kerana, disebabkan, tidak, kurang, gagal
2. Ke : kesan baik / kepentingan/faedah / manfaat/kelebihan
: kesan negatif/ implikasi buruk / impak buruk / akibat buruk
Kata fokus: supaya, untuk, bagi, akan, boleh, dapat, mampu
3. Ca : cara / langkah / usaha / kaedah / tindakan
Kata fokus: harus,perlu,mesti , wajar, hendaklah, patut, telah
4. M :masalah / kemelut / halangan / kekangan / rintangan
Kata fokus : Apakah masalah itu.
5. T :tugas/peranan /tanggungjawab/fungsi
Kata fokus: Apakah tugas itu.
6. O :Objektif/matlamat/tujuan/sasaran
Kata fokus : Apakah yang hendak dicapai
7. Ci :Ciri/sifat/kriteria
Kata fokus : Apakah ciri itu.
8. P :Persediaan/Keperluan /kesiapsiagaan
Kata fokus :memiliki/menguasai/mengetahui
Tuntunan Karangan B KSSM 2021 Mohamad Nasir bin Ibrahim
4
9. PENGOLAHAN MENGGUNAKAN KAEDAH IMBacKUP.
Idea (I) : Nyatakan Idea
Mengapakah (M) : Mengapakah idea itu boleh berlaku .
i. Pengolahan tentang sebab dan alasan idea itu.
ii. Pengolahan tentang kekuatan dan kelebihan idea.
Bagaimanakah (Ba) : Bagaimanakah idea itu boleh dilakukan.
i. Pengolahan tentang cara atau tindakan jika fokus atau tugasan tentang
cara, tugas, ciri, objektif, persediaan.
atau
ii. Pengolahan seterusnya daripada Mengapakah jika fokus atau tugasan
tentang sebab , kesan, masalah.
contoh (c) Contoh –contoh atau bukti -bukti releven dan terkini yang menerangkan
huraian bagaimanakah.
i. Ayat contoh boleh berdiri sendiri
atau
ii. Ayat digabungkan dengan Bagaimanakah.
Kesan (K) : Kesan kepada / daripada huraian Bagaimanakah dan huraian contoh.
Ungkapan
Menarik (U) : Peribahasa/ Cogan Kata : (Sesuaikan dengan pengolahan yang ditulis.)
Penegasan (P) :Kesimpulan kecil idea. (Gunakan penanda wacana penegasan)
Tuntunan Karangan B KSSM 2021 Mohamad Nasir bin Ibrahim
5
10. CONTOH PENGOLAHAN KARANGAN 2 IDEA
CONTOH SOALAN: DOMAIN AWAM
Masalah sosial dalam kalangan remaja yang berlaku pada hari ini berpunca daripada sikap
kurang prihatin ibu bapa, pengaruh rakan sebaya dan pengaruh media massa . Sekiranya
masalah ini tidak dikawal maka akan menyebabkan keharmonian sesuatu masyarakat itu akan
terjejas dan menjadi lebih parah.
(Sumber Internet)
Maklumat di atas menunjukkan masalah sosial yang berlaku kerana beberapa faktor.
Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan masalah sosial berlaku di negara ini.
CARA ANALISIS SOALAN (KAEDAH TETUSAF)
Tema : Masalah sosial
Tugasan : Faktor
Sasaran : Remaja , ibu bapa, rakan sebaya dan masyarakat
Format : Jelaskan
CADANGAN RANGKA PENDAHULUAN.
Kaedah TePenCoPeR
Te : Tema soalan
Pen : Penjelasan tema @ Isu Semasa
Co : Contoh @ Bukti
Pe : Persoalan @ Ungkapan Menarik
R : Respons Fokus
CONTOH RANGKA PENULISAN PENDAHULUAN
Te: Sering dilaporkan di media massa pada akhir-akhir ini.
Pen: Sudah berani untuk melakukan jenayah-jenayah berat
Co : Jenayah ragut, buli, merompak, dan membunuh .
Pe: Siapakah yang harus dipersalahkan apabila masalah ini terus berlaku?
U: Menjadi duri dalam daging
R :Faktor yang menyebabkan berlakunya masalah sosial ini akan dibincangkan
Tuntunan Karangan B KSSM 2021 Mohamad Nasir bin Ibrahim
6
CONTOH PENULISAN LENGKAP PENDAHULUAN
Remaja yang terlibat dengan masalah sosial(Te) sering dilaporkan di media massa pada
akhir-akhir ini. Golongan remaja sudah berani untuk melakukan jenayah-jenayah berat (Pen),
seperti jenayah ragut, buli, merompak, dan membunuh .(Co)Oleh sebab itu , siapakah yang
harus dipersalahkan apabila masalah ini terus berlaku? (Pe)Kita tidak mahu isu yang seakan-
akan tiada jalan penyelesaiannya ini terus menjadi duri dalam daging (UM)dan membarah
dalam masyarakat. Sesungguhnya, terdapat pelbagai faktor (R) yang menyebabkan
berlakunya masalah sosial ini akan dibincangkan . (70 patah perkataan)
CONTOH RANGKA PENGOLAHAN IDEA KAEDAH IMBacKUP.
I :Sikap kurang prihatin ibu bapa terhadap masalah keluarga.
M :Ibu bapa sibuk untuk mencari nafkah tambahan
Ba :Anak-anak terabai belaian kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya.
C :Gagal menguruskan masa antara tuntutan kerjaya atau tuntutan keluarga.
K : Melakukan salah laku jenayah, seperti mencuri dan merompak.
U :mencurah air ke daun keladi .
P : Sikap kurang cakna ibu bapa terhadap anak-anak akan mempercepat masalah sosial.
CONTOH PENGOLAHAN IDEA KAEDAH IMBacKUP.
Sebagai murid minda kelas pertama, saya berpandangan bahawa faktor utama
berlakunya masalah sosial dalam kalangan remaja ialah sikap kurang prihatin ibu bapa
terhadap masalah keluarga. (Idea) Hal ini terjadi kerana dalam keadaan pandemik Covid-19
ibu bapa sibuk untuk mencari nafkah tambahan dan yang lebih memilukan apabila ada antara
mereka yang telah diberhentikan kerja.(Mengapakah) Situasi ini telah menyebabkan ibu bapa
yang bekerja akan terdorong untuk mencari rezeki ataupun sesuap nasi bagi diri dan keluarga
sehinggakan anak-anak terabai belaian kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya.
(Bagaimanakah) Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memikirkan kerja untuk mengalas
perut akan menyebabkan mereka gagal untuk menguruskan masa antara tuntutan kerjaya
atau tuntutan keluarga.(contoh) Sebagai impaknya, keadaan ini akan menyebabkan anak-
anak akan mencari jalan penyelesaian sendiri dengan melakukan salah laku jenayah, seperti
mencuri dan merompak. (Kesan) Anak-anak tidak lagi mendengar nasihat daripada ibu bapa
mereka sehinggakan perbuatan mereka diibaratkan seperti mencurah air ke daun keladi
sahaja apabila sistem pengurusan hidup dalam keluarga sudah tiada.(Ungkapan Menarik)
Hakikatnya, saya beranggapan bahawa sikap kurang cakna ibu bapa terhadap anak-anak
akan mempercepat masalah sosial dalam kalangan anak-anak itu berlaku dan sukar untuk
ditangani oleh pihak yang bertanggungjawab. ( 180 patah perkataan)
Tuntunan Karangan B KSSM 2021 Mohamad Nasir bin Ibrahim
7
LATIHAN PENGOLAHAN IDEA KE-2
I : Pengaruh rakan sebaya yang negatif.
M:Mengharapkan kemewahan dan kesenangan
Ba: Bertindak di luar batas agama dan moral dengan mencuri bersama-sama .
c:Melakukan perbuatan buruk itu secara terang-terangan.
K: Tidak mahu mendengar nasihat dan mudah terikut-ikut dengan rakan sebaya .
Terdedah dengan kegiatan yang tidak berfaedah.
U: Remaja ini sanggup menconteng arang di muka sendiri
P:Remaja yang bersikap terlalu mempercayai rakan sebaya yang negatif .
Faktor seterusnya yang menyebabkan remaja terlibat dalam masalah sosial ialah
pengaruh rakan sebaya yang negatif. (Idea) Hal ini berlaku kerana remaja ketika usia setahun
jagung ini terlalu mengharapkan kemewahan dan kesenangan yang melampaui kemampuan
yang dimiliki. (Mengapakah) Oleh hal yang demikian, remaja ini akan bertindak di luar batas
agama dan moral dengan mencuri bersama-sama rakan mereka kerana keinginan mereka
untuk mendapat kekayaan dengan cara yang mudah . Tambahan pula, apa-apa sahaja yang
memberikan keseronokan kepada mereka akan dilakukan tanpa memikirkan impak negatifnya
sehinggakan ada yang sanggup melakukan perbuatan buruk itu secara terang-terangan.
(Bagaimanakah) Tindakan remaja yang tidak mahu mendengar nasihat dan mudah terikut-
ikut dengan rakan sebaya yang negatif ini akan menyebabkan mereka melakukan aktiviti
yang tidak bermoral .Seterusnya, golongan anak muda ini akan terdedah dengan kegiatan
yang tidak berfaedah, seperti pergaulan bebas, melepak di pusat beli-belah dan penagihan
dadah. (Kesan ). Remaja ini sanggup menconteng arang di muka sendiri semata-mata untuk
memuaskan nafsu serakah mereka dengan melakukan perbuatan yang tidak bermoral dan
mengaibkan diri sendiri dan keluarga. (Ungkapan Menarik) Tegasnya, remaja yang bersikap
terlalu mempercayai rakan sebaya yang negatif akan memudahkan remaja ini terlibat dalam
perbuatan yang salah di sisi undang-undang negara. (Penegasan) . (179 patah perkataan)
Tuntunan Karangan B KSSM 2021 Mohamad Nasir bin Ibrahim
8
PENULISAN KESIMPULAN KARANGAN (PCH)
P: Pandangan tentang tema : Guna penanda wacana Kesimpulan.
C: Cadangan tentang tema : Guna penanda wacana Bagaimanakah
H: Harapan/kesan daripada tema : Guna penanda wacana Penegasan.
o Boleh sisipkan peribahasa dan ayat tokoh.
CONTOH RANGKA PENULISAN KESIMPULAN
P: Menyebabkan kerosakan dan kehancuran kepada masyarakat dan negara
C: Bersama-sama bertanggungjawab bagai aur dengan tebing untuk menangani
H: Merealisasikan negara yang aman dan makmur
CONTOH PENULISAN LENGKAP KESIMPULAN
Sebagai tuntasnya , masalah sosial merupakan satu penyakit yang akan menyebabkan
kerosakan dan kehancuran kepada masyarakat dan negara jika tidak ditangani segera.
(Pandangan) Oleh yang demikian, semua pihak perlu bersama-sama bertanggungjawab
bagai aur dengan tebing untuk menangani masalah sosial ini daripada terus berlaku. Sikap
mementingkan diri haruslah dikikis dalam diri masyarakat . (Cadangan ) Pada umumnya,
rakyat yang bersatu padu dapat merealisasikan negara yang aman dan makmur untuk negara
Malaysia yang tercinta. (Harapan) ( 70 patah perkataan)
( 499 patah perkataan)
Tuntunan Karangan B KSSM 2021 Mohamad Nasir bin Ibrahim
9
11.CONTOH PENGOLAHAN KARANGAN PILIHAN 3 IDEA
CONTOH SOALAN: DOMAIN AWAM
Masalah sosial dalam kalangan remaja yang berlaku pada hari ini berpunca daripada sikap
kurang prihatin ibu bapa, pengaruh rakan sebaya , pengaruh media massa dan Sekiranya
masalah ini tidak dikawal maka akan menyebabkan keharmonian sesuatu masyarakat itu akan
terjejas dan menjadi lebih parah.
(Sumber Internet)
Maklumat di atas menunjukkan masalah sosial yang berlaku kerana beberapa faktor.
Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan masalah sosial berlaku di negara ini.
CARA ANALISIS SOALAN (KAEDAH TETUSAF)
Tema : Masalah sosial
Tugasan : Faktor
Sasaran : Remaja dan masyarakat
Format : Jelaskan
CADANGAN RANGKA PENDAHULUAN.
Kaedah TePenCoPeR
Te : Tema soalan
Pen : Penjelasan tema @ Isu Semasa
Co : Contoh @ Bukti
Pe : Persoalan @ Ungkapan Menarik
R : Respons Fokus
CONTOH RANGKA PENULISAN PENDAHULUAN
Te: Sering dilaporkan di media massa pada akhir-akhir ini.
Pen: Sudah berani untuk melakukan jenayah-jenayah berat
Co : Jenayah ragut, buli, merompak, dan membunuh .
Pe: Siapakah yang harus dipersalahkan apabila masalah ini terus berlaku?
(u)Menjadi duri dalam daging
R :Faktor yang menyebabkan berlakunya masalah sosial ini akan dibincangkan
Tuntunan Karangan B KSSM 2021 Mohamad Nasir bin Ibrahim
10
CONTOH PENULISAN LENGKAP PENDAHULUAN
Remaja yang terlibat dengan masalah sosial(Te) sering dilaporkan di media massa pada
akhir-akhir ini. Golongan remaja sudah berani untuk melakukan jenayah-jenayah berat (Pen),
seperti jenayah ragut, buli, merompak, dan membunuh .(Co)Oleh sebab itu , siapakah yang
harus dipersalahkan apabila masalah ini terus berlaku? (Per)Kita tidak mahu isu yang seakan-
akan tiada jalan penyelesaiannya ini terus menjadi duri dalam daging (UM)dan membarah
dalam masyarakat. Sesungguhnya, terdapat pelbagai faktor (R) yang menyebabkan
berlakunya masalah sosial ini akan dibincangkan . (70 patah perkataan)
RANGKA IDEA PERTAMA
I: Sikap kurang prihatin ibu bapa terhadap masalah keluarga.
M: Desakan hidup dunia moden
Ba: Ibu bapa sibuk dengan kerjaya
C: Mengabaikan tanggungjawab .Gagal menguruskan masa
K:Anak-anak melakukan jenayah.
U:Masuk telinga kanan ,keluar telinga kiri
P:Sikap kurang cakna.
PENGOLAHAN IDEA PERTAMA LENGKAP
Faktor utama berlakunya gejala sosial dalam kalangan remaja ialah sikap kurang prihatin
ibu bapa terhadap masalah keluarga. (Idea) Hal ini terjadi kerana desakan hidup dunia moden
sering memaksa ibu bapa untuk mencari nafkah untuk keluarga. (Mengapakah) Situasi ini
telah menyebabkan ibu bapa sibuk dengan kerjaya sehinggakan anak-anak terabai belaian
kasih sayang yang sewajarnya. (Bagaimanakah) .Ibu bapa terpaksa mengabaikan
tanggungjawab terhadap keluarga kerana desakan hidup ini. Ibu bapa juga gagal untuk
menguruskan masa antara tuntutan kerjaya atau tuntutan keluarga. (contoh) Anak-anak akan
mencari jalan penyelesaian sendiri dengan melakukan salah laku jenayah.(Kesan ) Nasihat
daripada ibu bapa tidak diendahkan , seperti kata peribahasa masuk telinga kanan ,keluar
telinga kiri.(Ungkapan Menarik) Hakikatnya, saya beranggapan bahawa sikap kurang cakna
ibu bapa terhadap anak-anak akan mempercepat masalah sosial itu berlaku . ( Penegasan)
( 121 patah perkataan)
Tuntunan Karangan B KSSM 2021 Mohamad Nasir bin Ibrahim
11
PENGOLAHAN IDEA KEDUA LENGKAP
Faktor seterusnya yang menyebabkan remaja terlibat dalam masalah sosial ialah
pengaruh rakan sebaya . (Idea) Hal ini berlaku kerana remaja terlalu mengharapkan
kemewahan yang melampaui kemampuan yang dimiliki. (Mengapa) Oleh hal yang demikian,
remaja ini akan melakukan jenayah bersama-sama rakan mereka kerana mereka ingin
mendapat kekayaan dengan cara yang mudah .Tambahan pula, apa-apa sahaja yang
memberikan keseronokan kepada mereka akan dilakukan tanpa memikirkan impak negatifnya.
(Bagaimanakah) Tindakan remaja yang tidak mahu mendengar nasihat dan mudah terikut-
ikut dengan rakan sebaya yang negatif ini akan menyebabkan mereka melakukan aktiviti
yang tidak bermoral.(Kesan) Hal ini bertepatan dengan kata peribahasa bagai mencurah air
ke daun keladi bagi remaja yang bersifat demikian.(Ungkapan menarik) Tegasnya, sikap
terlalu mempercayai rakan sebaya yang negatif akan memudahkan remaja ini terlibat dalam
masalah sosial.(Penegasan) .
(120 patah perkataan)
LATIHAN IDEA KETIGA
I: Pengaruh media massa yang semakin sukar dikawal
M: Memberi pengaruh yang besar terhadap pembentukan akhlak golongan remaja.
Ba: Mudah terpengaruh dengan sumber maklumat yang terdapat dalam media massa.
C: Aksi-aksi ganas, penculikan dan pergaulan bebas
K: Meniru aksi yang dipaparkan di media massa. Melakukan kesalahan jenayah
U: Menconteng arang di muka sendiri.
P: Pengaruh media massa yang semakin berkembang.
Masalah sosial dalam kalangan remaja juga berpunca daripada pengaruh media massa
yang semakin sukar dikawal . (Idea ) Hal ini dikatakan berlaku kerana media massa amat
memberi pengaruh yang besar terhadap pembentukan akhlak golongan remaja.
(Mengapakah) Dengan demikian, remaja yang tidak kuat pegangan agama akan mudah
terpengaruh dengan sumber maklumat yang terdapat dalam media massa, seperti aksi-aksi
ganas, penculikan dan pergaulan bebas .(Bagaimanakah) Sekiranya, keadaan ini tidak
dikawal oleh ibu bapa maka remaja ini akan meniru aksi yang dipaparkan di media massa
.Sebagai akibatnya, remaja ini akan bertindak di luar batasan agama dengan melakukan
kesalahan jenayah .(Kesan )Remaja ini sanggup menconteng arang di muka sendiri semata-
mata untuk memuaskan nafsu serakah mereka. (Ungkapan menarik) Sesungguhnya,
pengaruh media massa yang semakin berkembang akan memudahkan remaja mendekatkan
diri dengan masalah sosial. (Penegasan) (122 patah perkataan)
Tuntunan Karangan B KSSM 2021 Mohamad Nasir bin Ibrahim
12
RANGKA PENGOLAHAN PENULISAN KESIMPULAN
P: Menyebabkan kerosakan dan kehancuran kepada masyarakat dan negara
C: Bersama-sama bertanggungjawab bagai aur dengan tebing untuk menangani
H: Merealisasikan negara yang aman dan makmur
PENULISAN PENGOLAHAN KESIMPULAN LENGKAP
Sebagai tuntasnya , masalah sosial merupakan satu penyakit yang akan membawa
kerosakan dan kehancuran kepada masyarakat dan negara jika tidak ditangani segera.
(Pandangan) Oleh yang demikian, semua pihak perlu bersama-sama bertanggungjawab
bagai aur dengan tebing untuk menangani masalah sosial ini daripada terus berlaku. Sikap
mementingkan diri haruslah dikikis dalam diri masyarakat . (Cadangan ) Pada umumnya,
rakyat yang bersatu padu dapat merealisasikan negara yang aman dan makmur untuk negara
Malaysia yang tercinta. (Harapan)
(70 patah perkataan).
(503 patah perkataan)
Lampiran 1

More Related Content

Similar to TUNTUNAN CERAMAH KARANGAN B.docx

Guru panas baran (teori realiti)
Guru panas baran (teori realiti)Guru panas baran (teori realiti)
Guru panas baran (teori realiti)
Merah Jambu
 
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remaja
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remajaPeranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remaja
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remaja
YAGHAVI
 
Panduan Karangan Perbincangan
Panduan Karangan PerbincanganPanduan Karangan Perbincangan
Panduan Karangan Perbincangan
guestba9f83e
 
5_6222077795539879698.docx
5_6222077795539879698.docx5_6222077795539879698.docx
5_6222077795539879698.docx
tanijaya2
 
Psikologi Pendidikan
Psikologi PendidikanPsikologi Pendidikan
Psikologi Pendidikan
diearest
 
Soal uts-ii-kelas-x-2011-20123
Soal uts-ii-kelas-x-2011-20123Soal uts-ii-kelas-x-2011-20123
Soal uts-ii-kelas-x-2011-20123
halimahmajid
 

Similar to TUNTUNAN CERAMAH KARANGAN B.docx (20)

TUNTUNAN CERAMAH KARANGAN A.docx
TUNTUNAN CERAMAH KARANGAN A.docxTUNTUNAN CERAMAH KARANGAN A.docx
TUNTUNAN CERAMAH KARANGAN A.docx
 
Penyusunan soal hots.pptx
Penyusunan soal hots.pptxPenyusunan soal hots.pptx
Penyusunan soal hots.pptx
 
6. PPT HOTS_020817.pptx untuk guru dan mahasiswa
6. PPT HOTS_020817.pptx untuk guru dan mahasiswa6. PPT HOTS_020817.pptx untuk guru dan mahasiswa
6. PPT HOTS_020817.pptx untuk guru dan mahasiswa
 
Rangka karangan spm 2018 kemaskini
Rangka karangan spm 2018 kemaskiniRangka karangan spm 2018 kemaskini
Rangka karangan spm 2018 kemaskini
 
Pengantar kewirausahaan
Pengantar kewirausahaanPengantar kewirausahaan
Pengantar kewirausahaan
 
Kewirausahaan 2
Kewirausahaan 2Kewirausahaan 2
Kewirausahaan 2
 
Guru panas baran (teori realiti)
Guru panas baran (teori realiti)Guru panas baran (teori realiti)
Guru panas baran (teori realiti)
 
PTK PROPOSAL.docx
PTK PROPOSAL.docxPTK PROPOSAL.docx
PTK PROPOSAL.docx
 
PTK PROPOSAL..pdf
PTK PROPOSAL..pdfPTK PROPOSAL..pdf
PTK PROPOSAL..pdf
 
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remaja
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remajaPeranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remaja
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remaja
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 
Panduan Karangan Perbincangan
Panduan Karangan PerbincanganPanduan Karangan Perbincangan
Panduan Karangan Perbincangan
 
5_6222077795539879698.docx
5_6222077795539879698.docx5_6222077795539879698.docx
5_6222077795539879698.docx
 
Bab I
Bab IBab I
Bab I
 
BAB 1
BAB 1BAB 1
BAB 1
 
Psikologi Pendidikan
Psikologi PendidikanPsikologi Pendidikan
Psikologi Pendidikan
 
B1 teknik menjawab kertas 2 2015
B1 teknik menjawab kertas 2  2015B1 teknik menjawab kertas 2  2015
B1 teknik menjawab kertas 2 2015
 
Soal uts-ii-kelas-x-2011-20123
Soal uts-ii-kelas-x-2011-20123Soal uts-ii-kelas-x-2011-20123
Soal uts-ii-kelas-x-2011-20123
 

More from Fazilah Reba (6)

Format-SPM-2021.pdf
Format-SPM-2021.pdfFormat-SPM-2021.pdf
Format-SPM-2021.pdf
 
MODUL TEKNIK MENJAWAB SPM 3.0.docx
MODUL TEKNIK MENJAWAB SPM 3.0.docxMODUL TEKNIK MENJAWAB SPM 3.0.docx
MODUL TEKNIK MENJAWAB SPM 3.0.docx
 
folio Sains abby.docx
folio Sains abby.docxfolio Sains abby.docx
folio Sains abby.docx
 
nombor dan prktn.docx
nombor dan prktn.docxnombor dan prktn.docx
nombor dan prktn.docx
 
LATIHAN menulis.docx
LATIHAN menulis.docxLATIHAN menulis.docx
LATIHAN menulis.docx
 
kursus Asas Canva.pptx
kursus Asas Canva.pptxkursus Asas Canva.pptx
kursus Asas Canva.pptx
 

Recently uploaded

Umpan Balik Memahami perbedaan individual peserta Didik.docx
Umpan Balik Memahami perbedaan individual peserta Didik.docxUmpan Balik Memahami perbedaan individual peserta Didik.docx
Umpan Balik Memahami perbedaan individual peserta Didik.docx
sapudin2
 
MOTIVASI PRILAKU MANUSIA DALAM BERTINDAK.docx
MOTIVASI PRILAKU MANUSIA DALAM BERTINDAK.docxMOTIVASI PRILAKU MANUSIA DALAM BERTINDAK.docx
MOTIVASI PRILAKU MANUSIA DALAM BERTINDAK.docx
sukman241
 
PETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdf
PETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdfPETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdf
PETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdf
Hernowo Subiantoro
 
noun clause powerpointnoun clause powerpoint
noun clause powerpointnoun clause powerpointnoun clause powerpointnoun clause powerpoint
noun clause powerpointnoun clause powerpoint
akunoppoa31rhn
 

Recently uploaded (20)

Umpan Balik Memahami perbedaan individual peserta Didik.docx
Umpan Balik Memahami perbedaan individual peserta Didik.docxUmpan Balik Memahami perbedaan individual peserta Didik.docx
Umpan Balik Memahami perbedaan individual peserta Didik.docx
 
MOTIVASI PRILAKU MANUSIA DALAM BERTINDAK.docx
MOTIVASI PRILAKU MANUSIA DALAM BERTINDAK.docxMOTIVASI PRILAKU MANUSIA DALAM BERTINDAK.docx
MOTIVASI PRILAKU MANUSIA DALAM BERTINDAK.docx
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA (PPKN) KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA (PPKN) KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA (PPKN) KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA (PPKN) KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Teori Sosiologi Emile Durkheim (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
Teori Sosiologi Emile Durkheim (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)Teori Sosiologi Emile Durkheim (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
Teori Sosiologi Emile Durkheim (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
 
KEL 10_DIGITALISASI ADMINISTRASI PENDIDIKAN.pdf
KEL 10_DIGITALISASI ADMINISTRASI PENDIDIKAN.pdfKEL 10_DIGITALISASI ADMINISTRASI PENDIDIKAN.pdf
KEL 10_DIGITALISASI ADMINISTRASI PENDIDIKAN.pdf
 
PETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdf
PETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdfPETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdf
PETUNJUK TEKNIS PPDB JATIM 2024-sign.pdf
 
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawasPrensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
 
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak (1). SDN 001 BU.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak (1). SDN 001 BU.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak (1). SDN 001 BU.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak (1). SDN 001 BU.pdf
 
Susi Susanti_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Susi Susanti_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdfSusi Susanti_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Susi Susanti_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
 
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docxForm B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
 
Arlianda_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Arlianda_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdfArlianda_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Arlianda_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
 
Materi BKR Bina Keluarga Remaja BKKBN Untuk Kader
Materi BKR Bina Keluarga Remaja BKKBN Untuk KaderMateri BKR Bina Keluarga Remaja BKKBN Untuk Kader
Materi BKR Bina Keluarga Remaja BKKBN Untuk Kader
 
noun clause powerpointnoun clause powerpoint
noun clause powerpointnoun clause powerpointnoun clause powerpointnoun clause powerpoint
noun clause powerpointnoun clause powerpoint
 
piktogram 12345. pdf
piktogram 12345.                     pdfpiktogram 12345.                     pdf
piktogram 12345. pdf
 
Lidia_Lidia_2021B_Analisis Kritis Jurnal
Lidia_Lidia_2021B_Analisis Kritis JurnalLidia_Lidia_2021B_Analisis Kritis Jurnal
Lidia_Lidia_2021B_Analisis Kritis Jurnal
 
CONTOH LAPORAN PARTISIPAN OBSERVASI.docx
CONTOH LAPORAN PARTISIPAN OBSERVASI.docxCONTOH LAPORAN PARTISIPAN OBSERVASI.docx
CONTOH LAPORAN PARTISIPAN OBSERVASI.docx
 
Solusi dan Strategi ATHG yang di hadapi Indonesia (Kelas 11).pptx
Solusi dan Strategi ATHG yang di hadapi Indonesia (Kelas 11).pptxSolusi dan Strategi ATHG yang di hadapi Indonesia (Kelas 11).pptx
Solusi dan Strategi ATHG yang di hadapi Indonesia (Kelas 11).pptx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 

TUNTUNAN CERAMAH KARANGAN B.docx

  • 1. Tuntunan Karangan B KSSM 2021 Mohamad Nasir bin Ibrahim 1 TUNTUNAN PENULISAN KARANGAN BAHAGIAN B 1. Masa yang diperuntukkan ialah selama 90 minit ( 1 jam 30 minit) 2. Terdapat 4 soalan yang dikemukakan dan pelajar diminta memilih satu soalan sahaja. 3. Markah yang diperuntukkan sebanyak 70 markah. 4. IDEA KARANGAN BERDASARKAN SETIAP DOMAIN. a. Domain Peribadi : diri, remaja, belia, wanita, lelaki. b. Domain Awam: kerajaan, kementerian, pihak berkuasa, dasar-dasar kerajaan,media massa, undang- undang. c. Domain Pendidikan : sekolah, kolej,universiti, guru, murid d. Domain Kerjaya : perniagaan dan usahawan,pertanian dan penternakan, perkhidmatan awam dan swasta,seni ,saintis ,cef 5. Analisis Soalan .Setiap soalan akan ada satu stimulus atau penyataan bagi soalan. Kemudian ada arahan soalan yang harus difahami dengan memberikan tumpuan pada 4 aspek utama (TeTuSaF) iaitu: i. Tema (Te) ii. Tugasan /Fokus soalan(Tu) iii. Sasaran.(Sa) iv. Format.(F) 6. Jumlah perenggan : i. 4 perenggan untuk 2 Idea ( Pendahuluan, Idea, Penutup) ii. 5 perenggan untuk 3 Idea ( Pendahuluan, Idea, Penutup)
  • 2. Tuntunan Karangan B KSSM 2021 Mohamad Nasir bin Ibrahim 2 7. CADANGAN PENULISAN KARANGAN BAHAGIAN B i. PILIHAN KARANGAN 2 IDEA Nota : i. Karangan menjawab tugasan. ii. Cukup kehendak jumlah perkataan.(500 patah kata) iii. Idea relevan mengikut tugasan atau fokus soalan. Contoh sesuai dan tepat serta terkini. iv. Pelbagai jenis ayat, kosa kata luas dan tepat, ejaan dan tanda baca betul, unsur bahasa variasi dan ungkapan menarik. v. Pengolahan sangat menarik dan berkesan , pemerengganan sesuai, Wacana lengkap dan ada kesinambungan idea yang jelas antara perenggan, Laras bahasa sesuai mengikut tugasan.( Kebolehan mengembangkan ayat sangat penting) vi. Ada penegasan bagi setiap idea yang ditulis. Kriteria minimum maksimum Agihan Masa Analisis Soalan 5 minit Pendahuluan 70 70 12 minit Idea 1 175 180 30 minit Idea 2 175 180 30 minit Kesimpulan 70 70 13 minit Jumlah patah kata 490 patah kata 500 patah kata 90 minit
  • 3. Tuntunan Karangan B KSSM 2021 Mohamad Nasir bin Ibrahim 3 ii. PILIHAN KARANGAN 3 IDEA KRITERIA MINIMUM PATAH KATA MAKSIMUM PATAH KATA AGIHAN MASA Analisis Soalan 5 minit Pendahuluan 65 70 12 minit Idea 1 115 120 20 minit Idea 2 115 120 20 minit Idea 3 115 120 20 minit Kesimpulan 65 70 13 minit Jumlah perkataan 475 patah kata 500 patah kata 90 minit 8. CADANGAN FOKUS atau TUGASAN SOALAN (SeKeCaMTOCiP) 1. Se : sebab/ faktor / punca / Kata fokus : kerana, disebabkan, tidak, kurang, gagal 2. Ke : kesan baik / kepentingan/faedah / manfaat/kelebihan : kesan negatif/ implikasi buruk / impak buruk / akibat buruk Kata fokus: supaya, untuk, bagi, akan, boleh, dapat, mampu 3. Ca : cara / langkah / usaha / kaedah / tindakan Kata fokus: harus,perlu,mesti , wajar, hendaklah, patut, telah 4. M :masalah / kemelut / halangan / kekangan / rintangan Kata fokus : Apakah masalah itu. 5. T :tugas/peranan /tanggungjawab/fungsi Kata fokus: Apakah tugas itu. 6. O :Objektif/matlamat/tujuan/sasaran Kata fokus : Apakah yang hendak dicapai 7. Ci :Ciri/sifat/kriteria Kata fokus : Apakah ciri itu. 8. P :Persediaan/Keperluan /kesiapsiagaan Kata fokus :memiliki/menguasai/mengetahui
  • 4. Tuntunan Karangan B KSSM 2021 Mohamad Nasir bin Ibrahim 4 9. PENGOLAHAN MENGGUNAKAN KAEDAH IMBacKUP. Idea (I) : Nyatakan Idea Mengapakah (M) : Mengapakah idea itu boleh berlaku . i. Pengolahan tentang sebab dan alasan idea itu. ii. Pengolahan tentang kekuatan dan kelebihan idea. Bagaimanakah (Ba) : Bagaimanakah idea itu boleh dilakukan. i. Pengolahan tentang cara atau tindakan jika fokus atau tugasan tentang cara, tugas, ciri, objektif, persediaan. atau ii. Pengolahan seterusnya daripada Mengapakah jika fokus atau tugasan tentang sebab , kesan, masalah. contoh (c) Contoh –contoh atau bukti -bukti releven dan terkini yang menerangkan huraian bagaimanakah. i. Ayat contoh boleh berdiri sendiri atau ii. Ayat digabungkan dengan Bagaimanakah. Kesan (K) : Kesan kepada / daripada huraian Bagaimanakah dan huraian contoh. Ungkapan Menarik (U) : Peribahasa/ Cogan Kata : (Sesuaikan dengan pengolahan yang ditulis.) Penegasan (P) :Kesimpulan kecil idea. (Gunakan penanda wacana penegasan)
  • 5. Tuntunan Karangan B KSSM 2021 Mohamad Nasir bin Ibrahim 5 10. CONTOH PENGOLAHAN KARANGAN 2 IDEA CONTOH SOALAN: DOMAIN AWAM Masalah sosial dalam kalangan remaja yang berlaku pada hari ini berpunca daripada sikap kurang prihatin ibu bapa, pengaruh rakan sebaya dan pengaruh media massa . Sekiranya masalah ini tidak dikawal maka akan menyebabkan keharmonian sesuatu masyarakat itu akan terjejas dan menjadi lebih parah. (Sumber Internet) Maklumat di atas menunjukkan masalah sosial yang berlaku kerana beberapa faktor. Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan masalah sosial berlaku di negara ini. CARA ANALISIS SOALAN (KAEDAH TETUSAF) Tema : Masalah sosial Tugasan : Faktor Sasaran : Remaja , ibu bapa, rakan sebaya dan masyarakat Format : Jelaskan CADANGAN RANGKA PENDAHULUAN. Kaedah TePenCoPeR Te : Tema soalan Pen : Penjelasan tema @ Isu Semasa Co : Contoh @ Bukti Pe : Persoalan @ Ungkapan Menarik R : Respons Fokus CONTOH RANGKA PENULISAN PENDAHULUAN Te: Sering dilaporkan di media massa pada akhir-akhir ini. Pen: Sudah berani untuk melakukan jenayah-jenayah berat Co : Jenayah ragut, buli, merompak, dan membunuh . Pe: Siapakah yang harus dipersalahkan apabila masalah ini terus berlaku? U: Menjadi duri dalam daging R :Faktor yang menyebabkan berlakunya masalah sosial ini akan dibincangkan
  • 6. Tuntunan Karangan B KSSM 2021 Mohamad Nasir bin Ibrahim 6 CONTOH PENULISAN LENGKAP PENDAHULUAN Remaja yang terlibat dengan masalah sosial(Te) sering dilaporkan di media massa pada akhir-akhir ini. Golongan remaja sudah berani untuk melakukan jenayah-jenayah berat (Pen), seperti jenayah ragut, buli, merompak, dan membunuh .(Co)Oleh sebab itu , siapakah yang harus dipersalahkan apabila masalah ini terus berlaku? (Pe)Kita tidak mahu isu yang seakan- akan tiada jalan penyelesaiannya ini terus menjadi duri dalam daging (UM)dan membarah dalam masyarakat. Sesungguhnya, terdapat pelbagai faktor (R) yang menyebabkan berlakunya masalah sosial ini akan dibincangkan . (70 patah perkataan) CONTOH RANGKA PENGOLAHAN IDEA KAEDAH IMBacKUP. I :Sikap kurang prihatin ibu bapa terhadap masalah keluarga. M :Ibu bapa sibuk untuk mencari nafkah tambahan Ba :Anak-anak terabai belaian kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya. C :Gagal menguruskan masa antara tuntutan kerjaya atau tuntutan keluarga. K : Melakukan salah laku jenayah, seperti mencuri dan merompak. U :mencurah air ke daun keladi . P : Sikap kurang cakna ibu bapa terhadap anak-anak akan mempercepat masalah sosial. CONTOH PENGOLAHAN IDEA KAEDAH IMBacKUP. Sebagai murid minda kelas pertama, saya berpandangan bahawa faktor utama berlakunya masalah sosial dalam kalangan remaja ialah sikap kurang prihatin ibu bapa terhadap masalah keluarga. (Idea) Hal ini terjadi kerana dalam keadaan pandemik Covid-19 ibu bapa sibuk untuk mencari nafkah tambahan dan yang lebih memilukan apabila ada antara mereka yang telah diberhentikan kerja.(Mengapakah) Situasi ini telah menyebabkan ibu bapa yang bekerja akan terdorong untuk mencari rezeki ataupun sesuap nasi bagi diri dan keluarga sehinggakan anak-anak terabai belaian kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya. (Bagaimanakah) Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memikirkan kerja untuk mengalas perut akan menyebabkan mereka gagal untuk menguruskan masa antara tuntutan kerjaya atau tuntutan keluarga.(contoh) Sebagai impaknya, keadaan ini akan menyebabkan anak- anak akan mencari jalan penyelesaian sendiri dengan melakukan salah laku jenayah, seperti mencuri dan merompak. (Kesan) Anak-anak tidak lagi mendengar nasihat daripada ibu bapa mereka sehinggakan perbuatan mereka diibaratkan seperti mencurah air ke daun keladi sahaja apabila sistem pengurusan hidup dalam keluarga sudah tiada.(Ungkapan Menarik) Hakikatnya, saya beranggapan bahawa sikap kurang cakna ibu bapa terhadap anak-anak akan mempercepat masalah sosial dalam kalangan anak-anak itu berlaku dan sukar untuk ditangani oleh pihak yang bertanggungjawab. ( 180 patah perkataan)
  • 7. Tuntunan Karangan B KSSM 2021 Mohamad Nasir bin Ibrahim 7 LATIHAN PENGOLAHAN IDEA KE-2 I : Pengaruh rakan sebaya yang negatif. M:Mengharapkan kemewahan dan kesenangan Ba: Bertindak di luar batas agama dan moral dengan mencuri bersama-sama . c:Melakukan perbuatan buruk itu secara terang-terangan. K: Tidak mahu mendengar nasihat dan mudah terikut-ikut dengan rakan sebaya . Terdedah dengan kegiatan yang tidak berfaedah. U: Remaja ini sanggup menconteng arang di muka sendiri P:Remaja yang bersikap terlalu mempercayai rakan sebaya yang negatif . Faktor seterusnya yang menyebabkan remaja terlibat dalam masalah sosial ialah pengaruh rakan sebaya yang negatif. (Idea) Hal ini berlaku kerana remaja ketika usia setahun jagung ini terlalu mengharapkan kemewahan dan kesenangan yang melampaui kemampuan yang dimiliki. (Mengapakah) Oleh hal yang demikian, remaja ini akan bertindak di luar batas agama dan moral dengan mencuri bersama-sama rakan mereka kerana keinginan mereka untuk mendapat kekayaan dengan cara yang mudah . Tambahan pula, apa-apa sahaja yang memberikan keseronokan kepada mereka akan dilakukan tanpa memikirkan impak negatifnya sehinggakan ada yang sanggup melakukan perbuatan buruk itu secara terang-terangan. (Bagaimanakah) Tindakan remaja yang tidak mahu mendengar nasihat dan mudah terikut- ikut dengan rakan sebaya yang negatif ini akan menyebabkan mereka melakukan aktiviti yang tidak bermoral .Seterusnya, golongan anak muda ini akan terdedah dengan kegiatan yang tidak berfaedah, seperti pergaulan bebas, melepak di pusat beli-belah dan penagihan dadah. (Kesan ). Remaja ini sanggup menconteng arang di muka sendiri semata-mata untuk memuaskan nafsu serakah mereka dengan melakukan perbuatan yang tidak bermoral dan mengaibkan diri sendiri dan keluarga. (Ungkapan Menarik) Tegasnya, remaja yang bersikap terlalu mempercayai rakan sebaya yang negatif akan memudahkan remaja ini terlibat dalam perbuatan yang salah di sisi undang-undang negara. (Penegasan) . (179 patah perkataan)
  • 8. Tuntunan Karangan B KSSM 2021 Mohamad Nasir bin Ibrahim 8 PENULISAN KESIMPULAN KARANGAN (PCH) P: Pandangan tentang tema : Guna penanda wacana Kesimpulan. C: Cadangan tentang tema : Guna penanda wacana Bagaimanakah H: Harapan/kesan daripada tema : Guna penanda wacana Penegasan. o Boleh sisipkan peribahasa dan ayat tokoh. CONTOH RANGKA PENULISAN KESIMPULAN P: Menyebabkan kerosakan dan kehancuran kepada masyarakat dan negara C: Bersama-sama bertanggungjawab bagai aur dengan tebing untuk menangani H: Merealisasikan negara yang aman dan makmur CONTOH PENULISAN LENGKAP KESIMPULAN Sebagai tuntasnya , masalah sosial merupakan satu penyakit yang akan menyebabkan kerosakan dan kehancuran kepada masyarakat dan negara jika tidak ditangani segera. (Pandangan) Oleh yang demikian, semua pihak perlu bersama-sama bertanggungjawab bagai aur dengan tebing untuk menangani masalah sosial ini daripada terus berlaku. Sikap mementingkan diri haruslah dikikis dalam diri masyarakat . (Cadangan ) Pada umumnya, rakyat yang bersatu padu dapat merealisasikan negara yang aman dan makmur untuk negara Malaysia yang tercinta. (Harapan) ( 70 patah perkataan) ( 499 patah perkataan)
  • 9. Tuntunan Karangan B KSSM 2021 Mohamad Nasir bin Ibrahim 9 11.CONTOH PENGOLAHAN KARANGAN PILIHAN 3 IDEA CONTOH SOALAN: DOMAIN AWAM Masalah sosial dalam kalangan remaja yang berlaku pada hari ini berpunca daripada sikap kurang prihatin ibu bapa, pengaruh rakan sebaya , pengaruh media massa dan Sekiranya masalah ini tidak dikawal maka akan menyebabkan keharmonian sesuatu masyarakat itu akan terjejas dan menjadi lebih parah. (Sumber Internet) Maklumat di atas menunjukkan masalah sosial yang berlaku kerana beberapa faktor. Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan masalah sosial berlaku di negara ini. CARA ANALISIS SOALAN (KAEDAH TETUSAF) Tema : Masalah sosial Tugasan : Faktor Sasaran : Remaja dan masyarakat Format : Jelaskan CADANGAN RANGKA PENDAHULUAN. Kaedah TePenCoPeR Te : Tema soalan Pen : Penjelasan tema @ Isu Semasa Co : Contoh @ Bukti Pe : Persoalan @ Ungkapan Menarik R : Respons Fokus CONTOH RANGKA PENULISAN PENDAHULUAN Te: Sering dilaporkan di media massa pada akhir-akhir ini. Pen: Sudah berani untuk melakukan jenayah-jenayah berat Co : Jenayah ragut, buli, merompak, dan membunuh . Pe: Siapakah yang harus dipersalahkan apabila masalah ini terus berlaku? (u)Menjadi duri dalam daging R :Faktor yang menyebabkan berlakunya masalah sosial ini akan dibincangkan
  • 10. Tuntunan Karangan B KSSM 2021 Mohamad Nasir bin Ibrahim 10 CONTOH PENULISAN LENGKAP PENDAHULUAN Remaja yang terlibat dengan masalah sosial(Te) sering dilaporkan di media massa pada akhir-akhir ini. Golongan remaja sudah berani untuk melakukan jenayah-jenayah berat (Pen), seperti jenayah ragut, buli, merompak, dan membunuh .(Co)Oleh sebab itu , siapakah yang harus dipersalahkan apabila masalah ini terus berlaku? (Per)Kita tidak mahu isu yang seakan- akan tiada jalan penyelesaiannya ini terus menjadi duri dalam daging (UM)dan membarah dalam masyarakat. Sesungguhnya, terdapat pelbagai faktor (R) yang menyebabkan berlakunya masalah sosial ini akan dibincangkan . (70 patah perkataan) RANGKA IDEA PERTAMA I: Sikap kurang prihatin ibu bapa terhadap masalah keluarga. M: Desakan hidup dunia moden Ba: Ibu bapa sibuk dengan kerjaya C: Mengabaikan tanggungjawab .Gagal menguruskan masa K:Anak-anak melakukan jenayah. U:Masuk telinga kanan ,keluar telinga kiri P:Sikap kurang cakna. PENGOLAHAN IDEA PERTAMA LENGKAP Faktor utama berlakunya gejala sosial dalam kalangan remaja ialah sikap kurang prihatin ibu bapa terhadap masalah keluarga. (Idea) Hal ini terjadi kerana desakan hidup dunia moden sering memaksa ibu bapa untuk mencari nafkah untuk keluarga. (Mengapakah) Situasi ini telah menyebabkan ibu bapa sibuk dengan kerjaya sehinggakan anak-anak terabai belaian kasih sayang yang sewajarnya. (Bagaimanakah) .Ibu bapa terpaksa mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga kerana desakan hidup ini. Ibu bapa juga gagal untuk menguruskan masa antara tuntutan kerjaya atau tuntutan keluarga. (contoh) Anak-anak akan mencari jalan penyelesaian sendiri dengan melakukan salah laku jenayah.(Kesan ) Nasihat daripada ibu bapa tidak diendahkan , seperti kata peribahasa masuk telinga kanan ,keluar telinga kiri.(Ungkapan Menarik) Hakikatnya, saya beranggapan bahawa sikap kurang cakna ibu bapa terhadap anak-anak akan mempercepat masalah sosial itu berlaku . ( Penegasan) ( 121 patah perkataan)
  • 11. Tuntunan Karangan B KSSM 2021 Mohamad Nasir bin Ibrahim 11 PENGOLAHAN IDEA KEDUA LENGKAP Faktor seterusnya yang menyebabkan remaja terlibat dalam masalah sosial ialah pengaruh rakan sebaya . (Idea) Hal ini berlaku kerana remaja terlalu mengharapkan kemewahan yang melampaui kemampuan yang dimiliki. (Mengapa) Oleh hal yang demikian, remaja ini akan melakukan jenayah bersama-sama rakan mereka kerana mereka ingin mendapat kekayaan dengan cara yang mudah .Tambahan pula, apa-apa sahaja yang memberikan keseronokan kepada mereka akan dilakukan tanpa memikirkan impak negatifnya. (Bagaimanakah) Tindakan remaja yang tidak mahu mendengar nasihat dan mudah terikut- ikut dengan rakan sebaya yang negatif ini akan menyebabkan mereka melakukan aktiviti yang tidak bermoral.(Kesan) Hal ini bertepatan dengan kata peribahasa bagai mencurah air ke daun keladi bagi remaja yang bersifat demikian.(Ungkapan menarik) Tegasnya, sikap terlalu mempercayai rakan sebaya yang negatif akan memudahkan remaja ini terlibat dalam masalah sosial.(Penegasan) . (120 patah perkataan) LATIHAN IDEA KETIGA I: Pengaruh media massa yang semakin sukar dikawal M: Memberi pengaruh yang besar terhadap pembentukan akhlak golongan remaja. Ba: Mudah terpengaruh dengan sumber maklumat yang terdapat dalam media massa. C: Aksi-aksi ganas, penculikan dan pergaulan bebas K: Meniru aksi yang dipaparkan di media massa. Melakukan kesalahan jenayah U: Menconteng arang di muka sendiri. P: Pengaruh media massa yang semakin berkembang. Masalah sosial dalam kalangan remaja juga berpunca daripada pengaruh media massa yang semakin sukar dikawal . (Idea ) Hal ini dikatakan berlaku kerana media massa amat memberi pengaruh yang besar terhadap pembentukan akhlak golongan remaja. (Mengapakah) Dengan demikian, remaja yang tidak kuat pegangan agama akan mudah terpengaruh dengan sumber maklumat yang terdapat dalam media massa, seperti aksi-aksi ganas, penculikan dan pergaulan bebas .(Bagaimanakah) Sekiranya, keadaan ini tidak dikawal oleh ibu bapa maka remaja ini akan meniru aksi yang dipaparkan di media massa .Sebagai akibatnya, remaja ini akan bertindak di luar batasan agama dengan melakukan kesalahan jenayah .(Kesan )Remaja ini sanggup menconteng arang di muka sendiri semata- mata untuk memuaskan nafsu serakah mereka. (Ungkapan menarik) Sesungguhnya, pengaruh media massa yang semakin berkembang akan memudahkan remaja mendekatkan diri dengan masalah sosial. (Penegasan) (122 patah perkataan)
  • 12. Tuntunan Karangan B KSSM 2021 Mohamad Nasir bin Ibrahim 12 RANGKA PENGOLAHAN PENULISAN KESIMPULAN P: Menyebabkan kerosakan dan kehancuran kepada masyarakat dan negara C: Bersama-sama bertanggungjawab bagai aur dengan tebing untuk menangani H: Merealisasikan negara yang aman dan makmur PENULISAN PENGOLAHAN KESIMPULAN LENGKAP Sebagai tuntasnya , masalah sosial merupakan satu penyakit yang akan membawa kerosakan dan kehancuran kepada masyarakat dan negara jika tidak ditangani segera. (Pandangan) Oleh yang demikian, semua pihak perlu bersama-sama bertanggungjawab bagai aur dengan tebing untuk menangani masalah sosial ini daripada terus berlaku. Sikap mementingkan diri haruslah dikikis dalam diri masyarakat . (Cadangan ) Pada umumnya, rakyat yang bersatu padu dapat merealisasikan negara yang aman dan makmur untuk negara Malaysia yang tercinta. (Harapan) (70 patah perkataan). (503 patah perkataan) Lampiran 1