SlideShare a Scribd company logo
Bengkel SPM 2019
Bahasa Melayu
PELAJAR GALUS
SMK SIJANGKANG JAYA
BANTING SELANGOR.
07 OGOS 2019
1
Salam Sejahtera
Salam Keilmuan
2
3
4
Wahai anakku ;
 Pinjamkan
seketika telinga
dan matamu –
untuk melihat dan
mendengar
bicara saya hari
ini
 Pinjamkan hatimu
untuk berada dalam
majlis ini.
 Pinjamkan akal dan
mindamu untuk
memastikan ilmu
melekat dalam dirimu
5
TEKNIK MENJAWAB
Bahasa Melayu SPM
2019
Guru Anda ;
SAHARUDDIN BIN ABDULLAH
Guru Bahasa Melayu
SMK Sijangkang Jaya.
saharuddinabdullah81@yahoo.com
Saharuddin-abdullah.blogspot.com
www.slideshare.net/ckgdin
Ckgsaha@twiter
6
 Berasal dari Temerloh, Pahang.
Pendidikan :
 IPSI – Tg Malim – 1989 – 1992
 UPM – PBMP 1997 – 2000.
Perkhidmatan :
 SK Kuala Krau ;1992 – 1997
 SK Kanchong Darat ; 1998 – 2001
 SMK Sijangkang Jaya ; 2002 – 2019
Penghargaan :
 1996, 2004, 2008 (GC), 2013 .
 Anugerah IKON Kurikulum Daerah.
 Tak Kenal Maka Tak Cinta.
7
Pengalaman Memberi Ceramah.
Ø Bersama anak-anak petani Sabak Bernam.
Ø Bersama anak-anak Sime Darby Se Malaysia.
Ø Bersama anak-anak orang Asli seluruh Selangor.
Ø Program Tahunan dengan MITIB, Selangor.
Ø Program Tahunan dengan Maahad Al Ahmadi.
Ø Program dengan Masjid At Taqwa.
Ø Pecutan Akhir bersama PTRS negeri Selangor.
Ø Program Pecutan Akhir bersama MSU, USIM, SEGI, KUIS
q Penglibatan Dalam Bidang Bahasa.
Ø JK Teknikal Penerbitan Buku Teks 2010 – 2019
Ø JU Kebangsaan Literasi Bacaan PISA, BPK, KPM
Ø JU Kebangsaan KBAT,
Ø Edu Web TV, Bahagian Teknologi Pendidikan 2006 – 2015
Ø Penulis Pembelajaran Maya Bahasa Melayu dengan Pencil.Com 2010.
.
8
9
QR Code Reader
10
Menjulang Kejayaan
Soalan KBAT Apa yang boleh diperkatakan ?11
Anda Perlu Tahu
Pelajar Cemerlang :
 Kertas 1.(130 markah)
100 (130) / 280 = 36 markah
 Kertas 2. (110 markah)
90 (110)/ 280 = 32 markah
 Kertas 3. (40 markah)
40 (40) / 280 = 14 markah
 Jumlah 82 markah : ( Gred A )
12
Contoh Karangan Terbaik
T = Menepati tugasan
I = Relevan, Matang,
B = Ayat Gramatis, Kosa Kata
Luas
P = Menarik
13
14
SPM (1103 / 1)
Kertas 1
Masa : 2 Jam 15 minit
15
TARGET
BAHASA MELAYU
A+ /A /A- 16
Karangan Mestilah Mempunyai
BAHAGIAN B:
 1 PERENGGAN PENDAHULUAN.
 5 PERENGGAN ISI.
 1 PERENGGAN PENUTUP >350PP
Bahagian A :
 1 PERENGGAN PENDAHULUAN
 3/4 PERENGGAN ISI
 1 PERENGGAN PENUTUP 250PP
Bentuk Soalan
Bahagian A
a) Gambar foto / Ilustrasi
b) Ilustrasi kartun
c) Pelan / Peta
d) Iklan
e) Petikan
f) Gambar Rajah
g) Dialog / Catatan
18
BAHAGIAN B :
KARANGAN UMUM
Keperluan SPM
Pembahagian soalan :
1. Dimensi diri/individu/remaja.
2. Dimensi keluarga
3. Dimensi masyarakat/kerajaan/
negara.
4. Dimensi Serantau/Global/
Antarabangsa
5. Dimensi Komsas
19
TEKNIK
LATIHAN
KESUNGGUHAN
KESABARAN
20
Karangan berpandu yang cemerlang memenuhi
syarat-syarat yang berikut:-
a) Memenuhi dan menepati kehendak arahan soalan
b) Mempunyai isi-isi penting yang cukup
c) Mempunyai idea yang tersusun iaitu isi yang penting
didahulukan dan isi yang kurang penting dikemudiankan
d) Mempunyai perenggan yang padu dengan isi , huraian,
serta contoh yang sesuai
e) Menggunakan kosa kata mengikut laras bahasa yang betul
f) Menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul
21
PERINGATAN !!!
Karangan yang lengkap dengan segala
isi penting tetapi susunan yang tidak
teratur hingga menyebabkan gaya dan
pengolahan kurang lancar akan
menyebabkan markah tidak dapat diberi
pada peringkat cemerlang kerana cacat
dari aspek gaya persembahan dan
kelancaran
22
Langkah-langkah Menjawab Soalan:
1. Membaca arahan soalan.
2. Kenal pasti bentuk soalan - format atau
tidak berformat.
3. Kenal pasti - isu positif @ negatif.
4. Kenal pasti ISU dan FOKUS.
5. Membina rangka karangan.
6. Membina pendahuluan.
7. Menghuraikan isi-isi karangan.
8. Membina penutup.
23
1. Mengenal pasti arahan dan
kehendak soalan
 Baca arahan dengan jelas dan teliti.
 Kenal pasti isu dan fokus soalan.
24
CONTOH SOALAN
 Huraikan pendapat anda tentang langkah-
langkah menjaga keselamatan di jalan raya.
Panjangnya huraian hendaklah antara 200
hingga 250 patah perkataan.
 Pematuhan undang-undang jalan raya.
 Penyelenggaraan kenderaan.
 Penguatkuasaan undang-undang.
25
CONTOH SOALAN RANGSANGAN
 Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha
untuk memajukan sektor pelancongan negara
kita. (MRSM)
 Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha
untuk memajukan sektor pelancongan negara
kita. (MRSM)
 Mewartakan kawasan pelancongan baharu.
 Meningkatkan prasarana
 Mempromosikan produk pelancongan
26
CONTOH SOALAN RANGSANGAN
 Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah
mempunyai hobi memancing pada waktu lapang.
(KELANTAN)
 Huraikan pendapat anda tentang faedah-
faedah mempunyai hobi memancing pada
waktu lapang. (KELANTAN)
 Mengeratkan hubungan masyarakat.
 Menghilangkan tekanan / stres
 Mengisi masa lapang dengan aktiviti
berfaedah.
27
CONTOH SOALAN RANGSANGAN
 Huraikan pendapat anda tentang persediaan-
persediaan yang diperlukan oleh seseorang
sebelum memasuki alam pekerjaan.
Huraikan pendapat anda tentang persediaan-
persediaan yang diperlukan oleh seseorang
sebelum memasuki alam pekerjaan.
 Kelulusan akademik yang sesuai.
 Kemahiran menguasai pelbagai bahasa
 Kemahiran berkomunikasi
28
CONTOH SOALAN UMUM
Minat membaca dalam kalangan remaja belum
mencapai tahap yang memuaskan. Ibu bapa
memainkan peranan penting untuk
menggalakkan anak mereka membaca karya-
karya ilmiah agar dapat melahirkan generasi
yang cinta akan ilmu.
Nyatakan usaha-usaha yang boleh diambil oleh
ibu bapa untuk mencapai hasrat tersebut.
29
CONTOH SOALAN UMUM
Minat membaca dalam kalangan remaja belum
mencapai tahap yang memuaskan. Ibu bapa
memainkan peranan penting untuk
menggalakkan anak mereka membaca
karya-karya ilmiah agar dapat melahirkan
generasi yang cinta akan ilmu.
Nyatakan usaha-usaha yang boleh diambil
oleh ibu bapa untuk mencapai hasrat
tersebut.
30
CONTOH SOALAN UMUM
Belakangan ini semangat patriotik
semakin luntur dalam kalangan remaja.
Anda sebagai penceramah undangan
diminta menyampaikan ceramah
tentang “Kepentingan Menerapkan
Semangat Patriotik dalam Kalangan
Remaja”.
Tulis ceramah tersebut selengkapnya.
31
CONTOH SOALAN UMUM
Belakangan ini semangat patriotik
semakin luntur dalam kalangan remaja.
Anda sebagai penceramah undangan
diminta menyampaikan ceramah
tentang “Kepentingan Menerapkan
Semangat Patriotik dalam Kalangan
Remaja”.
Tulis ceramah tersebut selengkapnya.
32
CONTOH SOALAN UMUM
Kegiatan jenayah yang semakin
meningkat di negara kita
membimbangkan orang ramai.
Huraikan tindakan-tindakan yang
boleh diambil oleh pelbagai pihak
untuk menangani masalah ini.
33
CONTOH SOALAN UMUM
Kegiatan jenayah yang semakin
meningkat di negara kita
membimbangkan orang ramai.
Huraikan tindakan-tindakan yang
boleh diambil oleh pelbagai
pihak untuk menangani masalah
ini.
34
Memahami Kehendak Soalan
 Rangka Karangan SPM 2019
kemaskini.pptx
2. Membina rangka karangan…mengapa ?
 Mengelakkan isi penting tidak disusun mengikut
keutamaan.
 Mengelak karangan daripada terpesong atau
menyimpang.
 Mengelak isi sama daripada berulang.
 Mengelakkan daripada terputus idea.
 Memastikan masa mengarang dapat dijimatkan.
 Rangka mesti mengandungi pendahuluan, isi
penting dan penutup.
36
Rangka Karangan (Ciri Remaja Memilik Jati Diri Yang Kukuh)
Pendahuluan – Jati diri sangat penting dalam membina kehidupan yang
cemerlang – Jati diri dapat menangkis gejala negatif yang cuba merosakkan
kehidupan – peribahasa pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
1)Mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang – Intelek boleh
mencorak tamadun bangsa dan membina kehidupan yang lebih baik.
2)Mempunyai kesihatan mental dan fizikal yang sempurna – membolehkan
berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan remaja negara maju –
amalan gaya hidup sihat.
3)Memiliki etika dan personality yang luhur – suntikan agama dan nilai moral
yang luhur sejak kecil – melakukan kerja amal supaya disanjung oleh
masayarakat.
4)Kreatif dan inovatif untuk memacu kecemerlangan negara – menggunakan
minda - berani mencuba dan mencipta sesuatu yang baharu – mempelajari
bidang TMK sesuai dengan situasi semasa.
Penutup – Remaja harus memandang jauh ke hadapan – mengelakkan diri
daripada terlibat dalam permasalahan sosial yang boleh memusnahkan
masa depan negara – bersatu hati dan seia sekata membangunkan negara.
Ciri Remaja Memilik Jati Diri Yang Kukuh.docx
37
Contoh : Rangka Karangan (memupuk semangat kejiranan)
Pendahuluan - Semangat kejiranan semakin terhakis dalam diri
masyarakat – bersikap - bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing – sibuk dengan kerjaya – mengejar kemewahan hidup.
1)Menganjurkan festival rakyat – meliputi pelbagai lapisan
masyarakat setempat – pengadakan pelbagai aktiviti.
2)Mengadakan majlis rumah terbuka sempena perayaan –
dapat mengenali jiran dengan lebih dekat – amalan ziarah.
3)Mengadakan program gotong rotong menceriakan
kemudahan / prasarana awam – bekerjasama untuk
memajukan kawasan setempat.
4)Menghadiri aktiviti sosial – kenduri kahwin, kematian,
kemalangan – memupuk rasa seia dan sekata dalam hidup
Penutup – semua pihak harus bekerjasama mewujudkan semangat
kejiranan – bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat,
38
Contoh : Rangka Karangan (Faedah Penganjuran SukanAnt)
Pendahuluan – sukan bukan sekadar aktiviti untuk keceragasan diri
tetapi boleh memberikan manfaat daripada sudut sosial, ekonomi dan
politik – serampang dua mata – badan sihat, minda cerdas.
1)Memperkenalkan Malaysia ke negara luar – negara kita
dapat dikenali diperingkat antarabangsa – F1, squasy,
badminton, hoki – kemudahan bertaaf dunia.
2)Menambahkan pendapatan negara – kehadiran pelancong
untuk menonton –pengaliran masuk wang – pengangkutan,
penginapan, membeli belah.
3)Merapatkan hubungan antara negara peserta – hubungan
sosial dapat diwujudkan untuk mengenali antara satu sama
lain – dapat berkongsi idea, pendapat untuk kebaikan.
Penutup – semua pihak perlu memberi sokongan agar penganjuran dapat
dilaksanakan dengan jayanya – kecemerlangan mampu meletakkan imej
negara di persada dunia – duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan
negara lain.
39
3. Menulis Perenggan Pendahuluan
 Pendahuluan merupakan pintu gerbang bagi
sesuatu karangan.
 Pemeriksa akan dapat membuat tanggapan
pertama melalui penulisan pendahuluan.
 Pendahuluan yang menarik akan berjaya
menambat hati pemeriksa.
 Pendahuluan yang hambar pula akan
mematikan minat pemeriksa.
 Pendahuluan yang dibina mestilah berkisar
tentang isu yang dkemukakan dalam soalan.
40
Apa perlu ada dalam pendahuluan ?
Ayat semasa
Ayat isu
Ayat pandangan
Ayat ungkapan menarik
Ayat fokus
41
Apa Teknik Anda Gunakan ????
Menulis Pendahuluan
Jenis-jenis Pendahuluan.
 Berbentuk Soalan/Persoalan.
 Berbentuk Definisi
 Berbentuk fakta
 Bentuk sejarah.
 Bentuk suasana
 Bentuk peribahasa
 Bentuk puisi
 Bentuk gabungan
 Petikan tokoh
42
Pendahuluan Definisi
(Langkah-langkah Mengatasi Pembalakan Haram)
Pembalakan boleh didefinisikan sebagai kerja-kerja
atau usaha-usaha penebangan hutan untuk menghasilkan
kayu dengan cara menebang pokok-pokok besar,
memotong dahan-dahan pokok dan sebagainya.
Pembalakan boleh diklasifikasikan kepada dua jenis, iaitu
pembalakan sah dan pembalakan haram. Pembalakan
sah merupakan aktiviti membalak yang sah di sisi
undang-undang kerana telah mendapat kebenaran dan
dokumen daripada kerajaan. Sebaliknya pembalakan
harap merupakan kegiatan membalak yang dijalankan
secara haram. Akibat pembalakan haram, jumlah kawasan
hutan di negara kita semakin berkurangan. Oleh itu,
langkah-langkah konkrit perlu diambil untuk membendung
kegiatan ini.
43
Pendahuluan Persoalan.
( Cara-cara mengatasi masalah keganasan rumah tangga )
Pembangunan negara kita semakin pesat dan
rancak. Namun demikian, isu keganasan rumah
tangga yang merupakan penyakit sosial semakin
gawat melanda negara kita. Gejala ini ibarat “duri
dalam daging” Apakah yang dimaksudkan dengan
keganasan rumah tangga? Apakah faktor-faktor yang
menyebabkan berlakunya masalah sosial ini?
Siapakah yang harus dipersalahkan? Ke manakah
hilangnya nilai-nilai kemanusiaan kita? Mengapakah
usaha-usaha yang telah dijalankan selama ini gagal
mencari jalan penyelesaian untuk menangani gejala
ini? Apakah rencah yang terbaik untuk membanteras
penyakit sosial yang rumit ini? Inilah persoalan yang
harus dijadikan renungan dan perbincangan kita..
44
Pendahuluan Fakta
(Cara-cara Menangani Masalah Ponteng Sekolah)
Dasawarsa ini, gejala ponteng sekolah kian
menjadi-jadi dan menimbulkan kebimbangan dalam
kalangan masyarakat. Gejala ini kian sukar untuk
dibendung. Kajian yang dijalankan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia mendapati kira-kira 15 % pelajar
terlibat dalam gejala ponteng sekolah setiap hari. Angka
ini sangat menggerunkan semua pihak. Kerjasama dan
komitmen daripada semua pihak, sama ada ibu bapa,
pihak sekolah, masyarakat, media massa dan pihak
berkuasa sangat diperlukan untuk menangani isu ini.
Kita tidak mahu, fenomena ini menjadi lebih parah dan
boleh menjejaskan proses pembentukan insan yang
sempurna. Cara-cara menangani gejala ini akan saya
huraikan dalam huraian berikutnya.
45
Pendahuluan Peribahasa.
(Unsur Budi Bahasa dalam cerpen yang anda baca)
Orang Melayu memang kaya dengan peribahasa
yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan. Antara
peribahasa yang menggambarkan seseorang yang
tidak mengenang budi dan jasa ialah “seperti kacang
lupakan kulit” dan seperti “ulat lupakan daun”.
Peribahasa “ seperti kacang lupakan kulit” bermaksud
seseorang yang lupa akan jasa orang yang
menolongnya setelah menikmati kesenangan. Oleh
itu, sikap seperti ini perlu dikikis dalam hidup kita.
Kita haruslah sentiasa menghargai dan berterima
kasih atas segala jasa, pertolongan, dan pengorbanan
orang lain kepada kita. Orang yang mengamalkan
prinsip hidup “seperti kacang lupakan kulit” tidak
akan hidup bahagia, sama ada di dunia mahupun di
akhirat.
46
Pendahuluan Sejarah.
(Usaha-usaha Memartabatkan Bahasa Melayu)
Malaysia dan Nusantara mempunyai
bahasanya yang tersendiri iaitu bahasa Melayu.
Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perhubungan
atau “lingua franca’ sejak lebih 600 tahun yang lalu,
lebih lama daripada bahasa Inggeris yang hanya
bermula pada pertengahan kurun ke-16. Sejak tahun
1955, bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai
Bahasa Kebangsaan atau bahasa rasmi negara sejak
merdeka. Pada tahun 1957, iaitu selepas merdeka,
bahasa Melayu diisytiharkan sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang
termaktub dalam perlembagaan. Semua anggota
masyarakat sewajarnya sederap melangkah dan
berusaha memartabatkan Bahasa Melayu.
47
Pendahuluan Gabungan
Boleh juga menggunakan pendahuluan
gabungan seperti;
 Definisi sesuatu persoalan
 Isu-isu semasa tentang sesuatu tajuk.
 Pendapat/pandangan tokoh/ pandangan
umum.
 Pendapat peribadi berkenaan tajuk
karangan.
48
Contoh Pendahuluan Gabungan - Tajuk Vandalisme
‘Tiga Buah Pondok Telefon Dibakar’, ‘Sampah Sarap
Bertaburan di Pusat Rekreasi’, dan ‘Tandas Awam
Diconteng dengan Kata-kata Lucah’. Begitulah antara
tajuk berita yang dipaparkan di media massa. Sejak
belakangan ini gejala vandalisme semakin berleluasa
dalam masyarakat kita. Masalah sosial ini tidak pernah
lari daripada kamus kehidupan masyarakat ekoran arus
pemodenan yang semakin rancak. Di sana-sini,
kemudahan awam dirosakkan oleh segelintir masyarakat
yang tidak bertanggungjawab dan singkat akalnya.
Persoalannya, mengapakah hal ini terjadi? Adakah
pembangunan dan kemajuan negara terpaksa
mengorbankan kemudahan awam? Siapakah yang
harus dipersalahkan? Oleh itu kerjasama daripada
semua pihak amatlah diperlukan agar fenomena ini tidak
semakin gawat. Janganlah kita hanya bertindak apabila
suasana menjadi lebih teruk. Sikap sudah terhantuk baru
tengadah tidak harus dijadikan amalan dalam hidup kita.
49
Pendahuluan Suasana.
(Punca-punca Gejala Buli dalam Kalangan Pelajar)
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pembunuhan
seorang murid berusia tujuh tahun yang dilakukan oleh
pelajar berusia 13 tahun. Sebelum itu, media masa
melaporkan tentang kejadian sebuah sekolah di Alam
Shah dan Rawang yang dibakar oleh pelajar yang diambil
tindakan oleh guru disiplin. Kes terkini yang kita ketahui
ialah tentang kematian pelajar di sebuah sekolah
berasrama di Negeri Sembilan. Apabila sesuatu berita itu
disiarkan oleh media massa, masyarakat begitu terkejut,
gempar dan mahu masalah itu ditangani dengan segera.
Walau apapun tindakan yang dilakukan, perkara tersebut
sudah berlaku dan menggambarkan kegawatan disiplin
sekolah. Punca kejadian ini harus diselusuri agar langkah
menangani dapat diambil tindakan segera
50
51
Contoh Pendahuluan: (isu negatif)
Dalam era ledakan teknologi maklumat hari ini, isu
…… kerap kali terpampang di dada-dada akhbar atau
tersiar dalam media elektronik. Isu … ini bukan sahaja
menjadi bualan masyarakat sama ada di warung-
warung kopi, di jabatan-jabatan kerajaan malahan
telah mendapat perhatian oleh pemimpin pemimpin
masyarakat. Persoalannya, mengapakah isu ini
berlaku? Hal ini perlu diambil perhatian serius oleh
semua pihak dan jalan penyelesaian harus dicari
untuk merungkaikan kebimbangan masyarakat
terhadap isu ini. Sikap lepas tangan atau ambil mudah
akan menyebabkan isu ini akan terus bernanah dan
menjadi pekung yang sukar untuk dibendung…(fokus)
ini akan saya jelaskan dalam huraian berikutnya.
52
Contoh Pendahuluan:
Dalam era langit terbuka / globalisasi / pasca
kemerdekaan hari ini, isu …… kerap kali terpampang
di dada-dada akhbar atau tersiar dalam media
elektronik. Isu … ini telah menjadi bualan masyarakat
diseluruh pelosok negara dan turut diperdebatkan
dalam kalangan ahli politik. Persoalannya,
mengapakah isu ini berlaku? Di mana silapnya ?Hal
ini perlu diambil perhatian serius oleh semua pihak
yang terbabit dan jalan penyelesaian harus dicari
untuk merungkaikan kebimbangan masyarakat
terhadap isu ini. Sikap lepas tangan atau ambil mudah
akan menyebabkan isu ini akan terus bernanah dan
menjadi pekung yang sukar untuk dibendung…(fokus)
ini akan saya jelaskan dalam huraian berikutnya.
53
Contoh Isu - negatif
 Kesan-kesan Pencemaran Alam Sekitar.
 Punca-Punca Pembuangan Bayi.
 Kesan-kesan Penderaan Kanak-kanak.
 Punca-punca Kemalangan Jalan Raya.
 Kesan-kesan Keruntuhan Institusi Keluarga.
 Cara-cara Mengatasi Penyakit Berjangkit.
 Punca-punca Masalah Disiplin Pelajar.
 Punca-punca Masalah Sosial Remaja.
 Keburukan Telefon Bimbit / Internet kepada Pelajar
 Punca-punca pelajar ponteng sekolah.
54
Contoh Pendahuluan: (isu positif)
Dalam era dunia tanpa sempadan hari ini, isu ……
kerap kali terpampang di dada-dada akhbar atau
tersiar dalam media elektronik. Isu … ini bukan sahaja
menjadi bualan masyarakat di warung-warung kopi, di
jabatan-jabatan kerajaan malahan telah mendapat
perhatian oleh pemimpin pemimpin masyarakat.
Persoalannya, apakah kepentingan isu ini kepada
kita? Kita sewajarnya ambil cakna terhadap isu ini dan
menggabungkan usaha untuk turut serta memberikan
pendapat. Pepatah Melayu ada menyatakan seikat
bak sirih dan serumpun bak serai. Ini
menggambarkan perlunya kesepaduan idea untuk kita
memikirkannya. . …(fokus) ini akan saya jelaskan
dalam huraian berikutnya.
55
Contoh Isu: (positif)
 Kepentingan Pendidikan kepada Rakyat dan
Negara.
 Industri Makanan Tradisional Penting untuk
Negara.
 Amalan Gaya Hidup Sihat
 Peranan Ibu Bapa untuk Melahirkan Keluarga
Bahagia.
 Kebaikan Amalan Menabung dalam Kalangan
Remaja.
 Langkah-langkah untuk Memupuk Budaya
Membaca dalam Kalangan Pelajar
 Peranan Pihak Berkuasa untuk Memajukan Sektor
Pertanian.
56
4. Menulis Perenggan Isi
 Karangan berpandu – dicadangkan supaya
menulis 3 @ 4 perengan isi - rujuk rangsangan.
 Karangan umum - Dicadangkan 5 isi
 Gunakan isi yang diberi sepenuhnya.
 Perenggan isi mestilah mempunyai isi utama, ayat
huraian, ayat contoh, ayat kesan dan ayat
penegasan.
 Setiap ayat yang dibina perlulah mempunyai
kesinambungan antara satu dengan yang lain.
 Kesinambungan dan pertautan perenggan juga
sangat penting untuk menghasilkan karangan yang
baik.
57
4. Menulis Perenggan Isi
 Setiap perenggan perlu mempunyai panjang yang
hampir sama.
 Bagi memantapkan isi karangan, calon perlu
memasukkan peribahasa, ungkapan, kata-kata
hikmat, pantun, petikan kata-kata dan sebagainya.
 Bahasa haruslah jelas, tepat dan dapat
menjelaskan isi karangan yang ditulis.
 Ayat mestilah gramatis, menggunakan penanda
wacana dan tanda baca yang sesuai.
 Huraian isi - gunakan formula 4W 1 H (apa,
dimana, bila, kenapa dan bagaimana)
58
HURAIAN ISI
 Isi utama (masukan isu & fokus soalan)
Ayat huraian (bagaimana @ mengapa)
Ayat contoh.
Ayat kesan (kesannya, implikasi, impak,
natijah...)
Ayat penegasan (ternyatalah, terbuktilah,
jelaslah, sudah terang lagi bersuluh,
konklusinya, ...)
Huraian isi karangan
60
Isi utama
( isu + fokus )
Antara langkah menjaga keselamatan di jalan raya ialah
pematuhan kepada undang-undang jalan raya.
Ayat huraian
* bagaimana ?
* mengapa ?
(Bagaimana) Hal ini kerana, undang-undang digubal dan
dipinda untuk memastikan pengguna tidak mendapat
kecelakaan ketika berada di jalan raya. (Mengapa) Oleh
itu, Pengguna perlulah mematuhi semua peraturan dan
undang-undang yang telah ditetapkan demi keselamatan
diri sendiri dan juga pengguna yang lain
Ayat contoh Antara pematuhan undang yang perlu diberi perhatian ialah
berkaitan dengan had laju, memakai tali pinggang
keselamatan, tidak menggunakan telefon bimbit dan
sebagainya
Ayat kesan
Implikasi, impak, kesan,
natijah...
Kesannya, kadar kemalangan dapat dikurangkan.
Peribahasa Melayu ada mengingatkan kita bahawa malang
tidak berbau
Ayat penegasan
jelaslah, terbuktilah,
ternyatalah, konklusinya,
sudah terang lagi
Jelaslah bahawa dengan pematuhan undang-undang, kita
dapat menjaga keselamatan di jalan raya.
CONTOH HURAIAN ISI
Langkah-langkah Menjaga Keselamatan di Jalan Raya.
 Antara langkah menjaga keselamatan di jalan raya
ialah pematuhan kepada undang-undang jalan raya. Hal
ini kerana, undang-undang digubal dan dipinda untuk
memastikan pengguna tidak mendapat kecelakaan ketika
berada di jalan raya. Oleh itu, pengguna perlulah
mematuhi semua peraturan dan undang-undang yang
telah ditetapkan demi keselamatan diri sendiri dan juga
pengguna yang lain. Antara pematuhan undang yang
perlu diberi perhatian ialah berkaitan dengan had laju,
memakai tali pinggang keselamatan, tidak menggunakan
telefon bimbit dan sebagainya. Kesannya, kadar
kemalangan dapat dikurangkan. Peribahasa Melayu ada
mengingatkan kita bahawa malang tidak berbau. Jelaslah
bahawa dengan pematuhan undang-undang, kita dapat
menjaga keselamatan di jalan raya.
61
CONTOH HURAIAN ISI
Faedah Penganjuran Sukan BertarafAntarabangsa.
Selain itu faedah yang diperoleh dalam penganjuran
sukan bertaraf antarabangsa ialah dapat memperkenalkan
Malaysia ke negara luar. Mengikut peta dunia, Malaysia
hanyalah sebuah negara yang kerdil dan tersorok. Sejarah
bangsa Malaysia juga tidaklah begitu menonjol hingga
menyebabkan dunia tidak mengenali Malaysia. Tetapi hari
ini, Malaysia sudah terkenal dan mampu duduk sebaris
dengan negara-negara lain dengan penglibatan Malaysia
dalam penganjuran sukan bertaraf dunia. Negara kita
menonjol dalam penganjuran sukan permotoran Formula
One, golf, badminton dan sebagainya. Dengan penganjuran
sukan bertaraf antarabangsa ini, negara kita dikenali di
seluruh rantau dunia. Terbuktilah, memperkenalkan
Malaysia ke negara luar merupakan faedah penganjuran
sukan bertaraf antarabangsa.
62
CONTOH HURAIAN ISI
Ciri-ciri Pemimpin Pelajar yang Berkualiti.
Selain itu, ciri-ciri pemimpin pelajar yang berkualiti ialah
bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas. Pemimpin pelajar
yang berkualiti akan melaksanakan amanah dan tanggungjawab
yang terpikul di bahunya dengan baik dan sempurna. Pimpinan
yang berkualiti menyebabkan mereka akan disanjung tinggi oleh
para pelajar dan secara tidak langsung pelajar akan akur dengan
arahan yang disampaikan. Peribahasa Melayu ada menyatakan
tuah yang disembah, junjung yang dipanjat. Contoh pemimpin
pelajar yang bertanggungjawab ialah adil dalam menjalankan
tugas, tidak bersifat perkauman, sanggup berkorban dan selalu
berbincang untuk membuat keputusan. Implikasinya, akan
lahirlah sebuah organisasi yang hebat dan cemerlang apabila
pemimpin tersebut bertanggungjawab. Ternyatalah bahawa, ciri-
ciri pemimpin yang berkualiti ialah bertanggungjawab dalam
melaksanakan tugas.
63
CONTOH HURAIAN ISI
Usaha-usaha Memupuk Semangat Kejiranan.
Selain itu, usaha-usaha yang dapat memupuk semangat
kejiranan adalah dengan mengadakan amalan ziarah-
menziarahi. Amalan ziarah-menziarahi adalah amalan mulia
dan sangat dituntut oleh agama kerana dapat mengeratkan
hubungan kejiranan dan dapat merapatkan hubungan
silaturahim antara satu sama lain. Keakraban dalam
masyakarat akan melahirkan satu kelompok komuniti yang
bersatu padu dan saling memerlukan bak peribahasa bagai
aur dengan tebing. Amalan ziarah-menziarahi ini dapat
dilakukan pada waktu majlis keraian, kemalangan, kenduri
kendara dan sebagainya. Impaknya, hubungan kejiranan
dalam komuniti semakin erat bak kata pepatah, cubit paha
kiri, paha kanan terasa. Jelaslah bahawa amalan ziarah
menziarahi dapat memupuk semangat kejiranan.
64
5. Menulis Perenggan Penutup
 Karangan yang cemerlang haruslah
mempunyai penutup yang matang.
 Tanpa perenggan penutup, sebuah karangan
akan menjadi tergantung kerana tiada rumusan
atau kesimpulan terhadap isu yang
dibincangkan.
 Perenggan penutup perlu ditulis dengan teliti
supaya rumusan, kesimpulan, harapan dan
penegasan terhadap isu dapat dikemukakan
dengan berkesan.
 Jangan masukan isi baharu dalam penutup.
65
Contoh Penutup: (Negatif)
Daripada huraian yang telah saya huraikan di atas,
ternyatalah…(isu)… dapat ditangani secara bijaksana
jika semua pihak dapat seia sekata dan sederap
melangkah dalam memahami isu ini. Sikap saling
menunding jari atau melihat kesalahan orang lain
bukalah jalan terbaik dan harus dielakkan. Peribahasa
Melayu ada menyatakan di mana ada kemahuan, di
situ ada jalan. Nah, sudah terang lagi bersuluh, apa
jua isu yang mendatang sudah tentu ada jalan
penyelesaiannya. Kita haruslah bersikap rasional dan
positif. Jalan penyelesaian yang konkrit yang
disepakati akan dapat menyelesaikan isu…..… dan
secara tidak langsung dapat melahirkan masyarakat
yang harmoni dan sejahtera.
66
Contoh Penutup: (positif)
Daripada huraian yang telah saya jelaskan di atas,
ternyatalah isu …. memberikan natijah yang baik
kepada diri kita dan juga masyarakat. Kita haruslah
bersikap rasional dan positif dalam membincangkan
isu ini. Jika kita dapat menyatukan idea untuk
memberi pendapat dalam isu ini, saya yakin natijah
yang baik dapat kita nikmati bersama. Pepatah
Melayu ada menyatakan bulat air kerana
pembetong, bulat manusia kerana muafakat.
Semoga kita akan terus menyokong isu …..… ini
dan secara tidak langsung dapat melahirkan
masyarakat yang berfikiran matang untuk terus
membangunkan negara.
67
Contoh Penutup:
Konklusinya, kita tidak mampu untuk hidup
bersendirian di atas muka bumi yang sejahtera ini.
Kehidupan yang sempurna dan harmoni hanya kita
perolehi apabila kita mempunyai jiran-jiran yang dapat
membantu kita dikala kita susah dan senang. Semangat
kejiranan yang kian menipis dalam masyarakat hari ini
hanya dapat ditangani apabila masyarakat sanggup
membuat anjakan paradigma dan berubah sikap. Sikap
mementingkan diri sendiri harus dikikis dari sanubari
bagi mewujudkan satu kelompok kejiranan yang dapat
merencanakan satu kehidupan yang baik. Pepatah yang
berbunyi bulat air kerana pembetong, bulat kata kerana
muafakat membuktikan kepentingan jiran dan kehidupan
bermasyarakat.
68
Contoh Penutup:
Daripada penjelasan di atas, ternyatalah ibu
bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam
memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan
yang baik. Tanggungjawab ini sewajarnya
dilaksanakan oleh ibu bapa dengan sempurna.
Kealpaan dan kelalaian ibu bapa akan meninggalkan
kesan kepada kesihatan anak-anak. Kita tidak mahu
sikap sudah terhantuk baru terngadah atau nasi
sudah menjadi bubur berlaku dalam kehidupan kita.
Penyesalan setelah berlaku sesuatu perkara tidak
mendatang apa-apa manfaat kepada kehidupan kita.
Ibu bapa harus memahami bahawa mencegah itu
adalah lebih baik daripada mengubati demi
melahirkan sebuah keluarga yang sihat dan sejahtera.
69
3 JENIS MANUSIA
ORANG YANG HARI INI
LEBIH BAIK DARI SEMALAM
ORANG YANG HARI INI
SAMA MACAM SEMALAM
ORANG YANG HARI INI
LEBIH TERUK DARI SEMALAM
70
‘KECEMERLANGAN,
KESEDERHANAAN ATAU
KEGAGALAN ADALAH PILIHAN
SENDIRI’
71
Rehatkan Minda
Kalau kita nak rasa apa yang org lain rasa
kita kena buat apa yang orang lain buat
72
TERIMA KASIH
HENDAK SERIBU DAYA,
MAHU SERIBU CARA.
KEBERKESANAN PERKONGSIAN ILMU INI
BERGANTUNG SEPENUHNYA KEPADA DIRI
ANDA SENDIRI.
YA! DIRI ANDA SENDIRI.
BUKANNYA PENCERAMAH
73
SELAMAT
BERJAYA
SEMOGA A
DI DALAM 74
75

More Related Content

What's hot

Panduan menjawab karangan spm
Panduan menjawab karangan spmPanduan menjawab karangan spm
Panduan menjawab karangan spm
Norazliah Ani
 
Panduan Karangan Perbincangan
Panduan Karangan PerbincanganPanduan Karangan Perbincangan
Panduan Karangan Perbincangan
guestba9f83e
 
Bm 1&2 percubaan spm zon 2010
Bm 1&2 percubaan spm zon 2010Bm 1&2 percubaan spm zon 2010
Bm 1&2 percubaan spm zon 2010
ABDUL TALIP OCHAR
 
Contoh kertas 1&2 BM PT3 2019
Contoh kertas 1&2 BM PT3 2019Contoh kertas 1&2 BM PT3 2019
Contoh kertas 1&2 BM PT3 2019
LatiSigub
 

What's hot (18)

Teknik menjawab 2017
Teknik menjawab  2017Teknik menjawab  2017
Teknik menjawab 2017
 
Panduan menjawab karangan spm
Panduan menjawab karangan spmPanduan menjawab karangan spm
Panduan menjawab karangan spm
 
Panduan Karangan Perbincangan
Panduan Karangan PerbincanganPanduan Karangan Perbincangan
Panduan Karangan Perbincangan
 
Pecutan akhir smksj
Pecutan akhir smksjPecutan akhir smksj
Pecutan akhir smksj
 
1 teknik menjawab kertas 1
1 teknik menjawab  kertas 11 teknik menjawab  kertas 1
1 teknik menjawab kertas 1
 
Teknik Menjawab Bahasa Melayu Kertas 1 SPM
Teknik Menjawab Bahasa Melayu Kertas 1 SPMTeknik Menjawab Bahasa Melayu Kertas 1 SPM
Teknik Menjawab Bahasa Melayu Kertas 1 SPM
 
B1 teknik menjawab kertas 1 bm 2015
B1 teknik menjawab kertas 1 bm 2015 B1 teknik menjawab kertas 1 bm 2015
B1 teknik menjawab kertas 1 bm 2015
 
Proses menghuraikan isi
Proses menghuraikan isiProses menghuraikan isi
Proses menghuraikan isi
 
Modul berfokus bm spm 2016 kertas 1
Modul berfokus bm  spm 2016 kertas 1Modul berfokus bm  spm 2016 kertas 1
Modul berfokus bm spm 2016 kertas 1
 
B1 teknik menjawab kertas 2 2015
B1 teknik menjawab kertas 2  2015B1 teknik menjawab kertas 2  2015
B1 teknik menjawab kertas 2 2015
 
Seminar Pecutan Akhir PTRS
Seminar Pecutan Akhir PTRSSeminar Pecutan Akhir PTRS
Seminar Pecutan Akhir PTRS
 
Skema Soalan Peperiksaan Bahasa Melayu Tingkatan 5 kertas 2
  Skema Soalan Peperiksaan  Bahasa Melayu Tingkatan 5 kertas 2  Skema Soalan Peperiksaan  Bahasa Melayu Tingkatan 5 kertas 2
Skema Soalan Peperiksaan Bahasa Melayu Tingkatan 5 kertas 2
 
Bm 1&2 percubaan spm zon 2010
Bm 1&2 percubaan spm zon 2010Bm 1&2 percubaan spm zon 2010
Bm 1&2 percubaan spm zon 2010
 
Seminar pecutan akhir ptrs
Seminar pecutan akhir ptrsSeminar pecutan akhir ptrs
Seminar pecutan akhir ptrs
 
Seminar spm 1
Seminar spm 1Seminar spm 1
Seminar spm 1
 
Contoh kertas 1&2 BM PT3 2019
Contoh kertas 1&2 BM PT3 2019Contoh kertas 1&2 BM PT3 2019
Contoh kertas 1&2 BM PT3 2019
 
Soalan Bahasa Melayu Kertas 2
Soalan Bahasa Melayu Kertas 2Soalan Bahasa Melayu Kertas 2
Soalan Bahasa Melayu Kertas 2
 
Soalan Percubaan SPM MRSM 2016
Soalan Percubaan SPM MRSM 2016Soalan Percubaan SPM MRSM 2016
Soalan Percubaan SPM MRSM 2016
 

Similar to Tip kolej sas kertas 1

Sosialisasi-Panduan-pengabdian-Edisi-XII-Univ-Telkom-Bandung-F.pptx
Sosialisasi-Panduan-pengabdian-Edisi-XII-Univ-Telkom-Bandung-F.pptxSosialisasi-Panduan-pengabdian-Edisi-XII-Univ-Telkom-Bandung-F.pptx
Sosialisasi-Panduan-pengabdian-Edisi-XII-Univ-Telkom-Bandung-F.pptx
Didik56
 
Skema bm 2 percubaan stpm 2012
Skema bm 2 percubaan stpm 2012Skema bm 2 percubaan stpm 2012
Skema bm 2 percubaan stpm 2012
Nur faizah Baharin
 
AKM SD KAB SEMARANG (31 AGUSTUS).pptx
AKM SD KAB SEMARANG  (31 AGUSTUS).pptxAKM SD KAB SEMARANG  (31 AGUSTUS).pptx
AKM SD KAB SEMARANG (31 AGUSTUS).pptx
DwiKaryani4
 

Similar to Tip kolej sas kertas 1 (20)

1 teknik menjawab kertas 1
1 teknik menjawab  kertas 11 teknik menjawab  kertas 1
1 teknik menjawab kertas 1
 
1 teknik menjawab kertas 1
1 teknik menjawab  kertas 11 teknik menjawab  kertas 1
1 teknik menjawab kertas 1
 
2 teknik menjawab kertas 2
2 teknik menjawab  kertas 22 teknik menjawab  kertas 2
2 teknik menjawab kertas 2
 
Latihan kertas 1
Latihan kertas 1Latihan kertas 1
Latihan kertas 1
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 
Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM
Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPMTeknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM
Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM
 
Bm
BmBm
Bm
 
Strategi Berbagi Praktik Baik .pptx
Strategi Berbagi Praktik Baik .pptxStrategi Berbagi Praktik Baik .pptx
Strategi Berbagi Praktik Baik .pptx
 
Taklimat Pengetua - Mesyuarat Guru 1_2010 SMTJB
Taklimat Pengetua - Mesyuarat Guru 1_2010 SMTJBTaklimat Pengetua - Mesyuarat Guru 1_2010 SMTJB
Taklimat Pengetua - Mesyuarat Guru 1_2010 SMTJB
 
Kurikulum 2013
Kurikulum 2013Kurikulum 2013
Kurikulum 2013
 
6. Strategi Berbagi Praktik Baik.pptx
6. Strategi Berbagi Praktik Baik.pptx6. Strategi Berbagi Praktik Baik.pptx
6. Strategi Berbagi Praktik Baik.pptx
 
Keselarasan kurikulum 2013 smk dengan dunia kerja web
Keselarasan kurikulum 2013  smk dengan dunia kerja webKeselarasan kurikulum 2013  smk dengan dunia kerja web
Keselarasan kurikulum 2013 smk dengan dunia kerja web
 
Keselarasan kurtilas dengan dunia kerja
Keselarasan kurtilas dengan dunia kerjaKeselarasan kurtilas dengan dunia kerja
Keselarasan kurtilas dengan dunia kerja
 
Sosialisasi-Panduan-pengabdian-Edisi-XII-Univ-Telkom-Bandung-F.pptx
Sosialisasi-Panduan-pengabdian-Edisi-XII-Univ-Telkom-Bandung-F.pptxSosialisasi-Panduan-pengabdian-Edisi-XII-Univ-Telkom-Bandung-F.pptx
Sosialisasi-Panduan-pengabdian-Edisi-XII-Univ-Telkom-Bandung-F.pptx
 
PRESENTASI P5 (1).pptx
PRESENTASI P5 (1).pptxPRESENTASI P5 (1).pptx
PRESENTASI P5 (1).pptx
 
1. PPT - Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pdf
1. PPT - Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pdf1. PPT - Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pdf
1. PPT - Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pdf
 
Pengembangan Pembelajaran Numerasi_2021_REVISI.pptx
Pengembangan Pembelajaran Numerasi_2021_REVISI.pptxPengembangan Pembelajaran Numerasi_2021_REVISI.pptx
Pengembangan Pembelajaran Numerasi_2021_REVISI.pptx
 
Penilaian HOTS SMK.pptx
Penilaian HOTS SMK.pptxPenilaian HOTS SMK.pptx
Penilaian HOTS SMK.pptx
 
Skema bm 2 percubaan stpm 2012
Skema bm 2 percubaan stpm 2012Skema bm 2 percubaan stpm 2012
Skema bm 2 percubaan stpm 2012
 
AKM SD KAB SEMARANG (31 AGUSTUS).pptx
AKM SD KAB SEMARANG  (31 AGUSTUS).pptxAKM SD KAB SEMARANG  (31 AGUSTUS).pptx
AKM SD KAB SEMARANG (31 AGUSTUS).pptx
 

More from Kementerian Pelajaran Malaysia

More from Kementerian Pelajaran Malaysia (20)

Teknik Menukarkan Bahasa Melayu Standard.pdf
Teknik Menukarkan Bahasa Melayu Standard.pdfTeknik Menukarkan Bahasa Melayu Standard.pdf
Teknik Menukarkan Bahasa Melayu Standard.pdf
 
TIPS Menjelang Peperiksaan.pptx
TIPS Menjelang Peperiksaan.pptxTIPS Menjelang Peperiksaan.pptx
TIPS Menjelang Peperiksaan.pptx
 
Sinopsis leftenan adnan
Sinopsis leftenan adnanSinopsis leftenan adnan
Sinopsis leftenan adnan
 
Sinopsis novel tirani
Sinopsis novel tiraniSinopsis novel tirani
Sinopsis novel tirani
 
Karangan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
Karangan   memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaanKarangan   memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
Karangan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
 
Rangka karangan cara mengatasi masalah remaja
Rangka karangan cara mengatasi masalah remajaRangka karangan cara mengatasi masalah remaja
Rangka karangan cara mengatasi masalah remaja
 
Karangan permainan tradisional 2020
Karangan permainan tradisional 2020Karangan permainan tradisional 2020
Karangan permainan tradisional 2020
 
Karangan peranan sekolah memupuk budaya penyayang
Karangan peranan sekolah memupuk budaya penyayangKarangan peranan sekolah memupuk budaya penyayang
Karangan peranan sekolah memupuk budaya penyayang
 
Karangan peranan ibu bapa mengatasi masalah disiplin
Karangan peranan ibu bapa mengatasi masalah disiplinKarangan peranan ibu bapa mengatasi masalah disiplin
Karangan peranan ibu bapa mengatasi masalah disiplin
 
Karangan pengangkutan awam
Karangan pengangkutan awamKarangan pengangkutan awam
Karangan pengangkutan awam
 
Karangan hikmah di sebalik covid
Karangan hikmah di sebalik covidKarangan hikmah di sebalik covid
Karangan hikmah di sebalik covid
 
Gurindam 12 fasal ketiga
Gurindam 12 fasal ketigaGurindam 12 fasal ketiga
Gurindam 12 fasal ketiga
 
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
 
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remajaKepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
 
B7 novel
B7 novelB7 novel
B7 novel
 
B6 tatabahasa (peribahasa)
B6 tatabahasa (peribahasa)B6 tatabahasa (peribahasa)
B6 tatabahasa (peribahasa)
 
B5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
B5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasaB5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
B5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
 
B4 kesalahan ejaan dan imbuhan
B4 kesalahan ejaan dan imbuhanB4 kesalahan ejaan dan imbuhan
B4 kesalahan ejaan dan imbuhan
 
B3 sintaksis (menukarkan ayat)
B3 sintaksis (menukarkan ayat)B3 sintaksis (menukarkan ayat)
B3 sintaksis (menukarkan ayat)
 
B2 morfologi (membina ayat)
B2 morfologi (membina ayat)B2 morfologi (membina ayat)
B2 morfologi (membina ayat)
 

Recently uploaded

Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
SEMUELSAMBOKARAENG
 
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptxPRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
muhammadyudiyanto55
 

Recently uploaded (20)

Repi jayanti_2021 B_Analsis Kritis Jurnal
Repi jayanti_2021 B_Analsis Kritis JurnalRepi jayanti_2021 B_Analsis Kritis Jurnal
Repi jayanti_2021 B_Analsis Kritis Jurnal
 
Sejarah dan Perkembangan Agama Hindu.pptx
Sejarah dan Perkembangan Agama Hindu.pptxSejarah dan Perkembangan Agama Hindu.pptx
Sejarah dan Perkembangan Agama Hindu.pptx
 
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptxPPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
 
Lidia_Lidia_2021B_Analisis Kritis Jurnal
Lidia_Lidia_2021B_Analisis Kritis JurnalLidia_Lidia_2021B_Analisis Kritis Jurnal
Lidia_Lidia_2021B_Analisis Kritis Jurnal
 
Nor Azizah_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Nor Azizah_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdfNor Azizah_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Nor Azizah_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
 
RENCANA + Link2 MATERI Training _PEMBEKALAN Kompetensi_PENGELOLAAN PENGADAAN...
RENCANA + Link2 MATERI  Training _PEMBEKALAN Kompetensi_PENGELOLAAN PENGADAAN...RENCANA + Link2 MATERI  Training _PEMBEKALAN Kompetensi_PENGELOLAAN PENGADAAN...
RENCANA + Link2 MATERI Training _PEMBEKALAN Kompetensi_PENGELOLAAN PENGADAAN...
 
1. Standar Operasional Prosedur PPDB Pada paud
1. Standar Operasional Prosedur PPDB Pada paud1. Standar Operasional Prosedur PPDB Pada paud
1. Standar Operasional Prosedur PPDB Pada paud
 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
 
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdfSapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
 
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawasPrensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
 
Bukti dukung E kinerja kepala sekolah.pdf
Bukti dukung E kinerja  kepala sekolah.pdfBukti dukung E kinerja  kepala sekolah.pdf
Bukti dukung E kinerja kepala sekolah.pdf
 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka - abdiera.com
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka - abdiera.comModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka - abdiera.com
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka - abdiera.com
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA (PPKN) KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA (PPKN) KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA (PPKN) KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA (PPKN) KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptxPRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
 
Teori Profetik Kuntowijoyo (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
Teori Profetik Kuntowijoyo (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)Teori Profetik Kuntowijoyo (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
Teori Profetik Kuntowijoyo (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
 
Solusi dan Strategi ATHG yang di hadapi Indonesia (Kelas 11).pptx
Solusi dan Strategi ATHG yang di hadapi Indonesia (Kelas 11).pptxSolusi dan Strategi ATHG yang di hadapi Indonesia (Kelas 11).pptx
Solusi dan Strategi ATHG yang di hadapi Indonesia (Kelas 11).pptx
 
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docxForm B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
 
AKSI NYATA PENYEBARAN PEMAHAMAN MERDEKA BELAJAR
AKSI NYATA PENYEBARAN PEMAHAMAN MERDEKA BELAJARAKSI NYATA PENYEBARAN PEMAHAMAN MERDEKA BELAJAR
AKSI NYATA PENYEBARAN PEMAHAMAN MERDEKA BELAJAR
 
KERAJINAN DARI BAHAN LIMBAH BERBENTUK BANGUN RUANG
KERAJINAN DARI BAHAN LIMBAH BERBENTUK BANGUN RUANGKERAJINAN DARI BAHAN LIMBAH BERBENTUK BANGUN RUANG
KERAJINAN DARI BAHAN LIMBAH BERBENTUK BANGUN RUANG
 

Tip kolej sas kertas 1

  • 1. Bengkel SPM 2019 Bahasa Melayu PELAJAR GALUS SMK SIJANGKANG JAYA BANTING SELANGOR. 07 OGOS 2019 1
  • 3. 3
  • 4. 4
  • 5. Wahai anakku ;  Pinjamkan seketika telinga dan matamu – untuk melihat dan mendengar bicara saya hari ini  Pinjamkan hatimu untuk berada dalam majlis ini.  Pinjamkan akal dan mindamu untuk memastikan ilmu melekat dalam dirimu 5
  • 6. TEKNIK MENJAWAB Bahasa Melayu SPM 2019 Guru Anda ; SAHARUDDIN BIN ABDULLAH Guru Bahasa Melayu SMK Sijangkang Jaya. saharuddinabdullah81@yahoo.com Saharuddin-abdullah.blogspot.com www.slideshare.net/ckgdin Ckgsaha@twiter 6
  • 7.  Berasal dari Temerloh, Pahang. Pendidikan :  IPSI – Tg Malim – 1989 – 1992  UPM – PBMP 1997 – 2000. Perkhidmatan :  SK Kuala Krau ;1992 – 1997  SK Kanchong Darat ; 1998 – 2001  SMK Sijangkang Jaya ; 2002 – 2019 Penghargaan :  1996, 2004, 2008 (GC), 2013 .  Anugerah IKON Kurikulum Daerah.  Tak Kenal Maka Tak Cinta. 7
  • 8. Pengalaman Memberi Ceramah. Ø Bersama anak-anak petani Sabak Bernam. Ø Bersama anak-anak Sime Darby Se Malaysia. Ø Bersama anak-anak orang Asli seluruh Selangor. Ø Program Tahunan dengan MITIB, Selangor. Ø Program Tahunan dengan Maahad Al Ahmadi. Ø Program dengan Masjid At Taqwa. Ø Pecutan Akhir bersama PTRS negeri Selangor. Ø Program Pecutan Akhir bersama MSU, USIM, SEGI, KUIS q Penglibatan Dalam Bidang Bahasa. Ø JK Teknikal Penerbitan Buku Teks 2010 – 2019 Ø JU Kebangsaan Literasi Bacaan PISA, BPK, KPM Ø JU Kebangsaan KBAT, Ø Edu Web TV, Bahagian Teknologi Pendidikan 2006 – 2015 Ø Penulis Pembelajaran Maya Bahasa Melayu dengan Pencil.Com 2010. . 8
  • 10. 10
  • 11. Menjulang Kejayaan Soalan KBAT Apa yang boleh diperkatakan ?11
  • 12. Anda Perlu Tahu Pelajar Cemerlang :  Kertas 1.(130 markah) 100 (130) / 280 = 36 markah  Kertas 2. (110 markah) 90 (110)/ 280 = 32 markah  Kertas 3. (40 markah) 40 (40) / 280 = 14 markah  Jumlah 82 markah : ( Gred A ) 12
  • 13. Contoh Karangan Terbaik T = Menepati tugasan I = Relevan, Matang, B = Ayat Gramatis, Kosa Kata Luas P = Menarik 13
  • 14. 14
  • 15. SPM (1103 / 1) Kertas 1 Masa : 2 Jam 15 minit 15
  • 17. Karangan Mestilah Mempunyai BAHAGIAN B:  1 PERENGGAN PENDAHULUAN.  5 PERENGGAN ISI.  1 PERENGGAN PENUTUP >350PP Bahagian A :  1 PERENGGAN PENDAHULUAN  3/4 PERENGGAN ISI  1 PERENGGAN PENUTUP 250PP
  • 18. Bentuk Soalan Bahagian A a) Gambar foto / Ilustrasi b) Ilustrasi kartun c) Pelan / Peta d) Iklan e) Petikan f) Gambar Rajah g) Dialog / Catatan 18
  • 19. BAHAGIAN B : KARANGAN UMUM Keperluan SPM Pembahagian soalan : 1. Dimensi diri/individu/remaja. 2. Dimensi keluarga 3. Dimensi masyarakat/kerajaan/ negara. 4. Dimensi Serantau/Global/ Antarabangsa 5. Dimensi Komsas 19
  • 21. Karangan berpandu yang cemerlang memenuhi syarat-syarat yang berikut:- a) Memenuhi dan menepati kehendak arahan soalan b) Mempunyai isi-isi penting yang cukup c) Mempunyai idea yang tersusun iaitu isi yang penting didahulukan dan isi yang kurang penting dikemudiankan d) Mempunyai perenggan yang padu dengan isi , huraian, serta contoh yang sesuai e) Menggunakan kosa kata mengikut laras bahasa yang betul f) Menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul 21
  • 22. PERINGATAN !!! Karangan yang lengkap dengan segala isi penting tetapi susunan yang tidak teratur hingga menyebabkan gaya dan pengolahan kurang lancar akan menyebabkan markah tidak dapat diberi pada peringkat cemerlang kerana cacat dari aspek gaya persembahan dan kelancaran 22
  • 23. Langkah-langkah Menjawab Soalan: 1. Membaca arahan soalan. 2. Kenal pasti bentuk soalan - format atau tidak berformat. 3. Kenal pasti - isu positif @ negatif. 4. Kenal pasti ISU dan FOKUS. 5. Membina rangka karangan. 6. Membina pendahuluan. 7. Menghuraikan isi-isi karangan. 8. Membina penutup. 23
  • 24. 1. Mengenal pasti arahan dan kehendak soalan  Baca arahan dengan jelas dan teliti.  Kenal pasti isu dan fokus soalan. 24
  • 25. CONTOH SOALAN  Huraikan pendapat anda tentang langkah- langkah menjaga keselamatan di jalan raya. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.  Pematuhan undang-undang jalan raya.  Penyelenggaraan kenderaan.  Penguatkuasaan undang-undang. 25
  • 26. CONTOH SOALAN RANGSANGAN  Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk memajukan sektor pelancongan negara kita. (MRSM)  Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk memajukan sektor pelancongan negara kita. (MRSM)  Mewartakan kawasan pelancongan baharu.  Meningkatkan prasarana  Mempromosikan produk pelancongan 26
  • 27. CONTOH SOALAN RANGSANGAN  Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah mempunyai hobi memancing pada waktu lapang. (KELANTAN)  Huraikan pendapat anda tentang faedah- faedah mempunyai hobi memancing pada waktu lapang. (KELANTAN)  Mengeratkan hubungan masyarakat.  Menghilangkan tekanan / stres  Mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah. 27
  • 28. CONTOH SOALAN RANGSANGAN  Huraikan pendapat anda tentang persediaan- persediaan yang diperlukan oleh seseorang sebelum memasuki alam pekerjaan. Huraikan pendapat anda tentang persediaan- persediaan yang diperlukan oleh seseorang sebelum memasuki alam pekerjaan.  Kelulusan akademik yang sesuai.  Kemahiran menguasai pelbagai bahasa  Kemahiran berkomunikasi 28
  • 29. CONTOH SOALAN UMUM Minat membaca dalam kalangan remaja belum mencapai tahap yang memuaskan. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk menggalakkan anak mereka membaca karya- karya ilmiah agar dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu. Nyatakan usaha-usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk mencapai hasrat tersebut. 29
  • 30. CONTOH SOALAN UMUM Minat membaca dalam kalangan remaja belum mencapai tahap yang memuaskan. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk menggalakkan anak mereka membaca karya-karya ilmiah agar dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu. Nyatakan usaha-usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk mencapai hasrat tersebut. 30
  • 31. CONTOH SOALAN UMUM Belakangan ini semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan remaja. Anda sebagai penceramah undangan diminta menyampaikan ceramah tentang “Kepentingan Menerapkan Semangat Patriotik dalam Kalangan Remaja”. Tulis ceramah tersebut selengkapnya. 31
  • 32. CONTOH SOALAN UMUM Belakangan ini semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan remaja. Anda sebagai penceramah undangan diminta menyampaikan ceramah tentang “Kepentingan Menerapkan Semangat Patriotik dalam Kalangan Remaja”. Tulis ceramah tersebut selengkapnya. 32
  • 33. CONTOH SOALAN UMUM Kegiatan jenayah yang semakin meningkat di negara kita membimbangkan orang ramai. Huraikan tindakan-tindakan yang boleh diambil oleh pelbagai pihak untuk menangani masalah ini. 33
  • 34. CONTOH SOALAN UMUM Kegiatan jenayah yang semakin meningkat di negara kita membimbangkan orang ramai. Huraikan tindakan-tindakan yang boleh diambil oleh pelbagai pihak untuk menangani masalah ini. 34
  • 35. Memahami Kehendak Soalan  Rangka Karangan SPM 2019 kemaskini.pptx
  • 36. 2. Membina rangka karangan…mengapa ?  Mengelakkan isi penting tidak disusun mengikut keutamaan.  Mengelak karangan daripada terpesong atau menyimpang.  Mengelak isi sama daripada berulang.  Mengelakkan daripada terputus idea.  Memastikan masa mengarang dapat dijimatkan.  Rangka mesti mengandungi pendahuluan, isi penting dan penutup. 36
  • 37. Rangka Karangan (Ciri Remaja Memilik Jati Diri Yang Kukuh) Pendahuluan – Jati diri sangat penting dalam membina kehidupan yang cemerlang – Jati diri dapat menangkis gejala negatif yang cuba merosakkan kehidupan – peribahasa pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara 1)Mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang – Intelek boleh mencorak tamadun bangsa dan membina kehidupan yang lebih baik. 2)Mempunyai kesihatan mental dan fizikal yang sempurna – membolehkan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan remaja negara maju – amalan gaya hidup sihat. 3)Memiliki etika dan personality yang luhur – suntikan agama dan nilai moral yang luhur sejak kecil – melakukan kerja amal supaya disanjung oleh masayarakat. 4)Kreatif dan inovatif untuk memacu kecemerlangan negara – menggunakan minda - berani mencuba dan mencipta sesuatu yang baharu – mempelajari bidang TMK sesuai dengan situasi semasa. Penutup – Remaja harus memandang jauh ke hadapan – mengelakkan diri daripada terlibat dalam permasalahan sosial yang boleh memusnahkan masa depan negara – bersatu hati dan seia sekata membangunkan negara. Ciri Remaja Memilik Jati Diri Yang Kukuh.docx 37
  • 38. Contoh : Rangka Karangan (memupuk semangat kejiranan) Pendahuluan - Semangat kejiranan semakin terhakis dalam diri masyarakat – bersikap - bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing – sibuk dengan kerjaya – mengejar kemewahan hidup. 1)Menganjurkan festival rakyat – meliputi pelbagai lapisan masyarakat setempat – pengadakan pelbagai aktiviti. 2)Mengadakan majlis rumah terbuka sempena perayaan – dapat mengenali jiran dengan lebih dekat – amalan ziarah. 3)Mengadakan program gotong rotong menceriakan kemudahan / prasarana awam – bekerjasama untuk memajukan kawasan setempat. 4)Menghadiri aktiviti sosial – kenduri kahwin, kematian, kemalangan – memupuk rasa seia dan sekata dalam hidup Penutup – semua pihak harus bekerjasama mewujudkan semangat kejiranan – bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat, 38
  • 39. Contoh : Rangka Karangan (Faedah Penganjuran SukanAnt) Pendahuluan – sukan bukan sekadar aktiviti untuk keceragasan diri tetapi boleh memberikan manfaat daripada sudut sosial, ekonomi dan politik – serampang dua mata – badan sihat, minda cerdas. 1)Memperkenalkan Malaysia ke negara luar – negara kita dapat dikenali diperingkat antarabangsa – F1, squasy, badminton, hoki – kemudahan bertaaf dunia. 2)Menambahkan pendapatan negara – kehadiran pelancong untuk menonton –pengaliran masuk wang – pengangkutan, penginapan, membeli belah. 3)Merapatkan hubungan antara negara peserta – hubungan sosial dapat diwujudkan untuk mengenali antara satu sama lain – dapat berkongsi idea, pendapat untuk kebaikan. Penutup – semua pihak perlu memberi sokongan agar penganjuran dapat dilaksanakan dengan jayanya – kecemerlangan mampu meletakkan imej negara di persada dunia – duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara lain. 39
  • 40. 3. Menulis Perenggan Pendahuluan  Pendahuluan merupakan pintu gerbang bagi sesuatu karangan.  Pemeriksa akan dapat membuat tanggapan pertama melalui penulisan pendahuluan.  Pendahuluan yang menarik akan berjaya menambat hati pemeriksa.  Pendahuluan yang hambar pula akan mematikan minat pemeriksa.  Pendahuluan yang dibina mestilah berkisar tentang isu yang dkemukakan dalam soalan. 40
  • 41. Apa perlu ada dalam pendahuluan ? Ayat semasa Ayat isu Ayat pandangan Ayat ungkapan menarik Ayat fokus 41 Apa Teknik Anda Gunakan ????
  • 42. Menulis Pendahuluan Jenis-jenis Pendahuluan.  Berbentuk Soalan/Persoalan.  Berbentuk Definisi  Berbentuk fakta  Bentuk sejarah.  Bentuk suasana  Bentuk peribahasa  Bentuk puisi  Bentuk gabungan  Petikan tokoh 42
  • 43. Pendahuluan Definisi (Langkah-langkah Mengatasi Pembalakan Haram) Pembalakan boleh didefinisikan sebagai kerja-kerja atau usaha-usaha penebangan hutan untuk menghasilkan kayu dengan cara menebang pokok-pokok besar, memotong dahan-dahan pokok dan sebagainya. Pembalakan boleh diklasifikasikan kepada dua jenis, iaitu pembalakan sah dan pembalakan haram. Pembalakan sah merupakan aktiviti membalak yang sah di sisi undang-undang kerana telah mendapat kebenaran dan dokumen daripada kerajaan. Sebaliknya pembalakan harap merupakan kegiatan membalak yang dijalankan secara haram. Akibat pembalakan haram, jumlah kawasan hutan di negara kita semakin berkurangan. Oleh itu, langkah-langkah konkrit perlu diambil untuk membendung kegiatan ini. 43
  • 44. Pendahuluan Persoalan. ( Cara-cara mengatasi masalah keganasan rumah tangga ) Pembangunan negara kita semakin pesat dan rancak. Namun demikian, isu keganasan rumah tangga yang merupakan penyakit sosial semakin gawat melanda negara kita. Gejala ini ibarat “duri dalam daging” Apakah yang dimaksudkan dengan keganasan rumah tangga? Apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya masalah sosial ini? Siapakah yang harus dipersalahkan? Ke manakah hilangnya nilai-nilai kemanusiaan kita? Mengapakah usaha-usaha yang telah dijalankan selama ini gagal mencari jalan penyelesaian untuk menangani gejala ini? Apakah rencah yang terbaik untuk membanteras penyakit sosial yang rumit ini? Inilah persoalan yang harus dijadikan renungan dan perbincangan kita.. 44
  • 45. Pendahuluan Fakta (Cara-cara Menangani Masalah Ponteng Sekolah) Dasawarsa ini, gejala ponteng sekolah kian menjadi-jadi dan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. Gejala ini kian sukar untuk dibendung. Kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mendapati kira-kira 15 % pelajar terlibat dalam gejala ponteng sekolah setiap hari. Angka ini sangat menggerunkan semua pihak. Kerjasama dan komitmen daripada semua pihak, sama ada ibu bapa, pihak sekolah, masyarakat, media massa dan pihak berkuasa sangat diperlukan untuk menangani isu ini. Kita tidak mahu, fenomena ini menjadi lebih parah dan boleh menjejaskan proses pembentukan insan yang sempurna. Cara-cara menangani gejala ini akan saya huraikan dalam huraian berikutnya. 45
  • 46. Pendahuluan Peribahasa. (Unsur Budi Bahasa dalam cerpen yang anda baca) Orang Melayu memang kaya dengan peribahasa yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan. Antara peribahasa yang menggambarkan seseorang yang tidak mengenang budi dan jasa ialah “seperti kacang lupakan kulit” dan seperti “ulat lupakan daun”. Peribahasa “ seperti kacang lupakan kulit” bermaksud seseorang yang lupa akan jasa orang yang menolongnya setelah menikmati kesenangan. Oleh itu, sikap seperti ini perlu dikikis dalam hidup kita. Kita haruslah sentiasa menghargai dan berterima kasih atas segala jasa, pertolongan, dan pengorbanan orang lain kepada kita. Orang yang mengamalkan prinsip hidup “seperti kacang lupakan kulit” tidak akan hidup bahagia, sama ada di dunia mahupun di akhirat. 46
  • 47. Pendahuluan Sejarah. (Usaha-usaha Memartabatkan Bahasa Melayu) Malaysia dan Nusantara mempunyai bahasanya yang tersendiri iaitu bahasa Melayu. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perhubungan atau “lingua franca’ sejak lebih 600 tahun yang lalu, lebih lama daripada bahasa Inggeris yang hanya bermula pada pertengahan kurun ke-16. Sejak tahun 1955, bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai Bahasa Kebangsaan atau bahasa rasmi negara sejak merdeka. Pada tahun 1957, iaitu selepas merdeka, bahasa Melayu diisytiharkan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang termaktub dalam perlembagaan. Semua anggota masyarakat sewajarnya sederap melangkah dan berusaha memartabatkan Bahasa Melayu. 47
  • 48. Pendahuluan Gabungan Boleh juga menggunakan pendahuluan gabungan seperti;  Definisi sesuatu persoalan  Isu-isu semasa tentang sesuatu tajuk.  Pendapat/pandangan tokoh/ pandangan umum.  Pendapat peribadi berkenaan tajuk karangan. 48
  • 49. Contoh Pendahuluan Gabungan - Tajuk Vandalisme ‘Tiga Buah Pondok Telefon Dibakar’, ‘Sampah Sarap Bertaburan di Pusat Rekreasi’, dan ‘Tandas Awam Diconteng dengan Kata-kata Lucah’. Begitulah antara tajuk berita yang dipaparkan di media massa. Sejak belakangan ini gejala vandalisme semakin berleluasa dalam masyarakat kita. Masalah sosial ini tidak pernah lari daripada kamus kehidupan masyarakat ekoran arus pemodenan yang semakin rancak. Di sana-sini, kemudahan awam dirosakkan oleh segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan singkat akalnya. Persoalannya, mengapakah hal ini terjadi? Adakah pembangunan dan kemajuan negara terpaksa mengorbankan kemudahan awam? Siapakah yang harus dipersalahkan? Oleh itu kerjasama daripada semua pihak amatlah diperlukan agar fenomena ini tidak semakin gawat. Janganlah kita hanya bertindak apabila suasana menjadi lebih teruk. Sikap sudah terhantuk baru tengadah tidak harus dijadikan amalan dalam hidup kita. 49
  • 50. Pendahuluan Suasana. (Punca-punca Gejala Buli dalam Kalangan Pelajar) Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pembunuhan seorang murid berusia tujuh tahun yang dilakukan oleh pelajar berusia 13 tahun. Sebelum itu, media masa melaporkan tentang kejadian sebuah sekolah di Alam Shah dan Rawang yang dibakar oleh pelajar yang diambil tindakan oleh guru disiplin. Kes terkini yang kita ketahui ialah tentang kematian pelajar di sebuah sekolah berasrama di Negeri Sembilan. Apabila sesuatu berita itu disiarkan oleh media massa, masyarakat begitu terkejut, gempar dan mahu masalah itu ditangani dengan segera. Walau apapun tindakan yang dilakukan, perkara tersebut sudah berlaku dan menggambarkan kegawatan disiplin sekolah. Punca kejadian ini harus diselusuri agar langkah menangani dapat diambil tindakan segera 50
  • 51. 51
  • 52. Contoh Pendahuluan: (isu negatif) Dalam era ledakan teknologi maklumat hari ini, isu …… kerap kali terpampang di dada-dada akhbar atau tersiar dalam media elektronik. Isu … ini bukan sahaja menjadi bualan masyarakat sama ada di warung- warung kopi, di jabatan-jabatan kerajaan malahan telah mendapat perhatian oleh pemimpin pemimpin masyarakat. Persoalannya, mengapakah isu ini berlaku? Hal ini perlu diambil perhatian serius oleh semua pihak dan jalan penyelesaian harus dicari untuk merungkaikan kebimbangan masyarakat terhadap isu ini. Sikap lepas tangan atau ambil mudah akan menyebabkan isu ini akan terus bernanah dan menjadi pekung yang sukar untuk dibendung…(fokus) ini akan saya jelaskan dalam huraian berikutnya. 52
  • 53. Contoh Pendahuluan: Dalam era langit terbuka / globalisasi / pasca kemerdekaan hari ini, isu …… kerap kali terpampang di dada-dada akhbar atau tersiar dalam media elektronik. Isu … ini telah menjadi bualan masyarakat diseluruh pelosok negara dan turut diperdebatkan dalam kalangan ahli politik. Persoalannya, mengapakah isu ini berlaku? Di mana silapnya ?Hal ini perlu diambil perhatian serius oleh semua pihak yang terbabit dan jalan penyelesaian harus dicari untuk merungkaikan kebimbangan masyarakat terhadap isu ini. Sikap lepas tangan atau ambil mudah akan menyebabkan isu ini akan terus bernanah dan menjadi pekung yang sukar untuk dibendung…(fokus) ini akan saya jelaskan dalam huraian berikutnya. 53
  • 54. Contoh Isu - negatif  Kesan-kesan Pencemaran Alam Sekitar.  Punca-Punca Pembuangan Bayi.  Kesan-kesan Penderaan Kanak-kanak.  Punca-punca Kemalangan Jalan Raya.  Kesan-kesan Keruntuhan Institusi Keluarga.  Cara-cara Mengatasi Penyakit Berjangkit.  Punca-punca Masalah Disiplin Pelajar.  Punca-punca Masalah Sosial Remaja.  Keburukan Telefon Bimbit / Internet kepada Pelajar  Punca-punca pelajar ponteng sekolah. 54
  • 55. Contoh Pendahuluan: (isu positif) Dalam era dunia tanpa sempadan hari ini, isu …… kerap kali terpampang di dada-dada akhbar atau tersiar dalam media elektronik. Isu … ini bukan sahaja menjadi bualan masyarakat di warung-warung kopi, di jabatan-jabatan kerajaan malahan telah mendapat perhatian oleh pemimpin pemimpin masyarakat. Persoalannya, apakah kepentingan isu ini kepada kita? Kita sewajarnya ambil cakna terhadap isu ini dan menggabungkan usaha untuk turut serta memberikan pendapat. Pepatah Melayu ada menyatakan seikat bak sirih dan serumpun bak serai. Ini menggambarkan perlunya kesepaduan idea untuk kita memikirkannya. . …(fokus) ini akan saya jelaskan dalam huraian berikutnya. 55
  • 56. Contoh Isu: (positif)  Kepentingan Pendidikan kepada Rakyat dan Negara.  Industri Makanan Tradisional Penting untuk Negara.  Amalan Gaya Hidup Sihat  Peranan Ibu Bapa untuk Melahirkan Keluarga Bahagia.  Kebaikan Amalan Menabung dalam Kalangan Remaja.  Langkah-langkah untuk Memupuk Budaya Membaca dalam Kalangan Pelajar  Peranan Pihak Berkuasa untuk Memajukan Sektor Pertanian. 56
  • 57. 4. Menulis Perenggan Isi  Karangan berpandu – dicadangkan supaya menulis 3 @ 4 perengan isi - rujuk rangsangan.  Karangan umum - Dicadangkan 5 isi  Gunakan isi yang diberi sepenuhnya.  Perenggan isi mestilah mempunyai isi utama, ayat huraian, ayat contoh, ayat kesan dan ayat penegasan.  Setiap ayat yang dibina perlulah mempunyai kesinambungan antara satu dengan yang lain.  Kesinambungan dan pertautan perenggan juga sangat penting untuk menghasilkan karangan yang baik. 57
  • 58. 4. Menulis Perenggan Isi  Setiap perenggan perlu mempunyai panjang yang hampir sama.  Bagi memantapkan isi karangan, calon perlu memasukkan peribahasa, ungkapan, kata-kata hikmat, pantun, petikan kata-kata dan sebagainya.  Bahasa haruslah jelas, tepat dan dapat menjelaskan isi karangan yang ditulis.  Ayat mestilah gramatis, menggunakan penanda wacana dan tanda baca yang sesuai.  Huraian isi - gunakan formula 4W 1 H (apa, dimana, bila, kenapa dan bagaimana) 58
  • 59. HURAIAN ISI  Isi utama (masukan isu & fokus soalan) Ayat huraian (bagaimana @ mengapa) Ayat contoh. Ayat kesan (kesannya, implikasi, impak, natijah...) Ayat penegasan (ternyatalah, terbuktilah, jelaslah, sudah terang lagi bersuluh, konklusinya, ...)
  • 60. Huraian isi karangan 60 Isi utama ( isu + fokus ) Antara langkah menjaga keselamatan di jalan raya ialah pematuhan kepada undang-undang jalan raya. Ayat huraian * bagaimana ? * mengapa ? (Bagaimana) Hal ini kerana, undang-undang digubal dan dipinda untuk memastikan pengguna tidak mendapat kecelakaan ketika berada di jalan raya. (Mengapa) Oleh itu, Pengguna perlulah mematuhi semua peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan demi keselamatan diri sendiri dan juga pengguna yang lain Ayat contoh Antara pematuhan undang yang perlu diberi perhatian ialah berkaitan dengan had laju, memakai tali pinggang keselamatan, tidak menggunakan telefon bimbit dan sebagainya Ayat kesan Implikasi, impak, kesan, natijah... Kesannya, kadar kemalangan dapat dikurangkan. Peribahasa Melayu ada mengingatkan kita bahawa malang tidak berbau Ayat penegasan jelaslah, terbuktilah, ternyatalah, konklusinya, sudah terang lagi Jelaslah bahawa dengan pematuhan undang-undang, kita dapat menjaga keselamatan di jalan raya.
  • 61. CONTOH HURAIAN ISI Langkah-langkah Menjaga Keselamatan di Jalan Raya.  Antara langkah menjaga keselamatan di jalan raya ialah pematuhan kepada undang-undang jalan raya. Hal ini kerana, undang-undang digubal dan dipinda untuk memastikan pengguna tidak mendapat kecelakaan ketika berada di jalan raya. Oleh itu, pengguna perlulah mematuhi semua peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan demi keselamatan diri sendiri dan juga pengguna yang lain. Antara pematuhan undang yang perlu diberi perhatian ialah berkaitan dengan had laju, memakai tali pinggang keselamatan, tidak menggunakan telefon bimbit dan sebagainya. Kesannya, kadar kemalangan dapat dikurangkan. Peribahasa Melayu ada mengingatkan kita bahawa malang tidak berbau. Jelaslah bahawa dengan pematuhan undang-undang, kita dapat menjaga keselamatan di jalan raya. 61
  • 62. CONTOH HURAIAN ISI Faedah Penganjuran Sukan BertarafAntarabangsa. Selain itu faedah yang diperoleh dalam penganjuran sukan bertaraf antarabangsa ialah dapat memperkenalkan Malaysia ke negara luar. Mengikut peta dunia, Malaysia hanyalah sebuah negara yang kerdil dan tersorok. Sejarah bangsa Malaysia juga tidaklah begitu menonjol hingga menyebabkan dunia tidak mengenali Malaysia. Tetapi hari ini, Malaysia sudah terkenal dan mampu duduk sebaris dengan negara-negara lain dengan penglibatan Malaysia dalam penganjuran sukan bertaraf dunia. Negara kita menonjol dalam penganjuran sukan permotoran Formula One, golf, badminton dan sebagainya. Dengan penganjuran sukan bertaraf antarabangsa ini, negara kita dikenali di seluruh rantau dunia. Terbuktilah, memperkenalkan Malaysia ke negara luar merupakan faedah penganjuran sukan bertaraf antarabangsa. 62
  • 63. CONTOH HURAIAN ISI Ciri-ciri Pemimpin Pelajar yang Berkualiti. Selain itu, ciri-ciri pemimpin pelajar yang berkualiti ialah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas. Pemimpin pelajar yang berkualiti akan melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang terpikul di bahunya dengan baik dan sempurna. Pimpinan yang berkualiti menyebabkan mereka akan disanjung tinggi oleh para pelajar dan secara tidak langsung pelajar akan akur dengan arahan yang disampaikan. Peribahasa Melayu ada menyatakan tuah yang disembah, junjung yang dipanjat. Contoh pemimpin pelajar yang bertanggungjawab ialah adil dalam menjalankan tugas, tidak bersifat perkauman, sanggup berkorban dan selalu berbincang untuk membuat keputusan. Implikasinya, akan lahirlah sebuah organisasi yang hebat dan cemerlang apabila pemimpin tersebut bertanggungjawab. Ternyatalah bahawa, ciri- ciri pemimpin yang berkualiti ialah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas. 63
  • 64. CONTOH HURAIAN ISI Usaha-usaha Memupuk Semangat Kejiranan. Selain itu, usaha-usaha yang dapat memupuk semangat kejiranan adalah dengan mengadakan amalan ziarah- menziarahi. Amalan ziarah-menziarahi adalah amalan mulia dan sangat dituntut oleh agama kerana dapat mengeratkan hubungan kejiranan dan dapat merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. Keakraban dalam masyakarat akan melahirkan satu kelompok komuniti yang bersatu padu dan saling memerlukan bak peribahasa bagai aur dengan tebing. Amalan ziarah-menziarahi ini dapat dilakukan pada waktu majlis keraian, kemalangan, kenduri kendara dan sebagainya. Impaknya, hubungan kejiranan dalam komuniti semakin erat bak kata pepatah, cubit paha kiri, paha kanan terasa. Jelaslah bahawa amalan ziarah menziarahi dapat memupuk semangat kejiranan. 64
  • 65. 5. Menulis Perenggan Penutup  Karangan yang cemerlang haruslah mempunyai penutup yang matang.  Tanpa perenggan penutup, sebuah karangan akan menjadi tergantung kerana tiada rumusan atau kesimpulan terhadap isu yang dibincangkan.  Perenggan penutup perlu ditulis dengan teliti supaya rumusan, kesimpulan, harapan dan penegasan terhadap isu dapat dikemukakan dengan berkesan.  Jangan masukan isi baharu dalam penutup. 65
  • 66. Contoh Penutup: (Negatif) Daripada huraian yang telah saya huraikan di atas, ternyatalah…(isu)… dapat ditangani secara bijaksana jika semua pihak dapat seia sekata dan sederap melangkah dalam memahami isu ini. Sikap saling menunding jari atau melihat kesalahan orang lain bukalah jalan terbaik dan harus dielakkan. Peribahasa Melayu ada menyatakan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Nah, sudah terang lagi bersuluh, apa jua isu yang mendatang sudah tentu ada jalan penyelesaiannya. Kita haruslah bersikap rasional dan positif. Jalan penyelesaian yang konkrit yang disepakati akan dapat menyelesaikan isu…..… dan secara tidak langsung dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera. 66
  • 67. Contoh Penutup: (positif) Daripada huraian yang telah saya jelaskan di atas, ternyatalah isu …. memberikan natijah yang baik kepada diri kita dan juga masyarakat. Kita haruslah bersikap rasional dan positif dalam membincangkan isu ini. Jika kita dapat menyatukan idea untuk memberi pendapat dalam isu ini, saya yakin natijah yang baik dapat kita nikmati bersama. Pepatah Melayu ada menyatakan bulat air kerana pembetong, bulat manusia kerana muafakat. Semoga kita akan terus menyokong isu …..… ini dan secara tidak langsung dapat melahirkan masyarakat yang berfikiran matang untuk terus membangunkan negara. 67
  • 68. Contoh Penutup: Konklusinya, kita tidak mampu untuk hidup bersendirian di atas muka bumi yang sejahtera ini. Kehidupan yang sempurna dan harmoni hanya kita perolehi apabila kita mempunyai jiran-jiran yang dapat membantu kita dikala kita susah dan senang. Semangat kejiranan yang kian menipis dalam masyarakat hari ini hanya dapat ditangani apabila masyarakat sanggup membuat anjakan paradigma dan berubah sikap. Sikap mementingkan diri sendiri harus dikikis dari sanubari bagi mewujudkan satu kelompok kejiranan yang dapat merencanakan satu kehidupan yang baik. Pepatah yang berbunyi bulat air kerana pembetong, bulat kata kerana muafakat membuktikan kepentingan jiran dan kehidupan bermasyarakat. 68
  • 69. Contoh Penutup: Daripada penjelasan di atas, ternyatalah ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan yang baik. Tanggungjawab ini sewajarnya dilaksanakan oleh ibu bapa dengan sempurna. Kealpaan dan kelalaian ibu bapa akan meninggalkan kesan kepada kesihatan anak-anak. Kita tidak mahu sikap sudah terhantuk baru terngadah atau nasi sudah menjadi bubur berlaku dalam kehidupan kita. Penyesalan setelah berlaku sesuatu perkara tidak mendatang apa-apa manfaat kepada kehidupan kita. Ibu bapa harus memahami bahawa mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubati demi melahirkan sebuah keluarga yang sihat dan sejahtera. 69
  • 70. 3 JENIS MANUSIA ORANG YANG HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM ORANG YANG HARI INI SAMA MACAM SEMALAM ORANG YANG HARI INI LEBIH TERUK DARI SEMALAM 70
  • 72. Rehatkan Minda Kalau kita nak rasa apa yang org lain rasa kita kena buat apa yang orang lain buat 72
  • 73. TERIMA KASIH HENDAK SERIBU DAYA, MAHU SERIBU CARA. KEBERKESANAN PERKONGSIAN ILMU INI BERGANTUNG SEPENUHNYA KEPADA DIRI ANDA SENDIRI. YA! DIRI ANDA SENDIRI. BUKANNYA PENCERAMAH 73
  • 75. 75