Artikel ini membincangkan bagaimana teknologi baharu seperti blog, e-mel, dan perisian sosial telah membolehkan interaksi dan kerjasama pelajar dalam pembelajaran jarak jauh. Ia menyarankan bahawa integrasi teknologi sebegini dapat meningkatkan kualiti pembelajaran jarak jauh tanpa mengurangkan fleksibilitinya.
1. Trend Pendidikan Jarak Jauh: Integrasi Teknologi Baru bagi Menggalakkan Interaksi
Pelajar dan Kerjasama Pelajar
Oleh: Florida Virtual School, USA
Pendidikan jarak jauh telah muncul sebagai titik tolak dari hasil tindak balas sesuatu keperluan
bagi menyediakan akses kepada orang-orang yang tidak mampu untuk mengambil bahagian
dalam kursus dari muka-ke-muka atau memisahkan pelajar dengan pengajar dari segi
pembelajaran bertatap muka. Dalam analisis yang telah dibuat oleh Keegan (1986) terhadap
program-program yang membolehkan pelajar dan pengajar berkomunikasi dengan pelbagai cara.
Sebagai contoh, teknologi yang berkembang dari peringkat sekolah hingga ke peringkat
seterusnya adalah melalui cara mekanisme penghantar seperti pembelajaran berasingan, arahan
berasaskan komputer, arahan bantuan komputer, kursus video, sidang video, arahan berasaskan
web, dan pembelajaran dalam talian. Umumnya, kecanggihan teknologi juga merupakan satu
konsep yang memisahkan jarak di antara pelajar dengan pengajar serta memberi peluang kepada
pelajar untuk mengakses pembelajaran pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Secara
tidak langsung, artikel ini juga telah meneroka fungsi dan manfaat kepada generasi baharu
seperti kemunculan perisian sosial untuk pengisian kepada pelajar pendidikan jarak jauh. Jelas
bahawa artikel ini akan membuktikan beberapa desakan peluang-peluang dalam pembelajaran
yang fleksibel tanpa menjejaskan kualitinya. Impaknya, alat dalam perkembangan teknologi ini
juga adalah sebagai kayu ukur bagi merealisasikannya.
Secara umumnya, antara kemunculan teknologi baharu adalah seperti blog, e-mel, siaran
audio atau video fail melalui podcast, wiki dan Writeboard TM. Selain itu, penggunaan istilah
writeboard TM adalah bermaksud memberi pengguna secara kebebasan untuk mengakses fail
mereka dari mana-mana komputer dengan sambungan Internet. Hal ini jelas bahawa kemunculan
ini telah menyediakan peluang kepada pelajar dan pengajar supaya dapat mengaplikasikan
pembelajaran mereka secara jarak jauh. Kelazimannya, teknologi baharu secara proaktif yang
bergantung pada tahap keselesaan, sumber kewangan dan kepimpinan berwawasan telah pun
dilaksanakan. Buktinya, bagi mencerminkan sesuatu institusi itu adalah lahirnya daripada
kecanggihan teknologi itu sendiri serta komunikasi yang ditunjukkan. Selain itu, kepakaran dan
keupayaan juga dapat dikongsi dokumen oleh pengajar degan pelajar.
Secara amnya, artikel ini membuka ruang untuk mencari penyelesaian masalah terhadap
pembelajaran jarak jauh K-12 dalam talian. Antaranya, kepelbagaian jenis dan kualiti interaksi
penyampaiaan adalah menjadi platform utama dalam masalah ini. Sebagai contoh, salah satu
institusi pendidikan seperti FLVS telah dihadkan kawalan pentadbiran dan undang-undang
sehingga menghadapi kesukaran dalam integrasi teknologi baharu. Menurut Darkwa dan
Mazibuko 2000, kajian populasi di negara-negara termiskin yang terdiri dari negara Afrika, salah
satu kaedah penyampaian untama mereka adalah melalui radio berbanding dengan negara lain
dengan menggunakan satelit bagi membolehkan bahan pencetakan dan rakaman video.
Penyelesaian yang terbaik ialah membuat pemeriksaan terhadap bagaimana teknologi baharu
dapat muncul dalam proses pembelajaran jarak jauh.
Secara realitinya, apabila teknologi telah dipengaruhi oleh teori maka sesuatu teknologi
tersebut akan beralih arah ke dalam sistem pembelajaran jarak jauh dengan cara penukaran
dalam bentuk sistem talian. Menurut Snelbecker 1990, teknologi akan mengekalkan hubungan
2. simbiotik dengan teori-teori pembelajaran. Antaranya, perkembangan pembelajaran dengan
penggunakan sistem penyelidikan berasaskan bukti penyusunan semula perspektif teori.
Tambahan pula, setelah muncul teknologi baharu penggabungan di antara teori-teori yang
berbeza adalah memberi manfaat kepada pelajar. Implikasinya, pengaruh teknologi baharu
merupakan sesuatu gerak kerja dalam mengaplikasikannya secara rangka perubahan teori. Hal ini
telah mempengaruhi hubungan interaksi oleh kemunculan teknologi baharu dengan kehadiran
sosial. Selain itu, implikasi yang jelas adalah membolehkan sesuatu yang menukarkan peranan
pengajar kepada pelajar melalui teknologi baharu ini.
Secara holistiknya, kemajuan hari ini telah membawa kita kepada sesuatu keistimewaan
terhadap pembelajaran dalam sisitem pendidikan jarak jauh. Buktinya, membolehkan seseorang
itu melahirkan kepakaran yang lebih kukuh serta mewujudkan kemahiran dalam penyelesaian
masalah. Sebagai pelajar pendidikan jarak jauh akan berusaha dengan lebih berkualiti di mana
dengan menggunakan sistem dalam talian. Hal ini membolehkan mereka menempuh pelbagai
cabaran serta kepandaian dalam bidang teknologi berbanding generasi sebelum ini. Apabila kita
melangkah pada abad ke-21, pelajar memerlukan pendidikan yang tidak terikat dengan masa atau
tempat, namun membolehkan mereka berinteraksi di anatara pengajar dengan rakan-rakan secara
efisyen. Sebagai contoh, sidang video, papan putih, perbentangan, perkongsian aplikasi,
perbualan, dan e-mel. Selain itu, blog, wiki dan sosial perisian teknologi baharu telah muncul
sebagai alat untuk memupuk keberkaitan antara ahli kumpulan. Hal ini telah dibuktikan dalam
penyelidikan terhadap kegunaan teknologi baharu adalah merupakan satu teknologi yeng terhad
dan fleksibiliti. 654 Patah perkataan
Tugasan ini telah diubahsuaikan dari artikel asal iaitu Distance Education Trends:
Integrating new technologies to foster student interaction and collaboration; Florida
Virtual School, USA. Secara ringkasnya, tugasan ini daripada pelajar USM, Ijazah
Sarjana Pendidikan.