Materi Bid PPM Bappeda Sos Pemutakhiran IDM 2024 di kec Plumbon.pptx
kertas kerja pengawas beli blazer.doc
1. KERTAS KERJA
MEMOHON PERUNTUKAN BLAZER,
BUKU CATATAN DAN ALAT TULIS
UNTUK PENGAWAS SEKOLAH
SMK SEKSYEN 8 KOTA DAMANSARA
2023
LEMBAGA PENGAWAS SEKOLAH
SMK SEKSYEN 8 KOTA DAMANSARA
2. 1
___________________________________________________________________________
1.0 PENDAHULUAN
Kepimpinan Lembaga Pengawas Sekolah tahun 2023 bercadang untuk memartabatkan
lembaga pengawas sekolah dengan membentuk satu imej pemakaian yang istimewa bagi
lembaga kepimpinan tertinggi murid di sekolah ini. Oleh sebab itu melalui minit mesyuarat
lembaga pengawas kali pertama yang lalu, sebulat suara telah membuat keputusan agar
pengawas memakai blazer pada setiap perhimpunan rasmi hari isnin dan setiap majlis rasmi
sekolah yang diuruskan oleh lembaga pengawas sekolah. Tambahan pula pemakaian blazer
boleh juga digunakan untuk acara lain juga contohnya dipakai pada pertandingan luar yang
diikuti oleh sekolah, malah pemakaian blazer pada masa kini semakin popular dalam
kalangan pemimpin murid di sekolah. Alat Tulis dan buku catatan digunakan oleh
pengawas dalam menjalankan tugasan yang telah diberikan, keseragaman buku catatan
akan lebih memudahkan guru pengawas untuk membuat semakan setiap laporan yang
dibuat oleh semua pengawas sekolah
2.0 MATLAMAT
Melahirkan pengawas sekolah yang berkarisma serta berketerampilan dalam apa jua bidang
sama ada bidang akademik mahupun bukan akademik agar dapat memberi sumbangan
kepada sekolah, agama dan negara
3.0 OBJEKTIF
3.1 Memohon sumbangan PIBG bagi pembelian kos blazer pengawas
3.2 Memberikan imej yang menarik serta pemakaian uniform pengawas yang lebih
kemas
3.3 Merangsang kebangkitan semangat jati diri setiap pengawas semasa menjalankan
tugas
3.4 Memotivasikan diri pengawas agar bertugas dengan lebih seronok dan
berkeyakinan
4.0 KUMPULAN SASARAN
4.1 Pengawas sekolah tahun 2023, SMK Seksyen 8 Kota Damansara
5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
5.1 Lihat Lampiran 1
3. 2
6.0 CARTA ORGANISASI PENYEDIAAN BLAZER
Penaung : Hajah Azlina binti Hj Shamsuddin
(Pengetua SMK Seksyen 8 Kota Damansara)
Penasihat : Rosida binti Salehuddin
(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Penasihat Bersama : Azizon binti Mat
(Penolong Kanan Pentadbiran 1)
Hanizah binti Che Amat
(Penolong Kanan Ko-kurikulum)
Penyelaras : Zaidi bin Omar
(GKMP Bahasa)
Setiausaha : Narulakma bin Ariffin
(Guru Pengawas Sekolah)
Disediakan oleh, Disemak oleh,
................................................ .......................................
(NARULAKMA BIN ARIFFIN) (ROSIDA BINTI SALEHUDDIN)
Guru Pengawas Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Seksyen 8 Kota Damansara. SMK Seksyan 8 Kota Damansara
Petaling Jaya. Petaling Jaya.
Disahkan oleh,
--------------------------------------
(HAJAH AZLINA BINTI HJ SHAMSUDDIN)
Pengetua
SMK Seksyan 8 Kota Damansara
Petaling Jaya.
4. LAMPIRAN 1
SUMBER KEWANGAN : PIBG
ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA HARGA/UNIT KUANTITI JUMLAH SUMBER
1.
2.
3.
4.
BLAZER
BUKU CATATAN
ALAT TULIS
INK PRINTER
RM 200.00
RM 4.00
RM 2.00
RM 90.00
10
70
70
1
RM 2 000.00
RM 280.00
RM 140.00
RM 80.00
PIBG
PIBG
PIBG
PIBG
JUMLAH RM 2 500.00