Topik 9 pendekatan bertema

28,890 views

Published on

7 Comments
15 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
28,890
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
6
Actions
Shares
0
Downloads
1,547
Comments
7
Likes
15
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Topik 9 pendekatan bertema

  1. 1. Top i k Pendekatan 9 Bertema HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan tujuan pendekatan bertema; 2. Menerangkan kelebihan pendekatan bertema; 3. Menjelaskan isu-isu yang berkaitan dengan pendekatan bertema; 4. Menjelaskan hubung kait tema dengan mata pelajaran; dan 5. Membincangkan tiga jenis tema. PENGENALANPendekatan bertema seringkali digunapakai untuk memenuhi keperluanpendidikan asas dalam perkembangan kanak-kanak. Program ini mantap danefektif kerana ia menggabungjalinkan pelbagai perspektif budaya, pengalamandan kepakaran artistik. Pendekatan ini sesuai dengan gaya pembelajaran,mencerminkan budaya dan minat murid dan guru. Tema bukan sahaja sebagaitajuk atau subjek tetapi tema meneroka pengalaman manusia dari segipandangan atau perspektif dan seringkali boleh menimbulkan isu. Ia merupakankandungan maklumat dan memberi peluang kepada pelajar untukmemindahkan maklumat kepada ilmu melalui proses individu. Tema memberimakna dan tujuan untuk pembelajaran.9.1 PENDEKATAN BERTEMAPendekatan bertema merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yangdisusun di sekitar konsep atau tema. Ia merupakan alat pengelolaan yangmemberi peluang kepada guru untuk menghubungkan antara mata pelajaran. Ini
  2. 2. TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA 171akan menghindari program yang tidak tersusun berpunca dari pelajaran harianyang tidak berkaitan. Unit pengajaran bertema juga membolehkan pelajarmenghubungkan di antara pemahaman, sikap dan kemahiran termasuk jugabidang-bidang kurikulum.Dalam mengorganisasikan sesuatu pelajaran menggunakan Pendekatan Bertema,pelajar diberi peluang untuk meneroka, mengalami dan mencari peluangmengekspresikan sesuatu tema yang diterimapakai.9.1.1 Pemilihan dan Penentuan TemaJusteru itu, memilih tema merupakan langkah yang penting untukmemperkembangkan unit pembelajaran. Ini adalah kerana banyak masa danusaha yang perlu diberikan untuk meningkatkannya. Terdapat banyak tema dancara untuk mengkategorikan pendekatan itu. Di sini, disenaraikan panduanuntuk memilih tema yang boleh meningkatkan keberkesanan pengajaran danpembelajaran pelajar:(a) Pemilihan tema yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut: (i) Berasaskan konsep; (ii) Berasaskan kemahiran; (iii) Berasaskan kandungan dan kemahiran; (iv) Berfokus kepada isu; (v) Berfokus kepada projek; dan (vi) Berorientasikan kajian kes.(b) Pemilihan tema perlu mempertimbangkan aspek-aspek berikut: (i) Boleh merentas semua matapelajaran Tema yang dipilih hendaklah yang boleh digunakan kepada semua mata pelajaran. Contoh: tema „pokok‰. Oleh yang demikian, semua mata pelajaran akan menggunakan tema ini. Dalam mata pelajaran matematik misalnya, pelajar boleh menggunakan aktiviti mengira beberapa batang pokok di sesuatu tempat. Manakala dalam mata pelajaran muzik, pelajar akan menyanyikan lagu berkaitan pokok dan membuat pergerakan seperti pokok bergoyang, pokok tumbang dan sebagainya.
  3. 3. 172 TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA (ii) Bersesuaian dan berkaitan dengan pengalaman dan kehidupan pelajar Pastikan tema yang dipilih ada kaitannya dengan pengalaman kehidupan diri pelajar. Ini akan memudahkan guru untuk membuat interaksi dan aktiviti Seni dalam Pendidikan dapat dijalankan dengan berkesan. (iii) Bersesuaian dengan situasi, masa atau peristiwa Tema yang dipilih ini perlulah bersesuaian dengan keadaan situasi, masa dan peristiwa yang berlaku pada masa kini. Secara tidak langsung ianya dapat memudahkan pelajar membuat perkaitan antara perkara yang diajar dengan keadaan situasi yang sebenar. (iv) Kemudahan untuk mendapatkan bahan dan sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Beberapa justifikasi perlu ada dalam membuat pemilihan tema, terutamanya dari segi penyediaan kemudahan untuk memperoleh bahan dan sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya guru dapat mengajar dengan menunjukkan contoh-contoh yang sebenar dan Êhands onÊ. Tidak wajar sekiranya guru cuma bercerita tanpa memberi pengalaman langsung kepada pelajar. (v) Guru berminat terhadap tema yang dipilih Guru hendaklah berminat dengan tema yang dipilih dan ini akan dapat memotivasikan dan mempertingkatan lagi penglibatan pelajar terhadap aktiviti yang dijalankan. (vi) Pemeringkatan tema daripada yang mudah kepada yang lebih mencabar Pastikan tema yang dipilih dapat disampaikan dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai aktiviti dan langkah-langkah pengajaran daripada yang mudah kepada yang lebih mencabar.9.1.2 Kelebihan, Kekuatan dan Isu / CabaranTahukah anda terdapat kelebihan, kekuatan dan isu/cabaran dalam melaksanakanPendekatan Bertema?(a) Kelebihan pendekatan bertema kepada pelajar adalah seperti berikut; (i) Untuk mewujudkan suasana yang menyeronokkan dan kondusif dalam proses pengajaran dan pembelajaran;
  4. 4. TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA 173 (ii) Untuk menyemai daya imaginasi melalui penerokaan; (iii) Membolehkan pelajar meluahkan perasaan melalui pelbagai aktiviti berlandaskan pengetahuan dan pengalaman lalu; (iv) Dapat menghadapi cabaran; (v) Dapat membuat pilihan yang sesuai dan relevan dalam kehidupan; (vi) Untuk memperbaiki kemahiran interpersonal dan intrapersonal; (vii) Menyemai nilai empati, harmoni dan pemahaman sesama insan yang pelbagai budaya; dan (viii) Untuk membangunkan pembelajaran menyeluruh yang menghubungkait pengetahuan dengan kemahiran.(b) Kekuatan (i) Pelajar berpeluang untuk meluahkan perasaan berdasarkan pengalaman verbal dan bukan verbal, sama ada dalam bentuk pergerakan, imej visual, prop, bunyi dan muzik berasaskan tema yang diberi; (ii) Persembahan akan menjadi lebih menarik melalui pelbagai aktiviti dan kreativiti yang tinggi; (iii) Pelajar lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih menyeronokkan; (iv) Berpeluang untuk menyemai dan mengaitkan idea-idea dan imaginasi baru; (v) Dapat menilai kefahaman konsep melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan; dan (vi) Dapat menghubungkait pengetahuan dengan kemahiran.(c) Isu/Cabaran (i) Kecekapan guru di dalam pelbagai bidang mata pelajaran; (ii) Untuk membentuk jaringan ahli dalam kumpulan; (iii) Hasil pembelajaran berbagai dalam bidang mata pelajaran yang berbeza-beza; (iv) Sukar untuk menilai skop pemahaman yang luas; dan (v) Kesukaran untuk membuat penilaian kerana kebolehan yang berbeza.
  5. 5. 174 TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA AKTIVITI 9.1 Senaraikan lima cara memulakan pelajaran menggunakan pendekatan bertema untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar. 9.2 PENGHUBUNGKAITAN TEMA DENGAN MATA PELAJARANPendekatan bertema adalah pengurusan pengajaran dan pembelajaran melaluisatu topik atau tema yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat, minat danlatar belakang pelajar.Tema yang dipilih dijadikan sebagai bahan untuk menguasai sesuatu kemahiranseperti kemahiran bertutur, membaca, menulis, asas matematik, berfikir danemosi serta sosial. Selain itu, pendekatan ini memberi peluang kepada pelajarmeluaskan pengetahuan melalui tema yang dipilih.9.2.1 Tema dengan Isi Kandungan Mata Pelajaran(a) Bagaimana memilih tema yang sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pemilihan sesuatu tema merupakan satu langkah yang penting dalam perkembangan sesuatu unit. Prinsip asas bagi penciptaan tema untuk improvisasi ialah mudah dan berfungsi. Tema wujud dalam kehidupan seharian. Pilih tema yang berkaitan dengan kehidupan seharian anda dan cuba terokainya. Berikut adalah beberapa soalan yang boleh membantu anda untuk memilih tema: • Apakah konsep atau isu utama yang penting pada tema yang dipilih? • Apakah hasil pembelajaran yang sering ada pada setiap sukatan? • Apakah aktiviti-aktiviti yang boleh digunakan? • Bagaimanakah aktiviti-aktiviti ini dapat membantu pelajar berfikir?. • Mampukah pelajar membuat perkaitan yang signifikan di antara disiplin-disiplin yang lain? • Adakah tema yang dipilih itu menarik dan sesuai kepada pelajar?
  6. 6. TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA 175 • Adakah bahan-bahan sumber mencukupi untuk mengajar unit ini?(b) Cara menjalankan Pendekatan Bertema Ada beberapa cara yang berbeza untuk memperkenalkan unit ini: (i) Aktiviti K-W-L adalah satu teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk memperkenalkan pendekatan bertema. • K (know) --- Apa yang saya tahu tentang tajuk ini? • W (want) --- Apa yang saya ingin tahu tentang tajuk ini? • L (learn) --- Apa yang saya belajar daripada tajuk ini? (ii) Dapatan seorang pembentang untuk bercakap mengenai sesuatu tajuk seperti alam semula jadi, komunikasi, perakaunan, iklim, puisi dan lain-lain seperti sains, agama, moral dan kemahiran hidup. (iii) Cara yang mudah untuk memulakan sesuatu unit ialah dengan membacakan sebuah cerita kepada kelas, (iv) Tunjukkan gambar-gambar atau rakaman video untuk memulakan sesuatu unit jika tajuk-tajuk itu tentang bunyi-bunyian, sebuah kolaj tentang gambar-gambar boleh dipamerkan di atas papan buletin bagi menunjukkan pelbagai contoh mengenai manusia dan mesin. (v) Mainkan sebuah rakaman atau kaset. (vi) Dedahkan pelajar kepada puisi, contohnya bahasa dan muzik. (vii) Dedahkan pelajar membuat aktiviti pemerhatian, contohnya sains dan matematik. (viii) Bawa bahan bantu mengajar, contohnya batu karang. Tema daripada mata pelajaran sains, matematik, kajian tempatan dan bahasa boleh diajar dengan menggabungjalinkan muzik seni visual dan pergerakan bagi membolehkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran menjadi satu proses yang bermakna.9.2.2 Tema dengan KemahiranTema yang dipilih hendaklah merupakan tema yang dapat mempertingkatkankemahiran diri pelajar terutamanya kemahiran 3M (membaca, menulis danmengira). Kemahiran tersebut merupakan tunjang falsafah pendidikan negarayang dapat memperkembangan tahap potensi pelajar yang menyeluruh dari segiintelek, jasmani, emosi, rohani dan sosial.
  7. 7. 176 TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA9.2.3 Penggabungjalinan Aktiviti dengan Menggunakan Pendekatan BertemaRajah 9.1 berikut adalah peta minda penggabungjalinan aktiviti denganmenggunakan pendekatanan bertema. Rajah 9.1: Penggabungjalinan pendekatan bertema
  8. 8. TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA 1779.3 JENIS TEMARajah 9.2 menunjukkan jenis-jenis tema. Rajah 9.2: Jenis-jenis tema9.3.1 Tema PersekitaranOrganisma hidup dengan persekitaran yang tidak dapat dipisahkan dan sentiasaberinteraksi di antara satu sama lain. Persekitaran merangkumi elemen fizikaldan sosial. Persekitaran fizikal yakni pelbagai bahan, ruang untuk bermain dancukup masa mampu memberi kesan ke atas perkembangan kanak-kanakbermain. Persekitaran sosial pula dipengaruhi oleh gaya penjagaan ibu bapa,interaksi dengan rakan sebaya serta sokongan. Elemen-elemen fizikal dan sosialini berinteraksi dengan tahap perkembangan kanak-kanak, pengalaman lalu,masa dan ruang perlindungan.Dalam kajian permainan merentas budaya mendapati permainan olok-olok akanmenjadi lebih kompleks apabila kanak-kanak didedahkan dengan bahan danalatan permainan yang mencerminkan persekitaran yang spesifik terhadapbudaya dan berkaitan dengan pengalaman kanak-kanak.Tiga elemen dalam persekitaran yang mempengaruhi organisma hidup adalahalam semula jadi, buatan manusia dan teknologi. Ekosistem akan mengimbangialam sekitar supaya semua kehidupan hidup dengan harmoni. Perubahan akibataktiviti manusia terhadap persekitaran seperti penerokaan hutan seperti dalamRajah 9.3, tapak pembinaan perumahan dan lain-lain akan mengakibatkan kesanpositif dan negatif terhadap kehidupan manusia. Teknologi telah membawaperkembangan dan perubahan kepada manusia. Teknologi juga melahirkan duniatanpa sempadan dan telah memperkenalkan konsep globalisasi. Dalam seni,teknologi menawarkan cara untuk mencapai matlamat-matlamat artistik,cendekiawan, penghasilan dan persembahan. Teknologi yang menarik dan hebat
  9. 9. 178 TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMAmampu menarik minat dan memotivasikan murid-murid untuk melibatkan diridalam bidang kesenian. Rajah 9.3: Kesan penerokaan hutanDalam pengajaran dan pembelajaran, tema berkaitan dengan persekitaran bolehdigunakan untuk mempertingkatkan daya kreativiti dan kefahaman di kalanganmurid. Tajuk ÂpersekitaranÊ boleh diajar melalui mata pelajaran lain sepertimuzik, seni visual dan pendidikan jasmani. Pada masa yang sama, temaberkaitan dengan persekitaran juga boleh digunakan untuk mengajar matapelajaran lain seperti sains, bahasa, matematik dengan menggunakan matapelajaran lain iaitu muzik, seni visual dan pendidikan jasmani.Berikut adalah satu contoh pelajaran sains yang mengintegrasikan aktiviti-aktiviti muzik, seni visual dan pendidikan jasmani:Tajuk : Bahagian-bahagian pokok.Tema persekitaran : HutanMurid diperkenalkan tentang pokok-pokok yang terdapat dalam hutan melaluigambar, rakaman video, penerangan dan sebagainya. Selepas itu, murid dimintamelakukan pergerakan berkaitan dengan pokok diiringi muzik yang dihasilkandengan pelbagai alat perkusi.Pergerakan : (a) Cara dahan-dahan bergerak semasa angin bertiup, (b) Memungut daun-daun yang gugur pada aras yang berbeza: tinggi, rendah, berterbangan.
  10. 10. TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA 179Muzik : (a) Bunyi yang kuat --- pokok tumbang (b) Bunyi yang lembut --- daun gugur, angin bertiupSeni Visual : (a) Mewarna dan menggambarkan perasaan seperti gembira atau marah dengan menggunakan sapuan berus dengan pelbagai warna.Pelajaran diteruskan dengan aktiviti-aktiviti lain seperti penerangan dalamkumpulan, sumbang saran tentang aktiviti yang telah dibuat.Rajah 9.4 : Menunjukkan alam semula jadi, buatan manusia dan teknologi yang memberi kesan kepada persekitaran(a) Persekitaran Alam Semula Jadi Melalui persekitaran alam semula jadi adalah diharapkan murid-murid akan dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang peranan dan kefahaman tentang persekitaran alam semula jadi. Alam ini meliputi segala aspek yang berada di persekitarannya, tempat dan habitat semua hidupan dan berinteraksi antara satu sama lain dalam ekosistem yang seimbang. Pelajaran tentang alam juga, mendidik masyarakat agar lebih peka dan bertanggungjawab dalam menangani isu-isu alam sekitar dan memupuk rasa cinta terhadap alam sekitar kepada murid serta akan dapat membantu mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran. Pernahkan anda bersiar-siar di hutan? Bayangkan anda berada di situ sekarang. Bolehkah anda merasakan kedamaian dan ketenangan persekitaran? Perhatikan flora dan fauna yang berlainan di kawasan tersebut. Cuba anda lakarkan jenis-jenisnya di atas sehelai kertas. Bincangkan dalam kelas semasa sesi tutorial. Kesimpulan dari perbincangan itu secara tidak langsung akan dapat membantu, (i) Untuk mengesan bahagian-bahagian pokok (Sains) (ii) Mengeluarkan satu urutan bunyi berkaitan dengan persekitaran (Muzik)
  11. 11. 180 TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA (iii) Menunjukkan perasaan melalui sapuan berus dengan warna yang berbeza-beza (Seni Visual) (iv) Melakukan pergerakan lokomotor (Pendidikan Jasmani)(b) Persekitaran Alam Buatan manusia Di samping alam semula jadi, persekitaran buatan manusia juga memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Persekitaran buatan manusia ini termasuklah rumah, pembinaan bangunan, jentera pembinaan, perabot dan lain-lain lagi. Untuk itu pelajar akan dapat mengenal pasti (i) Kesan bahan kitar semula (Sains) (ii) Menghasilkan bunyi yang kuat dan lembut (Muzik) (iii) Mendemonstrasikan sapuan berus mengikut bunyi yang dikeluarkan di tapak pembinaan (Seni Visual) (iv) Mendemonstrasikan pergerakan manipulatif menggunakan bahan- bahan kitar semula (Pendidkan Jasmani)(c) Persekitaran Teknologi Tema yang terkandung dalam persekitaran teknologi adalah bercorak globalisasi, dunia tanpa sempadan, komunikasi melalui Internet, pelbagai jenis pengangkutan dan lain-lain. Tema ini boleh digunakan dalam mengajar topik-topik daripada mata pelajaran lain seperti bahasa, sains, kajian tempatan dan lain-lain lagi. AKTIVITI 9.2 Senaraikan jenis-jenis pengangkutan yang menggunakan teknologi moden. Cuba bayangkan dan hasilkan bunyi-bunyi kenderaan dengan menggunakan pelbagai alat perkusi iringan dengan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Buat satu model kenderaan dalam bentuk tiga dimensi dengan menggunakan kotak, botol dengan saiz dan warna yang berbeza. Cuba kaitkan model ini dengan ukuran seperti besar, kecil, lambat, berat dan ringan.Sebagai rumusan kepada tema persekitaran membolehkan anda memahamikonsep persekitaran bersama dengan kelebihan dan penggunaan elemen-elemenyang terlibat. Ia juga bertujuan untuk melahirkan kesedaran tentang kepentinganmuzik, pergerakan dan seni visual dalam pengajaran dan pembelajaran mengenai
  12. 12. TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA 181persekitaran contoh tajuk ‰pokok‰ dalam mata pelajaran sains, dan dalam matapelajaran lain dengan menggunakan tema persekitaran contoh tema ‰hutan‰dalam menulis karangan. Tema persekitaran ini juga dapat membantu anda untukmeneroka pergerakan kreatif, imej, bunyi serta membantu murid untukmeluahkan perasaan mereka secara bebas.9.3.2 Tema MasyarakatMasyarakat dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan besar iaitu;(a) Masyarakat zaman purba;(b) Zaman batu; dan(c) Masa kini.Manusia telah wujud sejak zaman berzaman lagi. Kita semua termasuk pelajaradalah makhluk sosial dan berkongsi keperluan asas yang sama. Oleh itu kitaperlu untuk dimiliki, rasa selamat, dikasihi, merasai kejayaan dan memperolehipengiktirafan. Dalam masyarakat manusia, aspek-aspek sosial dan budaya tidakdapat dipisahkan. Kita perlu bekerjasama untuk kepentingan masyarakat.Perhubungan sosial ini memberi ruang kepada mereka mencipta aktiviti-aktivitiuntuk memenuhi masa lapang. Aktiviti-aktiviti ini diwarisi sejak turun temurundan menjadi sebati dalam masyarakat sehingga menjadi budaya dalammasyarakat.Kanak-kanak memulakan penghidupannya dengan dirinya sendiri kemudianberkembang kepada hubungan keluarganya lalu bergerak kepada kumpulanyang lebih besar dalam masyarakat. Dalam hubungan ini, kita perlu fleksibeldengan memberi pertimbangan tertentu kepada ciri-ciri kematangan sosial danmemikirkan bagaimana fenomena tersebut wajar ditangani dengan sebaikmungkin di semua peringkat perkembangannya.Mari kita lihat situasi masyarakat yang memberi penekanan terhadap manusia,sosial dan budaya. Kanak-kanak tidak dapat hidup secara bersendirian. Merekaperlu bergantung kepada masyarakat. Banyak pihak perlu memberi sokongansebagai contoh, pihak polis, pemandu bas, pegawai bank. Kanak-kanakmempelajari pelbagai peranan yang dimainkan oleh manusia dan merekalakonkan peranan-peranan ini dalam kehidupan seharian mereka.Setiap insan adalah penting dalam kehidupan dan persekitaran kanak-kanak.Setiap insan juga memainkan peranan untuk mewujudkan pelbagai lapisanmasyarakat seperti pemungut sampah berperanan untuk memungut sampah,tukang kebun menjaga taman bunga, tukang masak memasak makanan di
  13. 13. 182 TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMAkantin, pemandu bas membawa kanak-kanak ke sekolah. Selain interaksi sosialdalam masyarakat, budaya dan isu perkauman dapat mempengaruhi dalampergaulan kanak-kanak.Kebudayaan adalah cara kehidupan yang merangkumi pelbagai perbezaanmengikut latar belakang, keluarga dan individu. Kepelbagaian dan perbezaanmenjadikan individu itu unik. Elemen-elemen kepelbagaian termasuklah umur,jantina, kebolehan, bangsa, status sosial, agama, saiz dan perwatakan.Kepelbagaian dan perbezaan ini boleh menyeronokkan dan mengecewakandalam usaha kita mencari kehendak individu, minat dan kebolehan. Guru perlumemastikan bahan-bahan budaya yang pelbagai boleh diperolehi untukpermainan kanak-kanak. SEMAK KENDIRI 9.1 Apakah yang anda faham tentang tema masyarakat dalam pendekatan bertema?(a) Apakah Tujuan Pendekatan Bertema Masyarakat? • Pengajaran dan pembelajaran muzik, seni visual dan pergerakan akan memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan daya kognitif, efektif dan psikomotor • Pendekatan bertemakan masyarakat akan membantu murid memilih dan memindahkan idea, mengolah, sintesis dan penghargaan. • Murid mengaplikasikan kemahiran seperti memilih dan memindahkan idea, mengolah, sintesis dan penghargaan untuk mengembangkan pengetahuan muzik, seni dan pergerakan dan penghasilan karya kreatif. • Murid memahami bahawa penghasilan dan tindak balas membuat karya muzik, seni dan pergerakan adalah terjalin di antara persepsi analisis dan kritikan. • Pendekatan bertemakan masyarakat juga memberi peluang secara mendalam untuk memahami peranan yang dimainkan oleh muzik, seni dan pergerakan dalam kejayaan insan. • Murid memperolehi pendekatan yang mendalam terhadap nilai-nilai murni diri mereka dan nilai-nilai murni orang lain. Mereka juga dapat menghubungkaitkan muzik, seni dan pergerakan dengan nilai, kepercayaan dan kehendak manusia sejagat.
  14. 14. TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA 183 • Mereka akhirnya dapat memahami bahawa kesenian setiap budaya adalah dipengaruhi oleh idea-idea estetik dan sosial, politik, ekonomi dan lain-lain. • Sesi pengajaran dan pembelajaran seni dalam pendidikan melalui pendekatan bertema masyarakat dengan pengetahuan budaya dan sejarah dapat membantu memainkan peranan dalam menyesuaikan diri secara berkesan.(b) Menggabungkan Tema Masyarakat dengan Mata Pelajaran Lain Terdapat beberapa langkah penting dalam menggabungkan tema masyarakat dengan pelbagai mata pelajaran yang lain. • Menghayati tema masyarakat dengan beberapa cara untuk mencapai tujuan utama. • Pelajaran perlu dibuat secara bersepadu supaya pelajar dapat menguasai pelbagai konsep dan kemahiran. • Menggunakan tema masyarakat untuk menggabungkan pembelajaran merentasi disiplin dan tindak balas pengalaman melalui Seni dalam Pendidikan. • Penghubungkaitan kurikulum adalah aktiviti yang terdapat dalam bidang kurikulum lain yang boleh berlaku secara serentak. Contoh aktiviti: Pohon Keluarga Ini adalah di antara contoh-contoh aktiviti yang menggunakan tema masyarakat dalam pendekatan bertema. Pendekatan ini boleh digunakan dalam pengajaran konsep ÂkeluargaÊ dalam mata pelajaran lain. Dalam pembelajaran sains, penghasilan pohon keluarga sebagai suatu projek dapat membantu pelajar memahami proses sains seperti memerhati, membuat inferens, berkomunikasi dan menginterpretasi data. Pohon keluarga dipamerkan sebagai gambar rajah membentuk suatu persembahan grafik yang dapat berkomunikasi secara terus kepada pelajar dengan memberi pelbagai maklumat mengenai ahli-ahli keluarga dalam bentuk yang ringkas, secara langsung dan mudah difahami. Contoh: Kekeluargaan • Manusia tinggal dalam kumpulan keluarga yang berbeza • Setiap keluarga mempunyai sejarahnya tersendiri • Manusia menggunakan bahasa bertulis dan bahasa lisan untuk berkomunikasi
  15. 15. 184 TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA • Keluarga mengajar kanak-kanak untuk menghargai sesuatu • Keluarga saling bantu-membantu. Tema masyarakat menekankan tentang manusia, masyarakat dan budaya. Pembelajaran sosial yang bertepatan dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dapat membantu seseorang itu untuk meningkatkan tahap kesedaran dan untuk lebih mendalami tentang masyarakat bersama dan juga pengalaman di samping menghargai pelbagai budaya yang wujud di dalam masyarakat kita. Dengan itu pengalaman pelajar berdasarkan aktiviti sekitar Tema Masyarakat dapat membantu untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi muzik, pergerakan dan seni visual. AKTIVITI 9.3 1. Apakah tujuan pendekatan bertemakan masyarakat? 2. Berdasarkan contoh Kekeluargaan di atas, bincang dengan rakan pemerhatian anda terhadap pernyataan yang terdapat dalam tema masyarakat yang boleh digabungkan ke dalam kurikulum. 3. Apakah cara menggabungkan tema masyarakat dengan mata pelajaran lain?9.3.3 Tema Komunikasi Agaknya, dia mengata akulah tuKomunikasi merujuk kepada perlakuan tindak balas seseorang atau lebih untukmenghantar dan menerima berita yang berlaku dalam konteks mempunyaikesan dan memberi sedikit peluang untuk maklum balas. Semua komunikasiberlaku dalam konteks yang mengandungi sekurang-kurangnya empat dimensiiaitu fizikal, budaya, psikologikal sosial dan temporal.
  16. 16. TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA 185Konteks fizikal adalah persekitaran yang nyata di mana komunikasi berlakuseperti di dalam bilik atau ruang legar atau di taman. Konteks budaya pulamerujuk kepada peraturan dan norma komunikasi, kepercayaan dan sikap yangdipindah dari satu generasi ke satu generasi yang seterusnya. Konteks sosio-psikologikal pula merangkumi seperti contoh hubungan status di kalanganpeserta, peranan yang dimainkan oleh manusia dan peraturan budaya sesuatumasyarakat di mana komunikasi berlaku. Manakala dalam konteks temporalianya merangkumi masa dan tarikh serta silam semasa kemunikasi telah berlaku.Mesej komunikasi terdapat dalam pelbagai bentuk. Anda boleh menghantar danmenerima mesej melalui sesiapa atau mana-mana kombinasi organ-organ deria.Walau pun anda biasanya menganggap mesej sebagai verbal, anda juga bolehberkomunikasi secara bukan verbal. Contohnya pakaian yang anda pakai, caraanda berjalan, berjabat tangan, mengangguk kepala, menyisir rambut, dudukdan senyum. Kesemuanya mengenai anda adalah satu bentuk komunikasi.Komunikasi sering mendatangkan sedikit kesan ke atas seseorang atau beberapaorang yang terlibat semasa berkomunikasi. Sebagai contoh, anda bolehmendapat pengetahuan atau mempelajari bagaimana untuk menganalisa,membuat sintesis atau menilai sesuatu. Semua ini merupakan kesan intelektualatau kognitif. Anda mungkin boleh mendapat atau mengubah sikap,kepercayaan, emosi dan perasaan anda. Semua ini adalah kesan afektif. Andamungkin akan belajar pergerakan badan yang baru seperti melontar bola ataumengecat lukisan serta perlakuan verbal dan bukan verbal yang sesuai. Inimerupakan kesan-kesan psikomotor.Sistem mesej yang digunakan untuk berkomunikasi yang bermakna denganorang lain. Sistem ini mengandungi aspek verbal dan bukan verbal. Bahagianverbal adalah bahasa- perkataan, frasa dan ayat-ayat yang hendak digunakan.Manakala bentuk bukan verbal merangkumi pelbagai elemen hubungan ruang,orientasi masa, bahasa isyarat, ekspresi muka, gerakan mata, sentuhan danvariasi dalam kadar kelajuan dan nada pertuturan.(a) Komunikasi Verbal Komunikasi verbal merupakan satu sistem penyampaian mesej yang dilakukan dalam bentuk bahasa-perkataan, frasa dan ayat-ayat.(b) Komunikasi Bukan Verbal Bentuk bukan verbal mengandungi pelbagai elemen: hubungan ruang, orientasi masa, bahasa isyarat, ekspresi muka, gerakan mata, sentuhan dan variasi dalam kadar kelajuan dan nada pertuturan.
  17. 17. 186 TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMAStrategi Pengajaran-pembelajaranGuna gamitan (gesture) atau pergerakan badan untuk berkomunikasi di antarasatu sama lain ketika memerhati haiwan.(i) Seni visual • Pada sekeping kertas, anda dikehendaki melukis pelbagai haiwan yang dilihat semasa mengembara di hutan. • Aplikasikan teknik kolaj pada lukisan haiwan itu dengan mengkhusus pada jenis jalinannya sama ada jalinan tampak atau jalinan sentuh.(ii) Pergerakan • Minta pelajar meniru perlakuan haiwan berbeza yang mereka jumpa dalam hutan. Gunakan stail „Ikut Macam Saya‰ agar pelajar menerima pengukuhan dalam konsep perbezaan antara haiwan.(iii) Sains dan pergerakan • Dengan menggunakan badan tunjukkan pergerakan berlainan yang dilakukan oleh haiwan yang berbeza: memanjat, merangkak, menyusur, berjalan perlahan dan melompat.(iv) Muzik dan matematik • Di atas lantai yang bertanda, semasa membuat pergerakan haiwan yang berbeza dengan iringan pelbagai tempo daripada instrumen perkusi, pelajar mengikut ketua untuk menekap rupa-rupa geometri berikut: − Segi tiga sama; − Segi empat sama; − Segi empat tepat; − Pentagon; − Heksagon; − Oktagon; dan − Bulatan.(v) Matematik dan sains • Kelaskan haiwan yang anda jumpa. Guna tanda gundalan untuk menunjukkan bilangan haiwan yang anda telah kelaskan.
  18. 18. TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA 187(vi) Matematik dan seni visual • Lukiskan piktograf untuk menunjukkan haiwan yang berbeza berdasarkan ciri-ciri fizikal. Lukis ikon-ikon yang sesuai untuk mewakili haiwan yang berbeza untuk digunakan dalam membina piktograf. AKTIVITI 9.4 1. Nyatakan dan berikan contoh-contoh bentuk-bentuk mesej komunikasi. 2. Apakah yang anda faham dengan istilah „Komunikasi verbal‰? Berdasarkan pernyataan di bawah, yang manakah menunjukkan komunikasi verbal dengan betul? Bil Pernyataan Ya Tidak 1. Memberi kuliah 2 Membalas surat rakan 3 Bercakap melalui telefon 4 Melukis gambar 5 Memberi khidmat kaunseling 6 Bermain bola keranjang 7 Bermain alat muzik 8 Mempersembahkan drama 9 Mengenyit mata 10 Berbisik
  19. 19. 188 TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMARajah 9.5 menunjukkan Contoh Pembelajaran Matematik Melalui Seni dalamPendidikan.Tajuk Aktiviti: TeselasiObjektif Pembelajaran:Pelajar akan diajar untuk;1. Memahami dan menggunakan perbendaharaan kata yang berkaitan dengan bentuk-bentuk dua matra (2-M) dan2. Menghuraikan dan mengelaskan bentuk-bentuk 2-M yang biasaHasil Pembelajaran:Pelajar akan dapat:1. Menghuraikan ciri-ciri bentuk 2-M2. Menyusun bentuk 2-M dan3. Mencipta reka bentuk dengan bentuk-bentuk 2-MPenilaian:Matematik : Pelajar boleh mereka cipta teselasi dengan menggunakan bentuk-bentuk 2-M (seperti segi empat sama, segi tiga, bulatan, segi empat tepat, bintang)Seni Visual : Mereka cipta corak teselasi/mereka cipta corak dengan menggunakan bentuk 2- M (seperti seperti segi empat sama, segi tiga, bulatan, segi empat tepat, bintang)Pergerakan : Menggunakan isyarat atau gerakan badan untuk menunjukkan bentuk-bentuk 2-M seperti segi empat sama, segi tiga, bulatan, segi empat tepat, bintang.Muzik : Menyanyi lagu berjudul „shapes‰, sama ada secara individu atau berkumpulan.ICT : Mengguna perisian komputer (MS Paint) untuk melukis dan membuat reka bentuk 2-M/teselasi.Strategi Pengajaran dan PembelajaranPermulaan/Warm up1. Guna isyarat atau pergerakan badan untuk berkomunikasi di antara satu sama lain tentang bentuk 2-M yang dapat dilihat dalam kehidupan seharian seperti bentuk dan corak dalam kain, kain langsir, kertas pembungkus. • Matematik dan pergerakan2. Secara individu atau dalam kumpulan sepuluh orang, pegang tangan dan bentuk formasi untuk menunjukkan bentuk-bentuk 2-M seperti seperti segi empat sama, segi tiga, bulatan, segi empat tepat, bintang sambil menyanyikan lagu ‰shape‰ (Rajah 9.6). • Matematik, muzik dan pergerakan Rajah 9.5: Contoh Pembelajaran Matematik Melalui Seni dalam Pendidikan
  20. 20. TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA 189Nota Sambungan dengan seni kata berikut.I like to draw a square like thisItÊs a two-D shape like thisLetÊs move our bodies just like thisNow we are a square in shapeChorus:O cute square, O cute squareI have four sides to my shape Rajah 9.6 : Skor lagu „Shapes‰
  21. 21. 190 TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMARajah 9.7 adalah satu contoh pembelajaran menggunakan isyarat dan pergerakanbadan. Perkembangan Pelajaran 1. Di atas sehelai kertas , minta murid melukis: (v) Pelbagai bentuk 2-M yang mereka pernah lihat dalam kehidupan seharian mereka (papan tanda, jam, carta dinding, jendela, dsb.) (vi) Reka bentuk mudah atau corak yang mengandungi bentuk-bentuk 2-M seperti yang terdapat pada kain langsir, kertas pembalut. Matematik dan seni visual 2. Dengan bantuan perisian komputer yang sesuai (seperti MS Paint), reka cipta teselasi yang mengadungi bentuk 2-M dan cetakkannya. ICT, matematik dan seni visual Rajah 9.7: Contoh isyarat dan pergerakan badan untuk membuat bentuk-bentukRajah 9.8 menunjukkan contoh teselasi yang boleh dihasilkan di akhir pelajaran. Rajah 9.8: Contoh teselasi
  22. 22. TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA 191• Topik ini membantu anda memahami pendekatan bertema dan aktiviti- aktiviti yang berkaitan dengan tema persekitaran, masyarakat dan komunikasi.• Topik ini meningkatkan tahap kefahaman dan kesedaran pelajar-pelajar untuk lebih mendalami tema-tema yang ada serta dapat membantu untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi muzik, pergerakan dan seni visual.Gamitan TeselasiDauer, V. P. & Prangrazi R. P. (1989). Dynamic physical education for elementary school children. New York: Macmillan Publishing Company.Edwards, L. C. (1997). The creative arts: A process approach for teachers and children. New Jersey: Prentice Hall.Freeland, K., & Hammond, K. (1998). Curriculum for Integrated Learning: A lesson based approach. New York: Delma Publishers.Goldberg, M. R. (1992). Expressing and assessing understanding through the arts in phi delta kappa. April, pp. 619-623.Salmah, Ayob. (1994). Aktiviti-aktiviti pergerakan kreatif panduan pengajar. Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd.Salmah, Ayob. (1998). Pergerakan kreatif dan pendidikan. Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd.

×