Dokumen ini memberikan ringkasan tentang psikologi pendidikan, termasuk definisi psikologi pendidikan, tujuan utama psikologi pendidikan untuk membantu guru memahami perkembangan murid dan meningkatkan kualiti pengajaran, serta kepentingan ilmu psikologi pendidikan bagi guru dalam mengajar mengikut kebolehan murid.
1. TUGASAN TUTORIAL
PSIKOLOGI
UNIT 1: ASAS PSIKOLOGI
CHIN HAN WEI
TENO LIEW
ALBERT GRAY TASON
SITI NORASYIKIN
ROSNIRA KARIM
2. DEFINISI PSIKOLOGI
Psikologi adalah perkataan yang berasal dari tamadun Greek
purba, iaitu dari perkataan 'Psych' dan 'Logos'.
- Ia dapat didefinisikan sebagai:
"the scientific study of the way the human mind works and how
it influences behaviour, or the influence of a particular person's
character on their behaviour". (Cambridge International
Dictionary of English, p.383).
"1. Kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya
berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan"; "2. Pola
pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan
tertentu"; "3. Kebijaksanaan memahami sifat manusia".
(Kamus Dewan, edisi Ketiga. 1060)
Kesimpulannya, psikologi adalah satu disiplin ilmu yang
mengkaji secara saintifik tingkah laku manusia atau haiwan
khasnya pemikiran, sikap, perasaan, naluri, potensi,
kecergasan, keperluan, dan tindak balas manusia terhadap
rangsangan persekitaran sosial.
4. PENGERTIAN PSIKOLOGI
PENDIDIKAN
Gabungan psikologi dan pendidikan
(tingkah laku murid dalam situasi
pendidikan)
Atan Along (1976) menghuraikan
psikologi pendidikan adalah sains yang
mengkaji tingkah laku pelajar dalam
suasana pembelajaran dalam kelas
5. Slavin (1991) menyatakan psikologi
pendidikan ialah kajian tentang murid,
pengajaran dan pembelajaran yang
memfokuskan pengetahuan, kemahiran,
nilai dan sikap dialihkan daripada guru
kepada murid dalam kelas, termasuk
aplikasi prinsip-prinsip psikologi dalam
pendidikan
6. Kesimpulannya, psikologi pendidikan
adalah satu disiplin ilmu yang mengkaji
tingkah laku murid dengan aplikasi
prinsip-prinsip psikologi ke atas segala
aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dalam situasi kelas
7. TUJUAN PSIKOLOGI
PENDIDIKAN
Memahami perkembangan fizikal, mental
dan emosi murid
Membolehkan guru menggunakan kaedah
pengajaran yang sesuai mengikut
kebolehan murid
kajian perbezaan menolong guru
mengimbangi murid dalam kumpulan
yang sesuai
8. Kajian perubahan tingkah laku menolong
guru untuk mengawal disiplin murid
Memahami perubahan personaliti dan
konsep kendiri murid untuk meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran
9. KEPENTINGAN PSIKOLOGI
PENDIDIKAN KEPADA GURU
Memberi ilmu pengetahuan tentang teori
dan prinsip psikologi kepada guru untuk
diamalkan dalam kelas
Menyedarkan guru akan perbezaan
individu dari segi mental, fizikal dan minat
demi memudahkan proses pengajaran
dan pembelajaran mengikut kebolehan
murid
Membekalkan ilmu untuk membantu guru
mencegah masalah dalam kelas
10. Meningkatkan kualiti pengajaran guru dalam
kelas
Membantu guru membantu guru membentuk
personaliti murid yang sihat serta konsep kendiri
yang positif dengan bimbingan yang wajar
Membantu guru menggunakan teknik motivasi
yang berkesan serta mewujudkan hubungan
baik diantara mereka