SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
SISTEM ENDOKRIN


      Sistem endokrin adalah sistem yang melibatkan kelenjar-kelenjar tertentu
yang menghasilkan sejenis bahan kimia yang dinamakan hormon. Hormon yg
dilepaskan akan menyerap terus ke dalam darah dan dibawa oleh sistem pengaliran
darah ke seluruh tubuh. Sistem saraf dan sistem endokrin memainkan peranan
penting dalam mengawal sistem tubuh.


      Terdapat empat fungsi utama yang dilakukan oleh hormon. Fungsi yang
pertama ialah membantu mengawal persekitaran dalaman dengan mengatur
kandungan kimia dan isi padunya di dalam tubuh badan. Kedua, membantu tubuh
dalam keadaan tertekan seperti semasa keadaan trauma, stres, pendehidratan,
pendarahan dan perubahan suhu yang melampau. Ketiga, memainkan peranan
dalam pertumbuhan dan perkembangan badan dan yang keempat, hormon
memainkan peranannya dalam pembentukan gamet, persenyawaan, pemakanan
kepada embrio dan fetus, proses bersalin dan pemakanan kepada anak yang baru
lahir. Ciri utama tindakan hormon ialah dirembes terus ke sistem peredaran darah
dan diangkut oleh darah ke bahagian lain dalam badan, kuantiti yang sedikit
menghasilkan kesan yang besar, kesan hormon lama kerana hormon dapat berada
dalam darah untuk beberapa ketika, dan hormon bersifat spesifik. Hormon tertentu
merangsang aktiviti tertentu pada organ tertentu.


      Setiap hormon mempunyai fungsi yang berbeza. Kebanyakan hormon peptida
terikat kepada reseptor protein yang terdapat di dalam membran plasma dan ia
mengaktifkan sistem pengangkutan yang kedua. Seterusnya, sistem pengangkutan
yang kedua akan menyebabkan sel-sel berubah untuk mengenalpasti hormon yang
perlu disimpan dan yang perlu dibebaskan. Kebiasaannya pengangkut yang kedua
akan dijumpai di dalam sel-sel badan termasuk di cyclic AMP dan kalsium.
Pengangkut kedua akan bergerak ke suatu enzim kerana setiap enzim akan
bertindak aktif diantara satu sama lain. Enzim intrasel mengakibatkan perubahan
pada sel yang bersatu dengan hormon. Enzim tersebut akan mengubah atau
hentikan proses tersebut.
Dalam tubuh sesuatu organisme, terdapat suatu mekanisme kawal atur yang
berupaya untuk mengekalkan badan dalam keadaan seimbang yang dipanggil
homeostasis. Homeostasis merupakan suatu mekanisme pemeliharaan ciri-ciri kimia
dan fizikal persekitaran dalaman iaitu bendalir luar sel tubuh organisma hidup secara
fisiologi supaya berada dalam keadaan yang seimbang. Antara kepentingan
homeostasis ialah organisma dapat hidup dan menyesuaikan dirinya dalam julat
habitat dan persekitaran yang lebih luas, mampu menyediakan suatu keadaan
dalaman yang stabil untuk menjalankan segala proses hidup sel dengan cekap,
kadar metabolisme atau aktiviti-aktiviti lain dapat ditingkatkan atau diturunkan pada
bika-bila masa sahaja dan enzim-enzim dalaman dapat berfungsi dengan kecekapan
yang optimum. Walaupun kesemua proses ini adalah bertentangan dan bersaing
antara satu sama lain, tetapi melalui suatu proses yang di sebut suap balik, proses-
proses ini tersusun dalam sebegitu cara untuk menghasilkan satu nsistem yang
dapat berfungsi dengan baik.


      Proses homeostasis adalah proses suap balik negatif dan positif. Persekitaran
dalaman atau bendalir luar sel suatu organisma berfungsi secara konsisten melalui
kawalan suatu sistem hemeostasis. Terdapat beberapa faktor yang dikawalatur oleh
bendalir luar sel iaitu kepekatan glukosa, urea, garam, pH, suhu dan kandungan air.
Setiap faktor ini mempunyai julat normal masing-masing. Sebarang pesongan dari
julat normal akan dikesan oleh reseptoe tertentu dalam badan yang seterusnya akan
menghantar maklumat ke suatu pusat kawalan, biasanya otak. Di pusat kawalan,
langkah yang sesuai akan diambil untuk mengembalikan keadaan ke aras normal.


      Terdapat beberapa kelenjar endokrin yang utama iaitu kelenjar hipotalamus
dan pituitari, kelenjar tiroid dan paratiroid, kelenjar adrenal dan pankreas. Kelenjar
endokrin yang lain ialah testis dan ovari, kelenjar timus dan kelenjar pineal. Kelenjar
hipotalamus adalah bahagian kecil Diencephalon (otak) pada bahagian bawah
(inferior) talamus. Kelenjar ini penting untuk hubungan sistem saraf dan endokrin.
Hipotalamus mengawal persekitaran dalaman dalam tubuh. Ia membantu untuk
mengawal denyutan jantung, suhu badan dan kandungan air supaya seimbang di
dalam badan. Kelenjar pituitari pula merupakan kelenjar utama kerana dapat
menghasilkan banyak hormon       yang mengawal kelenjar endokrin yang lain serta
mengawal aktiviti tubuh. Ia berbentuk bulat dan berdiameter 1.0 cm. Ia terletak di
dalam ruang tengkorak. Kelenjar pituitari dan kelenjar hipotalamus dihubungkan oleh
infundibulum.




  Kelenjar hipotalamus dan pituitari               hormon di bahagian anterior dan
                                                           posterior


          Kelenjar pituitari mempunyai dua bahagian utama iaitu cuping anterior dan
cuping posterior. Cuping posterior merembeskan pelbagai hormon. Antaranya ialah
Thyroid stimulating hormon (TSH) untuk mengawal penghasilan hormon tiroksina
oleh kelenjar tiroid, Follicle stimulating hormon (FSH) bagi merangsang pertumbuhan
folikel Graaf & penghasilan estrogen dlm ovari dan merangsang tubul semen dalam
testis, Growth hormone (GH) adalah untuk mengawal proses pertumbuhan. GH
berlaku dalam otot, tulang, hati, rawan dan tisu lain. Selain itu, cuping anterior juga
merembeskan Adrenocorticotrophin        hormon (ACTH) bagi mengawal rembesan
hormon kortisol dari korteks adrenal, Luteinising hormon (LH) untuk merangsang
pembentukan korpus luteum, penghasilan progestron dan estrogen di ovari serta
merangsang rembesan testosteron di testis dan juga merembeskan hormon Prolactin
untuk merangsang perkembangan kelenjar susu bagi wanita yg hamil dan
memelihara rembesan susu.


          Cuping anterior pula hanya merembeskan dua jenis hormon iaitu hormon
Oksitosin dan Antidiuretic hormon (ADH). Hormon oksitosin adalah untuk
pengecutan otot uterus semasa kelahiran anak dan merangsang penghasilan susu
dari kelenjar susu. Manakala ADH pula adalah untuk duktus pengumpul ginjal
menjadi telap kepada air supaya lebih banyak air dapat diserap semula ke dalam
ginjal.
Jumlah GH yang dihasilkan oleh cuping anterior akan memberi kesan kepada
ketinggian seseorang. Kuantiti GH akan mempengaruhi tumbesaran seseorang
semasa kanak-kanak dan juga pada masa remaja. Jika terlalu sedikit GH semasa
zaman kanak-kanak, tumbesarannya akan terbantut. Perwatakan pula adalah seperti
kanak-kanak normal tetapi ketinggiannya terbantut. Ini dipanggil sebagai orang
kerdil. Jika terlalu banyak GH, seseorang itu akan menjadi terlalu tinggi atau gergasi.
Biasanya orang itu akan menghadapi masalah kesihatan kerana kandungan gula di
dalam badan dan menyebabkan penyakit kencing manis. Kanak-kanak akan
menghadapi pertumbuhan luar biasa pada tulang tangan, kaki dan tengkorak


       Kelenjar tiriod terletak pada bahagian bawah (inferior) larinks (peti suara).
Kelenjar tiroid dipenuhi oleh folikel tiroid. Dinding bagi setiap folikel terdiri daripada
sel folikular. Sel folikular menghasilkan hormon triiodothyronine (T3) dan thyroxine
(T4). Kelenjar tiroid berfungsi mengatur susunan kimia tisu dan sebagai perangsang
proses pengoksidaan. Hormon yang dirembeskan oleh kelenjar ini ialah tiroksin.
Hormon tiroksin berfungsi sebagai pengawal kadar metabolisme sel dan sebagai
pertumbuhan dan perkembangan fizikal serta mental yang normal. Selain itu, hormon
tiroksin juga berperanan penting dlm proses tumbesaran tubuh bdn pd peringkat
kanak-kanak dan memelihara kesihatan kulit tubuh & rambut.




                 tiroid                            proses perembesan hormon
                                                          dalam tiroid
Apabila kekurangan hormon tiroid di dalam darah, ia akan menggalakkan
penghasilan tirotrofin dan hormon perangsang tiroid (TSH) di pituitari anterior.
Kemudian, ia akan merangsang penghasilan hormon tiroid di dalam badan.
Sekiranya sudah mencukupi, hormon tiroid akan menghantar maklumat bahawa
hormonnya sudah mencukupi dan proses perembesan akan berhenti. Proses
sebaliknya akan berlaku sekiranya peningkatan hormon tiroid di dalam darah.


      Kekurangan hormon tiroksina,akan berlakunya kretinisme iaitu kekurangan
rembesan pada waktu bayi yang seterusnya akan mengakibatkan pertumbuhan
mental dan fizikal terencat. Bagi golongan dewasa, keadaan ini menyebabkan
miksedema di mana proses metabolik sangat perlahan dan cenderung untuk menjadi
gemuk, pergerakan lembap, kulit menjadi tebal dan kering, rambut gugur dan
menjadi jarang, suhu badan di bawah normal dan denyut nadi perlahan. Sekiranya
berlebihan hormon tiroksina, kadar metabolisme menjadi tinggi dan suhu badan
menjadi lebih tinggi daripada normal. Pada keadaan ini, pesakit kehilangan berat
badan, gelisah dan mudah marah, kadar denyutan nadi naik, output jantung
bertambah, dan mengalami simptom kardiovaskular seperti fibrilasi atrium dan
kegagalan jantung. Seseorang itu juga akan menghadapi penyakit goiter,terlalu aktif
dari segi mental dan juga menghadapi kesukaran untuk tidur.


      Kelenjar paratiroid terbina daripada tisu yang kecil dan bulat. Hormon
paratiroid yang dikeluarkan berfungsi untuk mengatur metabolisme kalsium dan
mengawal jumlah kalsium di dalam darah dan tulang. Ia memainkan peranan dalam
metabolisme dan fosfat.
Kelenjar paratiroid                  regulasi kalsium dalam darah
      Apabila kalsium di dalam darah tinggi, kelenjar tiroid akan merembeskan
calcitonin. Calcitonin akan menyuruh tulang mengeluarkan kalsium kerana tulang
mengandungi banyak kalsium. Kemudian kalsium di dalam darah kembali normal.
Manakala apabila kalsium di dalam darah rendah, kelenjar paratiroid akan
merembeskan      hormon    paratiroid   (PTH).   Hormon    ini   menyebabkan     tulang
merembeskan kalsium. Ia juga menyebabkan ginjal menyerap semula kalsium dari
tubul dan mengaktifkan vitamin D. Kemudian, usus akan menyerap kalsium dan
kandungan kalsium dalam darah akan kembali normal. Proses ini dinamakan proses
hemeostasis.


      Kekurangan hormon di dalam kelenjar paratiroid menyebabkan kekurangan
kalsium di dalam kandungan darah. Keadaan ini menyebabkan keadaan seperti
tetanus iaitu gejala kekejangan otot dan konvulsi terutamanya pada tangan dan kaki
yang dikenali sebagai karpopedal spasma. Gejala ini dapat diredakan dengan
memberikan kalsium dalam kadar segera. Aktiviti kelenjar yang berlebihan berkaitan
dengan pembesaran (tumor) kelenjar. Pengagihan kalsium terganggu di mana
kalsium dikeluarkan semula dari tulang dan dimasukkan kembali ke serum darah. Ini
akan menyebabkan penyakit tulang di mana bahagian tulang menjadi nipis.
Kegagalan ginjal juga boleh berlaku jika kalsium terbina di dalam ginjal.


      Kelenjar adrenal adalah berpasangan yang terletak di bahagian atas
(superior) ginjal. Ia mempunyai bentuk piramid yang rata dan mengandungi darah
yang banyak serta dilapisi dengan kapsul berserat. Kelenjar adrenal mempunyai dua
bahagian utama iaitu korteks adrenal (bahagian luar) dan medula adrenal (bahagian
dalam). Kelenjar adrenal bahagian korteks mengeluarkan kortisol manakala
bahagian medula menghasilkan adrenalin dan noradrenalin.




                                       -kelenjar adrenal




Medula adrenal berada di dalam bahagian dalam kelenjar adrenal. Ia terdiri daripada
sel kromafin (chromaffin cells) yang menghasilkan hormon epinephrine dan
norepinephrine atau nama lain adrenaline dan noradrenaline. Rembesan hormon
dikawal oleh sistem saraf autonomik. Korteks adrenal terbahagi kepada 3 bahagian
iaitu zon glomerulosa yang berada di bahagian paling luar,di bawah lapisan kapsul.
Ia menghasilkan rembesan mineralokortikoid. Hormon ini mengatur keseimbangan
elektrolit dengan meningkatkan penyerapan natrium dan kumuhkan kalium. Aktiviti
fisiologi ini membantu dalam mempertahankan tekanan darah normal dan kadar
denyutan jantung. Bahagian yang kedua ialah zon fasikulata berada di bahagian
tengah dan bahagian paling besar. Selnya merembeskan glukokortikoid. Bahagian
yang ketiga adalah zon retikularis merupakan bahagian korteks paling dalam dan
menghampiri bahagian medula. Selnya merembeskan hormon androgen.




                            Proses yang berlaku ketika
                               dalam keadaan takut
Proses ini berlaku di dalam medula adrenal. Apabila seseorang itu takut,
oksigen akan berkurang di dalam darah dan ia memberi kesan kepada medula
adrenal. Apabila ini berlaku, lobus frontal akan merangsang hipotalamus. Kemudian,
hipotalamus akan ke medula oblongata seterusnya menghantar impuls di sepanjang
saraf simpatetik yang akan menyebabkan pembebasan adrenalin oleh medula
adrenal ke dalam aliran darah. Apabila keadaan telah stabil, maklumat akan dihantar
semula ke hipotamus dan hipotalamus akan berhenti memproses.




      Pankreas merupakan tisu endokrin bagi sistem penghadaman. Pankreas
terdiri daripada kelenjar endokrin serta eksokrin (exocrine). Pankreas adalah organ
leper yang berukuran antara 12.5 hingga 15cm. Ia berada pada lengkungan
deodenum (bahagian pertama usus kecil). Ia juga terdiri daripada 3 bahagian utama
iaitu head (kepala), body (badan) dan tail (ekor). Terdapat kumpulan sel istimewa
yang dinamakan sel Langerhans. Sel Langerhans menghasilkan hormon insulin yang
terus menyerap masuk ke dalam aliran darah (endokrin).




               Pankreas                             proses hemeostasis kandungan
                                                         glukosa dalam darah
Insulin adalah penting untuk proses metabolisma karbohidrat. Sel langerhans
terdiri daripada 4 jenis sel iaitu sel alpha (sel A) yang rembeskan glukagon, sel beta
(sel B) yang rembeskan insulin, sel delta (sel D) yang rembeskan somatostatin dan
sel F yang merembeskan polipeptida pankreatik. Insulin membantu menurunkan
kandungan gula dalam darah manakala glukagon meningkatkan kadar gula dalam
darah. Tindakan glukagon bila kadar gula dalam darah rendah, dan asid amino
dalam darah meningkat. Kesannya glukoagon ini juga sama dengan kesan kortisol,
GH dan epinefrin. Dalam meningkatkan kadar gula darah, glukagon merangsang
glikogenolisis (pemecahan glikogen menjadi glukosa) dan meningkatkan asid amino
dari otot serta meningkatkan glukoneogenesis (pemecahan glukosa dari yang bukan
karbohidrat).   Dalam     metabolisme     lemak,    glukagon   meningkatkan   lipolisis
(pemecahan lemak).


       Kekurangan insulin akan menyebabkan aras glukosa meningkat dan
berpenyakit diabetes melitus. Akibat berlebihan insulin pula akan menyebabkan aras
glukosa menurun. Sekiranya glukagon kurang di dalam badan, seseorang itu akan
menjadi kurang aktif dari segi mental dan fizikal dan jika berlebihan, seseorang itu
akan menjadi terlalu aktif dari segi mental dan fizikal.


       Testis adalah berpasangan yg berbentuk oval dilitupi kantung skrotum. Selain
menghasilkan sperma, testis turut menghasilkan hormon androgen iaitu Testosteron.
Hormon    ini   penting   untuk   regulasi   penghasilan   sperma   dan   merangsang
perkembangan sifat maskulin seorang lelaki. Testis juga menghasilkan Inhibin bagi
merencat penghasilan FSH. Ovari merupakan telur atau jasad tisu berbentuk oval
yang hadir sepasang pada rongga pelvic wanita. Ia menghasilkan beberapa jenis
hormon iaitu estrogen dan progesteron. Hormon estrogen adalah untuk mengawal
perkembangan organ seks dan ciri sekunder seks dalam perempuan dan untuk
merangsang penebalan dinding uterus bagi membolehkan proses penempelan ovum
tersenyawa pada dinding uterus. Hormon progesteron pula bagi mengekalkan
penebalan dinding uterus yang dapat menyokong perkembangan zigot dan fetus,
menghalang proses pengovulan dan merangsang pembesaran kelenjar susu
semasa kelahiran.
Testis                                      ovari


      Kesan kekurangan hormon aldestron, badan akan kehilangan air dan garam
mineral secara berlebihan dan otot-otot juga menjadi lemah. Manakala kesan
daripada berlebihan hormon ini, menyebabkan perkembangan otot yang kuat. Akibat
kekurangan hormon estrogen dan progestron dalam ovari, ciri seks sekunder dan
organ seks tidak akan berkembang dengan sempurna dan akan menyebabkan
keguguran fetus. Jika berlebihan hormon ini, kanak-kanak akan mempunyai ciri
perempuan dan mencapai kematangan terlalu awal pada peringkat kanak-kanak.
Jika berlebihan hormon progestron pula akan membuat kegagalan untuk melahirkan
anak pada masa yang betul dan kegagalan pengecutan uterus semasa kelahiran
anak. Kekurangan hormon testosteron akan menjejaskan perkembangan ciri seks
sekunder dan berlebihan hormon, kanak-kanak akan bersifat kelelakian dan
mencapai kematangan pada peringkat awal.


      Kelenjar timus terletak dalam toraks. Ia berwarna kemerah-merahan dan
terdiri daripada dua lobus. Saiznya sangat kecil dengan berat kira-kira 10g bagi bayi
yang baru lahir dan beratnya bertambah kepada 30 hingga 40g pada waktu remaja
dan kemudian mengecut semula. Kelenjar timus berkaitan dengan penghasilan
antibodi. Ia berperanan dalam pertahanan tubuh terhadap jangkitan. Sebahagian
besar strukturnya terbina daripada tisu limfatika.
Kelenjar timus


      Kelenjar pineal terletak pada korpus kalosum dan bersaiz kecil dan berwarna
merah. Ia dilapisi oleh kapsul yang bernama pia mater. Kelenjar ini menghasilkan
hormon melatonin dan adrenoglomerulotropin. Melatonin boleh merencatkan aktiviti
pembiakan dengan cara merencatkan hormon gonadotropik. Adrenoglomerulotropin
pula merangsang korteks adrenal untuk merembeskan mineralokortikod.




                                 Kelenjar pineal
BIBLIOGRAFI
Mohd Zairi Husain, 2009, Asas Anatomi Dan Fisiologi, OUM, Meteor Doc. Sdn. Bhd

More Related Content

What's hot

STRUKTUR & FISIOLOGI - SKELETAL
STRUKTUR & FISIOLOGI - SKELETALSTRUKTUR & FISIOLOGI - SKELETAL
STRUKTUR & FISIOLOGI - SKELETALMuhammad Nasrullah
 
1.3 Mekanisme pembekuan darah
1.3 Mekanisme pembekuan darah1.3 Mekanisme pembekuan darah
1.3 Mekanisme pembekuan darahJummy Masindah Jm
 
Sistem endokrin kskbkk
Sistem endokrin kskbkkSistem endokrin kskbkk
Sistem endokrin kskbkkMohd Arif
 
CONGENITAL TALIPES EQUINO VARUS & SPINA BIFIDA
CONGENITAL TALIPES EQUINO VARUS & SPINA BIFIDACONGENITAL TALIPES EQUINO VARUS & SPINA BIFIDA
CONGENITAL TALIPES EQUINO VARUS & SPINA BIFIDAMuhammad Nasrullah
 
ORAL REHYDRATION SALT (GARAM REHIDRASI) ORS
ORAL REHYDRATION SALT (GARAM REHIDRASI) ORSORAL REHYDRATION SALT (GARAM REHIDRASI) ORS
ORAL REHYDRATION SALT (GARAM REHIDRASI) ORSMuhammad Nasrullah
 
PENJAGAAN SEBELUM DAN SELEPAS PEMBEDAHAN
PENJAGAAN SEBELUM DAN SELEPAS PEMBEDAHANPENJAGAAN SEBELUM DAN SELEPAS PEMBEDAHAN
PENJAGAAN SEBELUM DAN SELEPAS PEMBEDAHANMuhammad Nasrullah
 
ANTI COAGULANTS and FIBRINOLYTICS
ANTI COAGULANTS and FIBRINOLYTICSANTI COAGULANTS and FIBRINOLYTICS
ANTI COAGULANTS and FIBRINOLYTICSMuhammad Nasrullah
 
ASAS ANATOMI - STRUKTUR SISTEM ALIMENTARI
ASAS ANATOMI - STRUKTUR SISTEM ALIMENTARIASAS ANATOMI - STRUKTUR SISTEM ALIMENTARI
ASAS ANATOMI - STRUKTUR SISTEM ALIMENTARIMuhammad Nasrullah
 
RENAL CALCULI - Batu karang dalam salur kencing
RENAL CALCULI - Batu karang dalam salur kencingRENAL CALCULI - Batu karang dalam salur kencing
RENAL CALCULI - Batu karang dalam salur kencingMuhammad Nasrullah
 
Mamb 1112 2.2 bakteria gram positif
Mamb 1112 2.2 bakteria gram positifMamb 1112 2.2 bakteria gram positif
Mamb 1112 2.2 bakteria gram positifZamari
 
PENJAGAAN PESAKIT MENGALAMI KEPATAHAN
PENJAGAAN PESAKIT MENGALAMI KEPATAHANPENJAGAAN PESAKIT MENGALAMI KEPATAHAN
PENJAGAAN PESAKIT MENGALAMI KEPATAHANMuhammad Nasrullah
 
Sistem saraf
Sistem saraf Sistem saraf
Sistem saraf BPG
 

What's hot (20)

STRUKTUR & FISIOLOGI - SKELETAL
STRUKTUR & FISIOLOGI - SKELETALSTRUKTUR & FISIOLOGI - SKELETAL
STRUKTUR & FISIOLOGI - SKELETAL
 
1.3 Mekanisme pembekuan darah
1.3 Mekanisme pembekuan darah1.3 Mekanisme pembekuan darah
1.3 Mekanisme pembekuan darah
 
Sistem endokrin kskbkk
Sistem endokrin kskbkkSistem endokrin kskbkk
Sistem endokrin kskbkk
 
CONGENITAL TALIPES EQUINO VARUS & SPINA BIFIDA
CONGENITAL TALIPES EQUINO VARUS & SPINA BIFIDACONGENITAL TALIPES EQUINO VARUS & SPINA BIFIDA
CONGENITAL TALIPES EQUINO VARUS & SPINA BIFIDA
 
Sistem respiratori
Sistem respiratoriSistem respiratori
Sistem respiratori
 
ORAL REHYDRATION SALT (GARAM REHIDRASI) ORS
ORAL REHYDRATION SALT (GARAM REHIDRASI) ORSORAL REHYDRATION SALT (GARAM REHIDRASI) ORS
ORAL REHYDRATION SALT (GARAM REHIDRASI) ORS
 
Pneumotorak dan Hemotorak
Pneumotorak dan HemotorakPneumotorak dan Hemotorak
Pneumotorak dan Hemotorak
 
Sistem endokrin
Sistem endokrinSistem endokrin
Sistem endokrin
 
PENJAGAAN SEBELUM DAN SELEPAS PEMBEDAHAN
PENJAGAAN SEBELUM DAN SELEPAS PEMBEDAHANPENJAGAAN SEBELUM DAN SELEPAS PEMBEDAHAN
PENJAGAAN SEBELUM DAN SELEPAS PEMBEDAHAN
 
ANTI COAGULANTS and FIBRINOLYTICS
ANTI COAGULANTS and FIBRINOLYTICSANTI COAGULANTS and FIBRINOLYTICS
ANTI COAGULANTS and FIBRINOLYTICS
 
ASAS ANATOMI - STRUKTUR SISTEM ALIMENTARI
ASAS ANATOMI - STRUKTUR SISTEM ALIMENTARIASAS ANATOMI - STRUKTUR SISTEM ALIMENTARI
ASAS ANATOMI - STRUKTUR SISTEM ALIMENTARI
 
Sistem respirasi
Sistem respirasiSistem respirasi
Sistem respirasi
 
Penyakit Jantung Kongenital
Penyakit Jantung KongenitalPenyakit Jantung Kongenital
Penyakit Jantung Kongenital
 
RENAL CALCULI - Batu karang dalam salur kencing
RENAL CALCULI - Batu karang dalam salur kencingRENAL CALCULI - Batu karang dalam salur kencing
RENAL CALCULI - Batu karang dalam salur kencing
 
SISTEM SARAF PUSAT
SISTEM SARAF PUSATSISTEM SARAF PUSAT
SISTEM SARAF PUSAT
 
Keperluan eliminasi
Keperluan eliminasiKeperluan eliminasi
Keperluan eliminasi
 
LUMBAR PUNCTURE
LUMBAR PUNCTURELUMBAR PUNCTURE
LUMBAR PUNCTURE
 
Mamb 1112 2.2 bakteria gram positif
Mamb 1112 2.2 bakteria gram positifMamb 1112 2.2 bakteria gram positif
Mamb 1112 2.2 bakteria gram positif
 
PENJAGAAN PESAKIT MENGALAMI KEPATAHAN
PENJAGAAN PESAKIT MENGALAMI KEPATAHANPENJAGAAN PESAKIT MENGALAMI KEPATAHAN
PENJAGAAN PESAKIT MENGALAMI KEPATAHAN
 
Sistem saraf
Sistem saraf Sistem saraf
Sistem saraf
 

Viewers also liked

Sistem endokrin
Sistem endokrinSistem endokrin
Sistem endokrinmothy
 
Perbedaan sistem saraf dengan sistem endokrin
Perbedaan sistem saraf dengan sistem endokrinPerbedaan sistem saraf dengan sistem endokrin
Perbedaan sistem saraf dengan sistem endokrinNisa Tazkiyah
 
Pahang juj 2012 spm sains [035 a91f8]
Pahang juj 2012 spm sains [035 a91f8]Pahang juj 2012 spm sains [035 a91f8]
Pahang juj 2012 spm sains [035 a91f8]Cynthia Ling
 
Topik 3 koordinasi dan gerakbalas
Topik 3 koordinasi dan gerakbalasTopik 3 koordinasi dan gerakbalas
Topik 3 koordinasi dan gerakbalassmktsj2
 
Bab 2 koordinasi badan... sains tingkatan4
Bab 2   koordinasi badan... sains tingkatan4Bab 2   koordinasi badan... sains tingkatan4
Bab 2 koordinasi badan... sains tingkatan4Roiamah Basri
 
Bab 2 koordinasi badan
Bab 2 koordinasi badanBab 2 koordinasi badan
Bab 2 koordinasi badanElla Samad
 
Topik 3 anatomi fisiologi (2)
Topik 3 anatomi  fisiologi (2)Topik 3 anatomi  fisiologi (2)
Topik 3 anatomi fisiologi (2)Hasrunnaim Ahmad
 
Soalan dan skema anatomi stpm modular
Soalan dan skema anatomi stpm modularSoalan dan skema anatomi stpm modular
Soalan dan skema anatomi stpm modularMohamad Nor
 
1 fungsi sistem biologi kawalan motor
1 fungsi sistem biologi kawalan motor1 fungsi sistem biologi kawalan motor
1 fungsi sistem biologi kawalan motorMohamad Ihtifazuddin
 
2.6 2.7 (sistem endokrin)
2.6 2.7 (sistem endokrin)2.6 2.7 (sistem endokrin)
2.6 2.7 (sistem endokrin)cikgu aini
 
Anatomi dan fisiologi sistem endokrin
Anatomi dan fisiologi sistem endokrin Anatomi dan fisiologi sistem endokrin
Anatomi dan fisiologi sistem endokrin Viliansyah Viliansyah
 
Sistem Kardiovaskular
Sistem KardiovaskularSistem Kardiovaskular
Sistem Kardiovaskularimie
 
Kesan Penyalahgunaan Dadah
Kesan Penyalahgunaan Dadah Kesan Penyalahgunaan Dadah
Kesan Penyalahgunaan Dadah Belalang Chizu
 
Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 1 dan 2
Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 1 dan 2Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 1 dan 2
Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 1 dan 2Sheeyrha
 
Bab 3 biologi ting.5
Bab 3 biologi ting.5Bab 3 biologi ting.5
Bab 3 biologi ting.5diya303
 
Kesan penyalahgunaan dadah terhadap kesihatan
Kesan penyalahgunaan dadah terhadap kesihatanKesan penyalahgunaan dadah terhadap kesihatan
Kesan penyalahgunaan dadah terhadap kesihatanMohd Shukri Suib
 

Viewers also liked (20)

Sistem endokrin
Sistem endokrinSistem endokrin
Sistem endokrin
 
Perbedaan sistem saraf dengan sistem endokrin
Perbedaan sistem saraf dengan sistem endokrinPerbedaan sistem saraf dengan sistem endokrin
Perbedaan sistem saraf dengan sistem endokrin
 
Pahang juj 2012 spm sains [035 a91f8]
Pahang juj 2012 spm sains [035 a91f8]Pahang juj 2012 spm sains [035 a91f8]
Pahang juj 2012 spm sains [035 a91f8]
 
Topik 3 koordinasi dan gerakbalas
Topik 3 koordinasi dan gerakbalasTopik 3 koordinasi dan gerakbalas
Topik 3 koordinasi dan gerakbalas
 
Bab 2 koordinasi badan... sains tingkatan4
Bab 2   koordinasi badan... sains tingkatan4Bab 2   koordinasi badan... sains tingkatan4
Bab 2 koordinasi badan... sains tingkatan4
 
Bab 2 koordinasi badan
Bab 2 koordinasi badanBab 2 koordinasi badan
Bab 2 koordinasi badan
 
Lesson 2.5
Lesson 2.5Lesson 2.5
Lesson 2.5
 
Topik 3 anatomi fisiologi (2)
Topik 3 anatomi  fisiologi (2)Topik 3 anatomi  fisiologi (2)
Topik 3 anatomi fisiologi (2)
 
Soalan dan skema anatomi stpm modular
Soalan dan skema anatomi stpm modularSoalan dan skema anatomi stpm modular
Soalan dan skema anatomi stpm modular
 
modul-pjm3106
 modul-pjm3106 modul-pjm3106
modul-pjm3106
 
soalan ICT tingkatan 4
soalan ICT tingkatan 4soalan ICT tingkatan 4
soalan ICT tingkatan 4
 
1 fungsi sistem biologi kawalan motor
1 fungsi sistem biologi kawalan motor1 fungsi sistem biologi kawalan motor
1 fungsi sistem biologi kawalan motor
 
2.6 2.7 (sistem endokrin)
2.6 2.7 (sistem endokrin)2.6 2.7 (sistem endokrin)
2.6 2.7 (sistem endokrin)
 
Anatomi dan fisiologi sistem endokrin
Anatomi dan fisiologi sistem endokrin Anatomi dan fisiologi sistem endokrin
Anatomi dan fisiologi sistem endokrin
 
Sistem Kardiovaskular
Sistem KardiovaskularSistem Kardiovaskular
Sistem Kardiovaskular
 
Kesan Penyalahgunaan Dadah
Kesan Penyalahgunaan Dadah Kesan Penyalahgunaan Dadah
Kesan Penyalahgunaan Dadah
 
Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 1 dan 2
Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 1 dan 2Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 1 dan 2
Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 1 dan 2
 
Bab 3 perkumuhan
Bab 3 perkumuhanBab 3 perkumuhan
Bab 3 perkumuhan
 
Bab 3 biologi ting.5
Bab 3 biologi ting.5Bab 3 biologi ting.5
Bab 3 biologi ting.5
 
Kesan penyalahgunaan dadah terhadap kesihatan
Kesan penyalahgunaan dadah terhadap kesihatanKesan penyalahgunaan dadah terhadap kesihatan
Kesan penyalahgunaan dadah terhadap kesihatan
 

Similar to Sistem endokrin esei

Bab 3 – Koordinasi dan Gerak Balas (Peranan Hormon)
Bab 3 – Koordinasi dan Gerak Balas (Peranan Hormon)Bab 3 – Koordinasi dan Gerak Balas (Peranan Hormon)
Bab 3 – Koordinasi dan Gerak Balas (Peranan Hormon)Qing Hao Chai
 
Anatomi & fisiologi - endocrine system
Anatomi & fisiologi - endocrine systemAnatomi & fisiologi - endocrine system
Anatomi & fisiologi - endocrine systemSyazwan Wajiah
 
Sistem endokrin
Sistem endokrinSistem endokrin
Sistem endokrinAtikahYsf
 
Nota ringkas tingkatan 4 kbsm by cg hazlina binti hashim
Nota ringkas tingkatan 4 kbsm by cg hazlina binti hashimNota ringkas tingkatan 4 kbsm by cg hazlina binti hashim
Nota ringkas tingkatan 4 kbsm by cg hazlina binti hashimHazlina Hashim
 
SC T4 BAB 7 KOORDINASI BADAN zila khalid =).pptx
SC T4 BAB 7 KOORDINASI BADAN zila khalid =).pptxSC T4 BAB 7 KOORDINASI BADAN zila khalid =).pptx
SC T4 BAB 7 KOORDINASI BADAN zila khalid =).pptxNorhayatyAhmad
 
Perkembangan fizikal
Perkembangan fizikalPerkembangan fizikal
Perkembangan fizikalsinurha
 
Abpd1303 adolescent psychology -topik 3
Abpd1303   adolescent psychology -topik 3Abpd1303   adolescent psychology -topik 3
Abpd1303 adolescent psychology -topik 3Umi Yea
 
Koordinasi Kimia dalam Badan
Koordinasi Kimia dalam BadanKoordinasi Kimia dalam Badan
Koordinasi Kimia dalam Badansipiahmuhi
 
Topik 2 struktur dan organisasi sel (Ting. 4 Biologi)
Topik 2   struktur dan organisasi sel (Ting. 4 Biologi)Topik 2   struktur dan organisasi sel (Ting. 4 Biologi)
Topik 2 struktur dan organisasi sel (Ting. 4 Biologi)Siti Nafisah
 
17063143 pengenalan-anatomi-dan-fisiologi
17063143 pengenalan-anatomi-dan-fisiologi17063143 pengenalan-anatomi-dan-fisiologi
17063143 pengenalan-anatomi-dan-fisiologipisces2012
 
Topik 2 struktur dan organisasi sel
Topik 2   struktur dan organisasi selTopik 2   struktur dan organisasi sel
Topik 2 struktur dan organisasi selHalf Heart
 
Presentation biologi chapter 3
Presentation biologi chapter 3Presentation biologi chapter 3
Presentation biologi chapter 3afiqahcullen
 
Darah-Anatomi & Fisiologi
Darah-Anatomi & FisiologiDarah-Anatomi & Fisiologi
Darah-Anatomi & FisiologiEi Reen
 

Similar to Sistem endokrin esei (20)

Bab 3 – Koordinasi dan Gerak Balas (Peranan Hormon)
Bab 3 – Koordinasi dan Gerak Balas (Peranan Hormon)Bab 3 – Koordinasi dan Gerak Balas (Peranan Hormon)
Bab 3 – Koordinasi dan Gerak Balas (Peranan Hormon)
 
Anatomi & fisiologi - endocrine system
Anatomi & fisiologi - endocrine systemAnatomi & fisiologi - endocrine system
Anatomi & fisiologi - endocrine system
 
Sistem endokrin
Sistem endokrinSistem endokrin
Sistem endokrin
 
Nota ringkas tingkatan 4 kbsm by cg hazlina binti hashim
Nota ringkas tingkatan 4 kbsm by cg hazlina binti hashimNota ringkas tingkatan 4 kbsm by cg hazlina binti hashim
Nota ringkas tingkatan 4 kbsm by cg hazlina binti hashim
 
sistem endokrin
sistem endokrinsistem endokrin
sistem endokrin
 
SC T4 BAB 7 KOORDINASI BADAN zila khalid =).pptx
SC T4 BAB 7 KOORDINASI BADAN zila khalid =).pptxSC T4 BAB 7 KOORDINASI BADAN zila khalid =).pptx
SC T4 BAB 7 KOORDINASI BADAN zila khalid =).pptx
 
Perkembangan fizikal
Perkembangan fizikalPerkembangan fizikal
Perkembangan fizikal
 
Abpd1303 adolescent psychology -topik 3
Abpd1303   adolescent psychology -topik 3Abpd1303   adolescent psychology -topik 3
Abpd1303 adolescent psychology -topik 3
 
Sistem endokrin 1 AKPER PEMKAB MUNA
Sistem endokrin 1 AKPER PEMKAB MUNA Sistem endokrin 1 AKPER PEMKAB MUNA
Sistem endokrin 1 AKPER PEMKAB MUNA
 
Sistem endokrin 1 AKPER PEMKAB MUNA
Sistem endokrin 1 AKPER PEMKAB MUNA Sistem endokrin 1 AKPER PEMKAB MUNA
Sistem endokrin 1 AKPER PEMKAB MUNA
 
Homeostasis
HomeostasisHomeostasis
Homeostasis
 
Koordinasi hormon didalam
Koordinasi hormon didalamKoordinasi hormon didalam
Koordinasi hormon didalam
 
Koordinasi Kimia dalam Badan
Koordinasi Kimia dalam BadanKoordinasi Kimia dalam Badan
Koordinasi Kimia dalam Badan
 
4 topic2
4 topic24 topic2
4 topic2
 
Pj
PjPj
Pj
 
Topik 2 struktur dan organisasi sel (Ting. 4 Biologi)
Topik 2   struktur dan organisasi sel (Ting. 4 Biologi)Topik 2   struktur dan organisasi sel (Ting. 4 Biologi)
Topik 2 struktur dan organisasi sel (Ting. 4 Biologi)
 
17063143 pengenalan-anatomi-dan-fisiologi
17063143 pengenalan-anatomi-dan-fisiologi17063143 pengenalan-anatomi-dan-fisiologi
17063143 pengenalan-anatomi-dan-fisiologi
 
Topik 2 struktur dan organisasi sel
Topik 2   struktur dan organisasi selTopik 2   struktur dan organisasi sel
Topik 2 struktur dan organisasi sel
 
Presentation biologi chapter 3
Presentation biologi chapter 3Presentation biologi chapter 3
Presentation biologi chapter 3
 
Darah-Anatomi & Fisiologi
Darah-Anatomi & FisiologiDarah-Anatomi & Fisiologi
Darah-Anatomi & Fisiologi
 

More from CIKGUAMI

2. Pecahan.doc
2. Pecahan.doc2. Pecahan.doc
2. Pecahan.docCIKGUAMI
 
Lathan Kemahiran Asas (1).doc
Lathan Kemahiran Asas (1).docLathan Kemahiran Asas (1).doc
Lathan Kemahiran Asas (1).docCIKGUAMI
 
BIJAK SIFIR.docx
BIJAK SIFIR.docxBIJAK SIFIR.docx
BIJAK SIFIR.docxCIKGUAMI
 
Soalan tahun 4
Soalan tahun 4Soalan tahun 4
Soalan tahun 4CIKGUAMI
 
Pppmpendidikanjasmani tahun3
Pppmpendidikanjasmani tahun3Pppmpendidikanjasmani tahun3
Pppmpendidikanjasmani tahun3CIKGUAMI
 
1. pengenalan psikometrik
1. pengenalan psikometrik1. pengenalan psikometrik
1. pengenalan psikometrikCIKGUAMI
 
Senarai pingat
Senarai pingatSenarai pingat
Senarai pingatCIKGUAMI
 
Spesifikasi ukuran
Spesifikasi ukuranSpesifikasi ukuran
Spesifikasi ukuranCIKGUAMI
 
Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negaraCIKGUAMI
 
Pekeliling
PekelilingPekeliling
PekelilingCIKGUAMI
 
Isi kandungan fail
Isi kandungan failIsi kandungan fail
Isi kandungan failCIKGUAMI
 
Kkb sce3111 analisis item ( contoh )
Kkb sce3111 analisis item ( contoh )Kkb sce3111 analisis item ( contoh )
Kkb sce3111 analisis item ( contoh )CIKGUAMI
 
Soalan periksa
Soalan periksaSoalan periksa
Soalan periksaCIKGUAMI
 
Soalan latihan-nota
Soalan latihan-notaSoalan latihan-nota
Soalan latihan-notaCIKGUAMI
 
Soalan periksa
Soalan periksaSoalan periksa
Soalan periksaCIKGUAMI
 
Senarai semak soalan
Senarai semak soalanSenarai semak soalan
Senarai semak soalanCIKGUAMI
 

More from CIKGUAMI (20)

2. Pecahan.doc
2. Pecahan.doc2. Pecahan.doc
2. Pecahan.doc
 
Lathan Kemahiran Asas (1).doc
Lathan Kemahiran Asas (1).docLathan Kemahiran Asas (1).doc
Lathan Kemahiran Asas (1).doc
 
BIJAK SIFIR.docx
BIJAK SIFIR.docxBIJAK SIFIR.docx
BIJAK SIFIR.docx
 
Soalan tahun 4
Soalan tahun 4Soalan tahun 4
Soalan tahun 4
 
Tahun 2
Tahun  2Tahun  2
Tahun 2
 
Pppmpendidikanjasmani tahun3
Pppmpendidikanjasmani tahun3Pppmpendidikanjasmani tahun3
Pppmpendidikanjasmani tahun3
 
1. pengenalan psikometrik
1. pengenalan psikometrik1. pengenalan psikometrik
1. pengenalan psikometrik
 
Acara
AcaraAcara
Acara
 
Senarai pingat
Senarai pingatSenarai pingat
Senarai pingat
 
Spesifikasi ukuran
Spesifikasi ukuranSpesifikasi ukuran
Spesifikasi ukuran
 
Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negara
 
Pekeliling
PekelilingPekeliling
Pekeliling
 
Isi kandungan fail
Isi kandungan failIsi kandungan fail
Isi kandungan fail
 
I want
I wantI want
I want
 
Kkb sce3111 analisis item ( contoh )
Kkb sce3111 analisis item ( contoh )Kkb sce3111 analisis item ( contoh )
Kkb sce3111 analisis item ( contoh )
 
Soalan periksa
Soalan periksaSoalan periksa
Soalan periksa
 
Soalan latihan-nota
Soalan latihan-notaSoalan latihan-nota
Soalan latihan-nota
 
Soalan periksa
Soalan periksaSoalan periksa
Soalan periksa
 
Senarai semak soalan
Senarai semak soalanSenarai semak soalan
Senarai semak soalan
 
Jsu
JsuJsu
Jsu
 

Recently uploaded

Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 

Recently uploaded (14)

Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 

Sistem endokrin esei

  • 1. SISTEM ENDOKRIN Sistem endokrin adalah sistem yang melibatkan kelenjar-kelenjar tertentu yang menghasilkan sejenis bahan kimia yang dinamakan hormon. Hormon yg dilepaskan akan menyerap terus ke dalam darah dan dibawa oleh sistem pengaliran darah ke seluruh tubuh. Sistem saraf dan sistem endokrin memainkan peranan penting dalam mengawal sistem tubuh. Terdapat empat fungsi utama yang dilakukan oleh hormon. Fungsi yang pertama ialah membantu mengawal persekitaran dalaman dengan mengatur kandungan kimia dan isi padunya di dalam tubuh badan. Kedua, membantu tubuh dalam keadaan tertekan seperti semasa keadaan trauma, stres, pendehidratan, pendarahan dan perubahan suhu yang melampau. Ketiga, memainkan peranan dalam pertumbuhan dan perkembangan badan dan yang keempat, hormon memainkan peranannya dalam pembentukan gamet, persenyawaan, pemakanan kepada embrio dan fetus, proses bersalin dan pemakanan kepada anak yang baru lahir. Ciri utama tindakan hormon ialah dirembes terus ke sistem peredaran darah dan diangkut oleh darah ke bahagian lain dalam badan, kuantiti yang sedikit menghasilkan kesan yang besar, kesan hormon lama kerana hormon dapat berada dalam darah untuk beberapa ketika, dan hormon bersifat spesifik. Hormon tertentu merangsang aktiviti tertentu pada organ tertentu. Setiap hormon mempunyai fungsi yang berbeza. Kebanyakan hormon peptida terikat kepada reseptor protein yang terdapat di dalam membran plasma dan ia mengaktifkan sistem pengangkutan yang kedua. Seterusnya, sistem pengangkutan yang kedua akan menyebabkan sel-sel berubah untuk mengenalpasti hormon yang perlu disimpan dan yang perlu dibebaskan. Kebiasaannya pengangkut yang kedua akan dijumpai di dalam sel-sel badan termasuk di cyclic AMP dan kalsium. Pengangkut kedua akan bergerak ke suatu enzim kerana setiap enzim akan bertindak aktif diantara satu sama lain. Enzim intrasel mengakibatkan perubahan pada sel yang bersatu dengan hormon. Enzim tersebut akan mengubah atau hentikan proses tersebut.
  • 2. Dalam tubuh sesuatu organisme, terdapat suatu mekanisme kawal atur yang berupaya untuk mengekalkan badan dalam keadaan seimbang yang dipanggil homeostasis. Homeostasis merupakan suatu mekanisme pemeliharaan ciri-ciri kimia dan fizikal persekitaran dalaman iaitu bendalir luar sel tubuh organisma hidup secara fisiologi supaya berada dalam keadaan yang seimbang. Antara kepentingan homeostasis ialah organisma dapat hidup dan menyesuaikan dirinya dalam julat habitat dan persekitaran yang lebih luas, mampu menyediakan suatu keadaan dalaman yang stabil untuk menjalankan segala proses hidup sel dengan cekap, kadar metabolisme atau aktiviti-aktiviti lain dapat ditingkatkan atau diturunkan pada bika-bila masa sahaja dan enzim-enzim dalaman dapat berfungsi dengan kecekapan yang optimum. Walaupun kesemua proses ini adalah bertentangan dan bersaing antara satu sama lain, tetapi melalui suatu proses yang di sebut suap balik, proses- proses ini tersusun dalam sebegitu cara untuk menghasilkan satu nsistem yang dapat berfungsi dengan baik. Proses homeostasis adalah proses suap balik negatif dan positif. Persekitaran dalaman atau bendalir luar sel suatu organisma berfungsi secara konsisten melalui kawalan suatu sistem hemeostasis. Terdapat beberapa faktor yang dikawalatur oleh bendalir luar sel iaitu kepekatan glukosa, urea, garam, pH, suhu dan kandungan air. Setiap faktor ini mempunyai julat normal masing-masing. Sebarang pesongan dari julat normal akan dikesan oleh reseptoe tertentu dalam badan yang seterusnya akan menghantar maklumat ke suatu pusat kawalan, biasanya otak. Di pusat kawalan, langkah yang sesuai akan diambil untuk mengembalikan keadaan ke aras normal. Terdapat beberapa kelenjar endokrin yang utama iaitu kelenjar hipotalamus dan pituitari, kelenjar tiroid dan paratiroid, kelenjar adrenal dan pankreas. Kelenjar endokrin yang lain ialah testis dan ovari, kelenjar timus dan kelenjar pineal. Kelenjar hipotalamus adalah bahagian kecil Diencephalon (otak) pada bahagian bawah (inferior) talamus. Kelenjar ini penting untuk hubungan sistem saraf dan endokrin. Hipotalamus mengawal persekitaran dalaman dalam tubuh. Ia membantu untuk mengawal denyutan jantung, suhu badan dan kandungan air supaya seimbang di dalam badan. Kelenjar pituitari pula merupakan kelenjar utama kerana dapat menghasilkan banyak hormon yang mengawal kelenjar endokrin yang lain serta mengawal aktiviti tubuh. Ia berbentuk bulat dan berdiameter 1.0 cm. Ia terletak di
  • 3. dalam ruang tengkorak. Kelenjar pituitari dan kelenjar hipotalamus dihubungkan oleh infundibulum. Kelenjar hipotalamus dan pituitari hormon di bahagian anterior dan posterior Kelenjar pituitari mempunyai dua bahagian utama iaitu cuping anterior dan cuping posterior. Cuping posterior merembeskan pelbagai hormon. Antaranya ialah Thyroid stimulating hormon (TSH) untuk mengawal penghasilan hormon tiroksina oleh kelenjar tiroid, Follicle stimulating hormon (FSH) bagi merangsang pertumbuhan folikel Graaf & penghasilan estrogen dlm ovari dan merangsang tubul semen dalam testis, Growth hormone (GH) adalah untuk mengawal proses pertumbuhan. GH berlaku dalam otot, tulang, hati, rawan dan tisu lain. Selain itu, cuping anterior juga merembeskan Adrenocorticotrophin hormon (ACTH) bagi mengawal rembesan hormon kortisol dari korteks adrenal, Luteinising hormon (LH) untuk merangsang pembentukan korpus luteum, penghasilan progestron dan estrogen di ovari serta merangsang rembesan testosteron di testis dan juga merembeskan hormon Prolactin untuk merangsang perkembangan kelenjar susu bagi wanita yg hamil dan memelihara rembesan susu. Cuping anterior pula hanya merembeskan dua jenis hormon iaitu hormon Oksitosin dan Antidiuretic hormon (ADH). Hormon oksitosin adalah untuk pengecutan otot uterus semasa kelahiran anak dan merangsang penghasilan susu dari kelenjar susu. Manakala ADH pula adalah untuk duktus pengumpul ginjal menjadi telap kepada air supaya lebih banyak air dapat diserap semula ke dalam ginjal.
  • 4. Jumlah GH yang dihasilkan oleh cuping anterior akan memberi kesan kepada ketinggian seseorang. Kuantiti GH akan mempengaruhi tumbesaran seseorang semasa kanak-kanak dan juga pada masa remaja. Jika terlalu sedikit GH semasa zaman kanak-kanak, tumbesarannya akan terbantut. Perwatakan pula adalah seperti kanak-kanak normal tetapi ketinggiannya terbantut. Ini dipanggil sebagai orang kerdil. Jika terlalu banyak GH, seseorang itu akan menjadi terlalu tinggi atau gergasi. Biasanya orang itu akan menghadapi masalah kesihatan kerana kandungan gula di dalam badan dan menyebabkan penyakit kencing manis. Kanak-kanak akan menghadapi pertumbuhan luar biasa pada tulang tangan, kaki dan tengkorak Kelenjar tiriod terletak pada bahagian bawah (inferior) larinks (peti suara). Kelenjar tiroid dipenuhi oleh folikel tiroid. Dinding bagi setiap folikel terdiri daripada sel folikular. Sel folikular menghasilkan hormon triiodothyronine (T3) dan thyroxine (T4). Kelenjar tiroid berfungsi mengatur susunan kimia tisu dan sebagai perangsang proses pengoksidaan. Hormon yang dirembeskan oleh kelenjar ini ialah tiroksin. Hormon tiroksin berfungsi sebagai pengawal kadar metabolisme sel dan sebagai pertumbuhan dan perkembangan fizikal serta mental yang normal. Selain itu, hormon tiroksin juga berperanan penting dlm proses tumbesaran tubuh bdn pd peringkat kanak-kanak dan memelihara kesihatan kulit tubuh & rambut. tiroid proses perembesan hormon dalam tiroid
  • 5. Apabila kekurangan hormon tiroid di dalam darah, ia akan menggalakkan penghasilan tirotrofin dan hormon perangsang tiroid (TSH) di pituitari anterior. Kemudian, ia akan merangsang penghasilan hormon tiroid di dalam badan. Sekiranya sudah mencukupi, hormon tiroid akan menghantar maklumat bahawa hormonnya sudah mencukupi dan proses perembesan akan berhenti. Proses sebaliknya akan berlaku sekiranya peningkatan hormon tiroid di dalam darah. Kekurangan hormon tiroksina,akan berlakunya kretinisme iaitu kekurangan rembesan pada waktu bayi yang seterusnya akan mengakibatkan pertumbuhan mental dan fizikal terencat. Bagi golongan dewasa, keadaan ini menyebabkan miksedema di mana proses metabolik sangat perlahan dan cenderung untuk menjadi gemuk, pergerakan lembap, kulit menjadi tebal dan kering, rambut gugur dan menjadi jarang, suhu badan di bawah normal dan denyut nadi perlahan. Sekiranya berlebihan hormon tiroksina, kadar metabolisme menjadi tinggi dan suhu badan menjadi lebih tinggi daripada normal. Pada keadaan ini, pesakit kehilangan berat badan, gelisah dan mudah marah, kadar denyutan nadi naik, output jantung bertambah, dan mengalami simptom kardiovaskular seperti fibrilasi atrium dan kegagalan jantung. Seseorang itu juga akan menghadapi penyakit goiter,terlalu aktif dari segi mental dan juga menghadapi kesukaran untuk tidur. Kelenjar paratiroid terbina daripada tisu yang kecil dan bulat. Hormon paratiroid yang dikeluarkan berfungsi untuk mengatur metabolisme kalsium dan mengawal jumlah kalsium di dalam darah dan tulang. Ia memainkan peranan dalam metabolisme dan fosfat.
  • 6. Kelenjar paratiroid regulasi kalsium dalam darah Apabila kalsium di dalam darah tinggi, kelenjar tiroid akan merembeskan calcitonin. Calcitonin akan menyuruh tulang mengeluarkan kalsium kerana tulang mengandungi banyak kalsium. Kemudian kalsium di dalam darah kembali normal. Manakala apabila kalsium di dalam darah rendah, kelenjar paratiroid akan merembeskan hormon paratiroid (PTH). Hormon ini menyebabkan tulang merembeskan kalsium. Ia juga menyebabkan ginjal menyerap semula kalsium dari tubul dan mengaktifkan vitamin D. Kemudian, usus akan menyerap kalsium dan kandungan kalsium dalam darah akan kembali normal. Proses ini dinamakan proses hemeostasis. Kekurangan hormon di dalam kelenjar paratiroid menyebabkan kekurangan kalsium di dalam kandungan darah. Keadaan ini menyebabkan keadaan seperti tetanus iaitu gejala kekejangan otot dan konvulsi terutamanya pada tangan dan kaki yang dikenali sebagai karpopedal spasma. Gejala ini dapat diredakan dengan memberikan kalsium dalam kadar segera. Aktiviti kelenjar yang berlebihan berkaitan dengan pembesaran (tumor) kelenjar. Pengagihan kalsium terganggu di mana kalsium dikeluarkan semula dari tulang dan dimasukkan kembali ke serum darah. Ini akan menyebabkan penyakit tulang di mana bahagian tulang menjadi nipis. Kegagalan ginjal juga boleh berlaku jika kalsium terbina di dalam ginjal. Kelenjar adrenal adalah berpasangan yang terletak di bahagian atas (superior) ginjal. Ia mempunyai bentuk piramid yang rata dan mengandungi darah yang banyak serta dilapisi dengan kapsul berserat. Kelenjar adrenal mempunyai dua bahagian utama iaitu korteks adrenal (bahagian luar) dan medula adrenal (bahagian
  • 7. dalam). Kelenjar adrenal bahagian korteks mengeluarkan kortisol manakala bahagian medula menghasilkan adrenalin dan noradrenalin. -kelenjar adrenal Medula adrenal berada di dalam bahagian dalam kelenjar adrenal. Ia terdiri daripada sel kromafin (chromaffin cells) yang menghasilkan hormon epinephrine dan norepinephrine atau nama lain adrenaline dan noradrenaline. Rembesan hormon dikawal oleh sistem saraf autonomik. Korteks adrenal terbahagi kepada 3 bahagian iaitu zon glomerulosa yang berada di bahagian paling luar,di bawah lapisan kapsul. Ia menghasilkan rembesan mineralokortikoid. Hormon ini mengatur keseimbangan elektrolit dengan meningkatkan penyerapan natrium dan kumuhkan kalium. Aktiviti fisiologi ini membantu dalam mempertahankan tekanan darah normal dan kadar denyutan jantung. Bahagian yang kedua ialah zon fasikulata berada di bahagian tengah dan bahagian paling besar. Selnya merembeskan glukokortikoid. Bahagian yang ketiga adalah zon retikularis merupakan bahagian korteks paling dalam dan menghampiri bahagian medula. Selnya merembeskan hormon androgen. Proses yang berlaku ketika dalam keadaan takut
  • 8. Proses ini berlaku di dalam medula adrenal. Apabila seseorang itu takut, oksigen akan berkurang di dalam darah dan ia memberi kesan kepada medula adrenal. Apabila ini berlaku, lobus frontal akan merangsang hipotalamus. Kemudian, hipotalamus akan ke medula oblongata seterusnya menghantar impuls di sepanjang saraf simpatetik yang akan menyebabkan pembebasan adrenalin oleh medula adrenal ke dalam aliran darah. Apabila keadaan telah stabil, maklumat akan dihantar semula ke hipotamus dan hipotalamus akan berhenti memproses. Pankreas merupakan tisu endokrin bagi sistem penghadaman. Pankreas terdiri daripada kelenjar endokrin serta eksokrin (exocrine). Pankreas adalah organ leper yang berukuran antara 12.5 hingga 15cm. Ia berada pada lengkungan deodenum (bahagian pertama usus kecil). Ia juga terdiri daripada 3 bahagian utama iaitu head (kepala), body (badan) dan tail (ekor). Terdapat kumpulan sel istimewa yang dinamakan sel Langerhans. Sel Langerhans menghasilkan hormon insulin yang terus menyerap masuk ke dalam aliran darah (endokrin). Pankreas proses hemeostasis kandungan glukosa dalam darah
  • 9. Insulin adalah penting untuk proses metabolisma karbohidrat. Sel langerhans terdiri daripada 4 jenis sel iaitu sel alpha (sel A) yang rembeskan glukagon, sel beta (sel B) yang rembeskan insulin, sel delta (sel D) yang rembeskan somatostatin dan sel F yang merembeskan polipeptida pankreatik. Insulin membantu menurunkan kandungan gula dalam darah manakala glukagon meningkatkan kadar gula dalam darah. Tindakan glukagon bila kadar gula dalam darah rendah, dan asid amino dalam darah meningkat. Kesannya glukoagon ini juga sama dengan kesan kortisol, GH dan epinefrin. Dalam meningkatkan kadar gula darah, glukagon merangsang glikogenolisis (pemecahan glikogen menjadi glukosa) dan meningkatkan asid amino dari otot serta meningkatkan glukoneogenesis (pemecahan glukosa dari yang bukan karbohidrat). Dalam metabolisme lemak, glukagon meningkatkan lipolisis (pemecahan lemak). Kekurangan insulin akan menyebabkan aras glukosa meningkat dan berpenyakit diabetes melitus. Akibat berlebihan insulin pula akan menyebabkan aras glukosa menurun. Sekiranya glukagon kurang di dalam badan, seseorang itu akan menjadi kurang aktif dari segi mental dan fizikal dan jika berlebihan, seseorang itu akan menjadi terlalu aktif dari segi mental dan fizikal. Testis adalah berpasangan yg berbentuk oval dilitupi kantung skrotum. Selain menghasilkan sperma, testis turut menghasilkan hormon androgen iaitu Testosteron. Hormon ini penting untuk regulasi penghasilan sperma dan merangsang perkembangan sifat maskulin seorang lelaki. Testis juga menghasilkan Inhibin bagi merencat penghasilan FSH. Ovari merupakan telur atau jasad tisu berbentuk oval yang hadir sepasang pada rongga pelvic wanita. Ia menghasilkan beberapa jenis hormon iaitu estrogen dan progesteron. Hormon estrogen adalah untuk mengawal perkembangan organ seks dan ciri sekunder seks dalam perempuan dan untuk merangsang penebalan dinding uterus bagi membolehkan proses penempelan ovum tersenyawa pada dinding uterus. Hormon progesteron pula bagi mengekalkan penebalan dinding uterus yang dapat menyokong perkembangan zigot dan fetus, menghalang proses pengovulan dan merangsang pembesaran kelenjar susu semasa kelahiran.
  • 10. Testis ovari Kesan kekurangan hormon aldestron, badan akan kehilangan air dan garam mineral secara berlebihan dan otot-otot juga menjadi lemah. Manakala kesan daripada berlebihan hormon ini, menyebabkan perkembangan otot yang kuat. Akibat kekurangan hormon estrogen dan progestron dalam ovari, ciri seks sekunder dan organ seks tidak akan berkembang dengan sempurna dan akan menyebabkan keguguran fetus. Jika berlebihan hormon ini, kanak-kanak akan mempunyai ciri perempuan dan mencapai kematangan terlalu awal pada peringkat kanak-kanak. Jika berlebihan hormon progestron pula akan membuat kegagalan untuk melahirkan anak pada masa yang betul dan kegagalan pengecutan uterus semasa kelahiran anak. Kekurangan hormon testosteron akan menjejaskan perkembangan ciri seks sekunder dan berlebihan hormon, kanak-kanak akan bersifat kelelakian dan mencapai kematangan pada peringkat awal. Kelenjar timus terletak dalam toraks. Ia berwarna kemerah-merahan dan terdiri daripada dua lobus. Saiznya sangat kecil dengan berat kira-kira 10g bagi bayi yang baru lahir dan beratnya bertambah kepada 30 hingga 40g pada waktu remaja dan kemudian mengecut semula. Kelenjar timus berkaitan dengan penghasilan antibodi. Ia berperanan dalam pertahanan tubuh terhadap jangkitan. Sebahagian besar strukturnya terbina daripada tisu limfatika.
  • 11. Kelenjar timus Kelenjar pineal terletak pada korpus kalosum dan bersaiz kecil dan berwarna merah. Ia dilapisi oleh kapsul yang bernama pia mater. Kelenjar ini menghasilkan hormon melatonin dan adrenoglomerulotropin. Melatonin boleh merencatkan aktiviti pembiakan dengan cara merencatkan hormon gonadotropik. Adrenoglomerulotropin pula merangsang korteks adrenal untuk merembeskan mineralokortikod. Kelenjar pineal
  • 12. BIBLIOGRAFI Mohd Zairi Husain, 2009, Asas Anatomi Dan Fisiologi, OUM, Meteor Doc. Sdn. Bhd