SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
2.0 STRUKTUR DAN FUNGSI SISTEM LIMFATIK DAN IMUNITI
2.1 Struktur Sistem Limfatik
Struktur sistem limfatik terdiri daripada anyaman pembuluh limfa yang luas dan
berhubung dengan kelompok kecil jaringan limfatik iaitu kelenjar limfa. Cairan yang
memasuki pembuluh limfa ini disebut limfa atau nama lainnya ialah getah bening.
Gambar Rajah 2.1: Struktur Kelenjar Limfa
Kelenjar getah bening ini termasuk dalam susunan retikuloendotel yang
tersebar luas di seluruh tubuh badan dan mempunyai fungsi yang penting iaitu
merupakan “barier” atau “filter” terhadap kuman-kuman ataupun bakteria-bakteria
yang masuk ke dalam tubuh dan turut berfungsi dalam membentuk sel-sel limfosit
darah. Struktur sistem limfatik ini juga terdiri daripada beberapa komponen utama
iaitu limfa (cecair jernih), pembuluh limfa (pembuluh yang membawa limfa), dan tisu
limfatik (struktur dan organ yang mengandungi tisu limfoid).
Gambar rajah 2.2 : Menunjukkan Struktur dan komponen Sistem Limfatik
2.1.1 Limfa
Limfa ialah cecair jernih yang terdapat di dalam pembuluh limfa. Kandungan
kimia limfa, cecair tisu dan plasma adalah serupa. Oleh sebab demikian, limfa terdiri
daripada protein plasma yang keluar dari pembuluh darah. Limfa mengandungi
factor pembekuan dan boleh menjadi beku apabila tinggal beberapa lama secara in
vitro (luar dari badan).
Gambar Rajah 2.3 : Injap dalam Salur Limfa
Disamping itu, limfa juga mengandungi jumlah limfosit yang berbeza,
beberapa granulosit, enzim, antibodi, glukosa, garam galian atau mineral, karbon
dioksida dan sedikit oksigen.Selain itu, terdapat juga berbagai-bagai bahan lain turut
terdapat di dalam limfa dan kebanyakannya bergantung kepada lokasi pembuluh
limfa. Manakala, di dalam limfatik usus, kandungan lemak tidak larut air adalah tinggi
selepas makan, oleh yang demikian, limfa akan menjadi warna putih susu dan di
sebut kili.
2.1.2 Pembuluh Limfa
Pembuluh limfa merupakan salur-salur halus yang saling bersambungan dan
membentuk struktur seperti jaringan dan turut dikenali juga sebagai kapilari limfa.
Kedudukannya terletak di bawah kulit dan selaras dengan kapilari darah.
Pernukaannya juga nipis dan mempunyai sistem injap untuk mengelakkan
berlakunya “backflow”. Selain itu, ianya juga lebih telap daripada kapilari
darah.Kapilari limfa ini bermula di merata badan tetapi tidak di tisu yang tiada
ppembuluh darah, sistem saraf pusat, pulpa limfa dan sum-sum tulang.
Gambar rajah 2.4 : Struktur Pembuluh Limfa/Kapilari Limfa
Seperti kapilari darah yang bergabung untuk mebentuk venul dan vena,
kapilari limfa juga turut bergabung untuk membentuk kapilari limfa yang lebih besar.
Di samping itu, struktur pembuluh limfatik juga menyerupai struktur vena tetapi
mempunyai dinding yang lebih nipis, lebih banyak injap dan terdiri daripada nodus-
nodus limfa di aras-aras tertentu.
Selain itu, pengaliran limfa juga adalah disebabkan oleh pergerakan otot
rangka, tekanan intratoraks yang negatif semasa inspirasi dan kontraksi dinding
duktus limfatik yang lebih besar. Oleh sebab itu pembuluh limfa mempunyai injap
yang menhalang aliran balik. Kontraksi otot rangka akan menolakkan limfa kearah
depan sahaja dan mengalir ke dalam sistem vena.
Gambar rajah 2.5 : Struktur Salur Limfatik
Tissue cell
2.1.3 Tisu Limfatik
Tisu Limfatik tersusun dalam tiga kumpulan, iaitu tisu limfatik pengumpul, nodul-
nodul limfatik dan organ limfatik.
a) Tisu Limfatik Pengumpul
Tisu limfatik pengumpul ialah tisu limfatik yang berkumpul dan tidak ditupi
oleh kapsul, dan terletak di dalam lamina propia (tisu perantaraan) membran
mucus trek gastrousus, trek pernafasan, trek uninari dan trek pembiakan.
b) Nodul Limfatik
Nodul limfatik terdiri daripada tisu limfatik yang berkumpul dan berbentuk
lonjong. Nodul ini tidak mempunyai kapsul tetapi mempunyai kawasan tengah
(pusat germinal) yang memberi pewarnaan pucat kerana mengandungi
limfosit dan kawasan periferi (korteks) yang memberi pewarnaan yang gelap
kerana mengandungi limfosit kecil. Nordul Limfatik ini membentuk tonsil di
dalam farinks dan kelompok peyer di dalam ileum usus kecil.
c) Organ Limfatik
Organ-organ limfatik di badan ialah nodus-nodus limfa, limfa dan kelenjar
timus. Semuanya mempunyai tisu limfatik dengan jaringan serat reticulum
yang ditutupi oleh kapsul tisu perantara. Septum berserat yang masuk ke
dalam dari kapsul dikenali trabekula.
Gambar rajah 2.6: Organ-organ Sistem Limfatik
i) Nodus Limfa
Nodus limfa berbentuk lonjong atau seperti kacang hijau.
Berdiameter 1 hingga 25 mm panjang dan terdapat sepanjang sistem
limfatik. Nodus limfa selalunya berkumpul di bahagian tertentu di
badan. Setiap nodus limfa mempunyai lekuk di satu sisi yang di sebut
hilus. Hilus nodus limfa ini ialah tempat keluar pembuluh limfatiik
eferen. Banyak pembuluh limfatik aferen memasuki nodus limfa
melalui permukaan cembungnya. Nodus-nodus limfa mempunyai
fungsi penurasan, fagositik dan imunologi.
Gambar Rajah 2.7 : Struktur Nodus Limfa
ii) Limpa
Limpa ialah tisu limfatik yang terbesar dan terletak khususnya
dibahagian atas kiri kaviti abdomen diantara gaster dan diafgragma.
Organ ini seperti span, terletak di bahagian atas kiri ruang
abdomen iaitu dipermukaan perut. Limfa diliputi oleh kapsul berserat
seperti nodus limfa, limpa mempunyai trabekula dan hilus, tempat
yang ditembusi oleh pembuluh darah dan pembuluh limfatik.
Gambar rajah 2.8 : Limpa/ Spleen
iii) Kelenjar Timus
Kelenjar timus ialah tisu limfatik yang terdapat di bahagian
anterior dan atas kaviti toraks di antara kedua-dua paru-paru.
Sepasang kelenjar ini terletak pada ventral trakea dan atas sedikit
dari jantung. Ia mempunyai dua lobus dan setiap satu diliputi oleh
tisu perantara yang di sebut kapsul timus. Lanjutan yang masuk ke
dalam tisu timus dikenali sebagai trabekula yang membahagikan
lobus kepada lobul. Setiap lobul terdiri daripada korteks di tepi yang
menghasilkan pewarnaan gelap, dan medulla di dalam yang
menghasilkan warna pucat.
Gambar rajah 2.9: Struktur Kelenjar Timus
Korteks terdiri daripada limfosit dan dinilah berlakunya
pembentukan limfosit. Manakala, medula terdiri daripada banyak tisu
epitelium dan limfosit yang bertabur berjauhan.medula juga ada
mengandungi korpusel timus(Hassall), iaitu lapisan konsentrik sel
epithelium. Klenjar timus juga mencapai saiz maksimumnya seberat 40
g semasa baligh. Selepas itu, kelenjar timus akan terus mengecut dan
menjadi semakin kecil atau dengan kata lain mengalami atrofi.
Gambar rajah 2.10 : Kedudukan Kelenjar Timus Dalam Tubuh Badan
Manusia
iv) Sumsum tulang
Merupakan tisu yang fleksibel yang terdapat di dalam rongga interior
tulang dan berfungsi menghasilkan sel darah yang baru.
.
Gambar rajah 2.11 : Struktur Sum-sum tulang
2.2 Sistem imuniti
Sistem imuniti ialah struktur dan proses biologi dalam sesuatu organism yang
bertindak melindungi organism tersebut daripada serangan penyakit dengan
mengenalpasti dan membunuh pathogen dan sel tumor. Oleh yang demikian, dalam
sistem imuniti ini Limfosit dan tisu limpoid yang terlibat.
2.2.1 Limfosit
Limfosit adalah sejenis sel darah putih yang terlibat dalam sistem imuniti pada
vertebrata. Limfosit dihasilkan nodus limfa yang yang terlibat dalam
penghasilan antibodi. Ada dua kategori besar limfosit, limfosit berbutiran
besar (large granular lymphocytes) dan limfosit kecil. Limfosit memiliki
peranan penting dan terpadu dalam sistem pertahanan tubuh. Limfosit
dihasilkan di sumsum tulang dan hati (pada fetus) dengan bentuk awal yang
sama tetapi kemudian berbeza. Limfosit dapat menghasilkan antibodi pada
kanak-kanak dan akan meningkat seiring dengan bertambahnya usia.
Gambar rajah 2.12 : Limfosit
2.2.2 Tisu Limpoid
Tisu limpoid merupakan sebahagian daripada sistem keimunan badan yang
membantu untuk melindungi badan daripada ancaman bakteria. Limfosit
mengandungi banyak tisu limpoid. Tisu limpoid termasuk nodus limfa, limpa,
tonsil dan adenoids(tisu yang mengembang pada bahagian belakang
kerongkong) serta thymus (kelenjar tanpa duktus pada dasar leher.) Tisu
dalam bidang perubatan bukan macam sehelai kertas tisu. Tisu ini
merupakan nama yang digunakan kepada sekumpulan sel yang mempunyai
fungsi yang spesifik.Selain itu,tisu dalam bidang perubatan tidak semestinya
ialah lapisan. Oleh itu, sum- sum tulang juga merupakan salah sejenis tisu.
2.3 Fungsi Sistem Limfatik
Sistem limfatik mempunyai banyak fungsi seperti yang berikut:
a) Sistem limfatik mengalirkan cecair mengandungi protein dari ruang-ruang tisu
yang telah keluar dari pembuluh darah. Jadi protein yang tidak boleh diserap
semula secara langsung oleh pembuluh darah akan dikembalikan ke dalam
sistem kardiovaskular oleh sistem limfatik.
b) Sistem limfatik juga menghantarkan lemak dan trek gastrousus ke dalam
peredaran darah.
c) Tisu limfatik juga berfungsi memberi kawalan dan pertahanan, iaitu limfosit
dengan pertolongan makrofaj memberi perlindungan kepada badan daripada
sel-sel asing, mikrop dan sel barah.
d) Beberapa tisu limfatik seperti nodus limfa bersedia untuk membuang mikro,
sel darah dan bahan asing yang sangat kecil (debu dari paru-paru).
e) Limpa ialah tempat organ hasilan limfosit pemusnahan eritrosit dan tempat
organism daripada bahan asing dihalang daripada memasuki pembuluh
darah.
f) Kelenjar timus juga ialah tempat penghasilan limfosit untuk makanisme
pertahanan badan selain fungsi endokrin.
Rajah 2.1 : Fungsi Sistem Limfatik
Mengembalikan semula
cecair interstis ke dalam
sistem peredaran darah
dalam bentuk limfa.
Mengangkut asid
lemak dan gliserol.
sistem pertahanan
badan dengan
penghasilan limfosit di
nodus limfa.
membantu sistem
peredaran darah/
pelengkap kepada
peredaran darah.
suatu sistem sirkulasi
sekunder yang berfungsi
mengalirkan limfa atau
getah bening di dalm
tubuh.
RUMUSAN
Berdasarkan tugasan ini dapat disimpulkan bahawa sistem limfatik ini adalah amat
berkait rapat dengan sistem imuniti tubuh badan kita. Didapati sistem ini amat
penting terhadap kekebalan tubuh yang memainkan peranan dalam pertahanan
tubuh bagi melawan infeksi dan tumor. Selain itu, didapati juga cairan limfatik adalah
cairan putih mirip susu yang mengandung protein, lemak dan limfosit (sel darah
putih) yang semuanya mengalir ke seluruh tubuh melalui pembuluh limfatik.
Terdapat dua jenis sel limfosit iaitu Sel B dan Sel T. Sel B membantu melindungi
tubuh melawan bakteri dengan jalan membuat antibodi yang menyerang dan
memusnahkan bakteria. Dalam kondisi normal, sel limfosit merupakan salah satu
sistem pertahanan tubuh. Sementara sel limfosit yang tidak normal (limfoma)
biasanya berkumpul di kelenjar getah bening dan menyebabkan pembengkakan. Sel
limfosit ternyata tidak hanya melalui di dalam pembuluh limfa sahaja, malah sel ini
juga turut melalui ke seluruh tubuh di dalam pembuluh darah kerana limfoma ini
juga boleh keluar melaui kelenjar getah bening. Selain itu, ia juga terdapat di organ
lain seperti perut, hati, dan otak. Seterusnya, daripada tugasan ini juga kami dapati
penyakit yang selalunya melibatkan sistem ini ialah limfoma. Limfoma ialah tumor
yang berasal dari jaringan limfoid yang berkaitan dengan sistem limfatik dan sistem
imuniti tubuh. Data juga menunjukkan, penyakit ini lebih banyak terjadi pada orang
dewasa dengan angka tertinggi pada rentang usia antara 45 sampai 60 tahun. Makin
tua umur, makin tinggi risiko terkena penyakit ini. Oleh yang demikian, Alhamdulilah,
berdasarkan tugasan ini banyak pengetahuan baru yang kami perolehi dan amat
membantu dalam memahami tajuk sistem Limfatik dan Imuniti ini.
Struktur dan fungsi sistem limfatik by fie

More Related Content

What's hot

Sistem endokrin kskbkk
Sistem endokrin kskbkkSistem endokrin kskbkk
Sistem endokrin kskbkk
Mohd Arif
 
Sistem endokrin
Sistem endokrinSistem endokrin
Sistem endokrin
mothy
 
Sistem saraf
Sistem saraf Sistem saraf
Sistem saraf
BPG
 
1 pengenalan-anatomi-dan-fisiologi-tingkatan-4
1 pengenalan-anatomi-dan-fisiologi-tingkatan-41 pengenalan-anatomi-dan-fisiologi-tingkatan-4
1 pengenalan-anatomi-dan-fisiologi-tingkatan-4
Mohamad Ihtifazuddin
 
Sistem Jantung (PJM3106)
Sistem Jantung (PJM3106)Sistem Jantung (PJM3106)
Sistem Jantung (PJM3106)
Gobi Krrish
 
2.0 urinary system
2.0 urinary system2.0 urinary system
2.0 urinary system
Mohd Arif
 
Proses penghasilan air kencing
Proses penghasilan air kencingProses penghasilan air kencing
Proses penghasilan air kencing
Sarah Jasad
 

What's hot (20)

Sistem integumentari by imana
Sistem integumentari by imanaSistem integumentari by imana
Sistem integumentari by imana
 
Sistem rangka
Sistem rangkaSistem rangka
Sistem rangka
 
Sistem respiratori
Sistem respiratoriSistem respiratori
Sistem respiratori
 
Sistem endokrin kskbkk
Sistem endokrin kskbkkSistem endokrin kskbkk
Sistem endokrin kskbkk
 
Sistem endokrin
Sistem endokrinSistem endokrin
Sistem endokrin
 
STRUKTUR SISTEM RESPIRATORI
STRUKTUR SISTEM RESPIRATORISTRUKTUR SISTEM RESPIRATORI
STRUKTUR SISTEM RESPIRATORI
 
Sistem endokrin
Sistem endokrinSistem endokrin
Sistem endokrin
 
Sistem saraf
Sistem saraf Sistem saraf
Sistem saraf
 
ASAS ANATOMI & FISIOLOGI - Peringkat Tisu
ASAS ANATOMI & FISIOLOGI - Peringkat TisuASAS ANATOMI & FISIOLOGI - Peringkat Tisu
ASAS ANATOMI & FISIOLOGI - Peringkat Tisu
 
1 pengenalan-anatomi-dan-fisiologi-tingkatan-4
1 pengenalan-anatomi-dan-fisiologi-tingkatan-41 pengenalan-anatomi-dan-fisiologi-tingkatan-4
1 pengenalan-anatomi-dan-fisiologi-tingkatan-4
 
Sistem respirasi
Sistem respirasiSistem respirasi
Sistem respirasi
 
ANATOMI & FISIOLOGI STRUKTUR KULIT
ANATOMI & FISIOLOGI STRUKTUR KULITANATOMI & FISIOLOGI STRUKTUR KULIT
ANATOMI & FISIOLOGI STRUKTUR KULIT
 
Proses sistem percernaan berlaku
Proses sistem percernaan berlakuProses sistem percernaan berlaku
Proses sistem percernaan berlaku
 
Homeostasis
HomeostasisHomeostasis
Homeostasis
 
Jenis jenis sendi dan pergerakan
Jenis jenis sendi dan pergerakanJenis jenis sendi dan pergerakan
Jenis jenis sendi dan pergerakan
 
MEMBRAN SEL
MEMBRAN SELMEMBRAN SEL
MEMBRAN SEL
 
4 sistem-saraf-tingkatan-4
4 sistem-saraf-tingkatan-44 sistem-saraf-tingkatan-4
4 sistem-saraf-tingkatan-4
 
Sistem Jantung (PJM3106)
Sistem Jantung (PJM3106)Sistem Jantung (PJM3106)
Sistem Jantung (PJM3106)
 
2.0 urinary system
2.0 urinary system2.0 urinary system
2.0 urinary system
 
Proses penghasilan air kencing
Proses penghasilan air kencingProses penghasilan air kencing
Proses penghasilan air kencing
 

Viewers also liked (12)

Sistem limfatik & imuniti
Sistem limfatik & imunitiSistem limfatik & imuniti
Sistem limfatik & imuniti
 
anatomi sistem limfatik
anatomi sistem limfatikanatomi sistem limfatik
anatomi sistem limfatik
 
Sistem limfatik
Sistem limfatikSistem limfatik
Sistem limfatik
 
Anatomi fisiologi limpatik
Anatomi fisiologi limpatikAnatomi fisiologi limpatik
Anatomi fisiologi limpatik
 
Sistem limfatik
Sistem limfatikSistem limfatik
Sistem limfatik
 
Sistem limfatik
Sistem limfatikSistem limfatik
Sistem limfatik
 
Sistem limfatik & imuniti
Sistem limfatik & imuniti  Sistem limfatik & imuniti
Sistem limfatik & imuniti
 
Presentasi dini terbaru lagi
Presentasi dini terbaru lagiPresentasi dini terbaru lagi
Presentasi dini terbaru lagi
 
Sistem imun
Sistem imunSistem imun
Sistem imun
 
Bab 10 sistem pertahanan tubuh
Bab 10 sistem pertahanan tubuhBab 10 sistem pertahanan tubuh
Bab 10 sistem pertahanan tubuh
 
imunologi klasifikasi dan sistem limfatik
imunologi  klasifikasi dan sistem limfatikimunologi  klasifikasi dan sistem limfatik
imunologi klasifikasi dan sistem limfatik
 
Topik 1 nota pengangkutan
Topik 1  nota pengangkutanTopik 1  nota pengangkutan
Topik 1 nota pengangkutan
 

Similar to Struktur dan fungsi sistem limfatik by fie

sel haiwan
sel haiwansel haiwan
sel haiwan
meikei83
 
Darah anatomi fisiologi edit3
Darah anatomi fisiologi edit3Darah anatomi fisiologi edit3
Darah anatomi fisiologi edit3
Az Xie
 
Organisasi Sel Haiwan (Siti Maizatul Fazlin)
Organisasi Sel Haiwan (Siti Maizatul Fazlin)Organisasi Sel Haiwan (Siti Maizatul Fazlin)
Organisasi Sel Haiwan (Siti Maizatul Fazlin)
queenfalin
 
organisasi sel haiwan (siti maizatul fazlin)
organisasi sel haiwan (siti maizatul fazlin)organisasi sel haiwan (siti maizatul fazlin)
organisasi sel haiwan (siti maizatul fazlin)
queenfalin
 
Presentation biologi (sel haiwan dan tumbuhan)
Presentation biologi (sel haiwan dan tumbuhan)Presentation biologi (sel haiwan dan tumbuhan)
Presentation biologi (sel haiwan dan tumbuhan)
nortex
 
68344619 4-membran-sel-dan-pengangkutan
68344619 4-membran-sel-dan-pengangkutan68344619 4-membran-sel-dan-pengangkutan
68344619 4-membran-sel-dan-pengangkutan
Marius Ombou
 
Sains Sukan STPM: Anatomi & Fisiologi
Sains Sukan STPM: Anatomi & FisiologiSains Sukan STPM: Anatomi & Fisiologi
Sains Sukan STPM: Anatomi & Fisiologi
Presley Marcel
 
Sel sebagai unit asas hidupan
Sel sebagai unit asas hidupanSel sebagai unit asas hidupan
Sel sebagai unit asas hidupan
sharmili amy
 
Bab 2 struktur sel dan fungsi
Bab 2  struktur sel dan fungsiBab 2  struktur sel dan fungsi
Bab 2 struktur sel dan fungsi
Hajar Len
 

Similar to Struktur dan fungsi sistem limfatik by fie (20)

Sistem Limfatik dan Imuniti
Sistem Limfatik dan ImunitiSistem Limfatik dan Imuniti
Sistem Limfatik dan Imuniti
 
Lesson 1.4
Lesson 1.4Lesson 1.4
Lesson 1.4
 
sel haiwan
sel haiwansel haiwan
sel haiwan
 
Bab 6 - Anatomi & Fisiologi (1).pdf
Bab 6 - Anatomi & Fisiologi (1).pdfBab 6 - Anatomi & Fisiologi (1).pdf
Bab 6 - Anatomi & Fisiologi (1).pdf
 
Darah anatomi fisiologi edit3
Darah anatomi fisiologi edit3Darah anatomi fisiologi edit3
Darah anatomi fisiologi edit3
 
Biologi TING.4 - 2.2 Organisasi Unisel
Biologi TING.4 - 2.2 Organisasi UniselBiologi TING.4 - 2.2 Organisasi Unisel
Biologi TING.4 - 2.2 Organisasi Unisel
 
Organisasi Sel Haiwan (Siti Maizatul Fazlin)
Organisasi Sel Haiwan (Siti Maizatul Fazlin)Organisasi Sel Haiwan (Siti Maizatul Fazlin)
Organisasi Sel Haiwan (Siti Maizatul Fazlin)
 
organisasi sel haiwan (siti maizatul fazlin)
organisasi sel haiwan (siti maizatul fazlin)organisasi sel haiwan (siti maizatul fazlin)
organisasi sel haiwan (siti maizatul fazlin)
 
Presentation biologi (sel haiwan dan tumbuhan)
Presentation biologi (sel haiwan dan tumbuhan)Presentation biologi (sel haiwan dan tumbuhan)
Presentation biologi (sel haiwan dan tumbuhan)
 
68344619 4-membran-sel-dan-pengangkutan
68344619 4-membran-sel-dan-pengangkutan68344619 4-membran-sel-dan-pengangkutan
68344619 4-membran-sel-dan-pengangkutan
 
Topik 2 struktur dan organisasi sel (Ting. 4 Biologi)
Topik 2   struktur dan organisasi sel (Ting. 4 Biologi)Topik 2   struktur dan organisasi sel (Ting. 4 Biologi)
Topik 2 struktur dan organisasi sel (Ting. 4 Biologi)
 
Topik 2 struktur dan organisasi sel
Topik 2   struktur dan organisasi selTopik 2   struktur dan organisasi sel
Topik 2 struktur dan organisasi sel
 
Sistem limfatik& imuniti
Sistem limfatik& imunitiSistem limfatik& imuniti
Sistem limfatik& imuniti
 
Biologi f4 bab 2.2
Biologi f4 bab 2.2Biologi f4 bab 2.2
Biologi f4 bab 2.2
 
Manusia ialah Organisma Yang Kompleks
Manusia ialah Organisma Yang KompleksManusia ialah Organisma Yang Kompleks
Manusia ialah Organisma Yang Kompleks
 
Sains Tingkatan 1 Bab 2
Sains Tingkatan 1 Bab 2 Sains Tingkatan 1 Bab 2
Sains Tingkatan 1 Bab 2
 
Sains Sukan STPM: Anatomi & Fisiologi
Sains Sukan STPM: Anatomi & FisiologiSains Sukan STPM: Anatomi & Fisiologi
Sains Sukan STPM: Anatomi & Fisiologi
 
Sel sebagai unit asas hidupan
Sel sebagai unit asas hidupanSel sebagai unit asas hidupan
Sel sebagai unit asas hidupan
 
Sistem Sirkulasi
Sistem SirkulasiSistem Sirkulasi
Sistem Sirkulasi
 
Bab 2 struktur sel dan fungsi
Bab 2  struktur sel dan fungsiBab 2  struktur sel dan fungsi
Bab 2 struktur sel dan fungsi
 

More from fitri norlida

Kertas kerja kejohanan ping pong tunas peringkat kebangsaan
Kertas kerja kejohanan ping pong tunas peringkat kebangsaanKertas kerja kejohanan ping pong tunas peringkat kebangsaan
Kertas kerja kejohanan ping pong tunas peringkat kebangsaan
fitri norlida
 
Konsep ledakan budaya akibat proses globalisasi
Konsep ledakan budaya akibat proses globalisasiKonsep ledakan budaya akibat proses globalisasi
Konsep ledakan budaya akibat proses globalisasi
fitri norlida
 
tugasan Edu 3106 individu
tugasan Edu 3106 individu tugasan Edu 3106 individu
tugasan Edu 3106 individu
fitri norlida
 
Perlaksanaan pengajaran mikro psv
Perlaksanaan pengajaran mikro psvPerlaksanaan pengajaran mikro psv
Perlaksanaan pengajaran mikro psv
fitri norlida
 
Presentation psv pendekatan DBAE
Presentation psv pendekatan DBAEPresentation psv pendekatan DBAE
Presentation psv pendekatan DBAE
fitri norlida
 
2 unsur keterangan frasa kerja
2 unsur keterangan frasa kerja2 unsur keterangan frasa kerja
2 unsur keterangan frasa kerja
fitri norlida
 
Pembentukan kata nama
Pembentukan kata namaPembentukan kata nama
Pembentukan kata nama
fitri norlida
 
Amali seni dalam pendidikan
Amali seni dalam pendidikanAmali seni dalam pendidikan
Amali seni dalam pendidikan
fitri norlida
 
Assgmennt seni dalam pendidikan
Assgmennt seni dalam pendidikan Assgmennt seni dalam pendidikan
Assgmennt seni dalam pendidikan
fitri norlida
 

More from fitri norlida (20)

Kertas kerja kejohanan ping pong tunas peringkat kebangsaan
Kertas kerja kejohanan ping pong tunas peringkat kebangsaanKertas kerja kejohanan ping pong tunas peringkat kebangsaan
Kertas kerja kejohanan ping pong tunas peringkat kebangsaan
 
Soalan bm ujian 1 kertas 2
Soalan bm ujian 1 kertas 2Soalan bm ujian 1 kertas 2
Soalan bm ujian 1 kertas 2
 
Minit mesyuarat hari keluarga dan jamuan
Minit mesyuarat hari keluarga dan jamuanMinit mesyuarat hari keluarga dan jamuan
Minit mesyuarat hari keluarga dan jamuan
 
Kelahiran (EDU)
Kelahiran (EDU)Kelahiran (EDU)
Kelahiran (EDU)
 
Konsep ledakan budaya akibat proses globalisasi
Konsep ledakan budaya akibat proses globalisasiKonsep ledakan budaya akibat proses globalisasi
Konsep ledakan budaya akibat proses globalisasi
 
tugasan Edu 3106 individu
tugasan Edu 3106 individu tugasan Edu 3106 individu
tugasan Edu 3106 individu
 
Perlaksanaan pengajaran mikro psv
Perlaksanaan pengajaran mikro psvPerlaksanaan pengajaran mikro psv
Perlaksanaan pengajaran mikro psv
 
Presentation psv pendekatan DBAE
Presentation psv pendekatan DBAEPresentation psv pendekatan DBAE
Presentation psv pendekatan DBAE
 
assigment psv
assigment psv assigment psv
assigment psv
 
Pemasaran sukan
Pemasaran sukan Pemasaran sukan
Pemasaran sukan
 
6 kata sendi nama
6 kata sendi nama6 kata sendi nama
6 kata sendi nama
 
2 unsur keterangan frasa kerja
2 unsur keterangan frasa kerja2 unsur keterangan frasa kerja
2 unsur keterangan frasa kerja
 
Sintaksis
Sintaksis Sintaksis
Sintaksis
 
tugasan sintaksis
tugasan sintaksistugasan sintaksis
tugasan sintaksis
 
tugasan morfologi
tugasan morfologi  tugasan morfologi
tugasan morfologi
 
Pembentukan kata nama
Pembentukan kata namaPembentukan kata nama
Pembentukan kata nama
 
morfologi
morfologimorfologi
morfologi
 
Folio seni
Folio seniFolio seni
Folio seni
 
Amali seni dalam pendidikan
Amali seni dalam pendidikanAmali seni dalam pendidikan
Amali seni dalam pendidikan
 
Assgmennt seni dalam pendidikan
Assgmennt seni dalam pendidikan Assgmennt seni dalam pendidikan
Assgmennt seni dalam pendidikan
 

Struktur dan fungsi sistem limfatik by fie

  • 1. 2.0 STRUKTUR DAN FUNGSI SISTEM LIMFATIK DAN IMUNITI 2.1 Struktur Sistem Limfatik Struktur sistem limfatik terdiri daripada anyaman pembuluh limfa yang luas dan berhubung dengan kelompok kecil jaringan limfatik iaitu kelenjar limfa. Cairan yang memasuki pembuluh limfa ini disebut limfa atau nama lainnya ialah getah bening. Gambar Rajah 2.1: Struktur Kelenjar Limfa Kelenjar getah bening ini termasuk dalam susunan retikuloendotel yang tersebar luas di seluruh tubuh badan dan mempunyai fungsi yang penting iaitu merupakan “barier” atau “filter” terhadap kuman-kuman ataupun bakteria-bakteria yang masuk ke dalam tubuh dan turut berfungsi dalam membentuk sel-sel limfosit darah. Struktur sistem limfatik ini juga terdiri daripada beberapa komponen utama iaitu limfa (cecair jernih), pembuluh limfa (pembuluh yang membawa limfa), dan tisu limfatik (struktur dan organ yang mengandungi tisu limfoid). Gambar rajah 2.2 : Menunjukkan Struktur dan komponen Sistem Limfatik
  • 2. 2.1.1 Limfa Limfa ialah cecair jernih yang terdapat di dalam pembuluh limfa. Kandungan kimia limfa, cecair tisu dan plasma adalah serupa. Oleh sebab demikian, limfa terdiri daripada protein plasma yang keluar dari pembuluh darah. Limfa mengandungi factor pembekuan dan boleh menjadi beku apabila tinggal beberapa lama secara in vitro (luar dari badan). Gambar Rajah 2.3 : Injap dalam Salur Limfa Disamping itu, limfa juga mengandungi jumlah limfosit yang berbeza, beberapa granulosit, enzim, antibodi, glukosa, garam galian atau mineral, karbon dioksida dan sedikit oksigen.Selain itu, terdapat juga berbagai-bagai bahan lain turut terdapat di dalam limfa dan kebanyakannya bergantung kepada lokasi pembuluh limfa. Manakala, di dalam limfatik usus, kandungan lemak tidak larut air adalah tinggi selepas makan, oleh yang demikian, limfa akan menjadi warna putih susu dan di sebut kili. 2.1.2 Pembuluh Limfa Pembuluh limfa merupakan salur-salur halus yang saling bersambungan dan membentuk struktur seperti jaringan dan turut dikenali juga sebagai kapilari limfa. Kedudukannya terletak di bawah kulit dan selaras dengan kapilari darah. Pernukaannya juga nipis dan mempunyai sistem injap untuk mengelakkan berlakunya “backflow”. Selain itu, ianya juga lebih telap daripada kapilari darah.Kapilari limfa ini bermula di merata badan tetapi tidak di tisu yang tiada ppembuluh darah, sistem saraf pusat, pulpa limfa dan sum-sum tulang.
  • 3. Gambar rajah 2.4 : Struktur Pembuluh Limfa/Kapilari Limfa Seperti kapilari darah yang bergabung untuk mebentuk venul dan vena, kapilari limfa juga turut bergabung untuk membentuk kapilari limfa yang lebih besar. Di samping itu, struktur pembuluh limfatik juga menyerupai struktur vena tetapi mempunyai dinding yang lebih nipis, lebih banyak injap dan terdiri daripada nodus- nodus limfa di aras-aras tertentu. Selain itu, pengaliran limfa juga adalah disebabkan oleh pergerakan otot rangka, tekanan intratoraks yang negatif semasa inspirasi dan kontraksi dinding duktus limfatik yang lebih besar. Oleh sebab itu pembuluh limfa mempunyai injap yang menhalang aliran balik. Kontraksi otot rangka akan menolakkan limfa kearah depan sahaja dan mengalir ke dalam sistem vena. Gambar rajah 2.5 : Struktur Salur Limfatik Tissue cell
  • 4. 2.1.3 Tisu Limfatik Tisu Limfatik tersusun dalam tiga kumpulan, iaitu tisu limfatik pengumpul, nodul- nodul limfatik dan organ limfatik. a) Tisu Limfatik Pengumpul Tisu limfatik pengumpul ialah tisu limfatik yang berkumpul dan tidak ditupi oleh kapsul, dan terletak di dalam lamina propia (tisu perantaraan) membran mucus trek gastrousus, trek pernafasan, trek uninari dan trek pembiakan. b) Nodul Limfatik Nodul limfatik terdiri daripada tisu limfatik yang berkumpul dan berbentuk lonjong. Nodul ini tidak mempunyai kapsul tetapi mempunyai kawasan tengah (pusat germinal) yang memberi pewarnaan pucat kerana mengandungi limfosit dan kawasan periferi (korteks) yang memberi pewarnaan yang gelap kerana mengandungi limfosit kecil. Nordul Limfatik ini membentuk tonsil di dalam farinks dan kelompok peyer di dalam ileum usus kecil. c) Organ Limfatik Organ-organ limfatik di badan ialah nodus-nodus limfa, limfa dan kelenjar timus. Semuanya mempunyai tisu limfatik dengan jaringan serat reticulum yang ditutupi oleh kapsul tisu perantara. Septum berserat yang masuk ke dalam dari kapsul dikenali trabekula. Gambar rajah 2.6: Organ-organ Sistem Limfatik
  • 5. i) Nodus Limfa Nodus limfa berbentuk lonjong atau seperti kacang hijau. Berdiameter 1 hingga 25 mm panjang dan terdapat sepanjang sistem limfatik. Nodus limfa selalunya berkumpul di bahagian tertentu di badan. Setiap nodus limfa mempunyai lekuk di satu sisi yang di sebut hilus. Hilus nodus limfa ini ialah tempat keluar pembuluh limfatiik eferen. Banyak pembuluh limfatik aferen memasuki nodus limfa melalui permukaan cembungnya. Nodus-nodus limfa mempunyai fungsi penurasan, fagositik dan imunologi. Gambar Rajah 2.7 : Struktur Nodus Limfa ii) Limpa Limpa ialah tisu limfatik yang terbesar dan terletak khususnya dibahagian atas kiri kaviti abdomen diantara gaster dan diafgragma. Organ ini seperti span, terletak di bahagian atas kiri ruang abdomen iaitu dipermukaan perut. Limfa diliputi oleh kapsul berserat seperti nodus limfa, limpa mempunyai trabekula dan hilus, tempat yang ditembusi oleh pembuluh darah dan pembuluh limfatik.
  • 6. Gambar rajah 2.8 : Limpa/ Spleen iii) Kelenjar Timus Kelenjar timus ialah tisu limfatik yang terdapat di bahagian anterior dan atas kaviti toraks di antara kedua-dua paru-paru. Sepasang kelenjar ini terletak pada ventral trakea dan atas sedikit dari jantung. Ia mempunyai dua lobus dan setiap satu diliputi oleh tisu perantara yang di sebut kapsul timus. Lanjutan yang masuk ke dalam tisu timus dikenali sebagai trabekula yang membahagikan lobus kepada lobul. Setiap lobul terdiri daripada korteks di tepi yang menghasilkan pewarnaan gelap, dan medulla di dalam yang menghasilkan warna pucat. Gambar rajah 2.9: Struktur Kelenjar Timus
  • 7. Korteks terdiri daripada limfosit dan dinilah berlakunya pembentukan limfosit. Manakala, medula terdiri daripada banyak tisu epitelium dan limfosit yang bertabur berjauhan.medula juga ada mengandungi korpusel timus(Hassall), iaitu lapisan konsentrik sel epithelium. Klenjar timus juga mencapai saiz maksimumnya seberat 40 g semasa baligh. Selepas itu, kelenjar timus akan terus mengecut dan menjadi semakin kecil atau dengan kata lain mengalami atrofi. Gambar rajah 2.10 : Kedudukan Kelenjar Timus Dalam Tubuh Badan Manusia iv) Sumsum tulang Merupakan tisu yang fleksibel yang terdapat di dalam rongga interior tulang dan berfungsi menghasilkan sel darah yang baru. . Gambar rajah 2.11 : Struktur Sum-sum tulang
  • 8. 2.2 Sistem imuniti Sistem imuniti ialah struktur dan proses biologi dalam sesuatu organism yang bertindak melindungi organism tersebut daripada serangan penyakit dengan mengenalpasti dan membunuh pathogen dan sel tumor. Oleh yang demikian, dalam sistem imuniti ini Limfosit dan tisu limpoid yang terlibat. 2.2.1 Limfosit Limfosit adalah sejenis sel darah putih yang terlibat dalam sistem imuniti pada vertebrata. Limfosit dihasilkan nodus limfa yang yang terlibat dalam penghasilan antibodi. Ada dua kategori besar limfosit, limfosit berbutiran besar (large granular lymphocytes) dan limfosit kecil. Limfosit memiliki peranan penting dan terpadu dalam sistem pertahanan tubuh. Limfosit dihasilkan di sumsum tulang dan hati (pada fetus) dengan bentuk awal yang sama tetapi kemudian berbeza. Limfosit dapat menghasilkan antibodi pada kanak-kanak dan akan meningkat seiring dengan bertambahnya usia. Gambar rajah 2.12 : Limfosit 2.2.2 Tisu Limpoid Tisu limpoid merupakan sebahagian daripada sistem keimunan badan yang membantu untuk melindungi badan daripada ancaman bakteria. Limfosit mengandungi banyak tisu limpoid. Tisu limpoid termasuk nodus limfa, limpa, tonsil dan adenoids(tisu yang mengembang pada bahagian belakang kerongkong) serta thymus (kelenjar tanpa duktus pada dasar leher.) Tisu dalam bidang perubatan bukan macam sehelai kertas tisu. Tisu ini merupakan nama yang digunakan kepada sekumpulan sel yang mempunyai fungsi yang spesifik.Selain itu,tisu dalam bidang perubatan tidak semestinya ialah lapisan. Oleh itu, sum- sum tulang juga merupakan salah sejenis tisu.
  • 9. 2.3 Fungsi Sistem Limfatik Sistem limfatik mempunyai banyak fungsi seperti yang berikut: a) Sistem limfatik mengalirkan cecair mengandungi protein dari ruang-ruang tisu yang telah keluar dari pembuluh darah. Jadi protein yang tidak boleh diserap semula secara langsung oleh pembuluh darah akan dikembalikan ke dalam sistem kardiovaskular oleh sistem limfatik. b) Sistem limfatik juga menghantarkan lemak dan trek gastrousus ke dalam peredaran darah. c) Tisu limfatik juga berfungsi memberi kawalan dan pertahanan, iaitu limfosit dengan pertolongan makrofaj memberi perlindungan kepada badan daripada sel-sel asing, mikrop dan sel barah. d) Beberapa tisu limfatik seperti nodus limfa bersedia untuk membuang mikro, sel darah dan bahan asing yang sangat kecil (debu dari paru-paru). e) Limpa ialah tempat organ hasilan limfosit pemusnahan eritrosit dan tempat organism daripada bahan asing dihalang daripada memasuki pembuluh darah. f) Kelenjar timus juga ialah tempat penghasilan limfosit untuk makanisme pertahanan badan selain fungsi endokrin. Rajah 2.1 : Fungsi Sistem Limfatik Mengembalikan semula cecair interstis ke dalam sistem peredaran darah dalam bentuk limfa. Mengangkut asid lemak dan gliserol. sistem pertahanan badan dengan penghasilan limfosit di nodus limfa. membantu sistem peredaran darah/ pelengkap kepada peredaran darah. suatu sistem sirkulasi sekunder yang berfungsi mengalirkan limfa atau getah bening di dalm tubuh.
  • 10. RUMUSAN Berdasarkan tugasan ini dapat disimpulkan bahawa sistem limfatik ini adalah amat berkait rapat dengan sistem imuniti tubuh badan kita. Didapati sistem ini amat penting terhadap kekebalan tubuh yang memainkan peranan dalam pertahanan tubuh bagi melawan infeksi dan tumor. Selain itu, didapati juga cairan limfatik adalah cairan putih mirip susu yang mengandung protein, lemak dan limfosit (sel darah putih) yang semuanya mengalir ke seluruh tubuh melalui pembuluh limfatik. Terdapat dua jenis sel limfosit iaitu Sel B dan Sel T. Sel B membantu melindungi tubuh melawan bakteri dengan jalan membuat antibodi yang menyerang dan memusnahkan bakteria. Dalam kondisi normal, sel limfosit merupakan salah satu sistem pertahanan tubuh. Sementara sel limfosit yang tidak normal (limfoma) biasanya berkumpul di kelenjar getah bening dan menyebabkan pembengkakan. Sel limfosit ternyata tidak hanya melalui di dalam pembuluh limfa sahaja, malah sel ini juga turut melalui ke seluruh tubuh di dalam pembuluh darah kerana limfoma ini juga boleh keluar melaui kelenjar getah bening. Selain itu, ia juga terdapat di organ lain seperti perut, hati, dan otak. Seterusnya, daripada tugasan ini juga kami dapati penyakit yang selalunya melibatkan sistem ini ialah limfoma. Limfoma ialah tumor yang berasal dari jaringan limfoid yang berkaitan dengan sistem limfatik dan sistem imuniti tubuh. Data juga menunjukkan, penyakit ini lebih banyak terjadi pada orang dewasa dengan angka tertinggi pada rentang usia antara 45 sampai 60 tahun. Makin tua umur, makin tinggi risiko terkena penyakit ini. Oleh yang demikian, Alhamdulilah, berdasarkan tugasan ini banyak pengetahuan baru yang kami perolehi dan amat membantu dalam memahami tajuk sistem Limfatik dan Imuniti ini.