SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
Download to read offline
KEMAHIRAN ASAS & TEKNIK MENJAWAB (SAINS KBSM) SPM

Kertas 1 (Objektif)
Bahagian ini mengandungi 40 soalan iaitu 30 pilihan dan 10 aneka pelengkap yang membawa 40
markah.Bagi kertas ini, jawapan telah disediakan, pilihlah jawapan yang betul. Berhati-hati
dengan perkataan BETUL, SALAH, KECUALI dan seumpamanya. Luangkan sedikit masa
untuk memilih jawapan yang betul, jangan menembak membabi buta. Jawab soalan yang mudah
dahulu dan soalan sukar jawab kemudian. JANGAN terlupa membawa pensel 2B dan bulatkan
satu sahaja jawapan yang betul.

Kertas 2
Bahagian A (Struktur, alternatif amali: 10 markah: 3-4 soalan)
Bagi soalan struktur Bahagian A, anda mungkin dibekalkan dengan alat radas yang telah dilukis.
Perhatikan dengan teliti alat-alat radas tersebut. Fahamkan soalan dan jawab mengikut apa yang
diminta oleh soalan. Lukis dengan kemas jika diminta oleh soalan dan lukis di ruangan yang
disediakan. JANGAN sekali-kali menggunakan PEN untuk melukis.

Bahagian B (Struktur: 30 markah: 4-6 soalan)
1. Secara umumnya, pemarkahan soalan struktur berasaskan ada markah (betul) dan tiada
markah (salah) kecuali soalan yang melibatkan graf, gambarajah dan pengiraan. Dalam
pemarkahan, prinsip "wrong versus right" atau jawapan yang salah menyalahkan jawapan yang
betul digunakan. Sekiranya dalam jawapan ada yang salah maka keseluruhan jawapan adalah
salah walaupun terdapat jawapan yang betul.
2. Takrifan istilah mestilah TEPAT dan ejaan yang betul. Kata kunci (key words) bagi istilah
mesti disertakan, kalau tiada maka tiada markah diberi. Sebagai contoh, bagi definisi Isotop,
perkataan bergaris adalah kata kunci bagi istilah tersebut.
Apakah yang dimaksudkan dengan isotop?
Isotop ialah atom-atom yang berlainan bagi unsur yang sama, atau
Unsur yang mempunyai nombor atom yang sama dan nombor jisim yang berbeza
Variasi ialah perbezaan ciri individu daripada spesies yang sama.
Jirim adalah yang membentuk benda yang mempunyai jisim dan menepati // memenuhi ruang.
3. Soalan struktur mempunyai ruangan jawapan yang mencukupi untuk jawapan yang
sepatutnya. Sekiranya anda memberikan jawapan melebihi ruangan yang disediakan maknanya
anda telah MENGARUT. Jawapan hendaklah tepat, ringkas dan padat. Oleh itu, rancang
jawapan anda sebelum menjawab. Sebagai contoh;
Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi pertumbuhan bakteria?
Suhu dan pH.
Apakah hasil yang terbentuk jika campuran kuprum(II)oksida dan karbon dibakar bersama?
Logam kuprum dan gas karbon dioksida.
4. Istilah sains yang digunakan mestilah tepat dengan ejaan yang betul. Kesalahan ejaan akan
menyebabkan KESELURUHAN JAWAPAN SALAH. Gunakan istilah yang digunakan dalam
buku teks bantuan kerajaan.
5. Jawab apa yang diminta oleh soalan. Jika diminta menyatakan dua faktor, nyatakan DUA
sahaja. Sekiranya anda memberi jawapan yang lebih dan ada antaranya salah maka keseluruhan
jawapan salah. Sebagai contoh;
Nyatakan dua ciri-ciri imej cermin satah.
Tegak, maya, sama saiz dengan objek dan songsang. (Markah=0)
6. Jika soalan melibatkan PERBANDINGAN, maka dalam jawapan anda harus ada perkataan
seperti LEBIH BESAR, LEBIH LUAS, KURANG DARIPADA dan seumpamanya. Jika
perkataan tersebut tiada, maka tiada markah yang diberi. Jawapan anda harus memperlihatkan
perbandingan yang diminta oleh soalan. Sebagai contoh;
Nyatakan pemerhatian yang membolehkan anda membuat kesimpulan di d(i)?
Kerana kawasan jernih di sekitar cakera P (penisilin) lebih besar // lebih luas berbanding
cakera S (streptomisin).
7. Bagi soalan yang melibatkan perubahan, dalam jawapan anda harus ada perkataan seperti
BERUBAH, BERTUKAR, MENJADI dan seumpamanya. Jawapan haruslah menggambarkan
perubahan yang berlaku. Sebagai contoh;
Apakah perubahan yang berlaku jika elektrolisis dibiarkan selama beberapa jam?
Warna biru kuprum sulfat menjadi pudar.
Apakah yang terjadi kepada cecair bromin dalam balang gas itu?
Cecair bromin berubah menjadi gas bromin.
8. Bagi soalan yang melibatkan pengiraan, cara kerja pengiraan haruslah ditunjukkan dalam
ruangan yang disediakan. Jawapan harus disertakan dengan unit SI seperti cm3, saat, m, kg, saat
per cm3, km per jam dan sebagainya.
9. Bagi soalan yang melibatkan gambarajah, lukisan harus mempunyai ciri-ciri berikut;
i. BESAR. Lukisan memenuhi ruangan yang disediakan. Jangan buat lukisan yang terlalu kecil.
ii. JELAS. Lukisan jelas dan terang. Sebaik-baiknya menggunakan pensel 2B.
iii. GARISAN JELAS. Garisan tebal dan tiada GARIS PUTUS-PUTUS atau BERSILANG.
iv. TIADA LOREKAN.
v. BERSIH. Tiada kesan pemadaman yang boleh menjejaskan gambarajah.
vi. GARIS LABEL TIDAK BERSILANG.
10. Bagi soalan yang melibatkan graf, anda harus mengetahui beberapa ciri graf seperti berikut;
i. BESAR. Graf harus (seboleh-bolehnya) memenuhi kertas graf yang disediakan.
ii. PAKSI. Garis dan tajuk graf berserta unitnya.
iii. SKALA. Skala mengikut kadar peningkatan yang seragam. Sebagai contoh; 0.0, 0.1, 0.2,
0.3, 0.4, 0.5 atau 0, 5, 10, 15, 20, 25.
iv. KOORDINAT YANG BETUL. Titik koordinat pada tempat yang betul dan bertanda.
v. BENTUK GRAF YANG BETUL. Biasanya licin, lengkungan dan garis lurus.

Bahagian C (Esei: 20 markah: 4 soalan jawab DUA sahaja)
Bahagian ini merupakan bahagian dimana ramai pelajar melakukan kesilapan iaitu menulis
jawapan yang terlalu panjang, berjela-jela, ayat yang sukar difahami, tidak memenuhi
kehendak soalan dan fakta yang terlalu umum (tidak melibatkan fakta dan konsep sains).
Sebenarnya, bahagian ini amat mudah untuk mendapatkan markah yang baik sekiranya pelajar
mengetahui teknik menjawapnya. Berikut beberapa perkara yang perlu diketahui oleh pelajar
berhubung dengan teknik menjawab soalan esei.
1. FAHAMKAN KEHENDAK SOALAN. Rangka jawapan anda mengikut kehendak soalan
dan bersesuaian dengan markah yang diperuntukkan. SATU MARKAH UNTUK SATU ISI
PENTING.
2. PENDAHULUAN dan PENUTUP TIDAK PERLU. Jawapan haruslah ringkas dan mudah
difahami. Jangan membuat ayat yang terlalu panjang kerana kemungkinan anda melakukan
kesalahan adalah besar.
3. FAHAMKAN ARAHAN yang terdapat dalam soalan. Setiap bentuk arahan mempunyai
kaedah menjawab yang tersendiri dan secara ringkasnya adalah seperti berikut;
A. TAKRIF/DEFINISI/MAKNA/MAKSUD istilah.
Jelaskan istilah dengan ringkas berserta kata kuncinya. Penjelasan lanjut adalah tidak diperlukan
dan tidak akan mendatangkan sebarang markah.
B. NYATAKAN/BERIKAN/SENARAIKAN.
Nyatakan dengan ringkas apa yang diminta oleh soalan. Penjelasan lanjut tidak diperlukan.
Sebagai contoh;
Nyatakan tiga sifat getah asli? (3 markah)
Sifat-sifat getah asli ialah melekit apabila dipanaskan, terlalu kenyal dan lembut.
C. TERANGKAN/JELASKAN.
Jelaskan dengan ringkas menggunakan prinsip, konsep atau fakta sains. Penjelasan umum tanpa
menggunakan "bahasa sains" tidak akan memberikan sebarang markah.
Minyak kelapa sawit ialah minyak yang berkhasiat dan baik untuk kesihatan. Jelaskan. (3
markah)
Minyak kelapa sawit berkhasiat dan baik untuk kesihatan kerana;
i. mengandungi vitamin A dan vitamin E;
ii. tidak mengandungi kolesterol; dan
iii. mengurangkan kolesterol dalam darah.
D. PERBEZAAN dan PERBANDINGAN.
Kaedah terbaik untuk menjawab soalan yang melibatkan perbezaan dan perbandingan ialah
dengan menggunakan JADUAL. Setiap perbezaan dan perbandingan tentang perkara yang sama
harus diletakkan pada baris yang sama. Bagi jawapan berbentuk ayat, lihat contoh di bawah.
Jelaskan perbezaan antara lemak tepu dengan lemak tak tepu. (3 markah)
Lemak Tepu

Lemak Tak Tepu

Pepejal pada suhu bilik

Cecair pada suhu bilik

Takat lebur tinggi

Takat lebur rendah

Mempunyai ikatan tunggal antara
atom karbon

Mempunyai ikatan ganda dua antara
atom karbon

ataupun,
Perbezaan
antara
lemak
tepu
dengan
lemak
tak
tepu
ialah;
i. pada suhu bilik, lemak tepu dalam keadaan pepejal manakala lemak tak tepu cecair;
ii. lemak tepu mempunyai takat lebur yang tinggi berbanding lemak tak tepu;
iii. lemak tepu mempunyai ikatan tunggal dalam molekulnya, manakala lemak tak tepu
mempunyai ikatan ganda dua.
D. HURAIKAN/BINCANGKAN.
Jawapan agak panjang sedikit, walau bagaimanapun gunakan ayat yang ringkas dan mudah
difahami. Jawapan harus disokong atau disertakan dengan konsep dan fakta sains yang jelas
seperti pembuktian melalui eksperimen, langkah-langkah dan keputusan eksperimen. Langkahlangkah eksperimen harus meng-gunakan AYAT PASIF mengikut nombor dan urutan yang
betul. Adakalanya gambarajah juga perlu disertakan untuk mengukuhkan jawapan anda.

KESALAHAN YANG BIASA DILAKUKAN
Soalan Struktur
1. Menggunakan SINGKATAN PERKATAAN dan SIMBOL dalam persamaan tindak balas
kimia. Sebagai contoh, @ (atau), / (atau), & (dan), dll (dan lain-lain), 2 (dua), M (merah), U
(ungu). Bagi tindak balas kimia, persamaan harus ditulis dalam bentuk PERKATAAN.
2. Tidak boleh membuat pemerhatian yang baik terhadap eksperimen yang terdapat dalam
soalan. Ini menyebabkan pelajar memberikan jawapan yang jauh berbeza daripada jawapan yang
dikehendaki. Sebagai contoh;
Nyatakan pemerhatian yang membolehkan anda membuat kesimpulan di d(i).
Jwpn. Pelajar : Kerana penisilin sangat berkesan dalam membunuh mikrorganisma.
Jwpn. Sebenar : Kerana kawasan jernih di sekitar cakera penisilin lebih luas ber- banding
cakera streptomisin.
3. Jawapan TERLALU UMUM iaitu tidak menggunakan prinsip, hukum dan istilah sains yang
bersesuaian.
4. SALAH EJAAN. Ramai pelajar tidak menitikberatkan KETELITIAN dalam menjawab soalan
terutamanya yang melibatkan istilah.
5. JAWAPAN PANJANG dan menyalin balik soalan. Sebagi contoh;
Namakan satu penyakit yang boleh dirawat menggunakan penisilin.
Penyakit yang boleh dirawat dengan penisilin ialah kudis
6. TIDAK BOLEH MEMBACA UKURAN alat-alat radas sains seperti silender penyukat,
neraca spring dan alat radas lain.
7. Jawapan bercanggah. Jawapan yang diberi bertentangan iaitu ada jawapan salah dan jawapan
betul. Sebagai contoh;
Nyatakan dua ciri imej yang terbentuk.
1. Nyata 2. Maya
8. TULISAN TERLALU SUKAR DIBACA.
9. LEMAH DALAM PENGGUNAAN FORMULA.
10. UNIT TIDAK DISERTAKAN.
11. Tidak memenuhi kehendak soalan.
Terangkan bagaimana rabun jauh diatasi?
Rabun jauh tidak dapat melihat objek yang jauh
12. Tidak boleh membezakan antara arahan LUKISKAN dan LAKARKAN. Rajah tidak
berlabel, label bersilang dan tidak lengkap. Sebagai contoh, rajah sinar tidak mempunyai anak
panah.
13. TIDAK TAHU MEMPLOT/MELUKIS GRAF dan tidak tahu membaca koordinat.
14. PENGETAHUAN TIDAK MENCUKUPI atau SAMAR-SAMAR.

Soalan Esei
1. Tidak memahami kehendak soalan. Jawapan pelajar biasanya terlalu penjang berbanding
dengan markah yang diperuntukkan diikuti oleh perenggan dan ayat yang TERLALU
PANJANG dan berputar-belit.
2. Tidak merancang bagaimana hendak menjawab soalan akibatnya jawapan tidak tersusun,
bercelaru, fakta yang sama diulang-ulang dan sesetengahnya keluar daripada kehendak soalan.
3. Tidak melukis gambarajah dengan betul. Biasanya gambarajah dilukis alakadar, telalu ringkas,
kotor dan terlalu kecil. Gambarajah tidak dilabel dan kadangkala terdapat label yang bersilang.
4. Isi terlalu am iaitu tidak menggunakan "bahasa sains". Kadang kala "istilah kampung" turut
digunakan dalam jawapan.
5. Lemah dalam soalan perbandingan dan perbezaan. Sebagai contoh;
Jelaskan perbezaan antara lemak tepu dengan lemak tak tepu. (3 markah)
Lemak Tepu

Lemak Tak Tepu

Pepejal pada suhu bilik

Takat lebur rendah

Takat lebur tinggi

Cecair pada suhu bilik

aaAdalah lemak haiwan

Selalunya dibuat minyak masak

6. Tidak mahu mencuba langsung walaupun sesetengah soalan sebenarnya terlalu mudah kerana
kadangkala jawapan telah ada dalam soalan.

PENUTUP
Melalui kertas kerja ini adalah diharapkan anda telah mempelajari kemahiran yang baru dan
berusaha menggunakannya sama ada dalam latihan, ujian mahupun peperiksaan apatah lagi
dalam SPM nanti. Perbaiki kelemahan anda dan ingatlah markah yang baik datangnya
daripada jawapan yang baik.

"SEMOGA KEJAYAAN SENTIASA BERSAMA ANDA"

More Related Content

What's hot

Cakap ajuk cakap pindah
Cakap ajuk cakap pindahCakap ajuk cakap pindah
Cakap ajuk cakap pindahRashidah Idris
 
peneutralan tingkatan 4
peneutralan tingkatan 4peneutralan tingkatan 4
peneutralan tingkatan 4Nabila Hidayah
 
5.1 Perubahan Haba Dalam Tindak Balas Kimia
5.1 Perubahan Haba Dalam Tindak Balas Kimia5.1 Perubahan Haba Dalam Tindak Balas Kimia
5.1 Perubahan Haba Dalam Tindak Balas KimiaMohd Shukri Suib
 
Soalan kbat Sejarah PT3
Soalan kbat Sejarah PT3Soalan kbat Sejarah PT3
Soalan kbat Sejarah PT3Mariana Lopez
 
Teknik menjawab soalan sains
Teknik menjawab soalan sainsTeknik menjawab soalan sains
Teknik menjawab soalan sainssazaser
 
Nota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaanNota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaanSRMORAD
 
Ayat Majmuk
Ayat MajmukAyat Majmuk
Ayat MajmukMat Yuih
 
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapatSalasiah Hassan Bahari
 
Penanda Wacana
Penanda WacanaPenanda Wacana
Penanda WacanaDania
 
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangSusunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangHT Hong
 
Bab 5 Air dan Larutan
Bab 5 Air dan LarutanBab 5 Air dan Larutan
Bab 5 Air dan LarutanSafwan Yusuf
 
Struktur respirasi dan mekanisme pernafasan dalam manusia dan haiwan 2
Struktur respirasi dan mekanisme pernafasan dalam manusia dan haiwan 2Struktur respirasi dan mekanisme pernafasan dalam manusia dan haiwan 2
Struktur respirasi dan mekanisme pernafasan dalam manusia dan haiwan 2SITI NORMAIDAH
 

What's hot (20)

Cakap ajuk cakap pindah
Cakap ajuk cakap pindahCakap ajuk cakap pindah
Cakap ajuk cakap pindah
 
peneutralan tingkatan 4
peneutralan tingkatan 4peneutralan tingkatan 4
peneutralan tingkatan 4
 
KACA DAN SERAMIK
KACA DAN SERAMIKKACA DAN SERAMIK
KACA DAN SERAMIK
 
5.1 Perubahan Haba Dalam Tindak Balas Kimia
5.1 Perubahan Haba Dalam Tindak Balas Kimia5.1 Perubahan Haba Dalam Tindak Balas Kimia
5.1 Perubahan Haba Dalam Tindak Balas Kimia
 
Soalan kbat Sejarah PT3
Soalan kbat Sejarah PT3Soalan kbat Sejarah PT3
Soalan kbat Sejarah PT3
 
3. Lemak Dan Kesannya Kepada Kesihatan
3. Lemak Dan Kesannya Kepada Kesihatan3. Lemak Dan Kesannya Kepada Kesihatan
3. Lemak Dan Kesannya Kepada Kesihatan
 
Asid dan bes2
Asid dan bes2Asid dan bes2
Asid dan bes2
 
Teknik menjawab soalan sains
Teknik menjawab soalan sainsTeknik menjawab soalan sains
Teknik menjawab soalan sains
 
Kata tunggal
Kata tunggalKata tunggal
Kata tunggal
 
Nota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaanNota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaan
 
Ayat Majmuk
Ayat MajmukAyat Majmuk
Ayat Majmuk
 
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
 
Penanda Wacana
Penanda WacanaPenanda Wacana
Penanda Wacana
 
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangSusunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
 
Bab 6
Bab 6Bab 6
Bab 6
 
Kesan rumah hijau
Kesan rumah hijauKesan rumah hijau
Kesan rumah hijau
 
Bab 5 Air dan Larutan
Bab 5 Air dan LarutanBab 5 Air dan Larutan
Bab 5 Air dan Larutan
 
Sains bab 3 jirim
Sains  bab 3 jirimSains  bab 3 jirim
Sains bab 3 jirim
 
Struktur respirasi dan mekanisme pernafasan dalam manusia dan haiwan 2
Struktur respirasi dan mekanisme pernafasan dalam manusia dan haiwan 2Struktur respirasi dan mekanisme pernafasan dalam manusia dan haiwan 2
Struktur respirasi dan mekanisme pernafasan dalam manusia dan haiwan 2
 
Perimeter area volume
Perimeter area volumePerimeter area volume
Perimeter area volume
 

Similar to teknik-menjawab-sains-spm

6a. PENYUSUNAN INSTRUMEN KOGNITIF.pptx
6a. PENYUSUNAN INSTRUMEN KOGNITIF.pptx6a. PENYUSUNAN INSTRUMEN KOGNITIF.pptx
6a. PENYUSUNAN INSTRUMEN KOGNITIF.pptxUlfahHasibuan1
 
Kaedahmenjawabsoalansainsbahagianbsiri2 111208114648-phpapp01
Kaedahmenjawabsoalansainsbahagianbsiri2 111208114648-phpapp01Kaedahmenjawabsoalansainsbahagianbsiri2 111208114648-phpapp01
Kaedahmenjawabsoalansainsbahagianbsiri2 111208114648-phpapp01Van Sewa Kuching
 
TEAM 1_BILANGAN_MTK FASE E (2)vhhhhgg.pdf
TEAM 1_BILANGAN_MTK FASE E (2)vhhhhgg.pdfTEAM 1_BILANGAN_MTK FASE E (2)vhhhhgg.pdf
TEAM 1_BILANGAN_MTK FASE E (2)vhhhhgg.pdfMichael Bradley
 
Evaluasi pembelajaran
Evaluasi pembelajaranEvaluasi pembelajaran
Evaluasi pembelajaranwidytia17
 
Presentasi evaluasi
Presentasi evaluasi Presentasi evaluasi
Presentasi evaluasi Sutan Muncak
 
Perbandingan dan Skala
Perbandingan dan SkalaPerbandingan dan Skala
Perbandingan dan Skalarifal jusnawan
 
Pengembangan Soal Terstandar_Baroto.pptx
Pengembangan Soal Terstandar_Baroto.pptxPengembangan Soal Terstandar_Baroto.pptx
Pengembangan Soal Terstandar_Baroto.pptxDiptaDiptaWirasatyaN
 
Teraju kejayaan Bahasa Melayu
Teraju kejayaan Bahasa MelayuTeraju kejayaan Bahasa Melayu
Teraju kejayaan Bahasa Melayucikgushahrul
 
Tips lolos psikotes
Tips lolos psikotesTips lolos psikotes
Tips lolos psikoteshadiihdhiny
 
Contoh penggunaan-komponen-kognitif-dari-taksonomi-bloom (1)
Contoh penggunaan-komponen-kognitif-dari-taksonomi-bloom (1)Contoh penggunaan-komponen-kognitif-dari-taksonomi-bloom (1)
Contoh penggunaan-komponen-kognitif-dari-taksonomi-bloom (1)prayogo07
 
Pendedahan penulisan
Pendedahan penulisanPendedahan penulisan
Pendedahan penulisanSuhaimi Samat
 
516182954-Asesmen-Diagnostik-Matematika-Spensa.docx
516182954-Asesmen-Diagnostik-Matematika-Spensa.docx516182954-Asesmen-Diagnostik-Matematika-Spensa.docx
516182954-Asesmen-Diagnostik-Matematika-Spensa.docxIshakIshak37
 
Cara Cerdas Menghadapi Ujian
Cara Cerdas Menghadapi UjianCara Cerdas Menghadapi Ujian
Cara Cerdas Menghadapi UjianDarminto WS
 
Konstruksi Butir Soal.ppt
Konstruksi Butir Soal.pptKonstruksi Butir Soal.ppt
Konstruksi Butir Soal.pptAlwesGaming
 
M6 tugas akhir mutimatus sa'adah penelitian hasil belajar
M6 tugas akhir mutimatus sa'adah penelitian hasil belajarM6 tugas akhir mutimatus sa'adah penelitian hasil belajar
M6 tugas akhir mutimatus sa'adah penelitian hasil belajarMutimatus Sa'adah
 
Materi Bilangan dan logika sma
Materi Bilangan dan logika smaMateri Bilangan dan logika sma
Materi Bilangan dan logika smaNyach
 
Modul Ajar Fisika Fase E Kelas X Materi Pengukuran Tahun Ajaran 2022-2023.pdf
Modul Ajar Fisika Fase E Kelas X Materi Pengukuran Tahun Ajaran 2022-2023.pdfModul Ajar Fisika Fase E Kelas X Materi Pengukuran Tahun Ajaran 2022-2023.pdf
Modul Ajar Fisika Fase E Kelas X Materi Pengukuran Tahun Ajaran 2022-2023.pdfMuhammad Iqbal
 
Kaedah menjawab soalan sains bahagian b (siri 2)
Kaedah menjawab soalan sains bahagian b (siri 2)Kaedah menjawab soalan sains bahagian b (siri 2)
Kaedah menjawab soalan sains bahagian b (siri 2)lindamasdan
 

Similar to teknik-menjawab-sains-spm (20)

6a. PENYUSUNAN INSTRUMEN KOGNITIF.pptx
6a. PENYUSUNAN INSTRUMEN KOGNITIF.pptx6a. PENYUSUNAN INSTRUMEN KOGNITIF.pptx
6a. PENYUSUNAN INSTRUMEN KOGNITIF.pptx
 
Kaedahmenjawabsoalansainsbahagianbsiri2 111208114648-phpapp01
Kaedahmenjawabsoalansainsbahagianbsiri2 111208114648-phpapp01Kaedahmenjawabsoalansainsbahagianbsiri2 111208114648-phpapp01
Kaedahmenjawabsoalansainsbahagianbsiri2 111208114648-phpapp01
 
TEAM 1_BILANGAN_MTK FASE E (2)vhhhhgg.pdf
TEAM 1_BILANGAN_MTK FASE E (2)vhhhhgg.pdfTEAM 1_BILANGAN_MTK FASE E (2)vhhhhgg.pdf
TEAM 1_BILANGAN_MTK FASE E (2)vhhhhgg.pdf
 
Evaluasi pembelajaran
Evaluasi pembelajaranEvaluasi pembelajaran
Evaluasi pembelajaran
 
Presentasi evaluasi
Presentasi evaluasi Presentasi evaluasi
Presentasi evaluasi
 
Perbandingan dan Skala
Perbandingan dan SkalaPerbandingan dan Skala
Perbandingan dan Skala
 
Pengembangan Soal Terstandar_Baroto.pptx
Pengembangan Soal Terstandar_Baroto.pptxPengembangan Soal Terstandar_Baroto.pptx
Pengembangan Soal Terstandar_Baroto.pptx
 
Teraju kejayaan Bahasa Melayu
Teraju kejayaan Bahasa MelayuTeraju kejayaan Bahasa Melayu
Teraju kejayaan Bahasa Melayu
 
Tips lolos psikotes
Tips lolos psikotesTips lolos psikotes
Tips lolos psikotes
 
KAIDAH SOAL PG.pptx
KAIDAH SOAL PG.pptxKAIDAH SOAL PG.pptx
KAIDAH SOAL PG.pptx
 
Contoh penggunaan-komponen-kognitif-dari-taksonomi-bloom (1)
Contoh penggunaan-komponen-kognitif-dari-taksonomi-bloom (1)Contoh penggunaan-komponen-kognitif-dari-taksonomi-bloom (1)
Contoh penggunaan-komponen-kognitif-dari-taksonomi-bloom (1)
 
Pendedahan penulisan
Pendedahan penulisanPendedahan penulisan
Pendedahan penulisan
 
516182954-Asesmen-Diagnostik-Matematika-Spensa.docx
516182954-Asesmen-Diagnostik-Matematika-Spensa.docx516182954-Asesmen-Diagnostik-Matematika-Spensa.docx
516182954-Asesmen-Diagnostik-Matematika-Spensa.docx
 
Cara Cerdas Menghadapi Ujian
Cara Cerdas Menghadapi UjianCara Cerdas Menghadapi Ujian
Cara Cerdas Menghadapi Ujian
 
Konstruksi Butir Soal.ppt
Konstruksi Butir Soal.pptKonstruksi Butir Soal.ppt
Konstruksi Butir Soal.ppt
 
Tips lulus psikotes
Tips lulus psikotesTips lulus psikotes
Tips lulus psikotes
 
M6 tugas akhir mutimatus sa'adah penelitian hasil belajar
M6 tugas akhir mutimatus sa'adah penelitian hasil belajarM6 tugas akhir mutimatus sa'adah penelitian hasil belajar
M6 tugas akhir mutimatus sa'adah penelitian hasil belajar
 
Materi Bilangan dan logika sma
Materi Bilangan dan logika smaMateri Bilangan dan logika sma
Materi Bilangan dan logika sma
 
Modul Ajar Fisika Fase E Kelas X Materi Pengukuran Tahun Ajaran 2022-2023.pdf
Modul Ajar Fisika Fase E Kelas X Materi Pengukuran Tahun Ajaran 2022-2023.pdfModul Ajar Fisika Fase E Kelas X Materi Pengukuran Tahun Ajaran 2022-2023.pdf
Modul Ajar Fisika Fase E Kelas X Materi Pengukuran Tahun Ajaran 2022-2023.pdf
 
Kaedah menjawab soalan sains bahagian b (siri 2)
Kaedah menjawab soalan sains bahagian b (siri 2)Kaedah menjawab soalan sains bahagian b (siri 2)
Kaedah menjawab soalan sains bahagian b (siri 2)
 

More from Azwina ازوينه كريم

More from Azwina ازوينه كريم (7)

Manual Ringkas Penggunaan ChromeBook
Manual Ringkas Penggunaan ChromeBookManual Ringkas Penggunaan ChromeBook
Manual Ringkas Penggunaan ChromeBook
 
Program Pengintegrasian ICT di dalam PdP
Program Pengintegrasian ICT di dalam PdPProgram Pengintegrasian ICT di dalam PdP
Program Pengintegrasian ICT di dalam PdP
 
Senarai Semak Kandungan Dashboard VLE-Frog SMK Seri Keramat
Senarai Semak Kandungan Dashboard VLE-Frog SMK Seri KeramatSenarai Semak Kandungan Dashboard VLE-Frog SMK Seri Keramat
Senarai Semak Kandungan Dashboard VLE-Frog SMK Seri Keramat
 
Senarai Semak Kandungan Dashboard VLE-Frog SMK Seri Keramat
Senarai Semak Kandungan Dashboard VLE-Frog SMK Seri KeramatSenarai Semak Kandungan Dashboard VLE-Frog SMK Seri Keramat
Senarai Semak Kandungan Dashboard VLE-Frog SMK Seri Keramat
 
Senarai semak vle
Senarai semak vleSenarai semak vle
Senarai semak vle
 
Rancangan pengajaran tahunan kimia t5
Rancangan pengajaran tahunan kimia t5Rancangan pengajaran tahunan kimia t5
Rancangan pengajaran tahunan kimia t5
 
Rancangan pengajaran tahunan kimia t4
Rancangan pengajaran tahunan kimia t4Rancangan pengajaran tahunan kimia t4
Rancangan pengajaran tahunan kimia t4
 

teknik-menjawab-sains-spm

  • 1. KEMAHIRAN ASAS & TEKNIK MENJAWAB (SAINS KBSM) SPM Kertas 1 (Objektif) Bahagian ini mengandungi 40 soalan iaitu 30 pilihan dan 10 aneka pelengkap yang membawa 40 markah.Bagi kertas ini, jawapan telah disediakan, pilihlah jawapan yang betul. Berhati-hati dengan perkataan BETUL, SALAH, KECUALI dan seumpamanya. Luangkan sedikit masa untuk memilih jawapan yang betul, jangan menembak membabi buta. Jawab soalan yang mudah dahulu dan soalan sukar jawab kemudian. JANGAN terlupa membawa pensel 2B dan bulatkan satu sahaja jawapan yang betul. Kertas 2 Bahagian A (Struktur, alternatif amali: 10 markah: 3-4 soalan) Bagi soalan struktur Bahagian A, anda mungkin dibekalkan dengan alat radas yang telah dilukis. Perhatikan dengan teliti alat-alat radas tersebut. Fahamkan soalan dan jawab mengikut apa yang diminta oleh soalan. Lukis dengan kemas jika diminta oleh soalan dan lukis di ruangan yang disediakan. JANGAN sekali-kali menggunakan PEN untuk melukis. Bahagian B (Struktur: 30 markah: 4-6 soalan) 1. Secara umumnya, pemarkahan soalan struktur berasaskan ada markah (betul) dan tiada markah (salah) kecuali soalan yang melibatkan graf, gambarajah dan pengiraan. Dalam pemarkahan, prinsip "wrong versus right" atau jawapan yang salah menyalahkan jawapan yang betul digunakan. Sekiranya dalam jawapan ada yang salah maka keseluruhan jawapan adalah salah walaupun terdapat jawapan yang betul. 2. Takrifan istilah mestilah TEPAT dan ejaan yang betul. Kata kunci (key words) bagi istilah mesti disertakan, kalau tiada maka tiada markah diberi. Sebagai contoh, bagi definisi Isotop, perkataan bergaris adalah kata kunci bagi istilah tersebut. Apakah yang dimaksudkan dengan isotop? Isotop ialah atom-atom yang berlainan bagi unsur yang sama, atau Unsur yang mempunyai nombor atom yang sama dan nombor jisim yang berbeza Variasi ialah perbezaan ciri individu daripada spesies yang sama. Jirim adalah yang membentuk benda yang mempunyai jisim dan menepati // memenuhi ruang.
  • 2. 3. Soalan struktur mempunyai ruangan jawapan yang mencukupi untuk jawapan yang sepatutnya. Sekiranya anda memberikan jawapan melebihi ruangan yang disediakan maknanya anda telah MENGARUT. Jawapan hendaklah tepat, ringkas dan padat. Oleh itu, rancang jawapan anda sebelum menjawab. Sebagai contoh; Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi pertumbuhan bakteria? Suhu dan pH. Apakah hasil yang terbentuk jika campuran kuprum(II)oksida dan karbon dibakar bersama? Logam kuprum dan gas karbon dioksida. 4. Istilah sains yang digunakan mestilah tepat dengan ejaan yang betul. Kesalahan ejaan akan menyebabkan KESELURUHAN JAWAPAN SALAH. Gunakan istilah yang digunakan dalam buku teks bantuan kerajaan. 5. Jawab apa yang diminta oleh soalan. Jika diminta menyatakan dua faktor, nyatakan DUA sahaja. Sekiranya anda memberi jawapan yang lebih dan ada antaranya salah maka keseluruhan jawapan salah. Sebagai contoh; Nyatakan dua ciri-ciri imej cermin satah. Tegak, maya, sama saiz dengan objek dan songsang. (Markah=0) 6. Jika soalan melibatkan PERBANDINGAN, maka dalam jawapan anda harus ada perkataan seperti LEBIH BESAR, LEBIH LUAS, KURANG DARIPADA dan seumpamanya. Jika perkataan tersebut tiada, maka tiada markah yang diberi. Jawapan anda harus memperlihatkan perbandingan yang diminta oleh soalan. Sebagai contoh; Nyatakan pemerhatian yang membolehkan anda membuat kesimpulan di d(i)? Kerana kawasan jernih di sekitar cakera P (penisilin) lebih besar // lebih luas berbanding cakera S (streptomisin). 7. Bagi soalan yang melibatkan perubahan, dalam jawapan anda harus ada perkataan seperti BERUBAH, BERTUKAR, MENJADI dan seumpamanya. Jawapan haruslah menggambarkan perubahan yang berlaku. Sebagai contoh; Apakah perubahan yang berlaku jika elektrolisis dibiarkan selama beberapa jam? Warna biru kuprum sulfat menjadi pudar. Apakah yang terjadi kepada cecair bromin dalam balang gas itu? Cecair bromin berubah menjadi gas bromin. 8. Bagi soalan yang melibatkan pengiraan, cara kerja pengiraan haruslah ditunjukkan dalam ruangan yang disediakan. Jawapan harus disertakan dengan unit SI seperti cm3, saat, m, kg, saat per cm3, km per jam dan sebagainya.
  • 3. 9. Bagi soalan yang melibatkan gambarajah, lukisan harus mempunyai ciri-ciri berikut; i. BESAR. Lukisan memenuhi ruangan yang disediakan. Jangan buat lukisan yang terlalu kecil. ii. JELAS. Lukisan jelas dan terang. Sebaik-baiknya menggunakan pensel 2B. iii. GARISAN JELAS. Garisan tebal dan tiada GARIS PUTUS-PUTUS atau BERSILANG. iv. TIADA LOREKAN. v. BERSIH. Tiada kesan pemadaman yang boleh menjejaskan gambarajah. vi. GARIS LABEL TIDAK BERSILANG. 10. Bagi soalan yang melibatkan graf, anda harus mengetahui beberapa ciri graf seperti berikut; i. BESAR. Graf harus (seboleh-bolehnya) memenuhi kertas graf yang disediakan. ii. PAKSI. Garis dan tajuk graf berserta unitnya. iii. SKALA. Skala mengikut kadar peningkatan yang seragam. Sebagai contoh; 0.0, 0.1, 0.2, 0.3, 0.4, 0.5 atau 0, 5, 10, 15, 20, 25. iv. KOORDINAT YANG BETUL. Titik koordinat pada tempat yang betul dan bertanda. v. BENTUK GRAF YANG BETUL. Biasanya licin, lengkungan dan garis lurus. Bahagian C (Esei: 20 markah: 4 soalan jawab DUA sahaja) Bahagian ini merupakan bahagian dimana ramai pelajar melakukan kesilapan iaitu menulis jawapan yang terlalu panjang, berjela-jela, ayat yang sukar difahami, tidak memenuhi kehendak soalan dan fakta yang terlalu umum (tidak melibatkan fakta dan konsep sains). Sebenarnya, bahagian ini amat mudah untuk mendapatkan markah yang baik sekiranya pelajar mengetahui teknik menjawapnya. Berikut beberapa perkara yang perlu diketahui oleh pelajar berhubung dengan teknik menjawab soalan esei. 1. FAHAMKAN KEHENDAK SOALAN. Rangka jawapan anda mengikut kehendak soalan dan bersesuaian dengan markah yang diperuntukkan. SATU MARKAH UNTUK SATU ISI PENTING. 2. PENDAHULUAN dan PENUTUP TIDAK PERLU. Jawapan haruslah ringkas dan mudah difahami. Jangan membuat ayat yang terlalu panjang kerana kemungkinan anda melakukan kesalahan adalah besar. 3. FAHAMKAN ARAHAN yang terdapat dalam soalan. Setiap bentuk arahan mempunyai kaedah menjawab yang tersendiri dan secara ringkasnya adalah seperti berikut; A. TAKRIF/DEFINISI/MAKNA/MAKSUD istilah. Jelaskan istilah dengan ringkas berserta kata kuncinya. Penjelasan lanjut adalah tidak diperlukan dan tidak akan mendatangkan sebarang markah.
  • 4. B. NYATAKAN/BERIKAN/SENARAIKAN. Nyatakan dengan ringkas apa yang diminta oleh soalan. Penjelasan lanjut tidak diperlukan. Sebagai contoh; Nyatakan tiga sifat getah asli? (3 markah) Sifat-sifat getah asli ialah melekit apabila dipanaskan, terlalu kenyal dan lembut. C. TERANGKAN/JELASKAN. Jelaskan dengan ringkas menggunakan prinsip, konsep atau fakta sains. Penjelasan umum tanpa menggunakan "bahasa sains" tidak akan memberikan sebarang markah. Minyak kelapa sawit ialah minyak yang berkhasiat dan baik untuk kesihatan. Jelaskan. (3 markah) Minyak kelapa sawit berkhasiat dan baik untuk kesihatan kerana; i. mengandungi vitamin A dan vitamin E; ii. tidak mengandungi kolesterol; dan iii. mengurangkan kolesterol dalam darah. D. PERBEZAAN dan PERBANDINGAN. Kaedah terbaik untuk menjawab soalan yang melibatkan perbezaan dan perbandingan ialah dengan menggunakan JADUAL. Setiap perbezaan dan perbandingan tentang perkara yang sama harus diletakkan pada baris yang sama. Bagi jawapan berbentuk ayat, lihat contoh di bawah. Jelaskan perbezaan antara lemak tepu dengan lemak tak tepu. (3 markah) Lemak Tepu Lemak Tak Tepu Pepejal pada suhu bilik Cecair pada suhu bilik Takat lebur tinggi Takat lebur rendah Mempunyai ikatan tunggal antara atom karbon Mempunyai ikatan ganda dua antara atom karbon ataupun, Perbezaan antara lemak tepu dengan lemak tak tepu ialah; i. pada suhu bilik, lemak tepu dalam keadaan pepejal manakala lemak tak tepu cecair; ii. lemak tepu mempunyai takat lebur yang tinggi berbanding lemak tak tepu; iii. lemak tepu mempunyai ikatan tunggal dalam molekulnya, manakala lemak tak tepu mempunyai ikatan ganda dua.
  • 5. D. HURAIKAN/BINCANGKAN. Jawapan agak panjang sedikit, walau bagaimanapun gunakan ayat yang ringkas dan mudah difahami. Jawapan harus disokong atau disertakan dengan konsep dan fakta sains yang jelas seperti pembuktian melalui eksperimen, langkah-langkah dan keputusan eksperimen. Langkahlangkah eksperimen harus meng-gunakan AYAT PASIF mengikut nombor dan urutan yang betul. Adakalanya gambarajah juga perlu disertakan untuk mengukuhkan jawapan anda. KESALAHAN YANG BIASA DILAKUKAN Soalan Struktur 1. Menggunakan SINGKATAN PERKATAAN dan SIMBOL dalam persamaan tindak balas kimia. Sebagai contoh, @ (atau), / (atau), & (dan), dll (dan lain-lain), 2 (dua), M (merah), U (ungu). Bagi tindak balas kimia, persamaan harus ditulis dalam bentuk PERKATAAN. 2. Tidak boleh membuat pemerhatian yang baik terhadap eksperimen yang terdapat dalam soalan. Ini menyebabkan pelajar memberikan jawapan yang jauh berbeza daripada jawapan yang dikehendaki. Sebagai contoh; Nyatakan pemerhatian yang membolehkan anda membuat kesimpulan di d(i). Jwpn. Pelajar : Kerana penisilin sangat berkesan dalam membunuh mikrorganisma. Jwpn. Sebenar : Kerana kawasan jernih di sekitar cakera penisilin lebih luas ber- banding cakera streptomisin. 3. Jawapan TERLALU UMUM iaitu tidak menggunakan prinsip, hukum dan istilah sains yang bersesuaian. 4. SALAH EJAAN. Ramai pelajar tidak menitikberatkan KETELITIAN dalam menjawab soalan terutamanya yang melibatkan istilah. 5. JAWAPAN PANJANG dan menyalin balik soalan. Sebagi contoh; Namakan satu penyakit yang boleh dirawat menggunakan penisilin. Penyakit yang boleh dirawat dengan penisilin ialah kudis 6. TIDAK BOLEH MEMBACA UKURAN alat-alat radas sains seperti silender penyukat, neraca spring dan alat radas lain. 7. Jawapan bercanggah. Jawapan yang diberi bertentangan iaitu ada jawapan salah dan jawapan betul. Sebagai contoh;
  • 6. Nyatakan dua ciri imej yang terbentuk. 1. Nyata 2. Maya 8. TULISAN TERLALU SUKAR DIBACA. 9. LEMAH DALAM PENGGUNAAN FORMULA. 10. UNIT TIDAK DISERTAKAN. 11. Tidak memenuhi kehendak soalan. Terangkan bagaimana rabun jauh diatasi? Rabun jauh tidak dapat melihat objek yang jauh 12. Tidak boleh membezakan antara arahan LUKISKAN dan LAKARKAN. Rajah tidak berlabel, label bersilang dan tidak lengkap. Sebagai contoh, rajah sinar tidak mempunyai anak panah. 13. TIDAK TAHU MEMPLOT/MELUKIS GRAF dan tidak tahu membaca koordinat. 14. PENGETAHUAN TIDAK MENCUKUPI atau SAMAR-SAMAR. Soalan Esei 1. Tidak memahami kehendak soalan. Jawapan pelajar biasanya terlalu penjang berbanding dengan markah yang diperuntukkan diikuti oleh perenggan dan ayat yang TERLALU PANJANG dan berputar-belit. 2. Tidak merancang bagaimana hendak menjawab soalan akibatnya jawapan tidak tersusun, bercelaru, fakta yang sama diulang-ulang dan sesetengahnya keluar daripada kehendak soalan. 3. Tidak melukis gambarajah dengan betul. Biasanya gambarajah dilukis alakadar, telalu ringkas, kotor dan terlalu kecil. Gambarajah tidak dilabel dan kadangkala terdapat label yang bersilang. 4. Isi terlalu am iaitu tidak menggunakan "bahasa sains". Kadang kala "istilah kampung" turut digunakan dalam jawapan.
  • 7. 5. Lemah dalam soalan perbandingan dan perbezaan. Sebagai contoh; Jelaskan perbezaan antara lemak tepu dengan lemak tak tepu. (3 markah) Lemak Tepu Lemak Tak Tepu Pepejal pada suhu bilik Takat lebur rendah Takat lebur tinggi Cecair pada suhu bilik aaAdalah lemak haiwan Selalunya dibuat minyak masak 6. Tidak mahu mencuba langsung walaupun sesetengah soalan sebenarnya terlalu mudah kerana kadangkala jawapan telah ada dalam soalan. PENUTUP Melalui kertas kerja ini adalah diharapkan anda telah mempelajari kemahiran yang baru dan berusaha menggunakannya sama ada dalam latihan, ujian mahupun peperiksaan apatah lagi dalam SPM nanti. Perbaiki kelemahan anda dan ingatlah markah yang baik datangnya daripada jawapan yang baik. "SEMOGA KEJAYAAN SENTIASA BERSAMA ANDA"