Kata tunggal

Kata tunggal ialah perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan atau
mengalami proses pembentukan kata seperti pengimbuhan, pemajmukan atau
penggandaan. Kata tunggal ini boleh terdiri daripada satu suku kata, dua suku kata,
tiga suku kata, , empat suku kata, lima suku kata dan enam suku kata. Berikut
merupakan contoh-contoh kata tunggal bahas Melayu.

Tin, sen, gred, draf, ela, emas, lampu, tempua, mentua, ilahi, ikhtiar, belimbing,
terumbu, umpama, bijaksana, kelemumur, sentimeter, singgahsana, nasional,
mesyuarat dan sebagainya.

Kata akronim juga tergolong dalam kata tunggal. Kata akronim ialah kata singkatan
yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal, suku kata awal atau
digabungkan mengikut sesedap sebutan. Contoh akronim ialah;

ABIM – Angkatan Belia Islam Malaysia, Bernama _ Berita Nasional Malaysia,
Kugiran –kumpulan gitar rancak, purata- pukul rata, cerpan- cerita pendek dan
sebagainya.



Kesimpulannya, kata tunggal ialah perkataan yang tidak menerima sebarang
imbuhan, tidak digandakan dan tidak pula terlibat dengan proses pemajmukan.


Pada post yang akan datang saya cuba bincangkan pula kata terbitan dalam bahasa
M
1.2     BENTUK KATA TUNGGAL

 Bentuk kata tunggal merujuk kepada perkataan yang tidak mengalami sebarang proses
 pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.
 Kata tunggal merujuk kepada bentuk kata akar atau kata dasar dan bentuk inilah yang mendirikan
 perkataan tersebut.
 Kebanyakan kata tunggal boleh diperluaskan untuk membentuk kata terbitan, tetapi kata tunggal
 seperti ini, itu, sini, situ dan sana tidak boleh diperluas lagi.

1.2.1   KATA TUNGGAL SATU SUKU KATA

Kata tunggal satu suku kata dalam bahasa melayu amat terhad dan ada antaranya merupakan kata
pinjaman dari bahasa asing.
Namun kependekan dari dua suku kata menjadi satu suku kata seperti engkau menjadi kau dan aku
menjadi ku tidak boleh dianggap kata tunggal satu suku kata.
Contoh kata tunggal satu suku kata adalah seperti berikut :

                   SUKU KATA               CONTOH PERKATAAN
                   KV           ya        yu      ru
                   VK           Am
                   KVK          tin       lap        bah           cap
                   KKVK         draf      krim       Stor          dram
                   KVKK         zink      bank       Golf
                   KKKV         Skru
                   KKKVK        straw     skrip

1.2.2   KATA TUNGGAL DUA SUKU KATA

Kata tunggal dua suku kata banyak terdapat di dalam bahasa melayu. Antara pola kata tunggal dua
suku kata adalah seperti berikut.

                   SUKU KATA               CONTOH    PERKATAAN
                   V + KV       ibu       ini        apa           cik
                   V + VK       aur       ais        aib           air
                   V + KVK      ubat      acah       alat          ikan
                   VK + KV      inti      undi       asli          erti
                   VK + KVK     anjung    uncang     akrab         undang
                   KV + V       dua       tua        gua           sua
                   KV + VK      biar      liat       buat          mual
                   KV + KV      laga      bapa       saya          lupa
                   KV + KVK     pulut     surut      karut         cawan
                   KVK + KV     tangki    pintu      tunggu        bantu
                   KVK + KVK    tunggal   lantai     santai        jemput



1.2.3   KATA TUNGGAL TIGA SUKU KATA

Sebahagian besar kata tunggal tiga suku kata dalam bahasa melayu merupakan kata pinjaman.
Kata tinggal jenis ini kecil bilangannya namun mempunyai pola susunan konsonan dan vokal yang
pelbagai seperti contoh berikut :
SUKU KATA            CONTOH    PERKATAAN
                   KV + V + KV       buaya        niaga         biasa
                   KV + V + KVK      ziarah       siasat        kiamat
                   V + KV+ V         urea         idea          usia
                   KV + KV + V       deria        mulia         setia
                   KVK + KV + V      rahsia       rumbia        dahlia
                   KV + KV + VK      haluan       sekian        rasuah
                   KVK + KV + VK     manfaat      lengkuas      sengkuang
                   V + KV + KV       azali        udara         agama
                   V + KV + KVK      ibarat       akibat        amaran
                   VK + KV + KV      indera       almari        istana
                   KV + KV + KV      seteru       budaya        delima
                   KVK + KV + KV     bestari      misteri       bendera
                   VK + KV + VK      ikhtiar      ilmiah        akliah
                   V + KV + VK       akaun        elaun         amaun
                   KV + KV + KVK     riwayat      hikayat       teratak
                   KVK + KV + KVK    mahkamah     martabat      sembilan
                   KV + KVK + KV     keranda      belanja       selamba
                   KV + KVK + KVK    kelompok     gelombang     belimbing
                   KVK + KVK + KV    sempurna

1.2.4   KATA TUNGGAL EMPAT SUKU KATA

Kata tunggal empat suku kata juga amat kecil bilangannya dan kebanyakannya adalah kata pinjaman.

                   SUKU KATA                          CONTOH    PERKATAAN
                   KV + KV + VK + KV             keluarga       biduanda
                   KV + KVK + KV + KV            sejahtera      sementara
                   KVK + KV + KV + KV            bendahara      laksamana
                   KVK + KV + V + KV             sentiasa
                   KV + KV + KV + KV             selesema       samudera
                   KV + KV + KV + KVK            muzakarah      hulubalang
                   KVK + KV + KV + KVK           sentimeter
                   KVK + KVK + KV + KV           singgahsana
                   KV + KV + V + KVK             nasional       mesyuarat
                   V + KV + KVK + KV + KV        universiti
                   KVK + KV + KV + KV + KVK      kosmopolitan
                   KV + KV + KV + KV + KV + KV   maharajalela

Kata tunggal

  • 1.
    Kata tunggal Kata tunggalialah perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan atau mengalami proses pembentukan kata seperti pengimbuhan, pemajmukan atau penggandaan. Kata tunggal ini boleh terdiri daripada satu suku kata, dua suku kata, tiga suku kata, , empat suku kata, lima suku kata dan enam suku kata. Berikut merupakan contoh-contoh kata tunggal bahas Melayu. Tin, sen, gred, draf, ela, emas, lampu, tempua, mentua, ilahi, ikhtiar, belimbing, terumbu, umpama, bijaksana, kelemumur, sentimeter, singgahsana, nasional, mesyuarat dan sebagainya. Kata akronim juga tergolong dalam kata tunggal. Kata akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal, suku kata awal atau digabungkan mengikut sesedap sebutan. Contoh akronim ialah; ABIM – Angkatan Belia Islam Malaysia, Bernama _ Berita Nasional Malaysia, Kugiran –kumpulan gitar rancak, purata- pukul rata, cerpan- cerita pendek dan sebagainya. Kesimpulannya, kata tunggal ialah perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan, tidak digandakan dan tidak pula terlibat dengan proses pemajmukan. Pada post yang akan datang saya cuba bincangkan pula kata terbitan dalam bahasa M
  • 2.
    1.2 BENTUK KATA TUNGGAL Bentuk kata tunggal merujuk kepada perkataan yang tidak mengalami sebarang proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Kata tunggal merujuk kepada bentuk kata akar atau kata dasar dan bentuk inilah yang mendirikan perkataan tersebut. Kebanyakan kata tunggal boleh diperluaskan untuk membentuk kata terbitan, tetapi kata tunggal seperti ini, itu, sini, situ dan sana tidak boleh diperluas lagi. 1.2.1 KATA TUNGGAL SATU SUKU KATA Kata tunggal satu suku kata dalam bahasa melayu amat terhad dan ada antaranya merupakan kata pinjaman dari bahasa asing. Namun kependekan dari dua suku kata menjadi satu suku kata seperti engkau menjadi kau dan aku menjadi ku tidak boleh dianggap kata tunggal satu suku kata. Contoh kata tunggal satu suku kata adalah seperti berikut : SUKU KATA CONTOH PERKATAAN KV ya yu ru VK Am KVK tin lap bah cap KKVK draf krim Stor dram KVKK zink bank Golf KKKV Skru KKKVK straw skrip 1.2.2 KATA TUNGGAL DUA SUKU KATA Kata tunggal dua suku kata banyak terdapat di dalam bahasa melayu. Antara pola kata tunggal dua suku kata adalah seperti berikut. SUKU KATA CONTOH PERKATAAN V + KV ibu ini apa cik V + VK aur ais aib air V + KVK ubat acah alat ikan VK + KV inti undi asli erti VK + KVK anjung uncang akrab undang KV + V dua tua gua sua KV + VK biar liat buat mual KV + KV laga bapa saya lupa KV + KVK pulut surut karut cawan KVK + KV tangki pintu tunggu bantu KVK + KVK tunggal lantai santai jemput 1.2.3 KATA TUNGGAL TIGA SUKU KATA Sebahagian besar kata tunggal tiga suku kata dalam bahasa melayu merupakan kata pinjaman. Kata tinggal jenis ini kecil bilangannya namun mempunyai pola susunan konsonan dan vokal yang pelbagai seperti contoh berikut :
  • 3.
    SUKU KATA CONTOH PERKATAAN KV + V + KV buaya niaga biasa KV + V + KVK ziarah siasat kiamat V + KV+ V urea idea usia KV + KV + V deria mulia setia KVK + KV + V rahsia rumbia dahlia KV + KV + VK haluan sekian rasuah KVK + KV + VK manfaat lengkuas sengkuang V + KV + KV azali udara agama V + KV + KVK ibarat akibat amaran VK + KV + KV indera almari istana KV + KV + KV seteru budaya delima KVK + KV + KV bestari misteri bendera VK + KV + VK ikhtiar ilmiah akliah V + KV + VK akaun elaun amaun KV + KV + KVK riwayat hikayat teratak KVK + KV + KVK mahkamah martabat sembilan KV + KVK + KV keranda belanja selamba KV + KVK + KVK kelompok gelombang belimbing KVK + KVK + KV sempurna 1.2.4 KATA TUNGGAL EMPAT SUKU KATA Kata tunggal empat suku kata juga amat kecil bilangannya dan kebanyakannya adalah kata pinjaman. SUKU KATA CONTOH PERKATAAN KV + KV + VK + KV keluarga biduanda KV + KVK + KV + KV sejahtera sementara KVK + KV + KV + KV bendahara laksamana KVK + KV + V + KV sentiasa KV + KV + KV + KV selesema samudera KV + KV + KV + KVK muzakarah hulubalang KVK + KV + KV + KVK sentimeter KVK + KVK + KV + KV singgahsana KV + KV + V + KVK nasional mesyuarat V + KV + KVK + KV + KV universiti KVK + KV + KV + KV + KVK kosmopolitan KV + KV + KV + KV + KV + KV maharajalela