SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
Sedikit sebanyak info mengenai suku-suku kaum dan etnik di Sabah. 
BIL SUKU KAUM/ ETNIK INFO GAMBAR PAKAIAN TRADISIONAL 
01 Dusun Bonggi Masyarakat Dusun Bonggi pernah terima syiar Islam 50 tahun lalu 
PAGAN adalah cara hidup atau pegangan masy arakat Dusun Bonggi 
sejak berabad lamanya. Hidup bebas tanpa pegangan agama itu sudah 
sebati di kalangan mereka y ang menjadikan tempay an dan batu besar 
sebagai alat penyembahan atau tempat meminta pertolongan jika ditimpa 
bencana. 
Namun, segala-galany a berubah apabila bekas tokoh utama Sabah, 
Allahy arham Tun Datu Mustapha Harun dan bekas Timbalan Perdana 
Menteri, Tun Musa Hitam menggerakkan kemasukan Islam ke Pulau 
Banggi dengan meny asarkan masyarakat Dusun Bonggi y ang ketika itu 
masih begitu kuat dengan kepercay aan pagan. 
Menurut ketua Kampung Limbuak Darat, Firdaus Abdullah, pada 
penghujung 1960-an, ketika Mustapha menjadi Ketua Menteri Sabah, sesi 
peny ebaran Islam secara serius digerakkan di semua perkampungan etnik 
itu, bermula dengan sesi penerangan dan pengislaman beramai-ramai 
masy arakat Dusun Bonggi yang buat pertama kalinya diadakan di Sekolah 
Kebangsaan Limbuak Laut. 
“ Ketika itu, atas kata putus dan persetujuan beberapa ketua masy arakat 
Dusun Bonggi termasuk dari Limbuak Darat, Batu Layar, Mamang, Palak 
Darat dan Kalangkaman, ramai masy arakat memeluk Islam lantaran 
konsep keagamaan y ang ditekankan dalam siri penerangan oleh 
Mustapha. 
“ Ketika itu, lebih 70 peratus masyarakat di Pulau Banggi memeluk Islam 
sekali gus menjadikan Islam agama utama di pulau terbesar di negara kita 
itu. 
“ Namun, segala-galanya berubah apabila pada awal 1980-an, sebahagian 
besar masyarakat Islam Dusun Bonggi memilih kembali kepada pegangan 
asal iaitu pagan dan ada pula y ang menganut Kristian lantaran kurangnya 
dakwah untuk memperkukuhkan pegangan agama mereka,” katany a. 
Katany a, alasan utama ialah jarak kerana bukan mudah untuk mencari 
pendakwah yang sanggup keluar masuk ke perkampungan mereka dan 
menjalankan aktiv iti dakwah secara intensif. 
Atas sebab kurangny a pendedahan agama, kebany akan mereka 
merasakan tiada bezanya memeluk apa saja agama atau pegangan sekali 
gus meny ebabkan ramai y ang kembali murtad. 
Kebany akan masy arakat Dusun Bonggi y ang tetap dengan Islam pula 
dikatakan kurang dalam aspek kefahaman serta pengetahuan agama 
y ang menjadikan mereka hany a Islam pada nama. 
Masih ramai golongan dew asa tidak tahu solat dengan sempurna dan 
kurang kanak-kanak Islam yang tahu mengaji. Senario itu meny ebabkan 
Islam masyarakat Dusun Bonggi semakin goyah, tambahan pula dengan 
kemasukan pengaruh Kristian di Pulau Banggi. 
Meskipun mereka Islam, kepercay aan kepada perkara tahy ul dan 
meny esatkan tetap diteruskan. Masih ramai menjalankan aktiv iti 
peny eruan kepada kuasa ghaib yang dikatakan mampu menyembuhkan 
peny akit. Upacara tarian Tamadak yang khusus untuk menyeru roh ghaib 
masih popular di kalangan masyarakat itu termasuk mereka y ang Islam. 
Firdaus berkata, tarian tradisi itu mula diamalkan masy arakat Dusun 
Bonggi sejak generasi kedua dan terus menjadi budaya rasmi masyarakat 
itu, malah sudah dipersembahkan untuk tontonan orang ramai. 
“ Mengikut kaedah sebenar, untuk memulakan tarian Tamadak, kami perlu 
meny ediakan satu rumah khas dan tujuh bendera pelbagai warna. 
“ Tujuh genggam nasi pelbagai jenis dihantar ke beberapa objek y ang 
dipercay ai mempuny ai kuasa seperti pokok atau batu puaka untuk 
dijadikan hidangan makhluk ghaib.
“ Tarian ini akan diteruskan tujuh malam berturut-turut. Ia khusus untuk 
penyembuhan peny akit dan tidak boleh ditarikan sebarangan. 
“ Tidak boleh untuk dipersembahkan semasa perkahw inan atau apa saja 
tujuan. Apa y ang kami pertontonkan kepada khalay ak juga hany a 
sebahagian kecil daripada tarian ini. 
“ Tarian Tamadak asli hanya boleh ditarikan orang tertentu seperti bomoh 
atau mereka y ang terpilih. Untuk dipersembahkan, sesiapa saja boleh 
menarikannya tetapi tidak boleh menunjukkan sesuatu yang asli,” katanya. 
Tarian itu mempuny ai pergerakan y ang mudah. Penariny a kelihatan 
melangkah mengelilingi sesuatu dengan sedikit hentakan kaki sambil 
tangan memegang daun ubi kay u atau silabangun. 
“ Tarian mereka diiringi muzik dari tetogog (gong) dan alat ketukan 
kuntangan seperti cempuling. Turut digunakan, gendang, tin kosong yang 
dibalut dengan kain dan diketuk dengan kay u,” katany a. 
Penari perempuan memakai banduong, sejenis baju tradisi seakan 
kebay a ringkas bersama sindaang iaitu sejenis kain batik berserta selampi 
(selendang y ang diletak pada bahu kanan). Penari lelaki pula memakai 
sembit, kain y ang diikat menjadi caw at. 
Kebiasaanny a, ia boleh ditarikan beramai-ramai apabila ada orang y ang 
‘begin’, iaitu dimasuki makhluk lain sehingga tidak sedar diri dan turut 
dalam tarian. Penariny a pula kebiasaanny a berusia lebih 30 tahun. 
Suatu ketika dulu, sebelum Pulau Banggi dibangunkan, ada beberapa 
lokasi utama y ang dijadikan tempat penyembahan kepercay aan pagan 
dan kebany akanny a menggunakan tempay an besar sebagai alat 
perantara. 
Tempay an itu bukan sebarangan dan tiada orang luar dibenar melihat 
atau mengunjungi kaw asan itu dan ia kekal sehingga kini, meskipun 
tempay an berkenaan sudah dimusnahkan. Bagi mereka, kaw asan itu 
mempuny ai kuasany a tersendiri dan berpuaka. 
Kini, kaw asan itu yang berada di satu lokasi berbukit di pinggir Limbuak 
Darat masih dikaw al ketat masy arakat Dusun Bonggi dan terhalang 
daripada pandangan. 
Difahamkan, ada dua tempay an y ang pernah menjadi alat utama 
penyembahan iaitu satu di Limbuak Darat dan satu lagi di Sabur. 
Malah, meskipun Dusun Bonggi mempuny ai beberapa perkampungan, 
satu sistem zon digunakan y ang mengehadkan penduduk di luar 
sempadan mengunjungi kaw asan tempay an y ang bukan di baw ah 
sempadanny a. 
Selepas kedua-dua tempayan itu dihapuskan kerana kemasukan Islam 
suatu ketika dulu, apa y ang masih tinggal untuk dijadikan penyembahan 
masy arakat Dusun Bonggi ialah batu besar misteri yang ada di Mamang. 
Pengenalan 
Negeri Sabah mempunyai tidak kurang dari tiga puluh etnik suku kaum . 
Sebuah negeri y ang kaya dengan tarian kebudayaannya. Apabila tiba 
musim perayaan seperti Pesta Kaamatan dan juga perayaan Sabah Fest 
y ang dirayakan pada Mei setiap tahun, orang ramai dapat menyaksikan 
pelbagai tarian kebuday aan yang dipersembahkan untuk memeriahkan 
lagi suasana perayaan berkenaan. 
Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum. Etnik terbesar di 
Sabah adalah Kadazan Dusun, Bajau dan Murut. Suku kaum yang lain 
ialah Keday an, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, 
Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain. 
Perbezaan di antara berbagai-bagai suku kaum tersebut adalah ketara 
terutama sekali dari segi bahasa, ugama, adat istiadat dan pegangan 
hidup termasuklah pakaian tradisi mereka.
Kadazan Dusun 
Kaum Kadazan Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang 
terbesar di Sabah dan berasal daripada Indo-China. Kaum etnik ini 
menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan 
dan adat resam tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. 
Antarany a ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, 
Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, 
Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya. 
Kadazan Dusun membentuk 30 peratus populasi Sabah yang terdiri 
daripada dua kaum, Kadazan dan Dusun digabungkan bersama kerana 
berkongsi bahasa dan budaya yang serupa. Bagaimanapun, bezanya 
etnik Kadazan tinggal di kaw asan lembah dan secara tradisi terlibat 
dalam penanaman padi, sementara etnik Dusun tinggal di kawasan 
pergunungan di pedalaman Sabah. 
Tarian Sumazau 
Tarian ini merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat 
terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi 
suku kaum Kadazandusun. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi 
seperti tarian Sumazau y ang ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang 
berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk 
menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit. 
Gerak dan irama tari Sumazau adalah perlahan-lahan dan lemah lembut. 
Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadapan dan mereka 
menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki 
diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu. Ketika menari tangan 
dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. 
Biasany a Sumazau ditarikan semasa menyambut hari keramaian dan di 
majlis jamuan. 
Pesta Kaamatan (Menuai) disambut oleh Kadazandusun sebagai 
meraikan tuaian baik dan disambut oleh semua kaum lain Sabah. 
Masy arakat Bajau 
Persandingan Masyarakat Bajau 
Kumpulan etnik kedua terbesar di Sabah, kaum Bajau merangkumi 15 
peratus populasi penduduk negeri ini. Mereka asalnya adalah keturunan 
pelaut y ang menyembah Omboh Dilaut (Tuhan Laut) dan sering dikenali 
sebagai gipsi laut. Ada y ang telah meninggalkan kehidupan di laut dan 
menjadi peladang serta penternak. Mereka pula dikenali sebagai ‘Koboi 
Timur’ kerana kepakaran mereka menunggang kuda. Terdapat pelbagai 
suku kaum di kalangan masyarakat Bajau seperti Ilanun, Sulu dan 
sebagainy a. Kebanyakan masyarakat Bajau mendiami kawasan 
Semporna dan Kota Belud. Kaum lelaki dalam kalangan masyarakat ini 
terkenal sebagai penunggang kuda yang mahir. 
Adat resam kelahiran antara masyarakat Bajau dengan masyarakat 
Melay u di Semenanjung terdapat banyak persamaan di mana adat seperti 
berpantang, menempah bidan dan melenggang perut juga dilaksanakan 
oleh masy arakat tersebut. Ini kerana kebanyakan masyarakat Bajau di 
Sabah adalah beragama Islam. 
Tarian Brunsai 
Suku kaum Bajau boleh dikenali melalui tarian Brunsainya. Tarian Brunsai 
tidak diiringi dengan musik ataupun bunyi-bunyian, ianya mengutamakan 
pada "kalang" seperti berbalas pantun y ang diiringi oleh hentakan kaki 
penari lelaki. 
Brunsai biasanya dilakukan pada waktu malam untuk meraikan majlis 
perkahw inan, merayakan kelahiran bayi, majlis kesyukuran dan bagi 
meraikan orang y ang sudah bernazar. Penari Brunsai juga memakai 
pakaian y ang berwarna warni seperti seluar hitam, biru, merah dan baju 
serta tanjak y ang mempunyai corak-corak menarik. 
Tarian Limbai
Tarian ini adalah sejenis tarian asli masyarakat suku Bajau. Tarian Limbai 
ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke 
rumah pengantin perempuan. Sebaik sahaja rombongan pengantin 
sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai 
dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas 
sebagai isy arat menjemput pengantin naik ke rumah untuk melakukan 
istiadat pernikahan. Irama dan bahasa tarian mengiringi anggota-anggota 
rombongan pengantin naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan 
selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan 
selamat datang 
Tarian lansaran masyarakat Murut 
Kaum Murut merupakan etnik ketiga terbesar di Sabah, Murut 
merangkumi tiga peratus populasi penduduk negeri ini. Secara tradisi, 
mereka menduduki kawasan pedalaman di utara Borneo. Mereka juga 
adalah antara etnik Sabah terakhir untuk membuang amalan memburu 
kepala. Kini, mereka penanam padi huma dan ubi kayu, sambil memburu 
menggunakan sumpitan dan menangkap ikan. Kebanyakan kaum pribumi 
di Sabah, pakaian tradisi mereka turut dihiasi dengan hasil seni manik 
y ang menarik. 
Tarian Magunatip 
Ini merupakan sejenis tarian tradisi masyarakat suku kaum Murut dari 
suku Kuhijau (Kw ijau). Magunatip berasal dari perkataan ‘apit' yang 
bermakna jepit. Ia membawa maksud ketika menari kaki penari terjepit 
atau terapit di antara dua batang kay u (buluh) jikalau tidak cekap 
mengelakkannya. Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik oleh 
kerana buny i buluh itu yang dilagakan akan menimbulkan bunyi yang kuat 
serta rentak dan irama y ang menarik.Tarian Magunatip bertujuan untuk 
memeriahkan lagi sesuatu upacara yang diadakan. 
Tarian Lansaran 
Suku kaum Murut amat terkenal dengan tarian lansaran. Tarian ini hanya 
dilakukan di lantai khas yang berukuran kira-kira 81 kaki persegi yang 
dibina di tengah-tengah rumah panjang y ang diperbuat menggunakan 
kay u bulat. Kayu bulat dipasang berlapis-lapis secara khusus supaya 
boleh melantun seperti "spring. 
Kemuncak tarian ini ialah berbalas-balas pantun tanda mengeratkan lagi 
tali silaturahim . Pada masa lalu tarian itu diadakan bagi menyambut 
kepulangan para pahlawan yang telah mencapai kemenangan setelah 
bertarung di medan pertempuran. 
Suku-suku yang lain: 
Suku Momogun Rungus 
Rungus juga di kenali sebagai Dusun Laut atau Day ak Dusun. Suku kaum 
Momogun Rungus mendiami kawasan pesisir pantai barat Kudat, pantai 
timur Kudat, Teluk Marudu, Pitas hingga ke Beluran dan juga kepulauan 
sekitar Kudat. Kebanyakan suku kaum Momogun Rungus adalah 
menganut agama Kristian. 
Tarian Sumundai Monggigol 
Tarian suku kaum Momogun Rungus ditarikan oleh seorang lelaki dan 
beberapa orang perempuan. Tarian yang dinamakan Sumundai-Mongigol 
ini diiringi dengan paluan gong. Alatan muzik yang digunakan terdiri 
daripada 4 buah gong dan gendang y ang dinamakan 'Tontog'. Penari 
perempuan akan merapatkan bahu antara satu sama lain dan 
menggerakkan pergelangan tangan dengan langkah-langkah yang 
perlahan dan lembut. Apabila lelaki dan perempuan sama-sama menari, ia 
dipanggil "miandak" dalam bahasa Rungus. Tarian Sumundai-Mongigol ini 
ditarikan apabila tiba Pesta Kaamatan, upacara pemujaan semangat, 
majlis perkahwinan, kematian, keraian ataupun ketika menyambut tetamu 
y ang istimewa.
Suku Iranun 
Iranun atau Illanun ialah nama satu suku kaum yang dikategorikan 
sebagai penduduk bumiputera Sabah. Iranun bermaksud berkasih-kasihan. 
Ini bagi mewujudnya sistem hubungan sosial yang amat erat, 
y ang terikat oleh tali persaudaraan yang amat intim, yang berlandaskan 
sistem kerjasama dan gotong-royong. 
Mereka merupakan pelayar yang cekap, tempat tinggal masyarakat Iranun 
bany ak tertumpu di kawasan tepi pantai. Namun ada juga yang terletak di 
bahagian dalam daerah. Masyarakat Iranun ini banyak menetap di daerah 
Kota Belud seperti di kampung Pantai Emas, Kaguraan, Kota Peladok, 
Tamau, Paya-Payas, Marampayan, Kota Bongan, dan lain-lain. 
Suku Idaaan 
Idaan adalah etnik y ang menetap terutamanya di sekitar daerah Lahad 
Datu di persisiran timur Sabah. Populasi semasa dianggarkan sekitar 
6,000 , etnik ini memiliki hak esklusif bagi mengumpulkan sarang burung 
lay ang-layang di dalam gua batu kapur di kawasan penempatan mereka. 
Sebahagian besarnya adalah muslim, tetapi sebahagian kecil suku kaum 
y ang dikenali sebagai Begaak adalah animist. 
Selama beberapa abad etnik Idaan telah memiliki mekanisme sosial 
berasaskan sejarah. Sebagai etnik minoriti, Idaan beroperasi sebagai 
kumpulan korporat berkait rapat berkaitan dengan aktiviti menuai sarang 
burung lay ang-layang. 
Suku Bisaya 
Bisay a dikatakan di antara yang pertama menerima Islam pada awal 
kurun ke-13. Kedatangan Islam dalam kaum Bisaya adalah melalui 
hubungan dagang dengan pedagang dari tanah Arab. Jika dilihat daripada 
segi kehidupan sosial, sedikit sebanyak pengaruh Arab memainkan 
peranan dalam urusan mereka sehari-harian. 
Bangsa Bisay a adalah suku kaum asli yang telah tinggal dan menetap di 
Borneo Sabah sejak beribu tahun y ang lalu. Kemahiran suku kaum ini 
dalah dalam bidang pertanian. Mereka juga mahir memburu binatang liar 
di hutan untuk dimakan. Selain itu mereka juga menternak ayam, itik, 
angsa, lembu dan lain-lain binatang sebagai makanan. 
Kaum Bisay a juga mahir dalam seni kraftangan dan sebahagian besar 
peralatan kraftangan digunakan dalam kehidupan seharian mereka selain 
mahirr menangkap ikan. 
Tarian Bubu 
Kaum Bisay a mempunyai tariannya sendiri, iaitu Tarian Bubu yang 
biasany a dipersembahkan semasa upacara perkahwinan, pertunangan 
dan jamuan masuk rumah baru. Mereka percaya kepada kuasa ghaib, 
oleh itu dukun atau paw ang menjadi perantara komunikasi bagi mereka 
dengan dunia lain. 
Suku Suluk 
Sulu berasal daripada Kepulauan Sulu dan Borneo (Sabah) sejak zaman 
Kesultanan Sulu lagi. Kaum Suluk ini menggunakan bahasa Tausug 
sebagai bahasa pertuturan. Agama rasmi yang dianuti adalah agama 
Islam. Kaum Suluk ini juga mempunyai budayanya yang unik dan 
tersendiri. . Pusat petempatan bagi orang Suluk adalah terletak di daerah 
Kudat, Semporna, Sandakan, Lahad Datu, Kota Kinabalu, Menggatal,T 
uaran dan Telipok 
Orang Suluk tidak memanggil diri mereka Suluk melainkan menggelar diri 
mereka Tausug yang membawa maksud "Orang dari Sulu". 
Tarian Balok-balok 
Tarian Bolak-Bolak adalah tarian suku kaum Suluk yang diiringi dengan 
pukulan "gabbang" y ang sering diadakan di majlis-majlis perkahwinan dan 
majlis-majlis keramaian yang lain. Tarian ini dilakukan oleh kaum wanita 
dan lelaki y ang memakai pakaian tradisional berwarna warni. 
Penari menggunakan empat bilah kayu kecil jenis keras yang digenggam 
dengan tangan, dua bilah kay u dalam satu tangan ditepuk-tepuk sehingga
mengeluarkan bunyi sama rentak dengan pukulan kulintangan. 
Suku Tidung 
Suku kaum Tidung adalah suku kaum rumpun Melayu yang banyak 
terdapat di bahagian tenggara Sabah iaitu sekitar daerah Tawau dan 
Sebatik. Antara suku kaum Melayu Tidung begitu dikenali di Tawau ialah 
Tidung Apas, Tidung Indrasabah, Tidung Membalua, Tidung Merotai dan 
Tidung Kalabakan. Terdapat juga ramai suku kaum Tidung di beberapa 
kaw asan di Sandakan seperti di Beluran. 
Mereka adalah etnik Muslim dan menggunakan bahasa Melayu untuk 
berkomunikasi dengan entiti masyarakat lain di sekitarnya seperti 
masy arakat Bolongan ( Tanjung Selor), masyarakat Banjar ( Banjarmasin 
), masy arakat Kutai dan masyarakat Berau yang merupakan penghuni. 
Tarian Zapin 
Dalam buday a masyarakat Melayu Tidung, tarian zapin atau zipin serta 
alat muzik seperti gambus dan kompang yang berasal dari budaya Arab 
sudah lama digunakan sejak turun temurun. Di Tawau ini juga terdapat 
masy arakat Melayu keturunan Arab dan Habib yang merupakan golongan 
pendakwah Islam terdahulu yang telah menetap di sini dan berkahwin 
dengan masy arakat tempatan. 
Kesimpulan 
Masy arakat pelbagai etnik dan kebudayaan hidup dalam keadaan yang 
harmoni dan saling bantu membantu antara satu sama lain adalah 
merupakan keunikan bagi negeri Sabah. Masyarakatnya hidup dalam 
keadaan kepelbagaian budaya dan menarik perhatian ramai pelancong 
luar ke negeri ini. 
Kaum Kadazan-Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang 
terbesar diSabah dan berasal daripada Indo-China[perlu rujukan]. Kaum etnik 
ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai 
kebuday aan dan adat resam tradisional. Terdapat 27 suku kaum di 
dalamny a. Antaranya ialah Dusun Liwan,Dusun Tindal, Dusun 
Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun 
Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus, Orang 
Sungai, Kuijau,Tambanuo, dan sebagainya. 
Kumpulan etnik y ang terbesar adalah suku kaum Dusun yang merupakan 
satu pertiga dari penduduk Sabah. Suku kaum Dusun yang tinggal di 
pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, 
Tenghilan, Kota Belud dan juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan 
Keningau adalah petani tradisi y ang menanam padi sawah dan huma. 
Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai. Mereka 
kebany akan bertempat di sekelilingi kawasan lembah pantai barat dan 
kaw asan pendalaman. 
Lazimny a masyarakat daripada subetnik yang disebut di atas adalah 
berasal (mendiami) daripada kawasan-kawasan (daerah) tertentu 
umpamanya Kimaragang di daerah Kota Marudu, Lotud di daerah Tuaran, 
Orang Sungai di daerah Kinabatangan, Sugut, Paitan dan Pitas. Bagi 
Orang Sungai y ang tinggal di daerah Pitas, mereka menganut agama 
Islam manakala daerah-daerah lain seperti Kinabatangan Orang Sungai 
turut menganut agama-agama lain. Masyarakat Lotud (Suang Lotud) turut 
mendiami kawasan Pantai Barat Selatan negeri Sabah terutamanya 
Tuaran, Tamparuli, Telipok dan dan sedikit di Kota Belud (Tampasuk). 
Mereka hidup secara kolektif dengan mendiami rumah panjang yang 
mengumpulkan beberapa keluarga, iaitu antara 150 - 200 orang. Walau 
bagaimanapun, pada masa kini, rumah panjang jarang dilihat dalam etnik 
ini. Kebany akannya telah mengalami pembangunan fizikal dan mental. 
Istilah Kadazan-Dusun ini wujud dari hasil penggabungan 
etnik Kadazan dan Dusunserta beberapa etnik kecil lain. Penggabungan 
ini adalah akibat pertelingkahan politik. Lagipun, perbezaan antara kaum 
Kadazan dan Dusun tidaklah begitu berbeza dan kasar.Beza antara 
bahasa Kadazan dan Dusun ialah seperti bahasa Malaysia dan bahasa
Indonesia. 
Suku kaum yang membentuk Kadazandusun 
Kadazandusun terdiri daripada empat puluh suku kaum Dusun dan 
Kadazan. 
 Bisay a 
 Bonggi 
 Bundu 
 Dumpas 
 Gana 
 Garo 
 Idaan 
 Keday an 
 Kimaragang 
 Kolobuan 
 Kuijau 
 Lingkabau 
 Liw an 
 Lobu 
 Lotud 
 Lunday eh 
 Makiang 
 Malapi 
 Mangkaak 
 Minokok 
 Murut 
 Ngabai 
 Paitan 
 Pingas 
 Rumanau 
 Rungus 
 Sinobu 
 Sinorupu 
 Sonsogon 
 Sukang 
 Sungai 
 Tatana 
 Tangara 
 Tidong 
 Tindal 
 Tobilung 
 Tolinting 
 Tombonuo 
 Tuhawon 
 Tutung 
Peray aan 
Pesta Kaamatan (Menuai) disambut oleh Kadazandusun sebagai 
meraikan tuaian baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh semua 
kaum lain Sabah. Pesta Kaamatan disambut sepanjang bulan Mei 
walaupun perayaan ini hanya pada 30 dan 31 Mei. Kemuncak perayaan 
Kaamatan adalah peraduan ratu cantik atau unduk ngadau, tarian tradisi,
dan upucara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan"ketua pendita" 
Pesta Kaamatan bagi kaum Kadazan juga dikenali sebagai ''''''''Tadau 
Ka''''''''amatan'''''''' dalam bahasa Kadazandusun. 
Kadazan percaya kepada makhluk halus dan dipercayai terdapat lima 
makhluk halus: Kinoringan(Ketua makluk halus & Pencipta), 
Rusod(semangat semua benda hidup kecuali manusia), Koududuwo 
(semangat manusia), Tombiruo (semangat orang yang telah meninggal), 
dan Rogon (semangat jahat). 
Menurut kepercayaan Kadazan, semangat padi 
merupakan Kinoingan(Kinorohingan dalam dialek Dusun) yang dikenali 
sebagai Bambaazon, disembah sebagai pencipta dan berkuasa sumber 
kepada kew ujudan. Semangat padi Bambaazon dimuliakan pada pokok 
padi, beras, dan nasi. Ramai yang mempercayai bahawa "Tanpa padi, 
tiada kehidupan." 
Ketika pesta Kaamatan, penduduk Sabah mengenakan pakaian tradisi 
mereka dan bersuka-ria. Selain menari Sumazau dengan alat muzik 
tradisi, tapai (arak beras) dihidangkan sebagai minuman istimewa. 
Penduduk Sabah akan menyapa sesama mereka dengan ucapan 
''''''''Kopivosian Tadau Ka''''''''amatan'''''''' atau ''''''''Selamat Hari Menuai''''''''. 
''''''''==Makanan Tradisional== *Hinava Ginapan Makanan tradisional 
Kadasandusun penampang ini diperbuat daripada ikan segar yang 
diperap dengan garam dan jus limau nipis. Makanan ini mementingkan 
kesegaran serta kebersihan untuk mencapai keenakannya. makanan 
tradisi juga y ang terkenal ialah ''''''''sambal'''''''' atau ''''''''jeruk'''''''' atau lebih 
dikenali sebagai BOSOU atau TONSOM. Kebiasaannya, bosou ini 
dikenali sebagai ''''''''tinamba''''''''...oleh sekitar penduduk ranau. Bosou ini 
adalah daripada daging mentah, kebiasaannya ikan sungai atau hasil 
buruan. Daging atau ikan mentah ini diperam dengan nasi putih, garam, 
dan buah dinikmati kepayang sebagai pengawet, dan disimpan di dalam 
bekas (biasanya daripada tajau kecil) dan ditutup rapat selama seminggu 
atau sehingga betul-betul telah masak sebelum dapat dimakan. Asasnya, 
masakan kaum dusun ini adalah makanan yang direbus sahaja. 
Kebany akan masyarakat Dusun menggemari sayur-sayuran segar 
sebagai hidangan y ang dinikmati bersama nasi putih. 
Tarian Tradisional 
Tarian Sumazaumerupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang 
terkenal di seluruhMalaysia. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi 
seperti mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam 
dan menuai padi dan untuk menolak bala, menyemah semangat, dan 
mengubati peny akit. 
Irama Sumazau adalah perlahan. Pasangan penari berhadapan dan 
menggerak-gerakkan kaki berlangkah kecil, sementara tumit kaki 
diangkat-turunkan mengikut irama. Ketika menari tangan dikepakkan 
keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya Sumazau 
ditarikan semasa hari keramaian majlis jamuan Pesta Kaamatan. 
Pakaian Tradisional 
 Pakaian Tradisional Suku Kaum Kadazan 
Baju ini selaluny a menggunakan kain hitam yang bersulamkan benang 
emas. Ia dipakai semasa sambutan Pesta Menuai.
Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum. Di antaranya 
adalah Kadazandusun, Bajau, Murut, Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, 
Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana, 
Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain. 
Perbezaan diantara berbagai-bagai suku kaum tersebut adalah ketara 
terutama sekali dari segi bahasa, ugama, adat istiadat, corak dan 
pegangan hidup termasuklah pakaian tradisi mereka. 
Penggunaan pakaian-pakaian tradisional tersebut boleh dilihat dari dua 
sudut zaman iaitu zaman klasik dan zaman moden. Di zaman klasik, 
pakaian-pakaian tradisional ini dipakai semasa uparaca-upacara ritual, 
hari perkahw inan dan sebagai pakaian seharian. Di zaman moden pula 
pakaian-pakaian tradisional ini hanya dipakai untuk tujuan-tujuan yang 
tertentu seperti di hari perkahw inan oleh pengantin lelaki dan perempuan 
(kadangkala juga oleh pengapit pengantin) serta untuk acara-acara 
kebuday aan. 
Kebany akan suku kaum di Sabah memilih hitam sebagai warna pakaian 
traditional mereka. Penggunaan warna hitam asalnya daripada 
kepercay aan bahawa warna hitam adalah lambang kekuasaan atau warna 
ketuhanan y ang mana dapat melindungi si pemakai daripada makhluk-makhluk 
halus yang jahat. Ada setengah-tengah pihak mengatakan 
bahaw a penggunaan warna hitam adalah disesuaikan dengan cara hidup 
dan keadaan semulajadi di waktu itu. 
Hiasan Diri 
Pada masa lalu, batu akik merah, manik-manik kaca berwarna, kulit kowri, 
butang putih atau cakera y ang dibuat daripada cengkerang dan tembaga 
digunakan untuk menghiasi pakaian lelaki dan perempuan. Pada hari ini, 
kebany akan hiasan-hiasan ini diganti dengan manik-manik plastik dan 
bahan moden y ang lain seperti benang emas dan perak, labuci dan 
benang berwarna. Seperti dahulu, hiasan-hiasan ini masih lagi disertai 
dengan tali pinggang y ang dibuat daripada berbagai-bagai bahan seperti 
manik cengkerang dan kaca duit syiling perak, tembaga dan logam-logam 
lain, lapik pinggang y ang dibuat daripada rotan berwarna untuk 
mengetatkan gaun, seluar atau anak baju. Kalung dibuat daripada 
berbagai-bagai bahan dijadikan hiasan leher dan dada. Gelang juga 
dipakai untuk menghiasi lengan, pergelangan tangan serta kaki. 
Tutup kepala seperti terendak atau tudung dipakai oleh kaum lelaki dan 
wanita sebagai pakaian biasa sebagai pelindung dan penahan peluh. 
Pada majlis-majlis upacara, terendak-terendak yang dipakai adalah lebih 
indah dan berw arna-warni. Spesialis ritual memakai tutup kepala dan 
pakaian dengan hiasan yang banyak yang membezakan mereka dari 
orang biasa apabila mereka menjalankan sesuatu upacara tradisional. 
Kaum lelaki masih memakai sigah sejak dari dahulu lagi. Sigah atau 
tanjak ini adalah sekeping kain segiempat yang dipakai dalam berbagai-bagai 
bentuk mengikut daerah atau asal si pemakai. Kaum wanita pula 
memakai manik, sisir, tudung dan terendak bergantung pada waktu dan 
kegiatan y ang dilakukan

More Related Content

What's hot

Ciri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyah
Ciri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyahCiri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyah
Ciri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyahfiro HAR
 
Bahasa Melayu Penggal 1: Perancangan korpus bahasa
Bahasa Melayu Penggal 1: Perancangan korpus bahasaBahasa Melayu Penggal 1: Perancangan korpus bahasa
Bahasa Melayu Penggal 1: Perancangan korpus bahasaFairuz Alwi
 
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)Yfook Ng
 
Kata serapan bahasa nusantara
Kata serapan bahasa nusantaraKata serapan bahasa nusantara
Kata serapan bahasa nusantarafiro HAR
 
KATA HUBUNG PANCANGAN KOMPLEMEN
KATA HUBUNG PANCANGAN KOMPLEMENKATA HUBUNG PANCANGAN KOMPLEMEN
KATA HUBUNG PANCANGAN KOMPLEMENMohamed Naim Daipi
 
BM P1: Bahan bukti bahasa kuno
BM P1: Bahan bukti bahasa kunoBM P1: Bahan bukti bahasa kuno
BM P1: Bahan bukti bahasa kunoFairuz Alwi
 
1.7 bentuk kata
1.7 bentuk kata1.7 bentuk kata
1.7 bentuk kataAsri Mohad
 
Pengantar Bahasa Melayu-Morfologi
Pengantar Bahasa Melayu-MorfologiPengantar Bahasa Melayu-Morfologi
Pengantar Bahasa Melayu-Morfologievhyunnie
 
Perbadanan Awam di Malaysia
Perbadanan Awam di MalaysiaPerbadanan Awam di Malaysia
Perbadanan Awam di MalaysiaMiss Jia
 
Penggolongan kata
Penggolongan kataPenggolongan kata
Penggolongan kataghazali76
 
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUBAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUZakira Hafizah
 
Pengajian Am Perlembagaan Persekutuan
Pengajian Am Perlembagaan PersekutuanPengajian Am Perlembagaan Persekutuan
Pengajian Am Perlembagaan PersekutuanKhai Khairy
 
Langkah-Langkah Pengurusan Sumber Hutan
Langkah-Langkah Pengurusan Sumber HutanLangkah-Langkah Pengurusan Sumber Hutan
Langkah-Langkah Pengurusan Sumber Hutan末 Wei
 
Inti + penerang bukan nama
Inti + penerang bukan namaInti + penerang bukan nama
Inti + penerang bukan namaNur Farahin
 

What's hot (20)

Ciri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyah
Ciri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyahCiri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyah
Ciri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyah
 
Bahasa Melayu Penggal 1: Perancangan korpus bahasa
Bahasa Melayu Penggal 1: Perancangan korpus bahasaBahasa Melayu Penggal 1: Perancangan korpus bahasa
Bahasa Melayu Penggal 1: Perancangan korpus bahasa
 
Batu Karang Brahi :)
Batu Karang Brahi :)Batu Karang Brahi :)
Batu Karang Brahi :)
 
Kelebihan universiti tempatan
Kelebihan universiti tempatanKelebihan universiti tempatan
Kelebihan universiti tempatan
 
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)
 
Kata serapan bahasa nusantara
Kata serapan bahasa nusantaraKata serapan bahasa nusantara
Kata serapan bahasa nusantara
 
KATA HUBUNG PANCANGAN KOMPLEMEN
KATA HUBUNG PANCANGAN KOMPLEMENKATA HUBUNG PANCANGAN KOMPLEMEN
KATA HUBUNG PANCANGAN KOMPLEMEN
 
BM P1: Bahan bukti bahasa kuno
BM P1: Bahan bukti bahasa kunoBM P1: Bahan bukti bahasa kuno
BM P1: Bahan bukti bahasa kuno
 
1.7 bentuk kata
1.7 bentuk kata1.7 bentuk kata
1.7 bentuk kata
 
Pengantar Bahasa Melayu-Morfologi
Pengantar Bahasa Melayu-MorfologiPengantar Bahasa Melayu-Morfologi
Pengantar Bahasa Melayu-Morfologi
 
Perbadanan Awam di Malaysia
Perbadanan Awam di MalaysiaPerbadanan Awam di Malaysia
Perbadanan Awam di Malaysia
 
Bab 2 kata tugas
Bab 2 kata tugas Bab 2 kata tugas
Bab 2 kata tugas
 
Penggolongan kata
Penggolongan kataPenggolongan kata
Penggolongan kata
 
Kata Kerja Transitif
Kata Kerja TransitifKata Kerja Transitif
Kata Kerja Transitif
 
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUBAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
 
Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Haji
Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin HajiMejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Haji
Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Haji
 
Pengajian Am Perlembagaan Persekutuan
Pengajian Am Perlembagaan PersekutuanPengajian Am Perlembagaan Persekutuan
Pengajian Am Perlembagaan Persekutuan
 
Langkah-Langkah Pengurusan Sumber Hutan
Langkah-Langkah Pengurusan Sumber HutanLangkah-Langkah Pengurusan Sumber Hutan
Langkah-Langkah Pengurusan Sumber Hutan
 
Inti + penerang bukan nama
Inti + penerang bukan namaInti + penerang bukan nama
Inti + penerang bukan nama
 
Vokal Bahasa Melayu
Vokal Bahasa MelayuVokal Bahasa Melayu
Vokal Bahasa Melayu
 

Similar to Suku Etnik Sabah

Similar to Suku Etnik Sabah (20)

Pesisir Selatan
Pesisir SelatanPesisir Selatan
Pesisir Selatan
 
Masyarakat Tradisional
Masyarakat TradisionalMasyarakat Tradisional
Masyarakat Tradisional
 
Makalah sosiologi "KEBUDAYAAN NUSA TENGGARA"
Makalah sosiologi "KEBUDAYAAN NUSA TENGGARA"Makalah sosiologi "KEBUDAYAAN NUSA TENGGARA"
Makalah sosiologi "KEBUDAYAAN NUSA TENGGARA"
 
Masyrkt banjar
Masyrkt banjarMasyrkt banjar
Masyrkt banjar
 
History (Sejarah) Bab 11 Sabah
History (Sejarah) Bab 11 SabahHistory (Sejarah) Bab 11 Sabah
History (Sejarah) Bab 11 Sabah
 
Tugas ti tentang kebudayaan
Tugas ti tentang kebudayaanTugas ti tentang kebudayaan
Tugas ti tentang kebudayaan
 
Kelompok 1 Budaya Sumatera.pdf
Kelompok 1 Budaya Sumatera.pdfKelompok 1 Budaya Sumatera.pdf
Kelompok 1 Budaya Sumatera.pdf
 
Islam di papua
Islam   di papuaIslam   di papua
Islam di papua
 
Kebudayaan Bali dan Nusa Tenggara
Kebudayaan Bali dan Nusa TenggaraKebudayaan Bali dan Nusa Tenggara
Kebudayaan Bali dan Nusa Tenggara
 
Suku pamona 2
Suku pamona 2Suku pamona 2
Suku pamona 2
 
Suku pamona 2
Suku pamona 2Suku pamona 2
Suku pamona 2
 
KOLIBUTO.docx
KOLIBUTO.docxKOLIBUTO.docx
KOLIBUTO.docx
 
Etnik Sabah
Etnik SabahEtnik Sabah
Etnik Sabah
 
Makalah_Suku_Dayak (1).docx
Makalah_Suku_Dayak (1).docxMakalah_Suku_Dayak (1).docx
Makalah_Suku_Dayak (1).docx
 
Bab 11 : Sabah
Bab 11 : SabahBab 11 : Sabah
Bab 11 : Sabah
 
Makalah kebudayaan suku sunda
Makalah kebudayaan suku sundaMakalah kebudayaan suku sunda
Makalah kebudayaan suku sunda
 
Suku melayu
Suku melayuSuku melayu
Suku melayu
 
Bm th4
Bm th4Bm th4
Bm th4
 
Bm th4
Bm th4Bm th4
Bm th4
 
Keberagaman Budaya Ilmu Pengetahuan Sosial
Keberagaman Budaya Ilmu Pengetahuan SosialKeberagaman Budaya Ilmu Pengetahuan Sosial
Keberagaman Budaya Ilmu Pengetahuan Sosial
 

Suku Etnik Sabah

  • 1. Sedikit sebanyak info mengenai suku-suku kaum dan etnik di Sabah. BIL SUKU KAUM/ ETNIK INFO GAMBAR PAKAIAN TRADISIONAL 01 Dusun Bonggi Masyarakat Dusun Bonggi pernah terima syiar Islam 50 tahun lalu PAGAN adalah cara hidup atau pegangan masy arakat Dusun Bonggi sejak berabad lamanya. Hidup bebas tanpa pegangan agama itu sudah sebati di kalangan mereka y ang menjadikan tempay an dan batu besar sebagai alat penyembahan atau tempat meminta pertolongan jika ditimpa bencana. Namun, segala-galany a berubah apabila bekas tokoh utama Sabah, Allahy arham Tun Datu Mustapha Harun dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam menggerakkan kemasukan Islam ke Pulau Banggi dengan meny asarkan masyarakat Dusun Bonggi y ang ketika itu masih begitu kuat dengan kepercay aan pagan. Menurut ketua Kampung Limbuak Darat, Firdaus Abdullah, pada penghujung 1960-an, ketika Mustapha menjadi Ketua Menteri Sabah, sesi peny ebaran Islam secara serius digerakkan di semua perkampungan etnik itu, bermula dengan sesi penerangan dan pengislaman beramai-ramai masy arakat Dusun Bonggi yang buat pertama kalinya diadakan di Sekolah Kebangsaan Limbuak Laut. “ Ketika itu, atas kata putus dan persetujuan beberapa ketua masy arakat Dusun Bonggi termasuk dari Limbuak Darat, Batu Layar, Mamang, Palak Darat dan Kalangkaman, ramai masy arakat memeluk Islam lantaran konsep keagamaan y ang ditekankan dalam siri penerangan oleh Mustapha. “ Ketika itu, lebih 70 peratus masyarakat di Pulau Banggi memeluk Islam sekali gus menjadikan Islam agama utama di pulau terbesar di negara kita itu. “ Namun, segala-galanya berubah apabila pada awal 1980-an, sebahagian besar masyarakat Islam Dusun Bonggi memilih kembali kepada pegangan asal iaitu pagan dan ada pula y ang menganut Kristian lantaran kurangnya dakwah untuk memperkukuhkan pegangan agama mereka,” katany a. Katany a, alasan utama ialah jarak kerana bukan mudah untuk mencari pendakwah yang sanggup keluar masuk ke perkampungan mereka dan menjalankan aktiv iti dakwah secara intensif. Atas sebab kurangny a pendedahan agama, kebany akan mereka merasakan tiada bezanya memeluk apa saja agama atau pegangan sekali gus meny ebabkan ramai y ang kembali murtad. Kebany akan masy arakat Dusun Bonggi y ang tetap dengan Islam pula dikatakan kurang dalam aspek kefahaman serta pengetahuan agama y ang menjadikan mereka hany a Islam pada nama. Masih ramai golongan dew asa tidak tahu solat dengan sempurna dan kurang kanak-kanak Islam yang tahu mengaji. Senario itu meny ebabkan Islam masyarakat Dusun Bonggi semakin goyah, tambahan pula dengan kemasukan pengaruh Kristian di Pulau Banggi. Meskipun mereka Islam, kepercay aan kepada perkara tahy ul dan meny esatkan tetap diteruskan. Masih ramai menjalankan aktiv iti peny eruan kepada kuasa ghaib yang dikatakan mampu menyembuhkan peny akit. Upacara tarian Tamadak yang khusus untuk menyeru roh ghaib masih popular di kalangan masyarakat itu termasuk mereka y ang Islam. Firdaus berkata, tarian tradisi itu mula diamalkan masy arakat Dusun Bonggi sejak generasi kedua dan terus menjadi budaya rasmi masyarakat itu, malah sudah dipersembahkan untuk tontonan orang ramai. “ Mengikut kaedah sebenar, untuk memulakan tarian Tamadak, kami perlu meny ediakan satu rumah khas dan tujuh bendera pelbagai warna. “ Tujuh genggam nasi pelbagai jenis dihantar ke beberapa objek y ang dipercay ai mempuny ai kuasa seperti pokok atau batu puaka untuk dijadikan hidangan makhluk ghaib.
  • 2. “ Tarian ini akan diteruskan tujuh malam berturut-turut. Ia khusus untuk penyembuhan peny akit dan tidak boleh ditarikan sebarangan. “ Tidak boleh untuk dipersembahkan semasa perkahw inan atau apa saja tujuan. Apa y ang kami pertontonkan kepada khalay ak juga hany a sebahagian kecil daripada tarian ini. “ Tarian Tamadak asli hanya boleh ditarikan orang tertentu seperti bomoh atau mereka y ang terpilih. Untuk dipersembahkan, sesiapa saja boleh menarikannya tetapi tidak boleh menunjukkan sesuatu yang asli,” katanya. Tarian itu mempuny ai pergerakan y ang mudah. Penariny a kelihatan melangkah mengelilingi sesuatu dengan sedikit hentakan kaki sambil tangan memegang daun ubi kay u atau silabangun. “ Tarian mereka diiringi muzik dari tetogog (gong) dan alat ketukan kuntangan seperti cempuling. Turut digunakan, gendang, tin kosong yang dibalut dengan kain dan diketuk dengan kay u,” katany a. Penari perempuan memakai banduong, sejenis baju tradisi seakan kebay a ringkas bersama sindaang iaitu sejenis kain batik berserta selampi (selendang y ang diletak pada bahu kanan). Penari lelaki pula memakai sembit, kain y ang diikat menjadi caw at. Kebiasaanny a, ia boleh ditarikan beramai-ramai apabila ada orang y ang ‘begin’, iaitu dimasuki makhluk lain sehingga tidak sedar diri dan turut dalam tarian. Penariny a pula kebiasaanny a berusia lebih 30 tahun. Suatu ketika dulu, sebelum Pulau Banggi dibangunkan, ada beberapa lokasi utama y ang dijadikan tempat penyembahan kepercay aan pagan dan kebany akanny a menggunakan tempay an besar sebagai alat perantara. Tempay an itu bukan sebarangan dan tiada orang luar dibenar melihat atau mengunjungi kaw asan itu dan ia kekal sehingga kini, meskipun tempay an berkenaan sudah dimusnahkan. Bagi mereka, kaw asan itu mempuny ai kuasany a tersendiri dan berpuaka. Kini, kaw asan itu yang berada di satu lokasi berbukit di pinggir Limbuak Darat masih dikaw al ketat masy arakat Dusun Bonggi dan terhalang daripada pandangan. Difahamkan, ada dua tempay an y ang pernah menjadi alat utama penyembahan iaitu satu di Limbuak Darat dan satu lagi di Sabur. Malah, meskipun Dusun Bonggi mempuny ai beberapa perkampungan, satu sistem zon digunakan y ang mengehadkan penduduk di luar sempadan mengunjungi kaw asan tempay an y ang bukan di baw ah sempadanny a. Selepas kedua-dua tempayan itu dihapuskan kerana kemasukan Islam suatu ketika dulu, apa y ang masih tinggal untuk dijadikan penyembahan masy arakat Dusun Bonggi ialah batu besar misteri yang ada di Mamang. Pengenalan Negeri Sabah mempunyai tidak kurang dari tiga puluh etnik suku kaum . Sebuah negeri y ang kaya dengan tarian kebudayaannya. Apabila tiba musim perayaan seperti Pesta Kaamatan dan juga perayaan Sabah Fest y ang dirayakan pada Mei setiap tahun, orang ramai dapat menyaksikan pelbagai tarian kebuday aan yang dipersembahkan untuk memeriahkan lagi suasana perayaan berkenaan. Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum. Etnik terbesar di Sabah adalah Kadazan Dusun, Bajau dan Murut. Suku kaum yang lain ialah Keday an, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain. Perbezaan di antara berbagai-bagai suku kaum tersebut adalah ketara terutama sekali dari segi bahasa, ugama, adat istiadat dan pegangan hidup termasuklah pakaian tradisi mereka.
  • 3. Kadazan Dusun Kaum Kadazan Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah dan berasal daripada Indo-China. Kaum etnik ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antarany a ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya. Kadazan Dusun membentuk 30 peratus populasi Sabah yang terdiri daripada dua kaum, Kadazan dan Dusun digabungkan bersama kerana berkongsi bahasa dan budaya yang serupa. Bagaimanapun, bezanya etnik Kadazan tinggal di kaw asan lembah dan secara tradisi terlibat dalam penanaman padi, sementara etnik Dusun tinggal di kawasan pergunungan di pedalaman Sabah. Tarian Sumazau Tarian ini merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian Sumazau y ang ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit. Gerak dan irama tari Sumazau adalah perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasany a Sumazau ditarikan semasa menyambut hari keramaian dan di majlis jamuan. Pesta Kaamatan (Menuai) disambut oleh Kadazandusun sebagai meraikan tuaian baik dan disambut oleh semua kaum lain Sabah. Masy arakat Bajau Persandingan Masyarakat Bajau Kumpulan etnik kedua terbesar di Sabah, kaum Bajau merangkumi 15 peratus populasi penduduk negeri ini. Mereka asalnya adalah keturunan pelaut y ang menyembah Omboh Dilaut (Tuhan Laut) dan sering dikenali sebagai gipsi laut. Ada y ang telah meninggalkan kehidupan di laut dan menjadi peladang serta penternak. Mereka pula dikenali sebagai ‘Koboi Timur’ kerana kepakaran mereka menunggang kuda. Terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Bajau seperti Ilanun, Sulu dan sebagainy a. Kebanyakan masyarakat Bajau mendiami kawasan Semporna dan Kota Belud. Kaum lelaki dalam kalangan masyarakat ini terkenal sebagai penunggang kuda yang mahir. Adat resam kelahiran antara masyarakat Bajau dengan masyarakat Melay u di Semenanjung terdapat banyak persamaan di mana adat seperti berpantang, menempah bidan dan melenggang perut juga dilaksanakan oleh masy arakat tersebut. Ini kerana kebanyakan masyarakat Bajau di Sabah adalah beragama Islam. Tarian Brunsai Suku kaum Bajau boleh dikenali melalui tarian Brunsainya. Tarian Brunsai tidak diiringi dengan musik ataupun bunyi-bunyian, ianya mengutamakan pada "kalang" seperti berbalas pantun y ang diiringi oleh hentakan kaki penari lelaki. Brunsai biasanya dilakukan pada waktu malam untuk meraikan majlis perkahw inan, merayakan kelahiran bayi, majlis kesyukuran dan bagi meraikan orang y ang sudah bernazar. Penari Brunsai juga memakai pakaian y ang berwarna warni seperti seluar hitam, biru, merah dan baju serta tanjak y ang mempunyai corak-corak menarik. Tarian Limbai
  • 4. Tarian ini adalah sejenis tarian asli masyarakat suku Bajau. Tarian Limbai ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan. Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai isy arat menjemput pengantin naik ke rumah untuk melakukan istiadat pernikahan. Irama dan bahasa tarian mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang Tarian lansaran masyarakat Murut Kaum Murut merupakan etnik ketiga terbesar di Sabah, Murut merangkumi tiga peratus populasi penduduk negeri ini. Secara tradisi, mereka menduduki kawasan pedalaman di utara Borneo. Mereka juga adalah antara etnik Sabah terakhir untuk membuang amalan memburu kepala. Kini, mereka penanam padi huma dan ubi kayu, sambil memburu menggunakan sumpitan dan menangkap ikan. Kebanyakan kaum pribumi di Sabah, pakaian tradisi mereka turut dihiasi dengan hasil seni manik y ang menarik. Tarian Magunatip Ini merupakan sejenis tarian tradisi masyarakat suku kaum Murut dari suku Kuhijau (Kw ijau). Magunatip berasal dari perkataan ‘apit' yang bermakna jepit. Ia membawa maksud ketika menari kaki penari terjepit atau terapit di antara dua batang kay u (buluh) jikalau tidak cekap mengelakkannya. Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik oleh kerana buny i buluh itu yang dilagakan akan menimbulkan bunyi yang kuat serta rentak dan irama y ang menarik.Tarian Magunatip bertujuan untuk memeriahkan lagi sesuatu upacara yang diadakan. Tarian Lansaran Suku kaum Murut amat terkenal dengan tarian lansaran. Tarian ini hanya dilakukan di lantai khas yang berukuran kira-kira 81 kaki persegi yang dibina di tengah-tengah rumah panjang y ang diperbuat menggunakan kay u bulat. Kayu bulat dipasang berlapis-lapis secara khusus supaya boleh melantun seperti "spring. Kemuncak tarian ini ialah berbalas-balas pantun tanda mengeratkan lagi tali silaturahim . Pada masa lalu tarian itu diadakan bagi menyambut kepulangan para pahlawan yang telah mencapai kemenangan setelah bertarung di medan pertempuran. Suku-suku yang lain: Suku Momogun Rungus Rungus juga di kenali sebagai Dusun Laut atau Day ak Dusun. Suku kaum Momogun Rungus mendiami kawasan pesisir pantai barat Kudat, pantai timur Kudat, Teluk Marudu, Pitas hingga ke Beluran dan juga kepulauan sekitar Kudat. Kebanyakan suku kaum Momogun Rungus adalah menganut agama Kristian. Tarian Sumundai Monggigol Tarian suku kaum Momogun Rungus ditarikan oleh seorang lelaki dan beberapa orang perempuan. Tarian yang dinamakan Sumundai-Mongigol ini diiringi dengan paluan gong. Alatan muzik yang digunakan terdiri daripada 4 buah gong dan gendang y ang dinamakan 'Tontog'. Penari perempuan akan merapatkan bahu antara satu sama lain dan menggerakkan pergelangan tangan dengan langkah-langkah yang perlahan dan lembut. Apabila lelaki dan perempuan sama-sama menari, ia dipanggil "miandak" dalam bahasa Rungus. Tarian Sumundai-Mongigol ini ditarikan apabila tiba Pesta Kaamatan, upacara pemujaan semangat, majlis perkahwinan, kematian, keraian ataupun ketika menyambut tetamu y ang istimewa.
  • 5. Suku Iranun Iranun atau Illanun ialah nama satu suku kaum yang dikategorikan sebagai penduduk bumiputera Sabah. Iranun bermaksud berkasih-kasihan. Ini bagi mewujudnya sistem hubungan sosial yang amat erat, y ang terikat oleh tali persaudaraan yang amat intim, yang berlandaskan sistem kerjasama dan gotong-royong. Mereka merupakan pelayar yang cekap, tempat tinggal masyarakat Iranun bany ak tertumpu di kawasan tepi pantai. Namun ada juga yang terletak di bahagian dalam daerah. Masyarakat Iranun ini banyak menetap di daerah Kota Belud seperti di kampung Pantai Emas, Kaguraan, Kota Peladok, Tamau, Paya-Payas, Marampayan, Kota Bongan, dan lain-lain. Suku Idaaan Idaan adalah etnik y ang menetap terutamanya di sekitar daerah Lahad Datu di persisiran timur Sabah. Populasi semasa dianggarkan sekitar 6,000 , etnik ini memiliki hak esklusif bagi mengumpulkan sarang burung lay ang-layang di dalam gua batu kapur di kawasan penempatan mereka. Sebahagian besarnya adalah muslim, tetapi sebahagian kecil suku kaum y ang dikenali sebagai Begaak adalah animist. Selama beberapa abad etnik Idaan telah memiliki mekanisme sosial berasaskan sejarah. Sebagai etnik minoriti, Idaan beroperasi sebagai kumpulan korporat berkait rapat berkaitan dengan aktiviti menuai sarang burung lay ang-layang. Suku Bisaya Bisay a dikatakan di antara yang pertama menerima Islam pada awal kurun ke-13. Kedatangan Islam dalam kaum Bisaya adalah melalui hubungan dagang dengan pedagang dari tanah Arab. Jika dilihat daripada segi kehidupan sosial, sedikit sebanyak pengaruh Arab memainkan peranan dalam urusan mereka sehari-harian. Bangsa Bisay a adalah suku kaum asli yang telah tinggal dan menetap di Borneo Sabah sejak beribu tahun y ang lalu. Kemahiran suku kaum ini dalah dalam bidang pertanian. Mereka juga mahir memburu binatang liar di hutan untuk dimakan. Selain itu mereka juga menternak ayam, itik, angsa, lembu dan lain-lain binatang sebagai makanan. Kaum Bisay a juga mahir dalam seni kraftangan dan sebahagian besar peralatan kraftangan digunakan dalam kehidupan seharian mereka selain mahirr menangkap ikan. Tarian Bubu Kaum Bisay a mempunyai tariannya sendiri, iaitu Tarian Bubu yang biasany a dipersembahkan semasa upacara perkahwinan, pertunangan dan jamuan masuk rumah baru. Mereka percaya kepada kuasa ghaib, oleh itu dukun atau paw ang menjadi perantara komunikasi bagi mereka dengan dunia lain. Suku Suluk Sulu berasal daripada Kepulauan Sulu dan Borneo (Sabah) sejak zaman Kesultanan Sulu lagi. Kaum Suluk ini menggunakan bahasa Tausug sebagai bahasa pertuturan. Agama rasmi yang dianuti adalah agama Islam. Kaum Suluk ini juga mempunyai budayanya yang unik dan tersendiri. . Pusat petempatan bagi orang Suluk adalah terletak di daerah Kudat, Semporna, Sandakan, Lahad Datu, Kota Kinabalu, Menggatal,T uaran dan Telipok Orang Suluk tidak memanggil diri mereka Suluk melainkan menggelar diri mereka Tausug yang membawa maksud "Orang dari Sulu". Tarian Balok-balok Tarian Bolak-Bolak adalah tarian suku kaum Suluk yang diiringi dengan pukulan "gabbang" y ang sering diadakan di majlis-majlis perkahwinan dan majlis-majlis keramaian yang lain. Tarian ini dilakukan oleh kaum wanita dan lelaki y ang memakai pakaian tradisional berwarna warni. Penari menggunakan empat bilah kayu kecil jenis keras yang digenggam dengan tangan, dua bilah kay u dalam satu tangan ditepuk-tepuk sehingga
  • 6. mengeluarkan bunyi sama rentak dengan pukulan kulintangan. Suku Tidung Suku kaum Tidung adalah suku kaum rumpun Melayu yang banyak terdapat di bahagian tenggara Sabah iaitu sekitar daerah Tawau dan Sebatik. Antara suku kaum Melayu Tidung begitu dikenali di Tawau ialah Tidung Apas, Tidung Indrasabah, Tidung Membalua, Tidung Merotai dan Tidung Kalabakan. Terdapat juga ramai suku kaum Tidung di beberapa kaw asan di Sandakan seperti di Beluran. Mereka adalah etnik Muslim dan menggunakan bahasa Melayu untuk berkomunikasi dengan entiti masyarakat lain di sekitarnya seperti masy arakat Bolongan ( Tanjung Selor), masyarakat Banjar ( Banjarmasin ), masy arakat Kutai dan masyarakat Berau yang merupakan penghuni. Tarian Zapin Dalam buday a masyarakat Melayu Tidung, tarian zapin atau zipin serta alat muzik seperti gambus dan kompang yang berasal dari budaya Arab sudah lama digunakan sejak turun temurun. Di Tawau ini juga terdapat masy arakat Melayu keturunan Arab dan Habib yang merupakan golongan pendakwah Islam terdahulu yang telah menetap di sini dan berkahwin dengan masy arakat tempatan. Kesimpulan Masy arakat pelbagai etnik dan kebudayaan hidup dalam keadaan yang harmoni dan saling bantu membantu antara satu sama lain adalah merupakan keunikan bagi negeri Sabah. Masyarakatnya hidup dalam keadaan kepelbagaian budaya dan menarik perhatian ramai pelancong luar ke negeri ini. Kaum Kadazan-Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar diSabah dan berasal daripada Indo-China[perlu rujukan]. Kaum etnik ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebuday aan dan adat resam tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamny a. Antaranya ialah Dusun Liwan,Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau,Tambanuo, dan sebagainya. Kumpulan etnik y ang terbesar adalah suku kaum Dusun yang merupakan satu pertiga dari penduduk Sabah. Suku kaum Dusun yang tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau adalah petani tradisi y ang menanam padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai. Mereka kebany akan bertempat di sekelilingi kawasan lembah pantai barat dan kaw asan pendalaman. Lazimny a masyarakat daripada subetnik yang disebut di atas adalah berasal (mendiami) daripada kawasan-kawasan (daerah) tertentu umpamanya Kimaragang di daerah Kota Marudu, Lotud di daerah Tuaran, Orang Sungai di daerah Kinabatangan, Sugut, Paitan dan Pitas. Bagi Orang Sungai y ang tinggal di daerah Pitas, mereka menganut agama Islam manakala daerah-daerah lain seperti Kinabatangan Orang Sungai turut menganut agama-agama lain. Masyarakat Lotud (Suang Lotud) turut mendiami kawasan Pantai Barat Selatan negeri Sabah terutamanya Tuaran, Tamparuli, Telipok dan dan sedikit di Kota Belud (Tampasuk). Mereka hidup secara kolektif dengan mendiami rumah panjang yang mengumpulkan beberapa keluarga, iaitu antara 150 - 200 orang. Walau bagaimanapun, pada masa kini, rumah panjang jarang dilihat dalam etnik ini. Kebany akannya telah mengalami pembangunan fizikal dan mental. Istilah Kadazan-Dusun ini wujud dari hasil penggabungan etnik Kadazan dan Dusunserta beberapa etnik kecil lain. Penggabungan ini adalah akibat pertelingkahan politik. Lagipun, perbezaan antara kaum Kadazan dan Dusun tidaklah begitu berbeza dan kasar.Beza antara bahasa Kadazan dan Dusun ialah seperti bahasa Malaysia dan bahasa
  • 7. Indonesia. Suku kaum yang membentuk Kadazandusun Kadazandusun terdiri daripada empat puluh suku kaum Dusun dan Kadazan.  Bisay a  Bonggi  Bundu  Dumpas  Gana  Garo  Idaan  Keday an  Kimaragang  Kolobuan  Kuijau  Lingkabau  Liw an  Lobu  Lotud  Lunday eh  Makiang  Malapi  Mangkaak  Minokok  Murut  Ngabai  Paitan  Pingas  Rumanau  Rungus  Sinobu  Sinorupu  Sonsogon  Sukang  Sungai  Tatana  Tangara  Tidong  Tindal  Tobilung  Tolinting  Tombonuo  Tuhawon  Tutung Peray aan Pesta Kaamatan (Menuai) disambut oleh Kadazandusun sebagai meraikan tuaian baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh semua kaum lain Sabah. Pesta Kaamatan disambut sepanjang bulan Mei walaupun perayaan ini hanya pada 30 dan 31 Mei. Kemuncak perayaan Kaamatan adalah peraduan ratu cantik atau unduk ngadau, tarian tradisi,
  • 8. dan upucara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan"ketua pendita" Pesta Kaamatan bagi kaum Kadazan juga dikenali sebagai ''''''''Tadau Ka''''''''amatan'''''''' dalam bahasa Kadazandusun. Kadazan percaya kepada makhluk halus dan dipercayai terdapat lima makhluk halus: Kinoringan(Ketua makluk halus & Pencipta), Rusod(semangat semua benda hidup kecuali manusia), Koududuwo (semangat manusia), Tombiruo (semangat orang yang telah meninggal), dan Rogon (semangat jahat). Menurut kepercayaan Kadazan, semangat padi merupakan Kinoingan(Kinorohingan dalam dialek Dusun) yang dikenali sebagai Bambaazon, disembah sebagai pencipta dan berkuasa sumber kepada kew ujudan. Semangat padi Bambaazon dimuliakan pada pokok padi, beras, dan nasi. Ramai yang mempercayai bahawa "Tanpa padi, tiada kehidupan." Ketika pesta Kaamatan, penduduk Sabah mengenakan pakaian tradisi mereka dan bersuka-ria. Selain menari Sumazau dengan alat muzik tradisi, tapai (arak beras) dihidangkan sebagai minuman istimewa. Penduduk Sabah akan menyapa sesama mereka dengan ucapan ''''''''Kopivosian Tadau Ka''''''''amatan'''''''' atau ''''''''Selamat Hari Menuai''''''''. ''''''''==Makanan Tradisional== *Hinava Ginapan Makanan tradisional Kadasandusun penampang ini diperbuat daripada ikan segar yang diperap dengan garam dan jus limau nipis. Makanan ini mementingkan kesegaran serta kebersihan untuk mencapai keenakannya. makanan tradisi juga y ang terkenal ialah ''''''''sambal'''''''' atau ''''''''jeruk'''''''' atau lebih dikenali sebagai BOSOU atau TONSOM. Kebiasaannya, bosou ini dikenali sebagai ''''''''tinamba''''''''...oleh sekitar penduduk ranau. Bosou ini adalah daripada daging mentah, kebiasaannya ikan sungai atau hasil buruan. Daging atau ikan mentah ini diperam dengan nasi putih, garam, dan buah dinikmati kepayang sebagai pengawet, dan disimpan di dalam bekas (biasanya daripada tajau kecil) dan ditutup rapat selama seminggu atau sehingga betul-betul telah masak sebelum dapat dimakan. Asasnya, masakan kaum dusun ini adalah makanan yang direbus sahaja. Kebany akan masyarakat Dusun menggemari sayur-sayuran segar sebagai hidangan y ang dinikmati bersama nasi putih. Tarian Tradisional Tarian Sumazaumerupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang terkenal di seluruhMalaysia. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati peny akit. Irama Sumazau adalah perlahan. Pasangan penari berhadapan dan menggerak-gerakkan kaki berlangkah kecil, sementara tumit kaki diangkat-turunkan mengikut irama. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa hari keramaian majlis jamuan Pesta Kaamatan. Pakaian Tradisional  Pakaian Tradisional Suku Kaum Kadazan Baju ini selaluny a menggunakan kain hitam yang bersulamkan benang emas. Ia dipakai semasa sambutan Pesta Menuai.
  • 9. Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum. Di antaranya adalah Kadazandusun, Bajau, Murut, Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain. Perbezaan diantara berbagai-bagai suku kaum tersebut adalah ketara terutama sekali dari segi bahasa, ugama, adat istiadat, corak dan pegangan hidup termasuklah pakaian tradisi mereka. Penggunaan pakaian-pakaian tradisional tersebut boleh dilihat dari dua sudut zaman iaitu zaman klasik dan zaman moden. Di zaman klasik, pakaian-pakaian tradisional ini dipakai semasa uparaca-upacara ritual, hari perkahw inan dan sebagai pakaian seharian. Di zaman moden pula pakaian-pakaian tradisional ini hanya dipakai untuk tujuan-tujuan yang tertentu seperti di hari perkahw inan oleh pengantin lelaki dan perempuan (kadangkala juga oleh pengapit pengantin) serta untuk acara-acara kebuday aan. Kebany akan suku kaum di Sabah memilih hitam sebagai warna pakaian traditional mereka. Penggunaan warna hitam asalnya daripada kepercay aan bahawa warna hitam adalah lambang kekuasaan atau warna ketuhanan y ang mana dapat melindungi si pemakai daripada makhluk-makhluk halus yang jahat. Ada setengah-tengah pihak mengatakan bahaw a penggunaan warna hitam adalah disesuaikan dengan cara hidup dan keadaan semulajadi di waktu itu. Hiasan Diri Pada masa lalu, batu akik merah, manik-manik kaca berwarna, kulit kowri, butang putih atau cakera y ang dibuat daripada cengkerang dan tembaga digunakan untuk menghiasi pakaian lelaki dan perempuan. Pada hari ini, kebany akan hiasan-hiasan ini diganti dengan manik-manik plastik dan bahan moden y ang lain seperti benang emas dan perak, labuci dan benang berwarna. Seperti dahulu, hiasan-hiasan ini masih lagi disertai dengan tali pinggang y ang dibuat daripada berbagai-bagai bahan seperti manik cengkerang dan kaca duit syiling perak, tembaga dan logam-logam lain, lapik pinggang y ang dibuat daripada rotan berwarna untuk mengetatkan gaun, seluar atau anak baju. Kalung dibuat daripada berbagai-bagai bahan dijadikan hiasan leher dan dada. Gelang juga dipakai untuk menghiasi lengan, pergelangan tangan serta kaki. Tutup kepala seperti terendak atau tudung dipakai oleh kaum lelaki dan wanita sebagai pakaian biasa sebagai pelindung dan penahan peluh. Pada majlis-majlis upacara, terendak-terendak yang dipakai adalah lebih indah dan berw arna-warni. Spesialis ritual memakai tutup kepala dan pakaian dengan hiasan yang banyak yang membezakan mereka dari orang biasa apabila mereka menjalankan sesuatu upacara tradisional. Kaum lelaki masih memakai sigah sejak dari dahulu lagi. Sigah atau tanjak ini adalah sekeping kain segiempat yang dipakai dalam berbagai-bagai bentuk mengikut daerah atau asal si pemakai. Kaum wanita pula memakai manik, sisir, tudung dan terendak bergantung pada waktu dan kegiatan y ang dilakukan