Anak yang soleh

2,703 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
2,703
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
42
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Anak yang soleh

  1. 1. TAZKIRAH ANAK YANG SOLEH KISAH PEMUDA BERIBUBAPAKAN BABI Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T. Setiap kali dia hendakbermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa seringbertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain. Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjirandengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelahmendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelahbeberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan. Dengan pertolongan beberapaorang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masukdan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentarkemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musaterkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan. Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk ciumkemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babijantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta diciumdengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawabpemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa. "Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh keranamereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soaldosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipankusebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupamereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya. "Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajahmereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. Wahai Musa, inilah orang yang akan berjirandengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah burukdengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami." Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami,maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalamsyurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam nerakapindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupaayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
  2. 2. Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjagamereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak manasekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.Tsupaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapattempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur. Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui pemberian wang ringgit sahaja, tetapi sayangseorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisiAllah. Demikianlah kisah pemuda beribu bapakan babi. Firman Allah dalam surah Luqman ayat 14 yang bermaksud; “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggungkelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialahdalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” ADAB DAN HAK TERHADAP IBU BAPA 1. Mentaati ibu bapa dalam semua hal kecuali perintah melakukan maksiat. 2. Berbicara dengan keduanya secara sopan dan lemah lembut. 3. Bangun menghormati keduanya apabila mereka datang. 4. Mencium tangan keduanya setiap pagi dan petang. 5. Memelihara nama, kehormatan serta harta benda mereka 6. Memuliakan mereka dan memberi apa yang mereka pinta. 7. Berbincang dengan mereka dalam segala pekerjaan dan urusan. 8. Memperbanyakkan doa dan memohon ampun untuk mereka. 9. Sentiasa berusaha menggembira dan menyenangkan mereka. 10.Tidak mengangkat suara di hadapan mereka. 11.Tidak memotong percakapan mereka. 12.Tidak keluar rumah tanpa keizinan mereka. 13.Tidak memeranjatkan mereka jika mereka sedang tidur. 14. Tidak melebihkan isteri dan anak-anak dari mereka berdua. 15.Tidak mencela mereka jika mereka melakukan sesuatu yang tidak memuaskan. 16.Tidak tertawa di dalam majlis mereka, jika tidak ada sebab yang menarik untuk ketawa. 17.Tidak memakan makanan yang ada di sisi mereka. 18.Tidak memakan makanan dalam satu hidangan mendahului mereka. 19.Tidak berbaring atau tidur sedangkan mereka masih lagi duduk kecuali mereka mengizinkannya. 20.Tidak melunjurkan kaki dihadapan mereka. 21.Tidak berjalan mendahului mereka. 22.Menyahut panggilan mereka serta-merta apabila mereka memanggil. 23.Memuliakan sahabat-sahabat mereka khususnya sesudah mereka meninggal dunia. SEMOGA KITA MENJADI ANAK YANG SOLEH

×