METODE PENGEMBANGAN MORAL DAN NILAI-NILAI AGAMA.pptx
AMALAN PEMBANGUNAN SOSIAL: PEMBELAAN ANAK-ANAK YATIM
1. AMALAN TERBAIK DALAM
PEMBANGUNAN SOSIAL
LMCP1552 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM
DISEDIAKAN OLEH:
NUR SYAHMINA BINTI SUPIAN (A163782)
NAMA PENSYARAH:
PROF. DATO’ DR. RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT
2. AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL
[PEMBELAAN ANAK-ANAK YATIM]
PEMBELAAN ANAK-ANAK YATIM
“Sebab itu, terhadap anak yatim
janganlah kamu berlaku sewenang-
wenang.”
[QS. Ad-Dhuha: Ayat 9]
3. PENGENALAN
• Dalam Al-Quran sebanyak 23 kali disebut perkataan ‘yatim’ dan penggunaan kata-kata yatim itu
merujuk kepada kemiskinan dan kepapaan. Ertinya mereka yang berada dalam golongan yatim (anak
yatim) memerlukan perhatian dan pembelaan serta tanggungjawab daripada masyarakat agar mereka
dapat belajar dengan tenang, hidup dengan baik dan boleh bergembira seperti anak-anak lain yang
mempunyai ayah atau ibu.
• Begitu banyak ayat-ayat Al-Quran menjelaskan tentang tanggung jawab masyarakat agar
memperhatikan dan memelihara anak yatim dari segi kejiwaan serta sosial kemasyarakatannya, dan
masyarakat dilarang untuk merendahkan, serta menghina situasi yang dialami oleh mereka.
4. INISIATIF PEMBELAAN TERHADAP
ANAK-ANAK YATIM
Membantu dengan
menghulurkan
sumbangan
Membantu membiayai
kos pendidikan
Mempertahankan hak
dan harta anak-anak
yatim
Menjadi ibu/bapa
asuhan kepada anak-
anak yatim
Bergiat aktif dalam
mengelola rumah/pusat
jagaan anak-anak yatim
5. KELEBIHAN DAN GANJARAN MEMBELA
ANAK-ANAK YATIM
Mendapat ganjaran pahala
syurga berkat kesabaran
membela anak-anak yatim.
Mendapat keredhaan dan
rahmat Allah SWT.
Dipermudahkan urusannya di
dunia dan di akhirat.
Mendapat rezeki yang
melimpah ruah.
6. Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya
kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang
berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada
di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari
telunjuk dan jari tengahnya.”
[Hadis Riwayat Ahmad]
7. KESIMPULAN
• Terdapat banyak amalan yang boleh dilakukan dalam memastikan kesejahteraan dan
pembangunan sosial sesebuah negara selaras dengan syariat Islam.
• Pembelaan anak-anak yatim merupakan salah satu inisiatif dalam memastikan kesejahteraan
sosial di sesebuah negara yang pesat membangun yang mendasari segala perintah Allah dan
menjauhi segala larangan-Nya.
• Ganjaran yang besar menanti buat mereka yang sentiasa peka dan prihatin terhadap nasib
anak-anak yatim dan berusaha untuk membantu mempertahankan hak mereka demi menjamin
masa depan yang cerah buat mereka.