SlideShare a Scribd company logo
1 of 2
Download to read offline
PERUTUSAN KETUA PENGARAH
Assalamu'alaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh dan Salam Sejahtera


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan
selamat datang dan terima kasih kerana
melayari laman web Jabatan Pengajian
Politeknik (JPP).


Politeknik merupakan salah satu daripada saluran utama penjanaan modal insan, yang
dipertanggungjawabkan menggalas tugas murni untuk merealisasikan Rancangan Malaysia Ke10
(RMKe-10) bagi melahirkan generasi muda yang berpendidikan, berkemahiran, kreatif, inovatif, bersikap
progresif dan berfikiran kritis.


Suasana pendidikan global masa kini semakin mencabar dan memerlukan tindakan luar daripada
kebiasaan. Arus globalisasi menuntut perubahan Sistem Pendidikan Dan Latihan Teknik Dan Vokasional
(Technical and Vocational Education and Training - TVET). Perubahan tersebut bukan sahaja
melibatkan usaha bagi meningkatkan tahapnya ke peringkat yang lebih tinggi bahkan juga memerlukan
tindakan perubahan yang menggabungkan produktiviti, kreativiti dan inovasi agar dapat melonjakkan
politeknik sebagai peneraju TVET negara ke tahap yang lebih kukuh dan tinggi dalam rantaian nilai sektor
pendidikan dan latihan.


Transformasi Politeknik yang selaras dengan Perancangan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN)
serta Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), berupaya meningkatkan politeknik menjadi laluan
alternatif untuk melahirkan modal insan berkemahiran tinggi dan berkualiti yang mencukupi bagi
menjayakan ekonomi baharu yang berlandaskan inovasi dan kreativiti. Pengkomersilan hasil penyelidikan
dengan mewujudkan kolaborasi antara politeknik dan industri akan mempertingkat dan mempercepatkan
kadar perpindahan teknologi sekaligus membantu proses inovasi di peringkat industri sehingga ke satu
tahap yang membanggakan. Keyakinan ini akan menarik minat industri untuk melabur dengan politeknik
sekaligus menjadi sumber kewangan bagi membiayai aktiviti penyelidikan dan inovasi politeknik. Ini akan
membantu merancakkan lagi daya saing produktivi negara.


Politeknik perlu terus bergerak untuk meningkatkan kualiti berdasarkan sistem penarafan bintang atau Star
Rating System, seperti penarafan program bagi tujuan pengakreditasian oleh pihak Malaysian Qualification
Agency (MQA). Peningkatan keyakinan peringkat global membolehkan berlakunya mobiliti antara tenaga
pengajar dan pelajar supaya politeknik berada setaraf dan seiring dengan institusi teknikal terkemuka di
peringkat antarabangsa. Melalui pengembelingan usaha antara JPP, MQA, IPTA, IPTS dan industri, JPP
mampu merealisasikan National Standard For Technical And Vocational Education And Training
(NASTVET) di mana sesebuah institusi pengajian (terutamanya IPTS) boleh menggunapakai kurikulum
standard peringkat diploma ke atas yang telah dibangunkan oleh JPP tanpa perlu melalui proses
penggubalan kurikulum yang panjang dan kos yang tinggi. Pihak-pihak IPTS boleh menggunapakai kaedah
penilaian dan peperiksaan yang dibangunkan dan dikawalselia oleh JPP secara langsung dan ini akan
dapat mensetarakan tahap kualiti lulusan bagi sesuatu program dari kacamata pihak majikan, tidak kira
dari institusi latihan mana lulusan itu berasal.


Politeknik Premier pula berperanan menjadi peneraju dalam agenda transformasi dengan menjalankan
program dalam bidang kebitaraan atau niche areas yang boleh menjadi asas kepada politeknik untuk
dinaik taraf ke peringkat yang lebih tinggi serta menjadi pakar rujuk industri melalui Centre of Technology
(COT).


Politeknik juga bertanggungjawab membekalkan talent atau bakat kepada ekonomi negara dan bukannya
pekerja semata-mata dalam usaha menjana ekonomi berpendapatan tinggi, pembangunan yang mampan
dan bersifat keterangkuman.


Selain itu, gabungan di antara keusahawanan dan pendidikan juga diperlukan untuk melahirkan modal
insan yang tepat dalam usaha membangunkan masyarakat zaman mendatang. Pada masa yang sama,
politeknik juga mesti mampu melahirkan kemahiran yang membolehkan para graduatnya berfikiran
keusahawanan dan menyediakan mereka sebagai pemimpin masa hadapan yang mampu berhadapan
dengan masaalah yang lebih kompleks dan berubah dengan pantas.


Akhir kata, adalah diharapkan institusi politeknik yang sedang melalui proses transformasi boleh
menghasilkan kejayaan kepada pelajar, industri, masyarakat dan negara sama ada dari segi pekerjaan,
pendapatan tinggi, produktiviti, inovasi, persaingan dan penjanaan peluang ekonomi baharu. Saya
percaya dan berkeyakinan penuh agar seluruh warga JPP dan politeknik sama-sama berusaha
menggembeling tenaga bagi mempastikan kejayaan agenda transformasi politeknik yang kita rencanakan
bersama.



Sekian. Wabillahitaufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Mejar (K) Haji Md. Nor Bin Yusof,
Ketua Pengarah,
Jabatan Pengajian Politeknik,
Kementerian Pengajian Tinggi,
Malaysia

More Related Content

What's hot

Transformasi vokasional
Transformasi vokasionalTransformasi vokasional
Transformasi vokasionalMohd Noor Noor
 
PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIK AL DAN VOKASIONAL (TVET) DAN IPGK TEKNIK DIPE...
PENDIDIKAN DAN LATIHAN  TEKNIK AL DAN VOKASIONAL  (TVET) DAN IPGK TEKNIK DIPE...PENDIDIKAN DAN LATIHAN  TEKNIK AL DAN VOKASIONAL  (TVET) DAN IPGK TEKNIK DIPE...
PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIK AL DAN VOKASIONAL (TVET) DAN IPGK TEKNIK DIPE...Mohamed Nazul Ismail
 
PENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIR
PENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIRPENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIR
PENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIRFazHani Faz
 
Transformasi pendidikan vokasional
Transformasi pendidikan vokasionalTransformasi pendidikan vokasional
Transformasi pendidikan vokasionalHayati Mustaffa
 
Institusi dan sistem dalam ptv- RBTS3013
Institusi dan sistem dalam ptv- RBTS3013Institusi dan sistem dalam ptv- RBTS3013
Institusi dan sistem dalam ptv- RBTS3013REBECCA MULGRAND
 
TVET DAN IPGK TEKNIK DIPERKASAKAN KE ARAH MALAYSIA NEGARA MAJU DITUNJANGI OLE...
TVET DAN IPGK TEKNIK DIPERKASAKAN KE ARAH MALAYSIA NEGARA MAJU DITUNJANGI OLE...TVET DAN IPGK TEKNIK DIPERKASAKAN KE ARAH MALAYSIA NEGARA MAJU DITUNJANGI OLE...
TVET DAN IPGK TEKNIK DIPERKASAKAN KE ARAH MALAYSIA NEGARA MAJU DITUNJANGI OLE...Mohamed Nazul Ismail
 
Artikel multimedia dlm tvet
Artikel multimedia dlm tvetArtikel multimedia dlm tvet
Artikel multimedia dlm tvetSiti Hany
 
PERANAN DASAR PTV DALAM RBT BAGI MENJAMIN MASA HADAPAN PELAJAR-PELAJAR TERCICIR
PERANAN DASAR PTV DALAM RBT BAGI MENJAMIN MASA HADAPAN PELAJAR-PELAJAR TERCICIRPERANAN DASAR PTV DALAM RBT BAGI MENJAMIN MASA HADAPAN PELAJAR-PELAJAR TERCICIR
PERANAN DASAR PTV DALAM RBT BAGI MENJAMIN MASA HADAPAN PELAJAR-PELAJAR TERCICIRroyzamy
 
Pengenalan kepada latihan industri
Pengenalan kepada latihan industriPengenalan kepada latihan industri
Pengenalan kepada latihan industriSK Senibong Fan Club
 
Sistem pendidikan teknik dan vokasional di rusia dan amerika. (1)
Sistem pendidikan teknik dan vokasional di rusia dan amerika. (1)Sistem pendidikan teknik dan vokasional di rusia dan amerika. (1)
Sistem pendidikan teknik dan vokasional di rusia dan amerika. (1)Mohd Zakaria Mohd Said
 
Tugas ilmu pendidikan(vokasi nonformal)-mys
Tugas ilmu pendidikan(vokasi nonformal)-mysTugas ilmu pendidikan(vokasi nonformal)-mys
Tugas ilmu pendidikan(vokasi nonformal)-mysMitha Ye Es
 
Review jurnal pendidikan kejuruan denmark
Review jurnal pendidikan kejuruan denmarkReview jurnal pendidikan kejuruan denmark
Review jurnal pendidikan kejuruan denmarkNurAlfiana
 
Review jurnal pendidikan teknologi kejuruan
Review jurnal pendidikan teknologi kejuruanReview jurnal pendidikan teknologi kejuruan
Review jurnal pendidikan teknologi kejuruanismail syam
 
Presentation teaching factory repac 2011
Presentation teaching factory repac 2011Presentation teaching factory repac 2011
Presentation teaching factory repac 2011Asep Supriatna
 
Ucapan Sempena Perlantikan Pengarah IPGKPT
Ucapan Sempena Perlantikan Pengarah IPGKPTUcapan Sempena Perlantikan Pengarah IPGKPT
Ucapan Sempena Perlantikan Pengarah IPGKPTMohamed Nazul Ismail
 

What's hot (19)

Transformasi vokasional
Transformasi vokasionalTransformasi vokasional
Transformasi vokasional
 
14 (Seminar Transformasi TVET)
14 (Seminar Transformasi TVET)14 (Seminar Transformasi TVET)
14 (Seminar Transformasi TVET)
 
PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIK AL DAN VOKASIONAL (TVET) DAN IPGK TEKNIK DIPE...
PENDIDIKAN DAN LATIHAN  TEKNIK AL DAN VOKASIONAL  (TVET) DAN IPGK TEKNIK DIPE...PENDIDIKAN DAN LATIHAN  TEKNIK AL DAN VOKASIONAL  (TVET) DAN IPGK TEKNIK DIPE...
PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIK AL DAN VOKASIONAL (TVET) DAN IPGK TEKNIK DIPE...
 
PENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIR
PENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIRPENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIR
PENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIR
 
Transformasi pendidikan vokasional
Transformasi pendidikan vokasionalTransformasi pendidikan vokasional
Transformasi pendidikan vokasional
 
Institusi dan sistem dalam ptv- RBTS3013
Institusi dan sistem dalam ptv- RBTS3013Institusi dan sistem dalam ptv- RBTS3013
Institusi dan sistem dalam ptv- RBTS3013
 
TVET DAN IPGK TEKNIK DIPERKASAKAN KE ARAH MALAYSIA NEGARA MAJU DITUNJANGI OLE...
TVET DAN IPGK TEKNIK DIPERKASAKAN KE ARAH MALAYSIA NEGARA MAJU DITUNJANGI OLE...TVET DAN IPGK TEKNIK DIPERKASAKAN KE ARAH MALAYSIA NEGARA MAJU DITUNJANGI OLE...
TVET DAN IPGK TEKNIK DIPERKASAKAN KE ARAH MALAYSIA NEGARA MAJU DITUNJANGI OLE...
 
Artikel multimedia dlm tvet
Artikel multimedia dlm tvetArtikel multimedia dlm tvet
Artikel multimedia dlm tvet
 
PERANAN DASAR PTV DALAM RBT BAGI MENJAMIN MASA HADAPAN PELAJAR-PELAJAR TERCICIR
PERANAN DASAR PTV DALAM RBT BAGI MENJAMIN MASA HADAPAN PELAJAR-PELAJAR TERCICIRPERANAN DASAR PTV DALAM RBT BAGI MENJAMIN MASA HADAPAN PELAJAR-PELAJAR TERCICIR
PERANAN DASAR PTV DALAM RBT BAGI MENJAMIN MASA HADAPAN PELAJAR-PELAJAR TERCICIR
 
Pengenalan kepada latihan industri
Pengenalan kepada latihan industriPengenalan kepada latihan industri
Pengenalan kepada latihan industri
 
Sistem pendidikan teknik dan vokasional di rusia dan amerika. (1)
Sistem pendidikan teknik dan vokasional di rusia dan amerika. (1)Sistem pendidikan teknik dan vokasional di rusia dan amerika. (1)
Sistem pendidikan teknik dan vokasional di rusia dan amerika. (1)
 
Tugas ilmu pendidikan(vokasi nonformal)-mys
Tugas ilmu pendidikan(vokasi nonformal)-mysTugas ilmu pendidikan(vokasi nonformal)-mys
Tugas ilmu pendidikan(vokasi nonformal)-mys
 
Review jurnal pendidikan kejuruan denmark
Review jurnal pendidikan kejuruan denmarkReview jurnal pendidikan kejuruan denmark
Review jurnal pendidikan kejuruan denmark
 
Review jurnal pendidikan teknologi kejuruan
Review jurnal pendidikan teknologi kejuruanReview jurnal pendidikan teknologi kejuruan
Review jurnal pendidikan teknologi kejuruan
 
Presentation teaching factory repac 2011
Presentation teaching factory repac 2011Presentation teaching factory repac 2011
Presentation teaching factory repac 2011
 
Ucapan Sempena Perlantikan Pengarah IPGKPT
Ucapan Sempena Perlantikan Pengarah IPGKPTUcapan Sempena Perlantikan Pengarah IPGKPT
Ucapan Sempena Perlantikan Pengarah IPGKPT
 
Hawati
HawatiHawati
Hawati
 
Ainun naim
Ainun naimAinun naim
Ainun naim
 
SMK PI my school my home
SMK PI my school my homeSMK PI my school my home
SMK PI my school my home
 

Viewers also liked

Cara untuk embed link
Cara untuk embed linkCara untuk embed link
Cara untuk embed linkyusofkub
 
Ignition systems
Ignition systemsIgnition systems
Ignition systemsyusofkub
 
Halatujutransformasipoliteknik
HalatujutransformasipoliteknikHalatujutransformasipoliteknik
Halatujutransformasipoliteknikyusofkub
 
Jadual waktu pensyarah
Jadual waktu pensyarahJadual waktu pensyarah
Jadual waktu pensyarahyusofkub
 
Oil pressure indacator system
Oil pressure indacator systemOil pressure indacator system
Oil pressure indacator systemyusofkub
 
Action plan
Action planAction plan
Action planyusofkub
 
32 Ways a Digital Marketing Consultant Can Help Grow Your Business
32 Ways a Digital Marketing Consultant Can Help Grow Your Business32 Ways a Digital Marketing Consultant Can Help Grow Your Business
32 Ways a Digital Marketing Consultant Can Help Grow Your BusinessBarry Feldman
 

Viewers also liked (9)

Cara untuk embed link
Cara untuk embed linkCara untuk embed link
Cara untuk embed link
 
Ignition systems
Ignition systemsIgnition systems
Ignition systems
 
Halatujutransformasipoliteknik
HalatujutransformasipoliteknikHalatujutransformasipoliteknik
Halatujutransformasipoliteknik
 
Quiz 2
Quiz 2Quiz 2
Quiz 2
 
Jadual waktu pensyarah
Jadual waktu pensyarahJadual waktu pensyarah
Jadual waktu pensyarah
 
Oil pressure indacator system
Oil pressure indacator systemOil pressure indacator system
Oil pressure indacator system
 
Action plan
Action planAction plan
Action plan
 
NKRA PENDIDIKAN
NKRA PENDIDIKANNKRA PENDIDIKAN
NKRA PENDIDIKAN
 
32 Ways a Digital Marketing Consultant Can Help Grow Your Business
32 Ways a Digital Marketing Consultant Can Help Grow Your Business32 Ways a Digital Marketing Consultant Can Help Grow Your Business
32 Ways a Digital Marketing Consultant Can Help Grow Your Business
 

Similar to Ketua pengarah.ucapan

PELAN_STRATEGIK_PKT2021_2025.pdf
PELAN_STRATEGIK_PKT2021_2025.pdfPELAN_STRATEGIK_PKT2021_2025.pdf
PELAN_STRATEGIK_PKT2021_2025.pdfssuserb8872a
 
196095-ID-instruksi-presiden-no-9-tahun-2016-revit.pdf
196095-ID-instruksi-presiden-no-9-tahun-2016-revit.pdf196095-ID-instruksi-presiden-no-9-tahun-2016-revit.pdf
196095-ID-instruksi-presiden-no-9-tahun-2016-revit.pdfsamrul2
 
FILSAFAT PENDIDIKAN KEJURUAN PROGRAM COE SMK.pptx
FILSAFAT PENDIDIKAN KEJURUAN PROGRAM COE SMK.pptxFILSAFAT PENDIDIKAN KEJURUAN PROGRAM COE SMK.pptx
FILSAFAT PENDIDIKAN KEJURUAN PROGRAM COE SMK.pptxdiana62140
 
[150] Prihastuti Ekawatiningsih - UNY.pdf
[150] Prihastuti Ekawatiningsih - UNY.pdf[150] Prihastuti Ekawatiningsih - UNY.pdf
[150] Prihastuti Ekawatiningsih - UNY.pdfHartoyo Mp
 
Dikbud-Revitalisasi Penyelenggaraan Pendidikan Vokasi Bali, 25 Juli 2022 rev ...
Dikbud-Revitalisasi Penyelenggaraan Pendidikan Vokasi Bali, 25 Juli 2022 rev ...Dikbud-Revitalisasi Penyelenggaraan Pendidikan Vokasi Bali, 25 Juli 2022 rev ...
Dikbud-Revitalisasi Penyelenggaraan Pendidikan Vokasi Bali, 25 Juli 2022 rev ...ssuser106e8b
 
2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran
2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran
2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaranMOHDGAZALI1
 
IPGKPT dan IPGTHO menjana Kecemerlangan TVET
IPGKPT dan IPGTHO menjana Kecemerlangan TVETIPGKPT dan IPGTHO menjana Kecemerlangan TVET
IPGKPT dan IPGTHO menjana Kecemerlangan TVETMohamed Nazul Ismail
 
Motivasi kepada pelajar Kolej Vokasional Keningau
Motivasi kepada pelajar Kolej Vokasional KeningauMotivasi kepada pelajar Kolej Vokasional Keningau
Motivasi kepada pelajar Kolej Vokasional KeningauMohamed Nazul Ismail
 
TEACHING FACTORY-IH.pdf
TEACHING FACTORY-IH.pdfTEACHING FACTORY-IH.pdf
TEACHING FACTORY-IH.pdfraditya67
 
Pengembangan pendidikan tinggi indonesia di era teknologi 4.0
Pengembangan pendidikan tinggi indonesia di era teknologi 4.0Pengembangan pendidikan tinggi indonesia di era teknologi 4.0
Pengembangan pendidikan tinggi indonesia di era teknologi 4.0Togar Simatupang
 
Analisis kebutuhan dalam perencanaan atau pengembangan bengkel otomotif di smk
Analisis kebutuhan dalam perencanaan atau pengembangan bengkel otomotif di smkAnalisis kebutuhan dalam perencanaan atau pengembangan bengkel otomotif di smk
Analisis kebutuhan dalam perencanaan atau pengembangan bengkel otomotif di smkBudi Setiawan
 
DSKP SAINS KOMPUTER TING 4
DSKP SAINS KOMPUTER TING 4DSKP SAINS KOMPUTER TING 4
DSKP SAINS KOMPUTER TING 4masitaomar72
 
Renstra poltekba-2015-2019-rev-1-juli-2016-1(1)
Renstra poltekba-2015-2019-rev-1-juli-2016-1(1)Renstra poltekba-2015-2019-rev-1-juli-2016-1(1)
Renstra poltekba-2015-2019-rev-1-juli-2016-1(1)IdamSpidy
 

Similar to Ketua pengarah.ucapan (20)

PELAN_STRATEGIK_PKT2021_2025.pdf
PELAN_STRATEGIK_PKT2021_2025.pdfPELAN_STRATEGIK_PKT2021_2025.pdf
PELAN_STRATEGIK_PKT2021_2025.pdf
 
Forum 2
Forum 2Forum 2
Forum 2
 
Kolej vokasional
Kolej vokasionalKolej vokasional
Kolej vokasional
 
196095-ID-instruksi-presiden-no-9-tahun-2016-revit.pdf
196095-ID-instruksi-presiden-no-9-tahun-2016-revit.pdf196095-ID-instruksi-presiden-no-9-tahun-2016-revit.pdf
196095-ID-instruksi-presiden-no-9-tahun-2016-revit.pdf
 
FILSAFAT PENDIDIKAN KEJURUAN PROGRAM COE SMK.pptx
FILSAFAT PENDIDIKAN KEJURUAN PROGRAM COE SMK.pptxFILSAFAT PENDIDIKAN KEJURUAN PROGRAM COE SMK.pptx
FILSAFAT PENDIDIKAN KEJURUAN PROGRAM COE SMK.pptx
 
[150] Prihastuti Ekawatiningsih - UNY.pdf
[150] Prihastuti Ekawatiningsih - UNY.pdf[150] Prihastuti Ekawatiningsih - UNY.pdf
[150] Prihastuti Ekawatiningsih - UNY.pdf
 
Dikbud-Revitalisasi Penyelenggaraan Pendidikan Vokasi Bali, 25 Juli 2022 rev ...
Dikbud-Revitalisasi Penyelenggaraan Pendidikan Vokasi Bali, 25 Juli 2022 rev ...Dikbud-Revitalisasi Penyelenggaraan Pendidikan Vokasi Bali, 25 Juli 2022 rev ...
Dikbud-Revitalisasi Penyelenggaraan Pendidikan Vokasi Bali, 25 Juli 2022 rev ...
 
2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran
2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran
2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran
 
Tugas 4 ptk
Tugas 4 ptkTugas 4 ptk
Tugas 4 ptk
 
Kepimpinan Pentadbir Dalam Era Transformasi Pendidikan Tinggi
Kepimpinan Pentadbir Dalam Era Transformasi Pendidikan TinggiKepimpinan Pentadbir Dalam Era Transformasi Pendidikan Tinggi
Kepimpinan Pentadbir Dalam Era Transformasi Pendidikan Tinggi
 
IPGKPT dan IPGTHO menjana Kecemerlangan TVET
IPGKPT dan IPGTHO menjana Kecemerlangan TVETIPGKPT dan IPGTHO menjana Kecemerlangan TVET
IPGKPT dan IPGTHO menjana Kecemerlangan TVET
 
Motivasi kepada pelajar Kolej Vokasional Keningau
Motivasi kepada pelajar Kolej Vokasional KeningauMotivasi kepada pelajar Kolej Vokasional Keningau
Motivasi kepada pelajar Kolej Vokasional Keningau
 
PANDUAN MF 2022.pdf
PANDUAN MF 2022.pdfPANDUAN MF 2022.pdf
PANDUAN MF 2022.pdf
 
TEACHING FACTORY-IH.pdf
TEACHING FACTORY-IH.pdfTEACHING FACTORY-IH.pdf
TEACHING FACTORY-IH.pdf
 
Pengembangan pendidikan tinggi indonesia di era teknologi 4.0
Pengembangan pendidikan tinggi indonesia di era teknologi 4.0Pengembangan pendidikan tinggi indonesia di era teknologi 4.0
Pengembangan pendidikan tinggi indonesia di era teknologi 4.0
 
Pendidikan 4 0 era revoulusi industri
Pendidikan 4 0 era revoulusi industriPendidikan 4 0 era revoulusi industri
Pendidikan 4 0 era revoulusi industri
 
Analisis kebutuhan dalam perencanaan atau pengembangan bengkel otomotif di smk
Analisis kebutuhan dalam perencanaan atau pengembangan bengkel otomotif di smkAnalisis kebutuhan dalam perencanaan atau pengembangan bengkel otomotif di smk
Analisis kebutuhan dalam perencanaan atau pengembangan bengkel otomotif di smk
 
DSKP SAINS KOMPUTER TING 4
DSKP SAINS KOMPUTER TING 4DSKP SAINS KOMPUTER TING 4
DSKP SAINS KOMPUTER TING 4
 
Sk f4
Sk f4Sk f4
Sk f4
 
Renstra poltekba-2015-2019-rev-1-juli-2016-1(1)
Renstra poltekba-2015-2019-rev-1-juli-2016-1(1)Renstra poltekba-2015-2019-rev-1-juli-2016-1(1)
Renstra poltekba-2015-2019-rev-1-juli-2016-1(1)
 

Recently uploaded

BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxJuliBriana2
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxnursariheldaseptiana
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024ssuser0bf64e
 
Latihan Soal untuk US dan Tryout SMP 2024
Latihan Soal untuk  US dan Tryout SMP 2024Latihan Soal untuk  US dan Tryout SMP 2024
Latihan Soal untuk US dan Tryout SMP 2024panyuwakezia
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...Kanaidi ken
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAppgauliananda03
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaharnosuharno5
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaAndreRangga1
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYNovitaDewi98
 
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdfAfriYani29
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptxPANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptxfitriaoskar
 
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanAyuApriliyanti6
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfEniNuraeni29
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024DessyArliani
 

Recently uploaded (20)

BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
Latihan Soal untuk US dan Tryout SMP 2024
Latihan Soal untuk  US dan Tryout SMP 2024Latihan Soal untuk  US dan Tryout SMP 2024
Latihan Soal untuk US dan Tryout SMP 2024
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptxPANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
 

Ketua pengarah.ucapan

  • 1. PERUTUSAN KETUA PENGARAH Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana melayari laman web Jabatan Pengajian Politeknik (JPP). Politeknik merupakan salah satu daripada saluran utama penjanaan modal insan, yang dipertanggungjawabkan menggalas tugas murni untuk merealisasikan Rancangan Malaysia Ke10 (RMKe-10) bagi melahirkan generasi muda yang berpendidikan, berkemahiran, kreatif, inovatif, bersikap progresif dan berfikiran kritis. Suasana pendidikan global masa kini semakin mencabar dan memerlukan tindakan luar daripada kebiasaan. Arus globalisasi menuntut perubahan Sistem Pendidikan Dan Latihan Teknik Dan Vokasional (Technical and Vocational Education and Training - TVET). Perubahan tersebut bukan sahaja melibatkan usaha bagi meningkatkan tahapnya ke peringkat yang lebih tinggi bahkan juga memerlukan tindakan perubahan yang menggabungkan produktiviti, kreativiti dan inovasi agar dapat melonjakkan politeknik sebagai peneraju TVET negara ke tahap yang lebih kukuh dan tinggi dalam rantaian nilai sektor pendidikan dan latihan. Transformasi Politeknik yang selaras dengan Perancangan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) serta Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), berupaya meningkatkan politeknik menjadi laluan alternatif untuk melahirkan modal insan berkemahiran tinggi dan berkualiti yang mencukupi bagi menjayakan ekonomi baharu yang berlandaskan inovasi dan kreativiti. Pengkomersilan hasil penyelidikan dengan mewujudkan kolaborasi antara politeknik dan industri akan mempertingkat dan mempercepatkan kadar perpindahan teknologi sekaligus membantu proses inovasi di peringkat industri sehingga ke satu tahap yang membanggakan. Keyakinan ini akan menarik minat industri untuk melabur dengan politeknik sekaligus menjadi sumber kewangan bagi membiayai aktiviti penyelidikan dan inovasi politeknik. Ini akan membantu merancakkan lagi daya saing produktivi negara. Politeknik perlu terus bergerak untuk meningkatkan kualiti berdasarkan sistem penarafan bintang atau Star Rating System, seperti penarafan program bagi tujuan pengakreditasian oleh pihak Malaysian Qualification Agency (MQA). Peningkatan keyakinan peringkat global membolehkan berlakunya mobiliti antara tenaga pengajar dan pelajar supaya politeknik berada setaraf dan seiring dengan institusi teknikal terkemuka di peringkat antarabangsa. Melalui pengembelingan usaha antara JPP, MQA, IPTA, IPTS dan industri, JPP mampu merealisasikan National Standard For Technical And Vocational Education And Training (NASTVET) di mana sesebuah institusi pengajian (terutamanya IPTS) boleh menggunapakai kurikulum standard peringkat diploma ke atas yang telah dibangunkan oleh JPP tanpa perlu melalui proses
  • 2. penggubalan kurikulum yang panjang dan kos yang tinggi. Pihak-pihak IPTS boleh menggunapakai kaedah penilaian dan peperiksaan yang dibangunkan dan dikawalselia oleh JPP secara langsung dan ini akan dapat mensetarakan tahap kualiti lulusan bagi sesuatu program dari kacamata pihak majikan, tidak kira dari institusi latihan mana lulusan itu berasal. Politeknik Premier pula berperanan menjadi peneraju dalam agenda transformasi dengan menjalankan program dalam bidang kebitaraan atau niche areas yang boleh menjadi asas kepada politeknik untuk dinaik taraf ke peringkat yang lebih tinggi serta menjadi pakar rujuk industri melalui Centre of Technology (COT). Politeknik juga bertanggungjawab membekalkan talent atau bakat kepada ekonomi negara dan bukannya pekerja semata-mata dalam usaha menjana ekonomi berpendapatan tinggi, pembangunan yang mampan dan bersifat keterangkuman. Selain itu, gabungan di antara keusahawanan dan pendidikan juga diperlukan untuk melahirkan modal insan yang tepat dalam usaha membangunkan masyarakat zaman mendatang. Pada masa yang sama, politeknik juga mesti mampu melahirkan kemahiran yang membolehkan para graduatnya berfikiran keusahawanan dan menyediakan mereka sebagai pemimpin masa hadapan yang mampu berhadapan dengan masaalah yang lebih kompleks dan berubah dengan pantas. Akhir kata, adalah diharapkan institusi politeknik yang sedang melalui proses transformasi boleh menghasilkan kejayaan kepada pelajar, industri, masyarakat dan negara sama ada dari segi pekerjaan, pendapatan tinggi, produktiviti, inovasi, persaingan dan penjanaan peluang ekonomi baharu. Saya percaya dan berkeyakinan penuh agar seluruh warga JPP dan politeknik sama-sama berusaha menggembeling tenaga bagi mempastikan kejayaan agenda transformasi politeknik yang kita rencanakan bersama. Sekian. Wabillahitaufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Mejar (K) Haji Md. Nor Bin Yusof, Ketua Pengarah, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia