SlideShare a Scribd company logo
1 of 18
Jenayah
Dua istilah yang digunakan oleh para fuquha’ dalam penulisan-penulisan para ulama’ untuk menjelaskan kesalahan-kesalahan dalam konsep yang di maksudkan.
Dalam penggunaan biasa perkataan jarimah dan jinayah mengertikan “kesalahan” secara umum tidak kira sama ada ia melibatkan soal moral atau fizikal, dan sama ada ia melibatkan tubuh badan, harta benda atau kepentingan-kepentingan lain.
Hudud
Dalam bahasa Arab, hudud atau kata mufradnya hadd, bererti pembatasan atau pencegahan. Dari sudut istilah pula ia bermaksud: pembalasan yan telah ditetapkan (jenis dan kadarnya) dan di wajibkan sebagai memenuhi hak Allah S.W.T.  Ungkapan pembalasan yang telah ditetapkan bermaksud jenis dan kadarnya telah ditetapkan oleh syarak.  Ini bermakna tidak ada sesiapa pun yabg di benarkan untuk menentu serta menetapkan jenis dan kadarnya. Para fuquha mendefinisikan sebagai keseksaan yang bentuk dan kadarnya telah ditetapkan oleh syara’ untuk dilaksanakan bagi menjaga hak Allah S.W.T.
Enam kesalahan yang umumnya di akui sebagai kesalahan hudud ialah meminum arak, mencuri, merompak, berzina, memfitnah berzina dan murtad.  Menurut ulama’ Mazhab Hanafi, kesalahan-kesalahan di dalam jenayah hudud itu hanya terbahagi kepada lima jenis sahaja, iaitu kesalahan zina, tuduhan zina (qadhf), minum arak, curi dan merompak.
Qisas
Dari segi bahasa qisas bermaksud memotong.  Manakala dari segi syarak bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas Al-Quran dan Hadis-hadis Nabi S.A.W kerana kesalahan-kesalahan yang melibatkan hak individu.  Para fuquha menghuraikan qisas sebagai keseksaan dan bentuk dan kadarnya telah ditetapkan oleh syara’, dan dilaksanakan sebagai hak persendirian.
Jenayah qisas mengandungi kesalahan-kesalahan membunuh, mencedera dan menggugurkan janin.
Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah membunuh dengan sengaja dan mencederakan anggota tubuh badan seperti mencederakan mata, hidung dan telinga.
Diat
Diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas.  Hukuman ini sebagai satu altenatif bagi hukuman qisas apabila ia tidak dapat di laksanakan oleh sebab-sebab tertentu, seperti apabila jenayah itu sendiri berlaku dengan secara separuh sengaja atau tidak sengaja.  Begitu juga apabila hukuman qisas tidak dapat di laksanakan oleh sebab-sebab fizikal, seperti ketiadaan anggota yang sama pada pesalah berkenaan, atau semata-mata kerana pihak mangsa bersetuju tidak mahu melaksanakan qisas, sebaliknya mengambil diyat dan beberapa sebab lain lagi.
Ta’zir
Dari segi bahasa, perkataan ta’zir berasal dari kata kerja ‘azara, yang membawa maksud mencegah, menghormati, serta memulih.  Dalam penulisan perundangan Islam, perkataan ta’zir menandakan suatu hukuman yang bermatlamat, pertama mencegah penjenayah daripada terus melakukan jenayah, dan kedua memulihkannya.
Para fuqaha mendefinisikan ta’zir sebagai keseksaan yang sifat dan kadarnya tidak di tentukan secara rigid dan terperinci oleh syara’.  Ia di laksanakan bagi menjamin hak-hak Allah S.W.T atau hak-hak perseorangan dalam kes-kes kesalahan yang tidak diperuntukkan hukuman hudud, qisas, dan diyat dan tidak dikenakan kiffarah.  Ini bererti, ta’zir ialah kesalahan-kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman berkenaan.
Arak
“11 ditahan minum arak” ,“JAIJ tahan 18 suspek minum arak” kedua-dua tajuk ini terpampang di helaian akhbar arus nasional negara di kala pasca tahun baru 2010.  Majoriti mereka yang di tangkap oleh penguatkuasa adalah mereka yang berumur di antara 20-an hingga 40-an yang mana di kategorikan sebagai belia negara.  Budaya meminum arak  “alcoholic” sudah menjadi suatu kebiasaan anak muda mudi berseronok di bandar-bandar besar.  Arak (alcohol) mempunyai lebih banyak keburukkan daripada kebaikannya.
Menurut  statistik rasmi di United Kingdom, jenayah berkaitan arak ‘Alcohol-related crime’ mengundang masalah antaranya hampir 45 peratus hingga  46 peratus  kejadian jenayah, mangsa meyakini bahawa penyerangnya di bawah pengaruh arak (alkohol), 39 peratus keganasan dalam rumahtangga melibatkan arak (alcohol), dan hampir sejuta serangan ganas yang berlaku dalam tahun 2007 hingga 2008, dipercayai dilakukan oleh mereka yang sedang mabuk atau separa mabuk.
Manakala di Russia pula, sekitar 72 peratus kes pembunuhan adalah berkait dengan arak (alcohol), 42 peratus kes mati bunuh diri berkait dengan arak (alcohol).  Menurut Prof Nemtsov, Russia kehilangan (mati) rakyatnya seramai 500,000 orang ke 750,000 orang akibat arak (alcohol).  Menurut kajian Biro Keadilan Mangsa Jenayah Kebangsaan (Jabatan Keadilan Amerika Syarikat) pada tahun 1996 sahaja, purata 2,713 kes rogol berlaku setiap hari.  Statistik ini menunjukkan bahawa kebanyakkan perogol mabuk semasa melakukan jenayah tersebut.
Penghambaan diri pada arak (alcohol) membawa kemudharatan kepada peminumnya.  Dari aspek sosial, akan menimbulkan kebencian dan permusuhan di antara manusia, memporak perandakan rumah tangga, keluarga, masyarakat dan juga negara.  Manakala dari aspek kesihatan, meminum arak dengan konsisten akan mengganggu kesihatan antaranya, tekanan darah tidak menentu, rosaknya urat saraf, menyebabkan hepatitis, kerosakkan jantung, buah pinggang, kanser, angin ahmar, lumpuh, keracunan dan gila.  Kesan panjang arak (alcohol) akan membawa perubahan metabolisma kepada akal fikiran, organ hati dan menyekat peranan otak dari berfungsi dengan baik.
Daripada perspektif Islam, arak (alcohol) sama sekali di haramkan oleh Allah S.W.T.  Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
quot;
Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan bertenung nasib dengan anak-anak panah, adalah perkara keji yang termasuk perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya agar kamu berjayaquot;

Pengharaman ini adalah untuk menjaga kewarasan manusia daripada bertindak di dalam keadaan luar sedar.  Selain itu, ia juga adalah suatu ketetapan yang di tetapkan oleh ALLAH S.W.T  ke atas hamba-hambanya yang bertaqwa.
Dari segi hukuman, undang-undang Islam menganggap meminum arak sebagai suatu kesalahan yang mesti dihukum  dengan hukuman hadd .  Pesalah akan di hukum dengan hukuman sebat, berdasarkan kepada nas Hadis.  Sabda Rasulullah S.A.W  yang bermaksud:
“sesiapa yang meminum khamr maka hendaklah kamu sebatnya,kemudian jika dia meminumnya lagi maka hendaklah kamu sebatntya,kemudian jika dia meminumnya lagi maka hendaklah kamu sebatnya, kemudian jika dia meminumnya lagi pada kali keempatnya maka hendaklah kamu membunuhnya.”
Menurut pendapat kebanyakkan ulama’, hukum bunuh yang tersebut menerusi hadis di atas sudah di mansuhkan.  Tetapi menurut sebahagian ulama’ yang lain hukum itu masih kekal dan harus dilaksanakan oleh pemerintah kerana ia di perlukan sebagai pembalasan.
Pegangan al-Syafie dan ulama mazhabnya adalah, hukuman sebat yang sebenar adalah hanya 40 kali sebat, mereka menganggap sebat yang lebih daripada kadar itu sebagai ta’zir yang harus dilakukan oleh pemerintah atas dasar sesuatu kepentingan yang di pandang perlu.
Perlaksanaan hukuman sebat di Malaysia bagi jenayah minum arak wujud di dalam peruntukkan enakmen Mahkamah Syariah (mengikut peruntukan enakmen Mahkamah Syariah negeri), tetapi pengaplikasiannya masih tidak di laksanakan.  Hukuman sebat bergantung mengikut kaedah yang di putuskan oleh Mahkamah Syariah negeri masing-masing (rujuk lampiran 1).
Kesimpulannya, pengharaman arak oleh agama Islam bukanlah pengharaman secara membabi buta.  Tetapi pengharaman arak adalah untuk menjaga kehormatan manusia itu sendiri.  Kesan daripada penggunaan arak akan menyebabkan kerosakkan sistem sosial di dalam masyarakat itu sendiri.  Bermula daripada individu hinggalah memberi kesan negatif kepada negara.  Kualiti sumber manusianya tidak mencapai “piawaian” yang di tetapkan oleh Allah S.W.T.
Jenayah membunuh
Statistik Polis Di Raja Malaysia (PDRM)  menunjukkan bahawa terdapat 152 kes bunuh yang berlaku dalam suku tahun pertama 2006. Secara purata, pada setiap 14 jam 13 minit berlaku satu kes pembunuhan. Jadi, tidak hairanlah kalau setiap hari kita mendengar dan menyaksikan berita pembunuhan samada di kaca televisyen ataupun di dada-dada akhbar.  Jadi, tidak hairanlah kalau setiap hari kita mendengar dan menyaksikan berita pembunuhan samada di kaca televisyen ataupun di akhbar-akhbar.
“Empat sekeluarga dibunuh kejam”.  Begitulah tajuk utama di dada-dada  akhbar awal januari lalu.  Kisah tragis ini, menimbulkan persoalan kenapa seorang anak sanggup membunuh ahli keluarganya sendiri?.
Jenayah membunuh mencetuskan suasana tidak selamat di dalam masyarakat.  Sehinggakan di dalam rumah sendiri pun akan wujud suasana tidak selamat.  Keadaan ini akan mempengaruhi perkembangan budaya hidup masyarakat.
Jenayah membunuh di sebabkan oleh beberapa faktor antaranya, pertelingkahan di antara dua pihak, dendam, iri hati, cemburu, masalah hidup dan lain-lain.
Kualiti masyarakat hari ini sudah mencapai pada tahap yang rendah.  Manusia saling berbunuh-bunuhan untuk memuaskan kehendak mereka.
Di dalam Islam, Allah benar-benar menjaga nyawa manusia dari sebarang pembunuhan tanpa hak. Terdapat banyak nas-nas Al-Qur’an dan Al-Hadis dalam perkara ini. Jika terjadi pembunuhan tanpa hak, maka pelakunya wajib dihukum mengikut hukum Islam, samada diqisas, diyat atau diampunkan (oleh waris si mati). Allah berfirman maksudnya:
“Wahai orang beriman! Diwajibkan ke atas kamu hukum qisas dalam pembunuhan iaitu orang merdeka dengan merdeka, hamba dengan hamba dan perempuan dengan perempuan. Sesiapa yang mendapat kemaafan daripada saudaranya (magsa) dengan pembayaran yang sesuai maka hendaklah ia mengikutnya secara baik dan membayar (diyat) kepadanya dengan cara yang baik. Demikian itu suatu keringanan dan rahmat daripada Tuhan kamu. Sesiapa yang melampau batas sesudah itu maka baginya azab yang sangat pedih. Hukuman qisas menjamin kehidupan untuk kamu, wahai orang yang berakal, semoga kamu bertaqwa.”
Dalam ayat di bawah di tetapkan hukuman bagi pembunuhan yang di sengajakan.
“Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain, kecuali dengan tidak sengaja dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan tidak sengaja, maka (wajiblah dia membayar kafarah) dengan memerdekakan seorang hamba yang beriman serta membayar quot;
diatquot;
(denda ganti nyawa) yang diserahkan kepada ahlinya (keluarga si mati), kecuali jika mereka sedekahkan (memaafkannya). Tetapi jika dia (yang terbunuh dengan tidak sengaja) dari kaum (kafir) yang memusuhi kamu, sedang dia sendiri beriman, maka (wajiblah si pembunuh membayar kafarah sahaja dengan) memerdekakan seorang hamba yang beriman dan jika dia (orang yang terbunuh dengan tidak sengaja itu) dari kaum (kafir) yang ada ikatan perjanjian setia di antara kamu dengan mereka, maka wajiblah membayar quot;
diatquot;
(denda ganti nyawa) kepada keluarganya serta memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dalam pada itu, sesiapa yang tidak dapat (mencari hamba yang akan dimerdekakannya), maka hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut; (hukum yang tersebut) datangnya dari Allah untuk menerima taubat (membersihkan diri kamu) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”
Perlaksanaan hukum qisas adalah untuk memastikan nyawa manusia lain terjaga kerana hakikatnya jika orang yang berakal mengetahui bahawa apabila ia membunuh, ia akan dibunuh, maka ia tidak akan melakukan pembunuhan.
Jenayah Ragut
“ 5 Mei 2009 - wanita mengandung dua bulan, Jamilah Selamat, 31, meninggal dunia selepas koma tiga hari akibat terjatuh daripada motosikal, diragut dua lelaki, 70 meter dari rumahnya di Johor Bahru.”
“ 29 April 2009 - pelajar Tingkatan Dua, Lee Chee Wai, 14, hampir kehilangan dua jari tangan kiri selepas dilibas pisau peragut di Subang Jaya kerana mahu  merampas kembali alat permainannya.”
“ 21 Februari 2009 – wanita warga Singapura cedera di lutut dan rugi kira-kira S$5,300 (RM13,000) selepas beg tangannya diragut dua lelaki di Kuantan.”
Sejak akhir-akhir ini jenayah ragut semakin berleluasa dan menimbulkan kebimbangan banyak pihak. Banyak kes yang dilaporkan sering melibatkan kematian di kalangan mangsa ragut. Baru-baru ini kita digemparkan dengan kematian dua wanita yang telah menjadi mangsa ragut manusia yang tidak bertanggungjawab. Lebih menyedihkan, kedua-dua wanita tersebut sedang berbadan dua.
Ini hanya sebahagian kes yang mendapat liputan meluas media. Banyak lagi kes ragut yang tidak dilaporkan kerana sikap masyarakat kita yang masih memandang remeh terhadap kes tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa jenayah ragut perlu ditangani segera dan tugas ini bukan hanya terletak di bahu pihak berkuasa sahaja, bahkan ia menjadi tanggungjawab bersama.
Ekoran itu, semua rakyat negara ini juga perlu saling bekerjasama antara satu sama lain dalam usaha mencegah, membendung dan mengurangkan jenayah ragut iaitu dengan memberi sokongan terhadap aktiviti komuniti yang dilakukan oleh pihak berkuasa di kawasan setempat.
Kebiasaannya, peragut akan mencari mangsa yang berjalan atau menunggang motosikal secara berseorangan di kawasan sunyi dan gelap. Ini kerana situasi sebegini memudahkan peragut menjalankan aktiviti mereka dengan mudah tanpa dilihat oleh orang lain. Ciri-ciri mangsa ragut selalunya ialah wanita yang memakai mini skirt, kain ketat dan berkasut tinggi selain berseorangan. Peragut akan bertindak meragut wanita yang berpakaian sebegini kerana wanita tersebut dilihat sukar untuk bertindak balas terhadap mereka. Oleh itu, kaum wanita perlu memikirkan perkara ini sebelum memilih untuk berpakaian sebegitu apabila keluar berseorangan.
Di samping itu, kebanyakan wanita gemar membawa beg tangan dengan memegangnya di tangan sahaja dan tidak kurang juga dengan mengepit beg duit di celah ketiak apabila keluar bekerja mahupun bersiar-siar atau kemana jua. Seterusnya, mangsa juga terdiri daripada penunggang atau pembonceng yang menggalas beg tangan semasa menunggang atau membonceng motosikal. Keadaan ini boleh memberi peluang yang mudah untuk peragut melaksanakan misi mereka.
Dalam hal ini, orang ramai perlu diberi tip tertentu untuk mengelak mereka menjadi mangsa ragut seperti tidak membawa beg tangan yang disandang  di bahu sebaliknya hanya membawa dompet wang yang disimpan di dalam poket seluar. Mereka juga digalakkan membawa bersama cecair penyembur berlada untuk memancitkan ke mata penjenayah. Yang lebih penting orang ramai diminta mengingat nombor pendaftaran kenderaan penjenayah dan jenis kenderaan sebelum memaklumkan kepada pihak polis.
Keadaan ekonomi yang agak suram dengan peningkatan bilangan mereka yang diberhentikan kerja termasuk dikalangan warga asing juga harus diberi perhatian. Bilangan pekerja asing di negara ini bukanlah sedikit malah dalam angka jutaan. Di Malaysia sahaja sudah terdapat kira-kira 400,000 pekerja Bangladesh. Ini boleh menjadi kadar faktor jenayah ragut meningkat.
Justeru itu, hasrat kerajaan untuk mengambil lebih ramai anggota polis hingga mencapai 150,000 orang menjelang 2011 adalah wajar  untuk mengurangkan kadar jenayah dan mengekalkan keamanan negara. Hukuman keatas mereka yang terlibat dengan perbuatan ragut dan samun perlu dikaji semula dengan hukuman yang lebih berat.
Rogol
Definisi Rogol:
Rogol (atau pencabulan) adalah serangan seksual yang dianggap oleh kebanyakan orang sebagai jenayah yang sangat serius. Definasi teknikal untuk quot;
rogolquot;
merangkumi sebarang serangan serius dan yang merosakkan terhadap seseorang atau sekumpulan orang, tetapi dalam penggunaan sehari-harian, istilah tersebut adalah mengenai serangan seksual
Statistik Rogol:
Statistik kes rogol pada tahun 2008 yang lalu yang membabitkan pelajar di negeri ini agak membimbangkan apabila sebanyak 226 kes direkodkan daripada keseluruhan 309 jenayah tersebut.
“Daripada 226 kes rogol yang membabitkan pelajar itu, sebanyak 210 kes adalah pelajar berusia 12 tahun hingga 18 tahun.  Jumlah tersebut mencatatkan 74.12 peratus daripada keseluruhan kes rogol sepanjang tahun lalu.
“Secara keseluruhannya statistik menunjukan sebanyak 187 kes membabitkan pelajar berusia 12 hingga 16 tahun, manakala 39 kes lagi membabitkan pelajar berusia 17 hingga 18 tahun.
Punca Rogol:
Punca kepada rogol ialah kehadiran ubat rangsangan seks yang mudah didapati di pasaran kerana penjualan ubat ini turut menyumbang kepada jenayah rogol.
Cara Mengatasi:
Ibu bapa perlu memainkan perana penting  dan tanggungjawab yang sepenuhnya terhadap aktiviti dan perlakuan anak-anak mereka.
Sesetengah ibu bapa langsung tidak mengambil tahu perihal anak gadis mereka sehingga ia menyumbang kepada peningkatan kes rogol dalam kalangan remaja terbabit,.” Didikan awal di rumah dapat membentuk jiwa kanak-kanak dan ahli keluarga supaya menghormati wanita.Membetulkan cara didikan kanak-kanak.Masyarakat diajak untuk memberi ruang kepada mangsa dan keluarga bagi melupakan tragedi hitam dengan cara memberi sokongan emosi dan fizikal.Mempercepatkan pendakwaan kepada pesalah rogol.
Pertubuhan bukan kerajaan diberi akses yang lebih luas kepada penubuhan pusat perlindungan seperti bantuan geran, khidmat kaunselor dan kursus peningkatan pengurusan tempat perlindungan supaya mangsa rogol berasa yakin dan dapat menerima kehidupan baru.
Tapisan keselamatan ke atas semua pekerja yang akan diambil bertugas tanpa mengira sektor.Mewujudkan Majlis Perundingan Keluarga Negara (MPKN) supaya program dan aktiviti pembangunan keluarga dapat disusun dari peringkat kampung, taman perumahan, daerah dan negeri. Penglibatannya pula diperluaskan.
Menggerakkan peranan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan persatuan penduduk melalui aktiviti pemantauan dan pencegahan secara berterusan. Kempen memperhebatkan talian hotline Polis Diraja Malaysia iaitu 03-26226555 bagi memudahkan orang ramai membuat aduan.
Pihak berkuasa tempatan (PBT) wajar mengambil tanggungjawab memastikan persekitaran kawasan perumahan khususnya jalan atau lorong gelap. Kawasan seperti ini berpotensi menjadi tempat penjenayah rogol mencari mangsa mereka. Contoh kes ialah Audrey Melisa yang dirogol ketika ke sekolah di laluan awam kerana ketiadaan lampu jalan.
Murtad
Definisi Murtad
Murtad bermaksud meninggalkan (quot;
keluarquot;
) dari sesuatu agama. Orang murtad boleh beralih kepada agama yang lain atau memilih untuk kekal tanpa agama (ateisme).
Terdapat juga orang yang murtad tetapi masih mengaku kekal dalam agama yang sama. Ini terjadi apabila seseorang itu menolak sebahagian asas kepada agama mereka tersebut tetapi patuh kepada asas yang lain. Dalam Islam, mereka yang mengaku kekal dalam Islam tetapi melakukan perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, dianggap sebagai musyrik.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata sebanyak 109 kes murtad dilaporkan di negeri itu sejak tahun 2007 hingga 2009.
Pada tahun 2007 terdapat 27 kes, 2008 42 kes, 2009 ia mencatatkan penurunan dengan 40 kes dilaporkan dan setakat bulan Januari 2010, telah ada 3 kes.
Kebanyakan agama menganggap murtad sebagai satu dosa.
Faktor berlakunya gejala murtad di Malaysia
1. Lemah pegangan agama.
2. Jahil tentang akidah dan hukum-hakam Islam.
3. Terpengaruh dengan tawaran kebendaan.
4. Faktor perkahwinan.
Dalam menangani masalah murtad
Unit Pembangunan Insan, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) turut menjalin kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dengan mengadakan sesi kaunseling dan penerangan kepada orang ramai.
isu keluar Islam melibatkan akidah dan pendirian agama seseorang itu sukar untuk diubah dan ia mengambil masa yang panjang.
Statistik permohonan murtad bagi tahun 2000 hingga 2006. Statistik permohonan murtad yang didapati di JAKIM hasil daripada kajian fail menunjukkan peningkatan yang tinggi pada tahun 2004 hingga 2006.
Sejumlah 46 kes pada tahun 2004 dan 2005 manakala 41 kes pada tahun 2006 berbanding pada tahun-tahun sebelumnya. Ia seperti yang termaktub dalam jadual di bawah:
Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan),
Rasulullah SAW berpesan  “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”.
Sahabat bertanya “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?” “Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.” Sahabat bertanya lagi. “Mengapa begitu ya Rasullullah?”, Rasullullah SAW menjawab, “Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia”.
Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, “Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.” Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.
Bibliografi
Al-Qur’an dan Terjemahan, Kuala Lumpur: Pustaka Darul Iman.
Mahmood Zuhdi Ab. Majid (2001), Bidang Kuasa Jenayah Mahkamah Syariah di Malaysia.                                                                        Ampang, Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Al-Khatib Al-Syarbaini (2006). Mugni Al-Muhtaj (Fikih Jenayah).(Tim Manar Azhar). Johor Bahru, Johor Darul Takzim: Perniagaan Jahabersa.
Mohamed S. El-Awa (1999).Hukuman Dalam Undang-Undang Islam. (Dewan Bahasa dan Pustaka). Ampang, Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dr. Hj. Mat Saad Abd. Rahman (2008). Isu-isu Dalam Masyarakat Islam Malaysia. Rawang, Selangor: iBook Publication Sdn. Bhd.
Akhbar Kosmo,15 Julai 2009.
Akhbar Berita Harian,  7 Mei 2009.
Lampiran
Lampiran 1
Hukuman sebat Mahkamah Syariah
,[object Object]
Sebatan dilakukan dalam kadar sederhana, tangan tukang sebat tidak melebihi kepala.
Alat sebatan diperbuat daripada rotan atau ranting kecil yang tiada ruas dan buku.
Panjang rotan tidak melebihi 1.22 meter dan ukur lilit tidak melebihi 0.0125 meter.
Hukuman hendaklah dilaksanakan di hadapan seorang Pegawai Perubatan Kerajaan di mana-mana tempat sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah atau di suatu tempat yang di tetapkan oleh Kerajaan Negeri.
Orang yang di lantik untuk melaksankan hukuman itu hendaklah seorang yang adil dan matang.
Orang itu hendaklah menggunakan alat sebat dengan kekuatan sederhana tanpa mengangkat tangan melebihi kepalanya supaya tidak melukakan kulit pesalah.
Selepas mengenakan sebat, dia hendaklah mengangkat alat sebat itu ke atas dan tidak menariknya.
Sebat boleh dikenakan di seluruh bahagian tubuh kecuali muka, kepala, perut, dada atau bahagian-bahagian sulit.
Pesalah hendaklah memakai pakaian mengikut hukum syara’.
(Sumber: Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 Negeri Pahang, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2003 Negeri Selangor.)
Pengajian Islam: Jenayah dari perspektif Islam

More Related Content

What's hot

Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh UlamaSumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh UlamaInteger

Konsep jenayah
Konsep jenayahKonsep jenayah
Konsep jenayahshahirah44

Niat jahat : Konsep & Aplikasinya Dalam Kesalahan Jenayah
Niat jahat : Konsep & Aplikasinya Dalam Kesalahan JenayahNiat jahat : Konsep & Aplikasinya Dalam Kesalahan Jenayah
Niat jahat : Konsep & Aplikasinya Dalam Kesalahan JenayahAr Rayyan

AKULTURASI BUDAYA (EDUP3073)
AKULTURASI BUDAYA (EDUP3073)AKULTURASI BUDAYA (EDUP3073)
AKULTURASI BUDAYA (EDUP3073)hudhud321

Syura vs demokrasi
Syura vs demokrasiSyura vs demokrasi
Syura vs demokrasiHariz Jaafar

Chapter 1 islam sebagai ad-din
Chapter 1   islam sebagai ad-dinChapter 1   islam sebagai ad-din
Chapter 1 islam sebagai ad-dinFazd Alias

Makanan halal menurut islam dan konsep halalan toyyiban
Makanan halal menurut islam dan konsep halalan toyyibanMakanan halal menurut islam dan konsep halalan toyyiban
Makanan halal menurut islam dan konsep halalan toyyibanSiti Nadzirah Md Supar

Contoh PBS STPM Bahasa Arab
Contoh PBS STPM Bahasa ArabContoh PBS STPM Bahasa Arab
Contoh PBS STPM Bahasa ArabNur Paşa

2.1 sifat wajib,mustahil dan harus bagi Allah
2.1 sifat wajib,mustahil dan harus bagi Allah2.1 sifat wajib,mustahil dan harus bagi Allah
2.1 sifat wajib,mustahil dan harus bagi Allahwk_aiman

i) Konsep Siyasah Syar'iyyah
i) Konsep Siyasah Syar'iyyahi) Konsep Siyasah Syar'iyyah
i) Konsep Siyasah Syar'iyyahDr22s

Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMaksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMuhammad Fahmi

Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakatiUnit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakatiathirahsb

Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan EtnikHubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan EtnikMahyuddin Khalid

Ulasan kritis bf
Ulasan kritis bfUlasan kritis bf
Ulasan kritis bfLee Roy

What's hot (20)

Khiyar (Pilihan)
Khiyar (Pilihan)Khiyar (Pilihan)
Khiyar (Pilihan)

Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh UlamaSumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama

Konsep jenayah
Konsep jenayahKonsep jenayah
Konsep jenayah

Thabat wal murunah
Thabat wal murunahThabat wal murunah
Thabat wal murunah

Niat jahat : Konsep & Aplikasinya Dalam Kesalahan Jenayah
Niat jahat : Konsep & Aplikasinya Dalam Kesalahan JenayahNiat jahat : Konsep & Aplikasinya Dalam Kesalahan Jenayah
Niat jahat : Konsep & Aplikasinya Dalam Kesalahan Jenayah

AKULTURASI BUDAYA (EDUP3073)
AKULTURASI BUDAYA (EDUP3073)AKULTURASI BUDAYA (EDUP3073)
AKULTURASI BUDAYA (EDUP3073)

Syura vs demokrasi
Syura vs demokrasiSyura vs demokrasi
Syura vs demokrasi

Chapter 1 islam sebagai ad-din
Chapter 1   islam sebagai ad-dinChapter 1   islam sebagai ad-din
Chapter 1 islam sebagai ad-din

Makanan halal menurut islam dan konsep halalan toyyiban
Makanan halal menurut islam dan konsep halalan toyyibanMakanan halal menurut islam dan konsep halalan toyyiban
Makanan halal menurut islam dan konsep halalan toyyiban

Perbezaan Antara Sistem Ekonomi Islam vs Ekonomi Konvensional
Perbezaan Antara Sistem Ekonomi Islam vs Ekonomi KonvensionalPerbezaan Antara Sistem Ekonomi Islam vs Ekonomi Konvensional
Perbezaan Antara Sistem Ekonomi Islam vs Ekonomi Konvensional

ASAS AKIDAH
ASAS AKIDAHASAS AKIDAH
ASAS AKIDAH

Contoh PBS STPM Bahasa Arab
Contoh PBS STPM Bahasa ArabContoh PBS STPM Bahasa Arab
Contoh PBS STPM Bahasa Arab

Konsep ilmu
Konsep ilmuKonsep ilmu
Konsep ilmu

2.1 sifat wajib,mustahil dan harus bagi Allah
2.1 sifat wajib,mustahil dan harus bagi Allah2.1 sifat wajib,mustahil dan harus bagi Allah
2.1 sifat wajib,mustahil dan harus bagi Allah

i) Konsep Siyasah Syar'iyyah
i) Konsep Siyasah Syar'iyyahi) Konsep Siyasah Syar'iyyah
i) Konsep Siyasah Syar'iyyah

Konsep Harta Dalam Islam
Konsep Harta Dalam IslamKonsep Harta Dalam Islam
Konsep Harta Dalam Islam

Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMaksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya

Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakatiUnit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati

Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan EtnikHubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik

Ulasan kritis bf
Ulasan kritis bfUlasan kritis bf
Ulasan kritis bf

Viewers also liked

Denda dan hukuman minum arak
Denda dan hukuman minum arakDenda dan hukuman minum arak
Denda dan hukuman minum arakIzzah Turijan

Contoh PBS STPM Syariah
Contoh PBS STPM SyariahContoh PBS STPM Syariah
Contoh PBS STPM SyariahNur Paşa

3.1 konsep hudud
3.1 konsep hudud3.1 konsep hudud
3.1 konsep hududshahirah44

Hudud,qisas,diat,dan takzir
Hudud,qisas,diat,dan takzirHudud,qisas,diat,dan takzir
Hudud,qisas,diat,dan takzirshashahussein

Fiqh jinayah
Fiqh jinayahFiqh jinayah
Fiqh jinayahSof Wan

Persoalan semasa takzir
Persoalan semasa takzirPersoalan semasa takzir
Persoalan semasa takzirshahirah44

Sistem ekonomi islam
Sistem ekonomi islamSistem ekonomi islam
Sistem ekonomi islamsiauwfelix

Perundangan Islam pada zaman penjajahan barat
Perundangan Islam pada zaman penjajahan baratPerundangan Islam pada zaman penjajahan barat
Perundangan Islam pada zaman penjajahan baratathirahsb

Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)
Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)
Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)RAMLAH BINTI A. RANI

Pendidikan Syariah Islamiah
Pendidikan Syariah IslamiahPendidikan Syariah Islamiah
Pendidikan Syariah Islamiahabunasih

Viewers also liked (20)

Ta’zir
Ta’zirTa’zir
Ta’zir

Arak
ArakArak
Arak

Skrip contoh pbs syariah
Skrip contoh pbs syariahSkrip contoh pbs syariah
Skrip contoh pbs syariah

Bab 13
Bab 13Bab 13
Bab 13

Denda dan hukuman minum arak
Denda dan hukuman minum arakDenda dan hukuman minum arak
Denda dan hukuman minum arak

Contoh PBS STPM Syariah
Contoh PBS STPM SyariahContoh PBS STPM Syariah
Contoh PBS STPM Syariah

Hudud
HududHudud
Hudud

3.1 konsep hudud
3.1 konsep hudud3.1 konsep hudud
3.1 konsep hudud

Hudud,qisas,diat,dan takzir
Hudud,qisas,diat,dan takzirHudud,qisas,diat,dan takzir
Hudud,qisas,diat,dan takzir

Fiqh jinayah
Fiqh jinayahFiqh jinayah
Fiqh jinayah

Manual kerja kursus syariah
Manual kerja kursus syariahManual kerja kursus syariah
Manual kerja kursus syariah

Persoalan semasa takzir
Persoalan semasa takzirPersoalan semasa takzir
Persoalan semasa takzir

Kerja khusus syariah 930 4 set c
Kerja khusus syariah 930 4 set cKerja khusus syariah 930 4 set c
Kerja khusus syariah 930 4 set c

Kerja khusus syariah 930 4 set a
Kerja khusus syariah 930 4 set aKerja khusus syariah 930 4 set a
Kerja khusus syariah 930 4 set a

Sistem ekonomi islam
Sistem ekonomi islamSistem ekonomi islam
Sistem ekonomi islam

Qisas & diyat
Qisas & diyatQisas & diyat
Qisas & diyat

Perundangan Islam pada zaman penjajahan barat
Perundangan Islam pada zaman penjajahan baratPerundangan Islam pada zaman penjajahan barat
Perundangan Islam pada zaman penjajahan barat

konsep asas islam
konsep asas islamkonsep asas islam
konsep asas islam

Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)
Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)
Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)

Pendidikan Syariah Islamiah
Pendidikan Syariah IslamiahPendidikan Syariah Islamiah
Pendidikan Syariah Islamiah

Similar to Pengajian Islam: Jenayah dari perspektif Islam

Pembunuhan dengan daya paksa ( overmach ) menurut islam
Pembunuhan dengan daya paksa ( overmach ) menurut islamPembunuhan dengan daya paksa ( overmach ) menurut islam
Pembunuhan dengan daya paksa ( overmach ) menurut islamRamdan Galau

PERBEZAAN_ANTARA_HUDUD.docx
PERBEZAAN_ANTARA_HUDUD.docxPERBEZAAN_ANTARA_HUDUD.docx
PERBEZAAN_ANTARA_HUDUD.docxAimanFirdaus40

28. 33020210156_Adam Ibnu Pratama .pdf
28. 33020210156_Adam Ibnu Pratama .pdf28. 33020210156_Adam Ibnu Pratama .pdf
28. 33020210156_Adam Ibnu Pratama .pdfRINIRISDAYANTI0125

Menjaga martabat manusia dengan menjauhi pergaulan bebas dan zina
Menjaga martabat manusia dengan menjauhi pergaulan bebas dan zinaMenjaga martabat manusia dengan menjauhi pergaulan bebas dan zina
Menjaga martabat manusia dengan menjauhi pergaulan bebas dan zinaRizky Maulana

Kliping tentang menjaga martabat manusia dengan menjauhi pergaulan bebas dan ...
Kliping tentang menjaga martabat manusia dengan menjauhi pergaulan bebas dan ...Kliping tentang menjaga martabat manusia dengan menjauhi pergaulan bebas dan ...
Kliping tentang menjaga martabat manusia dengan menjauhi pergaulan bebas dan ...Rizky Maulana

Jarimah Hudud.doc.docx
Jarimah Hudud.doc.docxJarimah Hudud.doc.docx
Jarimah Hudud.doc.docxsodre muhamad

Keunggulan Sistem Pidana Islam - KH. Shiddiq al-Jawi
Keunggulan Sistem Pidana Islam - KH. Shiddiq al-JawiKeunggulan Sistem Pidana Islam - KH. Shiddiq al-Jawi
Keunggulan Sistem Pidana Islam - KH. Shiddiq al-JawiAnas Wibowo

PPT Fikih Jinayah. Kelompok 1.pptx
PPT Fikih Jinayah. Kelompok 1.pptxPPT Fikih Jinayah. Kelompok 1.pptx
PPT Fikih Jinayah. Kelompok 1.pptxRINIRISDAYANTI0125

Bahan makalah tujuan dan fungsi hukum islam
Bahan makalah tujuan dan fungsi hukum islamBahan makalah tujuan dan fungsi hukum islam
Bahan makalah tujuan dan fungsi hukum islamSholehKhuddin

4. 33020210030_AMBAR SETIANI.pdf
4. 33020210030_AMBAR SETIANI.pdf4. 33020210030_AMBAR SETIANI.pdf
4. 33020210030_AMBAR SETIANI.pdfRINIRISDAYANTI0125

Keadilan dari perspektif islam
Keadilan dari perspektif islamKeadilan dari perspektif islam
Keadilan dari perspektif islamAbdul Ghani

Jenayah Dalam Islam yang terkandung dalam
Jenayah Dalam Islam yang terkandung dalamJenayah Dalam Islam yang terkandung dalam
Jenayah Dalam Islam yang terkandung dalamzryahmadZAA

13. 3302021091_ARUM MAHDANI.pdf
13. 3302021091_ARUM MAHDANI.pdf13. 3302021091_ARUM MAHDANI.pdf
13. 3302021091_ARUM MAHDANI.pdfRINIRISDAYANTI0125

Presentation1 tugas agama
Presentation1 tugas agamaPresentation1 tugas agama
Presentation1 tugas agamaRina Sintia

main hakim sendiri. tugas filsafat hukum
main hakim sendiri. tugas filsafat hukummain hakim sendiri. tugas filsafat hukum
main hakim sendiri. tugas filsafat hukumnidaulhasanah9

Similar to Pengajian Islam: Jenayah dari perspektif Islam (20)

Pembunuhan dengan daya paksa ( overmach ) menurut islam
Pembunuhan dengan daya paksa ( overmach ) menurut islamPembunuhan dengan daya paksa ( overmach ) menurut islam
Pembunuhan dengan daya paksa ( overmach ) menurut islam

PERBEZAAN_ANTARA_HUDUD.docx
PERBEZAAN_ANTARA_HUDUD.docxPERBEZAAN_ANTARA_HUDUD.docx
PERBEZAAN_ANTARA_HUDUD.docx

28. 33020210156_Adam Ibnu Pratama .pdf
28. 33020210156_Adam Ibnu Pratama .pdf28. 33020210156_Adam Ibnu Pratama .pdf
28. 33020210156_Adam Ibnu Pratama .pdf

Menjaga martabat manusia dengan menjauhi pergaulan bebas dan zina
Menjaga martabat manusia dengan menjauhi pergaulan bebas dan zinaMenjaga martabat manusia dengan menjauhi pergaulan bebas dan zina
Menjaga martabat manusia dengan menjauhi pergaulan bebas dan zina

Menjaga martabat manusia dengan menjauhi pergaulan bebas dan zina
Menjaga martabat manusia dengan menjauhi pergaulan bebas dan zinaMenjaga martabat manusia dengan menjauhi pergaulan bebas dan zina
Menjaga martabat manusia dengan menjauhi pergaulan bebas dan zina

Kliping tentang menjaga martabat manusia dengan menjauhi pergaulan bebas dan ...
Kliping tentang menjaga martabat manusia dengan menjauhi pergaulan bebas dan ...Kliping tentang menjaga martabat manusia dengan menjauhi pergaulan bebas dan ...
Kliping tentang menjaga martabat manusia dengan menjauhi pergaulan bebas dan ...

Jarimah Hudud.doc.docx
Jarimah Hudud.doc.docxJarimah Hudud.doc.docx
Jarimah Hudud.doc.docx

Keunggulan Sistem Pidana Islam - KH. Shiddiq al-Jawi
Keunggulan Sistem Pidana Islam - KH. Shiddiq al-JawiKeunggulan Sistem Pidana Islam - KH. Shiddiq al-Jawi
Keunggulan Sistem Pidana Islam - KH. Shiddiq al-Jawi

jinayat.pptx
jinayat.pptxjinayat.pptx
jinayat.pptx

PPT Fikih Jinayah. Kelompok 1.pptx
PPT Fikih Jinayah. Kelompok 1.pptxPPT Fikih Jinayah. Kelompok 1.pptx
PPT Fikih Jinayah. Kelompok 1.pptx

Bahan makalah tujuan dan fungsi hukum islam
Bahan makalah tujuan dan fungsi hukum islamBahan makalah tujuan dan fungsi hukum islam
Bahan makalah tujuan dan fungsi hukum islam

Jenayah
JenayahJenayah
Jenayah

4. 33020210030_AMBAR SETIANI.pdf
4. 33020210030_AMBAR SETIANI.pdf4. 33020210030_AMBAR SETIANI.pdf
4. 33020210030_AMBAR SETIANI.pdf

Keadilan dari perspektif islam
Keadilan dari perspektif islamKeadilan dari perspektif islam
Keadilan dari perspektif islam

Jenayah Dalam Islam yang terkandung dalam
Jenayah Dalam Islam yang terkandung dalamJenayah Dalam Islam yang terkandung dalam
Jenayah Dalam Islam yang terkandung dalam

7. 33020210037_Sekarwati.pdf
7. 33020210037_Sekarwati.pdf7. 33020210037_Sekarwati.pdf
7. 33020210037_Sekarwati.pdf

Dadah 2011
Dadah 2011Dadah 2011
Dadah 2011

13. 3302021091_ARUM MAHDANI.pdf
13. 3302021091_ARUM MAHDANI.pdf13. 3302021091_ARUM MAHDANI.pdf
13. 3302021091_ARUM MAHDANI.pdf

Presentation1 tugas agama
Presentation1 tugas agamaPresentation1 tugas agama
Presentation1 tugas agama

main hakim sendiri. tugas filsafat hukum
main hakim sendiri. tugas filsafat hukummain hakim sendiri. tugas filsafat hukum
main hakim sendiri. tugas filsafat hukum

Recently uploaded

Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32

Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaMateri Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaSABDA

Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18

Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptPertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptNabilahKhairunnisa6

Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSyudi_alfian

Materi Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptx
Materi Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptxMateri Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptx
Materi Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptxshafiraramadhani9

IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxErikaPuspita10

Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14

Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuHANHAN164733

TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanTPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanNiKomangRaiVerawati

Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfmaulanayazid

Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137

Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia

aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmeunikekambe10

PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken

MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxMTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxssuser0239c1

RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...Kanaidi ken

UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...jumadsmanesi

PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdfMMeizaFachri

PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.aechacha366

Recently uploaded (20)