SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
Fahaman KontraversiIbnu Taimiyah
Walaupun Ibnu Taimiyah terkenal dengan banyak hasil penulisan seperti yang telah
dinyatakan sebelum ini, ramai ulama yang hidup sezaman dengannya dan sesudahnya yang
menentang pandangan-pandangannya yang menyeleweng, yang tidak selari dengan iktikad
majoriti umat Islam Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Disebabkan fahaman-fahamannya itu, dia
sering dipenjarakan.
Muhaddith, Hafiz, Faqih Syeikh Waliuddin al-Iraqi, anak kepada Syeikh Huffaz Zainuddin
al-Iraqi, dalam bukunya “al-‘Ajwibat-ul-Mardiyyah” berkata tentangnya, ‘Pengetahuan
terlalu besar untuk akalnya.’ Beliau juga berkata, ‘Dia (Ibnu Taimiyah) telah banyak
melanggari Ijma` dalam banyak isu, yang dikatakan enam puluh isu kesemuanya.
Sebagiannya dalam perkara Usul dan yang lain dalam perkara Furu`. Setelah Ijma` selesai
mengenai isu-isu tersebut, dia telah menentangnya. Ulama pada zamanya segera
menyangkalnya dan menghukumnya sebagai seorang pembawa ajaran bid’ah. Dikalangan
mereka ialah Imam, Hafiz, Taqiyuddin Ali bin Abdil Kafi as-Subki. Dalam kitab beliau “ad-
Durrat-ul-Mudiyyah”, beliau berkata, ‘Ibnu Taimiyah telah membuat perkara baharu yang
mengjengkelkan dalam perkara Usul keimanan dan menyalahi asas-asas Agama Islam,
selepas dia memakai pakaianAl-Quran dan As-Sunnah, secara luaran menampakkan dirinya
sebagai seorang yang menyeru kepada kebenaran dan menunjuk jalan ke Syurga. Dengan
demikian dia telah menyeleweng daripada mengikut Al-Quran dan As-Sunnah kepada bid`ah
(dhalalah) dan terkeluar daripada Ahlus Sunnah Wal Jamaah, kerana dia telah menyalahi
Ijma`. Dia telah membuat kenyataan-kenyataan yang menjisimkan Zat Allah (s.w.t) dan
bahawasanya tidak mustahil bagi Allah memerlukan juzu`-juzu` - beranggota. Dia telah
melampau dalam mengatakan bahawa dunia tidak ada permulaan.Dia berpegang teguh
dengan pendapatnya yang mengatakan bahawa makhluk tidak mempunyai permulaan, ini
bermakna kewujudan perkara-perkara baharu tidak mempunyai permulaan.Maka dia telah
menyatakan bahawa sifat qadim Allah dicipta dan perkara baharu yang dicipta adalah
kekal.Tidak ada sesiapa pun yang mengatakan demikian dalam mana-mana agama.Dia
bukanlah tergolong dalam tujuh puluh tiga golongan umat Islam yang berpecah (yang
dikhabarkan oleh Nabi (s.a.w.)). Meskipun kesemuanya ini adalah kufur, ia sedikit
berbanding dengan bid’ah yang dia buat dalam perkara furu`.’1
Ibnu Taimiyah berpendapat bahawa Makhluk Wujud Sejak Azali
Bersama Allah2
Isu ini adalah antara isu yang jelek dalam akidah di mana Ibnu Taimiyah telah terkeluar
daripada akal yang waras dan mengingkari nas yang jelas serta Ijma` umat Islam. Dia telah
menyatakan iktikad ini didalam lima kitabnya: “Minhaj-us-Sunnat-in-Nabawiyah”,
1
Sheikh Abdullah Al-Harari, http://www.riadnachef.org/index.php?option=com_content&view=article&id=108:the-sunni-articles-refuting-
ibn-taymiyah
2
ibid
“Muwafaqatu Sarih-il-Ma’qul li Sahih-il-Manqul”, “Sharh Hadith-in-Nuzul”, “Sharh Hadith
‘Imran Ibn Husayn” dan “Naqdu Maratib-il-‘Ijma”.
Ibnu Taimiyah menyatakan dalam “Minhaj-us-Sunnat-in-Nabawiyyah”, Jilid 1, muka surat
24, “Jika kamu kata kepada kami, “Kamu kata bahawa perkara baharu berlaku pada Allah,
kami katakan kepada kamu, “Ya ini adalah kata-kata kami dan inilah yang ditujukkan oleh
Syarak dan akal.”
Ibnu Hazm yang meriwayatkan keyakinan Ijma` bahawa kewujudan Allah sediakala dan
tiada suatu pun yang wujud bersamanya sejak azali, dan orang yang menentang perkara ini
adalah kafir. Selepas kenyataan Ibnu Hazm ini, Ibnu Taimiyah mempersoalkannya riwayat
ini dengan berkata, “Bukankah aneh riwayat dia (Ibnu Hazm) yang mengatakan bahawa
Ijma` menghukum kufur ke atas sesiapa yang berkeyakinan bahawa Allah sahaja yang wujud
sejak azali dan tiada sesuatu pun yang wujud bersamanya.”
Kenyataan Ibnu Taimiyah dalam “Sharh Hadith ‘Imran Ibnu Husain”, muka surat 193, “Jika
jenis (yakni spesis) makhluk dianggap wujud sejak azali bersama Allah, kefahaman ini tidak
dinafikan oleh Syarak atau akal tetapi ia adalah dari kesempurnaanNya. Allah Ta’ala
berfirman (mafhumnya) Dia yang mencipta tidak sama dengan yang tidak mencipta.
Kemudian Ibnu Taimiyah berkata, “Makhluk telah wujud sejak azali bersamaNya.”
Ibnu Taimiyah Mengatakan Bahawa Zat Allah Ada Had3
Didalam kitab yang ditulis oleh Imam at-Tahawi yang dinamakan: “Menyatakan iktikad
Ahlus-Sunnah-Wal-Jamaah menurut Mazhab Fukuha` Islam, Imam Abu Hanifah Nu’man ibn
Thabit al-Kufi, Abu Yusuf Ya’qub ibnu Ibrahim al-Ansari dan Abu ‘Abdillah Muhammad
ibnu al-Hasan ash-Shaibani” dua sahabatnya dan yang lain, Imam at-Tahawi menafikan had
pada Allah dengan mengatakan bahawa, “Dia (Allah) dengan keagunggannya yang tinggi
(DIA tidak mempunyai) had-had dan ghayat (sebagai contoh, keluasan).”
Dalam bukunya “al-Muwafaqah”, Jilid 2 halaman 33, Ibnu Taimiyah menyifatkan had bagi
Allah (S.W.T). Dia berkata, “Orang-orang Islam dan bukan Islam bersetuju bahawa Allah
berada di langit dan mereka menghadkan Dia dengan ini.” Pada halaman 29 dia berkata, “Dia
(Allah) tidak mempunyai had yang kita tahu tetapi Dia ada had yang hanya Dia sahaja yang
tahu.” Apa yang didakwanya bahawa orang Islam dan bukan Islam bersetuju dan sepakat
dalam hal ini adalah sungguh aneh.
Penafian had pada Allah juga telah sabit dalam riwayat oleh Imam Abu Hanifah dan yang
lain, malah yang lebih awal daripadanya seperti, Imam Zainal Abidin Ali bin Al-Husain
(radiyallahu’anhum) dalam karyanya yang terkenal sebagai “As-Sahifat-us-Sajjadiyyah”.
Dalam “Sharh Ihya’i ‘Ulum-id-Din”, karangan Muhaddith Hafiz Muhammad Murtada az-
3
ibid
Zabidi meriwayatkan dengan isnad muttasil (bersambung) daripadanya sehingga sampai
kepada Imam Zainal Abidin yang mengatakan, “Dia (Allah) tidak disekat oleh had.” Beliau
juga berkata, “ Tidak ada tempat yang meliputiNya.”
Di manakah dakwaan Ibnu Taimiyah tentang persetujuan umat Islam yang menyifatkan had
pada Allah? Golongan Salaf telah menafikan had bagi Allah seperti yang dinyatakan oleh
Imam at-Tahawi. Beliau menyatakan bahawa ini adalah mazhab Salaf seperti yang
diterangkan di awal kitabnya “Menyatakan iktikad Ahl-us-Sunnah Wal-Jamaah.”
Ibnu Taimiyah Mengatakan Bahawa Allah Duduk4
Perkataan Ibnu Taimiyah tentang Allah duduk adalah benar walaupun sebahagian
pengikutnya menafikannya apabila mereka mendapatinya jelek.Dia menyatakan perkara ini
dalam kitabnya “Minhaj-us-Sunnat-in-Nabawiyah” dengan mengatakan, “Majoriti Ahl-us-
Sunnah wal-Jamaah mengatakan bahawa Allah (Tabaraka wa Ta’ala) turun dan Arash tidak
dikosongkan olehNya.” Dia mendakwa bahawa ini telah diriwayatkan oleh Ishak Ibnu
Rahawayh, Hammad Ibnu Zaid, Imam Ahmad dan yang lain. Ini adalah pendustaan semata.
Dalam kitab Tafsir bernama “an-Nahr”, Pakar Nahu Abu Hayyan al-Andalusi telah
meriwayatkan tentang iktikad Ibnu Taimiyah.Beliau berkata, “Dalam tulisan tangannya,
sebuah kitab karya Ahmad ibnu Taimiyah, seorang yang sezaman dengan kita, yang
dinamakannya “Kitab-ul-‘Arash”, aku terbaca, ‘Allah duduk di atas al-Kursi dan telah
meninggalkan satu ruang untuk Rasulullah (s.a.w.) duduk bersamanya.
Laporan Abu Hayyan ini tidak telah dikeluarkan daripada naskhah
lama.Walaubagaimanapun, manuskrip mengesahkannya. Imam Zahid al-Kawthari dalam
komentarinya “as-Saif-us-Saqil” halaman 85, menerangkan sebab mengapa kenyataan Ibnu
Taimiyah ini telah dikeluarkan: ‘Editor dari penerbit as-Sa’adah Printing House telah
memberitahuku bahawa dia telah mendapati ia (kenyataan itu) amat buruk dan dia telah
mengeluarkannya daripada cetakan supaya musuh Islam tidak boleh menggunakannya.
Kemudian dia memintaku merekodkan ia di sini untuk mengingatkan dia apa yang dia terlupa
dan demi amanah kepada umat Islam.
Dalam “al-Muwafaqah” halaman 29, Ibnu Taimiyah berkata, “Allah (s.w.t) mempunyai had
yang tiada sesiapa kecuali Dia sahaja yang tahu. Seseorang tidak patut membayangkan had
tersebut tetapi harus meyakininya dan serahkan pengetahuan tentangnya kepada Allah.
TempatNya ada had, iaitu pada ArashNya di atas langitNya. Inilah dua had.”
Di Dalam Jilid 25, kitab “al-Kawakib-ud-Darari”, yang berada di Perpustakaan az-
Zahariyyah Damaskus, Ibnu Taimiyah telah berkata, “Jika Allah berkehendak, Dia boleh
4ibid
tunggang seekor nyamuk yang akan membawaNya dengan KuasaNya; apatah lagi pada
Arash yang besar!”
Ibnu Taimiyah Mengatakan Mustahil Wujud Tanpa Berjirim5
Dalam karyanya "Bayaan Talbis Al-Jahmiyah", Ibnu Taimiyah telah membantah kenyataan
Imam Fakhruddin Ar-Raazi dalam kitabnya Asas At-Taqdis.Sedangkan dalam kitab Asas At-
Taqdis, Imam Ar-Raazi memberi hujjah dalam membantah keras fahaman musyabbihah
(mereka yang menyerupakan Allah dengan makhluk) dan fahaman mujassimah (mereka yang
menjisimkan Allah).
Imam Fakhruddin Ar-Raazi telah berkata, "Jika Dia (Allah s.w.t) boleh dipisah-pisahkan,
maka Dia berjuzuk-juzuk..."
Ibn Taymiyyah menjawab, “Sebenarnya jelas, jika perkara ini adalah mustahil, maka ini
bermakna tiada suatu pun boleh wujud."
Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa jika sesuatu itu bukan jirim iaitu tidak boleh dipisah-
pisahkan dalam apa jua bentuk, maka ia tidak boleh wujud, termasuklah Allah (s.w.t). Dalam
erti kata yang lain, Ibnu Taimiyah mengesahkan keyakinannya bahawa Allah sebenarnya
adalah jirim.
Ibnu Taimiyah berkata, "Kami telah menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan
kemungkinan iaitu berkaitan dengan komposisi, menetap pada tempat, memiliki selainnya
(berlainan sisi atau bahagian atau juzuk) dan keperluan, dan inilah yang dimaksudkan,
bahawa semua yang wujud mesti disifatkan dengan kemungkinan ini, sama ada yang wajib
wujud (Allah s.w.t) atau yang berkemungkinan wujud (makhluk). Sesungguhnya,
mengatakan bahawa ini mustahil disifatkan (kepada yang wujud), adalah semata-mata
sofisme (retorik)."
Di sini, Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa tiada sesuatu pun boleh wujud, termasuk Allah
(s.w.t), melainkan ia mempunyai tempat, juzuk-juzuk dan keperluan.Dari segi akidah, ini
adalah satu keyakinan yang jelek.
Ibnu Taimiyah Mengatakan Bahawa Allah (s.w.t) Mempunyai Arah6
Di dalam Bayaan Talbis Al-Jahmiyah, Jilid 1 halaman 438, Ibnu Taimiyah mengatakan,
"Pernyataan moderat daripada tiga pernyataan Qadhi Abu Ya'ala adalah yang bertepatan
5
http://www.correctislamicfaith.com/ibntaymiyyasbeliefs.htm
6
ibid
dengan kata Imam Ahmad dan para imam yang lain. Beliau telah menyatakan (ini adalah
pendustaan terhadap Imam Ahmad bin Hanbal), "Allah (s.w.t) ada pada arah tertentu, dan Dia
tidak pada semua arah.Namun, Dia di luar dunia dan unik daripada makhlukNya, terpisah
daripadanya dan Dia tidak pada setiap arah. Inilah yang dimaksudkan apabila Imam Ahmad
berkata, "Dia memiliki had yang hanya Dia sahaja yang tahu." (Ini jelas menunjukkan
kesalahfahaman kenyataan Imam Ahmad). Jika Ahmad telah memaksudkan arah ke arah
Arash sahaja, maka ini diketahui oleh hamba Allah kerana mereka tahu bahawa had Allah
pada arah ini adalah Arash.
Dalam erti kata lain, Ibnu Taimiyah mendakwa bahawa "Allah (s.w.t.) ada pada sesuatu
arah", dan bahawa “had Allah daripada arah ini adalah Arash". Menurut Ibnu Taimiyah, ini
adalah arah yang diketahui.
Ini jelas menyimpang daripada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti yang dinyatakan
oleh Imam Tahawi dalam risalah yang dikenali sebagai Akidah Tahawiyah, "Dia (Allah)
tidak pula tertakluk kepada enam arah [atas dan bawah, depan dan belakang, kanan dan kiri]
sebagaimana semua makluk."
Ibnu Taimiyah Mengatakan Bahawa Neraka Akan Musnah7
Ibnu Taimiyah telah menulis satu risalah berjudul ar-Radd ’Ala Man Qala Bi Fana’ an-Nar
yang di dalamnya, dia mengatakan, "Dalam kitab al-Musnad Imam Tabari ada disebutkan
bahawa dalam neraka nanti akan tumbuh pokok Jirjir. Oleh itu, pendapat yang mengatakan
bahawa neraka akan musnah dikuatkan dengan dalil dari Al-Quran, As-Sunnah dan perkataan
para sahabat. Manakala mereka yang berpendapat bahawa neraka kekal abadi tidak
mempunyai dalil, baik dari Al-Quran mahu pun dari As-Sunnah" (Ar-Rad 'Ala Man Qala Bi
Fana` an-Nar, ms. 67).
Fahaman ini telah dibidas oleh ulama pada zamannya. Antaranya, Imam Al-Hafiz Al-
Mujtahid Taqiyudin as-Subki yang menulis satu risalah yang diberikan nama, "al-I’tibar Bi
Baqa al-Jannah Wa an-Nar”sebagai bantahan keras kepada Ibn Taimiyah. Dalam risalah
tersebut, antara yang dikatakan Imam as-Subki seperti berikut:
”Sesungguhnya keyakinan seluruh umat Islam bahwa syurga dan neraka tidak akan musnah
selamanya. Kesepakatan (Ijma’) akan keyakinan ini telah dinukilkan oleh Ibn Hazm, dan
sesiapa yang menyalahi perkara ini, maka ia telah menjadi kafir seperti mana perkara ini telah
disepakati (Ijma’). Sudah pasti perkara ini tidak boleh diragukan lagi, karena abadinya syurga
dan neraka adalah perkara yang telah maklum oleh seluruh lapisan umat Islam. Terdapat
banyak dalil yang menunjukkan perkara itu” (Al-I’tibar Bi Baqa’ al-Jannah Wa an-Nar dalam
ad-Durrah al-Mudliyyah Fi ar-Radd ‘Ala Ibn Taimiyah oleh al-Hafizh ‘Ali ibn ‘Abd al-Kafi
as-Subki, ms. 60).
7
http://www.sarkub.com/2012/pernyataan-kontroversial-ibnu-taimiyah-bahwa-neraka-akan-punah
Ibnu Taimiyah Mengatakan Para Nabi Buat Dosa8
Menurut Sheikh Muhammad Abu Bakar Ghazipuri al-Ansari, dalam Majmuk Fatawa Ibnu
Taimiyah, Jilid 10, kepercayaan Ibnu Taimiyah yang paling paling bahaya ialah,
mempercayai bahawa para Nabi tidak maksum dari dosa dan kemaksiatan, sama ada besar
atau kecil. Bagi Ibnu Taimiyah, kemaksuman para Nabi hanya terhad kepada menyampaikan
risalah daripada Allah, bahawa mereka tidak mengulangi dosa atau berterusan kekal atas
dosa. Ini berbeza dengan apa yang diyakini oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah, bahawa para Nabi
tidak pernah melakukan sebarang dosa.
Ibnu Taimiyah menulis, “Ada pun kemaksuman yang tidak berkaitan dengan menyampaikan
risalah, adakah ia terbukti dari intelek atau pernah didengar (periwayatannya)? Adakah ia
dari dosa besar atau kecil? Atau sebahagiannya?Atau dari mengulanginya?Atau, adakah
kemaksuman itu tidak dmestikan kecuali dalam menyampaikan risalah sahaja?Adakah
kemaksuman dari kekufuran mesti, sebelum diangkat menjadi nabi atau tidak?”
Selepas kenyataan-kenyataan ini, Ibnu Taimiyah menjelaskan kepercayaannya tentang
kemaksuman para Nabi.
“Pegangan majoriti dan diriwayatkan daripada Salaf ialah, kemaksuman cuma berkaitan
dengan perlindungan dari mengulangi dosa.”
Ini adalah satu pendustaan terhadap Salaf dan majoriti umat Islam.Mereka bebas daripada
kepercayaan karut yang bertentangan dengan Al-Quran dan Hadith.Allah (s.w.t) berfirman,
mafhumnya, “Kami mendapati kamu tidak mengetahui dan kemudian Kami memberi kamu
petunjuk.” (Surah Dhuha, 93:7) Bagaimana seseorang yang Allah memberi petunjuk dan
memilihnya untuk menyampaikan RisalahNya melakukan dosa? Selepas Allah (s.w.t)
menceritakan kisah para Rasul, DIA berfirman, mafhumnya, ..maka ikutilah petunjuk
mereka..”(Surah Al-Anam, 6:90) Adakah Allah akan menyuruh makhlukNya yang terbaik
dan terpilih untuk mengikut mereka yang melakukan dosa?
Allah (s.w.t) berfirman kepada Syaitan, mafhumnya, “Sesungguh engkau tidak akan dapat
menguasi para HambaKu.” (Surah Al-Isra`, 17:65) Jadi, siapakah yang lebih mulia dan
terpuji selain daripada para Nabi (‘Alaihimussalam), yang dia (Ibnu Taimiyah) boleh campak
dalam golongan yang melakukan dosa dan kemudian medapatkan petunjuk daripada mereka?
Kemaksiatan dan dosa adalah tidak lain tetapi kesan Syaitan menguasai para Hamba Allah
(s.w.t).
Berbeza dengan pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah iaitu para Nabi maksum (terpelihara)
dari melakukan dosa besar dan dosa kecil sebelum dan selepas diangkat menjadi nabi.
Oleh kerana Ibnu Taimiyah tidak percaya tentang kemaksuman para Nabi dari sebarang dosa,
dia telah menulis tentang Nabi Yunus (a.s.),
8
Sheikh MuhammadAbuBakar Ghazipuri al-Ansari,Was Ibnu TaymiyahFrom The Ahlus Sunnahwal Jamaah?,
http://islamicbookshub.wordpress.com/2013/02/15/was-ibn-taymiah-from-the-ahlus-sunnah-wal-jamaah-by-shaykh-muhammad-abu-bakr-
ghazipuri/ diambil pada 23 Mac 2014
“Zun Nun (Nabi Yunus (a.s.)) menyaksikan kekurangannya pada sisi Tuhan ketika baginda
marah dan benci bahawa mereka perlu diselamatkan.Ini menunjukkan bahawa baginda telah
melakukan sesuatu yang bukan sepatutnya iaitu baginda sepatutnya mencintai Allah dan
menerimaNya sebagai Tuhannya.Dengan mengatakan, “Tiada tuhan tetapi Engkau,” baginda
telah membuat pengakuan di mana dengannya seorang hamba menghapuskan dosa
mengambil nafsunya sebagai tuhannya.Telah diriwayatkan, ‘Tidak ada sesuatu pun di bawah
langit, di sisi Allah lebih buruk daripada memperhambakan diri kepada hawa nafsu.’Maka
dengan itu Yunus (a.s) telah menyempurnakan kesaksiannya terhadap hakikat Tuhannya dan
melenyapkan hawa nafsu yang telah disekutukan dengan Tuhan.”
Menurut kenyataan ini, Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa Nabi Yunus (a.s.) mempunyai
kekurangan di sisi Tuhan dan telah menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan. Ini adalah
pendustaan yang amat besar.Na’udzubillahi min dzalik.
Ibnu Taimiyah Mengatakan Bahawa Para Nabi Tidak Mencapai
Kesempurnaan Kecuali Di Akhir Hayat Mereka9
Antara kepercayaan Ibnu Taimiyah yang pelik adalah bahawa para Nabi tidak mencapai
kesempurnaan kecuali diakhir hayat mereka, bukan sejak awal mereka.Dengar baik-baik
kenyataan dia, “Tujuannya di sini adalah bahawa semua kesalahan ke atas Nabi Yunus (a.s.)
seperti yang diceritakan, telah dimaafkan dan Allah telah mengubahnya kepada amalan baik
dan meningkatkan darjat Nabi Yunus (a.s.).Selepas baginda keluar daripada perut ikan dan
bertaubat, darjat baginda adalah lebih baik daripada sebelumnya.”
Kemudian Ibnu Taimiyah juga telah menulis, “Keadaan baginda selepas mengucapkan, ‘La
ilaha illa Anta Subhanaka inni kuntu minazh zholimin,’ adalah lebih tinggi daripada keadaan
baginda sebelumnya. Iktibar adalah apa yang berlaku diakhir, bukan dipermulaan. Perbuatan
adalah menurut kesudahannya.”
Ibnu Taimiyah berkata lagi, “Demi Allah! Dia telah menciptakan manusia dan
mengeluarkannya daripada perut ibunya dalam keadaan tidak mengetahui apa-apa.Kemudian
Dia mengajarnya.Maka Dia telah membawanya dari keadaan kekurangan kepada keadaan
yang sempurna.Oleh itu, tidak boleh menilai nilai seseorang sebelum dia mencapai keadaan
sempurna.Iktibar adalah pada keadaan sempurna.Nabi Yunus dan para Nabi (a.s.) yang
lainnya mencapai kemuncak kesempurnaan di akhir hayat mereka.”
Sheikh Ghazipuri menyatakan, jika kita terima pendapat Ibnu Taimiyah ini, maka kita harus
berkata bahawa tidak seorang pun dari kalangan para Nabi yang mencapai kesempurnaan di
akhir hayat mereka. Ini adalah kerana, jika usia mereka lebih panjang daripada yang
sebenarnya, bukankah tahap kesempurnaan dan iman mereka akan meningkat?
9ibid
Sheikh Ghazipuri menyatakan bahawa tiada seorang pun daripada Ahlus Sunnah Wal Jamaah
yang berkeyakinan seperti apa yang dinyatakan oleh Ibnu Taimiyah. Ini adalah semata-mata
pendapatnya.Ia tidak pernah diriwayatkan daripada Sahabat mahupun Tabi’in.

More Related Content

What's hot

Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)
Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)
Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)MUHAMMAD FAUZI YUSOF
 
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'inSejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'inZafirah Abdullah
 
Bab 1 konsep fatwa dalam islam (1)
Bab 1 konsep fatwa dalam islam (1)Bab 1 konsep fatwa dalam islam (1)
Bab 1 konsep fatwa dalam islam (1)wmkfirdaus
 
Riba dalam syariat islam
Riba dalam syariat islamRiba dalam syariat islam
Riba dalam syariat islamsalmy1001
 
KEISTIMEWAAN DAN KEUNGGULAN AKIDAH ISLAM BERBANDING AGAMA DAN IDEOLOGI LAIN
KEISTIMEWAAN DAN KEUNGGULAN AKIDAH ISLAM BERBANDING AGAMA DAN IDEOLOGI LAINKEISTIMEWAAN DAN KEUNGGULAN AKIDAH ISLAM BERBANDING AGAMA DAN IDEOLOGI LAIN
KEISTIMEWAAN DAN KEUNGGULAN AKIDAH ISLAM BERBANDING AGAMA DAN IDEOLOGI LAINWanMohamadZulhilmi1
 
Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Aqidah Ahli Sunnah Wal JamaahAqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaahmuzani anh
 
definisi dan kepentingan qarinah
definisi dan kepentingan qarinahdefinisi dan kepentingan qarinah
definisi dan kepentingan qarinahhafizuddinhussin
 
5.9.2012 hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
5.9.2012 hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah completeAngah Rahim
 
Tugasan hbqe2103 al tajwid ustaz mohd redzuan
Tugasan hbqe2103 al tajwid  ustaz mohd redzuanTugasan hbqe2103 al tajwid  ustaz mohd redzuan
Tugasan hbqe2103 al tajwid ustaz mohd redzuanNorafsah Awang Kati
 
Undang undang muamalat dan perlaksanaan
Undang undang muamalat dan perlaksanaanUndang undang muamalat dan perlaksanaan
Undang undang muamalat dan perlaksanaanZainudin Ismail
 
Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumud
Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumudSejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumud
Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumudZafirah Abdullah
 
Nasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhNasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhDanialkmal
 
Tafsir ibnu kathir
Tafsir ibnu kathirTafsir ibnu kathir
Tafsir ibnu kathirAmirul Afif
 

What's hot (20)

Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)
Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)
Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)
 
Sebab nuzul
Sebab nuzulSebab nuzul
Sebab nuzul
 
Hukum Mandub
Hukum MandubHukum Mandub
Hukum Mandub
 
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'inSejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
 
Bab 1 konsep fatwa dalam islam (1)
Bab 1 konsep fatwa dalam islam (1)Bab 1 konsep fatwa dalam islam (1)
Bab 1 konsep fatwa dalam islam (1)
 
Riba dalam syariat islam
Riba dalam syariat islamRiba dalam syariat islam
Riba dalam syariat islam
 
Fiil Sohih & Mu'tal
Fiil Sohih & Mu'talFiil Sohih & Mu'tal
Fiil Sohih & Mu'tal
 
KEISTIMEWAAN DAN KEUNGGULAN AKIDAH ISLAM BERBANDING AGAMA DAN IDEOLOGI LAIN
KEISTIMEWAAN DAN KEUNGGULAN AKIDAH ISLAM BERBANDING AGAMA DAN IDEOLOGI LAINKEISTIMEWAAN DAN KEUNGGULAN AKIDAH ISLAM BERBANDING AGAMA DAN IDEOLOGI LAIN
KEISTIMEWAAN DAN KEUNGGULAN AKIDAH ISLAM BERBANDING AGAMA DAN IDEOLOGI LAIN
 
Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Aqidah Ahli Sunnah Wal JamaahAqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
 
Asbabun nuzul
Asbabun nuzulAsbabun nuzul
Asbabun nuzul
 
definisi dan kepentingan qarinah
definisi dan kepentingan qarinahdefinisi dan kepentingan qarinah
definisi dan kepentingan qarinah
 
5.9.2012 hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
5.9.2012 hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
 
Tugasan hbqe2103 al tajwid ustaz mohd redzuan
Tugasan hbqe2103 al tajwid  ustaz mohd redzuanTugasan hbqe2103 al tajwid  ustaz mohd redzuan
Tugasan hbqe2103 al tajwid ustaz mohd redzuan
 
Undang undang muamalat dan perlaksanaan
Undang undang muamalat dan perlaksanaanUndang undang muamalat dan perlaksanaan
Undang undang muamalat dan perlaksanaan
 
Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumud
Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumudSejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumud
Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumud
 
Mazhab
MazhabMazhab
Mazhab
 
Qazaf
QazafQazaf
Qazaf
 
Nasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhNasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukh
 
Tafsir ibnu kathir
Tafsir ibnu kathirTafsir ibnu kathir
Tafsir ibnu kathir
 
Bai Al- Tawarruq
Bai Al- TawarruqBai Al- Tawarruq
Bai Al- Tawarruq
 

Viewers also liked

小中学生のスマートフォンの使用を禁止すべきか?
小中学生のスマートフォンの使用を禁止すべきか?小中学生のスマートフォンの使用を禁止すべきか?
小中学生のスマートフォンの使用を禁止すべきか?Yukika Sakai
 
Eyeonhome
EyeonhomeEyeonhome
EyeonhomeJack740
 
Understanding patient privacy 1
Understanding patient privacy 1Understanding patient privacy 1
Understanding patient privacy 1Jonsie12
 
Home smart home
Home smart homeHome smart home
Home smart homeJack740
 
IMCA Capital
IMCA CapitalIMCA Capital
IMCA Capitalmcomuzzo
 
Antenille’s Statistical Analysis
Antenille’s Statistical AnalysisAntenille’s Statistical Analysis
Antenille’s Statistical Analysisantenille
 
Setting up a cost effective Application Security program from scratch by Tusn...
Setting up a cost effective Application Security program from scratch by Tusn...Setting up a cost effective Application Security program from scratch by Tusn...
Setting up a cost effective Application Security program from scratch by Tusn...OWASP Delhi
 
Perel k tematichnikh_ekskurs_j
Perel k tematichnikh_ekskurs_jPerel k tematichnikh_ekskurs_j
Perel k tematichnikh_ekskurs_jbiblioteka_c
 
Learning how to learn
Learning how to learnLearning how to learn
Learning how to learnmanuj1212
 

Viewers also liked (17)

小中学生のスマートフォンの使用を禁止すべきか?
小中学生のスマートフォンの使用を禁止すべきか?小中学生のスマートフォンの使用を禁止すべきか?
小中学生のスマートフォンの使用を禁止すべきか?
 
Eyeonhome
EyeonhomeEyeonhome
Eyeonhome
 
Understanding patient privacy 1
Understanding patient privacy 1Understanding patient privacy 1
Understanding patient privacy 1
 
Home smart home
Home smart homeHome smart home
Home smart home
 
iPad Communication Apps
iPad Communication AppsiPad Communication Apps
iPad Communication Apps
 
IMCA Capital
IMCA CapitalIMCA Capital
IMCA Capital
 
J1 shen xiao hui
J1 shen xiao huiJ1 shen xiao hui
J1 shen xiao hui
 
A London Tale of Gin and Sin
A London Tale of Gin and SinA London Tale of Gin and Sin
A London Tale of Gin and Sin
 
Antenille’s Statistical Analysis
Antenille’s Statistical AnalysisAntenille’s Statistical Analysis
Antenille’s Statistical Analysis
 
Lifestyle holidays vacation club
Lifestyle holidays vacation clubLifestyle holidays vacation club
Lifestyle holidays vacation club
 
Biografia
BiografiaBiografia
Biografia
 
Setting up a cost effective Application Security program from scratch by Tusn...
Setting up a cost effective Application Security program from scratch by Tusn...Setting up a cost effective Application Security program from scratch by Tusn...
Setting up a cost effective Application Security program from scratch by Tusn...
 
Akhil
AkhilAkhil
Akhil
 
Companystampsingapore
CompanystampsingaporeCompanystampsingapore
Companystampsingapore
 
Perel k tematichnikh_ekskurs_j
Perel k tematichnikh_ekskurs_jPerel k tematichnikh_ekskurs_j
Perel k tematichnikh_ekskurs_j
 
Matki
MatkiMatki
Matki
 
Learning how to learn
Learning how to learnLearning how to learn
Learning how to learn
 

Similar to fahaman ibnu taimiyah

Syaikhul islam menurut ulama ahlus sunnah
Syaikhul islam menurut ulama ahlus sunnahSyaikhul islam menurut ulama ahlus sunnah
Syaikhul islam menurut ulama ahlus sunnahyanto abdulah
 
Ahlussunnah Wal Jama'ah
Ahlussunnah  Wal Jama'ahAhlussunnah  Wal Jama'ah
Ahlussunnah Wal Jama'ahArdian DP
 
Latar belakang
Latar belakangLatar belakang
Latar belakangutsmannur1
 
ALIRAN-ALIRAN DALAM ILMU KALAM ( AHLUSSUNNAH SALAF ).pdf
ALIRAN-ALIRAN DALAM ILMU KALAM ( AHLUSSUNNAH SALAF ).pdfALIRAN-ALIRAN DALAM ILMU KALAM ( AHLUSSUNNAH SALAF ).pdf
ALIRAN-ALIRAN DALAM ILMU KALAM ( AHLUSSUNNAH SALAF ).pdfthelightside23
 
Ihya ulumuddin dalam pandangan para ulama
Ihya ulumuddin dalam pandangan para ulamaIhya ulumuddin dalam pandangan para ulama
Ihya ulumuddin dalam pandangan para ulamaSrijb Mms
 
Pentakfiran dan Penyesatan Wahabi Terhadap Ummat
Pentakfiran dan Penyesatan Wahabi Terhadap UmmatPentakfiran dan Penyesatan Wahabi Terhadap Ummat
Pentakfiran dan Penyesatan Wahabi Terhadap UmmatMohammad Luqman Firmansyah
 
BUKU: Menyingkap aqidah Syiah Kecil
BUKU: Menyingkap aqidah Syiah KecilBUKU: Menyingkap aqidah Syiah Kecil
BUKU: Menyingkap aqidah Syiah KecilMarina Nawia
 
Buku koreksi i'tiqad ahlus sunnah sirojuddin abbas
Buku koreksi i'tiqad ahlus sunnah sirojuddin abbasBuku koreksi i'tiqad ahlus sunnah sirojuddin abbas
Buku koreksi i'tiqad ahlus sunnah sirojuddin abbasyanto abdulah
 
Hadlratus syaikh muhammad hasyim asy
Hadlratus syaikh muhammad hasyim asyHadlratus syaikh muhammad hasyim asy
Hadlratus syaikh muhammad hasyim asyNizam D'solace II
 
Point point hizbiyah ubaid al jaabiry (seri lengkap 1 dan 2)
Point point hizbiyah ubaid al jaabiry (seri lengkap 1 dan 2)Point point hizbiyah ubaid al jaabiry (seri lengkap 1 dan 2)
Point point hizbiyah ubaid al jaabiry (seri lengkap 1 dan 2)UD. Berkah Jaya Komputer
 
Syi'ah & gerakannya di malaysia mac 2011
Syi'ah & gerakannya di malaysia mac 2011Syi'ah & gerakannya di malaysia mac 2011
Syi'ah & gerakannya di malaysia mac 2011Hifni Farhati
 
Mu'tazilah - Aliran dalam Ilmu Kalam
Mu'tazilah - Aliran dalam Ilmu KalamMu'tazilah - Aliran dalam Ilmu Kalam
Mu'tazilah - Aliran dalam Ilmu Kalamade orreo
 
Mukadimah Aswaja.pptx
Mukadimah Aswaja.pptxMukadimah Aswaja.pptx
Mukadimah Aswaja.pptxMadibHamzawi
 
Ajaran ajaran sesat diluar aswaja
Ajaran ajaran sesat diluar aswajaAjaran ajaran sesat diluar aswaja
Ajaran ajaran sesat diluar aswajaahmadkhoiron
 

Similar to fahaman ibnu taimiyah (20)

Syaikhul islam menurut ulama ahlus sunnah
Syaikhul islam menurut ulama ahlus sunnahSyaikhul islam menurut ulama ahlus sunnah
Syaikhul islam menurut ulama ahlus sunnah
 
Ahlussunnah Wal Jama'ah
Ahlussunnah  Wal Jama'ahAhlussunnah  Wal Jama'ah
Ahlussunnah Wal Jama'ah
 
Latar belakang
Latar belakangLatar belakang
Latar belakang
 
ALIRAN-ALIRAN DALAM ILMU KALAM ( AHLUSSUNNAH SALAF ).pdf
ALIRAN-ALIRAN DALAM ILMU KALAM ( AHLUSSUNNAH SALAF ).pdfALIRAN-ALIRAN DALAM ILMU KALAM ( AHLUSSUNNAH SALAF ).pdf
ALIRAN-ALIRAN DALAM ILMU KALAM ( AHLUSSUNNAH SALAF ).pdf
 
HTI
HTIHTI
HTI
 
Ihya ulumuddin dalam pandangan para ulama
Ihya ulumuddin dalam pandangan para ulamaIhya ulumuddin dalam pandangan para ulama
Ihya ulumuddin dalam pandangan para ulama
 
Ulasanitiqodsekte
UlasanitiqodsekteUlasanitiqodsekte
Ulasanitiqodsekte
 
Pentakfiran dan Penyesatan Wahabi Terhadap Ummat
Pentakfiran dan Penyesatan Wahabi Terhadap UmmatPentakfiran dan Penyesatan Wahabi Terhadap Ummat
Pentakfiran dan Penyesatan Wahabi Terhadap Ummat
 
BUKU: Menyingkap aqidah Syiah Kecil
BUKU: Menyingkap aqidah Syiah KecilBUKU: Menyingkap aqidah Syiah Kecil
BUKU: Menyingkap aqidah Syiah Kecil
 
Buku koreksi i'tiqad ahlus sunnah sirojuddin abbas
Buku koreksi i'tiqad ahlus sunnah sirojuddin abbasBuku koreksi i'tiqad ahlus sunnah sirojuddin abbas
Buku koreksi i'tiqad ahlus sunnah sirojuddin abbas
 
Hadlratus syaikh muhammad hasyim asy
Hadlratus syaikh muhammad hasyim asyHadlratus syaikh muhammad hasyim asy
Hadlratus syaikh muhammad hasyim asy
 
Point point hizbiyah ubaid al jaabiry (seri lengkap 1 dan 2)
Point point hizbiyah ubaid al jaabiry (seri lengkap 1 dan 2)Point point hizbiyah ubaid al jaabiry (seri lengkap 1 dan 2)
Point point hizbiyah ubaid al jaabiry (seri lengkap 1 dan 2)
 
Syi'ah & gerakannya di malaysia mac 2011
Syi'ah & gerakannya di malaysia mac 2011Syi'ah & gerakannya di malaysia mac 2011
Syi'ah & gerakannya di malaysia mac 2011
 
Qadariah dan jabariah
Qadariah dan jabariahQadariah dan jabariah
Qadariah dan jabariah
 
Aliran muktazilah
Aliran muktazilahAliran muktazilah
Aliran muktazilah
 
المعتزلة (Mu'tazilah) - @rgesit
المعتزلة (Mu'tazilah) - @rgesitالمعتزلة (Mu'tazilah) - @rgesit
المعتزلة (Mu'tazilah) - @rgesit
 
Mu'tazilah - Aliran dalam Ilmu Kalam
Mu'tazilah - Aliran dalam Ilmu KalamMu'tazilah - Aliran dalam Ilmu Kalam
Mu'tazilah - Aliran dalam Ilmu Kalam
 
Aqidah
AqidahAqidah
Aqidah
 
Mukadimah Aswaja.pptx
Mukadimah Aswaja.pptxMukadimah Aswaja.pptx
Mukadimah Aswaja.pptx
 
Ajaran ajaran sesat diluar aswaja
Ajaran ajaran sesat diluar aswajaAjaran ajaran sesat diluar aswaja
Ajaran ajaran sesat diluar aswaja
 

Recently uploaded

Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaharnosuharno5
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfEniNuraeni29
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxMaskuratulMunawaroh
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxwawan479953
 
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru PenggerakSkenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerakputus34
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"baimmuhammad71
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptnovibernadina
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptxPrakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptxHaryKharismaSuhud
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxnursariheldaseptiana
 
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".Kanaidi ken
 
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxPPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxJawahirIhsan
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAppgauliananda03
 
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanAyuApriliyanti6
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxDedeRosza
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANwawan479953
 

Recently uploaded (20)

Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru PenggerakSkenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptxPrakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
 
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxPPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
 

fahaman ibnu taimiyah

  • 1. Fahaman KontraversiIbnu Taimiyah Walaupun Ibnu Taimiyah terkenal dengan banyak hasil penulisan seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, ramai ulama yang hidup sezaman dengannya dan sesudahnya yang menentang pandangan-pandangannya yang menyeleweng, yang tidak selari dengan iktikad majoriti umat Islam Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Disebabkan fahaman-fahamannya itu, dia sering dipenjarakan. Muhaddith, Hafiz, Faqih Syeikh Waliuddin al-Iraqi, anak kepada Syeikh Huffaz Zainuddin al-Iraqi, dalam bukunya “al-‘Ajwibat-ul-Mardiyyah” berkata tentangnya, ‘Pengetahuan terlalu besar untuk akalnya.’ Beliau juga berkata, ‘Dia (Ibnu Taimiyah) telah banyak melanggari Ijma` dalam banyak isu, yang dikatakan enam puluh isu kesemuanya. Sebagiannya dalam perkara Usul dan yang lain dalam perkara Furu`. Setelah Ijma` selesai mengenai isu-isu tersebut, dia telah menentangnya. Ulama pada zamanya segera menyangkalnya dan menghukumnya sebagai seorang pembawa ajaran bid’ah. Dikalangan mereka ialah Imam, Hafiz, Taqiyuddin Ali bin Abdil Kafi as-Subki. Dalam kitab beliau “ad- Durrat-ul-Mudiyyah”, beliau berkata, ‘Ibnu Taimiyah telah membuat perkara baharu yang mengjengkelkan dalam perkara Usul keimanan dan menyalahi asas-asas Agama Islam, selepas dia memakai pakaianAl-Quran dan As-Sunnah, secara luaran menampakkan dirinya sebagai seorang yang menyeru kepada kebenaran dan menunjuk jalan ke Syurga. Dengan demikian dia telah menyeleweng daripada mengikut Al-Quran dan As-Sunnah kepada bid`ah (dhalalah) dan terkeluar daripada Ahlus Sunnah Wal Jamaah, kerana dia telah menyalahi Ijma`. Dia telah membuat kenyataan-kenyataan yang menjisimkan Zat Allah (s.w.t) dan bahawasanya tidak mustahil bagi Allah memerlukan juzu`-juzu` - beranggota. Dia telah melampau dalam mengatakan bahawa dunia tidak ada permulaan.Dia berpegang teguh dengan pendapatnya yang mengatakan bahawa makhluk tidak mempunyai permulaan, ini bermakna kewujudan perkara-perkara baharu tidak mempunyai permulaan.Maka dia telah menyatakan bahawa sifat qadim Allah dicipta dan perkara baharu yang dicipta adalah kekal.Tidak ada sesiapa pun yang mengatakan demikian dalam mana-mana agama.Dia bukanlah tergolong dalam tujuh puluh tiga golongan umat Islam yang berpecah (yang dikhabarkan oleh Nabi (s.a.w.)). Meskipun kesemuanya ini adalah kufur, ia sedikit berbanding dengan bid’ah yang dia buat dalam perkara furu`.’1 Ibnu Taimiyah berpendapat bahawa Makhluk Wujud Sejak Azali Bersama Allah2 Isu ini adalah antara isu yang jelek dalam akidah di mana Ibnu Taimiyah telah terkeluar daripada akal yang waras dan mengingkari nas yang jelas serta Ijma` umat Islam. Dia telah menyatakan iktikad ini didalam lima kitabnya: “Minhaj-us-Sunnat-in-Nabawiyah”, 1 Sheikh Abdullah Al-Harari, http://www.riadnachef.org/index.php?option=com_content&view=article&id=108:the-sunni-articles-refuting- ibn-taymiyah 2 ibid
  • 2. “Muwafaqatu Sarih-il-Ma’qul li Sahih-il-Manqul”, “Sharh Hadith-in-Nuzul”, “Sharh Hadith ‘Imran Ibn Husayn” dan “Naqdu Maratib-il-‘Ijma”. Ibnu Taimiyah menyatakan dalam “Minhaj-us-Sunnat-in-Nabawiyyah”, Jilid 1, muka surat 24, “Jika kamu kata kepada kami, “Kamu kata bahawa perkara baharu berlaku pada Allah, kami katakan kepada kamu, “Ya ini adalah kata-kata kami dan inilah yang ditujukkan oleh Syarak dan akal.” Ibnu Hazm yang meriwayatkan keyakinan Ijma` bahawa kewujudan Allah sediakala dan tiada suatu pun yang wujud bersamanya sejak azali, dan orang yang menentang perkara ini adalah kafir. Selepas kenyataan Ibnu Hazm ini, Ibnu Taimiyah mempersoalkannya riwayat ini dengan berkata, “Bukankah aneh riwayat dia (Ibnu Hazm) yang mengatakan bahawa Ijma` menghukum kufur ke atas sesiapa yang berkeyakinan bahawa Allah sahaja yang wujud sejak azali dan tiada sesuatu pun yang wujud bersamanya.” Kenyataan Ibnu Taimiyah dalam “Sharh Hadith ‘Imran Ibnu Husain”, muka surat 193, “Jika jenis (yakni spesis) makhluk dianggap wujud sejak azali bersama Allah, kefahaman ini tidak dinafikan oleh Syarak atau akal tetapi ia adalah dari kesempurnaanNya. Allah Ta’ala berfirman (mafhumnya) Dia yang mencipta tidak sama dengan yang tidak mencipta. Kemudian Ibnu Taimiyah berkata, “Makhluk telah wujud sejak azali bersamaNya.” Ibnu Taimiyah Mengatakan Bahawa Zat Allah Ada Had3 Didalam kitab yang ditulis oleh Imam at-Tahawi yang dinamakan: “Menyatakan iktikad Ahlus-Sunnah-Wal-Jamaah menurut Mazhab Fukuha` Islam, Imam Abu Hanifah Nu’man ibn Thabit al-Kufi, Abu Yusuf Ya’qub ibnu Ibrahim al-Ansari dan Abu ‘Abdillah Muhammad ibnu al-Hasan ash-Shaibani” dua sahabatnya dan yang lain, Imam at-Tahawi menafikan had pada Allah dengan mengatakan bahawa, “Dia (Allah) dengan keagunggannya yang tinggi (DIA tidak mempunyai) had-had dan ghayat (sebagai contoh, keluasan).” Dalam bukunya “al-Muwafaqah”, Jilid 2 halaman 33, Ibnu Taimiyah menyifatkan had bagi Allah (S.W.T). Dia berkata, “Orang-orang Islam dan bukan Islam bersetuju bahawa Allah berada di langit dan mereka menghadkan Dia dengan ini.” Pada halaman 29 dia berkata, “Dia (Allah) tidak mempunyai had yang kita tahu tetapi Dia ada had yang hanya Dia sahaja yang tahu.” Apa yang didakwanya bahawa orang Islam dan bukan Islam bersetuju dan sepakat dalam hal ini adalah sungguh aneh. Penafian had pada Allah juga telah sabit dalam riwayat oleh Imam Abu Hanifah dan yang lain, malah yang lebih awal daripadanya seperti, Imam Zainal Abidin Ali bin Al-Husain (radiyallahu’anhum) dalam karyanya yang terkenal sebagai “As-Sahifat-us-Sajjadiyyah”. Dalam “Sharh Ihya’i ‘Ulum-id-Din”, karangan Muhaddith Hafiz Muhammad Murtada az- 3 ibid
  • 3. Zabidi meriwayatkan dengan isnad muttasil (bersambung) daripadanya sehingga sampai kepada Imam Zainal Abidin yang mengatakan, “Dia (Allah) tidak disekat oleh had.” Beliau juga berkata, “ Tidak ada tempat yang meliputiNya.” Di manakah dakwaan Ibnu Taimiyah tentang persetujuan umat Islam yang menyifatkan had pada Allah? Golongan Salaf telah menafikan had bagi Allah seperti yang dinyatakan oleh Imam at-Tahawi. Beliau menyatakan bahawa ini adalah mazhab Salaf seperti yang diterangkan di awal kitabnya “Menyatakan iktikad Ahl-us-Sunnah Wal-Jamaah.” Ibnu Taimiyah Mengatakan Bahawa Allah Duduk4 Perkataan Ibnu Taimiyah tentang Allah duduk adalah benar walaupun sebahagian pengikutnya menafikannya apabila mereka mendapatinya jelek.Dia menyatakan perkara ini dalam kitabnya “Minhaj-us-Sunnat-in-Nabawiyah” dengan mengatakan, “Majoriti Ahl-us- Sunnah wal-Jamaah mengatakan bahawa Allah (Tabaraka wa Ta’ala) turun dan Arash tidak dikosongkan olehNya.” Dia mendakwa bahawa ini telah diriwayatkan oleh Ishak Ibnu Rahawayh, Hammad Ibnu Zaid, Imam Ahmad dan yang lain. Ini adalah pendustaan semata. Dalam kitab Tafsir bernama “an-Nahr”, Pakar Nahu Abu Hayyan al-Andalusi telah meriwayatkan tentang iktikad Ibnu Taimiyah.Beliau berkata, “Dalam tulisan tangannya, sebuah kitab karya Ahmad ibnu Taimiyah, seorang yang sezaman dengan kita, yang dinamakannya “Kitab-ul-‘Arash”, aku terbaca, ‘Allah duduk di atas al-Kursi dan telah meninggalkan satu ruang untuk Rasulullah (s.a.w.) duduk bersamanya. Laporan Abu Hayyan ini tidak telah dikeluarkan daripada naskhah lama.Walaubagaimanapun, manuskrip mengesahkannya. Imam Zahid al-Kawthari dalam komentarinya “as-Saif-us-Saqil” halaman 85, menerangkan sebab mengapa kenyataan Ibnu Taimiyah ini telah dikeluarkan: ‘Editor dari penerbit as-Sa’adah Printing House telah memberitahuku bahawa dia telah mendapati ia (kenyataan itu) amat buruk dan dia telah mengeluarkannya daripada cetakan supaya musuh Islam tidak boleh menggunakannya. Kemudian dia memintaku merekodkan ia di sini untuk mengingatkan dia apa yang dia terlupa dan demi amanah kepada umat Islam. Dalam “al-Muwafaqah” halaman 29, Ibnu Taimiyah berkata, “Allah (s.w.t) mempunyai had yang tiada sesiapa kecuali Dia sahaja yang tahu. Seseorang tidak patut membayangkan had tersebut tetapi harus meyakininya dan serahkan pengetahuan tentangnya kepada Allah. TempatNya ada had, iaitu pada ArashNya di atas langitNya. Inilah dua had.” Di Dalam Jilid 25, kitab “al-Kawakib-ud-Darari”, yang berada di Perpustakaan az- Zahariyyah Damaskus, Ibnu Taimiyah telah berkata, “Jika Allah berkehendak, Dia boleh 4ibid
  • 4. tunggang seekor nyamuk yang akan membawaNya dengan KuasaNya; apatah lagi pada Arash yang besar!” Ibnu Taimiyah Mengatakan Mustahil Wujud Tanpa Berjirim5 Dalam karyanya "Bayaan Talbis Al-Jahmiyah", Ibnu Taimiyah telah membantah kenyataan Imam Fakhruddin Ar-Raazi dalam kitabnya Asas At-Taqdis.Sedangkan dalam kitab Asas At- Taqdis, Imam Ar-Raazi memberi hujjah dalam membantah keras fahaman musyabbihah (mereka yang menyerupakan Allah dengan makhluk) dan fahaman mujassimah (mereka yang menjisimkan Allah). Imam Fakhruddin Ar-Raazi telah berkata, "Jika Dia (Allah s.w.t) boleh dipisah-pisahkan, maka Dia berjuzuk-juzuk..." Ibn Taymiyyah menjawab, “Sebenarnya jelas, jika perkara ini adalah mustahil, maka ini bermakna tiada suatu pun boleh wujud." Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa jika sesuatu itu bukan jirim iaitu tidak boleh dipisah- pisahkan dalam apa jua bentuk, maka ia tidak boleh wujud, termasuklah Allah (s.w.t). Dalam erti kata yang lain, Ibnu Taimiyah mengesahkan keyakinannya bahawa Allah sebenarnya adalah jirim. Ibnu Taimiyah berkata, "Kami telah menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan kemungkinan iaitu berkaitan dengan komposisi, menetap pada tempat, memiliki selainnya (berlainan sisi atau bahagian atau juzuk) dan keperluan, dan inilah yang dimaksudkan, bahawa semua yang wujud mesti disifatkan dengan kemungkinan ini, sama ada yang wajib wujud (Allah s.w.t) atau yang berkemungkinan wujud (makhluk). Sesungguhnya, mengatakan bahawa ini mustahil disifatkan (kepada yang wujud), adalah semata-mata sofisme (retorik)." Di sini, Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa tiada sesuatu pun boleh wujud, termasuk Allah (s.w.t), melainkan ia mempunyai tempat, juzuk-juzuk dan keperluan.Dari segi akidah, ini adalah satu keyakinan yang jelek. Ibnu Taimiyah Mengatakan Bahawa Allah (s.w.t) Mempunyai Arah6 Di dalam Bayaan Talbis Al-Jahmiyah, Jilid 1 halaman 438, Ibnu Taimiyah mengatakan, "Pernyataan moderat daripada tiga pernyataan Qadhi Abu Ya'ala adalah yang bertepatan 5 http://www.correctislamicfaith.com/ibntaymiyyasbeliefs.htm 6 ibid
  • 5. dengan kata Imam Ahmad dan para imam yang lain. Beliau telah menyatakan (ini adalah pendustaan terhadap Imam Ahmad bin Hanbal), "Allah (s.w.t) ada pada arah tertentu, dan Dia tidak pada semua arah.Namun, Dia di luar dunia dan unik daripada makhlukNya, terpisah daripadanya dan Dia tidak pada setiap arah. Inilah yang dimaksudkan apabila Imam Ahmad berkata, "Dia memiliki had yang hanya Dia sahaja yang tahu." (Ini jelas menunjukkan kesalahfahaman kenyataan Imam Ahmad). Jika Ahmad telah memaksudkan arah ke arah Arash sahaja, maka ini diketahui oleh hamba Allah kerana mereka tahu bahawa had Allah pada arah ini adalah Arash. Dalam erti kata lain, Ibnu Taimiyah mendakwa bahawa "Allah (s.w.t.) ada pada sesuatu arah", dan bahawa “had Allah daripada arah ini adalah Arash". Menurut Ibnu Taimiyah, ini adalah arah yang diketahui. Ini jelas menyimpang daripada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti yang dinyatakan oleh Imam Tahawi dalam risalah yang dikenali sebagai Akidah Tahawiyah, "Dia (Allah) tidak pula tertakluk kepada enam arah [atas dan bawah, depan dan belakang, kanan dan kiri] sebagaimana semua makluk." Ibnu Taimiyah Mengatakan Bahawa Neraka Akan Musnah7 Ibnu Taimiyah telah menulis satu risalah berjudul ar-Radd ’Ala Man Qala Bi Fana’ an-Nar yang di dalamnya, dia mengatakan, "Dalam kitab al-Musnad Imam Tabari ada disebutkan bahawa dalam neraka nanti akan tumbuh pokok Jirjir. Oleh itu, pendapat yang mengatakan bahawa neraka akan musnah dikuatkan dengan dalil dari Al-Quran, As-Sunnah dan perkataan para sahabat. Manakala mereka yang berpendapat bahawa neraka kekal abadi tidak mempunyai dalil, baik dari Al-Quran mahu pun dari As-Sunnah" (Ar-Rad 'Ala Man Qala Bi Fana` an-Nar, ms. 67). Fahaman ini telah dibidas oleh ulama pada zamannya. Antaranya, Imam Al-Hafiz Al- Mujtahid Taqiyudin as-Subki yang menulis satu risalah yang diberikan nama, "al-I’tibar Bi Baqa al-Jannah Wa an-Nar”sebagai bantahan keras kepada Ibn Taimiyah. Dalam risalah tersebut, antara yang dikatakan Imam as-Subki seperti berikut: ”Sesungguhnya keyakinan seluruh umat Islam bahwa syurga dan neraka tidak akan musnah selamanya. Kesepakatan (Ijma’) akan keyakinan ini telah dinukilkan oleh Ibn Hazm, dan sesiapa yang menyalahi perkara ini, maka ia telah menjadi kafir seperti mana perkara ini telah disepakati (Ijma’). Sudah pasti perkara ini tidak boleh diragukan lagi, karena abadinya syurga dan neraka adalah perkara yang telah maklum oleh seluruh lapisan umat Islam. Terdapat banyak dalil yang menunjukkan perkara itu” (Al-I’tibar Bi Baqa’ al-Jannah Wa an-Nar dalam ad-Durrah al-Mudliyyah Fi ar-Radd ‘Ala Ibn Taimiyah oleh al-Hafizh ‘Ali ibn ‘Abd al-Kafi as-Subki, ms. 60). 7 http://www.sarkub.com/2012/pernyataan-kontroversial-ibnu-taimiyah-bahwa-neraka-akan-punah
  • 6. Ibnu Taimiyah Mengatakan Para Nabi Buat Dosa8 Menurut Sheikh Muhammad Abu Bakar Ghazipuri al-Ansari, dalam Majmuk Fatawa Ibnu Taimiyah, Jilid 10, kepercayaan Ibnu Taimiyah yang paling paling bahaya ialah, mempercayai bahawa para Nabi tidak maksum dari dosa dan kemaksiatan, sama ada besar atau kecil. Bagi Ibnu Taimiyah, kemaksuman para Nabi hanya terhad kepada menyampaikan risalah daripada Allah, bahawa mereka tidak mengulangi dosa atau berterusan kekal atas dosa. Ini berbeza dengan apa yang diyakini oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah, bahawa para Nabi tidak pernah melakukan sebarang dosa. Ibnu Taimiyah menulis, “Ada pun kemaksuman yang tidak berkaitan dengan menyampaikan risalah, adakah ia terbukti dari intelek atau pernah didengar (periwayatannya)? Adakah ia dari dosa besar atau kecil? Atau sebahagiannya?Atau dari mengulanginya?Atau, adakah kemaksuman itu tidak dmestikan kecuali dalam menyampaikan risalah sahaja?Adakah kemaksuman dari kekufuran mesti, sebelum diangkat menjadi nabi atau tidak?” Selepas kenyataan-kenyataan ini, Ibnu Taimiyah menjelaskan kepercayaannya tentang kemaksuman para Nabi. “Pegangan majoriti dan diriwayatkan daripada Salaf ialah, kemaksuman cuma berkaitan dengan perlindungan dari mengulangi dosa.” Ini adalah satu pendustaan terhadap Salaf dan majoriti umat Islam.Mereka bebas daripada kepercayaan karut yang bertentangan dengan Al-Quran dan Hadith.Allah (s.w.t) berfirman, mafhumnya, “Kami mendapati kamu tidak mengetahui dan kemudian Kami memberi kamu petunjuk.” (Surah Dhuha, 93:7) Bagaimana seseorang yang Allah memberi petunjuk dan memilihnya untuk menyampaikan RisalahNya melakukan dosa? Selepas Allah (s.w.t) menceritakan kisah para Rasul, DIA berfirman, mafhumnya, ..maka ikutilah petunjuk mereka..”(Surah Al-Anam, 6:90) Adakah Allah akan menyuruh makhlukNya yang terbaik dan terpilih untuk mengikut mereka yang melakukan dosa? Allah (s.w.t) berfirman kepada Syaitan, mafhumnya, “Sesungguh engkau tidak akan dapat menguasi para HambaKu.” (Surah Al-Isra`, 17:65) Jadi, siapakah yang lebih mulia dan terpuji selain daripada para Nabi (‘Alaihimussalam), yang dia (Ibnu Taimiyah) boleh campak dalam golongan yang melakukan dosa dan kemudian medapatkan petunjuk daripada mereka? Kemaksiatan dan dosa adalah tidak lain tetapi kesan Syaitan menguasai para Hamba Allah (s.w.t). Berbeza dengan pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah iaitu para Nabi maksum (terpelihara) dari melakukan dosa besar dan dosa kecil sebelum dan selepas diangkat menjadi nabi. Oleh kerana Ibnu Taimiyah tidak percaya tentang kemaksuman para Nabi dari sebarang dosa, dia telah menulis tentang Nabi Yunus (a.s.), 8 Sheikh MuhammadAbuBakar Ghazipuri al-Ansari,Was Ibnu TaymiyahFrom The Ahlus Sunnahwal Jamaah?, http://islamicbookshub.wordpress.com/2013/02/15/was-ibn-taymiah-from-the-ahlus-sunnah-wal-jamaah-by-shaykh-muhammad-abu-bakr- ghazipuri/ diambil pada 23 Mac 2014
  • 7. “Zun Nun (Nabi Yunus (a.s.)) menyaksikan kekurangannya pada sisi Tuhan ketika baginda marah dan benci bahawa mereka perlu diselamatkan.Ini menunjukkan bahawa baginda telah melakukan sesuatu yang bukan sepatutnya iaitu baginda sepatutnya mencintai Allah dan menerimaNya sebagai Tuhannya.Dengan mengatakan, “Tiada tuhan tetapi Engkau,” baginda telah membuat pengakuan di mana dengannya seorang hamba menghapuskan dosa mengambil nafsunya sebagai tuhannya.Telah diriwayatkan, ‘Tidak ada sesuatu pun di bawah langit, di sisi Allah lebih buruk daripada memperhambakan diri kepada hawa nafsu.’Maka dengan itu Yunus (a.s) telah menyempurnakan kesaksiannya terhadap hakikat Tuhannya dan melenyapkan hawa nafsu yang telah disekutukan dengan Tuhan.” Menurut kenyataan ini, Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa Nabi Yunus (a.s.) mempunyai kekurangan di sisi Tuhan dan telah menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan. Ini adalah pendustaan yang amat besar.Na’udzubillahi min dzalik. Ibnu Taimiyah Mengatakan Bahawa Para Nabi Tidak Mencapai Kesempurnaan Kecuali Di Akhir Hayat Mereka9 Antara kepercayaan Ibnu Taimiyah yang pelik adalah bahawa para Nabi tidak mencapai kesempurnaan kecuali diakhir hayat mereka, bukan sejak awal mereka.Dengar baik-baik kenyataan dia, “Tujuannya di sini adalah bahawa semua kesalahan ke atas Nabi Yunus (a.s.) seperti yang diceritakan, telah dimaafkan dan Allah telah mengubahnya kepada amalan baik dan meningkatkan darjat Nabi Yunus (a.s.).Selepas baginda keluar daripada perut ikan dan bertaubat, darjat baginda adalah lebih baik daripada sebelumnya.” Kemudian Ibnu Taimiyah juga telah menulis, “Keadaan baginda selepas mengucapkan, ‘La ilaha illa Anta Subhanaka inni kuntu minazh zholimin,’ adalah lebih tinggi daripada keadaan baginda sebelumnya. Iktibar adalah apa yang berlaku diakhir, bukan dipermulaan. Perbuatan adalah menurut kesudahannya.” Ibnu Taimiyah berkata lagi, “Demi Allah! Dia telah menciptakan manusia dan mengeluarkannya daripada perut ibunya dalam keadaan tidak mengetahui apa-apa.Kemudian Dia mengajarnya.Maka Dia telah membawanya dari keadaan kekurangan kepada keadaan yang sempurna.Oleh itu, tidak boleh menilai nilai seseorang sebelum dia mencapai keadaan sempurna.Iktibar adalah pada keadaan sempurna.Nabi Yunus dan para Nabi (a.s.) yang lainnya mencapai kemuncak kesempurnaan di akhir hayat mereka.” Sheikh Ghazipuri menyatakan, jika kita terima pendapat Ibnu Taimiyah ini, maka kita harus berkata bahawa tidak seorang pun dari kalangan para Nabi yang mencapai kesempurnaan di akhir hayat mereka. Ini adalah kerana, jika usia mereka lebih panjang daripada yang sebenarnya, bukankah tahap kesempurnaan dan iman mereka akan meningkat? 9ibid
  • 8. Sheikh Ghazipuri menyatakan bahawa tiada seorang pun daripada Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang berkeyakinan seperti apa yang dinyatakan oleh Ibnu Taimiyah. Ini adalah semata-mata pendapatnya.Ia tidak pernah diriwayatkan daripada Sahabat mahupun Tabi’in.