SlideShare a Scribd company logo
1 of 20
Kontrak sewa (Al-ijarah)
Zafirah abdullah
Takrif
 Al-Ijarah (Bahasa Arab) : Bayaran yang diberikan kepada orang yang
melakukan sesuatu kerja sebagai ganjaran kepada apa yang dilakukannya.
 Istilah Fuqahak : Kontrak untuk mendapatkan khidmat (manfaat) tertentu
yang boleh dibayar dan dihalalkan dengan barangan tertentu.
 Kesahihan menurut Syarak
 “Jika mereka menyusukan anak kamu, maka berikanlah kepada mereka upah-
upah mereka” (Ath-Tolaq : 6)
Rukun dan Syarat Sewa
 Rukun Pertama : Dua pihak yang berkontrak iaitu Pemilik Perkhidmatan
(Manfaat) dan penyewa.
 Kedua pihak mestilah baligh dan berakal
 Kedua pihak juga mestilah bukan orang membabitkan harta.
 Rukun Kedua : Sighah Kontrak iaitu Penawaran dan Persetujuan
 Penawaran (ijab) : Apa jua lafaz yang dilahirkan oleh pemilik perkhidmatan
(manfaat)
 Lafaz penawaran haruslah menunjukkan bahawa perkhidmatan tersebut adalah miliknya.
 Contoh lafaz secara langsung “ Saya sewakan barangan ini” / (tidak langsung) “ Tinggallah
rumah saya selama setahun dengan bayaran sekian”
 *Persetujuan (Kabul) : Apa jua lafaz yang lahir daripada penyewa yang
menunjukkan persetujuan untuk memiliki khidmat (manfaat) dan ia difahami
dengan jelas.
 Contoh Persetujuan: “Saya setuju”
 Syarat Sighah Kontrak
 Persetujuan dan Penawaran mestilah selari
 Contoh pemilik berkata : “ Saya sewakan rumah saya dengan bayaran RM 400
sebulan.”
Penyewa menjawab: “Saya terima tetapi dengan bayaran RM300 sebulan”.
 Keadaan ini menunjukkan persetujuan tidak wujud kerana penawaran dan
persetujuan tidak selari.
 Tidak wujud jurang masa yang lama antara penawaran dan persetujuan
 Jurang masa tersebut sama ada diselangi oleh diam atau oleh percakapan yang
asing yang tiada kene mengena dengan kontrak.
 Tidak Bersyarat
 Contoh : “Jika Zaid dating, saya akan sewakannya kepada anda dengan
bayaran tersebut”
Rukun dan Syarat Sewa
 Rukun Ketiga: Perkhidmatan (Manfaat)
1. Perkhidmatan mestilah mempunyai nilai
 Perkhidmatan tersebut diterima dan diperlukan menurut syarak dan uruf
(amalan kebiasaan orang ramai)
 Contonya, sewa rumah untuk didiaminya. Jika khidmat tersebut tidak bernilai
menurut syarak, bayaran tersebut dianggap sia-sia dan membazir.
 Tidak sah penyewaan peralatan yang melalaikan kerana penggunaannya
diharamkan.
 Tidak sah menyewa anjing untuk memburu atau mengawal kerana binatang
tersebut tidak bernilai menurut syarak
 Tidak sah mengupah seseorang bercakap tanpa henti walaupun tujuannya
adalah untuk melariskan barangan / memberikan keuntungan
 Rukun Ketiga: Perkhidmatan (Manfaat)
2. Pemilik perkhidmatan mestilah mampu menyerahkan perkhidmatannya supaya
penyewa boleh menggunakannya.
Jika pemilik tidak mampu menyerahkan khidmat secara fizikal/ syarak, penyewaan tidak sah.
o Tidak sah menyerahkan barangan yang telah dirampas
o Tidak sah menyewakan kereta yang hilang
o Tidak sah menyewakan tanah untuk tujuan pertanian tetapi tiada sumber air yang tetap.
Alasannya ialah semua barangan ini tidak boleh diserahkan dari segi fizikal.
 Contoh penyewaan yang tidak dibenarkan kerana khidmatnya tidak boleh diserahkan dari
segi syarak:
o Mengupah wanita dalam haid/nifas untuk berkhidmat di dalam masjid.
o Jika wanita yang diupah tidak dalam keadaan haid, tetapi kemudian didatangi haid /
nifas, maka kontrak tersebut batal. Jika dia melakukan kerja tersebut, dia berdosa dan
tidak berhak mendapat upah
o Tidak sah mengupah wanita yang berkahwin untuk tugas menyusu atau sesuatu khidmat
tanpa kebenaran suaminya.
o Tidak sah mengupah seorang wanita melakukan suatu kerja yang memerlukannya
bermusafir tanpa ditemani oleh suaminya. / Atau kerja yang memerlukan dia bersendirian
dengan lelaki yang bukan mahram.
 Rukun Ketiga: Perkhidmatan (Manfaat)
3. Khidmat (Manfaat) diperolehi oleh pengupah bukan oleh orang yang diupah.
o Tidak sah mengupah seseorang melakukan ibadat yang memerlukan kepada niat
dan tidak boleh diwakilkan kepada orang lain seperti sembahyang dan puasa.
o Dalam keadaan ini, khidmat (manfaat) di sini, iaitu pahala menjadi hak orang yang
diupah dan bukan orang yang mengupah.
o Walau bagaimana pun, ibadat Haji boleh diwakilkan kepada orang lain walaupun
ibadah itu memerlukan kepada niat / Puasa bagi pihak orang yang telah meninggal
dunia (SAH)
o Jika pada dasarnya ibadat tersebut tidak menyeluruh (tidak diwajibkan),
pengupahan adalah sah.
o Contoh : Mengendalikan jenazah (Mandi/ Kafan / Kebumikan)
o Melaungkan Azan
 Rukun Ketiga: Perkhidmatan (Manfaat)
4. Khidmat (Manfaat) disewa bukan bertujuan mendapatkan barangan.
o Tidak sah menyewa kebun untuk mendapatkan buah-buahannya / menyewa
kambing untuk mendapatkan bulu, susu, hasilnya.
o Pada dasarnya, kontrak sewa ialah pemilikan khidmat. Oleh itu kontrak sewa tidak
boleh dilakukan dengan tujuan mendapatkan barangan.
o Konteks Sewa : Penggunaan Khidmat & bukan penggunaan Barangan.
o Jika kontrak sewa membabitkan penggunaan barangan secara sampingan dan bukan
menjadi tujuan kontrak, maka ia dibenarkan.
o Contoh: Seseorang mengupah seorang wanita sevagai pengasuh dan penyusu/
sebagai penyusu sahaja
o Kontrak ini dengan sendirinya membabitkan penggunaan susu penyusu yang
merupakan suatu barangan
o Perbuatan itu SAH kerana darurat atau hajat yang perlu
 Rukun Ketiga: Perkhidmatan (Manfaat)
5. Khidmat mestilah dimaklumi oleh kedua-dua pihak dari segi barangan, sifat dan kadarnya.
Syarat Sah Kontrak Sewa
a) Maklumat mengenani barangan perkhidmatan.
o Pengetahuan mengenai kedudukan barangan tersebut
o Tidak sah penyewaan salah satu daripada 2 rumah tanpa ditentukan yang mana satu.
(Kedudukan tidka diketahui)
o Perlu dinyatakan dengan jelas bagi mengesahkan kontrak tersebut
b) Maklumat mengenai jenis dan sifat perkhidmatan (manfaat). Perkara ini perlu bagi
barangan yang mempunyai kegunaan berbeza mengikut pengguna dan
penggunaannya tidak boleh ditolak ansur
o Tidak sah penyewaan tanah untuk pertanian tanpa dinyatakan dengan jelas tanaman yang bakal
ditanam. (Kerana kesan kepada tanah berbeza mengikut penggunaannya)
o Tidak dibenarkan menggunakan barangan yang disewa selain daripada penggunaan biasa.
o Contoh : Apabila sebuah rumah kediaman digunakan untuk bertujuan industry atau
perniagaannya.
c) Maklumat mengenai kadar khidmat
o Kadar perkidmatan berbeza mengikut jenis perkhidmatan
o Ada yang dinilai berdasarkan masa penggunaan
o Ada yang dinilai berdasarkan kerja yang dilakukan
Atau kedua-duanya.
Khidmat yang dinilai berdasarkan masa penggunaan.
o Contoh : Penyewaan sewa rumah kediaman (Mungkin lama/sekejap)
o Upah penyusuan (Susu yg diminum itu mungkin banyak/sedikit) / upah menampal simen dinding
(Mungkin tebal/ tipis)
o Semua ini hanya dapat dinilai mengikut masa yang digunakan kerana kaedah penilaian lain tidak
dapat memberikan ukuran yang tepat
Perkhidmatan yang boleh disewa mengikut masa
o Perlu dinyatakan tempoh perkhidmatan
o Perkhidmatan mestilah masih wujud dalam tempoh tersebut
o Tempoh sewaan bergantung kepada jangka hayat dan menurut penilaian pakar bahawa barangan
tersebut masih elok dalam tempoh tersebut
o Tanah, boleh disewa selama 100 tahun/lebih
o Rumah boleh disewa selama 30 tahun
o Kenderaan boleh disewa selama 10 tahun
Khidmat yang dinilai berdasarkan kerja
o Perkhidmatan yang mungkin memakan masa yang lama/sebentar dan tidak dapat
dipastikan tempoh yang akan digunakan
o Contoh : Upah menjahit baju
o Mengecat dinding
o Memasak makanan & etc
Khidmat yang dinilai berdasarkan dengan masa atau kerja
o Contoh : Mengupah seseorang menjahit selama sehari / mengupah tukang jahit menjahit
sehelai baju
o Sesuatu perkhidmatn tidak boleh dinilai mengikut masa dan kerja secara serentak.
o Contohnya : Mengupah seorang menjahit sehelai baju dalam masa sehari
Rukun dan Syarat Sewa
 Rukun keempat : Bayaran Sewa atau Upah
1. Bayaran sewa mestilah bayaran yang suci
o Tidak sah bayaran jika bayaran sewa/upah berupa anjing atau khinzir atau kulit yang
belum disamak atau arak. (Barangan Najis)
o Juga barangan yang terkena najis dan tidak boleh dibersihkan (Cuka, susu, miyak..)
2. Bayaran sewa boleh dimanfaatkan
o Tidak sah memberikan bayaran sewa/upah berbentuk sesuatu yang tidak boleh
dimanfaatkan kerana tidak bernilai
o Contoh : Serangga / 2 biji gandum / Haiwan Buas / Berhala / Ukiran
3. Mampu diserah
o Contoh : Burung yang masih di udara / ikan yang masih di dalam sungai
o Atau barangan yang sudah dirampas
 Rukun keempat : Bayaran Sewa atau Upah
4. Pihak yang berkontrak mempunyai kuasa (wilayah) untuk menyerahkannya
o Kuasa (Wilayah) : Sama ada sebagai pemilik atau wakil
5. Bayaran sewa / upah diketahui kedua-dua pihak
o Tidak sah sewa kereta dibayar dengan minyaknya
o Tidak sah menyewa seekor haiwan jika dibayar dengan memberi makannya
Bayaran sewa/upah yang tidak pasti:
o Apabila sebahagian daripada upah diperolehi daripada hasil kerja orang yang diupah
o Contoh: Upah menyembelih kambing : Dibayar dengan kulit / sebahagian anggota kambing
tersebut (ketebalan kulit & kadar anggota kambing tidak diketahui)
o Seorang yang diupah untuk mengisar gandum , upahnya dibayar dengan memberikan
sebahagian daripada tepung gandum yang dihasilkan ( ¼).
o Memberikan sebahagian daripada hasil kutipan wang , sama ada untuk persatuan atau
sebagainya. Contoh : 2%
Ianya tidak sah kerana upah yang ditetapkan tidak pasti. Pendapatan melalui cara ini adalah
cara yang tidak baik dan bercanggah dengan syarak.
Jenis dan Syarat Penyewaan
 Terdapat 2 jenis kontrak sewa : Sewa Barangan dan Sewa Jaminan
1) Sewa Barangan
o Sewa yang membabitkan perkhidmatan yang diperolehi daripada barangan tertentu.
o Contoh: Pemilik berkata “ Saya sewakan rumah ini kepada anda”
o Seseorang menyewa (mengupah) orang tertentu untuk sesuatu kerja / menjahitkan baju
tertentu
2) Sewa Jaminan
o Sewa yang membabitkan perkhidmatan yang diperolehi melalui jaminan pemilik
o Contohnya : Penyewa menyewa (mengupah) seseorang untuk menghantarkannya ke suatu
tempat menggunakan sebuah kereta yang dinyatakan sifat-sifatnya berdasarkan jaminan
pemiliknya
o Sewa ini merujuk kepada perkhidmatan yang dinyatakan ciri-cirinya melalui jaminan
pemilik bukan perkhidmatan yang diperolehi daripada barangan tertentu.
Syarat Sewa Barangan
1) Barangan yang disewa mestilah ditetapkan
o Tidak sah menyewa salah satu daripada 2 buah kereta.
2) Barangan yang disewa mestilah wujud dan dipamerkan di hadapan kedua-dua
pihak ketika memeterai kontrak sewa
o Kedua-dua pihak harus melihat barangan yang akan disewa sebelum majlis kontrak dan
barangan tersebut biasanya tidak mengalami apa-apa perubahan dalam tempoh
tersebut.
3) Penggunaan khidmat(manfaat) barangan tersebut tidak ditangguh selepas kontrak
dimeterai
o Contoh : Pemilik menyewakan rumahnya pada tahun hadapan
o Kecuali jika sewa masa hadapan tersebut membabitkan orang yang sama yang sedang
menyewa barangan tersebut pada ketika kontrak tersebut dibuat. Dan kontrak tersebut
akan berakhir pada tarikh permulaan kontrak baru.
o (Penyewa menyewa barangan tersebut untuk dua tempoh dalam satu kontrak)
Syarat Sewa Jaminan
1. Bayaran sewa adalah serta-merta dan diserahkan dalam majlis kontrak
o Sewa ini ialah jual salam perkhidmatan
o Penyerahan modal salam (sewa) mestilah dilakukan dalam majlis kontrak
o Penangguhan penyerahan bayaran dikira sama seperti tidak menyerahkannya
o Jika kedua-dua pihak bersetuju untuk mengangguhkan bayaran sewa, kontrak
tersebut tidak sah walaupun dalam satu majlis
2. Spesfikasi barangan yang ditawarkan perkhidmatan itu hendaklah dinyatakan
dengan jelas
o Contoh : Penyewa memeterai kontrak dengan syarikat pengangkutan supaya
menghantarkannya ke sebuah negara
o Perlu dijelaskan jenis pengangkutan yang akan digunakan.
o Adakah pengangkutan udara atau darat?
o Adakah kereta besar atau kecil?
Hukum Kontrak Sewa
1) Hak milik penyewa terhadap khidmat yang disewa disahkan dan penyewa
berhak menggunakannya
2) Hak milik pemilik sewaan terhadap bayaran sewa iaitu bayaran bagi
perkhidmatan yang diserahkan kepada penyewa pada masa kontrak disahkan.
o Apabila khidmat barangan tersebut selesai digunakan/ tempoh yg ditetapkan berakhir,
maka pemilik mengesahkan hak miliknya ke atas semua bayaran sewa.
o Jika barangan yang disewa rosak selepas sebahagian khidmatnya sahaja yang
digunakan, beberapa perkara harus dilihat:
o Jika bahagian yang telah digunakan pada kebiasaannya boleh dimanfaatkan, pemilik berhak
memperoheli bayaran sewa bagi bahagian yang telah digunakan.
o Contohnya : Penyewa menyewa sebuah kereta untuk ke suatu tempat, lalu kereta itu rosak
sebelum tiba, pemilik berhak memperolehi bayaran sewa untuk jarak yang dilaluinya hanya jika
penyewa boleh meneruskan perjalanan tanpa bersusah-payah atau dia mempunyai urusan
tertentu di tempat tersebut.
o Jika khidmat(manfaat) daripada bahagian yang digunakan biasanya tidak boleh dimanfaat,
pemilik tidak berhak untuk memperolehi sedikit pun bayaran sewa.
o Contohnya: Tempat kereta rosak itu biasanya bukan tempat tuju atau sukar untuk meneruskan
perjalanan dari tempat tersebut.
o Hal ini sama seperti barangan yang dijual rosak sebelum diserahkan atau barangan itu boleh
digunakan khidmatnya.
Hak Menggunakan Perkhidmatan
o Penyewa berhak menggunkan sendiri khidmat tersebut atau pun diserahkan kepada
orang lain.
o Jika pemilik meletakkan syarat hanya penyewa sahaja yang boleh menggunakannya,
kontrak tersebut tidak SAH.
Syarat-syarat yang membolehkan barang tersebut digunakan oleh orang lain.
1) Orang yang diberikan kebenaran menggunakan barangan tersebut mestilah orang yang
amanah.
2) Pengguna tersebut mestilah menggunakan barangan tersebut dengan cara yang sama
seperti penyewa/ kurang memberikan kesan yang buruk kepada barangan
berbanding penyewa.
1) Apabila menyewa sebuah rumah kediaman, dia tidak berhak menyerahkannya kepada orang lain
untuk digunakan sebagai premis kilang/perniagaan.
2) Pemilik menyewakan sehelai baju, penyewa tidak berhak menyerahkan kepada orang lain yang
bertubuh lebih besar.
Tanggung-jawab ke atas barang sewaan
 Sebarang kerosakan atau kecacatan pada barangan yang disewa tidak akan
ditanggung oleh penyewa selagi ia bukan berpunca daripada salah laku atau
cuai ketika menggunakannya.
 Contoh: Penyewa menyewa sebuah rumah kediaman dan dia mendiaminya. Rumah
itu kemudian terbakar berpunca daripada alat memasak yang biasa digunakan di
dalam rumah dan bukan akibat kecuaiannya.
 Contoh: Penyewa membuat pembakaran untuk perusahaan besi atau sebagainya.
Maka penyewa perlu bertanggung-jawab kerana dia telah menyalahgunakan rumah
tersebut, lain daripada tujuan asal penyewaan.
Tanggung-jawab Orang Upahan
1. Orang upahan untuk tugas khusus
o Orang yang diikat secara kontrak oleh pengupah untuk melakukan sesuatu kerja dalam
tempoh tertentu dan pengupah berhak memanfaatkan tenaga orang yang diupah
seoanjang tempoh tersebut.
o Manakala orang upahan pula berhak memperolehi bayaran upah walaupun tidak
melakukan sebarang kerja.
o Orang upahan seperti ini tidak perlu bertanggung-jawab dengan kerja-kerja yang
dilakukan kecuali jika mereka menyalah guna atau cuai dengan kerja mereka.
2. Orang upahan untuk tugas bersama
o Orang yang diikat secara kontrak oleh pengupah untuk melaksanakan kerja tertentu dan
dia berhak mendapat bayaran upah setelah kerja tersebut selesai.
o Tidak bertanggung-jawab terhadap sebarang kerosakan kecuali jika mereka menyalah
guna atau cuai.
Orang upahan untuk tugas bersama perlu bertanggung-jawab dengan barangan rosak di
tangannya, kecuali jika kerosakan itu disebabkan oleh punca yang tidak dapat dielakkan
seperti kebakaran atau tenggelam. (Pendapat ulama’ mazhab Abu Hanifah)

More Related Content

What's hot

4.1 ar rahn (konsep 1)
4.1 ar rahn (konsep 1)4.1 ar rahn (konsep 1)
4.1 ar rahn (konsep 1)
shahirah44
 
Konsep Pemilikan Dalam Islam
Konsep Pemilikan Dalam IslamKonsep Pemilikan Dalam Islam
Konsep Pemilikan Dalam Islam
Mahyuddin Khalid
 

What's hot (20)

Hutang (Muamalat)
Hutang (Muamalat)Hutang (Muamalat)
Hutang (Muamalat)
 
Jual beli
Jual beliJual beli
Jual beli
 
Fiqh Muamalat
Fiqh MuamalatFiqh Muamalat
Fiqh Muamalat
 
Musaqah
MusaqahMusaqah
Musaqah
 
Jaminan (Kafalah)
Jaminan (Kafalah)Jaminan (Kafalah)
Jaminan (Kafalah)
 
Barangan Ribawi
Barangan RibawiBarangan Ribawi
Barangan Ribawi
 
4.1 ar rahn (konsep 1)
4.1 ar rahn (konsep 1)4.1 ar rahn (konsep 1)
4.1 ar rahn (konsep 1)
 
Al- murabahah
Al- murabahahAl- murabahah
Al- murabahah
 
Riba
RibaRiba
Riba
 
Qawaid kelima
Qawaid kelimaQawaid kelima
Qawaid kelima
 
Pelaburan (Mudhabarah)
Pelaburan (Mudhabarah)Pelaburan (Mudhabarah)
Pelaburan (Mudhabarah)
 
Syuf'ah
Syuf'ahSyuf'ah
Syuf'ah
 
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'
 
Bay’ al inah dan bay dayn
Bay’ al inah dan bay dayn Bay’ al inah dan bay dayn
Bay’ al inah dan bay dayn
 
Konsep Pemilikan Dalam Islam
Konsep Pemilikan Dalam IslamKonsep Pemilikan Dalam Islam
Konsep Pemilikan Dalam Islam
 
Usul fiqh, rukhsah.
Usul fiqh, rukhsah.Usul fiqh, rukhsah.
Usul fiqh, rukhsah.
 
Al-Kafalah
Al-KafalahAl-Kafalah
Al-Kafalah
 
Riba
RibaRiba
Riba
 
Gadaian (Al-Rahn)
Gadaian (Al-Rahn)Gadaian (Al-Rahn)
Gadaian (Al-Rahn)
 
Khiyar (Pilihan)
Khiyar (Pilihan)Khiyar (Pilihan)
Khiyar (Pilihan)
 

Viewers also liked (6)

islamic bank ijarah
islamic bank ijarahislamic bank ijarah
islamic bank ijarah
 
Ijarah
IjarahIjarah
Ijarah
 
Ijarah
IjarahIjarah
Ijarah
 
Presentasi ijarah
Presentasi ijarahPresentasi ijarah
Presentasi ijarah
 
AL-IJARAH
AL-IJARAHAL-IJARAH
AL-IJARAH
 
Ijarah
IjarahIjarah
Ijarah
 

More from Zafirah Abdullah (15)

Syarikat
SyarikatSyarikat
Syarikat
 
Simpanan (Wadi'ah)
Simpanan (Wadi'ah)Simpanan (Wadi'ah)
Simpanan (Wadi'ah)
 
Pinjaman ( Ariyyah)
Pinjaman ( Ariyyah)Pinjaman ( Ariyyah)
Pinjaman ( Ariyyah)
 
Barang pungotan (luqotoh)
Barang pungotan (luqotoh)Barang pungotan (luqotoh)
Barang pungotan (luqotoh)
 
Saguhati (ji’alah)
Saguhati (ji’alah)Saguhati (ji’alah)
Saguhati (ji’alah)
 
Anugerah (hibah)
Anugerah (hibah)Anugerah (hibah)
Anugerah (hibah)
 
Perdamain (sulh)
Perdamain (sulh)Perdamain (sulh)
Perdamain (sulh)
 
Penukaran wang sorf
Penukaran wang  sorfPenukaran wang  sorf
Penukaran wang sorf
 
Dasar dasar ilmu dakwah
Dasar dasar ilmu dakwahDasar dasar ilmu dakwah
Dasar dasar ilmu dakwah
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
 
Sejahah Perundangan Islam : Zaman kebangkitan
Sejahah Perundangan Islam : Zaman kebangkitanSejahah Perundangan Islam : Zaman kebangkitan
Sejahah Perundangan Islam : Zaman kebangkitan
 
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman TadwinSejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
 
Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumud
Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumudSejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumud
Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumud
 
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'inSejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
 
Muqaddimah ilmu usul fiqh
Muqaddimah ilmu usul fiqhMuqaddimah ilmu usul fiqh
Muqaddimah ilmu usul fiqh
 

Recently uploaded (7)

PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptxPELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
 
Kisah Nabi Sulaiman dengan Pasukan Semut
Kisah Nabi Sulaiman dengan Pasukan SemutKisah Nabi Sulaiman dengan Pasukan Semut
Kisah Nabi Sulaiman dengan Pasukan Semut
 
TOPIK 1 PENGENALAN KONSEP DALAM PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN
TOPIK 1 PENGENALAN KONSEP DALAM PENTAKSIRAN DAN PENILAIANTOPIK 1 PENGENALAN KONSEP DALAM PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN
TOPIK 1 PENGENALAN KONSEP DALAM PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN
 
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
 
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
 
Fail Meja GKMP Tentang tugas-tugas GKMP di sekolah
Fail Meja GKMP Tentang tugas-tugas GKMP di sekolahFail Meja GKMP Tentang tugas-tugas GKMP di sekolah
Fail Meja GKMP Tentang tugas-tugas GKMP di sekolah
 
RANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURID
RANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURIDRANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURID
RANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURID
 

Kontrak sewa (al ijarah)

  • 2. Takrif  Al-Ijarah (Bahasa Arab) : Bayaran yang diberikan kepada orang yang melakukan sesuatu kerja sebagai ganjaran kepada apa yang dilakukannya.  Istilah Fuqahak : Kontrak untuk mendapatkan khidmat (manfaat) tertentu yang boleh dibayar dan dihalalkan dengan barangan tertentu.  Kesahihan menurut Syarak  “Jika mereka menyusukan anak kamu, maka berikanlah kepada mereka upah- upah mereka” (Ath-Tolaq : 6)
  • 3. Rukun dan Syarat Sewa  Rukun Pertama : Dua pihak yang berkontrak iaitu Pemilik Perkhidmatan (Manfaat) dan penyewa.  Kedua pihak mestilah baligh dan berakal  Kedua pihak juga mestilah bukan orang membabitkan harta.  Rukun Kedua : Sighah Kontrak iaitu Penawaran dan Persetujuan  Penawaran (ijab) : Apa jua lafaz yang dilahirkan oleh pemilik perkhidmatan (manfaat)  Lafaz penawaran haruslah menunjukkan bahawa perkhidmatan tersebut adalah miliknya.  Contoh lafaz secara langsung “ Saya sewakan barangan ini” / (tidak langsung) “ Tinggallah rumah saya selama setahun dengan bayaran sekian”  *Persetujuan (Kabul) : Apa jua lafaz yang lahir daripada penyewa yang menunjukkan persetujuan untuk memiliki khidmat (manfaat) dan ia difahami dengan jelas.  Contoh Persetujuan: “Saya setuju”
  • 4.  Syarat Sighah Kontrak  Persetujuan dan Penawaran mestilah selari  Contoh pemilik berkata : “ Saya sewakan rumah saya dengan bayaran RM 400 sebulan.” Penyewa menjawab: “Saya terima tetapi dengan bayaran RM300 sebulan”.  Keadaan ini menunjukkan persetujuan tidak wujud kerana penawaran dan persetujuan tidak selari.  Tidak wujud jurang masa yang lama antara penawaran dan persetujuan  Jurang masa tersebut sama ada diselangi oleh diam atau oleh percakapan yang asing yang tiada kene mengena dengan kontrak.  Tidak Bersyarat  Contoh : “Jika Zaid dating, saya akan sewakannya kepada anda dengan bayaran tersebut”
  • 5. Rukun dan Syarat Sewa  Rukun Ketiga: Perkhidmatan (Manfaat) 1. Perkhidmatan mestilah mempunyai nilai  Perkhidmatan tersebut diterima dan diperlukan menurut syarak dan uruf (amalan kebiasaan orang ramai)  Contonya, sewa rumah untuk didiaminya. Jika khidmat tersebut tidak bernilai menurut syarak, bayaran tersebut dianggap sia-sia dan membazir.  Tidak sah penyewaan peralatan yang melalaikan kerana penggunaannya diharamkan.  Tidak sah menyewa anjing untuk memburu atau mengawal kerana binatang tersebut tidak bernilai menurut syarak  Tidak sah mengupah seseorang bercakap tanpa henti walaupun tujuannya adalah untuk melariskan barangan / memberikan keuntungan
  • 6.  Rukun Ketiga: Perkhidmatan (Manfaat) 2. Pemilik perkhidmatan mestilah mampu menyerahkan perkhidmatannya supaya penyewa boleh menggunakannya. Jika pemilik tidak mampu menyerahkan khidmat secara fizikal/ syarak, penyewaan tidak sah. o Tidak sah menyerahkan barangan yang telah dirampas o Tidak sah menyewakan kereta yang hilang o Tidak sah menyewakan tanah untuk tujuan pertanian tetapi tiada sumber air yang tetap. Alasannya ialah semua barangan ini tidak boleh diserahkan dari segi fizikal.  Contoh penyewaan yang tidak dibenarkan kerana khidmatnya tidak boleh diserahkan dari segi syarak: o Mengupah wanita dalam haid/nifas untuk berkhidmat di dalam masjid. o Jika wanita yang diupah tidak dalam keadaan haid, tetapi kemudian didatangi haid / nifas, maka kontrak tersebut batal. Jika dia melakukan kerja tersebut, dia berdosa dan tidak berhak mendapat upah o Tidak sah mengupah wanita yang berkahwin untuk tugas menyusu atau sesuatu khidmat tanpa kebenaran suaminya. o Tidak sah mengupah seorang wanita melakukan suatu kerja yang memerlukannya bermusafir tanpa ditemani oleh suaminya. / Atau kerja yang memerlukan dia bersendirian dengan lelaki yang bukan mahram.
  • 7.  Rukun Ketiga: Perkhidmatan (Manfaat) 3. Khidmat (Manfaat) diperolehi oleh pengupah bukan oleh orang yang diupah. o Tidak sah mengupah seseorang melakukan ibadat yang memerlukan kepada niat dan tidak boleh diwakilkan kepada orang lain seperti sembahyang dan puasa. o Dalam keadaan ini, khidmat (manfaat) di sini, iaitu pahala menjadi hak orang yang diupah dan bukan orang yang mengupah. o Walau bagaimana pun, ibadat Haji boleh diwakilkan kepada orang lain walaupun ibadah itu memerlukan kepada niat / Puasa bagi pihak orang yang telah meninggal dunia (SAH) o Jika pada dasarnya ibadat tersebut tidak menyeluruh (tidak diwajibkan), pengupahan adalah sah. o Contoh : Mengendalikan jenazah (Mandi/ Kafan / Kebumikan) o Melaungkan Azan
  • 8.  Rukun Ketiga: Perkhidmatan (Manfaat) 4. Khidmat (Manfaat) disewa bukan bertujuan mendapatkan barangan. o Tidak sah menyewa kebun untuk mendapatkan buah-buahannya / menyewa kambing untuk mendapatkan bulu, susu, hasilnya. o Pada dasarnya, kontrak sewa ialah pemilikan khidmat. Oleh itu kontrak sewa tidak boleh dilakukan dengan tujuan mendapatkan barangan. o Konteks Sewa : Penggunaan Khidmat & bukan penggunaan Barangan. o Jika kontrak sewa membabitkan penggunaan barangan secara sampingan dan bukan menjadi tujuan kontrak, maka ia dibenarkan. o Contoh: Seseorang mengupah seorang wanita sevagai pengasuh dan penyusu/ sebagai penyusu sahaja o Kontrak ini dengan sendirinya membabitkan penggunaan susu penyusu yang merupakan suatu barangan o Perbuatan itu SAH kerana darurat atau hajat yang perlu
  • 9.  Rukun Ketiga: Perkhidmatan (Manfaat) 5. Khidmat mestilah dimaklumi oleh kedua-dua pihak dari segi barangan, sifat dan kadarnya. Syarat Sah Kontrak Sewa a) Maklumat mengenani barangan perkhidmatan. o Pengetahuan mengenai kedudukan barangan tersebut o Tidak sah penyewaan salah satu daripada 2 rumah tanpa ditentukan yang mana satu. (Kedudukan tidka diketahui) o Perlu dinyatakan dengan jelas bagi mengesahkan kontrak tersebut b) Maklumat mengenai jenis dan sifat perkhidmatan (manfaat). Perkara ini perlu bagi barangan yang mempunyai kegunaan berbeza mengikut pengguna dan penggunaannya tidak boleh ditolak ansur o Tidak sah penyewaan tanah untuk pertanian tanpa dinyatakan dengan jelas tanaman yang bakal ditanam. (Kerana kesan kepada tanah berbeza mengikut penggunaannya) o Tidak dibenarkan menggunakan barangan yang disewa selain daripada penggunaan biasa. o Contoh : Apabila sebuah rumah kediaman digunakan untuk bertujuan industry atau perniagaannya.
  • 10. c) Maklumat mengenai kadar khidmat o Kadar perkidmatan berbeza mengikut jenis perkhidmatan o Ada yang dinilai berdasarkan masa penggunaan o Ada yang dinilai berdasarkan kerja yang dilakukan Atau kedua-duanya. Khidmat yang dinilai berdasarkan masa penggunaan. o Contoh : Penyewaan sewa rumah kediaman (Mungkin lama/sekejap) o Upah penyusuan (Susu yg diminum itu mungkin banyak/sedikit) / upah menampal simen dinding (Mungkin tebal/ tipis) o Semua ini hanya dapat dinilai mengikut masa yang digunakan kerana kaedah penilaian lain tidak dapat memberikan ukuran yang tepat Perkhidmatan yang boleh disewa mengikut masa o Perlu dinyatakan tempoh perkhidmatan o Perkhidmatan mestilah masih wujud dalam tempoh tersebut o Tempoh sewaan bergantung kepada jangka hayat dan menurut penilaian pakar bahawa barangan tersebut masih elok dalam tempoh tersebut o Tanah, boleh disewa selama 100 tahun/lebih o Rumah boleh disewa selama 30 tahun o Kenderaan boleh disewa selama 10 tahun
  • 11. Khidmat yang dinilai berdasarkan kerja o Perkhidmatan yang mungkin memakan masa yang lama/sebentar dan tidak dapat dipastikan tempoh yang akan digunakan o Contoh : Upah menjahit baju o Mengecat dinding o Memasak makanan & etc Khidmat yang dinilai berdasarkan dengan masa atau kerja o Contoh : Mengupah seseorang menjahit selama sehari / mengupah tukang jahit menjahit sehelai baju o Sesuatu perkhidmatn tidak boleh dinilai mengikut masa dan kerja secara serentak. o Contohnya : Mengupah seorang menjahit sehelai baju dalam masa sehari
  • 12. Rukun dan Syarat Sewa  Rukun keempat : Bayaran Sewa atau Upah 1. Bayaran sewa mestilah bayaran yang suci o Tidak sah bayaran jika bayaran sewa/upah berupa anjing atau khinzir atau kulit yang belum disamak atau arak. (Barangan Najis) o Juga barangan yang terkena najis dan tidak boleh dibersihkan (Cuka, susu, miyak..) 2. Bayaran sewa boleh dimanfaatkan o Tidak sah memberikan bayaran sewa/upah berbentuk sesuatu yang tidak boleh dimanfaatkan kerana tidak bernilai o Contoh : Serangga / 2 biji gandum / Haiwan Buas / Berhala / Ukiran 3. Mampu diserah o Contoh : Burung yang masih di udara / ikan yang masih di dalam sungai o Atau barangan yang sudah dirampas
  • 13.  Rukun keempat : Bayaran Sewa atau Upah 4. Pihak yang berkontrak mempunyai kuasa (wilayah) untuk menyerahkannya o Kuasa (Wilayah) : Sama ada sebagai pemilik atau wakil 5. Bayaran sewa / upah diketahui kedua-dua pihak o Tidak sah sewa kereta dibayar dengan minyaknya o Tidak sah menyewa seekor haiwan jika dibayar dengan memberi makannya Bayaran sewa/upah yang tidak pasti: o Apabila sebahagian daripada upah diperolehi daripada hasil kerja orang yang diupah o Contoh: Upah menyembelih kambing : Dibayar dengan kulit / sebahagian anggota kambing tersebut (ketebalan kulit & kadar anggota kambing tidak diketahui) o Seorang yang diupah untuk mengisar gandum , upahnya dibayar dengan memberikan sebahagian daripada tepung gandum yang dihasilkan ( ¼). o Memberikan sebahagian daripada hasil kutipan wang , sama ada untuk persatuan atau sebagainya. Contoh : 2% Ianya tidak sah kerana upah yang ditetapkan tidak pasti. Pendapatan melalui cara ini adalah cara yang tidak baik dan bercanggah dengan syarak.
  • 14. Jenis dan Syarat Penyewaan  Terdapat 2 jenis kontrak sewa : Sewa Barangan dan Sewa Jaminan 1) Sewa Barangan o Sewa yang membabitkan perkhidmatan yang diperolehi daripada barangan tertentu. o Contoh: Pemilik berkata “ Saya sewakan rumah ini kepada anda” o Seseorang menyewa (mengupah) orang tertentu untuk sesuatu kerja / menjahitkan baju tertentu 2) Sewa Jaminan o Sewa yang membabitkan perkhidmatan yang diperolehi melalui jaminan pemilik o Contohnya : Penyewa menyewa (mengupah) seseorang untuk menghantarkannya ke suatu tempat menggunakan sebuah kereta yang dinyatakan sifat-sifatnya berdasarkan jaminan pemiliknya o Sewa ini merujuk kepada perkhidmatan yang dinyatakan ciri-cirinya melalui jaminan pemilik bukan perkhidmatan yang diperolehi daripada barangan tertentu.
  • 15. Syarat Sewa Barangan 1) Barangan yang disewa mestilah ditetapkan o Tidak sah menyewa salah satu daripada 2 buah kereta. 2) Barangan yang disewa mestilah wujud dan dipamerkan di hadapan kedua-dua pihak ketika memeterai kontrak sewa o Kedua-dua pihak harus melihat barangan yang akan disewa sebelum majlis kontrak dan barangan tersebut biasanya tidak mengalami apa-apa perubahan dalam tempoh tersebut. 3) Penggunaan khidmat(manfaat) barangan tersebut tidak ditangguh selepas kontrak dimeterai o Contoh : Pemilik menyewakan rumahnya pada tahun hadapan o Kecuali jika sewa masa hadapan tersebut membabitkan orang yang sama yang sedang menyewa barangan tersebut pada ketika kontrak tersebut dibuat. Dan kontrak tersebut akan berakhir pada tarikh permulaan kontrak baru. o (Penyewa menyewa barangan tersebut untuk dua tempoh dalam satu kontrak)
  • 16. Syarat Sewa Jaminan 1. Bayaran sewa adalah serta-merta dan diserahkan dalam majlis kontrak o Sewa ini ialah jual salam perkhidmatan o Penyerahan modal salam (sewa) mestilah dilakukan dalam majlis kontrak o Penangguhan penyerahan bayaran dikira sama seperti tidak menyerahkannya o Jika kedua-dua pihak bersetuju untuk mengangguhkan bayaran sewa, kontrak tersebut tidak sah walaupun dalam satu majlis 2. Spesfikasi barangan yang ditawarkan perkhidmatan itu hendaklah dinyatakan dengan jelas o Contoh : Penyewa memeterai kontrak dengan syarikat pengangkutan supaya menghantarkannya ke sebuah negara o Perlu dijelaskan jenis pengangkutan yang akan digunakan. o Adakah pengangkutan udara atau darat? o Adakah kereta besar atau kecil?
  • 17. Hukum Kontrak Sewa 1) Hak milik penyewa terhadap khidmat yang disewa disahkan dan penyewa berhak menggunakannya 2) Hak milik pemilik sewaan terhadap bayaran sewa iaitu bayaran bagi perkhidmatan yang diserahkan kepada penyewa pada masa kontrak disahkan. o Apabila khidmat barangan tersebut selesai digunakan/ tempoh yg ditetapkan berakhir, maka pemilik mengesahkan hak miliknya ke atas semua bayaran sewa. o Jika barangan yang disewa rosak selepas sebahagian khidmatnya sahaja yang digunakan, beberapa perkara harus dilihat: o Jika bahagian yang telah digunakan pada kebiasaannya boleh dimanfaatkan, pemilik berhak memperoheli bayaran sewa bagi bahagian yang telah digunakan. o Contohnya : Penyewa menyewa sebuah kereta untuk ke suatu tempat, lalu kereta itu rosak sebelum tiba, pemilik berhak memperolehi bayaran sewa untuk jarak yang dilaluinya hanya jika penyewa boleh meneruskan perjalanan tanpa bersusah-payah atau dia mempunyai urusan tertentu di tempat tersebut.
  • 18. o Jika khidmat(manfaat) daripada bahagian yang digunakan biasanya tidak boleh dimanfaat, pemilik tidak berhak untuk memperolehi sedikit pun bayaran sewa. o Contohnya: Tempat kereta rosak itu biasanya bukan tempat tuju atau sukar untuk meneruskan perjalanan dari tempat tersebut. o Hal ini sama seperti barangan yang dijual rosak sebelum diserahkan atau barangan itu boleh digunakan khidmatnya. Hak Menggunakan Perkhidmatan o Penyewa berhak menggunkan sendiri khidmat tersebut atau pun diserahkan kepada orang lain. o Jika pemilik meletakkan syarat hanya penyewa sahaja yang boleh menggunakannya, kontrak tersebut tidak SAH. Syarat-syarat yang membolehkan barang tersebut digunakan oleh orang lain. 1) Orang yang diberikan kebenaran menggunakan barangan tersebut mestilah orang yang amanah. 2) Pengguna tersebut mestilah menggunakan barangan tersebut dengan cara yang sama seperti penyewa/ kurang memberikan kesan yang buruk kepada barangan berbanding penyewa. 1) Apabila menyewa sebuah rumah kediaman, dia tidak berhak menyerahkannya kepada orang lain untuk digunakan sebagai premis kilang/perniagaan. 2) Pemilik menyewakan sehelai baju, penyewa tidak berhak menyerahkan kepada orang lain yang bertubuh lebih besar.
  • 19. Tanggung-jawab ke atas barang sewaan  Sebarang kerosakan atau kecacatan pada barangan yang disewa tidak akan ditanggung oleh penyewa selagi ia bukan berpunca daripada salah laku atau cuai ketika menggunakannya.  Contoh: Penyewa menyewa sebuah rumah kediaman dan dia mendiaminya. Rumah itu kemudian terbakar berpunca daripada alat memasak yang biasa digunakan di dalam rumah dan bukan akibat kecuaiannya.  Contoh: Penyewa membuat pembakaran untuk perusahaan besi atau sebagainya. Maka penyewa perlu bertanggung-jawab kerana dia telah menyalahgunakan rumah tersebut, lain daripada tujuan asal penyewaan.
  • 20. Tanggung-jawab Orang Upahan 1. Orang upahan untuk tugas khusus o Orang yang diikat secara kontrak oleh pengupah untuk melakukan sesuatu kerja dalam tempoh tertentu dan pengupah berhak memanfaatkan tenaga orang yang diupah seoanjang tempoh tersebut. o Manakala orang upahan pula berhak memperolehi bayaran upah walaupun tidak melakukan sebarang kerja. o Orang upahan seperti ini tidak perlu bertanggung-jawab dengan kerja-kerja yang dilakukan kecuali jika mereka menyalah guna atau cuai dengan kerja mereka. 2. Orang upahan untuk tugas bersama o Orang yang diikat secara kontrak oleh pengupah untuk melaksanakan kerja tertentu dan dia berhak mendapat bayaran upah setelah kerja tersebut selesai. o Tidak bertanggung-jawab terhadap sebarang kerosakan kecuali jika mereka menyalah guna atau cuai. Orang upahan untuk tugas bersama perlu bertanggung-jawab dengan barangan rosak di tangannya, kecuali jika kerosakan itu disebabkan oleh punca yang tidak dapat dielakkan seperti kebakaran atau tenggelam. (Pendapat ulama’ mazhab Abu Hanifah)