definisi dan kepentingan qarinah

5,105 views

Published on

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
5,105
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
20
Actions
Shares
0
Downloads
81
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

definisi dan kepentingan qarinah

  1. 1. NAMA AHLI KUMPULAN:HAFIZUDDIN BIN HUSSIN 08BI01158INTAN NOORHASMAIZAN BINTI MOHAMED 08BI01112NORFADILAH BINTI KAMARUDDIN 08BI01178IDZWANI FARHA BINTI AB.RASHID 08BI01180NURUL AIN MAZLINA BINTI KHAIRUDDIN 08BI01197ALINA BINTI ALIAS 08BI01199 SMSU (C) SESI II 2010/2011
  2. 2. Soalan a: Definisikan Qarinah dan buktikan kepentingan Qarinah menurut al-Quranserta lisan-lisan sejarah perundangan Islam.Definisi:Qarinah dari segi bahasa adalah berasal dari kata kerja „qarana‟ yang membawa ertiperkaitan, hubungan, gabungan, pertalian atau persahabatan.Manakala Qarinah dari sudut perundangan adalah qarinah oleh diertikan sebagai andaianatau anggapan.Qarinah yang diberikan oleh Abdul Karim Zaidan ialah sebarang tanda sama ada al-amarat atau al-alamat yang menunjukkan kewujudan sesuatu atau ketidakwujudansesuatu.Bukti kepentingan qarinah al-Quran:Keseluruhan ulama menerima qarinah sebagai salah satu cara pembuktian. Golongan yangmenerima qarinah ini kebanyakannya adalah ulama mazhab yang empat. Dalil merekaberdasarkan al-quran, sunnah dan amalan sahabat..
  3. 3. Firman Allah:Maksudnya:dan bagi mengesahkan dakwaan itu mereka pula melumurkan baju Yusuf dengandarah palsu, bapa mereka berkata: Tidak, bahkan nafsu kamu memperelokkan kepadakamu sesuatu perkara (yang tidak diterima akal) , kalau demikian, bersabarlah aku,dengan sebaik-baiknya dan Allah jualah yang dipohonkan pertolongan-Nya tentangapa-apa yang kamu katakana itu.(Surah Yusuf:18)Menurut al-Qurtubi, dalam tafsirnya, fuqaha telah menjadikan ayat ini sebagai dalilboleh menggunakan “petanda yang menunjukkan” dalam masalah fikah sepertiqasamah dan sebagainya. Ulama sepakat mengatakan bahawa Nabi Yaakub telahmenjadikan bukti terhadap dakwaan palsu saudara Nabi Yusuf berdasarkan baju (yangdipakai oleh Nabi Yusuf) itu tidak koyak.Berdasarkan ayat dan riwayat ini jelas menunjukkan Nabi Yaakub elah menggunakanqrinah sebagai cara membuktikan dakwaan saudara-saudara Nabi Yusuf bahawa nabiyusuf telah dibunuh. Dakwaan bahawa nabi yusuf dimakan oleh serigala bohongberdasarkan kelaziman, kerana seseorang yang diserang atau dibaham serigala,tentulah bajunya akan koyak-rabak. Tetapi ini tidak berlaku kepada baju nabi yusuf.Keadaan ini menimbulkan keraguan tentang kebenaran dakwaan mereka
  4. 4. Kisah Dalam Sejarah Perundangan IslamKisah (1)Firman Allah:Maksudnya:“Dan mereka berdua pun berkejaran di pintu serta perempuan itu mengoyakkan baju (Yusuf) daribelakang, lalu terserempaklah kedua-duanya dengan suami perempuan dimuka pintu. Tiba-tibaperempuan itu berkata (kepada suaminya), tidak ada balasan bagi orang yang mahu membuatjahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau dikenakan azab yang menyiksanya.Yusuf pula berkata, dialah yang memujukku berkehendakkan diriku. (Suaminya tercengangmendengarnya) dan seseorang daripada keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampilmember pendapatnya lalu berkata, jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhanperempuan itu dan jadilah Yusuf daripada orang-orang dusta, dan jika bajunya koyak daribelakang maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah daripada orang-orang yang benar”Setelah suaminya melihat baju yusuf koyak dari belakang, berkatalah ia, sesungguhnya iniadalah tipu daya kamu orang-orang perempuan. Sesungguhnya tipu daya kamu adalah besar.(Surah Yusuf :25-28)
  5. 5. Kesimpulan: koyaknya baju Nabi Yusuf dari belakang adalah sebagai qarinahyang menunjukkan bahawa Nabi Yusuf tidak melakukan pencerobohan terhadapZulaikha.Kisah (2)Nabi Sulaiman juga pernah menghukum berdasarkan qarinah. Pada suatu hari diadikunjungi dua orang perempuan membawa seorang kanak-kanak. Masing-masing mendakwa bahawa kanak-kanak itu anaknya. Nabi Sulaiman berkata,berilah kepada ku pisau agar ku belah dua kanak-kanak itu untuk diberikankepada kamu berdua. Perempuan yang tua itu bersetuju, sedangkan yang mudapula berkata “Allahlah memberi rahmatnya kepada tuan. Janganlah dilakukanyang demikian itu. Kanak-kanak ini adalah anakku”. Mendengar kata-katatersebut, Nabi Sulaiman pun menghukumkan bahawa kanak-kanak itu diberikankepada perempuan muda tersebut.
  6. 6. Soalan b: Huraikan kedudukan keterangan qarinah dalam kes-kes berikut:l. Ibrahim Yusuff lwn Eshah Hj Ishak dan 4 yang lainFakta kes:Dalam kes ini perayu (Ibrahim Yusuff) telah membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan kerana tidakberpuashati atas keputusan Mahkamah Tinggi Syariah berkaitan penolakan tuntutannya supayamengesahkan hibah arwah datuknya kepada arwah ibunya iaitu sebidang tanah. Di atas tanah tersebutterdapat 2 rumah yang telah didiami oleh perayu bersama arwah ibunya sejak dia masih hidupmanakala sebuah lagi didiami oleh pihak responden iaitu ibu saudaranya (Eshah Hj Ishak) bersamaanak-anaknya sehingga dia pindah ke Kuala Lumpur.Isu yang berbangkit apabila pihak responden menyatakan bahawa tanah tersebut telah ditukarkan atasnamanya oleh kerana datuknya telah berhutang dengan ceti haram dan hutang tersebut telah dibayaroleh pihak responden dan tanah itu dianggap balasan.Penghakiman:Hakim Mahkamah Rayuan telah menolak keputusan Mahkamah Tinggi terhadap pengesahan hibahitu dah mengesahkan bahawa tanah itu merupakan hibah dan milik pihak perayu.Dalam kes ini perayu telah mengemukakan 2 orang saksi yang telah mendengar sendiri lafaz hibahitu dilakukan dan ia dikira sebagai syahadah.
  7. 7. Selain itu terdapat beberapa pembuktian secara qarinah yang dapat menyokong kes tersebut:1.Responden telah menerima Wang pampasan Kerajaan atas pengambilan balik tanah untukmembuat longkang dan telah menyerahkan separuh wang pampasan itu kepada ibu perayu. Inimerupakan satu qarinah kerana pihak responden sendiri mengakui tanah tersebut telah dibahagisecara 2 bahagian.2.Perayu telah mendiami rumah tersebut sejak lahir bersama arwah ibunya sehingga berpuluh-puluh tahunnya tanpa dihalang oleh pihak responden sehingga berlakunyanya pertikaian terhadaptanah tersebut. Ini boleh dijadikan Qarinah berdasarkan seksyen 8 EKMSS 2003 memperuntukanbahawa apa-apa fakta yang menunjukkan motif, persediaan dan kelakuan dahulu dikira sebagaiqarinah.3.Selain itu, pihak responden tidak pernah menunjukkan geran tanah tersebut sebagaimembuktikan tanah tersebut itu miliknya maka pihak perayu mempercayai bahawa nama ibu telahdinamakan utuk memiliki separuh tanah tersebut. Berdasarkan seksyen 16 EKMSS 2003menyatakan bahawa apabila terdapat soal sama ada sesuatu perbuatan tertentu telah dilakukan ,kewujudan apa-apa urusan yang kelazimanya pasti berlaku adalah qarinah.Kesimpulannya kedudukan qarinah dalam kes ini adalah kuat dengan adanya sokongan saksi-saksidan qarinah yang jelas. Tiada wujudnya dakwaan dan sangkalan daripada mana-mana pihakbahawa berlakunya penarikkan pemberian tanah tersebut.
  8. 8. II. Permohonan Perisytiharan Status Agama Si Mati Nyonya Binti Tahir.Fakta Kes:Suatu permohonan ex-parte yang telah dibuat oleh Majlis Agama Islam NegeriSembilan, Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan dan Pegawai Agama IslamDaerah Tampin, Negeri Sembilan berhubung status dan ketentuan agama IslamNyonya Binti Tahir yang telah meninggal dunia pada tarikh 18 Januari 2006kerana sakit tua. Apabila si mati meninggal dunia timbul masalah tentangpengkebumiannya disebabkan status agama yang meragukan. Beliau adalahseorang perempuan melayu yang dilahirkan pada tahun 1918. Sejak kecil beliautinggal bersama datuknya seorang muallaf Cina dengan mendapat asuhan dandidikan adat resam dan budaya Cina. Pada tahun 1936, beliau telah berkahwindengan seorang lelaki Cina dan dikurniakan 13 orang anak. Sejak berkahwinsehingga beliau mati , beliau hidup dengan menyembah Tok Kong dan tidakmengamalkan cara hidup Islam.Keputusan:Mahkamah memutuskan bahawa si mati bukan beragama Islam dan waris simati berhak menuntut mayat.
  9. 9. Dalam kes ini terdapat qarinah yang boleh dijadikan hujah untuk menyokong tuntutankes, iaitu:•Seksyen 57 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Negeri Sembilan 2003memperuntukan mengenai dokumen awam. Yang mana di dalam kes ini, surat akuanyang telah dibuat oleh si mati di hadapan Pesuruhjaya Sumpah yang bertarikh 19 Julai1991 merupakan salah satu qarinah.• Suatu dokumen yang dikeluarkan oleh Pejabat Agama Islam dan Mahkamah KadiDaerah Alor Gajah Melaka yang bertarikh 7 Mei 1986, yang mana dokumen iniberbentuk suatu surat laporan yang menyebutkan mengenai bersekedudukan denganlelaki cina iaitu di antara Nyonya Binti Tahir dan Chiang Meng, suami si mati.•Keterangan bayyinah yang dibawa oleh anak-anak si mati yang berkaitan denganamalan ibu mereka semasa hayat yang mengamalkan ajaran agama Budha. Seksyen 58EKMSNS 2003 adalah mengenai dokumen persendirian yang boleh dilihat sebagaiqarinah adalah seperti gambar-gambar yang mana semuanya dapat membantumahkamah dalam memberikan keputusannya.Kesimpulannya, keterangan qarinah di dalam kes ini adalah kuat kerana ia besertakandokumen yang menyokong tuntutan tersebut.
  10. 10. iii. Kamsiah Binti Yusof lwn. Latifah Binti Yusof Dan Tiga Yang LainIsu: Sama ada wujud transaksi hibah terhadap harta-harta si mati kepada pihakPlaintif.Fakta kes: pasangan Yusuf bin Hassan dan Rus binti Mat Noor adalah suami isteriyang memperolehi harta-harta tak alih seperti sebuah tapak rumah dan rumah sertatiga bidang tanah di mukim Gemas. Selepas peninggalan arwah Yusof, semuaharta-harta tak alih tersebut telah ditukar milik kepada arwah Rus tanpa adabantahan daripada ahli waris yang lain. Selepas arwah Rus meninggal dunia, harta-harta tersebut telah dibahagikan mengikut faraid kepada semua ahli waris. Ataspersetujuan semua ahli waris, Plaintif telah dilantik sebagai pemegang amanahterhadap harta-harta tersebut. Selepas lebih kurang tiga tahun perintahpembahagian dibuat, telah timbul pertikaian di mana salah seorang defendan inginmenukarkan kuasa mentadbir kepada ahli waris yang lain. Manakala pihak plaintifpula bertindak memfailkan tuntutan hibah ke atas sebahagian harta-harta tersebut.Keputusan: mahkamah menolak tuntutan bahawa harta tersebut bukanlah hartayang dihibahkan oleh si mati kepada Plaintif.
  11. 11. Terdapat beberapa Qarinah yang terdapat di dalam kes ini iaitu:•Qarinah yang kuat dapat dilihat apabila pembahagian mengikut faraid yang dibuat dandiputuskan di Pejabat Tanah Gemas tidak dipertikaikan atau dibantah oleh pihak plaintif. Plaintiftidak menimbulkan isu harta tersebut adalah hibah yang dihibahkan kepadanya. SedangkanPlaintif mempunyai dua peluang bagi membantah keputusan Pejabat Tanah.•Qarinah yang kuat menunjukkan hibah tidak berlaku apabila didapati apabila lafaz hibah (ijab)yang diyatakan wujud oleh plaintif terdapat percanggahan dari keterangan saksi serta pihakdefendan. Bahkan lafaz tersebut juga tidak menunjukkan bahawa wujud penukaran hak milikterhadap harta si mati.•Qarinah lemah dari plaintif yang menyatakan sebagai tanda penerimaan, plaintif telah mendiamirumah dan mengusahakan kebun tersebut. Tetapi mahkamah mendapati lafaz penerimaan hibah(Qabul) dalam majlis akad tidak dinyatakan langsung oleh plaintif. Plaintif juga tidakmembuktikan bahawa plaintif telah menguasai rumah tersebut.Kesimpulannya, qarinah bahawa plaintif tiada membuat sebarang bantahan terhadap harta-hartasebelum dibahagikan mengikut faraid dan keterangan saksi tentang lafaz hibah tidak konsistenlebih kuat menunjukkan bahawa transaksi hibah tidak pernah berlaku mengikut hukum syarakwalaupun qarinah mendiami rumah tersebut didakwa telah mewujudkan hibah. Maka, jelaslahberdasarkan qarinah-qarinah di dalam kes ini, hibah tersebut tidak berlaku secara sempurna.
  12. 12. Soalan C :Alia bersama ibunya, Asmah membuat permohonan pengesahan waris di Mahkamah TinggiSyariah Shah Alam untuk membolehkannya menuntut harta pusaka arwah bapanya HajiManaf. Alia pernah berjumpa dengan ibu, abang dan kakak tirinya untuk berbincangtentang pembahagian harta pusaka. Malangnya hasrat beliau ditolak kerana didakwabukan anak Haji Manaf dan kewujudan perkahwinan antara Haji Manaf dan Asmahdiragui. Mereka juga mendakwa semasa hayat Haji Manaf, beliau tidak pernahmemaklumkan tentang perkahwinannya dengan orang lain walaupun pernah bertugas lamadi sempadan tanah air sebagai tentera. Alia mengemukakan laporan ujian DNA, dokumen-dokumen kelahiran dan pelajaran, gambar-gambar bersama arwah bapanya, dua orangkampung yang mengetahui latar belakang hidupnya untuk membuktikan kebenarannasabnya.Putuskan kes di atas.Jawapan :Dalam kes ini, pemohon iaitu Alia dan ibunya Asmah telah membuat permohonan pengesahanwaris untuk membenarkannya mencabar menuntut harta pusaka arwah ayahnya iaitu Haji Manaf.Namun begitu, telah wujud kesamaran mengenai kesahtarafan nasab anak dan kewujudanperkahwinan diantara Haji Manaf dan Asmah turut diragui. Maka dengan ini, pemohon perlumembuktikan kepada mahkamah bahawa beliau adalah anak sah taraf hasil perkahwinan kalikedua diantara Haji Manaf dan Asmah. Terdapat dua isu yang timbul di dalam kes ini iaitu :
  13. 13. Isu Pertama : mahkamah perlu membuat penilaian samada dengan mengemukakan dokumen-dokumen besertagambar-gambar Alia bersama bapanya terjumlah kepada Qarinah?Pihak yang mendakwa hendaklah membuktikan kebenaran dakwaannya. Ini bermakna, beban membukti adalah atas pihakyang mendakwa. Dalam kes ini, Alia mendakwa bahawa dia merupakan waris kepada Haji Manaf. Oleh itu, Aliabertanggungjawab mengemukakan bukti dan keterangan yang kukuh, kuat dan relevan atau mengemukakan saksi yangkompeten yang boleh memperjelas kebenaran yang didakwa. Perkara ini bersesuaian dengan peruntukan di bawah seksyen74 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Selangor 2003 yang menyatakan bahawa mana-mana pihak yang berjayamengemukakan keterangan yang meyakinkan dalam sesuatu guaman atau prosiding akan menang.Di dalam kes ini, Alia telah mengemukakan laporan ujian DNA dan beberapa dokumen penting iaitu dokumen kelahirandan pelajaran serta gambar-gambar bersama arwah bapanya kepada mahkamah. Menurut seksyen 6 Enakmen KeteranganMahkamah Syariah Selangor 2003, fakta yang menjadi sebahagian daripada transaksi yang sama ialah qarinah. Fakta yangwujud mestilah berhubung kait dari segi masa, tempat dan keadaan.Selain itu, seksyen 11 (b) Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Selangor 2003 memperuntukkan bahawa seseuatufakta boleh menjadi qarinah jika dengan sendirinya atau berkaitan dengan fakta lain, ia menjadikan kewujudan mana-mana fakta persoalan atau fakta relevan amat barangkali atau amat tak barangkali.Menurut seksyen 27 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Selangor 2003 menjelaskan bahawa pengemukaandokumen-dokumen merupakan satu qarinah yang boleh diterima oleh mahkamah. Keadaan ini boleh dibuktikan sekiranyaAlia mengemukakan dokumen kelahiran dan pelajaran, kad pengenalan, surat pernikahan bapanya, rekod-rekodpendaftaran perkahwinan, dan gambar-gambar pernikahan ibu bapanya dijadikan eksibit dibawa masuk ke dalammahkamah bagi membuktikan Alia merupakan anak kepada bapanya.Selain itu itu, di bawah seksyen 38 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Selangor 2003 pendapat pakar tentanghubungan seseorang dengan orang lain dengan menggunakan cara yang khas adalah qarinah. Jika berlaku perebutan dalammenentukan keturunan anak. Contohnya melibatkan kes persetubuhan ( salah sangka ), atau perkahwinan fasid, atausebagainya sehingga melahirkan seorang anak yang tidak diketahui siapakah bapanya, asal keturunannya maka keturunananak tersebut boleh ditentukan melalui kaedah qiyafah yang akan dilakukan oleh seorang qa’if. Setiap keputusan danpenentuan yang dibuat oleh qa’if akan diterima pakai dalam syarak sebagai pembuktian dalam penghakiman.
  14. 14. Alia perlu memberi analisis sampel darah ibu bapanya kepada mahkamah. Menurut teoripakar perubatan, jenis darah anak mempunyai persamaan dengan jenis darah ibu bapanya.Jika jenis darah kedua ibu bapa Alia ialah A, maka jenis darah Alia juga sepatutnya adalah Aatau O. Adalah mustahil secara teorinya darah Alia jenis B. Jika darah Alia adalah daripadajenis B, maka sudah tentulah Alia bukan nasab daripada ibu bapa tersebut. Di sini, mahkamahakan menilai keterangan atau bukti yang Alia kemukakan berdasarkan keputusan analisissampel darah Alia. Sekiranya jenis darah Alia adalah A atau O iaitu sama dengan jenis darahibu bapanya, ia merupakan qarinah yang kuat yang menghubungkan nasab anak tersebutdengan kedua ibu bapanya.Contoh kes yang berkaitan dengan isu ini ialah dalam kes Permohonan Pengesahan WarisBaharin Bin Abdul Hamid. Keterangan qarinah telah diambil kira oleh mahkamah dalammenentukan nasab Suraya memandangkan Abdul Hamid telah meninggal Dunia manakalaAdah Binti Abdullah iaitu ibu Suraya telah ghaib dan tidak dapat dikesan. Antara qarinahyang dikemukakan ialah surat beranak dari Jabatan Pendaftaran Negara yang menunjukkanSuraya telah dibintikan dengan si mati. Ini menunjukkan pengakuan yang telah dibuat oleh simati bahawa Suraya adalah anaknya sewaktu Suraya masih bayi lagi.
  15. 15. Disamping itu, tindakan si mati membawa balik Suraya tinggal bersamanya, membesarkan danmemberi pendidikan kepada Suraya serta tidak pernah dinafikan sebagai anak kandungnya selama simati hidup juga dianggap sebagai qarinah yang membuktikan bahawa Suraya adalah anak kepada simati.Dalam menerima fakta tersebut sebagai qarinah, mahkamah telah membuat tafsiran di bawahperuntukan seksyen 6 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah ( Wilayah Persekutuan ) 1997 yangmenyatakan bahawa berdasarkan kepada peruntukan undang-undang, fakta-fakta yang dikemukakanwalaupun tidak menjadi suatu fakta persoalan, namun ia begitu berkait dengan persoalan Surayasebagai waris kepada si mati. Oleh itu, fakta-fakta tersebut boleh dijadikan sebagai qarinah yangmenunjukkan bahawa Suraya adalah anak yang sah kepada si mati.Aplikasi yang sama turut digunakan oleh mahkamah dalam menilai dokumen-dokumen yangdikemukakan oleh Alia dalam membuktikan nasabnya. Berdasarkan seksyen 6 Enakmen KeteranganMahkamah Syariah Selangor 2003, pengemukaan dokumen-dokumen penting dan gambar Aliabersama bapanya ke mahkamah boleh diterima sebagai qarinah di Mahkamah Tinggi Syariah.Kesimpulannya, berdasarkan hujah yang dikemukakan dan setelah meneliti keterangan dan qarinahyang dibawa oleh Alia tersebut, mahkamah memutuskan bahawa pemohon adalah waris yang sahkepada Haji Manaf. Maka dengan ini Alia berkelayakan untuk menuntut harta pusaka arwah bapanya.
  16. 16. Isu kedua: Adakah dengan mengemukakan keterangan oleh 2 orang kampong yangmengetahui latar belakang hidup Alina boleh dijadikan sebagai qarinah bagi penentuanketurunan Alia?Dalam pengemukaan saksi bagi menentukan nasab seseorang, menurut peruntukan syarak pensabitanketurunan boleh dibuat berdasarkan salah satu daripada perkara iaitu syahadah, ikrar dan al-istifadah. Di dalam kes Alia ini, saksi dua orang kampung yang menegetahui latar belakang hidupnyamerupakan salah satu qarinah bahawa Alia dan ibunya mempunyai hubungkait dengan si mati.Menurut Seksyen 6 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah 2003 menjelaskan fakta-faktawalaupun tidak menjadi persoalan, sebegitu berkaitan dengan suatu fakta persoalan sehingga menjadisebahagian daripada transaksi yang sama adalah qarinah. Sekiranya pengemukaan keterangan duaorang kampung itu berdasarkan cerita yang didengar daripada orang lain maka keterangan tersebuttidak boleh diterima sebagai syahadah tetapi boleh diterima sebagai qarinah dalam seksyen ini.Dalam menentukan nasab melalui keterangan saksi hendaklah diberikan sekurang-kurangnya duaorang saksi atau seorang saksi lelaki dan dua orang saksi perempuan. Hal sedemikian telahdiperuntukan dalam seksyen 20(2) EKMSS 2003. Oleh hal yang demikian dua orang kampung yangdibawa oleh Alia adalah kompeten dengan peruntukan ini.Kesimpulannya, penerimaan dua orang saksi ssebagai keterangan yang mengetahui latar belakangadalah diterima oleh mahkamah sebagai pembuktian melalui qarinah. Berdasarkan hujah yangdikemukan dan setelah meneliti keterangan dan qarinah yang dibawa, adalah pemohon merupakanwaris yang sah kepada Haji Manaf. Maka Alia berkelayakan untuk menuntut harta pusaka arwahbapanya.

×