SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
(SME6044)
KUMPULAN: A
TUGASAN BERKUMPULAN 2:
EMPAT FAKTOR WUJUDNYA JURANG PENCAPAIAN MATEMATIK DALAM
KALANGAN PELAJAR
Disediakan untuk:
Dr. RAJA LAILATUL ZURAIDA BT. RAJA MAAMOR SHAH
Disediakan oleh:
NIK NURUL SYAZWANI BT. IBRAHIM M20151000732
MOHD TARMIZEE B. MOHD BASREE M20151000735
NAJAH BT. MOHD NAWI M20151000759
Bincangkan dalam kumpulan anda EMPAT (4) faktor yang menyebabkan berlakunya
jurang pencapaian Matematik dalam kalangan pelajar.
1. PENGENALAN
Jurang, menurut definisi Kamus Dewan Edisi Keempat merujuk kepada lembah yang
dalam, kehidupan yang susah dan perbezaan yang memisahkan sesuatu dengan sesuatu
yang lain. Manakala pencapaian pula merujuk kepada sesuatu yang dicapai dan sesuatu
yang telah berjaya dilaksanakan dengan usaha dan ketekunan.
Terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya jurang pencapaian antara
seorang pelajar dengan pelajar yang lain. Antaranya, sosioekonomi, jantina, lokaliti sekolah,
gaya pengajaran guru dan gaya pembelajaran pelajar.
1.1. FAKTOR SOSIOEKONOMI
Sosioekonomi merupakan suatu kajian yang melibatkan unsur-unsur atau faktor-
faktor kemasyarakatan dan ekonomi. Antaranya ialah tahap pendidikan, taraf kehidupan,
tempat tinggal, pekerjaan dan pendapatan keluarga. Ahli sosiologi Max Weber bersetuju
terhadap lima kelas sosial di dalam masyarakat iaitu golongan atasan. Pertengahan atasan,
kelas pertengahan bawah, kelas pekerja dan golongan bawahan. Justeru pengkelasan ini
mungkin mempengaruhi pencapaian Matematik pelajar.
Menurut kajian Shaifuddin (1997), pencapaian akademik mempunyai hubungan yang
signifikan dengan pendapatan, tahap pendidikan ibu bapa, matlamat motivasi dan
persekitaran sekolah.
Pendidikan awal kanak-kanak bermula dari rumah. Tahap pendidikan dan pekerjaan
ibu bapa memainkan peranan dalam pembentukan tahap pendidikan anak-anak. Seringkali
kita lihat, apabila ibu bapa berjawatan tinggi seperti guru, doktor dan peguam, anak-anak
mereka memperoleh pencapaian yang baik dalam akademik. Ini menunjukkan kerjaya ibu
bapa mempengaruhi kemahuan anak-anak untuk berjaya. Umpama peribahasa Melayu,
bapa borek anak rintik, pendidikan ibu bapa dapat membantu membina motivasi anak-anak.
Ibu bapa yang mempunyai pendidikan yang baik dapat memberi pendidikan awal yang baik
kepada anak-anak, seperti mengajar di rumah. Ibu bapa yang mempunyai pendidikan yang
baik juga mempunyai harapan yang tinggi untuk anak-anak mereka berjaya seperti mereka.
Manakala ibu bapa yang kurang pendidikan mungkin mempunyai trauma terhadap
subjek tertentu seperti Matematik. Maka ini akan mempengaruhi motivasi anak-anak untuk
belajar subjek yang dimomokkan oleh ibu bapa mereka sebagai susah. Tanggapan
terhadap sesuatu subjek memainkan peranan dalam membina rasa minat anak-anak. Ini
bertepatan dengan pendapat Zarinah Arshat dan Rozumah (2011) yang mengatakan
tingkahlaku dan penglibatan ibu bapa yang miskin dalam pendidikan anak-anak dipengaruhi
oleh tahap pendidikan ibu bapa.
Antara faktor sosioekonomi lain ialah pendapatan ibu bapa. Apabila pekerjaan ibu
bapa baik, maka pendapatan ibu bapa juga selalunya tinggi. Ini turut menentukan tahap
sosioekonomi seseorang pelajar. (Amy J. Orr, 2003) dalam (Mohamad Johdi et. al., 2009)
mengkaji hubungan antara kekayaan dengan pencapaian pelajaran. Dalam “Black-White
Differences in Achievement - The Importance of Wealth” (Amy J. Orr, 2003) mengatakan:
i. Kekayaan boleh mempengaruhi pencapaian akademik;
ii. Orang kulit hitam (black-americans) mempunyai kurang kekayaan berbanding
orang kulit putih (white-americans) kerana terhad keupayaan mengumpul
kekayaan mempengaruhi pencapaian anak-anak mereka;
iii. Aspirasi kanak-kanak, harapan untuk melanjutkan pelajaran ke institusi
pengajian tinggi, sumber-sumber pendidikan, kualiti sekolah, penerimaan
sosial dan keyakinan diri dipengaruhi secara langsung dan tidak langsung
status sosioekonomi keluarga; dan,
iv. Ibu bapa yang mempunyai pendapatan kukuh menggalakkan mereka
melanjutkan pelajaran ke universiti. Sokongan ibu bapa mempunyai kesan
positif terhadap motivasi dan aspirasi pelajar sekolah.
Ini kerana, di dalam dunia yang sekarang, segala-galanya memerlukan wang.
Keluarga yang mempunyai sumber pendapatan rendah akan merasa terbeban dengan kos
pendidikan yang tinggi. Apabila ibu bapa tertekan, anak-anak akan turut merasa tempias
bebanan tersebut. Maka anak-anak akan hilang motivasi untuk belajar dan berpendapat
mereka menjadi beban kepada ibu bapa mereka.
Terdapat anak-anak dari keluarga miskin yang terpaksa bekerja untuk membantu
menyara keluarga, membantu ibu bapa bekerja di ladang, kebun, laut atau mengusahakan
perniagaan keluarga; dan membantu kerja rumah serta menjaga adik-adik ketika ibu bapa
bekerja (Mohamad Johdi et.al., 2009). Selalunya terdapat juga pelajar yang merupakan
anak sulung, terpaksa berhenti sekolah kerana ingin membantu keluarga mencari nafkah.
Begitu juga sekiranya ada ibu bapa yang terpaksa bekerja lebih masa untuk
menampung keperluan hidup mereka. Ini akan menyebabkan masa yang diluangkan
bersama anak-anak semakin berkurangan. Ini akan menyebabkan ibu bapa terlalu sibuk,
penat, dan tidak dapat memantau prestasi anak-anak mereka.
Bilangan ahli keluarga yang ramai serta mempunyai pendapatan rendah menjadi
punca pelajar gagal di dalam pelajaran (Tajudin, 1999). Ini mungkin disebabkan kurangnya
masa untuk berinteraksi antara ibu bapa dan anak-anak.
Namun begitu, tidak dinafikan ibu bapa yang berpendapatan tinggi juga
kebanyakannya mempunyai kurang masa untuk diluangkan bersama anak-anak. Ini akan
menyebabkan anak-anak cuba untuk mencari tumpuan di luar. Pada tahap ini, anak-anak
lebih cenderung untuk meluangkan masa dengan rakan sebaya kerana anak-anak dalam
tempoh pembesaran mempunyai perasaan ingin tahu dan ingin mencuba yang tinggi.
Mereka merasa rakan lebih memahami dan menghargai mereka. Pada tahap ini, sekiranya
anak-anak tersalah memilih kawan, maka mereka lebih mudah terjebak dengan gejala
kurang sihat.
Hampir separuh daripada pelajar yang mempunyai ibu bapa yang bercerai,
meninggal dunia, selalu berjauhan atau sakit, kurang menumpukan perhatian terhadap
pelajaran, dan lebih cenderung untuk terus melakukan dan mengambil tingkah laku yang
agresif Hagen,(1987) dan Moktar,(1994). Ini menunjukkan bahawa faktor keluarga
memainkan peranan yang penting dalam pencapaian akademik anak-anak menurut
Mitchells dan Tyreman (1996) dalam Pahrol Radzi (1996).
Keperluan mendapat kasih sayang mempunyai hubungan yang rapat dengan
keperluan berdampingan dan penerimaan oleh kumpulan (Atan Long, 1993). Justeru dalam
proses pembelajaran, motivasi, dorongan, sokongan dan rasa disayangi sangat penting
dalam membantu pelajar mendapat pencapaian cemerlang, selain daripada keperluan
material untuk belajar itu sendiri.
1.2. FAKTOR JANTINA
Jantina merujuk kepada jenis kelamin; samada lelaki atau perempuan menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat. Kajian berkenaan pengaruh jantina terhadap pencapaian
Matematik khususnya atau akademik amnya telah banyak dilakukan di seluruh dunia. Kajian
oleh Zalizan dan rakan-rakan (2005) terhadap keputusan UPSR, PMR dan SPM pada tahun
1996 hingga 2000 mendapati pelajar perempuan mempunyai ciri-ciri positif yang
menyumbang kepada pencapaian prestasi akademik yang lebih baik berbanding lelaki.
Pelajar perempuan cenderung menggunakan strategi lebih konkrit seperti
menggunakan model dan membilang, manakala pelajar lelaki pula cenderung menggunakan
strategi yang lebih abstrak yang mencerminkan konsep kefahaman mereka (Fennema,
Carpenter & Jacobs, 1998).
Menurut Model Gaya Pemikiran Gregorc, gaya pemikiran terbahagi kepada empat;
Concrete Sequential (CS), Concrete Random (CR), Abstract Sequential (AS) dan Abstract
Random (AR). Di mana kualiti persepsi dibahagikan kepada konkrit dan abstrak. Konkrit
merujuk kepada menggunakan lima deria melihat, menghidu, menyentuh, merasa dan
mendengar, manakala abstrak merujuk kepada imaginasi dan naluri. Sequential pula
penyusunan data maklumat secara teratur oleh minda. Manakala rawak pula adalah secara
tidak teratur.
Kajian Zalizan dan rakan-rakan (2005) menunjukkan pelajar perempuan cenderung
menggunakan gaya pembelajaran CS dan AS lebih tinggi berbanding pelajar lelaki. Ini
memberi implikasi pelajar perempuan melakukan tugasan dengan lebih teratur, mengikut
jadual, memberi perhatian kepada teori, hipotesis dan penganalisaan. Manakala pelajar
lelaki cenderung kepada gaya pembelajaran CR dan AR lebih suka membuat tugasan yang
bersifat ujikaji, dan menyelesaikan masalah secara rawak.
Ini dapat dilihat di institusi pengajian tinggi Malaysia. Lebih ramai pelajar perempuan
melanjutkan pengajian di institut pengajian awam (IPTA) dan institut pengajian swasta
(IPTS) berbanding pelajar lelaki. Pelajar lelaki lebih banyak berada di institut yang fokus
kepada kerja-kerja teknikal. Ini merupakan suatu suasana yang cukup kritikal
Ini juga mungkin disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. Kerana lelaki dilihat lebih
gemar berkawan. Pengaruh daripada rakan-rakan yang tidak suka belajar dan tidak suka
mata pelajaran Matematik akan membuatkan pelajar mudah berputus asa untuk belajar. Ini
mungkin kerana mereka merasa tidak ada sokongan dan dorongan dari rakan-rakan dan
tiada persaingan.
Faktor kematangan juga menjadi penyebab kepada menurunnya pencapaian
Matematik pelajar lelaki berbanding perempuan. Matang merujuk kepada tahap kefahaman
dan pengetahuan mengenai sesuatu, serta mempunyai tingkah laku yang memperlihatkan
pemikirannya. Tahap dan kadar kematangan pelajar lelaki dan perempuan adalah berbeza
(Zalizan et.al, 2005).
Kajian Abd Wahab (2006) turut mengkaji perbezaan keputusan peperiksaan
percubaan Matematik berdasarkan jantina. Hasil kajian mendapati pencapaian pelajar
perempuan semakin bertambah malah semakin jauh meninggalkan pelajar lelaki pada tahun
2000 hingga 2003, meskipun bilangan pelajar lelaki adalah melebihi calon pelajar
perempuan.
Statistik ini menunjukkan jurang pencapaian Matematik boleh terjadi berdasarkan
faktor jantina. Meskipun kelihatan membimbangkan, usaha bersepadu dari pelajar, ibu bapa
dan guru akan dapat membantu mengurangkan jurang yang telah lama terbina ini.
1.3. FAKTOR LOKALITI
Jurang pencapaian Matematik dalam kalangan pelajar juga dikaitkan dengan faktor
lokaliti. Lokaliti dalam penulisan ini membawa maksud penempatan pelajar, di mana
penempatan pelajar boleh dibahagikan kepada dua, iaitu bandar dan luar bandar. Menurut
Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), jurang pencapaian pelajar bagi
sekolah luar bandar dan bandar telah berkurangan sebanyak hampir 3% dari tahun 2005 ke
2011 untuk pelajar peringkat UPSR dan 2% dari tahun 2004 ke 2011 untuk pelajar peringkat
SPM.
Terdapat pelbagai aspek yang dikaitkan dengan faktor lokaliti, antaranya ialah
disebabkan kemudahan infrastruktur yang tidak lengkap di sekolah-sekolah luar
bandar(Wawasan Pengarang, 2015). Kebanyakan sekolah di luar bandar tidak dilengkapkan
dengan kemudahan perisian komputer yang lengkap dan menyebabkan sesi pengajaran
dan pembelajaran menggunakan teknologi dan ICT tidak dapat dilaksanakan dengan
berkesan (Noraziah Kassim & Noor Mazlan Ahmad Zanzali, 2009). Kemudahan prasarana
seperti projektor yang dihantar ke sekolah-sekolah tidak mencukupi dan penggunaannya
terpaksa dihadkan. Selain bahan rujukan yang tidak mencukupi, guru-guru di sekolah luar
bandar juga menghadapi masalah dengan kekurangan alat bantu mengajar.
Bilik darjah di sekolah-sekolah luar bandar yang tidak menarik juga mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang tidak kondusif walhal bilik darjah merupakan satu elemen
penting yang mampu mempengaruhi sesi pembelajaran para pelajar. Bilik darjah yang
menarik mampu menarik minat dan menaikkan semangat pelajar untuk menuntut ilmu.
Kekurangan tenaga pengajar yang terlatih di sekolah-sekolah luar bandar juga
merupakan salah satu faktor berlakunya jurang pencapaian antara pelajar di negara kita.
Menurut Muhyidin Arsat dan Maizura Mohd Yunus (2011), sekolah-sekolah luar bandar
kekurangan tenaga pengajar yang terlatih, terutamanya dalam mata pelajaran Matematik
dan Bahasa Inggeris. Ini menyebabkan peningkatan kepada jurang pencapaian Matematik
antara para pelajar. Fenomena yang sering berlaku di sekolah luar bandar adalah
pengambilan guru sandaran yang tidak mempunyai pendedahan dalam sesi pengajaran
serta pendidikan yang khusus dalam sesuatu subjek tersebut. Ini secara tidak langsung
akan mengganggu prestasi para pelajar. Sikap dan pandangan guru terhadap pengajaran
dan pembelajaran Matematik juga merupakan faktor lain yang mempengaruhi prestasi
pelajar sekolah. Kebanyakan guru di sekolah luar bandar tidak bersungguh-sungguh dalam
menarik minat pelajar untuk berjaya dan mereka juga mempunyai anggapan bahawa pelajar
yang berprestasi rendah tidak mempunyai minat dalam pelajaran. Guru sepatutnya
memainkan peranan untuk memupuk semangat belajar dalam kalangan belajar.
Selain itu, persekitaran kawasan luar bandar itu sendiri telah memberi kesan kepada
pelajar-pelajar sekolah. Terdapat beberapa kawasan pedalaman, terutamanya di negeri
Sabah dan Sarawak tidak mempunyai kemudahan pengangkutan yang baik. Pengangkutan
yang disediakan adalah sangat terhad dan tidak menjamin keselamatan pelajar seperti bot-
bot kecil dan motosikal. Kekurangan kemudahan ini telah menyukarkan pelajar untuk pergi
ke sekolah sekaligus menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelajaran dan memberi
kesan emosi yang tidak sukakan belajar (Wawasan P., 2015).
Di kawasan luar bandar, khidmat kelas tambahan atau tuisyen untuk pelajar juga
kurang disediakan. Pelajar hanya bergantung kepada sesi pembelajaran di sekolah sahaja
untuk menghadapi peperiksaan. Ini berbeza dengan kawasan luar bandar, di mana pusat
tuisyen bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Pelajar-pelajar hanya perlu memilih
pusat tuisyen yang terbaik untuk mereka bagi mendapatkan info dan maklumat tambahan
untuk menempuh peperiksaan.
Sesetengah kawasan di luar bandar juga masih tidak dibekalkan dengan kemudahan
air dan elektrik. Hal ini turut mengganggu persekitaran dan emosi pelajar untuk
mengulangkaji pelajaran. Mereka terpaksa belajar dalam keadaan yang kekurangan dan
tidak selesa. Tidak seperti di bandar, kemudahan akses internet di luar bandar adalah
sangat terhad. Kebanyakan kawasan penempatan tidak mendapat akses internet. Pelajar
hanya dapat mengakses internet bagi tujuan membuat kerja khusus dan kerja rumah arahan
guru di sekolah sahaja. Pelajar di luar bandar tidak mendapat peluang untuk mengeksplorasi
pelbagai maklumat dan pengetahuan yang boleh diakses melalui internet.
Dalam faktor lokaliti, terdapat juga perbezaan pencapaian pelajar antara sekolah
kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan (SJKC). Hal ini kerana kebanyakan SJKC
terletak di kawasan bandar sahaja manakala SK berada baik di bandar, mahupun luar
bandar. Dalam PPPM (2013-2025), jurang pencapaian pelajar bagi pelajar sekolah
kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan turut disentuh terutamanya antara SK dan
SJKC. Pencapaian pelajar di sekolah SJKC lebih tinggi berbanding di SK mempunyai
beberapa faktor. Antaranya disebabkan corak dan teknik pengajaran yang berbeza
walaupun silibus bagi mata pelajaran untuk kedua-dua sekolah adalah sama. Di SJKC, mata
pelajaran Sains dan Matematik adalah merupakan mata pelajaran yang paling penting.
Waktu pembelajaran Matematik di SJKC lebih lama berbanding di SK. Selain itu, pihak
SJKC juga telah menetapkan satu standard yang tinggi untuk mata pelajaran Matematik.
Guru-guru dan pelajar akan berusaha dengan gigih untuk mencapai standard yang telah
ditetapkan. Latihan-latihan Matematik yang diberikan oleh guru-guru di SJKC lebih banyak
berbanding di SK. Sistem pendidikan di SJKC yang menitikberatkan disiplin serta sesi
pengajaran dan pembelajaran juga turut menyumbang kepada kecemerlangan para pelajar.
Kebanyakan SJKC turut menyediakan buku teks dan buku-buku tambahan untuk pelajar
mereka bagi memastikan keperluan yang cukup untuk menempuh peperiksaan. Kakitangan
sekolah dan ibu bapa di SJKC memainkan peranan penting dalam memastikan
kecemerlangan pelajar-pelajar.
1.4. FAKTOR GAYA PENGAJARAN GURU DAN GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR
Menurut Grasha (1996), konsep gaya pengajaran guru terbahagi kepada lima jenis
utama iaitu;
i. Pakar (Expert),
ii. Wibawa Formal (Formal Authority),
iii. Model Peribadi (Personal Model),
iv. Pemudah Cara (Facilitator),
v. Pembahagi (Delegator).
Gaya-gaya tersebut dapat dilihat dalam diri setiap guru semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berlaku di dalam kelas. Guru gaya Pakar merupakan guru yang
mempunyai tahap Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) yang tinggi. Biasanya guru
yang mempunyai gaya ini merupakan guru yang telah lama mengajar dan menguasai
pengetahuan isi kandungan bagi subjek yang diajarnya. Mereka juga sentiasa mencabar
kebolehan pelajar-pelajar dengan bertanyakan soalan-soalan di dalam kelas.
Bagi gaya pengajaran Wibawa Formal pula, proses pengajaran oleh guru dijalankan
secara berstruktur. Proses pengajaran tersebut dijalankan dalam bentuk piawai yang
merangkumi matlamat pengajaran yang ditetapkan oleh pihak sekolah, ekspektasi dan
peraturan tingkah laku pelajar seperti yang termaktub dalam perundangan sekolah.
Seterusnya, guru dengan gaya Model Peribadi pula menggunakan pengalaman
mereka sendiri sebagai pengajaran kepada pelajar-pelajar. Dalam proses pengajaran,
mereka memberikan panduan dan arahan sebagai tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar bagi
melakukan dan memantau sesuatu perkara.
Guru dengan gaya Pemudah Cara lebih cenderung bertindak sebagai pemudah cara
kepada pengajaran dan pembelajaran serta menekankan interaksi semula jadi personal
antara guru dan pelajar. Bagi gaya ini, pelajar akan ditanya mengenai masalah yang
dihadapi mereka, kemudian guru akan memberikan cadangan-cadangan untuk pelajar
membuat penerokaan.
Bagi gaya pengajaran Pembahagi, pelajar-pelajar dikehendaki bekerja sendirian atau
berkumpulan bagi membentuk kebolehan pelajar supaya dapat berfungsi secara autonomi.
Guru akan menstrukturkan objektif perbincangan kumpulan atau individu bagi memastikan
pelajar-pelajar tidak hilang arah tujuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Witkin dan Goodenough (1977), gaya pembelajaran terdiri daripada dua
jenis utama iaitu;
i. Bergantung Medan (Field Dependent)
ii. Bebas Medan (Field Independent).
Pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran Bergantung Medan suka hubungan
yang tidak formal dengan guru, di mana mereka lebih bebas dalam hubungan
pembangunan kemahiran interpersonal yang tinggi. Namun mereka kurang bebas dalam
hubungan pembangunan penyusunan semula kemahiran kognitif, di mana mereka tidak
yakin dalam mengasingkan fakta penting dan kurang penting serta menganggap semua
fakta adalah penting.
Bagi pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran Bebas Medan pula, mereka lebih
bebas dalm hubungan ke arah pembangunan penyusunan semula kemahiran kognitif dan
kurang dalam perhubungan ke arah pembangunan kemahiran interpersonal. Pelajar yang
Bebas Medan cenderung kepada menikmati pembelajaran secara individu, manakala pelajar
yang Bergantung Medan pula lebih cenderung kepada pembelajaran secara berkumpulan.
Gaya pembelajaran merupakan pendekatan seseorang individu itu tentang cara
mereka belajar (Woolfolk, 1998). Tricia (2000) pula menyatakan bahawa gaya pembelajaran
adalah suatu karakter dan cara yang dipilih bagi membolehkan pembelajaran dan
pemprosesan maklumat berlaku.
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Ramlah Jantan dan Md. Nasir Masran
(2007), didapati bahawa 17.6% pencapaian akademik pelajar dipengaruhi oleh gaya
pengajaran guru dan gaya pembelajaran pelajar. Manakala, 82.4% lagi dipengaruhi oleh
faktor-faktor lain. Selain itu, turut didapati bahawa gaya pengajaran guru lebih memberi
impak kepada pencapaian pelajar berbanding dengan gaya pembelajaran pelajar itu sendiri.
2. RUJUKAN
(2007). Kamus Dewan. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Abd Wahab bin Muda. (2006). Perbezaan Pencapaian Berdasarkan Jantina Dalam
Peperiksaan Percubaan Matematik UPSR. Didapati dari
http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/93/1/Perbezaan%20pencapaian%20berd
asarkan%20jantina%20dalam%20peperiksaan%20percubaan%20Matematik
%20UPSR.pdf
Arsat, M., & Mohd Yunus, M. (2011) Satu Kajian Cabaran Guru di Sekolah
Pedalaman Daerah Muar, Johor. , 1(1), 1-7. Diambil daripada
http://eprints.utm.my/11803/1/Satu_Kajian_Cabaran_Guru_Di_Sekolah
_Pedalaman_Daerah_Muar.pdf
Atan Long (1988). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Fennema, E., T.P. Carpenter, V.R. Jacobs, L.F. Megan et L.W. Levi (1998). A
Longitudinal Study of Gender Differences in Young Children’s Mathematical
Thinking. Educational Researcher, 27(5).
Grasha, A.F. (1994). A Matter of Style: The Teacher as Expert, Formal Authority,
Personal Model, Facilitator, and Delegator. In College teaching, vol 42, issues
4 (pp 12-20).
Kassim, N., & Ahmad Zanzali, N. (2009) Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Matematik di Kalangan Guru-Guru Pelatih UTM. , 1(1), 1-10.
Diambil dari http://eprints.utm.my/10133/1/Noraziah_binti_Kassim@Aziz.pdf
Mohamad Johdi Salleh, Che Noraini Hashim, Ismael Hassanaen dan Amir Hasan
Dawi, 2009. Status Sosioekonomi dan Komitmen Ibu bapa Terhadap
Pencapaian Pelajar Dalam Penilaian Menengah Rendah, Malaysia. 14th
International Conference on Education. Tema: Bridging Words: Making
Connections in Education. Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education Universiti
Brunei Darussalam. p-4.
Mokhtar Yussof (1994). Pengaruh Status Sosioekonomi Keluarga Terhadap
Pencapaian Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Pelajar di 5 Buah
Sekolah dalam Jajahan Tanah Merah dan Jajahan Jeli. Satu Tinjauan. Universiti
Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda : Tidak Diterbitkan.
Pahrol radzi Mat Ali (1996). Kesan Faktor Pekerjaan, Pendidikan dan persekitaran
Keluarga Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam PMR. Tesis Sarjana Muda.
Universiti Teknologi Malaysia : Tidak diterbitkan.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), Kementerian Pelajaran
Malaysia (pp 3-5 - 3-17) Diambil daripada
http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2013/articlefile_file_
003107.pdf
Shaifudin Bin Haji Masduki (1997). Motivasi,Komitmen dan Pencapaian Akademik
Pelajar Sekolah Menengah. Universiti Utara Malaysia
Singh, P., Rahman, A. A., & Hoon, T. S. (2010). Languages and mathematics
achievements among rural and urban primary four pupils: A Malaysian
experience. Journal of Science and Mathematics Education in
Southeast Asia, 33(1), 65-85. Diambil dari
http://www.recsam.edu.my/R&D_Journals/YEAR2010/june2010vol1/pa
rmjit(65-85).pdf
Tajuddin Ali (1999). Faktor Yang membawa Kepada Sikap rajin Belajar Tiong Hua.
Wawasan Pengarang (2015, Oktober 19) Infrastruktur Lengkap Mampu Lahir
Pelajar Cemerlang. Utusan Sarawak. Diambil daripada
http://www.utusansarawakonline.com/opinion/371/INFRASTRUKTUR-
LENGKAP-MAMPU-LAHIR-PELAJAR-CEMERLANG/
Witkin, H & Goodenough (1977). Field Dependent and Field Independent Cognitive
Style and Their Educational Implications (Review of Educational Research).
Zakaria Bin Othman (1996). Hubungan faktor-faktor Latar belakang dan Komitmen Ibu
bapa dengan Pencapaian Matematik. Ucapan Perdana Menteri Malaysia. Mingguan
Malaysia (31.8.03). Universiti Utara Malaysia
Zalizan Mohd Jelas, Saemah Rahman, Roselan Baki dan Jamil Ahmad. (2005). Prestasi
Akademik Mengikut Gender. Jurnal Pendidikan 30 (2005) 93 – 111. Didapati dari
http://journalarticle.ukm.my/153/1/1.pdf
Zarinah, A. & Rozumah, B. (2011). Perkaitan antara faktor sosioekonomi dan kualiti
tingkahlaku keibu bapaan dalam keluarga berisiko. Jurnal Kemanusiaan bil.17, Jun
2011. Universiti Putra Malaysia.
3. LAMPIRAN
SOSIOEKONOMI:
Nota: Sosioekonomi (SSE)
Rajah 1.1: Peratus bagi pelajar SSE rendah dalam pencapaian PMR
Rajah 1.2: Peratus bagi pelajar SSE sederhana dalam pencapaian PMR
Rajah 1.3: Peratus bagi pelajar SSE sederhana tinggi dalam pencapaian PMR
Rajah 1.4: Peratus bagi pelajar SSE tinggi dalam pencapaian PMR
Sumber: Mohamad Johdi Salleh, Che Noraini Hashim, Ismael Hassanaen dan Amir Hasan
Dawi, 2009. Status Sosioekonomi dan Komitmen Ibu bapa Terhadap Pencapaian Pelajar
Dalam Penilaian Menengah Rendah, Malaysia. 14th International Conference on Education.
Tema: Bridging Words: Making Connections in Education. Sultan Hassanal Bolkiah Institute
of Education Universiti Brunei Darussalam. p-9-10.
JANTINA:
Rajah 2.1: Peratus kelulusan Matematik UPSR mengikut jantina
Rajah 2.2: Peratus kelulusan Matematik PMR mengikut jantina
Rajah 2.3: Peratus kelulusan Matematik SPM mengikut jantina
Sumber: Zalizan Mohd Jelas, Saemah Rahman, Roselan Baki dan Jamil Ahmad. (2005).
Prestasi Akademik Mengikut Gender. Jurnal Pendidikan 30 (2005) 93 – 111. Didapati dari
http://journalarticle.ukm.my/153/1/1.pdf

More Related Content

What's hot

Perkembangan kanak kanak kumpulan 1
Perkembangan kanak kanak kumpulan 1Perkembangan kanak kanak kumpulan 1
Perkembangan kanak kanak kumpulan 1
SK SUNGAI KAJANG
 
Pergerakan asas
Pergerakan asasPergerakan asas
Pergerakan asas
juelinda
 
Bab1 pengenalan teknologi pendidikan
Bab1 pengenalan teknologi pendidikanBab1 pengenalan teknologi pendidikan
Bab1 pengenalan teknologi pendidikan
Siti Zulaikha
 
Jenis jenis nilai
Jenis jenis nilaiJenis jenis nilai
Jenis jenis nilai
Chika Tobby
 
Pembuangan bayi
Pembuangan bayiPembuangan bayi
Pembuangan bayi
Arra Asri
 
Kebaikan sukan
Kebaikan sukanKebaikan sukan
Kebaikan sukan
fardzli71
 
TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS
TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISTEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS
TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS
Amelia Jaminkhiri
 
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msiaBab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
firo HAR
 

What's hot (20)

Awal sains
Awal sainsAwal sains
Awal sains
 
Perkembangan kanak kanak kumpulan 1
Perkembangan kanak kanak kumpulan 1Perkembangan kanak kanak kumpulan 1
Perkembangan kanak kanak kumpulan 1
 
Pergerakan asas
Pergerakan asasPergerakan asas
Pergerakan asas
 
Teori dan model kurikulum
Teori dan model kurikulumTeori dan model kurikulum
Teori dan model kurikulum
 
Sumbangan maria montessori
Sumbangan maria montessoriSumbangan maria montessori
Sumbangan maria montessori
 
Bab1 pengenalan teknologi pendidikan
Bab1 pengenalan teknologi pendidikanBab1 pengenalan teknologi pendidikan
Bab1 pengenalan teknologi pendidikan
 
Keganasan dalam sukan
Keganasan dalam sukanKeganasan dalam sukan
Keganasan dalam sukan
 
Jenis jenis nilai
Jenis jenis nilaiJenis jenis nilai
Jenis jenis nilai
 
Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran
 
Laporan Jawatankuasa Kabinet
Laporan Jawatankuasa KabinetLaporan Jawatankuasa Kabinet
Laporan Jawatankuasa Kabinet
 
Mobiliti sosial
Mobiliti sosialMobiliti sosial
Mobiliti sosial
 
KSL 6063 TOPIK 5 - PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK.pptx
KSL 6063 TOPIK 5 - PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK.pptxKSL 6063 TOPIK 5 - PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK.pptx
KSL 6063 TOPIK 5 - PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK.pptx
 
Pembuangan bayi
Pembuangan bayiPembuangan bayi
Pembuangan bayi
 
Pergerakan Asas Perry
 Pergerakan Asas Perry Pergerakan Asas Perry
Pergerakan Asas Perry
 
Kebaikan sukan
Kebaikan sukanKebaikan sukan
Kebaikan sukan
 
36039471 perbezaan-teori
36039471 perbezaan-teori36039471 perbezaan-teori
36039471 perbezaan-teori
 
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan GuruLaporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
 
TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS
TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISTEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS
TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS
 
09 Gender
09 Gender09 Gender
09 Gender
 
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msiaBab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
 

Viewers also liked

PERBEZAAN PENCAPAIAN MATEMATIK SK & SJKC
PERBEZAAN PENCAPAIAN MATEMATIK SK & SJKCPERBEZAAN PENCAPAIAN MATEMATIK SK & SJKC
PERBEZAAN PENCAPAIAN MATEMATIK SK & SJKC
Izzati Hamid
 
Jurang pencapaian murid
Jurang pencapaian muridJurang pencapaian murid
Jurang pencapaian murid
Miza Hadi
 
( Group 2) jurang pencapaian matematik murid
( Group 2) jurang pencapaian matematik murid( Group 2) jurang pencapaian matematik murid
( Group 2) jurang pencapaian matematik murid
DIHYAUDDIN SAAD
 
Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Menengah
Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah MenengahJurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Menengah
Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Menengah
ikhwankmk92
 
Kumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengah
Kumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengahKumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengah
Kumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengah
Izawati Saat
 
Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap MatematikSikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Puspachacha89
 
Sme6044 kumpulan 3 jurang pencapaian
Sme6044 kumpulan 3 jurang pencapaianSme6044 kumpulan 3 jurang pencapaian
Sme6044 kumpulan 3 jurang pencapaian
DgMasniah
 

Viewers also liked (20)

Group 1 jurang pencapaian dari segi budaya
Group 1 jurang pencapaian dari segi budayaGroup 1 jurang pencapaian dari segi budaya
Group 1 jurang pencapaian dari segi budaya
 
Jurang pencapaian matematik melalui lokaliti
Jurang pencapaian matematik melalui lokalitiJurang pencapaian matematik melalui lokaliti
Jurang pencapaian matematik melalui lokaliti
 
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
 
PERBEZAAN PENCAPAIAN MATEMATIK SK & SJKC
PERBEZAAN PENCAPAIAN MATEMATIK SK & SJKCPERBEZAAN PENCAPAIAN MATEMATIK SK & SJKC
PERBEZAAN PENCAPAIAN MATEMATIK SK & SJKC
 
Jurang pencapaian murid
Jurang pencapaian muridJurang pencapaian murid
Jurang pencapaian murid
 
( Group 2) jurang pencapaian matematik murid
( Group 2) jurang pencapaian matematik murid( Group 2) jurang pencapaian matematik murid
( Group 2) jurang pencapaian matematik murid
 
Sme6044 kumpulan 3 jurang pencapaian
Sme6044 kumpulan 3 jurang pencapaianSme6044 kumpulan 3 jurang pencapaian
Sme6044 kumpulan 3 jurang pencapaian
 
Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Menengah
Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah MenengahJurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Menengah
Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Menengah
 
Kpp 3014
Kpp 3014Kpp 3014
Kpp 3014
 
Jurang pencapaian matematik (sosial)
Jurang pencapaian matematik (sosial)Jurang pencapaian matematik (sosial)
Jurang pencapaian matematik (sosial)
 
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolah
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolahSme6044 kumpulan 3 budaya sekolah
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolah
 
Muet end year 2011
Muet end year 2011Muet end year 2011
Muet end year 2011
 
Kumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengah
Kumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengahKumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengah
Kumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengah
 
July-year 2012 MUET
July-year 2012 MUETJuly-year 2012 MUET
July-year 2012 MUET
 
Isu Berkaitan Dengan PISA
Isu Berkaitan Dengan PISAIsu Berkaitan Dengan PISA
Isu Berkaitan Dengan PISA
 
Pendekatan pengajaran matematik
Pendekatan pengajaran matematikPendekatan pengajaran matematik
Pendekatan pengajaran matematik
 
MUET Mid years 2011
MUET Mid years 2011MUET Mid years 2011
MUET Mid years 2011
 
Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap MatematikSikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
 
Sme6044 kumpulan 3 jurang pencapaian
Sme6044 kumpulan 3 jurang pencapaianSme6044 kumpulan 3 jurang pencapaian
Sme6044 kumpulan 3 jurang pencapaian
 
Sosial memainkan peranan dalam pencapaian matematik?
Sosial memainkan peranan dalam pencapaian matematik?Sosial memainkan peranan dalam pencapaian matematik?
Sosial memainkan peranan dalam pencapaian matematik?
 

Similar to Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia

Jurg pencapaian murid sek men
Jurg pencapaian murid sek menJurg pencapaian murid sek men
Jurg pencapaian murid sek men
Cahaya Cita-Cita
 
Perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosial
Perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosialPerbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosial
Perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosial
Ahmad Razin
 
Cth kajian tindakan ponteg sekolah
Cth kajian tindakan ponteg sekolahCth kajian tindakan ponteg sekolah
Cth kajian tindakan ponteg sekolah
Jue Mokhtar
 
Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Rendah
Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah RendahJurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Rendah
Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Rendah
ikhwankmk92
 
Kumpulan 1 jurang-pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Kumpulan 1   jurang-pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Kumpulan 1   jurang-pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Kumpulan 1 jurang-pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Irma Gurlz
 
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
jejakakunak
 
Perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosial
Perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosialPerbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosial
Perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosial
Ahmad Razin
 
Combined
CombinedCombined
Combined
098zxc
 
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
muhammad
 

Similar to Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia (20)

Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Jurg pencapaian murid sek men
Jurg pencapaian murid sek menJurg pencapaian murid sek men
Jurg pencapaian murid sek men
 
Perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosial
Perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosialPerbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosial
Perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosial
 
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
 
Cth kajian tindakan ponteg sekolah
Cth kajian tindakan ponteg sekolahCth kajian tindakan ponteg sekolah
Cth kajian tindakan ponteg sekolah
 
Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Rendah
Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah RendahJurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Rendah
Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Rendah
 
Kumpulan 1 jurang-pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Kumpulan 1   jurang-pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Kumpulan 1   jurang-pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Kumpulan 1 jurang-pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
 
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
 
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
 
Seminar penglibatan ibubapa
Seminar penglibatan ibubapaSeminar penglibatan ibubapa
Seminar penglibatan ibubapa
 
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
 
Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...
Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...
Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...
 
Perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosial
Perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosialPerbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosial
Perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosial
 
Pembentangan 2
Pembentangan 2Pembentangan 2
Pembentangan 2
 
Combined
CombinedCombined
Combined
 
R rahman1
R rahman1R rahman1
R rahman1
 
R rahman1
R rahman1R rahman1
R rahman1
 
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
 
Jurnal pendidikan kanak2
Jurnal pendidikan kanak2Jurnal pendidikan kanak2
Jurnal pendidikan kanak2
 

More from SYAZWANI IBRAHIM

More from SYAZWANI IBRAHIM (14)

Tugasan 9 - Pendapat Individu
Tugasan 9 - Pendapat IndividuTugasan 9 - Pendapat Individu
Tugasan 9 - Pendapat Individu
 
Tugasan 9
Tugasan 9Tugasan 9
Tugasan 9
 
Tugasan 7 (Individu)
Tugasan 7 (Individu)Tugasan 7 (Individu)
Tugasan 7 (Individu)
 
Tugasan 7
Tugasan 7Tugasan 7
Tugasan 7
 
Tugasan 6 (Individu)
Tugasan 6 (Individu)Tugasan 6 (Individu)
Tugasan 6 (Individu)
 
Tugasan 6
Tugasan 6Tugasan 6
Tugasan 6
 
Tugasan 5 (Individu)
Tugasan 5 (Individu)Tugasan 5 (Individu)
Tugasan 5 (Individu)
 
TUGASAN 5
TUGASAN 5 TUGASAN 5
TUGASAN 5
 
Tugasan 4 - Pendapat individu
Tugasan 4 - Pendapat individuTugasan 4 - Pendapat individu
Tugasan 4 - Pendapat individu
 
Tugasan 4 - Bahasa Pengantar
Tugasan 4 - Bahasa PengantarTugasan 4 - Bahasa Pengantar
Tugasan 4 - Bahasa Pengantar
 
Tugasan 3 - Akses dan Ekuiti
Tugasan 3 - Akses dan EkuitiTugasan 3 - Akses dan Ekuiti
Tugasan 3 - Akses dan Ekuiti
 
Pandangan Individu
Pandangan IndividuPandangan Individu
Pandangan Individu
 
Pembentangan Sejarah, Struktur dan Tujuan Pendidikan Matematik di Malaysia
Pembentangan Sejarah, Struktur dan Tujuan Pendidikan Matematik di MalaysiaPembentangan Sejarah, Struktur dan Tujuan Pendidikan Matematik di Malaysia
Pembentangan Sejarah, Struktur dan Tujuan Pendidikan Matematik di Malaysia
 
Sejarah, struktur dan tujuan pendidikan Matematik di Malaysia
Sejarah, struktur dan tujuan pendidikan Matematik di MalaysiaSejarah, struktur dan tujuan pendidikan Matematik di Malaysia
Sejarah, struktur dan tujuan pendidikan Matematik di Malaysia
 

Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia

  • 1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK (SME6044) KUMPULAN: A TUGASAN BERKUMPULAN 2: EMPAT FAKTOR WUJUDNYA JURANG PENCAPAIAN MATEMATIK DALAM KALANGAN PELAJAR Disediakan untuk: Dr. RAJA LAILATUL ZURAIDA BT. RAJA MAAMOR SHAH Disediakan oleh: NIK NURUL SYAZWANI BT. IBRAHIM M20151000732 MOHD TARMIZEE B. MOHD BASREE M20151000735 NAJAH BT. MOHD NAWI M20151000759
  • 2. Bincangkan dalam kumpulan anda EMPAT (4) faktor yang menyebabkan berlakunya jurang pencapaian Matematik dalam kalangan pelajar. 1. PENGENALAN Jurang, menurut definisi Kamus Dewan Edisi Keempat merujuk kepada lembah yang dalam, kehidupan yang susah dan perbezaan yang memisahkan sesuatu dengan sesuatu yang lain. Manakala pencapaian pula merujuk kepada sesuatu yang dicapai dan sesuatu yang telah berjaya dilaksanakan dengan usaha dan ketekunan. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya jurang pencapaian antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain. Antaranya, sosioekonomi, jantina, lokaliti sekolah, gaya pengajaran guru dan gaya pembelajaran pelajar. 1.1. FAKTOR SOSIOEKONOMI Sosioekonomi merupakan suatu kajian yang melibatkan unsur-unsur atau faktor- faktor kemasyarakatan dan ekonomi. Antaranya ialah tahap pendidikan, taraf kehidupan, tempat tinggal, pekerjaan dan pendapatan keluarga. Ahli sosiologi Max Weber bersetuju terhadap lima kelas sosial di dalam masyarakat iaitu golongan atasan. Pertengahan atasan, kelas pertengahan bawah, kelas pekerja dan golongan bawahan. Justeru pengkelasan ini mungkin mempengaruhi pencapaian Matematik pelajar. Menurut kajian Shaifuddin (1997), pencapaian akademik mempunyai hubungan yang signifikan dengan pendapatan, tahap pendidikan ibu bapa, matlamat motivasi dan persekitaran sekolah. Pendidikan awal kanak-kanak bermula dari rumah. Tahap pendidikan dan pekerjaan ibu bapa memainkan peranan dalam pembentukan tahap pendidikan anak-anak. Seringkali kita lihat, apabila ibu bapa berjawatan tinggi seperti guru, doktor dan peguam, anak-anak mereka memperoleh pencapaian yang baik dalam akademik. Ini menunjukkan kerjaya ibu bapa mempengaruhi kemahuan anak-anak untuk berjaya. Umpama peribahasa Melayu, bapa borek anak rintik, pendidikan ibu bapa dapat membantu membina motivasi anak-anak. Ibu bapa yang mempunyai pendidikan yang baik dapat memberi pendidikan awal yang baik kepada anak-anak, seperti mengajar di rumah. Ibu bapa yang mempunyai pendidikan yang baik juga mempunyai harapan yang tinggi untuk anak-anak mereka berjaya seperti mereka.
  • 3. Manakala ibu bapa yang kurang pendidikan mungkin mempunyai trauma terhadap subjek tertentu seperti Matematik. Maka ini akan mempengaruhi motivasi anak-anak untuk belajar subjek yang dimomokkan oleh ibu bapa mereka sebagai susah. Tanggapan terhadap sesuatu subjek memainkan peranan dalam membina rasa minat anak-anak. Ini bertepatan dengan pendapat Zarinah Arshat dan Rozumah (2011) yang mengatakan tingkahlaku dan penglibatan ibu bapa yang miskin dalam pendidikan anak-anak dipengaruhi oleh tahap pendidikan ibu bapa. Antara faktor sosioekonomi lain ialah pendapatan ibu bapa. Apabila pekerjaan ibu bapa baik, maka pendapatan ibu bapa juga selalunya tinggi. Ini turut menentukan tahap sosioekonomi seseorang pelajar. (Amy J. Orr, 2003) dalam (Mohamad Johdi et. al., 2009) mengkaji hubungan antara kekayaan dengan pencapaian pelajaran. Dalam “Black-White Differences in Achievement - The Importance of Wealth” (Amy J. Orr, 2003) mengatakan: i. Kekayaan boleh mempengaruhi pencapaian akademik; ii. Orang kulit hitam (black-americans) mempunyai kurang kekayaan berbanding orang kulit putih (white-americans) kerana terhad keupayaan mengumpul kekayaan mempengaruhi pencapaian anak-anak mereka; iii. Aspirasi kanak-kanak, harapan untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi, sumber-sumber pendidikan, kualiti sekolah, penerimaan sosial dan keyakinan diri dipengaruhi secara langsung dan tidak langsung status sosioekonomi keluarga; dan, iv. Ibu bapa yang mempunyai pendapatan kukuh menggalakkan mereka melanjutkan pelajaran ke universiti. Sokongan ibu bapa mempunyai kesan positif terhadap motivasi dan aspirasi pelajar sekolah. Ini kerana, di dalam dunia yang sekarang, segala-galanya memerlukan wang. Keluarga yang mempunyai sumber pendapatan rendah akan merasa terbeban dengan kos pendidikan yang tinggi. Apabila ibu bapa tertekan, anak-anak akan turut merasa tempias bebanan tersebut. Maka anak-anak akan hilang motivasi untuk belajar dan berpendapat mereka menjadi beban kepada ibu bapa mereka. Terdapat anak-anak dari keluarga miskin yang terpaksa bekerja untuk membantu menyara keluarga, membantu ibu bapa bekerja di ladang, kebun, laut atau mengusahakan perniagaan keluarga; dan membantu kerja rumah serta menjaga adik-adik ketika ibu bapa bekerja (Mohamad Johdi et.al., 2009). Selalunya terdapat juga pelajar yang merupakan anak sulung, terpaksa berhenti sekolah kerana ingin membantu keluarga mencari nafkah.
  • 4. Begitu juga sekiranya ada ibu bapa yang terpaksa bekerja lebih masa untuk menampung keperluan hidup mereka. Ini akan menyebabkan masa yang diluangkan bersama anak-anak semakin berkurangan. Ini akan menyebabkan ibu bapa terlalu sibuk, penat, dan tidak dapat memantau prestasi anak-anak mereka. Bilangan ahli keluarga yang ramai serta mempunyai pendapatan rendah menjadi punca pelajar gagal di dalam pelajaran (Tajudin, 1999). Ini mungkin disebabkan kurangnya masa untuk berinteraksi antara ibu bapa dan anak-anak. Namun begitu, tidak dinafikan ibu bapa yang berpendapatan tinggi juga kebanyakannya mempunyai kurang masa untuk diluangkan bersama anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak cuba untuk mencari tumpuan di luar. Pada tahap ini, anak-anak lebih cenderung untuk meluangkan masa dengan rakan sebaya kerana anak-anak dalam tempoh pembesaran mempunyai perasaan ingin tahu dan ingin mencuba yang tinggi. Mereka merasa rakan lebih memahami dan menghargai mereka. Pada tahap ini, sekiranya anak-anak tersalah memilih kawan, maka mereka lebih mudah terjebak dengan gejala kurang sihat. Hampir separuh daripada pelajar yang mempunyai ibu bapa yang bercerai, meninggal dunia, selalu berjauhan atau sakit, kurang menumpukan perhatian terhadap pelajaran, dan lebih cenderung untuk terus melakukan dan mengambil tingkah laku yang agresif Hagen,(1987) dan Moktar,(1994). Ini menunjukkan bahawa faktor keluarga memainkan peranan yang penting dalam pencapaian akademik anak-anak menurut Mitchells dan Tyreman (1996) dalam Pahrol Radzi (1996). Keperluan mendapat kasih sayang mempunyai hubungan yang rapat dengan keperluan berdampingan dan penerimaan oleh kumpulan (Atan Long, 1993). Justeru dalam proses pembelajaran, motivasi, dorongan, sokongan dan rasa disayangi sangat penting dalam membantu pelajar mendapat pencapaian cemerlang, selain daripada keperluan material untuk belajar itu sendiri. 1.2. FAKTOR JANTINA Jantina merujuk kepada jenis kelamin; samada lelaki atau perempuan menurut Kamus Dewan Edisi Keempat. Kajian berkenaan pengaruh jantina terhadap pencapaian Matematik khususnya atau akademik amnya telah banyak dilakukan di seluruh dunia. Kajian oleh Zalizan dan rakan-rakan (2005) terhadap keputusan UPSR, PMR dan SPM pada tahun
  • 5. 1996 hingga 2000 mendapati pelajar perempuan mempunyai ciri-ciri positif yang menyumbang kepada pencapaian prestasi akademik yang lebih baik berbanding lelaki. Pelajar perempuan cenderung menggunakan strategi lebih konkrit seperti menggunakan model dan membilang, manakala pelajar lelaki pula cenderung menggunakan strategi yang lebih abstrak yang mencerminkan konsep kefahaman mereka (Fennema, Carpenter & Jacobs, 1998). Menurut Model Gaya Pemikiran Gregorc, gaya pemikiran terbahagi kepada empat; Concrete Sequential (CS), Concrete Random (CR), Abstract Sequential (AS) dan Abstract Random (AR). Di mana kualiti persepsi dibahagikan kepada konkrit dan abstrak. Konkrit merujuk kepada menggunakan lima deria melihat, menghidu, menyentuh, merasa dan mendengar, manakala abstrak merujuk kepada imaginasi dan naluri. Sequential pula penyusunan data maklumat secara teratur oleh minda. Manakala rawak pula adalah secara tidak teratur. Kajian Zalizan dan rakan-rakan (2005) menunjukkan pelajar perempuan cenderung menggunakan gaya pembelajaran CS dan AS lebih tinggi berbanding pelajar lelaki. Ini memberi implikasi pelajar perempuan melakukan tugasan dengan lebih teratur, mengikut jadual, memberi perhatian kepada teori, hipotesis dan penganalisaan. Manakala pelajar lelaki cenderung kepada gaya pembelajaran CR dan AR lebih suka membuat tugasan yang bersifat ujikaji, dan menyelesaikan masalah secara rawak. Ini dapat dilihat di institusi pengajian tinggi Malaysia. Lebih ramai pelajar perempuan melanjutkan pengajian di institut pengajian awam (IPTA) dan institut pengajian swasta (IPTS) berbanding pelajar lelaki. Pelajar lelaki lebih banyak berada di institut yang fokus kepada kerja-kerja teknikal. Ini merupakan suatu suasana yang cukup kritikal Ini juga mungkin disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. Kerana lelaki dilihat lebih gemar berkawan. Pengaruh daripada rakan-rakan yang tidak suka belajar dan tidak suka mata pelajaran Matematik akan membuatkan pelajar mudah berputus asa untuk belajar. Ini mungkin kerana mereka merasa tidak ada sokongan dan dorongan dari rakan-rakan dan tiada persaingan. Faktor kematangan juga menjadi penyebab kepada menurunnya pencapaian Matematik pelajar lelaki berbanding perempuan. Matang merujuk kepada tahap kefahaman dan pengetahuan mengenai sesuatu, serta mempunyai tingkah laku yang memperlihatkan pemikirannya. Tahap dan kadar kematangan pelajar lelaki dan perempuan adalah berbeza (Zalizan et.al, 2005).
  • 6. Kajian Abd Wahab (2006) turut mengkaji perbezaan keputusan peperiksaan percubaan Matematik berdasarkan jantina. Hasil kajian mendapati pencapaian pelajar perempuan semakin bertambah malah semakin jauh meninggalkan pelajar lelaki pada tahun 2000 hingga 2003, meskipun bilangan pelajar lelaki adalah melebihi calon pelajar perempuan. Statistik ini menunjukkan jurang pencapaian Matematik boleh terjadi berdasarkan faktor jantina. Meskipun kelihatan membimbangkan, usaha bersepadu dari pelajar, ibu bapa dan guru akan dapat membantu mengurangkan jurang yang telah lama terbina ini. 1.3. FAKTOR LOKALITI Jurang pencapaian Matematik dalam kalangan pelajar juga dikaitkan dengan faktor lokaliti. Lokaliti dalam penulisan ini membawa maksud penempatan pelajar, di mana penempatan pelajar boleh dibahagikan kepada dua, iaitu bandar dan luar bandar. Menurut Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), jurang pencapaian pelajar bagi sekolah luar bandar dan bandar telah berkurangan sebanyak hampir 3% dari tahun 2005 ke 2011 untuk pelajar peringkat UPSR dan 2% dari tahun 2004 ke 2011 untuk pelajar peringkat SPM. Terdapat pelbagai aspek yang dikaitkan dengan faktor lokaliti, antaranya ialah disebabkan kemudahan infrastruktur yang tidak lengkap di sekolah-sekolah luar bandar(Wawasan Pengarang, 2015). Kebanyakan sekolah di luar bandar tidak dilengkapkan dengan kemudahan perisian komputer yang lengkap dan menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi dan ICT tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan (Noraziah Kassim & Noor Mazlan Ahmad Zanzali, 2009). Kemudahan prasarana seperti projektor yang dihantar ke sekolah-sekolah tidak mencukupi dan penggunaannya terpaksa dihadkan. Selain bahan rujukan yang tidak mencukupi, guru-guru di sekolah luar bandar juga menghadapi masalah dengan kekurangan alat bantu mengajar. Bilik darjah di sekolah-sekolah luar bandar yang tidak menarik juga mewujudkan persekitaran pembelajaran yang tidak kondusif walhal bilik darjah merupakan satu elemen penting yang mampu mempengaruhi sesi pembelajaran para pelajar. Bilik darjah yang menarik mampu menarik minat dan menaikkan semangat pelajar untuk menuntut ilmu. Kekurangan tenaga pengajar yang terlatih di sekolah-sekolah luar bandar juga merupakan salah satu faktor berlakunya jurang pencapaian antara pelajar di negara kita. Menurut Muhyidin Arsat dan Maizura Mohd Yunus (2011), sekolah-sekolah luar bandar
  • 7. kekurangan tenaga pengajar yang terlatih, terutamanya dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris. Ini menyebabkan peningkatan kepada jurang pencapaian Matematik antara para pelajar. Fenomena yang sering berlaku di sekolah luar bandar adalah pengambilan guru sandaran yang tidak mempunyai pendedahan dalam sesi pengajaran serta pendidikan yang khusus dalam sesuatu subjek tersebut. Ini secara tidak langsung akan mengganggu prestasi para pelajar. Sikap dan pandangan guru terhadap pengajaran dan pembelajaran Matematik juga merupakan faktor lain yang mempengaruhi prestasi pelajar sekolah. Kebanyakan guru di sekolah luar bandar tidak bersungguh-sungguh dalam menarik minat pelajar untuk berjaya dan mereka juga mempunyai anggapan bahawa pelajar yang berprestasi rendah tidak mempunyai minat dalam pelajaran. Guru sepatutnya memainkan peranan untuk memupuk semangat belajar dalam kalangan belajar. Selain itu, persekitaran kawasan luar bandar itu sendiri telah memberi kesan kepada pelajar-pelajar sekolah. Terdapat beberapa kawasan pedalaman, terutamanya di negeri Sabah dan Sarawak tidak mempunyai kemudahan pengangkutan yang baik. Pengangkutan yang disediakan adalah sangat terhad dan tidak menjamin keselamatan pelajar seperti bot- bot kecil dan motosikal. Kekurangan kemudahan ini telah menyukarkan pelajar untuk pergi ke sekolah sekaligus menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelajaran dan memberi kesan emosi yang tidak sukakan belajar (Wawasan P., 2015). Di kawasan luar bandar, khidmat kelas tambahan atau tuisyen untuk pelajar juga kurang disediakan. Pelajar hanya bergantung kepada sesi pembelajaran di sekolah sahaja untuk menghadapi peperiksaan. Ini berbeza dengan kawasan luar bandar, di mana pusat tuisyen bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Pelajar-pelajar hanya perlu memilih pusat tuisyen yang terbaik untuk mereka bagi mendapatkan info dan maklumat tambahan untuk menempuh peperiksaan. Sesetengah kawasan di luar bandar juga masih tidak dibekalkan dengan kemudahan air dan elektrik. Hal ini turut mengganggu persekitaran dan emosi pelajar untuk mengulangkaji pelajaran. Mereka terpaksa belajar dalam keadaan yang kekurangan dan tidak selesa. Tidak seperti di bandar, kemudahan akses internet di luar bandar adalah sangat terhad. Kebanyakan kawasan penempatan tidak mendapat akses internet. Pelajar hanya dapat mengakses internet bagi tujuan membuat kerja khusus dan kerja rumah arahan guru di sekolah sahaja. Pelajar di luar bandar tidak mendapat peluang untuk mengeksplorasi pelbagai maklumat dan pengetahuan yang boleh diakses melalui internet. Dalam faktor lokaliti, terdapat juga perbezaan pencapaian pelajar antara sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan (SJKC). Hal ini kerana kebanyakan SJKC
  • 8. terletak di kawasan bandar sahaja manakala SK berada baik di bandar, mahupun luar bandar. Dalam PPPM (2013-2025), jurang pencapaian pelajar bagi pelajar sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan turut disentuh terutamanya antara SK dan SJKC. Pencapaian pelajar di sekolah SJKC lebih tinggi berbanding di SK mempunyai beberapa faktor. Antaranya disebabkan corak dan teknik pengajaran yang berbeza walaupun silibus bagi mata pelajaran untuk kedua-dua sekolah adalah sama. Di SJKC, mata pelajaran Sains dan Matematik adalah merupakan mata pelajaran yang paling penting. Waktu pembelajaran Matematik di SJKC lebih lama berbanding di SK. Selain itu, pihak SJKC juga telah menetapkan satu standard yang tinggi untuk mata pelajaran Matematik. Guru-guru dan pelajar akan berusaha dengan gigih untuk mencapai standard yang telah ditetapkan. Latihan-latihan Matematik yang diberikan oleh guru-guru di SJKC lebih banyak berbanding di SK. Sistem pendidikan di SJKC yang menitikberatkan disiplin serta sesi pengajaran dan pembelajaran juga turut menyumbang kepada kecemerlangan para pelajar. Kebanyakan SJKC turut menyediakan buku teks dan buku-buku tambahan untuk pelajar mereka bagi memastikan keperluan yang cukup untuk menempuh peperiksaan. Kakitangan sekolah dan ibu bapa di SJKC memainkan peranan penting dalam memastikan kecemerlangan pelajar-pelajar. 1.4. FAKTOR GAYA PENGAJARAN GURU DAN GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR Menurut Grasha (1996), konsep gaya pengajaran guru terbahagi kepada lima jenis utama iaitu; i. Pakar (Expert), ii. Wibawa Formal (Formal Authority), iii. Model Peribadi (Personal Model), iv. Pemudah Cara (Facilitator), v. Pembahagi (Delegator). Gaya-gaya tersebut dapat dilihat dalam diri setiap guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam kelas. Guru gaya Pakar merupakan guru yang mempunyai tahap Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) yang tinggi. Biasanya guru yang mempunyai gaya ini merupakan guru yang telah lama mengajar dan menguasai pengetahuan isi kandungan bagi subjek yang diajarnya. Mereka juga sentiasa mencabar kebolehan pelajar-pelajar dengan bertanyakan soalan-soalan di dalam kelas.
  • 9. Bagi gaya pengajaran Wibawa Formal pula, proses pengajaran oleh guru dijalankan secara berstruktur. Proses pengajaran tersebut dijalankan dalam bentuk piawai yang merangkumi matlamat pengajaran yang ditetapkan oleh pihak sekolah, ekspektasi dan peraturan tingkah laku pelajar seperti yang termaktub dalam perundangan sekolah. Seterusnya, guru dengan gaya Model Peribadi pula menggunakan pengalaman mereka sendiri sebagai pengajaran kepada pelajar-pelajar. Dalam proses pengajaran, mereka memberikan panduan dan arahan sebagai tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar bagi melakukan dan memantau sesuatu perkara. Guru dengan gaya Pemudah Cara lebih cenderung bertindak sebagai pemudah cara kepada pengajaran dan pembelajaran serta menekankan interaksi semula jadi personal antara guru dan pelajar. Bagi gaya ini, pelajar akan ditanya mengenai masalah yang dihadapi mereka, kemudian guru akan memberikan cadangan-cadangan untuk pelajar membuat penerokaan. Bagi gaya pengajaran Pembahagi, pelajar-pelajar dikehendaki bekerja sendirian atau berkumpulan bagi membentuk kebolehan pelajar supaya dapat berfungsi secara autonomi. Guru akan menstrukturkan objektif perbincangan kumpulan atau individu bagi memastikan pelajar-pelajar tidak hilang arah tujuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Witkin dan Goodenough (1977), gaya pembelajaran terdiri daripada dua jenis utama iaitu; i. Bergantung Medan (Field Dependent) ii. Bebas Medan (Field Independent). Pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran Bergantung Medan suka hubungan yang tidak formal dengan guru, di mana mereka lebih bebas dalam hubungan pembangunan kemahiran interpersonal yang tinggi. Namun mereka kurang bebas dalam hubungan pembangunan penyusunan semula kemahiran kognitif, di mana mereka tidak yakin dalam mengasingkan fakta penting dan kurang penting serta menganggap semua fakta adalah penting. Bagi pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran Bebas Medan pula, mereka lebih bebas dalm hubungan ke arah pembangunan penyusunan semula kemahiran kognitif dan kurang dalam perhubungan ke arah pembangunan kemahiran interpersonal. Pelajar yang Bebas Medan cenderung kepada menikmati pembelajaran secara individu, manakala pelajar yang Bergantung Medan pula lebih cenderung kepada pembelajaran secara berkumpulan.
  • 10. Gaya pembelajaran merupakan pendekatan seseorang individu itu tentang cara mereka belajar (Woolfolk, 1998). Tricia (2000) pula menyatakan bahawa gaya pembelajaran adalah suatu karakter dan cara yang dipilih bagi membolehkan pembelajaran dan pemprosesan maklumat berlaku. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Ramlah Jantan dan Md. Nasir Masran (2007), didapati bahawa 17.6% pencapaian akademik pelajar dipengaruhi oleh gaya pengajaran guru dan gaya pembelajaran pelajar. Manakala, 82.4% lagi dipengaruhi oleh faktor-faktor lain. Selain itu, turut didapati bahawa gaya pengajaran guru lebih memberi impak kepada pencapaian pelajar berbanding dengan gaya pembelajaran pelajar itu sendiri.
  • 11. 2. RUJUKAN (2007). Kamus Dewan. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. Abd Wahab bin Muda. (2006). Perbezaan Pencapaian Berdasarkan Jantina Dalam Peperiksaan Percubaan Matematik UPSR. Didapati dari http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/93/1/Perbezaan%20pencapaian%20berd asarkan%20jantina%20dalam%20peperiksaan%20percubaan%20Matematik %20UPSR.pdf Arsat, M., & Mohd Yunus, M. (2011) Satu Kajian Cabaran Guru di Sekolah Pedalaman Daerah Muar, Johor. , 1(1), 1-7. Diambil daripada http://eprints.utm.my/11803/1/Satu_Kajian_Cabaran_Guru_Di_Sekolah _Pedalaman_Daerah_Muar.pdf Atan Long (1988). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Fennema, E., T.P. Carpenter, V.R. Jacobs, L.F. Megan et L.W. Levi (1998). A Longitudinal Study of Gender Differences in Young Children’s Mathematical Thinking. Educational Researcher, 27(5). Grasha, A.F. (1994). A Matter of Style: The Teacher as Expert, Formal Authority, Personal Model, Facilitator, and Delegator. In College teaching, vol 42, issues 4 (pp 12-20). Kassim, N., & Ahmad Zanzali, N. (2009) Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik di Kalangan Guru-Guru Pelatih UTM. , 1(1), 1-10. Diambil dari http://eprints.utm.my/10133/1/Noraziah_binti_Kassim@Aziz.pdf Mohamad Johdi Salleh, Che Noraini Hashim, Ismael Hassanaen dan Amir Hasan Dawi, 2009. Status Sosioekonomi dan Komitmen Ibu bapa Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Penilaian Menengah Rendah, Malaysia. 14th International Conference on Education. Tema: Bridging Words: Making Connections in Education. Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education Universiti Brunei Darussalam. p-4. Mokhtar Yussof (1994). Pengaruh Status Sosioekonomi Keluarga Terhadap Pencapaian Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Pelajar di 5 Buah
  • 12. Sekolah dalam Jajahan Tanah Merah dan Jajahan Jeli. Satu Tinjauan. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda : Tidak Diterbitkan. Pahrol radzi Mat Ali (1996). Kesan Faktor Pekerjaan, Pendidikan dan persekitaran Keluarga Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam PMR. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia : Tidak diterbitkan. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), Kementerian Pelajaran Malaysia (pp 3-5 - 3-17) Diambil daripada http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2013/articlefile_file_ 003107.pdf Shaifudin Bin Haji Masduki (1997). Motivasi,Komitmen dan Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Menengah. Universiti Utara Malaysia Singh, P., Rahman, A. A., & Hoon, T. S. (2010). Languages and mathematics achievements among rural and urban primary four pupils: A Malaysian experience. Journal of Science and Mathematics Education in Southeast Asia, 33(1), 65-85. Diambil dari http://www.recsam.edu.my/R&D_Journals/YEAR2010/june2010vol1/pa rmjit(65-85).pdf Tajuddin Ali (1999). Faktor Yang membawa Kepada Sikap rajin Belajar Tiong Hua. Wawasan Pengarang (2015, Oktober 19) Infrastruktur Lengkap Mampu Lahir Pelajar Cemerlang. Utusan Sarawak. Diambil daripada http://www.utusansarawakonline.com/opinion/371/INFRASTRUKTUR- LENGKAP-MAMPU-LAHIR-PELAJAR-CEMERLANG/ Witkin, H & Goodenough (1977). Field Dependent and Field Independent Cognitive Style and Their Educational Implications (Review of Educational Research). Zakaria Bin Othman (1996). Hubungan faktor-faktor Latar belakang dan Komitmen Ibu bapa dengan Pencapaian Matematik. Ucapan Perdana Menteri Malaysia. Mingguan Malaysia (31.8.03). Universiti Utara Malaysia
  • 13. Zalizan Mohd Jelas, Saemah Rahman, Roselan Baki dan Jamil Ahmad. (2005). Prestasi Akademik Mengikut Gender. Jurnal Pendidikan 30 (2005) 93 – 111. Didapati dari http://journalarticle.ukm.my/153/1/1.pdf Zarinah, A. & Rozumah, B. (2011). Perkaitan antara faktor sosioekonomi dan kualiti tingkahlaku keibu bapaan dalam keluarga berisiko. Jurnal Kemanusiaan bil.17, Jun 2011. Universiti Putra Malaysia. 3. LAMPIRAN SOSIOEKONOMI: Nota: Sosioekonomi (SSE) Rajah 1.1: Peratus bagi pelajar SSE rendah dalam pencapaian PMR Rajah 1.2: Peratus bagi pelajar SSE sederhana dalam pencapaian PMR
  • 14. Rajah 1.3: Peratus bagi pelajar SSE sederhana tinggi dalam pencapaian PMR Rajah 1.4: Peratus bagi pelajar SSE tinggi dalam pencapaian PMR Sumber: Mohamad Johdi Salleh, Che Noraini Hashim, Ismael Hassanaen dan Amir Hasan Dawi, 2009. Status Sosioekonomi dan Komitmen Ibu bapa Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Penilaian Menengah Rendah, Malaysia. 14th International Conference on Education. Tema: Bridging Words: Making Connections in Education. Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education Universiti Brunei Darussalam. p-9-10. JANTINA:
  • 15. Rajah 2.1: Peratus kelulusan Matematik UPSR mengikut jantina Rajah 2.2: Peratus kelulusan Matematik PMR mengikut jantina Rajah 2.3: Peratus kelulusan Matematik SPM mengikut jantina Sumber: Zalizan Mohd Jelas, Saemah Rahman, Roselan Baki dan Jamil Ahmad. (2005). Prestasi Akademik Mengikut Gender. Jurnal Pendidikan 30 (2005) 93 – 111. Didapati dari http://journalarticle.ukm.my/153/1/1.pdf