SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
Download to read offline
PROGRAM EKSEKUTIF CUTI SEKOLAH
IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK)
SESI 2013/2014
SEMESTER 1 / 2014
KURSUS:
SME6044
ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
TUGASAN 2
Isu 2. Jurang/Perbezaan Pencapaian
DISEDIAKAN OLEH
Bil. Nama Ahli No.Matrik
1 LIM CHUAN YANG M20131000356
2 FATMAH BINTI AHMAD M20131000359
3 DG MASNIAH BINTI AG PIUT M20131000360
4 AMIE JOAN JUANIS M20131000371
5 DG HALIMAH BINTI AG JALI M20131000381
KUMPULAN : 3
PENSYARAH : PROF.DR.MARZITA PUTEH
Kursus
Tajuk
Sesi
: IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK)
: SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
: SEMESTER 1 / 2014
2 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356)
2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359)
3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360)
4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371)
5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381)
Pendahuluan
Menurut kamus Oxford Compact Advanced, Disparity yang bermaksud perbezaan tau
ketidaksamaan yang mana jika kita lihat menerusi Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula
perkataan ‘perbezaan’ atau jurang didefinisikan sebagai perbezaan yang memisahkan sesuatu
dengan sesuatu yang lain. Manakala Achievement pula membawa maksud pencapaian atau
perbuatan mencapai dan pencapaian ini didefinisikan sebagai apa yang telah dicapai (dihasilkan
atau diperoleh), prestasi. Oleh yang demikian, jurang pencapaian bermaksud perbezaan yang
memisahkan pencapaian sesuatu dengan sesuatu yang lain. Apa yang ingin kita perkatakan di sini
dalam pendidikan matematik pula kita boleh katakan bahawa jurang pencapaian prestasi yang
berbeza dikalangan murid atau sesebuah sekolah atau organisasi menimbulkan isu yang ketara
serta perlu ditangani dengan bijak.
Menurut Prof. Dr. Robiah Sidin- Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA),UKM
Masyarakat sering membincangkan isu perbezaan pencapaian prestasi akademik antara pelajar
Bandar dan luar Bandar perbandingan sosioekonomi dengan pencapaian serta perbandingan
pencapaian antara pelajar Melayu dengan bangsa lain. Isu punca-punca kelemahan sentiasa
dikupas dan dibincangkan dalam seminar, kongres, wacana ilmu dan rencana. Namun hingga kini
masalah tersebut masih berterusan. Ini kerana perbincangan hanya berfokus kepada apakah
corak dan jenis masalah dan faktor yang menjadi punca, tetapi tidak menekankan cara untuk
mengatasi dan tidak menegaskan pihak yang bertanggungjawab. Isu ini hanya dibincangkan pada
permukaannya sahaja tanpa sebarang penyelesaian dan sering diulang bicara tanpa ada
kesudahan.
Menerusi beberapa kajian dan perbincangan, kumpulan ini memilih empat topik utama untuk
dibincangkan bersama iaitu menerusi perspektif:
1. Guru
2. Murid
3. Sekolah
4. Sumber
Kursus
Tajuk
Sesi
: IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK)
: SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
: SEMESTER 1 / 2014
3 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356)
2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359)
3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360)
4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371)
5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381)
1. GURU
1.1 Etika
1.1.1 Tidak menyukai pelajar
Sekiranya guru menyukai pelajar dan dapat mewujudkan satu perhubungan yang mesra, guru
tersebut dapat mengendalikan tingkah laku pelajar mereka. Guru perlulah menyediakan waktu
untuk berbual-bual dengan pelajar bagi mengetahui permasalahan pelajar dan mendapatkan
maklumat mengenai kebolehan serta minat pelajar tersebut.
1.1.2. Melabel pelajar
Setiap pelajar adalah berbeza antara satu sama lain bukan sahaja dari segi jantina dan fizikal malah
dari segi latar belakang serta emosi mereka. Perbezaan ini tidak harus menjadi modal kepada guru
untuk melabel atau memberi gelaran kepada pelajar mereka. Gelaran untuk menyindir atau
mempermainkan pelajar sewajarnya dielakkan kerana ia boleh menjatuhkan semangat pelajar
tersebut.
1.1.3. Menyindir dan memperkecilkan pelajar
Sebagai seorang guru, kita haruslah bertindak sebagai pemangkin semangat kepada murid. Guru
yang selalu menyindir dan memalukan pelajar akan dibenci oleh pelajar terbabit. Tindakan guru
tersebut telah menjatuhkan maruah pelajar dan tidak seharusnya dilakukan oleh insan yang digelar
guru.
1.1.4. Menghukum pelajar secara keterlaluan
Guru haruslah membuat pertimbangan sebelum mendenda seseorang pelajarnya. Hukuman dan
denda atas kesalahan disiplin pelajar telah ditetapkan dan guru haruslah mematuhi setiap perkara
yang telah digariskan dalam peraturan disiplin. Sekiranya hukuman yang diberi keterlaluan, pelajar
mungkin mengalami trauma dan takut untuk ke sekolah.
1.1.5. Terlalu garang
Guru perlu ada sikap penyayang supaya disenangi oleh pelajar. Guru yang terlalu garang akan
menakutkan pelajarnya. Mereka berasa gementar untuk bertanyakan soalan kerana bimbang
dimarahi. Pelajar juga akan berasa takut untuk ke kelas dan menjejaskan tumpuan mereka di dalam
kelas.
Kursus
Tajuk
Sesi
: IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK)
: SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
: SEMESTER 1 / 2014
4 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356)
2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359)
3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360)
4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371)
5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381)
1.1.6. Pilih kasih
Sikap guru yang mengamalkan pilih kasih adalah tidak wajar. Perhatian dan layanan yang sama
rata dapat memberi rasa senang kepada diri pelajar. Pilih kasih ini mungkin berlaku disebabkan
rupa paras pelajar tersebut, kekerapan berjumpa dengan guru tersebut ataupun pelajar yang
menonjol di dalam kelas. Pelajar tidak akan menghormati guru yang mengamalkan sikap pilih
kasih.
1.2 Kualiti Guru
1.2.1. Guru bukan opsyen
Guru bukan opsyen bermaksud guru yang tidak mempunyai kelayakan sijil atau major dalam mata
pelajaran yang diajar. Guru ini dikehendaki mengajar subjek bukan bidang setelah mendapat
penempatan. Hal ini akan memberikan kesan terhadap pelajar kerana guru tidak dapat mengajar
dengan sebaiknya serta menyampaikan ilmu pengetahuan dengan sepenuhnya dan berkesan. Guru
tersebut boleh mengisi kekosongan dan keperluan mata pelajaran itu, tetapi mungkin gagal
menyampaikan sesuatu ilmu itu dengan berkesan.
1.2.2. Penyelewengan masa di kalangan guru
Masalah penyelewengan waktu dalam kalangan guru sering dapat dilihat melalui kelewatan guru
masuk ke kelas. Guru haruslah menunjukkan sikap menepati masa kepada muridnya bukan sebagai
seorang yang tidak menepati masa kerana perkembangan pelajar adalah melalui pemerhatian
keadaan sekeliling yang dijadikan ikutan oleh pelajar itu dan diaplikasikan dalam kehidupan
seharian.
1.2.3 Kurang Guru berpengalaman
Guru yang lebih berpengalaman memilih untuk bekerja di kawasan bandar daripada di kawasan
luar bandar. Kebanyakan guru yang baru pula diberi penempatan di luar bandar
1.3. Komunikasi guru
Kursus
Tajuk
Sesi
: IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK)
: SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
: SEMESTER 1 / 2014
5 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356)
2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359)
3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360)
4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371)
5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381)
1.3.1 Keceriaan, Interaksi dan Penglibatan Murid:
Kemahiran berkomunikasi dan interaksi kependidikan pelbagai hala guru-murid,
murid- murid, dan murid-guru menjadi teras keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
1.3.2 Kejelasan penyampaian dan penghuraian isi pelajaran:
Penyampaian guru yang jelas dan mudah difahami oleh murid akan menjadikan mereka
lebih beminat dan mengikuti pembelajaran sehingga tamat.
1.4. Tahap keyakinan
• Menurut Price dan Raiker (1999), tahap keyakinan guru mempengaruhi tahap keyakinan
pelajar dan seterusnya ia akan mempengaruhi tahap pencapaian pelajar.
• Seseorang guru semestinya mempunyai kecekapan yang mendalam dalam bidang atau
subjek yang diajar. Guru perlu mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang
komprehensif terhadap bidangnya.
• Salah satu faktor yang menyebabkan guru tidak yakin semasa mengajar adalah kerana
kurangnya pengetahuan tentang subjek yang diajar. Guru tidak boleh mengajar mata
pelajaran yang mereka sendiri tidak kuasai (Haberman, 1995). Oleh itu, memahami serta
menguasai kandungan mata pelajaran yang hendak diajar adalah perkara yang amat penting
kepada seorang guru supaya tidak meyampaikan ilmu yang salah.
1.5. Kaedah pengajaran
Penggunaan kaedah pengajaran lama, tidak menarik dan sukar difahami oleh pelajar menjadi
punca kegagalan pelajardalam mata pelajaran tersebut. Sabri (2006)
1.5.1 Kepelbagaian Kaedah Mengajar: Pembelajaran akan berjalan dengan lancar,
menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang
bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid.
1.5.2 Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi : Wright (1999) melaporkan
pencapaian pelajar yang lebih tinggi, sikap, dan interaksi guru-pelajar sebagai hasil
pembelajaran interaktif yang didapati melalui teknologi.
Kursus
Tajuk
Sesi
: IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK)
: SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
: SEMESTER 1 / 2014
6 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356)
2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359)
3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360)
4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371)
5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381)
2. MURID
Faktor yang mempengaruhi murid dalam perbandingan /perbezaan pencapaian di Bandar
dan di luar Bandar . Antaranya ialah:
Ibubapa.
Faktor ibubapa adalah salah satu faktor yang sangat mempengaruhi murid dalam
pencapaian sesuatu .Menurut kajian kes mengenai keciciran di sekolah menengah
(BPPDP,1996)menggariskan beberapa sikap negatif ibubapa / keluarga terhadap pendidikan
antaranya ialah:
1. Tidak mengambil berat terhadap pendidikan anak
2. Kurang kesedaran tentang kepentingan pelajaran
3. Lebih suka anak bekerja daripada bersekolah
4. Membiarkan anak ponteng sekolah.Kurang pemantauan terhadap tingkahlaku anak.
5. Membiarkan/tidak mengambil tindakan terhadap tingkahlaku anak yang nakal,
Terdapat juga beberapa sikap positif ibubapa dalam mempengaruhi pencapaian anak .Antaranya
ialah:
1. Terdapat ibubapa yang mementingkan pelajaran anak mereka.
2. Keluarga yang harmoni dan situasi dan keadaan tempat tinggal memberi kesan dalam
melahirkan sikap ingin belajar dalam keadaan yang tenang dan aman.
3. Minat ibubapa dalam kebajikan dan keperluan anak dalam pelajaran disamping aspirasi
atau impian ibubapa yang mahu melihat anak mereka Berjaya dalam pelajaran.
4. Ibubapa yang bersikap positif tidak akan berpersepsi bahawa mendidik anak dalam
pelajaran adalah dibawah tanggungjawab guru sepenuhnya.
5. Segelintir ibubapa yang mempunyai anak berperluan khas tidak mahu/tidak mampu
menghantar kesekolah yang sepatutnya.Ini kerana perasaan harga diri ibubapa yang
tidak mahu menerima kekurangan anak itu sendiri.Selain itu, kekangan yang berlaku
ialah lokasi sekolah pendidikan khas sangat jauh dari tempat tinggal.
Kursus
Tajuk
Sesi
: IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK)
: SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
: SEMESTER 1 / 2014
7 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356)
2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359)
3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360)
4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371)
5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381)
Sikap Murid
Faktor sikap murid dapat diklasifikasikan secara menyeluruh dalam personality murid dan
sikap murid.Faktor personality memainkan peranan penting dalam pencapaian akademik seseorang
pelajar.(Eysenck,1979).Terdapat tiga jenis personality murid yang dikenalpasti iaitu
ekstrovert,introvert dan ambivert.
1. Ekstrovert ialah murid yang suka bergaul,cepat mengeluarkan pendapat, mudah
mesra,kreatif dan lain-lain.
2. Introvert ialah sikap pasif, gemar bersendirian, pemalu,sensitive, cermat, reflektif atau
sentiasa berfikir dahulu sebelum membuat keputusan,boleh dipercayai,tenang, tingkah
laku yang terkawal dan kurang menanggung risiko.
3. Ambivert ialah sikap murid yang mempunyai trait personality yang sukar digolongkan
dalam ekstrovert dan introvert.
Selain personality murid sikap murid juga di ambil kira dalam pencapaian dibandar dan
diluar bandar.Kenworthy ( Noraini 2008) mengatakan bahawa pembelajaran yang berkesan wujud
jika ada minat dalam kalangan pelajar dan salah satu daripada cara menimbulkan minat pelajar
ialah menerusi kaedah pengajaran dan aktiviti pembelajaran yang menarik.Antara sikap tersebut
ialah:
1. Minat belajar murid yang tinggi, suka bersaing dalam pelajaran.
2. Jasmani,emosi dan rohani ydalam meningkatkan pencapaian yang stabil disamping
motivasi diri yang tinggi.
3. Galakan dan sokongan keluarga,guru , masyarakat sekeliling dalam menarik minat
murid meningkatkan pencapaian.
Sosio-ekonomi
Antara factor yang mempengaruhi pencapaian murid yang berhubung kait dengan sosio-
ekonomi ialah:
1. Tahap pendidikan ibubapa.
2. Pendapatan keluarga /sosioekonominya sangat renddah.
Kursus
Tajuk
Sesi
: IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK)
: SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
: SEMESTER 1 / 2014
8 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356)
2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359)
3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360)
4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371)
5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381)
3. Pekerjaan ibubapa.
4. Kestabilan institusi kekeluargaan iaitu rumahtangga yang aman,tenag dan bahagia
ataupun situasi keluarga berpecah belah.
Motivasi
Motivasi adalah factor yang banyak mempengaruhi diri murid dalam pencapaian di
sekolah.Antaranya ialah:
1. Motivasi Ekstrinsik motivasi berasaskan ganjaran ,penghormatan dan lain-lain yang
bersifat material dikenali sebagai motivasi bersifat luaran.
2. Motivasi berbentuk sokongan moral seperti pujian, galakan, dan penghargaan.
3. Latar belakang keluarga ,individu,sosio-ekonomi dan sikap murid mempengaruhi
motivasi dimana murid merasa rendah diri atau berbesar hatidalam pelajaran.
Dengan faktor motivasi ini,dapat dibuktikan dengan pengertian yang ditulis oleh beberapa
pengkaji teerdahulu.Singer(1980) menyatakan motivasi sebagai satu daya yang mendorong
seseorang untuk mencapai satu matlamat dan seterusnya berusaha untuk terus mencapai yang
cemerlang.
Menurut Cox(1998) menyatakan bahawa motivasi berunsur negetif perlulah dijauhi kerana
motivasi ini akan memberi kesan yang negetif kepada pengamalnya secara tidak langsung ia
memberi kesan psikologi.
Kursus
Tajuk
Sesi
: IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK)
: SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
: SEMESTER 1 / 2014
9 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356)
2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359)
3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360)
4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371)
5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381)
3. SEKOLAH
Faktor ketiga yang menyumbang kepada jurang pencapaian ialah faktor sekolah. Pencapaian dari
satu sekolah ke satu sekolah yang lain adalah berbeza. Semuanya di pengaruhi oleh beberapa
aspek. Terdapat tiga aspek yang dikenalpasti adalah punca kepada perbezaan pencapaian sekolah
iaitu pentadbir sekolah iaitu pengetua atau guru besar dan penolong kanan sekolah, budaya sekolah
dan juga prasarana sekolah.
Jika di bandingkan sekolah yang mempunyai prestasi baik dengan sekolah yang
mempunyai prestasi rendah, jelas ketiga-tiga aspek di atas telah mempengaruhi perbezaan prestasi
antara sekolah. Telah diketahui umum, sekolah yang mempunyai pentadbir yang cemerlang,
budaya sekolah yang baik dan prasarana yang menarik melahirkan insan yang cemerlang.
Pentadbir
Kecemerlangan sesebuah sekolah adalah kerana mempunyai pentadbir atau pemimpin yang
professional. Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) telah menjadikan (Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia) SKPM 2010 sebagai rujukan induk standard pendidikan negara. Tiga
daripada lima standard adalah merujuk kepada pentadbir atau pemimpin sekolah iaitu Kepimpinan
dan hala tuju, Pengurusan Organisasi dan Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan sukan, HEM).
Standard-standard tersebut digunakan untuk mengukur tahap kecemerlangan sekolah.
Untuk memastikan pendidikan berjalan di atas landasan yang betul, sekolah memerlukan
pemimpin yang mampu menjana kecemerlangan pendidikan. Berdasarkan laporan A Nation At
Risk, 1983, Action For Excellence, 1983, Better Education for Michigan Citizen: A Blue Print For
Action, 1984 di Amerika Syarikat dan kajian-kajian (Edmond, 1097; Hussien Mahmood, 1983)
didapati bahawa kepimpinan pengetua atau guru besar merupakan penggerak utama bagi kejayaan
sesebuah sekolah. Di Malaysia banyak kajian contohnya Abdul Karim Mohd. Nor (1987), Chairil
Marzuki (1997); Rahimah Ahmad (1982) mengatakan bahawa kepimpinan pengetua memainkan
peranan yang penting untuk melahirkan sekolah yang berkesan.
Gaya kepimpinan pentadbir adalah penting dalam menentukan hala tuju yang dihasratkan.
Terdapat empat gaya kepimpinan seorang pentadbir yang berkesan telah dikenalpasti
mempengaruhi pencapaian prestasi sekolah yang baik, salah satunya ialah gaya kepimpinan
mengarah (Directive Leadership) iaitu merujuk kepada tingkahlaku pemimpin yang menjelaskan
Kursus
Tajuk
Sesi
: IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK)
: SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
: SEMESTER 1 / 2014
10 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356)
2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359)
3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360)
4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371)
5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381)
kehendak, memberikan araha, tepat dan mengarah orang bawahan mengikut peraturan dan
prosedur. Gaya kepimpinan berorientasikan pencapaian (Achievement Oriented Leadership) pula
merujuk kepada tingkah laku pemimpin yang menyediakan matlamat yang mencari kemajuan
pencapaian, mengutamakan kecemerlangan dan menunjukkan keyakinan bahawa orang bawahan
akan mencapai tahap yang tinggi dalam tugas. Gaya kepimpinan menyokong (Supportive
Leadership) ialah merujuk kepada tingkah laku pemimpin yang bertimbang rasa, menunjukkan
prihatin terhadap kesejahteraan orang bawahan dan mewujudkan iklim kemesraan dalam
kumpulan kerja. Gaya kepimpinan ke empat ialah gaya kepimpinan penyertaan (Participative
Leadership) di mana kepimpinan ini merujuk kepada tingkah laku pemimpin yang meminta
pandangan orang bawahan dan menggunakan pandangan mereka sebelum membuat sesuatu
keputusan.
Pentadbir yang bijak ialah pentadbir yang boleh mengurus sumber manusia dengan baik.
Cabaran terbesar kepada pengetua atau guru besar ialah memastikan organisasi sekolah berjalan
dengan efisien dan efektif. Menurut Al Ramaiah (1999), kepimpinan pengetua mempunyai kesan
yang signifikan terhadap inovasi pendidikan. Kejayaan dan kegagalan sekolah bergantung kepada
kebolehan pengetua memimpin stafnya.
Matlamat
Sekolah yang cemerlang sudah tentulah mempunyai matlamat ingin melahirkan insan yang
cemerlang. Dengan matlamat sahaja tidak cukup untuk menempah sesuatu kejayaan tanpa usaha
melalui Visi dan Misi. Visi dan Misi sekolah perlulah jelas dan boleh di capai dengan masa yang
singkat dan dalam jangka masa panjang. Menurut House dan Motchell (1974), pengetua perlu
menetapkan matlamat organisasi dan guru-guru perlu menunjukkan prestasi mereka yang terbaik
dalam usaha mencapai matlamat tersebut.
Dalam merealisasikan matlamatpendidikan negara, kepimpinan pengetua berperanan
sebagai tunggak utama kepada pembangunan pendidikan berkualiti iaitu merujuk kepada
pengurusan sekolah yang cemerlang dan kemantapan dalam kepimpinan pendidikan. Dalam erti
kata lain, kemantapan kepimpinan sekolah dilihat sebagai pemacu ke arah penghasilan pendidikan
yang berkualiti (Lokman et.al,2008).
Kursus
Tajuk
Sesi
: IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK)
: SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
: SEMESTER 1 / 2014
11 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356)
2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359)
3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360)
4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371)
5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381)
Budaya
Budaya sekolah merupakan komponen yang sangat penting untuk memajukan sekolah iaitu
dengan memastikan budaya sekolah positif dan memberi perhatian kepada ibu bapa, guru dan
pelajar. Dengan itu dapat menghasilkan persekitaran penyayang, mencapai matlamat sekolah dan
meningkatkan pencapaian pelajar, Sergiovanni, 2000).
Haris et.al (1997) menyatakan bahawa budaya sekolah adalah di persepsi sebagai
mempunyai fungsi interpretasi dan normative. Ia menyediakan petunjuk kepada ahli-ahli
begaimana acara-acara dan tindakan-tindakan di interpretasikan dan pada masa yang sama
menyelaraskan cara mana mereka dikehendaki bertingkah laku.
Sharifah (2000) memberi erti budaya sebagai cara hidup sekolah yang meliputi segala
amalan sekolah yang meliputi segala amalan sekolah di luar dan di dalam bilik darjah yang
mencerminkan nilai, kepercayaan dan norma yang dikongsi bersama oleh warganya, ada yang
telah di warisi turun-temurun, ada yang telah dibentuk oleh warga sekolah itu sendiri. Sebuah
sekolah yang mempunyai budaya yang kuat akan mempunyai iltizam yang tinggi, semangat
kekitaan yang tinggi, mempunyai nilai yang dikongsi bersama, berpegang teguh kepada nilai teras
dan dikongsi secara meluas, menunjukkan persetujuan yang tinggi di kalangan ahli terhadap
sesuatu perkara yang patuh pada nilai-nilai organisasi tanpa banyak persoalan.
Faktor iklim sekolah juga turut mewujudkan sekolah yang berprestasi tinggi. Keadaan atau
suasana untuk proses pengajaran dan pembelajaran dianggap sebagai mempunyai iklim sekolah
yang berkesan. Terdapat beberapa pengkaji yang telah mengetengahkan beberapa cirri iklim
sekolah berkesan hasil daripada kajian yang mereka lakukan. Howard (1974) mendifinisikan iklim
sekolah sebagai keadaan social dan budaya sekolah itu yang mempengaruhi tingkah laku orang di
dalamnya. Manakala Halpin dan Croft (1963) yang merupakan perintis dalam kajian iklim sekolah
mengatakan bahawa iklim sekolah menggambarkan personality seseorang individu sendiri dan
bagaimana guru tersebut berusaha untuk mencapai tahap organisasi iklim sekolah berkenaan.
Menurut mereka, iklim sekolah yang berkesan mempunyai empat ciri-ciri berikut, a) guru-guru
merasa selamat, berpuas hati dan berkeyakinan, b) guru-guru tidak rasa tertekan dan mengambil
perhatian tentang kemajuan murid-muridnya, c) pengetua merasa penuh yakin terhadap kerjanya,
serta bertimbang rasa dan d) pelajar merasa selamat dan belajar bersungguh-sungguh.
Kursus
Tajuk
Sesi
: IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK)
: SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
: SEMESTER 1 / 2014
12 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356)
2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359)
3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360)
4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371)
5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381)
4. SUMBER
Kemudahan internet yang lemah (Jurang Digital)
Sumber kemudahan internet merupakan sumber yang penting. Ketiadaan kemudahan internet
bukan sahaja menyebabkan pelajar kekurangan sumber rujukan malah boleh menyebabkan guru
mengalami tekanan psikologi dan tidak dapat menjalankan tanggungjawab mereka, Keadaan ini
semakin ketara khususnya di kalangan guru yang dikehendaki berkhidmat di kawasan luar bandar
di negeri Sabah dan Sarawak yang kurang kemudahan bekalan elektrik, air dan jalanraya yang
baik. Guru seperti manusia biasa dan keperluan psikologi mereka perlu diberi perhatian
sepenuhnya,
Ketiadaan kemudahan teknologi seperti computer dan LCD Projektor (Jurang Digital).
Ketiadaan kemudahan ini amat kritikal. Sedangkan banyak bahan ketika ini dikongsikan secara
maya. Ketiadaan kemudahan teknologi secara tidak langsung akan mempengaruhi pencapaian
pelajar. Pelajar-pelajar di luar Bandar kurang terdedah dengan teknologi dan informasi terkini.
Faktor terbentuknya jurang digital dalam pendidikan di Malaysia adalah berpunca dari beberapa
sebab. Antaranya:
i. Ekonomi
Ekonomi sesebuah keluarga diambilkira kerana terdapat isi rumah dengan pendapatan yang
rendah. Mereka tidak mampu untuk membeli dan mendapatkan khidmat ICT sedangkan
dengan teknologi kini, semua informasi boleh dimiliki dengan mudah. Semuanya berada di
hujung jari kita.
ii. Geografi
Terdapat beberapa daerah, kawasan atau tempat yang tidak mempunyai liputan internet dan
bekalan elektrik terutamanya kawasan pedalaman. Ini akan menjadi salah satu sebab yang
menyumbang kepada jurang digital pada masa kini.
iii. Kemahiran komputer
Kekurangan pengetahuan dalam bidang computer juga menyebabkan jurang digital tercipta.
Terdapat sesetengah pelajar masih tidak mengetahui cara untuk mengakses maklumat dari
laman sesawang. Ini kerana tidak ada atau kurang penerapan mengenai teknologi ini.Selain itu,
Kursus
Tajuk
Sesi
: IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK)
: SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
: SEMESTER 1 / 2014
13 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356)
2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359)
3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360)
4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371)
5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381)
Pihak sekolah menghadapi masalah dalam penyaluran teknologi kepada pelajar-pelajar kerana
ada ibubapa yang beranggapan bahawa teknologi hanya sesuai untuk pelajar- pelajar di sekolah
bandar yang rata-rata ibubapa berpendapatan tinggi dan terdiri daripada golongan atasan. Ini
membantu usaha pihak sekolah dalam melibatkan sama ibubapa kearah pendidikan cemerlang
anak-anak.
iv. Kemahiran bahasa dan literasi
Kemahiran dari segi bahasa dan literasi perlu ada pada setiap pelajar. Ini penting dalam era
teknologi global bagi mengakses maklumat dengan betul. Terdapat pelajar yang tidak dapat
membaca dan memahami bahasa Internet dengan baik. Harus diingatkan, setiap perkara
hendaklah difahami.
Usaha Kerajaan dalam Usaha Merapatkan Jurang Digital
Cabaran KPM adalah untuk memastikan agar infrastruktur, perkakasan, perisian dan latihan yang
mencukupi diberi kepada sekolah-sekolah di kawasan luar bandar yang kurang terdedah dengan
ICT berbanding kawasan bandar. Dalam program pembestarian sekolah, semua sekolah luar
Bandar akan dilengkapkan dengan makmal komputer, bilik computer dan perkakasan yang
mencukupi. Sekolah-sekolah juga akan dirangkaikan dengan akses jalur lebar School Net dan bagi
sebahagian sekolah di luar Bandar danpedalaman, pusat akses akan dibina. Pada waktu yang
sama, KPM akan menambah baik kaedah penyampaian program TV Pendidikan dan merintis
penggunaan video teleconferencing sebagai kaedah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan
bahan-bahan p&p kepada pelajar dan guru di kawasan pedalaman.
Sumber kewangan yang terhad
Bajet yang tidak sampai keperingkat akar umbi. Bajet hanyaditerima pada pertengahan tahun
persekolahan. Impaknya member kesan rantaian kepada keperluans ekolah. Malahan bekalan buku,
rujukan dan kemudahan pengajaran hanya diterima pada pertengahan tahun. Maka impaknya
kepada keberhasilan pengajaran dan pembelajaran. Terdapat juga bajet tidak sepenuhnya diterima.
Hanya sekitar 70 ke 60% sahaja. Bagaimana iniboleh berlaku? Ini kerana sikap tidak
bertanggungjawab kontraktor. Contohnya walaupun bajet untuk pendidikan meningkat saban
tahun, namun jumlah yang diterima tidak seperti jumlah yang sepatutnya. Bekalan makanan
rancangan tambahan, kemudahan buku-buku, bajet penaiktarafan rumah dan kelengkapan ICT di
sekolahhanya separuh diterima. Maka apa yang dapat dilakukan apabila bajet tidak mencukupi?
Kursus
Tajuk
Sesi
: IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK)
: SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
: SEMESTER 1 / 2014
14 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356)
2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359)
3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360)
4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371)
5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381)
Ketaksamaan agihan sumber berlaku di mana kawasan Bandar mendapat peruntukan
pembangunan yang lebih besar berbanding dengan penduduk luar bandar yang tinggal jauh di
pedalaman. Masyarakat luar Bandar sering berhadapan dengan masalah ketiadaan sumber bantuan
dan kebajikan dari pihak yang terlibat. Pada hakikatnya, golongan ini menerima bantuan daripada
pihak tertentu. Namun, ada juga kes yang melibatkan saluran bantuan tidak dapat diterima oleh
golongan ini disebabkan oleh factor seperti keciciran, sumber bantuan yang tidak bersesuaian,
serta kurang mendapat pembelaan daripada pihak-pihak tertentu.
Usaha Kerajaan dalam Usaha Membasmi Kemiskinan
Bagi memastikan kemiskinan dan ketaksamaan dapat dikurangkan sepenuhnya, kerajaan telah
mempelbagaikan program yang berteraskan kepada pembangunan luar bandar. Dalam aspek
pendidikan misalnya, Malaysia telah menyediakan sejumlah peruntukan yang besar untuk
membangunkan tahap pendidikan pelajar di kawasan luar Bandar khususnya di negeri-negeri
tertentu.
Di Kelantan misalnya, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan menerima peruntukan kira-kira
RM54.6 juta daripada Kerajaan Pusat sepanjang tahun 2007 untuk diagihkan kepada lebih 170,000
murid dan pelajar miskin di seluruh negeri. Daripada jumlah itu, sebanyak RM16.8 juta diagihkan
bagi membantu 134,000 pelajar sekolah menengah yang dikategorikan miskin menerusi Kumpulan
Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) sejak Januari lalu sehingga kini. Selain itu peruntukan
berkenaan turut diagihkan bagi membantu 71,785 murid miskin Tahun 4, 5 dan 6 bagi mengikuti
kelas tambahan menerusi skim baucer tuisyen. JPN turut menyenaraikan seramai 38,000 lagi
murid miskin dari seluruh negeri yang diberi dua lagi skim bantuan iaitu Rancangan Makanan
Tambahan Sekolah Rendah (RMTSR) bernilai RM7 juta serta Program Susu Sekolah bernilai
RM3.8 juta (Utusan Malaysia, 11 Jun 2007). Diharap peruntukan yang disalurkan ini akan dapat
mempertingkatkan lagi tahap prestasi pelajar di luar bandar.
Kursus
Tajuk
Sesi
: IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK)
: SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
: SEMESTER 1 / 2014
15 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356)
2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359)
3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360)
4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371)
5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381)
Rumusan
Menerusi perbincangan di atas, apa yang dapat dirumuskan dalam usaha untuk cuba merapatkan
jurang pencapaian ini mengikut topik yang dikupas ialah para guru yang mempunyai permasalahan
yang diulas dalam isu guru haruslah disedarkan dan berusaha memperbaiki kelemahan yang ada
serta sentiasa berusaha meningkatkan keyakinan dan komitmen diri dalam melaksanakan
tanggungjawab yang diberikan menerusi pelbagai cara dan kaedah. Dalam usaha menarik minat
murid untuk hadir ke sekolah dan belajar matematik dengan baik, ibubapa perlu ada kesedaran
yang tinggi dalam mengendalikan keperluan anak-anak demi pencapaian yang baik dan cemerlang
selain daripada peranan guru, sekolah dan sumber lain. Sekolah yang baik dan Berjaya
menghasilkan pencapaian yang cemerlang perlu mempunyai prasarana yang mencukupi serta
diterajui oleh pentadbir yang berpengalaman dan bijak mengendalikan sekolah dengan
mewujudkan persekitaran yang ceria dan selesa serta mendapat kerjasama yang padu daripada
guru dan staf serta komuniti yang terlibat. Sumber yang ada digunakan dengan maksimum
manakala sumber yang kurang cuba di dapatkan dengan secepat mungkin demi menjaga kestabilan
serta peningkatan pencapaian prestasi murid atau sesebuah institusi pendidikan.
Kesimpulannya di sini ialah, dengan menggubal amalan dan melaksanakan kurikulum
menggunakan teknik baru, pengurusan bilik darjah dan penempatan guru-guru terbaik di sekolah
sekolah terutama di luar bandar dan kawasan pedalaman akan dapat mengurangkan jurang
pencapaian. Selain daripada sumber yang berbeza, sikap guru, ibu bapa, pihak pentadbir dan
pelajar itu sendiri banyak mempengaruhi perbezaan jurang tersebut. Oleh yang demikian,
Kerjasama antara semua pihak akan dapat membantu mengurangkan perbezaan jurang tersebut.
Dalam dunia tanpa sempadan kini, pelajar luar bandar juga mampu mendapat kualiti pendidikan
setaraf dengan pelajar bandar. Apa yang perlu dilakukan demi merapatkan jurang tersebut adalah
berusaha mencari ilmu, meningkatkan tahap kecekapan semua pihak yang terlibat, merapatkan
hubungan dalam komuniti serta memaksimumkan penggunaan segala kemudahan yang ada. Usaha
Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menangani isu ini tidak dapat dinafikan dan dapat dilihat
dengan pelbagai cara dan teknik yang cuba ditambahbaik dan diserapkan menerusi pelbagai kajian
dan pemberian kursus dalaman, penambahbaikan teknologi terkini dan kaedah terbaik yang
diperolehi melalui negara-negara lain yang maju dalam bidang pendidikan.
Kursus
Tajuk
Sesi
: IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK)
: SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
: SEMESTER 1 / 2014
16 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356)
2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359)
3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360)
4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371)
5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381)
Rujukan
A.S.Hornby; Translator: Asmah Haji Omar (2007), Oxford Compact Advanced
Learner’s English-Malay Dictionary, Shah Alam, Selangor.
Azis, N. P., &Noraini, I. (2008). Perjuangan memperkasakan pendidikan di Malaysia:
Pengalaman 50 Tahun Merdeka. Cheras, Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors.
Fullan, M. (2011). Makna Baharu Perlu Bahan Pendidikan. Kuala Lumpur: InstitutTerjemahan
Negara Malaysia.
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
Najeemah, M. Y. (2006). Konsep Pendidikan. Bentong, Pahang DarulMakmur: PTS
Professional.
Sabri, A., Zawawi, T. Z., & Aziz, O. (2006). Isu-Isu Dalam Pendidikan Matematik. Selangor:
Utusan Publications & Distributors.
Sufean, H. (2005). Pentadbiran Dalam Pembangunan Pendidikan. Pahang: PTS Professional
Publishing
Abdullah, S. Y., Abdul, R. M., &Abd, G. A. (2007). Guru Sebagai Pemimpin. Kuala Lumpur:
PTS Professional.
Yahya, D., Aziah, I., &Yaakob, D. (2007). Kepimpinan & Pembangunan Pelajar Sekolah Di
Malaysia. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing.
West-Burnham, J., &Tengku, A. A. T. Z. (2009). Menguruskualiti di Sekolah =: Managing
Quality In Schools. Kuala Lumpur: InstitutTerjemahan Negara Malaysia
Shahril, M. (2008). Dasar Kewangan Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing
Sdn. Bhd.

More Related Content

What's hot

Sme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____editedSme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____editedAmie Joan Juanis
 
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...Anas Redzuan Shariff
 
Masalah guru pendidikan_khas_program_integrasi_dalam_pengajaran_dan_pembelaja...
Masalah guru pendidikan_khas_program_integrasi_dalam_pengajaran_dan_pembelaja...Masalah guru pendidikan_khas_program_integrasi_dalam_pengajaran_dan_pembelaja...
Masalah guru pendidikan_khas_program_integrasi_dalam_pengajaran_dan_pembelaja...Kementerian Pelajaran Malaysia
 
ICT DALAM PENDIDIKAN
ICT DALAM PENDIDIKAN ICT DALAM PENDIDIKAN
ICT DALAM PENDIDIKAN Maryam Fadil
 
284305064 contoh-jurnal-pendidikan
284305064 contoh-jurnal-pendidikan284305064 contoh-jurnal-pendidikan
284305064 contoh-jurnal-pendidikanAlinLin10
 
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukiePenggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukieMohd Dasuki
 
Ulasan bacaan artikel
Ulasan  bacaan artikelUlasan  bacaan artikel
Ulasan bacaan artikelSiew Sin Wong
 
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&pPenggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&pHome
 
Akses dan ekuiti
Akses dan ekuitiAkses dan ekuiti
Akses dan ekuitiNad0209
 
123 jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3
123   jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3123   jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3
123 jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3Ena Ros
 
Isu dan cabaran sbp
Isu dan cabaran sbpIsu dan cabaran sbp
Isu dan cabaran sbpZack Azizdin
 
Ict in pnp
Ict in pnpIct in pnp
Ict in pnpwmzuri
 
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
 keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputermihahsayang
 
11. Budaya Sekolah
11. Budaya Sekolah11. Budaya Sekolah
11. Budaya Sekolahkrys73
 
Teknologi dalam PdP Matematik
Teknologi dalam PdP MatematikTeknologi dalam PdP Matematik
Teknologi dalam PdP MatematikErmahijra Kalam
 
Cover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuhCover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuhvincentraj74
 

What's hot (19)

Sme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____editedSme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____edited
 
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
 
Masalah guru pendidikan_khas_program_integrasi_dalam_pengajaran_dan_pembelaja...
Masalah guru pendidikan_khas_program_integrasi_dalam_pengajaran_dan_pembelaja...Masalah guru pendidikan_khas_program_integrasi_dalam_pengajaran_dan_pembelaja...
Masalah guru pendidikan_khas_program_integrasi_dalam_pengajaran_dan_pembelaja...
 
ICT DALAM PENDIDIKAN
ICT DALAM PENDIDIKAN ICT DALAM PENDIDIKAN
ICT DALAM PENDIDIKAN
 
284305064 contoh-jurnal-pendidikan
284305064 contoh-jurnal-pendidikan284305064 contoh-jurnal-pendidikan
284305064 contoh-jurnal-pendidikan
 
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukiePenggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
 
Ulasan bacaan artikel
Ulasan  bacaan artikelUlasan  bacaan artikel
Ulasan bacaan artikel
 
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&pPenggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
 
Teaching approach 3
Teaching approach 3Teaching approach 3
Teaching approach 3
 
Akses dan ekuiti
Akses dan ekuitiAkses dan ekuiti
Akses dan ekuiti
 
123 jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3
123   jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3123   jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3
123 jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3
 
Teknologi
TeknologiTeknologi
Teknologi
 
Jurnal ict 1
Jurnal ict 1Jurnal ict 1
Jurnal ict 1
 
Isu dan cabaran sbp
Isu dan cabaran sbpIsu dan cabaran sbp
Isu dan cabaran sbp
 
Ict in pnp
Ict in pnpIct in pnp
Ict in pnp
 
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
 keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
 
11. Budaya Sekolah
11. Budaya Sekolah11. Budaya Sekolah
11. Budaya Sekolah
 
Teknologi dalam PdP Matematik
Teknologi dalam PdP MatematikTeknologi dalam PdP Matematik
Teknologi dalam PdP Matematik
 
Cover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuhCover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuh
 

Viewers also liked

Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolah
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolahSme6044 kumpulan 3 budaya sekolah
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolahDgMasniah
 
Sme6044 kumpulan 3 jurang pencapaian
Sme6044 kumpulan 3 jurang pencapaianSme6044 kumpulan 3 jurang pencapaian
Sme6044 kumpulan 3 jurang pencapaiandghalimah
 
(Group 1) jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah dari segi lokaliti
(Group 1) jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah dari segi lokaliti(Group 1) jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah dari segi lokaliti
(Group 1) jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah dari segi lokalitiDIHYAUDDIN SAAD
 
Sme 6044 part 3
Sme 6044 part 3Sme 6044 part 3
Sme 6044 part 3shimiz85
 
Sme 6044
Sme 6044Sme 6044
Sme 6044sppro
 
SME 6044 - Bahasa Pengantar
SME 6044 - Bahasa PengantarSME 6044 - Bahasa Pengantar
SME 6044 - Bahasa Pengantardewiatiqah
 
Akses ekuiti dalam Pendidikan Matematik
Akses ekuiti dalam Pendidikan MatematikAkses ekuiti dalam Pendidikan Matematik
Akses ekuiti dalam Pendidikan Matematikyatt87
 
Sme 6044 part 2
Sme 6044 part 2Sme 6044 part 2
Sme 6044 part 2shimiz85
 
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajukPenggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajukLing Leh
 
Penilaian (group 8)
Penilaian (group 8)   Penilaian (group 8)
Penilaian (group 8) daripenacikgu
 
Pensijilan Guru
Pensijilan Guru Pensijilan Guru
Pensijilan Guru huda hamdan
 
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di MalaysiaIsu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di MalaysiaSYAZWANI IBRAHIM
 
Isu isu kontemporari dalam pendidikan matematik
Isu isu kontemporari dalam pendidikan matematikIsu isu kontemporari dalam pendidikan matematik
Isu isu kontemporari dalam pendidikan matematikMohd Norrazli Md Rasdi
 
Akses ekuiti
Akses ekuiti Akses ekuiti
Akses ekuiti yatt87
 

Viewers also liked (20)

Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolah
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolahSme6044 kumpulan 3 budaya sekolah
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolah
 
Sme6044 kumpulan 3 jurang pencapaian
Sme6044 kumpulan 3 jurang pencapaianSme6044 kumpulan 3 jurang pencapaian
Sme6044 kumpulan 3 jurang pencapaian
 
(Group 1) jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah dari segi lokaliti
(Group 1) jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah dari segi lokaliti(Group 1) jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah dari segi lokaliti
(Group 1) jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah dari segi lokaliti
 
Sme 6044 part 3
Sme 6044 part 3Sme 6044 part 3
Sme 6044 part 3
 
Sme 6044
Sme 6044Sme 6044
Sme 6044
 
Teaching approaches
Teaching approachesTeaching approaches
Teaching approaches
 
SME 6044 - Bahasa Pengantar
SME 6044 - Bahasa PengantarSME 6044 - Bahasa Pengantar
SME 6044 - Bahasa Pengantar
 
Akses ekuiti dalam Pendidikan Matematik
Akses ekuiti dalam Pendidikan MatematikAkses ekuiti dalam Pendidikan Matematik
Akses ekuiti dalam Pendidikan Matematik
 
Sme 6044 part 2
Sme 6044 part 2Sme 6044 part 2
Sme 6044 part 2
 
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajukPenggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
 
Penilaian (group 8)
Penilaian (group 8)   Penilaian (group 8)
Penilaian (group 8)
 
Nkra pendidikan
Nkra pendidikanNkra pendidikan
Nkra pendidikan
 
Pensijilan Guru
Pensijilan Guru Pensijilan Guru
Pensijilan Guru
 
SME 6044 ISU-ISU KURIKULUM
SME 6044   ISU-ISU KURIKULUMSME 6044   ISU-ISU KURIKULUM
SME 6044 ISU-ISU KURIKULUM
 
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di MalaysiaIsu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
 
Akses dan ekuiti
Akses dan ekuitiAkses dan ekuiti
Akses dan ekuiti
 
TIMSS
TIMSSTIMSS
TIMSS
 
PAV
PAVPAV
PAV
 
Isu isu kontemporari dalam pendidikan matematik
Isu isu kontemporari dalam pendidikan matematikIsu isu kontemporari dalam pendidikan matematik
Isu isu kontemporari dalam pendidikan matematik
 
Akses ekuiti
Akses ekuiti Akses ekuiti
Akses ekuiti
 

Similar to Sme6044 kumpulan 3 jurang pencapaian

Kumpulan 10 isu-kualiti-guru
Kumpulan 10   isu-kualiti-guruKumpulan 10   isu-kualiti-guru
Kumpulan 10 isu-kualiti-guruIrma Gurlz
 
Isu Kualiti Guru
Isu Kualiti GuruIsu Kualiti Guru
Isu Kualiti GuruRain_Ain
 
Pelan strategik hem 2011 2015
Pelan strategik hem  2011 2015Pelan strategik hem  2011 2015
Pelan strategik hem 2011 2015jiaa1101
 
PELAN STRATEGIK & TAKTIKAL HEM 2023-2026.doc
PELAN STRATEGIK & TAKTIKAL HEM 2023-2026.docPELAN STRATEGIK & TAKTIKAL HEM 2023-2026.doc
PELAN STRATEGIK & TAKTIKAL HEM 2023-2026.docMUHAMMADAFIQAFHAMBIN
 
Blog Ict 1
Blog Ict 1Blog Ict 1
Blog Ict 1amoi286
 
Minit_Mesyuarat_Panitia_Bidang_Kemanusiaan_Kali_Ke_2_Tahun_2021.docx
Minit_Mesyuarat_Panitia_Bidang_Kemanusiaan_Kali_Ke_2_Tahun_2021.docxMinit_Mesyuarat_Panitia_Bidang_Kemanusiaan_Kali_Ke_2_Tahun_2021.docx
Minit_Mesyuarat_Panitia_Bidang_Kemanusiaan_Kali_Ke_2_Tahun_2021.docxSueAli4
 
Perbezaan pencapaian pelajar dalam matematik
Perbezaan pencapaian pelajar dalam matematikPerbezaan pencapaian pelajar dalam matematik
Perbezaan pencapaian pelajar dalam matematikAtiqah Aizan
 
Fizik pelan strategik fizik spm 2018 sbpit
Fizik   pelan strategik fizik spm 2018 sbpitFizik   pelan strategik fizik spm 2018 sbpit
Fizik pelan strategik fizik spm 2018 sbpithazwani odeyh
 
Pelan strategik hem 2018-2020
Pelan strategik hem 2018-2020Pelan strategik hem 2018-2020
Pelan strategik hem 2018-2020Ali Adon
 
K3 isu pendekatan pengajaran math
K3 isu pendekatan pengajaran mathK3 isu pendekatan pengajaran math
K3 isu pendekatan pengajaran mathjihyo
 
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilaksanakan dalam Bilik Darjah
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilaksanakan dalam Bilik DarjahPendekatan Pengajaran Matematik yang Dilaksanakan dalam Bilik Darjah
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilaksanakan dalam Bilik DarjahChan Chew Yen
 
Isu pendekatan pengajaran math
Isu pendekatan pengajaran mathIsu pendekatan pengajaran math
Isu pendekatan pengajaran mathNor Aminah
 
Isu Pendekatan Pengajaran Matematik
Isu Pendekatan Pengajaran MatematikIsu Pendekatan Pengajaran Matematik
Isu Pendekatan Pengajaran MatematikNurAlias91
 
Isu pendekatan pengajaran math
Isu pendekatan pengajaran mathIsu pendekatan pengajaran math
Isu pendekatan pengajaran mathAmeer Chann
 

Similar to Sme6044 kumpulan 3 jurang pencapaian (20)

Kualiti guru
Kualiti guruKualiti guru
Kualiti guru
 
Kumpulan 10 isu-kualiti-guru
Kumpulan 10   isu-kualiti-guruKumpulan 10   isu-kualiti-guru
Kumpulan 10 isu-kualiti-guru
 
Isu Kualiti Guru
Isu Kualiti GuruIsu Kualiti Guru
Isu Kualiti Guru
 
Isu kualiti-guru
Isu kualiti-guruIsu kualiti-guru
Isu kualiti-guru
 
Pelan strategik hem 2011 2015
Pelan strategik hem  2011 2015Pelan strategik hem  2011 2015
Pelan strategik hem 2011 2015
 
PELAN STRATEGIK & TAKTIKAL HEM 2023-2026.doc
PELAN STRATEGIK & TAKTIKAL HEM 2023-2026.docPELAN STRATEGIK & TAKTIKAL HEM 2023-2026.doc
PELAN STRATEGIK & TAKTIKAL HEM 2023-2026.doc
 
Blog Ict 1
Blog Ict 1Blog Ict 1
Blog Ict 1
 
Minit_Mesyuarat_Panitia_Bidang_Kemanusiaan_Kali_Ke_2_Tahun_2021.docx
Minit_Mesyuarat_Panitia_Bidang_Kemanusiaan_Kali_Ke_2_Tahun_2021.docxMinit_Mesyuarat_Panitia_Bidang_Kemanusiaan_Kali_Ke_2_Tahun_2021.docx
Minit_Mesyuarat_Panitia_Bidang_Kemanusiaan_Kali_Ke_2_Tahun_2021.docx
 
2011 04-26 format analisis swot
2011 04-26 format analisis swot2011 04-26 format analisis swot
2011 04-26 format analisis swot
 
Perbezaan pencapaian pelajar dalam matematik
Perbezaan pencapaian pelajar dalam matematikPerbezaan pencapaian pelajar dalam matematik
Perbezaan pencapaian pelajar dalam matematik
 
Pelan strategik hem_2016-2020
Pelan strategik hem_2016-2020Pelan strategik hem_2016-2020
Pelan strategik hem_2016-2020
 
Fizik pelan strategik fizik spm 2018 sbpit
Fizik   pelan strategik fizik spm 2018 sbpitFizik   pelan strategik fizik spm 2018 sbpit
Fizik pelan strategik fizik spm 2018 sbpit
 
Pelan strategik hem_2016-2020
Pelan strategik hem_2016-2020Pelan strategik hem_2016-2020
Pelan strategik hem_2016-2020
 
Pelan strategik hem 2018-2020
Pelan strategik hem 2018-2020Pelan strategik hem 2018-2020
Pelan strategik hem 2018-2020
 
K3 isu pendekatan pengajaran math
K3 isu pendekatan pengajaran mathK3 isu pendekatan pengajaran math
K3 isu pendekatan pengajaran math
 
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilaksanakan dalam Bilik Darjah
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilaksanakan dalam Bilik DarjahPendekatan Pengajaran Matematik yang Dilaksanakan dalam Bilik Darjah
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilaksanakan dalam Bilik Darjah
 
Isu pendekatan pengajaran math
Isu pendekatan pengajaran mathIsu pendekatan pengajaran math
Isu pendekatan pengajaran math
 
Isu pendekatan pengajaran math
Isu pendekatan pengajaran mathIsu pendekatan pengajaran math
Isu pendekatan pengajaran math
 
Isu Pendekatan Pengajaran Matematik
Isu Pendekatan Pengajaran MatematikIsu Pendekatan Pengajaran Matematik
Isu Pendekatan Pengajaran Matematik
 
Isu pendekatan pengajaran math
Isu pendekatan pengajaran mathIsu pendekatan pengajaran math
Isu pendekatan pengajaran math
 

Recently uploaded

Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 

Recently uploaded (14)

Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 

Sme6044 kumpulan 3 jurang pencapaian

  • 1. PROGRAM EKSEKUTIF CUTI SEKOLAH IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK) SESI 2013/2014 SEMESTER 1 / 2014 KURSUS: SME6044 ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK TUGASAN 2 Isu 2. Jurang/Perbezaan Pencapaian DISEDIAKAN OLEH Bil. Nama Ahli No.Matrik 1 LIM CHUAN YANG M20131000356 2 FATMAH BINTI AHMAD M20131000359 3 DG MASNIAH BINTI AG PIUT M20131000360 4 AMIE JOAN JUANIS M20131000371 5 DG HALIMAH BINTI AG JALI M20131000381 KUMPULAN : 3 PENSYARAH : PROF.DR.MARZITA PUTEH
  • 2. Kursus Tajuk Sesi : IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK) : SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK : SEMESTER 1 / 2014 2 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356) 2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359) 3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360) 4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371) 5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381) Pendahuluan Menurut kamus Oxford Compact Advanced, Disparity yang bermaksud perbezaan tau ketidaksamaan yang mana jika kita lihat menerusi Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula perkataan ‘perbezaan’ atau jurang didefinisikan sebagai perbezaan yang memisahkan sesuatu dengan sesuatu yang lain. Manakala Achievement pula membawa maksud pencapaian atau perbuatan mencapai dan pencapaian ini didefinisikan sebagai apa yang telah dicapai (dihasilkan atau diperoleh), prestasi. Oleh yang demikian, jurang pencapaian bermaksud perbezaan yang memisahkan pencapaian sesuatu dengan sesuatu yang lain. Apa yang ingin kita perkatakan di sini dalam pendidikan matematik pula kita boleh katakan bahawa jurang pencapaian prestasi yang berbeza dikalangan murid atau sesebuah sekolah atau organisasi menimbulkan isu yang ketara serta perlu ditangani dengan bijak. Menurut Prof. Dr. Robiah Sidin- Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA),UKM Masyarakat sering membincangkan isu perbezaan pencapaian prestasi akademik antara pelajar Bandar dan luar Bandar perbandingan sosioekonomi dengan pencapaian serta perbandingan pencapaian antara pelajar Melayu dengan bangsa lain. Isu punca-punca kelemahan sentiasa dikupas dan dibincangkan dalam seminar, kongres, wacana ilmu dan rencana. Namun hingga kini masalah tersebut masih berterusan. Ini kerana perbincangan hanya berfokus kepada apakah corak dan jenis masalah dan faktor yang menjadi punca, tetapi tidak menekankan cara untuk mengatasi dan tidak menegaskan pihak yang bertanggungjawab. Isu ini hanya dibincangkan pada permukaannya sahaja tanpa sebarang penyelesaian dan sering diulang bicara tanpa ada kesudahan. Menerusi beberapa kajian dan perbincangan, kumpulan ini memilih empat topik utama untuk dibincangkan bersama iaitu menerusi perspektif: 1. Guru 2. Murid 3. Sekolah 4. Sumber
  • 3. Kursus Tajuk Sesi : IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK) : SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK : SEMESTER 1 / 2014 3 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356) 2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359) 3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360) 4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371) 5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381) 1. GURU 1.1 Etika 1.1.1 Tidak menyukai pelajar Sekiranya guru menyukai pelajar dan dapat mewujudkan satu perhubungan yang mesra, guru tersebut dapat mengendalikan tingkah laku pelajar mereka. Guru perlulah menyediakan waktu untuk berbual-bual dengan pelajar bagi mengetahui permasalahan pelajar dan mendapatkan maklumat mengenai kebolehan serta minat pelajar tersebut. 1.1.2. Melabel pelajar Setiap pelajar adalah berbeza antara satu sama lain bukan sahaja dari segi jantina dan fizikal malah dari segi latar belakang serta emosi mereka. Perbezaan ini tidak harus menjadi modal kepada guru untuk melabel atau memberi gelaran kepada pelajar mereka. Gelaran untuk menyindir atau mempermainkan pelajar sewajarnya dielakkan kerana ia boleh menjatuhkan semangat pelajar tersebut. 1.1.3. Menyindir dan memperkecilkan pelajar Sebagai seorang guru, kita haruslah bertindak sebagai pemangkin semangat kepada murid. Guru yang selalu menyindir dan memalukan pelajar akan dibenci oleh pelajar terbabit. Tindakan guru tersebut telah menjatuhkan maruah pelajar dan tidak seharusnya dilakukan oleh insan yang digelar guru. 1.1.4. Menghukum pelajar secara keterlaluan Guru haruslah membuat pertimbangan sebelum mendenda seseorang pelajarnya. Hukuman dan denda atas kesalahan disiplin pelajar telah ditetapkan dan guru haruslah mematuhi setiap perkara yang telah digariskan dalam peraturan disiplin. Sekiranya hukuman yang diberi keterlaluan, pelajar mungkin mengalami trauma dan takut untuk ke sekolah. 1.1.5. Terlalu garang Guru perlu ada sikap penyayang supaya disenangi oleh pelajar. Guru yang terlalu garang akan menakutkan pelajarnya. Mereka berasa gementar untuk bertanyakan soalan kerana bimbang dimarahi. Pelajar juga akan berasa takut untuk ke kelas dan menjejaskan tumpuan mereka di dalam kelas.
  • 4. Kursus Tajuk Sesi : IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK) : SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK : SEMESTER 1 / 2014 4 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356) 2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359) 3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360) 4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371) 5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381) 1.1.6. Pilih kasih Sikap guru yang mengamalkan pilih kasih adalah tidak wajar. Perhatian dan layanan yang sama rata dapat memberi rasa senang kepada diri pelajar. Pilih kasih ini mungkin berlaku disebabkan rupa paras pelajar tersebut, kekerapan berjumpa dengan guru tersebut ataupun pelajar yang menonjol di dalam kelas. Pelajar tidak akan menghormati guru yang mengamalkan sikap pilih kasih. 1.2 Kualiti Guru 1.2.1. Guru bukan opsyen Guru bukan opsyen bermaksud guru yang tidak mempunyai kelayakan sijil atau major dalam mata pelajaran yang diajar. Guru ini dikehendaki mengajar subjek bukan bidang setelah mendapat penempatan. Hal ini akan memberikan kesan terhadap pelajar kerana guru tidak dapat mengajar dengan sebaiknya serta menyampaikan ilmu pengetahuan dengan sepenuhnya dan berkesan. Guru tersebut boleh mengisi kekosongan dan keperluan mata pelajaran itu, tetapi mungkin gagal menyampaikan sesuatu ilmu itu dengan berkesan. 1.2.2. Penyelewengan masa di kalangan guru Masalah penyelewengan waktu dalam kalangan guru sering dapat dilihat melalui kelewatan guru masuk ke kelas. Guru haruslah menunjukkan sikap menepati masa kepada muridnya bukan sebagai seorang yang tidak menepati masa kerana perkembangan pelajar adalah melalui pemerhatian keadaan sekeliling yang dijadikan ikutan oleh pelajar itu dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. 1.2.3 Kurang Guru berpengalaman Guru yang lebih berpengalaman memilih untuk bekerja di kawasan bandar daripada di kawasan luar bandar. Kebanyakan guru yang baru pula diberi penempatan di luar bandar 1.3. Komunikasi guru
  • 5. Kursus Tajuk Sesi : IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK) : SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK : SEMESTER 1 / 2014 5 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356) 2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359) 3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360) 4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371) 5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381) 1.3.1 Keceriaan, Interaksi dan Penglibatan Murid: Kemahiran berkomunikasi dan interaksi kependidikan pelbagai hala guru-murid, murid- murid, dan murid-guru menjadi teras keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. 1.3.2 Kejelasan penyampaian dan penghuraian isi pelajaran: Penyampaian guru yang jelas dan mudah difahami oleh murid akan menjadikan mereka lebih beminat dan mengikuti pembelajaran sehingga tamat. 1.4. Tahap keyakinan • Menurut Price dan Raiker (1999), tahap keyakinan guru mempengaruhi tahap keyakinan pelajar dan seterusnya ia akan mempengaruhi tahap pencapaian pelajar. • Seseorang guru semestinya mempunyai kecekapan yang mendalam dalam bidang atau subjek yang diajar. Guru perlu mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang komprehensif terhadap bidangnya. • Salah satu faktor yang menyebabkan guru tidak yakin semasa mengajar adalah kerana kurangnya pengetahuan tentang subjek yang diajar. Guru tidak boleh mengajar mata pelajaran yang mereka sendiri tidak kuasai (Haberman, 1995). Oleh itu, memahami serta menguasai kandungan mata pelajaran yang hendak diajar adalah perkara yang amat penting kepada seorang guru supaya tidak meyampaikan ilmu yang salah. 1.5. Kaedah pengajaran Penggunaan kaedah pengajaran lama, tidak menarik dan sukar difahami oleh pelajar menjadi punca kegagalan pelajardalam mata pelajaran tersebut. Sabri (2006) 1.5.1 Kepelbagaian Kaedah Mengajar: Pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid. 1.5.2 Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi : Wright (1999) melaporkan pencapaian pelajar yang lebih tinggi, sikap, dan interaksi guru-pelajar sebagai hasil pembelajaran interaktif yang didapati melalui teknologi.
  • 6. Kursus Tajuk Sesi : IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK) : SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK : SEMESTER 1 / 2014 6 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356) 2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359) 3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360) 4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371) 5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381) 2. MURID Faktor yang mempengaruhi murid dalam perbandingan /perbezaan pencapaian di Bandar dan di luar Bandar . Antaranya ialah: Ibubapa. Faktor ibubapa adalah salah satu faktor yang sangat mempengaruhi murid dalam pencapaian sesuatu .Menurut kajian kes mengenai keciciran di sekolah menengah (BPPDP,1996)menggariskan beberapa sikap negatif ibubapa / keluarga terhadap pendidikan antaranya ialah: 1. Tidak mengambil berat terhadap pendidikan anak 2. Kurang kesedaran tentang kepentingan pelajaran 3. Lebih suka anak bekerja daripada bersekolah 4. Membiarkan anak ponteng sekolah.Kurang pemantauan terhadap tingkahlaku anak. 5. Membiarkan/tidak mengambil tindakan terhadap tingkahlaku anak yang nakal, Terdapat juga beberapa sikap positif ibubapa dalam mempengaruhi pencapaian anak .Antaranya ialah: 1. Terdapat ibubapa yang mementingkan pelajaran anak mereka. 2. Keluarga yang harmoni dan situasi dan keadaan tempat tinggal memberi kesan dalam melahirkan sikap ingin belajar dalam keadaan yang tenang dan aman. 3. Minat ibubapa dalam kebajikan dan keperluan anak dalam pelajaran disamping aspirasi atau impian ibubapa yang mahu melihat anak mereka Berjaya dalam pelajaran. 4. Ibubapa yang bersikap positif tidak akan berpersepsi bahawa mendidik anak dalam pelajaran adalah dibawah tanggungjawab guru sepenuhnya. 5. Segelintir ibubapa yang mempunyai anak berperluan khas tidak mahu/tidak mampu menghantar kesekolah yang sepatutnya.Ini kerana perasaan harga diri ibubapa yang tidak mahu menerima kekurangan anak itu sendiri.Selain itu, kekangan yang berlaku ialah lokasi sekolah pendidikan khas sangat jauh dari tempat tinggal.
  • 7. Kursus Tajuk Sesi : IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK) : SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK : SEMESTER 1 / 2014 7 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356) 2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359) 3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360) 4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371) 5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381) Sikap Murid Faktor sikap murid dapat diklasifikasikan secara menyeluruh dalam personality murid dan sikap murid.Faktor personality memainkan peranan penting dalam pencapaian akademik seseorang pelajar.(Eysenck,1979).Terdapat tiga jenis personality murid yang dikenalpasti iaitu ekstrovert,introvert dan ambivert. 1. Ekstrovert ialah murid yang suka bergaul,cepat mengeluarkan pendapat, mudah mesra,kreatif dan lain-lain. 2. Introvert ialah sikap pasif, gemar bersendirian, pemalu,sensitive, cermat, reflektif atau sentiasa berfikir dahulu sebelum membuat keputusan,boleh dipercayai,tenang, tingkah laku yang terkawal dan kurang menanggung risiko. 3. Ambivert ialah sikap murid yang mempunyai trait personality yang sukar digolongkan dalam ekstrovert dan introvert. Selain personality murid sikap murid juga di ambil kira dalam pencapaian dibandar dan diluar bandar.Kenworthy ( Noraini 2008) mengatakan bahawa pembelajaran yang berkesan wujud jika ada minat dalam kalangan pelajar dan salah satu daripada cara menimbulkan minat pelajar ialah menerusi kaedah pengajaran dan aktiviti pembelajaran yang menarik.Antara sikap tersebut ialah: 1. Minat belajar murid yang tinggi, suka bersaing dalam pelajaran. 2. Jasmani,emosi dan rohani ydalam meningkatkan pencapaian yang stabil disamping motivasi diri yang tinggi. 3. Galakan dan sokongan keluarga,guru , masyarakat sekeliling dalam menarik minat murid meningkatkan pencapaian. Sosio-ekonomi Antara factor yang mempengaruhi pencapaian murid yang berhubung kait dengan sosio- ekonomi ialah: 1. Tahap pendidikan ibubapa. 2. Pendapatan keluarga /sosioekonominya sangat renddah.
  • 8. Kursus Tajuk Sesi : IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK) : SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK : SEMESTER 1 / 2014 8 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356) 2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359) 3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360) 4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371) 5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381) 3. Pekerjaan ibubapa. 4. Kestabilan institusi kekeluargaan iaitu rumahtangga yang aman,tenag dan bahagia ataupun situasi keluarga berpecah belah. Motivasi Motivasi adalah factor yang banyak mempengaruhi diri murid dalam pencapaian di sekolah.Antaranya ialah: 1. Motivasi Ekstrinsik motivasi berasaskan ganjaran ,penghormatan dan lain-lain yang bersifat material dikenali sebagai motivasi bersifat luaran. 2. Motivasi berbentuk sokongan moral seperti pujian, galakan, dan penghargaan. 3. Latar belakang keluarga ,individu,sosio-ekonomi dan sikap murid mempengaruhi motivasi dimana murid merasa rendah diri atau berbesar hatidalam pelajaran. Dengan faktor motivasi ini,dapat dibuktikan dengan pengertian yang ditulis oleh beberapa pengkaji teerdahulu.Singer(1980) menyatakan motivasi sebagai satu daya yang mendorong seseorang untuk mencapai satu matlamat dan seterusnya berusaha untuk terus mencapai yang cemerlang. Menurut Cox(1998) menyatakan bahawa motivasi berunsur negetif perlulah dijauhi kerana motivasi ini akan memberi kesan yang negetif kepada pengamalnya secara tidak langsung ia memberi kesan psikologi.
  • 9. Kursus Tajuk Sesi : IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK) : SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK : SEMESTER 1 / 2014 9 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356) 2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359) 3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360) 4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371) 5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381) 3. SEKOLAH Faktor ketiga yang menyumbang kepada jurang pencapaian ialah faktor sekolah. Pencapaian dari satu sekolah ke satu sekolah yang lain adalah berbeza. Semuanya di pengaruhi oleh beberapa aspek. Terdapat tiga aspek yang dikenalpasti adalah punca kepada perbezaan pencapaian sekolah iaitu pentadbir sekolah iaitu pengetua atau guru besar dan penolong kanan sekolah, budaya sekolah dan juga prasarana sekolah. Jika di bandingkan sekolah yang mempunyai prestasi baik dengan sekolah yang mempunyai prestasi rendah, jelas ketiga-tiga aspek di atas telah mempengaruhi perbezaan prestasi antara sekolah. Telah diketahui umum, sekolah yang mempunyai pentadbir yang cemerlang, budaya sekolah yang baik dan prasarana yang menarik melahirkan insan yang cemerlang. Pentadbir Kecemerlangan sesebuah sekolah adalah kerana mempunyai pentadbir atau pemimpin yang professional. Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) telah menjadikan (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia) SKPM 2010 sebagai rujukan induk standard pendidikan negara. Tiga daripada lima standard adalah merujuk kepada pentadbir atau pemimpin sekolah iaitu Kepimpinan dan hala tuju, Pengurusan Organisasi dan Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan sukan, HEM). Standard-standard tersebut digunakan untuk mengukur tahap kecemerlangan sekolah. Untuk memastikan pendidikan berjalan di atas landasan yang betul, sekolah memerlukan pemimpin yang mampu menjana kecemerlangan pendidikan. Berdasarkan laporan A Nation At Risk, 1983, Action For Excellence, 1983, Better Education for Michigan Citizen: A Blue Print For Action, 1984 di Amerika Syarikat dan kajian-kajian (Edmond, 1097; Hussien Mahmood, 1983) didapati bahawa kepimpinan pengetua atau guru besar merupakan penggerak utama bagi kejayaan sesebuah sekolah. Di Malaysia banyak kajian contohnya Abdul Karim Mohd. Nor (1987), Chairil Marzuki (1997); Rahimah Ahmad (1982) mengatakan bahawa kepimpinan pengetua memainkan peranan yang penting untuk melahirkan sekolah yang berkesan. Gaya kepimpinan pentadbir adalah penting dalam menentukan hala tuju yang dihasratkan. Terdapat empat gaya kepimpinan seorang pentadbir yang berkesan telah dikenalpasti mempengaruhi pencapaian prestasi sekolah yang baik, salah satunya ialah gaya kepimpinan mengarah (Directive Leadership) iaitu merujuk kepada tingkahlaku pemimpin yang menjelaskan
  • 10. Kursus Tajuk Sesi : IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK) : SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK : SEMESTER 1 / 2014 10 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356) 2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359) 3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360) 4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371) 5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381) kehendak, memberikan araha, tepat dan mengarah orang bawahan mengikut peraturan dan prosedur. Gaya kepimpinan berorientasikan pencapaian (Achievement Oriented Leadership) pula merujuk kepada tingkah laku pemimpin yang menyediakan matlamat yang mencari kemajuan pencapaian, mengutamakan kecemerlangan dan menunjukkan keyakinan bahawa orang bawahan akan mencapai tahap yang tinggi dalam tugas. Gaya kepimpinan menyokong (Supportive Leadership) ialah merujuk kepada tingkah laku pemimpin yang bertimbang rasa, menunjukkan prihatin terhadap kesejahteraan orang bawahan dan mewujudkan iklim kemesraan dalam kumpulan kerja. Gaya kepimpinan ke empat ialah gaya kepimpinan penyertaan (Participative Leadership) di mana kepimpinan ini merujuk kepada tingkah laku pemimpin yang meminta pandangan orang bawahan dan menggunakan pandangan mereka sebelum membuat sesuatu keputusan. Pentadbir yang bijak ialah pentadbir yang boleh mengurus sumber manusia dengan baik. Cabaran terbesar kepada pengetua atau guru besar ialah memastikan organisasi sekolah berjalan dengan efisien dan efektif. Menurut Al Ramaiah (1999), kepimpinan pengetua mempunyai kesan yang signifikan terhadap inovasi pendidikan. Kejayaan dan kegagalan sekolah bergantung kepada kebolehan pengetua memimpin stafnya. Matlamat Sekolah yang cemerlang sudah tentulah mempunyai matlamat ingin melahirkan insan yang cemerlang. Dengan matlamat sahaja tidak cukup untuk menempah sesuatu kejayaan tanpa usaha melalui Visi dan Misi. Visi dan Misi sekolah perlulah jelas dan boleh di capai dengan masa yang singkat dan dalam jangka masa panjang. Menurut House dan Motchell (1974), pengetua perlu menetapkan matlamat organisasi dan guru-guru perlu menunjukkan prestasi mereka yang terbaik dalam usaha mencapai matlamat tersebut. Dalam merealisasikan matlamatpendidikan negara, kepimpinan pengetua berperanan sebagai tunggak utama kepada pembangunan pendidikan berkualiti iaitu merujuk kepada pengurusan sekolah yang cemerlang dan kemantapan dalam kepimpinan pendidikan. Dalam erti kata lain, kemantapan kepimpinan sekolah dilihat sebagai pemacu ke arah penghasilan pendidikan yang berkualiti (Lokman et.al,2008).
  • 11. Kursus Tajuk Sesi : IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK) : SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK : SEMESTER 1 / 2014 11 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356) 2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359) 3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360) 4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371) 5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381) Budaya Budaya sekolah merupakan komponen yang sangat penting untuk memajukan sekolah iaitu dengan memastikan budaya sekolah positif dan memberi perhatian kepada ibu bapa, guru dan pelajar. Dengan itu dapat menghasilkan persekitaran penyayang, mencapai matlamat sekolah dan meningkatkan pencapaian pelajar, Sergiovanni, 2000). Haris et.al (1997) menyatakan bahawa budaya sekolah adalah di persepsi sebagai mempunyai fungsi interpretasi dan normative. Ia menyediakan petunjuk kepada ahli-ahli begaimana acara-acara dan tindakan-tindakan di interpretasikan dan pada masa yang sama menyelaraskan cara mana mereka dikehendaki bertingkah laku. Sharifah (2000) memberi erti budaya sebagai cara hidup sekolah yang meliputi segala amalan sekolah yang meliputi segala amalan sekolah di luar dan di dalam bilik darjah yang mencerminkan nilai, kepercayaan dan norma yang dikongsi bersama oleh warganya, ada yang telah di warisi turun-temurun, ada yang telah dibentuk oleh warga sekolah itu sendiri. Sebuah sekolah yang mempunyai budaya yang kuat akan mempunyai iltizam yang tinggi, semangat kekitaan yang tinggi, mempunyai nilai yang dikongsi bersama, berpegang teguh kepada nilai teras dan dikongsi secara meluas, menunjukkan persetujuan yang tinggi di kalangan ahli terhadap sesuatu perkara yang patuh pada nilai-nilai organisasi tanpa banyak persoalan. Faktor iklim sekolah juga turut mewujudkan sekolah yang berprestasi tinggi. Keadaan atau suasana untuk proses pengajaran dan pembelajaran dianggap sebagai mempunyai iklim sekolah yang berkesan. Terdapat beberapa pengkaji yang telah mengetengahkan beberapa cirri iklim sekolah berkesan hasil daripada kajian yang mereka lakukan. Howard (1974) mendifinisikan iklim sekolah sebagai keadaan social dan budaya sekolah itu yang mempengaruhi tingkah laku orang di dalamnya. Manakala Halpin dan Croft (1963) yang merupakan perintis dalam kajian iklim sekolah mengatakan bahawa iklim sekolah menggambarkan personality seseorang individu sendiri dan bagaimana guru tersebut berusaha untuk mencapai tahap organisasi iklim sekolah berkenaan. Menurut mereka, iklim sekolah yang berkesan mempunyai empat ciri-ciri berikut, a) guru-guru merasa selamat, berpuas hati dan berkeyakinan, b) guru-guru tidak rasa tertekan dan mengambil perhatian tentang kemajuan murid-muridnya, c) pengetua merasa penuh yakin terhadap kerjanya, serta bertimbang rasa dan d) pelajar merasa selamat dan belajar bersungguh-sungguh.
  • 12. Kursus Tajuk Sesi : IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK) : SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK : SEMESTER 1 / 2014 12 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356) 2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359) 3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360) 4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371) 5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381) 4. SUMBER Kemudahan internet yang lemah (Jurang Digital) Sumber kemudahan internet merupakan sumber yang penting. Ketiadaan kemudahan internet bukan sahaja menyebabkan pelajar kekurangan sumber rujukan malah boleh menyebabkan guru mengalami tekanan psikologi dan tidak dapat menjalankan tanggungjawab mereka, Keadaan ini semakin ketara khususnya di kalangan guru yang dikehendaki berkhidmat di kawasan luar bandar di negeri Sabah dan Sarawak yang kurang kemudahan bekalan elektrik, air dan jalanraya yang baik. Guru seperti manusia biasa dan keperluan psikologi mereka perlu diberi perhatian sepenuhnya, Ketiadaan kemudahan teknologi seperti computer dan LCD Projektor (Jurang Digital). Ketiadaan kemudahan ini amat kritikal. Sedangkan banyak bahan ketika ini dikongsikan secara maya. Ketiadaan kemudahan teknologi secara tidak langsung akan mempengaruhi pencapaian pelajar. Pelajar-pelajar di luar Bandar kurang terdedah dengan teknologi dan informasi terkini. Faktor terbentuknya jurang digital dalam pendidikan di Malaysia adalah berpunca dari beberapa sebab. Antaranya: i. Ekonomi Ekonomi sesebuah keluarga diambilkira kerana terdapat isi rumah dengan pendapatan yang rendah. Mereka tidak mampu untuk membeli dan mendapatkan khidmat ICT sedangkan dengan teknologi kini, semua informasi boleh dimiliki dengan mudah. Semuanya berada di hujung jari kita. ii. Geografi Terdapat beberapa daerah, kawasan atau tempat yang tidak mempunyai liputan internet dan bekalan elektrik terutamanya kawasan pedalaman. Ini akan menjadi salah satu sebab yang menyumbang kepada jurang digital pada masa kini. iii. Kemahiran komputer Kekurangan pengetahuan dalam bidang computer juga menyebabkan jurang digital tercipta. Terdapat sesetengah pelajar masih tidak mengetahui cara untuk mengakses maklumat dari laman sesawang. Ini kerana tidak ada atau kurang penerapan mengenai teknologi ini.Selain itu,
  • 13. Kursus Tajuk Sesi : IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK) : SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK : SEMESTER 1 / 2014 13 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356) 2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359) 3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360) 4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371) 5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381) Pihak sekolah menghadapi masalah dalam penyaluran teknologi kepada pelajar-pelajar kerana ada ibubapa yang beranggapan bahawa teknologi hanya sesuai untuk pelajar- pelajar di sekolah bandar yang rata-rata ibubapa berpendapatan tinggi dan terdiri daripada golongan atasan. Ini membantu usaha pihak sekolah dalam melibatkan sama ibubapa kearah pendidikan cemerlang anak-anak. iv. Kemahiran bahasa dan literasi Kemahiran dari segi bahasa dan literasi perlu ada pada setiap pelajar. Ini penting dalam era teknologi global bagi mengakses maklumat dengan betul. Terdapat pelajar yang tidak dapat membaca dan memahami bahasa Internet dengan baik. Harus diingatkan, setiap perkara hendaklah difahami. Usaha Kerajaan dalam Usaha Merapatkan Jurang Digital Cabaran KPM adalah untuk memastikan agar infrastruktur, perkakasan, perisian dan latihan yang mencukupi diberi kepada sekolah-sekolah di kawasan luar bandar yang kurang terdedah dengan ICT berbanding kawasan bandar. Dalam program pembestarian sekolah, semua sekolah luar Bandar akan dilengkapkan dengan makmal komputer, bilik computer dan perkakasan yang mencukupi. Sekolah-sekolah juga akan dirangkaikan dengan akses jalur lebar School Net dan bagi sebahagian sekolah di luar Bandar danpedalaman, pusat akses akan dibina. Pada waktu yang sama, KPM akan menambah baik kaedah penyampaian program TV Pendidikan dan merintis penggunaan video teleconferencing sebagai kaedah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan bahan-bahan p&p kepada pelajar dan guru di kawasan pedalaman. Sumber kewangan yang terhad Bajet yang tidak sampai keperingkat akar umbi. Bajet hanyaditerima pada pertengahan tahun persekolahan. Impaknya member kesan rantaian kepada keperluans ekolah. Malahan bekalan buku, rujukan dan kemudahan pengajaran hanya diterima pada pertengahan tahun. Maka impaknya kepada keberhasilan pengajaran dan pembelajaran. Terdapat juga bajet tidak sepenuhnya diterima. Hanya sekitar 70 ke 60% sahaja. Bagaimana iniboleh berlaku? Ini kerana sikap tidak bertanggungjawab kontraktor. Contohnya walaupun bajet untuk pendidikan meningkat saban tahun, namun jumlah yang diterima tidak seperti jumlah yang sepatutnya. Bekalan makanan rancangan tambahan, kemudahan buku-buku, bajet penaiktarafan rumah dan kelengkapan ICT di sekolahhanya separuh diterima. Maka apa yang dapat dilakukan apabila bajet tidak mencukupi?
  • 14. Kursus Tajuk Sesi : IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK) : SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK : SEMESTER 1 / 2014 14 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356) 2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359) 3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360) 4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371) 5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381) Ketaksamaan agihan sumber berlaku di mana kawasan Bandar mendapat peruntukan pembangunan yang lebih besar berbanding dengan penduduk luar bandar yang tinggal jauh di pedalaman. Masyarakat luar Bandar sering berhadapan dengan masalah ketiadaan sumber bantuan dan kebajikan dari pihak yang terlibat. Pada hakikatnya, golongan ini menerima bantuan daripada pihak tertentu. Namun, ada juga kes yang melibatkan saluran bantuan tidak dapat diterima oleh golongan ini disebabkan oleh factor seperti keciciran, sumber bantuan yang tidak bersesuaian, serta kurang mendapat pembelaan daripada pihak-pihak tertentu. Usaha Kerajaan dalam Usaha Membasmi Kemiskinan Bagi memastikan kemiskinan dan ketaksamaan dapat dikurangkan sepenuhnya, kerajaan telah mempelbagaikan program yang berteraskan kepada pembangunan luar bandar. Dalam aspek pendidikan misalnya, Malaysia telah menyediakan sejumlah peruntukan yang besar untuk membangunkan tahap pendidikan pelajar di kawasan luar Bandar khususnya di negeri-negeri tertentu. Di Kelantan misalnya, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan menerima peruntukan kira-kira RM54.6 juta daripada Kerajaan Pusat sepanjang tahun 2007 untuk diagihkan kepada lebih 170,000 murid dan pelajar miskin di seluruh negeri. Daripada jumlah itu, sebanyak RM16.8 juta diagihkan bagi membantu 134,000 pelajar sekolah menengah yang dikategorikan miskin menerusi Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) sejak Januari lalu sehingga kini. Selain itu peruntukan berkenaan turut diagihkan bagi membantu 71,785 murid miskin Tahun 4, 5 dan 6 bagi mengikuti kelas tambahan menerusi skim baucer tuisyen. JPN turut menyenaraikan seramai 38,000 lagi murid miskin dari seluruh negeri yang diberi dua lagi skim bantuan iaitu Rancangan Makanan Tambahan Sekolah Rendah (RMTSR) bernilai RM7 juta serta Program Susu Sekolah bernilai RM3.8 juta (Utusan Malaysia, 11 Jun 2007). Diharap peruntukan yang disalurkan ini akan dapat mempertingkatkan lagi tahap prestasi pelajar di luar bandar.
  • 15. Kursus Tajuk Sesi : IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK) : SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK : SEMESTER 1 / 2014 15 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356) 2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359) 3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360) 4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371) 5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381) Rumusan Menerusi perbincangan di atas, apa yang dapat dirumuskan dalam usaha untuk cuba merapatkan jurang pencapaian ini mengikut topik yang dikupas ialah para guru yang mempunyai permasalahan yang diulas dalam isu guru haruslah disedarkan dan berusaha memperbaiki kelemahan yang ada serta sentiasa berusaha meningkatkan keyakinan dan komitmen diri dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan menerusi pelbagai cara dan kaedah. Dalam usaha menarik minat murid untuk hadir ke sekolah dan belajar matematik dengan baik, ibubapa perlu ada kesedaran yang tinggi dalam mengendalikan keperluan anak-anak demi pencapaian yang baik dan cemerlang selain daripada peranan guru, sekolah dan sumber lain. Sekolah yang baik dan Berjaya menghasilkan pencapaian yang cemerlang perlu mempunyai prasarana yang mencukupi serta diterajui oleh pentadbir yang berpengalaman dan bijak mengendalikan sekolah dengan mewujudkan persekitaran yang ceria dan selesa serta mendapat kerjasama yang padu daripada guru dan staf serta komuniti yang terlibat. Sumber yang ada digunakan dengan maksimum manakala sumber yang kurang cuba di dapatkan dengan secepat mungkin demi menjaga kestabilan serta peningkatan pencapaian prestasi murid atau sesebuah institusi pendidikan. Kesimpulannya di sini ialah, dengan menggubal amalan dan melaksanakan kurikulum menggunakan teknik baru, pengurusan bilik darjah dan penempatan guru-guru terbaik di sekolah sekolah terutama di luar bandar dan kawasan pedalaman akan dapat mengurangkan jurang pencapaian. Selain daripada sumber yang berbeza, sikap guru, ibu bapa, pihak pentadbir dan pelajar itu sendiri banyak mempengaruhi perbezaan jurang tersebut. Oleh yang demikian, Kerjasama antara semua pihak akan dapat membantu mengurangkan perbezaan jurang tersebut. Dalam dunia tanpa sempadan kini, pelajar luar bandar juga mampu mendapat kualiti pendidikan setaraf dengan pelajar bandar. Apa yang perlu dilakukan demi merapatkan jurang tersebut adalah berusaha mencari ilmu, meningkatkan tahap kecekapan semua pihak yang terlibat, merapatkan hubungan dalam komuniti serta memaksimumkan penggunaan segala kemudahan yang ada. Usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menangani isu ini tidak dapat dinafikan dan dapat dilihat dengan pelbagai cara dan teknik yang cuba ditambahbaik dan diserapkan menerusi pelbagai kajian dan pemberian kursus dalaman, penambahbaikan teknologi terkini dan kaedah terbaik yang diperolehi melalui negara-negara lain yang maju dalam bidang pendidikan.
  • 16. Kursus Tajuk Sesi : IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK) : SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK : SEMESTER 1 / 2014 16 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356) 2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359) 3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360) 4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371) 5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381) Rujukan A.S.Hornby; Translator: Asmah Haji Omar (2007), Oxford Compact Advanced Learner’s English-Malay Dictionary, Shah Alam, Selangor. Azis, N. P., &Noraini, I. (2008). Perjuangan memperkasakan pendidikan di Malaysia: Pengalaman 50 Tahun Merdeka. Cheras, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. Fullan, M. (2011). Makna Baharu Perlu Bahan Pendidikan. Kuala Lumpur: InstitutTerjemahan Negara Malaysia. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Najeemah, M. Y. (2006). Konsep Pendidikan. Bentong, Pahang DarulMakmur: PTS Professional. Sabri, A., Zawawi, T. Z., & Aziz, O. (2006). Isu-Isu Dalam Pendidikan Matematik. Selangor: Utusan Publications & Distributors. Sufean, H. (2005). Pentadbiran Dalam Pembangunan Pendidikan. Pahang: PTS Professional Publishing Abdullah, S. Y., Abdul, R. M., &Abd, G. A. (2007). Guru Sebagai Pemimpin. Kuala Lumpur: PTS Professional. Yahya, D., Aziah, I., &Yaakob, D. (2007). Kepimpinan & Pembangunan Pelajar Sekolah Di Malaysia. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing. West-Burnham, J., &Tengku, A. A. T. Z. (2009). Menguruskualiti di Sekolah =: Managing Quality In Schools. Kuala Lumpur: InstitutTerjemahan Negara Malaysia Shahril, M. (2008). Dasar Kewangan Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.