SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
Download to read offline
SME 3023 :
TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES
TUGASAN 2 :
INDIVIDU - PENULISAN TENTANG ISU
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK PROGRAM
NURUL ATIYAH BINTI RIPIN D20111048011 AT 14
PENSYARAH : DR. MAZLINI BINTI ADNAN
KUMPULAN : KUMPULAN A
Tarikh : 26 MAC 2015
Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Rendah Atau
Sekolah Menengah Dari Segi Sosial
ISI KANDUNGAN
Bil. Perkara Muka surat
1.0
2.0
3.0
4.0
Pengenalan
Definisi
Isu-isu perbezaan pencapaian matematik
berdasarkan perbezaan kumpulan sosial
3.1 Isu jantina
3.2 Isu status sosioekonomi
3.3 Isu hubungan kekeluargaan
3.4 Isu konsep kendiri
Penutup
Rujukan
1-2
2
3-4
5-7
8
9-10
10
11-12
PENGENALAN
Berdasarkan Pelan Hala Tuju Transformasi Kerajaan, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin
bin Mohd Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia ada berkata mengenai keutamaan Kerajaan dan
Kementerian Pelajaran untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan
bekemampuan. Hasrat kerajaan untuk mempertingkat standard pendidikan sedia ada supaya
setanding dengan negara – negara maju di persada antarabangsa dengan memastikan jurang
pendidikan dirapatkan. Pendidikan memainkan peranan utama dalam memperkukuh daya
saing negara dan membina 1Malaysia. Sebagai contoh, bagi menyumbang ke arah gagasan
1Malaysia, status sekolah kebangsaan perlu dipertingkatkan menjadi sekolah pilihan utama
rakyat Malaysia. Oleh itu, dalam mengorak langkah kepada satu pembaharuan dalam Sistem
Pendidikan sedia ada sasaran yang dirancang perlulah dicapai dengan kerjasama daripada
para ibu bapa, guru dan pentadbir sekolah memberi sokongan dan bantuan serta sanggup
bekerja untuk menjadikan impian ini satu kenyataan.
Penulisan isu ini untuk membincangkan jurang pencapaian matematik murid
sekolah rendah atau menengah dari segi sosial. Tujuan penulisan ini dilaksanakan adalah agar
warga pendidik dapat mengetahui perbezaan pencapaian matematik dari segi kumpulan
sosial. Oleh itu, warga pendidik dapat merapatkan jurang pencapaian pelajar yang berbeza
sejarah dan latar belakang sosialnya. Kelas sosial para pelajar sering dikaitkan dengan
kelakuan dan pencapaian para pelajar di sekolah. Terdapat beberapa kajian mengenai
perbezaan pencapaian pelajar. Mengikut Boocock (1972) dalam buku ‘ Sociology of
learning’ menyatakan pengaruh-pengaruh dalam pencapaian akademik seseorang murid
termasuklah pengaruh persekitaran sosial keluarga.
Kajian-kajian dalam tahun-tahun yang lepas seperti Hess & Shipman (1965)
mendapati dalam masyarakat terdapat amalan budaya yang berbeza dalam kalangan institusi
sosial seperti keluarga dalam masyarakat dan sosialisasi keluarga mempengaruhi proses
pendidikan anak-anak mereka. Coleman (1966) memperlihatkan peluang-peluang
pendidikan yang sama tidak wujud dalam kalangan ahli masyarakat di Amerika Syarikat
terutama orang yang beruntung dan yang kurang mempunyai keberuntungan. Terdapat juga
isu-isu sosial lain yang mempengaruhi jurang pencapaian matematik murid sekolah seperti
status sosioekonomi, pengaruh rakan sebaya, jantina, sekolah, guru dan halangan bahasa .
DEFINISI
Pencapaian bermaksud apa yang telah dicapai atau prestasi (Kamus Dewan, 2005).
Akademik pula berkaitan dengan akademi (pusat pengajian tinggi) dan mengandungi ilmu
pengetahuan yang tinggi. Dengan kata yang lain, pencapaian akademik lebih kepada gred
yang diperolehi oleh seseorang pelajar dalam peperiksaan yang diduduki. Manakala,
berdasarkan Kamus Dewan Edisi ke-Tiga, pencapaian dikatakan sebagai sesuatu yang telah
dicapai (dihasilkan atau diperoleh) atau prestasi.
Manakala Matematik, menurut Bhasah Hj. Abu Bakar (2002), Matematik
mengandungi unsur-unsur yang utama iaitu simbolnya (seperti nombor, titik garisan, bentuk)
dan bahasa Matematik serta prinsip, hukum, teorem dan peraturan-peraturan matematik yang
digunakan untuk menjalankan operasinya. Matematik selalunya didefinisikan sebagai
pembelajaran/kajian mengenai corak struktur, perubahan dan ruang, atau dengan kata lain,
kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah kepada
bahasa perbualan dan penulisan, dengan kosa kata dan tatabahasa yang sangat jelas, untuk
menghurai dan mendalami hubungan fizikal dan konsep. Matematik juga adalah badan ilmu
berpusat pada konsep-konsep ibarat kuantiti, struktur, ruang, dan perubahan, dan disiplin
kajian-kajian ilmiah berkaitan dengannya.
Isu jantina
Rajah di atas menunjukkan keputusan peperiksaan, kadar keciciran, dan kadar enrolmen
tertiari mengikut gender. Didapati jurang gender adalah signifikan dan meningkat. Murid
perempuan tekal mengatasi murid lelaki. Perbezaan prestasi telah mula ketara dalam UPSR
dan meningkat sepanjang laluan akademik murid. Jurang peratus GPS perempuan dan lelaki
didapati semakin meningkat dari tahun 2006 sehingga 2011 bagi peperiksaan UPSR.
Peperiksaan PMR juga menunjukkan peningkatan dari tahun 2006 sehingga 2011 dan hanya
menurun pada tahun 2007. Manakala peperiksaan SPM pula menunjukkan peningkatan dan
penurunan sepanjang tahun 2006 hingga 2011.
Selain itu, murid lelaki lebih berkemungkinan tercicir, menyebabkan nisbah lelaki
kepada perempuan bagi sesuatu kohort berkurangan dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi
tahun 2011. Bagi kadar enrolmen tertiari mengikut gender didapati enrolmen tertiari pelajar
lelaki lebih rendah pada tahun 2011.
Menurut sumber dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), temu
bual dengan ibu bapa, guru dan pengetua/guru besar mendapati bahawa sesetengah murid
lelaki menghadapi kesukaran menguasai kurikulum akademik arus perdana, dan mungkin
akan mendapat manfaat daripada akses yang lebih kepada latihan vokasional atau kerja
kursus berbentuk aplikasi. Walau bagaimanapun, kekurangan tempat di kolej teknik dan
vokasional menghalang berlakunya perkara ini. Masalah ini bertambah rumit apabila murid
lelaki daripada keluarga miskin juga lebih berkemungkinan tercicir daripada sekolah untuk
mula bekerja awal bagi menyara keluarga. Kadar keciciran yang lebih tinggi dan prestasi
akademik yang lebih rendah dalam kalangan murid membimbangkan Kementerian. Remaja
terpinggir merupakan punca ketidakstabilan sosial dan politik, seperti yang dilihat di serata
dunia sejak kebelakangan ini. Penting bagi Malaysia mencari penyelesaian untuk
meningkatkan pelibatan remaja lelaki dalam pendidikan bagi memastikan mereka menjadi
sumber modal insan yang bernilai.
Terdapat juga kajian luar negara oleh Tinklin (2003) untuk melihat pencapaian
akademik cemerlang dari segi jantina remaja lelaki dan perempuan. Pencapaian akademik
cemerlang di sini merujuk kepada kebolehan seseorang mendapat lebih daripada empat
higher grade passes iaitu A ke C yang merupakan syarat minimum untuk melanjutkan
pelajaran ke pusat pengajian tinggi. Sampel adalah berjumlah 3107 orang dan mereka terdiri
daripada pelajar-pelajar yang meninggalkan sekolah menengah pada tahun 1994 di seluruh
Scotland. Daripada dapatan kajian, boleh dilihat terdapat lebih banyak pelajar perempuan
daripada pelajar lelaki yang meninggalkan sekolah dengan mendapat keputusan lebih
daripada empat higher grade passes' pada tahun 1994. Kajian ini juga menunjukkan pelajar
perempuan telah dapat mencapai pencapaian akademik cemerlang tanpa dipengaruhi oleh
jenis latar belakang keluarga. Lebih ramai pelajar perempuan yang bertekad untuk
melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian.
Isu status sosioekonomi
Peranan yang dimainkan oleh status sosioekonomi dalam proses pembelajaran serta
pencapaian akademik telah banyak dibincangkan dalam kajian sosiologi, pendidikan dan
ekonomi. Marzano (2003) mengatakan status sosioekonomi keluarga telah dianggap sebagai
salah satu peramal yang terbaik untuk pencapaian akademik oleh pengkaji pendidikan,
pendidik dan masyarakat umum sejak beberapa dekad yang lalu.
Rajah di atas menunjukkan taburan populasi murid yang menerima Kumpulan Wang Amanah
Pelajar Miskin (KWAPM) pada tahun 2011. Hasil mendapati bahawa sekolah lemah iaitu
sekolah yang mendapat band 6 dan 7 adalah sekolah yang terdiri daripada 2/3 murid yang
menerima KWAPM. Golongan yang menerima KWAPM ini merupakan golongan yang
kurang berkemampuan dan mempunyai sosioekonomi yang rendah. Situasi ini menunjukkan
bahawa pencapaian murid dipengaruhi oleh sosioekonomi mereka. Inilah isu yang diutarakan
dalam PPPM (2012) berkenaan status sosioekonomi yang terus memberi impak besar buat
murid.
Berdasarkan kajian-kajian lepas, indikator yang paling biasa digunakan untuk
mengukur status sosioekonomi termasuk pendapatan ibu bapa, tahap pendidikan ibu bapa
serta pekerjaan ibu bapa (Gonzalez, 2001).
Faktor sosioekonomi : pendidikan ibu bapa, tingkat pendapatan ibu dan bapa serta peralatan
dan kemudahan.
Heng (2000) telah menjalankan satu kajian dengan tujuan untuk meninjau sejauh
manakah faktor status sosioekonomi keluarga dan sikap pelajar-pelajar dapat mempengaruhi
pencapaian akademik mereka. Faktor status sosioekonomi telah diukur berdasarkan tahap
pendidikan ibu bapa, tingkat pendapatan ibu dan bapa serta peralatan dan kemudahan yang
disediakan di rumah untuk pembelajaran. Instrumen yang digunakan untuk faktor sikap telah
diubahsuaikan oleh pengkaji dari Attitude Toward Economics dan Sandman Mathematics
Attitude Inventory (Sandman, 1973). Keputusan Peperiksaan Menengah Rendah sampel telah
dijadikan ukuran untuk pencapaian akademik. Sampel kajian adalah terdiri daripada pelajar
Tingkatan 4 dari aliran sains dan sastera dari empat buah sekolah menengah di Melaka.
Sampel datang dari pelbagai latar belakang etnik dan status sosioekonomi. Keputusan kajian
mendapati ibu dan bapa yang berpendidikan tinggi mempunyai anak-anak yang mendapat
pencapaian akademik yang tinggi juga. Ibu dan bapa yang mempunyai tahap pendidikan yang
rendah pula, anak-anak mendapat pencapaian akademik yang rendah juga. Sampel-sampel
yang berasal dari keluarga yang berpendapatan tinggi, menunjukkan tahap pencapaian
akademik yang tinggi, manakala sampel-sampel dari keluarga yang berpendapatan rendah
menunjukkan tahap pencapaian akademik yang rendah. Sampel sampel yang berpencapaian
akademik tinggi mempunyai banyak peralatan dan kemudahan di rumah yang dapat
membantu mereka dalam proses pembelajaran. Sampel-sampel yang berpencapaian akademik
rendah biasanya kurang mempunyai peralatan dan kemudahan di rumah yang dapat
membantu mereka.
Tian (2006) telah menjalankan satu kajian untuk melihat kesan faktor latar belakang
keluarga ke atas pencapaian Matematik. Sampel adalah terdiri daripada 1454 orang pelajar
Gred 10, Gred 11 dan Gred 12 dari tiga puluh lima buah sekolah menengah di Kanada. Hasil
kajian mendapati status sosioekonomi bapa memberi kesan yang positif dan signifikan ke atas
pencapaian Matematik Gred 10, Gred 11 dan Gred 12 manakala status sosioekonomi ibu
tidak. Status sosioekonomi bapa memberi kesan yang lebih kuat ke atas pencapaian
Matematik berbanding dengan status sosioekonomi ibu pada peringkat sekolah menengah.
Dari segi pendidikan ibu bapa, keputusan kajian mendapati kelayakan akademik ibu
bapa pelajar mempunyai hubungan dengan keputusan TIMSS. Korelasi ibu bapa yang
berkelayakan universiti dengan keputusan TIMSS ialah r = .35 manakala antara ibu bapa
yang berkelayakan sekolah rendah ialah r = - .59. Semakin tinggi kelayakan akademik ibu
bapa semakin baik pencapaian akademik. Dapatan kajian ini dipersetujui oleh Yang (2003)
yang menyatakan bahawa status sosioekonomi keluarga mempunyai hubungan yang positif
dengan pencapaian akademik. Berdasarkan hasil kajiannya, didapati korelasi antara status
sosioekonomi keluarga dengan pencapaian akademik individu adalah r = .30.
Isu hubungan kekeluargaan
Kajian Yap (2000) juga bertujuan untuk melihat hubungan antara penglibatan ibu bapa dan
status sosioekonomi dengan pencapaian akademik pelajar-pelajar Tingkatan 4. Sampel untuk
kajian ini adalah terdiri daripada 100 orang pelajar perempuan Tingkatan 4. 40 orang sampel
adalah berpencapaian akademik baik manakala 60 orang sampel lagi adalah mereka yang
kurang memuaskan dalam pencapaian akademik. Semua sampel berasal dari sebuah
sekolah yang sama di Daerah Petaling. Aspek pencapaian akademik telah dikelaskan
berdasarkan keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Sampel yang mendapat semua A
dalam semua subjek yang diambil dikategorikan sebagai sampel berpencapaian akademik
baik. Sampel yang kurang memuaskan pencapaian akademik adalah mereka yang mendapat
gred C dan D dalam PMR. Pekerjaan bapa sampel telah digunakan untuk menentukan status
sosioekonomi sampel.
Dapatan kajian yang Yap (2000) memperolehi adalah selaras dengan hasil Heng
(2000) kerana didapati sampel-sampel yang mempunyai ibu bapa yang lebih melibatkan diri
dalam pembelajaran mendapat pencapaian akademik yang lebih baik berbanding dengan
mereka yang mempunyai ibu bapa kurang melibatkan diri. Faktor penglibatan ibu bapa
adalah lebih signifikan daripada faktor status sosioekonomi dalam menentukan pencapaian
akademik dalam kajian ini.
Kajian Fluty (1997) yang melihat hubungan antara gaya keibubapaan penjaga tunggal
dan pencapaian Matematik remaja juga memperoleh hasil kajian yang sama dengan Tian
(2006). Kajian Fluty (1997) melibatkan 3000 remaja dari keluarga berpenjaga tunggal.
Keputusan kajian mendapati remaja yang tinggal bersama dengan bapa mendapat pencapaian
Matematik yang lebih baik berbanding dengan mereka yang tinggal bersama dengan ibu.
Isu konsep kendiri
Konsep kendiri adalah persepsi seseorang tentang dirinya. Persepsi ini terbentuk melalui
pengalamannya dengan persekitaran dan dipengaruhi terutamanya oleh peneguhan
persekitaran (reinforcement environmental) dan orang yang signifikan dalam persekitaran
(Shavelson et al., 1976).
Konsep kendiri akademik adalah persepsi keseluruhan seseorang individu dalam konteks
akademik. Menurut Brookover (1959), konsep kendiri akademik didefinisikan sebagai
penilaian seseorang individu terhadap kebolehannya untuk membelajari dalam konteks
sekolah berbanding dengan rakan-rakan sebaya lain di sekolah. Pelajar yang berasa positif
tentang dirinya dalam kehidupan secara keseluruhan akan lebih berkompeten dalam domain
yang spesifik seperti akademik. Seseorang individu mempunyai persepsi yang positif dalam
aspek akademik, semakin tinggi motivasinya untuk melengkapkan tugasan akademik. Aspek
motivasi yang tinggi akan membolehkan individu itu memperoleh pencapaian akademik yang
baik.
Model kesan dua hala yang diuji menggunakan sampel pelajar sekolah menengah juga
telah dijalankan oleh Van Damme et al. (2004). Kajian longitudinal ini mengambil masa
sepuluh tahun. Sampel kajian terdiri daripada 6411 orang pelajar dari 59 sekolah menengah
di Belgium. Hasil kajian menyokong hipotesis bahawa konsep kendiri akademik dan
pencapaian akademik berhubung secara signifikan. Analisis regresi menunjukkan bahawa
konsep kendiri akademik pada akhir Gred 1 merupakan peramal kepada pencapaian
akademik yang seterusnya tetapi kekuatan ramalan ini adalah lemah. Peramal yang lebih kuat
kepada pencapaian akademik ialah tahap pencapaian akademik sebelumnya dan juga tahap
kepintaran seseorang. Kajian ini juga melaporkan bahawa pencapaian akademik dapat
meramal konsep kendiri yang seterusnya dengan signifikan walaupun pencapaian akademik
bukan merupakan peramal yang utama. Peramal utama untuk konsep kendiri akademik ialah
konsep kendiri akademik sebelumnya.
Penutup
Kesimpulannya, warga pendidik perlulah berusaha untuk mengurangkan jurang perbezaan
pencapaian pelajar supaya wujudnya keseimbangan dalam prestasi akademik pelajar. Isu
yang diberi penekanan oleh kementerian melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
perlulah dititik beratkan supaya faktor-faktor berlakunya jurang perbezaan pencapaian pelajar
dari segi sosial ini dapat diatasi. Sistem pendidikan negara kita mengalami perubahan kepada
pendekatan yang lebih bertepatan dengan keperluan setempat. Perubahan ini memberi kesan
langsung terhadap perkembangan pendidikan yang selaras dengan era globalisasi yang
melibatkan semua peringkat sekolah seperti sekolah rendah, menengah dan juga institusi
tinggi. Apa yang pasti, jurang pendidikan masih berlaku dan akan dapat dikurangkan dengan
penyediaan asas secara berterusan dan pada masa yang sama, kementerian perlu merancang
untuk melonjak sistem pendidikan ketahap yang lebih tinggi supaya masalah ini dapat diatasi.
Hal ini demikan kerana kemajuan sesebuah negara sama ada dari segi teknologi ataupun
ekonomi amat bergantung kepada generasi muda yang mempunyai keseimbangan dari aspek
intelek, jasmani, rohani dan emosi .
RUJUKAN
Brookover, W. B. (1959). A social psychological conception of classroom learning. School
and Society, 87, 84-87.
Boocock, S. (1972). An introduction to the sociology of learning. Boston:Houghton Mifflin
Company.
Bhasah Abu Bakar.(2009). Pencapaian dan penguasaan konsep dalam Matematik peringkat
SPM. Diperoleh pada Mac 11, 2011, daripada http://bhasahabubakar.blogspot.com/
2009/05/pencapaian-dan-penguasaan-konsep-dalam.html
Coleman J.S. et. al. (1966). Equality of educational opportunity. Washington, D.C. US :
Government Printer Office.
Fluty, D. (1997). Single parenting in relation to adolescents’ achievement scores Research
Center for Family and Children, 6, 4-8.
Gonzalez, V. (2001). The role of socioeconomic and sociocultural factors in language-
minority children’s development: An ecological research view. BilingualResearch
Journal, 25, 1-30.
Hess, R.D. & Shipman, V. (1965). Early experience and the socialization of cognitive modes
in children. Child Development, 36:1018-1036.
Heng, G. W. (2000). Pengaruh status sosioekonomi keluarga dan sikap pelajar terhadap
pencapaian akademik: Satu kajian di Melaka. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan,
Universiti Malaya.
Kamus Dewan (edisi keempat) (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (2012). Diperoleh pada
Mac 19, 2015 daripada
http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-ExecSummary-
BM.pdf
Marzano, R. J. (2003). What works in schools: Translating research into action.
Association for supervision and Curriculum Development, USA.
Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (2010). Diperoleh pada Mac 19, 2015
daripada
http://www.pmo.gov.my/GTP/documents/Pelan%20Hala%20Tuju%20GTP/Pelan%2
0Hala%20Tuju%20GTP_Bab08.pdf
Tinklin, T. (2003). Gender differences and high attainment. British Educational
Research Journal, 29, 307-324.
Tian, M. (2006). A quantile regression analysis of family background factor effects
on Mathematical achievement. Journal of Data Science, 4, 461 -478.
Van Damme, J., Opdenekker, M-C., De Fraine, B., & Mertens, W. (2004). Academic self-
concept and academic achievement: Cause and effect. Dapat pada Disember 25, 2007
dari laman web Self Research Centre University of Western Sydney, Autralia:
http://www.uws.edu.au/conferences/2004
Yap, Y. F. (2000). Hubungan antara penglibatan ibu bapa dan status sosioekonomi dengan
pencapaian akademik. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan, Universiti Malaya.
Yang, Y. (2003). Dimensions of socio-economic status and their relationship to Mathematics
and Science achievement at individual and collective levels. Scandinavian Journal of
Educational Research, 47(1), 21-41.

More Related Content

What's hot

Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantina
Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantinaJurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantina
Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantinaMuhammad Affrini Azim Zahari
 
Perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosial
Perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosialPerbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosial
Perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosialAhmad Razin
 
Perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosial
Perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosialPerbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosial
Perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosialAhmad Razin
 
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2jejakakunak
 
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di MalaysiaIsu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di MalaysiaSYAZWANI IBRAHIM
 
30.9 masalah disiplin
30.9 masalah disiplin30.9 masalah disiplin
30.9 masalah disiplinFangyi Tio
 
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Rain_Ain
 
Tesis mama zura
Tesis mama zuraTesis mama zura
Tesis mama zuraAzura Aziz
 
Gaya pembelajaran pelajar etnik penan di ipg kampus sarawak, miri, malaysia
Gaya pembelajaran pelajar etnik  penan di ipg kampus sarawak, miri, malaysiaGaya pembelajaran pelajar etnik  penan di ipg kampus sarawak, miri, malaysia
Gaya pembelajaran pelajar etnik penan di ipg kampus sarawak, miri, malaysiamohd zlani
 
Esm641 research methods in education
Esm641 research methods in educationEsm641 research methods in education
Esm641 research methods in educationSayshare
 
Kajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
Kajian Buli Dikalangan Sekolah MenengahKajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
Kajian Buli Dikalangan Sekolah MenengahZuzan Michael Japang
 
Sme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____editedSme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____editedAmie Joan Juanis
 
Sejauhmanakah masalah buli di kalangan pelajar kolej vokasional di negeri pahang
Sejauhmanakah masalah buli di kalangan pelajar kolej vokasional di negeri pahangSejauhmanakah masalah buli di kalangan pelajar kolej vokasional di negeri pahang
Sejauhmanakah masalah buli di kalangan pelajar kolej vokasional di negeri pahangMazlili Suhaini
 
Sikap terhadap sains_dalam_kalangan_pelajar_sains
Sikap terhadap sains_dalam_kalangan_pelajar_sainsSikap terhadap sains_dalam_kalangan_pelajar_sains
Sikap terhadap sains_dalam_kalangan_pelajar_sainsBasikal Tua
 
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolahPonteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolahnikfaiznurfirda
 
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kiniTahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kiniTengku Firdaus
 

What's hot (19)

Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantina
Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantinaJurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantina
Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantina
 
Propasal cuti semester
Propasal cuti semesterPropasal cuti semester
Propasal cuti semester
 
Perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosial
Perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosialPerbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosial
Perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosial
 
Perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosial
Perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosialPerbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosial
Perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosial
 
Group 1 jurang pencapaian dari segi budaya
Group 1 jurang pencapaian dari segi budayaGroup 1 jurang pencapaian dari segi budaya
Group 1 jurang pencapaian dari segi budaya
 
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
 
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di MalaysiaIsu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
 
30.9 masalah disiplin
30.9 masalah disiplin30.9 masalah disiplin
30.9 masalah disiplin
 
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
 
Tesis mama zura
Tesis mama zuraTesis mama zura
Tesis mama zura
 
Gaya pembelajaran pelajar etnik penan di ipg kampus sarawak, miri, malaysia
Gaya pembelajaran pelajar etnik  penan di ipg kampus sarawak, miri, malaysiaGaya pembelajaran pelajar etnik  penan di ipg kampus sarawak, miri, malaysia
Gaya pembelajaran pelajar etnik penan di ipg kampus sarawak, miri, malaysia
 
Esm641 research methods in education
Esm641 research methods in educationEsm641 research methods in education
Esm641 research methods in education
 
Kajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
Kajian Buli Dikalangan Sekolah MenengahKajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
Kajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
 
Sme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____editedSme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____edited
 
Sejauhmanakah masalah buli di kalangan pelajar kolej vokasional di negeri pahang
Sejauhmanakah masalah buli di kalangan pelajar kolej vokasional di negeri pahangSejauhmanakah masalah buli di kalangan pelajar kolej vokasional di negeri pahang
Sejauhmanakah masalah buli di kalangan pelajar kolej vokasional di negeri pahang
 
Budaya sekolah
Budaya sekolahBudaya sekolah
Budaya sekolah
 
Sikap terhadap sains_dalam_kalangan_pelajar_sains
Sikap terhadap sains_dalam_kalangan_pelajar_sainsSikap terhadap sains_dalam_kalangan_pelajar_sains
Sikap terhadap sains_dalam_kalangan_pelajar_sains
 
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolahPonteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah
 
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kiniTahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
 

Similar to Jurang pencapaian matematik (sosial)

Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Rendah
Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah RendahJurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Rendah
Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Rendahikhwankmk92
 
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-intansyafika
 
Kumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengah
Kumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengahKumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengah
Kumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengahIzawati Saat
 
( Group 2) jurang pencapaian matematik murid
( Group 2) jurang pencapaian matematik murid( Group 2) jurang pencapaian matematik murid
( Group 2) jurang pencapaian matematik muridDIHYAUDDIN SAAD
 
Jurg pencapaian murid sek men
Jurg pencapaian murid sek menJurg pencapaian murid sek men
Jurg pencapaian murid sek menCahaya Cita-Cita
 
Sosial memainkan peranan dalam pencapaian matematik?
Sosial memainkan peranan dalam pencapaian matematik?Sosial memainkan peranan dalam pencapaian matematik?
Sosial memainkan peranan dalam pencapaian matematik?Muhammad Affrini Azim Zahari
 
Tugasan 3 - Akses dan Ekuiti
Tugasan 3 - Akses dan EkuitiTugasan 3 - Akses dan Ekuiti
Tugasan 3 - Akses dan EkuitiSYAZWANI IBRAHIM
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Cikgu Nurol
 
Artikel he(DR MOHAMAD-UTeM)
Artikel he(DR MOHAMAD-UTeM)Artikel he(DR MOHAMAD-UTeM)
Artikel he(DR MOHAMAD-UTeM)Sya Rosyada II
 
A rtikel p&p sejarah
A rtikel p&p sejarahA rtikel p&p sejarah
A rtikel p&p sejarahUmmadevi
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifammart852
 
Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap MatematikSikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap MatematikPuspachacha89
 
Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...
Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...
Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 

Similar to Jurang pencapaian matematik (sosial) (20)

Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Rendah
Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah RendahJurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Rendah
Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Rendah
 
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Kumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengah
Kumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengahKumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengah
Kumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengah
 
( Group 2) jurang pencapaian matematik murid
( Group 2) jurang pencapaian matematik murid( Group 2) jurang pencapaian matematik murid
( Group 2) jurang pencapaian matematik murid
 
Jurg pencapaian murid sek men
Jurg pencapaian murid sek menJurg pencapaian murid sek men
Jurg pencapaian murid sek men
 
Sosial memainkan peranan dalam pencapaian matematik?
Sosial memainkan peranan dalam pencapaian matematik?Sosial memainkan peranan dalam pencapaian matematik?
Sosial memainkan peranan dalam pencapaian matematik?
 
Bab 5.1
Bab 5.1Bab 5.1
Bab 5.1
 
Tugasan 3 - Akses dan Ekuiti
Tugasan 3 - Akses dan EkuitiTugasan 3 - Akses dan Ekuiti
Tugasan 3 - Akses dan Ekuiti
 
Kajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakatKajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakat
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
 
Artikel he(DR MOHAMAD-UTeM)
Artikel he(DR MOHAMAD-UTeM)Artikel he(DR MOHAMAD-UTeM)
Artikel he(DR MOHAMAD-UTeM)
 
A rtikel p&p sejarah
A rtikel p&p sejarahA rtikel p&p sejarah
A rtikel p&p sejarah
 
Tesis
Tesis Tesis
Tesis
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatif
 
Paper_Jaflus
Paper_JaflusPaper_Jaflus
Paper_Jaflus
 
Seminar penglibatan ibubapa
Seminar penglibatan ibubapaSeminar penglibatan ibubapa
Seminar penglibatan ibubapa
 
Perbezaan pencapaian matematik lelaki dan perempuan
Perbezaan pencapaian matematik lelaki dan perempuanPerbezaan pencapaian matematik lelaki dan perempuan
Perbezaan pencapaian matematik lelaki dan perempuan
 
Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap MatematikSikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
 
Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...
Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...
Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...
 

More from Nurul Atiyah

Jurang pencapaian matematik (budaya)
Jurang pencapaian matematik (budaya)Jurang pencapaian matematik (budaya)
Jurang pencapaian matematik (budaya)Nurul Atiyah
 
Jurang pencapaian matematik murid (lokaliti)
Jurang pencapaian matematik murid (lokaliti)Jurang pencapaian matematik murid (lokaliti)
Jurang pencapaian matematik murid (lokaliti)Nurul Atiyah
 
Kepercayaan pelajar
Kepercayaan pelajarKepercayaan pelajar
Kepercayaan pelajarNurul Atiyah
 
Pengetahuan isi kandungan pedagogi (PCK)
Pengetahuan isi kandungan pedagogi (PCK)Pengetahuan isi kandungan pedagogi (PCK)
Pengetahuan isi kandungan pedagogi (PCK)Nurul Atiyah
 
Penggunaan teknologi & pdp 2
Penggunaan teknologi & pdp 2Penggunaan teknologi & pdp 2
Penggunaan teknologi & pdp 2Nurul Atiyah
 
Penggunaan teknologi & pdp
Penggunaan teknologi & pdpPenggunaan teknologi & pdp
Penggunaan teknologi & pdpNurul Atiyah
 
Penggunaan teknologi dan PdP matematik.
Penggunaan teknologi dan PdP matematik.Penggunaan teknologi dan PdP matematik.
Penggunaan teknologi dan PdP matematik.Nurul Atiyah
 
Pentaksiran matematik di sekolah.
Pentaksiran matematik di sekolah.Pentaksiran matematik di sekolah.
Pentaksiran matematik di sekolah.Nurul Atiyah
 
Radical and exponents (2)
Radical and exponents (2)Radical and exponents (2)
Radical and exponents (2)Nurul Atiyah
 

More from Nurul Atiyah (11)

Jurang pencapaian matematik (budaya)
Jurang pencapaian matematik (budaya)Jurang pencapaian matematik (budaya)
Jurang pencapaian matematik (budaya)
 
Jurang pencapaian matematik murid (lokaliti)
Jurang pencapaian matematik murid (lokaliti)Jurang pencapaian matematik murid (lokaliti)
Jurang pencapaian matematik murid (lokaliti)
 
Kepercayaan pelajar
Kepercayaan pelajarKepercayaan pelajar
Kepercayaan pelajar
 
Kepercayaan guru
Kepercayaan guruKepercayaan guru
Kepercayaan guru
 
Kualiti guru
Kualiti guruKualiti guru
Kualiti guru
 
Pengetahuan isi kandungan pedagogi (PCK)
Pengetahuan isi kandungan pedagogi (PCK)Pengetahuan isi kandungan pedagogi (PCK)
Pengetahuan isi kandungan pedagogi (PCK)
 
Penggunaan teknologi & pdp 2
Penggunaan teknologi & pdp 2Penggunaan teknologi & pdp 2
Penggunaan teknologi & pdp 2
 
Penggunaan teknologi & pdp
Penggunaan teknologi & pdpPenggunaan teknologi & pdp
Penggunaan teknologi & pdp
 
Penggunaan teknologi dan PdP matematik.
Penggunaan teknologi dan PdP matematik.Penggunaan teknologi dan PdP matematik.
Penggunaan teknologi dan PdP matematik.
 
Pentaksiran matematik di sekolah.
Pentaksiran matematik di sekolah.Pentaksiran matematik di sekolah.
Pentaksiran matematik di sekolah.
 
Radical and exponents (2)
Radical and exponents (2)Radical and exponents (2)
Radical and exponents (2)
 

Recently uploaded

Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 

Recently uploaded (8)

Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 

Jurang pencapaian matematik (sosial)

  • 1. SME 3023 : TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES TUGASAN 2 : INDIVIDU - PENULISAN TENTANG ISU DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK PROGRAM NURUL ATIYAH BINTI RIPIN D20111048011 AT 14 PENSYARAH : DR. MAZLINI BINTI ADNAN KUMPULAN : KUMPULAN A Tarikh : 26 MAC 2015 Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Rendah Atau Sekolah Menengah Dari Segi Sosial
  • 2. ISI KANDUNGAN Bil. Perkara Muka surat 1.0 2.0 3.0 4.0 Pengenalan Definisi Isu-isu perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosial 3.1 Isu jantina 3.2 Isu status sosioekonomi 3.3 Isu hubungan kekeluargaan 3.4 Isu konsep kendiri Penutup Rujukan 1-2 2 3-4 5-7 8 9-10 10 11-12
  • 3. PENGENALAN Berdasarkan Pelan Hala Tuju Transformasi Kerajaan, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia ada berkata mengenai keutamaan Kerajaan dan Kementerian Pelajaran untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan bekemampuan. Hasrat kerajaan untuk mempertingkat standard pendidikan sedia ada supaya setanding dengan negara – negara maju di persada antarabangsa dengan memastikan jurang pendidikan dirapatkan. Pendidikan memainkan peranan utama dalam memperkukuh daya saing negara dan membina 1Malaysia. Sebagai contoh, bagi menyumbang ke arah gagasan 1Malaysia, status sekolah kebangsaan perlu dipertingkatkan menjadi sekolah pilihan utama rakyat Malaysia. Oleh itu, dalam mengorak langkah kepada satu pembaharuan dalam Sistem Pendidikan sedia ada sasaran yang dirancang perlulah dicapai dengan kerjasama daripada para ibu bapa, guru dan pentadbir sekolah memberi sokongan dan bantuan serta sanggup bekerja untuk menjadikan impian ini satu kenyataan. Penulisan isu ini untuk membincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau menengah dari segi sosial. Tujuan penulisan ini dilaksanakan adalah agar warga pendidik dapat mengetahui perbezaan pencapaian matematik dari segi kumpulan sosial. Oleh itu, warga pendidik dapat merapatkan jurang pencapaian pelajar yang berbeza sejarah dan latar belakang sosialnya. Kelas sosial para pelajar sering dikaitkan dengan kelakuan dan pencapaian para pelajar di sekolah. Terdapat beberapa kajian mengenai perbezaan pencapaian pelajar. Mengikut Boocock (1972) dalam buku ‘ Sociology of learning’ menyatakan pengaruh-pengaruh dalam pencapaian akademik seseorang murid termasuklah pengaruh persekitaran sosial keluarga. Kajian-kajian dalam tahun-tahun yang lepas seperti Hess & Shipman (1965) mendapati dalam masyarakat terdapat amalan budaya yang berbeza dalam kalangan institusi
  • 4. sosial seperti keluarga dalam masyarakat dan sosialisasi keluarga mempengaruhi proses pendidikan anak-anak mereka. Coleman (1966) memperlihatkan peluang-peluang pendidikan yang sama tidak wujud dalam kalangan ahli masyarakat di Amerika Syarikat terutama orang yang beruntung dan yang kurang mempunyai keberuntungan. Terdapat juga isu-isu sosial lain yang mempengaruhi jurang pencapaian matematik murid sekolah seperti status sosioekonomi, pengaruh rakan sebaya, jantina, sekolah, guru dan halangan bahasa . DEFINISI Pencapaian bermaksud apa yang telah dicapai atau prestasi (Kamus Dewan, 2005). Akademik pula berkaitan dengan akademi (pusat pengajian tinggi) dan mengandungi ilmu pengetahuan yang tinggi. Dengan kata yang lain, pencapaian akademik lebih kepada gred yang diperolehi oleh seseorang pelajar dalam peperiksaan yang diduduki. Manakala, berdasarkan Kamus Dewan Edisi ke-Tiga, pencapaian dikatakan sebagai sesuatu yang telah dicapai (dihasilkan atau diperoleh) atau prestasi. Manakala Matematik, menurut Bhasah Hj. Abu Bakar (2002), Matematik mengandungi unsur-unsur yang utama iaitu simbolnya (seperti nombor, titik garisan, bentuk) dan bahasa Matematik serta prinsip, hukum, teorem dan peraturan-peraturan matematik yang digunakan untuk menjalankan operasinya. Matematik selalunya didefinisikan sebagai pembelajaran/kajian mengenai corak struktur, perubahan dan ruang, atau dengan kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah kepada bahasa perbualan dan penulisan, dengan kosa kata dan tatabahasa yang sangat jelas, untuk menghurai dan mendalami hubungan fizikal dan konsep. Matematik juga adalah badan ilmu berpusat pada konsep-konsep ibarat kuantiti, struktur, ruang, dan perubahan, dan disiplin kajian-kajian ilmiah berkaitan dengannya.
  • 5. Isu jantina Rajah di atas menunjukkan keputusan peperiksaan, kadar keciciran, dan kadar enrolmen tertiari mengikut gender. Didapati jurang gender adalah signifikan dan meningkat. Murid perempuan tekal mengatasi murid lelaki. Perbezaan prestasi telah mula ketara dalam UPSR dan meningkat sepanjang laluan akademik murid. Jurang peratus GPS perempuan dan lelaki didapati semakin meningkat dari tahun 2006 sehingga 2011 bagi peperiksaan UPSR. Peperiksaan PMR juga menunjukkan peningkatan dari tahun 2006 sehingga 2011 dan hanya menurun pada tahun 2007. Manakala peperiksaan SPM pula menunjukkan peningkatan dan penurunan sepanjang tahun 2006 hingga 2011. Selain itu, murid lelaki lebih berkemungkinan tercicir, menyebabkan nisbah lelaki kepada perempuan bagi sesuatu kohort berkurangan dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi tahun 2011. Bagi kadar enrolmen tertiari mengikut gender didapati enrolmen tertiari pelajar lelaki lebih rendah pada tahun 2011.
  • 6. Menurut sumber dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), temu bual dengan ibu bapa, guru dan pengetua/guru besar mendapati bahawa sesetengah murid lelaki menghadapi kesukaran menguasai kurikulum akademik arus perdana, dan mungkin akan mendapat manfaat daripada akses yang lebih kepada latihan vokasional atau kerja kursus berbentuk aplikasi. Walau bagaimanapun, kekurangan tempat di kolej teknik dan vokasional menghalang berlakunya perkara ini. Masalah ini bertambah rumit apabila murid lelaki daripada keluarga miskin juga lebih berkemungkinan tercicir daripada sekolah untuk mula bekerja awal bagi menyara keluarga. Kadar keciciran yang lebih tinggi dan prestasi akademik yang lebih rendah dalam kalangan murid membimbangkan Kementerian. Remaja terpinggir merupakan punca ketidakstabilan sosial dan politik, seperti yang dilihat di serata dunia sejak kebelakangan ini. Penting bagi Malaysia mencari penyelesaian untuk meningkatkan pelibatan remaja lelaki dalam pendidikan bagi memastikan mereka menjadi sumber modal insan yang bernilai. Terdapat juga kajian luar negara oleh Tinklin (2003) untuk melihat pencapaian akademik cemerlang dari segi jantina remaja lelaki dan perempuan. Pencapaian akademik cemerlang di sini merujuk kepada kebolehan seseorang mendapat lebih daripada empat higher grade passes iaitu A ke C yang merupakan syarat minimum untuk melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi. Sampel adalah berjumlah 3107 orang dan mereka terdiri daripada pelajar-pelajar yang meninggalkan sekolah menengah pada tahun 1994 di seluruh Scotland. Daripada dapatan kajian, boleh dilihat terdapat lebih banyak pelajar perempuan daripada pelajar lelaki yang meninggalkan sekolah dengan mendapat keputusan lebih daripada empat higher grade passes' pada tahun 1994. Kajian ini juga menunjukkan pelajar perempuan telah dapat mencapai pencapaian akademik cemerlang tanpa dipengaruhi oleh jenis latar belakang keluarga. Lebih ramai pelajar perempuan yang bertekad untuk melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian.
  • 7. Isu status sosioekonomi Peranan yang dimainkan oleh status sosioekonomi dalam proses pembelajaran serta pencapaian akademik telah banyak dibincangkan dalam kajian sosiologi, pendidikan dan ekonomi. Marzano (2003) mengatakan status sosioekonomi keluarga telah dianggap sebagai salah satu peramal yang terbaik untuk pencapaian akademik oleh pengkaji pendidikan, pendidik dan masyarakat umum sejak beberapa dekad yang lalu. Rajah di atas menunjukkan taburan populasi murid yang menerima Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) pada tahun 2011. Hasil mendapati bahawa sekolah lemah iaitu sekolah yang mendapat band 6 dan 7 adalah sekolah yang terdiri daripada 2/3 murid yang menerima KWAPM. Golongan yang menerima KWAPM ini merupakan golongan yang kurang berkemampuan dan mempunyai sosioekonomi yang rendah. Situasi ini menunjukkan bahawa pencapaian murid dipengaruhi oleh sosioekonomi mereka. Inilah isu yang diutarakan
  • 8. dalam PPPM (2012) berkenaan status sosioekonomi yang terus memberi impak besar buat murid. Berdasarkan kajian-kajian lepas, indikator yang paling biasa digunakan untuk mengukur status sosioekonomi termasuk pendapatan ibu bapa, tahap pendidikan ibu bapa serta pekerjaan ibu bapa (Gonzalez, 2001). Faktor sosioekonomi : pendidikan ibu bapa, tingkat pendapatan ibu dan bapa serta peralatan dan kemudahan. Heng (2000) telah menjalankan satu kajian dengan tujuan untuk meninjau sejauh manakah faktor status sosioekonomi keluarga dan sikap pelajar-pelajar dapat mempengaruhi pencapaian akademik mereka. Faktor status sosioekonomi telah diukur berdasarkan tahap pendidikan ibu bapa, tingkat pendapatan ibu dan bapa serta peralatan dan kemudahan yang disediakan di rumah untuk pembelajaran. Instrumen yang digunakan untuk faktor sikap telah diubahsuaikan oleh pengkaji dari Attitude Toward Economics dan Sandman Mathematics Attitude Inventory (Sandman, 1973). Keputusan Peperiksaan Menengah Rendah sampel telah dijadikan ukuran untuk pencapaian akademik. Sampel kajian adalah terdiri daripada pelajar Tingkatan 4 dari aliran sains dan sastera dari empat buah sekolah menengah di Melaka. Sampel datang dari pelbagai latar belakang etnik dan status sosioekonomi. Keputusan kajian mendapati ibu dan bapa yang berpendidikan tinggi mempunyai anak-anak yang mendapat pencapaian akademik yang tinggi juga. Ibu dan bapa yang mempunyai tahap pendidikan yang rendah pula, anak-anak mendapat pencapaian akademik yang rendah juga. Sampel-sampel yang berasal dari keluarga yang berpendapatan tinggi, menunjukkan tahap pencapaian akademik yang tinggi, manakala sampel-sampel dari keluarga yang berpendapatan rendah menunjukkan tahap pencapaian akademik yang rendah. Sampel sampel yang berpencapaian akademik tinggi mempunyai banyak peralatan dan kemudahan di rumah yang dapat
  • 9. membantu mereka dalam proses pembelajaran. Sampel-sampel yang berpencapaian akademik rendah biasanya kurang mempunyai peralatan dan kemudahan di rumah yang dapat membantu mereka. Tian (2006) telah menjalankan satu kajian untuk melihat kesan faktor latar belakang keluarga ke atas pencapaian Matematik. Sampel adalah terdiri daripada 1454 orang pelajar Gred 10, Gred 11 dan Gred 12 dari tiga puluh lima buah sekolah menengah di Kanada. Hasil kajian mendapati status sosioekonomi bapa memberi kesan yang positif dan signifikan ke atas pencapaian Matematik Gred 10, Gred 11 dan Gred 12 manakala status sosioekonomi ibu tidak. Status sosioekonomi bapa memberi kesan yang lebih kuat ke atas pencapaian Matematik berbanding dengan status sosioekonomi ibu pada peringkat sekolah menengah. Dari segi pendidikan ibu bapa, keputusan kajian mendapati kelayakan akademik ibu bapa pelajar mempunyai hubungan dengan keputusan TIMSS. Korelasi ibu bapa yang berkelayakan universiti dengan keputusan TIMSS ialah r = .35 manakala antara ibu bapa yang berkelayakan sekolah rendah ialah r = - .59. Semakin tinggi kelayakan akademik ibu bapa semakin baik pencapaian akademik. Dapatan kajian ini dipersetujui oleh Yang (2003) yang menyatakan bahawa status sosioekonomi keluarga mempunyai hubungan yang positif dengan pencapaian akademik. Berdasarkan hasil kajiannya, didapati korelasi antara status sosioekonomi keluarga dengan pencapaian akademik individu adalah r = .30.
  • 10. Isu hubungan kekeluargaan Kajian Yap (2000) juga bertujuan untuk melihat hubungan antara penglibatan ibu bapa dan status sosioekonomi dengan pencapaian akademik pelajar-pelajar Tingkatan 4. Sampel untuk kajian ini adalah terdiri daripada 100 orang pelajar perempuan Tingkatan 4. 40 orang sampel adalah berpencapaian akademik baik manakala 60 orang sampel lagi adalah mereka yang kurang memuaskan dalam pencapaian akademik. Semua sampel berasal dari sebuah sekolah yang sama di Daerah Petaling. Aspek pencapaian akademik telah dikelaskan berdasarkan keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Sampel yang mendapat semua A dalam semua subjek yang diambil dikategorikan sebagai sampel berpencapaian akademik baik. Sampel yang kurang memuaskan pencapaian akademik adalah mereka yang mendapat gred C dan D dalam PMR. Pekerjaan bapa sampel telah digunakan untuk menentukan status sosioekonomi sampel. Dapatan kajian yang Yap (2000) memperolehi adalah selaras dengan hasil Heng (2000) kerana didapati sampel-sampel yang mempunyai ibu bapa yang lebih melibatkan diri dalam pembelajaran mendapat pencapaian akademik yang lebih baik berbanding dengan mereka yang mempunyai ibu bapa kurang melibatkan diri. Faktor penglibatan ibu bapa adalah lebih signifikan daripada faktor status sosioekonomi dalam menentukan pencapaian akademik dalam kajian ini. Kajian Fluty (1997) yang melihat hubungan antara gaya keibubapaan penjaga tunggal dan pencapaian Matematik remaja juga memperoleh hasil kajian yang sama dengan Tian (2006). Kajian Fluty (1997) melibatkan 3000 remaja dari keluarga berpenjaga tunggal. Keputusan kajian mendapati remaja yang tinggal bersama dengan bapa mendapat pencapaian Matematik yang lebih baik berbanding dengan mereka yang tinggal bersama dengan ibu.
  • 11. Isu konsep kendiri Konsep kendiri adalah persepsi seseorang tentang dirinya. Persepsi ini terbentuk melalui pengalamannya dengan persekitaran dan dipengaruhi terutamanya oleh peneguhan persekitaran (reinforcement environmental) dan orang yang signifikan dalam persekitaran (Shavelson et al., 1976). Konsep kendiri akademik adalah persepsi keseluruhan seseorang individu dalam konteks akademik. Menurut Brookover (1959), konsep kendiri akademik didefinisikan sebagai penilaian seseorang individu terhadap kebolehannya untuk membelajari dalam konteks sekolah berbanding dengan rakan-rakan sebaya lain di sekolah. Pelajar yang berasa positif tentang dirinya dalam kehidupan secara keseluruhan akan lebih berkompeten dalam domain yang spesifik seperti akademik. Seseorang individu mempunyai persepsi yang positif dalam aspek akademik, semakin tinggi motivasinya untuk melengkapkan tugasan akademik. Aspek motivasi yang tinggi akan membolehkan individu itu memperoleh pencapaian akademik yang baik. Model kesan dua hala yang diuji menggunakan sampel pelajar sekolah menengah juga telah dijalankan oleh Van Damme et al. (2004). Kajian longitudinal ini mengambil masa sepuluh tahun. Sampel kajian terdiri daripada 6411 orang pelajar dari 59 sekolah menengah di Belgium. Hasil kajian menyokong hipotesis bahawa konsep kendiri akademik dan pencapaian akademik berhubung secara signifikan. Analisis regresi menunjukkan bahawa konsep kendiri akademik pada akhir Gred 1 merupakan peramal kepada pencapaian akademik yang seterusnya tetapi kekuatan ramalan ini adalah lemah. Peramal yang lebih kuat kepada pencapaian akademik ialah tahap pencapaian akademik sebelumnya dan juga tahap kepintaran seseorang. Kajian ini juga melaporkan bahawa pencapaian akademik dapat meramal konsep kendiri yang seterusnya dengan signifikan walaupun pencapaian akademik
  • 12. bukan merupakan peramal yang utama. Peramal utama untuk konsep kendiri akademik ialah konsep kendiri akademik sebelumnya. Penutup Kesimpulannya, warga pendidik perlulah berusaha untuk mengurangkan jurang perbezaan pencapaian pelajar supaya wujudnya keseimbangan dalam prestasi akademik pelajar. Isu yang diberi penekanan oleh kementerian melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia perlulah dititik beratkan supaya faktor-faktor berlakunya jurang perbezaan pencapaian pelajar dari segi sosial ini dapat diatasi. Sistem pendidikan negara kita mengalami perubahan kepada pendekatan yang lebih bertepatan dengan keperluan setempat. Perubahan ini memberi kesan langsung terhadap perkembangan pendidikan yang selaras dengan era globalisasi yang melibatkan semua peringkat sekolah seperti sekolah rendah, menengah dan juga institusi tinggi. Apa yang pasti, jurang pendidikan masih berlaku dan akan dapat dikurangkan dengan penyediaan asas secara berterusan dan pada masa yang sama, kementerian perlu merancang untuk melonjak sistem pendidikan ketahap yang lebih tinggi supaya masalah ini dapat diatasi. Hal ini demikan kerana kemajuan sesebuah negara sama ada dari segi teknologi ataupun ekonomi amat bergantung kepada generasi muda yang mempunyai keseimbangan dari aspek intelek, jasmani, rohani dan emosi .
  • 13. RUJUKAN Brookover, W. B. (1959). A social psychological conception of classroom learning. School and Society, 87, 84-87. Boocock, S. (1972). An introduction to the sociology of learning. Boston:Houghton Mifflin Company. Bhasah Abu Bakar.(2009). Pencapaian dan penguasaan konsep dalam Matematik peringkat SPM. Diperoleh pada Mac 11, 2011, daripada http://bhasahabubakar.blogspot.com/ 2009/05/pencapaian-dan-penguasaan-konsep-dalam.html Coleman J.S. et. al. (1966). Equality of educational opportunity. Washington, D.C. US : Government Printer Office. Fluty, D. (1997). Single parenting in relation to adolescents’ achievement scores Research Center for Family and Children, 6, 4-8. Gonzalez, V. (2001). The role of socioeconomic and sociocultural factors in language- minority children’s development: An ecological research view. BilingualResearch Journal, 25, 1-30. Hess, R.D. & Shipman, V. (1965). Early experience and the socialization of cognitive modes in children. Child Development, 36:1018-1036. Heng, G. W. (2000). Pengaruh status sosioekonomi keluarga dan sikap pelajar terhadap pencapaian akademik: Satu kajian di Melaka. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan, Universiti Malaya. Kamus Dewan (edisi keempat) (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (2012). Diperoleh pada Mac 19, 2015 daripada http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-ExecSummary- BM.pdf Marzano, R. J. (2003). What works in schools: Translating research into action. Association for supervision and Curriculum Development, USA. Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (2010). Diperoleh pada Mac 19, 2015 daripada http://www.pmo.gov.my/GTP/documents/Pelan%20Hala%20Tuju%20GTP/Pelan%2 0Hala%20Tuju%20GTP_Bab08.pdf Tinklin, T. (2003). Gender differences and high attainment. British Educational Research Journal, 29, 307-324.
  • 14. Tian, M. (2006). A quantile regression analysis of family background factor effects on Mathematical achievement. Journal of Data Science, 4, 461 -478. Van Damme, J., Opdenekker, M-C., De Fraine, B., & Mertens, W. (2004). Academic self- concept and academic achievement: Cause and effect. Dapat pada Disember 25, 2007 dari laman web Self Research Centre University of Western Sydney, Autralia: http://www.uws.edu.au/conferences/2004 Yap, Y. F. (2000). Hubungan antara penglibatan ibu bapa dan status sosioekonomi dengan pencapaian akademik. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan, Universiti Malaya. Yang, Y. (2003). Dimensions of socio-economic status and their relationship to Mathematics and Science achievement at individual and collective levels. Scandinavian Journal of Educational Research, 47(1), 21-41.