SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
Ruby : Baru-baru ini, saya telah mendapat tahu serba sedikit tentang adat
resam dalam aspek kelahiran untuk kaum Iban.
Kee : Apakah adat resam yang mereka amalkan?
Ruby : Dalam tempoh 7 bulan sewaktu mengandung, wanita Iban dan
suaminya telah dikenakan pelbagai pantang larang seperti dilarang
menggali parit di kawasan padi atau di mana-mana sahaja. Mereka
dilarang memotong pokok yang menjalar di atas tanah, kerana merek
bimbang bahawa ini akan menghalang pendarahan yang berterusan
semasa melahirkan anak.
Rowena : Selain itu, saya juga tahu bahawa Wanita yang mengandung dilarang
menuang minyak ke atas tapak tangan untuk disapu pada rambut
supaya bayi yang bakal lahir tidak akan bernanah. Kedua, suami isteri
tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisau atau kayu kerana
dikhuatiri bayi itu akan cacat penglihatan.
Pei Woon : Saya juga pernah terbaca artikel yang menyatakan bahawa wanita
Iban yang mengandung serta suaminya tidak boleh menanam pokok
pisang supaya si bayi tidak berkepala besar. Mereka tidak boleh
memikul batu-bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi akan
lumpuh. Mereka tidak boleh membawa kura-kura ke dalam bilik
supaya bayi tidak tersekat di dalam rahim semasa dilahirkan.
Kee : Setahu saya, kaum Iban juga mempunyai beberapa adat yang perlu
diamalkan semasa menyambut kelahiran bayi. Antaranya adalah adat
yang dikenali sebagai “pontong”. Dalam masyarakat Iban, sebaik
sahaja bayi dilahirkan, buluh yang dipanggil Pontong akan dipalu
untuk memanggil jiran-jiran. Selain pontong, tembakan senapang juga
turut digunakan.
Rowena : Selain itu, kaum Iban juga mengamalkan adat potong tali pusat dan
berurut. Sejurus selepas bayi dilahirkan, tali pusatnya akan segera
dipotong dan bayi akan dimandikan. Seterusnya bayi dibedung
dengan kain Pua Kumbu atau selimut yang ditenun cantik. Ketika
bersalin, si isteri akan dibantu oleh seorang bidan dan dia akan
memastikan ibu dan bayi dalam keadaan baik dan teratur. Seterusnya
badan si ibu akan diurut oleh bidan bertujuan untuk menghilangkan
rasa sengal-sengal badan akibat bersalin tadi. Selepas diurut, badan
si ibu akan diusap pula dengan ubat yang diperbuat daripada halia
dan entemu yang dibalut dengan tekalung, sejenis kain yang dibuat
daripada kulit kayu.
Ruby : Manakala selepas bersalin, Wanita Iban akan berpantang selama tiga
puluh hari selepas melahirkan anak. Dalam tempoh itu, ibu akan diberi
makan nasi dan ikan salai atau ikan kering yang kadang-kadang
dicampur dengan pucuk paku dan buah pulur. Semua makanan
tersebut pula perlu dicampurkan dengan halia atau air rebusan halia
supaya dapat memanaskan badan.
Pei Woon : Amalan yang dipanggil sebagai berdiang atau bersalai perlu dijalani
oleh wanita kaum Iban selepas bersalin. si ibu perlu duduk dekat
dengan unggun api. Kayu yang digunakan untuk unggun api ini
mestilah dari jenis kayu yang baik. Antara jenis kayu yang lazim
digunkan ialah kayu malam, manding atau langsat. Kayu-kayu ini juga
dikatakan mampu menyembuhkan penyakit ibu yang baru bersalin.
Jika kayu yang digunakan untuk berdiang tersebut basah atau dari
jenis beracun, dibimbangi asapnya akan memudaratkan si ibu dan
bayi. Si ibu perlu berdiang atau bersalai selama empat puluh satu
hari. Dalam tempoh itu, si ibu perlu menggariskan kapur pada tiang
atau dinding rumah untuk menghitung hari kelahiran. Kesihatan si ibu
dianggap pulih seperti sediakala apabila selesai menjalani adat-adat
ini.
Kee : Seterusnya, ketika bayi berusia 4 hari dan sudah tanggal pusat, adat
melihat matahari atau merasa garam perlu dijalankan. Bayi tersebut
akan dibawa oleh nenek atau saudara perempuannya ke tanju atau
luar anjung untuk melihat matahari sambil mulut bayi tersebut
dirasakan dengan garam. Pada masa itu juga, doa atau mentera
dibacakan agar kesihatan bayi sentiasa terpelihara.
Rowena : Kaum Iban begitu mementingkan adat memberi nama kepada anak-
anak mereka yang baru lahir. Ini kerana, nama yang baik dan elok
mempunyai kesan ke atas masa hadapan kanak-kanak tersebut.
Lazimnya sebelum memberi nama yang rasmi, anak-anak kaum Iban
akan diberi nama timangan. Bayi yang baru lahir itu seterusnya akan
diberi nama sempena nama salah seorang daripada nenek
moyangnya yang pernah berjasa dan handal. Tujuannya supaya bayi
itu akan mewarisi jasa serta mengikut jejak langkah nenek
moyangnya itu. Seterusnya upacara memilih nama akan dijalankan di
mana kepalan nasi akan diletak di atas papan yang tertulis nama-
nama yang dipilih itu. Kemudian seekor ayam akan dilepaskan untuk
membuat pilihan dan ini dikenali sebagai Manok Tawai. Kepalan nasi
yang dipatuk oleh ayam tersebut akan menjadi pilihan untuk
menamakan bayi tersebut. Kemudian barulah nama itu dihebohkan
kepada saudara mara yang terdekat.
Pei Woon : Selepas dinamakan, bayi akan menjalankan upacara mandi sungai. Ia
dijalankan semasa bayi itu berumur satu bulan dan adat ini dijalankan
bagi membiasakan bayi dengan air sungai. Dua orang lelaki akan
membawa seekor ayam dan panji-panji. Kebiasaannya mereka ini
ditugaskan membaca mentera dan menetak air sungai. Dua orang
perempuan pula akan mengiringi lelaki tersebut. Seorang akan
membawa ancak dan seorang lagi mengendong bayi. Bayi tersebut
dipakaikan kain pua belantan dan kumpulan itu akan diikuti pula oleh
orang ramai. Ketika ini doa atau mentera dibaca meminta supaya bayi
itu menjadi orang yang sempurna dan berguna.

More Related Content

What's hot

Adat Resam Orang Cina
Adat Resam Orang CinaAdat Resam Orang Cina
Adat Resam Orang Cinanur fara
 
Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)
Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)
Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)Engku Fatin
 
Script forum bi
Script forum biScript forum bi
Script forum biirna zuzy
 
Perayaan deepavali
Perayaan deepavaliPerayaan deepavali
Perayaan deepavaliAzliah Maya
 
Budaya Kaum India
Budaya Kaum IndiaBudaya Kaum India
Budaya Kaum Indiacikalyani
 
Adat resam iban, melanau, bidayuh
Adat resam iban, melanau, bidayuhAdat resam iban, melanau, bidayuh
Adat resam iban, melanau, bidayuhIda Ayuni
 
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan IslamZaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan IslamEzad Azraai Jamsari
 
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUBAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUZakira Hafizah
 
Adat temengung dan adat perpatih
Adat temengung dan adat perpatihAdat temengung dan adat perpatih
Adat temengung dan adat perpatihnelson fredoline
 
Adat dalam masyarakat malaysia dan
Adat dalam masyarakat malaysia danAdat dalam masyarakat malaysia dan
Adat dalam masyarakat malaysia danTika Daud
 
Topik 2 konsep etika dan peradaban
Topik 2 konsep etika dan peradabanTopik 2 konsep etika dan peradaban
Topik 2 konsep etika dan peradabanSharifahNurAbu
 
Makanan tradisional kaum cina
Makanan tradisional kaum cinaMakanan tradisional kaum cina
Makanan tradisional kaum cinaIskandar Abbas
 
Perkahwinan tradisional masyarakat cina
Perkahwinan tradisional masyarakat cinaPerkahwinan tradisional masyarakat cina
Perkahwinan tradisional masyarakat cinaJenChing Teoh
 
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)Nursyuhadah Rahwi
 
17 nilai murni yang utama
17 nilai murni yang utama17 nilai murni yang utama
17 nilai murni yang utamaMARTIN JANTAI
 
Peranan majlis raja raja
Peranan majlis raja rajaPeranan majlis raja raja
Peranan majlis raja rajaamiraaa96
 

What's hot (20)

Adat Resam Orang Cina
Adat Resam Orang CinaAdat Resam Orang Cina
Adat Resam Orang Cina
 
Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)
Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)
Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)
 
Script forum bi
Script forum biScript forum bi
Script forum bi
 
Perayaan deepavali
Perayaan deepavaliPerayaan deepavali
Perayaan deepavali
 
Adat resam kaum
Adat resam kaumAdat resam kaum
Adat resam kaum
 
Budaya Kaum India
Budaya Kaum IndiaBudaya Kaum India
Budaya Kaum India
 
Adat resam iban, melanau, bidayuh
Adat resam iban, melanau, bidayuhAdat resam iban, melanau, bidayuh
Adat resam iban, melanau, bidayuh
 
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan IslamZaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
 
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUBAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
 
Adat temengung dan adat perpatih
Adat temengung dan adat perpatihAdat temengung dan adat perpatih
Adat temengung dan adat perpatih
 
Adat dalam masyarakat malaysia dan
Adat dalam masyarakat malaysia danAdat dalam masyarakat malaysia dan
Adat dalam masyarakat malaysia dan
 
Topik 2 konsep etika dan peradaban
Topik 2 konsep etika dan peradabanTopik 2 konsep etika dan peradaban
Topik 2 konsep etika dan peradaban
 
Makanan tradisional kaum cina
Makanan tradisional kaum cinaMakanan tradisional kaum cina
Makanan tradisional kaum cina
 
Perkahwinan tradisional masyarakat cina
Perkahwinan tradisional masyarakat cinaPerkahwinan tradisional masyarakat cina
Perkahwinan tradisional masyarakat cina
 
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)
 
17 nilai murni yang utama
17 nilai murni yang utama17 nilai murni yang utama
17 nilai murni yang utama
 
Peranan majlis raja raja
Peranan majlis raja rajaPeranan majlis raja raja
Peranan majlis raja raja
 
Piagam Madinah
Piagam MadinahPiagam Madinah
Piagam Madinah
 
Adat resam kaum kadazan dusun
Adat resam kaum kadazan dusunAdat resam kaum kadazan dusun
Adat resam kaum kadazan dusun
 
Pengenalan etika
Pengenalan etikaPengenalan etika
Pengenalan etika
 

Viewers also liked (20)

Adat resam dan pantang larang masyarakat cina
Adat resam dan pantang  larang masyarakat cinaAdat resam dan pantang  larang masyarakat cina
Adat resam dan pantang larang masyarakat cina
 
Edu...pantang larang kadazan dusun...
Edu...pantang larang kadazan dusun...Edu...pantang larang kadazan dusun...
Edu...pantang larang kadazan dusun...
 
SARAWAK
SARAWAKSARAWAK
SARAWAK
 
Kaum iban
Kaum ibanKaum iban
Kaum iban
 
Budaya & adat resam Kaum India
Budaya & adat resam Kaum IndiaBudaya & adat resam Kaum India
Budaya & adat resam Kaum India
 
Adat dan Pantang Larang Kaum Melayu
Adat dan Pantang Larang Kaum MelayuAdat dan Pantang Larang Kaum Melayu
Adat dan Pantang Larang Kaum Melayu
 
Adat kematian kaum kadazan
Adat kematian kaum kadazanAdat kematian kaum kadazan
Adat kematian kaum kadazan
 
Adat kaum cina
Adat kaum cinaAdat kaum cina
Adat kaum cina
 
Pantang larang kaum sabah
Pantang larang kaum sabahPantang larang kaum sabah
Pantang larang kaum sabah
 
Suku kaum murut
Suku kaum murutSuku kaum murut
Suku kaum murut
 
Murut
MurutMurut
Murut
 
Iban culture
Iban cultureIban culture
Iban culture
 
Sarawak
SarawakSarawak
Sarawak
 
28097020 cerita-rakyat-iban-analisis-dari-aspek-sejarah
28097020 cerita-rakyat-iban-analisis-dari-aspek-sejarah28097020 cerita-rakyat-iban-analisis-dari-aspek-sejarah
28097020 cerita-rakyat-iban-analisis-dari-aspek-sejarah
 
Adat Cina
Adat CinaAdat Cina
Adat Cina
 
Kelahiran
KelahiranKelahiran
Kelahiran
 
MZU 3117 Muzik Malaysia - Tarian Ngajat (SEMESTER 5)
MZU 3117 Muzik Malaysia - Tarian Ngajat (SEMESTER 5)MZU 3117 Muzik Malaysia - Tarian Ngajat (SEMESTER 5)
MZU 3117 Muzik Malaysia - Tarian Ngajat (SEMESTER 5)
 
Perkahwinan masyarakat melayu.2pptx
Perkahwinan masyarakat melayu.2pptxPerkahwinan masyarakat melayu.2pptx
Perkahwinan masyarakat melayu.2pptx
 
Nota ringkas budaya
Nota ringkas budayaNota ringkas budaya
Nota ringkas budaya
 
Assignment fonetik bahasa iban
Assignment fonetik bahasa ibanAssignment fonetik bahasa iban
Assignment fonetik bahasa iban
 

Similar to Adat Kelahiran Kaum Iban

Aspek sosial budaya jawa tentang kehamilan, nifas dan bbl
Aspek sosial budaya jawa tentang kehamilan, nifas dan bblAspek sosial budaya jawa tentang kehamilan, nifas dan bbl
Aspek sosial budaya jawa tentang kehamilan, nifas dan bblTyas Mlik Dy S'org
 
EDU 3063 Penulisan etnik bajau serta implikasi kepelbagaian sosiobudaya terha...
EDU 3063 Penulisan etnik bajau serta implikasi kepelbagaian sosiobudaya terha...EDU 3063 Penulisan etnik bajau serta implikasi kepelbagaian sosiobudaya terha...
EDU 3063 Penulisan etnik bajau serta implikasi kepelbagaian sosiobudaya terha...Jat Anasiti
 
Kelompok 1 Psikososial dan Budaya dalam Keperawatan-1.pptx
Kelompok 1 Psikososial dan Budaya dalam Keperawatan-1.pptxKelompok 1 Psikososial dan Budaya dalam Keperawatan-1.pptx
Kelompok 1 Psikososial dan Budaya dalam Keperawatan-1.pptxRachelMaharani4
 
budayapadamasanifas.pptx
budayapadamasanifas.pptxbudayapadamasanifas.pptx
budayapadamasanifas.pptxlailatulhusni1
 
5 suku bangsa terbesar yang berasal dari pulau sumatera barat
5 suku bangsa terbesar yang berasal dari pulau sumatera barat5 suku bangsa terbesar yang berasal dari pulau sumatera barat
5 suku bangsa terbesar yang berasal dari pulau sumatera baratFalisha Asyifa
 
Aspek Sosial Budaya Persalinan
Aspek Sosial Budaya PersalinanAspek Sosial Budaya Persalinan
Aspek Sosial Budaya Persalinanevianamsaputri
 
Hasriantirisna_9 April 2022_ Praktik Kebidanan Yang Sensitive Budaya.pptx
Hasriantirisna_9 April 2022_ Praktik Kebidanan Yang Sensitive Budaya.pptxHasriantirisna_9 April 2022_ Praktik Kebidanan Yang Sensitive Budaya.pptx
Hasriantirisna_9 April 2022_ Praktik Kebidanan Yang Sensitive Budaya.pptxAAsmaSaad1
 
Agama Hindu
Agama HinduAgama Hindu
Agama Hinduwk_aiman
 
antropologi dan kaebudayaan dasar
antropologi dan kaebudayaan dasarantropologi dan kaebudayaan dasar
antropologi dan kaebudayaan dasarhesti kusdianingrum
 

Similar to Adat Kelahiran Kaum Iban (20)

Aspek sosial budaya jawa tentang kehamilan, nifas dan bbl
Aspek sosial budaya jawa tentang kehamilan, nifas dan bblAspek sosial budaya jawa tentang kehamilan, nifas dan bbl
Aspek sosial budaya jawa tentang kehamilan, nifas dan bbl
 
Adat kelahiran PBS Sejarah
Adat kelahiran PBS SejarahAdat kelahiran PBS Sejarah
Adat kelahiran PBS Sejarah
 
EDU 3063 Penulisan etnik bajau serta implikasi kepelbagaian sosiobudaya terha...
EDU 3063 Penulisan etnik bajau serta implikasi kepelbagaian sosiobudaya terha...EDU 3063 Penulisan etnik bajau serta implikasi kepelbagaian sosiobudaya terha...
EDU 3063 Penulisan etnik bajau serta implikasi kepelbagaian sosiobudaya terha...
 
Kelompok 1 Psikososial dan Budaya dalam Keperawatan-1.pptx
Kelompok 1 Psikososial dan Budaya dalam Keperawatan-1.pptxKelompok 1 Psikososial dan Budaya dalam Keperawatan-1.pptx
Kelompok 1 Psikososial dan Budaya dalam Keperawatan-1.pptx
 
Adat kelahiran
Adat kelahiranAdat kelahiran
Adat kelahiran
 
kelahiran
kelahirankelahiran
kelahiran
 
Kelahiran (EDU)
Kelahiran (EDU)Kelahiran (EDU)
Kelahiran (EDU)
 
Pantang
PantangPantang
Pantang
 
budayapadamasanifas.pptx
budayapadamasanifas.pptxbudayapadamasanifas.pptx
budayapadamasanifas.pptx
 
5 suku bangsa terbesar yang berasal dari pulau sumatera barat
5 suku bangsa terbesar yang berasal dari pulau sumatera barat5 suku bangsa terbesar yang berasal dari pulau sumatera barat
5 suku bangsa terbesar yang berasal dari pulau sumatera barat
 
Kitab pengobatan
Kitab pengobatanKitab pengobatan
Kitab pengobatan
 
Aspek Sosial Budaya Persalinan
Aspek Sosial Budaya PersalinanAspek Sosial Budaya Persalinan
Aspek Sosial Budaya Persalinan
 
ISBD SUKU BIMA
ISBD SUKU BIMAISBD SUKU BIMA
ISBD SUKU BIMA
 
Hasriantirisna_9 April 2022_ Praktik Kebidanan Yang Sensitive Budaya.pptx
Hasriantirisna_9 April 2022_ Praktik Kebidanan Yang Sensitive Budaya.pptxHasriantirisna_9 April 2022_ Praktik Kebidanan Yang Sensitive Budaya.pptx
Hasriantirisna_9 April 2022_ Praktik Kebidanan Yang Sensitive Budaya.pptx
 
Isbd klp 2
Isbd klp 2Isbd klp 2
Isbd klp 2
 
ISBD.ppt
ISBD.pptISBD.ppt
ISBD.ppt
 
POAC OKTAVIA.docx
POAC OKTAVIA.docxPOAC OKTAVIA.docx
POAC OKTAVIA.docx
 
Agama Hindu
Agama HinduAgama Hindu
Agama Hindu
 
antropologi dan kaebudayaan dasar
antropologi dan kaebudayaan dasarantropologi dan kaebudayaan dasar
antropologi dan kaebudayaan dasar
 
Masyarakat melayu
Masyarakat melayuMasyarakat melayu
Masyarakat melayu
 

Recently uploaded

Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasHardaminOde2
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuHANHAN164733
 
Materi Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptx
Materi Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptxMateri Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptx
Materi Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptxshafiraramadhani9
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasAZakariaAmien1
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdfMMeizaFachri
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxErikaPuspita10
 
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2noviamaiyanti
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...Kanaidi ken
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptMateri power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptAcemediadotkoM1
 
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxSILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxrahmaamaw03
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSyudi_alfian
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKAPPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKARenoMardhatillahS
 

Recently uploaded (20)

Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
 
Materi Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptx
Materi Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptxMateri Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptx
Materi Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptx
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
 
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptMateri power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
 
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxSILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKAPPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
 

Adat Kelahiran Kaum Iban

  • 1. Ruby : Baru-baru ini, saya telah mendapat tahu serba sedikit tentang adat resam dalam aspek kelahiran untuk kaum Iban. Kee : Apakah adat resam yang mereka amalkan? Ruby : Dalam tempoh 7 bulan sewaktu mengandung, wanita Iban dan suaminya telah dikenakan pelbagai pantang larang seperti dilarang menggali parit di kawasan padi atau di mana-mana sahaja. Mereka dilarang memotong pokok yang menjalar di atas tanah, kerana merek bimbang bahawa ini akan menghalang pendarahan yang berterusan semasa melahirkan anak. Rowena : Selain itu, saya juga tahu bahawa Wanita yang mengandung dilarang menuang minyak ke atas tapak tangan untuk disapu pada rambut supaya bayi yang bakal lahir tidak akan bernanah. Kedua, suami isteri tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri bayi itu akan cacat penglihatan. Pei Woon : Saya juga pernah terbaca artikel yang menyatakan bahawa wanita Iban yang mengandung serta suaminya tidak boleh menanam pokok pisang supaya si bayi tidak berkepala besar. Mereka tidak boleh memikul batu-bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi akan lumpuh. Mereka tidak boleh membawa kura-kura ke dalam bilik supaya bayi tidak tersekat di dalam rahim semasa dilahirkan. Kee : Setahu saya, kaum Iban juga mempunyai beberapa adat yang perlu diamalkan semasa menyambut kelahiran bayi. Antaranya adalah adat yang dikenali sebagai “pontong”. Dalam masyarakat Iban, sebaik sahaja bayi dilahirkan, buluh yang dipanggil Pontong akan dipalu untuk memanggil jiran-jiran. Selain pontong, tembakan senapang juga turut digunakan. Rowena : Selain itu, kaum Iban juga mengamalkan adat potong tali pusat dan berurut. Sejurus selepas bayi dilahirkan, tali pusatnya akan segera dipotong dan bayi akan dimandikan. Seterusnya bayi dibedung dengan kain Pua Kumbu atau selimut yang ditenun cantik. Ketika bersalin, si isteri akan dibantu oleh seorang bidan dan dia akan
  • 2. memastikan ibu dan bayi dalam keadaan baik dan teratur. Seterusnya badan si ibu akan diurut oleh bidan bertujuan untuk menghilangkan rasa sengal-sengal badan akibat bersalin tadi. Selepas diurut, badan si ibu akan diusap pula dengan ubat yang diperbuat daripada halia dan entemu yang dibalut dengan tekalung, sejenis kain yang dibuat daripada kulit kayu. Ruby : Manakala selepas bersalin, Wanita Iban akan berpantang selama tiga puluh hari selepas melahirkan anak. Dalam tempoh itu, ibu akan diberi makan nasi dan ikan salai atau ikan kering yang kadang-kadang dicampur dengan pucuk paku dan buah pulur. Semua makanan tersebut pula perlu dicampurkan dengan halia atau air rebusan halia supaya dapat memanaskan badan. Pei Woon : Amalan yang dipanggil sebagai berdiang atau bersalai perlu dijalani oleh wanita kaum Iban selepas bersalin. si ibu perlu duduk dekat dengan unggun api. Kayu yang digunakan untuk unggun api ini mestilah dari jenis kayu yang baik. Antara jenis kayu yang lazim digunkan ialah kayu malam, manding atau langsat. Kayu-kayu ini juga dikatakan mampu menyembuhkan penyakit ibu yang baru bersalin. Jika kayu yang digunakan untuk berdiang tersebut basah atau dari jenis beracun, dibimbangi asapnya akan memudaratkan si ibu dan bayi. Si ibu perlu berdiang atau bersalai selama empat puluh satu hari. Dalam tempoh itu, si ibu perlu menggariskan kapur pada tiang atau dinding rumah untuk menghitung hari kelahiran. Kesihatan si ibu dianggap pulih seperti sediakala apabila selesai menjalani adat-adat ini. Kee : Seterusnya, ketika bayi berusia 4 hari dan sudah tanggal pusat, adat melihat matahari atau merasa garam perlu dijalankan. Bayi tersebut akan dibawa oleh nenek atau saudara perempuannya ke tanju atau luar anjung untuk melihat matahari sambil mulut bayi tersebut dirasakan dengan garam. Pada masa itu juga, doa atau mentera dibacakan agar kesihatan bayi sentiasa terpelihara. Rowena : Kaum Iban begitu mementingkan adat memberi nama kepada anak-
  • 3. anak mereka yang baru lahir. Ini kerana, nama yang baik dan elok mempunyai kesan ke atas masa hadapan kanak-kanak tersebut. Lazimnya sebelum memberi nama yang rasmi, anak-anak kaum Iban akan diberi nama timangan. Bayi yang baru lahir itu seterusnya akan diberi nama sempena nama salah seorang daripada nenek moyangnya yang pernah berjasa dan handal. Tujuannya supaya bayi itu akan mewarisi jasa serta mengikut jejak langkah nenek moyangnya itu. Seterusnya upacara memilih nama akan dijalankan di mana kepalan nasi akan diletak di atas papan yang tertulis nama- nama yang dipilih itu. Kemudian seekor ayam akan dilepaskan untuk membuat pilihan dan ini dikenali sebagai Manok Tawai. Kepalan nasi yang dipatuk oleh ayam tersebut akan menjadi pilihan untuk menamakan bayi tersebut. Kemudian barulah nama itu dihebohkan kepada saudara mara yang terdekat. Pei Woon : Selepas dinamakan, bayi akan menjalankan upacara mandi sungai. Ia dijalankan semasa bayi itu berumur satu bulan dan adat ini dijalankan bagi membiasakan bayi dengan air sungai. Dua orang lelaki akan membawa seekor ayam dan panji-panji. Kebiasaannya mereka ini ditugaskan membaca mentera dan menetak air sungai. Dua orang perempuan pula akan mengiringi lelaki tersebut. Seorang akan membawa ancak dan seorang lagi mengendong bayi. Bayi tersebut dipakaikan kain pua belantan dan kumpulan itu akan diikuti pula oleh orang ramai. Ketika ini doa atau mentera dibaca meminta supaya bayi itu menjadi orang yang sempurna dan berguna.