SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
MAKANAN TRADISIONAL KAUM CINA
Makanan Tradisional Cina bermula dari pengaruh
Negeri China mula menular pada abad-15. Ianya
bermula dengan lawatan Laksamana China Yin Ching
Cheng Ho. Mereka singgah di Melaka dalam perjalanan
ke Barat. Admiral Cheng turut membawa bersama adat
resam dan budaya kaum Cina. Walau bagaimanapun,
Malaysia hanya dapat mendapati pengaruh(tradisi,
budaya, masakan) dari China pada abad-18.
Biasanya, Bagi kaum Cina bahan utama dalam masakan
mereka ialah bahan soya (tahu, taucu, kicap soya)
cendawan, biji-bijan dan lain-lain. Bahan-bahan ini
akan diolah bersama rempah seperti biji ketumbar,
kayu manis, jintan dan sebagainya.
Makanan-makanan tradisional kaum Cina seperti
berikut:
Char koay teow merupakan makanan yang popular di
Malaysia. Ia diperbuat daripada koay teow, digoreng di
atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang,
kerang, telu, tauge dan kucai. Kadangkala hirisan sosej
Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah
mengikut citarasa setempat. Berbanding kuey teow
goreng biasa, char kway teow agak basah.
Kuih Bakul atau kuih Tahun Baru Cina ialah makanan
Cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk
seperti dodol. Sungguhpun boleh dimakan bila-bila
masa, secara tradisi kuih ini paling laris dimakan ketika
sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih bakul
dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini
kerana namanya melambangkan "setahun lagi
kehidupan, setingkat lagi kemajuan".
Dim sum merupakan sejenis masakan Cina yang
melibatkan hidangan ringan lingkungan luas yang
dihidang bersama Teh Cina. "Minum Teh" yang
digunakan untuk menjelaskan pengalaman makanan
keseluruhan, khususnya dalam Kantonis sezaman. Ia
juga dihidangkan pada waktu pagi hingga tengah hari di
kedai makan Cina dan di kedai makan dim sum khas.
Sesetengah keluarga Cina suka berkumpul untuk
hidangan dim sum pada perayaan khas seperti Tahun
Baru Cina dan juga hari Ahad untuk bertemu dan
berbual-bual dengan datuk nenek mereka.
Kuih bulan adakah pastri Cina secara tradisi dimakan
semasa Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Pesta itu
adalah bagi sembahyang qamari dan memerhati bulan;
kuih bulan dianggap sebagai satu makanan istimewa
penting pada peristiwa ini. Kuih bulan adalah ditawar
antara rakan-rakan atau kepada perhimpunan keluarga
sementara meraikan pesta, satu daripada tiga
perayaan Cina yang paling penting. Biasanya kuih bulan
dimakan dalam bahagian kecil diiringi dengan Teh
Cina.
Bak cang adalah makanan tradisional masyarakat Cina.
Kata 'bakcang' adalah berasal dari dialek Hokkien.Bak
cang menurut legenda pertama kali muncul pada
zaman Dinasti Zhou berkaitan dengan simpati rakyat
kepada Qu YUan yang bunuh diri dengan melompat ke
Sungai Miluo. Pada saat itu, bak cang dilemparkan
rakyat sekitar ke dalam sungai untuk mengalihkan
perhatian makhluk-makhluk di dalamnya supaya tidak
memakan jenazah Qu Yuan. Untuk kemudian, bakcang
menjadi salah satu simbol perayaan Duanwu.
Jiaozi biasanya terdiri daripada daging kisar atau isian
sayur yang dibalut dalam kepingan doh nipis yang
digulung, kemudian ditutup dengan menekan sisinya
agar rapat atau mengeriting. Jiaozi berbeza dengan
wantan: jiaozi mempunyai kulit yang lebih tebal dan
bentuk piring berganda yang lebih leper dan oblat, dan
lazimnya dimakan dengan sos celup cuka soya.

More Related Content

What's hot

Adat Resam Orang Cina
Adat Resam Orang CinaAdat Resam Orang Cina
Adat Resam Orang Cina
nur fara
 
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
shafikah zakaria
 
pngajian perniagaan "Pemasaran"
pngajian perniagaan "Pemasaran"pngajian perniagaan "Pemasaran"
pngajian perniagaan "Pemasaran"
Amirul Hafeez
 
Perayaan deepavali
Perayaan deepavaliPerayaan deepavali
Perayaan deepavali
Azliah Maya
 

What's hot (20)

Adat kaum cina
Adat kaum cinaAdat kaum cina
Adat kaum cina
 
Kajian tentang perayaan tahun baru cina
Kajian tentang perayaan tahun baru cinaKajian tentang perayaan tahun baru cina
Kajian tentang perayaan tahun baru cina
 
Budaya dan Adat Resam Orang Melayu
Budaya dan Adat Resam Orang MelayuBudaya dan Adat Resam Orang Melayu
Budaya dan Adat Resam Orang Melayu
 
Adat Resam Orang Cina
Adat Resam Orang CinaAdat Resam Orang Cina
Adat Resam Orang Cina
 
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
 
8.0 malaysia dan cabaran gobalisasi
8.0 malaysia dan cabaran gobalisasi8.0 malaysia dan cabaran gobalisasi
8.0 malaysia dan cabaran gobalisasi
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
pngajian perniagaan "Pemasaran"
pngajian perniagaan "Pemasaran"pngajian perniagaan "Pemasaran"
pngajian perniagaan "Pemasaran"
 
Ful kk pp
Ful kk ppFul kk pp
Ful kk pp
 
Pindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaanPindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaan
 
Keunikan makanan
Keunikan makananKeunikan makanan
Keunikan makanan
 
Modul 1 Tanglung
Modul 1 TanglungModul 1 Tanglung
Modul 1 Tanglung
 
Malaysia – syurga makanan
Malaysia – syurga makanan Malaysia – syurga makanan
Malaysia – syurga makanan
 
Adat resam dan pantang larang masyarakat cina
Adat resam dan pantang  larang masyarakat cinaAdat resam dan pantang  larang masyarakat cina
Adat resam dan pantang larang masyarakat cina
 
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
 
Tanggungjawab warganegara
Tanggungjawab warganegaraTanggungjawab warganegara
Tanggungjawab warganegara
 
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makananKerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
 
Perayaan deepavali
Perayaan deepavaliPerayaan deepavali
Perayaan deepavali
 
Sumbangan tamadun india
Sumbangan tamadun indiaSumbangan tamadun india
Sumbangan tamadun india
 
Pengaruh hindu dalam adat istiadat melayu
Pengaruh hindu dalam adat istiadat melayuPengaruh hindu dalam adat istiadat melayu
Pengaruh hindu dalam adat istiadat melayu
 

Makanan tradisional kaum cina

  • 1. MAKANAN TRADISIONAL KAUM CINA Makanan Tradisional Cina bermula dari pengaruh Negeri China mula menular pada abad-15. Ianya bermula dengan lawatan Laksamana China Yin Ching Cheng Ho. Mereka singgah di Melaka dalam perjalanan ke Barat. Admiral Cheng turut membawa bersama adat resam dan budaya kaum Cina. Walau bagaimanapun, Malaysia hanya dapat mendapati pengaruh(tradisi, budaya, masakan) dari China pada abad-18. Biasanya, Bagi kaum Cina bahan utama dalam masakan mereka ialah bahan soya (tahu, taucu, kicap soya) cendawan, biji-bijan dan lain-lain. Bahan-bahan ini akan diolah bersama rempah seperti biji ketumbar, kayu manis, jintan dan sebagainya. Makanan-makanan tradisional kaum Cina seperti berikut: Char koay teow merupakan makanan yang popular di Malaysia. Ia diperbuat daripada koay teow, digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telu, tauge dan kucai. Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah
  • 2. mengikut citarasa setempat. Berbanding kuey teow goreng biasa, char kway teow agak basah. Kuih Bakul atau kuih Tahun Baru Cina ialah makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol. Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini kerana namanya melambangkan "setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan". Dim sum merupakan sejenis masakan Cina yang melibatkan hidangan ringan lingkungan luas yang dihidang bersama Teh Cina. "Minum Teh" yang digunakan untuk menjelaskan pengalaman makanan keseluruhan, khususnya dalam Kantonis sezaman. Ia juga dihidangkan pada waktu pagi hingga tengah hari di kedai makan Cina dan di kedai makan dim sum khas.
  • 3. Sesetengah keluarga Cina suka berkumpul untuk hidangan dim sum pada perayaan khas seperti Tahun Baru Cina dan juga hari Ahad untuk bertemu dan berbual-bual dengan datuk nenek mereka. Kuih bulan adakah pastri Cina secara tradisi dimakan semasa Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Pesta itu adalah bagi sembahyang qamari dan memerhati bulan; kuih bulan dianggap sebagai satu makanan istimewa penting pada peristiwa ini. Kuih bulan adalah ditawar antara rakan-rakan atau kepada perhimpunan keluarga sementara meraikan pesta, satu daripada tiga perayaan Cina yang paling penting. Biasanya kuih bulan dimakan dalam bahagian kecil diiringi dengan Teh Cina. Bak cang adalah makanan tradisional masyarakat Cina. Kata 'bakcang' adalah berasal dari dialek Hokkien.Bak cang menurut legenda pertama kali muncul pada
  • 4. zaman Dinasti Zhou berkaitan dengan simpati rakyat kepada Qu YUan yang bunuh diri dengan melompat ke Sungai Miluo. Pada saat itu, bak cang dilemparkan rakyat sekitar ke dalam sungai untuk mengalihkan perhatian makhluk-makhluk di dalamnya supaya tidak memakan jenazah Qu Yuan. Untuk kemudian, bakcang menjadi salah satu simbol perayaan Duanwu. Jiaozi biasanya terdiri daripada daging kisar atau isian sayur yang dibalut dalam kepingan doh nipis yang digulung, kemudian ditutup dengan menekan sisinya agar rapat atau mengeriting. Jiaozi berbeza dengan wantan: jiaozi mempunyai kulit yang lebih tebal dan bentuk piring berganda yang lebih leper dan oblat, dan lazimnya dimakan dengan sos celup cuka soya.