SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
Download to read offline
J 43701 EED3217
HASLIANA OSMAN
1
KANDUNGAN HALAMAN
1.0 Soalan Tugasan 2
2.0 Pengenalan 3
Maksud dan Latar Belakang Pantun
Jenis-jenis Pantun
Format Pantun
3.0 Membina Pantun 8
3.1 Pantun Kanak-kanak
3.2 Pantun Remaja
3.3 Pantun Dewasa
3.4 Pantun Ibu Bapa
3.5 Pantun Nenek
3.6 Pantun Guru
4.0 Kesimpulan 14
5.0 Rujukan 17
J 43701 EED3217
HASLIANA OSMAN
2
1.0 Soalan Tugasan
Anda dikehendaki menulis pantun empat kerat berdasarkan tema motivasi dan nasihat
berdasarkan kelompok berikut :
i. Pantun Kanak-kanak
ii. Pantun Remaja
iii. Pantun Dewasa
iv. Pantun Ibu Bapa
v. Pantun Nenek
vi. Pantun Guru
Setiap satu kelompok, bina 5 rangkap pantun.
J 43701 EED3217
HASLIANA OSMAN
3
2.0 Pengenalan
Maksud dan Latar Belakang Pantun
Pantun merupakan warisan lisan yang lahir dan berkembang sejak
zaman berzaman.Dalam pantun, tersirat satu bentuk ucapan yang
mengungkapkan rasa hati, melahirkan ideaserta fikiran tentang kehidupan dalam
rentak irama yang menarik dan menawan.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,pantun mengandungi tig
a pengertian.Maksud pertama merujuk kepada sejenis puisi lama yang
biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap iaitu dua
baris pertama merupakan pembayang maksud danyang selainnya mengandungi
maksudnya. Maksud kedua merujuk kepada sejenis peribahasayang digunakan
sebagai sindiran. Maksud ketiga merujuk kepada sebagai jawapan kepada
tuduhan dan lain-lain.
Dalam bahasa Jawa pula, pantun dikenali sebagai “parikan” dan dalam bahasa
Sunda dikenali sebagai “paparikan”. Lazimnya pantun terdiri daripada empat baris dan
berakhir dengan pola a-b, a- b. Pada zaman dahulu pantun merupakan sastera lisan,
namun sekarang dijumpai dalam bentuk bertulis. Di samping itu juga,
pantun mempunyai peranan tersendiri, iaitu memelihara bahasa, menjadi penjaga
fungsi kata dan kemampuan menjaga alur berfikir. Pantun melatih seseorang berfikir
tentang makna kata sebelum berujar. Ia juga melatih seseorang berfikir secara
asosiatif, bahawa suatu kata akan memiliki kaitan dengan kata yang lain.
Menurut Mohd Taib Osman, (1996) menerusi buku beliau iaitu Ilmu Mengarang
Melayu(Jawi) muka surat 250-61, Dr Pendeta Za‟ba menyatakan bahawa
J 43701 EED3217
HASLIANA OSMAN
4
makna asal kekata „pantun‟ itu ialah: „seperti‟ atau „umpama‟ ,
kemudian „pantun‟ itu dipakai dengan makna „perumpamaan‟. Namun demikian, ramai
menganggap bahawa „pantun‟ ialah sejenis karangan berangkap yang
terbahagi dua i a i t u s e b a h a g i a n n y a „ p e m b a y a n g m a k s u d ‟ d a n
s e b a h a g i a n l a g i i a l a h „ m a k s u d y a n g sebenarnya‟, seperti yang kita
fahami sekarang.
Pantun juga adalah salah satu bentuk puisi lisan Melayu dan cabang
kesusteraan Melayu yang paling tua. Pantun dikatakan mula dicipta oleh orang Melayu
untuk menyampaikan mesej perasaan hati seperti contoh merasa sedih kerana duduk
berdagang di perantauan, mengenangkan untung nasib yang malang dan bersuka ria.
Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, mungkin sudah berlegar-legar
dalam bentuk kias-ibarat, usik-mengusik, uji-menguji di kalangan masyarakat pra-
moden, pra-tulisan, sama seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa
bersirat yang lain.
Jenis-jenis Pantun
Pantun terdiri daripada banyak jenis dan bentuk. Jenis-jenis pantun ialah pantun
dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun
sepuluh kerat. Pantun yang lebih daripada empat kerat disebut juga talibun. Selain lima
jenis bentuk ini, terdapat sejenis bentuk lagi yang dinamakan pantun berkait. Berikut
adalah contoh jenis-jenis pantun :
i. Pantun dua kerat
Buah belubuk buah kepayang,
J 43701 EED3217
HASLIANA OSMAN
5
Dimakan mabuk, dibuang sayang.
ii. Pantun empat kerat
Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sekat di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi darjat kerana bahasa.
iii. Pantun enam kerat
Belayar perahu membawa kuini,
Ke Tanjung Jati mengadap Paduka,
Bunga kemboja sembah berkarang,
Kalau tahu jadi begini,
Tidaklah hati dibawa berduka,
Kupilih sahaja lain orang.
iv. Pantun lapan kerat
Dini hari melawat pusara,
Bawa merbah bersama emas,
Nenas terletak di tepi belana,
Belanga China bersalut arang,
Benihku cari disemai mesra,
Semaian bercambah menjelma tunas,
Kemudian subur indah berbunga,
J 43701 EED3217
HASLIANA OSMAN
6
Malangnya bunga digetu orang.
v. Pantun sepuluh kerat
Baju dastar kesumba,
Seluar gunting petani,
Jahitan nyonya kampung Erah,
Di hilir pasar Kampung Melaka,
Singgah di rumah nakhodanya,
Batang emas dahan suasa,
Buahnya intan dengan padi,
Bunga diisap burung merak,
Pipit hendak hinggap di rantingnya,
Adakah boleh oleh yang punya.
Bentuk-bentuk pantun pula bermacam-macam. Ada pantun yang berbentuk nasihat,
adat, agama, teka-teki, jenaka dan ada juga yang berbentuk peribahasa. Antaranya
yang penting tentang teka-teki, jenaka, kasih
sayang, nasihat, budi, nasib, perantau, adat, kepahlawanan, peribahasa, kias
ibarat dan agama. Meskipun begitu, penentuan jenis-jenis isi atau tema tersebut
bukanlah mutlak. Ini kerana dalam setiap jenis isi pantun itu, lazimnya terdapat juga isi
atau persoalan lain. Penentuannya lebih dilihat pada isi yang menjadi latar dan dasar
perkembangannya dengan isi atau persoalan lain yang berhubungan.
J 43701 EED3217
HASLIANA OSMAN
7
Pantun yang isinya mengemukakan tentang "nasihat", "adat" dan "agama" pada
umumnya adalah mudah dikenali serta difahami. Pantun "nasihat" misalnya, lebih jelas
bersifat mengajar atau memberi nasihat ke arah melakukan sesuatu yang baik dan
meninggalkan yang buruk.Walaupun demikian, isi tentang "adat" dan "agama" tidak
kurang pula yang lebih serius serta mendalam persoalan isinya. Umapamanya,
persoalan adat yang berkaitan dengan norma-norma adat, peraturan atau undang-
undang dan persoalan agama yang berkaitan dengan Keesaan Allah dan balasan hari
kemudian.
Pantun jenis "peribahasa" juga mudah dikenali, iaitu melalui penyampaian isinya menggunakan
peribahasa-peribahasa yang begitu jelas bentuk serta susunannya. Bagi pantun "kias dan
ibarat" pula, sesuai dengan namanya maka setiap isi yang disampaikan atau dikemukakan itu
adalah bersifat kiasan, ibarat atau perbandingan. Dengan demikian, pernyataan isinya selalu
ditemui dalam bentuk peribahasa; tetapi gambaran pernyataannya lebih halus, luas dan
mendalam. Pada pantun "teka-teki" yang memerlukan jawapan adalah merupakan satu
daripada alat untuk menggerakkan cara berfikir secara spontan dam membina kemahiran
berfikir dengan tepat.
Pantun "jenaka" yang unsur kejenakaan atau kelucuannya terhasil daripada gambaran
keanehan dan keganjilan perlakuan itu, terdapat unsur-unsur pengajaran, nasihat dan
sindirannya di dalamnya
J 43701 EED3217
HASLIANA OSMAN
8
3.0 Membina pantun
3.1 PANTUN KANAK-KANAK
i) Tengah malam ada bulan,
Lepak-lepak atas titi,
Jangan main tepi jalan,
Banyak bahaya sedang menanti.
ii) Pergi kolam tangkap ikan,
Dapat tangkap ikan tioman,
Kerja sekolah cepat siapkan,
Baru boleh main di taman.
iii) Tijah suka dapat gelang,
Gelang diberi oleh Mak Siti,
Habis sekolah terus pulang,
Kalau tidak rotan menanti.
iv) Main guli tepi rumah,
Guli dibaling atas bumbung,
Ibu beri belanja sekolah,
Simpan bakinya dalam tabung.
v) Kaki terpijak paku karat,
Bawa berubat ke rumah Mak Aji,
Jangan suka tidur lewat,
Baru senang bangun pagi.
J 43701 EED3217
HASLIANA OSMAN
9
3.2 PANTUN REMAJA
i) Bangun pagi terang-terang tanah,
Mandi guna air telaga,
Cinta monyet zaman sekolah,
Bukan boleh bawa ke mana.
ii) Bawah pokok mengupas kelapa,
Kelapa dikupas untuk diparut,
Berkawan ramai tidak mengapa,
Mana yang buruk jangan diikut.
iii) Sidai kain di ampaian,
Hujan turun tiba-tiba,
Lari rumah bukan penyelesaian,
Taati orang tua lebih bermakna.
iv) Bunga raya merah warnanya,
Mekar tumbuh di tepi paya,
Jangan dicuba dadah durjana,
Buat apa disia-sia usia muda.
v) Buah rambutan dimakan kera,
Anak tupai di pohon sena,
Jagalah diri hai anak dara,
Maruah tergadai, menyesal tak guna.
J 43701 EED3217
HASLIANA OSMAN
10
3.3 PANTUN DEWASA
i) Melombong emas di Bukit Cina,
Melombong dengan kapal koek,
Malas kerja hidup tak ke mana,
Rezeki bukan datang bergolek.
ii) Kelapa dikupas dengan parang,
Ambil santannya dimasak kari,
Usah dibuka aib orang,
Jaga sahaja diri sendiri.
iii) Turun ke taman memetik cempaka,
Cempaka diisi ke dalam raga,
Selisih faham bermasam muka,
Rencah hidup berumah tangga.
iv) Ayam jantan ayam serama,
Di luar reban berlari aktif,
Was-was curiga tentang agama,
Tanya sahaja pada yang arif.
v) Pagi-pagi keluar bekerja,
Tolak basikal ke tengah jalan,
Beramah mesra jiran tetangga,
Semangat bermasyarakat jadikan amalan.
J 43701 EED3217
HASLIANA OSMAN
11
3.4 PANTUN IBU BAPA
i) Puteri menyanyi lagu duka,
Duduk bersimpuh di atas beranda,
Jaga hatinya, usah derhaka,
Syurga di bawah telapak kaki bonda.
ii) Warna-warni pelbagai rupa,
Cantik sungguh bunga raya,
Sudah dewasa janganlah lupa,
Pengorbanan orang tua kita.
iii) Gelap gelita hati goyah,
Petik suis nyala lampunya,
Besar jasanya ibu dan ayah,
Tak terhitung dengan mewah dunia.
iv) Ibu menanam bunga kekwa,
Petik sekuntum selit di telinga,
Senangi hidup di hari tua,
Tanda tak lupa jasa mereka.
v) Pakai baju berenda-renda,
Berkain batik sanggul di kepala,
Usah sakiti hati ayah bonda,
Kelak murka Tuhan segala.
J 43701 EED3217
HASLIANA OSMAN
12
3.5 PANTUN NENEK
i) Batang tebu panjang sedepa,
Diperah-perah manis airnya,
Pesan nenek jangan dilupa,
Bacalah doa sebelum lena.
ii) Buah manggis manis rasanya,
Rambutan pun apa kurangnya,
Pesan nenek jangan dilupa,
Berbudi bahasa budaya orang kita.
iii) Dayung sampan ke Pengkalan Chepa,
Sampai saja labuh sauhnya,
Pesan nenek jangan dilupa,
Belajar tekun sampai berjaya.
iv) Berjalan ke kedai membeli gula,
Di tengah jalan jumpa Tok Bomoh,
Pesan nenek jangan dilupa,
Bersatu teguh, bercerai kita roboh.
v) Aneka rasa dan juga rupa,
Kuih muih orang Melaka,
Pesan nenek jangan dilupa,
Berbuat jahat, Tuhan murka.
J 43701 EED3217
HASLIANA OSMAN
13
3.6 PANTUN GURU
i) Nampak rusa senapang dibedik,
Rusa lari hilang arahnya,
Kenangi jasa para pendidik,
Tanpa mereka siapalah kita.
ii) Kalau sakit makanlah jamu,
Jamu adunan rempah herba,
Usaha guru tak pernah jemu,
Mendidik anak bangsa tercinta.
iii) Manis sungguh buah laici,
Beli sekilo di Pasar Kepayang,
Marah cikgu bukannya benci,
Marah cikgu kerana sayang.
iv) Melambai liuk daun kelapa,
Ditiup angin gugur buahnya,
Budi cikgu kami tak lupa,
Tak terbayar dengan harta dunia.
v) Tepi pantai udara nyaman,
Pasirnya putih cantiknya amat,
Pesanan guru jadikan pedoman,
Amat berguna sepanjang hayat.
J 43701 EED3217
HASLIANA OSMAN
14
4.0 Kesimpulan
Pantun adalah sebuah sastera rakyat yang boleh digunakan dengan seluas-
luasnya di dalam masyarakat Melayu dengan tidak kira apa tujuannya. Pantun
dilahirkan untuk mewujudkansesuatu maksud tertentu. Ia bertujuan memperindah lagi
sesuatu ucapan. Dalam konteks ini, pantun sangat sesuai dengan jiwa orang Melayu
kerana dapat menunjukkan keperibadian orangMelayu yang mempunyai kesenian
serta kebudayaan sendiri.Pantun juga merupakan salah satu jenis puisi lama yang
sangat luas dikenali dalam bahasa-bahasa Nusantara. Orang Melayu telah mencipta
pantun dalam bentuk berangkap. Selain itu, pantun juga bertujuan untuk membicarakan
tentang budi bahasa, kasih sayang masyarakat,adat istiadat, perkahwinan dan
sebagainya.
Antara ciri-ciri pantun yang menjadi kekuatan atau keistimewaannya adalah di
dalam pantun wujud pembayang dan maksud dalam setiap rangkapnya. Walaupun
kadang-kadang ada pantun yang pembayang dan maksudnya langsung tiada kaitan
tetapi ia menunjukkan keunikan tersendiri pantun tersebut. Ciri ini tidak terdapat dalam
puisi yang lain.
Seterusnya pantun boleh berdiri sendiri kerana setiap rangkap pantun sudah
membawa makna yang lengkap berbanding dengan syair yang memerlukan perkaitan
dengan rangkap-rangkap berikutnya. Apabila kita mendengar satu rangkap pantun
sahaja, kita sudah dapat menerima mesejnya dengan jelas. Sebagai contohnya seperti
rangkap pantun nasihat di bawah :
J 43701 EED3217
HASLIANA OSMAN
15
Sebesar-besar mayang pinang,
Takkan sama mayang kelapa,
Sebesar-besar sayang orang,
Tak sama sayang ibu bapa
Jelas sudah rangkap pantun di atas membawa maksud bahawa kasih sayang yang
diberi oleh ibu bapa kita tiada tandingannya lagi. Kita tidak perlu bersusah payah
memikirkan maksud yang ada di sebalik pantun tersebut.
Selain itu, rima tengah atau jedanya ditekan di dalam pantun, tetapi tidak
demikian dalam puisi lain. Rima ini menjadikan pantun sangat enak didengar serta unik
sekali iramanya. Hendak pula orang lama yang menjadi pemantunnya. Pasti amat
menarik dan tidak jemu mendengarnya.
Di samping itu juga, pantun dapat disulami dalam puisi melayu yang lain bagi
mempelbagaikan ungkapan. Contohnya dalam nyanyian rakyat. Gurindam. Bahasa
berirama dan sebagainya. Ini boleh menjadi satu persembahan tradisional Melayu yang
dapat membantu mempertingkatkan daya estetika (keindahan) puisi-puisi lain.
Indahnya pantun bukan sahaja menjadi pemanis kata dan pengindah bicara dalam
ungkapan-ungkapan bahasa malah amat mudah dicipta secara spontan. Bukan
masyarakat Melayu sahaja yang boleh mereka cipta pantun malah kaum lain juga
mudah mempelajarinya. Pantun adalah seni keindahan puisi tradisional yang
mencerminkan pancaran nilai budaya Melayu.
J 43701 EED3217
HASLIANA OSMAN
16
Walau bagaimanapun, pantun turut mempunyai kelemahannya. Antara kelemahannya
yang ketara, pantun yang terlalu mudah untuk direka cipta oleh sesiapa mudah pula
diubah ciri-cirinya yang unik itu. Sebagai contohnya, „Ada pantun yang dilontarkan tidak
ada hubung kait langsung antara bait pembayang dengan maksud sedangkan dalam
mengarang pantun inilah aspek yang perlu ditekankan. Pantun-pantun yang
dipersembahkan sekarang juga kurang menggunakan unsur perlambangan
(simbolisme). Ini bertentangan dengan ciri sebenar pantun Melayu yang mengutamakan
unsur perlambangan dalam pembayang dan maksud kerana masyarakat tradisional
menggunakan pendekatan itu untuk sindiran atau kritikan. Jika unsur perlambangan
tidak digunakan, ciri-ciri sebenar pantun Melayu yang baik serta bernilai tinggi gagal
terserlah.
J 43701 EED3217
HASLIANA OSMAN
17
5.0 Rujukan
Zainal Abidin Bakar .1991. Pantun Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka
Harun Aminurrashid. 1990. Kajian Puisi Melayu. Singapura. Pustaka Melayu.

More Related Content

What's hot

Kerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuKerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuMazliza Suleiman
 
Panduan melafaz dan melagukan seloka
Panduan melafaz dan melagukan selokaPanduan melafaz dan melagukan seloka
Panduan melafaz dan melagukan selokaCt Dahlia Abdullah
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Antasha Kamaruzzaman
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumAziyan Bakar
 
Pemikiran (Lateral, Kritis, Kreatif, Reflektif)
Pemikiran (Lateral, Kritis, Kreatif, Reflektif)Pemikiran (Lateral, Kritis, Kreatif, Reflektif)
Pemikiran (Lateral, Kritis, Kreatif, Reflektif)Wawa Honey
 
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalSejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalMohdRainie
 
Tranformatif generatif
Tranformatif generatifTranformatif generatif
Tranformatif generatifNadwah Khalid
 
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonialBab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonialfiro HAR
 
Aspirasi sistem pendidikan & aspirasi murid
Aspirasi sistem pendidikan & aspirasi muridAspirasi sistem pendidikan & aspirasi murid
Aspirasi sistem pendidikan & aspirasi muridNabihahNazri
 
Penulisan kreatif sastera kanak-kanak
Penulisan kreatif sastera kanak-kanakPenulisan kreatif sastera kanak-kanak
Penulisan kreatif sastera kanak-kanakFaFai S.
 
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan modenPerbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan modenPensil Dan Pemadam
 
Teks ucapan
Teks ucapanTeks ucapan
Teks ucapanfiro HAR
 
Ciri ciri pantun
Ciri ciri pantunCiri ciri pantun
Ciri ciri pantunAzy Shazela
 
Rph kursus bm kssr tahun 6-kemahiran membaca untuk kelas belakang
Rph kursus bm kssr tahun 6-kemahiran membaca untuk kelas belakangRph kursus bm kssr tahun 6-kemahiran membaca untuk kelas belakang
Rph kursus bm kssr tahun 6-kemahiran membaca untuk kelas belakangShika Nara
 

What's hot (20)

NOVEL SALINA
NOVEL SALINANOVEL SALINA
NOVEL SALINA
 
semantik
semantiksemantik
semantik
 
Kerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuKerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayu
 
Panduan melafaz dan melagukan seloka
Panduan melafaz dan melagukan selokaPanduan melafaz dan melagukan seloka
Panduan melafaz dan melagukan seloka
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulum
 
PETIKAN KATA GANDA
PETIKAN KATA GANDAPETIKAN KATA GANDA
PETIKAN KATA GANDA
 
Pemikiran (Lateral, Kritis, Kreatif, Reflektif)
Pemikiran (Lateral, Kritis, Kreatif, Reflektif)Pemikiran (Lateral, Kritis, Kreatif, Reflektif)
Pemikiran (Lateral, Kritis, Kreatif, Reflektif)
 
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalSejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
 
Tranformatif generatif
Tranformatif generatifTranformatif generatif
Tranformatif generatif
 
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonialBab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
 
Aspirasi sistem pendidikan & aspirasi murid
Aspirasi sistem pendidikan & aspirasi muridAspirasi sistem pendidikan & aspirasi murid
Aspirasi sistem pendidikan & aspirasi murid
 
Penulisan kreatif sastera kanak-kanak
Penulisan kreatif sastera kanak-kanakPenulisan kreatif sastera kanak-kanak
Penulisan kreatif sastera kanak-kanak
 
Semantik
SemantikSemantik
Semantik
 
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan modenPerbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
 
Karya kreatif
Karya kreatifKarya kreatif
Karya kreatif
 
Teks ucapan
Teks ucapanTeks ucapan
Teks ucapan
 
Fonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologiFonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologi
 
Ciri ciri pantun
Ciri ciri pantunCiri ciri pantun
Ciri ciri pantun
 
Rph kursus bm kssr tahun 6-kemahiran membaca untuk kelas belakang
Rph kursus bm kssr tahun 6-kemahiran membaca untuk kelas belakangRph kursus bm kssr tahun 6-kemahiran membaca untuk kelas belakang
Rph kursus bm kssr tahun 6-kemahiran membaca untuk kelas belakang
 

Viewers also liked

Pantun empat kerat
Pantun empat keratPantun empat kerat
Pantun empat keratsariyatom
 
Pantun alam sekitar
Pantun alam sekitarPantun alam sekitar
Pantun alam sekitarUjang Abu
 
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN SEKOLAH MENENGAHKERTAS KONSEP PESTA PANTUN SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN SEKOLAH MENENGAHPendidik Bangsa
 
Bengkel pendedahan pantun
Bengkel pendedahan pantunBengkel pendedahan pantun
Bengkel pendedahan pantunAminah Ibrahim
 
Koleksi pantun melayu suraya 2012
Koleksi pantun melayu suraya 2012Koleksi pantun melayu suraya 2012
Koleksi pantun melayu suraya 2012Suraya Syarif
 
BENGKEL PANTUN DAN TEATER IPGKTAA
BENGKEL PANTUN DAN TEATER IPGKTAABENGKEL PANTUN DAN TEATER IPGKTAA
BENGKEL PANTUN DAN TEATER IPGKTAAJalalludin Ibrahim
 
Koleksi pantun 1
Koleksi pantun 1Koleksi pantun 1
Koleksi pantun 1zuliana2473
 
Pantun tradisional tema nasihat dan motivasi
Pantun tradisional tema nasihat dan motivasiPantun tradisional tema nasihat dan motivasi
Pantun tradisional tema nasihat dan motivasi CIKGU NAZARINANAWAWI
 
Koleksi pantun melayu klasik
Koleksi pantun melayu klasikKoleksi pantun melayu klasik
Koleksi pantun melayu klasikSalmah Md Amin
 
Ksj puisi tradisional pantun 4 kerat berjimat cermat
Ksj puisi tradisional pantun 4 kerat berjimat cermatKsj puisi tradisional pantun 4 kerat berjimat cermat
Ksj puisi tradisional pantun 4 kerat berjimat cermatjoe zulkefli
 
Seni tekstil
Seni tekstilSeni tekstil
Seni tekstilAin Ailyn
 

Viewers also liked (20)

Pantun empat kerat
Pantun empat keratPantun empat kerat
Pantun empat kerat
 
Pantun alam sekitar
Pantun alam sekitarPantun alam sekitar
Pantun alam sekitar
 
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN SEKOLAH MENENGAHKERTAS KONSEP PESTA PANTUN SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN SEKOLAH MENENGAH
 
Bengkel pendedahan pantun
Bengkel pendedahan pantunBengkel pendedahan pantun
Bengkel pendedahan pantun
 
Koleksi pantun melayu suraya 2012
Koleksi pantun melayu suraya 2012Koleksi pantun melayu suraya 2012
Koleksi pantun melayu suraya 2012
 
BENGKEL PANTUN DAN TEATER IPGKTAA
BENGKEL PANTUN DAN TEATER IPGKTAABENGKEL PANTUN DAN TEATER IPGKTAA
BENGKEL PANTUN DAN TEATER IPGKTAA
 
Koleksi pantun 1
Koleksi pantun 1Koleksi pantun 1
Koleksi pantun 1
 
Asigment pantun sem9
Asigment pantun sem9Asigment pantun sem9
Asigment pantun sem9
 
Assgmnt pantun
Assgmnt pantunAssgmnt pantun
Assgmnt pantun
 
Pantun tradisional tema nasihat dan motivasi
Pantun tradisional tema nasihat dan motivasiPantun tradisional tema nasihat dan motivasi
Pantun tradisional tema nasihat dan motivasi
 
Kertas konseppantun2013
Kertas konseppantun2013Kertas konseppantun2013
Kertas konseppantun2013
 
Pantun empat kerat
Pantun empat keratPantun empat kerat
Pantun empat kerat
 
Pantun menyambut tetamu
Pantun menyambut tetamuPantun menyambut tetamu
Pantun menyambut tetamu
 
Koleksi pantun melayu klasik
Koleksi pantun melayu klasikKoleksi pantun melayu klasik
Koleksi pantun melayu klasik
 
Pantun Nasihat
Pantun NasihatPantun Nasihat
Pantun Nasihat
 
Pantun Budi
Pantun BudiPantun Budi
Pantun Budi
 
Pantun
PantunPantun
Pantun
 
Ksj puisi tradisional pantun 4 kerat berjimat cermat
Ksj puisi tradisional pantun 4 kerat berjimat cermatKsj puisi tradisional pantun 4 kerat berjimat cermat
Ksj puisi tradisional pantun 4 kerat berjimat cermat
 
Kertas kerja pp da
Kertas kerja pp daKertas kerja pp da
Kertas kerja pp da
 
Seni tekstil
Seni tekstilSeni tekstil
Seni tekstil
 

Similar to ASSIGNMENT : MEMBINA PANTUN

Similar to ASSIGNMENT : MEMBINA PANTUN (20)

Pantun
PantunPantun
Pantun
 
Ppsb taklimat
Ppsb taklimatPpsb taklimat
Ppsb taklimat
 
Ppsb taklimat
Ppsb taklimatPpsb taklimat
Ppsb taklimat
 
PANTUN pengertian, ciri-ciri dan jenis-jenis Pantun beserta contohnya
PANTUN pengertian, ciri-ciri dan jenis-jenis Pantun beserta contohnyaPANTUN pengertian, ciri-ciri dan jenis-jenis Pantun beserta contohnya
PANTUN pengertian, ciri-ciri dan jenis-jenis Pantun beserta contohnya
 
Materi Bahasa Indonesia tentang Puisi Rakyat
Materi Bahasa Indonesia tentang Puisi RakyatMateri Bahasa Indonesia tentang Puisi Rakyat
Materi Bahasa Indonesia tentang Puisi Rakyat
 
Puisi melayu (1)
Puisi melayu (1)Puisi melayu (1)
Puisi melayu (1)
 
Bin7 bab5
Bin7 bab5Bin7 bab5
Bin7 bab5
 
Pantun
PantunPantun
Pantun
 
Pantun
PantunPantun
Pantun
 
Soal bahasa indonesia kelas 4
Soal bahasa indonesia kelas 4Soal bahasa indonesia kelas 4
Soal bahasa indonesia kelas 4
 
basita paribasa
basita paribasabasita paribasa
basita paribasa
 
Teks puisi rakyat
Teks puisi rakyatTeks puisi rakyat
Teks puisi rakyat
 
Kisi kisi soal basa bali.pdf 2015
Kisi kisi soal basa bali.pdf 2015Kisi kisi soal basa bali.pdf 2015
Kisi kisi soal basa bali.pdf 2015
 
Dondang sayang dan pantun
Dondang sayang dan pantunDondang sayang dan pantun
Dondang sayang dan pantun
 
Krakteristik balai pustaka
Krakteristik balai pustakaKrakteristik balai pustaka
Krakteristik balai pustaka
 
UJIAN 2 TINGKATAN 4 SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU
UJIAN 2 TINGKATAN 4 SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRUUJIAN 2 TINGKATAN 4 SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU
UJIAN 2 TINGKATAN 4 SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU
 
UJIAN 2 TINGKATAN 4 SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU
UJIAN 2 TINGKATAN 4 SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRUUJIAN 2 TINGKATAN 4 SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU
UJIAN 2 TINGKATAN 4 SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU
 
Ukoro geni ebook
Ukoro geni ebookUkoro geni ebook
Ukoro geni ebook
 
PKN _ PANTUN_RENDRA.pdf
PKN _ PANTUN_RENDRA.pdfPKN _ PANTUN_RENDRA.pdf
PKN _ PANTUN_RENDRA.pdf
 
Memahami dan menganalisis teks pantun
Memahami dan menganalisis teks pantunMemahami dan menganalisis teks pantun
Memahami dan menganalisis teks pantun
 

More from Lia Osman

CADANGAN RPH BM KSSR TAHUN 5 MINGGU 11 (PRAKTIKUM)
CADANGAN RPH BM KSSR TAHUN 5 MINGGU 11 (PRAKTIKUM)CADANGAN RPH BM KSSR TAHUN 5 MINGGU 11 (PRAKTIKUM)
CADANGAN RPH BM KSSR TAHUN 5 MINGGU 11 (PRAKTIKUM)Lia Osman
 
Cadangan Rph BM KSSR Tahun 5 minggu 11 (praktikum)
Cadangan Rph BM KSSR Tahun 5 minggu 11 (praktikum)Cadangan Rph BM KSSR Tahun 5 minggu 11 (praktikum)
Cadangan Rph BM KSSR Tahun 5 minggu 11 (praktikum)Lia Osman
 
BBMSinonimAntonim
BBMSinonimAntonimBBMSinonimAntonim
BBMSinonimAntonimLia Osman
 
Kertas kerja merdeka 56 2013
Kertas kerja merdeka 56 2013Kertas kerja merdeka 56 2013
Kertas kerja merdeka 56 2013Lia Osman
 
Kuiz merdeka
Kuiz merdekaKuiz merdeka
Kuiz merdekaLia Osman
 
Cadangan Mengajar Murid Menulis Karangan Catatan
Cadangan Mengajar Murid Menulis Karangan CatatanCadangan Mengajar Murid Menulis Karangan Catatan
Cadangan Mengajar Murid Menulis Karangan CatatanLia Osman
 
Ujian 1 BM Pemahaman Tahun 5
Ujian 1 BM Pemahaman Tahun 5Ujian 1 BM Pemahaman Tahun 5
Ujian 1 BM Pemahaman Tahun 5Lia Osman
 
Ujian psk tahun 5 (pertengahan tahun)
Ujian psk tahun 5 (pertengahan tahun)Ujian psk tahun 5 (pertengahan tahun)
Ujian psk tahun 5 (pertengahan tahun)Lia Osman
 

More from Lia Osman (8)

CADANGAN RPH BM KSSR TAHUN 5 MINGGU 11 (PRAKTIKUM)
CADANGAN RPH BM KSSR TAHUN 5 MINGGU 11 (PRAKTIKUM)CADANGAN RPH BM KSSR TAHUN 5 MINGGU 11 (PRAKTIKUM)
CADANGAN RPH BM KSSR TAHUN 5 MINGGU 11 (PRAKTIKUM)
 
Cadangan Rph BM KSSR Tahun 5 minggu 11 (praktikum)
Cadangan Rph BM KSSR Tahun 5 minggu 11 (praktikum)Cadangan Rph BM KSSR Tahun 5 minggu 11 (praktikum)
Cadangan Rph BM KSSR Tahun 5 minggu 11 (praktikum)
 
BBMSinonimAntonim
BBMSinonimAntonimBBMSinonimAntonim
BBMSinonimAntonim
 
Kertas kerja merdeka 56 2013
Kertas kerja merdeka 56 2013Kertas kerja merdeka 56 2013
Kertas kerja merdeka 56 2013
 
Kuiz merdeka
Kuiz merdekaKuiz merdeka
Kuiz merdeka
 
Cadangan Mengajar Murid Menulis Karangan Catatan
Cadangan Mengajar Murid Menulis Karangan CatatanCadangan Mengajar Murid Menulis Karangan Catatan
Cadangan Mengajar Murid Menulis Karangan Catatan
 
Ujian 1 BM Pemahaman Tahun 5
Ujian 1 BM Pemahaman Tahun 5Ujian 1 BM Pemahaman Tahun 5
Ujian 1 BM Pemahaman Tahun 5
 
Ujian psk tahun 5 (pertengahan tahun)
Ujian psk tahun 5 (pertengahan tahun)Ujian psk tahun 5 (pertengahan tahun)
Ujian psk tahun 5 (pertengahan tahun)
 

ASSIGNMENT : MEMBINA PANTUN

  • 1. J 43701 EED3217 HASLIANA OSMAN 1 KANDUNGAN HALAMAN 1.0 Soalan Tugasan 2 2.0 Pengenalan 3 Maksud dan Latar Belakang Pantun Jenis-jenis Pantun Format Pantun 3.0 Membina Pantun 8 3.1 Pantun Kanak-kanak 3.2 Pantun Remaja 3.3 Pantun Dewasa 3.4 Pantun Ibu Bapa 3.5 Pantun Nenek 3.6 Pantun Guru 4.0 Kesimpulan 14 5.0 Rujukan 17
  • 2. J 43701 EED3217 HASLIANA OSMAN 2 1.0 Soalan Tugasan Anda dikehendaki menulis pantun empat kerat berdasarkan tema motivasi dan nasihat berdasarkan kelompok berikut : i. Pantun Kanak-kanak ii. Pantun Remaja iii. Pantun Dewasa iv. Pantun Ibu Bapa v. Pantun Nenek vi. Pantun Guru Setiap satu kelompok, bina 5 rangkap pantun.
  • 3. J 43701 EED3217 HASLIANA OSMAN 3 2.0 Pengenalan Maksud dan Latar Belakang Pantun Pantun merupakan warisan lisan yang lahir dan berkembang sejak zaman berzaman.Dalam pantun, tersirat satu bentuk ucapan yang mengungkapkan rasa hati, melahirkan ideaserta fikiran tentang kehidupan dalam rentak irama yang menarik dan menawan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,pantun mengandungi tig a pengertian.Maksud pertama merujuk kepada sejenis puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap iaitu dua baris pertama merupakan pembayang maksud danyang selainnya mengandungi maksudnya. Maksud kedua merujuk kepada sejenis peribahasayang digunakan sebagai sindiran. Maksud ketiga merujuk kepada sebagai jawapan kepada tuduhan dan lain-lain. Dalam bahasa Jawa pula, pantun dikenali sebagai “parikan” dan dalam bahasa Sunda dikenali sebagai “paparikan”. Lazimnya pantun terdiri daripada empat baris dan berakhir dengan pola a-b, a- b. Pada zaman dahulu pantun merupakan sastera lisan, namun sekarang dijumpai dalam bentuk bertulis. Di samping itu juga, pantun mempunyai peranan tersendiri, iaitu memelihara bahasa, menjadi penjaga fungsi kata dan kemampuan menjaga alur berfikir. Pantun melatih seseorang berfikir tentang makna kata sebelum berujar. Ia juga melatih seseorang berfikir secara asosiatif, bahawa suatu kata akan memiliki kaitan dengan kata yang lain. Menurut Mohd Taib Osman, (1996) menerusi buku beliau iaitu Ilmu Mengarang Melayu(Jawi) muka surat 250-61, Dr Pendeta Za‟ba menyatakan bahawa
  • 4. J 43701 EED3217 HASLIANA OSMAN 4 makna asal kekata „pantun‟ itu ialah: „seperti‟ atau „umpama‟ , kemudian „pantun‟ itu dipakai dengan makna „perumpamaan‟. Namun demikian, ramai menganggap bahawa „pantun‟ ialah sejenis karangan berangkap yang terbahagi dua i a i t u s e b a h a g i a n n y a „ p e m b a y a n g m a k s u d ‟ d a n s e b a h a g i a n l a g i i a l a h „ m a k s u d y a n g sebenarnya‟, seperti yang kita fahami sekarang. Pantun juga adalah salah satu bentuk puisi lisan Melayu dan cabang kesusteraan Melayu yang paling tua. Pantun dikatakan mula dicipta oleh orang Melayu untuk menyampaikan mesej perasaan hati seperti contoh merasa sedih kerana duduk berdagang di perantauan, mengenangkan untung nasib yang malang dan bersuka ria. Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, mungkin sudah berlegar-legar dalam bentuk kias-ibarat, usik-mengusik, uji-menguji di kalangan masyarakat pra- moden, pra-tulisan, sama seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa bersirat yang lain. Jenis-jenis Pantun Pantun terdiri daripada banyak jenis dan bentuk. Jenis-jenis pantun ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun sepuluh kerat. Pantun yang lebih daripada empat kerat disebut juga talibun. Selain lima jenis bentuk ini, terdapat sejenis bentuk lagi yang dinamakan pantun berkait. Berikut adalah contoh jenis-jenis pantun : i. Pantun dua kerat Buah belubuk buah kepayang,
  • 5. J 43701 EED3217 HASLIANA OSMAN 5 Dimakan mabuk, dibuang sayang. ii. Pantun empat kerat Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sekat di Pulau Angsa, Indah tampan kerana budi, Tinggi darjat kerana bahasa. iii. Pantun enam kerat Belayar perahu membawa kuini, Ke Tanjung Jati mengadap Paduka, Bunga kemboja sembah berkarang, Kalau tahu jadi begini, Tidaklah hati dibawa berduka, Kupilih sahaja lain orang. iv. Pantun lapan kerat Dini hari melawat pusara, Bawa merbah bersama emas, Nenas terletak di tepi belana, Belanga China bersalut arang, Benihku cari disemai mesra, Semaian bercambah menjelma tunas, Kemudian subur indah berbunga,
  • 6. J 43701 EED3217 HASLIANA OSMAN 6 Malangnya bunga digetu orang. v. Pantun sepuluh kerat Baju dastar kesumba, Seluar gunting petani, Jahitan nyonya kampung Erah, Di hilir pasar Kampung Melaka, Singgah di rumah nakhodanya, Batang emas dahan suasa, Buahnya intan dengan padi, Bunga diisap burung merak, Pipit hendak hinggap di rantingnya, Adakah boleh oleh yang punya. Bentuk-bentuk pantun pula bermacam-macam. Ada pantun yang berbentuk nasihat, adat, agama, teka-teki, jenaka dan ada juga yang berbentuk peribahasa. Antaranya yang penting tentang teka-teki, jenaka, kasih sayang, nasihat, budi, nasib, perantau, adat, kepahlawanan, peribahasa, kias ibarat dan agama. Meskipun begitu, penentuan jenis-jenis isi atau tema tersebut bukanlah mutlak. Ini kerana dalam setiap jenis isi pantun itu, lazimnya terdapat juga isi atau persoalan lain. Penentuannya lebih dilihat pada isi yang menjadi latar dan dasar perkembangannya dengan isi atau persoalan lain yang berhubungan.
  • 7. J 43701 EED3217 HASLIANA OSMAN 7 Pantun yang isinya mengemukakan tentang "nasihat", "adat" dan "agama" pada umumnya adalah mudah dikenali serta difahami. Pantun "nasihat" misalnya, lebih jelas bersifat mengajar atau memberi nasihat ke arah melakukan sesuatu yang baik dan meninggalkan yang buruk.Walaupun demikian, isi tentang "adat" dan "agama" tidak kurang pula yang lebih serius serta mendalam persoalan isinya. Umapamanya, persoalan adat yang berkaitan dengan norma-norma adat, peraturan atau undang- undang dan persoalan agama yang berkaitan dengan Keesaan Allah dan balasan hari kemudian. Pantun jenis "peribahasa" juga mudah dikenali, iaitu melalui penyampaian isinya menggunakan peribahasa-peribahasa yang begitu jelas bentuk serta susunannya. Bagi pantun "kias dan ibarat" pula, sesuai dengan namanya maka setiap isi yang disampaikan atau dikemukakan itu adalah bersifat kiasan, ibarat atau perbandingan. Dengan demikian, pernyataan isinya selalu ditemui dalam bentuk peribahasa; tetapi gambaran pernyataannya lebih halus, luas dan mendalam. Pada pantun "teka-teki" yang memerlukan jawapan adalah merupakan satu daripada alat untuk menggerakkan cara berfikir secara spontan dam membina kemahiran berfikir dengan tepat. Pantun "jenaka" yang unsur kejenakaan atau kelucuannya terhasil daripada gambaran keanehan dan keganjilan perlakuan itu, terdapat unsur-unsur pengajaran, nasihat dan sindirannya di dalamnya
  • 8. J 43701 EED3217 HASLIANA OSMAN 8 3.0 Membina pantun 3.1 PANTUN KANAK-KANAK i) Tengah malam ada bulan, Lepak-lepak atas titi, Jangan main tepi jalan, Banyak bahaya sedang menanti. ii) Pergi kolam tangkap ikan, Dapat tangkap ikan tioman, Kerja sekolah cepat siapkan, Baru boleh main di taman. iii) Tijah suka dapat gelang, Gelang diberi oleh Mak Siti, Habis sekolah terus pulang, Kalau tidak rotan menanti. iv) Main guli tepi rumah, Guli dibaling atas bumbung, Ibu beri belanja sekolah, Simpan bakinya dalam tabung. v) Kaki terpijak paku karat, Bawa berubat ke rumah Mak Aji, Jangan suka tidur lewat, Baru senang bangun pagi.
  • 9. J 43701 EED3217 HASLIANA OSMAN 9 3.2 PANTUN REMAJA i) Bangun pagi terang-terang tanah, Mandi guna air telaga, Cinta monyet zaman sekolah, Bukan boleh bawa ke mana. ii) Bawah pokok mengupas kelapa, Kelapa dikupas untuk diparut, Berkawan ramai tidak mengapa, Mana yang buruk jangan diikut. iii) Sidai kain di ampaian, Hujan turun tiba-tiba, Lari rumah bukan penyelesaian, Taati orang tua lebih bermakna. iv) Bunga raya merah warnanya, Mekar tumbuh di tepi paya, Jangan dicuba dadah durjana, Buat apa disia-sia usia muda. v) Buah rambutan dimakan kera, Anak tupai di pohon sena, Jagalah diri hai anak dara, Maruah tergadai, menyesal tak guna.
  • 10. J 43701 EED3217 HASLIANA OSMAN 10 3.3 PANTUN DEWASA i) Melombong emas di Bukit Cina, Melombong dengan kapal koek, Malas kerja hidup tak ke mana, Rezeki bukan datang bergolek. ii) Kelapa dikupas dengan parang, Ambil santannya dimasak kari, Usah dibuka aib orang, Jaga sahaja diri sendiri. iii) Turun ke taman memetik cempaka, Cempaka diisi ke dalam raga, Selisih faham bermasam muka, Rencah hidup berumah tangga. iv) Ayam jantan ayam serama, Di luar reban berlari aktif, Was-was curiga tentang agama, Tanya sahaja pada yang arif. v) Pagi-pagi keluar bekerja, Tolak basikal ke tengah jalan, Beramah mesra jiran tetangga, Semangat bermasyarakat jadikan amalan.
  • 11. J 43701 EED3217 HASLIANA OSMAN 11 3.4 PANTUN IBU BAPA i) Puteri menyanyi lagu duka, Duduk bersimpuh di atas beranda, Jaga hatinya, usah derhaka, Syurga di bawah telapak kaki bonda. ii) Warna-warni pelbagai rupa, Cantik sungguh bunga raya, Sudah dewasa janganlah lupa, Pengorbanan orang tua kita. iii) Gelap gelita hati goyah, Petik suis nyala lampunya, Besar jasanya ibu dan ayah, Tak terhitung dengan mewah dunia. iv) Ibu menanam bunga kekwa, Petik sekuntum selit di telinga, Senangi hidup di hari tua, Tanda tak lupa jasa mereka. v) Pakai baju berenda-renda, Berkain batik sanggul di kepala, Usah sakiti hati ayah bonda, Kelak murka Tuhan segala.
  • 12. J 43701 EED3217 HASLIANA OSMAN 12 3.5 PANTUN NENEK i) Batang tebu panjang sedepa, Diperah-perah manis airnya, Pesan nenek jangan dilupa, Bacalah doa sebelum lena. ii) Buah manggis manis rasanya, Rambutan pun apa kurangnya, Pesan nenek jangan dilupa, Berbudi bahasa budaya orang kita. iii) Dayung sampan ke Pengkalan Chepa, Sampai saja labuh sauhnya, Pesan nenek jangan dilupa, Belajar tekun sampai berjaya. iv) Berjalan ke kedai membeli gula, Di tengah jalan jumpa Tok Bomoh, Pesan nenek jangan dilupa, Bersatu teguh, bercerai kita roboh. v) Aneka rasa dan juga rupa, Kuih muih orang Melaka, Pesan nenek jangan dilupa, Berbuat jahat, Tuhan murka.
  • 13. J 43701 EED3217 HASLIANA OSMAN 13 3.6 PANTUN GURU i) Nampak rusa senapang dibedik, Rusa lari hilang arahnya, Kenangi jasa para pendidik, Tanpa mereka siapalah kita. ii) Kalau sakit makanlah jamu, Jamu adunan rempah herba, Usaha guru tak pernah jemu, Mendidik anak bangsa tercinta. iii) Manis sungguh buah laici, Beli sekilo di Pasar Kepayang, Marah cikgu bukannya benci, Marah cikgu kerana sayang. iv) Melambai liuk daun kelapa, Ditiup angin gugur buahnya, Budi cikgu kami tak lupa, Tak terbayar dengan harta dunia. v) Tepi pantai udara nyaman, Pasirnya putih cantiknya amat, Pesanan guru jadikan pedoman, Amat berguna sepanjang hayat.
  • 14. J 43701 EED3217 HASLIANA OSMAN 14 4.0 Kesimpulan Pantun adalah sebuah sastera rakyat yang boleh digunakan dengan seluas- luasnya di dalam masyarakat Melayu dengan tidak kira apa tujuannya. Pantun dilahirkan untuk mewujudkansesuatu maksud tertentu. Ia bertujuan memperindah lagi sesuatu ucapan. Dalam konteks ini, pantun sangat sesuai dengan jiwa orang Melayu kerana dapat menunjukkan keperibadian orangMelayu yang mempunyai kesenian serta kebudayaan sendiri.Pantun juga merupakan salah satu jenis puisi lama yang sangat luas dikenali dalam bahasa-bahasa Nusantara. Orang Melayu telah mencipta pantun dalam bentuk berangkap. Selain itu, pantun juga bertujuan untuk membicarakan tentang budi bahasa, kasih sayang masyarakat,adat istiadat, perkahwinan dan sebagainya. Antara ciri-ciri pantun yang menjadi kekuatan atau keistimewaannya adalah di dalam pantun wujud pembayang dan maksud dalam setiap rangkapnya. Walaupun kadang-kadang ada pantun yang pembayang dan maksudnya langsung tiada kaitan tetapi ia menunjukkan keunikan tersendiri pantun tersebut. Ciri ini tidak terdapat dalam puisi yang lain. Seterusnya pantun boleh berdiri sendiri kerana setiap rangkap pantun sudah membawa makna yang lengkap berbanding dengan syair yang memerlukan perkaitan dengan rangkap-rangkap berikutnya. Apabila kita mendengar satu rangkap pantun sahaja, kita sudah dapat menerima mesejnya dengan jelas. Sebagai contohnya seperti rangkap pantun nasihat di bawah :
  • 15. J 43701 EED3217 HASLIANA OSMAN 15 Sebesar-besar mayang pinang, Takkan sama mayang kelapa, Sebesar-besar sayang orang, Tak sama sayang ibu bapa Jelas sudah rangkap pantun di atas membawa maksud bahawa kasih sayang yang diberi oleh ibu bapa kita tiada tandingannya lagi. Kita tidak perlu bersusah payah memikirkan maksud yang ada di sebalik pantun tersebut. Selain itu, rima tengah atau jedanya ditekan di dalam pantun, tetapi tidak demikian dalam puisi lain. Rima ini menjadikan pantun sangat enak didengar serta unik sekali iramanya. Hendak pula orang lama yang menjadi pemantunnya. Pasti amat menarik dan tidak jemu mendengarnya. Di samping itu juga, pantun dapat disulami dalam puisi melayu yang lain bagi mempelbagaikan ungkapan. Contohnya dalam nyanyian rakyat. Gurindam. Bahasa berirama dan sebagainya. Ini boleh menjadi satu persembahan tradisional Melayu yang dapat membantu mempertingkatkan daya estetika (keindahan) puisi-puisi lain. Indahnya pantun bukan sahaja menjadi pemanis kata dan pengindah bicara dalam ungkapan-ungkapan bahasa malah amat mudah dicipta secara spontan. Bukan masyarakat Melayu sahaja yang boleh mereka cipta pantun malah kaum lain juga mudah mempelajarinya. Pantun adalah seni keindahan puisi tradisional yang mencerminkan pancaran nilai budaya Melayu.
  • 16. J 43701 EED3217 HASLIANA OSMAN 16 Walau bagaimanapun, pantun turut mempunyai kelemahannya. Antara kelemahannya yang ketara, pantun yang terlalu mudah untuk direka cipta oleh sesiapa mudah pula diubah ciri-cirinya yang unik itu. Sebagai contohnya, „Ada pantun yang dilontarkan tidak ada hubung kait langsung antara bait pembayang dengan maksud sedangkan dalam mengarang pantun inilah aspek yang perlu ditekankan. Pantun-pantun yang dipersembahkan sekarang juga kurang menggunakan unsur perlambangan (simbolisme). Ini bertentangan dengan ciri sebenar pantun Melayu yang mengutamakan unsur perlambangan dalam pembayang dan maksud kerana masyarakat tradisional menggunakan pendekatan itu untuk sindiran atau kritikan. Jika unsur perlambangan tidak digunakan, ciri-ciri sebenar pantun Melayu yang baik serta bernilai tinggi gagal terserlah.
  • 17. J 43701 EED3217 HASLIANA OSMAN 17 5.0 Rujukan Zainal Abidin Bakar .1991. Pantun Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka Harun Aminurrashid. 1990. Kajian Puisi Melayu. Singapura. Pustaka Melayu.