Tiga kalimat ringkasan:
Dokumen ini berisi tentang pengenalan mata kuliah Bahasa dalam Kesusteraan Melayu yang meliputi sistem penilaian, pensyarah pengajar, rujukan kursus, dan skop perbincangan seperti pengenalan kursus, penilaian tugasan, dan agihan kandungan kursus.
Sistem operasi adalah program yang bertindak sebagai perantara antara user de...
Semantik BMM 3111
1. Prof Madya Dr. Arba’ie bin Sujud
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
BBM 3103 :
BAHASA DALAM KESUSASTERAAN
MELAYU
Apr 27, 2014 1
2. Sistem Penilaian
• Kertas Kerja Individu - 30 %
• Pep Pertengahan Sem - 30 %
• Pep Akhir Sem. - 40 %
• Jumlah 100 %
Apr 27, 2014 2
3. Pensyarah/Pengajar
• Nama : ARBA’IE BIN SUJUD (Prof Madya Dr)
• Jabatan : Jabatan Bahasa Melayu, FBMK
• Fakulti : Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,
UPM
• Jawatan : Timbalan Dekan (Akademik & Pelajar)
• Email : arbaie@fbmk.upm.edu.my
• No Tel Pejabat : 03-89468662
• (HP) : 013-3641145
Apr 27, 2014 3
4. Rujukan Kursus
• Buku Rujukan :
Arba’ie Sujud (2010). Apresiasi Bahasa: Interpretasi
& Ekspresi. Kuala Lumpur. Tinta Press Sdn. Bhd.
Gorys Keraf (2004). Diksi dan Gaya Bahasa.
Jakarta: PT. Gramedia.
Apr 27, 2014 4
6. Pengenalan Kursus
BBM 3103
• Kursus Elektif Pengkhususan untuk Program BA
(Bahasa dan Linguistik)
• Keperluan/Pra Syarat - Tiada
• Sinopsis Kursus :
• Tujuan Kursus : Memberikan pengetahuan yang
mendalam tentang penggunaan bahasa dalam teks
kesusasteraan yang membawa makna eksplisit dan
implisit, dan memupuk penghayatan terhadap
kesusasteraan.
• Kredit : 3 (3 + 0).
Apr 27, 2014 6
7. Kertas Kerja Individu
• Setiap pelajar dikehendaki menghasilkan satu
kertas kerja.
• Tajuk kertas kerja ditetapkan/didaftarkan*.
• Pelajar tidak boleh menukar tajuk tanpa
persetujuan pengendali kursus.
• Sila berbincang dengan tutor untuk mendapat
gambaran terhadap skop tugasan yang
diberikan.
• Pemberatan markah adalah 30 %.
Apr 27, 2014 7
8. Peraturan Umum
• Format Kertas kerja – Ilmiah- mengandungi tiga
bahagian (pendahuluan, perbincangan dan
Kesimpulan).
• Hasil kertas kerja asli dan patuhi etika ilmiah.
• Penghantaran KK - Melalui pusat pembelajaran
dan dialamatkan ke UPMHOLDINGS.
• Penghantaran KK - Selewat-lewatnya pada minggu
kesepuluh atau empat minggu sebelum
peperiksaan akhir semester bermula.
• Kelewatan dalam menghantar kertas kerja boleh
menjejaskan markah.
Apr 27, 2014 8
9. Format Penaipan
• Ditaip menggunakan kertas bersaiz A4
berwarna putih.
• Jarak taipan dua langkau.
• Kepanjangan. 12– 16 halaman tidak
termasuk bibliografi.
• Saiz huruf 12
• Jenis Times New Roman atau Arial .
Apr 27, 2014 9
10. Esei Ilmiah
• Penulisan berdasarkan tajuk yang telah
ditetapkan. Sebarang perubahan atau pindaan
keatas tajuk tidak dibenarkan.
• Format – Rasmi kertas kerja yang mengandungi:
a. Pendahuluan
b. Isi dan Perbahasaan
c. Kesimpulan
• Bibliografi
Apr 27, 2014 10
11. Pendahuluan
• Pengertian dan konsep bagi tajuk yng
dibincangkan.
• Objektif Kajian.
• Pembatasan Kajian.
Penulisan dilakukan dalam bentuk
perenggan.
• Pendahuluan 1-3 halaman.
Apr 27, 2014 11
12. Isi dan Perbincangan
• Berkaitan dengan skop atau batasan kajian
yang dinyatakan dalam pendahuluan.
• Gunakan bahan atau teks untuk tujuan
menganalisis.
Apr 27, 2014 12
13. Rumusan Kesimpulan
• Kepanjangan - 1-2 halaman sahaja
• Merumuskan aspek-aspek yang telah
dibincangkan.
• Dapatan kajian yang diperoleh.
• Kaitkan dengan tajuk kertas kerja dan objektif
kertas kerja.
Apr 27, 2014 13
14. Bibliografi
• A. Wahab Ali. 2000. Kritikan Estetika Sastera. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa
dan Pustaka.
• Hamka. (1985). Keadilan Sosial dalam Islam. Kuala Lumpur: Penerbitan
Pustaka Antara.
• Kemala. 1995. “Usman Awang: Dasar Estetika dan Keakrabannya dengan
Puisi Tradisi Melayu”. Dewan Sastera. Jld.25.5, hal. 80-87.
• Mana Sikana.1996. Falsafah dan Seni Kreatif Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan
Bahasa dan Pustaka.
• Milner, Andrew.1996. Literature, Culture and Society. New York: New York
University Press.
• Umar Junus.1986. Teori Moden Sastera dan Permasalahan Sastera Melayu.Apr 27, 2014 14
15. Skop Bersemuka 1 /
Modul
• Pengenalan
• Unit 1
• Klasissme dan Retorik
• Romantisisme dan Seni Bahasa
• Realisme dan Seni Bahasa
• Unit 2
• Gaya Bahasa Fungsional dan Gaya Bahasa
Sastera
• Stilistik dan Seni Sastera
• Pengucapan Seni Bahasa Satira
Apr 27, 2014 15
16. Perincian Skop
Bersemuka
• Sumber Rujukan : (Tambahan Unit 1A)
Apresiasi Bahasa- Interpretasi & Ekspresi
• Bab 1 : Bahasa dan Manusia
• Bab 2 : Stilistika dalam Kajian Sastera
• Bab 3 : Bahasa Sastera
Apr 27, 2014 16
17. Bahasa dalam Kesusasteraan
Melayu - Pengenalan
• Tumpuan Bidang –
• Bahasa atau Sastera?
• Apa itu Bahasa?
• Apa kata sarjana?
• Apa itu SASTERA?
• Apa yang dapat anda fahami?
Apr 27, 2014 17
18. ‘SASTERA’ dari sudut
Bahasa
• S – Seni Bahasa
• A - Akaliah.
• S - Sensitiviti
• T - Tersurat dan Tersirat
• E – Estetika
• R - Realiti
• A - Alternatif / Pelepasan Minda
Apr 27, 2014 18
19. Hubungan Bahasa dan
Sastera
• Disiplin Ilmu Bahasa (Linguistik)
• Fonologi
• Morfologi
• Sintaksis
• Semantik
• Aspek dan bahan Kesusasteraan Melayu
• Tradisional dan moden
• Prosa dan Puisi
• Aliran dan Pemikiran
Apr 27, 2014 19
22. SISTEM BAHASA
• Tatabahasa
– Morfologi
• penggolongan kata
– KN, KK, KA
• Pembentukan kata
– Kata tunggal, penggandaan, pemajmukan, pengimbuhan
• Struktur kata
– Berdasarkan suku kata / satu atau lebih suku kata
Apr 27, 2014 22
27. Peluasan
• Untuk tujuan pengayaan bahasa dan penilaian
bahasa dari sudut makna dan taraf peribahasa
dapat berfungsi sebagai SENI BAHASA .
• Penekanan bercirikan komponen dalam
disiplin bahasa yang merangkumi fonologi,
morfologi, sintaksis dan semantik.
Apr 27, 2014 27
28. Seni Bahasa
• Penggunaan pelbagai ragam bahasa sastera
yang melibatkan aspek unsur estetika
berbahasa.
• Ragam bahasa sastera.
Apr 27, 2014 28
29. Aplikasi Bahasa Terhadap
Teks Sastera
• Sistem Bahasa – Peraturan Bahasa yang
melibatkan struktur linguistik.
• Seni Bahasa- Keindahan bahasa yang
penggunaannya bertujuan tertentu.
Apr 27, 2014 29
30. Contoh Bahan
Batang kelapa itu tumbang melintang arus.
Pucuknya tersembam di tebing seberang. Patah.
Terkobak kulit muda, berkecai umbut-umbut,
berlipatan-lipatan mayang-mayang. Dan buah-buah-
buah – tak kira tua tak kira dara – terpelanting
berselerak bersepah.
Di bawahnya terhampar arus keruh yang deras
mengalir mengiringi sampah-sampah busuk, lumut-
lumut berselut, bangkai kembung berumutan ulat,
tin-tin kosong berkarat dan maut.
Apr 27, 2014 30
31. Kenal pasti Objektif
• Mengenal pasti jenis kata ganda dalam ayat.
• Menyenaraikan kata kerja yang terdapat
dalam petikan.
• Membincangkan penggolongan kata yang
terdapat dalam petikan.
• Menjelaskan nilai atau pengajaran yang
dapat dikenal pasti dalam petikan yang
diberikan.
Apr 27, 2014 31
32. Penetapan Kemahiran
Bahasa / Aspek Bahasa
• Kemahiran bahasa
– Kemahiran lisan
– Kemahiran membaca
– Kemahiran menulis
Apr 27, 2014 32
33. Aspek Bahasa
• Sistem bahasa
– Kata ganda
– Kata kerja
– Penggolongan kata
– Sintaksis
– Perbendaharaan kata
Apr 27, 2014 33
34. • Seni bahasa
– Unsur perorangan / persenofikasi
• Nilai emotif / pengajaran / estetik
– Sampah-sampah busuk
– Lumut-lumut berselut
• Apresiasi bahasa
– Cipta puisi / sajak
– Slogan
Apr 27, 2014 34
35. Aspek Bahasa
• Sistem bahasa
– Kata ganti nama diri
– Penulisan kata singkatan
– Fungsi kata
– Perbendaharaan kata
Apr 27, 2014 35
36. • Seni bahasa
– Unsur penegasan
– Unsur perulangan
– Kontradiksi
• Nilai emotif / pengajaran / estetik
– Sebab dan akibat
– Ciri-ciri pahlawan
• Apresiasi bahasa
– Cipta prosa
– memprosakan
Apr 27, 2014 36
37. Aplikasi Bahasa dalam
Sastera
• Apa aplikasi bahasa yang akan diberikan
tumpuan?
• Tetapkan sama Sistem Bahasa atau Seni
Bahasa?
• Kenal pasti bahan sastera yang di dalamnya
mengandungi aspek bahasa yang akan dikaji
sama sistem bahasa atau seni bahasa?
• Analisis – huraian / sebab dan tujuaan
penggunaan
Apr 27, 2014 37
38. Contoh
• Aspek Bahasa – Sistem Bahasa / Kajian Ayat
• Objektif Kajian
– Mengenal pasti penggunaan ayat yang terdapat
dalam lirik lagu kanak-kanak.
• Batasan Kajian
– Penggunaan ayat tunggal dan ayat majmuk
• Bahan Kajian
– 20 lirik lagu kanak-kanak dalam koleksi Adikku
sayang
Apr 27, 2014 38
39. Analisis
• Kenal pasti – Konsep ayat tunggal dan ayat
majmuk berdasarkan pandangan sarjana.
• Kenal pasti contoh ayat tunggal yang
terdapat dalam lirik lagu yang dikaji.
• Buat huraian dan analisis tentang pola ayat
tunggal.
Apr 27, 2014 39
40. Kedudukan Bahasa dalam
Sastera
• Bahasa juga merupakan suatu seni.
• Sesuatu yang seni bersifat halus, tertib,
bersistem dan memiliki nilai keindahan.
• Sastera juga bersifat seni – susastera -’seni
bahasa yang indah’.
41. Penulis & Bahasa?
• Penulis adalah pemikir, pemerhati, perenung dan
tukang sibuk untuk masyarakatnya. Penulis bukan
penghayal tetapi penafsir. Penulis apabila menulis,
sememangnya terdorong oleh keinginan untuk
menulis dari dalam dirinya. Penulis yang memahami
dunia penulisan akan menulis dengan jiwa dan roh.
Kerja menulis itu cukup sulit tetapi menggembirakan
bagi mereka yang tahu…
(SN A. Samad Said:2006)
42. Bahasa teks Sastera
• Penulis menggunakan bahasa untuk
menterjemahkan pemikiran mereka.
• Bahasa yang dipilih bersifat emotif, ada
unsur suspen, ketegangan dan peleraian.
• Perkara tersebut dapat ditandai melalui
pemilihan kata.
43. Analisis Bahasa
• Suasana tegang/ situasi berkonflik.
• Bagaimana bentuk pola ayat? (sintaksis)
– Ayat yang digunakan pendek.
– Ayat tunggal (satu S+P)
1. “Bagi abang / peluang”
2. “Peluang / apa lagi”
3 “Tolong / Mah”.
4. “Abang / terpaksa”
44. “Tak sangka. Mah betul-betul tak sangka”
“Beri abang peluang”
“Peluang apa lagi”
“Tolong Mah. Abang terpaksa”.
“Abang tak ada pilihan”
“Bukan tak ada pilihan. Sengaja memilih”
“Tak ada beban batu digalas”
45. Kenapa?
• Lufti Abas (2001:24)
“Ayat tunggal pengucapannya cepat.
Aliran pemikiran selari. Sering digunakan
dalam situasi berkonflik, berlawan cakap,
suasana cemas atau interaksi
bersemuka”
46. Morfologi
• Perulangan kata
– Tak sangka
– Peluang
– Tak ada pilihan
• Tujuan – penegasan. Menegaskan sesuatu
perkara yang menjadi titik perbincangan
atau perkara utama.
47. “Tak sangka. Mah betul-betul tak sangka”
“Beri abang peluang”
“Peluang apa lagi”
“Tolong Mah. Abang terpaksa”.
“Abang tak ada pilihan”
“Bukan tak ada pilihan. Sengaja memilih”
“Tak ada beban batu digalas”
48. Hubungan Bahasa dalam
Kajian Sastera (Unit 2)
• Pendekatan Stilistik
• Pendekatan Analisis Wacana
• Teori Semiotik
Apr 27, 2014 48
49. Pendekatan Stilistik
• Konsep – Penekanan terhadap aspek
kebahasaan. Ilmu tentang gaya dan
pemakaian bahasa.
• Ilmu gabung – Linguistik dalam kajian teks
sastera
• Tujuan – keberhasilan pengarang
mengolah bahasa yang dapat
mencerminkan pemikiran yang bersifat
imaginatif, figuratif, dan simbolik.
Apr 27, 2014 49
50. Prinsip Stilistik
• Bahasa sebagai punca kegiatan berkreatif.
• Stilistik turut membicarakan persoalan dasar
sastera – aspek bahasa
• Stilistik berhasil memperlihatkan gaya
keperibadian penulis.
• Huraian terhadap pemilihan diksi dapat dilakukan
yang merentas disiplin linguistik
• Membantu memahami makna yang sukar
• Stilistik – memberi penekanan kepada penghasilan
karya
• Stilistik – membantu menghurai penerimaan dan
penghargaan pembaca.
Apr 27, 2014 50
51. Penyimpangan dalam Stilistik
• Konsep penyimpangan - Pemakaian bahasa
yang terkeluar daripada keadaan yang
lazim.
• Apa – morfologi, sentaksis
• Kenapa ?
– estetik
– tujuan pemikiran
– Maksud atau makna
Apr 27, 2014 51
52. Pendekatan Analisis Wacana
• Kajian tentang pelbagai fungsi bahasa dari sudut
penggunaannya dalam urutan ujaran.
• Aspek yang dikaji ialah bahasa dari sudut
penggunaan.
• Penekanan tidak hanya aspek tatabahasa tetapi lebih
mengutamakan aspek pemaknaan.
• Analisis wacana meneliti bentuk bahasa yang
digunakan oleh penutur atau pendengar sewaktu
berkomunikasi.
Apr 27, 2014 52
53. Teori Semiotik
• Kajian yang melihat karya mempunyai
sistem tersendiri.
• Kajian tentang sistem tanda dan kod.
• Bentuk tanda dalam teori semiotik
– Ikon – tanda yang menunjukkan persamaan
sifat
– Indeks – Tanda yang mempunyai hubungan
alamiah
– Simbol – Tanda yang mempunyai hubungan
bersifat arbitrari.
Apr 27, 2014 53
54. Bahasa dan Batas Makna
• Manusia menggunakan bahasa untuk :
– menyatakan maksud,
– menjelaskan sesuatu,
– mewujudkan kemesraan,
– mendapatkan kepastian dan
– membuat keputusan. Dalam hal ini,
Apr 27, 2014 54
55. Penentuan Makna
• Tidak semua perkara sama diterima.
• Faktor perbezaan makna lambang bahasa.
• Lambang bahasa di ’fakulti bahasa individu’.
• Memahami maksud yang diterima melalui
isyarat bahasa.
Apr 27, 2014 55
56. Faktor Pemahaman
• Antaranya dipengaruhi oleh :
– intonasi,
– aliran fikiran,
– pemilihan diksi,
– presepsi dan tanggapan,
– hubungan.
Apr 27, 2014 56
57. Analisis Tafsiran 1
• Dialog 1 : [Bagusnya anak emak! Lain kali
panjat lagi tinggi ye. Kalau kurang tinggi
nanti mak ambikkan tangga!]
• Tanggapan Makna: Dua situasi
– Sindiran atau tegahan
– Suruhan
Apr 27, 2014 57
58. Analisis Tafsiran 2
• Dialog 2: [Emak tu, lepas makan, tidur!.
Terlentang. Perut selambak macam perut
lembu kena sembelih. Kita je yang kesian kat
dia, dia buat tak pada je!]
• Dialog 3 : [Emak tu lebih kurang macam
adik je. Selagi tak dibelikan, asyik tanya je.
Lain kali tak payah cakap-cakap, belikan je]
•
Apr 27, 2014 58
59. Tafsiran
• Maksud perbandingan – Situasi sama tara
antara dialog 2 dan dialog 3.
• Namun tafsiran boleh berbeza :
– Penghinaan / penyamatarafan status.
– Makna boleh lebih daripada satu bergantung
tafsiran.
– Bahasa mempunyai kuasa.
Apr 27, 2014 59
61. Justifikasi
• Memahami ciri-ciri bahasa sastera akan
membantu untuk mendekati eleman seni
bahasa.
• Bahasa sastera bersifat tersendiri dan unik.
• Keunikan ini yang menjadikan karya sastera
kaya dengan bahasa, indah dengan makna
dan subur dengan interpretasi.
Apr 27, 2014 61
62. 04/27/14 62
Laras Bahasa Sastera
• Laras sastera atau laras kreatif yang bermutu
memerlukan kejelasan, perpautan, kesatuan serta
bentuk stailistik yang dipelbagaikan.
• Skop bahasa - fonem, iaitu satu unit linguistik yang
terkecil (melibatkan unsur aliterasi dan asonansi),
kemudian diksi iaitu pemilihan kata sehinggalah
kepada unsur wacana yang lebih luas.
• Bahasa sastera bersifat emotif
63. Konsep Emotif
• Menimbulkan kesan perasaan yang pelbagai
– Sayang
– Suka
– Duka
– Benci
• Diperlihatkan melalui kata, frasa, ayat
mahupun wacana.
Apr 27, 2014 63
64. Contoh
• Emotif sedih
– “…Adik. Jangan menangis. Sama sekali jangan
menangis. Itulah satu-satunya permintaan abang
yang besar. Beratnya memang berat. Bapa pulang
tahun lalu. Kalau ditakdirkan Allah, ibu juga ingin
ikut jejak bapa, lepaskan.”
» (Cerpen SN Shahnon Ahmad“Kalau ibu Sampai Takah
Tiga”
Apr 27, 2014 64
65. 04/27/14 65
Ciri LB Sastera
• Bersifat Imaginatif dan Figuratif
• Karya Kreatif -Gabungan realiti dan imaginasi.
• Bersifat imaginatif - bahasa yang digunakan dapat
melahirkan gambaran, khayalan, dan perasaan dan
khayalan pengarang sebenarnya.
• Misalnya, novel Salina karya A. Samad Said dan
• Ranjau Sepanjang Jalan oleh Sasterawan Negara
Shahnon Ahmad.
• Sifat figuratif - mempunyai penyimpangan makna
daripada pengucapan bahasa biasa, gaya retorik,
kiasan dan sindiran.
66. 04/27/14 66
Menggunakan Bahasa
Hiasan
• Digunakan bertujuan membangkitkan jalan cerita atau plot
dan huraian karyanya dan sebagai penyeri terhadap sesuatu
hasil karya tersebut.
• Ungkapan dan pelbagai perkataan tambahan.
• Tujuan lain penggunaan :
– Sebagai hiasan karya
– Penyeri jalan terhadap isi cerita.
– Penambah daya tarikan pada cerita supaya ceritanya tidak kering,
hambar atau menjemukan.
• Contoh bahasa hiasan - bahasa berirama, perbandingan,
peribahasa, puisi, pantun dan seumpamanya.
67. 04/27/14 67
Perlukisan Gambaran yang Jelas
• Perlukisan - gambaran pengarang tentang sesuatu peristiwa,
aksi dan emosi dalam wacana secara jelas.
• Kata-kata yang segar dan bertenaga digunakan untuk
melukiskan gambaran yang jelas dan hidup.
• Contohnya, novel Hari-hari Terakhir Seorang Seniman. Anuar
Ridhwan telah melukiskan keadaan pada hari petang di desa
sebagai berikut:
• Terhampar tidak sampai dua batu dari pantai berhutan
bakau, desa itu perlahan-lahan menyerahkan warna hijaunya
kepada keremangan sore bulan Oktober. Hari-hari itu di
langit utara bergantungan beberapa tompok awan yang
gelap menandai Monsun Timur Laut yang mula bermusim.
68. 04/27/14 68
Penggunaan Bahasa Baku
• Bahasa baku – seragam dari aspek sebutan, bentuk dan
fungsi meliputi aspek sintaksis, morfologi, leksikal, ejaan
dan penyebutannya.
• Pemilihan kata dalam bahasa kreatif memerlukan
ketepatan dan kesesuaian.
• Penggunaan bahasa baku dalam Karya kreatif supaya karya
itu dapat difahami serta dihayati oleh semua golongan
masyarakat.
• Pemilihan perkataan tepat dan sesuai supaya gambaran
cerita dinyatakan dengan tepat dan jelas. Contohnya, A.
Samad Said menggunakan bahasa baku yang sangat baik
dalam novelnya Daerah Zeni:
– Bunga-bunga yang dipetiknya dari hutan sekitar itu kini menimpa
dan melorot dari kepada nisan, serentak mengejutkan rama-rama
dan pepatung tadi.
69. 04/27/14 69
Bernada Puitis
• Laras kreatif mengutamakan penggunaan bahasa
yang puitis dan indah.
• Pemilihan diksi, ungkapan dan ayat tertentu sering
menimbulkan ekspresi yang indah, seni dan mencuit
perasaan khalayak pembaca dan pendengar. Bahasa
disampaikan melalui genre seperti novel, cerpen dan
puisi begitu memikat serta menghiburkan.
• Karya SN Usman Awang misalnya, banyak
memperlihatkan nada-nada puitis ini baik . Contoh
dalam sajak Kekasih dan Ke Makam Bonda.
70. 04/27/14 70
Akan kupintal buih-buih
menjadi tali
mengikatmu
Kekasih, hitunglah mimpi
yang membunuh realiti
dengan syurga ilusi
( Kekasih )
KAMI mengunjungi pusara bunda,
Sunyi pagi disinari suria,
Wangi berseri puspa kemboja,
Menyambut kami mewakili bonda.
Tegak kami di makam sepi,
Lalang-lalang tinggi berdiri,
Dua nisan terkapar mati,
Hanya papan dimakan bumi.
71. 04/27/14 71
Pemilihan Diksi Berkesan
• Memilih perkataan berfungsi memerlukan
penyesuaian dengan tema atau persoalan.
• Terdapat beberapa perkataan untuk suatu
pengertian, sama ada perkataan lain yang membawa
makna yang sama atau perkataan yang berbeza
ertinya secara literal tetapi membawa konotasi yang
sama dengan maksud yang hendak disampaikan.
• Pemilihan perkataan yang sesuai dapat memberikan
gambaran yang jelas dan tepat kepada pembaca.
72. 04/27/14 72
Bersifat Komunikatif
• Bersifat komunikatif, iaitu menghubungkan
penulis dengan pembaca.
• Penglahiran idea dan plot cerita yang
disampaikan oleh pengarang dapat
membawa pembaca menghayati cerita yang
hendak disampaikan oleh pengarang.
• Mewujudkan hubungan yang dekat antara
pengarang dengan pembacan melalui plot
penceritaan.
73. 04/27/14 73
Bersifat Ambiguiti (ketaksaan)
• Ambiguiti atau ketaksaan bermaksud unsur
kekaburan dan ketidakjelasan.
• Penggunaan imejan boleh menimbulkan unsur
ambiguiti. Melalui penggunaan unsur imejan, mesej
disampaikan lebih jelas.
• Unsur imejan kadang kala berbentuk imejan mental
iaitu membicarakan tentang perasaan dan
perkaitannya dengan indera seseorang.
• Pengarang membabitkan pembaca dengan unsur
imejan figuratifnya. Contohnya, unsur metafora, dan
personafikasi.
74. 04/27/14 74
Bersifat Stilistik
• Kepelbagaian gaya yang dapat menawan
golongan pembaca.
• Penggunaan stilistik - diksi untuk
menerbitkan gaya bahasa tersendiri
sifatnya.
• Penggunaan unsur bahasa yang berunsur
kiasan atau sindiran untuk menunjukkan
persamaan dan perbezaannya.
• Pemilihan kata / diksi yang berkesan.
• Contohnya, penggunaan perkataan merdu
yang menekankan kepada cita rasa telinga.
75. 04/27/14 75
Bersifat Simbolik
• Mesej bersifat simbolik yang berupa kiasan
kepada sesuatu benda.
• Simbol bersifat individu, konvensional dan ada
juga yang berunsur sejagat.
• Contohnya, bunga lambang bagi seorang gadis
manakala kumbang pula lambang bagi lelaki.
• Pernyataan secara simbolik ini, ditegaskan
secara lebih serius bagi menunjukkan maksud
76. 04/27/14 76
Unsur-Unsur Bahasa LS
• Penggunaan bahasa amat dipentingkan dalam
mengungkapkan sesuatu hasil karya pengarang
atau penulis kreatif.
• Penggunaan bahasanya beridentiti jika
dibandingkan dengan laras bahasa yang lain.
• Bahasa dianggap sebagai satu elemen yang kuat
untuk menunjukkan perbezaan di antara satu
karya dengan satu karya yang lain.
• Oleh itu, terdapat beberapa unsur dalam laras
sastera atau kreatif, seperti :-
77. 04/27/14 77
Unsur Perbandingan
• Unsur perbandingan ini terdiri daripada beberapa jenis.
Antaranya adalah seperti berikut :
• Unsur Personifikasi
– Unsur yang menggunakan kiasan untuk memberikan sifat manusia
daripada segi perasaan, perlakuan dan sebagainya kepada benda-
benda mati, idea, binatang dan lain-lain yang mujarad.
– menjadikan benda atau binatang seolah-olah manusia. Sifat-sifat
manusia seperti perasaan dan keinginan diberikan kepada benda,
binatang dan seumpamanya menjadikannya seperti manusia.
Contohnya ialah,
• Angin yang meraung ….
• Segala peristiwa merangkak kembali dalam ingatan ….
• Kasih yang bersayap ….
78. 04/27/14 78
Unsur Hiperbola
• Hiperbola menggambarkan karya sastera yang mempunyai
unsur yang agak keterlaluan atau berlebih-lebihan seoalah-
olah tidak masuk akal.
• Namun demikian, perbandingan atau cerita yang
digambarkan itu masih menarik dan indah.
• Tujuannya untuk memperhebat serta meningkatkan kesan
dan pengaruh dalam kalangan pembaca.
• Gaya bahasa ini melibatkan kata-kata dan kalimat. Contohnya
adalah seperti berikut:-
– Pijak semutpun tidak mati ….
– Hajat hati hendak memeluk gunung ….
79. 04/27/14 79
Unsur Simile
• Simile - bahasa kiasan yang digunakan yang digunakan dalam karya
sastera.
• Membandingkan sesuatu benda, peristiwa atau situasi dengan benda lain
yang hampir sama.
• Perbandingan simile merupakan perbandingan yang jelas kerana disertai
kata-kata seperti, umpama, laksana, seperti macam dan bagai.
• Penggunaan kata-kata membangkitkan imaginasi pembaca untuk
menanggapi maksud pengarang.
• Gambarkan keadaan atau suasana kehidupan manusia atau kesedihan
sesuatu akibat sesuatu kejadian atau peristiwa.
• Contoh penggunaan simile dalam karya sastera ialah,
– Pipinya laksana pauh dilayang ….
– Betisnya bagai bunting padi ….
– Giginya seperti mutiara ….
80. 04/27/14 80
Unsur Metafora
• Metafora merupakan bahasa kiasan dalam laras
sastera yang tidak menggunakan kata-kata
bandingan seperti simile.
• Kiasan jenis metafora merupakan kiasan yang
menyebut terus kepada benda atau binatang yang
hendak diumpamakannya.
• Perbandingan metafora lebih ringkas dan padat.
Contoh:
– Perempuan itu burung murai, kuat berleter ….
– Perasaannya api yang menyala ….
– Kata adalah pedang tajam
81. 04/27/14 81
Unsur Analogi
• Analogi di sini dimaksudkan persamaan antara dua perkara
atau peristiwa atau keadaan yang dibandingkan dengan
maksud menjelaskan sesuatu itu mempunyai persamaan.
• Unsur analogi digunakan untuk menjelaskan atau
membuktikan tentang sesuatu perkara.
• Contohnya sajak karya Usman Awang yang berjudul Melayu,
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
• UA membandingkan orang Melayu seperti pengembara
lautan. Ini kerana orang Melayu seperti Panglima Awang
dikatakan pernah sebagai ahli pelayaran pertama yang
berjaya mengelilingi dunia.
82. 04/27/14 82
Unsur-unsur Sindiran
• Unsur-unsur sindiran dalam laras sastera atau kreatif
seringkali berfungsi sebagai menyatakan sesuatu
makna yang sebaliknya.
• Unsur sindiran ini sering terdapat dalam kehidupan
orang Melayu.
• Untuk menyampaikan sesuatu yang kurang
disenangi dengan tidak dinyatakan secara terus.
• Antara unsur-unsur sindiran adalah seperti berikut:-
83. 04/27/14 83
Unsur Ironi
• Ironi - bahasa sindiran yang halus tetapi mempunyai
makna yang tajam.
• Bunyi penyebutan atau cara ungkapannya yang
disampaikan adalah lembut tetapi sesiapa yang
terkena akan terasa tajam sindirannya.
• Biasanya membawa maksud yang bertentangan
dengan maksud sebenarnya.
• Digunakan dalam percakapan antara dua pihak. Cth:
– Dah jatuh. Kan aku dah kata tadi. Ha, panjatlah lagi.
Panjat. Wah, bersihnya bilik ini! Puntung rokok dan
cebisan kertas bertaburan di lantai.
84. 04/27/14 84
Unsur Sarkastik
• Unsur sarkastik - bahasa yang pengucapan yang sering kali
akan menyakiti hati orang lain yang mendengar atau
menerima ungkapan tersebut.
• Bersifat kesat. Sindiran begini tidak dinyatakan secara sinis
tetapi dinyatakan kerana marah kepada seseorang.
• Kerapkali sindiran jenis ini kurang digunakan dalam
masyarakat Melayu kecuali kerana terlalu marah serta tidak
dapat mengawal perasaan sendiri. Contoh:
– Pergi jahanam kamu. Aku tidak suka melihat kamu lagi….
– Bangsat engkau, benci aku melihat muka engkau di sini….
– Nyah kamu dari rumah aku….
85. 04/27/14 85
Unsur Sinisme
• Bahasa bersifat sinis. Lebih lembut daripada bahasa sarkastik
tetapi lebih keras daripada bahasa kiasan ironi.
• Bahasa sinisme letaknya di tengah-tengah antara bahasa
sarkastik dan bahasa ironi.
• Nada yang terlibat agak keras dan menyentuh perasaan
orang yang mendengarnya. Contohnya:
– Biarlah dia pergi, muak aku melihatnya ….
– Tak payahlah engkau cerita, muak aku mendengarnya…..
86. 04/27/14 86
Unsur-unsur Penegasan
• Penggunaan diksi atau ayat-ayat penegasan kerap
kali kita dapati dalam bahan penulisan kreatif.
• Bahagian yang ditegaskan akan diulang-ulang
beberapa kali.
• Unsur-unsur penegasan berlaku pada bunyi, kata,
ayat atau seumpamanya.
• Antara unsur-unsur penegasan tersebut adalah
seperti berikut;-
87. 04/27/14 87
Unsur Repetisi
• Unsur repetisi atau pengulangan bunyi.
• Tujuan untuk maksud menegaskan atau menimbulkan nilai
estetik melalui bunyi yang berirama dan indah.
• Pengulangan bunyi dilakukan sama ada dengan cara
mengulang bunyi yang sama dalam perkataan-perkataan
yang sama ataupun frasa atau ayat yang sama bagi maksud
penegasan.
• Repetisi atau pengulangan bunyi ini terdapat dalam beberapa
bentuk seperti episzeusis, tautotes, episfora, simploke,
mesodiplosis dan ana diplosis. Contoh:
– Engkau sepatutnya berusaha, berusaha, dan terus berusaha sehingga
berjaya….
– Aku sayang padamu, sayang, sayang, sayang …..
88. 04/27/14 88
Unsur Klimaks
• Unsur klimaks - kemuncak penonjolan watak, situasi ataupun
penceritaan.
• Cara penyampaian biasanya dimulakan dengan nada rendah
dan kemudiannya menaik. Penyusunan atau peningkatan
ceritanya ditunjukkan seperti plot dalam sesebuah karya
prosa.
• Apabila telah sampai kepada kemuncak yang hendak
disampaikan, maka di situlah terletaknya klimaks. Contoh
ungkapan klimaks,
• ….. pengantin itu diarak dengan paluan kompang, riuh-
rendah suara orang ramai serta sanak saudara yang
mengiringi mereka ke pelamin. Di atas pelamin, kedua
mempelai tersenyum manis menandakan kebahagian
menyeri majlis …..
89. 04/27/14 89
Unsur Antiklimaks
• Unsur antiklimaks VS konsep klimaks.
• Nada yang digunakan dalam permulaan ceritanya
menaik tetapi lama-kelamaan semakin menurun.
• Urutan cerita daripada yang lebih utama kepada
yang kurang utama atau kurang penting. Cth:
– Pada mulanya Encik Lutfi mengajar mahasiswa dan
mahasiswi Universiti Putra Malaysia, kemudian dia
mengajar pula murid-murid tingkatan enam di sekolah
menengah, dan kini beliau mengajar murid-murid
sekolah rendah.
90. 04/27/14 90
Unsur-unsur Pertentangan
• Unsur pertentangan dalam LS menunjukkan
wujudnya pertentangan dalam bahasa
tersebut.
• Mewujudkan unsur atau gaya yang
bertentangan atau berlawanan dalam ayat-
ayat yang dihasilkan.
• Terdapat tiga unsur pertentangan dalam laras
sastera iaitu:
91. 04/27/14 91
Unsur Paradoks
• Unsur paradoks menunjukkan pertentangan kata
dalam ayat.
• Paradoks juga merupakan gaya bahasa yang
mengandungi pertentangan yang nyata dengan
fakta-fakta yang ada.
• Unsur paradoks dapat menarik perhatian kerana
kebenarannya. Cth:
– Mereka berasa tenang di tengah kebisingan kota Kuala
Lumpur…
– Aku kesepian di tengah keramaian….
92. 04/27/14 92
Unsur Antitesis
• Antitesis merupakan sejenis gaya bahasa yang
menunjukkan perbandingan antara dua
antonim iaitu kata-kata yang mengandungi
ciri-ciri semantik yang bertentangan. Cth:
– Kecantikannya yang mencelakakannya….
– Segala fitnah tetangganya dibalas dengan budi
bahasanya yang baik…,
– Dia bergembira atas kesedihan orang lain….
93. 04/27/14 93
Unsur Kontradiksi
• Unsur yang bertentangan dengan apa yang
telah dinyatakan sebelumnya.
• Pernyataan yang dinyatakan pada
permulaannya akan menafikan ataupun
membuktikan kata-katanya pada pernyataan
berikutnya. Cth:
– Malam itu sunyi sepi, tiada satupun yang
kedengaran, hanya bunyi katak, cengkerik serta
daun-daun menampar angin…
94. 04/27/14 94
Hubungan Bahasa dalam Kajian
Sastera
• Pendekatan Stilistik
• Pendekatan Analisis Wacana
• Teori Semiotik
(Buku : Apresiasi Bahasa : Interpretasi dan
Ekspresi)
95. 04/27/14 95
Pendekatan Stilistik
• Konsep – Penekanan terhadap aspek
kebahasaan. Ilmu tentang gaya dan
pemakaian bahasa.
• Ilmu gabung – Linguistik dalam kajian teks
sastera
• Tujuan – keberhasilan pengarang mengolah
bahasa yang dapat mencerminkan pemikiran
yang bersifat imaginatif, figuratif, dan
simbolik.
96. 04/27/14 96
Prinsip Stilistik
• Bahasa sebagai punca kegiatan berkreatif.
• Stilistik turut membicarakan persoalan dasar sastera
– aspek bahasa
• Stilistik berhasil memperlihatkan gaya keperibadian
penulis.
• Huraian terhadap pemilihan diksi dapat dilakukan
yang merentas disiplin linguistik
• Membantu memahami makna yang sukar
• Stilistik – memberi penekanan kepada penghasilan
karya
• Stilistik – membantu menghurai penerimaan dan
penghargaan pembaca.
97. 04/27/14 97
Penyimpangan dalam Stilistik
• Konsep penyimpangan - Pemakaian bahasa
yang terkeluar daripada keadaan yang lazim.
• Apa – morfologi, sentaksis
• Kenapa ?
– estetik
– tujuan pemikiran
– Maksud atau makna
98. 04/27/14 98
Pendekatan Analisis Wacana
• Kajian tentang pelbagai fungsi bahasa dari sudut
penggunaannya dalam urutan ujaran.
• Aspek yang dikaji ialah bahasa dari sudut
penggunaan.
• Penekanan tidak hanya aspek tatabahasa tetapi lebih
mengutamakan aspek pemaknaan.
• Analisis wacana meneliti bentuk bahasa yang
digunakan oleh penutur atau pendengar sewaktu
berkomunikasi.
99. 04/27/14 99
Teori Semiotik
• Kajian yang melihat karya mempunyai sistem
tersendiri.
• Kajian tentang sistem tanda dan kod.
• Bentuk tanda dalam teori semiotik
– Ikon – tanda yang menunjukkan persamaan sifat
– Indeks – Tanda yang mempunyai hubungan
alamiah
– Simbol – Tanda yang mempunyai hubungan
bersifat arbitrari.
101. Pep. Pertengahan Sem
• Pemberatan – 30 %
• Skop –
– Unit 1A & Unit 2- Modul BBM 3103
– Nota Bersemuka Pertama
– Nota-nota Kuliah 1- kuliah 5
• Format -Objektif dan Subjektif (Struktur)
• Objektif – Konsep & Aplikasi (15 %)
• Struktur – Konsep dan Aplikasi (15 %)
Apr 27, 2014 101
102. Contoh Format Subjektif
1. Berikan tiga ciri laras bahasa sastera dalam konteks karya kreatif
imaginatif.
I.
II.______________________________________________________
III______________________________________________________
(3 markah)
2. Jelaskan kepentingan ilmu linguistik dalam menganalisis karya
kreatif imaginatif?
_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________
__________________________________.( 2 markah)
Apr 27, 2014 102
103. Contoh Format
Bahasa dalam konteks karya kreatif digunakan untuk
tujuan :
I. menyampaikan idea
II. komunikasi dua hala
III. mentafsir lambang
IV. Berimaginasi
A. Semua di atas
B. I, II dan III sahaja
C. I dan II sahaja
D. IV sahaja
Apr 27, 2014 103
104. Sekian, terima kasih
Manusia selalu terlupa bahawa kekuatan
kuasa kata yang yang ada pada mereka
adalah merupakan senjata…. (Aristotle)
Apr 27, 2014 104