Puisi ini memberikan peringatan kepada bangsa Malaysia agar tidak mudah melupakan perjuangan memperoleh kemerdekaan dan mulia serta menjual hak dan maruah demi kesenangan sementara. Pemimpin semakin tamak untuk kuasa sedangkan rakyat semakin lupa diri. Penyair berdoa agar Allah memberi petunjuk kepada bangsa supaya tidak terus terjerumus dalam nafsu duniawi dan dapat mempertahankan martabat serta warisan bangsa.
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Mahathir
1. Aku akan Pergi Tak Lama Lagi
Puisi Khas
Tun Dr Mahathir Mohamad
Bangsa yang merdeka
Bangsa yang mulia
Sekarang sanggup menjual
hak yang sedikit
Hak memilih, hak mengundi
Untuk mendapat
kesenangan tanpa usaha, kesenangan yang sedikit
Maruah dijual
Bangsa dijual
Tanahair dijual
Segalanya dijual
Untuk nikmat
yang tidak kekal,
nikmat yang sementara
yang sedikit sahaja
Politik yang menyelamat
Menjadi politik
yang menghancur
Pemimpin semakin tamak
Untuk tempat
dan kedudukan tinggi
Perbuatan
yang haram dihalalkan
Nama Allah diperalatkan, dijual untuk nikmat yang sementara di dunia
Akan kembalikah bangsaku
Menjadi bangsa yang dijajah, dihina dan diperhambakan
Wahai bangsaku
Begitu mudahkah kamu lupa
Aku akan pergi tidak lama lagi
Dapatkah aku pejam mata dan hembus nafas terakhir
Kerana bangsaku
Negaraku
Masih mulia
Masih bermaruah
Masih dipandang tinggi
Atau mataku terbeliak
2. Nafasku tersesak, terhenti, kerana segala yang diperjuangkan luput
ditelan nafsu
Ya Allah lindungilah bangsaku
Sedarkanlah mereka
Sedarkan mereka bahawa Engkau tidak akan mengubah nasib bangsa
Melainkan bangsa itu sendiri cuba mengubahnya
Mengubah sendiri, membendung nafsu
Kerana Allah
Kerana agama
Kerana bangsa
Kerana negara
Biarlah aku pergi
Mata terpejam rapat
Nafas perlahan berhenti…