Ringkasan dokumen tersebut adalah:
Terjemahan skrip memiliki beberapa jenis seperti terjemahan sari kata, skrip drama pentas, skrip alih suara, dan skrip dialog. Setiap jenis terjemahan skrip memiliki karakteristik dan kriteria tersendiri yang harus dipenuhi oleh penterjemah.
3. Terjemahan Sari Kata
Terjemahan sari kata diperlukan untuk dibaca
oleh mata penonton. Dari sudut ini, penonton
sesebuah rancangan harus sempat membaca
sari kata yang tertulis pada skrin mereka.
Terjemahan sari kata sangat dikongkong oleh saiz
sesebuah skrin.
Jadi, makin ringkas sari kata itu adalah lebih baik.
4. Kepandaian mencari perkataan, ejaan, frasa
dan ayat yang lebih ringkas adalah kemahiran
yang sangat diperlukan oleh penterjemah sari
kata.
Penterjemah sari kata juga mesti pandai
mengurangkan apa yang boleh dikurangkan
dalam sesebuah sari kata.
Isu menokok tambah tidak timbul dalam
terjemahan sari kata ini.
5. Terjemahan Skrip Drama Pentas
• Terjemahan skrip drama pentas diperlukan untuk
dilakonkan oleh pelakon pentas dan juru alih suara.
• Terjemahan ini mestilah memenuhi kriteria boleh
dilakonkan.
• Terjemahan skrip drama pentas tidak terkongkong
kepada format teknikal seperti yang berlaku kepada
terjemahan skrip alih suara dan sari kata.
• Penggunaan bahasa yang ringkas dan mudah dapat
menarik minat penonton untuk memahami skrip
drama pentas ini.
6. Terjemahan Skrip Alih Suara
Terjemahan skrip alih suara amat diperlukan bagi
memudahkan penonton untuk memahami
sesebuah cerita dengan lebih cepat.
Terjemahan alih suara sangat dikongkong oleh
gerak bibir pelakon.
Terjemahan itu mestilah sama panjangnya
dengan tempoh mulut pelakon itu bergerak-
gerak, tidak boleh lebih lama mahupun kurang.
7. Ada kalanya penterjemah perlu menokok
tambah perkataan supaya ayat dialog itu betul-
betul selari dengan gerak bibir pelakon.
Faktor terpenting dalam terjemahan alih suara
ialah sistem bunyi.
Bunyi-bunyi bahasa yang diucapkan oleh
manusia ditentukan oleh bentuk pergerakan
bibir.
Oleh itu, terjemahan teks alih suara perlu
mencari bunyi-bunyi yang mirip pergerakan bibir
pelakon terutamanya bunyi pembukaan dan
penutup dialog skrip yang diucapkan oleh
pelakon.
8. Terjemahan Skrip Dialog
Penterjemahan skrip dialog banyak didapati
dalam penterjemahan bahan-bahan seperti
skrip filem, skrip televisyen, skrip drama, skrip
iklan, novel dan lain-lain.
Terdapat tiga syarat utama yang dikenakan
kepada para penterjemah sewaktu
menterjemah skrip dialog bagi mewujudkan
terjemahan yang dinamik;
9. Syarat Utama dalam Penterjemahan Skrip Dialog
• Penterjemah dapat mengungkapkan perasaan sebenar watak yang
mengucapkan dialog tersebut.
(1) Memenuhi
Fungsi Ekspresif
Bahasa
• Dapat menghasilkan terjemahan yang sejadi atau bersahaja dalam bahasa
penerima.
• Menimbulkan keselesaan pengucapan yang lebih bertenaga dari para pelakon.
(2) Sesuai dengan
Kepanjangan Nafas
Manusia
• 1) Fakta am yang biasanya mudah ditafsirkan maknanya dan mudah
diterjemahkan.
• 2) Berjaya mengungkapkan perasaan yang mengiringi pengucapan dialog
tersebut.
• 3) Maklumat terselindung di sebalik dialog yang mencerminkan sikap atau
prasangka tertentu penutur.
(3) Memenuhi Tiga
Aspek Maklumat
yang Utama
10. KESIMPULAN
Terjemahan skrip juga penting dalam
masyarakat kita masa kini.
Terjemahan skrip tidak hanya tertumpu pada
penterjemahan skrip dialog semata-mata
bahkan turut meliputi terjemahan skrip
drama pentas, alih suara dan juga sari kata.
11. RUJUKAN
• Ainon Mohd dan Abdullah Hassan. 2008. Teori
dan Teknik Terjemahan. Kuala Lumpur: PTS
Profesional Publishing Sdn.Bhd.