SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
1.0 PENGENALAN


1.1 CIRI-CIRI PENGUKURAN PSIKOLOGI


Setiap ujian psikologi mempunyai persamaan format pengukuran yang terdapat
pada ciri-ciri atau sifat-sifat berikut:


1.1.1   DESKRIPTIF
        -   Keputusan ujian menjelaskan aras pencapaian individu secara umum
            berkaitan sesuatu set tugas di bawah keadaan yang tertentu. Oleh itu,
            markah ujian tersebut hanya memerihalkan pencapaian individu tanpa
            penafsiran.
        -   Contoh:    Markah      darjah     kecerdasan;       DK110    hanya    menjelaskan
            pencapaian      individu       dalam       suatu   ujian   yang   ditadbir.   Untuk
            menginterpretasi markah tersebut memerlukan maklumat tambahan.


1.1.2 RELATIF
        -   Ujian psikologi tidak bersifat mutlak bahkan berkait dengan pencapaian
            individu lain mentadbir soalan yang sama.
        -   Markah ujian ditafsir dengan membuat perbandingan markah dengan
            individu lain supaya tafsiran tersebut menjadi lebih bermakna kepada
            individu yang mentadbir ujian-ujian psikologi.
        -   Contoh: Perbandingan dalam ujian pencapaian seperti Peperiksaan Akhir
            Tahun dapat mengenal pasti prestasi akademik setiap individu.


1.1.3 SECARA TAK LANGSUNG
        -   Pengukuran psikologi menggambarkan personaliti individu secara tidak
            langsung, contohnya, apabila seseorang itu meminati kerjaya sebagai
            pelukis, secara tak langsung menggambarkan individu berkenaan
            berpesonaliti Artistic.
        -   contoh lain, seseorang yang meminati kerjaya sebagai saintis, secara tak
            langsung menggambarkan individu berkenaan berpesonaliti Investigatif.




                                                   1
2.0 CONTOH UJIAN PSIKOLOGI

2.1 INVENTORI NILAI PEKERJAAN SIDEK (INPS)


Inventori Nilai Pekerjaan Sidek atau singkatan INPS dibina oleh Prof. Madya Dr.
Sidek Mohd Noah yang sering digunakan untuk mengenal pasti nilai-nilai dalam
pekerjaan yang dianggap penting oleh seseorang individu.


      Inventori nilai pekerjaan ini adalah inventori yang mempunyai format jawapan
skala likert iaitu Sangat Suka (SS), Suka (S), Tidak Pasti (TP), Tidak Suka (TS)
dan Sangat Tidak Suka (STS). Gerak balas individu kepada item-item yang
terkandung dalam ujian ini dikatakan dapat menerangkan nilai-nilai pekerjaan
individu.


       Ujian Nilai Pekerjaan Sidek misalnya, dapat mengukur 6 kategori nilai
pekerjaan iaitu konteks, hubungan, fungsi, ganjaran, citarasa dan monotoni
yang terdiri daripada 21 nilai pekerjaan. Ujian ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu
Bahagian A: Deskripsi Pekerjaan dan Bahagian B: Perbandingan Nilai
Pekerjaan.


2.1.1 Pentadbiran Ujian INPS


Walaupun masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan, namun sebagai
panduan ujian ini perlu diselesaikan dalam masa 20 hingga 30 minit. Seelok-eloknya
ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa & kondusif serta lengkap dengan
kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi, meja dan jauh dari gangguan-
gangguan lain. Selain itu, segala arahan yang disediakan di dalam borang soalan
perlu diikuti dan dipatuhi oleh individu yang mengambil ujian.




                                          2
2.1.2 Kandungan INPS


INPS terbahagi kepada dua set soalan:
       -   Bahagian A: Deskripsi pekerja
           Individu diberi 2 nilai yang ada dalam pekerjaan & dikehendaki
           menandakan mengikut keutamaan berdasarkan format skala likert yang
           telah dinyatakan.
       -   Bahagian B: Nilai pekerjaan/perbandingan pekerjaan
           Bahagian yang berkaitan dengan perbandingan 21 nilai pekerjaan
           dipersembahkan dalam 21 kelompok yang mempunyai gabungan nilai
           yang berlainan bagi tujuan perbandingan.


2.1.3 Pengiraan Skor dan Pembentukan Profil INPS


Pengiraan skor dan pembentukan profil ujian nilai pekerjaan perlu dibuat dengan
teliti dan hati-hati. Justeru, adalah penting untuk merujuk cara pengiraan skor dan
pembentukan profil seperti yang terkandung dalam Manual INPS.


2.1.4 Pentafsiran Profil INPS


Kesemua skor yang diperolehi seharusnya diteliti dan dibincangkan satu persatu.
Umumnya, pentafsiran profil adalah berasaskan kategori nilai pekerjaan dan fokus
adalah kepada skor tertinggi dan skor terendah.


       Skor 16 hingga 21 dianggap tinggi, skor 7 hingga 15 dianggap sederhana
manakala 1 hingga 6 dianggap rendah. Skor tinggi menunjukkan nilai tersebut
sangat penting kepada individu sementara skor rendah menunjukkan bahawa nilai
tersebut adalah tidak penting kepada individu. INPS mengukur 6 kategori nilai
pekerjaan iaitu:




                                           3
KONTEKS


 i.    Manusia
       Keperluan utama pekerjaan jenis ini ialah gemar kepada aktiviti-aktiviti yang
       berorientasikan manusia. Banyak masa akan digunakan untuk berhubung dan
       berinteraksi dengan orang lain. Peranan individu ini termasuklah menyelia,
       memujuk, menolong, mengajar, memberi khidmat kaunseling dan menasihat.
 ii.   Data
       Ciri-ciri utama pekerjaan jenis ini ialah individu dikehendaki bekerja dengan
       idea, maklumat serta rekod. Individu ini mungkin dikehendaki mengumpul
       maklumat-maklumat, membanding, menyalin di samping berkemungkinan
       melakukan kerja-kerja menyelaras dan menganalisis data.
          Kebolehan membuat kesimpulan dan rumusan dari data-data yang ada
       mungkin juga diperlukan di dalam pekerjaan jenis ini. Minat yang mendalam
       untuk bermain-main dengan data memungkinkan individu ini berjaya di dalam
       kerjaya ini.


iii.   Benda
       Pekerjaan ini memerlukan individu bekerja dengan objek sama ada objek
       kecil mahupun objek besar. Beliau dikehendaki mengendalikan dan
       menyelenggara objek dari kerja yang sehalus-halusnya hinggalah kepada
       operasi jentera-jentera yang besar. Perhubungan sesama manusia adalah
       minima dan mungkin terlibat dalam mereka bentuk, mereka cipta, membina
       dan memperbaiki alatan.




                                         4
HUBUNGAN


 i.    Pembantu
       Pekerjaan ini memerlukan individu supaya bertanggungjawab ke atas orang
       lain, mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan. Beliau dikehendaki
       supaya sentiasa mengikut arahan ketua dan memberi perhatian penuh
       kepada tugas yang diberikan kepadanya.
          Beliau juga dikehendaki membuat sesuatu mengikut apa yang telah
       dipersetujui. Kesediaannya untuk diarah dari melakukan sesuatu mengikut
       kehendak sendiri memungkinkan individu ini berjaya dalam kerjaya jenis ini.
 ii.   Altruisme
       Ciri-ciri seperti suka menolong dan mengasihi orang lain adalah ciri-ciri yang
       penting untuk pekerjaan jenis ini. Banyak masa kerja dihabiskan dengan
       kerja-kerja   kebajikan.   Individu       ini   mungkin   dikehendaki   membina
       perhubungan dengan orang yang tidak mempunyai kawan, menolong mereka
       yang tidak bernasib baik serta orang lain yang memerlukan pertolongan.
iii.   Pemimpin
       Ciri-ciri utama di dalam pekerjaan jenis ini ialah beliau memegang jawatan
       yang mempunyai autoriti dan tanggungjawab yang berat. Beliau juga perlu
       memberitahu tentang apa yang perlu mereka buat, mengarah, dan mengawal
       tingkah laku mereka dan bertanggungjawab untuk membuat keputusan-
       keputusan penting dalam kumpulan.
          Beliau akan dianggap sebagai ketua yang mempunyai prestij dan
       pengaruh yang membuatkan orang lain menghormati dan bertanggungjawab
       kepadanya.
iv.    Autonomi
       Autonomi dan kebebasan adalah merupakan unsur-unsur yang penting di
       dalam pekerjaan jenis ini. Beliau dengan bebas boleh pergi dan balik dari
       tempat kerja sesuka hati serta bebas membuat jadual masa bekerja dan
       melakukan kerja mengikut cara yang disukai. Kebebasan dalam membuat
       keputusan sendiri dan berinisiatif merupakan kunci kepada kejayaannya.




                                             5
FUNGSI


 i.    Intelektual
       Pekerjaan jenis ini melibatkan banyak masa untuk aktiviti-aktiviti yang
       berkaitan dengan ilmu pengetahuan. Kerja-kerjanya banyak melibatkan fikiran
       demi mencari kebenaran dan menambah khazanah ilmu pengetahuan.
          Daya imaginasi dan penaakulan adalah amat perlu begitu juga
       kebolehannya mengatur dan menyusun ilmu pengetahuan. Dalam kerja-kerja
       yang      melibatkan   perkara-perkara   abstrak    dan   teoritikal,   individu    ini
       dikehendaki mengkritik, menyoal, menganalisis dan menggabungkan suatu
       keterangan.
 ii.   Kreatif
       Pekerjaan jenis ini memerlukan individu-individu yang mempunyai idea-idea
       dan persembahan diri yang unik. Gaya hidup yang individualistik mungkin
       amat sesuai untuk bidang kerjaya jenis ini. Ketulenan dan keaslian dalam
       merekacipta dipraktikkan dalam penyelesaian masalah dan penyelenggaran
       kerja.     Kebolehan    untuk   menghasilkan       idea-idea    baru     dan       cara
       mempersembahkannya secara unik dan tersendiri adalah suatu kemestian.
iii.   Kerjaya
       Kejayaan dan pencapaian yang tinggi merupakan keperluan dan ciri-ciri
       utama pekerjaan jenis ini. Matlamat yang jelas dan cita-cita yang tinggi amat
       dikehendaki. Individu akan menghadapi kerja-kerja yang mencabar dan
       mungkin juga masalah-masalah yang berat dan rumit. Jika beliau mempunyai
       semangat dan kesungguhan yang luar biasa, berkemungkinan besar beliau
       akan berjaya di dalam pekerjaan ini.
iv.    Organisasi
       Salah satu pra-syarat yang perlu ada untuk pekerjaan jenis ini adalah
       kebolehan menyusun dan menyelenggara barang-barang di bawah jagaan
       peribadi supaya kelihatan kemas dan teratur.
          Beliau perlu menyusun segala peristiwa sama ada yang telah atau yang
       akan berlaku secara sistematik dan teliti. Dalam menjalankan tugas-tugas
       harian, kecuaian dan ralat-ralat kecil biasanya tidak dapat diterima.
       Kebolehan menyusun sesuatu kerja lebih awal dan terperinci adalah perlu
       dan amat ditekankan.


                                           6
GANJARAN


 i.    Keuntungan
       Pekerjaan jenis ini memberi peluang kepada individu ini untuk menjadi kaya.
       Kerjaya ini memberikan faedah ekonomi yang tinggi yang memungkinkan
       beliau berupaya memiliki barang-barang berkualiti tinggi yang diinginkan
       seperti rumah, kereta, pakaian dan lain-lain. Walaupun kadang kala terpaksa
       berhadapan dengan risiko, tetapi potensi untuk mendapatkan keuntungan
       yang besar adalah tinggi.
 ii.   Promosi
       Ciri-ciri utama pekerjaan jenis ini ialah adanya kenaikan pangkat, yang
       memberikan individu ini peluang untuk maju ke hadapan selangkah demi
       selangkah. Beliau mempunyai peluang untuk naik ke atas menjadi orang yang
       berpengaruh dan berautoriti. Walaupun mungkin terpaksa memulakan kerjaya
       dengan jawatan yang rendah, beliau boleh meningkat dengan cepat di dalam
       sesebuah organisasi.
iii.   Masa lapang
       Ciri-ciri utama pekerjaan jenis ini ialah ia tidak mengganggu kehidupan
       individu berkenaan di luar masa kerja. Waktu kerja adalah pendek dan beliau
       mempunyai banyak masa untuk bercuti. Beliau akan mempunyai banyak
       masa untuk bergembira dan juga berpeluang untuk melakukan aktiviti
       kegemaran serta aktiviti-aktiviti hariannya.
iv.    Pengiktirafan
       Dalam pekerjaan jenis ini, individu akan menjadi perhatian dan tumpuan
       masyarakat umum. Beliau akan dikenali dan dianggap penting oleh
       sebahagian besar ahli masyarakat. Nama dan wajah beliau akan dikenali
       secara meluas dan mempunyai martabat yang tinggi di mata masyarakat.
 v.    Sokongan
       Persekitaran kerja dalam pekerjaan jenis ini amat menyokong individu
       berkenaan. Sebagai seorang pekerja, beliau akan dilayan dengan kasih
       sayang dan      kebaikan.   Ketua    dan   pembantu-pembantu   beliau   amat
       memahami, bertimbang rasa dan selalu memberi galakan dan dorongan.
       Mereka begitu mengambil berat tentang keselesaan dan kesejahteraannya;
       biasanya ditawarkan bantuan jika beliau memerlukan.


                                           7
vi.    Keselamatan
       Pekerjaan jenis ini membolehkan beliau merasa bebas dari kebimbangan,
       kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan. Beliau merasa selamat dengan
       perubahan-perubahan semasa yang berlaku di sekeliling kerana mengetahui
       beliau   serta   keluarga   kekal,   stabil dan boleh   dijangkakan. Secara
       keseluruhannya, pendapatan beliau tidak dipengaruhi oleh kesempitan hidup.


CITARASA


 i.    Kebudayaan
       Untuk berjaya di dalam kerjaya ini, individu ini mestilah berkebolehan
       menikmati dan menghargai seni. Keupayaannya untuk menghayati bentuk,
       imbangan, kelembutan, keharmonian dan kecantikan sesuatu benda adalah
       amat berguna dan berharga. Beliau mungkin dikehendaki mengumpulkan
       benda-benda seni, cantik dan mempunyai erti serta dikehendaki supaya
       memperkembangkan minat dan penghargaan terhadap seni dan budaya.
 ii.   Agama
       Salah satu pra-syarat utama untuk berjaya di dalam pekerjaan ini ialah mesti
       mempunyai pengetahuan yang tinggi dan luas. Beliau akan selalu terlibat
       dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan keagamaan. Peluang untuk
       berdakwah, mengajar, menjadi model dan berkongsi nilai-nilai yang berkaitan
       dengan agama adalah merupakan tanggungjawab yang diberikan kepadanya.


MONOTONI


 i.    Kepelbagaian
       Pekerjaan jenis ini memerlukan individu berhadapan dengan keadaan-
       keadaan dan masalah-masalah baru dan berbeza untuk diselesaikan. Beliau
       mungkin dikehendaki mengendali dan membuat penyelidikan berkaitan
       dengan persekitaran fizikal dan sosial beliau. Banyak masa mungkin akan
       dihabiskan untuk perjalanan ke tempat-tempat yang beliau tidak biasa. Risiko
       sama ada kecil atau besar tidak dapat dielakkan. Beliau mesti bersedia untuk
       mengalami perubahan yang akan berlaku.




                                            8
ii.   Aktiviti
      Satu daripada keperluan utama pekerjaan jenis ini adalah minat dan cinta
      kepada aktiviti-aktiviti fizikal. Individu perlu mempunyai tahap kecergasan
      yang tinggi. Kesihatan, kekuatan, dan ketabahan yang tinggi adalah suatu
      kemestian. Beliau mungkin dikehendaki mengangkat benda-benda yang
      berat, bekerja di dalam bangunan dan mungkin juga di luar bangunan. Minat
      terhadap pergerakan yang memerlukan tenaga dan kekuatan adalah perlu
      untuk kejayaan di dalam kerjaya ini.




                                         9
2.2 SELF-DIRECTED SEARCH (SDS)


Inventori yang dibangunkan John L. Holland ini telah banyak
digunapakai untuk tujuan membantu individu meneroka
potensi kerjaya mereka dari sudut minat & jenis personaliti
individu terhadap suatu kerjaya. Masa yang diperuntukkan
untuk mentadbir ujian ini adalah selama 20 hingga 30 minit
dengan bilangan item sebanyak 192 beserta pilihan jawapan
Ya atau Tidak. Alat ukurannya terdiri daripada 3 bahagian
iaitu Kesukaan, Kecekapan & Nama Pekerjaan.


   2.2.1 Pentadbiran ujian SDS


Responden perlu menjawab ujian ini berdasarkan minat dan bukannya mengikut
pandangan orang lain. Sebaiknya ujian dilakukan di dalam bilik yang kondusif
dengan kelengkapan asas seperti kerusi dan meja.
      Menurut    Holland,   terdapat   6   jenis   personaliti   &   persekitaran   yang
dikemukakan dalam SDS sama ada Realistic (R), Investigative (I), Artistic (A),
Social (S), Enterprising (E) & Conventional (C).


   2.2.2 Pengiraan skor ujian SDS


      Pengiraan perlu dibuat dengan berhati-hati dan teliti dengan mengira jawapan
yang bertanda YA sahaja mengikut lajur ke bawah. Selepas itu, responden perlu
menulis bilangan yang diperoleh di dalam ruang di bawahnya mengikut urutan.
Keputusan diperolehi setelah responden mengambil 3 jenis minat yang mendapat
markah tertinggi sama ada Realistic (R), Investigative (I), Artistic (A), Social (S),
Enterprising (E) atau Conventional (C).




                                           10
2.2.3 Pentafsiran RIASEC



1. Realistik (Realistic)

Berkemahiran dalam atletik dan mekanikal. Mereka ini suka bekerja dengan objek,
mesin, peralatan, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Juga berminat bekerja di dalam
situasi outdoor berbanding di dalam pejabat.

2. Siasatan (Investigative)

Mereka ini biasanya amat berminat dengan pemerhatian, mempelajari, menyelidik,
menganalisa, menilai dan menyelesaikan masalah melalui penyelidikan serta
berkemahiran dalam bidang saintifik dan matematik serta meminati kerjaya-kerjaya
bercorak teknikal.

3. Kesenian (Artistic)

Mereka yang berada di kelompok ini memiliki kebolehan kesenian, sangat kreatif
dan berinovasi. Juga mempunyai kebolehan dimana mereka suka bekerja di dalam
situasi tidak atau kurang berstruktur. Dalam erti kata “bebas” kerana tidak minat dan
tidak suka bekerja di dalam keadaan yang rutin atau berulang-ulang. Sentiasa
menggunakan daya imaginasi dan daya kreativiti.

4. Sosial (Social)

Mereka ini juga suka bekerja dan beinteraksi sesama manusia. Suka memberitahu,
menolong, melatih, memperkembang, mengubati dan membuat kerja-kerja kebajikan
untuk orang lain. Berkemahiran menggunakan tutur kata serta mahir dalam
komunikasi dan mempunyai matlamat terutamanya dalam membuat kebajikan.




                                         11
5. Berdaya Usaha (Enterprising)

Mereka ini amat suka dan minat bekerja dan berinteraksi sesama manusia. Berminat
dalam mempengaruhi, mengarah, memimpin dan menguruskan orang lain juga
mahir dalam memanipulasi. Namun matlamatnya adalah bagi mencapai keuntungan
organisasi dan keuntungan ekonomi.

6. Konvensional / Kelaziman (Conventional)

Suka bekerja dengan data dan nombor. Mereka ini mempunyai kemahiran dalam
bidang   perkeranian   serta   mempunyai    kebolehan   dam   kemahiran   dalam
menggunakan nombor dan melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat akur dan
mengikut arahan.




                                       12
3.0 RUMUSAN

Secara umumnya, jelaslah bahawa ujian-ujian psikologi mempunyai format ciri
pengukuran yang piawai sepertimana yang telah dijelaskan melalui contoh-contoh
ujian di atas. Hal ini kerana ujian psikologi kebanyakannya bermatlamatkan ujian
yang berkaitan dengan pengukuran tingkah laku individu.


       Telah terbukti bahawa 2 contoh ujian tersebut menepati ciri-ciri pengukuran
seperti yang dinyatakan di dalam muka 1.0 PENGENALAN. Keputusan kedua-dua
ujian tersebut dapat menggambarkan pencapaian/personaliti          individu terhadap
suatu ujian yang ditadbir yang menepati ciri deskriptif. Bahkan keputusan tersebut
menjadi lebih bermakna sekiranya dibandingkan dengan markah yang diperoleh
individu lain yang menjadikan ujian-ujian ini tidak lari dari ciri relatif. Secara tak
langsung, hasil dari ujian tersebut menggambarkan pencapaian serta personaliti
individu yang mentadbir ujian ini.




                                         13

More Related Content

What's hot

EDU3073 | Kaunseling Kelompok (Bimbingan & Kaunseling)
EDU3073 | Kaunseling Kelompok (Bimbingan & Kaunseling)EDU3073 | Kaunseling Kelompok (Bimbingan & Kaunseling)
EDU3073 | Kaunseling Kelompok (Bimbingan & Kaunseling)Stephanie Unsil
 
Bab 10 Halangan Dalam Kaunseling
Bab 10   Halangan Dalam KaunselingBab 10   Halangan Dalam Kaunseling
Bab 10 Halangan Dalam KaunselingFathmalyn Abdullah
 
PSIKOLOGI KAUNSELING penilaian dan diagnosis dalam kaunseling
PSIKOLOGI KAUNSELING penilaian dan diagnosis dalam kaunselingPSIKOLOGI KAUNSELING penilaian dan diagnosis dalam kaunseling
PSIKOLOGI KAUNSELING penilaian dan diagnosis dalam kaunselingAmin Upsi
 
Kaunseling kerjaya
Kaunseling kerjayaKaunseling kerjaya
Kaunseling kerjayaD Adam
 
Inventori Personaliti Warna Sidek
Inventori Personaliti Warna SidekInventori Personaliti Warna Sidek
Inventori Personaliti Warna Sidekakmalmustafakamal
 
Bab10 kemahiran asas dalam bimbingan dan penasihatan
Bab10 kemahiran asas dalam bimbingan dan penasihatanBab10 kemahiran asas dalam bimbingan dan penasihatan
Bab10 kemahiran asas dalam bimbingan dan penasihatanzuraidanasri
 
4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)
4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)
4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)Herney Aqilah Kay
 
Teori Perkembangan Kerjaya Ginzberg
Teori Perkembangan Kerjaya GinzbergTeori Perkembangan Kerjaya Ginzberg
Teori Perkembangan Kerjaya GinzbergJessika Denis
 
47437406 teori-holland-2
47437406 teori-holland-247437406 teori-holland-2
47437406 teori-holland-2Mis Faralia
 
Edu 3102 teori tipologi holland
Edu 3102   teori tipologi hollandEdu 3102   teori tipologi holland
Edu 3102 teori tipologi hollandSehgar Kandasamy
 

What's hot (20)

Bab 5 Model Proses Kaunseling
Bab 5   Model Proses KaunselingBab 5   Model Proses Kaunseling
Bab 5 Model Proses Kaunseling
 
Teori psikoanalisis
Teori psikoanalisisTeori psikoanalisis
Teori psikoanalisis
 
EDU3073 | Kaunseling Kelompok (Bimbingan & Kaunseling)
EDU3073 | Kaunseling Kelompok (Bimbingan & Kaunseling)EDU3073 | Kaunseling Kelompok (Bimbingan & Kaunseling)
EDU3073 | Kaunseling Kelompok (Bimbingan & Kaunseling)
 
Bab 10 Halangan Dalam Kaunseling
Bab 10   Halangan Dalam KaunselingBab 10   Halangan Dalam Kaunseling
Bab 10 Halangan Dalam Kaunseling
 
Bilazim
BilazimBilazim
Bilazim
 
Teori perkembangan emosi
Teori perkembangan emosiTeori perkembangan emosi
Teori perkembangan emosi
 
Etika kaunselor
Etika kaunselorEtika kaunselor
Etika kaunselor
 
Teori tingkah laku
Teori tingkah laku Teori tingkah laku
Teori tingkah laku
 
PSIKOLOGI KAUNSELING penilaian dan diagnosis dalam kaunseling
PSIKOLOGI KAUNSELING penilaian dan diagnosis dalam kaunselingPSIKOLOGI KAUNSELING penilaian dan diagnosis dalam kaunseling
PSIKOLOGI KAUNSELING penilaian dan diagnosis dalam kaunseling
 
Kaunseling kerjaya
Kaunseling kerjayaKaunseling kerjaya
Kaunseling kerjaya
 
Inventori Personaliti Warna Sidek
Inventori Personaliti Warna SidekInventori Personaliti Warna Sidek
Inventori Personaliti Warna Sidek
 
Bab10 kemahiran asas dalam bimbingan dan penasihatan
Bab10 kemahiran asas dalam bimbingan dan penasihatanBab10 kemahiran asas dalam bimbingan dan penasihatan
Bab10 kemahiran asas dalam bimbingan dan penasihatan
 
5.pengenalan teori kaunseling
5.pengenalan teori kaunseling5.pengenalan teori kaunseling
5.pengenalan teori kaunseling
 
4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)
4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)
4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)
 
Nilai kerjaya
Nilai kerjayaNilai kerjaya
Nilai kerjaya
 
Teori Perkembangan Kerjaya Ginzberg
Teori Perkembangan Kerjaya GinzbergTeori Perkembangan Kerjaya Ginzberg
Teori Perkembangan Kerjaya Ginzberg
 
47437406 teori-holland-2
47437406 teori-holland-247437406 teori-holland-2
47437406 teori-holland-2
 
Bab 1 Perkhidmatan Menolong
Bab 1  Perkhidmatan Menolong Bab 1  Perkhidmatan Menolong
Bab 1 Perkhidmatan Menolong
 
Teori Alfred Adler
Teori Alfred AdlerTeori Alfred Adler
Teori Alfred Adler
 
Edu 3102 teori tipologi holland
Edu 3102   teori tipologi hollandEdu 3102   teori tipologi holland
Edu 3102 teori tipologi holland
 

Similar to Ciri pengukuran psikologi

Ciri-ciri pengukuran psikologi
Ciri-ciri pengukuran psikologiCiri-ciri pengukuran psikologi
Ciri-ciri pengukuran psikologiakmalmustafakamal
 
1 pendahuluan & dasar perilaku individu
1   pendahuluan & dasar perilaku individu1   pendahuluan & dasar perilaku individu
1 pendahuluan & dasar perilaku individuAstadi Pangarso
 
Bab 1 apa itu perlakuan organisasi 2021.pptx
Bab 1 apa itu perlakuan organisasi 2021.pptxBab 1 apa itu perlakuan organisasi 2021.pptx
Bab 1 apa itu perlakuan organisasi 2021.pptxfatinFahana97
 
Kepemimpinan
KepemimpinanKepemimpinan
KepemimpinanCkg Nizam
 
Komunikasi Bisnis Bab II
Komunikasi Bisnis Bab IIKomunikasi Bisnis Bab II
Komunikasi Bisnis Bab IIAndreas Jiman
 
Makalah perilaku dan organisasi
Makalah perilaku dan organisasiMakalah perilaku dan organisasi
Makalah perilaku dan organisasinurfitriyah1712
 
Management Sumber Daya Manusia
Management Sumber Daya ManusiaManagement Sumber Daya Manusia
Management Sumber Daya ManusiaMas Tri Sragen
 
Bab 2 (jiwa kewirausahaan)
Bab 2 (jiwa kewirausahaan)Bab 2 (jiwa kewirausahaan)
Bab 2 (jiwa kewirausahaan)icang19
 
2023 Perilaku Organisasi - PERTEMUAN 1.pptx
2023 Perilaku Organisasi - PERTEMUAN 1.pptx2023 Perilaku Organisasi - PERTEMUAN 1.pptx
2023 Perilaku Organisasi - PERTEMUAN 1.pptxYayasanBinaAdministr
 
INSTRUMEN NILAI PEKERJAAN SIDEK (INPS).pptx
INSTRUMEN NILAI PEKERJAAN SIDEK (INPS).pptxINSTRUMEN NILAI PEKERJAAN SIDEK (INPS).pptx
INSTRUMEN NILAI PEKERJAAN SIDEK (INPS).pptxNurNadirahAbdmanaf
 
HHHC9601 Kepimpinan & Kerja Berpasukan
HHHC9601 Kepimpinan & Kerja BerpasukanHHHC9601 Kepimpinan & Kerja Berpasukan
HHHC9601 Kepimpinan & Kerja BerpasukanMr. 29526
 
Tugas kelompok keorganisasian
Tugas kelompok keorganisasianTugas kelompok keorganisasian
Tugas kelompok keorganisasianfitri citra
 
Ppt01 Dasar-dasar perilaku organisasi
Ppt01 Dasar-dasar perilaku organisasiPpt01 Dasar-dasar perilaku organisasi
Ppt01 Dasar-dasar perilaku organisasiDety Nurfadilah
 
Microsoft word pengurusan kualiti menyeluruh hem
Microsoft word   pengurusan kualiti menyeluruh hemMicrosoft word   pengurusan kualiti menyeluruh hem
Microsoft word pengurusan kualiti menyeluruh hemroslinah_harun
 
Inisiasi 1
Inisiasi 1Inisiasi 1
Inisiasi 1yundia
 

Similar to Ciri pengukuran psikologi (20)

Ciri-ciri pengukuran psikologi
Ciri-ciri pengukuran psikologiCiri-ciri pengukuran psikologi
Ciri-ciri pengukuran psikologi
 
1 pendahuluan & dasar perilaku individu
1   pendahuluan & dasar perilaku individu1   pendahuluan & dasar perilaku individu
1 pendahuluan & dasar perilaku individu
 
Bab 1 apa itu perlakuan organisasi 2021.pptx
Bab 1 apa itu perlakuan organisasi 2021.pptxBab 1 apa itu perlakuan organisasi 2021.pptx
Bab 1 apa itu perlakuan organisasi 2021.pptx
 
Tugas uas akpri individu donny
Tugas uas akpri individu donnyTugas uas akpri individu donny
Tugas uas akpri individu donny
 
Kepemimpinan
KepemimpinanKepemimpinan
Kepemimpinan
 
Komunikasi Bisnis Bab II
Komunikasi Bisnis Bab IIKomunikasi Bisnis Bab II
Komunikasi Bisnis Bab II
 
Makalah perilaku dan organisasi
Makalah perilaku dan organisasiMakalah perilaku dan organisasi
Makalah perilaku dan organisasi
 
Manajemen
ManajemenManajemen
Manajemen
 
Tugas uas akpri individu donny
Tugas uas akpri individu donnyTugas uas akpri individu donny
Tugas uas akpri individu donny
 
Bab 15.perilaku
Bab 15.perilakuBab 15.perilaku
Bab 15.perilaku
 
Management Sumber Daya Manusia
Management Sumber Daya ManusiaManagement Sumber Daya Manusia
Management Sumber Daya Manusia
 
Bab 2 (jiwa kewirausahaan)
Bab 2 (jiwa kewirausahaan)Bab 2 (jiwa kewirausahaan)
Bab 2 (jiwa kewirausahaan)
 
2023 Perilaku Organisasi - PERTEMUAN 1.pptx
2023 Perilaku Organisasi - PERTEMUAN 1.pptx2023 Perilaku Organisasi - PERTEMUAN 1.pptx
2023 Perilaku Organisasi - PERTEMUAN 1.pptx
 
INSTRUMEN NILAI PEKERJAAN SIDEK (INPS).pptx
INSTRUMEN NILAI PEKERJAAN SIDEK (INPS).pptxINSTRUMEN NILAI PEKERJAAN SIDEK (INPS).pptx
INSTRUMEN NILAI PEKERJAAN SIDEK (INPS).pptx
 
Motivasi
MotivasiMotivasi
Motivasi
 
HHHC9601 Kepimpinan & Kerja Berpasukan
HHHC9601 Kepimpinan & Kerja BerpasukanHHHC9601 Kepimpinan & Kerja Berpasukan
HHHC9601 Kepimpinan & Kerja Berpasukan
 
Tugas kelompok keorganisasian
Tugas kelompok keorganisasianTugas kelompok keorganisasian
Tugas kelompok keorganisasian
 
Ppt01 Dasar-dasar perilaku organisasi
Ppt01 Dasar-dasar perilaku organisasiPpt01 Dasar-dasar perilaku organisasi
Ppt01 Dasar-dasar perilaku organisasi
 
Microsoft word pengurusan kualiti menyeluruh hem
Microsoft word   pengurusan kualiti menyeluruh hemMicrosoft word   pengurusan kualiti menyeluruh hem
Microsoft word pengurusan kualiti menyeluruh hem
 
Inisiasi 1
Inisiasi 1Inisiasi 1
Inisiasi 1
 

More from akmalmustafakamal

PsikologiSosialSebagaiSains (SLIDE)
PsikologiSosialSebagaiSains (SLIDE)PsikologiSosialSebagaiSains (SLIDE)
PsikologiSosialSebagaiSains (SLIDE)akmalmustafakamal
 
Psikologi sebagai Sains [Psikologi Sosial (TP 22053)]
Psikologi sebagai Sains [Psikologi Sosial (TP 22053)]Psikologi sebagai Sains [Psikologi Sosial (TP 22053)]
Psikologi sebagai Sains [Psikologi Sosial (TP 22053)]akmalmustafakamal
 
Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]
Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]
Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]akmalmustafakamal
 
Adab Murid Dengan Syeikh [Pengantar Tawasuf (EP 20713)]
Adab Murid Dengan Syeikh [Pengantar Tawasuf (EP 20713)]Adab Murid Dengan Syeikh [Pengantar Tawasuf (EP 20713)]
Adab Murid Dengan Syeikh [Pengantar Tawasuf (EP 20713)]akmalmustafakamal
 
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)akmalmustafakamal
 
Kesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusia
Kesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusiaKesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusia
Kesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusiaakmalmustafakamal
 
Konsep fitrah dalam kehidupan manusia
Konsep fitrah dalam kehidupan manusiaKonsep fitrah dalam kehidupan manusia
Konsep fitrah dalam kehidupan manusiaakmalmustafakamal
 
Kesan & pengaruh iman dalam kehidupan
Kesan & pengaruh iman dalam kehidupanKesan & pengaruh iman dalam kehidupan
Kesan & pengaruh iman dalam kehidupanakmalmustafakamal
 

More from akmalmustafakamal (11)

TERAPI REALITI
TERAPI REALITITERAPI REALITI
TERAPI REALITI
 
TEORI REALITI (SLIDE)
TEORI REALITI (SLIDE)TEORI REALITI (SLIDE)
TEORI REALITI (SLIDE)
 
PsikologiSosialSebagaiSains (SLIDE)
PsikologiSosialSebagaiSains (SLIDE)PsikologiSosialSebagaiSains (SLIDE)
PsikologiSosialSebagaiSains (SLIDE)
 
Psikologi sebagai Sains [Psikologi Sosial (TP 22053)]
Psikologi sebagai Sains [Psikologi Sosial (TP 22053)]Psikologi sebagai Sains [Psikologi Sosial (TP 22053)]
Psikologi sebagai Sains [Psikologi Sosial (TP 22053)]
 
Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]
Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]
Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]
 
Adab Murid Dengan Syeikh [Pengantar Tawasuf (EP 20713)]
Adab Murid Dengan Syeikh [Pengantar Tawasuf (EP 20713)]Adab Murid Dengan Syeikh [Pengantar Tawasuf (EP 20713)]
Adab Murid Dengan Syeikh [Pengantar Tawasuf (EP 20713)]
 
KEMPEN KESIHATAN
KEMPEN KESIHATANKEMPEN KESIHATAN
KEMPEN KESIHATAN
 
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
 
Kesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusia
Kesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusiaKesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusia
Kesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusia
 
Konsep fitrah dalam kehidupan manusia
Konsep fitrah dalam kehidupan manusiaKonsep fitrah dalam kehidupan manusia
Konsep fitrah dalam kehidupan manusia
 
Kesan & pengaruh iman dalam kehidupan
Kesan & pengaruh iman dalam kehidupanKesan & pengaruh iman dalam kehidupan
Kesan & pengaruh iman dalam kehidupan
 

Ciri pengukuran psikologi

  • 1. 1.0 PENGENALAN 1.1 CIRI-CIRI PENGUKURAN PSIKOLOGI Setiap ujian psikologi mempunyai persamaan format pengukuran yang terdapat pada ciri-ciri atau sifat-sifat berikut: 1.1.1 DESKRIPTIF - Keputusan ujian menjelaskan aras pencapaian individu secara umum berkaitan sesuatu set tugas di bawah keadaan yang tertentu. Oleh itu, markah ujian tersebut hanya memerihalkan pencapaian individu tanpa penafsiran. - Contoh: Markah darjah kecerdasan; DK110 hanya menjelaskan pencapaian individu dalam suatu ujian yang ditadbir. Untuk menginterpretasi markah tersebut memerlukan maklumat tambahan. 1.1.2 RELATIF - Ujian psikologi tidak bersifat mutlak bahkan berkait dengan pencapaian individu lain mentadbir soalan yang sama. - Markah ujian ditafsir dengan membuat perbandingan markah dengan individu lain supaya tafsiran tersebut menjadi lebih bermakna kepada individu yang mentadbir ujian-ujian psikologi. - Contoh: Perbandingan dalam ujian pencapaian seperti Peperiksaan Akhir Tahun dapat mengenal pasti prestasi akademik setiap individu. 1.1.3 SECARA TAK LANGSUNG - Pengukuran psikologi menggambarkan personaliti individu secara tidak langsung, contohnya, apabila seseorang itu meminati kerjaya sebagai pelukis, secara tak langsung menggambarkan individu berkenaan berpesonaliti Artistic. - contoh lain, seseorang yang meminati kerjaya sebagai saintis, secara tak langsung menggambarkan individu berkenaan berpesonaliti Investigatif. 1
  • 2. 2.0 CONTOH UJIAN PSIKOLOGI 2.1 INVENTORI NILAI PEKERJAAN SIDEK (INPS) Inventori Nilai Pekerjaan Sidek atau singkatan INPS dibina oleh Prof. Madya Dr. Sidek Mohd Noah yang sering digunakan untuk mengenal pasti nilai-nilai dalam pekerjaan yang dianggap penting oleh seseorang individu. Inventori nilai pekerjaan ini adalah inventori yang mempunyai format jawapan skala likert iaitu Sangat Suka (SS), Suka (S), Tidak Pasti (TP), Tidak Suka (TS) dan Sangat Tidak Suka (STS). Gerak balas individu kepada item-item yang terkandung dalam ujian ini dikatakan dapat menerangkan nilai-nilai pekerjaan individu. Ujian Nilai Pekerjaan Sidek misalnya, dapat mengukur 6 kategori nilai pekerjaan iaitu konteks, hubungan, fungsi, ganjaran, citarasa dan monotoni yang terdiri daripada 21 nilai pekerjaan. Ujian ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A: Deskripsi Pekerjaan dan Bahagian B: Perbandingan Nilai Pekerjaan. 2.1.1 Pentadbiran Ujian INPS Walaupun masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan, namun sebagai panduan ujian ini perlu diselesaikan dalam masa 20 hingga 30 minit. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa & kondusif serta lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi, meja dan jauh dari gangguan- gangguan lain. Selain itu, segala arahan yang disediakan di dalam borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh individu yang mengambil ujian. 2
  • 3. 2.1.2 Kandungan INPS INPS terbahagi kepada dua set soalan: - Bahagian A: Deskripsi pekerja Individu diberi 2 nilai yang ada dalam pekerjaan & dikehendaki menandakan mengikut keutamaan berdasarkan format skala likert yang telah dinyatakan. - Bahagian B: Nilai pekerjaan/perbandingan pekerjaan Bahagian yang berkaitan dengan perbandingan 21 nilai pekerjaan dipersembahkan dalam 21 kelompok yang mempunyai gabungan nilai yang berlainan bagi tujuan perbandingan. 2.1.3 Pengiraan Skor dan Pembentukan Profil INPS Pengiraan skor dan pembentukan profil ujian nilai pekerjaan perlu dibuat dengan teliti dan hati-hati. Justeru, adalah penting untuk merujuk cara pengiraan skor dan pembentukan profil seperti yang terkandung dalam Manual INPS. 2.1.4 Pentafsiran Profil INPS Kesemua skor yang diperolehi seharusnya diteliti dan dibincangkan satu persatu. Umumnya, pentafsiran profil adalah berasaskan kategori nilai pekerjaan dan fokus adalah kepada skor tertinggi dan skor terendah. Skor 16 hingga 21 dianggap tinggi, skor 7 hingga 15 dianggap sederhana manakala 1 hingga 6 dianggap rendah. Skor tinggi menunjukkan nilai tersebut sangat penting kepada individu sementara skor rendah menunjukkan bahawa nilai tersebut adalah tidak penting kepada individu. INPS mengukur 6 kategori nilai pekerjaan iaitu: 3
  • 4. KONTEKS i. Manusia Keperluan utama pekerjaan jenis ini ialah gemar kepada aktiviti-aktiviti yang berorientasikan manusia. Banyak masa akan digunakan untuk berhubung dan berinteraksi dengan orang lain. Peranan individu ini termasuklah menyelia, memujuk, menolong, mengajar, memberi khidmat kaunseling dan menasihat. ii. Data Ciri-ciri utama pekerjaan jenis ini ialah individu dikehendaki bekerja dengan idea, maklumat serta rekod. Individu ini mungkin dikehendaki mengumpul maklumat-maklumat, membanding, menyalin di samping berkemungkinan melakukan kerja-kerja menyelaras dan menganalisis data. Kebolehan membuat kesimpulan dan rumusan dari data-data yang ada mungkin juga diperlukan di dalam pekerjaan jenis ini. Minat yang mendalam untuk bermain-main dengan data memungkinkan individu ini berjaya di dalam kerjaya ini. iii. Benda Pekerjaan ini memerlukan individu bekerja dengan objek sama ada objek kecil mahupun objek besar. Beliau dikehendaki mengendalikan dan menyelenggara objek dari kerja yang sehalus-halusnya hinggalah kepada operasi jentera-jentera yang besar. Perhubungan sesama manusia adalah minima dan mungkin terlibat dalam mereka bentuk, mereka cipta, membina dan memperbaiki alatan. 4
  • 5. HUBUNGAN i. Pembantu Pekerjaan ini memerlukan individu supaya bertanggungjawab ke atas orang lain, mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan. Beliau dikehendaki supaya sentiasa mengikut arahan ketua dan memberi perhatian penuh kepada tugas yang diberikan kepadanya. Beliau juga dikehendaki membuat sesuatu mengikut apa yang telah dipersetujui. Kesediaannya untuk diarah dari melakukan sesuatu mengikut kehendak sendiri memungkinkan individu ini berjaya dalam kerjaya jenis ini. ii. Altruisme Ciri-ciri seperti suka menolong dan mengasihi orang lain adalah ciri-ciri yang penting untuk pekerjaan jenis ini. Banyak masa kerja dihabiskan dengan kerja-kerja kebajikan. Individu ini mungkin dikehendaki membina perhubungan dengan orang yang tidak mempunyai kawan, menolong mereka yang tidak bernasib baik serta orang lain yang memerlukan pertolongan. iii. Pemimpin Ciri-ciri utama di dalam pekerjaan jenis ini ialah beliau memegang jawatan yang mempunyai autoriti dan tanggungjawab yang berat. Beliau juga perlu memberitahu tentang apa yang perlu mereka buat, mengarah, dan mengawal tingkah laku mereka dan bertanggungjawab untuk membuat keputusan- keputusan penting dalam kumpulan. Beliau akan dianggap sebagai ketua yang mempunyai prestij dan pengaruh yang membuatkan orang lain menghormati dan bertanggungjawab kepadanya. iv. Autonomi Autonomi dan kebebasan adalah merupakan unsur-unsur yang penting di dalam pekerjaan jenis ini. Beliau dengan bebas boleh pergi dan balik dari tempat kerja sesuka hati serta bebas membuat jadual masa bekerja dan melakukan kerja mengikut cara yang disukai. Kebebasan dalam membuat keputusan sendiri dan berinisiatif merupakan kunci kepada kejayaannya. 5
  • 6. FUNGSI i. Intelektual Pekerjaan jenis ini melibatkan banyak masa untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan. Kerja-kerjanya banyak melibatkan fikiran demi mencari kebenaran dan menambah khazanah ilmu pengetahuan. Daya imaginasi dan penaakulan adalah amat perlu begitu juga kebolehannya mengatur dan menyusun ilmu pengetahuan. Dalam kerja-kerja yang melibatkan perkara-perkara abstrak dan teoritikal, individu ini dikehendaki mengkritik, menyoal, menganalisis dan menggabungkan suatu keterangan. ii. Kreatif Pekerjaan jenis ini memerlukan individu-individu yang mempunyai idea-idea dan persembahan diri yang unik. Gaya hidup yang individualistik mungkin amat sesuai untuk bidang kerjaya jenis ini. Ketulenan dan keaslian dalam merekacipta dipraktikkan dalam penyelesaian masalah dan penyelenggaran kerja. Kebolehan untuk menghasilkan idea-idea baru dan cara mempersembahkannya secara unik dan tersendiri adalah suatu kemestian. iii. Kerjaya Kejayaan dan pencapaian yang tinggi merupakan keperluan dan ciri-ciri utama pekerjaan jenis ini. Matlamat yang jelas dan cita-cita yang tinggi amat dikehendaki. Individu akan menghadapi kerja-kerja yang mencabar dan mungkin juga masalah-masalah yang berat dan rumit. Jika beliau mempunyai semangat dan kesungguhan yang luar biasa, berkemungkinan besar beliau akan berjaya di dalam pekerjaan ini. iv. Organisasi Salah satu pra-syarat yang perlu ada untuk pekerjaan jenis ini adalah kebolehan menyusun dan menyelenggara barang-barang di bawah jagaan peribadi supaya kelihatan kemas dan teratur. Beliau perlu menyusun segala peristiwa sama ada yang telah atau yang akan berlaku secara sistematik dan teliti. Dalam menjalankan tugas-tugas harian, kecuaian dan ralat-ralat kecil biasanya tidak dapat diterima. Kebolehan menyusun sesuatu kerja lebih awal dan terperinci adalah perlu dan amat ditekankan. 6
  • 7. GANJARAN i. Keuntungan Pekerjaan jenis ini memberi peluang kepada individu ini untuk menjadi kaya. Kerjaya ini memberikan faedah ekonomi yang tinggi yang memungkinkan beliau berupaya memiliki barang-barang berkualiti tinggi yang diinginkan seperti rumah, kereta, pakaian dan lain-lain. Walaupun kadang kala terpaksa berhadapan dengan risiko, tetapi potensi untuk mendapatkan keuntungan yang besar adalah tinggi. ii. Promosi Ciri-ciri utama pekerjaan jenis ini ialah adanya kenaikan pangkat, yang memberikan individu ini peluang untuk maju ke hadapan selangkah demi selangkah. Beliau mempunyai peluang untuk naik ke atas menjadi orang yang berpengaruh dan berautoriti. Walaupun mungkin terpaksa memulakan kerjaya dengan jawatan yang rendah, beliau boleh meningkat dengan cepat di dalam sesebuah organisasi. iii. Masa lapang Ciri-ciri utama pekerjaan jenis ini ialah ia tidak mengganggu kehidupan individu berkenaan di luar masa kerja. Waktu kerja adalah pendek dan beliau mempunyai banyak masa untuk bercuti. Beliau akan mempunyai banyak masa untuk bergembira dan juga berpeluang untuk melakukan aktiviti kegemaran serta aktiviti-aktiviti hariannya. iv. Pengiktirafan Dalam pekerjaan jenis ini, individu akan menjadi perhatian dan tumpuan masyarakat umum. Beliau akan dikenali dan dianggap penting oleh sebahagian besar ahli masyarakat. Nama dan wajah beliau akan dikenali secara meluas dan mempunyai martabat yang tinggi di mata masyarakat. v. Sokongan Persekitaran kerja dalam pekerjaan jenis ini amat menyokong individu berkenaan. Sebagai seorang pekerja, beliau akan dilayan dengan kasih sayang dan kebaikan. Ketua dan pembantu-pembantu beliau amat memahami, bertimbang rasa dan selalu memberi galakan dan dorongan. Mereka begitu mengambil berat tentang keselesaan dan kesejahteraannya; biasanya ditawarkan bantuan jika beliau memerlukan. 7
  • 8. vi. Keselamatan Pekerjaan jenis ini membolehkan beliau merasa bebas dari kebimbangan, kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan. Beliau merasa selamat dengan perubahan-perubahan semasa yang berlaku di sekeliling kerana mengetahui beliau serta keluarga kekal, stabil dan boleh dijangkakan. Secara keseluruhannya, pendapatan beliau tidak dipengaruhi oleh kesempitan hidup. CITARASA i. Kebudayaan Untuk berjaya di dalam kerjaya ini, individu ini mestilah berkebolehan menikmati dan menghargai seni. Keupayaannya untuk menghayati bentuk, imbangan, kelembutan, keharmonian dan kecantikan sesuatu benda adalah amat berguna dan berharga. Beliau mungkin dikehendaki mengumpulkan benda-benda seni, cantik dan mempunyai erti serta dikehendaki supaya memperkembangkan minat dan penghargaan terhadap seni dan budaya. ii. Agama Salah satu pra-syarat utama untuk berjaya di dalam pekerjaan ini ialah mesti mempunyai pengetahuan yang tinggi dan luas. Beliau akan selalu terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan keagamaan. Peluang untuk berdakwah, mengajar, menjadi model dan berkongsi nilai-nilai yang berkaitan dengan agama adalah merupakan tanggungjawab yang diberikan kepadanya. MONOTONI i. Kepelbagaian Pekerjaan jenis ini memerlukan individu berhadapan dengan keadaan- keadaan dan masalah-masalah baru dan berbeza untuk diselesaikan. Beliau mungkin dikehendaki mengendali dan membuat penyelidikan berkaitan dengan persekitaran fizikal dan sosial beliau. Banyak masa mungkin akan dihabiskan untuk perjalanan ke tempat-tempat yang beliau tidak biasa. Risiko sama ada kecil atau besar tidak dapat dielakkan. Beliau mesti bersedia untuk mengalami perubahan yang akan berlaku. 8
  • 9. ii. Aktiviti Satu daripada keperluan utama pekerjaan jenis ini adalah minat dan cinta kepada aktiviti-aktiviti fizikal. Individu perlu mempunyai tahap kecergasan yang tinggi. Kesihatan, kekuatan, dan ketabahan yang tinggi adalah suatu kemestian. Beliau mungkin dikehendaki mengangkat benda-benda yang berat, bekerja di dalam bangunan dan mungkin juga di luar bangunan. Minat terhadap pergerakan yang memerlukan tenaga dan kekuatan adalah perlu untuk kejayaan di dalam kerjaya ini. 9
  • 10. 2.2 SELF-DIRECTED SEARCH (SDS) Inventori yang dibangunkan John L. Holland ini telah banyak digunapakai untuk tujuan membantu individu meneroka potensi kerjaya mereka dari sudut minat & jenis personaliti individu terhadap suatu kerjaya. Masa yang diperuntukkan untuk mentadbir ujian ini adalah selama 20 hingga 30 minit dengan bilangan item sebanyak 192 beserta pilihan jawapan Ya atau Tidak. Alat ukurannya terdiri daripada 3 bahagian iaitu Kesukaan, Kecekapan & Nama Pekerjaan. 2.2.1 Pentadbiran ujian SDS Responden perlu menjawab ujian ini berdasarkan minat dan bukannya mengikut pandangan orang lain. Sebaiknya ujian dilakukan di dalam bilik yang kondusif dengan kelengkapan asas seperti kerusi dan meja. Menurut Holland, terdapat 6 jenis personaliti & persekitaran yang dikemukakan dalam SDS sama ada Realistic (R), Investigative (I), Artistic (A), Social (S), Enterprising (E) & Conventional (C). 2.2.2 Pengiraan skor ujian SDS Pengiraan perlu dibuat dengan berhati-hati dan teliti dengan mengira jawapan yang bertanda YA sahaja mengikut lajur ke bawah. Selepas itu, responden perlu menulis bilangan yang diperoleh di dalam ruang di bawahnya mengikut urutan. Keputusan diperolehi setelah responden mengambil 3 jenis minat yang mendapat markah tertinggi sama ada Realistic (R), Investigative (I), Artistic (A), Social (S), Enterprising (E) atau Conventional (C). 10
  • 11. 2.2.3 Pentafsiran RIASEC 1. Realistik (Realistic) Berkemahiran dalam atletik dan mekanikal. Mereka ini suka bekerja dengan objek, mesin, peralatan, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Juga berminat bekerja di dalam situasi outdoor berbanding di dalam pejabat. 2. Siasatan (Investigative) Mereka ini biasanya amat berminat dengan pemerhatian, mempelajari, menyelidik, menganalisa, menilai dan menyelesaikan masalah melalui penyelidikan serta berkemahiran dalam bidang saintifik dan matematik serta meminati kerjaya-kerjaya bercorak teknikal. 3. Kesenian (Artistic) Mereka yang berada di kelompok ini memiliki kebolehan kesenian, sangat kreatif dan berinovasi. Juga mempunyai kebolehan dimana mereka suka bekerja di dalam situasi tidak atau kurang berstruktur. Dalam erti kata “bebas” kerana tidak minat dan tidak suka bekerja di dalam keadaan yang rutin atau berulang-ulang. Sentiasa menggunakan daya imaginasi dan daya kreativiti. 4. Sosial (Social) Mereka ini juga suka bekerja dan beinteraksi sesama manusia. Suka memberitahu, menolong, melatih, memperkembang, mengubati dan membuat kerja-kerja kebajikan untuk orang lain. Berkemahiran menggunakan tutur kata serta mahir dalam komunikasi dan mempunyai matlamat terutamanya dalam membuat kebajikan. 11
  • 12. 5. Berdaya Usaha (Enterprising) Mereka ini amat suka dan minat bekerja dan berinteraksi sesama manusia. Berminat dalam mempengaruhi, mengarah, memimpin dan menguruskan orang lain juga mahir dalam memanipulasi. Namun matlamatnya adalah bagi mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi. 6. Konvensional / Kelaziman (Conventional) Suka bekerja dengan data dan nombor. Mereka ini mempunyai kemahiran dalam bidang perkeranian serta mempunyai kebolehan dam kemahiran dalam menggunakan nombor dan melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat akur dan mengikut arahan. 12
  • 13. 3.0 RUMUSAN Secara umumnya, jelaslah bahawa ujian-ujian psikologi mempunyai format ciri pengukuran yang piawai sepertimana yang telah dijelaskan melalui contoh-contoh ujian di atas. Hal ini kerana ujian psikologi kebanyakannya bermatlamatkan ujian yang berkaitan dengan pengukuran tingkah laku individu. Telah terbukti bahawa 2 contoh ujian tersebut menepati ciri-ciri pengukuran seperti yang dinyatakan di dalam muka 1.0 PENGENALAN. Keputusan kedua-dua ujian tersebut dapat menggambarkan pencapaian/personaliti individu terhadap suatu ujian yang ditadbir yang menepati ciri deskriptif. Bahkan keputusan tersebut menjadi lebih bermakna sekiranya dibandingkan dengan markah yang diperoleh individu lain yang menjadikan ujian-ujian ini tidak lari dari ciri relatif. Secara tak langsung, hasil dari ujian tersebut menggambarkan pencapaian serta personaliti individu yang mentadbir ujian ini. 13