SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
1.0 Menganalisis Isu Semasa Dalam Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan
Web.

1.1 Pendahuluan

Dunia pendidikan telah mengalami perubahan yang pesat yang dibawa oleh kesan
globalisasi, pengdemokrasian pendidikan, ledakan teknologi maklumat, ekonomi
yang berasaskan pengetahuan, persaingan hebat dan usaha ke arah pembentukan
sistem pendidikan yang bertaraf dunia. Perubahan yang berlaku secara global telah
penambahan minat dan usaha untuk para pendidikan menggunakan teknologi
maklumat dan komunikasi (TKM) dalam pendidikan. Kadar perubahan ini
dipercepatkan lagi dengan pengaruh faktor-faktor seperti kos teknologi yang lebih
murah bagi perkakasan dan perisian, perisian multimedia yang lebih mudah
digunakan (user-friendly) serta perkembangan dalam teori dan model pendidikan
yang berubah dari pemusatan guru ke pemusatan pelajar.

       Di peringkat sekolah, peningkatan dari segi bilangan pelajar, tuntutan
‘stakeholder’ kepada pengajaran dan pendidikan yang berkualiti, serta kekurangan
bahan resos pengajaran dan tenaga pengajar telah mendesak para pendidikan
melihat semula peranan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di institusi.
Dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas , peranan pensyarah telah berubah
dari instruktor ke fasilitator. Pengajaran berasaskan kaedah eksposisi telah berubah
kepada pengajaran yang membolehkan pelajar melakukan eksplorasi sama ada
secara individu atau dalam kumpulan kecil. Peluang pembelajaran individu telah
diberi kepada pelajar untuk membolehkan mereka belajar secara akses kendiri,
terarah kendiri dan mengikut kadar yang sesuai dengan kebolehannya. Salah satu
daripada strategi yang dapat digunakan oleh guru untuk menghadapi perubahan dari
segi model dan amalan pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah dengan
mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran.

       Komputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak
kelebihan. Ia sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kerana ia berkemampuan menerima dan memproses
data. Heinich (1996) menyatakan komputer berkemampuan mengawal dan
mengurus bahan pengajaran yang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi
dengan pengguna membolehkan pengajar-pengajar menerapkan pengajaran dan
pembelajaran secara lebih mudah serta menarik. Bitter (1989) pula menyatakan
komputer boleh bekerja pantas serta beroperasi 24 jam tanpa berhenti dan
maklumat yang dikeluarkannya dengan tepat.

        Penggunaan komputer ini ada hubungkaitnya dengan teknologi maklumat dan
komunikasi yang kini diaplikasikan dalam sistem pendidikan negara. Ini adalah
kerana komputer dijadikan sebagai pangkalan data, dapat memberikan maklumat
yang dicari atau diminta oleh orang ramai. Perlaksanaan konsep Sekolah Bestari
iaitu salah satu contoh aplikasi perdana dalam Koridor Raya Multimedia adalah
usaha kerajaan yang berterusan bagi membentuk generasi baru yang mempunyai
daya saing dalam era teknologi maklumat dan komunikasi.

        Menyedari hakikat ini, kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk terus
memperkembangkan teknologi komunikasi dan maklumat ini dengan menubuhkan
Koridor Raya Multimedia (MSC). Tujuh aplikasi utama dalam MSC terdiri daripada
kerajaan elektronik, tele-perubatan, sekolah bestari, kad pintar, pemasaran tanpa
sempadan, kelompok penyelidikan dan pembangunan dan jaringan perusahaan
sedunia. Ketujuh-tujuh aplikasi ini mewujudkan telekomunikasi global berkeupayaan
tinggi yang membawa Malaysia kearah negara maju dan makmur (MDC, 2000).

        Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melihat ICT sebagai suatu alat untuk
merevolusikan pembelajaran, memperkayakan kurikulum, memperkembangkan
pedagogi, menstrukturkan organisasi sekolah dengan lebih berkesan, melahirkan
hubungan yang lebih kuat di antara sekolah-sekolah dan masyarakat, dan
meningkatkan penguasaan pelajar. Konsep ICT dalam pendidikan dari kaca mata
KPM merangkumi 3 polisi utama:

  i.    ICT untuk semua pelajar, bermaksud bahawa ICT digunakan sebagai sesuatu
        yang boleh mengurangkan jurang digital antara sekolah.

 ii.    Fungsi dan peranan ICT di dalam pendidikan adalah sebagai suatu alat
        pengajaran dan pembelajaran, sebagai sebahagian daripada subjek tersebut,
        dan sebagai sesuatu subjek tersendiri.

 iii.   Menggunakan     ICT   untuk   meningkatkan    produktiviti,   kecekapan   dan
        keberkesanan sesuatu sistem pengurusan.
2.0 Kajian Penggunaan Professional Amalan Penggunaan Media Elektronik
Institut Perguruan Ipoh Perak (e-Pembelajaran)

Umumnya, e-pembelajaran bermaksud belajar dengan menggunakan teknologi iaitu
satu kaedah pembelajaran baru yang mana maklumat seperti nota dan tugasan
yang diperlukan oleh pelajar akan dihantar oleh ahli akademik melalui mel elektronik
(e-mel) dan Compact Disc Read Only Memory (CD ROM). Banyak istilah yang
berlainan digunakan oleh para cendikiawan. Contohnya Abbey (2000) menyatakan
bahawa e-pembelajaran ialah arahan pembelajaran berdasarkan web. Haughey dan
Anderson (1998) pula menyatakan e-pembelajaran ialah pembelajaran secara
rangkaian manakala Harasim dan rakan-rakan (1997) pula mendefinisikan e-
pembelajaran sebagai pembelajaran secara atas talian.

      Melalui kaedah e-pembelajaran di Institut Perguruan Ipoh Perak, proses
pembelajaran, pemikiran kritis dan kreatif boleh berlaku dengan berkesan. Melalui
interaktiviti juga seseorang pelajar akan mencari maklumat selanjutnya untuk
memenuhi keperluan ingin tahu dan membina pengetahuan baru mengenai sesuatu
konsep dan kefahaman. Cara pembelajaran kolaboratif, perbincangan dengan rakan
dan dengan individu lain melalui Internet seperti e-mel, Internet Relay Chat (IRC)
dan sidang video memainkan peranan yang penting. Dengan cara ini pembelajaran
akan menjadi lebih aktif dan berkesan (Mohd Zaidil, Azizi dan Fadzilah 2002).

      E-pembelajaran menerusi teknologi maklumat (IT) serta teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT) merupakan tunjang utama dalam perancangan ekonomi
berasaskan pengetahuan (k-ekonomi) negara. K-ekonomi merupakan pengetahuan
dan keupayaan untuk mewujudkan satu nilai serta kekayaan yang dapat diukur
melalui cara pengetahuan itu diaplikasikan. Kekayaan k-ekonomi tidak diukur melalui
produk pertanian atau perindustrian, tetapi ia dapat dikecapi melalui sumber yang
bermanfaat iaitu dengan mengaplikasikan pengetahuan yang sedia ada. Era
berasaskan ilmu pengetahuan merupakan satu penerokaan baru yang mustahil
dilaksanakan dengan cekap sebelum ini.

      Kini, ciri-ciri tradisional sudah mula digantikan bagi membolehkan pelanggan
menggunakan perkhidmatan secara terus dengan lebih murah, mudah dan fleksibel
(Azwan dan Rozita 2002). Secara umum, pembelajaran masa kini dilihat daripada
perspektif yang lebih luas yang mana penggunaan teknologi, terutamanya Internet
dalam pembelajaran telah banyak mengubah kaedah pembelajaran. Kaedah e-
pembelajaran yang semakin popular di pelbagai peringkat pendidikan, iaitu sekolah
rendah, sekolah menengah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menjadi dominan
penting dalam pembelajaran masa kini.

2.1 Penerimaan Dan Aplikasi E-Pembelajaran

Corak pendidikan berunsur e-pembelajaran telah bermula dari awal tahun 90-an lagi.
Malah, e-pembelajaran merupakan alternative dalam dunia pendidikan global. Ia kini
dipraktikkan secara berterusan di IPT terutamanya di luar negara. Terdapat beribu
universiti dan kolej di luar Negara yang telah menggunakan kaedah e-pembelajaran
termasuklah Institut Perguruan Ipoh Perak. Ini kerana beberapa kajian dan
penyelidikan yang telah dilakukan oleh penyelidik-penyelidik mendapati bahawa
kaedah e-pembelajaran boleh dikaitkan dengan peningkatan prestasi akademik.

      Terdapat ramai penyelidik luar negara yang mengkaji tentang e-pembelajaran
ini antaranya kajian Shirley (2001) yang melihat kepada pembangunan dan
pengalaman e-pembelajaran. Pengkaji telah mencadangkan rangka kerja yang lebih
komprehensif untuk reka bentuk, pembangunan dan pelaksanaan e-pembelajaran
dalam pendidikan tinggi yang berasaskan kajian Trigwell (1995) terhadap tahap
pengaruh kepada pembelajaran pelajar. Rangka kerja yang dicadangkan adalah
untuk membangunkan kapasiti bagi menyampaikan kursus-kursus e-pembelajaran
dari pelbagai sudut seperti dalam konteks universiti, peruntukan terhadap
mekanisma pembangunan dan sokongan.

      Ini adalah penting sebagai inisiatif e-pembelajaran seperti visi e-pembelajaran
di institusi, pembangunan perancangan teknologi dan polisi pusat pengajian yang
berkait dengan e-pembelajaran, kemudahan untuk menyediakan sokongan teknologi
kepada ahli akademik dan pelajar, peluang pembangunan pusat pengajian dan
peruntukan   pelepasan   masa    untuk   pusat   pengajian    yang   terlibat   dalam
pembangunan e-pembelajaran. Kombinasi ini akan meningkatkan pengalaman
pelajar terhadap e-pembelajaran dan membolehkan institusi sedar visi tentang
kepentingan e-pembelajaran. Di Institut Perguruan Ipoh Perak pada masa kini telah
menyediakan kemudahan rangkaian komputer dan Internet untuk menggalakkan
persekitaran e-pembelajaran bagi kegunaan masyarakat kampus.

         Secara keseluruhan, tahap penerimaan dan aplikasi e-pembelajaran di IPT
sebagai alat pembelajaran berada pada tahap yang memuaskan (Zailan & Azmi
2006). Ini adalah kerana perlaksanaan dan pembangunan MSC di Malaysia pada
tahun 1999 telah mewujudkan kemudahan rangkaian bagi penggunaan computer
dan multimedia dengan lebih murah, mudah dan lebih pantas. Ia mewujudkan
kemudahan bagi kebanyakan IPT untuk membangun dan menyediakan kemudahan
kepada para pelajar, di samping merealisasikan matlamat menjadi negara maju
menjelang Wawasan 2020 (tahun dua-puluh dua-puluh). Merujuk kepada beberapa
kajian yang dijalankan jelas menunjukkan bahawa kesan penggunaan dan
kemampuan pelajar dalam mengoptimumkan kelebihan teknologi di IPT amat
menggalakkan. Jika gaya pembelajaran seperti ini berterusan, e-pembelajaran akan
menjadi antara pemangkin utama sistem pendidikan pada tahun-tahun mendatang.

         Kesimpulannya, e-pembelajaran ialah penyampaian pendidikan atau latihan
melalui Internet dengan menggunakan komputer. Skop penggunaannya menjangkau
lebih daripada konsep pembelajaran berbentuk komputer atau multimedia yang
sering    dibincangkan   satu   masa   dahulu.   Melalui   kaedah   e-pembelajaran,
pembelajaran, pemikiran kritis dan kreatif boleh berlaku dengan berkesan. Ini selari
dengan hasrat kerajaan Malaysia dalam Rancangan Malaysia keSembilan yang
ingin memajukan ekonomi melalui e-ekonomi iaitu ekonomi berlandaskan elektronik.

2.2 Penggunaan Cikgu.Net

Cikgu.Net (disebut Cikgu dot Net) merupakan portal pendidikan yang pertama sekali
dilancarkan dinegara kita pada bulan Mac 2000. Dengan isi kandungan yang
berbahasa Melayu, ia berjaya menarik ribuan pengguna yang mendaftar dengannya,
dianggarkan sekurang-kurangnya lebih 120 ribu pengunjung telah pun melawat
portal tersebut. Dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai perantaraannya,
kesesuaiannya dengan iklim pendidikan tempatan serta aktiviti kokurikulum dapat
diselaraskan.

         Dengan disokong kuat oleh Institut Perguruan Ipoh Pearson Education
Malaysia, DBP serta beberapa lagi organisasi besar, sumbangan Cikgu Net
terhadap pendidikan negara sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi. Begitu
juga dengan Portal Pendidikan Utusan yang mendapat sambutan hangat ketika
mula-mula dilancarkan. Secara amnya, pembelajaran jarak jauh secara maya lebih
popular dinegara kita terutamanay bagi kolej-kolej dan syarikat-syarikat swasta yang
menjalankan usahasama dengan universiti luar negeri dengan menawarkan program
ijazah sarjana muda dan lepasan ijazah.

      Antaranya ialah seperti Hartford Management Centre Sdn Bhd menawarkan
program peringkat sarjana dengan usahasama University Of Newcastle, Australia,
TL Management Centre Sdn Bhd yang menawarkan program ijazah sarjana muda
pentadbiran perniagaan usahasama Preston University, Amerika Syarikat dan
banyak lagi. Universiti maya tunggal tempatan yang menawarkan pembelajaran
secara maya sepenuhnya ialah Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR). Sektor
swasta dilihat sebagai lebih mengeksplorisasi penggunaan e- pembelajaran.

2.4 Platform Penggunaan E- Pembelajaran

      Bagi syarikat-syarikat antarabangsa, e-learning dijadikan platform untuk
meningkatkan pengetahuan serta skil kakitangannya. IBM Corporation misalnya,
menggunakan 25% daripada latihan dalamannya lebih berbentuk jarak jauh secara
maya. Latihan secara maya ini merangkumi 135,000 kakitangannya diseluruh dunia.
Dan pada tahun 1999, IBM Corperation telah berjaya menjimatkan kos latihan
sebanyak RM760 juta (USD 200 juta). Dengan kaedah ini juga, pertukaran teknologi
dan pengetahuan dapat dilakukan secara mudah dan pantas.

      Mengikut laporan International Data Corporation (IDC), pada ketika ini 87%
daripada kaedah latihan disektor swasta adalah secara tradisional iaitu pengajar
bersemuka dengan pelajar secara berhadapan didunia nyata tetapi dengan
kehadiran konsep e-learning, statistik latihan tradisional dijangka merosot kepada
74% pada tahun 2004 bagi kawasan Asia Pasifik. Menurut IDC lagi, pertumbuhan e-
learning dijangka meningkat sehingga 94% diantara tahun 1999 sehingga 2004.

      Namun sejauh mana keberkesanan kaedah e-learning, belum dapat
ditentukan dan kajian keatasnya masih lagi dilakukan. Konsep e-learning dinegara
kita masih lagi diperingakat permulaan dan memerlukan banyak pengkajian
keatasnya bagi meningkatkan lagi kebolehcapaian serta keberkesanannya kepada
kumpulan sasaran samaada pelajar, kakitangan syarikat mahupun pengguna-
pengguna Internet dari seluruh dunia. Berdasarkan tanggapan pengurus jualan e-
business IBM Corporation kawasan Asia Pasifik, Heah Kheng Lye bahawa yang
menjadi penghalang kepada kemajuan e-learning bukanlah teknologinya tetapi
sumber manusia, ada benarnya.

      Pendekatan yang betul perlu diterapkan bagi memastikan kejayaan e-
learning. Peralihan atau anjakan teknologi perlu diseimbangkan dengan peralihan
pemikiran yang lebih positif. Yang lebih penting tenaga-tenaga pengajar, amnya
diuniversiti mestilah bersikap positif dengan konsep ini serta menggalakkan para
pelajar menggunakan kaedah ini. Seharusnya dengan adanya konsep ini, tenaga-
tenaga pengajar dapat mengeksploitasinya sebaik mungkin bukannya dengan
mencemburuinya.

2.5 Celik IT Dalam Penggunaan E- Pembelajaran

      Dengan disokong oleh kecanggihan sistem rangkaian seperti Internet dan
Intranet serta teknologi digital, konsep e-learning seperti web portal, dan on-line
jarak jauh seharusnya dimanfaatkan secara bersungguh-sungguh oleh semua pihak.
Adalah diharapkan dengan adanya konsep e-learning ini, mutu pendidikan negara
akan meningkat dan juga produktiviti bagi sesebuah organisasi akan bertambah baik
menerusi latihan dalaman seperti IBM Corporation.

      Secara tidak langsung visi negara dalam usaha menambahkan kadar celik IT
sedikit sebanyak akan berjaya dalam tempoh terdekat ini. Kaedah e-learning ini
seharusnya diperkenalkan secara lebih meluas bermula dari peringkat sekolah
rendah bagi memupuk pelajar khasnya kanak-kanak mencintai ilmu pengetahuan
disamping merangsang minat mereka untuk belajar.

3.0 Kemahiran Professional Amalan Penggunaan Media Elektronik Institut
Perguruan Ipoh Perak

3.1 Kesediaan Pembelajaran Arahan Kendiri Responden

Kajian terhadap pembelajaran kendiri telah dilaksanakan di IPIP. Sebanyak 19
soalan telah diajukan dan secara keseluruhan dapatan kajian menunjukkan bahawa
tahap kefahaman responden terhadap perlaksanaan e-pembelajaran mempunyai
hubungan yang berkait rapat. Manakala, kesediaan pembelajaran arahan kendiri
berada di tahap sederhana.




        Rajah 1: senarai semak mengenai Kesediaan Pembelajaran Kendiri
Dengan itu, ini menunjukkan tahap kefahaman responden tentang konsep e-
pembelajaran di IPIP sebagai satu kaedah pembelajaran baru khusus untuk para
pelajar, salah satu usaha sejajar dengan perkembangan ICT, memerlukan komitmen
yang lebih dalam pengajaran dan pembelajaran, pembelajaran yang dikendalikan
menerusi komputer dan Internet atau rangkaian Intranet serta membolehkan
pembelajaran dilaksanakan dengan lebih mudah. Kaedah pembelajaran melalui e-
pembelajaran juga membolehkan pendidikan disampaikan kepada lebih ramai
pelajar tanpa batasan jarak dan pembelajaran yang berterusan.

3.2 Kemahiran Pengajaran Dan Pembelajaran Berasaskan Web – Webquest

Berdasarkan fasa-fasa yang diterangkan dalam Rajah 2, iaitu Fasa Analisis, Reka
Bentuk, Pembangunan, Implementasi dan Penilaian, satu bahan pengajaran
berasaskan web yang menggunakan pendekatan WebQuest (Dodge 1995) telah
dibangunkan. Daripada Fasa Analisis, dapatan kajian menunjukkan bahawa salah
satu   topik   yang   didapati   sukar   oleh   guru   mata     pelajaran   ICT    untuk
menyampaikannya kepada pelajar ialah Computer System: System Concept. Rajah
2 hingga Rajah 10 menunjukkan antara muka bagi bahan pengajaran WebQuest
yang bertajuk Computer System: System Concept yang telah dibangunkan. Rajah
tersebut juga menunjukkan tujuh komponen WebQuest, iaitu Pengenalan, Tugasan,
Proses, Penilaian, Sumber, Kesimpulan dan Paparan Khas Untuk Guru.




Rajah 2: skrin pengenalan                                     Rajah 3: skrin tugasan
Rajah 4: skrin proses                                Rajah 5: skrin penilaian




Rajah 6 : skrin kesimpulan                           Rajah 7: skrin sumber




                             Rajah 8: skrin paparan guru
3.3 Kebaikan dan Keburukan Penggunaan e-Pembelajaran di IPIP

      E-Pembelajaran adalah salah satu kaedah alternatif yang popular dalam
proses pembelajaran pada hari ini. Ia merupakan sistem pendidikan yang membantu
pelajar dengan menggunakan medium internet, intranet dengan komputer. Dengan
ini, pelajar dapat belajar sesuatu dengan menggunakan internet. Namun begitu,
kaedah ini mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri.
        Kebaikan menggunakan e-pembelajaran di IPIP adalah memudahkan
pengajar atau pensyarah memuat naik nota-nota, latihan, dan urusan berkaitan
kuliah mereka. Ia juga dapat menjimatkan masa pensyarah kerana mereka dapat
membuat pengumuman dan berita-berita terkini dengan cepat dan mudah. Selain
itu, ia juga secara tidak langsung member pendedahan kepada pelajar tentang ilmu
teknologi dan siber seterusnya memperkembangkan lagi tahap intelektual pelajar. Di
samping itu, ia juga dapat menjimatkan kos kewangan kerana pensyarah mahupun
pelajar tidak perlu membuat ‘print out’ nota-nota mereka.
        Keburukan menggunakan E- pembelajaran pula adalah mewujudkan
kurangnya komunikasi antara pensyarah dan pelajar kerana kedua-dua pihak jarang
berjumpa. Ini seterusnya menyukarkan pelajar untuk berkongsi atau bercerita
masalah dengan pensyarah mereka berkaitan aspek pembelajaran.Keburukannya
yang lain adalah risiko berlakunya unsur plagiat, pelanggaran hak cipta atau dengan
kata lain mengambil hak penulisan orang lain tanpa kebenaran. Selain itu, ia juga
menyukarkan pelajar terutamanya golongan miskin yang tidak mampu mendapatkan
perkhidmatan internet. Ini menyebabkan mereka tidak dapat melihat perkara-perkara
yang dipaparkan dalam E- pembelajaran.


3.4 Isu dan Cabaran
      Antara isu dan cabaran besar yang dihadapi oleh sistem e-Pembelajaran di
UPIP berkisar kepada:
i. Kurangnya minat dan komitmen daripada pensyarah untuk menggunakan sistem
LMS, IPIP dengan sepenuhnya. Sebahagian besar pensyarah akan hanya
mengambil langkah memenuhi ’keperluan wajib’ sahaja untuk mematuhi arahan
pihak atasan pengurusan universiti dan untuk mengelak implikasi negatif terhadap
penilaian.
ii. Sebahagian besar pensyarah tidak mahir atau tidak minat untuk menggunakan
perisian pembangunan e-Kandungan. Ini mungkin disebabkan oleh kekangan masa
untuk mengikuti latihan dan membangunkan kandungan.


iii. Terdapat ramai dalam kalangan pensyarah yang beranggapan bahawa memuat
naik bahan pengajaran mereka akan mendedahkan Harta Intelektual (IP) mereka
kepada umum dan memungkinkan IP mereka dicuri atau dieksploitasi. Terdapat juga
kebimbangan terdedah kepada implikasi perundangan jika mereka disabit kesalahan
melanggar hak cipta melalui e-Kandungan yang mereka muat naik.


iv. Kekangan masa juga merupakan faktor utama kurangnya minat pensyarah
menggunakan MyGuru2. Ada dalam kalangan pensyarah yang mengakui mereka
tiada masa untuk memuat naik bahan dan berinteraksi dengan pelajar secara atas
talian. Ramai dalam kalangan pensyarah yang masih merasakan interaksi secara
bersemuka adalah pendekatan yang lebih baik berbanding interaksi virtual. Walau
bagaimanapun, pembudayaan         e-Pembelajaran    terus cuba       diterapkan   pada
pensyarah dan pelajar dengan cara penganjuran bengkel serta kursus yang
berkaitan dan sokongan lain daripada aspek info dan infrastruktur.
4.0 Rumusan

Integrasi ICT dalam P&P dapat memperkenalkan, mengukuh dan menambah
kemahiran kepada guru selaras dengan konsep perkembangan dunia tanpa
sempadan pada hari ini.Integrasi ICT dalam P&P di kalangan Guru juga akan
memberi kesan baik dan positif kepada imej Guru yang selama ini dianggap jumud
dan ketinggalan zaman.

   Integrasi ICT dalam P&P dapat meningkatkan dan membawa kaedah-kaedah
yang baru dalam proses P&P bilik darjah serta dapat membantu mengatasi
kelemahan-kelemahan pelajar yang lebih berminat dengan berbagai stail gaya
belajar masing-masing mereka. Integrasi ICT dalam Pengajaran dan pembelajaran
juga dapat mengubah tanggapan pelajar yang selama ini menganggap guru-guru
tidak mempunyai kreativiti dalam penyampaian di dalam kelas (Norhatimah dan Ab.
Halim Tamuri 2010).

   Namun begitu harus diingat, walaupun ICT memberi pelbagai manfaat dalam
P&P Pendidikan      tetapi ICT hanyalah merupakan satu faktor tambahan dalam
meningkatkan keberkesanan P&P. Maksudnya jika kita terlalu bergantung pada ICT,
guru tidak lagi berkesan dan akan wujud sikap individualistik dalam diri pelajar. Jadi,
Keperluan pengajian tanpa guru sebagai pemandu atau pendidik tidak boleh
dinafikan atau diminimalkan. Ini perlu dilihat dalam konteks bagaimana pendidikan
asalnya adalah kontak atau perhubungan dan interaksi antara dua akal, jiwa hati dan
peribadi secara tertentu yang mendatangkan kesan yang baik dan menjamin
kejayaan sebenarnya.

More Related Content

What's hot

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)Letchumi Perumal
 
Proposal Kebijakan Distance+E Learning Perguruan Tinggi .By.Djadja Sardjana.0...
Proposal Kebijakan Distance+E Learning Perguruan Tinggi .By.Djadja Sardjana.0...Proposal Kebijakan Distance+E Learning Perguruan Tinggi .By.Djadja Sardjana.0...
Proposal Kebijakan Distance+E Learning Perguruan Tinggi .By.Djadja Sardjana.0...Djadja Sardjana
 
Guru dalam pengajaran
Guru dalam pengajaranGuru dalam pengajaran
Guru dalam pengajaranMohamad Ishak
 
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)rabiatulnazari
 
isu semasa teknologi maklumat
isu semasa teknologi maklumatisu semasa teknologi maklumat
isu semasa teknologi maklumatJus Oren
 
Isu isu dalam jurnal
Isu isu dalam jurnalIsu isu dalam jurnal
Isu isu dalam jurnalbtsumathy
 
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia SYAKHIRA HUSNA ILLIAS
 
Model pemanfaatan e learning bagi pengembangan profsi guru pai
Model pemanfaatan e learning bagi pengembangan profsi guru paiModel pemanfaatan e learning bagi pengembangan profsi guru pai
Model pemanfaatan e learning bagi pengembangan profsi guru painahrowipasca
 
Peranan teknologi dalam pengajaran
Peranan teknologi dalam pengajaranPeranan teknologi dalam pengajaran
Peranan teknologi dalam pengajaranZaini Nie
 
Peran teknologi pendidikan dalam meningkatkan mutu serta kualitas peserta did...
Peran teknologi pendidikan dalam meningkatkan mutu serta kualitas peserta did...Peran teknologi pendidikan dalam meningkatkan mutu serta kualitas peserta did...
Peran teknologi pendidikan dalam meningkatkan mutu serta kualitas peserta did...Octaryo Susilo
 
Penggunaan ICT dalam pendidikan
Penggunaan ICT dalam pendidikanPenggunaan ICT dalam pendidikan
Penggunaan ICT dalam pendidikandigitalsejarah
 
ImpakeComDeafbagikursus SBK1021 DalamKalanganPelajarKhasPoliteknik Kota Kinabalu
ImpakeComDeafbagikursus SBK1021 DalamKalanganPelajarKhasPoliteknik Kota KinabaluImpakeComDeafbagikursus SBK1021 DalamKalanganPelajarKhasPoliteknik Kota Kinabalu
ImpakeComDeafbagikursus SBK1021 DalamKalanganPelajarKhasPoliteknik Kota KinabaluIJRESJOURNAL
 
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia kpt 6054
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia kpt 6054Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia kpt 6054
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia kpt 6054shamsuhaila85
 
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranPenggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranMuhammad Affrini Azim Zahari
 

What's hot (18)

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
 
Teknologi
TeknologiTeknologi
Teknologi
 
Proposal Kebijakan Distance+E Learning Perguruan Tinggi .By.Djadja Sardjana.0...
Proposal Kebijakan Distance+E Learning Perguruan Tinggi .By.Djadja Sardjana.0...Proposal Kebijakan Distance+E Learning Perguruan Tinggi .By.Djadja Sardjana.0...
Proposal Kebijakan Distance+E Learning Perguruan Tinggi .By.Djadja Sardjana.0...
 
Guru dalam pengajaran
Guru dalam pengajaranGuru dalam pengajaran
Guru dalam pengajaran
 
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)
 
isu semasa teknologi maklumat
isu semasa teknologi maklumatisu semasa teknologi maklumat
isu semasa teknologi maklumat
 
Isu isu dalam jurnal
Isu isu dalam jurnalIsu isu dalam jurnal
Isu isu dalam jurnal
 
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia
 
Model pemanfaatan e learning bagi pengembangan profsi guru pai
Model pemanfaatan e learning bagi pengembangan profsi guru paiModel pemanfaatan e learning bagi pengembangan profsi guru pai
Model pemanfaatan e learning bagi pengembangan profsi guru pai
 
Peranan teknologi dalam pengajaran
Peranan teknologi dalam pengajaranPeranan teknologi dalam pengajaran
Peranan teknologi dalam pengajaran
 
Peran teknologi pendidikan dalam meningkatkan mutu serta kualitas peserta did...
Peran teknologi pendidikan dalam meningkatkan mutu serta kualitas peserta did...Peran teknologi pendidikan dalam meningkatkan mutu serta kualitas peserta did...
Peran teknologi pendidikan dalam meningkatkan mutu serta kualitas peserta did...
 
Penggunaan ICT dalam pendidikan
Penggunaan ICT dalam pendidikanPenggunaan ICT dalam pendidikan
Penggunaan ICT dalam pendidikan
 
Makalah ict
Makalah ictMakalah ict
Makalah ict
 
Penggunaan ICT
Penggunaan ICTPenggunaan ICT
Penggunaan ICT
 
ImpakeComDeafbagikursus SBK1021 DalamKalanganPelajarKhasPoliteknik Kota Kinabalu
ImpakeComDeafbagikursus SBK1021 DalamKalanganPelajarKhasPoliteknik Kota KinabaluImpakeComDeafbagikursus SBK1021 DalamKalanganPelajarKhasPoliteknik Kota Kinabalu
ImpakeComDeafbagikursus SBK1021 DalamKalanganPelajarKhasPoliteknik Kota Kinabalu
 
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia kpt 6054
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia kpt 6054Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia kpt 6054
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia kpt 6054
 
Asimen hbef233
Asimen hbef233Asimen hbef233
Asimen hbef233
 
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranPenggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
 

Similar to Tugasan 3

Tugas 14, celine danaris gracia, yananto mihadi putra, se, m.si, pengenalan e...
Tugas 14, celine danaris gracia, yananto mihadi putra, se, m.si, pengenalan e...Tugas 14, celine danaris gracia, yananto mihadi putra, se, m.si, pengenalan e...
Tugas 14, celine danaris gracia, yananto mihadi putra, se, m.si, pengenalan e...CELINEDANARIS
 
Seiring dengan kemajuan teknologi informasi dan komunikasi tersebut
Seiring dengan kemajuan teknologi informasi dan komunikasi tersebutSeiring dengan kemajuan teknologi informasi dan komunikasi tersebut
Seiring dengan kemajuan teknologi informasi dan komunikasi tersebutdianseptian09
 
Ulasan artikel
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikelKer0
 
Sim elsa sri yulianti hapzi ali_pengenalan e-learning_universitas mercubuana....
Sim elsa sri yulianti hapzi ali_pengenalan e-learning_universitas mercubuana....Sim elsa sri yulianti hapzi ali_pengenalan e-learning_universitas mercubuana....
Sim elsa sri yulianti hapzi ali_pengenalan e-learning_universitas mercubuana....elsasriyulianti1
 
Pemanfaatan tik dalam pembelajaran
Pemanfaatan tik dalam pembelajaranPemanfaatan tik dalam pembelajaran
Pemanfaatan tik dalam pembelajaranJerry Makawimbang
 
Print out 02
Print out 02Print out 02
Print out 02fidera94
 
Digitalisasi Pendidikan Indonesia
Digitalisasi Pendidikan IndonesiaDigitalisasi Pendidikan Indonesia
Digitalisasi Pendidikan IndonesiaLSP3I
 
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanMultimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanSiti Zulaikha
 
Kumpulan Artikel Yusrin Ahmad Tosepu
Kumpulan Artikel Yusrin Ahmad TosepuKumpulan Artikel Yusrin Ahmad Tosepu
Kumpulan Artikel Yusrin Ahmad TosepuLSP3I
 
Pemanfaatan ICT dalam Pendidikan
Pemanfaatan ICT dalam PendidikanPemanfaatan ICT dalam Pendidikan
Pemanfaatan ICT dalam Pendidikanadhawiyahawi
 
Pembelajaran ict redhana
Pembelajaran ict redhanaPembelajaran ict redhana
Pembelajaran ict redhanaiwayanredhana
 
Doc to be uploaded
Doc to be uploadedDoc to be uploaded
Doc to be uploadedizwan_ismail
 
Teknologi Terhadap Pendidikan
Teknologi Terhadap PendidikanTeknologi Terhadap Pendidikan
Teknologi Terhadap PendidikanAndi Aryauri
 
Kecenderungan Global & Regional dalam Pemanfaatan Teknologi Komunikasi dan In...
Kecenderungan Global & Regional dalam Pemanfaatan Teknologi Komunikasi dan In...Kecenderungan Global & Regional dalam Pemanfaatan Teknologi Komunikasi dan In...
Kecenderungan Global & Regional dalam Pemanfaatan Teknologi Komunikasi dan In...guest7db2e8
 

Similar to Tugasan 3 (20)

ICT
ICTICT
ICT
 
Tugas 14, celine danaris gracia, yananto mihadi putra, se, m.si, pengenalan e...
Tugas 14, celine danaris gracia, yananto mihadi putra, se, m.si, pengenalan e...Tugas 14, celine danaris gracia, yananto mihadi putra, se, m.si, pengenalan e...
Tugas 14, celine danaris gracia, yananto mihadi putra, se, m.si, pengenalan e...
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Seiring dengan kemajuan teknologi informasi dan komunikasi tersebut
Seiring dengan kemajuan teknologi informasi dan komunikasi tersebutSeiring dengan kemajuan teknologi informasi dan komunikasi tersebut
Seiring dengan kemajuan teknologi informasi dan komunikasi tersebut
 
Ulasan artikel
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikel
 
Sim elsa sri yulianti hapzi ali_pengenalan e-learning_universitas mercubuana....
Sim elsa sri yulianti hapzi ali_pengenalan e-learning_universitas mercubuana....Sim elsa sri yulianti hapzi ali_pengenalan e-learning_universitas mercubuana....
Sim elsa sri yulianti hapzi ali_pengenalan e-learning_universitas mercubuana....
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Pemanfaatan tik dalam pembelajaran
Pemanfaatan tik dalam pembelajaranPemanfaatan tik dalam pembelajaran
Pemanfaatan tik dalam pembelajaran
 
Print out 02
Print out 02Print out 02
Print out 02
 
ICT for education
ICT for educationICT for education
ICT for education
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Digitalisasi Pendidikan Indonesia
Digitalisasi Pendidikan IndonesiaDigitalisasi Pendidikan Indonesia
Digitalisasi Pendidikan Indonesia
 
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanMultimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
 
Kumpulan Artikel Yusrin Ahmad Tosepu
Kumpulan Artikel Yusrin Ahmad TosepuKumpulan Artikel Yusrin Ahmad Tosepu
Kumpulan Artikel Yusrin Ahmad Tosepu
 
Awie
AwieAwie
Awie
 
Pemanfaatan ICT dalam Pendidikan
Pemanfaatan ICT dalam PendidikanPemanfaatan ICT dalam Pendidikan
Pemanfaatan ICT dalam Pendidikan
 
Pembelajaran ict redhana
Pembelajaran ict redhanaPembelajaran ict redhana
Pembelajaran ict redhana
 
Doc to be uploaded
Doc to be uploadedDoc to be uploaded
Doc to be uploaded
 
Teknologi Terhadap Pendidikan
Teknologi Terhadap PendidikanTeknologi Terhadap Pendidikan
Teknologi Terhadap Pendidikan
 
Kecenderungan Global & Regional dalam Pemanfaatan Teknologi Komunikasi dan In...
Kecenderungan Global & Regional dalam Pemanfaatan Teknologi Komunikasi dan In...Kecenderungan Global & Regional dalam Pemanfaatan Teknologi Komunikasi dan In...
Kecenderungan Global & Regional dalam Pemanfaatan Teknologi Komunikasi dan In...
 

Tugasan 3

  • 1. 1.0 Menganalisis Isu Semasa Dalam Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web. 1.1 Pendahuluan Dunia pendidikan telah mengalami perubahan yang pesat yang dibawa oleh kesan globalisasi, pengdemokrasian pendidikan, ledakan teknologi maklumat, ekonomi yang berasaskan pengetahuan, persaingan hebat dan usaha ke arah pembentukan sistem pendidikan yang bertaraf dunia. Perubahan yang berlaku secara global telah penambahan minat dan usaha untuk para pendidikan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TKM) dalam pendidikan. Kadar perubahan ini dipercepatkan lagi dengan pengaruh faktor-faktor seperti kos teknologi yang lebih murah bagi perkakasan dan perisian, perisian multimedia yang lebih mudah digunakan (user-friendly) serta perkembangan dalam teori dan model pendidikan yang berubah dari pemusatan guru ke pemusatan pelajar. Di peringkat sekolah, peningkatan dari segi bilangan pelajar, tuntutan ‘stakeholder’ kepada pengajaran dan pendidikan yang berkualiti, serta kekurangan bahan resos pengajaran dan tenaga pengajar telah mendesak para pendidikan melihat semula peranan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di institusi. Dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas , peranan pensyarah telah berubah dari instruktor ke fasilitator. Pengajaran berasaskan kaedah eksposisi telah berubah kepada pengajaran yang membolehkan pelajar melakukan eksplorasi sama ada secara individu atau dalam kumpulan kecil. Peluang pembelajaran individu telah diberi kepada pelajar untuk membolehkan mereka belajar secara akses kendiri, terarah kendiri dan mengikut kadar yang sesuai dengan kebolehannya. Salah satu daripada strategi yang dapat digunakan oleh guru untuk menghadapi perubahan dari segi model dan amalan pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah dengan mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran. Komputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. Ia sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berkemampuan menerima dan memproses data. Heinich (1996) menyatakan komputer berkemampuan mengawal dan mengurus bahan pengajaran yang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi dengan pengguna membolehkan pengajar-pengajar menerapkan pengajaran dan
  • 2. pembelajaran secara lebih mudah serta menarik. Bitter (1989) pula menyatakan komputer boleh bekerja pantas serta beroperasi 24 jam tanpa berhenti dan maklumat yang dikeluarkannya dengan tepat. Penggunaan komputer ini ada hubungkaitnya dengan teknologi maklumat dan komunikasi yang kini diaplikasikan dalam sistem pendidikan negara. Ini adalah kerana komputer dijadikan sebagai pangkalan data, dapat memberikan maklumat yang dicari atau diminta oleh orang ramai. Perlaksanaan konsep Sekolah Bestari iaitu salah satu contoh aplikasi perdana dalam Koridor Raya Multimedia adalah usaha kerajaan yang berterusan bagi membentuk generasi baru yang mempunyai daya saing dalam era teknologi maklumat dan komunikasi. Menyedari hakikat ini, kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk terus memperkembangkan teknologi komunikasi dan maklumat ini dengan menubuhkan Koridor Raya Multimedia (MSC). Tujuh aplikasi utama dalam MSC terdiri daripada kerajaan elektronik, tele-perubatan, sekolah bestari, kad pintar, pemasaran tanpa sempadan, kelompok penyelidikan dan pembangunan dan jaringan perusahaan sedunia. Ketujuh-tujuh aplikasi ini mewujudkan telekomunikasi global berkeupayaan tinggi yang membawa Malaysia kearah negara maju dan makmur (MDC, 2000). Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melihat ICT sebagai suatu alat untuk merevolusikan pembelajaran, memperkayakan kurikulum, memperkembangkan pedagogi, menstrukturkan organisasi sekolah dengan lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebih kuat di antara sekolah-sekolah dan masyarakat, dan meningkatkan penguasaan pelajar. Konsep ICT dalam pendidikan dari kaca mata KPM merangkumi 3 polisi utama: i. ICT untuk semua pelajar, bermaksud bahawa ICT digunakan sebagai sesuatu yang boleh mengurangkan jurang digital antara sekolah. ii. Fungsi dan peranan ICT di dalam pendidikan adalah sebagai suatu alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai sebahagian daripada subjek tersebut, dan sebagai sesuatu subjek tersendiri. iii. Menggunakan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sesuatu sistem pengurusan.
  • 3. 2.0 Kajian Penggunaan Professional Amalan Penggunaan Media Elektronik Institut Perguruan Ipoh Perak (e-Pembelajaran) Umumnya, e-pembelajaran bermaksud belajar dengan menggunakan teknologi iaitu satu kaedah pembelajaran baru yang mana maklumat seperti nota dan tugasan yang diperlukan oleh pelajar akan dihantar oleh ahli akademik melalui mel elektronik (e-mel) dan Compact Disc Read Only Memory (CD ROM). Banyak istilah yang berlainan digunakan oleh para cendikiawan. Contohnya Abbey (2000) menyatakan bahawa e-pembelajaran ialah arahan pembelajaran berdasarkan web. Haughey dan Anderson (1998) pula menyatakan e-pembelajaran ialah pembelajaran secara rangkaian manakala Harasim dan rakan-rakan (1997) pula mendefinisikan e- pembelajaran sebagai pembelajaran secara atas talian. Melalui kaedah e-pembelajaran di Institut Perguruan Ipoh Perak, proses pembelajaran, pemikiran kritis dan kreatif boleh berlaku dengan berkesan. Melalui interaktiviti juga seseorang pelajar akan mencari maklumat selanjutnya untuk memenuhi keperluan ingin tahu dan membina pengetahuan baru mengenai sesuatu konsep dan kefahaman. Cara pembelajaran kolaboratif, perbincangan dengan rakan dan dengan individu lain melalui Internet seperti e-mel, Internet Relay Chat (IRC) dan sidang video memainkan peranan yang penting. Dengan cara ini pembelajaran akan menjadi lebih aktif dan berkesan (Mohd Zaidil, Azizi dan Fadzilah 2002). E-pembelajaran menerusi teknologi maklumat (IT) serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan tunjang utama dalam perancangan ekonomi berasaskan pengetahuan (k-ekonomi) negara. K-ekonomi merupakan pengetahuan dan keupayaan untuk mewujudkan satu nilai serta kekayaan yang dapat diukur melalui cara pengetahuan itu diaplikasikan. Kekayaan k-ekonomi tidak diukur melalui produk pertanian atau perindustrian, tetapi ia dapat dikecapi melalui sumber yang bermanfaat iaitu dengan mengaplikasikan pengetahuan yang sedia ada. Era berasaskan ilmu pengetahuan merupakan satu penerokaan baru yang mustahil dilaksanakan dengan cekap sebelum ini. Kini, ciri-ciri tradisional sudah mula digantikan bagi membolehkan pelanggan menggunakan perkhidmatan secara terus dengan lebih murah, mudah dan fleksibel
  • 4. (Azwan dan Rozita 2002). Secara umum, pembelajaran masa kini dilihat daripada perspektif yang lebih luas yang mana penggunaan teknologi, terutamanya Internet dalam pembelajaran telah banyak mengubah kaedah pembelajaran. Kaedah e- pembelajaran yang semakin popular di pelbagai peringkat pendidikan, iaitu sekolah rendah, sekolah menengah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menjadi dominan penting dalam pembelajaran masa kini. 2.1 Penerimaan Dan Aplikasi E-Pembelajaran Corak pendidikan berunsur e-pembelajaran telah bermula dari awal tahun 90-an lagi. Malah, e-pembelajaran merupakan alternative dalam dunia pendidikan global. Ia kini dipraktikkan secara berterusan di IPT terutamanya di luar negara. Terdapat beribu universiti dan kolej di luar Negara yang telah menggunakan kaedah e-pembelajaran termasuklah Institut Perguruan Ipoh Perak. Ini kerana beberapa kajian dan penyelidikan yang telah dilakukan oleh penyelidik-penyelidik mendapati bahawa kaedah e-pembelajaran boleh dikaitkan dengan peningkatan prestasi akademik. Terdapat ramai penyelidik luar negara yang mengkaji tentang e-pembelajaran ini antaranya kajian Shirley (2001) yang melihat kepada pembangunan dan pengalaman e-pembelajaran. Pengkaji telah mencadangkan rangka kerja yang lebih komprehensif untuk reka bentuk, pembangunan dan pelaksanaan e-pembelajaran dalam pendidikan tinggi yang berasaskan kajian Trigwell (1995) terhadap tahap pengaruh kepada pembelajaran pelajar. Rangka kerja yang dicadangkan adalah untuk membangunkan kapasiti bagi menyampaikan kursus-kursus e-pembelajaran dari pelbagai sudut seperti dalam konteks universiti, peruntukan terhadap mekanisma pembangunan dan sokongan. Ini adalah penting sebagai inisiatif e-pembelajaran seperti visi e-pembelajaran di institusi, pembangunan perancangan teknologi dan polisi pusat pengajian yang berkait dengan e-pembelajaran, kemudahan untuk menyediakan sokongan teknologi kepada ahli akademik dan pelajar, peluang pembangunan pusat pengajian dan peruntukan pelepasan masa untuk pusat pengajian yang terlibat dalam pembangunan e-pembelajaran. Kombinasi ini akan meningkatkan pengalaman pelajar terhadap e-pembelajaran dan membolehkan institusi sedar visi tentang kepentingan e-pembelajaran. Di Institut Perguruan Ipoh Perak pada masa kini telah
  • 5. menyediakan kemudahan rangkaian komputer dan Internet untuk menggalakkan persekitaran e-pembelajaran bagi kegunaan masyarakat kampus. Secara keseluruhan, tahap penerimaan dan aplikasi e-pembelajaran di IPT sebagai alat pembelajaran berada pada tahap yang memuaskan (Zailan & Azmi 2006). Ini adalah kerana perlaksanaan dan pembangunan MSC di Malaysia pada tahun 1999 telah mewujudkan kemudahan rangkaian bagi penggunaan computer dan multimedia dengan lebih murah, mudah dan lebih pantas. Ia mewujudkan kemudahan bagi kebanyakan IPT untuk membangun dan menyediakan kemudahan kepada para pelajar, di samping merealisasikan matlamat menjadi negara maju menjelang Wawasan 2020 (tahun dua-puluh dua-puluh). Merujuk kepada beberapa kajian yang dijalankan jelas menunjukkan bahawa kesan penggunaan dan kemampuan pelajar dalam mengoptimumkan kelebihan teknologi di IPT amat menggalakkan. Jika gaya pembelajaran seperti ini berterusan, e-pembelajaran akan menjadi antara pemangkin utama sistem pendidikan pada tahun-tahun mendatang. Kesimpulannya, e-pembelajaran ialah penyampaian pendidikan atau latihan melalui Internet dengan menggunakan komputer. Skop penggunaannya menjangkau lebih daripada konsep pembelajaran berbentuk komputer atau multimedia yang sering dibincangkan satu masa dahulu. Melalui kaedah e-pembelajaran, pembelajaran, pemikiran kritis dan kreatif boleh berlaku dengan berkesan. Ini selari dengan hasrat kerajaan Malaysia dalam Rancangan Malaysia keSembilan yang ingin memajukan ekonomi melalui e-ekonomi iaitu ekonomi berlandaskan elektronik. 2.2 Penggunaan Cikgu.Net Cikgu.Net (disebut Cikgu dot Net) merupakan portal pendidikan yang pertama sekali dilancarkan dinegara kita pada bulan Mac 2000. Dengan isi kandungan yang berbahasa Melayu, ia berjaya menarik ribuan pengguna yang mendaftar dengannya, dianggarkan sekurang-kurangnya lebih 120 ribu pengunjung telah pun melawat portal tersebut. Dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai perantaraannya, kesesuaiannya dengan iklim pendidikan tempatan serta aktiviti kokurikulum dapat diselaraskan. Dengan disokong kuat oleh Institut Perguruan Ipoh Pearson Education Malaysia, DBP serta beberapa lagi organisasi besar, sumbangan Cikgu Net
  • 6. terhadap pendidikan negara sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi. Begitu juga dengan Portal Pendidikan Utusan yang mendapat sambutan hangat ketika mula-mula dilancarkan. Secara amnya, pembelajaran jarak jauh secara maya lebih popular dinegara kita terutamanay bagi kolej-kolej dan syarikat-syarikat swasta yang menjalankan usahasama dengan universiti luar negeri dengan menawarkan program ijazah sarjana muda dan lepasan ijazah. Antaranya ialah seperti Hartford Management Centre Sdn Bhd menawarkan program peringkat sarjana dengan usahasama University Of Newcastle, Australia, TL Management Centre Sdn Bhd yang menawarkan program ijazah sarjana muda pentadbiran perniagaan usahasama Preston University, Amerika Syarikat dan banyak lagi. Universiti maya tunggal tempatan yang menawarkan pembelajaran secara maya sepenuhnya ialah Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR). Sektor swasta dilihat sebagai lebih mengeksplorisasi penggunaan e- pembelajaran. 2.4 Platform Penggunaan E- Pembelajaran Bagi syarikat-syarikat antarabangsa, e-learning dijadikan platform untuk meningkatkan pengetahuan serta skil kakitangannya. IBM Corporation misalnya, menggunakan 25% daripada latihan dalamannya lebih berbentuk jarak jauh secara maya. Latihan secara maya ini merangkumi 135,000 kakitangannya diseluruh dunia. Dan pada tahun 1999, IBM Corperation telah berjaya menjimatkan kos latihan sebanyak RM760 juta (USD 200 juta). Dengan kaedah ini juga, pertukaran teknologi dan pengetahuan dapat dilakukan secara mudah dan pantas. Mengikut laporan International Data Corporation (IDC), pada ketika ini 87% daripada kaedah latihan disektor swasta adalah secara tradisional iaitu pengajar bersemuka dengan pelajar secara berhadapan didunia nyata tetapi dengan kehadiran konsep e-learning, statistik latihan tradisional dijangka merosot kepada 74% pada tahun 2004 bagi kawasan Asia Pasifik. Menurut IDC lagi, pertumbuhan e- learning dijangka meningkat sehingga 94% diantara tahun 1999 sehingga 2004. Namun sejauh mana keberkesanan kaedah e-learning, belum dapat ditentukan dan kajian keatasnya masih lagi dilakukan. Konsep e-learning dinegara kita masih lagi diperingakat permulaan dan memerlukan banyak pengkajian keatasnya bagi meningkatkan lagi kebolehcapaian serta keberkesanannya kepada
  • 7. kumpulan sasaran samaada pelajar, kakitangan syarikat mahupun pengguna- pengguna Internet dari seluruh dunia. Berdasarkan tanggapan pengurus jualan e- business IBM Corporation kawasan Asia Pasifik, Heah Kheng Lye bahawa yang menjadi penghalang kepada kemajuan e-learning bukanlah teknologinya tetapi sumber manusia, ada benarnya. Pendekatan yang betul perlu diterapkan bagi memastikan kejayaan e- learning. Peralihan atau anjakan teknologi perlu diseimbangkan dengan peralihan pemikiran yang lebih positif. Yang lebih penting tenaga-tenaga pengajar, amnya diuniversiti mestilah bersikap positif dengan konsep ini serta menggalakkan para pelajar menggunakan kaedah ini. Seharusnya dengan adanya konsep ini, tenaga- tenaga pengajar dapat mengeksploitasinya sebaik mungkin bukannya dengan mencemburuinya. 2.5 Celik IT Dalam Penggunaan E- Pembelajaran Dengan disokong oleh kecanggihan sistem rangkaian seperti Internet dan Intranet serta teknologi digital, konsep e-learning seperti web portal, dan on-line jarak jauh seharusnya dimanfaatkan secara bersungguh-sungguh oleh semua pihak. Adalah diharapkan dengan adanya konsep e-learning ini, mutu pendidikan negara akan meningkat dan juga produktiviti bagi sesebuah organisasi akan bertambah baik menerusi latihan dalaman seperti IBM Corporation. Secara tidak langsung visi negara dalam usaha menambahkan kadar celik IT sedikit sebanyak akan berjaya dalam tempoh terdekat ini. Kaedah e-learning ini seharusnya diperkenalkan secara lebih meluas bermula dari peringkat sekolah rendah bagi memupuk pelajar khasnya kanak-kanak mencintai ilmu pengetahuan disamping merangsang minat mereka untuk belajar. 3.0 Kemahiran Professional Amalan Penggunaan Media Elektronik Institut Perguruan Ipoh Perak 3.1 Kesediaan Pembelajaran Arahan Kendiri Responden Kajian terhadap pembelajaran kendiri telah dilaksanakan di IPIP. Sebanyak 19 soalan telah diajukan dan secara keseluruhan dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kefahaman responden terhadap perlaksanaan e-pembelajaran mempunyai
  • 8. hubungan yang berkait rapat. Manakala, kesediaan pembelajaran arahan kendiri berada di tahap sederhana. Rajah 1: senarai semak mengenai Kesediaan Pembelajaran Kendiri
  • 9. Dengan itu, ini menunjukkan tahap kefahaman responden tentang konsep e- pembelajaran di IPIP sebagai satu kaedah pembelajaran baru khusus untuk para pelajar, salah satu usaha sejajar dengan perkembangan ICT, memerlukan komitmen yang lebih dalam pengajaran dan pembelajaran, pembelajaran yang dikendalikan menerusi komputer dan Internet atau rangkaian Intranet serta membolehkan pembelajaran dilaksanakan dengan lebih mudah. Kaedah pembelajaran melalui e- pembelajaran juga membolehkan pendidikan disampaikan kepada lebih ramai pelajar tanpa batasan jarak dan pembelajaran yang berterusan. 3.2 Kemahiran Pengajaran Dan Pembelajaran Berasaskan Web – Webquest Berdasarkan fasa-fasa yang diterangkan dalam Rajah 2, iaitu Fasa Analisis, Reka Bentuk, Pembangunan, Implementasi dan Penilaian, satu bahan pengajaran berasaskan web yang menggunakan pendekatan WebQuest (Dodge 1995) telah dibangunkan. Daripada Fasa Analisis, dapatan kajian menunjukkan bahawa salah satu topik yang didapati sukar oleh guru mata pelajaran ICT untuk menyampaikannya kepada pelajar ialah Computer System: System Concept. Rajah 2 hingga Rajah 10 menunjukkan antara muka bagi bahan pengajaran WebQuest yang bertajuk Computer System: System Concept yang telah dibangunkan. Rajah tersebut juga menunjukkan tujuh komponen WebQuest, iaitu Pengenalan, Tugasan, Proses, Penilaian, Sumber, Kesimpulan dan Paparan Khas Untuk Guru. Rajah 2: skrin pengenalan Rajah 3: skrin tugasan
  • 10. Rajah 4: skrin proses Rajah 5: skrin penilaian Rajah 6 : skrin kesimpulan Rajah 7: skrin sumber Rajah 8: skrin paparan guru
  • 11. 3.3 Kebaikan dan Keburukan Penggunaan e-Pembelajaran di IPIP E-Pembelajaran adalah salah satu kaedah alternatif yang popular dalam proses pembelajaran pada hari ini. Ia merupakan sistem pendidikan yang membantu pelajar dengan menggunakan medium internet, intranet dengan komputer. Dengan ini, pelajar dapat belajar sesuatu dengan menggunakan internet. Namun begitu, kaedah ini mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Kebaikan menggunakan e-pembelajaran di IPIP adalah memudahkan pengajar atau pensyarah memuat naik nota-nota, latihan, dan urusan berkaitan kuliah mereka. Ia juga dapat menjimatkan masa pensyarah kerana mereka dapat membuat pengumuman dan berita-berita terkini dengan cepat dan mudah. Selain itu, ia juga secara tidak langsung member pendedahan kepada pelajar tentang ilmu teknologi dan siber seterusnya memperkembangkan lagi tahap intelektual pelajar. Di samping itu, ia juga dapat menjimatkan kos kewangan kerana pensyarah mahupun pelajar tidak perlu membuat ‘print out’ nota-nota mereka. Keburukan menggunakan E- pembelajaran pula adalah mewujudkan kurangnya komunikasi antara pensyarah dan pelajar kerana kedua-dua pihak jarang berjumpa. Ini seterusnya menyukarkan pelajar untuk berkongsi atau bercerita masalah dengan pensyarah mereka berkaitan aspek pembelajaran.Keburukannya yang lain adalah risiko berlakunya unsur plagiat, pelanggaran hak cipta atau dengan kata lain mengambil hak penulisan orang lain tanpa kebenaran. Selain itu, ia juga menyukarkan pelajar terutamanya golongan miskin yang tidak mampu mendapatkan perkhidmatan internet. Ini menyebabkan mereka tidak dapat melihat perkara-perkara yang dipaparkan dalam E- pembelajaran. 3.4 Isu dan Cabaran Antara isu dan cabaran besar yang dihadapi oleh sistem e-Pembelajaran di UPIP berkisar kepada: i. Kurangnya minat dan komitmen daripada pensyarah untuk menggunakan sistem LMS, IPIP dengan sepenuhnya. Sebahagian besar pensyarah akan hanya
  • 12. mengambil langkah memenuhi ’keperluan wajib’ sahaja untuk mematuhi arahan pihak atasan pengurusan universiti dan untuk mengelak implikasi negatif terhadap penilaian. ii. Sebahagian besar pensyarah tidak mahir atau tidak minat untuk menggunakan perisian pembangunan e-Kandungan. Ini mungkin disebabkan oleh kekangan masa untuk mengikuti latihan dan membangunkan kandungan. iii. Terdapat ramai dalam kalangan pensyarah yang beranggapan bahawa memuat naik bahan pengajaran mereka akan mendedahkan Harta Intelektual (IP) mereka kepada umum dan memungkinkan IP mereka dicuri atau dieksploitasi. Terdapat juga kebimbangan terdedah kepada implikasi perundangan jika mereka disabit kesalahan melanggar hak cipta melalui e-Kandungan yang mereka muat naik. iv. Kekangan masa juga merupakan faktor utama kurangnya minat pensyarah menggunakan MyGuru2. Ada dalam kalangan pensyarah yang mengakui mereka tiada masa untuk memuat naik bahan dan berinteraksi dengan pelajar secara atas talian. Ramai dalam kalangan pensyarah yang masih merasakan interaksi secara bersemuka adalah pendekatan yang lebih baik berbanding interaksi virtual. Walau bagaimanapun, pembudayaan e-Pembelajaran terus cuba diterapkan pada pensyarah dan pelajar dengan cara penganjuran bengkel serta kursus yang berkaitan dan sokongan lain daripada aspek info dan infrastruktur.
  • 13. 4.0 Rumusan Integrasi ICT dalam P&P dapat memperkenalkan, mengukuh dan menambah kemahiran kepada guru selaras dengan konsep perkembangan dunia tanpa sempadan pada hari ini.Integrasi ICT dalam P&P di kalangan Guru juga akan memberi kesan baik dan positif kepada imej Guru yang selama ini dianggap jumud dan ketinggalan zaman. Integrasi ICT dalam P&P dapat meningkatkan dan membawa kaedah-kaedah yang baru dalam proses P&P bilik darjah serta dapat membantu mengatasi kelemahan-kelemahan pelajar yang lebih berminat dengan berbagai stail gaya belajar masing-masing mereka. Integrasi ICT dalam Pengajaran dan pembelajaran juga dapat mengubah tanggapan pelajar yang selama ini menganggap guru-guru tidak mempunyai kreativiti dalam penyampaian di dalam kelas (Norhatimah dan Ab. Halim Tamuri 2010). Namun begitu harus diingat, walaupun ICT memberi pelbagai manfaat dalam P&P Pendidikan tetapi ICT hanyalah merupakan satu faktor tambahan dalam meningkatkan keberkesanan P&P. Maksudnya jika kita terlalu bergantung pada ICT, guru tidak lagi berkesan dan akan wujud sikap individualistik dalam diri pelajar. Jadi, Keperluan pengajian tanpa guru sebagai pemandu atau pendidik tidak boleh dinafikan atau diminimalkan. Ini perlu dilihat dalam konteks bagaimana pendidikan asalnya adalah kontak atau perhubungan dan interaksi antara dua akal, jiwa hati dan peribadi secara tertentu yang mendatangkan kesan yang baik dan menjamin kejayaan sebenarnya.