Aplikasi E Learning

9,196 views

Published on

Published in: Business, Technology
1 Comment
10 Likes
Statistics
Notes
  • Thanks for sharing your valuable information...
    I am sharing you one best multimedia service provider compay...
    DM Dhronaaz is targeted to generate fully fledged experts with the abilities and assurance to build a effective profession for their upcoming.
    Multimedia training courses provides hands-on knowledge to make and manage pictures, to generate computer animations, to make executive walkthroughs, to style entertaining websites and to make multi-media demonstrations. In Industry multi-media have extended its potential development possibilities in game playing and in entertaining interaction businesses. Mobile game playing is an unique application that combines visible skillfulness and selection techniques. Know more visit www.dmdhronaaz.com
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
No Downloads
Views
Total views
9,196
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
77
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
1
Likes
10
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Aplikasi E Learning

  1. 1. • Dunia telah menunjukkan banyak perubahan apabila memasuki abad ke -21. Dalam senario kehidupan, kepesatan teknologi banyak berubah bukan sahaja ditinjau dalam jangka masa satu dekad tetapi tela diketahui dalam jangka masa dua atau tiga tahun sahaja. Dalam keadaan ini mausia tiada pilihan selain mengikut perubahan atau membawa perubahan. Begitu jugalah dalampendidikan. • Kini sistem pendidikan baru SPN21 adalah selaras dengan visi 2035 negara yang menekankan kepada pencapaian rakyat yang berpelajaran dan berkemahiran tinggi, mempunyai kualiti kehidupan yang tinggi serta ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan.
  2. 2. • KDYMM bertitah perlunya kita mempunyai sisitem pendidikan yang sentiasa releven dengan tuntutan zaman. Menurut titah Baginda lagi bahawa kita tidak mahu tercicir dibelakang sambil kebekuan membelenggu kita, kerana itu baginda amat gembira bilamana kementerian pendidikan sedang mengemaskinikan sistem pendidikan negara yang dikenali sebagai Sistem Pendidikan Negara Abad 21 atau SPN21 dan ia amat wajar demi menyedari arus proses globalisasi tidak akan menunggu sesiapapun.
  3. 3. • Menurut McKinney- Active Learning adalah teknik-teknik yang digunakan agar pelajar-pelajar membuat sesuatu yang lebih dari sekadar mendengar syaraha guru. Pelajar-pelajar membuat sesuatu seperti meneliti, memproses dan mengaplikasikan informasi. • Proses yang melibatkan pelajar-pelajar berurusan dengan peringkat pemikiran mereka yang paling teratas seperti analisis, sintesis dan membuat penilaian hasil dari dapatan.
  4. 4. • Chikering & Gamson, 2008 – dalam active learning pelajar-pelajar perlu membuat sesuatu yang bukan hanya sekadar mendengar tetapi mereka semestinya membaca, menulis, berbincang atau menyelesaikan masalah- masalah. Yang paling penting adalah turut serta secara aktif, hendaklah menggunakan peringkat pemikiran mereka yang paling teratas seperti analisis, sintesis dan membuat penilaian.
  5. 5. • Apa yang saya dengar, saya lupa Apa yang saya lihat, saya ingat Apa yang saya buat, saya faham -Ancient pilosopher and educator Confucious (Kong Qiu)479 BC-551 BC
  6. 6. Apa yang saya dengar, saya lupa. Apa yang saya dengar dan lihat, saya ingat sedikit. Apa yang saya dengar, lihat dan bertanya soalan tentangnya atau berbincang (diskusi) dengan orang lain, saya mula untuk faham. Apa yang saya dengar, lihat, bincang dan buat saya mencapai ilmu pengetahuan dan kemahiran Apa yang saya ajar kepada yang lain saya mahir -Mel Silberman (1996)
  7. 7. Bermula dengan wujudnya revolusi industri di Eropah dahulu adanya penemuan mesin percetakan dan bermula dari itulah mesin komputer dicipta sehingga sekarang. E-pembelajaran atau pembelajaran elektronik pertama kali diperkenalkan oleh universiti Illinois di Urbana-Champaign dengan menggunakan sistem instruksi berbasis komputer (computer-assisted instruction ) dan komputer bernama PLATO. Sejak itu, perkembangan E-learning dari masa ke masa adalah sebagai berikut: (1) Tahun 1990 : Era CBT (Computer-Based Training) seperti:-CD- ROM ,Video dan AUDIO (2) Tahun 1994 : Seiring dengan diterimanya CBT oleh masyarakat sejak tahun 1994 CBT muncul dalam bentuk pakej-pakej yang lebih menarik.
  8. 8. • (3) Tahun 1997 : LMS (Learning Management System).  Seiring dengan perkembangan teknologi internet, masyarakat di dunia mula dihubungkan dengan internet.  Keperluan akan informasi yang dapat diperoleh dengan cepat mulai dirasakan sebagai keperluan mutlak , dan jarak serta lokasi bukanlah halangan lagi. • (4) Tahun 1999 sebagai tahun Aplikasi E-learning berbasis Web.  LMS mula digabungkan dengan informasi, majalah, dan surat kabar.  Isinya juga semakin kaya dengan perpaduan multimedia , video streaming, serta penampilan interaktif dalam berbagai pilihan format data yang lebih standard, dan berukuran kecil.
  9. 9. MODEL ACTIVE LEARNING (L.Dee Fink) ACTIVE LEARNING PENGALAMAN REFLEKTIF DAILOG ORANG MEMBUAT PENGAMATAN KENDIRI LAIN
  10. 10. PROJEK BERCERITA SIMULASI LAKONAN INKUIRI ACTIVE LEARNING PERMAINAN LAWATAN DEMONSTARSI DISKUSI E-LEARNING
  11. 11. DEFINISI E-LEARNING • Terdapat pelbagai ISTILAH yang telah diperkenalkan dalam membincangkan instruksi dan pembelajaran dalam Zaman Teknologi Maklumat dan Komunikasi (e-learning). Di antaranya adalah: 1. Pembelajaran elektronik 2. Pembelajaran talian/rangkaian 3. Pembelajaran Digital 4. Pembelajaran Internet 5. Pembelajaran berasaskan web 6. Pembelajaran hipemedia/multimedia 7. Pembelajaran berasaskan komputer 8. Pembelajaran berbantukan komputer
  12. 12. • Menurut pandangan Elliot Masie, The Masie Centre; E-Learning is : ”The use of technology to manage, design, deliver, select, transact, coach, support and extend learning (of all kinds) • E-learning merupakan satu inovatif pembangunan yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi untuk meningkatkan proses dan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Pelajar boleh belajar mengikut keselesaannya berdasarkan masa dan tempat pilihannya. Teknologi internet telah menyediakan laluan dari “traditional age”
  13. 13. • E-learning juga boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk pendidikan secara formal atau tidak formal yang terarah kepada satu set objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Komunikasi secara terus antara guru dan pelajar serta pelajar bersama dengan kumpulan yang disokong pengajaran dan pembelajaran oleh teknologi maklumat dan komunikasi. • Berdasarkan kepada pandangan tersebut, tidak dinafikan bahawa masyarakat dunia pada hari ini akan menggunakan sepenuhnya kemudahan teknologi bagi membantu dalam mempermudahkan lagi urusan-urusan seharian. Segalanya akan menjadi pantas, cekap dan efisyen.
  14. 14. PEMBELAJARAN TRADISIONAL E-LEARNING Berpusatkan guru Berpusatkan pelajar- aktif Bergantung kepada buku teks- Inisiatif pelajar-pengetahuan pelajar pengetahuan pelajar terbatas semakin luas dan tidak terbatas mengikut buku teks. Pelajar yang malu untuk bertanya Pelajar tidak perlu berasa malu untuk kepada guru-kekal tidak dapat mengulangi tajuk pemelajaran yang memahami isi pelajaran. sama untuk mencapai kefahaman mereka. Masa yang terhad dan dijalankan Masanya lebih fleksibel dan kurang ditempat yang khas-bilik darjah tekanan-boleh dilakukan di mana sahaja. Talk and chalk Click and surf
  15. 15. • Sesi perbincangan secara online :-  melalui forum, discucssion board, chatting, atau email- group membolehkan percambahan ilmu berlaku tidak kira masa  Bagaimanapun, tidak dinafikan sesi kuliah / tutorial yang memerlukan sua muka (face-to-face) masih perlu bagi tidak menghilangkan unsur nilai-nilai kemanusiaan dalam menimba ilmu. • Jimat:-  Kos lebih rendah.  jangkauan lebih luas.  kaedah lebih baik untuk menilai keputusan latihan.
  16. 16. • Memberi manfaat kepada pelajar dan pensyarah:-  Bagi pensyarah, ia akan memudahkan pensyarah untuk upload nota, jimatkan kos kerana pensyarah tidak perlu print out nota untuk pelajar.  ia juga memudahkan pensyarah untuk membuat apa-apa pengumuman atau memberitahu berita terkini dengan cepat.  Pembelajaran, pemikiran kritis dan kreatif boleh berlaku dengan berkesan.  Seseorang pelajar akan mencari maklumat selanjutnya untuk memenuhi keperluan ingin tahunya dan membina pengetahuan baru mengenai sesuatu konsep dan kefahaman.  walaupun pelajar belajar secara bersendirian, namun staf akademik (guru) masih menjadi pembantu mereka dalam memberikan tunjuk ajar serta panduan yang betul.
  17. 17. • Kebanyakan guru belum bersedia menggunakan kaedah e-learning dan masih mengajar menggunakan kaedah ceramah serta belum mahir menggunakan kemudahan seperti video dan komputer. • (P&P) menggunakan ICT memerlukan kepakaran. • Memerlukan masa dan kos yang tinggi - Memerlukan perbelanjaan yang besar untuk perkakasan dan perisian • Kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah adalah terhad :-  kekurangan komputer di kalangan pensyarah atau guru yang terlibat dalam penyediaan bahan.  terpaksa berkongsi komputer.  terpaksa menunggu lama untuk menggunakan komputer bagi mencapai nota kuliah dari internet.  pelajar terpaksa mengikut giliran untuk mengikuti pembelajaran yang berkonsepkan e-pembelajaran - menyebabkan mereka ketinggalan dan terpaksa untuk mengikuti pembelajaran yang seterusnya melalui kaedah pembelajaran yang sama
  18. 18. • Penyalah gunaan:-  Kes penipuan dan peniruan kerja pelajar lain  hanyalah keseronokan sahaja. • Interaksi:-  Interaksi antara pelajar dengan guru adalah terbatas  wujudnya jurang di antara pelajar dengan pensyarah kerana pelajar dan pensyarah jarang berjumpa. • Masalah:-  Masalah penghantaran maklumat sentiasa berlaku.  Bagi pelajar yang tidak mempunyai rangkaian internet di rumah mereka, ia akan menyukarkan pelajar untuk melihat apa-apa yang di paparkan dalam e-pembelajaran.
  19. 19. • ‘E-Learning’ adalah salah satu daripada lima tonggak dalam program e-Pendidikan. Di mana program e-Pendidikan telah dibuat dalam tahun 2004 sempena inisiatif e-Government Rancangan Kemajuan Negara Ke-8. • Walaubagaimanapun, Sistem E-Learning telah dipersetujui dengan rasminya pada 26 Januari 2008. • Segelintir pelajar-pelajar sekolah di Brunei sudah mula menggunakan internet sebagai sumber maklumat yang penting.
  20. 20. • Penggunaan IT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu diberi tumpuan oleh guru pendidikan kerana penggunaannya mampu menarik minat para pelajar terhadap pelajaran (PUI). Contohnya:-  Guru mengaksis laman web yang bolah dimanfaatkan dalam matapelajaran PUI seperti laman web KHEU www.religious-affairs.gov.bn dan laman web jabatan mufti www.mufti.gov.bn
  21. 21. • Berdasarkan laman web tersebut, pelajar mengetahui perkhidmatan agama Islam Yang disediakan mengikut institusi di Brunei. Selain itu,laman-laman web seperti, http://tamanilmuislam.freephpnuke.org sebagai bahan bantu mengajar bagi topik pengajaran yang sesuai dalam matapelajaran PUI.
  22. 22. CONTOH LAMAN WEB BERKAITAN DENGAN MATAPELAJARAN PUI
  23. 23. Guru boleh menyediakan tugasan lanjutan dengan meminta pelajar menggunakan perkhidmatan yang disediakan di laman web tersebut atau lebih dikenali sebagai blog atau wordpress. Melalui blog atau wordpress ini, pelajar akan dapat menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh guru disamping dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan.
  24. 24. • Selain itu guru dan pelajar juga boleh menggunakan:- google dan yahoo untuk mencari laman yang berkaitan dengan matapelajaran PUI. Audio- boleh dipersembahkan bagi memudahkan proses loading di intenet. Proses ini boleh dilakukan melalui penggunaan windows player record atau real player Cd-Rom- Cd-Rom boleh digunakan sebagai salah satu cara alternatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam misalnya dalam matapelajaran al quran, fiqh dan lain-lain.
  25. 25. Oleh yang demikian, penggunaan Cd-Rom oleh guru Pendidikan Islam merupakan salah satu cara yang boleh dipraktikkan bagi meningkatkan lagi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
  26. 26. Contoh cd-Rom bagi Matapelajaran Al-Quran
  27. 27. Contoh bagi Matapelajaran Al-Quran dalam bentuk digital
  28. 28.  Facebook- Penggunaan Facebook dalam pengajaran dan pembelajaran adalah perkara baru dalam inovasi pendidikan di Negara Brunei Darussalam. Sebagai perekabentuk pendidikan di sekolah, kita boleh membina Facebook yang interaktif bagi membolehkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih efektif dan fleksibel. Antara elemen-elemen yang ada dalam Facebook bagi memantapkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru dan pelajar adalah : 1) Ruang 'Search‘ 6). Email 2) Link 7). Hyperlink 3) Authoring 8). World contact / friends 4) Tag 9). Digital Gift 5) forum 10). Dinamik Content.
  29. 29. Penggunaan Facebook dalam pengajaran dan pembelajaran
  30. 30. • Youtube – merupakan lokasi di mana pelbagai video boleh ditonton. Youtube boleh digunakan secara optimum oleh semua peringkat. Ia memberi peluang untuk kita menyaksikan pelbagai video menarik yang boleh menyamarakkan proses pengajaran dan pembelajaran. Misalnya dalam matapelajaran fiqh dan lain-lain.
  31. 31. CABARAN • Mendalami lebih banyak ilmu pengetahuan - tidak terhad hanya menggunakan buku-buku teks semata- mata (pengetahuan komputer haruslah diketahui oleh mereka disamping mempunyai kemahiran pedagogi). • PUI bukanlah tertumpu kepada apa yang telah diajarkan sejak zaman nabi lagi, bahkan ia telah berkembang dan meluas selaras dengan pertumbuhan peredaran zaman (guru agama seharusnya mempunyai komitment dan iltizam yang tinggi demi mempertingkatkan mutu (P&P) di sekolah)
  32. 32. • Guru perlu memperluaskan pengetahuan mereka dengan lebih banyak membaca atau mengikuti perkembangan perkembangan semasa dan sentiasa peka terhadap kemajuan IT. • Guru hendaklah mempunyai inisiatif mereka yang tersendiri untuk mempertingkatkan pengajaran mereka – jangan terlalu mempersalahkan pihak kerajaan.
  33. 33. • Dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi penggunaan media, alat dan bahan dalam bentuk yang sistematik dan menyeluruh untuk mempersembah, menyokong dan mengukuhkan pengajaran seperti televisyen, radio, filem, komputer dan internet. Kepentigan IT tidak dapat disangkal lagi dalam sistem pendidikan seluruh dunia hari ini.
  34. 34. • Perubahan dalam bidang pengajaran Pendidikan Islam perlu dilakukan bagi memastikan hasrat dan matlamat SPN21 dapat direalisasikan. Dengan itu, guru Pendidikan Islam haruslah lebih berani mengguna dan mempraktikkan pelbagai kaedah semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas agar lebih mendatangkan kesan yang baik dan menarik tumpuan pelajar. • Memandangkan terdapatnya permbaharuan dalam pendidikan selaras dengan kemajuan zaman, maka sangat perlu dipelbagaikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran termasuklah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbantu komputer. Oleh itu para pendidik perlu memantapkan diri dalam menghadapi perubahan globalisasi, contohnya berhubung SPN 21.

×