SlideShare a Scribd company logo
1 of 56
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Kipas siling merupakan aksesori elektrik yang wajib dipasang pada setiap
premis kediaman mahu pun premis perniagaan sertaindustri sebagai medium
penyejukan udara. Penggunaan kipas ini dalam jangka masa yang panjang
akan memerangkap habuk pada bilah-bilah kipas. Alat pembersih yang sedia
ada seperti penyapu , bulu ayam dan kain tuala memerlukan tenaga yang
banyak untuk menjalankan kerja pembersihan. Penggunaan kain tuala dan
bulu ayam juga memerlukan pengguna menggunakan tangga kerana
kedudukan kipas yang tinggi. Kaedah membersihkan bilah kipas secara
manual ini boleh mendatangkan risiko kepada pengguna.
Idea mereka bentuk pembersih bilah kipas automatik ini adalah
alternatif penyelesaian bagi menyesuaikan tuntutan cara hidup masa kini
yang memerlukan alat yang canggih dan menjimatkan masa serta tenaga.
Pembinaan alat ini adalah berdasarkan rungutan pengguna terhadap
kesukaran untuk membersihkan bilah kipas kerana faktor ketinggian, kualiti
pembersihan dan keselamatan pengguna.
2
Fokus utama projek ini adalah untuk menghasilkan pembersih secara
automatik tanpa mengotorkan kawasan sekitarnya. Motor elektrik dan pam
elektrik akan digunakan bersama litar kawalan arduino sebagai komponen
utama bagi alat pembersih kipas siling automatik ini. Selain itu bahagian
mekanikal akan direka supaya bersesuaian dengan aplikasi projek.
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN
Kajian bagi merealisasikan projek pembersih kipas automatik ini bermula di
Bengkel Elektrik Kolej Vokasional Kulim. Idea untuk membangunkan projek
ini tercetus apabila kami melihat kipas di bengkel tersebut tidak dibersihkan
dan dipenuhi dengan habuk. Membersihkan kipas dengan menggunakan
tangga dilihat agak berbahaya kerana mempunyai risiko yang tinggi untuk
jatuh dan habuk dari bilah kipas ini boleh menjejaskan kesihatan. Selain itu,
mencuci bilah kipas menggunakan kain basah juga akan menyebabkan sisa
cucian jatuh ke lantai dan memerlukan kerja tambahan untuk
membersihkannya. Pembersihan bilah kipas menggunakan mesin yang telah
direka secara manual secara amnya mempunyai panjang yang terbatas dan
masih tidak dapat mengurangkan tenaga kerja semasa mencuci kipas.
Dengan ini tercetusnya idea untuk menginovasi projek sedia ada yang
kendaliannya secara manual kepada pembersih kipas yang kendaliannya
secara automatik.
1.3 PENYATAAN MASALAH
i. Mesin pembersih kipas sedia ada tidak sepenuhnya kawalan
automatik.
ii. Mesin sedia ada perlu menggunakan tenaga yang banyak semasa
kerja membersihkan kipas.
iii. Mesin sedia ada perlu mengepam air secara manual semasa kerja
membersihkan kipas siling
3
1.4 TUJUAN
Tujuan projek ini adalah untuk mengelakkan kemalangan semasa
membersihkan kipas. Selain itu, projek ini dilaksanakan adalah untuk
memudahkan pengguna dan menjimatkan masa kerana pembersih kipas
automatik ini boleh memerangkap habuk dan membersihkan kipas siling
secara serentak.
1.5 OBJEKTIF
i. Membangunkan sistem sensor untuk menjadikan kawalan mesin
beroperasi secara automatik bagi memudahkan kerja membersihkan
kipas siling.
ii. Mereka bentuk mesin yang dapat mengurangkan tenaga kerja
semasa membersihkan kipas.
iii. Mereka bentuk sebuah mesin yang boleh mengepam air sendiri.
1.6 KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini mempunyai beberapa kepentingan iaitu:
i. Memastikan keselamatan kontraktor kebersihan semasa
membersihkan bilah kipas.
ii. Memastikan kesihatan dan keselesaan pengendali mesin semasa
membersihkan bilah kipas.
iii. Memastikan kerja membersihkan kipas dilakukan dengan cepat dan
bersih sepenuhnya.
1.7 SKOP PROJEK
Ruang kajian bagi projek ini adalah di syarikat DEM DRAEXLMAIER AUTOMOTIVE
SYSTEM (M) SDN. BHD. Responden kajian terdiri 10 orang kontraktor pembersihan
di syarikat ini yang berumur antara 20 hingga 50 tahun. Data kajian diperoleh
daripada agihan borang soal selidik. Rata-rata responden bersetuju dengan
penciptaan alat ini selari dengan objektif yang telah ditetapkan. Hasil kajian
mendapati para responden kebanyakan mereka bersetuju dengan alat pembersih
4
kipas ini berdasarkan objektif yang telah ditetapkan iaitu seramai 8 orang bersetuju
dengan objektif yang menyatakan bahawa alat pembersih kipas ini dapat diinovasi.
Objektif yang kedua pula seramai 8 orang bersetuju bahawa penggunaan alat
pembersih kipas manual tidak menjimatkan penggunaan tenaga. Projek alat
pembersih kipas automatik yang dilaksanakan ini selari dengan objektif yang telah
tetapkan di mana ianya dapat mengurangkan penggunaan tenaga terhadap
penggunaannya.
5
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 PENGENALAN
Bab ini akan membincangkan tentang beberapa hasil dari kajian lepas
sebagai rujukan kepada kajian yang sedang dijalankan ini. Fokus utama
kajian ini adalah untuk menambah baik projek sedia ada untuk tujuan
memudahkan lagi pengguna semasa melakukan kerja membersihkan bilah
kipas. Melalui kajian ini, kekurangan yang terdapat pada produk yang sedia
ada dapat dikenal pasti. Oleh itu, alat yang direka merupakan ciptaan baru
untuk memenuhi kehendak tanpa menimbulkan sebarang masalah pada
produk. Di bawah ini disenaraikan beberapa projek sedia ada yang telah
dihasilkan oleh beberapa individu sebagai rujukan.
6
2.2 FAN BLADE CLEANER
Rajah 2.1: Fan blade cleaner
Fan blade cleaner ini telah direka pada 2 April 2016 oleh Muhamad Aiman bin
Abdul Halim. Rekaan ini merupakan satu inovasi untuk memudahkan
pengguna tanpa perlu memanjat tangga dan mengurangkan risiko
kemalangan semasa membersihkan kipas. Terdapat beberapa kelemahan
alat ini, antaranya ialah pengguna perlu menggunakan banyak tenaga
semasa kerja pembersihan kerana pengguna perlu mendongak untuk
mencuci kipas dan mengambil masa yang lama serta hasil cucian juga tidak
begitu bersih.
7
2.3 MESIN PEMBERSIH KIPAS SILING
Rajah 2.2: Mesin pembersih kipas siling
Mesin pembersih kipas siling ini telah direka oleh Galvine Rangga A/L Vikran
pada 6 Februari 2019 di Universiti Kuala Lumpur. Mesin ini menggunakan
sistem semi automatik, ia lebih memudahkan pengguna. Walau bagaimana
pun, mesin ini mempunyai beberapa kekurangan antaranya ialah pengguna
perlu mengangkat tiang mesin dan perlu mengepam air secara manual untuk
mencuci kipas.
8
BAB 3
METODOLOGI
3.1 PENGENALAN
Bab ini membincangkan proses kerja yang telah dijalankan meliputi
perancangan kerja dan mereka bentuk projek, penyediaan peralatan dan
bahan untuk membina projek dan proses pembinaan projek. Antara kaedah
yang dijalankan semasa perlaksanaan projek ini ialah melukis reka bentuk
mesin pembersih kipas automatik, kaedah memasang rangka mesin, kaedah
gerakan mekanikal yang digunakan dan kaedah-kaedah lain.
9
3.2 CARTA GANTT
Jadual 3.1: Carta gantt PTA
M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4
3 PENULISAN ABSTRAK
OGS SEP OKT
BIL PERKARA
BULAN/MINGGU
JAN FEB MAC APR MAY JUN JUL FEB
1 PENGENALN PTA 1
2
MERANCANG DAN MEMBUAT KERTAS
CADANGAN
NOV DIS JAN
4 PENULISAN BAB 1 PENGENALAN
5 PENULISAN BAB 2 LITERATUR
6 PENULISAN BAB 3 METODOLOGI
7 PEMBENTANGAN PROPOSAL
8 PENGENALAN PTA 2
9 PELAKSANAAN PROJEK
10
PENULISAN BAB 4 DAPATAN DAN
ANALISIS
11
PENULISAN BAB 5 PERBINCANGAN,
CADANGAN DAN KESIMPULAN
12
PEMBENTANGAN LAPORAN DAN
HASIL PROJEK -
Panel penilai -
penyelia projek (PP)
PERANCANGAN
PERLAKSANAAN
PKP
PERLAKSANAAN TEMPOH PKP
2.0
10
3.3 CARTA ALIR KAJIAN
Berikut merupakan carta alir perlaksanaan projek.
3.3.1 Carta alir proses perlaksanaan
Jadual 3.2: Carta alir proses
TIDAK
YA
TIDAK
YA
MULA
PEMILIHAN IDEA YANG SESUAI
MEMBUAT RANCANGAN PROJEK
PEMBELIAN BARANG
PEMBUATAN BAHAGIAN
MEKANIKAL
MEMBUAT PENDAWAIAN
ELEKTRIK
PENGUJIAN
PENGUJIAN
A
11
TIDAK YA
PEMBENTANGAN PROJEK
TAMAT
A
GABUNGAN ANTARA MEKANIKAL
DAN PENDAWAIAN ELEKTRIK
PENGUJIAN
12
3.4 REKA BENTUK KAJIAN
Reka bentuk kajian ini menjelaskan tentang instrumen kajian yang terdiri
daripada kaedah soal selidik dan kaedah perbandingan.
3.4.1 Instrumen kajian
i. Kaedah soal selidik
a. Memberikan borang soal selidik kepada 10 kontraktor
pembersihan
b. Peratusan yang diperoleh adalah 80% setuju dengan
projek yang akan dijalankan.
c. Borang soal selidik boleh dirujuk pada Lampiran 1
manakala hasil soal selidik boleh dirujuk pada
Lampiran 2.
ii. Kaedah perbandingan
Berikut adalah perbezaan membersihkan bilah kipas
secara manual dan membersihkan bilah kipas secara automatik.
Jadual 3.3: Perbandingan di antara pembersihan secara manual
dengan automatik
Pembersihan secara
manual
Pembersihan secara
automatik
i. Memerlukan alat tambah
seperti tangga
i. Tidak memerlukan alat
tambah untuk membersihkan
kipas.
ii. Memerlukan tenaga yang
banyak
ii. Kurang menggunakan
tenaga semasa
membersihkan kipas
iii. Perlu mencuci lantai
selepas membersihkan
bilah kipas
iii. Sisa cucian diperangkap di
dalam bekas mesin
13
3.5 REKA BENTUK KAJIAN
Reka bentuk projek ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu, lukisan
ortografik, lukisan isometri, carta alir kendalian dan atur cara arduino.
3.5.1 Lukisan ortografik
Rajah 3.1: Pandangan hadapan
Rajah 3.2: Pandangan sisi
14
Rajah 3.3: Pandangan atas
15
3.5.2 Lukisan isometri
Rajah 3.4: Pandangan hadapan, atas dan sisi
Rajah 3.5: Pandangan belakang, atas dan sini
16
3.5.3 Carta alir kendalian
Berikut merupakan carta alir kendalian mesin pembersih kipas siling
automatik ini
Jadual 3.4: Carta alir kendalian
Lampu 2 menyala dan tiang akan naik
Suis dari bekalan dihidupkan
Mula
Punat tekan 1 ditekan
Sensor mengesan bilah kipas
Tiang akan berhenti
Lampu 1 akan menyala
A
17
YA
TIDAK
Roller akan berputar dan bergerak dan air akan dipam ke roller
2 saat
Lampu 2 akan terpadam dan tiang akan turun
Suis dari bekalan ditutup
Tamat
Punat tekan 2 ditekan
A
Punat tekan 3 ditekan
Roller akan kembali ke
kedudukan asal
18
3.5.4 Atur cara (coding) dan litar skematik arduino
Berikut merupakan atur cara dan litar skematik arduino yang telah
dibuat untuk mengendalikan mesin pembersih kipas automatik ini.
Rajah 3.6: Atur cara arduino
19
Rajah 3.7: Litar skematik arduino
20
3.6 SENARAI PERALATAN DAN BAHAN
Berikut adalah senarai peralatan yang digunakan semasa membina mesin
pembersih kipas siling automatik ini.
3.6.1 Senarai peralatan
Jadual 3.5: Senarai peralatan
BIL. ALATAN FUNGSI
1. Cordless drill Digunakan untuk menebuk atau
mengetatkan skru.
2 Pemutar skru Digunakan untuk melonggarkan atau
mengetatkan skru
3. Grander Digunakan untuk memotong dan
mengasah besi
4. Test pen Digunakan untuk mengesan arus
elektrik dan mengetatkan skru kecil
21
5. Gergaji jig Digunakan untuk memotong kepingan
papan
6. Mesin Pemateri Digunakan untuk mengimpal besi untuk
membuat rangka projek
7. Playar Digunakan untuk menjalur wayar,
memotong wayar, memegang dan
mencengkam objek.
8. Sesiku L Digunakan untuk mengukur sudut.
9. Pita pengukur Digunakan untuk mengukur dengan
tepat dalam unit mm, cm, inci dan kaki.
22
3.6.2 Senarai bahan
Berikut adalah senarai dan fungsi bahan yang digunakan untuk
membina mesin pembersih kipas siling automatik ini.
Jadual 3.6: Senarai bahan
BIL. BAHAN FUNGSI
1. Motor tingkap kuasa Motor tingkap kuasa (power window)
digunakan untuk mengerakkan roller dan
mengangkat tiang. Untuk mengerakkan motor
ini ia memerlukan bekalan kuasa 12v/3-7A
dengan kelajuan 50 - 100 RPM.
2. Punat tekan Punat tekan digunakan untuk
menyambungkan litar kawalan
3. Plywood Plywood digunakan sebagai penutup
bahagian rangka mesin.
4. Roda Roda digunakan untuk memudahkan
pergerakan mesin.
5. Besi angle Besi angle digunakan untuk membuat
rangka projek.
23
6. Lampu pandu Lampu pandu digunakan sebagai panduan
kepada pengguna.
7. Kotak panel Kotak panel digunakan sebagai tempat
komponen elektrik dan elektronik
8. Besi hollow Besi hollow digunakan untuk membuat
bahagian tiang jek mesin pembersih kipas
ini.
9. Bekalan kuasa Bekalan kuasa digunakan untuk
membekalkan tenaga elektrik pada
komponen elektrik.
10. Arduino Arduino Uno adalah papan pengawal mikro
(microcontroller) dengan pemproses
ATmega328P. Arduino Uno memiliki 14 digital
pin input / output (di mana 6 pin dapat
digunakan sebagai output PWM), 6 input
analog / ADC (Analog to Digital Converter),
kristal 16 MHz, dilengkapi dengan penyambung
USB tipe B, header ICSP dan tombol reset.
Cukup dengan menghubungkan kabel USB
dengan komputer atau adaptor bekalan kuasa
12V, Arduino ini dapat di kendali untuk
pemprograman. Arduino Uno dapat di atur cara
menggunakan Arduino IDE.
11. Roller Roller digunakan untuk membersihkan
bilah kipas
24
12. Paip air Paip air digunakan untuk menyalurkan air
dari pam ke roller.
13. Pam air Pam air ini digunakan untuk mengepam air dari
suatu tempat ke suatu tempat lain. Spesifikasi
bagi pam air ini ialah menggunakan bekalan
kuasa 12V DC dan boleh menahan tekan
sehingga 80PSI. Bagi keluasan bahagian
masukan dan keluaran air adalah berdiameter
9.5mm(3/8”). Bagi arus masukan maksimum
untuk pam air ini ialah 2.6 amp sahaja.
14. Kabel elektrik Kabel elektrik digunakan untuk
mengalirkan bekalan arus elektrik
15 Sensor ultra sonik Sensor ultrasonik ini digunakan untuk
mengesan jarak yang telah ditetapkan untuk
mengendalikan sesuatu kawalan. Terdapat 4
pin pada sensor ultrasonik ini, iaitu pin vcc, trig,
echo dan ground.
16 Suis had Suis had ini digunakan untuk
menyambung(ON) atau memutuskan(OFF)
sesuatu litar. Suis had ini mempunyai 3
tamatan, iaitu tamatan COM, NC dan NO.
25
3.7 SENARAI KOS
Berikut merupakan kos keseluruhan untuk membina mesin pembersih kipas
siling automatik ini.
Jadual 3.7: Kos pembuatan
BIL BAHAN KUANTITI SPESIFIKASI HARGA (RM) JUMLAH
1. Motor 2 DC 24V RM 30 RM 60
2 Punat tekan
mula
3
DC 24V
RM 2.50 RM 7.50
3 Lampu pandu 4 DC 24V RM 2.50 RM 10
4 Kabel Secukupnya 1.5mm RM 40 RM 40
5 Kotak panel
1
215mmX
100mmX150mm
RM 16.30 RM 16.30
6 Roda 1 set 11cm RM 17 RM 17
7 Roller 2 25cm RM 3 RM 6
8 Paip air kecil 3 meter 6mm RM 3 RM 9
9 Aci (bearing) 4 12mm RM 6 RM 24
10 Besi angle Secukupnya 1x1” RM 45 RM 45
11 Plywood 1 4x8’ RM 38 RM 38
12 Connector 1 5mm RM 1.50 RM 1.50
13 Bol dan nat Secukupnya 2 ½” RM 20 RM 20
14 Besi hollow Secukupnya 1x1” RM47.20 RM 47.20
15 Besi hex nut 1 M20 RM 30 RM 30
16 Pam air 1 DC 12V RM 25 RM 25
17 Bekas air 3 2 liter RM 15 RM 45
18 Arduino 1 Arduino uno RM 49 RM 49
19. Cat besi 2 hitam RM 10 RM20
JUMLAH RM 500.50
26
3.8 PROSES KERJA
Berikut merupakan proses kerja dalam pembuatan mesin pembersih kipas
siling automatik ini.
i. Proses mengelas papan
Rajah di bawah menunjukkan proses mengetam papan menggunakan
kertas pasir dan bongkah kayu.
Rajah 3.8: Proses mengelas papan
27
ii. Mengimpal rangka
Rajah di bawah menunjukkan proses mengimpal rangka
menggunakan mesin pengimpal MIG
Rajah 3.9: Proses mengimpal rangka
iii. Mengecat rangka
Rajah di bawah menunjukkan proses mengecat rangka mesin
menggunakan cat sembur.
Rajah 3.9: Proses mengecat rangka
28
iv. Memasang tiang jek berbentuk ‘X’
Rajah di bawah menunjukkan proses pemasangan tiang jek
menggunakan besi hollow dan dicantumkan menggunakan bolt and
nut.
Rajah 3.10: Proses memasang tiang jek
v. Membuat atur cara arduino
Rajah di bawah menunjukkan proses membuat atur cara arduino.
Rajah 3.11: Proses membuat atur cara arduino
29
vi. Membuat pendawaian
Rajah di bawah menunjukkan proses membuat pendawaian pada
mesin pembersih kipas siling automatik ini.
Rajah 3.12: Proses membuat pendawaian
vii. Pengujian RPM motor
Rajah di bawah menunjukkan proses membuat pengujian RPM moto
menggunakan tachometer.
Rajah 3.13: Proses pengujian RPM motor
30
viii. Hasil projek
Rajah di bawah menunjukkan hasil projek setelah siap.
Rajah 3.14: Hasil projek
31
BAB 4
DAPATAN DAN ANALISIS KAJIAN
4.1 PENGENALAN
Bab ini membincangkan tentang hasil dapatan kajian dan hasil analisis data
berkaitan mesin pembersih kipas automatik ini. Selain itu, senarai alat
penguji, jenis pengujian serta kaedah pengujian juga dinyatakan dalam bab
ini. Pada akhir bab ini juga dinyatakan kesimpulan akhir tentang hasil projek
ini dan cadangan penggunaan kaedah-kaedah lain bagi mengatasi masalah
supaya dapat ditambah baik lagi pada masa akan datang.
32
4.2 SENARAI ALATAN PENGUJIAN
Berikut merupakan senarai alat pengujian yang digunakan untuk menguji
litar dan komponen elektrik.
Jadual 4.1: Senarai alat pengujian
BIL ALAT PENGUJIAN NAMA DAN FUNGSI
1. Meter Pelbagai
Digunakan untuk menguji keterusan dan
kekutuban litar serta untuk menguji arus,
voltan dan rintangan.
2. Alat Penguji Rintangan Penebatan
Digunakan untuk menguji rintangan
penebatan antara kabel
3. Tachometer
Digunakan untuk menguji kelajuan motor
(RPM)
4. Jam Randik
Digunakan untuk mengukur masa.
33
4.3 KAEDAH PENGUJIAN DAN PENENTU UKURAN
Jadual di bawah menunjukkan jenis pengujian dan kaedah untuk membuat
pengujian.
Jadual 4.2: Jenis dan kaedah pengujian
BIL. AKSESORI YANG DIUJI JENIS DAN KAEDAH PENGUJIAN
1. Motor tingkap kuasa Ujian keterusan
- Gunakan alat penguji multi meter.
- Setkan multi meter pada julat ohm.
- Letakkan kuar merah pada keluaran suis dan
kuar hitam pada masukan kabel motor.
- Rekodkan bacaan meter.
Ujian penebatan
- Gunakan alat penguji rintangan penebatan
- Setkan pada julat 500v.
- Letakkan kuar merah pada punca positif motor
dan kuar hitam pada punca negatif motor.
- Rekodkan bacaan.
Ujian kelajuan
- Gunakan alat penguji tacho meter.
- Hidupkan tachometer
- Hidupkan motor
- Letak tachometer pada aci motor
- Rekodkan bacaan
2. Bekalan kuasa Ujian keterusan
- Gunakan alat penguji multi meter
- Setkan multi meter pada julat ohm
- Letakkan kuar merah pada punca bekalan dan
kuar hitam pada bekalan kuasa.
- Rekodkan bacaan meter.
Ujian penebatan
- Gunakan alat penguji rintangan penebatan
34
- Setkan pada 500v.
- Letakkan kuar merah pada tamatan (L) pada
bekalan kuasa dan kuar hitam pada tamatan
(N).
- Rekodkan bacaan.
- Ulang langkah 3 dan 4 untuk tamatan (L)-(E)
dan (N)-(E).
3. Pam air Ujian keterusan
- Gunakan alat penguji multi meter.
- Setkan multi meter pada julat ohm.
- Letakkan kuar merah pada keluaran suis dan
kuar hitam pada masukan kabel masukan pam.
- Rekodkan bacaan meter.
4. Relay Ujian keterusan
- Gunakan alat penguji multi meter.
- Setkan pada julat ohm.
- Letakkan kuar merah pada common dan kuar
hitam pada NC.
- Rekodkan bacaan meter.
- Ulang langkah 3 dan 4 untuk commondengan
NO.
5. Sensor ultrasonik Ujian kepekaan
- Gunakan Arduino
- Masukkan 5cm,10cm dan 15cm di dalam
‘coding’.
- Sambungkan Arduino dengan sensor.
- Hidupkan Arduino
- Letakkan tangan mengikut jarak yang telah
ditulis di dalam ‘coding’.
- Rekod dalam jadual.
35
4.4 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN SEMASA PENGUJIAN
Aspek keselamatan haruslah sentiasa dititik beratkan bagi bertujuan
menghindari perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Berikut merupakan
cara menjaga keselamatan diri dan keselamatan alat.
4.4.1 Keselamatan Diri
Kecuaian semasamelakukan kerja boleh mengakibatkan kemalangan
diri. Oleh yang demikian, dengan mematuhi peraturan keselamatan
dengan betul amatlah penting untuk mengelakkan diri daripada terlibat
dengan sebarang kemalangan. Antara peraturan yang perlu diikuti
dan diamalkan adalah
:
 Cara berpakaian
o Memakai pakaian bengkel
o Memakai kasut bertebat dan bertumit rendah
o Tidak memakai barang kemas
o Tidak memakai tali leher
 Sikap
o Sentiasa mematuhi arahan
o Merancang aktiviti sebelum memulakan kerja
o Melaporkan sebarang kerosakan
o Menggunakan alat yang betul
o Menggunakan alat mengikut prosedur yang ditetapkan
 Fizikal
o Sihat
o Tidak rabun warna
o Jelas penglihatan
36
4.5 KEPUTUSAN PENGUJIAN
Berikut merupakan keputusan pengujian peringkat satu dan peringkat dua.
4.5.1 Keputusan pengujian peringkat satu
Jadual 4.3 menunjukkan peringkat pertama pengujian melibatkan motor, bekalan kuasa, pam air dan relay
Jadual 4.3: Peringkat pertama pengujian
NAMA AKSESORI
YANG HENDAK
DIUJI
JENIS-JENIS UJIAN DAN BACAAN METER
UJIAN
KETERUSAN (Ω)
UJIAN
RINTANGAN
PENEBATAN
PADA LIFE DAN
NEUTRAL (MΩ)
UJIAN
RINTANGAN
PENEBATAN
PADA BUMI
(MΩ)
UJIAN
KELAJUAN
MOTOR (RPM)
UJIAN
KEPEKAAN
CATATAN
Motor tingkap kuasa L-L= 0.1Ω
N-N= 0.1Ω
E-E= 0.1Ω
L-N= 200MΩ L-E= 200MΩ
N-E= 200MΩ
118/106 - Motor tingkap
kuasa dalam
keadaan baik dan
boleh digunakan.
Bekalan kuasa L-L= 0.1Ω
N-N= 0.1Ω
E-E= 0.1Ω
L-N= 200MΩ L-E= 200MΩ
N-E= 200MΩ
- - Bekalan kuasa
dalam keadaan
baik dan boleh
digunakan
Pam air 5v L-L= 0.1Ω
N-N= 0.1Ω
E-E= 0.1Ω
L-N= 200MΩ L-E= 200MΩ
N-E= 200MΩ
- 1 liter = 23
saat
Tidak sesuai
digunakan pada
mesin pembersih
kipas ini kerana
….
Relay COM-NC= 0.1Ω
COM-NO= ∞
- - - - Relay dalam
keadaan baik dan
boleh digunakan
37
Jadual 4.4 menunjukkan keputusan pengujian sensor ultrasonik.
Jadual 4.4: Ujian ultrasonik
UJIAN KEPEKAAN KEPUTUSAN
Jarak objek yang diuji 2cm Kendalian motor berhenti apabila
objek dikesan mengikut jarak yang
ditetapkan
Jarak objek yang diuji 10cm Kendalian motor berhenti apabila
objek dikesan mengikut jarak yang
ditetapkan
Jarak objek yang diuji 20cm Kendalian motor berhenti apabila
objek dikesan mengikut jarak yang
ditetapkan
Jarak objek yang diuji 30cm Kendalian motor berhenti apabila
objek dikesan mengikut jarak yang
ditetapkan
Jarak objek yang diuji 40cm Kendalian motor berhenti apabila
objek dikesan mengikut jarak yang
ditetapkan
Jarak objek yang diuji 50cm Kendalian motor berhenti apabila
objek dikesan mengikut jarak yang
ditetapkan
Jarak objek yang diuji 60cm Kendalian motor berhenti apabila
objek dikesan mengikut jarak yang
ditetapkan
Jarak objek yang diuji 70cm Kendalian motor berhenti apabila
objek dikesan mengikut jarak yang
ditetapkan
Jarak objek yang diuji 80cm Kendalian motor berhenti apabila
objek dikesan mengikut jarak yang
ditetapkan
Jarak objek yang diuji 81cm Sensor tidak dapat mengesanobjek
kerana terlalu jauh. Motor masih
bergerak.
38
4.5.2 Keputusan pengujian peringkat dua
Jadual 4.5 menunjukkan peringkat akhir pengujian melibatkan motor tingkap kuasa, bekalan kuasa, pam air dan relay.
Jadual 4.5: Peringkat akhir pengujian
NAMA AKSESORI
YANG HENDAK
DIUJI
JENIS-JENIS UJIAN DAN BACAAN METER
UJIAN
KETERUSAN (Ω)
UJIAN
RINTANGAN
PENEBATAN
PADA LIFE DAN
NEUTRAL (MΩ)
UJIAN
RINTANGAN
PENEBATAN
PADA BUMI
(MΩ)
UJIAN
KELAJUAN
MOTOR (RPM)
UJIAN
KEPEKAAN
CATATAN
Motor tingkap kuasa L-L= 0.1Ω
N-N= 0.1Ω
E-E= 0.1Ω
L-N= 200MΩ L-E= 200MΩ
N-E= 200MΩ
118/106 - Motor tingkap
kuasa dalam
keadaan baik dan
boleh digunakan.
Bekalan kuasa L-L= 0.1Ω
N-N= 0.1Ω
E-E= 0.1Ω
L-N= 200MΩ L-E= 200MΩ
N-E= 200MΩ
- - Bekalan kuasa
dalam keadaan
baik dan boleh
digunakan
Pam air 12v L-L= 0.1Ω
N-N= 0.1Ω
E-E= 0.1Ω
L-N= 200MΩ L-E= 200MΩ
N-E= 200MΩ
- 1 liter = 7
saat
Boleh digunakan
pada mesin
pembersih kipas
ini
Relay COM-NC= 0.1Ω
COM-NO= ∞
- - - - Relay dalam
keadaan baik dan
boleh digunakan
39
4.6 PENYELENGGARAAN SELEPAS PENGUJIAN
Pada awal pengujian, didapati bahawa terdapat beberapa masalah yang
boleh menyebabkan kemalangan dan menyebabkan mesin ini gagal
berfungsi dengan baik. Oleh hal yang demikian, ia perlu di baik pulih segera
supaya mesin ini selamat untuk digunakan dan boleh berfungsi dengan baik.
Jadual 4.6 menunjukkan masalah yang dihadapi dan penyelesaian:
Jadual 4.6: Membaik pulih dan penyelenggaraan
BIL. MASALAH YANG DIHADAPI PENYELESAIAN
1.
Menggunakan pam air
berkadaran 5v menyebabkan air
sukar di pam ke atas.
Menukar pam air tersebut
kepada pam air berkadaran 12v.
2. Menggunakan satu besi hex nut
sahaja
Menambah dua batang besi hex
nut.
3. Tiang utama mesin bergoyang
semasa dinaikkan
Menambah tiang tambahan
untuk menyokong tiang utama.
40
4.7 DEMOGRAFI RESPONDEN
Carta pai di bawah menunjukkan dapatan dari soal selidik melibatkan jantina
dan umur responden
4.7.1 Soal selidik
Rajah di bawah menunjukkan carta pai tentang jantina responden
Rajah 4.1: Jantina responden
Dari 10 borang soal selidik yang diedarkan didapati bahawa 60%
responden adalah lelaki dan 40% adalah perempuan.
60%
40%
JANTINA
LELAKI PEREMPUAN
41
Rajah 4.2: Umur responden
Dari 10 borang soal selidik yang diedarkan didapati bahawa 10%
responden adalah berumur 20-29 tahun dan 50 ke atas. 30%
responden berumur 30-39 tahun dan 50% lagi berumur 40-49 tahun.
10%
30%
50%
10%
UMUR
20-29 30-39 40-49 50 KE ATAS
42
4.8 DAPATAN DAN ANALISIS KAJIAN
Carta pai di bawah menunjukkan hasil dapatan dari soal selidik
4.8.1 ANALISIS KAJIAN
Berikut adalah carta pai yang menunjukkan hasil dapatan yang
diperoleh dari borang soal selidik.
Soalan 1 :
Adakah membersihkan kipas secara manual perlu menggunakan
tangga?
Rajah 4.4: Carta pai soalan pertama
Berdasarkan rajah di atas, daripada 10 borang soal selidik yang
diedarkan didapati 100% responden bersetuju bahawa membersihkan
kipas secara manual perlu menggunakan tangga.
100%
0%
PERLU MENGGUNAKANTANGGA
SETUJU TIDAK SETUJU
43
Soalan 2 :
Adakah membersihkan kipas menggunakan tangga berisiko untuk
jatuh?
Rajah 4.5: Carta pai soalan kedua
Berdasarkan rajah di atas, hasil dari 10 orang responden yang disoal
selidik didapati 70% bersetuju bahawa membersihkan kipas
menggunakan tangga berisiko tinggi untuk jatuh. Manakala 30% tidak
setuju.
70%
30%
BERISIKO UNTUK JATUH
SETUJU TIDAK SETUJU
44
Soalan 3 :
Adakah habuk kipas boleh menjejaskan kesihatan?
Rajah 4.6: Carta pai soalan ketiga
Berdasarkan rajah di atas, daripada 10 orang responden yang disoal
selidik didapati 70% bersetuju bahawa habuk kipas boleh menjejaskan
kesihatan. Manakala 30% responden masing-masing tidak setuju.
70%
30%
HABUK KIPAS MENJEJASKANKESIHATAN
SETUJU TIDAK SETUJU
45
Soalan 4 :
Adakah perlu untuk membersihkan habuk yang jatuh ke lantai selepas
membersihkan kipas siling?
Rajah 4.7: Carta pai soalan keempat
Berdasarkan 10 borang soal selidik yang diedarkan kepada
responden didapati 100% responden bersetuju bahawa mereka perlu
membersihkan habuk yang jatuh ke lantai selepas membersihkan
kipas siling.
100%
0%
PERLU MEMBERSIHKANHABUK YANG
JATUH KE LANTAI
SETUJU TIDAK SETUJU
46
Soalan 5 :
Adakah membersihkan kipas secara manual perlu menggunakan
tenaga yang banyak?
Rajah 4.8: Carta pai soalan kelima
Berdasarkan 10 borang soal selidik yang diedarkan kepada
responden didapati 80% responden bersetuju bahawa membersihkan
kipas secara manual perlu menggunakan tenaga yang banyak.
Manakala lagi 20% responden tidak setuju.
80%
20%
MENGGUNAKANBANYAK TENAGA
SETUJU TIDAK SETUJU
47
Soalan 6 :
Adakah anda menyokong supaya projek pembersih kipas siling
automatik ini dibangunkan?
Rajah 4.9: Carta pai soalan keenam
Berdasarkan 10 borang soal selidik yang diedarkan kepada responden
didapati 80% responden menyokong untuk pembangunan projek mesin
pembersih kipas automatik ini. Manakala 20% lagi tidak setuju.
80%
20%
SOKONGANUNTUK PEMBANGUNANPROJEK
SETUJU TIDAK SETUJU
48
4.9 KEPUTUSAN BERDASARKAN PERSOALAN KAJIAN
Berdasarkan keputusan dari soal selidik, responden bersetuju bahawa mesin
pembersih kipas ini tidak memerlukan tangga ketika membersihkan kipas
siling. Selain itu projek ini dapat mengelakkan risiko kemalangan disebabkan
penggunaan tangga. Penggunaan mesin ini juga dapat menjimatkan masa
operasi serta penggunaan tenaga kerja kerana mesin ini membersihkan dan
memerangkap habuk dalam masa yang sama.
Dari kajian dan pengujian yang telah dilaksanakan, dapatan projek
menunjukkan bahawa mesin pembersih kipas siling automatik ini selamat
untuk digunakan dan efisien sebagai medium pembersih kipas siling. Secara
keseluruhannya, mesin pembersih kipas siling ini berjaya mencapai objektif
projek.
49
BAB 5
PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 PENGENALAN
Pembangunan dalam sains dan teknologi menghasilkan pelbagai bentuk
mesin yang lebih canggih dan berteknologi tinggi. Namun tujuan utama
pembinaan projek ini ialah mencipta satu teknologi yang dapat diterima pakai
masyarakat dan mewujudkan satu peralatan yang murah dan efisien serta
mampu untuk dimiliki oleh masyarakat yang berpendapatan rendah.
Berdasarkan kajian yang dijalankan, dapat disimpulkan bahawa projek
yang dilaksanakan hampir mencapai objektif utama serta matlamat yang
dikehendaki iaitu menghasilkan projek pembersih kipas siling automatik
yang mudah. Penggunaan mesin ini akan memudahkan pengguna dalam
kerja pembersihan kipas kerana projek ini dilengkapi dengan bahagian
mekanikal yang mampu untuk membersihkan kipas serta memerangkap
habuk dalam masa yang sama semasa kerja membersihkan kipas siling
dijalankan.
50
5.2 PERBINCANGAN
Tujuan utama projek ini dibangunkan adalah memudahkan pengguna semasa
kerja membersihkan kipas siling dan mampu dimiliki oleh semua golongan
masyarakat terutama kontraktor pembersihan dan pengguna harian.
Terdapat beberapa jenis ujian yang telah dilakukan terhadap
komponen elektrik, antaranya ialah ujian keterusan, ujian rintangan
penebatan antara wayar hidup dengan neutral dan hidup/neutral dengan
bumi, ujian kelajuan motor dan ujian kepekaan.
Bagi ujian keterusan bacaan yang diperoleh adalah 0.1Ω, ini
bermaksud komponen tersebut adalah dalam keadaan yang baik. Jika
bacaan ujian didapati melebihi 1Ω bermaksud komponen tersebut telah rosak
dan tidak lagi boleh digunakan. Bagi ujian penebatan antara wayar hidup
dengan neutral dan hidup/neutral dengan bumi bacaan yang diperoleh adalah
200MΩ. Jika bacaan meter menunjukkan bawah dari 1MΩ bermaksud
komponen tersebut telah rosak dan tidak lagi boleh digunakan.
Setelah diteliti hasil pengujian kelajuan motor yang telah dilakukan
didapati bahawa, kelajuan motor 118/106 adalah sudah memadai untuk
mesin pembersih kipas siling ini. Jika kelajuan motor terlalu tinggi, ia boleh
menyebabkan kerja pembersihan tidak berjalan lancar dan sukar untuk
mengawal tiang jek semasa sedang dinaikkan. Ujian kepekaan yang telah
dilakukan terhadap sensor ultrasonik didapati bahawa, jarak yang paling
dekat boleh dikesan adalah 2cm dan jarak yang paling jauh adalah 80cm.
Berdasarkan carta Gantt, perancangan awal projek ini sepatutnya
dapat disiapkan sepenuhnya pada hujung bulan Oktober 2020. Akan tetapi,
proses perlaksanaan telah tergendala akibat dari negara dilanda wabak
Covid-19 dan perlaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP)merencatkan
perjalanan projek. Oleh hal yang demikian, perjalanan projek terganggu
seketika kerana kekangan untuk mendapatkan peralatan dan kemudahan
untuk membina projek pembersih kipas siling automatik. Walau
bagaimanapun, litar utama mesin pembersih kipas siling automatik ini dapat
disempurnakan cuma bahagian mekanikal menghadapi kekangan masa
untuk disiapkan.
51
Jangkaan hasil projek ini setelah siap sepenuhnya adalah dapat
membersihkan kipas siling dan memerangkap habuk dalam masa yang sama
semasa proses pembersihan dijalankan. Keberkesanan penggunaan mesin
pembersih kipas siling ini juga dapat mengurangkan tenaga kerja dan
mengurangkan risiko kemalangan dari penggunaan tangga semasa kerja
pembersihan dijalankan
5.3 CADANGAN
Mesin pembersih kipas siling ini direka menggunakan sistem automatik untuk
mengurangkan tenaga kerja semasa membersihkan kipas. Setelah diteliti,
terdapat beberapa cadangan untuk penambahbaikan mesin ini. Antaranya
ialah:
i. Hanya menggunakan satu suis untuk mengawal mesin
ii. Menggunakan sensor sepenuhnya dalam mesin ini
iii. Membuat binaan mesin yang lebih ringkas dan ringan.
5.4 KESIMPULAN DAN RUMUSAN
Secara keseluruhannya, kajian ini dapat membantu kontraktor pembersihan
yang menghadapi masalah untuk membersihkan kipas siling. Selain itu.
mesin ini dapat mengurangkan tenaga kerja mereka dan dapat menjimatkan
masa membersihkan kipas sama ada di dalam bangunan yang besar, rumah,
kedai dan sebagainya.
52
RUJUKAN
Pendawaian Elektrik, Mohd Nasir Manan, Edisi Pertama 2010, IBS Buku Selangor.
ISBN 978-967-9501-81-0.
Electric Motor Control, Walter N.A, Fourth Edition 1998, Delmar publisher Inc New
York. ISBN 978-082-7311-57-2.
Pendidikan Praktis Mempelajari Aplikasi Mikrokontroler dan Pemrogramannya
Menggunakan Arduino, A. Kadir,2013, Andi Offset Yogyakarta. ISBN 978-979-29-
4017-6.
Proses Dan Kaedah Reka bentuk, M. Kassim Abd Jalil, Edisi Pertama 2000, Penerbit
UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 983-52-0200-1.
New Fix-It-Yourself Manual, Reader’s Digest Edition 2009, David and Charles Ltd
Devon, UK. ISBN 978-089-5778-71-0.
Istilah Kejuruteraan Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu, Edisi Kelapan 2002, Dewazz
Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur. ISBN 983-62-0107-6
https://docplayer.info/130162841-Bab-1-pengenalan-1-1-pendahuluan-1-2-
penyataan-masalah.html
https://youtu.be/V4X9VUYNF7s
53
LAMPIRAN 1
Borang soal selidik.
54
55
LAMPIRAN 2
Resit pembelian barang
56

More Related Content

What's hot

Projek Tahun Akhir (Automotif)
Projek Tahun Akhir (Automotif) Projek Tahun Akhir (Automotif)
Projek Tahun Akhir (Automotif) armanaqim
 
Bekalan kuasa
Bekalan kuasaBekalan kuasa
Bekalan kuasaKEN KEN
 
Perancangan dan pengurusan bengkel
Perancangan dan pengurusan bengkelPerancangan dan pengurusan bengkel
Perancangan dan pengurusan bengkelmrqiff12
 
LnP01.01 Prinsip Kendalian Motor Fasa Tunggal
LnP01.01 Prinsip Kendalian Motor Fasa TunggalLnP01.01 Prinsip Kendalian Motor Fasa Tunggal
LnP01.01 Prinsip Kendalian Motor Fasa TunggalBadrolhisam Jaafar
 
Angkup vernier
Angkup vernierAngkup vernier
Angkup vernierAida Nur
 
Langkah memasang komponen pada litar projek
Langkah memasang komponen pada litar projekLangkah memasang komponen pada litar projek
Langkah memasang komponen pada litar projekErli Asila Alias
 
Preventive maintenance slide show
Preventive maintenance slide showPreventive maintenance slide show
Preventive maintenance slide showhannaleyanna
 
Ujian Rintangan Penebatan
Ujian Rintangan PenebatanUjian Rintangan Penebatan
Ujian Rintangan Penebatanshrim shaharin
 
Pengenalan motor
Pengenalan motorPengenalan motor
Pengenalan motorEncik Mirul
 
Gerudi & mesin gerudi
Gerudi & mesin gerudiGerudi & mesin gerudi
Gerudi & mesin gerudiahhafizi2
 
Lab 4 forward reverse
Lab 4 forward reverseLab 4 forward reverse
Lab 4 forward reverseAzmeer Reemza
 
Pengenalan kepada lukisan elektrik satu fasa
Pengenalan kepada lukisan elektrik satu fasaPengenalan kepada lukisan elektrik satu fasa
Pengenalan kepada lukisan elektrik satu fasalinangabi
 
Pengenalan kikir
Pengenalan kikirPengenalan kikir
Pengenalan kikirainkamis
 
Jenis & fungsi sensor
Jenis & fungsi sensorJenis & fungsi sensor
Jenis & fungsi sensorjuan_fjfn
 

What's hot (20)

Maintainance
MaintainanceMaintainance
Maintainance
 
Motor dc
Motor dcMotor dc
Motor dc
 
Projek Tahun Akhir (Automotif)
Projek Tahun Akhir (Automotif) Projek Tahun Akhir (Automotif)
Projek Tahun Akhir (Automotif)
 
Bekalan kuasa
Bekalan kuasaBekalan kuasa
Bekalan kuasa
 
Perancangan dan pengurusan bengkel
Perancangan dan pengurusan bengkelPerancangan dan pengurusan bengkel
Perancangan dan pengurusan bengkel
 
Kimpalan Arka
Kimpalan ArkaKimpalan Arka
Kimpalan Arka
 
LnP01.01 Prinsip Kendalian Motor Fasa Tunggal
LnP01.01 Prinsip Kendalian Motor Fasa TunggalLnP01.01 Prinsip Kendalian Motor Fasa Tunggal
LnP01.01 Prinsip Kendalian Motor Fasa Tunggal
 
Angkup vernier
Angkup vernierAngkup vernier
Angkup vernier
 
Langkah memasang komponen pada litar projek
Langkah memasang komponen pada litar projekLangkah memasang komponen pada litar projek
Langkah memasang komponen pada litar projek
 
Pemasangan elektrik
Pemasangan elektrikPemasangan elektrik
Pemasangan elektrik
 
Pemeriksaan Dan Pengujian Dalam Pendawaian elektrik
Pemeriksaan Dan Pengujian Dalam Pendawaian elektrikPemeriksaan Dan Pengujian Dalam Pendawaian elektrik
Pemeriksaan Dan Pengujian Dalam Pendawaian elektrik
 
Preventive maintenance slide show
Preventive maintenance slide showPreventive maintenance slide show
Preventive maintenance slide show
 
Pendawaian domestik
Pendawaian domestikPendawaian domestik
Pendawaian domestik
 
Ujian Rintangan Penebatan
Ujian Rintangan PenebatanUjian Rintangan Penebatan
Ujian Rintangan Penebatan
 
Pengenalan motor
Pengenalan motorPengenalan motor
Pengenalan motor
 
Gerudi & mesin gerudi
Gerudi & mesin gerudiGerudi & mesin gerudi
Gerudi & mesin gerudi
 
Lab 4 forward reverse
Lab 4 forward reverseLab 4 forward reverse
Lab 4 forward reverse
 
Pengenalan kepada lukisan elektrik satu fasa
Pengenalan kepada lukisan elektrik satu fasaPengenalan kepada lukisan elektrik satu fasa
Pengenalan kepada lukisan elektrik satu fasa
 
Pengenalan kikir
Pengenalan kikirPengenalan kikir
Pengenalan kikir
 
Jenis & fungsi sensor
Jenis & fungsi sensorJenis & fungsi sensor
Jenis & fungsi sensor
 

Similar to PEMBERSIH KIPAS SILING AUTOMATIK

Dokter Mobil adalah Pelopor Cuci AC Mobil Tanpa Bongkar.pdf
Dokter Mobil adalah Pelopor Cuci AC Mobil Tanpa Bongkar.pdfDokter Mobil adalah Pelopor Cuci AC Mobil Tanpa Bongkar.pdf
Dokter Mobil adalah Pelopor Cuci AC Mobil Tanpa Bongkar.pdfHans Ganteng
 
ISI KANDUNGAN PROJEK
ISI KANDUNGAN PROJEKISI KANDUNGAN PROJEK
ISI KANDUNGAN PROJEKAhmad Amir
 
Konsep dasar otomasi sistem produksi
Konsep dasar otomasi sistem produksiKonsep dasar otomasi sistem produksi
Konsep dasar otomasi sistem produksiWirdi Ian
 
Bab i pendahuluan
Bab i pendahuluanBab i pendahuluan
Bab i pendahuluanrizky putra
 
Tugas metodologi penelitian ahmad zuraini
Tugas metodologi penelitian ahmad zurainiTugas metodologi penelitian ahmad zuraini
Tugas metodologi penelitian ahmad zurainiAhmad Zuraini
 
PPT Dasar-dasar kejuruan Safitri Agustin.pptx
PPT Dasar-dasar kejuruan Safitri Agustin.pptxPPT Dasar-dasar kejuruan Safitri Agustin.pptx
PPT Dasar-dasar kejuruan Safitri Agustin.pptxginamoina
 
Jemuran ikan asin otomatis
Jemuran ikan asin otomatis Jemuran ikan asin otomatis
Jemuran ikan asin otomatis FaisalUmarZaki
 
Atap jemuran ikan asin otomatis
Atap jemuran ikan asin otomatisAtap jemuran ikan asin otomatis
Atap jemuran ikan asin otomatisQistanHazmi
 
Atap jemuran ikan asin otomatis
Atap jemuran ikan asin otomatisAtap jemuran ikan asin otomatis
Atap jemuran ikan asin otomatissacaandika
 
Contoh Slide PTA.pptx
Contoh Slide PTA.pptxContoh Slide PTA.pptx
Contoh Slide PTA.pptxUTHMANKHAN3
 
Bab i konsep_otomasi_sistem_produksi
Bab i konsep_otomasi_sistem_produksiBab i konsep_otomasi_sistem_produksi
Bab i konsep_otomasi_sistem_produksiHIMTI
 
Manajemen resiko Teknisi AC
Manajemen resiko Teknisi ACManajemen resiko Teknisi AC
Manajemen resiko Teknisi ACsaripuspitadewi
 
Presentasi Best Practice Guru tahun 2014- Joko Prasetiyo
Presentasi Best Practice Guru tahun 2014- Joko PrasetiyoPresentasi Best Practice Guru tahun 2014- Joko Prasetiyo
Presentasi Best Practice Guru tahun 2014- Joko PrasetiyoJoko Prasetiyo
 
Slide pembuatan 2007
Slide pembuatan 2007Slide pembuatan 2007
Slide pembuatan 2007Ketty Ny
 
PDF PROPOSAL RANCANG BAGUN ALAT PENCETAK BRIKET DENGAN MENGGUNAKAN SISTEM PRE...
PDF PROPOSAL RANCANG BAGUN ALAT PENCETAK BRIKET DENGAN MENGGUNAKAN SISTEM PRE...PDF PROPOSAL RANCANG BAGUN ALAT PENCETAK BRIKET DENGAN MENGGUNAKAN SISTEM PRE...
PDF PROPOSAL RANCANG BAGUN ALAT PENCETAK BRIKET DENGAN MENGGUNAKAN SISTEM PRE...firmanahyuda
 
1622-Article Text-10057-1-10-20210917.pdf
1622-Article Text-10057-1-10-20210917.pdf1622-Article Text-10057-1-10-20210917.pdf
1622-Article Text-10057-1-10-20210917.pdfAfiqPraditio
 

Similar to PEMBERSIH KIPAS SILING AUTOMATIK (20)

Dokter Mobil adalah Pelopor Cuci AC Mobil Tanpa Bongkar.pdf
Dokter Mobil adalah Pelopor Cuci AC Mobil Tanpa Bongkar.pdfDokter Mobil adalah Pelopor Cuci AC Mobil Tanpa Bongkar.pdf
Dokter Mobil adalah Pelopor Cuci AC Mobil Tanpa Bongkar.pdf
 
ISI KANDUNGAN PROJEK
ISI KANDUNGAN PROJEKISI KANDUNGAN PROJEK
ISI KANDUNGAN PROJEK
 
Konsep dasar otomasi sistem produksi
Konsep dasar otomasi sistem produksiKonsep dasar otomasi sistem produksi
Konsep dasar otomasi sistem produksi
 
Bab i pendahuluan
Bab i pendahuluanBab i pendahuluan
Bab i pendahuluan
 
Tugas metodologi penelitian ahmad zuraini
Tugas metodologi penelitian ahmad zurainiTugas metodologi penelitian ahmad zuraini
Tugas metodologi penelitian ahmad zuraini
 
PPT Dasar-dasar kejuruan Safitri Agustin.pptx
PPT Dasar-dasar kejuruan Safitri Agustin.pptxPPT Dasar-dasar kejuruan Safitri Agustin.pptx
PPT Dasar-dasar kejuruan Safitri Agustin.pptx
 
Jemuran ikan asin otomatis
Jemuran ikan asin otomatis Jemuran ikan asin otomatis
Jemuran ikan asin otomatis
 
Atap jemuran ikan asin otomatis
Atap jemuran ikan asin otomatisAtap jemuran ikan asin otomatis
Atap jemuran ikan asin otomatis
 
Atap jemuran ikan asin otomatis
Atap jemuran ikan asin otomatisAtap jemuran ikan asin otomatis
Atap jemuran ikan asin otomatis
 
Contoh Slide PTA.pptx
Contoh Slide PTA.pptxContoh Slide PTA.pptx
Contoh Slide PTA.pptx
 
1368-2284-1-SM.pdf
1368-2284-1-SM.pdf1368-2284-1-SM.pdf
1368-2284-1-SM.pdf
 
Bab i konsep_otomasi_sistem_produksi
Bab i konsep_otomasi_sistem_produksiBab i konsep_otomasi_sistem_produksi
Bab i konsep_otomasi_sistem_produksi
 
Manajemen resiko Teknisi AC
Manajemen resiko Teknisi ACManajemen resiko Teknisi AC
Manajemen resiko Teknisi AC
 
Topik
TopikTopik
Topik
 
Wtp
WtpWtp
Wtp
 
kursus asas pneumatik
kursus asas pneumatikkursus asas pneumatik
kursus asas pneumatik
 
Presentasi Best Practice Guru tahun 2014- Joko Prasetiyo
Presentasi Best Practice Guru tahun 2014- Joko PrasetiyoPresentasi Best Practice Guru tahun 2014- Joko Prasetiyo
Presentasi Best Practice Guru tahun 2014- Joko Prasetiyo
 
Slide pembuatan 2007
Slide pembuatan 2007Slide pembuatan 2007
Slide pembuatan 2007
 
PDF PROPOSAL RANCANG BAGUN ALAT PENCETAK BRIKET DENGAN MENGGUNAKAN SISTEM PRE...
PDF PROPOSAL RANCANG BAGUN ALAT PENCETAK BRIKET DENGAN MENGGUNAKAN SISTEM PRE...PDF PROPOSAL RANCANG BAGUN ALAT PENCETAK BRIKET DENGAN MENGGUNAKAN SISTEM PRE...
PDF PROPOSAL RANCANG BAGUN ALAT PENCETAK BRIKET DENGAN MENGGUNAKAN SISTEM PRE...
 
1622-Article Text-10057-1-10-20210917.pdf
1622-Article Text-10057-1-10-20210917.pdf1622-Article Text-10057-1-10-20210917.pdf
1622-Article Text-10057-1-10-20210917.pdf
 

More from Zunnur Zamzam

unit-1_diagnosis-technique-dec-2010.pptx
unit-1_diagnosis-technique-dec-2010.pptxunit-1_diagnosis-technique-dec-2010.pptx
unit-1_diagnosis-technique-dec-2010.pptxZunnur Zamzam
 
Contoh_Spesifikasi_Osiloskop.pdf
Contoh_Spesifikasi_Osiloskop.pdfContoh_Spesifikasi_Osiloskop.pdf
Contoh_Spesifikasi_Osiloskop.pdfZunnur Zamzam
 
laporan_repair_LED_TV_main_board_rangkai.docx
laporan_repair_LED_TV_main_board_rangkai.docxlaporan_repair_LED_TV_main_board_rangkai.docx
laporan_repair_LED_TV_main_board_rangkai.docxZunnur Zamzam
 
KEROSAKAN_TV_LCD.pptx
KEROSAKAN_TV_LCD.pptxKEROSAKAN_TV_LCD.pptx
KEROSAKAN_TV_LCD.pptxZunnur Zamzam
 
Bm kaduk ayam dan raja.pdf
Bm kaduk ayam dan raja.pdfBm kaduk ayam dan raja.pdf
Bm kaduk ayam dan raja.pdfZunnur Zamzam
 
Nota praktikal report senggaraan
Nota praktikal report senggaraanNota praktikal report senggaraan
Nota praktikal report senggaraanZunnur Zamzam
 
Penilaian servis acb
Penilaian servis acbPenilaian servis acb
Penilaian servis acbZunnur Zamzam
 
Layout modul 3 kvsc 2015
Layout modul 3 kvsc 2015Layout modul 3 kvsc 2015
Layout modul 3 kvsc 2015Zunnur Zamzam
 
Pemasangan kotak agihantiga fasa
Pemasangan kotak agihantiga fasaPemasangan kotak agihantiga fasa
Pemasangan kotak agihantiga fasaZunnur Zamzam
 
Slide7 rp ranc_organisasi
Slide7 rp ranc_organisasiSlide7 rp ranc_organisasi
Slide7 rp ranc_organisasiZunnur Zamzam
 
Slide6 rp ranc_operasi
Slide6 rp ranc_operasiSlide6 rp ranc_operasi
Slide6 rp ranc_operasiZunnur Zamzam
 
Slide5 rp ranc_pemasaran
Slide5 rp ranc_pemasaranSlide5 rp ranc_pemasaran
Slide5 rp ranc_pemasaranZunnur Zamzam
 

More from Zunnur Zamzam (20)

K5-CCTV-ppt.ppt
K5-CCTV-ppt.pptK5-CCTV-ppt.ppt
K5-CCTV-ppt.ppt
 
unit-1_diagnosis-technique-dec-2010.pptx
unit-1_diagnosis-technique-dec-2010.pptxunit-1_diagnosis-technique-dec-2010.pptx
unit-1_diagnosis-technique-dec-2010.pptx
 
Contoh_Spesifikasi_Osiloskop.pdf
Contoh_Spesifikasi_Osiloskop.pdfContoh_Spesifikasi_Osiloskop.pdf
Contoh_Spesifikasi_Osiloskop.pdf
 
OSILOSKOP.pptx
OSILOSKOP.pptxOSILOSKOP.pptx
OSILOSKOP.pptx
 
laporan_repair_LED_TV_main_board_rangkai.docx
laporan_repair_LED_TV_main_board_rangkai.docxlaporan_repair_LED_TV_main_board_rangkai.docx
laporan_repair_LED_TV_main_board_rangkai.docx
 
KEROSAKAN_TV_LCD.pptx
KEROSAKAN_TV_LCD.pptxKEROSAKAN_TV_LCD.pptx
KEROSAKAN_TV_LCD.pptx
 
Bab 5
Bab 5Bab 5
Bab 5
 
Bab 4
Bab 4Bab 4
Bab 4
 
Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
Bm kaduk ayam dan raja.pdf
Bm kaduk ayam dan raja.pdfBm kaduk ayam dan raja.pdf
Bm kaduk ayam dan raja.pdf
 
Nota praktikal report senggaraan
Nota praktikal report senggaraanNota praktikal report senggaraan
Nota praktikal report senggaraan
 
R psafety
R psafetyR psafety
R psafety
 
As 1
As 1As 1
As 1
 
Penilaian servis acb
Penilaian servis acbPenilaian servis acb
Penilaian servis acb
 
Layout modul 3 kvsc 2015
Layout modul 3 kvsc 2015Layout modul 3 kvsc 2015
Layout modul 3 kvsc 2015
 
Pemasangan kotak agihantiga fasa
Pemasangan kotak agihantiga fasaPemasangan kotak agihantiga fasa
Pemasangan kotak agihantiga fasa
 
Slide7 rp ranc_organisasi
Slide7 rp ranc_organisasiSlide7 rp ranc_organisasi
Slide7 rp ranc_organisasi
 
Slide6 rp ranc_operasi
Slide6 rp ranc_operasiSlide6 rp ranc_operasi
Slide6 rp ranc_operasi
 
Slide5 rp ranc_pemasaran
Slide5 rp ranc_pemasaranSlide5 rp ranc_pemasaran
Slide5 rp ranc_pemasaran
 

Recently uploaded

LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxPurmiasih
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarankeicapmaniez
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptxMiftahunnajahTVIBS
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxsdn3jatiblora
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptxGiftaJewela
 
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatLatihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatArfiGraphy
 

Recently uploaded (20)

LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
 
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatLatihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
 

PEMBERSIH KIPAS SILING AUTOMATIK

  • 1. 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Kipas siling merupakan aksesori elektrik yang wajib dipasang pada setiap premis kediaman mahu pun premis perniagaan sertaindustri sebagai medium penyejukan udara. Penggunaan kipas ini dalam jangka masa yang panjang akan memerangkap habuk pada bilah-bilah kipas. Alat pembersih yang sedia ada seperti penyapu , bulu ayam dan kain tuala memerlukan tenaga yang banyak untuk menjalankan kerja pembersihan. Penggunaan kain tuala dan bulu ayam juga memerlukan pengguna menggunakan tangga kerana kedudukan kipas yang tinggi. Kaedah membersihkan bilah kipas secara manual ini boleh mendatangkan risiko kepada pengguna. Idea mereka bentuk pembersih bilah kipas automatik ini adalah alternatif penyelesaian bagi menyesuaikan tuntutan cara hidup masa kini yang memerlukan alat yang canggih dan menjimatkan masa serta tenaga. Pembinaan alat ini adalah berdasarkan rungutan pengguna terhadap kesukaran untuk membersihkan bilah kipas kerana faktor ketinggian, kualiti pembersihan dan keselamatan pengguna.
  • 2. 2 Fokus utama projek ini adalah untuk menghasilkan pembersih secara automatik tanpa mengotorkan kawasan sekitarnya. Motor elektrik dan pam elektrik akan digunakan bersama litar kawalan arduino sebagai komponen utama bagi alat pembersih kipas siling automatik ini. Selain itu bahagian mekanikal akan direka supaya bersesuaian dengan aplikasi projek. 1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN Kajian bagi merealisasikan projek pembersih kipas automatik ini bermula di Bengkel Elektrik Kolej Vokasional Kulim. Idea untuk membangunkan projek ini tercetus apabila kami melihat kipas di bengkel tersebut tidak dibersihkan dan dipenuhi dengan habuk. Membersihkan kipas dengan menggunakan tangga dilihat agak berbahaya kerana mempunyai risiko yang tinggi untuk jatuh dan habuk dari bilah kipas ini boleh menjejaskan kesihatan. Selain itu, mencuci bilah kipas menggunakan kain basah juga akan menyebabkan sisa cucian jatuh ke lantai dan memerlukan kerja tambahan untuk membersihkannya. Pembersihan bilah kipas menggunakan mesin yang telah direka secara manual secara amnya mempunyai panjang yang terbatas dan masih tidak dapat mengurangkan tenaga kerja semasa mencuci kipas. Dengan ini tercetusnya idea untuk menginovasi projek sedia ada yang kendaliannya secara manual kepada pembersih kipas yang kendaliannya secara automatik. 1.3 PENYATAAN MASALAH i. Mesin pembersih kipas sedia ada tidak sepenuhnya kawalan automatik. ii. Mesin sedia ada perlu menggunakan tenaga yang banyak semasa kerja membersihkan kipas. iii. Mesin sedia ada perlu mengepam air secara manual semasa kerja membersihkan kipas siling
  • 3. 3 1.4 TUJUAN Tujuan projek ini adalah untuk mengelakkan kemalangan semasa membersihkan kipas. Selain itu, projek ini dilaksanakan adalah untuk memudahkan pengguna dan menjimatkan masa kerana pembersih kipas automatik ini boleh memerangkap habuk dan membersihkan kipas siling secara serentak. 1.5 OBJEKTIF i. Membangunkan sistem sensor untuk menjadikan kawalan mesin beroperasi secara automatik bagi memudahkan kerja membersihkan kipas siling. ii. Mereka bentuk mesin yang dapat mengurangkan tenaga kerja semasa membersihkan kipas. iii. Mereka bentuk sebuah mesin yang boleh mengepam air sendiri. 1.6 KEPENTINGAN KAJIAN Kajian yang dijalankan ini mempunyai beberapa kepentingan iaitu: i. Memastikan keselamatan kontraktor kebersihan semasa membersihkan bilah kipas. ii. Memastikan kesihatan dan keselesaan pengendali mesin semasa membersihkan bilah kipas. iii. Memastikan kerja membersihkan kipas dilakukan dengan cepat dan bersih sepenuhnya. 1.7 SKOP PROJEK Ruang kajian bagi projek ini adalah di syarikat DEM DRAEXLMAIER AUTOMOTIVE SYSTEM (M) SDN. BHD. Responden kajian terdiri 10 orang kontraktor pembersihan di syarikat ini yang berumur antara 20 hingga 50 tahun. Data kajian diperoleh daripada agihan borang soal selidik. Rata-rata responden bersetuju dengan penciptaan alat ini selari dengan objektif yang telah ditetapkan. Hasil kajian mendapati para responden kebanyakan mereka bersetuju dengan alat pembersih
  • 4. 4 kipas ini berdasarkan objektif yang telah ditetapkan iaitu seramai 8 orang bersetuju dengan objektif yang menyatakan bahawa alat pembersih kipas ini dapat diinovasi. Objektif yang kedua pula seramai 8 orang bersetuju bahawa penggunaan alat pembersih kipas manual tidak menjimatkan penggunaan tenaga. Projek alat pembersih kipas automatik yang dilaksanakan ini selari dengan objektif yang telah tetapkan di mana ianya dapat mengurangkan penggunaan tenaga terhadap penggunaannya.
  • 5. 5 BAB 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 PENGENALAN Bab ini akan membincangkan tentang beberapa hasil dari kajian lepas sebagai rujukan kepada kajian yang sedang dijalankan ini. Fokus utama kajian ini adalah untuk menambah baik projek sedia ada untuk tujuan memudahkan lagi pengguna semasa melakukan kerja membersihkan bilah kipas. Melalui kajian ini, kekurangan yang terdapat pada produk yang sedia ada dapat dikenal pasti. Oleh itu, alat yang direka merupakan ciptaan baru untuk memenuhi kehendak tanpa menimbulkan sebarang masalah pada produk. Di bawah ini disenaraikan beberapa projek sedia ada yang telah dihasilkan oleh beberapa individu sebagai rujukan.
  • 6. 6 2.2 FAN BLADE CLEANER Rajah 2.1: Fan blade cleaner Fan blade cleaner ini telah direka pada 2 April 2016 oleh Muhamad Aiman bin Abdul Halim. Rekaan ini merupakan satu inovasi untuk memudahkan pengguna tanpa perlu memanjat tangga dan mengurangkan risiko kemalangan semasa membersihkan kipas. Terdapat beberapa kelemahan alat ini, antaranya ialah pengguna perlu menggunakan banyak tenaga semasa kerja pembersihan kerana pengguna perlu mendongak untuk mencuci kipas dan mengambil masa yang lama serta hasil cucian juga tidak begitu bersih.
  • 7. 7 2.3 MESIN PEMBERSIH KIPAS SILING Rajah 2.2: Mesin pembersih kipas siling Mesin pembersih kipas siling ini telah direka oleh Galvine Rangga A/L Vikran pada 6 Februari 2019 di Universiti Kuala Lumpur. Mesin ini menggunakan sistem semi automatik, ia lebih memudahkan pengguna. Walau bagaimana pun, mesin ini mempunyai beberapa kekurangan antaranya ialah pengguna perlu mengangkat tiang mesin dan perlu mengepam air secara manual untuk mencuci kipas.
  • 8. 8 BAB 3 METODOLOGI 3.1 PENGENALAN Bab ini membincangkan proses kerja yang telah dijalankan meliputi perancangan kerja dan mereka bentuk projek, penyediaan peralatan dan bahan untuk membina projek dan proses pembinaan projek. Antara kaedah yang dijalankan semasa perlaksanaan projek ini ialah melukis reka bentuk mesin pembersih kipas automatik, kaedah memasang rangka mesin, kaedah gerakan mekanikal yang digunakan dan kaedah-kaedah lain.
  • 9. 9 3.2 CARTA GANTT Jadual 3.1: Carta gantt PTA M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 3 PENULISAN ABSTRAK OGS SEP OKT BIL PERKARA BULAN/MINGGU JAN FEB MAC APR MAY JUN JUL FEB 1 PENGENALN PTA 1 2 MERANCANG DAN MEMBUAT KERTAS CADANGAN NOV DIS JAN 4 PENULISAN BAB 1 PENGENALAN 5 PENULISAN BAB 2 LITERATUR 6 PENULISAN BAB 3 METODOLOGI 7 PEMBENTANGAN PROPOSAL 8 PENGENALAN PTA 2 9 PELAKSANAAN PROJEK 10 PENULISAN BAB 4 DAPATAN DAN ANALISIS 11 PENULISAN BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 12 PEMBENTANGAN LAPORAN DAN HASIL PROJEK - Panel penilai - penyelia projek (PP) PERANCANGAN PERLAKSANAAN PKP PERLAKSANAAN TEMPOH PKP 2.0
  • 10. 10 3.3 CARTA ALIR KAJIAN Berikut merupakan carta alir perlaksanaan projek. 3.3.1 Carta alir proses perlaksanaan Jadual 3.2: Carta alir proses TIDAK YA TIDAK YA MULA PEMILIHAN IDEA YANG SESUAI MEMBUAT RANCANGAN PROJEK PEMBELIAN BARANG PEMBUATAN BAHAGIAN MEKANIKAL MEMBUAT PENDAWAIAN ELEKTRIK PENGUJIAN PENGUJIAN A
  • 11. 11 TIDAK YA PEMBENTANGAN PROJEK TAMAT A GABUNGAN ANTARA MEKANIKAL DAN PENDAWAIAN ELEKTRIK PENGUJIAN
  • 12. 12 3.4 REKA BENTUK KAJIAN Reka bentuk kajian ini menjelaskan tentang instrumen kajian yang terdiri daripada kaedah soal selidik dan kaedah perbandingan. 3.4.1 Instrumen kajian i. Kaedah soal selidik a. Memberikan borang soal selidik kepada 10 kontraktor pembersihan b. Peratusan yang diperoleh adalah 80% setuju dengan projek yang akan dijalankan. c. Borang soal selidik boleh dirujuk pada Lampiran 1 manakala hasil soal selidik boleh dirujuk pada Lampiran 2. ii. Kaedah perbandingan Berikut adalah perbezaan membersihkan bilah kipas secara manual dan membersihkan bilah kipas secara automatik. Jadual 3.3: Perbandingan di antara pembersihan secara manual dengan automatik Pembersihan secara manual Pembersihan secara automatik i. Memerlukan alat tambah seperti tangga i. Tidak memerlukan alat tambah untuk membersihkan kipas. ii. Memerlukan tenaga yang banyak ii. Kurang menggunakan tenaga semasa membersihkan kipas iii. Perlu mencuci lantai selepas membersihkan bilah kipas iii. Sisa cucian diperangkap di dalam bekas mesin
  • 13. 13 3.5 REKA BENTUK KAJIAN Reka bentuk projek ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu, lukisan ortografik, lukisan isometri, carta alir kendalian dan atur cara arduino. 3.5.1 Lukisan ortografik Rajah 3.1: Pandangan hadapan Rajah 3.2: Pandangan sisi
  • 15. 15 3.5.2 Lukisan isometri Rajah 3.4: Pandangan hadapan, atas dan sisi Rajah 3.5: Pandangan belakang, atas dan sini
  • 16. 16 3.5.3 Carta alir kendalian Berikut merupakan carta alir kendalian mesin pembersih kipas siling automatik ini Jadual 3.4: Carta alir kendalian Lampu 2 menyala dan tiang akan naik Suis dari bekalan dihidupkan Mula Punat tekan 1 ditekan Sensor mengesan bilah kipas Tiang akan berhenti Lampu 1 akan menyala A
  • 17. 17 YA TIDAK Roller akan berputar dan bergerak dan air akan dipam ke roller 2 saat Lampu 2 akan terpadam dan tiang akan turun Suis dari bekalan ditutup Tamat Punat tekan 2 ditekan A Punat tekan 3 ditekan Roller akan kembali ke kedudukan asal
  • 18. 18 3.5.4 Atur cara (coding) dan litar skematik arduino Berikut merupakan atur cara dan litar skematik arduino yang telah dibuat untuk mengendalikan mesin pembersih kipas automatik ini. Rajah 3.6: Atur cara arduino
  • 19. 19 Rajah 3.7: Litar skematik arduino
  • 20. 20 3.6 SENARAI PERALATAN DAN BAHAN Berikut adalah senarai peralatan yang digunakan semasa membina mesin pembersih kipas siling automatik ini. 3.6.1 Senarai peralatan Jadual 3.5: Senarai peralatan BIL. ALATAN FUNGSI 1. Cordless drill Digunakan untuk menebuk atau mengetatkan skru. 2 Pemutar skru Digunakan untuk melonggarkan atau mengetatkan skru 3. Grander Digunakan untuk memotong dan mengasah besi 4. Test pen Digunakan untuk mengesan arus elektrik dan mengetatkan skru kecil
  • 21. 21 5. Gergaji jig Digunakan untuk memotong kepingan papan 6. Mesin Pemateri Digunakan untuk mengimpal besi untuk membuat rangka projek 7. Playar Digunakan untuk menjalur wayar, memotong wayar, memegang dan mencengkam objek. 8. Sesiku L Digunakan untuk mengukur sudut. 9. Pita pengukur Digunakan untuk mengukur dengan tepat dalam unit mm, cm, inci dan kaki.
  • 22. 22 3.6.2 Senarai bahan Berikut adalah senarai dan fungsi bahan yang digunakan untuk membina mesin pembersih kipas siling automatik ini. Jadual 3.6: Senarai bahan BIL. BAHAN FUNGSI 1. Motor tingkap kuasa Motor tingkap kuasa (power window) digunakan untuk mengerakkan roller dan mengangkat tiang. Untuk mengerakkan motor ini ia memerlukan bekalan kuasa 12v/3-7A dengan kelajuan 50 - 100 RPM. 2. Punat tekan Punat tekan digunakan untuk menyambungkan litar kawalan 3. Plywood Plywood digunakan sebagai penutup bahagian rangka mesin. 4. Roda Roda digunakan untuk memudahkan pergerakan mesin. 5. Besi angle Besi angle digunakan untuk membuat rangka projek.
  • 23. 23 6. Lampu pandu Lampu pandu digunakan sebagai panduan kepada pengguna. 7. Kotak panel Kotak panel digunakan sebagai tempat komponen elektrik dan elektronik 8. Besi hollow Besi hollow digunakan untuk membuat bahagian tiang jek mesin pembersih kipas ini. 9. Bekalan kuasa Bekalan kuasa digunakan untuk membekalkan tenaga elektrik pada komponen elektrik. 10. Arduino Arduino Uno adalah papan pengawal mikro (microcontroller) dengan pemproses ATmega328P. Arduino Uno memiliki 14 digital pin input / output (di mana 6 pin dapat digunakan sebagai output PWM), 6 input analog / ADC (Analog to Digital Converter), kristal 16 MHz, dilengkapi dengan penyambung USB tipe B, header ICSP dan tombol reset. Cukup dengan menghubungkan kabel USB dengan komputer atau adaptor bekalan kuasa 12V, Arduino ini dapat di kendali untuk pemprograman. Arduino Uno dapat di atur cara menggunakan Arduino IDE. 11. Roller Roller digunakan untuk membersihkan bilah kipas
  • 24. 24 12. Paip air Paip air digunakan untuk menyalurkan air dari pam ke roller. 13. Pam air Pam air ini digunakan untuk mengepam air dari suatu tempat ke suatu tempat lain. Spesifikasi bagi pam air ini ialah menggunakan bekalan kuasa 12V DC dan boleh menahan tekan sehingga 80PSI. Bagi keluasan bahagian masukan dan keluaran air adalah berdiameter 9.5mm(3/8”). Bagi arus masukan maksimum untuk pam air ini ialah 2.6 amp sahaja. 14. Kabel elektrik Kabel elektrik digunakan untuk mengalirkan bekalan arus elektrik 15 Sensor ultra sonik Sensor ultrasonik ini digunakan untuk mengesan jarak yang telah ditetapkan untuk mengendalikan sesuatu kawalan. Terdapat 4 pin pada sensor ultrasonik ini, iaitu pin vcc, trig, echo dan ground. 16 Suis had Suis had ini digunakan untuk menyambung(ON) atau memutuskan(OFF) sesuatu litar. Suis had ini mempunyai 3 tamatan, iaitu tamatan COM, NC dan NO.
  • 25. 25 3.7 SENARAI KOS Berikut merupakan kos keseluruhan untuk membina mesin pembersih kipas siling automatik ini. Jadual 3.7: Kos pembuatan BIL BAHAN KUANTITI SPESIFIKASI HARGA (RM) JUMLAH 1. Motor 2 DC 24V RM 30 RM 60 2 Punat tekan mula 3 DC 24V RM 2.50 RM 7.50 3 Lampu pandu 4 DC 24V RM 2.50 RM 10 4 Kabel Secukupnya 1.5mm RM 40 RM 40 5 Kotak panel 1 215mmX 100mmX150mm RM 16.30 RM 16.30 6 Roda 1 set 11cm RM 17 RM 17 7 Roller 2 25cm RM 3 RM 6 8 Paip air kecil 3 meter 6mm RM 3 RM 9 9 Aci (bearing) 4 12mm RM 6 RM 24 10 Besi angle Secukupnya 1x1” RM 45 RM 45 11 Plywood 1 4x8’ RM 38 RM 38 12 Connector 1 5mm RM 1.50 RM 1.50 13 Bol dan nat Secukupnya 2 ½” RM 20 RM 20 14 Besi hollow Secukupnya 1x1” RM47.20 RM 47.20 15 Besi hex nut 1 M20 RM 30 RM 30 16 Pam air 1 DC 12V RM 25 RM 25 17 Bekas air 3 2 liter RM 15 RM 45 18 Arduino 1 Arduino uno RM 49 RM 49 19. Cat besi 2 hitam RM 10 RM20 JUMLAH RM 500.50
  • 26. 26 3.8 PROSES KERJA Berikut merupakan proses kerja dalam pembuatan mesin pembersih kipas siling automatik ini. i. Proses mengelas papan Rajah di bawah menunjukkan proses mengetam papan menggunakan kertas pasir dan bongkah kayu. Rajah 3.8: Proses mengelas papan
  • 27. 27 ii. Mengimpal rangka Rajah di bawah menunjukkan proses mengimpal rangka menggunakan mesin pengimpal MIG Rajah 3.9: Proses mengimpal rangka iii. Mengecat rangka Rajah di bawah menunjukkan proses mengecat rangka mesin menggunakan cat sembur. Rajah 3.9: Proses mengecat rangka
  • 28. 28 iv. Memasang tiang jek berbentuk ‘X’ Rajah di bawah menunjukkan proses pemasangan tiang jek menggunakan besi hollow dan dicantumkan menggunakan bolt and nut. Rajah 3.10: Proses memasang tiang jek v. Membuat atur cara arduino Rajah di bawah menunjukkan proses membuat atur cara arduino. Rajah 3.11: Proses membuat atur cara arduino
  • 29. 29 vi. Membuat pendawaian Rajah di bawah menunjukkan proses membuat pendawaian pada mesin pembersih kipas siling automatik ini. Rajah 3.12: Proses membuat pendawaian vii. Pengujian RPM motor Rajah di bawah menunjukkan proses membuat pengujian RPM moto menggunakan tachometer. Rajah 3.13: Proses pengujian RPM motor
  • 30. 30 viii. Hasil projek Rajah di bawah menunjukkan hasil projek setelah siap. Rajah 3.14: Hasil projek
  • 31. 31 BAB 4 DAPATAN DAN ANALISIS KAJIAN 4.1 PENGENALAN Bab ini membincangkan tentang hasil dapatan kajian dan hasil analisis data berkaitan mesin pembersih kipas automatik ini. Selain itu, senarai alat penguji, jenis pengujian serta kaedah pengujian juga dinyatakan dalam bab ini. Pada akhir bab ini juga dinyatakan kesimpulan akhir tentang hasil projek ini dan cadangan penggunaan kaedah-kaedah lain bagi mengatasi masalah supaya dapat ditambah baik lagi pada masa akan datang.
  • 32. 32 4.2 SENARAI ALATAN PENGUJIAN Berikut merupakan senarai alat pengujian yang digunakan untuk menguji litar dan komponen elektrik. Jadual 4.1: Senarai alat pengujian BIL ALAT PENGUJIAN NAMA DAN FUNGSI 1. Meter Pelbagai Digunakan untuk menguji keterusan dan kekutuban litar serta untuk menguji arus, voltan dan rintangan. 2. Alat Penguji Rintangan Penebatan Digunakan untuk menguji rintangan penebatan antara kabel 3. Tachometer Digunakan untuk menguji kelajuan motor (RPM) 4. Jam Randik Digunakan untuk mengukur masa.
  • 33. 33 4.3 KAEDAH PENGUJIAN DAN PENENTU UKURAN Jadual di bawah menunjukkan jenis pengujian dan kaedah untuk membuat pengujian. Jadual 4.2: Jenis dan kaedah pengujian BIL. AKSESORI YANG DIUJI JENIS DAN KAEDAH PENGUJIAN 1. Motor tingkap kuasa Ujian keterusan - Gunakan alat penguji multi meter. - Setkan multi meter pada julat ohm. - Letakkan kuar merah pada keluaran suis dan kuar hitam pada masukan kabel motor. - Rekodkan bacaan meter. Ujian penebatan - Gunakan alat penguji rintangan penebatan - Setkan pada julat 500v. - Letakkan kuar merah pada punca positif motor dan kuar hitam pada punca negatif motor. - Rekodkan bacaan. Ujian kelajuan - Gunakan alat penguji tacho meter. - Hidupkan tachometer - Hidupkan motor - Letak tachometer pada aci motor - Rekodkan bacaan 2. Bekalan kuasa Ujian keterusan - Gunakan alat penguji multi meter - Setkan multi meter pada julat ohm - Letakkan kuar merah pada punca bekalan dan kuar hitam pada bekalan kuasa. - Rekodkan bacaan meter. Ujian penebatan - Gunakan alat penguji rintangan penebatan
  • 34. 34 - Setkan pada 500v. - Letakkan kuar merah pada tamatan (L) pada bekalan kuasa dan kuar hitam pada tamatan (N). - Rekodkan bacaan. - Ulang langkah 3 dan 4 untuk tamatan (L)-(E) dan (N)-(E). 3. Pam air Ujian keterusan - Gunakan alat penguji multi meter. - Setkan multi meter pada julat ohm. - Letakkan kuar merah pada keluaran suis dan kuar hitam pada masukan kabel masukan pam. - Rekodkan bacaan meter. 4. Relay Ujian keterusan - Gunakan alat penguji multi meter. - Setkan pada julat ohm. - Letakkan kuar merah pada common dan kuar hitam pada NC. - Rekodkan bacaan meter. - Ulang langkah 3 dan 4 untuk commondengan NO. 5. Sensor ultrasonik Ujian kepekaan - Gunakan Arduino - Masukkan 5cm,10cm dan 15cm di dalam ‘coding’. - Sambungkan Arduino dengan sensor. - Hidupkan Arduino - Letakkan tangan mengikut jarak yang telah ditulis di dalam ‘coding’. - Rekod dalam jadual.
  • 35. 35 4.4 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN SEMASA PENGUJIAN Aspek keselamatan haruslah sentiasa dititik beratkan bagi bertujuan menghindari perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Berikut merupakan cara menjaga keselamatan diri dan keselamatan alat. 4.4.1 Keselamatan Diri Kecuaian semasamelakukan kerja boleh mengakibatkan kemalangan diri. Oleh yang demikian, dengan mematuhi peraturan keselamatan dengan betul amatlah penting untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang kemalangan. Antara peraturan yang perlu diikuti dan diamalkan adalah :  Cara berpakaian o Memakai pakaian bengkel o Memakai kasut bertebat dan bertumit rendah o Tidak memakai barang kemas o Tidak memakai tali leher  Sikap o Sentiasa mematuhi arahan o Merancang aktiviti sebelum memulakan kerja o Melaporkan sebarang kerosakan o Menggunakan alat yang betul o Menggunakan alat mengikut prosedur yang ditetapkan  Fizikal o Sihat o Tidak rabun warna o Jelas penglihatan
  • 36. 36 4.5 KEPUTUSAN PENGUJIAN Berikut merupakan keputusan pengujian peringkat satu dan peringkat dua. 4.5.1 Keputusan pengujian peringkat satu Jadual 4.3 menunjukkan peringkat pertama pengujian melibatkan motor, bekalan kuasa, pam air dan relay Jadual 4.3: Peringkat pertama pengujian NAMA AKSESORI YANG HENDAK DIUJI JENIS-JENIS UJIAN DAN BACAAN METER UJIAN KETERUSAN (Ω) UJIAN RINTANGAN PENEBATAN PADA LIFE DAN NEUTRAL (MΩ) UJIAN RINTANGAN PENEBATAN PADA BUMI (MΩ) UJIAN KELAJUAN MOTOR (RPM) UJIAN KEPEKAAN CATATAN Motor tingkap kuasa L-L= 0.1Ω N-N= 0.1Ω E-E= 0.1Ω L-N= 200MΩ L-E= 200MΩ N-E= 200MΩ 118/106 - Motor tingkap kuasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan. Bekalan kuasa L-L= 0.1Ω N-N= 0.1Ω E-E= 0.1Ω L-N= 200MΩ L-E= 200MΩ N-E= 200MΩ - - Bekalan kuasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan Pam air 5v L-L= 0.1Ω N-N= 0.1Ω E-E= 0.1Ω L-N= 200MΩ L-E= 200MΩ N-E= 200MΩ - 1 liter = 23 saat Tidak sesuai digunakan pada mesin pembersih kipas ini kerana …. Relay COM-NC= 0.1Ω COM-NO= ∞ - - - - Relay dalam keadaan baik dan boleh digunakan
  • 37. 37 Jadual 4.4 menunjukkan keputusan pengujian sensor ultrasonik. Jadual 4.4: Ujian ultrasonik UJIAN KEPEKAAN KEPUTUSAN Jarak objek yang diuji 2cm Kendalian motor berhenti apabila objek dikesan mengikut jarak yang ditetapkan Jarak objek yang diuji 10cm Kendalian motor berhenti apabila objek dikesan mengikut jarak yang ditetapkan Jarak objek yang diuji 20cm Kendalian motor berhenti apabila objek dikesan mengikut jarak yang ditetapkan Jarak objek yang diuji 30cm Kendalian motor berhenti apabila objek dikesan mengikut jarak yang ditetapkan Jarak objek yang diuji 40cm Kendalian motor berhenti apabila objek dikesan mengikut jarak yang ditetapkan Jarak objek yang diuji 50cm Kendalian motor berhenti apabila objek dikesan mengikut jarak yang ditetapkan Jarak objek yang diuji 60cm Kendalian motor berhenti apabila objek dikesan mengikut jarak yang ditetapkan Jarak objek yang diuji 70cm Kendalian motor berhenti apabila objek dikesan mengikut jarak yang ditetapkan Jarak objek yang diuji 80cm Kendalian motor berhenti apabila objek dikesan mengikut jarak yang ditetapkan Jarak objek yang diuji 81cm Sensor tidak dapat mengesanobjek kerana terlalu jauh. Motor masih bergerak.
  • 38. 38 4.5.2 Keputusan pengujian peringkat dua Jadual 4.5 menunjukkan peringkat akhir pengujian melibatkan motor tingkap kuasa, bekalan kuasa, pam air dan relay. Jadual 4.5: Peringkat akhir pengujian NAMA AKSESORI YANG HENDAK DIUJI JENIS-JENIS UJIAN DAN BACAAN METER UJIAN KETERUSAN (Ω) UJIAN RINTANGAN PENEBATAN PADA LIFE DAN NEUTRAL (MΩ) UJIAN RINTANGAN PENEBATAN PADA BUMI (MΩ) UJIAN KELAJUAN MOTOR (RPM) UJIAN KEPEKAAN CATATAN Motor tingkap kuasa L-L= 0.1Ω N-N= 0.1Ω E-E= 0.1Ω L-N= 200MΩ L-E= 200MΩ N-E= 200MΩ 118/106 - Motor tingkap kuasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan. Bekalan kuasa L-L= 0.1Ω N-N= 0.1Ω E-E= 0.1Ω L-N= 200MΩ L-E= 200MΩ N-E= 200MΩ - - Bekalan kuasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan Pam air 12v L-L= 0.1Ω N-N= 0.1Ω E-E= 0.1Ω L-N= 200MΩ L-E= 200MΩ N-E= 200MΩ - 1 liter = 7 saat Boleh digunakan pada mesin pembersih kipas ini Relay COM-NC= 0.1Ω COM-NO= ∞ - - - - Relay dalam keadaan baik dan boleh digunakan
  • 39. 39 4.6 PENYELENGGARAAN SELEPAS PENGUJIAN Pada awal pengujian, didapati bahawa terdapat beberapa masalah yang boleh menyebabkan kemalangan dan menyebabkan mesin ini gagal berfungsi dengan baik. Oleh hal yang demikian, ia perlu di baik pulih segera supaya mesin ini selamat untuk digunakan dan boleh berfungsi dengan baik. Jadual 4.6 menunjukkan masalah yang dihadapi dan penyelesaian: Jadual 4.6: Membaik pulih dan penyelenggaraan BIL. MASALAH YANG DIHADAPI PENYELESAIAN 1. Menggunakan pam air berkadaran 5v menyebabkan air sukar di pam ke atas. Menukar pam air tersebut kepada pam air berkadaran 12v. 2. Menggunakan satu besi hex nut sahaja Menambah dua batang besi hex nut. 3. Tiang utama mesin bergoyang semasa dinaikkan Menambah tiang tambahan untuk menyokong tiang utama.
  • 40. 40 4.7 DEMOGRAFI RESPONDEN Carta pai di bawah menunjukkan dapatan dari soal selidik melibatkan jantina dan umur responden 4.7.1 Soal selidik Rajah di bawah menunjukkan carta pai tentang jantina responden Rajah 4.1: Jantina responden Dari 10 borang soal selidik yang diedarkan didapati bahawa 60% responden adalah lelaki dan 40% adalah perempuan. 60% 40% JANTINA LELAKI PEREMPUAN
  • 41. 41 Rajah 4.2: Umur responden Dari 10 borang soal selidik yang diedarkan didapati bahawa 10% responden adalah berumur 20-29 tahun dan 50 ke atas. 30% responden berumur 30-39 tahun dan 50% lagi berumur 40-49 tahun. 10% 30% 50% 10% UMUR 20-29 30-39 40-49 50 KE ATAS
  • 42. 42 4.8 DAPATAN DAN ANALISIS KAJIAN Carta pai di bawah menunjukkan hasil dapatan dari soal selidik 4.8.1 ANALISIS KAJIAN Berikut adalah carta pai yang menunjukkan hasil dapatan yang diperoleh dari borang soal selidik. Soalan 1 : Adakah membersihkan kipas secara manual perlu menggunakan tangga? Rajah 4.4: Carta pai soalan pertama Berdasarkan rajah di atas, daripada 10 borang soal selidik yang diedarkan didapati 100% responden bersetuju bahawa membersihkan kipas secara manual perlu menggunakan tangga. 100% 0% PERLU MENGGUNAKANTANGGA SETUJU TIDAK SETUJU
  • 43. 43 Soalan 2 : Adakah membersihkan kipas menggunakan tangga berisiko untuk jatuh? Rajah 4.5: Carta pai soalan kedua Berdasarkan rajah di atas, hasil dari 10 orang responden yang disoal selidik didapati 70% bersetuju bahawa membersihkan kipas menggunakan tangga berisiko tinggi untuk jatuh. Manakala 30% tidak setuju. 70% 30% BERISIKO UNTUK JATUH SETUJU TIDAK SETUJU
  • 44. 44 Soalan 3 : Adakah habuk kipas boleh menjejaskan kesihatan? Rajah 4.6: Carta pai soalan ketiga Berdasarkan rajah di atas, daripada 10 orang responden yang disoal selidik didapati 70% bersetuju bahawa habuk kipas boleh menjejaskan kesihatan. Manakala 30% responden masing-masing tidak setuju. 70% 30% HABUK KIPAS MENJEJASKANKESIHATAN SETUJU TIDAK SETUJU
  • 45. 45 Soalan 4 : Adakah perlu untuk membersihkan habuk yang jatuh ke lantai selepas membersihkan kipas siling? Rajah 4.7: Carta pai soalan keempat Berdasarkan 10 borang soal selidik yang diedarkan kepada responden didapati 100% responden bersetuju bahawa mereka perlu membersihkan habuk yang jatuh ke lantai selepas membersihkan kipas siling. 100% 0% PERLU MEMBERSIHKANHABUK YANG JATUH KE LANTAI SETUJU TIDAK SETUJU
  • 46. 46 Soalan 5 : Adakah membersihkan kipas secara manual perlu menggunakan tenaga yang banyak? Rajah 4.8: Carta pai soalan kelima Berdasarkan 10 borang soal selidik yang diedarkan kepada responden didapati 80% responden bersetuju bahawa membersihkan kipas secara manual perlu menggunakan tenaga yang banyak. Manakala lagi 20% responden tidak setuju. 80% 20% MENGGUNAKANBANYAK TENAGA SETUJU TIDAK SETUJU
  • 47. 47 Soalan 6 : Adakah anda menyokong supaya projek pembersih kipas siling automatik ini dibangunkan? Rajah 4.9: Carta pai soalan keenam Berdasarkan 10 borang soal selidik yang diedarkan kepada responden didapati 80% responden menyokong untuk pembangunan projek mesin pembersih kipas automatik ini. Manakala 20% lagi tidak setuju. 80% 20% SOKONGANUNTUK PEMBANGUNANPROJEK SETUJU TIDAK SETUJU
  • 48. 48 4.9 KEPUTUSAN BERDASARKAN PERSOALAN KAJIAN Berdasarkan keputusan dari soal selidik, responden bersetuju bahawa mesin pembersih kipas ini tidak memerlukan tangga ketika membersihkan kipas siling. Selain itu projek ini dapat mengelakkan risiko kemalangan disebabkan penggunaan tangga. Penggunaan mesin ini juga dapat menjimatkan masa operasi serta penggunaan tenaga kerja kerana mesin ini membersihkan dan memerangkap habuk dalam masa yang sama. Dari kajian dan pengujian yang telah dilaksanakan, dapatan projek menunjukkan bahawa mesin pembersih kipas siling automatik ini selamat untuk digunakan dan efisien sebagai medium pembersih kipas siling. Secara keseluruhannya, mesin pembersih kipas siling ini berjaya mencapai objektif projek.
  • 49. 49 BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 5.1 PENGENALAN Pembangunan dalam sains dan teknologi menghasilkan pelbagai bentuk mesin yang lebih canggih dan berteknologi tinggi. Namun tujuan utama pembinaan projek ini ialah mencipta satu teknologi yang dapat diterima pakai masyarakat dan mewujudkan satu peralatan yang murah dan efisien serta mampu untuk dimiliki oleh masyarakat yang berpendapatan rendah. Berdasarkan kajian yang dijalankan, dapat disimpulkan bahawa projek yang dilaksanakan hampir mencapai objektif utama serta matlamat yang dikehendaki iaitu menghasilkan projek pembersih kipas siling automatik yang mudah. Penggunaan mesin ini akan memudahkan pengguna dalam kerja pembersihan kipas kerana projek ini dilengkapi dengan bahagian mekanikal yang mampu untuk membersihkan kipas serta memerangkap habuk dalam masa yang sama semasa kerja membersihkan kipas siling dijalankan.
  • 50. 50 5.2 PERBINCANGAN Tujuan utama projek ini dibangunkan adalah memudahkan pengguna semasa kerja membersihkan kipas siling dan mampu dimiliki oleh semua golongan masyarakat terutama kontraktor pembersihan dan pengguna harian. Terdapat beberapa jenis ujian yang telah dilakukan terhadap komponen elektrik, antaranya ialah ujian keterusan, ujian rintangan penebatan antara wayar hidup dengan neutral dan hidup/neutral dengan bumi, ujian kelajuan motor dan ujian kepekaan. Bagi ujian keterusan bacaan yang diperoleh adalah 0.1Ω, ini bermaksud komponen tersebut adalah dalam keadaan yang baik. Jika bacaan ujian didapati melebihi 1Ω bermaksud komponen tersebut telah rosak dan tidak lagi boleh digunakan. Bagi ujian penebatan antara wayar hidup dengan neutral dan hidup/neutral dengan bumi bacaan yang diperoleh adalah 200MΩ. Jika bacaan meter menunjukkan bawah dari 1MΩ bermaksud komponen tersebut telah rosak dan tidak lagi boleh digunakan. Setelah diteliti hasil pengujian kelajuan motor yang telah dilakukan didapati bahawa, kelajuan motor 118/106 adalah sudah memadai untuk mesin pembersih kipas siling ini. Jika kelajuan motor terlalu tinggi, ia boleh menyebabkan kerja pembersihan tidak berjalan lancar dan sukar untuk mengawal tiang jek semasa sedang dinaikkan. Ujian kepekaan yang telah dilakukan terhadap sensor ultrasonik didapati bahawa, jarak yang paling dekat boleh dikesan adalah 2cm dan jarak yang paling jauh adalah 80cm. Berdasarkan carta Gantt, perancangan awal projek ini sepatutnya dapat disiapkan sepenuhnya pada hujung bulan Oktober 2020. Akan tetapi, proses perlaksanaan telah tergendala akibat dari negara dilanda wabak Covid-19 dan perlaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP)merencatkan perjalanan projek. Oleh hal yang demikian, perjalanan projek terganggu seketika kerana kekangan untuk mendapatkan peralatan dan kemudahan untuk membina projek pembersih kipas siling automatik. Walau bagaimanapun, litar utama mesin pembersih kipas siling automatik ini dapat disempurnakan cuma bahagian mekanikal menghadapi kekangan masa untuk disiapkan.
  • 51. 51 Jangkaan hasil projek ini setelah siap sepenuhnya adalah dapat membersihkan kipas siling dan memerangkap habuk dalam masa yang sama semasa proses pembersihan dijalankan. Keberkesanan penggunaan mesin pembersih kipas siling ini juga dapat mengurangkan tenaga kerja dan mengurangkan risiko kemalangan dari penggunaan tangga semasa kerja pembersihan dijalankan 5.3 CADANGAN Mesin pembersih kipas siling ini direka menggunakan sistem automatik untuk mengurangkan tenaga kerja semasa membersihkan kipas. Setelah diteliti, terdapat beberapa cadangan untuk penambahbaikan mesin ini. Antaranya ialah: i. Hanya menggunakan satu suis untuk mengawal mesin ii. Menggunakan sensor sepenuhnya dalam mesin ini iii. Membuat binaan mesin yang lebih ringkas dan ringan. 5.4 KESIMPULAN DAN RUMUSAN Secara keseluruhannya, kajian ini dapat membantu kontraktor pembersihan yang menghadapi masalah untuk membersihkan kipas siling. Selain itu. mesin ini dapat mengurangkan tenaga kerja mereka dan dapat menjimatkan masa membersihkan kipas sama ada di dalam bangunan yang besar, rumah, kedai dan sebagainya.
  • 52. 52 RUJUKAN Pendawaian Elektrik, Mohd Nasir Manan, Edisi Pertama 2010, IBS Buku Selangor. ISBN 978-967-9501-81-0. Electric Motor Control, Walter N.A, Fourth Edition 1998, Delmar publisher Inc New York. ISBN 978-082-7311-57-2. Pendidikan Praktis Mempelajari Aplikasi Mikrokontroler dan Pemrogramannya Menggunakan Arduino, A. Kadir,2013, Andi Offset Yogyakarta. ISBN 978-979-29- 4017-6. Proses Dan Kaedah Reka bentuk, M. Kassim Abd Jalil, Edisi Pertama 2000, Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 983-52-0200-1. New Fix-It-Yourself Manual, Reader’s Digest Edition 2009, David and Charles Ltd Devon, UK. ISBN 978-089-5778-71-0. Istilah Kejuruteraan Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu, Edisi Kelapan 2002, Dewazz Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur. ISBN 983-62-0107-6 https://docplayer.info/130162841-Bab-1-pengenalan-1-1-pendahuluan-1-2- penyataan-masalah.html https://youtu.be/V4X9VUYNF7s
  • 54. 54
  • 56. 56