motor dc

26,366 views

Published on

motor arus terus

Published in: Education
5 Comments
13 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
26,366
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
53
Actions
Shares
0
Downloads
1,503
Comments
5
Likes
13
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

motor dc

  1. 1. -Motor elektrik ialah mesin yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga mekanik.-Motor ini mengunakan bekalan elektrik sebagai sumber dan menghasilkan tenaga mekanik dalam bentuk daya kilas dan putaran.-Motor elektrik telah digunakan secara meluas dalam kehidupan manusia moden pada hari ini.-Kegunaan yang biasa dilihat seperti pengisar, kipas angin,penyaman udara dan sebagainya.-Malah pada hari ini motor elektrik telah digunakan sebagai kenderaan pengangkutan manusia.
  2. 2. -Unit bagi kuasa elektrik ialah Watt (W) dan juga kuasa kuda (HP) Motor DC yang bersaiz kecil. Cuba lihat saiz motor tersebut dibandingkan dengan mata pensil. 1 Kuasa Kuda (HP) = 746 Watt
  3. 3. Mesin Elektrik terbahagi kepada dua jenis iaitu motor arus terus (AT) danmotor arus ulang-alik(AU). Binaan motor AT hampir menyamai penjanaAT. Oleh itu tugasnya boleh ditukar ganti dengan mudah. Jenis mesinelektrik memperolehi namanya berdasarkan kepada jenis bekalan kuasayang digunakan. Motor AT berkendali menggunakan bekalan kuasa ATsebagai punca bekalan. Motor AU pula berkendali menggunakan bekalankuasa AU. Motor AU3pula terbahagi kepada iaitu motor AU fasa tunggal (240V) dan motor AUfasa tiga (415V). biasanya motor AU fasa tunggal digunakan di rumah-rumah kediaman dan motor AU fasa tiga digunakan di indusri. PENCUCI MOTOR DC VAKUM
  4. 4. Binaan asas motor AT terbahagi kepada dua bahagian iaitu pemegun danpemutar.I. PemegunPemegun ialah bahagian yang mengandungi belitan medan yangmenghasilkan fluks medan magnet. Biasanya pemegun dipasang padarangka atau kuk motor dan merupakan bahagian motor yang tidak bergerak.II. PemutarPemutar ialah bahagian motor yang berputar dalam motor elektrik. Pemutarberada di tengah-tengah motor iaitu ditempat pemasangan aci.PemegunPemutar PEMUTAR PEMEGUN
  5. 5. Bahagian utama motor AT terdiri daripada angker,penukartertib ,kutub medan dan berus karbon. i) Angker-Angker ialah bahagian motor yang berputar Gambar Keratan Motor DC dan merupakan bahagian yang menerima tenaga elektrik. -Angker terdiri daripada beberapa bahagian iaitu teras angker,belitanangker,dan lubang alur. ii) Teras angker:-Teras angker berfungsi sebagai elektromagnet untuk menghasilkan medan magnet yang akan bersaling tindak dengan magnet pemegun untuk menghasilkan daya putaran aci.
  6. 6. iii) Belitan angkerBelitan angker berfungsi untuk mengalirkan arus supaya teras angkermenjadi elektromagnet.iv) Lubang alurLubang alur berfungsi sebagai laluan untuk belitan angker danmemisahkan angker kepda beberapa ruas.
  7. 7. v) PenukartertibPenukartertib ialah komponen berbentuk silinder yang terdapat di dalampemutar. Komponen ini merupakan susunan ruas palang logam yangbertebat antara satu sama lain. Bilangan ruas bergantung kepadabilangan belitan angker. Penghujung setiap belitan angker akandipaterikan pada palang logam tersebut. Pengaliran arus ke belitanangker adalah melalui penukartertib dengan menggunakan beruskarbon. Penukartertib dipasang pada aci berhampiran dengan angkerdan turut berputar bersama-sama angker. Penukartertib berfungsi untukmenghubungkan pengaliran arus dari bekalan kepada belitan angkermelalui berus karbon.GELUNG ANGKER DANPENUKAR TERTIB
  8. 8. vi) Kutub medanKutub medan ialah untuk menghasilkan medan magnet kekal dalam motorAT. Motor AT bersaiz kecil menggunakan magnet kekal sebagai kutubmedan. Motor AT bersaiz besar menggunakan elektromagnet sebagai kutubmedan. Belitan untuk menghasilkan kekuatan medan magnet pada kutubmedan dinamai belitan medan. GELUNG MEDAN
  9. 9. vii) Berus karbonBerus karbon berbentuk bongkah karbon kecil yang bertindak sebagaimedia penyambung litar elektrik yang berputar dengan bahagian yangpegun. Berus karbon seperti yang ditunjukkan dalam gambar foto,digunakan untuk membawa arus masuk ke belitan angker atau keluar daribelitan angker. BERUS KARBON
  10. 10. Lazimnya.putaran yang berlaku pada motor AT diperoleh melaluisaling tindak medan magnet iaitu antara medan magnet kekal darikutub medan di pemegun dengan medan magnet angker. Salingtindak kedua-dua medan ini menghasilkan daya kilas yang akanmenyebabkan pemutar berputar.i) Penghasilan Daya KilasKekuatan daya kilas yang terhasil bergantung kepada kekuatan medanmagnet di angker dan kutub medan. Penghasilan daya kilas dalammotor AT ditunjukkan seperti dalam rajah. Rajah menunjukkan fluksmagnet yang wujud antara dua kutub medan. Rajah jugamenunjukkan arah arus pada pengalir di angker melalui penukartertib.Rajah menunjukkan fluks magnet yang wujud pada pengaliran diangker dan fluks dari kutub medan yang bersaling tindak.
  11. 11. Apabila dua medan magnet saling tindak, daya kilas akan wujudpada pengalir. Arah daya dapat ditentukan dengan Petua Tangan KiriFleming.Kendalian motor AT adalah seperti yang dalam digambarkan dalamRajah . Merujuk kepada rajah,semasa gelung mendatar (pada 0darjah), arus dalam gelung mengalir dalam arah ‘pqrs’. Daya kilasuntuk memutarkan gelung akan wujud mengikut arah lawan jamsehingga mencapai kedudukan 90 darjah . Pada kedudukan 90darjah,arus tidak lagi mengalir dalam gelung, maka tiada lagi dayakilas yang wujud pada gelung di angker. PETUA TANGAN KIRI FLEMING
  12. 12. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh momentum dalam angker semasaberputar,gelung terus berputar melepasi kedudukan 90 darjah. Apabilagelung mula berputar dari,kedudukan 90 darjah ke 180 darjah,arus dalamgelung akan mengalir semula pada arah ‘srpq’seperti yang ditunjukkandalam rajah . Arah arus ini menyebabkan wujud semula daya kilas dalamarah yang sama seperti dalam rajah .Proses ini akan berterusan sehinggasumber tenaga elektrik diputuskan.Biasanya, angker mempunyai lebih daripada satu belitan. Tambahanbelitan meningkatkan daya kilas pada pusingan motor. Selain itu, angkerjuga mempunyai lebih daripada satu gelung. Tambahan gelung akanmenghasilkan putaran yang lebih lancar.Apabila angker berputar dalam medan magnet voltan teraruh akan wujuddalam arah yang bertentangan dengan arah voltan bekalan seperti yangdinyatakan dalam Hukum Faraday dan Hukum Lenz.Voltan teraruh inidinamai daya gerak elektrik balikan.
  13. 13. Daya Gerak Elektrik (dge) BalikanApabila angker berputar,belitan angker akan memotong fluks kutubmedan dan menghasilkan daya gerak elektrik atau voltan teraruhdalam angker, Voltan ini mempunyai ciri menentang arah voltanbekalan dan dinamai daya gerak elektrik (dge)balikan. Dge balikanberkadar terus dengan kelajuan angker dan kekuatan fluks kutubmedan. Dge balikan menentukan kekuatan arus sebenar yangmengalir ke belitan angker.
  14. 14. Motor AT dikelaskan kepada tiga jenis iaitu:• MOTOR SIRI,•MOTOR PIRAU,•MOTOR MAJMUK.Pengelasan ini dibuat mengikut carapenyambungan antara belitan angker denganpunca bekalan.
  15. 15. Bagi motor AT siri belitan medan dan belitan angker disambung bersiridengan punca bekalan seperti yang ditunjukkan dalam rajah. Arusdalam belitan medan akan mengalir dalam belitan angker. Ketikavoltan bekalan mula dibekalkan, tidak terdapat dge balikan di angker.Ini membolehkan arus permulaan yang tinggi mengalir pada belitanmedan dan belitan angker. Keadaan ini menghasilkan daya kilaspermulaan yang tinggi . Oleh berbeban pada permulaan kerja sepertikren, tali sawat dan mesin CNC.
  16. 16. MOTOR ARUS TERUS SIRI
  17. 17. Motor AT pirau menggunakan sambungan selari bagi menyambung antarabelitan angker dengan punca bekalan seperti yang ditunjukkan dalam rajah 4.Sambungan selari menyebabkan arus pada belitan medan sentiasa malar. Aruspada belitan angker pula bergantung kepada dge balikan. Motor AT pirau lebihsesuai digunakan apabila kelajuan malar diperlukan dan tidak memerlukan dayakilas permulaan yang tinggi. Oleh itu, motor ini sesuai untuk mengendalikansistem yang memerlukan kelajuan malar seperti pekakas mesin.penggilap danpenyambur.
  18. 18. MOTOR ARUS TERUS PIRAU
  19. 19. Motor AT majmuk mempunyai dua belitan medan. Satu daripadanya disambung secara siri dengan belitan angker dan punca bekalan manakalabelitan yang satu lagi disambung secara selari dengan punca bekalan. Carapenyambung keseluruhan litar ditunjukkan dalam rajah.Motor AT majmuk menggabungkan ciri motor AT siri dengan motor AT pirau.Bilangan belitan medan sambungan siri adalah kurang daripada bilanganbelitan medan sambungan pirau. Motor AT majmuk mempunyai daya kilaspermulaan yang baik dan member kelajuan malar. Motor jenis ini biasanyadigunakan untuk beban lampau berat seperti mesin pemotong dan pengisar
  20. 20. MOTOR ARUS TERUS MAJMUK
  21. 21. Arah putaran motor AT dapat ditukar dengan dua cara sama ada denganmenyongsangkan sambungan belitan angker atau menyongsangkansambungan belitan medan. Jadual menunjukkan kaedah menukarkan arahputaran angker motor AT.Dengan merujuk kepada motor AT pirau, bagi menyongsangkan belitanangker sambungan A1 dan A2 hendaklah disongsangkan carapenyambungannya ke punca bekalan.A1 disambung ke punca negatif danA2 ke punca positif bekalan dengan merujuk kepada litar asal. Kesan dayapada pemutar boleh diperhatikan pada gambar rajah fluks dalam jadual 1.Bagi menyongsangkan belitan medan,sambungkan F1 ke punca negatifdan F2 ke punca positif bekalan dengan merujuk kepada litar asal.Dengan menyongsangkan sambungan satu daripada belitan medan ataubelitan angker, saling tindak antara medan magnet pemegun dan pemutarakan mengubah arah daya kilas pada pengalir di angker.Ini akan mengubaharah putaran motor seperti ditunjukkan dalam gambarajah fluks.
  22. 22. Motor AT banyak digunakan dalam peralatan elektrik mudah alih.Contoh peralatan yang menggunakan motor AT ialah pemutar pita,alat permainan bermotor, penghidup kenderaan, kipas radiatorkereta, motosikal elektrik dan penyejuk unit CPU komputer. BASIKAL KERETA PENYEJUK CPU
  23. 23. PENGIRAAN MOTOR ARUS TERUSApabila angker motor at berputar, dgeakan terjana & arahnya adalahberlawanan dgn voltan bekalan.DGE ini dikenali sbg DGE balik.Formula yg digunakan:V = Eb + IaRa atau Eb = V - IaRa
  24. 24. CONTOH SOALANSebuah motor at di sambung kpdbekalan 240V. Rintangan angker 0.2Ω.Tentukan nilai DGE balik, jika arusangker ialah 50A……… * Eb = V – IaRa = 240 – (50 x 0.2) = 240 – 10 = 230V
  25. 25. CONTOH SOALANThe armature of dc machine has a resistance of 0.25Ω andis connected to a 300V supply. Calculate the emf generatedwhen it is running :a. as a generator giving 100A.b. as a motor taking 80A As a generator, generated emf: E = V + IaRa = 300 + (100 x 0.25) = 300 + 25= 325V As a motor, generated emf (or back emf): Eb = V –IaRa = 300 – (80 x 0.25) = 300 – 20 = 280V
  26. 26. CONTOH SOALANSebuah motor AT mempunyai rintangan litarangker sebanyak 2Ω. Motor berkendali pada 220vdan kadaran arus beban angker adalah 20A.Tentukan……..a) Voltan berlawanan ketika dihidupkan .b) Arus angker ketika ini.c) Voltan berlawanan pada kadaran kelajuan dan beban.
  27. 27. a) Ketika ia dihidupkan, voltan berlawanan adalah sifar.b) VT= IARA 220= IA(2) IA= 220/2 =110Ac) Pada kadaran kelajuan dan beban voltanberlawananVC= VT-IARAVC=22O-(20(2)) =220-40 =180V

×