Dokumen ini menceritakan pengalaman penulis dalam program Pesta Tanglung yang mengajarkannya kemahiran berfikir kritis untuk menyelesaikan masalah. Penulis belajar untuk mencari ide dan penyelesaian alternatif ketika menghadapi masalah selama pelaksanaan program. Kemahiran ini membantu penulis menyelesaikan masalah seperti latar belakang panggung yang kabur dengan menambah outline hitam, serta kekurangan peralatan den
1. REFLEKSI
Melalui program Pesta Tanglung, saya mendapati bahawa kemahiran berfikir
secara kritis bagi menyelesaikan masalah amat penting dalam memastikan sesuatu
program dapat berjalan dengan lancar. Saya telah dirangsangkan untuk mencari idea
dan mencari penyelesaian alternatif bagi semua masalah dan halangan yang ditimbul
sepanjang pelaksanaan program tersebut. Hal ini secara tidak langsung dapat
memupuk sifat pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah secara berkesan dalam
diri saya semasa melaksanakan tugas yang diamanahkan.
Di sepanjang persediaan dan persiapan dijalankan, terdapat beberapa masalah
yang telah wujud. Sebagai contoh, latar belakang pentas yang tidak cukup jelas dan
menarik. Masalah latar belakang ini telah menyebabkan proses persiapan yang sedang
dilaksanakan tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Namun demikian, halangan ini
telah diselesaikan dengan mewarnakan outline dengan warna hitam pada latar
belakang pentas tersebut. Selepas diwarnakan dengan outline hitam, latar belakang ini
tetap dilihat menonjol walaupun duduk jauh dari pentas. Hal ini telah menunjukkan
betapa pentingnya kebolehan mencari jalan ke arah menyelesaikan masalah dan
menyedari implikasi hasil daripada tindakan yang telah diambil.
Selain itu, masalah kekurangan stok alatan dan bahan serta kekurangan
kakitangan juga menggangu persediaan Malam Persembahan Pentas. Namun begitu,
dengan mempraktikkan kemahiran berfikir secara kritis, halangan-halangan tersebut
telah berjaya diselesaikan. Segala persiapan dan persediaan untuk Malam
Persembahan Pentas dapat dilaksanakan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Hal ini
telah jelas menunjukkan bahawa tanpa mempraktikkan kebolehan tersebut dalam
program ini, aktiviti-aktiviti yang hendak dilaksanakan berkemungkinan tidak akan
dijayakan disebabkan terlalu banyak halangan yang timbul dan tidak dapat
diselesaikan secara kritis.
Kesimpulannya, saya telah mempelajari kebolehan pemikiran kritikal dan
menyelesaikan masalah melalui program Pesta Tanglung. Kebolehan ini telah
membantu mengembangkan kemahiran berfikir saya agar dapat diamalkan dalam
kehidupan harian. Selain itu, kemahiran ini juga telah melengkapkan saya untuk
menjadi seorang individu yang dapat berfikir secara spontan dan logik dalam
2. membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah. Melalui program ini, saya telah
dibimbing untuk lebih bersedia dalam menghadapi cabaran dan masalah serta
menyesuaikan diri untuk menghadapi persekitaran profesional pada masa akan datang.