1. TAJUK:
LAPORAN PROGRAM MALAM KEBUDAYAAN SATU MALAYSIA
DISEDIAKAN OLEH:
ONG YEE SAN
A148120
DISEDIAKAN UNTUK:
LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH (SET 7)
TARIKH:
SEMESTER 2 SESI 2014/2015
2. Laporan Refleksi
Secara kesimpulannya, melalui program Malam Kebudayaan Satu Malaysia,
saya mendapati diri saya telah berjaya mempelajari pemikiran secara kritis, sifat-sifat
tanggungjawab, kecekapan, pengambilan tindakan secara betul serta akauntabiliti
melalui jawatan yang disandang oleh saya. Hal ini kerana, saya mengetahui menjadi
seorang ajk program bukan satu kerja yang mudah, malah kami perlu sentiasa
berbincang bersama dan mengeluarkan idea yang bernas semasa melaksanakan kerja
kita.
Pemikiran secara kritis amat penting supaya dapat mencetuskan satu jalan
penyelesaian yang baik bagi menyelesaikan masalah yang timbul secara tiba-tiba.
Kami kena berbincang bersama-sama untuk mengambil satu keputusan atau tindakan
yang baik supaya tidak menghasilkan kesan yang tidak diinginkan. Pemikiran kritik
telah dirangsang semasa melaksanakan tugas saya dalam program ini iaitu kami akan
menghadapi masalah dalam mencari persembahan yang menarik dan masalah untuk
menjemput orang luar membuat persembahan.
Selain itu, sebagai ajk Program, kami hendaklah sentiasa bersiap sedia untuk
menghadapi sebarang perubahan yang akan berlaku secara tiba-tiba semasa program
Malam Kebudayaan ini dijalankan. Contohnya, artis yang akan membuat
persembahan pada malam program tersebut telah menghadapi masalah kelewatan tiba
ke UKM yang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas telah menyebabkan
tentatif program kita yang telah dirancang pada awal tempoh. Jadi bagi mengatasi
masalah ini, pemikiran secara kritis amat diperlukan pada masa ini supaya segala
program kita akan dijalankan dengan lancar. Kami terpaksa menjalankan aktiviti
pencabutan hadiah bertuah dulu hingga artis tersebut bertiba untuk membuat
persembahan.
Kesimpulannya, saya berasa amat untung kerana dapat mempelajari sesuatu
kemahiran yang baru melalui jawatan yang dipikul dalam program Malam
kebudayaan satu Malaysia. Akhirnya, saya sebagai Ajk program, saya telah
mengetahui bahawa tanpa kemahiran pemikiran kritis untuk mengenalpasti tindakan
yang betul dan tepat bagi melaksanakan tugas yang diamanahkan adalah sangat
penting. Tanpa kemahiran ini, kami tidak dapat menjalankan sedemikian dengan
lancar. Saya telah berkerjasama dengan kawan-kawan lain untuk menyiapkan projek
3. ini dalam tempoh masa. Saya berharap saya dapat berkerja lebih berkesan dengan
menglibatkan diri dalam lebih banyak aktiviti yang seperti ini untuk meluaskan
pengalaman saya dan meningkatkan kemahiran pemikiran saya dalam melaksanakan
sesuatu tugas. Pengalaman ini adalah sangat penting dan berguna untuk
mengaplikasikannya dalam kehidupan hadapan.