Setelah mengikuti Program Pesta Tanglung Ke-35, penulis memperoleh pengalaman bahwa kemampuan berpikir kritis dan menyelesaikan masalah sangat penting dalam menjalankan setiap aktivitas. Sebagai anggota panitia hiasan panggung, penulis belajar untuk mengidentifikasi masalah, mencari solusi alternatif, dan bertindak cepat untuk mengatasi masalah seperti kekurangan tenaga kerja saat pertunjukan. Pengalaman ini
1. REFLEKSI
Selepas menjalani Program Pesta Tanglung Ke-35 (PTUKM), saya menyedari
bahawa kepentingan kemahiran pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah memainkan
peranan yang penting dalam menjalani semua proses aktiviti yang ingin dilaksanakan.
Dalam menjalankan perancangan program, saya melibatkan dalam kebolehan berfikir
secara kritis, kreatif bagi menyelesaikan masalah yang sedang berlaku dengan mencari idea
yang alternatif dan langkah-langkah tertentu untuk mengatasi halangan melalui jawatan
yang disandangkan. Hal ini kerana, saya mengetahui bahawa AJK Hiasan Pentas bagi
sesuatu aktiviti yang besar bukan satu kerja yang mudah, malah ia memerlukan kerjasama
daripada semua ahli program dan masing-masing memainkan peranan yang penting supaya
program ini dijalankan dengan sempurna.
Kemahiran pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah yang perlu untuk
melaksanakan sesuatu program ialah semua ahli kumpulan perlu mempunyai kebolehan
mengenalpasti, menganalisis, menilai dan fikir kritikal dan kreatif dalam menerokai idea
yang alternatif semasa mengatasi sesuatu masalah seterusnya mengambil tindakan yang
sepatutnya untuk menyelesaikannya dalam masa yang singkat. Sebagai contoh, semasa
raptai pada malam persembahan pentas, kami didapati bahawa jumlah kaki tangan yang
diperlukan tidak mencukupi untuk mengubahkan latar belakang persembahan. Maka saya
berfikir secara kreatif melekatkan semua barang hiasan yang diperlukan ke atas kertas
kotak seperti cawan, pinggan, kain meja dan bunga ke atas permukaan kertas kotak maka
apabila sampai latar belakang itu, kami tidak perlu berkelam-kabut untuk menyusun
barangan atas meja, maka dapat mempercepatkan pertukaran latar belakang.
Selain itu, kita perlu sentiasa peka dan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang
perubahan yang akan berlaku secara mengejut semasa aktiviti dijalankan. Misalnya,
semasa persembahan kami mendapati bahawa bag pelakon tertinggal di atas pentas selepas
persembahannya, maka kami mengambil tindakan mengambil balik beg itu semasa kami
menukar latar belakang.
Kesimpulannya, saya telah mempelajari banyak kemahiran dan pengalaman yang
tidak dapat dipelajari dalam kuliah melalui jawatan yang disandangkan dalam Program
Pesta Tanglung Ke-35. Sebagai Ajk hiasan pentas, saya menyedari bahawa kemahiran
2. pemikiran kritis untuk mengenal pasti tindakan yang betul dan tepat bagi melaksanakan
tugas yang diamanahkan adalah sangat penting, dengan mempunyai kemahiran ini program
kami baru dapat dijalankan dengan lancar. Oleh demikian, saya mendapati bahawa kursus
ini dapat melatih kemahiran berfikiran kritikal dan meyelesaian masalah saya kearah yang
efektif. Pengalaman ini adalah sangat penting dan berguna untuk mengaplikasikannya
dalam kehidupan hadapan untuk melaksanakan segala aktiviti yang perlu dijalankan.