SlideShare a Scribd company logo
1 of 38
1
Pentaksiran
dan
Penilaian
2
1.0 Pengenalan
Pendidikan prasekolah di Malaysia bertujuan memperkembangkan
potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh
dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui
persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang
menyeronokkan, kreatif dan bermakna.
Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan
membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka
berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangi cabaran
dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak. Ibu bapa serta guru di sekolah
rendah pula mengharapkan murid yang dididik dari prasekolah telah dapat
menguasai empat kemahiran asas iaitu membaca, menulis, mengira dan
menaakul.
Untuk memastikan matlamat dan objektif tersebut tercapai, pentaksiran
perlu dijalankan untuk menilai perkembangaan kanak-kanak dari semasa ke
semasa dalam aspek-aspek yang dikenal pasti. Pentaksiran yang
dicadangkan adalah pentaksiran secara formatif dan autentik melalui
pengajaran dan pembelajaran harian.
Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang
perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah.
Pentaksiran dan penilaian merupakan satu proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. Oleh itu, kemahiran guru prasekolah dalam
melaksanakan pentaksiran dan penilaian amat membantu dalam
mengenalpasti tahap kecergasan dan perkembangan murid.
Untuk membuat instrument pentaksiran pula, guru perlu mendalami
konsep pentaksiran dan penilaian supaya instrument yang digunakan sah dan
sahih untuk digunapakai seterusnya memberikan keputusan yang boleh
membantu dalam memberi gambaran sebenar perkembangan seseorang
murid tersebut.
Oleh itu, maklumat yang diperolehi daripada melaksanakan kerja
kursus ini amat membantu serta member pengalaman kepada kerjaya kelak.
3
2.0 Definisi Pentaksiran dan Penilaian
2.1 Pentaksiran
Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan
seterusnya membuat pertimbangan tentang hasil daripada sesuatu proses
pendidikan. Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu
kesinambungan dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti
menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi
maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan.
Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran
tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti
pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.
Berikut merupakan definisi pentaksiran mengikut beberapa orang tokoh.
Menurut Dunn (1991), pentaksiran ialah satu proses pengumpulan maklumat
oleh guru tentang pelajarnya dan oleh pelajar sendiri tentang kemajuan
mereka. Dodge et. Al (1994)menyatakan bahawa pentaksiran merupakan
satu proses pengumpulan maklumat tentang kanak-kanak dalam aspek
pengetahuan, kemahiran dan perkembangan mereka yang dinilai melalui
pemerhatian, dokumentasi dan tugasan yang dilakukan kanak-kanak. Dalam
Kurikulum Bersepadu (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998) pula
menyatakan bahawa pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat
dan seterusnya membuat keputusan tentang produk sesuatu proses
pendidikan. Munurut Kementerian Pelajaran lagi ia merupakan proses untuk
mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan, dan pencapaian pelajar
secara menyeluruh berasaskan matlamat kurikulum.
Noraini Idris (2008) menyatakan pentaksiran dirancang dan dikendalikan
oleh guru dan menjadi sebahagian daripada proses pengajaran yang
diharapkan dapat memperbaiki proses pembelajaran pelajar. Pentaksiran
dilaksanakan secara berterusan yang bersifat formatif melibatkan guru
sepenuhnya dan memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan
penguasaan mereka dalam kemahiran yang dipelajari, yang tidak boleh
ditaksir melalui ujian bertulis. Kaedah pentaksiran ini amat sesuai digunakan
untuk mentaksir kemahiran pelajar. Menurutnya lagi, pentaksiran sebagai
4
pembelajaran menggalakkan seseorang guru menggunakan kebijaksanaan
untuk menilai kefahaman pelajar dalam proses pembelajaran, dan seterusnya
membuat perancangan untuk memperbaiki pelajar. Contohnya dalam kelas
Matematik, guru boleh menapis dan membuat klasifikasi pelajar tentang tahap
kebolehan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pelajar
menjalankan aktiviti, dan sebagai guru, kita menilai pada masa tersebut.
Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000), menghuraikan pentaksiran
sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran dan aktiviti pentaksiran
dijalankan secara berterusan. Dalam kontekspendidikan juga pentaksiran
dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti
menghurai, mengumpul, merekod, memberikan skor (markah) dan
menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi
sesuatu tujuan tertentu. Pentaksiran merupakan satu proses untuk
mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam
sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan
secara berterusan.Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor
mestilah sari dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid
serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.
Pentaksiran prasekolah adalah satu proses yang sistematik untuk
mengumpul maklumat tentang perkembangaa murid bagi membantu guru
membuat penilaian terhadap mereka dengan tujuan mengenalpasti tindakan
susulan yang sesuai untuk membantu murid mencapai objektif pengajaran
dan pembelajaran di prasekolah. Proses dalam pentaksiran melibatkan aktiviti
mengumpul, menganalisis dan menginterprestasi maklumat yang diperoleh.
Kesimpulannya pentaksiran membelajaran pembelajaran di mana dapat
menggalakkan seseorang guru menggunakan kebijaksanaan untuk menilai
kefahaman pelajar dalam proses pembelajaran, dan seterusnya membuat
perancangan untuk memperbaiki pelajar. Di samping membantu guru dalam
memperkembangkan lagi teknik, kaedah dan mengesan kelemahan pelajar.
5
2.2 Penilaian
Penilaian merupakan proses pengumpulan maklumat berkenaan
perkembangan dan kemajuan murid menggunakan pelbagai kaedah.
Pentaksiran dan penilaian tidak dapat dipisahkan, sama seperti pentaksiran,
penilaian juga merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran secara berterusan.
Penilaian adalah suatu istilah yang boleh didefinisikan dengan banyak
cara, Stufflebeam et al. (1971) menyatakan penilaian sebagai
“the process of delineating, obtaining, and providing useful
information for judging decision alternatives”.
Definisi ini menjangkau melepasi daripada maksud pengujian dan
pengukuran. . Gay (1985) pula berpendapat bahawa penilaian ialah satu
proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data
bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah
tercapai. Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat membuat
pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan
pembelajaran. Terry D. TenBrink (1974) pula menyatakan bahawa penilaian
adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk
membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat
keputusan. Tujuannya untuk mendapatkan gambaran yang hanpir tepat
tentang perkembangan seseorang individu tersebut.
Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah proses mengenalpasti,
memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan
mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Penilaian menentukan
jurang perbezaan antara “apa yang dihasilkan” dengan “apa yang
dihasratkan” dari sesuatu program pendidikan. Penilaian merupakan
pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang
membuat keputusan. Ditambah dengan teori oleh Gray (1985) yang
mendefinisikan penilaian sebagai satu proses yang dianggap sistematik
semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada
sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini membolehkan
6
guru dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung
pengajaran dan pembelajaran.
Teori daripada tokoh lain pula seperti Rohaty dan Abu Bakar (1989),
menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses yang melibatkan
beberapa langkah utama atau proses yang berterusan untuk mencapai satu
tujuan iaitu bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan mencukupi untuk
membolehkan guru membuat sesuatu keputusan yang dirasakan perlu.
Langkah-langkah utama atau proses yang dinyatakan sebelum ini dapatlah
dirumuskan kepada tiga proses utama iaitu proses yang pertama adalah
merancang, proses kedua melaksanakan penaksiran dan proses yang ketiga
adalah merekod maklumat
Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif
untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam
pembelajaran. Penilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuran.
Penilaian juga dapat didefinisikan sebagai satu proses yang sistematik bagi
membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan
untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau
sikap.
Secara ringkasnya Penilaian merupakan satu proses membuat
pertimbangan dalam mentafsir hasil pengukuran. Bertujuan memberikan
maklumat tentang pencapaian murid, objektif pelajaran, kaedah mengajar dan
kurikulum.
7
3.0 KepentinganPentaksirandan Penilaian
Sebelum mengetahui kepentingan khusus pentaksiran dan penilaian
secara mendalam, perlu diketahui juga bahawa pentaksiran perlu
dilaksanakan secara berterusan oleh guru prasekolah telah termaktub dalam
Akta Pendidikan 1996. Kementerian Pendidikan telah menyatakan
dalam Akta Pendidikan 1996 dan diperjelaskan lagi dalam Peraturan-
Peraturan Pendidikan (Prasekolah)1997, yang ditulis dalam perenggan :
5. (1) Tiap-tiap tadika hendaklah membuat penilaian
berterusan tentang perkembangan murid-muridnya dalam domain
kognitif, afektif dan psikomotor.
22 (2) Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang ditetapkan di
bawah Subseksyen (1) hendaklah menyatakan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperoleh oleh murid-murid
pada akhir tempoh pendidikan prasekolah masing-masing.
Manakala dalam Akta Pendidikan 1996 Seksyen 24, Peraturan-
Peraturan Pendidikan (Kurikulum Prasekolah Kebangsaan) 2002, Menteri
membuat peraturan-peraturan yang berikut :
seksyen 24 – Kuasa untuk membuat peraturan berhubungan dengan
pendidikan prasekolah.
‘Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan
peruntukan Bab ini’.
Tujuan utama pentaksiran dan penilaian dilaksanakan adalah untuk
mengenalpasti pelbagai kecergasan dan potensi murid bagi
memperkukuhkan dan membantu mempertingkatkan perkembangan mereka.
Sebab kenapa penilaian ini dikatakan proses pengajaran dan pembelajaran
berterusan adalah kerana, penilaian bertujuan untuk mengumpul maklumat
yang berkaitan tentang pengetahuan, kemahiran dan pencapaian kanak-
kanak seterusnya menjadi panduan bagi menentukan objektif yang perlu
dicapai dan hala tuju pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ianya juga
bertujuan untuk membolehkan guru memilih dan merancang pengalaman
8
pembelajaran yang sesuai dengan keperluan kanak-kanak. Oleh itu,
pentaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah penting
kerana membantu mengesan perkembangan seseorang murid itu dan
mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.
Hasil penilaian inilah yang membolehkan guru untuk mengambil
tindakan susulan yang berkesan dalam membantu memperkembangkan
potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan
psikomotor. Daripada hasil penilaian yang telah dibuat, guru dapat membuat
pertimbangan tentang tiga perkara iaitu mengesan keberkesanan pengajaran
guru, mengenalpasti kelemahan dan kekuatan murid seterusnya merancang
dan mengubah suai aktiviti pengajaran bagi membantu perkembangan dan
pertumbuhan murid.
Tujuan utamanya adalah untuk mendapatkan gambaran tahap
perkembangan murid yang hampir. Proses mendapatkan gambaran tentang
prestasi seseorang dalam pembelajaran secara lebih jelas dan mempunyai
bukti yang kukuh berlaku apabila pentaksiran dan penilaian dilaksanakan.
Dari sinilah guru mendapatkan maklumat secara berterusan tentang
pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.
Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.
Pentaksiran dan penilaian juga amat membantu guru dalam
melaksanakan tugas mendidik mereka. Daripada hasil pentaksiran dan
penilaian guru dapat menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan
pembelajaran sama ada membantu murid dalam mengalakkan
perkembangan mereka ke tahap yang optimum. Daripada analisis data yang
diperolehi guru boleh merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid sama
ada perlu mengekalkan kaedah dan teknik yang sedang digunakan atau perlu
memikirkan alternatif lain dalam usaha guru menyediakan persekitaran yang
mampu membantu perkembangan murid prasekolah. Dalam erti kata lain,
guru perlu Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan jika
keputusan dapatan tidak memberansangkan atau menganalisis semula
iventori yang digunakan sama ada terlalu sukar atau terlalu mudah untuk
tahap kebolehan murid. Dari situ guru dapat Merancang dan melaksanakan
aktiviti tindak susul yang berkesan.
9
Tujuan pentaksiran dan penilaian ini juga membantu guru
mengenalpasti murid yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah
dalam pencapaian mereka. Murid pula boleh mengetahui kelemahan-
kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula
memperbaikinya. Jadi, guru bertanggungjawab memberitahu atau
menjelaskan kepada ibu bapa murid tentang perkembangan anak-anak
mereka secara individu.
Pentaksiran dan penilaian juga penting bagi menyediakan program
atau aktiviti yang selanjutnya yang sesuai diberikan kepada murid
prasekolah. Aktiviti tersebut adalah sama ada aktiviti pemulihan untuk murid
yang lemah, aktiviti pengukuhan untuk yang menguasai dan aktiviti
pengayaan bagi mereka yang sudah mahir. Ketiga-tiga tahap ini mempunyai
tahap kesukaran yang berbeza-beza mengikut tahap murid. Penilaian dan
pentaksiran juga berperanan untuk menjadi asas membuat laporan kepada
ibu bapa. Melalui pentaksiran dan penilaian ini juga murid dapat menilai diri
mereka sendiri. Dengan ini mereka akan berusaha memajukan diri melalui
aktiviti yang disediakan.
Selain itu, pentaksiran ini bertujuan untuk melihat sejauh mana objektif
kursus telah tercapai, dan sejauh mana pengetahuan dan kemahiran telah
diperoleh oleh pelajar pada akhir sesuatu program. Pengujian merupakan
satu prosedur yang sistematik bagi mengukur perubahan tingkah laku.
Tujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian murid dalam sesuatu
pembelajaran. Boleh dalam bentuk pemerhatian, ujian lisan mahupun
bertulis. (Zamrina, 1996)
10
4.0 Prinsip Pentaksiran dan Penilaian
Berterusan, sesuai dan dapat membantu perkembangan.
Kanak-kanak merupakan individu yang sentiasa berubah-ubah.
Mereka mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Gangguan emosi dan
tahap keselesaan mereka terutamanya disebabkan oleh orang terdekat
seperti rakan, ibu bapa, guru malah binatang peliharaan boleh menjejaskan
keputusan penilaian. Oleh itu, penilaian perlu dibuat secara berterusan
supaya perkembangan dapat direkod dengan tepat.
Membantu murid mencapai perkembangan secara optimum.
Pentaksiran murid prasekolah bukan bertujuan melabel dan
membandingkan murid dengan murid yang lain, tetapi untuk meningkatkan
pembelajaran murid berkenaan. Istilah yng sering digunakan untuk
penaksiran seperti ini ialah Pentaksiran Autentik atau Pentaksiran secara
formatif ( Formative assessment ). Melibatkan semua atau sebahagian besar
murid dalam kelas secara efektif.
Usaha untuk menambahbaikan serta perkembangan murid.
Pentaksiran murid di prasekolah lebih menekankan kepada usaha
kearah penambahbaikan (improvement) serta perkembangaan (development)
dan bukan pencapaian (achievement) semata-mata. Maklum balas yang
diberi semasa atau selepas sesuatu aktiviti pentaksiran merupakan faktor
penting dalam menjayakan proses pentaksiran. Pertimbangan harus diberi ke
atas keperluan kanak-kanak, perasaan kanak-kanak, psikologi kanak-kanak,
teori perkembangaan kanak-kanak semasa merancangkan proses
pentaksiran. Oleh itu perlu adanya perkongsian maklumat antara guru dan ibu
bapa berkenaan perkembangan kanak-kanak daripada penilaian.
Menyediakan murid kearah mengikuti pendidikan formal.
Bagi memastikan murid mencapai tahap pengetahuan dan kemahiran
tertentu sebelum memulakan persekolahan formal di Tahun Satu, Pentaksiran
Merujuk Standart digunakan, selaras dengan reka bentuk Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan ( KSPK ) yang mula digunakan di semua prasekolah
11
pada tahun 2010. Standard Pentaksiran yang dinyatakan dalam KSPK perlu
diukur oleh semua pihak yang menggunakan kurikulum kebangsaan ini.
Mengalami perubahan yang pesat.
Perancangan, strategi dan instrument penilaian berbeza-beza sesuai
dengan setiap tujuan penilaian dan matlamat pembelajaran. Kriteria menilai
perkembangan kanak-kanak perlu sesuai dengan objektif kandungan
pembelajaran. Penilaian yang dijalankan perlu sesuai dengan aktiviti kanak-
kanak serta bermakna dalam pengalaman harian mereka.
Kanak-kanak tidak berminat dengan penilaian
Pada usia empat hingga enam tahun kanak-kanak hanya berminat
dengan aktiviti yang memenuhi keperuan dan kehendak mereka. Mereka
belum dapat memahami kepentingan penilaian. Oleh itu, penilaian perlu
dilaksanakan secara tidak formal semasa kanak-kanak mengalami proses
pembelajaran melalui pemerhatian dan dokumentasi.
Maklumat perlu sah dan sahih selaras dengan program kurikulum semasa (KSPK)
Maklumat tentang sesuatu penaksiran dan penilaian itu haruslah jelas, boleh
dipercayai dan boleh dicapai dengan telus. Prinsip yang kedua pula adalah
penaksiran dan penilaian seharusnya boleh dipercayai dan konsisten. Prinsip
yang terakhir pula adalah penilaian haruslah inklusif dan adil.
Mempunyai tempoh masa yang konsisten
Pentaksiran pembelajaran biasanya diadakan selepas suatu jangka
masa tertentu, misalnya selepas lapan minggu sesuatu kursus dijalankan.
Tujuan pentaksiran ini adalah untuk melihat sejauh mana objektif kursus telah
tercapai, dan sejauh mana pengetahuan dan kemahiran telah diperoleh oleh
pelajar pada akhir sesuatu program. Maklumat berkenaan pertumbuhan,
perkembangan dan pembelajaran perlu direkodkan secara sistematik dan
kerap.
12
Mengenalpasti kesesuaian bahan dengan responden
Aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah instrument iaitu bahan yang
inventori untuk membuat pantaksiran, kumpulan yang ditaksir iaitu murid,
respon murid atau dapatan daripada pentaksiran yang dibuat, kumpulan yang
menaksir sama guru yang berpengalaman atau orang biasa yang kurang
pendedahan terhadap sesuatu bidang tersebut dan yang terakhir ialah skor.
Skor di sini merujuk kepada jumlah markah bahan iventori yang telah
dilaksanakan oleh murid. Penilaian mengambil kira perbezaan kanak-kanak
yang merangkumi latar belakang, gaya pembelajaran, kadar pembelajaran
dan ciri kanak-kanak. Penilaian menyokong perkembangan dan pembelajaran
kanak-kanak serta tidak mengancam perasaan dan keselamatan psikologi
mereka.
Perlu ada tindakan susulan
Dalam pentaksiran, guru boleh mengunakan pelbagai kaedah untuk
mendapatkan maklumat. Hasil pentaksiran terhadap murid membolehkan
guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu
guru memperkembangkan potensi murid sepenuhnya dalam domain kognitif,
afektif dan psikomotor sebagai persediaan mereka untuk ke sekolah rendah.
Dijalankan dengan penuh beretika, hak asasi kanak-kanak perlu dicontohi.
Hasil pentaksiran setiap murid tidak harus didedahkan kepada orang
lain, ia hanya boleh ditunjukkan kepada ibu bapa dan pihak tertentu sahaja
Hasil pentaksiran tidak boleh digunakan untuk melabelkan kanak-kanak.
Pada peringkat umur ini kebolehan dan kemajuan murid amat dipengaruhi
oleh kadar pertumbuhan mereka. Melabelkan kanak-kanak pada peringkat
umur ini akan mempunyai kesan yang negatif dalam perkembangaan kanak-
kanak ini kelak. Kanak-kanak dalam peringkat ini memerlukan banyak
motivasi, guru perlu elakkan daripada melabelkan murid sebagai mendapat
“ A ” atau “ B ” dan seterusnya. Kebolehan kanak-kanak dalam umur ini bukan
sesuatu yang tetap tetapi boleh berubah.
13
5.0 Teknikmerekodpenaksirandan penilaian secara berterusan.
Terdapat beberapa teknik merekod maklumat yang diperoleh secara
sistematik berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian
murid iaitu dengan menggunakan Senarai Semak, Skala Kadar, Rekod
Anekdot dan juga Rekod Berterusan.
Rekod senarai semak
Senarai semak adalah senarai item yang disediakan untuk mengenal
pasti perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan
kebolehan. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama
ada sesuatu tingkah laku atau ciri ada atau dapat diperhatikan, sesuatu
perlakuan telah dilakukan dan juga kekerapan sesuatu tingkah laku itu
berlaku.
Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian. Antara
perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam penyediaan dan
penggunaan senarai semak adalah yang pertamanya ia perlu disediakan
lebih awal sebelum permerhatian dibuat. Tingkah laku yang diperhatikan
hanya perlu dinyatakan dengan ringkas dan jelas. Senarai semak juga
digunakan menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula jadi. Hanya
kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak. Item disusun mengikut
peningkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan tingkah laku yang
akan diperlihatkan. Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk
mendapatkan maklumat atau amalan yang lebih tepat dan kekal.
Terdapat beberapa kebaikan yang dapat dikenal pasti dengan
menggunakan Senarai Semak iaitu penggunaannya mudah dan praktikal.
Selain itu, orang yang tidak mahir dan menilai juga dapat menggunakannya
dengan mudah. Ianya dapat digunakan di hadapan kanak-kanak ataupun
semasa ketiadaannya dengan membuat “flashback”. Selain itu, dengan
menggunakan Senarai Semak guru dapat memberi fokus pemerhatian pada
beberapa tingkah laku pada satu masa. Penggunaan Senarai Semak adalah
penting dalam merancang kurikulum untuk kanak-kanak.
14
Kelemahan penggunaan Senarai adalah ianya mengandungi kurang
informasi dan deskripsi berkenaan kualiti dan masa semasa merekodkan
tingkah laku atau kemahiran yang dipamerkan kanak-kanak. Pemerhatian
menggunakan instrumen Senarai Semak juga hanya melihat pada tingkah
laku tertentu sahaja dan bukan kesemuanya. Oleh itu, ada kalanya guru akan
terlepas pandang daripada melihat dan memehatikan tingkah laku yang lebih
signifikan. Selain itu juga, data atau maklumat yang direkodkan hanyalah
pada tingkah laku yang dipamerkan oleh kanak-kanak sahaja.
Rekod skala kadar
Rekod Skala kadar boleh digunakan untuk menunjukkan darjah
kemajuan dan pencapaian sesuatu tingkah laku murid. Guru menilai
kemahiran atau amalan murid berdasarkan skala. Skala yang gunakan boleh
dinyatakan secara angka atau gred. Tahap pencapaian dapat ditentukan
untuk sesuatu kemahiran dengan penggunaan Skala Kadar. Penggunaan
instrumen ini adalah spesifik untuk semua tunjang.
Rekod Anekdot
Rekod Anekdot satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau
tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkod.
Rekod Anekdot ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku,
bila dan di mana sesuatu peristiwa itu berlaku. Antara perkara-perkara yang
perlu dipertimbangkan untuk membuat rekod anekdot ialah membuat
pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku, mengenal pasti peristiwa itu
penting dan signifikan kepada aspek perkembangan murid, merangkumi
kelebihan dan kekurangan, menulis maklumat selepas sesuatu peristiwa
berlaku dan menulis apa yang dilihat secara objektif. Dalam Rekod Anekdot,
maklumat yang biasa direkod adalah berpandukan peristiwa yang
menggambarkantentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi
sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah murid.
Rekod Berterusan
Rekod Berterusan pula merupakan catatan dalam bentuk cerita atau
naratif yang dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya
15
sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang ditutur oleh murid akan
dicatat sepanjang pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya
dijalankan dalam tempoh tiga hingga lapan minit dan ianya juga boleh
berlangsung dalam tempoh lebih lama iaitu sekitar dua puluh lima minit
sehingga tiga puluh minit.
Prosedur-prosedur untuk menyediakan Rekod Berterusan adalah
pertamanya guru perlu memfokus kepada murid yang ingin diperhatikan.
Seterusnya, item yang akan difokuskan semasa pemerhatian perlu
dipastikan. Langkah ketiga adalah dengan merekodkan apa yang dilakukan
oleh murid secara terperinci. Rekod yang dicatat hendaklah tepat dan padat.
Prosedur terakhir perlu diambil perhatian adalah mencatatkan dengan jelas
setiap perlakuan mengikut urutan.
Antara kelebihan menggunakan Rekod Berterusan adalah ianya dapat
memberi gambaran sebenar dan terperinci mengenai situasi sebenar dalam
tempoh yang ditetapkan (Surayah dan Haslinda, 2009). Yang keduanya,
Rekod Berterusan yang turut dikenali sebagai Running Record dapat
memperlihatkan pelbagai aspek perkembangan seseorang kanak-kanak itu
dalam satu rekod. Selain itu juga, kebaikan menggunakan Rekod Berterusan
adalah instrumen ini dapat digunakan dalam apa jua situasi dan tujuan.
Rekod Berterusan ini juga membolehkan guru membuat tindakan serta-merta
kepada murid tanpa menunggu akhir proses tertentu seperti peperiksaan.
Kelemahan menggunakan Rekod Berterusan ini pula antaranya adalah
ia dapat menyebabkan kanak-kanak sedar mereka sedang diperhatikan.
Selain itu juga,penggunaan Rekod Berterusan adalah memenatkan kerana
seseorang guru itu perlu memberi lebih tumpuan pada proses perekodan.
Agak sukar dilakukan untuk semua murid secara spesifik untuk 25 orang
murid. Selain itu guru haruslah teliti dan peka dengan perubahan dan
perkembangan murid agar rekod berterusan dapat dilakukan dengan
berkesan.
16
6.0 Tindakan susulan
Tindakan susulan merupakan tindakan yang diambil oleh guru apabila
telah mengetahui prestasi seseorang murid. Terdapat dua peringkat tindakan
susulan yang perlu diambil oleh guru untuk membantu menunaikan atau
menyediakan kehendak murid dalam proses perkembangan mereka supaya
tidak terhenti atau terbantut. Tujuan utamanya supaya murid dapat
berkembang secara optimum. Bagi murid yang belum menguasai , mereka
perlu diberi bimbingan atau pemulihan. Bagi murid yang telah menguasai
dengan lancar sesuatu kemahiran tersebut pula perlu disediakan aktiviti
pengayaan agar mereka tidak bosan dengan pembelajaran dan pengajaran
yang berlaku.
Bimbingan dan Pemulihan
Bimbingan dan pemulihan, ini adalah untuk mereka yang belum atau
dalam proses menguasai standard pembelajaran yang berkenaan. Kepada
golongan murid ini, galakan dan aktiviti bimbingan seterusnya perlu diberi.
Golongan ini perlu diberi galakan dan aktiviti bimbingan yang bersesuaian
dengan aras penguasaan mereka. Kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang berlainan mungkin perlu digunakan.
Setiap murid sepatutnya mempunyai motivasi untuk belajar dan ia
mungkin bersifat intrinsik atau dalaman, iaitu motivasi daripada dalam diri
murid itu sendiri. Contohnya, mereka yang belajar disebabkan ingin
mengetahui sesuatu dengan mendalam, akan memperoleh pencapaian yang
baik dan seterusnya akan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang
lebih tinggi. Selain motivasi yang bersifat intrinsik ini, terdapat pula motivasi
yang bersifat ekstrinsik atau luaran, iaitu motivasi daripada luar, seperti
dorongan daripada ibu bapa, rakan sebaya atau nasihat daripada guru.
Pengukuhan dan pengayaan
Pengukuhkan dan pengayaan pembelajaran, ini adalah untuk murid
yang sudah menguasai standard pembelajaran yang berkenaan. Latihan
tambahan yang lebih mencabar diberikan kepada golongan murid ini. Ia
merupakan proses di mana aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai aras
17
kesukaran yang lebih tinggi daripada aras aktiviti-aktiviti pembelajaran yang
dijalankan di dalam bilik darjah.
Tujuan utamanya ialah untuk memperkembangkan kemahiran-
kemahiran yang sedia ada pada seseorang murid. Ia juga bertujuan untuk
memperkembangkan kreativiti seorang murid dalam pelbagai bidang. Dalam
program pengukuhan dan pengayaan, murid-murid boleh mencapai
pembelajaran masteri di mana mereka dapat menguasai semua isi pelajaran
yang diajar oleh guru.
18
Inventori
Kemahiran
4M
19
Portfolio
Perkembanga
n Murid
20
Analisis
data dan
laporan
21
ELISYA IZZWANI
22
Laporan dan Analisis data Elisya
Latar belakang murid
Penilaian telah dilakukan ke atas Elisya Izzwani. Elisya berumur 6 tahun.
Elisya merupakan seorang kanak-kanak yang suka memberi idea serta bercerita
tentang apa-apa sahaja di sekelilingnya kepada guru atau rakan-rakanya. Tidak
hairanlah mengapa Elisya aktif dalam setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran.
Dia selalu memberi pendapat apabila ada soalan yang diajukan kepadanya.
Jawapan yang diberi selalunya diterangkan secara panjang lebar. Jika diberi
peluang sepanjang interaksi untuk bercakap, rasanya kanak-kanak ini mampu
memberi pelbagai pendapat atau menceritakan pelbagai pengalamannya. Akan
tetapi, kadang-kadang akibat terlalu banyak bercakap, Elisya tidak fokus kepada
keja yang diberikan kepadanya. Elisya dilahirkan dalam keluarga senang dimana
kedua ibu bapanya bekerja. Sikap Elisya di sekolah juga terpengaruh daripada mud
dari rumah. Apabila mud Elisya tidak baik, dia tidak akan melayan apa-apa soalan
yang diberikan kepadanya.
Kemahiran Membaca
Berikut merupakan skor kemahiran membaca yang diperolehi hasil daripada
pentaksiran yang telah dilaksanakan.
Pengiraan markah:
(26 + 10 + 12 + 18 + 6 + 4 + 6 + 8)
( 90 )
Merujuk kepada skor yang diperolehi, jelas menunjukkan bahawa Elisya telah
menguasai Kemahiran membaca. Elisya telah mencapai band 4 iaitu cemerlang.
Standard prestasi band 4 ialah boleh membaca dan memahami ayat mudah dalam
teks dengan lancar, betul, konsisten dan tanpa bimbingan. Dia dapat membaca
semua huruf, suku kata, perkataan, frasa serta ayat yang diuji dengan lancar tanpa
bimbingan. Elisya juga dapat menjawab soalan yang diajukan dengan lancar. Dia
juga ada menyatakan “ Ala, senangnya!” semasa guru sedang menjalankan
penilaian ini menunjukkan bahawa tahap kebolehan kemahiran membaca Elisya
JUMLAH MARKAH
X 100 = MARKAH KESELURUHAN
X 100 = 100%
90
23
telah melepasi inventori yang dibuat. Oleh itu, aktiviti pengayaan dan pengukuhan
perlu dilaksanakan agar Elisya tidak bosan serta membantu perkembangannya.
Kemahiran Menulis
Berikut merupakan skor kemahiran menulis yang diperolehi hasil daripada
pentaksiran yang telah dilaksanakan.
Pengiraan markah:
(6 + 26 + 10 + 26 + 8 + 5 + 6)
( 90 )
Merujuk kepada skor yang diperolehi, jelas menunjukkan bahawa Elisya telah
menguasai Kemahiran menulis. Elisya telah mencapai band 4 iaitu cemerlang.
Standard prestasi band 4 ialah . Dia dapat menulis semua huruf tetapi terdapat
kesilapan apabila sepatutnya ditulis huruf kecil tetapi Elisya menulis huruf besar iaitu
bagi soalan 6. Dalam soalan 7 pula iaitu menggabung suku kata dan menyalin
perkataan, Elisya telah menggabungkan suku kata dengan betul, tetapi semasa
menyalin semula, Elisya telah meninggalkan satu huruf dalam perkataan dalam 5
daripada 6 soalan. Dalam kemahiran menulis, tidak banyak kesilapan yang
dilakukan oleh Elisya. Sepanjang penilaian dilaksanakan, dapat saya perhatikan
bahawa Elisya tidak fokus dalam membuat kerja, Elisya hanya ingin menyiapkan
kerja dengan cepat serta sering memerhati kawan yang lain. Mungkin itulah punca
banyak kesilapan dalam penulisan Elisya.
Kemahiran Mengira
Berikut merupakan skor kemahiran mengira yang diperolehi hasil daripada
pentaksiran yang telah dilaksanakan.
Pengiraan markah:
(3 + 4 + 4 + 20 + 4 + 8 + 2 + 3)
( 48 )
JUMLAH MARKAH
X 100 = MARKAH KESELURUHAN
X 100 = 89%
100
JUMLAH MARKAH
X 100 = MARKAH KESELURUHAN
X 100 = 84%
55
24
Merujuk kepada skor yang diperolehi, jelas menunjukkan bahawa Elisya telah
menguasai Kemahiran asas mengira. Elisya telah mencapai band 4 iaitu cemerlang.
Standard prestasi band 4 ialah dapat menyelesaikan masalah matematik dalam
operasi tambah dan tolak.. Dia dapat membezakan jumlah objek yang sama atau
berbeza serta membezakan saiz objek dalam gambar. Elisya juga dapat membilang
nombor 1 hingga 10 secara menaik dan menurun. Selain itu, Elisya tiada masalah
dalam mengira bilangan objek dalam gambar. Dari segi menyelesaikan operasi
tambah (+), Elisya juga telah menguasainya serta dapat menjawab semua soalan
yang berkaitan dengan operasi tambah tanpa bimbingan dengan betul. Tetapi,
daripada soalan 7 dan 8, dapat dinilai bahawa Elisya belum menguasai operasi tolak
(-). Hampir semua jawapan bagi operaso tolak tidak betul.
Kemahiran Menaakul
Berikut merupakan skor kemahiran menaakul yang diperolehi hasil daripada
pentaksiran yang telah dilaksanakan.
Pengiraan markah:
(27 + 16)_________
( 43 )
Merujuk kepada skor yang diperolehi, jelas menunjukkan bahawa Elisya telah
menguasai Kemahiran asas mengira. Elisya telah mencapai band 4 iaitu cemerlang.
Standard prestasi band 4 ialah dapat menjelaskan sebab dan akibat sesuatu perkara
dengan yakin dan jawapan yang logik. Elisya memang bijak dalam memberikan
pendapat serta memikirkan idea untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Dia dapat
memberikan jawapan yang logik serta boleh diterima. Dia juga berjaya memberikan
idea bagaimana menenggelamkan sudu plastik iaitu dengan mengikat objek berat
pada sudu hasil daripada bimbingan guru tentang soalan yang sebelumnya.
JUMLAH MARKAH
X 100 = MARKAH KESELURUHAN
X 100 = 86%
50
25
Graf Prestasi Perkembangan Elisya
Daripada data yang diperolehi, kesimpulannya Elisya telah menguasai
kemahiran 4M iaitu Kemahiran Membaca, Kemahiran Menulis, Kemahiran Mengira
dan Kemahiran Menaakul. Di bawah merupakan graf terkini tahap prestasi Elisya.
Graf Perkembangan Murid
Tindakan susulan
Elisya memerlukan aktiviti yang lebih mencabar berbanding murid lain. Oleh
itu guru perlu merancang aktiviti pengukuhan dan pengayaan kepada Elisya agar
membantu perkembangannya secara progresif tanpa adanya sekatan persekitaran.
Memandangkan dia telah menguasai kemahiran membaca, antara aktiviti
pengayaan yang boleh membantu Elisya mengikuti perkembangan dirinya secara
optimum membaca buku cerita di hadapan kelas. Begitu juga dengan kemahiran
menaakul seperti menjelaskan kefahamannya terhadap sesuatu eksperimen di
hadapan kelas dengan bimbingan berbentuk soalan dari guru bagi merancang
0
20
40
60
80
100
Skor Murid
K. Membaca
K. Menulis
K. Mengira
K. Menaakul
BAND 4
BAND 3
BAND 2
BAND 1
26
pemikiran Elisya. Aktiviti seperti melengkapkan cerita atau menyalin semula ayat
mengikut susunan gambar juga boleh diberi kepada Elisya.
Contoh Aktiviti
Dalam aktiviti yang melibatkan Kemahiran Menulis, Elisya perlu sentiasa
diingatkan supaya menyemak semua hasil kerja kerana dia sering membuat
kesilapan. Tingkatkan perhatian Elisya semasa membuat kerja seperti membuat
aktiviti dalam suasana bermain, membuat aktiviti jauh daripada rakan-rakan, serta
merancang aktiviti menarik seperti menulis sambil berkomunikasi dengan boneka
(lakonkan boneka seperti menyemak hasil kerja yang telah dibuat). Bagi operasi
tolak pula, guru perlu memberi latihan pengukuhan kepada Elisya kerana dia
kelihatan belum menguasai sepenuhnya konsep operasi tolak ini. Guru perlu
menerangkan semula kemudian memberi aktiviti pengukuhan kepadanya sama ada
dalam bentuk kuiz atau sebagainya.
27
SITI NURAMEZA
28
Laporan dan Analisis data Siti Nurameza
Latar belakang murid
Penilaian telah dilakukan ke atas Siti Nurameza. Siti juga berumur 6 tahun.
Siti merupakan seorang kanak-kanak yang pendiam, tidak banyak bercakap dan
tidak nakal. Sukar untuk mendengar suaranya. Walaupun pendiam, Siti pandai
bergaul dengan rakannya. Sikapnya agak lasak jika sedang bermain.
Kemahiran Membaca
Berikut merupakan skor kemahiran membaca yang diperolehi hasil daripada
pentaksiran yang telah dilaksanakan.
Pengiraan markah:
(26 + 10 + 12 + 16 + 6 + 1 + 2 + 0)
( 71 )
Merujuk kepada skor yang diperolehi, jelas menunjukkan bahawa Siti telah
menguasai Kemahiran membaca. Siti telah mencapai band 3 iaitu Baik/ Kepujian.
Standard prestasi band 3 ialah boleh membaca dan memahami perkataan dan frasa
dengan betul, jelas, konsisten dan tanpa bimbingan. Dia dapat membaca semua
huruf, suku kata, tetapi tidak yakin apabila membaca perkataan.
Kemahiran Menulis
Berikut merupakan skor kemahiran menulis yang diperolehi hasil daripada
pentaksiran yang telah dilaksanakan.
Pengiraan markah:
(6 + 26 + 10 + 26 + 8 + 5 + 6)
( 100 )
Merujuk kepada skor yang diperolehi, jelas menunjukkan bahawa Siti telah
menguasai Kemahiran menulis. Elisya telah mencapai band 4 iaitu cemerlang.
JUMLAH MARKAH
X 100 = MARKAH KESELURUHAN
X 100 = 79%
90
JUMLAH MARKAH
X 100 = MARKAH KESELURUHAN
X 100 = 100%
100
29
Standard prestasi band 4 ialah menulis dengan kemas, tiada kesalahan dan lancar.
Tulisan Siti kemas dan cantik. Dia seorang yang berhati-hati melaksanakan tugasan
walaupun agak lambat dalam menyiapkan kerja.
Kemahiran Mengira
Berikut merupakan skor kemahiran mengira yang diperolehi hasil daripada
pentaksiran yang telah dilaksanakan.
Pengiraan markah:
(3 + 4 + 4 + 20 + 4 + 8 + 4+ 7)
( 55 )
Merujuk kepada skor yang diperolehi, jelas menunjukkan bahawa Siti telah
menguasai Kemahiran asas mengira. Siti telah mencapai band 4 iaitu cemerlang.
Standard prestasi band 4 ialah dapat menyelesaikan masalah matematik dalam
operasi tambah dan tolak.. Dia dapat membezakan jumlah objek yang sama atau
berbeza serta membezakan saiz objek dalam gambar. Siti juga dapat membilang
nombor 1 hingga 10 secara menaik dan menurun. Selain itu, Elisya tiada masalah
dalam mengira bilangan objek dalam gambar. Dari segi menyelesaikan operasi
tambah (+) dan operasi tolak (-). Kemahiran mengira Siti Nurameza berkembang
lebih cepat berbanding Kemahiran membaca. Siti dapat menjawab soalan matematik
dengan yakin. Kelebihan Siti ialah fokus dan sangat berhati-hati dalam menyiapkan
tugasan. Tiadak hairanlah jarang ada kesilapan yang dijumpai.
Kemahiran Menaakul
Berikut merupakan skor kemahiran menaakul yang diperolehi hasil daripada
pentaksiran yang telah dilaksanakan.
Pengiraan markah:
(20 + 15)_________
( 35 )
JUMLAH MARKAH
X 100 = MARKAH KESELURUHAN
X 100 = 100%
55
JUMLAH MARKAH
X 100 = MARKAH KESELURUHAN
X 100 = 70%
50
30
Merujuk kepada skor yang diperolehi, menunjukkan bahawa prestasi perkembangan
kemahiran menaakul Siti berada pada tahap band 3 iaitu baik atau kepujian.
Standard prestasi band 3 ialah dapat menjelaskan sebab dan akibat sesuatu perkara
tetapi tidak lancar dan kurang lengkap huraiannya tanpa bimbingan guru. Siti
seorang yang pendiam, mungkin menyebabkan dia kurang yakin dalam memberikan
pendapat serta memikirkan idea untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Dia dapat
memberikan jawapan yang logik serta boleh tetapi kelihatan malu-malu untuk
menjawab soalan yang diajukan.
Graf Prestasi Perkembangan Siti Nurameza
Daripada data yang diperolehi, kesimpulannya Siti telah menguasai
kemahiran menulis dan mengira dengan cemerlang . Di bawah merupakan graf
terkini tahap prestasi Siti.
Graf Perkembangan Murid
0
20
40
60
80
100
Skor Murid
K. Membaca
K. Menulis
K. Mengira
K. Menaakul
BAND 4
BAND 3
BAND 2
BAND 1
31
Tindakan susulan
Siti Nurameza memerlukan aktiviti yang lebih mencabar berbanding murid lain
dalam aktiviti mengira. Oleh itu guru perlu merancang aktiviti pengukuhan dan
pengayaan kepada Siti agar membantu perkembangannya secara progresif tanpa
adanya sekatan persekitaran. Antara aktiviti mengayaan dalam aktiviti mengira ialah
menambahankan pengetahuan konsep nombor bulat sehingga 20 ataupun 100
sekiranya dia telah menguasai nombor tersebut. Memandangkan Siti telah mahir
tentang konsep tambah, fakta asas tambah boleh diperkenalkan kepdanya.
Dedahkan Siti kepada menyelesaikan dalam bentuk lazim serta konsep puluh
dan sa. Selain itu, menambahan tiga nombor juga boleh didedahkan kepada Siti.
Bagi Kemahiran membaca dan menaakul pula, Siti perlu diberi pengukuhan serta
dibimbing menjadi lebih yakin kepada jawapan sendiri. Pada mengamatan saya, Siti
sebenarnya memahami kehendak soalan tetapi ragu-ragu untuk menyatakan
pendapatnya menyebabkan dia akhirnya berdiam diri.
Carta fakta asas tambah
32
MUHAMAD HAZIQ
33
Laporan dan Analisis data Mohamad Haziq
Latar belakang murid
Penilaian telah dilakukan ke atas Muhamad Haziq yang berumur 6 tahun.
Muhammad Haziq merupakan seorang murid yang sederhana dari segi
pencapaiannya. Walaupun kemahiran membaca belum dikuasai sepenuhnya, Haziq
seorang yang berani dan yakin apabila soalan secara lisan diberikan kepadanya. Dia
boleh memberi jawapan dangan jelas kepada soalan yang diberi.
Kemahiran Membaca
Berikut merupakan skor kemahiran membaca yang diperolehi hasil daripada
pentaksiran yang telah dilaksanakan.
Pengiraan markah:
(26 + 10 + 12 + 9 + 0 + 4 + 6 + 0)
( 64 )
Merujuk kepada skor yang diperolehi, jelas menunjukkan bahawa Haziq telah
menguasai Kemahiran membaca. Siti telah mencapai band 3 iaitu Baik/ Kepujian.
Standard prestasi band 3 ialah boleh membaca dan memahami perkataan dan frasa
dengan betul, jelas, konsisten dan tanpa bimbingan. Dia dapat membaca semua
suku kata, perkataan tetapi sesetengah suku kata dibunyikan tidak tepat. Haziq
belum menguasai sepenuhnya kemahiran membaca masih memerkan bimbingan
guru.
Kemahiran Menulis
Berikut merupakan skor kemahiran menulis yang diperolehi hasil daripada
pentaksiran yang telah dilaksanakan.
Pengiraan markah:
(6 + 26 + 3 + 26 + 10 + 4 + 8)
( 100 )
JUMLAH MARKAH
X 100 = MARKAH KESELURUHAN
X 100 = 74%
90
JUMLAH MARKAH
X 100 = MARKAH KESELURUHAN
X 100 = 83%
100
34
Merujuk kepada skor yang diperolehi, jelas menunjukkan bahawa Haziq telah
menguasai Kemahiran menulis. Haziq telah mencapai band 4 iaitu cemerlang.
Standard prestasi band 4 ialah menulis dengan kemas, tetapi ada keterbalikan huruf
ditulis dalam melengkapkan huruf iaitu b ditulis huruf d dan sebaliknya. Huruf lain
seperti tiada masalah.
Kemahiran Mengira
Berikut merupakan skor kemahiran mengira yang diperolehi hasil daripada
pentaksiran yang telah dilaksanakan.
Pengiraan markah:
(3 + 4 + 3 + 20 + 4 + 4 + 4+ 1)
( 43 )
Merujuk kepada skor yang diperolehi, jelas menunjukkan bahawa Haziq telah
menguasai Kemahiran asas mengira pada band 3 iaitu baik dan memuaskan.
Standard prestasi band 3 ialah dapat menyelesaikan operaso tambah dan tolak
dengan bimbingan. Dia dapat membezakan jumlah objek yang sama atau berbeza
serta membezakan saiz objek dalam gambar. Haziq juga dapat membilang nombor
1 hingga 10 secara menaik dan menurun. Melalui pentaksiran ini, Haziq kelihatan
lebih memahami konsep tolak berbanding konsep tambah.
Kemahiran Menaakul
Berikut merupakan skor kemahiran menaakul yang diperolehi hasil daripada
pentaksiran yang telah dilaksanakan.
Pengiraan markah:
(24 + 18)_________
( 42 )
Merujuk kepada skor yang diperolehi, menunjukkan bahawa prestasi perkembangan
kemahiran menaakul Haziq berada pada tahap band 4 iaitu cemerlang. Standard
prestasi band 4 ialah dapat menjelaskan sebab dan akibat sesuatu perkara dengan
JUMLAH MARKAH
X 100 = MARKAH KESELURUHAN
X 100 = 78%
55
JUMLAH MARKAH
X 100 = MARKAH KESELURUHAN
X 100 = 84%
50
35
yakin dan jawapan yang logik. Haziq yakin pada jawapannya sendiri memudahkan
penilaian dibuat. Haziq boleh memberikan jawapan yang logic terhadap seoalan
yang diajukan serta dapat membantu menyelesaikan masalah.
Graf Prestasi Perkembangan Muhamas Haziq
Daripada data yang diperolehi, kesimpulannya Haziq telah menguasai
kemahiran menulis dan menaakul dengan cemerlang . Di bawah merupakan graf
terkini tahap prestasi Haziq.
Graf Perkembangan Murid
0
20
40
60
80
100
Skor Murid
K. Membaca
K. Menulis
K. Mengira
K. Menaakul
BAND 4
BAND 3
BAND 2
BAND 1
36
Tindakan susulan
Haziq boleh mengikuti aktiviti yang lebih mencabar berbanding murid lain
dalam aktiviti menaakul. Contohnya, membuat perbincangan bersama murid yang
telah menguasai kemahiran menaakul ini. Hasil daripada perbincangan murid ini
diminta membentangkan hasil di hadapan kelas supaya perkembangan mereka
dapat berkembang dengan optimum. Di sini guru berperanan memberikan soalan
aktiviti dan membimbing murid dengan mengaju soalan yang membantu murid
menjana idea mereka. Masalah menulis huruf terbalik perlu difokuskan supaya
perkembangan murid ini tidak terbantut. Pada pengamatan saya, Haziq sebenarkan
mempunyai potensi untuk berkembang dengan maju, tetapi mungkin ada sesuatu
yang menghalangnya menguasai sesuatu kemahiran seperti masalah mengecaman
huruf ini secara tidak langsung menjejaskan prestasinya dalam kemahiran menulis
dan membaca. Guru perlu membuat aktiviti yang membantunya menukar konsep
bentuk b yang d yang telah terbina di dalam mindanya melalui aktiviti mencari
bentuk seperti b dan d, mencantum b dan d serta membuat perbezaan kedua huruf
tersebut.
37
Refleksi
Dalam tugasan PRA 3111, saya dikehendaki menerangkan kepentingan
penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah dan bagaimana
cara ini dapat membantu guru dalam mengukuhkan kefahaman tentang konsep,
objektif dan prinsip-prinsip penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak.
Dalam tugasan ini juga saya akan menerangkan maksud membuat penilaian secara
berterusan dan teknik-teknik penaksiran dan penilaian dalam penilaian berterusan.
Satu instrumen pentaksiran kemahiran 4M iaitu membaca, menulis, mengira
dan menaakul telah dihasilkan dalam kerja kursus ini berdasarkan rujukan dan
pemerhatian dokumen KSPK. Instrumen ini akan mempunyai 8 soalan bagi
kemahiran membaca, 8 soalan bagi kemahiran menulis, 8 soalan bagi kemahiran
mengira dan 2 soalan untuk kemahiran menaakul. Tugasan ini adalah persediaan
dan pendedahan kepada saya melaksanakan penilaian kepada murid prasekolah.
Penilaian dan pentaksiran adalah satu perkara yang penting yang harus dibuat
dalam pendidikan prasekolah
Melalui proses yang telah berlaku, secara umumnya saya merumuskan
pentaksiran sebagai proses membuat keputusan berdasarkan peraturan atau
piawaian manakala penilaian pula melibatkan pengumpulan maklumat, merekodkan,
menganalisis dan melaporkan berdasarkan data yang diperoleh. Penaksiran dan
penilaian adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan
kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Ia merupakan sebahagian
daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan.
la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta
Pendidikan 1996 (Akta 550).
Melalui aktiviti ini saya dapat melihat perubahan kemajuan yang ditunjukkan
oleh murid. Secara langsung saya dapat mengesan kelemahan dan kelebihan
seseorang murid. Dalam masa yang sama, ia menggalakkan saya untuk mencari
aktiviti untuk memperbaiki kelemahannya. Saya sedar betapa pentingnya bimbingan
guru dalam memaksimumkan perkembangan kanak-kanak. Jadi saya perlu
mengenalpasti tahap perkembangan mereka sepaya dapat menyediakan aktiviti
yang selaras dengan perkembangan mereka, aktiviti yang mencabar tetapi tidak
38
begitu sukar atau begitu mudah. Kesan daripada tiada bimbingan yang sewajarnya,
kanak-kanak menjadi tidak yakin dengan kebolehan sebenar yang mereka ada. Oleh
itu penilaian berterusan sangat penting dilakukan pada usia prasekolah bagi
mengesan dan memulih secara serta-merta dapat memudahkan kerja guru agar
kelemahan murid tidak terkumpul.
Melalui tugasan ini, saya harap mendapat pengetahuan baharu dalam ilmu
prasekolah. Kanak-kanak yang berjiwa bersih. Saya perlu mencorakkannya untuk
menjadi seorang yang baik seperti kain yang berwarna warni dan cantik. Itu azam
saya setelah melihat kanak-kanak prasekolah ini.
Selain daripada aktiviti tersebut, saya dapat bekerjasama dan berbincang
dengan rakan-rakan tentang subjek ini. Saya dapat membina keyakinan saya dalam
memberikan pendapat hasil daripada kajian sendiri serta menerima pendapat rakan-
rakan. Di sinilah antara satu pembelajaran berlaku secara tidak langsung.
Perbincangan juga telah dilakukan bersama guru pembimbing di sekolah. Saya telah
mendapatkan data murid daripada fail prasekolah serta berkolaborasi dengan guru.
Melalui perbincangan dengan guru saya dapat mengetahui kehidupan murid yang
dipilih dengan lebih dekat sama ada di rumah atau sekolah.
Secara keseluruhannya saya dapat simpulkan bahawa penaksiran dan
penilaian bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi
memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka. Hasil penaksiran dan
penilaian yang membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan
seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum
dalam empat jenis kemahiran utama yang perlu dikuasai iaitu membaca, menulis,
mengira dan menaakul.
Apa yang dapat saya tegaskan hasil daripada tugasan ini bahawa penilaian
dan penaksiran tidak boleh diambil mudah oleh guru prasekolah. Sekiranya perkara
ini berlaku, kelemahan murid akan bertambah dan seterusnya menyukarkan guru
untuk melaksanakan tindakan susulan. Akhir kata, jadilah guru yang berjaya
mencorak kain putih dengan corak yang menarik dan pelbagai seterusnya menarik
dapat minat pelanggan.

More Related Content

Similar to Definisi_Pentaksiran_dan_Penilaian.docx

Pengujian pengukuran-dan-penilaian
Pengujian pengukuran-dan-penilaianPengujian pengukuran-dan-penilaian
Pengujian pengukuran-dan-penilaianPensil Dan Pemadam
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Sara Zaleha
 
Topik 1_Konsep Pentaksiran_DPLI.pdf
Topik 1_Konsep Pentaksiran_DPLI.pdfTopik 1_Konsep Pentaksiran_DPLI.pdf
Topik 1_Konsep Pentaksiran_DPLI.pdfSyahrulRawi
 
Bm en. alias
Bm en. aliasBm en. alias
Bm en. aliasfazamir
 
Bm en. alias
Bm en. aliasBm en. alias
Bm en. aliasfazamir
 
pentaksiran,pengujian dan penilaian
pentaksiran,pengujian dan penilaianpentaksiran,pengujian dan penilaian
pentaksiran,pengujian dan penilaianAin Nawi
 
Bm en. alias
Bm en. aliasBm en. alias
Bm en. aliasfazamir
 
Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023Dyg Khairunnisa
 
INT-1_TOPIK 1-KONSEP ASAS PENTAKSIRAN.ppt
INT-1_TOPIK 1-KONSEP ASAS PENTAKSIRAN.pptINT-1_TOPIK 1-KONSEP ASAS PENTAKSIRAN.ppt
INT-1_TOPIK 1-KONSEP ASAS PENTAKSIRAN.pptipgm4011
 
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarah
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarahMinggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarah
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarahkamektok2011
 
Bagaimana Bayi dan Kanak - Kanak Dinilai
Bagaimana Bayi dan Kanak - Kanak DinilaiBagaimana Bayi dan Kanak - Kanak Dinilai
Bagaimana Bayi dan Kanak - Kanak DinilaiJulianty Idris
 
Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
Konsep Pentaksiran, Pengujian dan PenilaianKonsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaiannsmm
 
Isu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di SekolahIsu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di Sekolahikhwankmk92
 
Isu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di SekolahIsu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di SekolahFarah Waheeda
 
Trend issues tugasan 1 (kumpulan)
Trend issues   tugasan 1 (kumpulan)Trend issues   tugasan 1 (kumpulan)
Trend issues tugasan 1 (kumpulan)intansyafika
 
Pentaksiran matematik di sekolah.
Pentaksiran matematik di sekolah.Pentaksiran matematik di sekolah.
Pentaksiran matematik di sekolah.Nurul Atiyah
 
Trend issues tugasan 1 (kumpulan)
Trend issues   tugasan 1 (kumpulan)Trend issues   tugasan 1 (kumpulan)
Trend issues tugasan 1 (kumpulan)intansyafika
 

Similar to Definisi_Pentaksiran_dan_Penilaian.docx (20)

Pengujian pengukuran-dan-penilaian
Pengujian pengukuran-dan-penilaianPengujian pengukuran-dan-penilaian
Pengujian pengukuran-dan-penilaian
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
 
Topik 1_Konsep Pentaksiran_DPLI.pdf
Topik 1_Konsep Pentaksiran_DPLI.pdfTopik 1_Konsep Pentaksiran_DPLI.pdf
Topik 1_Konsep Pentaksiran_DPLI.pdf
 
Bm en. alias
Bm en. aliasBm en. alias
Bm en. alias
 
Pentaksiran, pengujian & penilaian
Pentaksiran, pengujian & penilaianPentaksiran, pengujian & penilaian
Pentaksiran, pengujian & penilaian
 
Bm en. alias
Bm en. aliasBm en. alias
Bm en. alias
 
pentaksiran,pengujian dan penilaian
pentaksiran,pengujian dan penilaianpentaksiran,pengujian dan penilaian
pentaksiran,pengujian dan penilaian
 
Bm en. alias
Bm en. aliasBm en. alias
Bm en. alias
 
PEMBENTANG 1
PEMBENTANG 1PEMBENTANG 1
PEMBENTANG 1
 
Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023
 
INT-1_TOPIK 1-KONSEP ASAS PENTAKSIRAN.ppt
INT-1_TOPIK 1-KONSEP ASAS PENTAKSIRAN.pptINT-1_TOPIK 1-KONSEP ASAS PENTAKSIRAN.ppt
INT-1_TOPIK 1-KONSEP ASAS PENTAKSIRAN.ppt
 
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarah
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarahMinggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarah
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarah
 
Bagaimana Bayi dan Kanak - Kanak Dinilai
Bagaimana Bayi dan Kanak - Kanak DinilaiBagaimana Bayi dan Kanak - Kanak Dinilai
Bagaimana Bayi dan Kanak - Kanak Dinilai
 
Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
Konsep Pentaksiran, Pengujian dan PenilaianKonsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
 
Model pembelajaran
Model pembelajaranModel pembelajaran
Model pembelajaran
 
Isu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di SekolahIsu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di Sekolah
 
Isu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di SekolahIsu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di Sekolah
 
Trend issues tugasan 1 (kumpulan)
Trend issues   tugasan 1 (kumpulan)Trend issues   tugasan 1 (kumpulan)
Trend issues tugasan 1 (kumpulan)
 
Pentaksiran matematik di sekolah.
Pentaksiran matematik di sekolah.Pentaksiran matematik di sekolah.
Pentaksiran matematik di sekolah.
 
Trend issues tugasan 1 (kumpulan)
Trend issues   tugasan 1 (kumpulan)Trend issues   tugasan 1 (kumpulan)
Trend issues tugasan 1 (kumpulan)
 

Recently uploaded

TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)salmnor
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 

Recently uploaded (11)

TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 

Definisi_Pentaksiran_dan_Penilaian.docx

  • 2. 2 1.0 Pengenalan Pendidikan prasekolah di Malaysia bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangi cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak. Ibu bapa serta guru di sekolah rendah pula mengharapkan murid yang dididik dari prasekolah telah dapat menguasai empat kemahiran asas iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Untuk memastikan matlamat dan objektif tersebut tercapai, pentaksiran perlu dijalankan untuk menilai perkembangaan kanak-kanak dari semasa ke semasa dalam aspek-aspek yang dikenal pasti. Pentaksiran yang dicadangkan adalah pentaksiran secara formatif dan autentik melalui pengajaran dan pembelajaran harian. Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Pentaksiran dan penilaian merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Oleh itu, kemahiran guru prasekolah dalam melaksanakan pentaksiran dan penilaian amat membantu dalam mengenalpasti tahap kecergasan dan perkembangan murid. Untuk membuat instrument pentaksiran pula, guru perlu mendalami konsep pentaksiran dan penilaian supaya instrument yang digunakan sah dan sahih untuk digunapakai seterusnya memberikan keputusan yang boleh membantu dalam memberi gambaran sebenar perkembangan seseorang murid tersebut. Oleh itu, maklumat yang diperolehi daripada melaksanakan kerja kursus ini amat membantu serta member pengalaman kepada kerjaya kelak.
  • 3. 3 2.0 Definisi Pentaksiran dan Penilaian 2.1 Pentaksiran Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat pertimbangan tentang hasil daripada sesuatu proses pendidikan. Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu kesinambungan dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan. Berikut merupakan definisi pentaksiran mengikut beberapa orang tokoh. Menurut Dunn (1991), pentaksiran ialah satu proses pengumpulan maklumat oleh guru tentang pelajarnya dan oleh pelajar sendiri tentang kemajuan mereka. Dodge et. Al (1994)menyatakan bahawa pentaksiran merupakan satu proses pengumpulan maklumat tentang kanak-kanak dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan perkembangan mereka yang dinilai melalui pemerhatian, dokumentasi dan tugasan yang dilakukan kanak-kanak. Dalam Kurikulum Bersepadu (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998) pula menyatakan bahawa pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat keputusan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Munurut Kementerian Pelajaran lagi ia merupakan proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan, dan pencapaian pelajar secara menyeluruh berasaskan matlamat kurikulum. Noraini Idris (2008) menyatakan pentaksiran dirancang dan dikendalikan oleh guru dan menjadi sebahagian daripada proses pengajaran yang diharapkan dapat memperbaiki proses pembelajaran pelajar. Pentaksiran dilaksanakan secara berterusan yang bersifat formatif melibatkan guru sepenuhnya dan memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan penguasaan mereka dalam kemahiran yang dipelajari, yang tidak boleh ditaksir melalui ujian bertulis. Kaedah pentaksiran ini amat sesuai digunakan untuk mentaksir kemahiran pelajar. Menurutnya lagi, pentaksiran sebagai
  • 4. 4 pembelajaran menggalakkan seseorang guru menggunakan kebijaksanaan untuk menilai kefahaman pelajar dalam proses pembelajaran, dan seterusnya membuat perancangan untuk memperbaiki pelajar. Contohnya dalam kelas Matematik, guru boleh menapis dan membuat klasifikasi pelajar tentang tahap kebolehan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pelajar menjalankan aktiviti, dan sebagai guru, kita menilai pada masa tersebut. Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000), menghuraikan pentaksiran sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran dan aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan. Dalam kontekspendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberikan skor (markah) dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Pentaksiran merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sari dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran. Pentaksiran prasekolah adalah satu proses yang sistematik untuk mengumpul maklumat tentang perkembangaa murid bagi membantu guru membuat penilaian terhadap mereka dengan tujuan mengenalpasti tindakan susulan yang sesuai untuk membantu murid mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Proses dalam pentaksiran melibatkan aktiviti mengumpul, menganalisis dan menginterprestasi maklumat yang diperoleh. Kesimpulannya pentaksiran membelajaran pembelajaran di mana dapat menggalakkan seseorang guru menggunakan kebijaksanaan untuk menilai kefahaman pelajar dalam proses pembelajaran, dan seterusnya membuat perancangan untuk memperbaiki pelajar. Di samping membantu guru dalam memperkembangkan lagi teknik, kaedah dan mengesan kelemahan pelajar.
  • 5. 5 2.2 Penilaian Penilaian merupakan proses pengumpulan maklumat berkenaan perkembangan dan kemajuan murid menggunakan pelbagai kaedah. Pentaksiran dan penilaian tidak dapat dipisahkan, sama seperti pentaksiran, penilaian juga merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran secara berterusan. Penilaian adalah suatu istilah yang boleh didefinisikan dengan banyak cara, Stufflebeam et al. (1971) menyatakan penilaian sebagai “the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives”. Definisi ini menjangkau melepasi daripada maksud pengujian dan pengukuran. . Gay (1985) pula berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Terry D. TenBrink (1974) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan. Tujuannya untuk mendapatkan gambaran yang hanpir tepat tentang perkembangan seseorang individu tersebut. Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Penilaian menentukan jurang perbezaan antara “apa yang dihasilkan” dengan “apa yang dihasratkan” dari sesuatu program pendidikan. Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan. Ditambah dengan teori oleh Gray (1985) yang mendefinisikan penilaian sebagai satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini membolehkan
  • 6. 6 guru dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Teori daripada tokoh lain pula seperti Rohaty dan Abu Bakar (1989), menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses yang melibatkan beberapa langkah utama atau proses yang berterusan untuk mencapai satu tujuan iaitu bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan mencukupi untuk membolehkan guru membuat sesuatu keputusan yang dirasakan perlu. Langkah-langkah utama atau proses yang dinyatakan sebelum ini dapatlah dirumuskan kepada tiga proses utama iaitu proses yang pertama adalah merancang, proses kedua melaksanakan penaksiran dan proses yang ketiga adalah merekod maklumat Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Penilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuran. Penilaian juga dapat didefinisikan sebagai satu proses yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap. Secara ringkasnya Penilaian merupakan satu proses membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil pengukuran. Bertujuan memberikan maklumat tentang pencapaian murid, objektif pelajaran, kaedah mengajar dan kurikulum.
  • 7. 7 3.0 KepentinganPentaksirandan Penilaian Sebelum mengetahui kepentingan khusus pentaksiran dan penilaian secara mendalam, perlu diketahui juga bahawa pentaksiran perlu dilaksanakan secara berterusan oleh guru prasekolah telah termaktub dalam Akta Pendidikan 1996. Kementerian Pendidikan telah menyatakan dalam Akta Pendidikan 1996 dan diperjelaskan lagi dalam Peraturan- Peraturan Pendidikan (Prasekolah)1997, yang ditulis dalam perenggan : 5. (1) Tiap-tiap tadika hendaklah membuat penilaian berterusan tentang perkembangan murid-muridnya dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. 22 (2) Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang ditetapkan di bawah Subseksyen (1) hendaklah menyatakan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperoleh oleh murid-murid pada akhir tempoh pendidikan prasekolah masing-masing. Manakala dalam Akta Pendidikan 1996 Seksyen 24, Peraturan- Peraturan Pendidikan (Kurikulum Prasekolah Kebangsaan) 2002, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut : seksyen 24 – Kuasa untuk membuat peraturan berhubungan dengan pendidikan prasekolah. ‘Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan Bab ini’. Tujuan utama pentaksiran dan penilaian dilaksanakan adalah untuk mengenalpasti pelbagai kecergasan dan potensi murid bagi memperkukuhkan dan membantu mempertingkatkan perkembangan mereka. Sebab kenapa penilaian ini dikatakan proses pengajaran dan pembelajaran berterusan adalah kerana, penilaian bertujuan untuk mengumpul maklumat yang berkaitan tentang pengetahuan, kemahiran dan pencapaian kanak- kanak seterusnya menjadi panduan bagi menentukan objektif yang perlu dicapai dan hala tuju pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk membolehkan guru memilih dan merancang pengalaman
  • 8. 8 pembelajaran yang sesuai dengan keperluan kanak-kanak. Oleh itu, pentaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah penting kerana membantu mengesan perkembangan seseorang murid itu dan mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh. Hasil penilaian inilah yang membolehkan guru untuk mengambil tindakan susulan yang berkesan dalam membantu memperkembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. Daripada hasil penilaian yang telah dibuat, guru dapat membuat pertimbangan tentang tiga perkara iaitu mengesan keberkesanan pengajaran guru, mengenalpasti kelemahan dan kekuatan murid seterusnya merancang dan mengubah suai aktiviti pengajaran bagi membantu perkembangan dan pertumbuhan murid. Tujuan utamanya adalah untuk mendapatkan gambaran tahap perkembangan murid yang hampir. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran secara lebih jelas dan mempunyai bukti yang kukuh berlaku apabila pentaksiran dan penilaian dilaksanakan. Dari sinilah guru mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif. Pentaksiran dan penilaian juga amat membantu guru dalam melaksanakan tugas mendidik mereka. Daripada hasil pentaksiran dan penilaian guru dapat menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran sama ada membantu murid dalam mengalakkan perkembangan mereka ke tahap yang optimum. Daripada analisis data yang diperolehi guru boleh merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid sama ada perlu mengekalkan kaedah dan teknik yang sedang digunakan atau perlu memikirkan alternatif lain dalam usaha guru menyediakan persekitaran yang mampu membantu perkembangan murid prasekolah. Dalam erti kata lain, guru perlu Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan jika keputusan dapatan tidak memberansangkan atau menganalisis semula iventori yang digunakan sama ada terlalu sukar atau terlalu mudah untuk tahap kebolehan murid. Dari situ guru dapat Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.
  • 9. 9 Tujuan pentaksiran dan penilaian ini juga membantu guru mengenalpasti murid yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam pencapaian mereka. Murid pula boleh mengetahui kelemahan- kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya. Jadi, guru bertanggungjawab memberitahu atau menjelaskan kepada ibu bapa murid tentang perkembangan anak-anak mereka secara individu. Pentaksiran dan penilaian juga penting bagi menyediakan program atau aktiviti yang selanjutnya yang sesuai diberikan kepada murid prasekolah. Aktiviti tersebut adalah sama ada aktiviti pemulihan untuk murid yang lemah, aktiviti pengukuhan untuk yang menguasai dan aktiviti pengayaan bagi mereka yang sudah mahir. Ketiga-tiga tahap ini mempunyai tahap kesukaran yang berbeza-beza mengikut tahap murid. Penilaian dan pentaksiran juga berperanan untuk menjadi asas membuat laporan kepada ibu bapa. Melalui pentaksiran dan penilaian ini juga murid dapat menilai diri mereka sendiri. Dengan ini mereka akan berusaha memajukan diri melalui aktiviti yang disediakan. Selain itu, pentaksiran ini bertujuan untuk melihat sejauh mana objektif kursus telah tercapai, dan sejauh mana pengetahuan dan kemahiran telah diperoleh oleh pelajar pada akhir sesuatu program. Pengujian merupakan satu prosedur yang sistematik bagi mengukur perubahan tingkah laku. Tujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian murid dalam sesuatu pembelajaran. Boleh dalam bentuk pemerhatian, ujian lisan mahupun bertulis. (Zamrina, 1996)
  • 10. 10 4.0 Prinsip Pentaksiran dan Penilaian Berterusan, sesuai dan dapat membantu perkembangan. Kanak-kanak merupakan individu yang sentiasa berubah-ubah. Mereka mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Gangguan emosi dan tahap keselesaan mereka terutamanya disebabkan oleh orang terdekat seperti rakan, ibu bapa, guru malah binatang peliharaan boleh menjejaskan keputusan penilaian. Oleh itu, penilaian perlu dibuat secara berterusan supaya perkembangan dapat direkod dengan tepat. Membantu murid mencapai perkembangan secara optimum. Pentaksiran murid prasekolah bukan bertujuan melabel dan membandingkan murid dengan murid yang lain, tetapi untuk meningkatkan pembelajaran murid berkenaan. Istilah yng sering digunakan untuk penaksiran seperti ini ialah Pentaksiran Autentik atau Pentaksiran secara formatif ( Formative assessment ). Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif. Usaha untuk menambahbaikan serta perkembangan murid. Pentaksiran murid di prasekolah lebih menekankan kepada usaha kearah penambahbaikan (improvement) serta perkembangaan (development) dan bukan pencapaian (achievement) semata-mata. Maklum balas yang diberi semasa atau selepas sesuatu aktiviti pentaksiran merupakan faktor penting dalam menjayakan proses pentaksiran. Pertimbangan harus diberi ke atas keperluan kanak-kanak, perasaan kanak-kanak, psikologi kanak-kanak, teori perkembangaan kanak-kanak semasa merancangkan proses pentaksiran. Oleh itu perlu adanya perkongsian maklumat antara guru dan ibu bapa berkenaan perkembangan kanak-kanak daripada penilaian. Menyediakan murid kearah mengikuti pendidikan formal. Bagi memastikan murid mencapai tahap pengetahuan dan kemahiran tertentu sebelum memulakan persekolahan formal di Tahun Satu, Pentaksiran Merujuk Standart digunakan, selaras dengan reka bentuk Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan ( KSPK ) yang mula digunakan di semua prasekolah
  • 11. 11 pada tahun 2010. Standard Pentaksiran yang dinyatakan dalam KSPK perlu diukur oleh semua pihak yang menggunakan kurikulum kebangsaan ini. Mengalami perubahan yang pesat. Perancangan, strategi dan instrument penilaian berbeza-beza sesuai dengan setiap tujuan penilaian dan matlamat pembelajaran. Kriteria menilai perkembangan kanak-kanak perlu sesuai dengan objektif kandungan pembelajaran. Penilaian yang dijalankan perlu sesuai dengan aktiviti kanak- kanak serta bermakna dalam pengalaman harian mereka. Kanak-kanak tidak berminat dengan penilaian Pada usia empat hingga enam tahun kanak-kanak hanya berminat dengan aktiviti yang memenuhi keperuan dan kehendak mereka. Mereka belum dapat memahami kepentingan penilaian. Oleh itu, penilaian perlu dilaksanakan secara tidak formal semasa kanak-kanak mengalami proses pembelajaran melalui pemerhatian dan dokumentasi. Maklumat perlu sah dan sahih selaras dengan program kurikulum semasa (KSPK) Maklumat tentang sesuatu penaksiran dan penilaian itu haruslah jelas, boleh dipercayai dan boleh dicapai dengan telus. Prinsip yang kedua pula adalah penaksiran dan penilaian seharusnya boleh dipercayai dan konsisten. Prinsip yang terakhir pula adalah penilaian haruslah inklusif dan adil. Mempunyai tempoh masa yang konsisten Pentaksiran pembelajaran biasanya diadakan selepas suatu jangka masa tertentu, misalnya selepas lapan minggu sesuatu kursus dijalankan. Tujuan pentaksiran ini adalah untuk melihat sejauh mana objektif kursus telah tercapai, dan sejauh mana pengetahuan dan kemahiran telah diperoleh oleh pelajar pada akhir sesuatu program. Maklumat berkenaan pertumbuhan, perkembangan dan pembelajaran perlu direkodkan secara sistematik dan kerap.
  • 12. 12 Mengenalpasti kesesuaian bahan dengan responden Aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah instrument iaitu bahan yang inventori untuk membuat pantaksiran, kumpulan yang ditaksir iaitu murid, respon murid atau dapatan daripada pentaksiran yang dibuat, kumpulan yang menaksir sama guru yang berpengalaman atau orang biasa yang kurang pendedahan terhadap sesuatu bidang tersebut dan yang terakhir ialah skor. Skor di sini merujuk kepada jumlah markah bahan iventori yang telah dilaksanakan oleh murid. Penilaian mengambil kira perbezaan kanak-kanak yang merangkumi latar belakang, gaya pembelajaran, kadar pembelajaran dan ciri kanak-kanak. Penilaian menyokong perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak serta tidak mengancam perasaan dan keselamatan psikologi mereka. Perlu ada tindakan susulan Dalam pentaksiran, guru boleh mengunakan pelbagai kaedah untuk mendapatkan maklumat. Hasil pentaksiran terhadap murid membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru memperkembangkan potensi murid sepenuhnya dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor sebagai persediaan mereka untuk ke sekolah rendah. Dijalankan dengan penuh beretika, hak asasi kanak-kanak perlu dicontohi. Hasil pentaksiran setiap murid tidak harus didedahkan kepada orang lain, ia hanya boleh ditunjukkan kepada ibu bapa dan pihak tertentu sahaja Hasil pentaksiran tidak boleh digunakan untuk melabelkan kanak-kanak. Pada peringkat umur ini kebolehan dan kemajuan murid amat dipengaruhi oleh kadar pertumbuhan mereka. Melabelkan kanak-kanak pada peringkat umur ini akan mempunyai kesan yang negatif dalam perkembangaan kanak- kanak ini kelak. Kanak-kanak dalam peringkat ini memerlukan banyak motivasi, guru perlu elakkan daripada melabelkan murid sebagai mendapat “ A ” atau “ B ” dan seterusnya. Kebolehan kanak-kanak dalam umur ini bukan sesuatu yang tetap tetapi boleh berubah.
  • 13. 13 5.0 Teknikmerekodpenaksirandan penilaian secara berterusan. Terdapat beberapa teknik merekod maklumat yang diperoleh secara sistematik berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid iaitu dengan menggunakan Senarai Semak, Skala Kadar, Rekod Anekdot dan juga Rekod Berterusan. Rekod senarai semak Senarai semak adalah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada sesuatu tingkah laku atau ciri ada atau dapat diperhatikan, sesuatu perlakuan telah dilakukan dan juga kekerapan sesuatu tingkah laku itu berlaku. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian. Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam penyediaan dan penggunaan senarai semak adalah yang pertamanya ia perlu disediakan lebih awal sebelum permerhatian dibuat. Tingkah laku yang diperhatikan hanya perlu dinyatakan dengan ringkas dan jelas. Senarai semak juga digunakan menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula jadi. Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak. Item disusun mengikut peningkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan tingkah laku yang akan diperlihatkan. Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapatkan maklumat atau amalan yang lebih tepat dan kekal. Terdapat beberapa kebaikan yang dapat dikenal pasti dengan menggunakan Senarai Semak iaitu penggunaannya mudah dan praktikal. Selain itu, orang yang tidak mahir dan menilai juga dapat menggunakannya dengan mudah. Ianya dapat digunakan di hadapan kanak-kanak ataupun semasa ketiadaannya dengan membuat “flashback”. Selain itu, dengan menggunakan Senarai Semak guru dapat memberi fokus pemerhatian pada beberapa tingkah laku pada satu masa. Penggunaan Senarai Semak adalah penting dalam merancang kurikulum untuk kanak-kanak.
  • 14. 14 Kelemahan penggunaan Senarai adalah ianya mengandungi kurang informasi dan deskripsi berkenaan kualiti dan masa semasa merekodkan tingkah laku atau kemahiran yang dipamerkan kanak-kanak. Pemerhatian menggunakan instrumen Senarai Semak juga hanya melihat pada tingkah laku tertentu sahaja dan bukan kesemuanya. Oleh itu, ada kalanya guru akan terlepas pandang daripada melihat dan memehatikan tingkah laku yang lebih signifikan. Selain itu juga, data atau maklumat yang direkodkan hanyalah pada tingkah laku yang dipamerkan oleh kanak-kanak sahaja. Rekod skala kadar Rekod Skala kadar boleh digunakan untuk menunjukkan darjah kemajuan dan pencapaian sesuatu tingkah laku murid. Guru menilai kemahiran atau amalan murid berdasarkan skala. Skala yang gunakan boleh dinyatakan secara angka atau gred. Tahap pencapaian dapat ditentukan untuk sesuatu kemahiran dengan penggunaan Skala Kadar. Penggunaan instrumen ini adalah spesifik untuk semua tunjang. Rekod Anekdot Rekod Anekdot satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkod. Rekod Anekdot ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana sesuatu peristiwa itu berlaku. Antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk membuat rekod anekdot ialah membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku, mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek perkembangan murid, merangkumi kelebihan dan kekurangan, menulis maklumat selepas sesuatu peristiwa berlaku dan menulis apa yang dilihat secara objektif. Dalam Rekod Anekdot, maklumat yang biasa direkod adalah berpandukan peristiwa yang menggambarkantentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah murid. Rekod Berterusan Rekod Berterusan pula merupakan catatan dalam bentuk cerita atau naratif yang dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya
  • 15. 15 sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang ditutur oleh murid akan dicatat sepanjang pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh tiga hingga lapan minit dan ianya juga boleh berlangsung dalam tempoh lebih lama iaitu sekitar dua puluh lima minit sehingga tiga puluh minit. Prosedur-prosedur untuk menyediakan Rekod Berterusan adalah pertamanya guru perlu memfokus kepada murid yang ingin diperhatikan. Seterusnya, item yang akan difokuskan semasa pemerhatian perlu dipastikan. Langkah ketiga adalah dengan merekodkan apa yang dilakukan oleh murid secara terperinci. Rekod yang dicatat hendaklah tepat dan padat. Prosedur terakhir perlu diambil perhatian adalah mencatatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut urutan. Antara kelebihan menggunakan Rekod Berterusan adalah ianya dapat memberi gambaran sebenar dan terperinci mengenai situasi sebenar dalam tempoh yang ditetapkan (Surayah dan Haslinda, 2009). Yang keduanya, Rekod Berterusan yang turut dikenali sebagai Running Record dapat memperlihatkan pelbagai aspek perkembangan seseorang kanak-kanak itu dalam satu rekod. Selain itu juga, kebaikan menggunakan Rekod Berterusan adalah instrumen ini dapat digunakan dalam apa jua situasi dan tujuan. Rekod Berterusan ini juga membolehkan guru membuat tindakan serta-merta kepada murid tanpa menunggu akhir proses tertentu seperti peperiksaan. Kelemahan menggunakan Rekod Berterusan ini pula antaranya adalah ia dapat menyebabkan kanak-kanak sedar mereka sedang diperhatikan. Selain itu juga,penggunaan Rekod Berterusan adalah memenatkan kerana seseorang guru itu perlu memberi lebih tumpuan pada proses perekodan. Agak sukar dilakukan untuk semua murid secara spesifik untuk 25 orang murid. Selain itu guru haruslah teliti dan peka dengan perubahan dan perkembangan murid agar rekod berterusan dapat dilakukan dengan berkesan.
  • 16. 16 6.0 Tindakan susulan Tindakan susulan merupakan tindakan yang diambil oleh guru apabila telah mengetahui prestasi seseorang murid. Terdapat dua peringkat tindakan susulan yang perlu diambil oleh guru untuk membantu menunaikan atau menyediakan kehendak murid dalam proses perkembangan mereka supaya tidak terhenti atau terbantut. Tujuan utamanya supaya murid dapat berkembang secara optimum. Bagi murid yang belum menguasai , mereka perlu diberi bimbingan atau pemulihan. Bagi murid yang telah menguasai dengan lancar sesuatu kemahiran tersebut pula perlu disediakan aktiviti pengayaan agar mereka tidak bosan dengan pembelajaran dan pengajaran yang berlaku. Bimbingan dan Pemulihan Bimbingan dan pemulihan, ini adalah untuk mereka yang belum atau dalam proses menguasai standard pembelajaran yang berkenaan. Kepada golongan murid ini, galakan dan aktiviti bimbingan seterusnya perlu diberi. Golongan ini perlu diberi galakan dan aktiviti bimbingan yang bersesuaian dengan aras penguasaan mereka. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berlainan mungkin perlu digunakan. Setiap murid sepatutnya mempunyai motivasi untuk belajar dan ia mungkin bersifat intrinsik atau dalaman, iaitu motivasi daripada dalam diri murid itu sendiri. Contohnya, mereka yang belajar disebabkan ingin mengetahui sesuatu dengan mendalam, akan memperoleh pencapaian yang baik dan seterusnya akan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain motivasi yang bersifat intrinsik ini, terdapat pula motivasi yang bersifat ekstrinsik atau luaran, iaitu motivasi daripada luar, seperti dorongan daripada ibu bapa, rakan sebaya atau nasihat daripada guru. Pengukuhan dan pengayaan Pengukuhkan dan pengayaan pembelajaran, ini adalah untuk murid yang sudah menguasai standard pembelajaran yang berkenaan. Latihan tambahan yang lebih mencabar diberikan kepada golongan murid ini. Ia merupakan proses di mana aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai aras
  • 17. 17 kesukaran yang lebih tinggi daripada aras aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah. Tujuan utamanya ialah untuk memperkembangkan kemahiran- kemahiran yang sedia ada pada seseorang murid. Ia juga bertujuan untuk memperkembangkan kreativiti seorang murid dalam pelbagai bidang. Dalam program pengukuhan dan pengayaan, murid-murid boleh mencapai pembelajaran masteri di mana mereka dapat menguasai semua isi pelajaran yang diajar oleh guru.
  • 22. 22 Laporan dan Analisis data Elisya Latar belakang murid Penilaian telah dilakukan ke atas Elisya Izzwani. Elisya berumur 6 tahun. Elisya merupakan seorang kanak-kanak yang suka memberi idea serta bercerita tentang apa-apa sahaja di sekelilingnya kepada guru atau rakan-rakanya. Tidak hairanlah mengapa Elisya aktif dalam setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran. Dia selalu memberi pendapat apabila ada soalan yang diajukan kepadanya. Jawapan yang diberi selalunya diterangkan secara panjang lebar. Jika diberi peluang sepanjang interaksi untuk bercakap, rasanya kanak-kanak ini mampu memberi pelbagai pendapat atau menceritakan pelbagai pengalamannya. Akan tetapi, kadang-kadang akibat terlalu banyak bercakap, Elisya tidak fokus kepada keja yang diberikan kepadanya. Elisya dilahirkan dalam keluarga senang dimana kedua ibu bapanya bekerja. Sikap Elisya di sekolah juga terpengaruh daripada mud dari rumah. Apabila mud Elisya tidak baik, dia tidak akan melayan apa-apa soalan yang diberikan kepadanya. Kemahiran Membaca Berikut merupakan skor kemahiran membaca yang diperolehi hasil daripada pentaksiran yang telah dilaksanakan. Pengiraan markah: (26 + 10 + 12 + 18 + 6 + 4 + 6 + 8) ( 90 ) Merujuk kepada skor yang diperolehi, jelas menunjukkan bahawa Elisya telah menguasai Kemahiran membaca. Elisya telah mencapai band 4 iaitu cemerlang. Standard prestasi band 4 ialah boleh membaca dan memahami ayat mudah dalam teks dengan lancar, betul, konsisten dan tanpa bimbingan. Dia dapat membaca semua huruf, suku kata, perkataan, frasa serta ayat yang diuji dengan lancar tanpa bimbingan. Elisya juga dapat menjawab soalan yang diajukan dengan lancar. Dia juga ada menyatakan “ Ala, senangnya!” semasa guru sedang menjalankan penilaian ini menunjukkan bahawa tahap kebolehan kemahiran membaca Elisya JUMLAH MARKAH X 100 = MARKAH KESELURUHAN X 100 = 100% 90
  • 23. 23 telah melepasi inventori yang dibuat. Oleh itu, aktiviti pengayaan dan pengukuhan perlu dilaksanakan agar Elisya tidak bosan serta membantu perkembangannya. Kemahiran Menulis Berikut merupakan skor kemahiran menulis yang diperolehi hasil daripada pentaksiran yang telah dilaksanakan. Pengiraan markah: (6 + 26 + 10 + 26 + 8 + 5 + 6) ( 90 ) Merujuk kepada skor yang diperolehi, jelas menunjukkan bahawa Elisya telah menguasai Kemahiran menulis. Elisya telah mencapai band 4 iaitu cemerlang. Standard prestasi band 4 ialah . Dia dapat menulis semua huruf tetapi terdapat kesilapan apabila sepatutnya ditulis huruf kecil tetapi Elisya menulis huruf besar iaitu bagi soalan 6. Dalam soalan 7 pula iaitu menggabung suku kata dan menyalin perkataan, Elisya telah menggabungkan suku kata dengan betul, tetapi semasa menyalin semula, Elisya telah meninggalkan satu huruf dalam perkataan dalam 5 daripada 6 soalan. Dalam kemahiran menulis, tidak banyak kesilapan yang dilakukan oleh Elisya. Sepanjang penilaian dilaksanakan, dapat saya perhatikan bahawa Elisya tidak fokus dalam membuat kerja, Elisya hanya ingin menyiapkan kerja dengan cepat serta sering memerhati kawan yang lain. Mungkin itulah punca banyak kesilapan dalam penulisan Elisya. Kemahiran Mengira Berikut merupakan skor kemahiran mengira yang diperolehi hasil daripada pentaksiran yang telah dilaksanakan. Pengiraan markah: (3 + 4 + 4 + 20 + 4 + 8 + 2 + 3) ( 48 ) JUMLAH MARKAH X 100 = MARKAH KESELURUHAN X 100 = 89% 100 JUMLAH MARKAH X 100 = MARKAH KESELURUHAN X 100 = 84% 55
  • 24. 24 Merujuk kepada skor yang diperolehi, jelas menunjukkan bahawa Elisya telah menguasai Kemahiran asas mengira. Elisya telah mencapai band 4 iaitu cemerlang. Standard prestasi band 4 ialah dapat menyelesaikan masalah matematik dalam operasi tambah dan tolak.. Dia dapat membezakan jumlah objek yang sama atau berbeza serta membezakan saiz objek dalam gambar. Elisya juga dapat membilang nombor 1 hingga 10 secara menaik dan menurun. Selain itu, Elisya tiada masalah dalam mengira bilangan objek dalam gambar. Dari segi menyelesaikan operasi tambah (+), Elisya juga telah menguasainya serta dapat menjawab semua soalan yang berkaitan dengan operasi tambah tanpa bimbingan dengan betul. Tetapi, daripada soalan 7 dan 8, dapat dinilai bahawa Elisya belum menguasai operasi tolak (-). Hampir semua jawapan bagi operaso tolak tidak betul. Kemahiran Menaakul Berikut merupakan skor kemahiran menaakul yang diperolehi hasil daripada pentaksiran yang telah dilaksanakan. Pengiraan markah: (27 + 16)_________ ( 43 ) Merujuk kepada skor yang diperolehi, jelas menunjukkan bahawa Elisya telah menguasai Kemahiran asas mengira. Elisya telah mencapai band 4 iaitu cemerlang. Standard prestasi band 4 ialah dapat menjelaskan sebab dan akibat sesuatu perkara dengan yakin dan jawapan yang logik. Elisya memang bijak dalam memberikan pendapat serta memikirkan idea untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Dia dapat memberikan jawapan yang logik serta boleh diterima. Dia juga berjaya memberikan idea bagaimana menenggelamkan sudu plastik iaitu dengan mengikat objek berat pada sudu hasil daripada bimbingan guru tentang soalan yang sebelumnya. JUMLAH MARKAH X 100 = MARKAH KESELURUHAN X 100 = 86% 50
  • 25. 25 Graf Prestasi Perkembangan Elisya Daripada data yang diperolehi, kesimpulannya Elisya telah menguasai kemahiran 4M iaitu Kemahiran Membaca, Kemahiran Menulis, Kemahiran Mengira dan Kemahiran Menaakul. Di bawah merupakan graf terkini tahap prestasi Elisya. Graf Perkembangan Murid Tindakan susulan Elisya memerlukan aktiviti yang lebih mencabar berbanding murid lain. Oleh itu guru perlu merancang aktiviti pengukuhan dan pengayaan kepada Elisya agar membantu perkembangannya secara progresif tanpa adanya sekatan persekitaran. Memandangkan dia telah menguasai kemahiran membaca, antara aktiviti pengayaan yang boleh membantu Elisya mengikuti perkembangan dirinya secara optimum membaca buku cerita di hadapan kelas. Begitu juga dengan kemahiran menaakul seperti menjelaskan kefahamannya terhadap sesuatu eksperimen di hadapan kelas dengan bimbingan berbentuk soalan dari guru bagi merancang 0 20 40 60 80 100 Skor Murid K. Membaca K. Menulis K. Mengira K. Menaakul BAND 4 BAND 3 BAND 2 BAND 1
  • 26. 26 pemikiran Elisya. Aktiviti seperti melengkapkan cerita atau menyalin semula ayat mengikut susunan gambar juga boleh diberi kepada Elisya. Contoh Aktiviti Dalam aktiviti yang melibatkan Kemahiran Menulis, Elisya perlu sentiasa diingatkan supaya menyemak semua hasil kerja kerana dia sering membuat kesilapan. Tingkatkan perhatian Elisya semasa membuat kerja seperti membuat aktiviti dalam suasana bermain, membuat aktiviti jauh daripada rakan-rakan, serta merancang aktiviti menarik seperti menulis sambil berkomunikasi dengan boneka (lakonkan boneka seperti menyemak hasil kerja yang telah dibuat). Bagi operasi tolak pula, guru perlu memberi latihan pengukuhan kepada Elisya kerana dia kelihatan belum menguasai sepenuhnya konsep operasi tolak ini. Guru perlu menerangkan semula kemudian memberi aktiviti pengukuhan kepadanya sama ada dalam bentuk kuiz atau sebagainya.
  • 28. 28 Laporan dan Analisis data Siti Nurameza Latar belakang murid Penilaian telah dilakukan ke atas Siti Nurameza. Siti juga berumur 6 tahun. Siti merupakan seorang kanak-kanak yang pendiam, tidak banyak bercakap dan tidak nakal. Sukar untuk mendengar suaranya. Walaupun pendiam, Siti pandai bergaul dengan rakannya. Sikapnya agak lasak jika sedang bermain. Kemahiran Membaca Berikut merupakan skor kemahiran membaca yang diperolehi hasil daripada pentaksiran yang telah dilaksanakan. Pengiraan markah: (26 + 10 + 12 + 16 + 6 + 1 + 2 + 0) ( 71 ) Merujuk kepada skor yang diperolehi, jelas menunjukkan bahawa Siti telah menguasai Kemahiran membaca. Siti telah mencapai band 3 iaitu Baik/ Kepujian. Standard prestasi band 3 ialah boleh membaca dan memahami perkataan dan frasa dengan betul, jelas, konsisten dan tanpa bimbingan. Dia dapat membaca semua huruf, suku kata, tetapi tidak yakin apabila membaca perkataan. Kemahiran Menulis Berikut merupakan skor kemahiran menulis yang diperolehi hasil daripada pentaksiran yang telah dilaksanakan. Pengiraan markah: (6 + 26 + 10 + 26 + 8 + 5 + 6) ( 100 ) Merujuk kepada skor yang diperolehi, jelas menunjukkan bahawa Siti telah menguasai Kemahiran menulis. Elisya telah mencapai band 4 iaitu cemerlang. JUMLAH MARKAH X 100 = MARKAH KESELURUHAN X 100 = 79% 90 JUMLAH MARKAH X 100 = MARKAH KESELURUHAN X 100 = 100% 100
  • 29. 29 Standard prestasi band 4 ialah menulis dengan kemas, tiada kesalahan dan lancar. Tulisan Siti kemas dan cantik. Dia seorang yang berhati-hati melaksanakan tugasan walaupun agak lambat dalam menyiapkan kerja. Kemahiran Mengira Berikut merupakan skor kemahiran mengira yang diperolehi hasil daripada pentaksiran yang telah dilaksanakan. Pengiraan markah: (3 + 4 + 4 + 20 + 4 + 8 + 4+ 7) ( 55 ) Merujuk kepada skor yang diperolehi, jelas menunjukkan bahawa Siti telah menguasai Kemahiran asas mengira. Siti telah mencapai band 4 iaitu cemerlang. Standard prestasi band 4 ialah dapat menyelesaikan masalah matematik dalam operasi tambah dan tolak.. Dia dapat membezakan jumlah objek yang sama atau berbeza serta membezakan saiz objek dalam gambar. Siti juga dapat membilang nombor 1 hingga 10 secara menaik dan menurun. Selain itu, Elisya tiada masalah dalam mengira bilangan objek dalam gambar. Dari segi menyelesaikan operasi tambah (+) dan operasi tolak (-). Kemahiran mengira Siti Nurameza berkembang lebih cepat berbanding Kemahiran membaca. Siti dapat menjawab soalan matematik dengan yakin. Kelebihan Siti ialah fokus dan sangat berhati-hati dalam menyiapkan tugasan. Tiadak hairanlah jarang ada kesilapan yang dijumpai. Kemahiran Menaakul Berikut merupakan skor kemahiran menaakul yang diperolehi hasil daripada pentaksiran yang telah dilaksanakan. Pengiraan markah: (20 + 15)_________ ( 35 ) JUMLAH MARKAH X 100 = MARKAH KESELURUHAN X 100 = 100% 55 JUMLAH MARKAH X 100 = MARKAH KESELURUHAN X 100 = 70% 50
  • 30. 30 Merujuk kepada skor yang diperolehi, menunjukkan bahawa prestasi perkembangan kemahiran menaakul Siti berada pada tahap band 3 iaitu baik atau kepujian. Standard prestasi band 3 ialah dapat menjelaskan sebab dan akibat sesuatu perkara tetapi tidak lancar dan kurang lengkap huraiannya tanpa bimbingan guru. Siti seorang yang pendiam, mungkin menyebabkan dia kurang yakin dalam memberikan pendapat serta memikirkan idea untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Dia dapat memberikan jawapan yang logik serta boleh tetapi kelihatan malu-malu untuk menjawab soalan yang diajukan. Graf Prestasi Perkembangan Siti Nurameza Daripada data yang diperolehi, kesimpulannya Siti telah menguasai kemahiran menulis dan mengira dengan cemerlang . Di bawah merupakan graf terkini tahap prestasi Siti. Graf Perkembangan Murid 0 20 40 60 80 100 Skor Murid K. Membaca K. Menulis K. Mengira K. Menaakul BAND 4 BAND 3 BAND 2 BAND 1
  • 31. 31 Tindakan susulan Siti Nurameza memerlukan aktiviti yang lebih mencabar berbanding murid lain dalam aktiviti mengira. Oleh itu guru perlu merancang aktiviti pengukuhan dan pengayaan kepada Siti agar membantu perkembangannya secara progresif tanpa adanya sekatan persekitaran. Antara aktiviti mengayaan dalam aktiviti mengira ialah menambahankan pengetahuan konsep nombor bulat sehingga 20 ataupun 100 sekiranya dia telah menguasai nombor tersebut. Memandangkan Siti telah mahir tentang konsep tambah, fakta asas tambah boleh diperkenalkan kepdanya. Dedahkan Siti kepada menyelesaikan dalam bentuk lazim serta konsep puluh dan sa. Selain itu, menambahan tiga nombor juga boleh didedahkan kepada Siti. Bagi Kemahiran membaca dan menaakul pula, Siti perlu diberi pengukuhan serta dibimbing menjadi lebih yakin kepada jawapan sendiri. Pada mengamatan saya, Siti sebenarnya memahami kehendak soalan tetapi ragu-ragu untuk menyatakan pendapatnya menyebabkan dia akhirnya berdiam diri. Carta fakta asas tambah
  • 33. 33 Laporan dan Analisis data Mohamad Haziq Latar belakang murid Penilaian telah dilakukan ke atas Muhamad Haziq yang berumur 6 tahun. Muhammad Haziq merupakan seorang murid yang sederhana dari segi pencapaiannya. Walaupun kemahiran membaca belum dikuasai sepenuhnya, Haziq seorang yang berani dan yakin apabila soalan secara lisan diberikan kepadanya. Dia boleh memberi jawapan dangan jelas kepada soalan yang diberi. Kemahiran Membaca Berikut merupakan skor kemahiran membaca yang diperolehi hasil daripada pentaksiran yang telah dilaksanakan. Pengiraan markah: (26 + 10 + 12 + 9 + 0 + 4 + 6 + 0) ( 64 ) Merujuk kepada skor yang diperolehi, jelas menunjukkan bahawa Haziq telah menguasai Kemahiran membaca. Siti telah mencapai band 3 iaitu Baik/ Kepujian. Standard prestasi band 3 ialah boleh membaca dan memahami perkataan dan frasa dengan betul, jelas, konsisten dan tanpa bimbingan. Dia dapat membaca semua suku kata, perkataan tetapi sesetengah suku kata dibunyikan tidak tepat. Haziq belum menguasai sepenuhnya kemahiran membaca masih memerkan bimbingan guru. Kemahiran Menulis Berikut merupakan skor kemahiran menulis yang diperolehi hasil daripada pentaksiran yang telah dilaksanakan. Pengiraan markah: (6 + 26 + 3 + 26 + 10 + 4 + 8) ( 100 ) JUMLAH MARKAH X 100 = MARKAH KESELURUHAN X 100 = 74% 90 JUMLAH MARKAH X 100 = MARKAH KESELURUHAN X 100 = 83% 100
  • 34. 34 Merujuk kepada skor yang diperolehi, jelas menunjukkan bahawa Haziq telah menguasai Kemahiran menulis. Haziq telah mencapai band 4 iaitu cemerlang. Standard prestasi band 4 ialah menulis dengan kemas, tetapi ada keterbalikan huruf ditulis dalam melengkapkan huruf iaitu b ditulis huruf d dan sebaliknya. Huruf lain seperti tiada masalah. Kemahiran Mengira Berikut merupakan skor kemahiran mengira yang diperolehi hasil daripada pentaksiran yang telah dilaksanakan. Pengiraan markah: (3 + 4 + 3 + 20 + 4 + 4 + 4+ 1) ( 43 ) Merujuk kepada skor yang diperolehi, jelas menunjukkan bahawa Haziq telah menguasai Kemahiran asas mengira pada band 3 iaitu baik dan memuaskan. Standard prestasi band 3 ialah dapat menyelesaikan operaso tambah dan tolak dengan bimbingan. Dia dapat membezakan jumlah objek yang sama atau berbeza serta membezakan saiz objek dalam gambar. Haziq juga dapat membilang nombor 1 hingga 10 secara menaik dan menurun. Melalui pentaksiran ini, Haziq kelihatan lebih memahami konsep tolak berbanding konsep tambah. Kemahiran Menaakul Berikut merupakan skor kemahiran menaakul yang diperolehi hasil daripada pentaksiran yang telah dilaksanakan. Pengiraan markah: (24 + 18)_________ ( 42 ) Merujuk kepada skor yang diperolehi, menunjukkan bahawa prestasi perkembangan kemahiran menaakul Haziq berada pada tahap band 4 iaitu cemerlang. Standard prestasi band 4 ialah dapat menjelaskan sebab dan akibat sesuatu perkara dengan JUMLAH MARKAH X 100 = MARKAH KESELURUHAN X 100 = 78% 55 JUMLAH MARKAH X 100 = MARKAH KESELURUHAN X 100 = 84% 50
  • 35. 35 yakin dan jawapan yang logik. Haziq yakin pada jawapannya sendiri memudahkan penilaian dibuat. Haziq boleh memberikan jawapan yang logic terhadap seoalan yang diajukan serta dapat membantu menyelesaikan masalah. Graf Prestasi Perkembangan Muhamas Haziq Daripada data yang diperolehi, kesimpulannya Haziq telah menguasai kemahiran menulis dan menaakul dengan cemerlang . Di bawah merupakan graf terkini tahap prestasi Haziq. Graf Perkembangan Murid 0 20 40 60 80 100 Skor Murid K. Membaca K. Menulis K. Mengira K. Menaakul BAND 4 BAND 3 BAND 2 BAND 1
  • 36. 36 Tindakan susulan Haziq boleh mengikuti aktiviti yang lebih mencabar berbanding murid lain dalam aktiviti menaakul. Contohnya, membuat perbincangan bersama murid yang telah menguasai kemahiran menaakul ini. Hasil daripada perbincangan murid ini diminta membentangkan hasil di hadapan kelas supaya perkembangan mereka dapat berkembang dengan optimum. Di sini guru berperanan memberikan soalan aktiviti dan membimbing murid dengan mengaju soalan yang membantu murid menjana idea mereka. Masalah menulis huruf terbalik perlu difokuskan supaya perkembangan murid ini tidak terbantut. Pada pengamatan saya, Haziq sebenarkan mempunyai potensi untuk berkembang dengan maju, tetapi mungkin ada sesuatu yang menghalangnya menguasai sesuatu kemahiran seperti masalah mengecaman huruf ini secara tidak langsung menjejaskan prestasinya dalam kemahiran menulis dan membaca. Guru perlu membuat aktiviti yang membantunya menukar konsep bentuk b yang d yang telah terbina di dalam mindanya melalui aktiviti mencari bentuk seperti b dan d, mencantum b dan d serta membuat perbezaan kedua huruf tersebut.
  • 37. 37 Refleksi Dalam tugasan PRA 3111, saya dikehendaki menerangkan kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah dan bagaimana cara ini dapat membantu guru dalam mengukuhkan kefahaman tentang konsep, objektif dan prinsip-prinsip penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak. Dalam tugasan ini juga saya akan menerangkan maksud membuat penilaian secara berterusan dan teknik-teknik penaksiran dan penilaian dalam penilaian berterusan. Satu instrumen pentaksiran kemahiran 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul telah dihasilkan dalam kerja kursus ini berdasarkan rujukan dan pemerhatian dokumen KSPK. Instrumen ini akan mempunyai 8 soalan bagi kemahiran membaca, 8 soalan bagi kemahiran menulis, 8 soalan bagi kemahiran mengira dan 2 soalan untuk kemahiran menaakul. Tugasan ini adalah persediaan dan pendedahan kepada saya melaksanakan penilaian kepada murid prasekolah. Penilaian dan pentaksiran adalah satu perkara yang penting yang harus dibuat dalam pendidikan prasekolah Melalui proses yang telah berlaku, secara umumnya saya merumuskan pentaksiran sebagai proses membuat keputusan berdasarkan peraturan atau piawaian manakala penilaian pula melibatkan pengumpulan maklumat, merekodkan, menganalisis dan melaporkan berdasarkan data yang diperoleh. Penaksiran dan penilaian adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Ia merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Melalui aktiviti ini saya dapat melihat perubahan kemajuan yang ditunjukkan oleh murid. Secara langsung saya dapat mengesan kelemahan dan kelebihan seseorang murid. Dalam masa yang sama, ia menggalakkan saya untuk mencari aktiviti untuk memperbaiki kelemahannya. Saya sedar betapa pentingnya bimbingan guru dalam memaksimumkan perkembangan kanak-kanak. Jadi saya perlu mengenalpasti tahap perkembangan mereka sepaya dapat menyediakan aktiviti yang selaras dengan perkembangan mereka, aktiviti yang mencabar tetapi tidak
  • 38. 38 begitu sukar atau begitu mudah. Kesan daripada tiada bimbingan yang sewajarnya, kanak-kanak menjadi tidak yakin dengan kebolehan sebenar yang mereka ada. Oleh itu penilaian berterusan sangat penting dilakukan pada usia prasekolah bagi mengesan dan memulih secara serta-merta dapat memudahkan kerja guru agar kelemahan murid tidak terkumpul. Melalui tugasan ini, saya harap mendapat pengetahuan baharu dalam ilmu prasekolah. Kanak-kanak yang berjiwa bersih. Saya perlu mencorakkannya untuk menjadi seorang yang baik seperti kain yang berwarna warni dan cantik. Itu azam saya setelah melihat kanak-kanak prasekolah ini. Selain daripada aktiviti tersebut, saya dapat bekerjasama dan berbincang dengan rakan-rakan tentang subjek ini. Saya dapat membina keyakinan saya dalam memberikan pendapat hasil daripada kajian sendiri serta menerima pendapat rakan- rakan. Di sinilah antara satu pembelajaran berlaku secara tidak langsung. Perbincangan juga telah dilakukan bersama guru pembimbing di sekolah. Saya telah mendapatkan data murid daripada fail prasekolah serta berkolaborasi dengan guru. Melalui perbincangan dengan guru saya dapat mengetahui kehidupan murid yang dipilih dengan lebih dekat sama ada di rumah atau sekolah. Secara keseluruhannya saya dapat simpulkan bahawa penaksiran dan penilaian bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka. Hasil penaksiran dan penilaian yang membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam empat jenis kemahiran utama yang perlu dikuasai iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Apa yang dapat saya tegaskan hasil daripada tugasan ini bahawa penilaian dan penaksiran tidak boleh diambil mudah oleh guru prasekolah. Sekiranya perkara ini berlaku, kelemahan murid akan bertambah dan seterusnya menyukarkan guru untuk melaksanakan tindakan susulan. Akhir kata, jadilah guru yang berjaya mencorak kain putih dengan corak yang menarik dan pelbagai seterusnya menarik dapat minat pelanggan.