Dokumen ini membandingkan penggunaan mesin taip pada tahun 1980-an dengan penggunaan komputer riba pada masa kini. Ia menjelaskan bagaimana komputer telah menjadi keperluan penting dalam pendidikan dan kehidupan seharian. Dokumen ini juga menyentuh mengenai peningkatan penggunaan komputer secara dramatik dari 38.1 juta unit pada tahun 1985 ke 600 juta unit pada tahun 2001.
1. LAPOK DITELAN DEK ZAMAN
Nama : Nurul Sakinah Binti Kadir
No Matrik : Gb120163
Pensyarah : Encik Ghazally Spahat
Seksyen : 3
MESIN TAIP
2. KOMPUTER RIBA
Berdasarkan gambar-gambar yang dipaparkan ia diambil di Kampung Parit Rantau,
Mukim 4, Simpang 5, Batu Pahat Johor, pada 10/11/2013. Menggunakan kamera telefon
bimbit galaxy note 2,samsung dengan paparan resolusi 3264x2448, aperture 2.6 dan focal
length 3.7mm. Gambar pertama menunjukkan typewriter yang digunakan pada tahun 80-an
dan gambar kedua adalah komputer riba yang digunakan pada masa kini.
Komputer adalah satu fenomena yang agak baru dan sehingga ke peringkat sekolah
rendah digunakan didalam pembelajaran. Bagi yang tidak mempunyai pengalaman dalam
penggunaan komputer ianya menjadi satu cabaran apabila log masuk ke internet. Di
Malaysia, penggunaan komputer peribadi didalam pendidikan bermula pada awal tahun 90an, sebelum itu penggunaan mesin taip menjadi pilihan didalam membuat tugasan dan
persediaan kertas projek. Tapi hari ini penggunaan komputer ataupun dikenali sebagai
komputer riba menjadi sebahagian keperluan dari kehidupan sebagai seorang pelajar dan
3. pekerja setiap hari. (Ramayah.T,2008) Sebelum kemunculan komputer riba yang semakin
popular digunakan kini, typewriter menjadi alternatif yang paling penting apabila seseorang
menyambung pelajaran dan ianya digunakan dalam kehidupan apabila diperlukan sahaja
seperti didalam membuat surat. Sebelum kemunculan komputer riba ini jika sesebuah
keluarga mempunyai mesin taip ini dikira sebagai dari keluarga berada, manakala pada awal
tercetusnya revolusi penggunaan komputer ini, mereka yang mempunyai komputer ini adalah
dikira sebagai mereka yang senang dan didalam golongan berada, namun kini penggunaan
komputer dianggap biasa dan menjadi keperluan didalam menjalankan tugas didalam
pekerjaan seharian mahupun didalam pembelajaran diperingkat rendah hingga ke peringkat
tertinggi.
Kemasukan teknologi-teknologi pengajaran dalam pendidikan pada semua tahap
semakin menjadi realiti, ia adalah sesuatu yang tidak boleh dinafikan oleh institusi, jabatan
dan ahli kaki tangan persendirian. Teknologi-teknologi pembelajaran telah membuka dunia
bersumberkan multimedia yang boleh dicapai dengan cepat dan mudah diakses dalam
rangkaian komputer, bukan sahaja dalam negara tetapi juga diseluruh dunia sebagai
tambahan ia boleh digabungkan di antara dunia komunikasi via email, system konferen dan
web antarabangsa yang sedang giat membangun. (Wang.J.Y.J, 2002) Infrustruktur untuk
dunia baru ini telah dilaksanakan peringkat dalam pelbagai lapisan masyarakat, dan kita akan
dapat melihat letupan penngunaannya dalam jangka masa yang terdekat ini.
Perubahan kepada teknologi ini bukan sahaja dirasai negara membangun bahkan
ianya turut dirasai oleh negara yang sedang membangun seperti Malaysia. Kita sedang
bergerak mengikut arus permodenan dan semakin hari teknologi semakin berkembang dan
kita harus mengikutnya dan bukan ia tidak akan menunggu kita. Jika kita lalai dan lambat
untuk mengikuti perkembangan ini maka kita akan ketinggalan dengan kemajuan teknologi
yang semakin bergerak pantas ini.
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Computer Industy Almanac Incorporation
(2001), jumlah penggunaan komputer pada tahun adalah menghampiri 600 juta unit
berbanding 38.1 juta unit pada tahun 1985, iaitu peningkatan sebanyak 560 juta unit atau
474% peratus dalam jangkamasa 15tahun, manakala jumlah pengguna internet pula dijangka
akan bertambah sebanyak 54% pada tahun 2002 berbanding tahun 1999 (Yunus.S, 2001).
Peningkatan yang drastic ini jelas menunjukkan kesedaran masyarakat akan kepentingan
komputer dalam mempermudah dan mempercepatkan kerja dan tugas-tugas harian manusia
sejagat. Daripada mesin autoteller automatic dan mail suara (voice mail) kepada kereta yang
boleh berkata-kata kepada kita, masyarakat dan kehidupan professional kita dipenuhi dengan
teknologi. Komputer merupakan salah satu bentuk teknologi maklumat yang semakin
menyusup masuk kedalam kehidupan masyarakat kita. Melihat kepada anjakan di atas,
aplikasi komputer ini menjadi sinonim dengan masyarakat kita dan kita perlu mengikut
kepada perubahan yang berlaku dimana segalanya kini semakin lapok dek zaman kerana
mungkin juga suatu hari nanti komputer riba ini tidak lagi dipandang seperti mesin taip dan
digantikan teknologi lain yang lebih baik mengikut arus permodenan semasa.
4. RUJUKAN
Wang.J.Y.J (2002) Kajian Terdahap Penggunaan Teknologi Maklumat Di Kalangan
Pensyarah Politekni Kota Kinabalu,Sabah; Kearah Penghasilan Garis Panduan ABM
Berasaskan Teknologi Maklumat. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat
Ramayah.T (2008) Technology Usage Among construction Students The Moderating Role of
Gender, Journal of Construction in Developing Countries, Vol. 13, No. 1, 2008
Yunus.S (2001) Tahap Penggunaan Komputer di Kalangan Pelajar Sarjana Pendidikan
(Teknikal) Semester 1,2 Dan 3 Di Kolej Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO): Ke
Arah Bakal Pendidik Yang “Computer Literate”, KUiTTHO.