SlideShare a Scribd company logo
Tugasan 1 : “Phototalk”

Tarikh

: 11 Disember 2013

Masa

: 3.30 PM

Lokasi

: Makmal Multimedia (MMI), FPTV

Resolusi

: 3.2 Mbps

Jenis Kamera: Kamera handphone

PENGENALAN

Gambar di atas menunjukan kecanggihan dan perkembangan dalam penggunaan komputer
dalam makmal pada masa kini. Komputer ini digunakan sebagai medium dalam proses
pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi telah banyak mempengaruhi budaya kehidupan pada masa kini terutamanya
dalam bidang pendidikan. Dalam bidang pendidikan, pengaplikasian teknologi ini dalam
pengajaran dan pembelajaran memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi guru.
Beberapa penyelidikan lepas telah membuktikan bahawa penggunaan teknologi dalam
pembelajaran dan pengajaran dalam kelas telah dapat merevolusikan teknik pengajaran guru,
kaedah murid belajar dan secara keseluruhannya cara pendidikan dikendalikan sesuai dengan
masa kini.
Kajian terhadap penggunaan komputer telah banyak dijalankan di kalangan pelajar
sekolah dan majoritinya berkisar pada sikap dan persepsi pelajar (Liew, 1995; Wan Azlinda
dan Nor Hashimah, 2001); faktor-faktor yang mempengaruhi akses dan penggunaan
komputer di kalangan pelajar biasa dan pelajar kurang upaya (Greenspan, 2000); ruangan dan
sifat penggunaan komputer serta faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan komputer di
sekolah tinggi (Lancaster, 2001); faktor-faktor penggunaan komputer di sekolah-sekolah
(Yong dan Frank, 2003); hubungan pembacaan dengan penggunaan komputer di kalangan
remaja (Butenko, 2003) dan perbezaan umur dan jantina dalam penggunaan dan sikap
terhadap komputer di kalangan pelajar sekolah menengah (Colley dan Comber, 2003). Tidak
kurang juga kajian-kajian terhadap penggunaan komputer yang dijalankan di kalangan pelajar
kolej atau universiti.

Nik Ajis (1989) menyatakan pendidikan komputer dalam kurikulum melibatkan tiga
peranan penting dan salah satunya ialah penggunaan komputer untuk membantu proses
pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan komputer dan multimedia pada masa kini telah
menjadi sebahagian dari hidup kita. Perjalanan tugas seharian menjadi semakin mudah dan
tanpa disedari kita semakin bergantung kepadanya. Dalam bidang pendidikan pula,
penggunaan multimedia terutamanya komputer telah meresap di setiap bilik darjah. Menurut
Weiss (2001) pula, penggunaan komputer dan Internet mampu mengubah banyak aspek
penting dalam bidang pendidikan. Guru merupakan golongan yang memainkan peranan
penting dalam membantu pelajar mengendalikan komputer dan melayari Internet. Oleh itu,
mencari kaedah pembelajaran berkesan sering menjadi isu penting dalam bidang pendidikan.

Kebanyakan pensyarah dan pelajar menggunakan komputer yang disertakan dengan
internet bagi tujuan pembelajaran dan pengajaran. Pada masa kini, penggunaan komputer dan
internet amat penting kepada pensyarah dan pelajar bagi menghasilkan proses P&P yang
berhasil dan berkesan. Penggunaan komputer dan internet kini makin diminati dan digemari
oleh para pensyarah. Namun pendekatan secara tradisional mula ditinggalkan. Menurut
Zainudin (2008), beliau menyatakan pendekatan pengajaran secara tradisional secara sogokan
nota-nota seharusnya di kikis dari pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan
pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat. Ini kerana dengan adanya
komputer dan internet, segala kerja, urusan dan pencarian maklumat dapat dilakukan dengan
lebih cepat dan mudah. Sebagaimana menurut Rozinah (2000), iaitu cara yang paling
berkesan untuk memanfaatkan keupayaan komputer adalah menjadikannya alat untuk
membantu kerja-kerja kita supaya menjadi lebih mudah dan berkesan.

Menurut Gagne dan Briggs dalam Rosenberg (2000), komputer dapat digunakan
sebagai media pembelajaran kerana komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki
oleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer. Di mana dengan adanya
komputer, pelajar boleh mengakses maklumat yang dikehendaki dengan lebih pantas
berbanding dengan penerangan dan nota yang diberikan oleh guru. Komputer juga dapat
menarik perhatian pelajar untuk belajar dan pelajar berasa lebih seronok dengan
pembelajaran yang berlangsung tersebut. Dengan ini, kaedah pembelajaran melalui komputer
dan internet, ia dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menentukan haluan dan
kamajuan pembelajaran masing-masing. Malah para pelajar juga turut dirangsang untuk
melibatkan diri secara lebih aktif di dalam pembelajaran masing-masing dan secara
langsungnya dapat menghilangkan rasa bosan dan seterusnya menjadi lebih bermotivasi
untuk mengetahui lebih banyak maklumat selanjutnya.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa perubahan penting telah berlaku
dalam sistem pendidikan di rantau Asia yang guru-guru khususnya dikehendaki
mempertingkatkan kemahiran teknologi maklumat mereka (Tan et al., 1999 dalam William,
2000). Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan yang berkualiti,
guru merupakan agen perubahan yang penting. Oleh itu, penguasaan teknologi maklumat
dalam kalangan guru adalah dituntut. Ia penting bukan sahaja untuk meningkatkan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran malah daripada aspek pentadbiran dan
pengurusan sekolah. Oleh itu, langkah-langkah seperti bengkel dan kursus berkaitan
teknologi maklumat giat dijalankan untuk memantapkan guru-guru khususnya dalam aspek
berkaitan teknologi maklumat.

KELEBIHAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN KOMPUTER

Pembelajaran melalui komputer mempunyai kelebihan yang tersendiri berbanding dengan
pembelajaran secara konvensional. Antaranya adalah melalui komputer, perisian multimedia
boleh diprogramkan supaya pelajar-pelajar dilibatkan secara aktif dengan cara memilih
pelbagai menu yang disediakan atau menjawab soalan-soalan tertentu. Manakala secara
konvensional pula, pemilihan pelajar adalah terhad. Komputer akan bertindak balas dengan
memaparkan maklumat tertentu berdasarkan topik yang dipilih atau ditaipkan oleh pelajar
tersebut. Manakala jika pembelajaran melalui konvensional pula kebanyakannya dikawal dan
hanya bertindak balas oleh guru pada masa tertentu. Persembahan buku tidaklah seperti
komputer yang boleh menarik perhatian pelajar dalam kelas.

Selain itu, komputer yang digunakan juga berkebolehan untuk melayan setiap
individu berdasarkan kebolehan pelajar. Pelajar akan mengalami pengalaman pembelajaran
yang berbeza berdasarkan prestasinya dalam sesuatu konsep atau isi pelajaran. Dengan
adanya komputer, komputer dapat menarik perhatian pelajar yang pandai dan tidak pandai
dalam pembelajaran di kelas. Perisian pendidikan multimedia menggabungjalinkan elemenelemen seperti teks, grafik, animasi, bunyi dan video sebagai rangsangan bagi menarik
perhatian dan minat pelajar terhadap isi pelajaran yang disampaikan. Pendekatan yang
berunsur permainan mampu menggalakkan pelajar untuk terus menggunakan perisian
pendidikan itu di samping mengekalkan minat pelajar terhadap isi pelajaran yang dipelajari.
Menurut Tengku Azman dalam Wan Azlinda dan Nor Hashimah (2001), terdapat tiga sebab
utama, komputer diperlukan dalam pendidikan, iaitu: Banyak maklumat yang boleh dicapai
oleh komputer tidak boleh dilakukan oleh manusia; Kemampuan mengumpul dan menyimpan
maklumat serta pengetahuan hanya dapat dikelolakan dengan cekap oleh komputer dan
maklumat dan pengetahuan menjadi kunci untuk ikhtiar dalam kehidupan manusia.

KESAN KOMPUTER TERHADAP KURIKULUM

Penggunaan komputer dalam pembelajaran dan pengajaran samada di dalam kelas mahupun
makmal memberi impak atau kesan terhadap kurikulum pelajar. Dengan adanya komputer,
pelajar dapat menguasai sesuatu pelajaran dengan mudah dan pantas. Tidak kiralah samada
pelajar tersebut pandai mahupun tidak. Di sini pelajar dapat meningkatkan tahap kefahaman
dan pengetahuan mereka dalam pelajaran dengan baik. Ini kerana, dengan adanya komputer,
pelajar boleh mengakses topik-topik yang diajar oleh gurunya dengan mudah dan cepat.

Komputer mempunyai fungsi yang pelbagai dalam bidang pendidikan bergantung
pada operasi penggunaannya termasuklah untuk memproses data, persembahan maklumat,
untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran dan pelbagai lagi. Disebabkan fungsi
yang pelbagai ini, Taylor (1980) telah mengklasifikasikan aplikasi-aplikasi komputer
pendidikan kepada tiga mod utama iaitu tutor, tutee dan tool. Menurut beliau, komputer
adalah dalam mod tutor apabila komputer mengajar pelajar dengan mempersembahkan
maklumat, menilai respons pelajar dan memberi maklum balas yang sesuai. Antara jenis
perisian yang memainkan peranan ini adalah latih tubi, tutorial, simulasi dan permainan
berbentuk pembelajaran dan penyelesaian masalah. Dalam mod tutee pula, komputer
bertindak sebagai pelajar manakala pengguna sebagai pengajar. Dalam situasi ini, pengguna
komputer akan mengajar komputer belajar atau membuat sesuatu tugasan seperti program
komputer dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan. Berbeza daripada mod tutor dan
tutee, mod tool adalah situasi apabila komputer digunakan oleh guru atau pelajar sebagai alat
(tool) untuk membuat sesuatu kerja seperti pemprosesan perkataan, grafik, pangkalan data,
hamparan elektronik, persembahan dan sebagainya. Oleh sebab itu, komputer mampu
meningkatkan pencapaian pelajar dalam kurikulum, terutamanya dalam mata pelajaran yang
diambil di sekolah tersebut secara tidak langsung.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, penggunaan komputer dalam pembelajaran dan pengajaran (P&P)
dapat memberi kesan yang mendalam kepada pelajar dan guru di dalam kelas. Ini kerana,
dengan adanya komputer, pelajar dan guru dapat melakukan sesuatu tugas yang dikehendaki
dengan mudah, cepat dan pantas. Dengan berbantukan komputer, guru dapat melakukan atau
menjalankan proses pengajaran dengan berkesan dan berkualiti. Manakala terhadap pelajar
pula, dengan adanya komputer, ia dapat membantu pelajar untuk mengakses mana-mana
bahagian yang tidak dapat mereka fahami dengan jelas melalui penerangan guru. Dengan
menggunakan komputer juga, ia dapat menarik perhatian pelajar samada pelajar pandai
mahupun pelajar yang tidak pandai terhadap pelajaran. Ini disebabkan oleh gaya
persembahan melalui komputer lebih menarik perhatian pelajar untuk menerokainya
berbanding dengan gaya penyampaian guru di dalam kelas. Oleh sebab itu, pembelajaran dan
pengajaran menggunakan komputer lebih menarik dan effisen berbanding dengan
pembelajaran secara konvensional. Namun, pembelajaran berbantukan komputer ada
kelebihan dan kekurangannya juga.
RUJUKAN

Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Hj. Siarap, & Hasrina Mustafa. Penggunaan Komputer
Dalam Pengajaran-Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah: Satu
Kajian Kes Di Pulau Pinang. Kajian Malaysia, Vol. XXIV, No. 1 & 2, 2006.
Johan @ Eddy Luaran. Perkembangan, Cabaran Dan Aplikasi Teknologi Maklumat Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Di Malaysia. Universiti Teknologi Mara: 2008.
Nor Hazidah Bt Awang. Penggunaan Internet Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sek
Men. Keb. Damansara Jaya. Tesis Sarjana. Universiti Malaya : 2005.
Prof Dr Jailani Md Yunos, Prof Dr Sulaiman Yamin, Dr. Baharum Muhammad, Dr. Ahmad
Esa, Zurina Yasak & Anizam Mohamed Yusof. Peranan Multimedia Dan Guru
Dalam Pengajaran Sains, Matematik Dan Teknikal Dalam Bahasa Inggeris.
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: 2004.
Zaidatun Tasir, Jamalludin Harun & Lim Ser Yen. Faktor Penggunaan Komputer Dan
Kaitannya Dengan Kesediaan Mengikuti Pembelajaran Dalam Talian Di Kalangan
Pelajar Sarjana. Jurnal Teknologi. Universiti Teknologi Malaysia. 44(E) Jun 2006:
75–91.
Zainudin Bin Hassan & Muhamad Azam Bin Jaafar. Penggunaan Komputer Dan Internet
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kalangan Guru Sekolah Menengah Di
Daerah Pasir Mas, Kelantan. Universiti Teknologi Malaysia: 2008.

More Related Content

What's hot

Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPPengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
Aina Shafina
 
Makalah ict
Makalah ictMakalah ict
Guru dalam pengajaran
Guru dalam pengajaranGuru dalam pengajaran
Guru dalam pengajaranMohamad Ishak
 
Pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia di kalangan
Pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia di kalangan Pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia di kalangan
Pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia di kalangan
Muhammad Akbar
 
Asimen hbef233
Asimen hbef233Asimen hbef233
Asimen hbef233
ainuldindin
 
Perlukah Guru SD Memiliki Kemampuan ICT
Perlukah Guru SD Memiliki Kemampuan ICTPerlukah Guru SD Memiliki Kemampuan ICT
Perlukah Guru SD Memiliki Kemampuan ICTMeutia Anis
 
Makalah Dampak Infomatika di Bidang Pendidikan
Makalah Dampak Infomatika di Bidang PendidikanMakalah Dampak Infomatika di Bidang Pendidikan
Makalah Dampak Infomatika di Bidang Pendidikan
Mutiara Nofitasari
 
Pemanfaatan teknologi informasi dan komunikasi sebagai media pembelajaran
Pemanfaatan teknologi informasi dan komunikasi sebagai media pembelajaranPemanfaatan teknologi informasi dan komunikasi sebagai media pembelajaran
Pemanfaatan teknologi informasi dan komunikasi sebagai media pembelajaranguest2d1e29
 
Peran internet dalam proses pembelajaran
Peran internet dalam proses pembelajaranPeran internet dalam proses pembelajaran
Peran internet dalam proses pembelajaran
taufiq hafizh
 
Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah Pendengaran
Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah PendengaranPenggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah Pendengaran
Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah PendengaranHidayah Azhar
 
Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah Pembelajaran
Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah PembelajaranAplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah Pembelajaran
Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah PembelajaranFarah Liyana Sholehhuddin
 
Teknologi komunikasi & maklumat dalam program pendidikan khas
Teknologi komunikasi & maklumat dalam program pendidikan khasTeknologi komunikasi & maklumat dalam program pendidikan khas
Teknologi komunikasi & maklumat dalam program pendidikan khas
kakmila
 
Peranan ict dalam bilik darjah 2
Peranan ict dalam bilik darjah 2Peranan ict dalam bilik darjah 2
Peranan ict dalam bilik darjah 2
Naque Stylolito
 
Pengembangan media pembelajaran berbasis ict
Pengembangan media pembelajaran berbasis ictPengembangan media pembelajaran berbasis ict
Pengembangan media pembelajaran berbasis ictyommi25
 
Jurnal penelitian
Jurnal penelitianJurnal penelitian
Jurnal penelitianuiia
 
Hubungan teknologi dengan dunia pendidikan
Hubungan teknologi dengan dunia pendidikanHubungan teknologi dengan dunia pendidikan
Hubungan teknologi dengan dunia pendidikanSupratno Ani
 
What's hot (20)

Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPPengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
 
Makalah ict
Makalah ictMakalah ict
Makalah ict
 
Guru dalam pengajaran
Guru dalam pengajaranGuru dalam pengajaran
Guru dalam pengajaran
 
Pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia di kalangan
Pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia di kalangan Pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia di kalangan
Pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia di kalangan
 
Eseimen 3109
Eseimen 3109Eseimen 3109
Eseimen 3109
 
Teknologi
TeknologiTeknologi
Teknologi
 
Asimen hbef233
Asimen hbef233Asimen hbef233
Asimen hbef233
 
Perlukah Guru SD Memiliki Kemampuan ICT
Perlukah Guru SD Memiliki Kemampuan ICTPerlukah Guru SD Memiliki Kemampuan ICT
Perlukah Guru SD Memiliki Kemampuan ICT
 
Makalah Dampak Infomatika di Bidang Pendidikan
Makalah Dampak Infomatika di Bidang PendidikanMakalah Dampak Infomatika di Bidang Pendidikan
Makalah Dampak Infomatika di Bidang Pendidikan
 
Pemanfaatan teknologi informasi dan komunikasi sebagai media pembelajaran
Pemanfaatan teknologi informasi dan komunikasi sebagai media pembelajaranPemanfaatan teknologi informasi dan komunikasi sebagai media pembelajaran
Pemanfaatan teknologi informasi dan komunikasi sebagai media pembelajaran
 
Peran internet dalam proses pembelajaran
Peran internet dalam proses pembelajaranPeran internet dalam proses pembelajaran
Peran internet dalam proses pembelajaran
 
Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah Pendengaran
Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah PendengaranPenggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah Pendengaran
Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah Pendengaran
 
Esei siap
Esei siapEsei siap
Esei siap
 
Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah Pembelajaran
Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah PembelajaranAplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah Pembelajaran
Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah Pembelajaran
 
Bab i4
Bab i4Bab i4
Bab i4
 
Teknologi komunikasi & maklumat dalam program pendidikan khas
Teknologi komunikasi & maklumat dalam program pendidikan khasTeknologi komunikasi & maklumat dalam program pendidikan khas
Teknologi komunikasi & maklumat dalam program pendidikan khas
 
Peranan ict dalam bilik darjah 2
Peranan ict dalam bilik darjah 2Peranan ict dalam bilik darjah 2
Peranan ict dalam bilik darjah 2
 
Pengembangan media pembelajaran berbasis ict
Pengembangan media pembelajaran berbasis ictPengembangan media pembelajaran berbasis ict
Pengembangan media pembelajaran berbasis ict
 
Jurnal penelitian
Jurnal penelitianJurnal penelitian
Jurnal penelitian
 
Hubungan teknologi dengan dunia pendidikan
Hubungan teknologi dengan dunia pendidikanHubungan teknologi dengan dunia pendidikan
Hubungan teknologi dengan dunia pendidikan
 
Viewers also liked

Universal Design
Universal DesignUniversal Design
Universal Designparkws3
 
Bài thuốc truyền đời chữa bệnh trĩ của lương y hà thành
Bài thuốc truyền đời chữa bệnh trĩ của lương y hà thànhBài thuốc truyền đời chữa bệnh trĩ của lương y hà thành
Bài thuốc truyền đời chữa bệnh trĩ của lương y hà thành
Hihi Kệ Em
 
Chữa khỏi bệnh gút bằng những loại cây rừng cho hàng nghìn người.
Chữa khỏi bệnh gút bằng những loại cây rừng cho hàng nghìn người.Chữa khỏi bệnh gút bằng những loại cây rừng cho hàng nghìn người.
Chữa khỏi bệnh gút bằng những loại cây rừng cho hàng nghìn người.
Hihi Kệ Em
 
Financial planning strategies towards retirement as perceived by potential r...
Financial planning strategies towards retirement as perceived by potential  r...Financial planning strategies towards retirement as perceived by potential  r...
Financial planning strategies towards retirement as perceived by potential r...
Alexander Decker
 
[KOSSA] C++ Programming - 16th Study - STL #2
[KOSSA] C++ Programming - 16th Study - STL #2[KOSSA] C++ Programming - 16th Study - STL #2
[KOSSA] C++ Programming - 16th Study - STL #2
Seok-joon Yun
 
Gonadal histo morphology and antifertility effects of bonny light crude oil i...
Gonadal histo morphology and antifertility effects of bonny light crude oil i...Gonadal histo morphology and antifertility effects of bonny light crude oil i...
Gonadal histo morphology and antifertility effects of bonny light crude oil i...
Alexander Decker
 
Globalising the french language neo-colonialism or development
Globalising the french language  neo-colonialism or developmentGlobalising the french language  neo-colonialism or development
Globalising the french language neo-colonialism or development
Alexander Decker
 
Financial liberalization on broad money
Financial liberalization on broad moneyFinancial liberalization on broad money
Financial liberalization on broad money
Alexander Decker
 
แนวข้อสอบนายทหารบริการจัดเลี้ยง กองทัพอากาศ
แนวข้อสอบนายทหารบริการจัดเลี้ยง กองทัพอากาศแนวข้อสอบนายทหารบริการจัดเลี้ยง กองทัพอากาศ
แนวข้อสอบนายทหารบริการจัดเลี้ยง กองทัพอากาศ
kidsana pajjaika
 
แนวข้อสอบนายทหารบัญชี การเงิน ตรวจสอบ กองทัพอากาศ
แนวข้อสอบนายทหารบัญชี การเงิน ตรวจสอบ กองทัพอากาศแนวข้อสอบนายทหารบัญชี การเงิน ตรวจสอบ กองทัพอากาศ
แนวข้อสอบนายทหารบัญชี การเงิน ตรวจสอบ กองทัพอากาศ
kidsana pajjaika
 
Why does Molahaimian the star retire
Why does Molahaimian the star retireWhy does Molahaimian the star retire
Why does Molahaimian the star retireAlon Molahaimian
 
Fertility behaviour and women's empowerment in oyo state
Fertility behaviour and women's empowerment in oyo stateFertility behaviour and women's empowerment in oyo state
Fertility behaviour and women's empowerment in oyo state
Alexander Decker
 
Green supply chain management
Green supply chain managementGreen supply chain management
Green supply chain management
Alexander Decker
 
แนวข้อสอบเทคโนโลยีสื่อสารมวลชน กองทัพอากาศ
แนวข้อสอบเทคโนโลยีสื่อสารมวลชน กองทัพอากาศแนวข้อสอบเทคโนโลยีสื่อสารมวลชน กองทัพอากาศ
แนวข้อสอบเทคโนโลยีสื่อสารมวลชน กองทัพอากาศ
kidsana pajjaika
 
Forecasting demand for petroleum products in ghana using time series models
Forecasting demand for petroleum products in ghana using time series modelsForecasting demand for petroleum products in ghana using time series models
Forecasting demand for petroleum products in ghana using time series models
Alexander Decker
 
แนวข้อสอบนายทหารโครงการ ข้อมูล แผนที่ กองทัพอากาศ
แนวข้อสอบนายทหารโครงการ ข้อมูล แผนที่ กองทัพอากาศแนวข้อสอบนายทหารโครงการ ข้อมูล แผนที่ กองทัพอากาศ
แนวข้อสอบนายทหารโครงการ ข้อมูล แผนที่ กองทัพอากาศ
kidsana pajjaika
 
Viewers also liked (20)

St 1
St 1St 1
St 1
 
Universal Design
Universal DesignUniversal Design
Universal Design
 
Bài thuốc truyền đời chữa bệnh trĩ của lương y hà thành
Bài thuốc truyền đời chữa bệnh trĩ của lương y hà thànhBài thuốc truyền đời chữa bệnh trĩ của lương y hà thành
Bài thuốc truyền đời chữa bệnh trĩ của lương y hà thành
 
Chữa khỏi bệnh gút bằng những loại cây rừng cho hàng nghìn người.
Chữa khỏi bệnh gút bằng những loại cây rừng cho hàng nghìn người.Chữa khỏi bệnh gút bằng những loại cây rừng cho hàng nghìn người.
Chữa khỏi bệnh gút bằng những loại cây rừng cho hàng nghìn người.
 
Pompa
PompaPompa
Pompa
 
Marketing - Axe
Marketing - AxeMarketing - Axe
Marketing - Axe
 
Financial planning strategies towards retirement as perceived by potential r...
Financial planning strategies towards retirement as perceived by potential  r...Financial planning strategies towards retirement as perceived by potential  r...
Financial planning strategies towards retirement as perceived by potential r...
 
[KOSSA] C++ Programming - 16th Study - STL #2
[KOSSA] C++ Programming - 16th Study - STL #2[KOSSA] C++ Programming - 16th Study - STL #2
[KOSSA] C++ Programming - 16th Study - STL #2
 
Gonadal histo morphology and antifertility effects of bonny light crude oil i...
Gonadal histo morphology and antifertility effects of bonny light crude oil i...Gonadal histo morphology and antifertility effects of bonny light crude oil i...
Gonadal histo morphology and antifertility effects of bonny light crude oil i...
 
Globalising the french language neo-colonialism or development
Globalising the french language  neo-colonialism or developmentGlobalising the french language  neo-colonialism or development
Globalising the french language neo-colonialism or development
 
Financial liberalization on broad money
Financial liberalization on broad moneyFinancial liberalization on broad money
Financial liberalization on broad money
 
แนวข้อสอบนายทหารบริการจัดเลี้ยง กองทัพอากาศ
แนวข้อสอบนายทหารบริการจัดเลี้ยง กองทัพอากาศแนวข้อสอบนายทหารบริการจัดเลี้ยง กองทัพอากาศ
แนวข้อสอบนายทหารบริการจัดเลี้ยง กองทัพอากาศ
 
แนวข้อสอบนายทหารบัญชี การเงิน ตรวจสอบ กองทัพอากาศ
แนวข้อสอบนายทหารบัญชี การเงิน ตรวจสอบ กองทัพอากาศแนวข้อสอบนายทหารบัญชี การเงิน ตรวจสอบ กองทัพอากาศ
แนวข้อสอบนายทหารบัญชี การเงิน ตรวจสอบ กองทัพอากาศ
 
Why does Molahaimian the star retire
Why does Molahaimian the star retireWhy does Molahaimian the star retire
Why does Molahaimian the star retire
 
Fertility behaviour and women's empowerment in oyo state
Fertility behaviour and women's empowerment in oyo stateFertility behaviour and women's empowerment in oyo state
Fertility behaviour and women's empowerment in oyo state
 
cv-zeina
cv-zeinacv-zeina
cv-zeina
 
Green supply chain management
Green supply chain managementGreen supply chain management
Green supply chain management
 
แนวข้อสอบเทคโนโลยีสื่อสารมวลชน กองทัพอากาศ
แนวข้อสอบเทคโนโลยีสื่อสารมวลชน กองทัพอากาศแนวข้อสอบเทคโนโลยีสื่อสารมวลชน กองทัพอากาศ
แนวข้อสอบเทคโนโลยีสื่อสารมวลชน กองทัพอากาศ
 
Forecasting demand for petroleum products in ghana using time series models
Forecasting demand for petroleum products in ghana using time series modelsForecasting demand for petroleum products in ghana using time series models
Forecasting demand for petroleum products in ghana using time series models
 
แนวข้อสอบนายทหารโครงการ ข้อมูล แผนที่ กองทัพอากาศ
แนวข้อสอบนายทหารโครงการ ข้อมูล แผนที่ กองทัพอากาศแนวข้อสอบนายทหารโครงการ ข้อมูล แผนที่ กองทัพอากาศ
แนวข้อสอบนายทหารโครงการ ข้อมูล แผนที่ กองทัพอากาศ
 
Similar to Phototalk rosmawani

Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanMultimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanSiti Zulaikha
 
Ulasan jurnal kpt6044 pembelajaran berasaskan elektronik dan web
Ulasan jurnal kpt6044   pembelajaran berasaskan elektronik dan webUlasan jurnal kpt6044   pembelajaran berasaskan elektronik dan web
Ulasan jurnal kpt6044 pembelajaran berasaskan elektronik dan web
cekgu Azam
 
Komputer pendidikan 1
Komputer pendidikan 1Komputer pendidikan 1
Komputer pendidikan 1
Siti Ningrum
 
Media pembelaaran berbasis komputer
Media pembelaaran berbasis komputerMedia pembelaaran berbasis komputer
Media pembelaaran berbasis komputer
indaahfbr
 
Sim,tika agustina, prof. dr. ir. hapzi ali, cma. sim, pengenalan e learning
Sim,tika agustina, prof. dr. ir. hapzi ali, cma. sim, pengenalan e learningSim,tika agustina, prof. dr. ir. hapzi ali, cma. sim, pengenalan e learning
Sim,tika agustina, prof. dr. ir. hapzi ali, cma. sim, pengenalan e learning
Tikaagustina242
 
PERANAN ICT
PERANAN ICTPERANAN ICT
PERANAN ICT
Jenry Saiparudin
 
PERANAN ICT
PERANAN ICTPERANAN ICT
PERANAN ICT
Jenry Saiparudin
 
Ict dalm pembelajaran
Ict dalm pembelajaranIct dalm pembelajaran
Ict dalm pembelajaranpeggylau9318
 
SIM 14, SHUFI NOOR, PROF. Dr. HAPZI ALI CMA, PENGENALAN E-LEARNING, UNIVERSIT...
SIM 14, SHUFI NOOR, PROF. Dr. HAPZI ALI CMA, PENGENALAN E-LEARNING, UNIVERSIT...SIM 14, SHUFI NOOR, PROF. Dr. HAPZI ALI CMA, PENGENALAN E-LEARNING, UNIVERSIT...
SIM 14, SHUFI NOOR, PROF. Dr. HAPZI ALI CMA, PENGENALAN E-LEARNING, UNIVERSIT...
shufynoor
 
Peranan teknologi dalam pengajaran
Peranan teknologi dalam pengajaranPeranan teknologi dalam pengajaran
Peranan teknologi dalam pengajaranZaini Nie
 
Tugas sistem informasi manajemen feliks 43218110078 (14)
Tugas sistem informasi manajemen feliks 43218110078 (14)Tugas sistem informasi manajemen feliks 43218110078 (14)
Tugas sistem informasi manajemen feliks 43218110078 (14)
felikstevanus
 
SIM, Dwi Yuliyanah, Hapzi Ali, Pengenalan E-Learning, Universitas Mercu Buan...
SIM, Dwi Yuliyanah, Hapzi Ali,  Pengenalan E-Learning, Universitas Mercu Buan...SIM, Dwi Yuliyanah, Hapzi Ali,  Pengenalan E-Learning, Universitas Mercu Buan...
SIM, Dwi Yuliyanah, Hapzi Ali, Pengenalan E-Learning, Universitas Mercu Buan...
Dwi Yuliyanah
 
Presentation1 hasil observasi
Presentation1 hasil observasiPresentation1 hasil observasi
Presentation1 hasil observasi
miaparamita95
 
Strategi guru pai dalam pengembangan media dan ict dan pembelajaran bermutu p...
Strategi guru pai dalam pengembangan media dan ict dan pembelajaran bermutu p...Strategi guru pai dalam pengembangan media dan ict dan pembelajaran bermutu p...
Strategi guru pai dalam pengembangan media dan ict dan pembelajaran bermutu p...
latansa.com
 
Similar to Phototalk rosmawani (20)

tugasan1
tugasan1tugasan1
tugasan1
 
Ict
IctIct
Ict
 
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanMultimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
 
Ulasan jurnal kpt6044 pembelajaran berasaskan elektronik dan web
Ulasan jurnal kpt6044   pembelajaran berasaskan elektronik dan webUlasan jurnal kpt6044   pembelajaran berasaskan elektronik dan web
Ulasan jurnal kpt6044 pembelajaran berasaskan elektronik dan web
 
Komputer pendidikan 1
Komputer pendidikan 1Komputer pendidikan 1
Komputer pendidikan 1
 
Media pembelaaran berbasis komputer
Media pembelaaran berbasis komputerMedia pembelaaran berbasis komputer
Media pembelaaran berbasis komputer
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Sim,tika agustina, prof. dr. ir. hapzi ali, cma. sim, pengenalan e learning
Sim,tika agustina, prof. dr. ir. hapzi ali, cma. sim, pengenalan e learningSim,tika agustina, prof. dr. ir. hapzi ali, cma. sim, pengenalan e learning
Sim,tika agustina, prof. dr. ir. hapzi ali, cma. sim, pengenalan e learning
 
PERANAN ICT
PERANAN ICTPERANAN ICT
PERANAN ICT
 
PERANAN ICT
PERANAN ICTPERANAN ICT
PERANAN ICT
 
Ict dalm pembelajaran
Ict dalm pembelajaranIct dalm pembelajaran
Ict dalm pembelajaran
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
SIM 14, SHUFI NOOR, PROF. Dr. HAPZI ALI CMA, PENGENALAN E-LEARNING, UNIVERSIT...
SIM 14, SHUFI NOOR, PROF. Dr. HAPZI ALI CMA, PENGENALAN E-LEARNING, UNIVERSIT...SIM 14, SHUFI NOOR, PROF. Dr. HAPZI ALI CMA, PENGENALAN E-LEARNING, UNIVERSIT...
SIM 14, SHUFI NOOR, PROF. Dr. HAPZI ALI CMA, PENGENALAN E-LEARNING, UNIVERSIT...
 
Peranan teknologi dalam pengajaran
Peranan teknologi dalam pengajaranPeranan teknologi dalam pengajaran
Peranan teknologi dalam pengajaran
 
Tugas sistem informasi manajemen feliks 43218110078 (14)
Tugas sistem informasi manajemen feliks 43218110078 (14)Tugas sistem informasi manajemen feliks 43218110078 (14)
Tugas sistem informasi manajemen feliks 43218110078 (14)
 
SIM, Dwi Yuliyanah, Hapzi Ali, Pengenalan E-Learning, Universitas Mercu Buan...
SIM, Dwi Yuliyanah, Hapzi Ali,  Pengenalan E-Learning, Universitas Mercu Buan...SIM, Dwi Yuliyanah, Hapzi Ali,  Pengenalan E-Learning, Universitas Mercu Buan...
SIM, Dwi Yuliyanah, Hapzi Ali, Pengenalan E-Learning, Universitas Mercu Buan...
 
Presentation1 hasil observasi
Presentation1 hasil observasiPresentation1 hasil observasi
Presentation1 hasil observasi
 
Strategi guru pai dalam pengembangan media dan ict dan pembelajaran bermutu p...
Strategi guru pai dalam pengembangan media dan ict dan pembelajaran bermutu p...Strategi guru pai dalam pengembangan media dan ict dan pembelajaran bermutu p...
Strategi guru pai dalam pengembangan media dan ict dan pembelajaran bermutu p...
 
Strategi guru pai dalam pengembangan media dan ict dan pembelajaran bermutu p...
Strategi guru pai dalam pengembangan media dan ict dan pembelajaran bermutu p...Strategi guru pai dalam pengembangan media dan ict dan pembelajaran bermutu p...
Strategi guru pai dalam pengembangan media dan ict dan pembelajaran bermutu p...
 
Recently uploaded

LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
widyakusuma99
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptxPPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
Kurnia Fajar
 
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawasPrensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
suprihatin1885
 
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
SABDA
 
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdfNUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
DataSupriatna
 
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
setiatinambunan
 
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
MirnasariMutmainna1
 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
SEMUELSAMBOKARAENG
 
813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx
813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx
813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx
RinawatiRinawati10
 
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docxRUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
lastri261
 
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdfINDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
NurSriWidyastuti1
 
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-OndelSebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
ferrydmn1999
 
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptxRANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
SurosoSuroso19
 
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBIVISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
gloriosaesy
 
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docxForm B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
EkoPutuKromo
 
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdfPPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
safitriana935
 
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptxPRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
muhammadyudiyanto55
 
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptxSOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
astridamalia20
 
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdfProgram Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
erlita3
 
Recently uploaded (20)

Phototalk rosmawani

  • 1. Tugasan 1 : “Phototalk” Tarikh : 11 Disember 2013 Masa : 3.30 PM Lokasi : Makmal Multimedia (MMI), FPTV Resolusi : 3.2 Mbps Jenis Kamera: Kamera handphone PENGENALAN Gambar di atas menunjukan kecanggihan dan perkembangan dalam penggunaan komputer dalam makmal pada masa kini. Komputer ini digunakan sebagai medium dalam proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mempengaruhi budaya kehidupan pada masa kini terutamanya dalam bidang pendidikan. Dalam bidang pendidikan, pengaplikasian teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi guru. Beberapa penyelidikan lepas telah membuktikan bahawa penggunaan teknologi dalam pembelajaran dan pengajaran dalam kelas telah dapat merevolusikan teknik pengajaran guru, kaedah murid belajar dan secara keseluruhannya cara pendidikan dikendalikan sesuai dengan masa kini.
  • 2. Kajian terhadap penggunaan komputer telah banyak dijalankan di kalangan pelajar sekolah dan majoritinya berkisar pada sikap dan persepsi pelajar (Liew, 1995; Wan Azlinda dan Nor Hashimah, 2001); faktor-faktor yang mempengaruhi akses dan penggunaan komputer di kalangan pelajar biasa dan pelajar kurang upaya (Greenspan, 2000); ruangan dan sifat penggunaan komputer serta faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan komputer di sekolah tinggi (Lancaster, 2001); faktor-faktor penggunaan komputer di sekolah-sekolah (Yong dan Frank, 2003); hubungan pembacaan dengan penggunaan komputer di kalangan remaja (Butenko, 2003) dan perbezaan umur dan jantina dalam penggunaan dan sikap terhadap komputer di kalangan pelajar sekolah menengah (Colley dan Comber, 2003). Tidak kurang juga kajian-kajian terhadap penggunaan komputer yang dijalankan di kalangan pelajar kolej atau universiti. Nik Ajis (1989) menyatakan pendidikan komputer dalam kurikulum melibatkan tiga peranan penting dan salah satunya ialah penggunaan komputer untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan komputer dan multimedia pada masa kini telah menjadi sebahagian dari hidup kita. Perjalanan tugas seharian menjadi semakin mudah dan tanpa disedari kita semakin bergantung kepadanya. Dalam bidang pendidikan pula, penggunaan multimedia terutamanya komputer telah meresap di setiap bilik darjah. Menurut Weiss (2001) pula, penggunaan komputer dan Internet mampu mengubah banyak aspek penting dalam bidang pendidikan. Guru merupakan golongan yang memainkan peranan penting dalam membantu pelajar mengendalikan komputer dan melayari Internet. Oleh itu, mencari kaedah pembelajaran berkesan sering menjadi isu penting dalam bidang pendidikan. Kebanyakan pensyarah dan pelajar menggunakan komputer yang disertakan dengan internet bagi tujuan pembelajaran dan pengajaran. Pada masa kini, penggunaan komputer dan internet amat penting kepada pensyarah dan pelajar bagi menghasilkan proses P&P yang berhasil dan berkesan. Penggunaan komputer dan internet kini makin diminati dan digemari oleh para pensyarah. Namun pendekatan secara tradisional mula ditinggalkan. Menurut Zainudin (2008), beliau menyatakan pendekatan pengajaran secara tradisional secara sogokan nota-nota seharusnya di kikis dari pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat. Ini kerana dengan adanya komputer dan internet, segala kerja, urusan dan pencarian maklumat dapat dilakukan dengan lebih cepat dan mudah. Sebagaimana menurut Rozinah (2000), iaitu cara yang paling
  • 3. berkesan untuk memanfaatkan keupayaan komputer adalah menjadikannya alat untuk membantu kerja-kerja kita supaya menjadi lebih mudah dan berkesan. Menurut Gagne dan Briggs dalam Rosenberg (2000), komputer dapat digunakan sebagai media pembelajaran kerana komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer. Di mana dengan adanya komputer, pelajar boleh mengakses maklumat yang dikehendaki dengan lebih pantas berbanding dengan penerangan dan nota yang diberikan oleh guru. Komputer juga dapat menarik perhatian pelajar untuk belajar dan pelajar berasa lebih seronok dengan pembelajaran yang berlangsung tersebut. Dengan ini, kaedah pembelajaran melalui komputer dan internet, ia dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menentukan haluan dan kamajuan pembelajaran masing-masing. Malah para pelajar juga turut dirangsang untuk melibatkan diri secara lebih aktif di dalam pembelajaran masing-masing dan secara langsungnya dapat menghilangkan rasa bosan dan seterusnya menjadi lebih bermotivasi untuk mengetahui lebih banyak maklumat selanjutnya. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa perubahan penting telah berlaku dalam sistem pendidikan di rantau Asia yang guru-guru khususnya dikehendaki mempertingkatkan kemahiran teknologi maklumat mereka (Tan et al., 1999 dalam William, 2000). Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan yang berkualiti, guru merupakan agen perubahan yang penting. Oleh itu, penguasaan teknologi maklumat dalam kalangan guru adalah dituntut. Ia penting bukan sahaja untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran malah daripada aspek pentadbiran dan pengurusan sekolah. Oleh itu, langkah-langkah seperti bengkel dan kursus berkaitan teknologi maklumat giat dijalankan untuk memantapkan guru-guru khususnya dalam aspek berkaitan teknologi maklumat. KELEBIHAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN KOMPUTER Pembelajaran melalui komputer mempunyai kelebihan yang tersendiri berbanding dengan pembelajaran secara konvensional. Antaranya adalah melalui komputer, perisian multimedia boleh diprogramkan supaya pelajar-pelajar dilibatkan secara aktif dengan cara memilih pelbagai menu yang disediakan atau menjawab soalan-soalan tertentu. Manakala secara
  • 4. konvensional pula, pemilihan pelajar adalah terhad. Komputer akan bertindak balas dengan memaparkan maklumat tertentu berdasarkan topik yang dipilih atau ditaipkan oleh pelajar tersebut. Manakala jika pembelajaran melalui konvensional pula kebanyakannya dikawal dan hanya bertindak balas oleh guru pada masa tertentu. Persembahan buku tidaklah seperti komputer yang boleh menarik perhatian pelajar dalam kelas. Selain itu, komputer yang digunakan juga berkebolehan untuk melayan setiap individu berdasarkan kebolehan pelajar. Pelajar akan mengalami pengalaman pembelajaran yang berbeza berdasarkan prestasinya dalam sesuatu konsep atau isi pelajaran. Dengan adanya komputer, komputer dapat menarik perhatian pelajar yang pandai dan tidak pandai dalam pembelajaran di kelas. Perisian pendidikan multimedia menggabungjalinkan elemenelemen seperti teks, grafik, animasi, bunyi dan video sebagai rangsangan bagi menarik perhatian dan minat pelajar terhadap isi pelajaran yang disampaikan. Pendekatan yang berunsur permainan mampu menggalakkan pelajar untuk terus menggunakan perisian pendidikan itu di samping mengekalkan minat pelajar terhadap isi pelajaran yang dipelajari. Menurut Tengku Azman dalam Wan Azlinda dan Nor Hashimah (2001), terdapat tiga sebab utama, komputer diperlukan dalam pendidikan, iaitu: Banyak maklumat yang boleh dicapai oleh komputer tidak boleh dilakukan oleh manusia; Kemampuan mengumpul dan menyimpan maklumat serta pengetahuan hanya dapat dikelolakan dengan cekap oleh komputer dan maklumat dan pengetahuan menjadi kunci untuk ikhtiar dalam kehidupan manusia. KESAN KOMPUTER TERHADAP KURIKULUM Penggunaan komputer dalam pembelajaran dan pengajaran samada di dalam kelas mahupun makmal memberi impak atau kesan terhadap kurikulum pelajar. Dengan adanya komputer, pelajar dapat menguasai sesuatu pelajaran dengan mudah dan pantas. Tidak kiralah samada pelajar tersebut pandai mahupun tidak. Di sini pelajar dapat meningkatkan tahap kefahaman dan pengetahuan mereka dalam pelajaran dengan baik. Ini kerana, dengan adanya komputer, pelajar boleh mengakses topik-topik yang diajar oleh gurunya dengan mudah dan cepat. Komputer mempunyai fungsi yang pelbagai dalam bidang pendidikan bergantung pada operasi penggunaannya termasuklah untuk memproses data, persembahan maklumat, untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran dan pelbagai lagi. Disebabkan fungsi
  • 5. yang pelbagai ini, Taylor (1980) telah mengklasifikasikan aplikasi-aplikasi komputer pendidikan kepada tiga mod utama iaitu tutor, tutee dan tool. Menurut beliau, komputer adalah dalam mod tutor apabila komputer mengajar pelajar dengan mempersembahkan maklumat, menilai respons pelajar dan memberi maklum balas yang sesuai. Antara jenis perisian yang memainkan peranan ini adalah latih tubi, tutorial, simulasi dan permainan berbentuk pembelajaran dan penyelesaian masalah. Dalam mod tutee pula, komputer bertindak sebagai pelajar manakala pengguna sebagai pengajar. Dalam situasi ini, pengguna komputer akan mengajar komputer belajar atau membuat sesuatu tugasan seperti program komputer dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan. Berbeza daripada mod tutor dan tutee, mod tool adalah situasi apabila komputer digunakan oleh guru atau pelajar sebagai alat (tool) untuk membuat sesuatu kerja seperti pemprosesan perkataan, grafik, pangkalan data, hamparan elektronik, persembahan dan sebagainya. Oleh sebab itu, komputer mampu meningkatkan pencapaian pelajar dalam kurikulum, terutamanya dalam mata pelajaran yang diambil di sekolah tersebut secara tidak langsung. KESIMPULAN Secara kesimpulannya, penggunaan komputer dalam pembelajaran dan pengajaran (P&P) dapat memberi kesan yang mendalam kepada pelajar dan guru di dalam kelas. Ini kerana, dengan adanya komputer, pelajar dan guru dapat melakukan sesuatu tugas yang dikehendaki dengan mudah, cepat dan pantas. Dengan berbantukan komputer, guru dapat melakukan atau menjalankan proses pengajaran dengan berkesan dan berkualiti. Manakala terhadap pelajar pula, dengan adanya komputer, ia dapat membantu pelajar untuk mengakses mana-mana bahagian yang tidak dapat mereka fahami dengan jelas melalui penerangan guru. Dengan menggunakan komputer juga, ia dapat menarik perhatian pelajar samada pelajar pandai mahupun pelajar yang tidak pandai terhadap pelajaran. Ini disebabkan oleh gaya persembahan melalui komputer lebih menarik perhatian pelajar untuk menerokainya berbanding dengan gaya penyampaian guru di dalam kelas. Oleh sebab itu, pembelajaran dan pengajaran menggunakan komputer lebih menarik dan effisen berbanding dengan pembelajaran secara konvensional. Namun, pembelajaran berbantukan komputer ada kelebihan dan kekurangannya juga.
  • 6. RUJUKAN Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Hj. Siarap, & Hasrina Mustafa. Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran-Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes Di Pulau Pinang. Kajian Malaysia, Vol. XXIV, No. 1 & 2, 2006. Johan @ Eddy Luaran. Perkembangan, Cabaran Dan Aplikasi Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Malaysia. Universiti Teknologi Mara: 2008. Nor Hazidah Bt Awang. Penggunaan Internet Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sek Men. Keb. Damansara Jaya. Tesis Sarjana. Universiti Malaya : 2005. Prof Dr Jailani Md Yunos, Prof Dr Sulaiman Yamin, Dr. Baharum Muhammad, Dr. Ahmad Esa, Zurina Yasak & Anizam Mohamed Yusof. Peranan Multimedia Dan Guru Dalam Pengajaran Sains, Matematik Dan Teknikal Dalam Bahasa Inggeris. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: 2004. Zaidatun Tasir, Jamalludin Harun & Lim Ser Yen. Faktor Penggunaan Komputer Dan Kaitannya Dengan Kesediaan Mengikuti Pembelajaran Dalam Talian Di Kalangan Pelajar Sarjana. Jurnal Teknologi. Universiti Teknologi Malaysia. 44(E) Jun 2006: 75–91. Zainudin Bin Hassan & Muhamad Azam Bin Jaafar. Penggunaan Komputer Dan Internet Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kalangan Guru Sekolah Menengah Di Daerah Pasir Mas, Kelantan. Universiti Teknologi Malaysia: 2008.