SlideShare a Scribd company logo
1 of 90
KONSEP KURIKULUM PJ DAN
SAINS SUKAN
MINGGU 6
HASIL PEMBELAJARAN
• Mengulas definisi kurikulum dengan menyenaraikan
elemen-elemen yang terdapat dalam kandungan
kurikulum.
• Menghubungkait kurikulum pendidikan kebangsaan
dengan kurikulum pendidikan jasmani dan
pendidikan kesihatan.
• Mengenal pasti jenis kurikulum dan peranan guru
dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan
jasmani dan pendidikan kesihatan.
• Membina kerangka konseptual struktur kurikulum
pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan.
DEFINISI KURIKULUM
• Kurikulum atau "currere" adalah bahasa Latin
yang bermaksud laluan perlumbaan.
• Perkataan tersebut sinonim dengan institusi
pendidikan yang digambarkan sebagai pusat
yang mengendalikan segala aktiviti pengajaran
dan pembelajaran sebagai proses “laluan
perlumbaan” bagi seseorang pelajar untuk
mencapai kejayaan dalam bidang
pelajarannya.
• Taba (1962) - mendefinisikan kurikulum
sebagai suatu perancangan untuk
pembelajaran.
• Definisi tersebut merujuk kepada rangka atau
model yang melibatkan proses dan kaedah
pembelajaran individu.
• Proses-proses pembelajaran melibatkan
elemen seperti objektif, isi kandungan
pelajaran, strategi pengajaran dan
pembelajaran serta penilaian pembelajaran
(Taylor, 1979).
• Neagley & Evans (1967) - kurikulum merujuk kepada
semua pengalaman pembelajaran yang dirancang
dan dilaksanakan pihak sekolah.
• Pengalaman tersebut adalah untuk membimbing
pelajar memperoleh hasil pembelajaran yang telah
ditetapkan lebih awal berdasarkan kemampuan
individu.
• Kurikulum dipersembahkan dalam keadaan yang
mudah dan selesa supaya pelajar dapat mencapai
matlamat dan objektif pembelajaran yang telah
ditetapkan dalam rancangan pembelajaran.
• Saylor & Alexander (1974) - Kurikulum
sebagai rancangan yang menyediakan semua
peluang pembelajaran dengan tujuan
memperoleh maklumat dan objektif
pendidikan di bawah bimbingan sekolah.
• Peluang pembelajaran merupakan rancangan
pelbagai aktiviti pelajaran dan di jalankan di
tempat seperti dalam bilik darjah, makmal,
bilik multimedia, padang, bilik sumber dan di
mana-mana tempat di kawasan sekolah.
• Olivia (1997) - kurikulum ialah perkara-perkara yang
diajar di sekolah, satu set pelajaran, kandungan
pelajaran, satu program pengajian, satu set bahan,
satu urutan kursus, satu set objektif pencapaian,
kursus pengajian, semua perkara yang berlaku di
sekolah termasuk kelas tambahan, kauseling dan
hubungan interpersonal, perkara yang diajar di
dalam dan di luar sekolah atas arahan pihak sekolah,
kesemua perkara yang dirancang oleh kakitangan
sekolah, beberapa siri pengalaman yang dilalui oleh
pelajar di sekolah dan pengalaman yang dilalui oleh
seseorang pelajar hasil daripada persekolahan.
Definisi oleh: Kurikulum mengandungi elemen
berikut:
Taba (1962)
Taylor (1979)
Neagley & Evans
(1967)
Saylor &
Alexander (1974)
Olivia (1997)
• Dengan menggunakan ayat sendiri, berikan
pengertian kurikulum anda.
APAKAH MAKSUD KURIKULUM
KEBANGSAAN?
APAKAH PERKAITANNYA
DENGAN KURIKULUM MATA
PELAJARAN PJ DAN SAINS
SUKAN?
“Kurikulum Kebangsaan adalah suatu program
pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan
kokurikulum yang merangkumi semua aspek
pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur
kebudayaan dan kepercayaan untuk
membantu perkembangan seseorang pelajar
dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani,
mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini
dan untuk menyampaikan pengetahuan”
(PPK, 2001).
• Kurikulum Kebangsaan digubal berlandaskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu suatu
usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada tuhan.
Matlamat Kurikulum Kebangsaan:
• Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia
dan bersatu padu
• Melahirkan insan yang beriman, berilmu,
berakhlak mulia, berketerampilan dan
sejahtera
• Menyediakan sumber tenaga manusia untuk
keperluan negara
• Memberi peluang pendidikan kepada semua
warganegara Malaysia.
Misi Kurikulum Kebangsaan
• Manakala misi kurikulum tersebut adalah
untuk membangunkan sistem pendidikan yang
berkualiti dan bertaraf dunia bagi
memperkembangkan potensi individu
sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara
Malaysia.
Hubungakait Falsafah dan
Kurikulum
• Penyataan falsafah dan kurikulum adalah
sebagai pedoman, arah tuju atau pandangan
terhadap perkara-perkara yang berkaitan
dengan pendidikan.
• Falsafah dan kurikulum menjadi dasar dan
pertimbangan asas untuk menentukan
kandungan, bahan-bahan pelajaran, strategi
pengajaran dan pembelajaran serta penilaian
supaya dapat diselaraskan dengan kurikulum
mata pelajaran.
KURIKULUM PJ
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 3/1979
bertarikh 2 Mei 1979
• Pendidikan Jasmani adalah mata pelajaran
yang diwajibkan untuk diajar di sekolah-
sekolah kerajaan.
• Waktu yang diperuntukan bagi pelajaran
Pendidikan Jasmani iaitu 60 waktu setahun x
40 minit.
• Tidak harus digunakan bagi mata pelajaran
lain.
Surat Pekeliling Ikhtisas bil
25/1998 bertarikh 18 November
1998
• juga telah memaklumkan bahawa mata
pelajaran Pendidikan Jasmani adalah mata
pelajaran teras sebagaimana diperuntukan
dalam Akta Pendidikan 1996.
Matlamat PJ
• memenuhi keperluan pertumbuhan dan
perkembangan individu bagi membentuk
masyarakat yang cergas, sejahtera dan
produktif (PPK, 2001).
• Matlamat tersebut bertujuan membantu
pelajar menjadi cergas melalui pembelajaran
aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.
Objektif PJ
• Mempertingkatkan dan mengekalkan
kecergasan berasaskan kesihatan dan
perlakuan motor;
• Menguasai kemahiran asas pergerakan dan
permainan mengikut kemampuan diri;
• Melakukan senaman dan aktiviti fizikal
sebagai rutin harian;
• Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan
keselamatan semasa menyertai pelbagai
kegiatan fizikal;
• Membentuk sahsiah dan disiplin diri; dan
• Membuat keputusan bijak dalam kehidupan.
• Oleh itu, Pendidikan Jasmani perlu
dilaksanakan dalam konteks pendidikan yang
berkesan.
• Guru seharusnya menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Jasmani berlandaskan sukatan pelajaran.
• Sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani adalah
dokumen rasmi yang diterbitkan Kementerian
Pelajaran Malaysia untuk membantu guru
merancang, melaksana dan menilai aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
• Kandungan sukatan pelajaran disusun
mengikut tiga tunjang pembelajaran iaitu
kecergasan, kemahiran dan kesukanan.
Kurikulum Pendidikan Kesihatan
Surat Pekeliling Ikhtisas bil
25/1998 bertarikh 18 November
1998
• Pendidikan Kesihatan adalah mata pelajaran
teras sebagaimana yang diperuntukan dalam
Akta Pendidikan 1996.
• Wajib diajar di sekolah-sekolah Malaysia.
• Waktu yang diperuntukan bagi pelajaran
Pendidikan Kesihatan adalah 24 waktu
setahun x 40 minit.
Matlamat PK
• Matlamat mata pelajaran Pendidikan
Kesihatan bertujuan membantu murid
meningkatkan pengetahuan kesihatan,
memupuk sikap positif terhadap kesihatan,
dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Objektif PK
1. Mempertingkatkan pengetahuan kesihatan
diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran;
2. Menguasai kemahiran bagi menghadapi dan
menangani masalah dan isu berkaitan
dengan kesihatan;
3. Membentuk sikap yang positif terhadap
kesihatan berasaskan pengetahuan dan
pengalaman;
4. Menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin
harian; dan
5. Berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti
kehidupan masyarakat secara keseluruhan.
• Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
Pendidikan Kesihatan digubal untuk melahirkan
murid yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
• Kurikulum Pendidikan Kesihatan berhasrat
mendukung cita-cita murni dan unggul serta
membantu murid meningkatkan pengetahuan
kesihatan, memupuk sikap positif terhadap
kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat.
• Skop dan kandungan mata pelajaran PK
terbahagi kepada tiga tunjang pembelajaran
iaitu Kesihatan Diri dan Keluarga, Gaya Hidup
Sihat, Kebersihan dan Keselamatan
Persekitaran.
• Tiga tunjang ini membantu dalam mencapai
matlamat dan objektif Pendidikan Kesihatan.
KURIKULUM SAINS SUKAN
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 1/2002
bertarikh 4 Januari 2002
• memaklumkan kepada semua sekolah
menengah berkaitan dengan pelaksanaan
mata pelajaran Sains Sukan
• berkuatkuasa mulai sesi persekolahan tahun
2002
• Sains Sukan adalah mata pelajaran elektif
kumpulan teknologi dan ditawarkan keapda
murid Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima.
• Semua permohonan untuk menawarkan mata
pelajaran Sains Sukan hendaklah dikemukakan
kepada Jabatan Pendidikan Negeri dan
mendapat kelulusan Pengarah Pendidikan
Negeri;
• Peruntukan masa bagi mata pelajaran Sains
Sukan adalah 4 waktu seminggu
• Mata pelajaran Sains Sukan hendaklah diajar
oleh guru yang berkelulusan Ijazah Pendidikan
Jasmani atau yang setaraf dengannya;
• Sekolah boleh membuka kelas Sains Sukan
dengan bilangan murid sekurangkurangnya 15
orang; dan
• Sekolah perlu mempunyai peralatan yang
sesuai dengan kehendak kurikulum Sains
Sukan.
• Sains Sukan telah ditawarkan sebagai mata
pelajaran peperiksaan peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia
(Rujuk Surat Siaran Lembaga Peperiksaan bil.
LP SPPP/16/6.44Jld.6(24) bertarikh 11
November 2000)
Matlamat Sains Sukan
• Sains Sukan bertujuan untuk melahirkan
murid yang menguasai pengetahuan,
kemahiran dan pengalaman asas sains sukan
melalui amalan teori dan praktis dalam bidang
sukan serta memupuk dan meningkatkan
pengayaan nilai sebagai persediaan di bidang
kerjaya.
Objektif Sains Sukan
1. memperoleh pemahaman tentang fungsi
tubuh badan secara saintifik semasa
melakukan pergerakan;
2. menghayati perlakuan pergerakan fizikal
terhadap kehidupan dan kesihatan diri;
3. mengaplikasi prinsip latihan bagi
meningkatkan komponen kecergasan;
4. memahami proses fisiologi yang memberi
kesan terhadap pencapaian sukan;
5. memahami prinsip asas kecederaan sukan
dan aplikasinya dalam aktiviti fizikal; dan
6. merancang pemakanan yang sesuai
berdasarkan keperluan latihan dan
pertandingan.
• Tunjang 1 – Pengenalan Sains Sukan
• Tunjang 2 – Anatomi dan Fisiologi
• Tunjang 3 – Persediaan Fizikal
• Tunjang 4 – Lakuan Motor dan Biomekanik
Kurikulum adalah terjemahan daripada
falsafah pendidikan dan menjadi landasan
dalam pembentukan kurikulum mata
pelajaran. Sebagai guru dan pelajar, anda
pasti boleh menghubungkait kurikulum
pendidikan kebangsaan dengan kurikulum
pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan.
Jelaskan dalam bentuk grafik perkaitan
tersebut dari aspek matlamat dan objektif.
PERKAITANNYA….
• Konsep Kurikulum
– Dokumentasi khas dan panduan.
– Tumpuan kepada kaedah penyampaian.
– Program pengajian yang merujuk kpd mata
pelajaran.
– Membentuk pengalaman pembelajaran
terancang.
– Konsep yang tersirat.
• Matlamat dan Objektif Kurikulum
– Garis panduan dan penentu sempadan ilmu.
– Penyampaian maklumat ikut peringkat.
– Relevan dan sesuai dengan kehendak semasa.
– Membina modal insan abad ke 21.
– Melahirkan insan seimbang (J.E.R.I.S)
– Kurikulum yang sama dari aspek ideologi
masyarakat yang sekata dan bersatu.
– Melahirkan insan yang sayang dan cintakan tanah
air.
JENIS KURIKULUM
KURIKULUM FORMAL
• rancangan eksplisit dan operasional yang
menjelaskan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran ke arah pencapaian matlamat
atau objektif pendidikan yang dihasratkan
(Ornstein,& Hunkins,1983).
• berupa satu set dokumen tentang objektif,
kandungan dan pengalaman belajar serta hasil
yang dijangkakan untuk dilaksanakan.
• Mohd. Saleh (1996) - kurikulum formal ialah
aktiviti pembelajaran yang nyata dan
kemudian dipraktikkan oleh murid-murid
serta bersesuaian dengan kehendak isi
pelajaran sebagaimana yang dicadangkan oleh
sesebuah sekolah.
• Kurikulum ini melibatkan segala bentuk
aktiviti sama ada di dalam bilik darjah atau di
luar bilik darjah.
Beberapa orientasi dalam konsep
Kurikulum Formal
• Kurikulum Akademik
– Isi kandungan kurikulum ini adalah berdasarkan isi
kandungan daripada perkara yang susah kepada
yang senang dan daripada gambaran yang umum
kepada gambaran khusus.
– Mata pelajaran seperti Sains, Geografi, Sejarah,
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris termasuk
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang diajarkan
adalah berdasarkan keperluan atau kehendak
kurikulum sesebuah organisasi pendidikan.
• Kurikulum Humanistik
– Kurikulum ini melibatkan kesedaran yang diperoleh
daripada apa yang dipelajari oleh murid daripada mana-
mana mata pelajaran.
– Mereka pasti akan merasa sesuatu yang bermakna dan
berharga kerana mereka akan dapat mencampurkan
emosi, intelek dan perlakuan dalam dirinya.
– Kurikulum berorientasi ini tidak tersusun, tetapi di
dalamnya terdapat kesedaran agama, moral dan rohani
kepada murid-murid yang sedia menghayatinya.
• Kurikulum Teknologi
– Kurikulum ini berasaskan kepada aliran sains,
teknikal dan juga vokasional.
– Mata pelajaran yang dipelajari meliputi pelbagai
perkara dan ada yang merupakan teras atau yang
wajib.
– Untuk memasuki aliran ini, sekolah atau pusat-
pusat pengajian perlu menyediakan keperluan
fizikal yang cukup bagi menarik minat murid
mempelajarinya.
– Masa yang diperuntukkan hendaklah mencukupi
dan murid-murid perlu didedahkan kepada latihan
dan praktikal bagi memudahkan proses
pembelajaran.
• Kurikulum Berbidang Luas
– Kurikulum ini mengkategorikan kumpulan mata
pelajaran yang mempunyai banyak persamaan.
– Misalnya, mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa
Cina, Bahasa Inggeris dan Bahasa Tamil
mengandungi bacaan, lisan serta kefahaman
diletakkan dalam kumpulan atau bidang bahasa
manakala sains dan geografi termasuk Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan diletakkan dalam bidang
sains sosial.
• Kurikulum Pengembangan Kognitif
– Kurikulum orientasi ini cuba menghubungkaitkan
unsur-unsur yang terdapat dalam mata pelajaran
atau pengalaman yang diterima agar murid dapat
memanfaatkan dirinya dan juga orang lain.
– Murid bukan sahaja diajar menghafal dan lulus
dalam peperiksaan tetapi mereka juga boleh
berfikir, menyelesaikan masalah dan boleh
membuat keputusan yang munasabah.
• Kurikulum Pembangunan Masyarakat
– Kurikulum ini mempunyai kaitan dengan sosio
budaya persekitarannya.
– Institusi pendidikan bukan sahaja dianggap
sebagai tempat memberi pelajaran tetapi juga
sebagai pusat yang boleh memberi sumbangan
kepada masyarakat.
– Sebagai contoh, mata pelajaran Geografi, Ekonomi,
Kajian Tempatan dan juga kerja-kerja projek serta
aktiviti yang dijalankan oleh murid-murid di luar
sekolah secara tidak langsung boleh mendekatkan
murid-murid dengan kehidupan masyarakat.
Apakah kandungan kurikulum
formal yang terdapat dalam
sukatan pelajaran pj, pk dan
sains sukan?
• Sebagai guru dan pelajar, anda harus berupaya untuk
mengenal pasti aspek-aspek yang terkandung dalam
jenis kurikulum formal.
• Berikan contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dalam PJ dan Sains Sukan berkaitan kurikulum
formal.
• Nyatakan peranan anda sebagai guru dalam
melaksanakan kurikulum formal ini
KURIKULUM TERSEMBUNYI
• aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tidak
dirancang atau boleh disebut sebagai kurikulum ”tak
rasmi” atau ”terlindung” atau ”tak formal” atau
”tersirat”.
• berlaku diluar konteks pengajaran rasmi dan murid
belajar secara implisit dari peraturan yang tidak
bertulis seperti adat resam, nilai budaya dan
kerohanian.
• Perkara ini dibentuk oleh faktor-faktor seperti status
sosio ekonomi dan latar belakang pengalaman guru
dan murid.
• Kurikulum jenis ini tidak dibuat atau dirancang secara
formal, tetapi berlaku tanpa disedari oleh guru dan
murid.
• Kurikulum ini dapat dihayati oleh murid melalui
peraturan yang diinginkan untuk kebaikan bersama
seperti perbarisan sebelum memasuki bilik darjah,
perhimpunan mingguan, jadual harian pembersihan
bilik darjah, peraturan waktu makan di kantin,
disiplin semasa di bilik darjah, peraturan di
perpustakaan dan lain-lain lagi.
• Pengalaman yang diterima itu sebenarnya
boleh memberi panduan kepada masa
hadapan murid-murid apabila mereka tamat
belajar persekolahannya.
• Implikasi kurikulum tersembunyi ini lebih
kepada kesedaran, keinsafan dan peraturan
yang perlu dipatuhi murid.
• Bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan, kurikulum tersembunyi
berlaku apabila pihak sekolah atau guru
mengambil tindakan pelaksanaan terhadap
surat-surat pekeliling.
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/2000
Panduan keselamatan diri pelajar semasa
pengajaran pendidikan jasmani dan kesihatan
serta kegiatan kokurikulum dan sukan di
dalam dan di luar kawasan sekolah. Berikut
adalah petikan penyataan surat pada Para 2.
 Pihak sekolah adalah dipertanggungjawabkan, untuk
memastikan keselamatan diri pelajar terjamin semasa
berada di sekolah.
 Oleh itu langkah-langkah. keselamatan perlu diwujud dan
diamalkan untuk mengelak atau mengawal sebarang
kemungkinan berlakunya kemalangan di kalangan murid
ketika menjalani aktiviti di sekolah, sama ada aktiviti-
aktiviti pembelajaran, pendidikan jasmani, kegiatan
kokurikulum atau sukan”.
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1983 dan Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1985 berkaitan
pakaian seragam murid.
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1996 adalah
mengenai penampilan diri pelajar, kekemasan
dan kerapian berpakaian.
– Pakaian Ketika Bersenam dan Bersukan (Sekolah
Rendah dan Menengah).
– Ketika bermain dan bersukan atau menjalani
aktiviti pendidikan jasmani, murid-murid
perempuan, terutamanya di Sekolah-Sekolah
Menengah, adalah digalakkan tanpa paksaan
memakai seluar panjang yang sesuai dan baju
berlengan jika dikehendaki oleh mereka atau ibu
bapa / penjaga mereka.
– Dalam hal ini, sekolah-sekolah bolehlah
menetapkan sendiri warna yang sesuai bagi seluar
panjang dan baju berlengan” (Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 3/1983).
– Kasut - Kasut bagi murid-murid sekolah rendah
dan menengah adalah kasut berwarna putih yang
diperbuat daripada 'canvas' atau dari bahan
sintetik lainnya seperti nylon dan polyester yang
mempunyai daya resap dan penyaluran gerak
udara.
– Sekiranya memakai stoking, stoking hendaklah
berwama putih” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
8/1985).
– Penampilan Diri Pelajar, Kekemasan Dan Kerapian
Berpakaian - Meminta semua sekolah mengambil
langkah-langkah dan tindakan yang wajar,
konsisten dan tegas bagi mempastikan amalan-
amalan ke arah pembinaan sahsiah dan
penampilan diri yang baik di kawasan para
pelajar” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1996).
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1998: Menjaga
kesihatan pelajar di sekolah. Berikut adalah
petikan penyataan surat pada Para 3.
– Surat Pekeliling lkhtisas ini bertujuan
mengingatkan supaya proaktif dan prihatin
terhadap aspek-aspek kesihatan pelajar,
khususnya yang ada kaitan dengan perkembangan
kesihatan rohani, emosi dan sosial mereka.
– Perkembangan pelajar secara menyeluruh dan
bersepadu berlandaskan Falsafah Pendidikan
Negara perlu sentiasa dihayati”.
• Sebagai guru dan pelajar, anda harus berupaya untuk
mengenal pasti aspek-aspek yang terkandung dalam
jenis kurikulum tersembunyi.
• Berikan contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dalam PJ dan Sains Sukan berkaitan kurikulum
tersembunyi.
• Nyatakan peranan anda sebagai guru dalam
melaksanakan kurikulum tersembunyi ini.
Tanggungjawab guru pendidikan jasmani dan
kesihatan, guru sukan dan guru kokurikulum terhadap
keselamatan pelajar adalah:
• Merancang aktiviti dengan teliti dengan mengambil
kira ruang dan alatan yang hendak digunakan itu
selamat.
• Mempunyai pengetahuan tentang prosedur
kecemasan dan memastikan alat bantu mula yang
secukupnya bila berlaku sesuatu insiden.
• Mengadakan pelan kontijensi jika berlaku kecemasan
dan kemalangan.
• Sentiasa memberi peringatan secara lisan dan
bertulis mengenai aspek-aspek keselamatan pelajar.
Tindakan-tindakan yang perlu digerakkan dengan
segera bagi menjaga kesihatan pelajar di sekolah
adalah:
• Elakkan aktiviti yang boleh mendedahkan pelajar,
untuk jangkamasa yang lama, kepada keadaan cuaca
yang boleh menjejaskan kesihatan mereka,seperti
jerebu dan cuaca panas.
• Pastikan premis dan persekitaran sekolah, termasuk
asrama dan kantin, sentiasa dalam keadaan bersih,
selesa dan selamat, supaya pelajar tidak dijangkiti
penyakit.
• Mengawal selia penyediaan dan penjualan makanan
di kantin dan asrama supaya kejadian keracunan
makanan di sekolah dapat dielakkan.
• Mengawasi secara berterusan penjualan makanan di
kantin, supaya makanan untuk pelajar mencukupi,
harga jualan dipatuhi seperti dalam perianjian, dan
sesuai dengan kemampuan perbelanjaan harian
pelajar.
• Menangani masalah disiplin pelajar dengan
mewujudkan persekitaran social sekolah yang dapat
membantu perkembangan emosi, rohani dan sosial
yang sihat.
• Menggalakkan penyertaan dan kerjasama ibu bapa,
komuniti setempat serta agensiagensi kesihatan
dalam mewujudkan sekolah sihat sesuai dengan
konsep dan matlamat Program Bersepadu Sekolah
Sihat yang telah dilancarkan oleh Y.B. Menteri
Pendidikan Malaysia pada tahun 1997.
• Melaksanakan saranan dan cadangan yang
terkandung dalam surat-surat siaran, pekeliling-
pekeliling ikhtisas dan buku-buku panduan yang
disediakan dan disiarkan dan semasa ke semasa.
CIRI-CIRI DAN STRUKTUR
KURIKULUM
• Kurikulum adalah rancangan pembelajaran
yang berlandaskan falsafah, visi dan misi
pendidikan untuk melahirkan insan yang
seimbang dan bersepadu.
• Rancangan pembelajaran mengandungi ciri-
ciri dan struktur yang diterjemahkan ke dalam
pengalaman belajar untuk murid dan
pengalaman mengajar untuk guru bagi
mentakrifkan kurikulum abad ke21
Fungsi Kurikulum
• sebagai alat atau media untuk mencapai
matlamat dan tujuan pendidikan
Ciri-ciri Kurikulum
1. Bersifat futuristik, fleksibel, dinamik, responsif,
holistik, dan bersepadu.
2. Berkonsepkan “the personhood” dan fokus kepada
pendekatan humanistik.
3. Relevan dan koheran dengan keadaan semasa
mengikut aliran pembangunan dan kemajuan
teknologi.
4. Mengandungi elemen kemahiran berfikir kreatif,
kritis dan innovatif serta berkebolehan
menyelesaikan masalah dan berdaya saing.
5. Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.
STRUKTUR KURIKULUM
• Struktur kurikulum dikonsepsikan sebagai
kerangka yang merangkumi komponen:
1. Tujuan
2. Kandungan
3. Kaedah
4. Sumber dan maklumat
5. Penilaian.
Tujuan
• Kurikulum merupakan suatu program yang
dimaksudkan untuk mencapai tujuan
pendidikan.
• Tujuan itulah yang dijadikan arah atau acuan
segala kegiatan pendidikan yang dijalankan.
• Tujuan kurikulum terbahagi kepada tiga aras
iaitu
– Tujuan Jangka Panjang
• menggambarkan tujuan kehidupan yang diharapkan
berdasarkan pada nilai yang diambil dari falsafah.
• Tujuan ini tiada kaitan secara langsung dengan tujuan
mata pelajaran tetapi sebagai hala tuju setelah murid
menyelesaikan alam persekolahannya.
– Tujuan Jangka Sederhana
• hasrat visi dan matlamat sekolah terhadap pencapaian
dan kemajuan murid semasa berada di alam
persekolahannya.
– Tujuan Jangka Pendek
• dikhususkan bagi mencapai pembelajaran dalam kelas.
• Tujuan kurikulum yang meliputi aspek pengetahuan
(kognitif), kemahiran (psikomotor), sikap (afektif) dan
nilai-nilai yang diharapkan dapat dimiliki oleh murid
bagi setiap mata pelajaran.
Kandungan
• Kandungan kurikulum pendidikan menengah
digubal berdasarkan mata pelajaran teras dan
elektif.
• Mata pelajaran teras melibatkan bidang
seperti a) komunikasi, b) matematik, sains dan
teknologi, c) kerohanian, nilai dan sikap, dan
d) perkembangan diri.
• Mata pelajaran elektif melibatkan pelbagai
bidang ke arah pengkhususan atau alam
pekerjaan.
Kaedah
• Aspek penting terhadap pelaksanaan
kurikulum dalam proses pembelajaran.
• Pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran
perlu dirancang oleh guru bagi membina dan
mengukuhkan minat murid terhadap
pembelajaran.
• Murid dibimbing supaya bersedia menerima
pengajaran dan berupaya untuk meneruskan
pembelajaran secara akses kendiri.
Sumber dan maklumat
• Sumber pengurusan pengajaran dan pembelajaran
serta sistem penyampaian maklumat tentang aktiviti,
bahan, dan bimbingan.
• Melibatkan sumber yang berkaitan dengan teknologi
maklumat. Kemudahan seperti komputer, multi
media, cekera padat dan lebuh raya maklumat
seperti 'internet' perlu disediakan untuk digunakan
semua murid di samping kemudahan dan peralatan
pengajaran dan pembelajaran.
Penilaian
• Kurikulum yang telah dibentuk dan dilaksana
perlu dinilai bagi memastikan ianya sentiasa
kemaskini bagi memenuhi keperluan semasa
dan akan datang.
• Penilaian kurikulum boleh dilakukan secara
berterusan melalui penilaian formatif dan
pada peringkat akhir atau selesai sesuatu
program melalui penilaian sumatif.
• Oleh kerana penilaian formatif dilakukan
secara berterusan, perubahan-perubahan dan
usaha penambahbaikan kepada kurikulum
boleh dilakukan apabila perlu.
• Penilaian sumatif pula dilakukan pada
peringkat akhir atau setelah selesai
pelaksanaan sesuatu program untuk
membolehkan keputusan dibuat untuk
penambahbaikan seterusnya.
• Dalam bentuk gambarajah, bina
kerangka konseptual struktur Kurikulum Kebangsa
dan huraikan.

More Related Content

What's hot

Bab 4 kecergasan kardiovaskular
Bab 4   kecergasan kardiovaskularBab 4   kecergasan kardiovaskular
Bab 4 kecergasan kardiovaskular
khairul azlan taib
 
Kebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan Badan
Kebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan BadanKebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan Badan
Kebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan Badan
Adada Eric
 
Pendidikan jasmani zaman renaissance
Pendidikan jasmani zaman renaissancePendidikan jasmani zaman renaissance
Pendidikan jasmani zaman renaissance
Sathis Menagah
 
Pemeriksaan holistik
Pemeriksaan holistikPemeriksaan holistik
Pemeriksaan holistik
Tan Kiew
 
Tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmani
Tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmaniTiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmani
Tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmani
Wai Jey Ying
 
Analisis dan penafsiran data
Analisis dan penafsiran dataAnalisis dan penafsiran data
Analisis dan penafsiran data
huuriyahbahiirah
 
Kod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruanKod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruan
Izzat Najmi
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Kalai Shan
 
Bab 4 peringkat perkembangan guru
Bab 4 peringkat perkembangan guruBab 4 peringkat perkembangan guru
Bab 4 peringkat perkembangan guru
Ansar Azman
 

What's hot (20)

Bab 4 kecergasan kardiovaskular
Bab 4   kecergasan kardiovaskularBab 4   kecergasan kardiovaskular
Bab 4 kecergasan kardiovaskular
 
Kebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan Badan
Kebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan BadanKebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan Badan
Kebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan Badan
 
Huraian 11 anjakan ppm
Huraian 11 anjakan ppmHuraian 11 anjakan ppm
Huraian 11 anjakan ppm
 
Overview perkhidmatan awam
Overview perkhidmatan awamOverview perkhidmatan awam
Overview perkhidmatan awam
 
Cara bermain dam ular
Cara bermain dam ularCara bermain dam ular
Cara bermain dam ular
 
Pendidikan jasmani zaman renaissance
Pendidikan jasmani zaman renaissancePendidikan jasmani zaman renaissance
Pendidikan jasmani zaman renaissance
 
Kurikulum
KurikulumKurikulum
Kurikulum
 
Prinsip-Prinsip Latihan
Prinsip-Prinsip LatihanPrinsip-Prinsip Latihan
Prinsip-Prinsip Latihan
 
Pemeriksaan holistik
Pemeriksaan holistikPemeriksaan holistik
Pemeriksaan holistik
 
Tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmani
Tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmaniTiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmani
Tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmani
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 
Analisis dan penafsiran data
Analisis dan penafsiran dataAnalisis dan penafsiran data
Analisis dan penafsiran data
 
Pembelajaran abad ke 21
Pembelajaran abad ke 21 Pembelajaran abad ke 21
Pembelajaran abad ke 21
 
Kod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruanKod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruan
 
Kepentingan dasar-dasar pendidikan terhadap pembangunan pendidikan yang berja...
Kepentingan dasar-dasar pendidikan terhadap pembangunan pendidikan yang berja...Kepentingan dasar-dasar pendidikan terhadap pembangunan pendidikan yang berja...
Kepentingan dasar-dasar pendidikan terhadap pembangunan pendidikan yang berja...
 
1.0. pengenalan ujian kepantasan
1.0. pengenalan ujian kepantasan1.0. pengenalan ujian kepantasan
1.0. pengenalan ujian kepantasan
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
 
Bab 4 peringkat perkembangan guru
Bab 4 peringkat perkembangan guruBab 4 peringkat perkembangan guru
Bab 4 peringkat perkembangan guru
 
Kesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanKesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaan
 
Kurikulum Tersembunyi
Kurikulum TersembunyiKurikulum Tersembunyi
Kurikulum Tersembunyi
 

Viewers also liked

Nota ringkas-hbhe2103-program-bersepadu-sekolah-sihat-1
Nota ringkas-hbhe2103-program-bersepadu-sekolah-sihat-1Nota ringkas-hbhe2103-program-bersepadu-sekolah-sihat-1
Nota ringkas-hbhe2103-program-bersepadu-sekolah-sihat-1
Shamsulrizal Sabran
 
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
Chon Seong Hoo
 
ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN JASMANI
ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN JASMANI ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN JASMANI
ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN JASMANI
Rafiza Diy
 
Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...
Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...
Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...
Jimmy Siow
 
Pekeliling ikhtisas (spi)
Pekeliling ikhtisas (spi)Pekeliling ikhtisas (spi)
Pekeliling ikhtisas (spi)
zabidah awang
 
Spi bil. 4 1986 panitia mata pelajaran
Spi bil. 4 1986   panitia mata pelajaranSpi bil. 4 1986   panitia mata pelajaran
Spi bil. 4 1986 panitia mata pelajaran
Basshunter Finale
 
Program kesihatan sekolah
Program kesihatan sekolahProgram kesihatan sekolah
Program kesihatan sekolah
Mohd Faizal Jan
 
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
Stephanie Unsil
 

Viewers also liked (14)

Nota ringkas-hbhe2103-program-bersepadu-sekolah-sihat-1
Nota ringkas-hbhe2103-program-bersepadu-sekolah-sihat-1Nota ringkas-hbhe2103-program-bersepadu-sekolah-sihat-1
Nota ringkas-hbhe2103-program-bersepadu-sekolah-sihat-1
 
Minggu 7
Minggu 7Minggu 7
Minggu 7
 
Nota ringkas PKE 3104
Nota ringkas PKE 3104Nota ringkas PKE 3104
Nota ringkas PKE 3104
 
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
 
KOMUNIKASI DAN INTERAKSI SOSIAL Membina hubungan
KOMUNIKASI DAN INTERAKSI SOSIAL Membina hubunganKOMUNIKASI DAN INTERAKSI SOSIAL Membina hubungan
KOMUNIKASI DAN INTERAKSI SOSIAL Membina hubungan
 
ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN JASMANI
ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN JASMANI ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN JASMANI
ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN JASMANI
 
Pendekatan bersepadu program kesihatan sekolah
Pendekatan bersepadu program kesihatan sekolahPendekatan bersepadu program kesihatan sekolah
Pendekatan bersepadu program kesihatan sekolah
 
Pengenalan Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani
Pengenalan Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan JasmaniPengenalan Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani
Pengenalan Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani
 
Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...
Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...
Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...
 
Pekeliling ikhtisas (spi)
Pekeliling ikhtisas (spi)Pekeliling ikhtisas (spi)
Pekeliling ikhtisas (spi)
 
Spi bil. 4 1986 panitia mata pelajaran
Spi bil. 4 1986   panitia mata pelajaranSpi bil. 4 1986   panitia mata pelajaran
Spi bil. 4 1986 panitia mata pelajaran
 
Program kesihatan sekolah
Program kesihatan sekolahProgram kesihatan sekolah
Program kesihatan sekolah
 
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
 
Tujuan Pengukuran & Penilaian
Tujuan Pengukuran & PenilaianTujuan Pengukuran & Penilaian
Tujuan Pengukuran & Penilaian
 

Similar to Minggu 6

Sukatan pelajaran
Sukatan pelajaranSukatan pelajaran
Sukatan pelajaran
Nas Lin
 
Telaah kurikulum kimia (sejarah perkembangan kurikulum)
Telaah kurikulum kimia (sejarah perkembangan kurikulum)Telaah kurikulum kimia (sejarah perkembangan kurikulum)
Telaah kurikulum kimia (sejarah perkembangan kurikulum)
yusafat simorangkir
 
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 1
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 1Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 1
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 1
Norazeah Yusof
 
03 kssr-pj-tahun4 - dskp (draf21 ogos)
03   kssr-pj-tahun4 - dskp (draf21 ogos)03   kssr-pj-tahun4 - dskp (draf21 ogos)
03 kssr-pj-tahun4 - dskp (draf21 ogos)
Jimmy Siow
 

Similar to Minggu 6 (20)

Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pkDsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
 
Sukatan pelajaran-pjk1
Sukatan pelajaran-pjk1Sukatan pelajaran-pjk1
Sukatan pelajaran-pjk1
 
Sp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsmSp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsm
 
Sp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsmSp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsm
 
Sukatan pelajaran
Sukatan pelajaranSukatan pelajaran
Sukatan pelajaran
 
Inovasi-kurikulum (2).pptx
Inovasi-kurikulum (2).pptxInovasi-kurikulum (2).pptx
Inovasi-kurikulum (2).pptx
 
BAB I Mata Kuliah Telaah Kurikulum.pdf
BAB I Mata Kuliah Telaah Kurikulum.pdfBAB I Mata Kuliah Telaah Kurikulum.pdf
BAB I Mata Kuliah Telaah Kurikulum.pdf
 
Telaah kurikulum kimia (sejarah perkembangan kurikulum)
Telaah kurikulum kimia (sejarah perkembangan kurikulum)Telaah kurikulum kimia (sejarah perkembangan kurikulum)
Telaah kurikulum kimia (sejarah perkembangan kurikulum)
 
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 1
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 1Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 1
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 1
 
Dskp pjasmani tahun 4 (1)
Dskp pjasmani tahun 4 (1)Dskp pjasmani tahun 4 (1)
Dskp pjasmani tahun 4 (1)
 
Segak2016
Segak2016Segak2016
Segak2016
 
03 kssr-pj-tahun4 - dskp (draf21 ogos)
03   kssr-pj-tahun4 - dskp (draf21 ogos)03   kssr-pj-tahun4 - dskp (draf21 ogos)
03 kssr-pj-tahun4 - dskp (draf21 ogos)
 
notes-rph-pjk
notes-rph-pjknotes-rph-pjk
notes-rph-pjk
 
Buku panduan segak 2016
Buku panduan segak 2016Buku panduan segak 2016
Buku panduan segak 2016
 
Panduan segak
Panduan segakPanduan segak
Panduan segak
 
Buku_Panduan_SEGAK_2016.pdf
Buku_Panduan_SEGAK_2016.pdfBuku_Panduan_SEGAK_2016.pdf
Buku_Panduan_SEGAK_2016.pdf
 
Tugas makalah-inovasi
Tugas makalah-inovasiTugas makalah-inovasi
Tugas makalah-inovasi
 
09 sejarah perjalanan kurikulum nasional
09 sejarah perjalanan kurikulum nasional09 sejarah perjalanan kurikulum nasional
09 sejarah perjalanan kurikulum nasional
 
PANDUAN_STANDARD_KECERGASAN_FIZIKAL_KEBANGSAAN_SEGAK.pdf
PANDUAN_STANDARD_KECERGASAN_FIZIKAL_KEBANGSAAN_SEGAK.pdfPANDUAN_STANDARD_KECERGASAN_FIZIKAL_KEBANGSAAN_SEGAK.pdf
PANDUAN_STANDARD_KECERGASAN_FIZIKAL_KEBANGSAAN_SEGAK.pdf
 
Panduan Ujian SEGAK
Panduan Ujian SEGAKPanduan Ujian SEGAK
Panduan Ujian SEGAK
 

More from colleges (17)

Minggu 5
Minggu 5Minggu 5
Minggu 5
 
Minggu 4 02 okt
Minggu 4 02 oktMinggu 4 02 okt
Minggu 4 02 okt
 
Minggu 8
Minggu 8Minggu 8
Minggu 8
 
Minggu 3 25 sept
Minggu 3 25 septMinggu 3 25 sept
Minggu 3 25 sept
 
Minggu 9
Minggu 9Minggu 9
Minggu 9
 
Minggu 2 18 sept
Minggu 2 18 septMinggu 2 18 sept
Minggu 2 18 sept
 
Minggu 10
Minggu 10Minggu 10
Minggu 10
 
Minggu 1 11 sept
Minggu 1 11 septMinggu 1 11 sept
Minggu 1 11 sept
 
Faktor2 perjanjian inggeris belanda
Faktor2 perjanjian inggeris belandaFaktor2 perjanjian inggeris belanda
Faktor2 perjanjian inggeris belanda
 
Faktor2 perjanjian inggeris belanda
Faktor2 perjanjian inggeris belandaFaktor2 perjanjian inggeris belanda
Faktor2 perjanjian inggeris belanda
 
Darurat
DaruratDarurat
Darurat
 
Thai complete
Thai completeThai complete
Thai complete
 
Mmp 0001
Mmp 0001Mmp 0001
Mmp 0001
 
Desentralisasi
DesentralisasiDesentralisasi
Desentralisasi
 
Kesan jepun
Kesan jepunKesan jepun
Kesan jepun
 
Getah f2 new new
Getah f2 new newGetah f2 new new
Getah f2 new new
 
Asradian
AsradianAsradian
Asradian
 

Recently uploaded

PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
MaskuratulMunawaroh
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
FitriaSarmida1
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
novibernadina
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docxKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
DewiUmbar
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
JarzaniIsmail
 

Recently uploaded (20)

PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
 
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptxPrakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docxKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 

Minggu 6

  • 1. KONSEP KURIKULUM PJ DAN SAINS SUKAN MINGGU 6
  • 2. HASIL PEMBELAJARAN • Mengulas definisi kurikulum dengan menyenaraikan elemen-elemen yang terdapat dalam kandungan kurikulum. • Menghubungkait kurikulum pendidikan kebangsaan dengan kurikulum pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan. • Mengenal pasti jenis kurikulum dan peranan guru dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan. • Membina kerangka konseptual struktur kurikulum pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan.
  • 4. • Kurikulum atau "currere" adalah bahasa Latin yang bermaksud laluan perlumbaan. • Perkataan tersebut sinonim dengan institusi pendidikan yang digambarkan sebagai pusat yang mengendalikan segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran sebagai proses “laluan perlumbaan” bagi seseorang pelajar untuk mencapai kejayaan dalam bidang pelajarannya.
  • 5. • Taba (1962) - mendefinisikan kurikulum sebagai suatu perancangan untuk pembelajaran. • Definisi tersebut merujuk kepada rangka atau model yang melibatkan proses dan kaedah pembelajaran individu. • Proses-proses pembelajaran melibatkan elemen seperti objektif, isi kandungan pelajaran, strategi pengajaran dan pembelajaran serta penilaian pembelajaran (Taylor, 1979).
  • 6. • Neagley & Evans (1967) - kurikulum merujuk kepada semua pengalaman pembelajaran yang dirancang dan dilaksanakan pihak sekolah. • Pengalaman tersebut adalah untuk membimbing pelajar memperoleh hasil pembelajaran yang telah ditetapkan lebih awal berdasarkan kemampuan individu. • Kurikulum dipersembahkan dalam keadaan yang mudah dan selesa supaya pelajar dapat mencapai matlamat dan objektif pembelajaran yang telah ditetapkan dalam rancangan pembelajaran.
  • 7. • Saylor & Alexander (1974) - Kurikulum sebagai rancangan yang menyediakan semua peluang pembelajaran dengan tujuan memperoleh maklumat dan objektif pendidikan di bawah bimbingan sekolah. • Peluang pembelajaran merupakan rancangan pelbagai aktiviti pelajaran dan di jalankan di tempat seperti dalam bilik darjah, makmal, bilik multimedia, padang, bilik sumber dan di mana-mana tempat di kawasan sekolah.
  • 8. • Olivia (1997) - kurikulum ialah perkara-perkara yang diajar di sekolah, satu set pelajaran, kandungan pelajaran, satu program pengajian, satu set bahan, satu urutan kursus, satu set objektif pencapaian, kursus pengajian, semua perkara yang berlaku di sekolah termasuk kelas tambahan, kauseling dan hubungan interpersonal, perkara yang diajar di dalam dan di luar sekolah atas arahan pihak sekolah, kesemua perkara yang dirancang oleh kakitangan sekolah, beberapa siri pengalaman yang dilalui oleh pelajar di sekolah dan pengalaman yang dilalui oleh seseorang pelajar hasil daripada persekolahan.
  • 9. Definisi oleh: Kurikulum mengandungi elemen berikut: Taba (1962) Taylor (1979) Neagley & Evans (1967) Saylor & Alexander (1974) Olivia (1997)
  • 10. • Dengan menggunakan ayat sendiri, berikan pengertian kurikulum anda.
  • 11. APAKAH MAKSUD KURIKULUM KEBANGSAAN? APAKAH PERKAITANNYA DENGAN KURIKULUM MATA PELAJARAN PJ DAN SAINS SUKAN?
  • 12. “Kurikulum Kebangsaan adalah suatu program pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua aspek pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang pelajar dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan” (PPK, 2001).
  • 13. • Kurikulum Kebangsaan digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.
  • 14. Matlamat Kurikulum Kebangsaan: • Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu • Melahirkan insan yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, berketerampilan dan sejahtera • Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan negara • Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.
  • 15. Misi Kurikulum Kebangsaan • Manakala misi kurikulum tersebut adalah untuk membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.
  • 16. Hubungakait Falsafah dan Kurikulum • Penyataan falsafah dan kurikulum adalah sebagai pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. • Falsafah dan kurikulum menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan kandungan, bahan-bahan pelajaran, strategi pengajaran dan pembelajaran serta penilaian supaya dapat diselaraskan dengan kurikulum mata pelajaran.
  • 18. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 3/1979 bertarikh 2 Mei 1979 • Pendidikan Jasmani adalah mata pelajaran yang diwajibkan untuk diajar di sekolah- sekolah kerajaan. • Waktu yang diperuntukan bagi pelajaran Pendidikan Jasmani iaitu 60 waktu setahun x 40 minit. • Tidak harus digunakan bagi mata pelajaran lain.
  • 19. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 25/1998 bertarikh 18 November 1998 • juga telah memaklumkan bahawa mata pelajaran Pendidikan Jasmani adalah mata pelajaran teras sebagaimana diperuntukan dalam Akta Pendidikan 1996.
  • 20. Matlamat PJ • memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif (PPK, 2001). • Matlamat tersebut bertujuan membantu pelajar menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.
  • 21. Objektif PJ • Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor; • Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri; • Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian;
  • 22. • Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal; • Membentuk sahsiah dan disiplin diri; dan • Membuat keputusan bijak dalam kehidupan.
  • 23. • Oleh itu, Pendidikan Jasmani perlu dilaksanakan dalam konteks pendidikan yang berkesan. • Guru seharusnya menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani berlandaskan sukatan pelajaran.
  • 24. • Sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani adalah dokumen rasmi yang diterbitkan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membantu guru merancang, melaksana dan menilai aktiviti pengajaran dan pembelajaran. • Kandungan sukatan pelajaran disusun mengikut tiga tunjang pembelajaran iaitu kecergasan, kemahiran dan kesukanan.
  • 26. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 25/1998 bertarikh 18 November 1998 • Pendidikan Kesihatan adalah mata pelajaran teras sebagaimana yang diperuntukan dalam Akta Pendidikan 1996. • Wajib diajar di sekolah-sekolah Malaysia. • Waktu yang diperuntukan bagi pelajaran Pendidikan Kesihatan adalah 24 waktu setahun x 40 minit.
  • 27. Matlamat PK • Matlamat mata pelajaran Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat.
  • 28. Objektif PK 1. Mempertingkatkan pengetahuan kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran; 2. Menguasai kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah dan isu berkaitan dengan kesihatan; 3. Membentuk sikap yang positif terhadap kesihatan berasaskan pengetahuan dan pengalaman;
  • 29. 4. Menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian; dan 5. Berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat secara keseluruhan.
  • 30. • Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Pendidikan Kesihatan digubal untuk melahirkan murid yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. • Kurikulum Pendidikan Kesihatan berhasrat mendukung cita-cita murni dan unggul serta membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat.
  • 31. • Skop dan kandungan mata pelajaran PK terbahagi kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kesihatan Diri dan Keluarga, Gaya Hidup Sihat, Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran. • Tiga tunjang ini membantu dalam mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Kesihatan.
  • 33. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 1/2002 bertarikh 4 Januari 2002 • memaklumkan kepada semua sekolah menengah berkaitan dengan pelaksanaan mata pelajaran Sains Sukan • berkuatkuasa mulai sesi persekolahan tahun 2002 • Sains Sukan adalah mata pelajaran elektif kumpulan teknologi dan ditawarkan keapda murid Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima.
  • 34. • Semua permohonan untuk menawarkan mata pelajaran Sains Sukan hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Pendidikan Negeri dan mendapat kelulusan Pengarah Pendidikan Negeri; • Peruntukan masa bagi mata pelajaran Sains Sukan adalah 4 waktu seminggu
  • 35. • Mata pelajaran Sains Sukan hendaklah diajar oleh guru yang berkelulusan Ijazah Pendidikan Jasmani atau yang setaraf dengannya; • Sekolah boleh membuka kelas Sains Sukan dengan bilangan murid sekurangkurangnya 15 orang; dan • Sekolah perlu mempunyai peralatan yang sesuai dengan kehendak kurikulum Sains Sukan.
  • 36. • Sains Sukan telah ditawarkan sebagai mata pelajaran peperiksaan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (Rujuk Surat Siaran Lembaga Peperiksaan bil. LP SPPP/16/6.44Jld.6(24) bertarikh 11 November 2000)
  • 37. Matlamat Sains Sukan • Sains Sukan bertujuan untuk melahirkan murid yang menguasai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman asas sains sukan melalui amalan teori dan praktis dalam bidang sukan serta memupuk dan meningkatkan pengayaan nilai sebagai persediaan di bidang kerjaya.
  • 38. Objektif Sains Sukan 1. memperoleh pemahaman tentang fungsi tubuh badan secara saintifik semasa melakukan pergerakan; 2. menghayati perlakuan pergerakan fizikal terhadap kehidupan dan kesihatan diri; 3. mengaplikasi prinsip latihan bagi meningkatkan komponen kecergasan; 4. memahami proses fisiologi yang memberi kesan terhadap pencapaian sukan;
  • 39. 5. memahami prinsip asas kecederaan sukan dan aplikasinya dalam aktiviti fizikal; dan 6. merancang pemakanan yang sesuai berdasarkan keperluan latihan dan pertandingan.
  • 40. • Tunjang 1 – Pengenalan Sains Sukan • Tunjang 2 – Anatomi dan Fisiologi • Tunjang 3 – Persediaan Fizikal • Tunjang 4 – Lakuan Motor dan Biomekanik
  • 41. Kurikulum adalah terjemahan daripada falsafah pendidikan dan menjadi landasan dalam pembentukan kurikulum mata pelajaran. Sebagai guru dan pelajar, anda pasti boleh menghubungkait kurikulum pendidikan kebangsaan dengan kurikulum pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan. Jelaskan dalam bentuk grafik perkaitan tersebut dari aspek matlamat dan objektif.
  • 42.
  • 43. PERKAITANNYA…. • Konsep Kurikulum – Dokumentasi khas dan panduan. – Tumpuan kepada kaedah penyampaian. – Program pengajian yang merujuk kpd mata pelajaran. – Membentuk pengalaman pembelajaran terancang. – Konsep yang tersirat.
  • 44. • Matlamat dan Objektif Kurikulum – Garis panduan dan penentu sempadan ilmu. – Penyampaian maklumat ikut peringkat. – Relevan dan sesuai dengan kehendak semasa. – Membina modal insan abad ke 21. – Melahirkan insan seimbang (J.E.R.I.S) – Kurikulum yang sama dari aspek ideologi masyarakat yang sekata dan bersatu. – Melahirkan insan yang sayang dan cintakan tanah air.
  • 47. • rancangan eksplisit dan operasional yang menjelaskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ke arah pencapaian matlamat atau objektif pendidikan yang dihasratkan (Ornstein,& Hunkins,1983). • berupa satu set dokumen tentang objektif, kandungan dan pengalaman belajar serta hasil yang dijangkakan untuk dilaksanakan.
  • 48. • Mohd. Saleh (1996) - kurikulum formal ialah aktiviti pembelajaran yang nyata dan kemudian dipraktikkan oleh murid-murid serta bersesuaian dengan kehendak isi pelajaran sebagaimana yang dicadangkan oleh sesebuah sekolah. • Kurikulum ini melibatkan segala bentuk aktiviti sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah.
  • 49. Beberapa orientasi dalam konsep Kurikulum Formal • Kurikulum Akademik – Isi kandungan kurikulum ini adalah berdasarkan isi kandungan daripada perkara yang susah kepada yang senang dan daripada gambaran yang umum kepada gambaran khusus. – Mata pelajaran seperti Sains, Geografi, Sejarah, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris termasuk Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang diajarkan adalah berdasarkan keperluan atau kehendak kurikulum sesebuah organisasi pendidikan.
  • 50. • Kurikulum Humanistik – Kurikulum ini melibatkan kesedaran yang diperoleh daripada apa yang dipelajari oleh murid daripada mana- mana mata pelajaran. – Mereka pasti akan merasa sesuatu yang bermakna dan berharga kerana mereka akan dapat mencampurkan emosi, intelek dan perlakuan dalam dirinya. – Kurikulum berorientasi ini tidak tersusun, tetapi di dalamnya terdapat kesedaran agama, moral dan rohani kepada murid-murid yang sedia menghayatinya.
  • 51. • Kurikulum Teknologi – Kurikulum ini berasaskan kepada aliran sains, teknikal dan juga vokasional. – Mata pelajaran yang dipelajari meliputi pelbagai perkara dan ada yang merupakan teras atau yang wajib. – Untuk memasuki aliran ini, sekolah atau pusat- pusat pengajian perlu menyediakan keperluan fizikal yang cukup bagi menarik minat murid mempelajarinya.
  • 52. – Masa yang diperuntukkan hendaklah mencukupi dan murid-murid perlu didedahkan kepada latihan dan praktikal bagi memudahkan proses pembelajaran.
  • 53. • Kurikulum Berbidang Luas – Kurikulum ini mengkategorikan kumpulan mata pelajaran yang mempunyai banyak persamaan. – Misalnya, mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Inggeris dan Bahasa Tamil mengandungi bacaan, lisan serta kefahaman diletakkan dalam kumpulan atau bidang bahasa manakala sains dan geografi termasuk Pendidikan Jasmani dan Kesihatan diletakkan dalam bidang sains sosial.
  • 54. • Kurikulum Pengembangan Kognitif – Kurikulum orientasi ini cuba menghubungkaitkan unsur-unsur yang terdapat dalam mata pelajaran atau pengalaman yang diterima agar murid dapat memanfaatkan dirinya dan juga orang lain. – Murid bukan sahaja diajar menghafal dan lulus dalam peperiksaan tetapi mereka juga boleh berfikir, menyelesaikan masalah dan boleh membuat keputusan yang munasabah.
  • 55. • Kurikulum Pembangunan Masyarakat – Kurikulum ini mempunyai kaitan dengan sosio budaya persekitarannya. – Institusi pendidikan bukan sahaja dianggap sebagai tempat memberi pelajaran tetapi juga sebagai pusat yang boleh memberi sumbangan kepada masyarakat.
  • 56. – Sebagai contoh, mata pelajaran Geografi, Ekonomi, Kajian Tempatan dan juga kerja-kerja projek serta aktiviti yang dijalankan oleh murid-murid di luar sekolah secara tidak langsung boleh mendekatkan murid-murid dengan kehidupan masyarakat.
  • 57. Apakah kandungan kurikulum formal yang terdapat dalam sukatan pelajaran pj, pk dan sains sukan?
  • 58. • Sebagai guru dan pelajar, anda harus berupaya untuk mengenal pasti aspek-aspek yang terkandung dalam jenis kurikulum formal. • Berikan contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam PJ dan Sains Sukan berkaitan kurikulum formal. • Nyatakan peranan anda sebagai guru dalam melaksanakan kurikulum formal ini
  • 60. • aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tidak dirancang atau boleh disebut sebagai kurikulum ”tak rasmi” atau ”terlindung” atau ”tak formal” atau ”tersirat”. • berlaku diluar konteks pengajaran rasmi dan murid belajar secara implisit dari peraturan yang tidak bertulis seperti adat resam, nilai budaya dan kerohanian. • Perkara ini dibentuk oleh faktor-faktor seperti status sosio ekonomi dan latar belakang pengalaman guru dan murid.
  • 61. • Kurikulum jenis ini tidak dibuat atau dirancang secara formal, tetapi berlaku tanpa disedari oleh guru dan murid. • Kurikulum ini dapat dihayati oleh murid melalui peraturan yang diinginkan untuk kebaikan bersama seperti perbarisan sebelum memasuki bilik darjah, perhimpunan mingguan, jadual harian pembersihan bilik darjah, peraturan waktu makan di kantin, disiplin semasa di bilik darjah, peraturan di perpustakaan dan lain-lain lagi.
  • 62. • Pengalaman yang diterima itu sebenarnya boleh memberi panduan kepada masa hadapan murid-murid apabila mereka tamat belajar persekolahannya. • Implikasi kurikulum tersembunyi ini lebih kepada kesedaran, keinsafan dan peraturan yang perlu dipatuhi murid.
  • 63. • Bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, kurikulum tersembunyi berlaku apabila pihak sekolah atau guru mengambil tindakan pelaksanaan terhadap surat-surat pekeliling.
  • 64. • Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/2000 Panduan keselamatan diri pelajar semasa pengajaran pendidikan jasmani dan kesihatan serta kegiatan kokurikulum dan sukan di dalam dan di luar kawasan sekolah. Berikut adalah petikan penyataan surat pada Para 2.
  • 65.  Pihak sekolah adalah dipertanggungjawabkan, untuk memastikan keselamatan diri pelajar terjamin semasa berada di sekolah.  Oleh itu langkah-langkah. keselamatan perlu diwujud dan diamalkan untuk mengelak atau mengawal sebarang kemungkinan berlakunya kemalangan di kalangan murid ketika menjalani aktiviti di sekolah, sama ada aktiviti- aktiviti pembelajaran, pendidikan jasmani, kegiatan kokurikulum atau sukan”.
  • 66. • Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1983 dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1985 berkaitan pakaian seragam murid. • Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1996 adalah mengenai penampilan diri pelajar, kekemasan dan kerapian berpakaian.
  • 67. – Pakaian Ketika Bersenam dan Bersukan (Sekolah Rendah dan Menengah). – Ketika bermain dan bersukan atau menjalani aktiviti pendidikan jasmani, murid-murid perempuan, terutamanya di Sekolah-Sekolah Menengah, adalah digalakkan tanpa paksaan memakai seluar panjang yang sesuai dan baju berlengan jika dikehendaki oleh mereka atau ibu bapa / penjaga mereka.
  • 68. – Dalam hal ini, sekolah-sekolah bolehlah menetapkan sendiri warna yang sesuai bagi seluar panjang dan baju berlengan” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1983). – Kasut - Kasut bagi murid-murid sekolah rendah dan menengah adalah kasut berwarna putih yang diperbuat daripada 'canvas' atau dari bahan sintetik lainnya seperti nylon dan polyester yang mempunyai daya resap dan penyaluran gerak udara.
  • 69. – Sekiranya memakai stoking, stoking hendaklah berwama putih” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1985). – Penampilan Diri Pelajar, Kekemasan Dan Kerapian Berpakaian - Meminta semua sekolah mengambil langkah-langkah dan tindakan yang wajar, konsisten dan tegas bagi mempastikan amalan- amalan ke arah pembinaan sahsiah dan penampilan diri yang baik di kawasan para pelajar” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1996).
  • 70. • Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1998: Menjaga kesihatan pelajar di sekolah. Berikut adalah petikan penyataan surat pada Para 3. – Surat Pekeliling lkhtisas ini bertujuan mengingatkan supaya proaktif dan prihatin terhadap aspek-aspek kesihatan pelajar, khususnya yang ada kaitan dengan perkembangan kesihatan rohani, emosi dan sosial mereka. – Perkembangan pelajar secara menyeluruh dan bersepadu berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara perlu sentiasa dihayati”.
  • 71. • Sebagai guru dan pelajar, anda harus berupaya untuk mengenal pasti aspek-aspek yang terkandung dalam jenis kurikulum tersembunyi. • Berikan contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam PJ dan Sains Sukan berkaitan kurikulum tersembunyi. • Nyatakan peranan anda sebagai guru dalam melaksanakan kurikulum tersembunyi ini.
  • 72. Tanggungjawab guru pendidikan jasmani dan kesihatan, guru sukan dan guru kokurikulum terhadap keselamatan pelajar adalah: • Merancang aktiviti dengan teliti dengan mengambil kira ruang dan alatan yang hendak digunakan itu selamat. • Mempunyai pengetahuan tentang prosedur kecemasan dan memastikan alat bantu mula yang secukupnya bila berlaku sesuatu insiden. • Mengadakan pelan kontijensi jika berlaku kecemasan dan kemalangan. • Sentiasa memberi peringatan secara lisan dan bertulis mengenai aspek-aspek keselamatan pelajar.
  • 73. Tindakan-tindakan yang perlu digerakkan dengan segera bagi menjaga kesihatan pelajar di sekolah adalah: • Elakkan aktiviti yang boleh mendedahkan pelajar, untuk jangkamasa yang lama, kepada keadaan cuaca yang boleh menjejaskan kesihatan mereka,seperti jerebu dan cuaca panas. • Pastikan premis dan persekitaran sekolah, termasuk asrama dan kantin, sentiasa dalam keadaan bersih, selesa dan selamat, supaya pelajar tidak dijangkiti penyakit.
  • 74. • Mengawal selia penyediaan dan penjualan makanan di kantin dan asrama supaya kejadian keracunan makanan di sekolah dapat dielakkan. • Mengawasi secara berterusan penjualan makanan di kantin, supaya makanan untuk pelajar mencukupi, harga jualan dipatuhi seperti dalam perianjian, dan sesuai dengan kemampuan perbelanjaan harian pelajar.
  • 75. • Menangani masalah disiplin pelajar dengan mewujudkan persekitaran social sekolah yang dapat membantu perkembangan emosi, rohani dan sosial yang sihat. • Menggalakkan penyertaan dan kerjasama ibu bapa, komuniti setempat serta agensiagensi kesihatan dalam mewujudkan sekolah sihat sesuai dengan konsep dan matlamat Program Bersepadu Sekolah Sihat yang telah dilancarkan oleh Y.B. Menteri Pendidikan Malaysia pada tahun 1997.
  • 76. • Melaksanakan saranan dan cadangan yang terkandung dalam surat-surat siaran, pekeliling- pekeliling ikhtisas dan buku-buku panduan yang disediakan dan disiarkan dan semasa ke semasa.
  • 78. • Kurikulum adalah rancangan pembelajaran yang berlandaskan falsafah, visi dan misi pendidikan untuk melahirkan insan yang seimbang dan bersepadu. • Rancangan pembelajaran mengandungi ciri- ciri dan struktur yang diterjemahkan ke dalam pengalaman belajar untuk murid dan pengalaman mengajar untuk guru bagi mentakrifkan kurikulum abad ke21
  • 79. Fungsi Kurikulum • sebagai alat atau media untuk mencapai matlamat dan tujuan pendidikan
  • 80. Ciri-ciri Kurikulum 1. Bersifat futuristik, fleksibel, dinamik, responsif, holistik, dan bersepadu. 2. Berkonsepkan “the personhood” dan fokus kepada pendekatan humanistik. 3. Relevan dan koheran dengan keadaan semasa mengikut aliran pembangunan dan kemajuan teknologi. 4. Mengandungi elemen kemahiran berfikir kreatif, kritis dan innovatif serta berkebolehan menyelesaikan masalah dan berdaya saing. 5. Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.
  • 81. STRUKTUR KURIKULUM • Struktur kurikulum dikonsepsikan sebagai kerangka yang merangkumi komponen: 1. Tujuan 2. Kandungan 3. Kaedah 4. Sumber dan maklumat 5. Penilaian.
  • 82. Tujuan • Kurikulum merupakan suatu program yang dimaksudkan untuk mencapai tujuan pendidikan. • Tujuan itulah yang dijadikan arah atau acuan segala kegiatan pendidikan yang dijalankan.
  • 83. • Tujuan kurikulum terbahagi kepada tiga aras iaitu – Tujuan Jangka Panjang • menggambarkan tujuan kehidupan yang diharapkan berdasarkan pada nilai yang diambil dari falsafah. • Tujuan ini tiada kaitan secara langsung dengan tujuan mata pelajaran tetapi sebagai hala tuju setelah murid menyelesaikan alam persekolahannya. – Tujuan Jangka Sederhana • hasrat visi dan matlamat sekolah terhadap pencapaian dan kemajuan murid semasa berada di alam persekolahannya.
  • 84. – Tujuan Jangka Pendek • dikhususkan bagi mencapai pembelajaran dalam kelas. • Tujuan kurikulum yang meliputi aspek pengetahuan (kognitif), kemahiran (psikomotor), sikap (afektif) dan nilai-nilai yang diharapkan dapat dimiliki oleh murid bagi setiap mata pelajaran.
  • 85. Kandungan • Kandungan kurikulum pendidikan menengah digubal berdasarkan mata pelajaran teras dan elektif. • Mata pelajaran teras melibatkan bidang seperti a) komunikasi, b) matematik, sains dan teknologi, c) kerohanian, nilai dan sikap, dan d) perkembangan diri. • Mata pelajaran elektif melibatkan pelbagai bidang ke arah pengkhususan atau alam pekerjaan.
  • 86. Kaedah • Aspek penting terhadap pelaksanaan kurikulum dalam proses pembelajaran. • Pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang oleh guru bagi membina dan mengukuhkan minat murid terhadap pembelajaran. • Murid dibimbing supaya bersedia menerima pengajaran dan berupaya untuk meneruskan pembelajaran secara akses kendiri.
  • 87. Sumber dan maklumat • Sumber pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta sistem penyampaian maklumat tentang aktiviti, bahan, dan bimbingan. • Melibatkan sumber yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Kemudahan seperti komputer, multi media, cekera padat dan lebuh raya maklumat seperti 'internet' perlu disediakan untuk digunakan semua murid di samping kemudahan dan peralatan pengajaran dan pembelajaran.
  • 88. Penilaian • Kurikulum yang telah dibentuk dan dilaksana perlu dinilai bagi memastikan ianya sentiasa kemaskini bagi memenuhi keperluan semasa dan akan datang. • Penilaian kurikulum boleh dilakukan secara berterusan melalui penilaian formatif dan pada peringkat akhir atau selesai sesuatu program melalui penilaian sumatif.
  • 89. • Oleh kerana penilaian formatif dilakukan secara berterusan, perubahan-perubahan dan usaha penambahbaikan kepada kurikulum boleh dilakukan apabila perlu. • Penilaian sumatif pula dilakukan pada peringkat akhir atau setelah selesai pelaksanaan sesuatu program untuk membolehkan keputusan dibuat untuk penambahbaikan seterusnya.
  • 90. • Dalam bentuk gambarajah, bina kerangka konseptual struktur Kurikulum Kebangsa dan huraikan.