SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
Tajuk :       Sejarah dan Perkembangan Pendidikan Jasmani

                        Pendidikan Jasmani Zaman Purba

       Pendidikan Jasmani di definisikan sebagai pendidikan melalui jasmani di
mana banyak daripada objektif pendidikan dicapai menerusi aktiviti-aktiviti jasmani
yang melibatkan otot-otot (Vasudevan 1985) Masyarakat purba di China, Mesir,
Greece dan Rom mengambil pendidikan jasmani sebagai sebahagian daripada
latihan ketenteraan.

        Dalam masyarakat primitif, sukan dan pendidikan jasmani merupakan satu
aspek yang amat mustahak dalam kehidupan seharian. Masyarakat primitif yang
kurang stamina, kemahiran, keteguhan dan kegagahan akan merugikan komuniti
mereka. Untuk mempertahankan komuniti dan kewujudan yang berterusan sesuatu
suku itu, para belia harus membina kekuatan, daya tahan, ketangkasan dan
kemahiran untuk menanggung kehidupan mereka.

       Kanak-kanak pula akan mempelajari kemahiran melalui peniruan. Para bapa
akan mengajar anak lelaki tentang segala kemahiran yang diperlukan oleh
seseorang pemburu atau pelayar. Di antara aktiviti kemahiran termasuklah
memanah, melempar gada dan lembing, memburu binatang, membuat senjata dan
sampan, menangkap ikan dan mendayung kolek. Aktiviti perkembangan fizikal
adalah seperti berenang, berlari, dan mendaki gunung. Aktiviti-aktiviti ini adalah satu
keperluan yang diwajibkan oleh setiap kanak-kanak dalam masyarakat primitif untuk
menjamin kehidupan mereka.

       Menari merupakan amalan mulia bagi masyarakat primitif. Ia adalah salah
satu media utama dalam proses komunikasi antara manusia dengan roh-roh atau
tuhan. Masa dan tempat upacara serta tarian diadakan akan ditentukan oleh adat
resam suku kaum masing-masing.

PENDIDIKAN JASMANI DALAM MASYARAKAT YUNANI PURBA:

Perkembangan pendidikan jasmani di Yunani dibahagikan kepada empat tahap:
     1. Pendidikan Yunani Homer (zaman prasejarah hingga Olimpik 776 S.M).
     2. Pendidikan Yunani Sparta (meliputi seluruh zaman sejarah Sparta).
     3. Pendidikan Yunani Athens Awal (776 S.M hingga akhir Perang Parsi pada
     480 S.M).
     4. Pendidikan Yunani Athens Lewat (dari 480 S.M hingga penaklukan
     Mekadonia 338 S.M).

Yunani Homer

     Tujuan utama pendidikan jasmani dan sukan adalah untuk membentuk
manusia petindak. Peperangan sering berlaku. Maka, setiap warganegara
merupakan perajurit dan keadaan fizikal yang sihat dan kuat adalah sangat penting.

       Senaman bertujuan menghasilkan kualiti-kualiti seperti kekuatan, daya
ketahanan, kepantasan dan keberanian yang sangat diperlukan dalam peperangan.
Di antara aktiviti-aktiviti sukan yang dimainkan oleh kelas aristocrat ialah perlumbaan
kereta kuda, tinju, bergomol dan lari. Bagi golongan askar, aktivitinya adalah seperti
membaling lembing, memanah dan mengangkat berat. Dalam zaman ini,
penduduknya boleh dikatakan melibatkan diri dalam sukan yang memerlukan tenaga
dan kekuatan.

Yunani Sparta

       Sparta merupakan sebuah negara tentera. Semua rakyat hanya mempunyai
satu profesion iaitu sebagai askar, maka pendidikan jasmani dan sukan serta semua
pendidikan di Sparta merupakan latihan untuk peperangan. Ini bertujuan untuk
membentuk setiap rakyat sebagai petindak yang mempunyai kekuatan yang ganas,
daya ketahanan yang tinggi, semangat keteguhan dan kegagahan serta kemahiran
yenyera yang amat diperlukan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti
gimnastik, lari dan lompatan serta permainan bola.

     Aktiviti-aktiviti lain termasuk lawan pedang, acara lompat, berenang,
memburu, gusti, tinju, berjalan kaki, lempar cakera dan baling lembing.

Yunani Athens Awal

      Pendidikan jasmani di Athens mempunyai fungsi lagi selain daripada untuk
menyediakan warganegara di medan perang, iaitu untuk nilai estetika dan harmoni.
Bagi mereka, tubuh badan adalah sama penting dengan otak. Oleh demikian sukan
dihubungkan dengan falsafah, muzik, sastera, lukisan dan ukiran. Orang Greek yang
menghargai kecantikan (fizikal) menganggap bahawa gemuk, kurang segar, dan
pertumbuhan yang tidak wajar sebagau mengaibkan dan sebagai tanda kurang
pendidikan.

        Di antara program pendidikan jasmani dan sukan bagi kanak-kanak dalam
lingkungan umur 7-12 tahun adalah seperti berlari, lompatan, memanjat tali,
permainan bola, baling lembing dan lempar cakera bersaiz kecil. Bagi pelajar yang
lebih besar (dari segi umur), aktiviti lebih bertenaga seperti perlumbaan, baling
lembing dan lempar cakera bersaiz besar, lompatan, bertinju, bergomol dan
perlumbaan kereta kuda disediakan.

Yunani Athens Lewat

       Selepas perang Parsi, Athens yang dahulu merupakan masyarakat pertanian,
telah berubah menjadi pusat perdagangan dan sebuah pusat kosmopolitan.
Penduduknya mempunyai lebih banyak masa lapang untuk perkembangan
intelektual. Tujuan sekarang ialah membentuk manusia bijak dan bukan lagi
manusia petindak. Antara aktiviti-aktiviti fizikal termasuklah gimnastik, olahraga,
lumba berperisai, baling lembing, memanah, equestrian dan tinju.
Walaubagaimanapun, mereka lebih berminat menjadi penonton daripada peserta.
SUKAN OLIMPIK

        Sukan Olimpik diadakan sekali setiap empat tahun mulai tahun 776 S.M.
sukan ini dijalankan selama lima hari pada bulan Ogos tahun itu bersama-sama
dengan upacara menghormati Zeus (tuhan orang-orang Greek). Boleh dikatakan
segenap lapisan masyarakat seperti petani, golongan bangsawan, ahli politik dan
lain-lain mengambil bahagian. Jadi, perayaan Olimpik merupakan satu acara
mengadakan pertukaran kebudayaan yang berbeza antara negara-negara kota.
         Satu acara sahaja yang diadakan dalam sukan tahun 776 S.M itu, iaitu lumba
lari, dan johan utama adalah Coroibos dari Olis yang memenangi perlumbaan
stadium sejauh 170meter. Acara-acara sukan mula ditambah dengan adanya
perlumbaan jarak jauh, lempar cakera, lompat jauh, baling lembing, bergomol, tinju
dan sebagainya. Dalam tahun 393 (masihi), Maharaja Theodosius telah
menamatkan Sukan Olimpik yang telah diadakan selama 1503 tahun itu.

       Usaha untuk menghidupkan semula Sukan Olimpik muncul pada akhir abad
ke-19. Pengasas Sukan Olimpik moden adalah Baron Pierre de Coubertin
(1863-1937), seorang Perancis. Berdasarkan pengaruh beliau, dipersetujui untuk
mengadakan Sukan Olimpik sekali setiap empat tahun, di mana semua bangsa
dijemput mengambil bahagian. Sukan pertama diadakan di Athens dalam tahun
1896. Sejak itu, setiap empat tahun sukan ini diadakan.


       Selain itu juga perkembanggan pendidikan jasmani pada zaman purba juga
mula berlaku di Negara China dan India. Ketika itu di negeri China manusia
digalakan melibatkan diri dalam aktviti kecergasan seperti seni bela diri untuk tujuan
menyihatkan badan. Selain daripada seni bela diri, aktiviti kecergasan yang lain juga
diperkenalkan seperti tarian, lawan pedang, memanah dan menunggang kuda.

      Di India pula satu kaedah senaman dicipta iaitu Yoga yang dipercayai dapat
membawa panyatuan kepada tubuh, akal dan roh manusia serta merapatkan
manusia dengan alam. Manakala pemerintahan di Timur tengah seperti Parsi, Egypt,
Babylon dan Syria juga mementingkan kecergasan untuk tujuan ketenteraan. Kanak-
kanak didedahkan dengan aktiviti-aktiviti saperti berkuda, memanah, memburu,
berkawad dan membaling lembing untuk tujuan membina kekuatan dan kecergasan
dan bukan untuk kesihatan.

More Related Content

What's hot

Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukanBurnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukanmuhammad
 
Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 4
Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 4Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 4
Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 4Sheeyrha
 
Kepentingan pendidikan jasmani dari aspek perkembangan mental
Kepentingan pendidikan jasmani dari aspek perkembangan mentalKepentingan pendidikan jasmani dari aspek perkembangan mental
Kepentingan pendidikan jasmani dari aspek perkembangan mentalTiong Ee
 
PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)
PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)
PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)Stephanie Unsil
 
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN Tinagaran Magisparan
 
94136240 nota-ringkas-pjm-3112-ppj
94136240 nota-ringkas-pjm-3112-ppj94136240 nota-ringkas-pjm-3112-ppj
94136240 nota-ringkas-pjm-3112-ppjMuhammad Huffaz
 
Sistem penghadaman
Sistem penghadamanSistem penghadaman
Sistem penghadamanamiraaa96
 
2.5 keagresifan dalam sukan
2.5 keagresifan dalam sukan 2.5 keagresifan dalam sukan
2.5 keagresifan dalam sukan Amirul Ezuan
 
Acara 4 x100 meter
Acara 4 x100 meterAcara 4 x100 meter
Acara 4 x100 meterfiro HAR
 
Keganasan dalam-sukan
Keganasan dalam-sukanKeganasan dalam-sukan
Keganasan dalam-sukanWan Azmi
 
Pendidikan Jasmani Zaman Renaissance
Pendidikan Jasmani Zaman RenaissancePendidikan Jasmani Zaman Renaissance
Pendidikan Jasmani Zaman RenaissanceHattie Azmi
 
PENGENALAN ANATOMI DAN FISIOLOGI
PENGENALAN ANATOMI DAN FISIOLOGIPENGENALAN ANATOMI DAN FISIOLOGI
PENGENALAN ANATOMI DAN FISIOLOGINoraishah Rapani
 
Laporan rancangan pelajaran harian(cort 1)
Laporan rancangan pelajaran harian(cort 1)Laporan rancangan pelajaran harian(cort 1)
Laporan rancangan pelajaran harian(cort 1)Tan Pei Gyan
 

What's hot (20)

Bola baling-sm
Bola baling-smBola baling-sm
Bola baling-sm
 
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukanBurnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
 
Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 4
Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 4Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 4
Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 4
 
Kepentingan pendidikan jasmani dari aspek perkembangan mental
Kepentingan pendidikan jasmani dari aspek perkembangan mentalKepentingan pendidikan jasmani dari aspek perkembangan mental
Kepentingan pendidikan jasmani dari aspek perkembangan mental
 
PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)
PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)
PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)
 
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
 
Sistem tenaga sains sukan
Sistem tenaga sains sukanSistem tenaga sains sukan
Sistem tenaga sains sukan
 
94136240 nota-ringkas-pjm-3112-ppj
94136240 nota-ringkas-pjm-3112-ppj94136240 nota-ringkas-pjm-3112-ppj
94136240 nota-ringkas-pjm-3112-ppj
 
Sistem penghadaman
Sistem penghadamanSistem penghadaman
Sistem penghadaman
 
2 latihan-fizikal
2 latihan-fizikal2 latihan-fizikal
2 latihan-fizikal
 
kecergasan fizikal
kecergasan fizikalkecergasan fizikal
kecergasan fizikal
 
Buku panduan pengurusan olahraga di sekolah
Buku panduan pengurusan olahraga di sekolahBuku panduan pengurusan olahraga di sekolah
Buku panduan pengurusan olahraga di sekolah
 
2.5 keagresifan dalam sukan
2.5 keagresifan dalam sukan 2.5 keagresifan dalam sukan
2.5 keagresifan dalam sukan
 
Acara 4 x100 meter
Acara 4 x100 meterAcara 4 x100 meter
Acara 4 x100 meter
 
2 pemboleh ubah periodisasi
2 pemboleh ubah periodisasi2 pemboleh ubah periodisasi
2 pemboleh ubah periodisasi
 
Keganasan dalam-sukan
Keganasan dalam-sukanKeganasan dalam-sukan
Keganasan dalam-sukan
 
5.2 personaliti
5.2 personaliti5.2 personaliti
5.2 personaliti
 
Pendidikan Jasmani Zaman Renaissance
Pendidikan Jasmani Zaman RenaissancePendidikan Jasmani Zaman Renaissance
Pendidikan Jasmani Zaman Renaissance
 
PENGENALAN ANATOMI DAN FISIOLOGI
PENGENALAN ANATOMI DAN FISIOLOGIPENGENALAN ANATOMI DAN FISIOLOGI
PENGENALAN ANATOMI DAN FISIOLOGI
 
Laporan rancangan pelajaran harian(cort 1)
Laporan rancangan pelajaran harian(cort 1)Laporan rancangan pelajaran harian(cort 1)
Laporan rancangan pelajaran harian(cort 1)
 

Similar to SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI

Similar to SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI (20)

pendidikan-jasmani-zaman-purba
pendidikan-jasmani-zaman-purbapendidikan-jasmani-zaman-purba
pendidikan-jasmani-zaman-purba
 
pendidikan jasmani purba & renaisance
pendidikan jasmani purba & renaisancependidikan jasmani purba & renaisance
pendidikan jasmani purba & renaisance
 
Pendidikan Jasmani Zaman Purba
Pendidikan Jasmani Zaman PurbaPendidikan Jasmani Zaman Purba
Pendidikan Jasmani Zaman Purba
 
Pj; zaman purba
Pj; zaman purbaPj; zaman purba
Pj; zaman purba
 
Minggu 4 02 okt
Minggu 4 02 oktMinggu 4 02 okt
Minggu 4 02 okt
 
Filsafat olahraga
Filsafat olahragaFilsafat olahraga
Filsafat olahraga
 
503419841-MAKALAH-ATLETIK.docx
503419841-MAKALAH-ATLETIK.docx503419841-MAKALAH-ATLETIK.docx
503419841-MAKALAH-ATLETIK.docx
 
Makalah atletik
Makalah atletikMakalah atletik
Makalah atletik
 
Sejarah olahraga
Sejarah olahragaSejarah olahraga
Sejarah olahraga
 
Sejarah olahraga
Sejarah olahragaSejarah olahraga
Sejarah olahraga
 
Materi Penjas Tentang Atletik
Materi Penjas Tentang AtletikMateri Penjas Tentang Atletik
Materi Penjas Tentang Atletik
 
Pjm 3107 gimnastik
Pjm 3107 gimnastikPjm 3107 gimnastik
Pjm 3107 gimnastik
 
Nota pjm 3110
Nota pjm 3110Nota pjm 3110
Nota pjm 3110
 
Tajuk 1 & 2
Tajuk 1 & 2Tajuk 1 & 2
Tajuk 1 & 2
 
Filsafat Olahraga _ Zalsha Ayuadelia Efendi_2019C/047
Filsafat Olahraga _ Zalsha Ayuadelia Efendi_2019C/047Filsafat Olahraga _ Zalsha Ayuadelia Efendi_2019C/047
Filsafat Olahraga _ Zalsha Ayuadelia Efendi_2019C/047
 
ATLETIK.docx
ATLETIK.docxATLETIK.docx
ATLETIK.docx
 
Waj3112 folio olahraga myra
Waj3112 folio olahraga myraWaj3112 folio olahraga myra
Waj3112 folio olahraga myra
 
Sejarah olahraga.pdf.jptinod
Sejarah olahraga.pdf.jptinodSejarah olahraga.pdf.jptinod
Sejarah olahraga.pdf.jptinod
 
Konstruksi Tubuh dan Kebudayaan
Konstruksi Tubuh dan KebudayaanKonstruksi Tubuh dan Kebudayaan
Konstruksi Tubuh dan Kebudayaan
 
Review Jurnal
Review JurnalReview Jurnal
Review Jurnal
 

SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI

  • 1. Tajuk : Sejarah dan Perkembangan Pendidikan Jasmani Pendidikan Jasmani Zaman Purba Pendidikan Jasmani di definisikan sebagai pendidikan melalui jasmani di mana banyak daripada objektif pendidikan dicapai menerusi aktiviti-aktiviti jasmani yang melibatkan otot-otot (Vasudevan 1985) Masyarakat purba di China, Mesir, Greece dan Rom mengambil pendidikan jasmani sebagai sebahagian daripada latihan ketenteraan. Dalam masyarakat primitif, sukan dan pendidikan jasmani merupakan satu aspek yang amat mustahak dalam kehidupan seharian. Masyarakat primitif yang kurang stamina, kemahiran, keteguhan dan kegagahan akan merugikan komuniti mereka. Untuk mempertahankan komuniti dan kewujudan yang berterusan sesuatu suku itu, para belia harus membina kekuatan, daya tahan, ketangkasan dan kemahiran untuk menanggung kehidupan mereka. Kanak-kanak pula akan mempelajari kemahiran melalui peniruan. Para bapa akan mengajar anak lelaki tentang segala kemahiran yang diperlukan oleh seseorang pemburu atau pelayar. Di antara aktiviti kemahiran termasuklah memanah, melempar gada dan lembing, memburu binatang, membuat senjata dan sampan, menangkap ikan dan mendayung kolek. Aktiviti perkembangan fizikal adalah seperti berenang, berlari, dan mendaki gunung. Aktiviti-aktiviti ini adalah satu keperluan yang diwajibkan oleh setiap kanak-kanak dalam masyarakat primitif untuk menjamin kehidupan mereka. Menari merupakan amalan mulia bagi masyarakat primitif. Ia adalah salah satu media utama dalam proses komunikasi antara manusia dengan roh-roh atau tuhan. Masa dan tempat upacara serta tarian diadakan akan ditentukan oleh adat resam suku kaum masing-masing. PENDIDIKAN JASMANI DALAM MASYARAKAT YUNANI PURBA: Perkembangan pendidikan jasmani di Yunani dibahagikan kepada empat tahap: 1. Pendidikan Yunani Homer (zaman prasejarah hingga Olimpik 776 S.M). 2. Pendidikan Yunani Sparta (meliputi seluruh zaman sejarah Sparta). 3. Pendidikan Yunani Athens Awal (776 S.M hingga akhir Perang Parsi pada 480 S.M). 4. Pendidikan Yunani Athens Lewat (dari 480 S.M hingga penaklukan Mekadonia 338 S.M). Yunani Homer Tujuan utama pendidikan jasmani dan sukan adalah untuk membentuk manusia petindak. Peperangan sering berlaku. Maka, setiap warganegara merupakan perajurit dan keadaan fizikal yang sihat dan kuat adalah sangat penting. Senaman bertujuan menghasilkan kualiti-kualiti seperti kekuatan, daya ketahanan, kepantasan dan keberanian yang sangat diperlukan dalam peperangan. Di antara aktiviti-aktiviti sukan yang dimainkan oleh kelas aristocrat ialah perlumbaan
  • 2. kereta kuda, tinju, bergomol dan lari. Bagi golongan askar, aktivitinya adalah seperti membaling lembing, memanah dan mengangkat berat. Dalam zaman ini, penduduknya boleh dikatakan melibatkan diri dalam sukan yang memerlukan tenaga dan kekuatan. Yunani Sparta Sparta merupakan sebuah negara tentera. Semua rakyat hanya mempunyai satu profesion iaitu sebagai askar, maka pendidikan jasmani dan sukan serta semua pendidikan di Sparta merupakan latihan untuk peperangan. Ini bertujuan untuk membentuk setiap rakyat sebagai petindak yang mempunyai kekuatan yang ganas, daya ketahanan yang tinggi, semangat keteguhan dan kegagahan serta kemahiran yenyera yang amat diperlukan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti gimnastik, lari dan lompatan serta permainan bola. Aktiviti-aktiviti lain termasuk lawan pedang, acara lompat, berenang, memburu, gusti, tinju, berjalan kaki, lempar cakera dan baling lembing. Yunani Athens Awal Pendidikan jasmani di Athens mempunyai fungsi lagi selain daripada untuk menyediakan warganegara di medan perang, iaitu untuk nilai estetika dan harmoni. Bagi mereka, tubuh badan adalah sama penting dengan otak. Oleh demikian sukan dihubungkan dengan falsafah, muzik, sastera, lukisan dan ukiran. Orang Greek yang menghargai kecantikan (fizikal) menganggap bahawa gemuk, kurang segar, dan pertumbuhan yang tidak wajar sebagau mengaibkan dan sebagai tanda kurang pendidikan. Di antara program pendidikan jasmani dan sukan bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur 7-12 tahun adalah seperti berlari, lompatan, memanjat tali, permainan bola, baling lembing dan lempar cakera bersaiz kecil. Bagi pelajar yang lebih besar (dari segi umur), aktiviti lebih bertenaga seperti perlumbaan, baling lembing dan lempar cakera bersaiz besar, lompatan, bertinju, bergomol dan perlumbaan kereta kuda disediakan. Yunani Athens Lewat Selepas perang Parsi, Athens yang dahulu merupakan masyarakat pertanian, telah berubah menjadi pusat perdagangan dan sebuah pusat kosmopolitan. Penduduknya mempunyai lebih banyak masa lapang untuk perkembangan intelektual. Tujuan sekarang ialah membentuk manusia bijak dan bukan lagi manusia petindak. Antara aktiviti-aktiviti fizikal termasuklah gimnastik, olahraga, lumba berperisai, baling lembing, memanah, equestrian dan tinju. Walaubagaimanapun, mereka lebih berminat menjadi penonton daripada peserta.
  • 3. SUKAN OLIMPIK Sukan Olimpik diadakan sekali setiap empat tahun mulai tahun 776 S.M. sukan ini dijalankan selama lima hari pada bulan Ogos tahun itu bersama-sama dengan upacara menghormati Zeus (tuhan orang-orang Greek). Boleh dikatakan segenap lapisan masyarakat seperti petani, golongan bangsawan, ahli politik dan lain-lain mengambil bahagian. Jadi, perayaan Olimpik merupakan satu acara mengadakan pertukaran kebudayaan yang berbeza antara negara-negara kota. Satu acara sahaja yang diadakan dalam sukan tahun 776 S.M itu, iaitu lumba lari, dan johan utama adalah Coroibos dari Olis yang memenangi perlumbaan stadium sejauh 170meter. Acara-acara sukan mula ditambah dengan adanya perlumbaan jarak jauh, lempar cakera, lompat jauh, baling lembing, bergomol, tinju dan sebagainya. Dalam tahun 393 (masihi), Maharaja Theodosius telah menamatkan Sukan Olimpik yang telah diadakan selama 1503 tahun itu. Usaha untuk menghidupkan semula Sukan Olimpik muncul pada akhir abad ke-19. Pengasas Sukan Olimpik moden adalah Baron Pierre de Coubertin (1863-1937), seorang Perancis. Berdasarkan pengaruh beliau, dipersetujui untuk mengadakan Sukan Olimpik sekali setiap empat tahun, di mana semua bangsa dijemput mengambil bahagian. Sukan pertama diadakan di Athens dalam tahun 1896. Sejak itu, setiap empat tahun sukan ini diadakan. Selain itu juga perkembanggan pendidikan jasmani pada zaman purba juga mula berlaku di Negara China dan India. Ketika itu di negeri China manusia digalakan melibatkan diri dalam aktviti kecergasan seperti seni bela diri untuk tujuan menyihatkan badan. Selain daripada seni bela diri, aktiviti kecergasan yang lain juga diperkenalkan seperti tarian, lawan pedang, memanah dan menunggang kuda. Di India pula satu kaedah senaman dicipta iaitu Yoga yang dipercayai dapat membawa panyatuan kepada tubuh, akal dan roh manusia serta merapatkan manusia dengan alam. Manakala pemerintahan di Timur tengah seperti Parsi, Egypt, Babylon dan Syria juga mementingkan kecergasan untuk tujuan ketenteraan. Kanak- kanak didedahkan dengan aktiviti-aktiviti saperti berkuda, memanah, memburu, berkawad dan membaling lembing untuk tujuan membina kekuatan dan kecergasan dan bukan untuk kesihatan.