Nota pjm 3110

8,920 views

Published on

3 Comments
6 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
8,920
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
5
Actions
Shares
0
Downloads
712
Comments
3
Likes
6
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Nota pjm 3110

  1. 1. Nota PJM 3110!! All the best!!(if kurang pandai2 la tambah k.juz buat supaya senang revise.if xfaham selamatmemahami sendiri.hehe~~)Tajuk 1 sejarah dan perkembangan pjPj zaman purba- Zaman manusia purba dan kecergasan= manusia hidup dalam keadaan nomad (pindah randah). Melakukan aktiviti memburu danmengumpul makanan untuk terus hidup. Apabila berjaya mendapat tangkapan mereka akanberkumpul dan meraikan kejayaan tersebut dengan berpesta(menari, permainan kebudayaan danberkumpul). Aktiviti sebegini memerlukan tahap kecergasan yang tinggi dan konsisten.- Zaman neolitik (revolusi pertanian)= gaya hidup primitif (menetap disuatu kawasan dan menjalankan aktiviti pertanian akibatpengenalan teknologi yang memudahkan mereka). Zaman pembangunan dalam bidangpertanian.Aktiviti kecergasan mula berkurang.- Tamdun kuno(China dan india)= masyarakat di china ketika itu tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti kecergasan sehinggamasalah sistem kardiak wujud.Falsafah confucious menggalakan penglibatan dalam aktivitikecergasan fizikal. Kemudian, kungfu telah diperkenalkan sebagai aktiviti yang membantu tubuhmanusia menjadi sihat dan berfungsi. Seterusnya aktiviti kecergasan lain sepertimenari,memanah,lawan pedang dan gusti diwujudkan.= di india, masyarakat dihalang penglibatn mereka akibat kepercayaan agama. Fokus mereka lebihkepada spiritual daripada mengamalkan pergerakan. Namun satu kaedah senaman yang masih terikatdengan kepercayaan agama telah diperkenalkan oleh golongan mubaligh hindu yang hidup secarasederhana dan berteraskan disiplin diri dan meditasi, iaitu yoga. Yoga ialah penyatuan antaratubuh,akal dan roh. Yoga kini dijadikan teknik dalam beberapa program kecergasan bagi membantuorgan berfungsi dengan baik dan meningkatkan tahap kesihatan badan.- Timur tengah= mementingkan tahap kecergasan yang tinggi dalam pasukan tentera dan masyarakat bagikepentingan politik dan ketenteraan. Contohnya, seperti tamadun parsi yang menuntut semua rakyatmempunyai tahap kecergasan yang tinggi. Tahap kecergasan diperolehi daripada pelbagai latihankeras seperti berkawad, memburu, berkuda, memanah dan melontar lembing yang perlu dilalui olehmereka ketika berusia enam tahun lagi. Latihan ini bertujuan bagi meningkatkan kekuatan danstamina dan bukannya untuk kebaikan kesihatan. Kaedah ini untuk melahirkan ramai tentera untukmeluaskan empayar.- Zaman greek (Athens)= masyarakat yunani mengutamakan kesempurnaan fizikal. Sparta dan Athens terkenal denganbidang pj yang mempunyai objektif yang berbeza ketika itu. Pj bagi Sparta lebih kepadapembentukan tentera yang kuat, manakala Athens tertumpu pada prinsip demokrasi. Aktiviti fizikalmasyarakat Athens bertujuan untuk membina tubuh badan yang sihat agar hidup lebih aktif danpentingkan nilai estetik.= masyarakat percaya keseimbangan antara kecergasan badan dan otak berkait rapat. Dimanakecergasan fizikal dan minda mempunyai kepentingan yang sama dengan kekuatan dan badan dalammenjana kesihatan mental. Aktiviti gimnastik dengan berbantu muzik merupakan pelajaran yangpenting ketika itu. Pj zaman renaissance- lebih kurang sama dengan pj masa kini.- dilakukan untuk kebaikan sendiri.- menjurus lebih kepada aktiviti keagamaan dan seni.- merupakan salah satu saluran untuk memberikan ketenangan jiwa dan melahirkan tubuhbadan yang sihat.- 3 kumpulan utama zaman renaissance. 1
  2. 2. 1. i. Humanis- menghargai pendidikn dalam sukan seperti memanah, renang dan lari berpagar.2. ii. Moralis – aktiviti fizikal sebagai cara melaksanakan pekerjaan.3. iii. Realism – pendidikan fizikal sebagai sebahagian drpd akal yang sihat dalam tubuh yang sihat (utamakan penjagaan tubuh). Pj moden - Wujud sukatan pelajaran pj untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan. - Pj di sekolah mengutamakan aktiviti sukan dan permainan. - Memberi fokus kepada kesan pergerakan dan kemahiran (tarian dan gimnastik). - Sesetengah aktiviti sukan dimajukan dengan organisasi/tahap yang tinggi dan terdapat undang2/peraturan yang ditetapkan. Contoh, bola sepak, golf dan sebagainya. - Pj menjurus kepada membentuk insan yang menyeluruh, seimbang dan harmonis dari segi JERIS. Pj di Malaysia - Era prakolonial (sebelum penjajahan inggeris) = pj melalui aktiviti kebudayaan dan kesenian, permainan masa lapang (tradisional), pertukangan dan kebun, serta seni mempertahankan diri. Terdapat perbezaan permainan antara golongan istana dan golongan biasa. - Era penjajahan inggeris = pj formal belum diwujudkan dalam jadual persekolahan. pj diperkenalkan untuk mengekalkan status quo penjajah iaitu latihan jasmani dicampur dengan berkebun supaya rakyat kekal menjadi pesawah. = permainan2 baharu seperti badminton, bola sepak dan ragbi diperkenalkan oleh penjajah dan pedagang. = 1890an murid perempuan mula diajar olahraga, manakala murid lelaki diberi latih tubi. =1913 maktab perguruan di matang perak ditubuhkan untuk memberikan latihan kawad kepada bakal guru dan galakkan mereka memasuki pasukan sukarelawan. =1920an keutamaan diberikan kepada aktiviti senaman, latihan kawad dan permainan. Penguhasa pj di negeri2 selat telah dilantik. =1930an rancangan pj untuk sekolah telah dimulakan. Sukatan berasaskan latihan fizikal. Melalui kursus perkhidmatan, rancangan latihan guru pj dilancarkan ke seluruh negara. Masyarakat sedar akan kepentingan pj. =1940an sukatan pelajaran pj telah dikaji semula untuk dikemas kini supaya selari dengan perkembangan pendidikan. - Era penjajahan jepun =rancangan yang telah diusahakan dalam pendidikan tergendala. Latihan jasmani ketika itu bertujuan membentuk individu yang patuh kepada arahan, taat kepada pemerintah dan berdisiplin. = latihan jasmani (tai sho) diperkenalkan kepada murid. Setiap pagi murid terpaksa membuat senaman beramai-ramai selama 30 minit. Arahan dalam bahasa jepun dan pengajaran jasmani lebih bercorak ketenteraan. - Era penjajahan british (sebelum merdeka) = tujuan pj sama dengan tujuan semasa penjajahan inggeris. Sekolah dibuka semula dan latihan jasmani sebagai mata pelajaran kekal disekolah. senaman diadakan 30 minit sebelum masuk belajar. =1940an sukatan pelajaran latihan jasmani diterbitkan oleh MPSI untuk adakan sukatan yang formal untuk sekolah. =1950an kepentingan pj meningkat kerana diwajibkan disemua sekolah. Guru tempatan dihantar ke luar Negara bagi meluaskan pengetahuan tentang PJ. - Era selepas merdeka = 1960an sukatan pelajaran pj dikaji semula. Wujud sukatan untuk murid lelaki dan perempuan. Bertujuan untuk membolehkan semua sekolah menggunakan satu sukatan pelajaran yang baru dan sesuai bagi masyarakat dinegara kita. 2
  3. 3. = usaha meningkatkan mutu pj disekolah diteruskan dengan penubuhan MPIK. Kursus satu tahundiadakan di MPIK dan kurikulum adalah sama dengan KDP pj di Britain.= pj disekolah lebih menjurus kepada aktiviti sukan dan permainan. Pertandingan permainan danolahraga sebagai aktiviti lanjutan di sekolah.=1958 KPM tubuhkan MSSM. Pj menjadi mata pelajaran wajib di sekolah rendah dan menengah.=1970an sukatan pj disemak semula dan dikeluarkan dalam bm dan bi (menjurus kepada pergerakandan kemahiran termasuk tarian dan gimnastik). Pj dimasukan dalam kurikulum kursus diplomapendidikan di UM bagi melengkapkan bakal guru siswazah dengan kemahiran dan pengetahuandalam pengajaran pj.Tajuk 2 konsep,teori dan falsafah pembentukan kurikulumKonsep dan definisi Pendidikan Jasmani-Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusiamelalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiranmotor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik;memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961)dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktivitifizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mentaldan sosial. i. Barrow (1971, 1983) menyatakan Pendidikan Jasmani dalam konteks ‘pengalamanpendidikan menyeluruh’ dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu. ii. Baley & Field (1976), satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik,neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikalyang terpilih dan agak rancak, iii. Freeman (1977, 1992) menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunanfizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.iv. Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yangmembolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahapkecergasan yang tinggi. v. Dauer (1995) berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada programpendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak.Falsafah pendidikan kebangsaan dan hubungannya dengan pendidikan jasmani- Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN)merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan danpersekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. Justeru setiap bakal guru di Malaysiadiwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melaluiproses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada dilandasan yang betul. Intipati utama dalamFTK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektualSosial yangsering disebut oleh guru-guru sebagai JERIS. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antarakeempat-empat unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelekatau sebaliknya.- Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktivitifizikal dan amalan kecergasan.- Mata pelajaran Pendidikan Jasmani menekankan gaya hidup yang sihat dan aktif. Pendekatanang dicadangkan bagi mata pelajaran ini ialah pembelajaran melalui kegiatan Pendidikan Jsamaniyang merangkumi tiga aspek penting iait penglibatan murid secara aktif dan selamat, interaksi yangkreatif dengan rakan, bahan, dan alat. Serta penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai buktipembelajaran.Pendidikan Jasmani Untuk Semua- Pendidikan Jasmani adalah asas bagi semua pendidikan di mana otak dan badan berfungsiserentak. Pendidikan psikomotor, akhlak dan intelektual dianggap sebagai pendidikan yang dicapaimelalui pendidikan jasmani – Clark W. Hetherington.- Pendidikan Jasmani adalah jumlah semua aktiviti yang dipilih mengikut jenis dan dijalankanuntuk mencapai hasil yang bermakna. Aktiviti yang dipilih haruslah mempunyai dan menyediakan 3
  4. 4. peluang bagi individu untuk menjadi sabar, baik hati, berdikari, peramah, murah hati dan peribadiyang dinamis – J.F Williams.- Menginterperitasikan pendidikan melalui jasmani sebagai pendidikan melaluipengalamanpergerakan–DelbertOberteutter.- Pendidikan Untuk Jasmani ialah satu program aktiviti otot yang giat direka untuk merangsangorganisma jasmani supaya faedah yang boleh diperolehi daripada aktiviti-aktiviti dicapai. Pendidikanmelalui jasmani ialah satu program aktiviti jasmani di mana pergerakan jasmani direka untukmenghasilkan pelbagai jenis pengalaman dan pembelajaran sosial, intelektual, estetika dan kesihatanTajuk 3 Kepentingan pj-Pj amat penting untuk dilaksanakan dalam kurikulum sekolah rendah.-melalui pji, pelbagai aspek dapat dikembangkan ke tahap yang lebih tinggi.-aspek JERIS seseorang individu mungkin akan terjejas sekiranya mereka mengabaikan aspekpembangunan fizikal dan jasmani diri masing-masing.-pj membantu membangunkan dan meningkatkan keupayaan fizikal dan kecergasan seseorangindividu.-melalui aktiviti p&p pj dapat membantu seseorang individu membangunkan kemahiran pergerakanasas.-pj di sekolah rendah juga dapat membantu murid-murid meningkatkan kefahaman mengenaikeselamatan diri, alatan dan tempat beraktiviti.-Dalam aspek pembangunan emosi dan sahsiah, pj membantu murid meneroka kelemahan dankelebihan diri mereka seterusnya memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk mengenalidirinya. -pj yang diajar di sekolah berdasarkan kepada kurikulum yang telah digubal mampumenyemai budaya bergiat cergas sepanjang hayat dalam diri setiap murid. Perkara yang sedemikianmampu mempengaruhi gaya hidup yang lebih baik dan sihat.Kepentingan dari segi pertumbuhan dan perkembangan fizikalDalam masa pertengahan dan akhir peringkat kanak-kanak, kemahiran motor kanak-kanak menjadisemakin halus dan lebih halus, berbanding peringkat awal kanak-kanak.Contohnya hanya seorangdaripada 100 orang kanak-kanak berusia 5 tahun dapat memukul bola tangkis melepasi jaringmanakala bagi kebanyakan kanak-kanak berusia 10 tahun hingga 11 tahun dapat memukul bolatangkis dengan lebih baik. Selain aktiviti lanjutan dari zaman prasekolah seperti menunggang basikal,memanjat dan berlari, menari, berenang, berkasut roda, bermain bola sepak, mereka sekarang lebihcenderung dengan aktiviti sukan berpasukan yang lebih mencabar seperti permainan bola sepak, bolatangkis dan sebagainya.Dengan perkembangan yang begitu terurus, kanak-kanak berasa gembira dengan pencapaian merekasendiri. Bagi kanak-kanak kemahiran fizikal menjadi sesuatu keseronokan dan merupakan pencapaianyang berguna. Sebaik sahaja kanak-kanak berpindah ke sekolah rendah, bahagian hipotalmus merekasemakin matang, menyebabkan daya kawalan tubuh badan dan kebolehan duduk setempat untuktempoh masa yang lama bertambah. Walaubagaimanapun, kanak-kanak sekolah rendah masih belummenguasai kematangan fizikal sepenuhnya. Hal ini menyebabkan mereka sentiasa perlu bergerakaktif. Mereka menjadi lebih penat jika duduk terlalu lama berbanding dengan semasa mereka berlari,melompat atau berbasikal.Penting bagi kanak-kanak melakukan pergerakan fizikal bagi menghalusi kemahiran perkembanganmereka seperti melompat tali, melempar bola, bergayut di palang-palang, dan sebagainya.Oleh yangdemikian kanak-kanak perlulah melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan sukan di peringkat sekolahrendah.Kanak-kanak lelaki pada peringkat pertengahan dan akhir mempunyai motor kasar yang lebihcekap manakala kanak-kanak perempuan mempunyai motor halus yang lebih cekap.Kepentingan dari segi perkembangan mentalMurid yang mempelajari pendidikan jasmani pada peringkat sekolah rendah akan menempuh operasikonkrit dari umur 7-11 tahun manakala pada umur 12 tahun kanak-kanak sudah dapat menempuhioperasi formal. Pendidikan jasmani dapat diaplikasikan dengan menggunakan kebolehan para muriduntuk berfikir secara logik atau tentang sesuatu objek atau situasi. Dengan memberikan pengajaranyang membolehkan para murid berfikir ianya secara tidak langsung dapat menggalakan lagiperkembangan mental mereka. Memberikan cabaran serta teka teki untuk menyelesaikan masalah 4
  5. 5. yang ada. Ketika umur 6 tahun, para murid telah dapat memahami mengenai konsep nombor, danianya boleh diaplikasikan dengan mengira berapa kali sesuatu pergerakan telah dilakukan. .Kepentingan dari segi emosiTerdapat 4 tahap yang menggambarkan tahap perkembangan sosial kanak-kanak. Bagi kanak-kanakpertengahan dan akhir, mereka tergolong dalam tahap yang ke 4. Ini kerana usia antara 6 sehingga12 tahun adalah permulaan bagi kanak-kanak ini memasuki alam persekolahan iaitu dari peringkatpra sekolah ke peringkat sekolah rendah. Seterusnya, dalam proses pembelajaran yang mereka lalui,mereka mula didedahkan dengan pelbagai konsep serta konsep 3M iaitu membaca. mengira danmenulis.Dalam masa yang sama, kanak-kanak peringkat pertengahan dan akhir memiliki minat untukmencuba sesuatu yang baru, lebih-lebih lagi perkara yang diminati oleh mereka. Ini kerana, merekamempercayai bahawa mereka memiliki kemahiran serta bakat yang terpendam di dalam diri masing-masing. Pada tahap ini, mereka begitu aktif dan cenderung melakukan apa sahaja perkara yangterlintas di dalam fikiran mereka dan langsung tidak boleh menerima sebarang teguran daripadaorang sekeliling.Kepentingan dari segi sosialPerkembangan sosial merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanakberinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat sertabudaya. Hal ini kerana perkembangan sosial melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial mereka. Mereka jugamempelajari peraturan-peraturan sosial yang diamalkan oles sesuatu kumpulan sosial. Ontohnya,mereka mempelajari cara pemaparan emosi yang sesuai, dan cara mentafsir tingkah laku danpernyataan emosi orang lain dengan tepat. Proses sosialisasi ini pula ditentukan oleh konteks budaya.Tingkah laku sosial yang sesuai bagi sesuatu budaya mungkin dianggap tidak sesuai bagi budayayang lain. Namun demikian, terdapat banyak tingkah laku sosial yang bersifat universal dan merentasipelbagai kumpulan etnik dan budaya.Tajuk 4 huraian dan tafsiran sukatan pelajaran pj kbsrKonsep kesepaduan, penggabungjalinan dan integrasi dalam pendidikan jasmani=Bersepadu dan kesepaduan bermaksud bersatu, bercantum, dan bersama ; bukannya terpisah,terasing, tercerai atau terpencil.=Kesepaduan-keadaan bersepadu, perihal bersepadu menjadi kesatuan yang utuh (Kamus DewanEdisi 4, Halaman 1112,Baris 16).=Konsep dalam P&P- Kesepaduan merupakan perjalinan dan pengadunan unsur-unsur ilmupengetahuan kemahiran , bahasa serta nilai-nilai dalam semua matapelajaran secara integrasi danmenyeluruh.=Kesepaduan merupakan penjalinan dan pengaduan unsur2 ilmu pengetahuan kemahiran bahasaserta nilai2.Guru mestilah menekan aspek kesepaduan dalam merancang strategi pembelajaran.Contohnya:Pengajaran Geografi atau Sains pendekatan pengajaran semata – mata tertumpu kepada kemahiran.Unsur kekerapan nilai – nilai murni atau bahasa Melayu merentas kurikulum tidak dimasukkan.Ini tidak ada kesepaduan.Antara teknik yang terkini digunakan bagi membolehkan kesepaduan berlaku ialah-PenggabungjalinanRasionalnya beberapa kemahiran dapat diperoleh secara serentak dan terpadu.Contohnya : Guru mengajar pergerakan kreatif dan pada masa yang guru menggabungkan muzik.Oleh itu murid dapat mempelajari rentak atau irama muzik yang sesuai untuk dipadankan denganpergerakan kreatif.-PenyerapanProses menyatukan isi atau kandungan daripada mata pelajaran lain.Contoh : Topik pengiraan BMI dalam Pendidikan Jasmani. Maka penyerapan Matematik dalamPendidikan Jasmani.Cara Pelaksanaan-Kesepaduan dari segi bahan pengajaran dan pembelajaran. 5
  6. 6. Contoh : Bahan pengajaran dan pembelajaran digunakan untuk sama untuk beberapa permainan tertentu. Aktiviti yang guru jalankan menggunakan bentuk aktiviti yang menarik dan diolah mengikut kemampuan dan tahap murid itu sendiri. -Kesepaduan yang berbentuk ‘intra’ (berlaku dalam satu mata pelajaran) Contoh : ilmu pengetahuan bercantum dengan kemahiran dalam satu mata pelajaran. Dalam PJ, mengajar kemahiran bola sepak dan menyelit nilai murni dan moral. Bagi menjamin perkembangan JERIS murid. -Kesepaduan yang berbentuk ‘inter’(yang berlaku dengan menggabungkan pengetahuan atau pengetahuan denga mata pelajaran lain) Contoh Dalam PJ sekolah rendah ada tajuk mengenali bahagian tubuh kita. Di sini pergabungan dengan subjek sains. -Kesepaduan antara aspek teori dengan amali. Contoh : PJ yang teori yang terkandung buku juga bersepadu dengan amali yang sediakan unruk murid – murid. -Kesepaduan di antara aktiviti kokurikulum dengan aktiviti kurikulum. Contoh : PJ yang ada mengajar tajuk kemahiran asas olahraga seperti lari lompat berpagar. Ini bercantum dengan aktiviti kokurikulum di sekolah seperti persatuan olaharaga. -Kesepaduan di antara aktiviti di dalam bilik darjah dengan luar bilik darjah. Contoh : Aktiviti berdasarkan teori dan pengenalan dilakukan di dalam kelas dan kesinambungannya di luar bilik darjah. Pengenalan aktiviti pengajaran di dalam kelas adalah asas dan sejajar dengan aktiviti di luar bilik darjah. Aktiviti yang dilakukan di luar bilik darjah lebih secara praktikal dan amali, oleh itu murid dapat ekplorasi aktiviti dengan lebih baik. -Kesepaduan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran. Contoh : Strategi diatur terlebih dahulu sebelum pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam rancangan pengajaran harian. Teknik dan strategi sesuai dengan jenis aktiviti, bahan bantu pengajaran dan tajuk pengajaran. Tunjang pembelajaran pendidikan jasmani Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani disusun mengikut tiga tunjang utama iaitu : 1. Kecergasan Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan aktiviti fizikal secara berterusan tanpa merasa lesu. Tumpuan diberi kepada komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan dan perlakuan motor. 2. Kemahiran Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan kemahiran daripada aspek pergerakan otot besar dan otot halus.Tumpuan diberi kepada kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik, pergerakan kreatif dan rekreasi. 3. Kesukanan Konsep tunjang ini menitikberatkan kefahaman dan pengetahuan bagi mengukuhkan amalan pendidikan jasmani dan sukan. Tumpuan diberi kepada aspek keselamatan, pengurusan, kerjaya, etika dan isu-isu dalam pendidikan jasmani dan sukan. Tajuk 5 kriteria pemilihan aktiviti pj Infrastruktur dan tenaga pengajar -Kemudahan =setiap aktiviti pj yang dilaksanakan dipengaruhi dengan faktor kemudahan yang terdapat di sesebuah sekolah.1. Kedudukan sekolah sama ada di kawasan Bandar atau di luar Bandar juga mempengaruhi penggunaan kepakaran untuk melaksanakan sesuatu aktiviti pj. 6
  7. 7. 2. Kemampuan kewangan sekolah=peruntukan kewangan sekolah bagi aktiviti pj merujuk kepada kapasaiti murid. Sekolah yang dibina di kawasan elit mungkin tidak menghadapi masalah kewangan kerana mudah mendapat sumbanga daripada orang ramai berbanding sekolah di luar bandar.3. Kemudahan2=sekiranya kemudahan di sekolah tidak mencukupi ketika melaksanakan aktiviti pj, pihak sekolah perlu menggunakan kemudahan yang berhampiran dengan sekolah bagi mengelakkan pembaziran masa dan kos.4. Tenaga pengajar=setiap pemilihan aktiviti perlu berdasarkan kepakaran guru. Maka keperluan tenaga pengajar yang mahir perlu diambil kira supaya tidak menjejaskan perancangan/aktiviti yang bakal dilaksanakan. -Peralatan=pemilihan peralatan perlu berdasarkan spesifikasi umur dan pertandingan. Kualiti alat perlu dipertimbangkan dalam pemilihan alatan dan keselamatan pengguna perlu dititik beratkan. -Kepakaran=guru pj mempunyai tanggungjawab yang tersendiri dalam melaksanakan tuga mereka semasa mengajar. Liability (tanggungjawab dan risiko yang bakal dihadapi) diberikan oleh pihak sekolah kepada guru pj semasa melaksanakan aktiviti pj. Antara garis panduan yang perlu dipatuhi:1. Pastikan murid menjalankan aktiviti cergas.2. Aktiviti yang dipilih berdasarkan kesesuaian umur dan kebolehan murid.3. Aktiviti yang dipilih perlu disahkan oleh badan professional/sekolah.4. Guru mempunyai kepakaran semasa mengendalikan aktiviti fizikal/kokurikulum.5. Arahan diberikan jelas,betul dan pelakuan memanaskan badan bersesuaian dengan aktiviti yang bakal dijalankan terutama aktiviti yang berisiko.6. Kemudahan dan peralatan yang digunakan bersesuaian dengan aktiviti. Perkembangan murid =pj mementingkan aspek perkembangan individu serta penekanan kepada perkembangan beberapa domain iaitu:1. Kognitif-melibatkan perkembangan pemikiran murid merujuk kepada taksonomi bloom. >pengetahuan (mengingat fakta/peristiwa yang berlaku) >kefahaman (menjelaskan pengetahuan secara bermakna) >aplikasi (keupayaan menggunakan konsep dalam situasi khusus/am) >analisis (pecahkan sesuatu perkara kepada unsur2 kecil dan lihat pertalian antara unsur2 tersebut) >sintesis (gabungkan unsur2 dan bahagian2 supaya satu dokumen menjadi lebih tersusun) >penilaian (keupayaan menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui murid).1. Afektif- mempunyai hubungan dengan perasaan, emosi, minat, sikap, penghargaan dan nilai. >penerimaan (kesediaan individu menerima sesuatu yang ingin disampaikan) >gerakbalas (bertindak balas terhadap ransangan yang diterima/ mempunyai motif tersendiri) >penilaian (memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukan kepada masyarakat) >organisasi (boleh menyusun nilai yang diterimanya kepada satu sistem yang lebih praktikal = konsepsualisasi nilai dan bentuk pertalian diantaranya;susun nilai jadi satu sistem nilai/kepercayaan) >perwatakan (murid mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai suatu cara hidup)1. Psikomotor-pergerakan anggota fizikal seseorang (tumpuan kepada pengawalan pergerakan anggota tubuh dalam pengajaran dan latihan). Disamping dilatih menguasai kemahiran khusus yang jarang dilakuka dalam kehidupan seharian. >persepsi >persediaan >pergerakan terkawal >pergerakan mekanistik >pergerakan kompleks >pergerakan suaian 7
  8. 8. >pergerakan cipta1. Sosial (hubungan/tingkah laku sosial) >berhubung >berkomunikasi >melibatkan diri >berunding >bekerjasama >menghakim >memulakan >menukar Persekitaran budaya dan tempat1. i. Persekitaran- kawasan di sekeliling sesuatu tempat2. ii. Budaya- cara hidup (yg merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta segala hasil kegiatan. Diwarisi oleh sesuatu masyarakat atau bangsa3. iii. Tempat -ruang, kawasan -budaya setempat = guru yang mahir berupaya memanipulasi aktiviti mengikut keperluan masyarakat setempat. Penumpuan kepada kemahiran motor yang digunakan dalam aktiviti masyarakat setempat dapat membina semangat, tingkatkan prestasi juga minat dan galakan murid bergiat lebih aktif dalam aktiviti pj. -pengaruh politik = aktiviti yang harus dirancang untuk memperkukuhkan interaksi antara murid dan sekaligus memupuk integrasi antara kaum dalam masyarakat majmuk Malaysia. -penyelaras program sukan = masyarakat mempunyai tanggungjawab dalam mendidik murid bagi membentuk masyarakat yang progresif.1. Program gerak kerja kokurikulum dalam lingkungan sekolah (intramurals-libatkan semua murid).2. Program gerak kerja kokurikulum dalam dan luar (extramurals-libatkan murid yang mahir).3. Program antara sekolah (meliputi pertandingan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan). Tajuk 6 persediaan P&P pj Rancangan Kerja Tahunan -Dalam melaksanakan program pendidikan jasmani di sekolah,satu perancangan yang rapi perlu diadakan. -Perancangan yang rapi membolehkan guru menggunakan sumber dan kemudahan yang baik. -Ia juga memberi tuju hala kepada guru supaya menjalankan tugas dengan baik disamping memastikan sukatan pelajaran yang disediakan mendapat perhatian yang serius. -Rancangan Kerja Tahunan diadakan untuk memberi satu gambaran keseluruhan terhadap kurikulum dan sukatan yang telah disediakan. -Ia adalah penting bukan sahaja sebagai panduan tugas, bahkan sebagai perancangan penggunaan peralatan dan kemudahan yang wujud di sekolah . -Dengan perancangan yang rapi, maka masalah kekurangan alat dan kemudahan boleh diselesaikan dengan mencari jalan alternatif. -Rancangan tahunan juga menolong memastikan pendidikan jasmani diajar sebagai satu proses yang berterusan. -Tajuk-tajuk yang mempunyai unsur yg sama boleh disusun supaya megikut prinsip ansur maju. -Disahkan oleh Pentadbir Sekolah, berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian SukatanPelajaran. -Penyelarasan dirancang secara menyeluruh dan bersinambungan supaya topik pembelajaran dapat dibahagi dengan sempurna . -Menyediakan pilihan kegiatan yang lengkap misalnya kegiatan yang menunjukkan ansur maju dan kesinambungan. Perkara asas dalam penyediaan rancangan kerja tahunan -Objektif mestilah difahami terlebih dahulu. 8
  9. 9. -Bagi memastikan rancangan tahunan dapat dirangka dengan baik dan bermatlamat. Graham (1992)menyenaraikan faktor-faktor utama yang diperlukan untuk membuat suatu perancangan yang rapiseperti berikut :i.Jumlah masa pengajaran-Sejak bukan Disember 1993, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat keputusanmenambahkan satu masa kepada waktu pendidikan jasmani dan kesihatan untuk Tahap satu menjadi‘Tiga Waktu’ manakala mengekalkan dua waktu untuk Tahap ll,masa yang diperuntukkan itu masihlagi tidak mencukupi. Memandangkan masa yang terhad itu,kita perlu mengkaji semula ataumembuat perancangan tentang bilangan objektif yang boleh kita capai dalam satu-satu tahun itu.ii.Persekitaran pengajaran-Selain daripada objektif, faktor-faktor klain yang mempengaruhi perancangan ialah saizkelas,peralatan dan kemudahan. Semua faktor tersebut perlu diberi perhatian untuk memastikankejayaan kelas pendidikan jasmani. Jika saiz kelas itu besar,maka masalah kekurangan peralatan dankemudahan mungkin timbul.iii.Latar belakang guru-Kejayaan program pendidikan jasmani bergantung kepada tenaga pengajarnya. Keupayaan gurumengajar itu penting untuk menjayakan pengajaran. Dengan latihan yang diberikan oleh maktab-maktab perguruan di Malaysia, tidak dapat dinafikan bahawa mereka memang mampu untukmengajarkan pendidikan jasmani di sekolah. Dalam persoalan ini, minat dan sikap guru itu sendiriadalah penting.iv.Latar belakang pelajar-Tidak semua pelajar adalah sama. Perbezaan dlm kalangan pelajar itulah yang memerlukanperancangan. Pelajaran yang dirancang tidak seharusnya terlampau susah untuk golongan yangkurang mahir sehingga mereka hilang minat untuk melakukan aktiviti yang dirancang. Sebaliknyapelajaran yang tidak mencabar bagi golongan yang mahir juga menyebabkan pelajar kurang minatterhadap pendidikan jasmani.Rancangan Kerja Mingguani.Penyusunan Rancangan Pengajaran selama tempoh seminggu berpandukan Sukatan Pelajaran yangtelah ditentukan.-Susunan tajuk tidak semestinya mengikut susunan di dalam sukatan pelajaran tetapi terserahkepada kebijaksanaan di dalam mengaturkannya.ii.Rancangan Kerja Pengajaran disediakan sebelum bermulanya pengajaran bagi setiap RancanganLatihan Mengajar.-Rancangan Kerja ini berdasarkan kepada Rancangan Kerja Pengajaran semester/penggal/tahunanyang disediakan oleh panitia mata pelajaran berkenaan di sekolah.-Dibina daripada rancangan kerja tahunan dan ia mengandungi objektif, senarai kemahiran yangperlu dikuasai untuk satu semester.Penyediaan Rancangan Kerja-Perancangan pengajaran yang baik amat penting untuk menjayakan satu proses p&p.-Guru perlu merancang isi pelajaran, teknik mengajar, bahan bantu mengajar agar p&p dapatberjalan dengan lancar dan berkesan.-Rancangan kerja semester merupakan satu program yang terdiri daripada topik-topik dalam sukatanpelajaran yang disusun sepanjang semester.-Disediakan pada awal tahun sebelum tahun akademik bermula.Persediaan-butir-butir am-pengetahuan lepas-kemahiran-objektif pelajaran-penggabungjalinan 9
  10. 10. -sumber pengajaran pembelajaran -penerapan nilsi Kepentingan -Membolehkan guru merancang dan bersedia untuk mengajar pelajarnya dengan terancang dan teratur -Tidak melangkau Sukatan Pelajaran -Menjadikan hasil kerja lebih tersusun dan mempunyai matlamat Tajuk 7 strategi, kaedah dan teknik P&P pj Pendekatan -merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran dijalankan berdasarkan kepada objektifnya (dalam jangka masa panjang). Edward m.anthony,1963 -satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses p&p serta mempunyai unsur2 aksiomatik (diterima tanpa keraguan). -Jenis-jenis pendekatan:1. Tradisional=guru beri arahan (guru sebagai pengajar) dan murid ikut arahan. Pembelajaran sehala. Tentukan ujian piawai dan mengukur P&P mengikut gred.2. Humanistik=kecenderungan untuk berkembang dan mecapai hasrat sendiri. Guru sebagi fasilitator yang memberikan motivasi, kesedaran kepentingan belajar dan meransang pembelajaran murid. Ujian piawai tidak penting dan gred bukan pengukur pengajaran.3. gabungan= gabunagan tradisional dan humanistik. Guru membuat analisis keadaan fizikal, ciri murid dan jenis risiko yang ditanggung sebelum memilih gaya,kaedah dan teknik p&p. ujian dilakukan berasaskan ciri2 murid. Guru sebagai fasilitator atau pengajar mengikut keperluan objektif. Murid dan sekolah mempunyai peluang untuk menilai sendiri. Strategi -penentuan dan perancangan kaedah dan teknik untuk mencapai objektif jangka panjang. - konsepnya adalah berteraskan kepada:1. Kebijaksanaan memilih pendekatan.2. Kecekapan merancang kaedah dan teknik.3. Berdasarkan objektifnya. Kaedah - Satu siri tindakan guru yang sistematik. - Pembelajaran khusus dalam jangka masa pendek. - 1 cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah2 penyampaian yang tersusun merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki. - Jenis-jenis kaedah:1. Kaedah kuliah=pembelajaran dalam kelas yang melibatkan teori dan praktikal.2. Kaedah demonstras =pembelajaran melalui lisan dan penglihatan tentang sesuatu tugas dilaksanakan.1. Kaedah pembelajaran masteri =pastikan murid kuasai sesuatu hasil pembelajaran yang ditentukan sebelum berpindah ke pembelajaran seterusnya. (taksonomi bloom)1. Kaedah pembelajaran koperatif =tekankan interaksi sosial dan bina kemahiran tertentu. 10
  11. 11. =dilaksanakan dalam BD yang mempunyai murid dari kumpulan yang mempunyai keupayaan yang berlainan. Murid bekerja dalam kumpulan kecil ke arah mencapai objektif pembelajaran yang sama.1. Kaedah perbincangan =interaksi dua hala iaitu murid dengan murid dan murid dengan guru. Meransang perhubungan antara ahli dalam BD dan libatkan murid bergiat secara aktif dalam pembelajaran. Murid berkongsi maklumat, tingkatkan kefahaman dan kemahiran interpersonal.1. Kaedah projek =tugasan dilaksanakan diluar BD secara individu/kumpulan. Berkonsepkan belajar sambil mempraktikan yg boleh mempercepatkan pembentukan kefahaman dalam proses pembelajaran.1. Kaedah pembelajaran kolaboratif =pembelajaran melalui murid belajar menerusi interaksi dengan orang lain untuk menambah pengetahuan. Guru bertindak sebagai model/penunjuk arah untuk bantu murid selesaikan masalah dan bina pengetahuan.1. Kaedah penemuan (inkuiri) =dilaksanakan melalui lima peringkat iaitu kenal pasti masalah,rancang penyelesaian,kumpul maklumat,tafsiran dan kesimpulan. Teknik -kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar. -menentukan keberkesanan pengajaran ditahap optimum berteraskan kriteria umur, kebolehan, kecerdasan dan minat. a. Teknik Demonstrasi -berusatkan guru dan aktiviti dimana seseorang menunjukkan cara melakukan atau menghasilkan sesuatu di hadapan murid semasa sesi pengajaran. -Murid memerhati dan mengenalpasti prosedur atau cara untuk melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Dengan itu, murid dapat melakukan aktiviti ini dengan sendiri secara sistematik, teratur dan betul. b. Teknik Alat Pandang Dengar -Alat-alat pandang-dengar yang boleh digunakan termasuk wayang gambar, filem, carta, poster dan sebagainya yang menunjukkan bagaimana sesuatu kemahiran dilakukan dengan teknik yang betul. -Memberikan penerangan dalam membetulkan kesalahan. c. Teknik Kinestesis -Kinestesis Manual -Guru memimpin setiap pergerakan dan kemahiran melalui perlakuan yang sebenar, sehingga murid dapat merasai pergerakan tersebut. -Setelah melakukannya berulang kali, murid akan mula memahami idea pergerakan yang betul. -Murid akan berusaha untuk memperbaikinya berpandukan kepada deria kinestesis pergerakan yang sebenar. Gaya P&P - Gaya langsung =pembelajaran berpusatkan guru. Berpandukan teori pembelajaran tingkah laku. Berfokuskan kepada yang ingin dipelajari tetapi tidak mengambil kira perbezaan individu (anggap murid capai tahap pembelajaran dan kemajuan yang sama). Persekitaran pembelajaran yang berstruktur. Contoh gaya arahan dan gaya tugasan. - Gaya tidak langsung =berpusatkan pelajar. Berpandukan teori pembelajaran kognitif. Mengambil kira perbezaan murid dan memberi peluang kepada murid untuk merasai kejayaan pada tahap kebolehan sendiri. Namun, gaya ini memakan masa yang panjang dan memerlukan guru untuk berlatih serta bersabar. Contoh gaya tidak langsung ialah gaya penyelesaian masalah dan gaya tindak balas. - Gaya gabungan 11
  12. 12. =berpusatkan guru dan murid. Sesuatu pembelajaran akan berlaku dengan berkesan sekiranya gurudapat memilih gaya pembelajaran yang sesuai dengan kurikulum dan ciri murid. Murid akanmenyelesaikan masalah dan guru bertindak sebagai pembimbing serta motivator. Cenderung kepadagaya penemuan terbimbing.Tajuk 8 pentaksiran dalam pjUjian, Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani-Ia boleh mengambil beberapa bentuk seperti soalan bercetak atau lisan, bateri prestasi tahap fizikal,pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak atau rekod anekdotal.-Menurut Borhan Yusof (2008), ujian ialah satu instrumen atau alat yang digunakan untukmendapatkan maklumat murid sebelum, semasa, dan selepas pengajaran. Pengukuran ialah suatuproses mengutip maklumat berangka tentang ciri-ciri tertentu yang dipunyai oleh seseorang.-pengukuran juga boleh ditakrifkan sebagai membina, mentadbir dan memberi nilai kepada ujian.-Manakala penilaian merupakan suatu proses untuk mengumpul, menganalisis dan mentafsir datayang dikutip. Ia juga meliputi ujian dan pengukuran.Tujuan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani 1.Memfokuskan kepada setiap individu-Setiap murid adalah unik. Hasil penilaian dapat memberi maklumat tentang kelebihan dankelemahan seseorang murid. Dengan itu, guru dapat mengaplikasikan prinsip pendidikan jasmanimembangun untuk meningkatkan lagi prestasi murid. 2.Menentukan status semasa-Mengikut Kirkendal, Gruber dan Johnson (1987) penentuan status meliputi :a) Pemberian gredb) Mengecualikan pelajar dari suatu aktivitic) Memberi maklum balas untuk meningkatkan prestasid) Menetapkan seseorang individu dalam kumpulan tertentu dane) Menentu aktiviti tertentu. 3.Memilih wakil-Hasil penilaian juga boleh diguna untuk memberi maklumat bagi tujuan memilih wakil sekolah.Penilaian menggunakan kriteria-kriteria tertentu membolehkan proses pemilihan dilaksanakan denganlebih saksama. 4.Memotivasikan individu-memberi maklum balas prestasi kepada seseorang murid. Ia dapat memberi kesan positif kepadamurid berkenaan. Sebaliknya jika keputusan penilaian disalahgunakan makan kesan negatif akantimbul dan ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi hampa dan putus asa. 5.Menilai pengajaran dan program pendidikan jasmani-Digunakan untuk menentukan pencapaian objektif program pendidikan jasmani dan kesihatan.-memberi maklum balas sama ada program tertentu berkesan. Ini memberi peluang kepada guru danpihak pentadbir untuk mengubah strategi pengajaran bagi memastikan objektif yang diharapkantercapai. 5.Membekalkan maklumat untuk kajian lain -Penilaian membolehkan maklumat digunakan untuk kajian lain.Ujian Kecerdasan- Ujian kecerdasan digunakan untuk mengukur kecerdasan mental seseorang individu atau perbezaanantara individu.-Ujian ini banyak berubah mengikut perkembangan ilmu psikologi dalam bidang ini. Bidang 48 OUM.pengujian kecerdasan bermula pada tahun 1796.-Ujian ini terus berkembang apabila Galton, pada tahun 1969, cuba mengukur ketajaman deria,gambaran mental dan pencapaian intelektual antara pelajar-pelajar genius.-Tokoh-tokoh lain yang turut terlibat dalam pengukuran kecerdasan mental termasuklah Wundt,Cattell dan Binet (Abu Bakar,1986).-Ujian kecerdasan kanak-kanak terawal ialah ujian Binet-Simon. Ujian kecerdasan mental bagi kanak-kanak tidak menekankan aspek kebahasaan, tetapi menggunakan gambar rajah, oleh sebab aspek inibelum mereka kuasai. 12
  13. 13. -Ujian kecerdasan memberikan bukti, secara tidak langsung, tentang potensi yang ditunjukkan olehmurid-murid berdasarkan prestasi mereka dalam ujian tersebut. Ujian ini kerap digunakan untukmembuat telahan pencapaian di sekolah atau institusi pendidikan tinggi. Contoh ujian kecerdasan lainialah Ujian Skala Stanford-Binet, Ujian Weschler dan Ujian Lorge-Thorndike.Ujian kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada:i. berlandaskan kesihatan- Komposisi Badan- Fleksibiliti- Daya Tahan Kardiovaskular- Kekuatan Otot- Daya Tahan Ototii. berlandaskan kemahiran motor- Kelajuan- Koordinasi- Ketangkasan- Kuasa- Imbangan- Masa Reaksirujukan : proforma PJM3110,buku OUM pengenalan pendidikan jasmani, handout pembentangankumpulan. 13

×