Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
Upcoming SlideShare
Sejarah acara balapan dan padang
Next
Download to read offline and view in fullscreen.

5

Share

Download to read offline

Sejarah olahraga

Download to read offline

Related Audiobooks

Free with a 30 day trial from Scribd

See all

Sejarah olahraga

  1. 1. SEJARAH OLAHRAGASejak bertahun-tahun dahulu lagi kekuatan dan keupayaan manusia dinilai menerusiperlakuan berlari, melompat dan melontar. Seseorang yang mempunyai ketiga-tiga kemahiranasas ini dianggap sebagai seorang yang berkedudukan tinggi pada mata masyarakat danpemerintah. Kekuatan menjadi sesuatu yang dikejar dan diimpikan oleh setiap individukhususnya kaum lelaki. Kemahiran-kemahiran ini diperkembangkan lalu diperbaiki darisemasa ke semasa sehingga menjadi sukan yang kemudiannya dipertandingkan. Tujuan diadakan pertandingan hanyalah semata-mata untuk mencari siapa yang lebihpantas, melompat lebih tinggi atau melontar lebih jauh daripada yang lain. Untuk mencapaihasrat ini, setiap individu akan berusaha menandingi yang lain dan akhirnya wujud ciri-ciriingin berjaya, ingin menumpaskan lawan dan mewujudkan sifat berlumba sesama individu.Mereka yang menang akan berusaha mengekalkan kemenangan itu atau berusaha untukmeningkatkan keupayaan supaya kejayaan dapat dikekalkan. Bagi mereka yang gagal pulasudah tentu akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk menumpaskan lawan dan munculsebagai pemenang pula. Di sini mula wujud suatu pertandingan yang sudah tentu menarikdan mendapat perhatian orang ramai. Pertandingan seperti ini diteruskan dari semasa ke semasa dan semakin ramai pulaindividu yang mahu mengambil bahagian untuk menguji kebolehan. Lama kelamaan lebihramai yang mengambil bahagian bagi menguji keupayaan masing-masing. Untuk mencapaikemenangan sudah tentu mereka akan berlatih bersungguh-sungguh dan akan mempamerkankebolehan sebenar semasa pertandingan. Ini menjadikan pertandingan untuk mengujikebolehan itu lebih menarik dan berjaya pula menarik minat orang ramai di merata dunia.Walaupun ada kalanya bentuk pertandingan agak berbeza-beza, namun matlamat dantujuannya sama. Hari ini kita dapat melihat di merata tempat di dunia, pelbagai bentuk pertandingandiadakan untuk menguji kebolehan dan kekuatan manusia, malah terdapat juga pertandingandikalangan wanita. Inilah yang mewujudkan pertandingan ‘olahraga’ atau ‘athletics’. Sejakzaman Sebelum Masihi lagi sudah terdapat pertandingan olahraga ini, khususnya di kalanganpenduduk Greek Kuno.
  2. 2. SEJARAH AWALWalaupun diakui sudah terdapat pertandingan seperti yang dinyatakan pada awal bab inisejak zaman Sebelum Masihi lagi, tetapi adalah sukar untuk mengetahui dengan jelas dantepat bila manusia menjadikan aktiviti berlari, melompat dan melontar ini sebagai satupertandingan. Jika permulaan di Greek Kuno diambil kira seperti yang dinyatakan olehkebanyakan buku sejarah, bermakna ‘olahraga’ sudah bermula sejak 3000 tahun yang lampaulagi. Jika pendapat ini diterima, bermakna olahraga sudah tentu merupakan sukan terawal didunia. Salah satu bukti yang kukuh untuk menjelaskan kesahihan kenyataan ini, dapat dilihatpada sejarah awal Sukan Olimpik Kuno. Sukan itu dipercayai bermula pada tahun 776 SM,sehingga kini sudah diakui merupakan catatan awal bermulanya olahraga sebagai satu acarasukan. Ini disebabkan olahraga merupakan acara utama sukan tersebut. Dengan kata lainorang Greek sudah mengambil bahagian dalam pertandingan olahraga, walaupun matlamatasal olahraga mereka bukanlah menjadikan olahraga sebagai acara sukan yangdipertandingkan. Mereka lebih menganggap olahraga sebagai salah satu cabang seni melaluipersembahan peserta-peserta yang mengambil bahagian. Dalam perjumpaan Sukan Olimpik Kuno, olahraga merupakan acara yang mendapatperhatian ramai. Sebuah buku tentang sejarah dan perkembangan sukan iaitu TheEncyclopedia of Sports ada menyatakan tentang olahraga yang bermula pada zaman GreekKuno, dan mencatatkan bahawa lompat jauh dianggap sebagai acara pertama yangdipertandingkan dalam sukan tersebut. Sukan Olimpik ini yang bermula pada tahun 776 SMberjaya diadakan setiap empat tahun sekali sehingga tahun 397 SM. Selepas itu SukanOlimpik tidak dapat diadakan lagi atas arahan Maharaja Rom, Theodosius, tanpa menyatakanalasannya. Ketiadaan sukan itu menyebabkan penduduk pada ketika itu berasa kehilangansesuatu. Mereka tidak lagi dapat berkumpul dan bertanding seperti sebelumnya.Bagaimanapun, mereka tetap meneruskan aktiviti berlari, melompat dan melontar. Setidak-tidaknya mereka dapat juga mempamerkan kemahiran dan kebolehan mereka untuk diadilioleh orang ramai. Oleh sebab pertandingan sukan olahraga menerusi Sukan Olimpik Kuno itudiadakan khusus untuk penduduk sekitar Greek sahaja, tiada negara lain yang sanggupmeneruskan tradisi sukan tersebut akhirnya berkuburlah sukan itu.
  3. 3. Hal ini berlanjutan sehingga abad ke-19. Walaupun tanpa sukan tersebut mereka terusmengadakan ‘pertandingan’ sesama mereka secara kecil-kecilan.PERKEMBANGAN PADA ZAMAN MODENMenjelang abad ke-19 barulah timbul ura-ura untuk menghidupkan semula Sukan Olimpikyang sekian lama berkubur. Dalam pada itu terdapat pula usaha negara-negara lain, yangmula menunjukkan minat (selain Greek) untuk menghidupkan semula sukan olahraga. DiEngland umpamanya, olahraga berjaya dihidupkan kembali oleh Royal Military Collegemenerusi temasya sukannya yang diadakan pada tahun 1812. Perjumpaan sukan itu dianggapsebagai yang pertama diadakan selepas berkuburnya Sukan Olimpik Kuno. Kejayaan kolej itumengadakan temasya sukan olahraga telah mendorong pihak-pihak lain untuk turut samamengembangkan sukan ini ke merata tempat di England. Tidak berapa lama selepas itu, muncul kelab olahraga yang pertama di dunia iaituKelab The New Guild di England. Penubuhan kelab ini juga turut mendorong kemunculanbeberapa kelab olahraga yang lain selepas itu. Kebanyakan sekolah turut menggalakkanpelajar melibatkan diri dalam olahraga, begitu juga dengan universiti dan kolej. Sasaranmenjadikan sekolah, kolej dan universiti sebagai tempat mengembangkan sukan olahragaamat wajar dan dengan segala kemudahan serta pengurusan yang teratur, peluang untukmengembangkan sukan olahraga amat cerah. Universiti Oxford adalah antara beberapauniversiti yang terawal menubuhkan pasukan olahraga, iaitu ‘Exeter College Athletics Club’yang ditubuhkan pada tahun 1850. Apa yang menarik kelab itu masih wujud hingga ke hariini. Perkembangan sukan di negara-negara Eropah khususnya di England termasuk sukanolahraga pada abad ke-19 memang ketara. Ini menjadikan penduduk di situ mudahmempelajari dan menerima kedatangan sukan olahraga ini. Oleh itu, tidak hairan jikadikatakan bahawa tahun-tahun 1860-an merupakan tempoh perkembangan sukan olahragayang pesat di England. Sambutan penduduk setempat yang menggalakkan memudahkan lagiperkembangan sukan ini. Bagi meningkatkan perkembangan sukan olahraga ini, kejohanan olahraga berbentukterbuka mula dianjurkan oleh kelab-kelab olahraga di negara tersebut. Sekali lagi sukanolahraga mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan daripada penduduk di situ. Orang
  4. 4. ramai sudah mula meminati dan turut menonton kejohanan-kejohanan yang dianjurkan.Selain itu, olahraga turut diperkenalkan ke Amerika Syarikat dan Kanada. Usahapengembangan sukan ini di England diteruskan dan pada tahun 1876, negara tersebut berjayamengadakan kejohanan olahraga pertama yang berbentuk pertandingan peringkatantarabangsa. Kejohanan tersebut melibatkan England dan Ireland. Kemunculan sukan olahraga di Amerika Syarikat telah mendapat sambutan yangmenggalakkan daripada rakyat negara tersebut. Perjumpaan olahraga turut diadakan dalammasa yang singkat. Pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, ahli-ahli olahragaAmerika Syarikat yang baru sahaja didedahkan dengan sukan ini mampu menunjukkanprestasi yang membanggakan. Sebilangan besar daripada atlit Amerika Syarikat bukan sahajaberjaya memenangi malah menguasai banyak perjumpaan sukan yang diadakan, termasuk diluar Amerika Syarikat. Turut membanggakan lagi ialah penguasaan ahli-ahli olahraga Amerika ini amatmenonjol sehingga mampu mencipta dan memecahkan rekod yang terdahulu. Bagaimanapun,ketika itu kebanyakan rekod dunia masih belum mendapat pengiktirafan maka rekod-rekodini tidak dicatat untuk rujukan. Bagaimanapun, daripada senarai pemenang pada kebanyakanperjumpaan olahraga menunjukkan bahawa sebahagian besarnya adalah peserta dari AmerikaSyarikat. Perkembangan seterusnya ialah ke negara-negara Eropah yang lain, selain daripadakepulauan Inggeris dan ke beberapa negara dunia yang lain. Kemasukan sukan ini jugamendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat, malah dalam masayang singkat sahaja sudah mampu menghasilkan olahragawan bertaraf dunia. Walaubagaimanapun, prestasi dan kebolehan para olahragawan Amerika Syarikat masih belumtergugat. Mereka masih menguasai sebilangan besar perjumpaan olahraga antarabangsa. Halini ditambah lagi dengan kemunculan atlet Amerika Syarikat yang berketurunan Negro,menunjukkan prestasi yang membanggakan dan menakjubkan. Di negara-negara lain juga dturut diadakan kejohanan olahraga yang disertai olehpeserta-peserta luar negara. Malahan menerusi persatuan-persatuan olahraga masing-masing,mereka menjadikan perjumpaan olahraga sebagai perjumpaan tahunan yang meriah.Perjumpaan olahraga seperti Sukan Olimpik telah menjadi medan perjumpaan paraolahragawan dari seluruh dunia untuk mengukur kebolehan dan keupayaan para pesertamasing-masing dalam bidang olahraga. Sejak diadakan pada zaman kuno lagi, perjumpaan
  5. 5. sukan ini dianggap sebagai perjumpaan sukan yang terbesar di dunia, dan olahraga dijadikanacara yang utama dalam sukan tersebut. Australia dan New Zealand juga berjaya melahirkan olahragawan yang mampumenandingi peserta dari negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Olahragawan dariAsia, Afrika dan Amerika Selatan ketika itu masih belum mampu menggugat ataumenandingi mereka, walaupun sukan olahraga telah diperkenalkan ke negara-negara tersebut.Hanya selepas tahun 1960-an barulah muncul peserta-peserta dari tiga bahagian dunia iniyang mampu menandingi dan memberi saingan, walaupun potensi mereka masih belummampu menggugat potensi ahli-ahli olahraga dari Amerika Syarikat, Eropah dan Kanada.Bagaimanapun, kini semakin ramai olahragawan dari ketiga-tiga rantau Afrika, AmerikaSelatan dan Asia yang telah menunjukkan prestasi yang baik dan memenangi beberapa acarasejak kebelakangan ini. Ini menjadikan pertandingan olahraga, khususnya menerusi SukanOlimpik semakin mencabar dan menarik. Kebanyakan negara mula menubuhkan persatuan olahraga masing-masing setelahbeberapa tahun olahraga diperkenalkan di negara mereka. Persatuan-persatuan ini bertujuanmenjadi badan penyelaras kepada setiap aktiviti dan kejohanan yang diadakan serta yangdisertai negara berkenaan. Persatuan ini juga bertindak sebagai badan yangbertanggungjawab ke atas perkembangan dan kemajuan olahraga di negara masing-masing. Negara kita juga tidak ketinggalan menubuhkan persatuan olahraga sendiri sejaktahun 1926 lagi. Dengan adanya persatuan-persatuan olahraga ini telah memberi kesempatandan peluang kepada peserta-peserta dari pelbagai negara mengambil bahagian dalamkejohanan dan perjumpaan olahraga yang dianjurkan oleh mana-mana persatuan yangbergabung dengan Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) atau anjuran badandunia itu sendiri.
  6. 6. SUKAN OLIMPIK : PERJUMPAAN SUKAN YANG TERBESAR DI DUNIAJika ditanya apa perjumpaan sukan yang terbesar di dunia, tanpa ragu-ragu kita sudah dapatmemberi jawapannya. Dengan penglibatan lebih daripada 10 000 orang peserta merangkumiseluruh negara di dalam IAAF serta berpuluh-puluh ribu pegawai dan petugas, sememangnyaSukan Olimpik kini merupakan perjumpaan sukan yang terbesar di dunia. Malah sejakpertama kali diadakan hingga kini, Sukan Olompik berjaya menarik minat dan tumpuanseluruh masyarakat dunia tanpa mengira agama, warna kulit dan perbezaan corak hidup.Inilah keunikan sukan ini. Sebenarnya Sukan Olimpik bermula sejak zaman Greek Kuno lagi. Namun sepertiyang dinyatakan pada awal bab ini, sukan yang diadakan ketika itu amat berlainan dari segicorak dan formatnya. Apabila Sukan Olimpik diadakan buat kali pertama pada tahun 1896 diGreek, ramai yang mengalu-alukannya. Sukan olahraga merupakan acara utama dan wajibdalam sukan ini sehingga terdapat lebih daripada 30 acara yang dimasukkan dalam senaraiacara Sukan Olimpik, tetapi olahraga masih menduduki tempat teratas dari segikeutamaannya. Sekiranya sukan itu diadakan tanpa acara olahraga, sudah tentu suasana tidaksemeriah yang dapat kita lihat sekarang. Sukan ini diadakan empat tahun sekali, dan diadakandi pelbagai negara dunia mengikut kemampuan dan persetujuan negara berkenaan menjadipenganjur. Pengaruh Sukan Olimpik terus menular ke merata dunia dengan olahraga terusmenjadi acara utama. Kali terakhir sukan ini diadakan ialah pada tahun 1992 di BarcelonaSepanyol, dengan penyertaan 135 buah negara, termasuk Malaysia. Sukan Olimpikberikutnya akan diadakan pada tahun 1996. Motto atau cogan katanya berbunyi : Citius,Altius, Fortius (Swifter, Higher, Stronger) jelas menunjukkan bahawa sukan olahragalahmenjadi tunjang kepada cogan kata ini. Ini ditambah lagi dengan kenyataan yang turutdijadikan cogan kata Sukan Olimpik, iaitu : Perkara yang lebih penting dalam sukan bukanlahkemenangan, tetapi mengambil bahagian. Ini seolah-olah memberi dorongan kepada negara-negara kecil untuk turut serta dan telah mengakui bahawa kemenangan bukanlah harapan ataucita-cita negara mereka.
  7. 7. MALAYSIA DAN SUKAN OLIMPIKBerbicara tentang Sukan Olimpik, tentu ada antara kita yang tertanya-tanya bila negara kitamula mengambil bahagian dan pernah kita memenangi sebarang pingat sepanjang penyertaankita. Negara kita mula mengambil bahagian dalam sukan ini pada tahun 1956, iaitu ketikasukan itu diadakan di Melbourne, Australia. Pada penyertaan kali pertama itu kita mengambilbahagian dalam acara hoki, olahraga, renang dan angkat berat. Sejak itu, negara kita tidakpernah gagal mengambil bahagian, kecuali pada tahun 1980 sebagai menyokong pemulauanterhadap pencerobohan penganjur, Rusia ke atas Afghanistan ketika itu. Sepanjang penyertaan negara kita dalam sukan terbesar di dunia itu, cuma satu pingatgangsa yang mampu kita menangi, iaitu menerusi acara badminton pada tahun 1992, yangpertama kali memasukkan badminton sebagai salah satu acara. Dalam acara atau sukan lain,kita masih belum mampu memenangi sebarang pingat. Semangat Olimpik, pengalaman danpersahabatan, serta perasaan ingin turut serta merupakan beberapa faktor penyertaan kita, danmungkin sebilangan besar negara lain. Sukan olahraga telah berjaya meletakkan SukanOlimpik ke tahap yang tinggi sehingga mampu menjadi daya tarikan utama peminat danpeserta dunia. Di samping itu Sukan Olimpik juga berperanan melupakan sejenak sebarangmasalah dan krisis yang timbul. Secara tidak langsung sukan ini berjaya meyelesaikansebarang pertikaian antarabangsa.
  8. 8. PERSATUAN DAN ORGANISASI OLAHRAGASeperti kebanyakan sukan dunia, cara paling baik dan berkesan untuk mengembang danmenyelaraskan segala aktiviti dan perjumpaan sukan termasuk olahraga ialah menerusipersatuan. Oleh itu adalah penting ditubuhkan persatuan-persatuan sukan mengikut peringkattertentu. Bagi olahraga, badan atau pertubuhan tertinggi untuk tujuan ini ialah PersekutuanOlahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) yang ditubuhkan pada tahun 1912. Keahlian badanini terdiri daripada persatuan-persatuan olahraga peringkat nasional negara masing-masing.Setiap negara boleh bergabung dalam persekutuan ini. Negara kita menerusi KesatuanOlahraga Amatur Malaysia (MAAU) turut menganggotai badan ini. Dengan adanya IAAF, sebarang kejohanan dan perjumpaan sukan olahragadiperingkat antarabangsa hendaklah terdapat kebenaran dan pengiktirafan IAAF ataupundianjurkan sendiri oleh badan berkenaan. Badan ini juga bertanggungjawab dalammenyelesaikan sebarang masalah atau pertikaian yang mungkin timbul dikalangan negara-negara atau persatuan-persatuan gabungannya. Umpamanya, dalam menganjurkanperjumpaan sukan utama seperti Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia dansebagainya, badan berkenaan harus mendapat persetujuan dalam Majlis OlimpikAntarabangsa (IOC) dan IAAF. Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) juga berperanan mengeluarkansegala undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan sukan olahraga untuk dipatuhioleh semua negara anggota. Begitu juga dengan rekod-rekod pencapaian yang dicipta olehsetiap peserta, tidak kira dimana asalkan mendapat kelulusan IAAF, dicatat dandikemaskinikan oleh badan ini pada setiap masa. Ringkasannya, IAAF sememangnyaberperanan dalam semua hal yang berkaitan dengan sukan olahraga diperingkat dunia.
  9. 9. OLAHRAGA SEBAGAI SUKANTiga kemahiran utama manusia sejak bertahun-tahun, iaitu berlari, melompat dan melontarsememangnya memerlukan asas kepada setiap pergerakan dan aktiviti lain yang mampudilakukan oleh manusia. Seseorang itu sama ada lelaki ataupun perempuan, tua atau muda,bekerja sebagai buruh atau pegawai, asal sahaja sihat tubuh badan, mereka pernah dan akanmelakukan ketiga-tiga aktiviti ini baik secara sedar mahupun tidak. Daripada pergerakaninilah muncul suatu bidang sukan yang amat diminati sehingga sekarang, ataupun olahraga. Sebagai sukan yang dipertandingkan, sudah tentu aktiviti ini diubah suai dandiperkemaskan dari semasa ke semasa mengikut kehendak dan aturan yang ditetapkan.Begitu juga dengan cabang daripada olahraga juga turut dicipta dan diperbaiki untuk lebihmenarik dan sesuai dipertandingkan. Yang nyata kini ialah daripada perlakuan memenuhiriadah atau rekreasi lama kelamaan menjadi acara sukan yang diminati sehingga menjadibidang pertandingan yang menarik walaupun sengit. Tidak dapat dinafikan banyak lagi kebaikan yang menyebabkan orang ramaiberlumba-lumba menceburi sukan ini, dari peringkat yang paling rendah seperti di sekolahrendah, sehinggalah ke peringkat yang paling tinggi seperti Sukan Olimpik. Sukan khususnyaolahraga mampu menjadi penyumbang utama ke arah perkembangan tingkah laku manusiaserta peribadi seseorang. Sifat-sifat seperti bersemangat kental, keazaman yang kuat, berdisiplin tinggi,keinginan untuk berjaya, semangat berpasukan, bertimbangrasa dan bertolak ansur, tolong-menolong, menenangkan fikiran, bersaingan dan sebagainya adalah antara ciri-ciri yangmembantu perkembangan mental, fizikal dan fikiran serta peribadi seseorang yangmelibatkan diri dalam sukan ini. Ini diperolehi bukan sahaja oleh mereka yang menjadipeserta, tetapi merangkumi pegawai, jurulatih, pengajar, pembantu, malahan penontonamnya. Sebagai sukan, olahraga mempunyai sejarah yang paling tua. Seperti yang dinyatakanpada bab terdahulu, manusia sudah mula melakukan aktiviti berlari, melompat dan melontarsejak zaman kuno lagi. Sukan Olimpik Kuno yang membuktikan bahawa aktiviti yangmanusia lakukan itu kemudiannya dijadikan sukan yang dipertandingkan sehingga menjadipersaingan menarik dan diminati ramai. Kini ramai anak muda dan remaja yang telahmenceburkan diri dalam olahraga. Ada yang mengambil bahagian di peringkat sekolah. Ada
  10. 10. juga yang telah mewakili daerah, negeri dan tidak kurang pula yamg berjaya mewakilinegara. Pertandingan dan perjumpaan olahraga dianjurkan di pelbagai peringkat. Pelbagaiacara diadakan sama ada untuk lelaki ataupun perempuan. Daripada pertandingan yangdijalankan, para pemenang akan diberi hadiah yang menarik. Kepuasan mencipta rekodbaharu dari setiap peringkat sehingga kemuncak menerusi Sukan Olimpik atau kejohanandunia menyebabkan peserta olahraga terpaksa berlatih bersungguh-sungguh untuk mencapaiimpian tersebut. Oleh yang demikian, kita dapat lihat dalam setiap perjumpaan olahraga adasahaja rekod baharu yang dicipta mengatasi yang lama.
  11. 11. SIFAT-SIFAT OLAHRAGAWANSeseorang yang mengambil bahagian dalam olahraga disebut atlit bagi lelaki danolahragawati bagi perempuan. Seseorang olahragawan atau olahragawati mungkin terdiridaripada peserta yang mengambil bahagian sebagai amatur dan mungkin juga bertarafprofessional, yakni mereka dibayar gaji atau ganjaran tertentu untuk mengambil bahagian.Kini ramai juga olahragawan dan olahragawati terutamanya di barat yang dikategorikansebagai profesional. Malah ada di antara mereka yang telah menjadi jutawan. Adakah setiap orang boleh mengambil bahagian dalam sukan olahraga? Dan apakahacara yang sesuai untuk disertai? Disebabkan terdapat banyak acara dalam sukan olahraga,seseorang atlit bebas memilih acara yang paling sesuai baginya berdasarkan keupayaan dankebolehan sendiri. Adalah tidak mungkin seorang olahragawan mampu mengambil bahagiandalam semua atau sejumlah besar acara, padahal ia hanya berupaya dalam satu dua acaratertentu sahaja. Ada pula atlit yang terpaksa membuat pilihan walaupun dia mampu mencapaiprestasi yang baik dalam sebilangan besar acara. Sebagai atlit, seseorang itu mempunyai beberapa ciri yang tertentu yang diharapkanmampu membawa kejayaan kepadanya. Penentuan penyertaan dalam sesuatu acara ituwalaupun bergantung kepada diri individu itu, juga bergantung kepada kebijaksanaanjurulatih atau guru pengawas. Antara ciri-ciri itu adalah seperti berikut : 1. Berdisiplin tinggi Setiap atlit seharusnya mempunyai disiplin yang tinggi, sama ada semasa mengikuti latihan ataupun pertandingan. Arahan jurulatih dan guru pengawas hendaklah dipatuhi. Begitu juga segala peraturan dan undang-undang hendaklah dipatuhi. 2. Semangat untuk bertanding Setiap atlit harus mempunyai semangat yang tinggi untuk bertanding dan seterusnya mencapai kejayaan. Semua ini hanya akan tercapai menerusi latihan dan tunjuk ajar jurulatih.
  12. 12. 3. Berperibadi mulia dan dihormati Olahragawan dan ahli-ahli sukan sering menjadi perhatian dan ikutan orang ramai. Oleh itu mereka harus menunjukkan peribadi dan mempamerkan gerak geri yang terbatas serta tidak terkeluar daripada etika kemasyarakatan, keagamaan dan kehendak negara.4. Mempunyai semangat berpasukan Sebagai atlit mereka juga diharapkan mempunyai semangat berpasukan dan bekerjasama serta bertanggungjawab terhadap pasukan yang mereka wakili, terutama jika penyertaan mereka menerusi acara berpasukan.5. Bersemangat tinggi dan tidak mudah menyerah kalah Matlamat utama seseorang mengambil bahagian dalam olahraga adalah untuk mencapai kejayaan serta mempamerkan prestasi yang terbaik menandingi pihak lawan. Di sini mereka dikehendaki mempunyai semangat juang yang tinggi tanpa mudah mengaku kalah. Walaupun mereka tidak mencapai kejayaan, tetapi mereka tetap berusaha mempamerkan persembahan terbaik sedaya mungkin.6. Penyabar dan bertimbang rasa Atlit haruslah mempunyai sifat sabar dan bertimbang rasa khususnya dalam hal yang melibatkan pungutan mata, lebih-lebih lagi jika dia gagal dalam kejohanan itu. Di samping itu banyak lagi contoh teladan yang baik yang menjadi ciri-ciri olahragawan. Walaupun ada kalanya terdapat berita yang tidak disenangi daripada olahragawan, keseluruhannya mereka mempunyai ciri-ciri yang menjadi ikutan masyarakat umum. Mereka juga hendaklah berusaha bersungguh-sungguh dan mengamalkan sifat serta sikap yang dapat membantu meningkatkan prestasi mereka. Tidak dapat dinafikan mereka sering dijadikan teladan oleh mereka yang baru menceburkan diri dalam bidang ini. Segala yang baik daripada mereka dijadikan pendorong dan galakan kepada olahragawan yang baru ini.
  13. 13. PENGLIBATAN WANITA DALAM OLAHRAGAOlahraga bukan hanya diceburi kaum lelaki sahaja, kaum wanita juga turut melibatkan diri.Mungkin pada peringkat awal penglibatan kaum wanita dalam olahraga dan sukan amnyamendapat tentangan daripada beberapa pihak tertentu, tetapi lama-kelamaan diakui bahawapenglibatan mereka adalah setanding dengan kaum lelaki, sehinggakan adakalanyapencapaian mereka mengatasi kaum lelaki. Banyak acara olahraga yang disertai lelaki jugamenjadi acara untuk wanita. Gaya larian, keupayaan, teknik dan prestasi mereka ada yangmenakjubkan. Penglibatan wanita dalam sukan khususnya olahraga tidaklah seawal penglibatan danmengalami sejarah pahit seperti kaum lelaki. Mengikut sejarah olahragawan, wanita padamulanya dilarang daripada mengambil bahagian dalam acara sukan. Pelbagai anggapannegatif dilemparkan kepada mereka. Malah mereka juga dilarang menonton kaum lelakimengambil bahagian dalam Sukan Olimpik Kuno. Ketika olahraga rancak menular ke negara-negara Eropah khususnya England, wanitamasih dilarang mengambil bahagian dalam olahraga. Persatuan olahraga juga engganmengatur serta menganjurkan kejohanan dan perjumpaan olahraga untuk wanita. Bagaimanapun ini tidaklah bermakna tiada pula usaha dilakukan oleh pihak-pihaktertentu untuk menganjurkan kejohanan untuk wanita. Menyedari penglibatan dan penyertaanwanita juga perlu, maka sebuah persatuan olahraga khusus untuk kaum wanita ditubuhkan.Persatuan ini diberi nama Federation Sportive Feminine Internationale. Tujuan utamapenubuhan persatuan ini ialah untuk mencadangkan kepada Majlis Olimpik Antarabangsasupaya penyertaan Sukan Olimpik yang bakal diadakan pada tahun 1924, dibuka juga kepadawanita. Cadangan itu mendapat sambutan yang menggalakkan. Tetapi bukan untuk SukanOlimpik tahun 1924 seperti yang dicadangkan itu. Sukan Olimpik tahun 1928 akhirnya membuka pintu kepada kaum wanita.Penerimaan wanita dalam sukan yang terbesar di dunia itu telah disambut dengan gembiraoleh atlit pelbagai negara yang sudah tentu mahu menunjukkkan pencapaian mereka yangtidak kurang hebatnya daripada kaum lelaki. Sejak itu penyertaan kaum wanita dalam SukanOlimpik tidak pernah diketepikan. Di samping berjaya mempamerkan persembahan danprestasi yang bermutu tinggi. mereka juga mampu menarik minat sebahagian besar peminatsukan dunia. Secara tidak langsung penyertaan mereka memeriahkan lagi temasya sukan itu.
  14. 14. Negara kita juga memberi peluang kepada kaum wanita untuk menceburkan diribukan sahaja dalam sukan olahraga tetapi juga dalam bidang-bidang sukan lain. Prestasi yangmereka pamerkan bukan sahaja tinggi dari segi mutu, tetapi turut menaikkan nama negaradalam sukan antarabangsa, khususnya olahraga. Bagitu juga dengan pelajar-pelajar sekolah,yang turut diberi peluang mengambil bahagian dalam sukan ini sejak dari sekolah rendahlagi. Ini jelas menunjukkan bahawa olahraga khususnya dan sukan amnya adalah milik semuarakyat tidak kira lelaki atau wanita.
  15. 15. PERALATAN UNTUK OLAHRAGADahulunya soal peralatan tidak begitu di ambil kira oleh para olahragawan. Mereka memakaikasut biasa, dan ada kalanya berlari berkaki ayam, selain memakai seluar pendek dan baju-Tatau singlet. Apabila terciptanya kasut lari (spikes) pada penghujung abad ke-19, spikes terusmenjadi peralatan penting para pelari acara pecut sehingga para pelari merasakan spikesadalah suatu yang penting bagi mereka. Umumnya dalam sukan olahraga, terutamanya dalamacara-acara larian, terdapat beberapa peralatan yang diperlukan selain spikes ini. 1. Kasut Kasut atau spikes merupakan peralatan penting para olahragawan bukan sahaja mereka yang mengambil bahagian dalam acara lari pecut, tetapi juga untuk kegunaan dalam acara lain, termasuk acara padang. Walau bagaimanapun, penggunaan kasut ini amat penting malah dimestikan bagi acara olahraga masa kini, terutama untuk acara lari pecut. Jenis kasut bergantung pada keselesaan atlit secara individu. Bagaimanapun biarlah daripada jenis yang ringan. 2. Blok permulaan Blok permulaan (starting block) merupakan sejenis alat yang digunakan untuk membantu para pelari pecut membuat lonjakan yang pantas semasa memulakan larian. Biasanya para pelari tidak diwajibkan menggunakan blok permulaan ini, tetapi bagi kebanyakan pelari blok ini amat diperlukan, termasuk dalam perlumbaan di peringkat sekolah. Pelari boleh meminta nasihat guru pengawas atau jurulatih tentang pemilihan jenis blok permulaan yang sesuai. 3. Pakaian sukan Seperti acara sukan lainnya, para olahragawan juga perlu mengenakan pakaian yang sesuai untuk setiap acara yang mereka sertai. Dalam kebanyakan perjumpaan sukan terbesar dunia, para olahragawan akan memakai singlet yang terdapat nombor peserta, negara atau pasukan yang mereka wakili serta nama penaja yang menganjurkan perjumpaan itu. Bagaimanapun, setiap peserta dibolehkan memakai pakaian yang mereka gemari asalkan dipersetujui oleh negara dan pasukan
  16. 16. mereka. Contohnya dalam Sukan Olimpik yang dapat kita tontoni menerusi kaca televisyen tidak lama dahulu, pelbagai jenis dan bentuk pakaian yang dipakai oleh para olahragawan lelaki dan wanita asalkan pakaian itu selesa dan tidak mengganggu pergerakan dan larian mereka.4. Peralatan sampingan Setiap olahragawan juga digalakkan mempunyai beg peralatan masing-masing. Mungkin ada di kalangan olahragawan yang menganggap perkara ini sesuatu yang tidak penting, namun sebagai olahragawan, sesuatu yang mempunyai kaitan dengan mereka hendaklah diberi perhatian. Bagi peralatan ini pula harus mengandungi barangan seperti berikut : a. Tuala b. Peralatan kecemasan yang ringan, seperti minyak urut, plaster, aspirin, botol minuman dan sebagainya. c. Seluar pendek dan singlet (sebaik-baiknya dua pasang) d. Kasut jogging dan kasut berlari (spikes) e. Jam randik (stop-watch) atau pita pengukur f. Barangan lain yang difikirkan perlu
  17. 17. ACARA-ACARA OLAHRAGA : BALAPANSebelum kita mempelajari prinsip dan teknik sesuatu yang terdapat dalam sukan olahraga,adalah perlu kita ketahui apa acara yang tergolong dalam acara balapan atau trek. Denganmengetahui acara-acara ini barulah mudah bagi kita mempelajari satu demi satu sebagaipanduan kepada mereka yang ingin melibatkan diri dalam mana-mana acara yang merekaingini. Sukan olahraga merupakan sejenis sukan yang menarik dan amat berlainan daripadasukan-sukan lain. Ini disebabkan dalam olahraga terdapat banyak acara baik untuk lelakimahupun wanita, dan acara-acara ini sama ada secara perseorangan ataupun berpasukan. Jikadalam sukan bola sepak, hanya satu pingat emas dijadikan rebutan dalam kebanyakkan sukanterbesar dunia seperti Sukan Olimpik, Sukan Asia atau Sukan SEA, walaupun terdapatsekurang-kurangnya 11 orang pemain dalam sesebuah pasukan. Dalam olahraga setiap acaramempertaruhkan pingat emas. Dengan hanya memenangi satu acara sahaja sudah cukupuntuk mendapatkan pingat. Ini bermakna dalam kebanyakan perjumpaan sukan yangdinyatakan, hampir 40 pingat dipertaruhkan bagi acara olahraga. Semua acara dalam olahraga merangkumi aktiviti larian, lompatan dan lontaran.Seorang atlit mungkin berkemampuan dalam satu atau dua aktiviti, tetapi adalah sukar bagiseseorang itu mahir dalam ketiga-tiga acara ini. Kebanyakkan atlit lebih sukamengkhususkan penyertaan dan penglibatan mereka, terutamanya di peringkat antarabangsa.Dengan itu mereka lebih mudah meningkatkan prestasi dari semasa ke semasa dengan hanyamengambil bahagian dalam satu atau dua acara.
  18. 18. PENGKHUSUSANDi peringkat sekolah, seseorang murid dibenarkan mengambil bahagian dalam sejumlahtertentu acara yang mereka gemari atau yang mereka kuasai, sama ada daripada kumpulanlarian, lompatan atau lontaran. Selain mengambil bahagian dalam acara-acara individu,mereka juga digalakkan mengambil bahagian dalam acara-acara berpasukan seperti lariberganti-ganti. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika kita dapati dalam sesuatuperjumpaan olahraga peringkat sekolah, seseorang murid mampu merangkul banyak pingatmenerusi berbagai acara. Bagaimanapun guru pengawas atau jurulatih akan memberi nasihat dan panduantentang sesuatu acara yang harus disertai atau dikhususkan. Ini disebabkan peringkat yanglebih tinggi, teknik sesuatu acara sukan menjadi lebih rumit. Tidak mungkin seseorang atlititu mampu meraih kejayaan dalam semua acara yang disertainya. Jadi bagi mengelakkandaripada menemui kegagalan, sudah tentu peserta akan memilih acara yang sesuai baginyayang mampu menjanjikan sesuatu kejayaan.Malah diperingkat antarabangsa sekalipun, dengan hanya mengambil bahagian dalam satuacara tertentu sahaja seseorang olahragawan mampu mencatat nama di peringkat tertinggi,dan mampu dijadikan contoh kepada ol;ahragawean lain di seluruh dunia. Dengan melakukan pengkhususan begini, mereka dapat menumpukan seluruhperhatian kepada setiap aspek latihan yang bakal mereka ikuti. Malah mereka akanmempunyai jurulatih khas mengikut jenis acara yang mereka ceburi. Dengan itu sudah tentubentuk latihan yang lebih khusus dan merndalam akan mereka ikuti, dan bentuk ini mungkinberbeza mengikut perbezaan acara, walaupun semua mereka akan mengikuti latihan umumsecara bersama.
  19. 19. JENIS-JENIS ACARA BALAPANPelbagai acara terdapat dalam sukan olahraga, walaupun olahraga merupakan salah satu acarasukan sejak berabad-abad lagi. Perbezaan yang ketara antara olahraga dengan jenis sukan lainialah bilangan acara yang banyak dan menyebabkan banyak jumlah pingat yang bolehdimenangi menerusi olahraga, berbanding hanya satu pingat dalam sukan bola sepak atauhoki. Secara logiknya, adalah lebih ekonomik dan mudah jika penumpuan diberikan kepadasukan olahraga kalau pungutan pingat dijadiakn ukuran tidak rasmi dalam menentukankeupayaan sesebuah pasukan atau negara. Seperti yang dinyatakan terdahulu, acara-acara olahraga dibahagikan kepada tigakategori, iaitu larian, lompatan dan lontaran. Terdapat acara-acara yang dikhaskan untuklelaki sahaja, dan ada pula acara yang boleh desertai oleh lelaki dan wanita. Setiap acaramempunyai undang-undang dan peraturan tersendiri, yang harus dipatuhi oleh semua peserta.Dengan itu penentuan pertandingan adalah mengikut penyertaan dalam sesuatu acara danbukan olahraga secara keseluruhannya. Justeru itu pemenang dalam sesuatu acara dipilihdaripada kalangan peserta yang mengambil bahagian dalam acara itu sahaja.Penganjur sesuatu perjumpaan olahraga boleh menentukan jenis atau bilangan acara yangmereka akan pertandingkan. Faktor-faktor seperti bilangan peserta, tingkat keupayaanmereka, kemudahan peralatan, keupayaan pihak penganjur, kewangan, keselamatan,keupayaan pegawai dan kakitangan pengelola dan tempoh pertandingan akan menentukanbilangan dan jenis acara yang akan di pertandingkan dalam sesuatu perjumpaan. Umpamanya di peringkat sekolah, bilangan acara sukan mudah tentu berkurangandaripada jumlah acara untuk sukan-sukan seperti Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Komanwelatau Sukan Olimpik. Dalam Sukan Olimpik, walaupun dianggap mempunyai jumlah acaraolahraga yang maksimum, tetapi masih belum lengkap sepenuhnya. Biasanya dalamkejohanan balapan dan padang antarabangsa, semua acara olahraga dipertandingkan,termasuk wanita. Senarai lengkap acara-acara olahraga yang sering dipertandingkan di peringkataanatarabangsa, dan juga kebangsaan adalah seperti berikut :
  20. 20. Kategori Acara Peserta1. Lari jarak dekat 100 meter Lelaki/Wanita (pecut) 200 meter Lelaki/ Wanita 400 meter Lelaki/ Wanita2. Lari jarak sederhana 800 meter Lelaki/ Wanita 1500 meter Lelaki/ Wanita3. Lari jarak jauh 3000 meter Wanita 5000 meter Lelaki/ Wanita 10 000 meter Lelaki4. Lari berhalangan 3000 meter Lelaki5. Lari berpagar 100 meter Wanita 110 meter Lelaki 400 meter Lelaki/ Wanita6. Lari berganti-ganti 4 x 100 meter Lelaki/ wanita 4 x 400 meter Lelaki/ wanita7. Marathon Lelaki/ Wanita8. Heptathlon 7 acara Wanita9. Dekathlon 10 acara Lelaki10. Berjalan kaki 5000 meter Wanita 10 000 meter Lelaki/ Wanita 20 000 meter Lelaki 50 000 meter
  21. 21. ACARA-ACARA KHASSelain acara-acara yang dinyatakan, terdapat beberapa acara lain lagi yang juga turutdipertandingkan sebagai acara olahraga. Oleh sebab ciri-ciri acara ini agak berbeza dantersendiri, agak sukar untuk di kategorikan sebagai acara balapan, atau acara padang.Umpamanya, acara dekathlon dan heptathlon yang merupakan gabungan ketiga-tigakumpulan cara tersebut, mungkin juga boleh dikategorikan sebagai balapan dan juga padang.Begitu juga dengan acara marathon dan lumba jalan kaki. Satu lagi acara yang sering diadakan di peringkat sekolah dan mendapat sambutanyang menggalakkan ialah tarik tali tetapi di kebanyakan perjumpaan olahraga dunia, acara initidak diadakan. Di negara kita pertandingan tarik tali lebih merupakan salah satu acara dalamsukaneka yang dianggap sebagai sukan sambil bergembira dan bukan pertandingan.Bagaimanapun, sejak beberapa tahun lalu ada pihak yang menganjurkan pertandingan tariktali secara khusus, dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan.MarathonAcara marathon juga merupakan acara olahraga yang disertai oleh lelaki dan perempuan.Marathon juga sering diadakan dalam perjumpaan olahraga utama duania, walaupun dinegara kita, khususnya di peringkat sekolah tidak diadakan. Marathon adalah acara lari hjarak jauh sejauh 26 batu 385 ela diadakan sejak SukanOlimpik Kuno lagi. Mengikut sejarah, acara ini adalah sempena sejarah Greek Kuno sebagailambang pembawa berita yang berlari sejauh 26 batu 385 ela sebelum dia meninggal duniadisebabkan keletihan.Acara marathon diadakan diluar kawasan balapan, menggunakan jalan raya biasa. Hanyapermulaan dan akhir acara sahaja diadakan di dalam balapan. Disebabkan jarak yang amatjauh, kebanyakkan penganjur olahraga mengetepikan acara marathon daripada senarai acaramereka untuk acara ini disamping diadakan secara berasingan. Adakalanya juga diadakanpada jarak yang lebih dekat dan dinamakan marathon mini.
  22. 22. Lumba Jalan KakiDilihat pada nama acara Lumba Jalan Kaki adalah sejenis acara berjalan laju yang mungkinjuga merupakan gabungan antara aktiviti berjalan dan berlari. Di perinkat sekolah acara initidak diadakan kecuali dalam perjumpaan sukan olahraga dewasa sahaja. Terdapat beberapajarak yang di pertandingkan, khusus untuk lelaki ataupun perempuan. Biasanya lumba jalankaki diadakan berasingan, bersempena sesuatu peristiwa atau hari-hari perayaan. Pekara penting dalam lumba jalan kaki ialah jarak serta kekerapan membuatlangkahan. Kelenturan pergerakan badan dan gabungan ayunan tangan dapat meningkatkankelajuan. Peserta tidak dibenarkan berlari dalam acara ini. Disebabkan kelajuan langkahanyang ditunjukan oleh para peserta, penonton seolah-olah beranggapan mereka berlari anak,tetapi sebenarnya tidak.DekathlonDekathlon adalahn gabungan 10 acara yang merangkumi larian, lompatan dan lontaran.Semua acara ini dijalankan sepanjang 2 hari, dan dikhaskan untuk lelaki sahaja. Susunanpertandingan acara adalah seperti berikut : Hari pertama Hari kedua 100 meter 110 meter lari berpagar Lompat jauh Lempar cakera Lontar peluru Lompat bergalah Lompat tinggi Rejam lembing 400 meter 1500 meterAtlit yang menjuarai acara ini sering dianggap sebagi atlit yang paling lengkap. Peserta yangmengambil bahagian harus mengabungkan kelajuan, kekuatan, kelenturan, keazaman sertasemangat kesukanan yang tinggi. Mereka juga harus mampu mengekalkan prestasi yangtinggi sepanjang 2 hari acara itu diadakan. Untuk memenangi acara ini secarakeseluruhannya, peserta perlu mengambil bahagian dalam semua acara. Setiap pencapaian
  23. 23. dalam sesuatu acara diberikan mata mengikut ketetapan yang digariskan oleh PersatuanOlahraga Amatur Antarabangsa (IAAF). Peserta yang menunjukkan prestasi yang tinggisudah tentu memperoleh mata yang tinggi. Mata yang dipungut oleh para peserta dalamkesemua 10 acara itu dijumlahkan dan peserta yang memungut mata tertinggi dikira sebagaipemenang. Acara Dekathlon ini dipercayai bermula pada akhir abad ke-19 ketika itu terdapat 10acara yang digabungkan, tetapi tempoh pertandingan hanya dalam sehari sahaja. Dekathlonpertama kali disenaraikan sebagai acara Sukan Olimpik pada tahun 1012 ketika sukan itudiadakan di Stockholm. Ketika itu semua acara ini dijalankan dalam masa tiga hari.Bagaimanapun, kini acara tersebut diadakan dalam tempoh 2 hari sahaja bagi mengelakkanpeserta daripada kemungkinan menjadi bosan dan membebankan. Kini dekathlon merupakanacara tetap dalam setiap perjumpaan olahraga utama dunia.HeptathlonHeptathlon merupakan gabungan tujuh acara yang dikhususkan untuk wanita sahaja. Untukmenguji kemampuan para peserta menerusi gabungan ketiga-tiga acara olahraga. Acaraheptathlon juga diadakan dalam tempoh dua hari. Acara-acara yang terdapat dalam acaraheptathlon ini mengikut susunannya adalah seperti berikut : HARI PERTAMA HARI KEDUA 100 meter lari berpagar Lompat jauh Lompat tinggi Lontar peluru Rejam lembing 200 meter 800 meter Seperti dekathlon, pemenang dalam acara heptathlon ditentukan menerusi jumlahkeseluruhan mata yang dipungut dalam semua acara yang dipertandingkan. Peserta yangberjaya memungut mata terbanyak dikira pemenang. Hanya pemenang keseluruhan diberihadiah dan bukan pemenang untuk setiap acara yang dipertandingkan. Pemenang acara inidianggap sebagai juara keseluruhan bahagian wanita.
  24. 24. BALAPAN UNTUK OLAHRAGAPihak penganjur sukan hendaklah memastikan supaya semua acara yang akandipertandingkan dalam sesuatu perjumpaan olahraga dapat dijalankan dengan baik dansempurna. Persediaan awal yang merangkumi peralatan dan kemudahan untuk setiap acarahendaklah diberi perhatian. Salah satu kemudahan yang utama ialah balapan yang bakaldiadakan dalam perjumpaan itu. Biasanya balapan diadakan di padang besar seperti stadiumbola. Di negara kita boleh dikatakan di setiap stadium disediakan balapan mengelilingipadang bola. Ini memudahkan mana-mana pihak untuk menganjurkan sesuatu kejohanan atauperjumpaan olahraga. Biasanya balapan yang mengandungi lapan lorong disediakan. Balapandiperbuat daripada bitumen dan ada pula daripada tartan. Setiap lorong balapan sejauh 400meter. Di sekolah atau daerah, kebanyakan balapan dibuat apabila perjumpaan olahragadiadakan. Begitu juga dengan kemudahan untuk acara-acara padang. Bahagian atau kawasantertentu di dalam padang dikhaskan bagi semua acara padang. Setiap pihak penganjur akanberusaha mengadakan kemudahan ini sebaik mungkin mengikut kesesuaian atau peringkatperjumpaan itu.
  • HoiYan

    Mar. 9, 2015
  • SitiKhalijah

    Jan. 15, 2015
  • adinzahhashim

    Jun. 29, 2014
  • normahizzieyanimahmud

    Jan. 26, 2014
  • zilafazilah

    Jun. 22, 2013

Views

Total views

15,408

On Slideshare

0

From embeds

0

Number of embeds

9

Actions

Downloads

491

Shares

0

Comments

0

Likes

5

×