SlideShare a Scribd company logo
1 of 23
KERTAS KERJA
TEMPAT :
DEWAN TERBUKA, SMK SERI BDENA
TARIKH :
24 OKTOBER 2016
HARI :
ISNIN
PESERTA :
GURU-GURU PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN PENDIDIKAN KHAS
SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH
DAERAH SABAK BERNAM
ANJURAN BERSAMA:
SMK SERI BEDENA
BENGKEL PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF
DAN SOSIAL (PEERS) DAN STANDARD KECERGASAN
FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH
MALAYSIA (SEGAK) BAGI GURU-GURU PJPK
PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH RENDAH DAN
MENENGAH DAERAH SABAK BERNAM 2016
24 OKTOBER 2016
1
PPD SABAK BERNAM
KERTAS KERJA
BENGKEL PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL (PEERS) DAN
STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH MALAYSIA
(SEGAK) BAGI GURU-GURU PJPK PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH RENDAH DAN
MENENGAH DAERAH SABAK BERNAM 2016
1.0 PENDAHULUAN
Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) diajar melalui kurikulum Pendidikan
Kesihatan. PEERS adalah satu proses sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuan dan
membentuk sikap, nilai serta kepercayaan terhadap identiti, perhubungan dan keintiman
sesama insan. PEERS bukan hanya terbatas kepada isu seksual atau hubungan seks semata-
mata. PEERS mencakupi pengetahuan dari aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikal dan
kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihat dalam kehidupan.
Selain penekanan pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) dalam subjek
Pendidikan Kesihatan. Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid
Sekolah Malaysia ( SEGAK ) ini juga diwujudkan selari dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. Selaras dengan itu, satu
aktiviti kecergasan yang terancang perlu dilaksanakan dengan sempurna mengikut prosedur
yang ditetapkan bagi setiap item ujian dan dinilai mengikut norma yang telah ditetapkan.
Dengan ini, satu penilaian yang standard dapat diukur.
Bengkel yang dilaksanakan ini akan memberi pendedahan kepada semua guru PJPK
pendidikan khas sekolah rendah dan sekolah menengah daerah Sabak Bernam mengenai
(PEERS) dan (SEGAK). Selain itu juga, bengkel ini akan memberi pendedahan kepada guru-guru
cara melaksanakan dan mengaplikasikan (PEERS) dan (SEGAK) di sekolah terutamanya kepada
murid-murid pendidikan khas.
2.0 RASIONAL
i. Pendidikan Kesihatan membolehkan individu mengawal kesihatan diri, keluarga, masyarakat
dan persekitaran menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat dan bersikap
positif untuk mencapai kesejahteraan hidup serta jangka hayat panjang yang berkualiti.
ii. Sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan
2
mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum.
3.0 OBJEKTIF
1. Mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan diri, keluarga, masyarakat
serta persekitaran.
2. Mempamerkan kemahiran mencegah masalah kesihatan dan penyakit; dan
menguasai keupayaan bagi menghadapi dan menangani masalah serta isu berkaitan
dengan kesihatan.
3. Mengetahui kepentingan kecergasan fizikal dan melakukan ujian kecergasan kepada murid-
murid.
4. Menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu serta
melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui
perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik; dan
5. Pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa.
4.0 TARIKH PELAKSANAAN
Hari Isnin (24 Oktober 2016)
5.0TEMPAT
Dewan Terbuka SMK Seri Bedena, 45300 Sungai Besar, Selangor
6.0SASARAN
40 orang guru-guru Pendidikan Khas (30 orang Sekolah Rendah) dan (10 orang Sekolah
Menengah) yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan dalam Daerah
Sabak Bernam. Selain itu, 5 orang fasilitator jemputan yang akan mengelolakan bengkel ini.
3
7.0AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Penasihat : Tuan Haji Mokhtar bin Manijo
Pegawai Pendidikan Daerah, PPD Sabak Bernam
Pengerusi : Puan Wan Shamsiah Bt Wan Yusoff
Pengetua SMK Seri Bedena
Naib Pengerusi : En. Rosli bin Jarai
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Pendidikan Khas,
PPD Sabak Bernam
Naib Pengerusi II : Puan Norhayati Bt Jupri
Penolong Kanan Pendidikan Khas, SMK Seri Bedena
Naib Pengerusi III : Puan Hajah Nor Faridah Bt Jajuli
Penolong Kanan Kokurikulum, SMK Seri Bedena
Setiausaha : En. Shahrol Nizam B. Mispan
Bendahari : En. Muhamad Murizal B. Josti
Ahli Jawatankuasa
Bacaan doa : En Mat Huda B. Sanusi
Pendaftaran peserta : Pn Norasheana Bt Abd Rahim
Juruacara : En Mohd Yusof B. Abd Manap
Persediaan tempat : Tn Haji Basri B. Arsat
Peralatan : Pn Adlin Juliana Bt Jaaffar
Pn Nor Azlina Bt Shafie
4
Dokumentasi : Pn Nor Azma Bt Saidina Abu Bakar
Pn Siti Haslinda Bt Mohammad
Jamuan Peserta : Pn Suhana Bt Mohamed Royani
Pn Siti Rulizah bt Nor Hatim
Buku Program : Pn Rohani Bt Sapiah
8.0JADUAL PROGRAM
7.30 pagi – 8.00 pagi - Pendaftaran peserta
8.00 pagi – 9.30 pagi - Taklimat mengenai Pendidikan Kesihatan
Reproduktif dan Sosial (PEERS).
LDK mengenai PEERS (membuat rph)
9.30 pagi – 10.00 pagi - Minum pagi
10.30 pagi – 11.00 pagi - Taklimat mengenai SEGAK
11.00 pagi – 12.30 tghari - Ujian 1
Naik Turun Bangku ( 3 minit )
Ujian 2
Tekan Tubi ( 1 minit )
Ujian 3
Ringkuk Tubi Separa (1 minit )
Ujian 4
Jangkauan Melunjur
12.30 tghari – 1.10 ptg - Ucapan Penutup dan Penyampaian sijil
1.10 ptg – 1.30 ptg - Makan Tengahari dan bersurai.
9.0PROSEDUR SEGAK.
Semua murid perlu menjalani ujian-ujian kecergasan fizikal yang dicadangkan dalam buku
panduan.. Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut peringkat umur, keupayaan murid
dan mengambilkira peralatan serta tempat ujian dijalankan. Umur murid dikira pada 1 hb.
Januari untuk rujukan norma. Ujian ini boleh dijalankan semasa atau di luar waktu pengajaran
Pendidikan Jasmani.
5
Ujian ini juga mesti dilengkapkan pada hari yang sama. Guru melatih murid terlebih dahulu
dan murid digalakkan membuat ujian secara individu, bersama rakan atau keluarga mereka.
Ujian ini mesti dilengkapkan mengikut urutan secara berterusan. Urutan item bateri ujian
adalah seperti berikut;
1. Naik Turun Bangku ( 3 minit )
2. Tekan Tubi ( 1 minit )
3. Ringkuk Tubi Separa (1 minit )
4. Jangkauan Melunjur
Ukuran antropometrik untuk mendapatkan Indeks Jisim Badan perlu dibuat sebelum
melakukan ujian ini.Ujian yang dicadangkan ini boleh digunakan sebagai aktiviti latihan
kecergasan. Ujian ini perlu dilaksanakan dua kali setahun pada bulan Mac dan Ogos.Bagi murid
yang tidak sihat, guru boleh menjalankan ujian pada hari yang lain pada bulan yang sama.
9.1 Persediaan
1. Murid telah berlatih secukupnya sebelum menjalani ujian, khasnya dalam latihan aerobik.
2. Murid mesti melakukan aktiviti memanaskan badan secukupnya sebelum menjalani ujian.
9.2 Keselamatan
1. Murid dikecualikan daripada mengambil ujian ini jika :
(a) disahkan oleh Pegawai Perubatan tidak layak mengambil ujian kecergasan fizikal;
(b) mengidap penyakit kronik; dan
(c) tidak sihat pada waktu ujian.
2. Alatan ujian yang digunakan mesti lengkap, selamat dan berfungsi dengan baik.
3. Kawasan ujian mesti selamat dan sesuai dengan jenis ujian yang hendak dijalankan.
4. Murid memakai pakaian Pendidikan Jasmani.
5. Pengawasan guru diutamakan semasa ujian dilaksanakan.
6. Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas ujian dilaksanakan.
9.3 Prinsip Latihan
Untuk mengelakkan kecederaan dan meningkatkan prestasi, murid perlu mematuhi prinsip-
prinsip latihan kecergasan seperti berikut:
1.Prinsip tambah bebanan
Ketika menjalani latihan, penambahan beban perlu dibuat secara beransur-ansur berdasarkan
kemampuan agar tidak mendatangkan kecederaan. Keadaan ini melatih otot bekerja lebih kuat
seterusnya meningkatkan kecergasan.
2.Prinsip perbezaan individu
Kemampuan dan keupayaan individu adalah berbeza. Guru harus menyesuaikan aktiviti latihan
6
mengikut keupayaan individu.
3.Prinsip kekhususan
Latihan fizikal yang dijalankan perlulah diberikan berdasarkan keperluan kecergasan individu
dan jenis sukan yang diceburi.
4.Prinsip kebolehbalikan
Kesan atau hasil latihan bukanlah sesuatu yang kekal. Sekiranya latihan tidak dilakukan secara
berterusan, penurunan dalam prestasi akan berlaku.
5.Prinsip kepelbagaian latihan
Program latihan perlu dipelbagaikan untuk mengekalkan minat individu dalam sesuatu aktiviti
bagi mengelakkan kebosanan.
9.4 Aktiviti Memanaskan Badan
Murid mesti melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum memulakan ujian kecergasan ini
seperti;
1. Regangan otot bahu, tangan, pinggang dan kaki.
2. Lari setempat, lompat, skip atau turun naik bangku.
9.5 Aktiviti Menyejukkan Badan
Murid mesti melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas melakukan ujian kecergasan
seperti;
1. Berjalan perlahan-lahan selama 3 minit.
2. Regang otot bahu, tangan, pinggang dan kaki perlahan-lahan.
9.6 Pelaporan
1. Murid perlu merekod hasil ujian mereka.
2. Guru mengesahkan ujian yang telah dilakukan oleh murid.
Guru melaporkan hasil ujian dalam laporan Penilaian Kendalian Sekolah
10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA JUMLAH (RM)
1. Makanan dan bahan peserta kursus
Bayaran peserta RM 10.00 x 40 orang guru 400.00
7
(30 orang guru sekolah rendah)
(10 orang guru sekolah menengah)
2. Cenderhati Fasilitator
RM 5.00 x 5 orang
(sponsor persendirian)
25.00
Jumlah Keseluruhan 425.00
10.0 KEPERLUAN PERALATAN
BIL BUTIRAN KUANTITI
1 Bangku Step up 4
3 Metronome 90 beats 2
4 Metronome 50 beats 2
5 Stop watch 4
6 Tilam Tekan Tubi 4
7 Muskin tape 3
8 A4 paper 1 rim
9 Borang ujian segak 40
10 Carta arahan dan label 5
11 Dynamax Portable Amplifier 1 set
12 Tilam Sit up 4
JUMLAH
11.0 PENUTUP
Adalah diharap bengkel ini dapat memberikan sebanyak mungkin manfaat kepada para
peserta amalan kesihatan yang baik serta dapat meningkat dan mengekalkan kecergasan fizikal
yang optimum .
8
Disediakan oleh,
…………………………………….
(SHAHROL NIZAM BIN MISPAN)
Setiausaha Program
Program Pendidikan Khas Integrasi,
SMK Seri Bedena, 45300 Sungai Besar,
Selangor.
Disemak oleh, Diluluskan oleh,
………………………………… ………………………………
(PN NORHAYATI BT JUPRI) (PN. WAN SHAMSIAH BT WAN YUSOFF)
Penolong Kanan Pendidikan Khas Pengetua,
Program Pendidikan Khas Integrasi, SMK Seri Bedena, 45300 Sungai Besar,
SMK Seri Bedena, 45300 Sungai Besar, Selangor.
Selangor.
9
NORMA UJIAN KECERGASAN FIZIKAL MURID (SEGAK)
Norma ini adalah hasil uji rintis SEGAK yang pertama. Norma ini akan dibuat perbandingan
dengan ujian SEGAK kali kedua pada tahun 2007. Rujukan norma ini boleh digunakan untuk
ujian sumatif sehingga norma yang piawai dikeluarkan.
LELAKI 13 TAHUN
Skor 5 4 3 2 1
Naik Turun Bangku 72 ke bawah 73 - 97 98 - 122 121 - 146 147 ke atas
Tekan Tubi 31 ke atas 21 - 30 10 - 20 1 - 9 0
Ringkuk Tubi Separa 41 ke atas 27 - 40 15 - 26 2 - 14 1 ke bawah
Jangkauan Melunjur 42 ke atas 33 - 41 23 - 32 14 - 22 13 ke bawah
PEREMPUAN 13 TAHUN
Skor 5 4 3 2 1
Naik Turun Bangku 70 ke bawah 71 - 99 100 - 130 131 - 159 160 ke atas
Tekan Tubi 29 ke atas 20 - 28 11 - 19 2 - 10 1
1
Ringkuk Tubi Separa 32 ke atas 9 - 31 8 - 20 1 - 7 0
Jangkauan Melunjur 41 ke atas 34 - 40 26 - 33 19 - 25 18 ke bawah
LELAKI 14 TAHUN
Skor 5 4 3 2 1
Naik Turun Bangku 73 ke bawah 74 – 98 99 - 124 125 - 149 150 ke atas
Tekan Tubi 37 ke atas 25 - 36 12 - 24 1 - 11 0
Ringkuk Tubi Separa 43 ke atas 31 - 42 18 - 30 5 - 17 4 ke bawah
Jangkauan Melunjur 44 ke atas 35 - 43 25 - 34 15 - 24 14 ke bawah
PEREMPUAN 14 TAHUN
Skor 5 4 3 2 1
Naik Turun Bangku 70 ke bawah 71 - 98 99 - 128 129 - 156 157 ke atas
Tekan Tubi 29 ke atas 20 - 28 10 - 19 1 - 9 0
Ringkuk Tubi Separa 30 ke atas 20 - 29 9 - 19 1 - 8 0
Jangkauan Melunjur 42 ke atas 35 - 41 26 - 34 18 - 25 17 ke bawah
LELAKI 15 TAHUN
Skor 5 4 3 2 1
Naik Turun Bangku 73 ke bawah 74 – 98 99 - 124 125 - 149 150 ke atas
Tekan Tubi 38 ke atas 26 - 37 14 - 25 2 - 13 1
Ringkuk Tubi Separa 43 ke atas 31 - 42 18 - 30 6 - 17 5 ke bawah
Jangkauan Melunjur 45 ke atas 36 - 44 25 - 35 19 - 24 18 ke bawah
PEREMPUAN 15 TAHUN
Skor 5 4 3 2 1
Naik Turun Bangku 71 ke bawah 72 -
102
103 - 135 136 - 166 167 ke atas
Tekan Tubi 31 ke atas 21 - 30 10 - 20 1 - 9 0
Ringkuk Tubi Separa 34 ke atas 21 - 33 8 - 20 1 - 7 0
Jangkauan Melunjur 43 ke atas 36 - 42 27 - 35 19 - 26 18 ke bawah
LELAKI 16 TAHUN
Skor 5 4 3 2 1
Naik Turun Bangku 77 ke bawah 78 -
103
104 - 131 132 - 158 159 ke atas
Tekan Tubi 37 ke atas 27 - 36 15 - 26 4 - 14 3 ke bawah
Ringkuk Tubi Separa 42 ke atas 30 - 41 16 - 29 4 - 15 3 ke bawah
Jangkauan Melunjur 46 ke atas 36 - 45 25 - 35 15 - 24 14 ke bawah
PEREMPUAN 16 TAHUN
Skor 5 4 3 2 1
Naik Turun Bangku 77 ke bawah 78 -
136
107 - 137 138 - 166 167 ke atas
Tekan Tubi 29 ke atas 19 - 28 9 - 18 1 - 8 0
Ringkuk Tubi Separa 31 ke atas 20 - 30 8 - 9 1 - 7 0
Jangkauan Melunjur 43 ke atas 34 - 42 24 - 33 16 - 23 15 ke bawah
LELAKI 17 TAHUN
Skor 5 4 3 2 1
Naik Turun Bangku 68 ke bawah 69 - 97 98 - 128 129 - 158 159 ke atas
Tekan Tubi 40 ke atas 28 - 39 16 - 27 5 - 15 4 ke bawah
Ringkuk Tubi Separa 43 ke atas 30 - 42 15 - 29 1 - 4 0
Jangkauan Melunjur 47 ke atas 37 - 46 26 - 36 17 - 25 16 ke bawah
PEREMPUAN 17 TAHUN
Skor 5 4 3 2 1
Naik Turun Bangku 78 ke bawah 79 -
106
107 - 134 135 - 162 163 ke atas
Tekan Tubi 27 ke atas 19 - 26 9 - 18 1 - 8 0
Ringkuk Tubi Separa 31 ke atas 20 - 30 7 - 19 1 - 6 0
Jangkauan Melunjur 44 ke atas 36 - 43 26 - 35 18 - 27 17 ke bawah
1
JADUAL PENGIRAAN BMI
Indeks Jisim Badan = Berat badan (kg)
Tinggi (m) x Tinggi (m)
Lelaki
Umur
(Tahun) Kurang berat Normal
Berisiko Berat
Berlebihan
Berat
berlebihan
9 <14.0 14.0 - 18.6 >18.6 - 21.0 >21.0
10 <14.2 14.2 - 19.4 >19.4 - 22.2 >22.2
11 <14.6 14.6 - 20.2 >20.2 - 23.2 >23.2
12 <15.0 15.0 - 21.0 >21.0 - 24.2 >24.2
13 <15.4 15.4 - 21.8 >21.8 - 25.2 >25.2
14 <16.0 16.0 - 22.6 >22.6 - 26.0 >26.0
15 <16.6 16.6 - 23.4 >23.4 - 26.8 >26.8
16 <17.2 17.2 - 24.2 >24.2 - 27.6 >27.6
17 <17.8 17.8 - 24.8 >24.8 - 28.2 >28.2
Perempuan
Umur
(Tahun) Kurang berat Normal
Berisiko Berat
Berlebihan
Berat
berlebihan
9 <14.8 14.8 - 19.2 >19.2 - 21.8 >21.8
10 <14.0 14.0 - 19.9 >19.9 - 22.9 >22.9
11 <14.4 14.4 - 20.8 >20.8 - 24.0 >24.0
12 <14.8 14.8 - 21.6 >21.6 - 25.2 >25.2
13 <15.3 15.3 - 22.5 >22.5 - 26.2 >26.2
14 <15.8 15.8 - 23.2 >23.2 - 27.2 >27.2
15 <16.3 16.3 - 24.0 >24.0 - 28.0 >28.0
16 <16.8 16.8 - 24.5 >24.5 - 28.8 >28.8
2
17 <17.3 17.3 - 25.2 >25.2 - 29.6 >29.6
(Rujukan: National Centre For Chronic Disease Prevention And Health Promotion
2000)
KEPUTUSAN KESELURUHAN
SETELAH MELAKUKAN 4 UJIAN, SILA RUJUK KEPADA SKALA MARKAH
KESELURUHAN UNTUK MENENTUKAN TAHAP KECERGASAN BAGI TUJUAN
PEMARKAHAN
BIL. JUMLAH SKOR KESELURUHAN GRED PERNYATAAN
1. 18 HINGGA 20 MARKAH A CEMERLANG
2. 15 HINGGA 17 MARKAH B SANGAT BAIK
3. 10 HINGGA 14 MARKAH C BAIK
4. 7 HINGGA 9 MARKAH D SEDERHANA
5. 4 HINGGA 6 E PERLU USAHA LAGI
3
UJIAN 1
Nama Ujian:
Indeks Jisim Badan (BMI-for-age)
Tujuan:
Menilai komposisi badan
Tahap:
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5
Jantina:
Lelaki dan Perempuan
Alatan dan kemudahan:
1. Pengukur tinggi
2. Penimbang berat
3. Borang skor
Pengurusan dan organisasi:
Pengukuran ini hendaklah dilaksanakan sebelum ujian kecergasan bermula.
Prosedur:
1. Murid dikehendaki menimbang berat badan dalam ukuran kilogram dan
mengukur ketinggian dalam meter.
2. Kira indeks jisim badan berdasarkan formula berikut:
4
Indeks Jisim Badan = Berat badan (kg)
Tinggi (m) x Tinggi (m)
UJIAN 2
Nama Ujian:
Naik Turun Bangku 3 minit
Tujuan:
Menilai Daya Tahan Kardiovaskular
Tahap:
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5
Jantina:
Lelaki dan Perempuan
Alatan dan kemudahan:
1. Bangku - Ketinggian 30.5 cm
2. Jam Randik
3. Borang Skor
4. Rakaman atau Metronome
Pengurusan dan organisasi:
1. Aktiviti dijalankan berpasangan.
2. Letakan bangku di atas lantai yang rata dan selamat.(Pastikan bangku
tidak bergerak semasa ujian dijalankan.)
3. Sediakan rakaman atau metronome rentak 96 detik seminit.
Permulaan Naik Turun Bangku
5
Prosedur:
1. Ujian dijalankan dengan murid memakai kasut sukan yang sesuai.
2. Murid berdiri tegak dengan kaki kanan atau kiri (yang mana sesuai)
diletakkan di atas bangku.
3. Penguji akan memberikan isyarat ‘mula’.
4. Murid melakukan pergerakan naik dan turun (kaki kiri naik, kaki kanan
turun diikuti kaki kiri turun, kemudian kaki kanan naik atau sebaliknya).
5. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome
dengan kadar 96 detik seminit selama 3 minit.
6. Selepas tamat murid dikehendaki duduk serta merta.
7. Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat perlakuan dengan kiraan dilakukan
oleh guru atau menggunakan Polar Heart Rate Monitor.
8. Kadar nadi diambil dalam jangkamasa 1 minit.
9. Jika murid tidak menamatkan lakuan selama 3 minit, skor murid ini
dibatalkan.
UJIAN 3
Nama Ujian:
Ujian Tekan Tubi
Tujuan:
Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu
Tahap:
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5
Jantina:
Lelaki
Alatan dan kemudahan:
1. Kawasan lapang dan rata.
2. Span ( 5 cm tinggi x 15 cm panjang x 10 cm lebar).
3. Jam Randik.
Pengurusan dan organisasi:
1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan.
2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.
Prosedur:
1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong
oleh tangan yang lurus dan jari-jari kaki. Badan diluruskan.
6
2. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh
span.
3. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.
4. Tekan tubi diteruskan sehingga satu minit atau murid tidak berupaya
meneruskannya.
5. Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna
mengikut arahan 1 hingga 3.
6. Murid B mengira dan merekod bilangan lakuan Murid A.
Bersedia Lakuan Bengkok Siku Lakuan Lurus Tangan
Kiraan Satu Ulangan Lakuan
UJIAN 4
Nama Ujian:
Ujian Tekan Tubi Suaian
Tujuan:
Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu
Tahap:
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5
Jantina:
Perempuan
Alatan dan kemudahan:
1. Kawasan lapang dan rata.
2. Span ( 5 cm tinggi x 15 cm panjang x 10 cm lebar ).
7
3. Jam randik.
Pengurusan dan organisasi:
1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan.
2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.
Prosedur:
1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong
oleh tangan yang lurus dan lutut yang bengkok. Kaki bersilang. Badan
diluruskan.
2. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh
span.
3. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.
4. Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupaya meneruskannya.
5. Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna
mengikut arahan 1 hingga 3.
6. Murid B mengira dan merekod bilangan lakuan Murid A.
Bersedia Lakuan Bengkok Siku Lakuan Lurus Tangan
Kiraan Satu Ulangan Lakuan
UJIAN 5
Nama Ujian:
Ringkuk Tubi Separa ( partial curl-up) 1 minit
Tujuan :
8
Menguji daya tahan dan kekuatan otot abdomen
Tahap :
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5
Jantina :
Lelaki dan perempuan
Alatan dan kemudahan :
1. Pita lekat bersaiz 2.5 cm
2. Pita ukur
3. Jam randik
Pengurusan dan organisasi:
1. Lekatkan pita pelekat secara selari pada lantai di kiri dan kanan. Jarak antara
pita adalah 10 cm.
Prosedur :
1. Ujian ini dijalankan dengan murid memakai kasut yang sesuai.
2. Murid A baring dengan lutut bengkok 90 darjah dan tumit kaki sentiasa
menyentuh lantai.
3. Buka kaki seluas bahu.
4. Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari menyentuh bahagian luar
pelekat pertama.
5. Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu diangkat supaya jari tengah kedua-dua
tangan menyentuh bahagian luar pelekat kedua.
6. Bahagian bawah/belakang badan hendaklah rata dan jari tengah pada
kedudukan asal (ulang prosedur 4) sebelum melakukan ulangan yang
seterusnya.
7. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau
metronome dengan kadar 50 detik seminit selama 1 minit.
8. Murid B mengira ulangan perlakuan.
9. Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A :-
9.1 Berasa tidak selesa.
9.2 Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penanda kedua.
9.3 Tumit diangkat.
Panduan guru
9
Lakuan ringkuk yang tidak sempurna:
1. Bahagian bawah/belakang badan tidak menyentuh lantai.
2. Tumit diangkat.
3. Badan/ bahu senget.
4. Punggung terangkat.
5. Lutut tidak bersudut 90 darjah (tegak).
Arahan /Teguran untuk perlakuan ringkuk yang tidak betul.
1. Rapatkan belakang ke lantai.
2. Bahu sentuh lantai.
3. Rapatkan tumit ke lantai.
4. Seimbangkan bahu/badan.
5. Buka kaki.
6. Bengkokkan lutut.
Sedia Ringkuk Kedudukan Asal
Kiraan Satu Ulangan Lakuan
10
UJIAN 6
Nama Ujian:
Jangkauan Melunjur
Tujuan:
Mengukur fleksibiliti
Tahap:
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5
Jantina:
Lelaki dan perempuan
Alatan dan kemudahan:
1. Alat pengukur jangkauan
2. Borang skor.
Pengurusan dan organisasi:
1. Gunakan alat pengukur jangkauan yang disediakan.
Prosedur:
1. Murid duduk melunjur tanpa kasut. Tumit kaki di letak di belakang penanda 23
sentimeter.
2. Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian. Rakan memegang lutut.
3. Tapak tangan kanan ditindih di atas belakang tapak tangan kiri dalam keadaan
hujung jari tengah hendaklah sama.
4. Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin
atas pita pengukur.
11
4. Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat tanpa menyentap.
5. Murid diberi tiga percubaan berturut-turut. Percubahan terbaik diambil kira
sebagai skor. Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir. Tidak perlu
merekod dalam titik perpuluhan.
6. Murid yang membantu memegang lutut pelaku tidak menganggu pelaku.
Sedia Jangkau Rehat

More Related Content

What's hot

Kertas kerja program internship (1)
Kertas kerja program internship (1)Kertas kerja program internship (1)
Kertas kerja program internship (1)awangyie
 
Pekeliling segak bil 4 2008
Pekeliling segak bil 4 2008Pekeliling segak bil 4 2008
Pekeliling segak bil 4 2008Jimmy Siow
 
Kertas kerja 1 murid 1 sukan
Kertas kerja 1 murid 1 sukanKertas kerja 1 murid 1 sukan
Kertas kerja 1 murid 1 sukanNorazlima Limat
 
08 silabus pjok smp 20012017-ok
08 silabus pjok smp 20012017-ok08 silabus pjok smp 20012017-ok
08 silabus pjok smp 20012017-okKhaidir Al Falsabi
 
Draf buku segak murni mei 2007
Draf buku segak murni mei 2007Draf buku segak murni mei 2007
Draf buku segak murni mei 2007BBA3019
 
Rpt pj tahun 4 kssr 2016
Rpt pj tahun 4 kssr 2016Rpt pj tahun 4 kssr 2016
Rpt pj tahun 4 kssr 2016Aian Abba
 
Buku panduan idk progsus blora revisi jum'at
Buku panduan idk progsus blora revisi jum'atBuku panduan idk progsus blora revisi jum'at
Buku panduan idk progsus blora revisi jum'atNovy Sari
 
Buku panduan segak
Buku panduan segakBuku panduan segak
Buku panduan segaknarazlanzz
 
Fokus pembelajaran pendidikan jasmani, olahraga dan kesehatan
Fokus pembelajaran pendidikan jasmani, olahraga dan kesehatanFokus pembelajaran pendidikan jasmani, olahraga dan kesehatan
Fokus pembelajaran pendidikan jasmani, olahraga dan kesehatanSMPK Stella Maris
 
Modul 1 peranan dan tugas guru dan ppm prasekolah
Modul 1   peranan dan tugas guru dan ppm prasekolahModul 1   peranan dan tugas guru dan ppm prasekolah
Modul 1 peranan dan tugas guru dan ppm prasekolaherina2611
 
20908113 buku-panduan-segak-2009 (1)
20908113 buku-panduan-segak-2009 (1)20908113 buku-panduan-segak-2009 (1)
20908113 buku-panduan-segak-2009 (1)sham7482
 
Buku panduan segak rendah mei
Buku panduan segak rendah meiBuku panduan segak rendah mei
Buku panduan segak rendah meirosfariza
 
15b kssr-pj-tahun4 - segak 2013
15b   kssr-pj-tahun4 - segak 2013 15b   kssr-pj-tahun4 - segak 2013
15b kssr-pj-tahun4 - segak 2013 Jimmy Siow
 

What's hot (18)

Kertas kerja program internship (1)
Kertas kerja program internship (1)Kertas kerja program internship (1)
Kertas kerja program internship (1)
 
Pekeliling segak bil 4 2008
Pekeliling segak bil 4 2008Pekeliling segak bil 4 2008
Pekeliling segak bil 4 2008
 
(2) rpp 107
(2) rpp 107(2) rpp 107
(2) rpp 107
 
Segak2016
Segak2016Segak2016
Segak2016
 
Kertas kerja 1 murid 1 sukan
Kertas kerja 1 murid 1 sukanKertas kerja 1 murid 1 sukan
Kertas kerja 1 murid 1 sukan
 
08 silabus pjok smp 20012017-ok
08 silabus pjok smp 20012017-ok08 silabus pjok smp 20012017-ok
08 silabus pjok smp 20012017-ok
 
Fail meja ppm skar
Fail meja ppm skarFail meja ppm skar
Fail meja ppm skar
 
Draf buku segak murni mei 2007
Draf buku segak murni mei 2007Draf buku segak murni mei 2007
Draf buku segak murni mei 2007
 
Rpt pj tahun 4 kssr 2016
Rpt pj tahun 4 kssr 2016Rpt pj tahun 4 kssr 2016
Rpt pj tahun 4 kssr 2016
 
Buku panduan idk progsus blora revisi jum'at
Buku panduan idk progsus blora revisi jum'atBuku panduan idk progsus blora revisi jum'at
Buku panduan idk progsus blora revisi jum'at
 
Buku panduan segak
Buku panduan segakBuku panduan segak
Buku panduan segak
 
Fokus pembelajaran pendidikan jasmani, olahraga dan kesehatan
Fokus pembelajaran pendidikan jasmani, olahraga dan kesehatanFokus pembelajaran pendidikan jasmani, olahraga dan kesehatan
Fokus pembelajaran pendidikan jasmani, olahraga dan kesehatan
 
Modul 1 peranan dan tugas guru dan ppm prasekolah
Modul 1   peranan dan tugas guru dan ppm prasekolahModul 1   peranan dan tugas guru dan ppm prasekolah
Modul 1 peranan dan tugas guru dan ppm prasekolah
 
20908113 buku-panduan-segak-2009 (1)
20908113 buku-panduan-segak-2009 (1)20908113 buku-panduan-segak-2009 (1)
20908113 buku-panduan-segak-2009 (1)
 
Buku panduan segak rendah mei
Buku panduan segak rendah meiBuku panduan segak rendah mei
Buku panduan segak rendah mei
 
Segak
SegakSegak
Segak
 
kertas-cadangan
kertas-cadangankertas-cadangan
kertas-cadangan
 
15b kssr-pj-tahun4 - segak 2013
15b   kssr-pj-tahun4 - segak 2013 15b   kssr-pj-tahun4 - segak 2013
15b kssr-pj-tahun4 - segak 2013
 

Similar to SEGAK-PEERS

Buku panduan segak (1)
Buku panduan segak (1)Buku panduan segak (1)
Buku panduan segak (1)Sobri Ismail
 
RPL BK FORMAT KLASIKAL ( POLA HIDUP SEHAT )
RPL BK FORMAT KLASIKAL (  POLA HIDUP SEHAT )RPL BK FORMAT KLASIKAL (  POLA HIDUP SEHAT )
RPL BK FORMAT KLASIKAL ( POLA HIDUP SEHAT )izar jk
 
PEDOMAN INTERNAL UKS.docx
PEDOMAN INTERNAL UKS.docxPEDOMAN INTERNAL UKS.docx
PEDOMAN INTERNAL UKS.docxChristinaLaura1
 
Buku panduan segak
Buku panduan segakBuku panduan segak
Buku panduan segakJimmy Siow
 
24. GBPP MK Promosi Kesehatan.pdf
24. GBPP MK Promosi Kesehatan.pdf24. GBPP MK Promosi Kesehatan.pdf
24. GBPP MK Promosi Kesehatan.pdfDalhar Aljafar
 
Usaha kesehatan sekolah
Usaha kesehatan sekolahUsaha kesehatan sekolah
Usaha kesehatan sekolahKagawa Mayumi
 
MODUL AJAR PJOK 2 BAB 8 (perilaku hidup sehat).pdf
MODUL AJAR PJOK 2 BAB 8 (perilaku hidup sehat).pdfMODUL AJAR PJOK 2 BAB 8 (perilaku hidup sehat).pdf
MODUL AJAR PJOK 2 BAB 8 (perilaku hidup sehat).pdfHADIANNAS
 
Kertas kerja 2
Kertas kerja 2Kertas kerja 2
Kertas kerja 2Ah Zhi
 
PROGRAM UKS.pptx
PROGRAM UKS.pptxPROGRAM UKS.pptx
PROGRAM UKS.pptxJihanRana2
 
Plan of action ners cilik uks
Plan of action ners cilik uksPlan of action ners cilik uks
Plan of action ners cilik uksADam Raeyoo
 
Program intervensi obesiti RAZI 2012
Program intervensi obesiti RAZI 2012Program intervensi obesiti RAZI 2012
Program intervensi obesiti RAZI 2012manrazi1980
 
bahan-sekolah-sehat-uks.ppt
bahan-sekolah-sehat-uks.pptbahan-sekolah-sehat-uks.ppt
bahan-sekolah-sehat-uks.pptFatmawatyali
 
bahan-sekolah-sehat-uks.ppt
bahan-sekolah-sehat-uks.pptbahan-sekolah-sehat-uks.ppt
bahan-sekolah-sehat-uks.pptTriNuriana
 
bahan-sekolah-sehat-uks.ppt
bahan-sekolah-sehat-uks.pptbahan-sekolah-sehat-uks.ppt
bahan-sekolah-sehat-uks.pptdrfaizalfahmi
 
Usaha_kesehatan_sekolah_UKS.pptx
Usaha_kesehatan_sekolah_UKS.pptxUsaha_kesehatan_sekolah_UKS.pptx
Usaha_kesehatan_sekolah_UKS.pptxTimmyPoluan
 

Similar to SEGAK-PEERS (20)

Buku panduan segak
Buku panduan segakBuku panduan segak
Buku panduan segak
 
Buku panduan segak (1)
Buku panduan segak (1)Buku panduan segak (1)
Buku panduan segak (1)
 
RPL BK FORMAT KLASIKAL ( POLA HIDUP SEHAT )
RPL BK FORMAT KLASIKAL (  POLA HIDUP SEHAT )RPL BK FORMAT KLASIKAL (  POLA HIDUP SEHAT )
RPL BK FORMAT KLASIKAL ( POLA HIDUP SEHAT )
 
PEDOMAN INTERNAL UKS.docx
PEDOMAN INTERNAL UKS.docxPEDOMAN INTERNAL UKS.docx
PEDOMAN INTERNAL UKS.docx
 
Buku panduan segak
Buku panduan segakBuku panduan segak
Buku panduan segak
 
Uks dokcil
Uks   dokcilUks   dokcil
Uks dokcil
 
Materi uks dokcil2
Materi uks dokcil2Materi uks dokcil2
Materi uks dokcil2
 
UKS DAN PMR
UKS DAN PMRUKS DAN PMR
UKS DAN PMR
 
24. GBPP MK Promosi Kesehatan.pdf
24. GBPP MK Promosi Kesehatan.pdf24. GBPP MK Promosi Kesehatan.pdf
24. GBPP MK Promosi Kesehatan.pdf
 
Modul pk t3
Modul pk t3Modul pk t3
Modul pk t3
 
Usaha kesehatan sekolah
Usaha kesehatan sekolahUsaha kesehatan sekolah
Usaha kesehatan sekolah
 
MODUL AJAR PJOK 2 BAB 8 (perilaku hidup sehat).pdf
MODUL AJAR PJOK 2 BAB 8 (perilaku hidup sehat).pdfMODUL AJAR PJOK 2 BAB 8 (perilaku hidup sehat).pdf
MODUL AJAR PJOK 2 BAB 8 (perilaku hidup sehat).pdf
 
Kertas kerja 2
Kertas kerja 2Kertas kerja 2
Kertas kerja 2
 
PROGRAM UKS.pptx
PROGRAM UKS.pptxPROGRAM UKS.pptx
PROGRAM UKS.pptx
 
Plan of action ners cilik uks
Plan of action ners cilik uksPlan of action ners cilik uks
Plan of action ners cilik uks
 
Program intervensi obesiti RAZI 2012
Program intervensi obesiti RAZI 2012Program intervensi obesiti RAZI 2012
Program intervensi obesiti RAZI 2012
 
bahan-sekolah-sehat-uks.ppt
bahan-sekolah-sehat-uks.pptbahan-sekolah-sehat-uks.ppt
bahan-sekolah-sehat-uks.ppt
 
bahan-sekolah-sehat-uks.ppt
bahan-sekolah-sehat-uks.pptbahan-sekolah-sehat-uks.ppt
bahan-sekolah-sehat-uks.ppt
 
bahan-sekolah-sehat-uks.ppt
bahan-sekolah-sehat-uks.pptbahan-sekolah-sehat-uks.ppt
bahan-sekolah-sehat-uks.ppt
 
Usaha_kesehatan_sekolah_UKS.pptx
Usaha_kesehatan_sekolah_UKS.pptxUsaha_kesehatan_sekolah_UKS.pptx
Usaha_kesehatan_sekolah_UKS.pptx
 

More from takdir10

PENGREKODAN KERJA PENYULAMAN ANAK POKOK TANAMAN.docx
PENGREKODAN KERJA PENYULAMAN ANAK POKOK TANAMAN.docxPENGREKODAN KERJA PENYULAMAN ANAK POKOK TANAMAN.docx
PENGREKODAN KERJA PENYULAMAN ANAK POKOK TANAMAN.docxtakdir10
 
Kertas kerja pembinaan bengkel kemahiran hidup 2 edit 2018
Kertas kerja pembinaan bengkel kemahiran hidup 2 edit 2018Kertas kerja pembinaan bengkel kemahiran hidup 2 edit 2018
Kertas kerja pembinaan bengkel kemahiran hidup 2 edit 2018takdir10
 
Kertas kerja keceriaan kolam 2018
Kertas kerja keceriaan kolam 2018Kertas kerja keceriaan kolam 2018
Kertas kerja keceriaan kolam 2018takdir10
 
Kertas kerja merdeka dan hari malaysia 2018
Kertas kerja merdeka dan hari malaysia 2018Kertas kerja merdeka dan hari malaysia 2018
Kertas kerja merdeka dan hari malaysia 2018takdir10
 
Program sambutan hari lahir murid ppki ssb 2018
Program sambutan hari lahir murid ppki ssb 2018Program sambutan hari lahir murid ppki ssb 2018
Program sambutan hari lahir murid ppki ssb 2018takdir10
 
Kertas kerja set kerusi meja 2019
Kertas kerja set kerusi meja 2019Kertas kerja set kerusi meja 2019
Kertas kerja set kerusi meja 2019takdir10
 
Kertas kerja projek fertigasi ppki smk seri bedena 2017
Kertas kerja projek fertigasi ppki smk seri bedena 2017Kertas kerja projek fertigasi ppki smk seri bedena 2017
Kertas kerja projek fertigasi ppki smk seri bedena 2017takdir10
 
Majlis perpisahan tn haji ahmad bin asmaran
Majlis perpisahan tn haji ahmad bin asmaranMajlis perpisahan tn haji ahmad bin asmaran
Majlis perpisahan tn haji ahmad bin asmarantakdir10
 
Kertas kerja lawatan ke kl jun 2011
Kertas kerja lawatan ke kl jun 2011Kertas kerja lawatan ke kl jun 2011
Kertas kerja lawatan ke kl jun 2011takdir10
 

More from takdir10 (9)

PENGREKODAN KERJA PENYULAMAN ANAK POKOK TANAMAN.docx
PENGREKODAN KERJA PENYULAMAN ANAK POKOK TANAMAN.docxPENGREKODAN KERJA PENYULAMAN ANAK POKOK TANAMAN.docx
PENGREKODAN KERJA PENYULAMAN ANAK POKOK TANAMAN.docx
 
Kertas kerja pembinaan bengkel kemahiran hidup 2 edit 2018
Kertas kerja pembinaan bengkel kemahiran hidup 2 edit 2018Kertas kerja pembinaan bengkel kemahiran hidup 2 edit 2018
Kertas kerja pembinaan bengkel kemahiran hidup 2 edit 2018
 
Kertas kerja keceriaan kolam 2018
Kertas kerja keceriaan kolam 2018Kertas kerja keceriaan kolam 2018
Kertas kerja keceriaan kolam 2018
 
Kertas kerja merdeka dan hari malaysia 2018
Kertas kerja merdeka dan hari malaysia 2018Kertas kerja merdeka dan hari malaysia 2018
Kertas kerja merdeka dan hari malaysia 2018
 
Program sambutan hari lahir murid ppki ssb 2018
Program sambutan hari lahir murid ppki ssb 2018Program sambutan hari lahir murid ppki ssb 2018
Program sambutan hari lahir murid ppki ssb 2018
 
Kertas kerja set kerusi meja 2019
Kertas kerja set kerusi meja 2019Kertas kerja set kerusi meja 2019
Kertas kerja set kerusi meja 2019
 
Kertas kerja projek fertigasi ppki smk seri bedena 2017
Kertas kerja projek fertigasi ppki smk seri bedena 2017Kertas kerja projek fertigasi ppki smk seri bedena 2017
Kertas kerja projek fertigasi ppki smk seri bedena 2017
 
Majlis perpisahan tn haji ahmad bin asmaran
Majlis perpisahan tn haji ahmad bin asmaranMajlis perpisahan tn haji ahmad bin asmaran
Majlis perpisahan tn haji ahmad bin asmaran
 
Kertas kerja lawatan ke kl jun 2011
Kertas kerja lawatan ke kl jun 2011Kertas kerja lawatan ke kl jun 2011
Kertas kerja lawatan ke kl jun 2011
 

Recently uploaded

DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfkustiyantidew94
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 

Recently uploaded (20)

DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 

SEGAK-PEERS

  • 1. KERTAS KERJA TEMPAT : DEWAN TERBUKA, SMK SERI BDENA TARIKH : 24 OKTOBER 2016 HARI : ISNIN PESERTA : GURU-GURU PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH DAERAH SABAK BERNAM ANJURAN BERSAMA: SMK SERI BEDENA BENGKEL PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL (PEERS) DAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH MALAYSIA (SEGAK) BAGI GURU-GURU PJPK PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH DAERAH SABAK BERNAM 2016 24 OKTOBER 2016
  • 2. 1 PPD SABAK BERNAM KERTAS KERJA BENGKEL PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL (PEERS) DAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH MALAYSIA (SEGAK) BAGI GURU-GURU PJPK PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH DAERAH SABAK BERNAM 2016 1.0 PENDAHULUAN Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) diajar melalui kurikulum Pendidikan Kesihatan. PEERS adalah satu proses sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuan dan membentuk sikap, nilai serta kepercayaan terhadap identiti, perhubungan dan keintiman sesama insan. PEERS bukan hanya terbatas kepada isu seksual atau hubungan seks semata- mata. PEERS mencakupi pengetahuan dari aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikal dan kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihat dalam kehidupan. Selain penekanan pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) dalam subjek Pendidikan Kesihatan. Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia ( SEGAK ) ini juga diwujudkan selari dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. Selaras dengan itu, satu aktiviti kecergasan yang terancang perlu dilaksanakan dengan sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan bagi setiap item ujian dan dinilai mengikut norma yang telah ditetapkan. Dengan ini, satu penilaian yang standard dapat diukur. Bengkel yang dilaksanakan ini akan memberi pendedahan kepada semua guru PJPK pendidikan khas sekolah rendah dan sekolah menengah daerah Sabak Bernam mengenai (PEERS) dan (SEGAK). Selain itu juga, bengkel ini akan memberi pendedahan kepada guru-guru cara melaksanakan dan mengaplikasikan (PEERS) dan (SEGAK) di sekolah terutamanya kepada murid-murid pendidikan khas. 2.0 RASIONAL i. Pendidikan Kesihatan membolehkan individu mengawal kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat dan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan hidup serta jangka hayat panjang yang berkualiti. ii. Sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan
  • 3. 2 mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum. 3.0 OBJEKTIF 1. Mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan diri, keluarga, masyarakat serta persekitaran. 2. Mempamerkan kemahiran mencegah masalah kesihatan dan penyakit; dan menguasai keupayaan bagi menghadapi dan menangani masalah serta isu berkaitan dengan kesihatan. 3. Mengetahui kepentingan kecergasan fizikal dan melakukan ujian kecergasan kepada murid- murid. 4. Menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu serta melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik; dan 5. Pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa. 4.0 TARIKH PELAKSANAAN Hari Isnin (24 Oktober 2016) 5.0TEMPAT Dewan Terbuka SMK Seri Bedena, 45300 Sungai Besar, Selangor 6.0SASARAN 40 orang guru-guru Pendidikan Khas (30 orang Sekolah Rendah) dan (10 orang Sekolah Menengah) yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan dalam Daerah Sabak Bernam. Selain itu, 5 orang fasilitator jemputan yang akan mengelolakan bengkel ini.
  • 4. 3 7.0AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA Penasihat : Tuan Haji Mokhtar bin Manijo Pegawai Pendidikan Daerah, PPD Sabak Bernam Pengerusi : Puan Wan Shamsiah Bt Wan Yusoff Pengetua SMK Seri Bedena Naib Pengerusi : En. Rosli bin Jarai Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Pendidikan Khas, PPD Sabak Bernam Naib Pengerusi II : Puan Norhayati Bt Jupri Penolong Kanan Pendidikan Khas, SMK Seri Bedena Naib Pengerusi III : Puan Hajah Nor Faridah Bt Jajuli Penolong Kanan Kokurikulum, SMK Seri Bedena Setiausaha : En. Shahrol Nizam B. Mispan Bendahari : En. Muhamad Murizal B. Josti Ahli Jawatankuasa Bacaan doa : En Mat Huda B. Sanusi Pendaftaran peserta : Pn Norasheana Bt Abd Rahim Juruacara : En Mohd Yusof B. Abd Manap Persediaan tempat : Tn Haji Basri B. Arsat Peralatan : Pn Adlin Juliana Bt Jaaffar Pn Nor Azlina Bt Shafie
  • 5. 4 Dokumentasi : Pn Nor Azma Bt Saidina Abu Bakar Pn Siti Haslinda Bt Mohammad Jamuan Peserta : Pn Suhana Bt Mohamed Royani Pn Siti Rulizah bt Nor Hatim Buku Program : Pn Rohani Bt Sapiah 8.0JADUAL PROGRAM 7.30 pagi – 8.00 pagi - Pendaftaran peserta 8.00 pagi – 9.30 pagi - Taklimat mengenai Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS). LDK mengenai PEERS (membuat rph) 9.30 pagi – 10.00 pagi - Minum pagi 10.30 pagi – 11.00 pagi - Taklimat mengenai SEGAK 11.00 pagi – 12.30 tghari - Ujian 1 Naik Turun Bangku ( 3 minit ) Ujian 2 Tekan Tubi ( 1 minit ) Ujian 3 Ringkuk Tubi Separa (1 minit ) Ujian 4 Jangkauan Melunjur 12.30 tghari – 1.10 ptg - Ucapan Penutup dan Penyampaian sijil 1.10 ptg – 1.30 ptg - Makan Tengahari dan bersurai. 9.0PROSEDUR SEGAK. Semua murid perlu menjalani ujian-ujian kecergasan fizikal yang dicadangkan dalam buku panduan.. Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut peringkat umur, keupayaan murid dan mengambilkira peralatan serta tempat ujian dijalankan. Umur murid dikira pada 1 hb. Januari untuk rujukan norma. Ujian ini boleh dijalankan semasa atau di luar waktu pengajaran Pendidikan Jasmani.
  • 6. 5 Ujian ini juga mesti dilengkapkan pada hari yang sama. Guru melatih murid terlebih dahulu dan murid digalakkan membuat ujian secara individu, bersama rakan atau keluarga mereka. Ujian ini mesti dilengkapkan mengikut urutan secara berterusan. Urutan item bateri ujian adalah seperti berikut; 1. Naik Turun Bangku ( 3 minit ) 2. Tekan Tubi ( 1 minit ) 3. Ringkuk Tubi Separa (1 minit ) 4. Jangkauan Melunjur Ukuran antropometrik untuk mendapatkan Indeks Jisim Badan perlu dibuat sebelum melakukan ujian ini.Ujian yang dicadangkan ini boleh digunakan sebagai aktiviti latihan kecergasan. Ujian ini perlu dilaksanakan dua kali setahun pada bulan Mac dan Ogos.Bagi murid yang tidak sihat, guru boleh menjalankan ujian pada hari yang lain pada bulan yang sama. 9.1 Persediaan 1. Murid telah berlatih secukupnya sebelum menjalani ujian, khasnya dalam latihan aerobik. 2. Murid mesti melakukan aktiviti memanaskan badan secukupnya sebelum menjalani ujian. 9.2 Keselamatan 1. Murid dikecualikan daripada mengambil ujian ini jika : (a) disahkan oleh Pegawai Perubatan tidak layak mengambil ujian kecergasan fizikal; (b) mengidap penyakit kronik; dan (c) tidak sihat pada waktu ujian. 2. Alatan ujian yang digunakan mesti lengkap, selamat dan berfungsi dengan baik. 3. Kawasan ujian mesti selamat dan sesuai dengan jenis ujian yang hendak dijalankan. 4. Murid memakai pakaian Pendidikan Jasmani. 5. Pengawasan guru diutamakan semasa ujian dilaksanakan. 6. Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas ujian dilaksanakan. 9.3 Prinsip Latihan Untuk mengelakkan kecederaan dan meningkatkan prestasi, murid perlu mematuhi prinsip- prinsip latihan kecergasan seperti berikut: 1.Prinsip tambah bebanan Ketika menjalani latihan, penambahan beban perlu dibuat secara beransur-ansur berdasarkan kemampuan agar tidak mendatangkan kecederaan. Keadaan ini melatih otot bekerja lebih kuat seterusnya meningkatkan kecergasan. 2.Prinsip perbezaan individu Kemampuan dan keupayaan individu adalah berbeza. Guru harus menyesuaikan aktiviti latihan
  • 7. 6 mengikut keupayaan individu. 3.Prinsip kekhususan Latihan fizikal yang dijalankan perlulah diberikan berdasarkan keperluan kecergasan individu dan jenis sukan yang diceburi. 4.Prinsip kebolehbalikan Kesan atau hasil latihan bukanlah sesuatu yang kekal. Sekiranya latihan tidak dilakukan secara berterusan, penurunan dalam prestasi akan berlaku. 5.Prinsip kepelbagaian latihan Program latihan perlu dipelbagaikan untuk mengekalkan minat individu dalam sesuatu aktiviti bagi mengelakkan kebosanan. 9.4 Aktiviti Memanaskan Badan Murid mesti melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum memulakan ujian kecergasan ini seperti; 1. Regangan otot bahu, tangan, pinggang dan kaki. 2. Lari setempat, lompat, skip atau turun naik bangku. 9.5 Aktiviti Menyejukkan Badan Murid mesti melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas melakukan ujian kecergasan seperti; 1. Berjalan perlahan-lahan selama 3 minit. 2. Regang otot bahu, tangan, pinggang dan kaki perlahan-lahan. 9.6 Pelaporan 1. Murid perlu merekod hasil ujian mereka. 2. Guru mengesahkan ujian yang telah dilakukan oleh murid. Guru melaporkan hasil ujian dalam laporan Penilaian Kendalian Sekolah 10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN BIL PERKARA JUMLAH (RM) 1. Makanan dan bahan peserta kursus Bayaran peserta RM 10.00 x 40 orang guru 400.00
  • 8. 7 (30 orang guru sekolah rendah) (10 orang guru sekolah menengah) 2. Cenderhati Fasilitator RM 5.00 x 5 orang (sponsor persendirian) 25.00 Jumlah Keseluruhan 425.00 10.0 KEPERLUAN PERALATAN BIL BUTIRAN KUANTITI 1 Bangku Step up 4 3 Metronome 90 beats 2 4 Metronome 50 beats 2 5 Stop watch 4 6 Tilam Tekan Tubi 4 7 Muskin tape 3 8 A4 paper 1 rim 9 Borang ujian segak 40 10 Carta arahan dan label 5 11 Dynamax Portable Amplifier 1 set 12 Tilam Sit up 4 JUMLAH 11.0 PENUTUP Adalah diharap bengkel ini dapat memberikan sebanyak mungkin manfaat kepada para peserta amalan kesihatan yang baik serta dapat meningkat dan mengekalkan kecergasan fizikal yang optimum .
  • 9. 8 Disediakan oleh, ……………………………………. (SHAHROL NIZAM BIN MISPAN) Setiausaha Program Program Pendidikan Khas Integrasi, SMK Seri Bedena, 45300 Sungai Besar, Selangor. Disemak oleh, Diluluskan oleh, ………………………………… ……………………………… (PN NORHAYATI BT JUPRI) (PN. WAN SHAMSIAH BT WAN YUSOFF) Penolong Kanan Pendidikan Khas Pengetua, Program Pendidikan Khas Integrasi, SMK Seri Bedena, 45300 Sungai Besar, SMK Seri Bedena, 45300 Sungai Besar, Selangor. Selangor.
  • 10. 9 NORMA UJIAN KECERGASAN FIZIKAL MURID (SEGAK) Norma ini adalah hasil uji rintis SEGAK yang pertama. Norma ini akan dibuat perbandingan dengan ujian SEGAK kali kedua pada tahun 2007. Rujukan norma ini boleh digunakan untuk ujian sumatif sehingga norma yang piawai dikeluarkan. LELAKI 13 TAHUN Skor 5 4 3 2 1 Naik Turun Bangku 72 ke bawah 73 - 97 98 - 122 121 - 146 147 ke atas Tekan Tubi 31 ke atas 21 - 30 10 - 20 1 - 9 0 Ringkuk Tubi Separa 41 ke atas 27 - 40 15 - 26 2 - 14 1 ke bawah Jangkauan Melunjur 42 ke atas 33 - 41 23 - 32 14 - 22 13 ke bawah PEREMPUAN 13 TAHUN Skor 5 4 3 2 1 Naik Turun Bangku 70 ke bawah 71 - 99 100 - 130 131 - 159 160 ke atas Tekan Tubi 29 ke atas 20 - 28 11 - 19 2 - 10 1
  • 11. 1 Ringkuk Tubi Separa 32 ke atas 9 - 31 8 - 20 1 - 7 0 Jangkauan Melunjur 41 ke atas 34 - 40 26 - 33 19 - 25 18 ke bawah LELAKI 14 TAHUN Skor 5 4 3 2 1 Naik Turun Bangku 73 ke bawah 74 – 98 99 - 124 125 - 149 150 ke atas Tekan Tubi 37 ke atas 25 - 36 12 - 24 1 - 11 0 Ringkuk Tubi Separa 43 ke atas 31 - 42 18 - 30 5 - 17 4 ke bawah Jangkauan Melunjur 44 ke atas 35 - 43 25 - 34 15 - 24 14 ke bawah PEREMPUAN 14 TAHUN Skor 5 4 3 2 1 Naik Turun Bangku 70 ke bawah 71 - 98 99 - 128 129 - 156 157 ke atas Tekan Tubi 29 ke atas 20 - 28 10 - 19 1 - 9 0 Ringkuk Tubi Separa 30 ke atas 20 - 29 9 - 19 1 - 8 0 Jangkauan Melunjur 42 ke atas 35 - 41 26 - 34 18 - 25 17 ke bawah LELAKI 15 TAHUN Skor 5 4 3 2 1 Naik Turun Bangku 73 ke bawah 74 – 98 99 - 124 125 - 149 150 ke atas Tekan Tubi 38 ke atas 26 - 37 14 - 25 2 - 13 1 Ringkuk Tubi Separa 43 ke atas 31 - 42 18 - 30 6 - 17 5 ke bawah Jangkauan Melunjur 45 ke atas 36 - 44 25 - 35 19 - 24 18 ke bawah PEREMPUAN 15 TAHUN Skor 5 4 3 2 1 Naik Turun Bangku 71 ke bawah 72 - 102 103 - 135 136 - 166 167 ke atas Tekan Tubi 31 ke atas 21 - 30 10 - 20 1 - 9 0 Ringkuk Tubi Separa 34 ke atas 21 - 33 8 - 20 1 - 7 0 Jangkauan Melunjur 43 ke atas 36 - 42 27 - 35 19 - 26 18 ke bawah LELAKI 16 TAHUN Skor 5 4 3 2 1 Naik Turun Bangku 77 ke bawah 78 - 103 104 - 131 132 - 158 159 ke atas Tekan Tubi 37 ke atas 27 - 36 15 - 26 4 - 14 3 ke bawah Ringkuk Tubi Separa 42 ke atas 30 - 41 16 - 29 4 - 15 3 ke bawah Jangkauan Melunjur 46 ke atas 36 - 45 25 - 35 15 - 24 14 ke bawah
  • 12. PEREMPUAN 16 TAHUN Skor 5 4 3 2 1 Naik Turun Bangku 77 ke bawah 78 - 136 107 - 137 138 - 166 167 ke atas Tekan Tubi 29 ke atas 19 - 28 9 - 18 1 - 8 0 Ringkuk Tubi Separa 31 ke atas 20 - 30 8 - 9 1 - 7 0 Jangkauan Melunjur 43 ke atas 34 - 42 24 - 33 16 - 23 15 ke bawah LELAKI 17 TAHUN Skor 5 4 3 2 1 Naik Turun Bangku 68 ke bawah 69 - 97 98 - 128 129 - 158 159 ke atas Tekan Tubi 40 ke atas 28 - 39 16 - 27 5 - 15 4 ke bawah Ringkuk Tubi Separa 43 ke atas 30 - 42 15 - 29 1 - 4 0 Jangkauan Melunjur 47 ke atas 37 - 46 26 - 36 17 - 25 16 ke bawah PEREMPUAN 17 TAHUN Skor 5 4 3 2 1 Naik Turun Bangku 78 ke bawah 79 - 106 107 - 134 135 - 162 163 ke atas Tekan Tubi 27 ke atas 19 - 26 9 - 18 1 - 8 0 Ringkuk Tubi Separa 31 ke atas 20 - 30 7 - 19 1 - 6 0 Jangkauan Melunjur 44 ke atas 36 - 43 26 - 35 18 - 27 17 ke bawah
  • 13. 1 JADUAL PENGIRAAN BMI Indeks Jisim Badan = Berat badan (kg) Tinggi (m) x Tinggi (m) Lelaki Umur (Tahun) Kurang berat Normal Berisiko Berat Berlebihan Berat berlebihan 9 <14.0 14.0 - 18.6 >18.6 - 21.0 >21.0 10 <14.2 14.2 - 19.4 >19.4 - 22.2 >22.2 11 <14.6 14.6 - 20.2 >20.2 - 23.2 >23.2 12 <15.0 15.0 - 21.0 >21.0 - 24.2 >24.2 13 <15.4 15.4 - 21.8 >21.8 - 25.2 >25.2 14 <16.0 16.0 - 22.6 >22.6 - 26.0 >26.0 15 <16.6 16.6 - 23.4 >23.4 - 26.8 >26.8 16 <17.2 17.2 - 24.2 >24.2 - 27.6 >27.6 17 <17.8 17.8 - 24.8 >24.8 - 28.2 >28.2 Perempuan Umur (Tahun) Kurang berat Normal Berisiko Berat Berlebihan Berat berlebihan 9 <14.8 14.8 - 19.2 >19.2 - 21.8 >21.8 10 <14.0 14.0 - 19.9 >19.9 - 22.9 >22.9 11 <14.4 14.4 - 20.8 >20.8 - 24.0 >24.0 12 <14.8 14.8 - 21.6 >21.6 - 25.2 >25.2 13 <15.3 15.3 - 22.5 >22.5 - 26.2 >26.2 14 <15.8 15.8 - 23.2 >23.2 - 27.2 >27.2 15 <16.3 16.3 - 24.0 >24.0 - 28.0 >28.0 16 <16.8 16.8 - 24.5 >24.5 - 28.8 >28.8
  • 14. 2 17 <17.3 17.3 - 25.2 >25.2 - 29.6 >29.6 (Rujukan: National Centre For Chronic Disease Prevention And Health Promotion 2000) KEPUTUSAN KESELURUHAN SETELAH MELAKUKAN 4 UJIAN, SILA RUJUK KEPADA SKALA MARKAH KESELURUHAN UNTUK MENENTUKAN TAHAP KECERGASAN BAGI TUJUAN PEMARKAHAN BIL. JUMLAH SKOR KESELURUHAN GRED PERNYATAAN 1. 18 HINGGA 20 MARKAH A CEMERLANG 2. 15 HINGGA 17 MARKAH B SANGAT BAIK 3. 10 HINGGA 14 MARKAH C BAIK 4. 7 HINGGA 9 MARKAH D SEDERHANA 5. 4 HINGGA 6 E PERLU USAHA LAGI
  • 15. 3 UJIAN 1 Nama Ujian: Indeks Jisim Badan (BMI-for-age) Tujuan: Menilai komposisi badan Tahap: Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 Jantina: Lelaki dan Perempuan Alatan dan kemudahan: 1. Pengukur tinggi 2. Penimbang berat 3. Borang skor Pengurusan dan organisasi: Pengukuran ini hendaklah dilaksanakan sebelum ujian kecergasan bermula. Prosedur: 1. Murid dikehendaki menimbang berat badan dalam ukuran kilogram dan mengukur ketinggian dalam meter. 2. Kira indeks jisim badan berdasarkan formula berikut:
  • 16. 4 Indeks Jisim Badan = Berat badan (kg) Tinggi (m) x Tinggi (m) UJIAN 2 Nama Ujian: Naik Turun Bangku 3 minit Tujuan: Menilai Daya Tahan Kardiovaskular Tahap: Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 Jantina: Lelaki dan Perempuan Alatan dan kemudahan: 1. Bangku - Ketinggian 30.5 cm 2. Jam Randik 3. Borang Skor 4. Rakaman atau Metronome Pengurusan dan organisasi: 1. Aktiviti dijalankan berpasangan. 2. Letakan bangku di atas lantai yang rata dan selamat.(Pastikan bangku tidak bergerak semasa ujian dijalankan.) 3. Sediakan rakaman atau metronome rentak 96 detik seminit. Permulaan Naik Turun Bangku
  • 17. 5 Prosedur: 1. Ujian dijalankan dengan murid memakai kasut sukan yang sesuai. 2. Murid berdiri tegak dengan kaki kanan atau kiri (yang mana sesuai) diletakkan di atas bangku. 3. Penguji akan memberikan isyarat ‘mula’. 4. Murid melakukan pergerakan naik dan turun (kaki kiri naik, kaki kanan turun diikuti kaki kiri turun, kemudian kaki kanan naik atau sebaliknya). 5. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 96 detik seminit selama 3 minit. 6. Selepas tamat murid dikehendaki duduk serta merta. 7. Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat perlakuan dengan kiraan dilakukan oleh guru atau menggunakan Polar Heart Rate Monitor. 8. Kadar nadi diambil dalam jangkamasa 1 minit. 9. Jika murid tidak menamatkan lakuan selama 3 minit, skor murid ini dibatalkan. UJIAN 3 Nama Ujian: Ujian Tekan Tubi Tujuan: Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu Tahap: Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 Jantina: Lelaki Alatan dan kemudahan: 1. Kawasan lapang dan rata. 2. Span ( 5 cm tinggi x 15 cm panjang x 10 cm lebar). 3. Jam Randik. Pengurusan dan organisasi: 1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan. 2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat. Prosedur: 1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan jari-jari kaki. Badan diluruskan.
  • 18. 6 2. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span. 3. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia. 4. Tekan tubi diteruskan sehingga satu minit atau murid tidak berupaya meneruskannya. 5. Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna mengikut arahan 1 hingga 3. 6. Murid B mengira dan merekod bilangan lakuan Murid A. Bersedia Lakuan Bengkok Siku Lakuan Lurus Tangan Kiraan Satu Ulangan Lakuan UJIAN 4 Nama Ujian: Ujian Tekan Tubi Suaian Tujuan: Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu Tahap: Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 Jantina: Perempuan Alatan dan kemudahan: 1. Kawasan lapang dan rata. 2. Span ( 5 cm tinggi x 15 cm panjang x 10 cm lebar ).
  • 19. 7 3. Jam randik. Pengurusan dan organisasi: 1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan. 2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat. Prosedur: 1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan lutut yang bengkok. Kaki bersilang. Badan diluruskan. 2. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span. 3. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia. 4. Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupaya meneruskannya. 5. Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna mengikut arahan 1 hingga 3. 6. Murid B mengira dan merekod bilangan lakuan Murid A. Bersedia Lakuan Bengkok Siku Lakuan Lurus Tangan Kiraan Satu Ulangan Lakuan UJIAN 5 Nama Ujian: Ringkuk Tubi Separa ( partial curl-up) 1 minit Tujuan :
  • 20. 8 Menguji daya tahan dan kekuatan otot abdomen Tahap : Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 Jantina : Lelaki dan perempuan Alatan dan kemudahan : 1. Pita lekat bersaiz 2.5 cm 2. Pita ukur 3. Jam randik Pengurusan dan organisasi: 1. Lekatkan pita pelekat secara selari pada lantai di kiri dan kanan. Jarak antara pita adalah 10 cm. Prosedur : 1. Ujian ini dijalankan dengan murid memakai kasut yang sesuai. 2. Murid A baring dengan lutut bengkok 90 darjah dan tumit kaki sentiasa menyentuh lantai. 3. Buka kaki seluas bahu. 4. Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari menyentuh bahagian luar pelekat pertama. 5. Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu diangkat supaya jari tengah kedua-dua tangan menyentuh bahagian luar pelekat kedua. 6. Bahagian bawah/belakang badan hendaklah rata dan jari tengah pada kedudukan asal (ulang prosedur 4) sebelum melakukan ulangan yang seterusnya. 7. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 50 detik seminit selama 1 minit. 8. Murid B mengira ulangan perlakuan. 9. Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A :- 9.1 Berasa tidak selesa. 9.2 Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penanda kedua. 9.3 Tumit diangkat. Panduan guru
  • 21. 9 Lakuan ringkuk yang tidak sempurna: 1. Bahagian bawah/belakang badan tidak menyentuh lantai. 2. Tumit diangkat. 3. Badan/ bahu senget. 4. Punggung terangkat. 5. Lutut tidak bersudut 90 darjah (tegak). Arahan /Teguran untuk perlakuan ringkuk yang tidak betul. 1. Rapatkan belakang ke lantai. 2. Bahu sentuh lantai. 3. Rapatkan tumit ke lantai. 4. Seimbangkan bahu/badan. 5. Buka kaki. 6. Bengkokkan lutut. Sedia Ringkuk Kedudukan Asal Kiraan Satu Ulangan Lakuan
  • 22. 10 UJIAN 6 Nama Ujian: Jangkauan Melunjur Tujuan: Mengukur fleksibiliti Tahap: Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 Jantina: Lelaki dan perempuan Alatan dan kemudahan: 1. Alat pengukur jangkauan 2. Borang skor. Pengurusan dan organisasi: 1. Gunakan alat pengukur jangkauan yang disediakan. Prosedur: 1. Murid duduk melunjur tanpa kasut. Tumit kaki di letak di belakang penanda 23 sentimeter. 2. Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian. Rakan memegang lutut. 3. Tapak tangan kanan ditindih di atas belakang tapak tangan kiri dalam keadaan hujung jari tengah hendaklah sama. 4. Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita pengukur.
  • 23. 11 4. Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat tanpa menyentap. 5. Murid diberi tiga percubaan berturut-turut. Percubahan terbaik diambil kira sebagai skor. Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir. Tidak perlu merekod dalam titik perpuluhan. 6. Murid yang membantu memegang lutut pelaku tidak menganggu pelaku. Sedia Jangkau Rehat