SlideShare a Scribd company logo
1 of 43
11
PROSES-PROSES GEOMORFOLOGI UTAMAPROSES-PROSES GEOMORFOLOGI UTAMA
PENGENALANPENGENALAN
Sebahagian besar daripada disiplin geomorfologi adalahSebahagian besar daripada disiplin geomorfologi adalah
mengkaji proses yang berlaku di muka bumi. Proses-mengkaji proses yang berlaku di muka bumi. Proses-
proses ini sama ada berlaku dengan pengaruhproses ini sama ada berlaku dengan pengaruh
semulajadi atau pun dengan tindakan aktiviti manusiasemulajadi atau pun dengan tindakan aktiviti manusia
banyak mengubah lanskap muka bumi kita. Prosesbanyak mengubah lanskap muka bumi kita. Proses
semulajadi yang ditekankan adalah lebih diberatkan disemulajadi yang ditekankan adalah lebih diberatkan di
kawasan tropika terutamanya Malaysia seperti luluhawa,kawasan tropika terutamanya Malaysia seperti luluhawa,
gerakan jisim, hakisan permukaan dan hakisan pantai.gerakan jisim, hakisan permukaan dan hakisan pantai.
22
LULUHAWALULUHAWA
Proses luluhawa dianggap sebagai peringkat pertama
proses penggondolan muka bumi.
Semua bahan yang terdapat di permukaan bumi
terdedah kepada proses luluhawa. Batuan yang
mengalami penguraian, pereputan dan penyepaian ini
akhirnya akan dihakis pula oleh agen-agen hakisan
seperti air, glasier dan angin.
Proses penyepaian batuan ini amat penting sebagai satu
sumber primer misalnya pembentukan tanih untuk
pertanian dan juga pembangunan sektor binaan
bangunan, jalanraya dan kerja kejuruteraan lain.
33
sambungan…sambungan…
Luluhawa boleh dikelaskan kepada dua kategori yang
utama sekiranya dilihat dari segi proses iaitu luluhawa
fizikal atau mekanika dan luluhawa kimia.
Luluhawa fizikal ialah proses yang menyebabkan
peleraian batuan oleh tegasan pada batuan itu sendiri
tanpa mengubah kandungan bahan mineral di
dalamnya.
Luluhawa kimia satu proses yang menyebabkan
peleraian batuan yang juga mengubah bahan kimia
dalam batuan.
44
Sambungan…Sambungan…
Dilihat dari segi punca berlakunya luluhawa, ia boleh
dibahagikan kepada tiga iaitu tambahan kepada
luluhawa biologi.
Luluhawa biologi adalah tindakan benda-benda hidup
termasuk aktiviti-aktiviti manusia, haiwan dan tumbuh-
tumbuhan. Sebagai contoh peranan tumbuhan boleh
dilihat melalui akar pokok yang memecahkan batuan.
55
Luluhawa FizikalLuluhawa Fizikal
Luluhawa fizikal ialah proses yang melibatkan
pemecahan/peleraian batuan yang disebabkan oleh
daya-daya fizikal dari dalam dan luar batuan.
Ini dikaitkan secara langsung dengan tegasan terhadap
batuan iaitu dari dalam atau luar atau kedua-duanya
sekali yang menyebabkan merekah dan terlerai.
Ia juga dikaitkan dengan pemecahan batuan besar
menjadi batu kecil tanpa mengubah kandungan
kimianya. Terdapat beberapa proses yang sering
berlaku seperti proses pembebasan tekanan, proses
pengembangan hablur, proses perubahan suhu dan
proses organan.
66
Proses Pembebasan TekananProses Pembebasan Tekanan
Struktur batuan yang berlapis biasanya mempunyai satah
retakan atau rekahan.
Lapisan-lapisan batuan ini adalah hampir selari dengan
permukaan bumi dan semasa ia berada jauh di dalam
tanah, ia mengalami tekanan tinggi hasil daripada beban
yang terletak di atasnya.
Apabila permukaan di bahagian atas batuan tersebut
mengalami proses hakisan, ia akan mengurangkan
tekanan pada batuan di bawahnya.
77
Sambungan…Sambungan…
Apabila tekanan batuan tersebut mulai berkurangan
menyebabkan batuan mengembang, meretak dan
memecah.
Pengembangan ini menyebabkan kepingan besar
batuan terpisah atau terlerai dari batuan induk.
Sekiranya batuan itu terletak hampir dengan permukaan
bumi, maka pengembangan yang berlaku adalah sehala
iaitu berkembang ke atas sahaja.
Pengembangan yang berlaku akan memberi kesan
terhadap pemecahan batuan di sepanjang satah retakan
terutamanya pada batuan jenis granit dan marmar dan
pemecahan tersebut adalah secara bersendi.
88
99
Proses Pengembangan HablurProses Pengembangan Hablur
Proses pengembangan hablur boleh dibahagikan kepada
dua tindakan iaitu tindakan ibun dan penghabluran
garam.
Tindakan ibun biasanya berlaku di kawasan yang beriklim
sejuk disebabkan oleh proses pengembangan hablur
iaitu pembekuan air. Air akan mengembang sebanyak 9
% apabila membeku pada suhu 0 darjah celcius.
Perubahan isipadu yang besar ini mempunyai kesan
pemecahan yang paling besar dalam luluhawa fizikal. Air
yang membeku dalam ruang atau rekahan batuan akan
menghasilkan tekanan yang kuat terhadap dinding
rekahan tersebut dan retakan yang lebih besar akan
berlaku.
1010
Sambungan…Sambungan…
Proses pembekuan dan pencairan yang berulang-ulang
akan menyebabkan batuan pecah dan proses ini dikenali
sebagai penyepaian ibun.
Batuan yang pecah ini akan menghasilkan bentuk
serpihan-sepihan yang tajam dan bersegi-segi. Sebagai
contoh ialah di Pergunungan Alps di Eropah jelas
menunjukkan permukaan cerun dan puncaknya yang
terdiri daripada batuan bersegi-segi hasil daripada
tidakan ibun tadi.
1111
1212
1313
Sambungan…Sambungan…
Tindakan penghabluran garam berlaku di kawasan yang
panas dan kering. Pada musim kemarau yang
berpanjangan, menyebabkan air disedut ke atas
permukaan bumi oleh daya rerambut hasil daripada
proses sejatan. Apabila air tersejat, hablur-hablur garam
yang halus tertinggal di dalam rongga-rongga dan
retakan-retakan dalam batu pasir.
Proses sejatan yang berterusan sepanjang musim
kemarau menyebabkan kuantiti hablur bertambah dan
berkembang apabila ia mengalami tekanan
menyebabkan batu pasir tersepai. Proses ini akan
menghasilkan bentuk-bentuk bumi seprti nic (ceruk), gua
yang cetek, gerbang batu dan lelubang pada batu pasir.
1414
1515
Proses Perubahan SuhuProses Perubahan Suhu
Perubahan suhu biasanya membawa kepada
pengembangan dan penguncupan batuan.
Perubahan suhu yang berterusan menyebabkan
berlakunya tegasan terhadap batuan dan memecahkan
batuan kepada butir-butir yang kecil.
Perubahan suhu malam dan siang, musim panas dan
musim sejuk boleh menyebabkan bahan-bahan batuan
mengembang dan menguncup. Dalam keadaan ini
menyebabkan berlakunya luluhawa fizikal di kawasan
gurun dan puncak kawasan gunung yang terdedah.
1616
Sambungan…Sambungan…
Proses pengembangan dan penguncupan yang berulang-
ulang menyebabkan batuan meretak dan bersepai.
Sesetengah batuan tersepai dalam bentuk kepingan
yang berlapis-lapis dan biasanya berlaku pada batuan
yang mempunyai struktur yang berlapis-lapis. Keadaan
ini dikenali sebagai pengelupasan.
Proses ini telah menghasilkan kubah-kubah
pengelupasan seperti yang terdapat di Taman Negara
Yosemite di Amerika Syarikat, di Gurun Kalahari dan
Gurun Sahara.
1717
1818
1919
2020
Proses OrgananProses Organan
Proses organan adalah hasil daripada tindakan tolakan
yang dilakukan oleh akar tumbuh-tumbuhan. Akar pokok
yang menjalar di dalam tanah menghasilkan tekanan
yang kuat dan boleh melebarkan rekahan di dalam
batuan.
Tindakan ini seterusnya akan memecahkan jasad batuan
tersebut di samping dapat membantu air yang
berperanan sebagai agen luluhawa masuk ke dalam
jasad batuan di dalam bumi. Keadaan akar tumbuh-
tumbuhan yang membesarkan, mendalamkan dan
memecahkan rongga, rekahan dan retakan ini pada
batuan telah menyebabkan proses penyepaian bongkah
batuan berkenaan.
2121
2222
Luluhawa KimiaLuluhawa Kimia
Luluhawa kimia melibatkan pereputan dan penguraian
batuan dan berlaku perubahan dalam kandungan kimia
batuan tersebut. Ini disebabkan oleh agen-agen
atmosfera seperti air, oksigen, karbon dioksida dan
pelbagai jenis asid.
Luluhawa kimia amat dominan dan berkesan di
kawasan khatulistiwa dan kawasan tropika yang panas
dan lembap sepanjang tahun seperti di kawasan tanah
pamah yang sederhana lembap dan kawasan batu
kapur.
Luluhawa kimia memerlukan air yang banyak dan suhu
yang tinggi. Terdapat beberapa proses yang terlibat
dalam luluhawa kimia iaitu larutan, pengoksidaan,
pengkarbonan, penghidratan dan hidrolisis.
2323
LarutanLarutan
Larutan adalah boleh dianggap sebagai peringkat
pertama dalam luluhawa kimia. Ia merupakan satu
proses melarutkan mineral di dalam air. Sesetengah
mineral seperti mineral klorida, bikarbonat dan beberapa
mineral sulfat boleh larut dalam air biasa dan ada juga
mineral yang hanya terlarut dalam air yang berasid.
Garam biasa dan gipsum adalah sebatian yang mudah
larut dalam air dan cuma wujud di kawasan gersang
dunia. Keberkesanan proses larutan bergantung kepada
isipadu air di sesuatu kawasan dan darjah kelarutan
sesuatu batuan.
2424
PengoksidaanPengoksidaan
Pegoksidaan menunjukkan satu proses perubahan yang
dihasilkan melalui tindakbalas oksigen dari udara atau
air dengan mineral di dalam batuan.
Proses pengoksidaan amat berkesan pada batuan yang
terletak di permukaan tanah. Oksigen dalam udara
mudah bergerak di dalam liang-liang dan retakan-
retakan yang terdapat pada batuan. Pengoksidaan
biasanya berlaku pada batuan mafik yang mempunyai
elemen-elemen seperti ferum dan magnesium.
Oksigen + Mineral Ferum Oksida
2525
Sambungan…Sambungan…
Apabila struktur batuan tersebut menyentuh udara dan
air, elemen besi dalam batuan akan dioksidakan menjadi
hematit berwarna merah.
Batuan yang mengalami pengoksidaan ini biasanya
kurang teguh dan mudah dioksidakan. Misalnya tanah
liat yang berasal jauh di bawah tanah berwarna kebiru-
biruan tetapi apabila terdedah ke permukaan ia akan
teroksida lalu bertukar ke warna perang atau merah
kerana adanya sebatian-sebatian besi.
Dalam erti kata yang mudah ia akan berkarat lalu
membentuk ferum oksida yang peroi dan mudah dihakis.
2626
PengkarbonanPengkarbonan
Pengkarbonan merupakan satu proses luluhawa kimia
yang paling mudah dan paling meluas berlaku. Batuan
karbonat seperti batu kapur dan dolomit adalah di antara
batuan yang paling mudah mengalami luluhawa kimia di
permukaan bumi dengan kehadiran air yang
mengandungi karbon dioksida.
Karbon dioksida yang larut di dalam air membentuk asid
yang lemah iaitu asid karbonik lemah. Proses
pengkarbonan ini berlaku apabila tindakbalas di antara
asid karbonik lemah ini dengan bahan mineral. Sebagai
contoh asid karbonik lemah ini bertindak dengan batu
kapur dan menukarkannya kepada kalsium karbonat
yang lebih larut.
2727
Sambungan…Sambungan…
Air Hujan + Karbon dioksida Asid karbonik lemah
Asid karbonik lemah + Kalsium karbonat Kalsium bikarbonat
Proses melarutkan batu kapur ini akan meluaskan lagi
rekahan-rekahan lalu membentuk lurah dan permatang
batu kapur (grike dan clint) serta menghasilkan satu
landskap yang menarik yang dikenali sebagai pandang
darat karst.
Antara pandang darat karst di kawasan batu kapur ialah
bukit-bukit sisa, lubang langgah, lurah kering, sungai
bawah tanah dan ciri-ciri dalam gua seperti stalaktit dan
stalagmit serta tiang batu batu kapur atau tiang kalsit.
2828
Sambungan…Sambungan…
Jenis luluhawa kimia ini berlaku dengan giatnya di
kawasan batu kapur di Malaysia, Negara Thai, Indonesia
dan bahagian selatan Negara China.
Di Malaysia, kawasan batu kapur yang terkenal terdapat
di sekitar Ipoh dan Baling. Antara gua batu kapur yang
terkenal di Malaysia ialah Gua Mulu dan Gua Niah di
Sarawak serta Batu Caves di Kuala Lumpur.
2929
PenghidratanPenghidratan
Proses penghidratan melibatkan penambahan molekul
air terhadap mineral tertentu. Ini akan melemahkan
ikatan di dalam mineral tersebut dan memudahkan
mineral itu untuk mengalami proses-proses luluhawa
seterusnya.
Penghidratan menyebabkan mineral-mineral
mengembang dan kemudiannya diikuti oleh
pengurangan kekuatan mineral tersebut.
Pengembangan akan menghasilkan tegasan di dalam
jasad batuan dan seterusnya boleh melemahkan
ketahannya.
3030
Sambungan…Sambungan…
Mineral batuan yang menyerap air akan mengalami
perubahan kimia dan membentuk bahan yang baru.
Tegasan yang berlaku akan melemahkan batuan
terutamanya apabila kalsium sulfat bertindak dengan air
akan membentuk gipsum.
Selain itu, proses penghidratan ini boleh menyebabkan
batuan menjadi susut dan semakin kecil lalu hancur dan
reput manakala yang tidak hancur akan menjadi
berbutir-butir.
Proses ini juga menyebabkan batuan rosak secara
relaian bijian dan melibatkan luluhawa dari lapisan
permukaan hingga ke dalam batuan. Ia berpunca dari air
hujan, pencairan fros dan kejadian osmosis akar.
3131
HidrolisisHidrolisis
Hidrolisis adalah satu proses tindakbalas kimia yang
melibatkan air. Proses ini berkesan di bahagian dalaman
bumi yang melibatkan penggabungan molekul air dan
molekul mineral.
Hasil awal yang akan diperolehi daripada proses ini ialah
bahan mineral akan menjadi tidak stabil dan akan terus
mengalami pemecahan menjadi bahan baki yang lebih
halus dan lembut atau bahan yang boleh larut di dalam
air tanah dan boleh digunakan oleh tumbuhan.
3232
Sambungan…Sambungan…
Hidrolisis biasanya bertindak di antara air dengan bahan-
bahan mineral seperti felspar, kuartz dan mika.
Felspar bertindak dengan air dan bertukar menjadi tanah
liat putih yang dikenali sebagai kaolin yang lebih lembut.
Besi yang bertindak dengan air dan oksigen akan
menghasilkan besi oksida yang berwarna kuning, coklat
atau merah.
Tindakan kimia ini menyebabkan batuan granit
menyepai dan melemahkan struktur batuan tersebut. Ini
bermaksud dengan adanya asid karbonat di dalam air
hujan yang masuk ke dalam batuan, akan
mempercepatkan lagi pereputan dan pemecahan
batuan.
3333
3434
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHIFAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
LULUHAWALULUHAWA
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi proses
luluhawa. Secara amnya kita boleh bahagikan kepada
beberapa faktor seperti berikut :
• Faktor Iklim
• Faktor Geologi
• Faktor Topografi
• Faktor Masa
• Faktor Biotik
3535
Faktor IklimFaktor Iklim
Proses-proses luluhawa banyak bergantung kepada iklim
sesuatu kawasan.
Aspek utama iklim ialah suhu, hujan, sejatan dan juga
kadar kelembapan. Jika dilihat kebanyakan proses
luluhawa memerlukan air dan ia mampu memberi
pejelasan tentang sebaran luluhawa mengikut ruang.
Suhu juga merupakan satu petunjuk terhadap kadar
luluhawa yang berbeza misalnya penurunan suhu
menyebabkan penghabluran ais, kembang kuncup
batuan dan suhu yang tinggi akan mempercepatkan
proses luluhawa.
3636
Sambungan…Sambungan…
Bagi kawasan yang menerima curahan hujan yang
banyak dan bersuhu tinggi membolehkan tindakan
luluhawa kimia berperanan secara dominan terutamanya
di kawasan tropika lembap.
Sebaliknya di kawasan gurun yang menerima curahan
sangat sedikit atau di kawasan beriklim sejuk dengan
keadaan air yang sentiasa membeku, maka proses
luluhawa fizikal lebih dominan.
3737
Faktor GeologiFaktor Geologi
Faktor geologi dapat dikesan melalui ciri-ciri batuan
tersebut seperti kandungan mineral, sifat batuan,
struktur batuan, saiz batuan dan permukaan batuan.
Kandungan mineral dalam batuan boleh dilihat melalui
batuan yang mengandungi mineral seperti karbonat dan
garam mudah dilarutkan oleh air.
Batuan dengan kandungan mineral yang gelap seperti
basalt dan gabro akan menjadi lebih cepat panas
berbanding dengan batu kapur yang bewarna cerah.
3838
Sambungan…Sambungan…
Perbezaan ini akan mempengaruhi kadar penyepaian dan
penguraian batuan. Kandungan kimia batuan juga menentukan
ketahanan terhadap luluhawa kimia dan fizikal.
Mineral dalam batuan boleh disusun mengikut ketahanan terhadap
luluhawa kimia. Sebagai contoh, mineral-mineral silikat biasa boleh
disusun mengikut ketahanan seperti berikut :
Paling rendah ketahanan Olivin
• Augit
• Hornblende
• Mika
• Felspar
• Paling tahan Kuarza
3939
Sambungan…Sambungan…
Sifat batuan pula merujuk kepada batuan keras seperti
batuan igneus lambat diuraikan. Batuan lembut seperti
batu kapur mudah diuraikan. Batuan yang tahan
terhadap luluhawa biasanya akan membentuk
permatang dan batuan yang tidak tahan terhadap
tindakan luluhawa akan membentuk kawasan topografi
rendah.
Struktur batuan merujuk kepada permukaan batuan yng
mempunyai banyak retakan, pecahan dan kekar lebih
mudah diluluhawakan. Sebaliknya batuan yang tidak
mempunyai sebarang retakan adalah lebih sukar
diluluhawakan.
4040
Sambungan…Sambungan…
Saiz batuan menyatakan bongkah batuan yang lebih kecil
lebih cepat diluluhawakan berbanding dengan bongkah
batu yang besar. Permukaan batuan yang terdedah luas
lebih cepat diluluhawakan berbanding dengan batuan
yang permukaannya tidak terdedah.
4141
Faktor TopografiFaktor Topografi
Keadaan topografi seperti ketinggian dan kecerunan
mempunyai pengaruh tidak langsung terhadap suhu,
bahangan, hujan, angin, sejatan dan sebagainya.
Kawasan landai umpamanya menerima bahangan yang
lebih tinggi berbanding kawasan yang terlindung atau
bercerun. Kawasan yang menerima jumlah cahaya
matahari yang banyak akan menggiatkan lagi luluhawa
kimia.
4242
Faktor MasaFaktor Masa
Masa jasad batuan terdedah kepada proses luluhawa
mempengaruhi darjah proses luluhawa yang akan
berlaku ke atas jenis-jenis batuan tertentu. Semakin
lama sesuatu bahan itu terdedah kepada tindakan
luluhawa maka semakin tinggilah darjah luluhawa yang
dialaminya.
4343
Faktor BiotikFaktor Biotik
Tumbuhan dan organisma memainkan peranan dalam
proses luluhawa batuan. Kedua-duanya ini
membekalkan asid, gas-gas dan sebatian kimia bagi
mempercepatkan tindak balas kimia dalam batuan.
Kulampair dan lumut di atas batuan umpamanya
menjalankan proses fotosintesis dan membebaskan
karbon dioksida yang secara tidak langsung menolong
proses kimia batuan.
Begitu juga dengan proses pereputan bahan organik.
Pembesaran akar tumbuhan berupaya memecahkan
batuan bawah tanah terutamanya dalam proses
luluhawa fizikal.

More Related Content

What's hot

Tenaga eksogen
Tenaga eksogenTenaga eksogen
Tenaga eksogenMell Ward
 
Pelapukan dan tanah kelompok 4
Pelapukan dan tanah kelompok 4Pelapukan dan tanah kelompok 4
Pelapukan dan tanah kelompok 4Wandy Gunawan
 
Docslide.net nota geografi-tingkatan-4
Docslide.net nota geografi-tingkatan-4Docslide.net nota geografi-tingkatan-4
Docslide.net nota geografi-tingkatan-4Lakshant Thamil Selvan
 
Geografi Kelas 10 - Litosfer, Pedosfer, Atmosfer
Geografi Kelas 10 - Litosfer, Pedosfer, AtmosferGeografi Kelas 10 - Litosfer, Pedosfer, Atmosfer
Geografi Kelas 10 - Litosfer, Pedosfer, AtmosferYudistira Ydstr
 
Power poit geografi_pengaruh_eksogen
Power poit geografi_pengaruh_eksogenPower poit geografi_pengaruh_eksogen
Power poit geografi_pengaruh_eksogenMuhammad Naufal
 
Dinamika litosfer dan pedesfer
Dinamika litosfer dan pedesferDinamika litosfer dan pedesfer
Dinamika litosfer dan pedesfermaparah
 
Makalah Geologi Teknik Bab Intrusi
Makalah Geologi Teknik Bab IntrusiMakalah Geologi Teknik Bab Intrusi
Makalah Geologi Teknik Bab Intrusiarnas03
 
Ppt ipa aprilia ngabekti n. 123911037
Ppt ipa aprilia ngabekti n. 123911037Ppt ipa aprilia ngabekti n. 123911037
Ppt ipa aprilia ngabekti n. 123911037Aprilia Ngabekti N.
 
1052147 634431066424712500
1052147 6344310664247125001052147 634431066424712500
1052147 634431066424712500fidiprathama
 
Erosi tanah dan dampaknya terhadap kehidupan
Erosi tanah dan dampaknya terhadap kehidupanErosi tanah dan dampaknya terhadap kehidupan
Erosi tanah dan dampaknya terhadap kehidupanNidya Milano
 

What's hot (20)

Tugas Geologi dan Ilmu Tanah
Tugas Geologi dan Ilmu TanahTugas Geologi dan Ilmu Tanah
Tugas Geologi dan Ilmu Tanah
 
Tenaga eksogen
Tenaga eksogenTenaga eksogen
Tenaga eksogen
 
Tenaga eskogen
Tenaga eskogenTenaga eskogen
Tenaga eskogen
 
Pelapukan dan tanah kelompok 4
Pelapukan dan tanah kelompok 4Pelapukan dan tanah kelompok 4
Pelapukan dan tanah kelompok 4
 
2 litosfer
2   litosfer2   litosfer
2 litosfer
 
Docslide.net nota geografi-tingkatan-4
Docslide.net nota geografi-tingkatan-4Docslide.net nota geografi-tingkatan-4
Docslide.net nota geografi-tingkatan-4
 
Pelapukan
PelapukanPelapukan
Pelapukan
 
Tenaga eksogen
Tenaga eksogenTenaga eksogen
Tenaga eksogen
 
Geografi Kelas 10 - Litosfer, Pedosfer, Atmosfer
Geografi Kelas 10 - Litosfer, Pedosfer, AtmosferGeografi Kelas 10 - Litosfer, Pedosfer, Atmosfer
Geografi Kelas 10 - Litosfer, Pedosfer, Atmosfer
 
Power poit geografi_pengaruh_eksogen
Power poit geografi_pengaruh_eksogenPower poit geografi_pengaruh_eksogen
Power poit geografi_pengaruh_eksogen
 
Tenaga Eksogen
Tenaga EksogenTenaga Eksogen
Tenaga Eksogen
 
Dinamika litosfer dan pedesfer
Dinamika litosfer dan pedesferDinamika litosfer dan pedesfer
Dinamika litosfer dan pedesfer
 
Makalah Geologi Teknik Bab Intrusi
Makalah Geologi Teknik Bab IntrusiMakalah Geologi Teknik Bab Intrusi
Makalah Geologi Teknik Bab Intrusi
 
Ppt ipa aprilia ngabekti n. 123911037
Ppt ipa aprilia ngabekti n. 123911037Ppt ipa aprilia ngabekti n. 123911037
Ppt ipa aprilia ngabekti n. 123911037
 
Makalah erosi
Makalah erosiMakalah erosi
Makalah erosi
 
1052147 634431066424712500
1052147 6344310664247125001052147 634431066424712500
1052147 634431066424712500
 
Litosfer 1
Litosfer 1Litosfer 1
Litosfer 1
 
Erosi tanah dan dampaknya terhadap kehidupan
Erosi tanah dan dampaknya terhadap kehidupanErosi tanah dan dampaknya terhadap kehidupan
Erosi tanah dan dampaknya terhadap kehidupan
 
Geodas (alfian)(cia2 11002)
Geodas (alfian)(cia2 11002)Geodas (alfian)(cia2 11002)
Geodas (alfian)(cia2 11002)
 
makalah-erosi
makalah-erosimakalah-erosi
makalah-erosi
 

Viewers also liked

Slide LULUHAWA
Slide LULUHAWASlide LULUHAWA
Slide LULUHAWAmosesetap
 
Luluhawa
LuluhawaLuluhawa
Luluhawanazri15
 
Laporan berkumpulan idea
Laporan berkumpulan ideaLaporan berkumpulan idea
Laporan berkumpulan ideaNur Kareena
 
penginderaan jauh dalam bentang alam dan budaya
penginderaan jauh dalam bentang alam dan budayapenginderaan jauh dalam bentang alam dan budaya
penginderaan jauh dalam bentang alam dan budayav fahmi
 
Tugasan pengantar geografi fizikal
Tugasan pengantar geografi fizikalTugasan pengantar geografi fizikal
Tugasan pengantar geografi fizikalNur Kareena
 
2015 RPT Tingkatan 4 geografi
2015  RPT Tingkatan 4 geografi2015  RPT Tingkatan 4 geografi
2015 RPT Tingkatan 4 geografiNoraini Hasbollah
 
3. Geografi Pariwisata - Pengertian & Ruang Lingkup Kajian Geografi Pariwisata
3. Geografi Pariwisata - Pengertian & Ruang Lingkup Kajian Geografi Pariwisata3. Geografi Pariwisata - Pengertian & Ruang Lingkup Kajian Geografi Pariwisata
3. Geografi Pariwisata - Pengertian & Ruang Lingkup Kajian Geografi PariwisataIrwan Haribudiman
 
Powerpoint geografi tingkatan 4
Powerpoint geografi tingkatan 4Powerpoint geografi tingkatan 4
Powerpoint geografi tingkatan 4nieza80
 
9. Geografi Pariwisata - Faktor Geografi Sebagai Penentu Destinasi Wisata
9. Geografi Pariwisata - Faktor Geografi Sebagai Penentu Destinasi Wisata9. Geografi Pariwisata - Faktor Geografi Sebagai Penentu Destinasi Wisata
9. Geografi Pariwisata - Faktor Geografi Sebagai Penentu Destinasi WisataIrwan Haribudiman
 
Geografi pariwisata indonesia (manajemen resort dan leisure) pendahuluan
Geografi pariwisata indonesia (manajemen resort dan leisure)    pendahuluanGeografi pariwisata indonesia (manajemen resort dan leisure)    pendahuluan
Geografi pariwisata indonesia (manajemen resort dan leisure) pendahuluanReiza Miftah
 
1. pengantar geografi pariwisata tourism geography
1. pengantar geografi pariwisata tourism geography1. pengantar geografi pariwisata tourism geography
1. pengantar geografi pariwisata tourism geographyBrawijaya University
 
POLA KERUANGAN DESA DAN KOTA
POLA KERUANGAN  DESA DAN KOTAPOLA KERUANGAN  DESA DAN KOTA
POLA KERUANGAN DESA DAN KOTAantonsujarwo83
 

Viewers also liked (20)

Slide LULUHAWA
Slide LULUHAWASlide LULUHAWA
Slide LULUHAWA
 
Luluhawa
LuluhawaLuluhawa
Luluhawa
 
Pergerakan jisim
Pergerakan jisimPergerakan jisim
Pergerakan jisim
 
Luluhawa
LuluhawaLuluhawa
Luluhawa
 
Laporan berkumpulan idea
Laporan berkumpulan ideaLaporan berkumpulan idea
Laporan berkumpulan idea
 
penginderaan jauh dalam bentang alam dan budaya
penginderaan jauh dalam bentang alam dan budayapenginderaan jauh dalam bentang alam dan budaya
penginderaan jauh dalam bentang alam dan budaya
 
assingment full (2A)
assingment full (2A)assingment full (2A)
assingment full (2A)
 
Buku IPS kelas 7
Buku IPS kelas 7 Buku IPS kelas 7
Buku IPS kelas 7
 
Tugasan pengantar geografi fizikal
Tugasan pengantar geografi fizikalTugasan pengantar geografi fizikal
Tugasan pengantar geografi fizikal
 
2015 RPT Tingkatan 4 geografi
2015  RPT Tingkatan 4 geografi2015  RPT Tingkatan 4 geografi
2015 RPT Tingkatan 4 geografi
 
nota geografi t4
nota geografi t4nota geografi t4
nota geografi t4
 
3. Geografi Pariwisata - Pengertian & Ruang Lingkup Kajian Geografi Pariwisata
3. Geografi Pariwisata - Pengertian & Ruang Lingkup Kajian Geografi Pariwisata3. Geografi Pariwisata - Pengertian & Ruang Lingkup Kajian Geografi Pariwisata
3. Geografi Pariwisata - Pengertian & Ruang Lingkup Kajian Geografi Pariwisata
 
Powerpoint geografi tingkatan 4
Powerpoint geografi tingkatan 4Powerpoint geografi tingkatan 4
Powerpoint geografi tingkatan 4
 
9. Geografi Pariwisata - Faktor Geografi Sebagai Penentu Destinasi Wisata
9. Geografi Pariwisata - Faktor Geografi Sebagai Penentu Destinasi Wisata9. Geografi Pariwisata - Faktor Geografi Sebagai Penentu Destinasi Wisata
9. Geografi Pariwisata - Faktor Geografi Sebagai Penentu Destinasi Wisata
 
Geografi pariwisata indonesia (manajemen resort dan leisure) pendahuluan
Geografi pariwisata indonesia (manajemen resort dan leisure)    pendahuluanGeografi pariwisata indonesia (manajemen resort dan leisure)    pendahuluan
Geografi pariwisata indonesia (manajemen resort dan leisure) pendahuluan
 
1. pengantar geografi pariwisata tourism geography
1. pengantar geografi pariwisata tourism geography1. pengantar geografi pariwisata tourism geography
1. pengantar geografi pariwisata tourism geography
 
POLA KERUANGAN DESA DAN KOTA
POLA KERUANGAN  DESA DAN KOTAPOLA KERUANGAN  DESA DAN KOTA
POLA KERUANGAN DESA DAN KOTA
 
Luluhawa
LuluhawaLuluhawa
Luluhawa
 
Presentase 2
Presentase 2Presentase 2
Presentase 2
 
Ppt jatim
Ppt jatimPpt jatim
Ppt jatim
 

Similar to Geomorfologi Utama

PROSES TENAGA EKSOGEN DAN PENGARUHNYA PADA KEHIDUPAN.pptx
PROSES TENAGA EKSOGEN DAN PENGARUHNYA PADA KEHIDUPAN.pptxPROSES TENAGA EKSOGEN DAN PENGARUHNYA PADA KEHIDUPAN.pptx
PROSES TENAGA EKSOGEN DAN PENGARUHNYA PADA KEHIDUPAN.pptxchristin84
 
adoc.pub_bentuk-asal-denudasional.pdf
adoc.pub_bentuk-asal-denudasional.pdfadoc.pub_bentuk-asal-denudasional.pdf
adoc.pub_bentuk-asal-denudasional.pdfTarisaNovsidaTarigan
 
Laporan denudasional
Laporan denudasional Laporan denudasional
Laporan denudasional 'Oke Aflatun'
 
Pelapukan mekanik dan Pelapukan kimiawi
Pelapukan mekanik dan Pelapukan kimiawi Pelapukan mekanik dan Pelapukan kimiawi
Pelapukan mekanik dan Pelapukan kimiawi 'Oke Aflatun'
 
Pengertian-Sedimentasi dari kelompok 3 kelas 10.pptx
Pengertian-Sedimentasi dari kelompok 3 kelas 10.pptxPengertian-Sedimentasi dari kelompok 3 kelas 10.pptx
Pengertian-Sedimentasi dari kelompok 3 kelas 10.pptxazzamantasya1
 
denudasional (tenaga eksogen)
denudasional (tenaga eksogen)denudasional (tenaga eksogen)
denudasional (tenaga eksogen)CorNelis P'riSai
 
6.-PSD-121-TM-6-Atmosfer-Litosfer-dan-Hidrosfer.ppt
6.-PSD-121-TM-6-Atmosfer-Litosfer-dan-Hidrosfer.ppt6.-PSD-121-TM-6-Atmosfer-Litosfer-dan-Hidrosfer.ppt
6.-PSD-121-TM-6-Atmosfer-Litosfer-dan-Hidrosfer.pptAlvinF2
 
Presentasi vigita
Presentasi vigitaPresentasi vigita
Presentasi vigitaNurul Aulia
 
Bab 2 proses geomorfologi
Bab 2 proses geomorfologiBab 2 proses geomorfologi
Bab 2 proses geomorfologiIshaq Saputra
 
Mektan bab 1 proses pembentukan tanah
Mektan bab 1 proses pembentukan tanahMektan bab 1 proses pembentukan tanah
Mektan bab 1 proses pembentukan tanahShaleh Afif Hasibuan
 
fdokumen.com_pelapukan-566c77bfdbcfc.pptx
fdokumen.com_pelapukan-566c77bfdbcfc.pptxfdokumen.com_pelapukan-566c77bfdbcfc.pptx
fdokumen.com_pelapukan-566c77bfdbcfc.pptxPutridahSinamo
 

Similar to Geomorfologi Utama (20)

Ilmu tanah
Ilmu tanahIlmu tanah
Ilmu tanah
 
Tenaga eksogen
Tenaga eksogenTenaga eksogen
Tenaga eksogen
 
Tugas Geo 2
Tugas Geo 2Tugas Geo 2
Tugas Geo 2
 
PROSES TENAGA EKSOGEN DAN PENGARUHNYA PADA KEHIDUPAN.pptx
PROSES TENAGA EKSOGEN DAN PENGARUHNYA PADA KEHIDUPAN.pptxPROSES TENAGA EKSOGEN DAN PENGARUHNYA PADA KEHIDUPAN.pptx
PROSES TENAGA EKSOGEN DAN PENGARUHNYA PADA KEHIDUPAN.pptx
 
adoc.pub_bentuk-asal-denudasional.pdf
adoc.pub_bentuk-asal-denudasional.pdfadoc.pub_bentuk-asal-denudasional.pdf
adoc.pub_bentuk-asal-denudasional.pdf
 
Materi geografi
Materi geografiMateri geografi
Materi geografi
 
Laporan denudasional
Laporan denudasional Laporan denudasional
Laporan denudasional
 
Tenaga_Eksogen.pptx
Tenaga_Eksogen.pptxTenaga_Eksogen.pptx
Tenaga_Eksogen.pptx
 
Pelapukan mekanik dan Pelapukan kimiawi
Pelapukan mekanik dan Pelapukan kimiawi Pelapukan mekanik dan Pelapukan kimiawi
Pelapukan mekanik dan Pelapukan kimiawi
 
Pengertian-Sedimentasi dari kelompok 3 kelas 10.pptx
Pengertian-Sedimentasi dari kelompok 3 kelas 10.pptxPengertian-Sedimentasi dari kelompok 3 kelas 10.pptx
Pengertian-Sedimentasi dari kelompok 3 kelas 10.pptx
 
Batuan sediment
Batuan sedimentBatuan sediment
Batuan sediment
 
denudasional (tenaga eksogen)
denudasional (tenaga eksogen)denudasional (tenaga eksogen)
denudasional (tenaga eksogen)
 
Geografi
GeografiGeografi
Geografi
 
Makalah ruliana
Makalah rulianaMakalah ruliana
Makalah ruliana
 
6.-PSD-121-TM-6-Atmosfer-Litosfer-dan-Hidrosfer.ppt
6.-PSD-121-TM-6-Atmosfer-Litosfer-dan-Hidrosfer.ppt6.-PSD-121-TM-6-Atmosfer-Litosfer-dan-Hidrosfer.ppt
6.-PSD-121-TM-6-Atmosfer-Litosfer-dan-Hidrosfer.ppt
 
Presentasi vigita
Presentasi vigitaPresentasi vigita
Presentasi vigita
 
Bab 2 proses geomorfologi
Bab 2 proses geomorfologiBab 2 proses geomorfologi
Bab 2 proses geomorfologi
 
Eksogen
EksogenEksogen
Eksogen
 
Mektan bab 1 proses pembentukan tanah
Mektan bab 1 proses pembentukan tanahMektan bab 1 proses pembentukan tanah
Mektan bab 1 proses pembentukan tanah
 
fdokumen.com_pelapukan-566c77bfdbcfc.pptx
fdokumen.com_pelapukan-566c77bfdbcfc.pptxfdokumen.com_pelapukan-566c77bfdbcfc.pptx
fdokumen.com_pelapukan-566c77bfdbcfc.pptx
 

Recently uploaded

Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptModul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptYanseBetnaArte
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfChrodtianTian
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxRioNahak1
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdfMMeizaFachri
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024budimoko2
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxc9fhbm7gzj
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 

Recently uploaded (20)

Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptModul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 

Geomorfologi Utama

  • 1. 11 PROSES-PROSES GEOMORFOLOGI UTAMAPROSES-PROSES GEOMORFOLOGI UTAMA PENGENALANPENGENALAN Sebahagian besar daripada disiplin geomorfologi adalahSebahagian besar daripada disiplin geomorfologi adalah mengkaji proses yang berlaku di muka bumi. Proses-mengkaji proses yang berlaku di muka bumi. Proses- proses ini sama ada berlaku dengan pengaruhproses ini sama ada berlaku dengan pengaruh semulajadi atau pun dengan tindakan aktiviti manusiasemulajadi atau pun dengan tindakan aktiviti manusia banyak mengubah lanskap muka bumi kita. Prosesbanyak mengubah lanskap muka bumi kita. Proses semulajadi yang ditekankan adalah lebih diberatkan disemulajadi yang ditekankan adalah lebih diberatkan di kawasan tropika terutamanya Malaysia seperti luluhawa,kawasan tropika terutamanya Malaysia seperti luluhawa, gerakan jisim, hakisan permukaan dan hakisan pantai.gerakan jisim, hakisan permukaan dan hakisan pantai.
  • 2. 22 LULUHAWALULUHAWA Proses luluhawa dianggap sebagai peringkat pertama proses penggondolan muka bumi. Semua bahan yang terdapat di permukaan bumi terdedah kepada proses luluhawa. Batuan yang mengalami penguraian, pereputan dan penyepaian ini akhirnya akan dihakis pula oleh agen-agen hakisan seperti air, glasier dan angin. Proses penyepaian batuan ini amat penting sebagai satu sumber primer misalnya pembentukan tanih untuk pertanian dan juga pembangunan sektor binaan bangunan, jalanraya dan kerja kejuruteraan lain.
  • 3. 33 sambungan…sambungan… Luluhawa boleh dikelaskan kepada dua kategori yang utama sekiranya dilihat dari segi proses iaitu luluhawa fizikal atau mekanika dan luluhawa kimia. Luluhawa fizikal ialah proses yang menyebabkan peleraian batuan oleh tegasan pada batuan itu sendiri tanpa mengubah kandungan bahan mineral di dalamnya. Luluhawa kimia satu proses yang menyebabkan peleraian batuan yang juga mengubah bahan kimia dalam batuan.
  • 4. 44 Sambungan…Sambungan… Dilihat dari segi punca berlakunya luluhawa, ia boleh dibahagikan kepada tiga iaitu tambahan kepada luluhawa biologi. Luluhawa biologi adalah tindakan benda-benda hidup termasuk aktiviti-aktiviti manusia, haiwan dan tumbuh- tumbuhan. Sebagai contoh peranan tumbuhan boleh dilihat melalui akar pokok yang memecahkan batuan.
  • 5. 55 Luluhawa FizikalLuluhawa Fizikal Luluhawa fizikal ialah proses yang melibatkan pemecahan/peleraian batuan yang disebabkan oleh daya-daya fizikal dari dalam dan luar batuan. Ini dikaitkan secara langsung dengan tegasan terhadap batuan iaitu dari dalam atau luar atau kedua-duanya sekali yang menyebabkan merekah dan terlerai. Ia juga dikaitkan dengan pemecahan batuan besar menjadi batu kecil tanpa mengubah kandungan kimianya. Terdapat beberapa proses yang sering berlaku seperti proses pembebasan tekanan, proses pengembangan hablur, proses perubahan suhu dan proses organan.
  • 6. 66 Proses Pembebasan TekananProses Pembebasan Tekanan Struktur batuan yang berlapis biasanya mempunyai satah retakan atau rekahan. Lapisan-lapisan batuan ini adalah hampir selari dengan permukaan bumi dan semasa ia berada jauh di dalam tanah, ia mengalami tekanan tinggi hasil daripada beban yang terletak di atasnya. Apabila permukaan di bahagian atas batuan tersebut mengalami proses hakisan, ia akan mengurangkan tekanan pada batuan di bawahnya.
  • 7. 77 Sambungan…Sambungan… Apabila tekanan batuan tersebut mulai berkurangan menyebabkan batuan mengembang, meretak dan memecah. Pengembangan ini menyebabkan kepingan besar batuan terpisah atau terlerai dari batuan induk. Sekiranya batuan itu terletak hampir dengan permukaan bumi, maka pengembangan yang berlaku adalah sehala iaitu berkembang ke atas sahaja. Pengembangan yang berlaku akan memberi kesan terhadap pemecahan batuan di sepanjang satah retakan terutamanya pada batuan jenis granit dan marmar dan pemecahan tersebut adalah secara bersendi.
  • 8. 88
  • 9. 99 Proses Pengembangan HablurProses Pengembangan Hablur Proses pengembangan hablur boleh dibahagikan kepada dua tindakan iaitu tindakan ibun dan penghabluran garam. Tindakan ibun biasanya berlaku di kawasan yang beriklim sejuk disebabkan oleh proses pengembangan hablur iaitu pembekuan air. Air akan mengembang sebanyak 9 % apabila membeku pada suhu 0 darjah celcius. Perubahan isipadu yang besar ini mempunyai kesan pemecahan yang paling besar dalam luluhawa fizikal. Air yang membeku dalam ruang atau rekahan batuan akan menghasilkan tekanan yang kuat terhadap dinding rekahan tersebut dan retakan yang lebih besar akan berlaku.
  • 10. 1010 Sambungan…Sambungan… Proses pembekuan dan pencairan yang berulang-ulang akan menyebabkan batuan pecah dan proses ini dikenali sebagai penyepaian ibun. Batuan yang pecah ini akan menghasilkan bentuk serpihan-sepihan yang tajam dan bersegi-segi. Sebagai contoh ialah di Pergunungan Alps di Eropah jelas menunjukkan permukaan cerun dan puncaknya yang terdiri daripada batuan bersegi-segi hasil daripada tidakan ibun tadi.
  • 11. 1111
  • 12. 1212
  • 13. 1313 Sambungan…Sambungan… Tindakan penghabluran garam berlaku di kawasan yang panas dan kering. Pada musim kemarau yang berpanjangan, menyebabkan air disedut ke atas permukaan bumi oleh daya rerambut hasil daripada proses sejatan. Apabila air tersejat, hablur-hablur garam yang halus tertinggal di dalam rongga-rongga dan retakan-retakan dalam batu pasir. Proses sejatan yang berterusan sepanjang musim kemarau menyebabkan kuantiti hablur bertambah dan berkembang apabila ia mengalami tekanan menyebabkan batu pasir tersepai. Proses ini akan menghasilkan bentuk-bentuk bumi seprti nic (ceruk), gua yang cetek, gerbang batu dan lelubang pada batu pasir.
  • 14. 1414
  • 15. 1515 Proses Perubahan SuhuProses Perubahan Suhu Perubahan suhu biasanya membawa kepada pengembangan dan penguncupan batuan. Perubahan suhu yang berterusan menyebabkan berlakunya tegasan terhadap batuan dan memecahkan batuan kepada butir-butir yang kecil. Perubahan suhu malam dan siang, musim panas dan musim sejuk boleh menyebabkan bahan-bahan batuan mengembang dan menguncup. Dalam keadaan ini menyebabkan berlakunya luluhawa fizikal di kawasan gurun dan puncak kawasan gunung yang terdedah.
  • 16. 1616 Sambungan…Sambungan… Proses pengembangan dan penguncupan yang berulang- ulang menyebabkan batuan meretak dan bersepai. Sesetengah batuan tersepai dalam bentuk kepingan yang berlapis-lapis dan biasanya berlaku pada batuan yang mempunyai struktur yang berlapis-lapis. Keadaan ini dikenali sebagai pengelupasan. Proses ini telah menghasilkan kubah-kubah pengelupasan seperti yang terdapat di Taman Negara Yosemite di Amerika Syarikat, di Gurun Kalahari dan Gurun Sahara.
  • 17. 1717
  • 18. 1818
  • 19. 1919
  • 20. 2020 Proses OrgananProses Organan Proses organan adalah hasil daripada tindakan tolakan yang dilakukan oleh akar tumbuh-tumbuhan. Akar pokok yang menjalar di dalam tanah menghasilkan tekanan yang kuat dan boleh melebarkan rekahan di dalam batuan. Tindakan ini seterusnya akan memecahkan jasad batuan tersebut di samping dapat membantu air yang berperanan sebagai agen luluhawa masuk ke dalam jasad batuan di dalam bumi. Keadaan akar tumbuh- tumbuhan yang membesarkan, mendalamkan dan memecahkan rongga, rekahan dan retakan ini pada batuan telah menyebabkan proses penyepaian bongkah batuan berkenaan.
  • 21. 2121
  • 22. 2222 Luluhawa KimiaLuluhawa Kimia Luluhawa kimia melibatkan pereputan dan penguraian batuan dan berlaku perubahan dalam kandungan kimia batuan tersebut. Ini disebabkan oleh agen-agen atmosfera seperti air, oksigen, karbon dioksida dan pelbagai jenis asid. Luluhawa kimia amat dominan dan berkesan di kawasan khatulistiwa dan kawasan tropika yang panas dan lembap sepanjang tahun seperti di kawasan tanah pamah yang sederhana lembap dan kawasan batu kapur. Luluhawa kimia memerlukan air yang banyak dan suhu yang tinggi. Terdapat beberapa proses yang terlibat dalam luluhawa kimia iaitu larutan, pengoksidaan, pengkarbonan, penghidratan dan hidrolisis.
  • 23. 2323 LarutanLarutan Larutan adalah boleh dianggap sebagai peringkat pertama dalam luluhawa kimia. Ia merupakan satu proses melarutkan mineral di dalam air. Sesetengah mineral seperti mineral klorida, bikarbonat dan beberapa mineral sulfat boleh larut dalam air biasa dan ada juga mineral yang hanya terlarut dalam air yang berasid. Garam biasa dan gipsum adalah sebatian yang mudah larut dalam air dan cuma wujud di kawasan gersang dunia. Keberkesanan proses larutan bergantung kepada isipadu air di sesuatu kawasan dan darjah kelarutan sesuatu batuan.
  • 24. 2424 PengoksidaanPengoksidaan Pegoksidaan menunjukkan satu proses perubahan yang dihasilkan melalui tindakbalas oksigen dari udara atau air dengan mineral di dalam batuan. Proses pengoksidaan amat berkesan pada batuan yang terletak di permukaan tanah. Oksigen dalam udara mudah bergerak di dalam liang-liang dan retakan- retakan yang terdapat pada batuan. Pengoksidaan biasanya berlaku pada batuan mafik yang mempunyai elemen-elemen seperti ferum dan magnesium. Oksigen + Mineral Ferum Oksida
  • 25. 2525 Sambungan…Sambungan… Apabila struktur batuan tersebut menyentuh udara dan air, elemen besi dalam batuan akan dioksidakan menjadi hematit berwarna merah. Batuan yang mengalami pengoksidaan ini biasanya kurang teguh dan mudah dioksidakan. Misalnya tanah liat yang berasal jauh di bawah tanah berwarna kebiru- biruan tetapi apabila terdedah ke permukaan ia akan teroksida lalu bertukar ke warna perang atau merah kerana adanya sebatian-sebatian besi. Dalam erti kata yang mudah ia akan berkarat lalu membentuk ferum oksida yang peroi dan mudah dihakis.
  • 26. 2626 PengkarbonanPengkarbonan Pengkarbonan merupakan satu proses luluhawa kimia yang paling mudah dan paling meluas berlaku. Batuan karbonat seperti batu kapur dan dolomit adalah di antara batuan yang paling mudah mengalami luluhawa kimia di permukaan bumi dengan kehadiran air yang mengandungi karbon dioksida. Karbon dioksida yang larut di dalam air membentuk asid yang lemah iaitu asid karbonik lemah. Proses pengkarbonan ini berlaku apabila tindakbalas di antara asid karbonik lemah ini dengan bahan mineral. Sebagai contoh asid karbonik lemah ini bertindak dengan batu kapur dan menukarkannya kepada kalsium karbonat yang lebih larut.
  • 27. 2727 Sambungan…Sambungan… Air Hujan + Karbon dioksida Asid karbonik lemah Asid karbonik lemah + Kalsium karbonat Kalsium bikarbonat Proses melarutkan batu kapur ini akan meluaskan lagi rekahan-rekahan lalu membentuk lurah dan permatang batu kapur (grike dan clint) serta menghasilkan satu landskap yang menarik yang dikenali sebagai pandang darat karst. Antara pandang darat karst di kawasan batu kapur ialah bukit-bukit sisa, lubang langgah, lurah kering, sungai bawah tanah dan ciri-ciri dalam gua seperti stalaktit dan stalagmit serta tiang batu batu kapur atau tiang kalsit.
  • 28. 2828 Sambungan…Sambungan… Jenis luluhawa kimia ini berlaku dengan giatnya di kawasan batu kapur di Malaysia, Negara Thai, Indonesia dan bahagian selatan Negara China. Di Malaysia, kawasan batu kapur yang terkenal terdapat di sekitar Ipoh dan Baling. Antara gua batu kapur yang terkenal di Malaysia ialah Gua Mulu dan Gua Niah di Sarawak serta Batu Caves di Kuala Lumpur.
  • 29. 2929 PenghidratanPenghidratan Proses penghidratan melibatkan penambahan molekul air terhadap mineral tertentu. Ini akan melemahkan ikatan di dalam mineral tersebut dan memudahkan mineral itu untuk mengalami proses-proses luluhawa seterusnya. Penghidratan menyebabkan mineral-mineral mengembang dan kemudiannya diikuti oleh pengurangan kekuatan mineral tersebut. Pengembangan akan menghasilkan tegasan di dalam jasad batuan dan seterusnya boleh melemahkan ketahannya.
  • 30. 3030 Sambungan…Sambungan… Mineral batuan yang menyerap air akan mengalami perubahan kimia dan membentuk bahan yang baru. Tegasan yang berlaku akan melemahkan batuan terutamanya apabila kalsium sulfat bertindak dengan air akan membentuk gipsum. Selain itu, proses penghidratan ini boleh menyebabkan batuan menjadi susut dan semakin kecil lalu hancur dan reput manakala yang tidak hancur akan menjadi berbutir-butir. Proses ini juga menyebabkan batuan rosak secara relaian bijian dan melibatkan luluhawa dari lapisan permukaan hingga ke dalam batuan. Ia berpunca dari air hujan, pencairan fros dan kejadian osmosis akar.
  • 31. 3131 HidrolisisHidrolisis Hidrolisis adalah satu proses tindakbalas kimia yang melibatkan air. Proses ini berkesan di bahagian dalaman bumi yang melibatkan penggabungan molekul air dan molekul mineral. Hasil awal yang akan diperolehi daripada proses ini ialah bahan mineral akan menjadi tidak stabil dan akan terus mengalami pemecahan menjadi bahan baki yang lebih halus dan lembut atau bahan yang boleh larut di dalam air tanah dan boleh digunakan oleh tumbuhan.
  • 32. 3232 Sambungan…Sambungan… Hidrolisis biasanya bertindak di antara air dengan bahan- bahan mineral seperti felspar, kuartz dan mika. Felspar bertindak dengan air dan bertukar menjadi tanah liat putih yang dikenali sebagai kaolin yang lebih lembut. Besi yang bertindak dengan air dan oksigen akan menghasilkan besi oksida yang berwarna kuning, coklat atau merah. Tindakan kimia ini menyebabkan batuan granit menyepai dan melemahkan struktur batuan tersebut. Ini bermaksud dengan adanya asid karbonat di dalam air hujan yang masuk ke dalam batuan, akan mempercepatkan lagi pereputan dan pemecahan batuan.
  • 33. 3333
  • 34. 3434 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHIFAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI LULUHAWALULUHAWA Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi proses luluhawa. Secara amnya kita boleh bahagikan kepada beberapa faktor seperti berikut : • Faktor Iklim • Faktor Geologi • Faktor Topografi • Faktor Masa • Faktor Biotik
  • 35. 3535 Faktor IklimFaktor Iklim Proses-proses luluhawa banyak bergantung kepada iklim sesuatu kawasan. Aspek utama iklim ialah suhu, hujan, sejatan dan juga kadar kelembapan. Jika dilihat kebanyakan proses luluhawa memerlukan air dan ia mampu memberi pejelasan tentang sebaran luluhawa mengikut ruang. Suhu juga merupakan satu petunjuk terhadap kadar luluhawa yang berbeza misalnya penurunan suhu menyebabkan penghabluran ais, kembang kuncup batuan dan suhu yang tinggi akan mempercepatkan proses luluhawa.
  • 36. 3636 Sambungan…Sambungan… Bagi kawasan yang menerima curahan hujan yang banyak dan bersuhu tinggi membolehkan tindakan luluhawa kimia berperanan secara dominan terutamanya di kawasan tropika lembap. Sebaliknya di kawasan gurun yang menerima curahan sangat sedikit atau di kawasan beriklim sejuk dengan keadaan air yang sentiasa membeku, maka proses luluhawa fizikal lebih dominan.
  • 37. 3737 Faktor GeologiFaktor Geologi Faktor geologi dapat dikesan melalui ciri-ciri batuan tersebut seperti kandungan mineral, sifat batuan, struktur batuan, saiz batuan dan permukaan batuan. Kandungan mineral dalam batuan boleh dilihat melalui batuan yang mengandungi mineral seperti karbonat dan garam mudah dilarutkan oleh air. Batuan dengan kandungan mineral yang gelap seperti basalt dan gabro akan menjadi lebih cepat panas berbanding dengan batu kapur yang bewarna cerah.
  • 38. 3838 Sambungan…Sambungan… Perbezaan ini akan mempengaruhi kadar penyepaian dan penguraian batuan. Kandungan kimia batuan juga menentukan ketahanan terhadap luluhawa kimia dan fizikal. Mineral dalam batuan boleh disusun mengikut ketahanan terhadap luluhawa kimia. Sebagai contoh, mineral-mineral silikat biasa boleh disusun mengikut ketahanan seperti berikut : Paling rendah ketahanan Olivin • Augit • Hornblende • Mika • Felspar • Paling tahan Kuarza
  • 39. 3939 Sambungan…Sambungan… Sifat batuan pula merujuk kepada batuan keras seperti batuan igneus lambat diuraikan. Batuan lembut seperti batu kapur mudah diuraikan. Batuan yang tahan terhadap luluhawa biasanya akan membentuk permatang dan batuan yang tidak tahan terhadap tindakan luluhawa akan membentuk kawasan topografi rendah. Struktur batuan merujuk kepada permukaan batuan yng mempunyai banyak retakan, pecahan dan kekar lebih mudah diluluhawakan. Sebaliknya batuan yang tidak mempunyai sebarang retakan adalah lebih sukar diluluhawakan.
  • 40. 4040 Sambungan…Sambungan… Saiz batuan menyatakan bongkah batuan yang lebih kecil lebih cepat diluluhawakan berbanding dengan bongkah batu yang besar. Permukaan batuan yang terdedah luas lebih cepat diluluhawakan berbanding dengan batuan yang permukaannya tidak terdedah.
  • 41. 4141 Faktor TopografiFaktor Topografi Keadaan topografi seperti ketinggian dan kecerunan mempunyai pengaruh tidak langsung terhadap suhu, bahangan, hujan, angin, sejatan dan sebagainya. Kawasan landai umpamanya menerima bahangan yang lebih tinggi berbanding kawasan yang terlindung atau bercerun. Kawasan yang menerima jumlah cahaya matahari yang banyak akan menggiatkan lagi luluhawa kimia.
  • 42. 4242 Faktor MasaFaktor Masa Masa jasad batuan terdedah kepada proses luluhawa mempengaruhi darjah proses luluhawa yang akan berlaku ke atas jenis-jenis batuan tertentu. Semakin lama sesuatu bahan itu terdedah kepada tindakan luluhawa maka semakin tinggilah darjah luluhawa yang dialaminya.
  • 43. 4343 Faktor BiotikFaktor Biotik Tumbuhan dan organisma memainkan peranan dalam proses luluhawa batuan. Kedua-duanya ini membekalkan asid, gas-gas dan sebatian kimia bagi mempercepatkan tindak balas kimia dalam batuan. Kulampair dan lumut di atas batuan umpamanya menjalankan proses fotosintesis dan membebaskan karbon dioksida yang secara tidak langsung menolong proses kimia batuan. Begitu juga dengan proses pereputan bahan organik. Pembesaran akar tumbuhan berupaya memecahkan batuan bawah tanah terutamanya dalam proses luluhawa fizikal.